PERUTUSAN SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2011 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w.,para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Di Malaysia, perkembangan institusi pendidikan prasekolah memperlihatkan kepesatan dengan tertubuhnya pelbagai prasekolah dengan visi, misi serta pendekatan yang tersendiri. Kepelbagaian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian dan sambutan daripada ibu bapa lantaran keperluannya dalam membangunkan modal insan sejak dari awal lagi. Kewujudan PASTI membangunkan pendidikan di peringkat prasekolah dan Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah (FAFFAH) adalah bertujuan mengembalikan kefahaman dan keyakinan ibu bapa bahawa anak-anak wajib diberi pendidikan awal Islam sebab kita berpegang kepada pesanan Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci lagi bersih manakala pendidikan yang kita berikan akan mencorakkan diri dan kehidupan mereka.
Saya mengambil kesempatan pada ruang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua murid yang mendaftar ke semua cawangan PASTI di seluruh negara. Saya yakin dan percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan membuat keputusan untuk menghantar anak-anak belajar di PASTI kerana memahami bahawa pendidikan awal Islam merupakan satu ruang yang amat berkesan untuk membangunkan rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga merupakan manifestasi keyakinan ibu bapa terhadap kemampuan pihak pengurusan dan guru melaksanakan amanah yang diberikan oleh mereka.
Oleh itu, saya mengharapkan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam organisasi dan sistem pendidikan ini agar terus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan baik, istiqamah dan berkesan. Terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan.Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan dan guru-guru PASTI cawangan di seluruh negara yang bekerja keras membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2011 ini. Semoga kita dapat menguruskan PASTI kita dengan penuh rasa tanggungjawab, memberi pendidikan yang terbaik kepada murid-murid kita dan menjayakan program-program yang telah dirancang di semua peringkat seperti Sambutan Hari Guru, Sukan PASTI, Ihtifal dan lain-lain lagi. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat amat kami alu-alukan bagi menjadikan sistem pendidikan PASTI sebagai sistem pendidikan umat yang terbaik.
Sekian, terima kasih.
Yang melaksanakan amanah,
AZRIN BIN AB. MAJID Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
Anak muda dari Kuala Lumpur yang tidak mahu nama ditulis ,meminta Nizar tahnik anak beliau yang baru berusia 2 hari.Keluarga beliau kebanyakan UMNO.Kini dikatakan akan mengundi PAS dalam PRU 13.
Bersama Ketua Kampung Kg Kubu Kerajaan Zambry .Makan satu hidang.Nizar tetap mesra rakyat.
Nizar bertanya khabar dengan penduduk Seberang Ampang,Bukit Gantang sewaktu menghadiri kenduri doa selamat penduduk.
Nizar bersama penduduk Kg Salak Baru,Trong.Nizar bertanya khabar kepada Pak Cik yang menghidap kencing manis.Kaki kanannya telah dipotong.
Nizar bersama Pegawai Khas melihat saliran air yang tersumbat di Kg Menteri,Kuala Sapetang.
Nizar ziarah Pak Long ,di Bendang Nibong,Bukit Gantang.
UMNO Bukit Gantang cukup susah hati jika Nizar bertemu penduduk.Mereka akan mendapat aturcara lawatan Nizar.
Jika Nizar bersolat Jumaat.Mereka akan pastikan Nizar tidak dijemput menjadi Imam .Baru-baru ini Imam UMNO merampas tugas IMAM bertugas di masjid Kg Air Terjun,Trong.
Kini mereka menggunakan seorang Ustaz UMNO Kamal Saidin dari utara untuk berceramah di Parlimen Bukit Gantang. Setakat ini kita mendapat maklumat semakin banyak maki hamun Ustaz UMNO itu,penduduk kampung semakin sayang dengan PAS .Nizar dan PAS kini mendapat sambutan.
UMNO walaupun terdapat " 2 bilion man",disini tetapi mereka hanya mampu guna peruntukan kerajaan,hasil cukai rakyat untuk menolong rakyat.Dengan Nizar mereka kalah,sebab Nizar tak ambil gaji di Bukit Gantang.Terus digunakan untuk rakyat.
Berita Harian sekejap tadi (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.
Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.
Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.
Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.
Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.
Menghadiri mesyuarat Lujnah Pendidikan PAS di Gombak semalam meninggalkan kenangan 'manis' untuk saya. Mesyuarat dijadualkan jam 2.00 petang. Sebagaimana biasa supaya tidak terlalu tergesa-gesa, saya menaiki penerbangan Air Asia jam 9.00 pagi dari Pengkalan Chepa. Dari LCCT, KLIA ke KL Central menaiki Sky Bus dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Seterusnya perkhidmatan LRT menjadi pilihan menuju ke Gombak. Dengan kos tambang RM8, sebuah teksi menghantar saya dari Stesen LRT Gombak ke Pejabat PASTI Pusat jam 12.30 tengah hari, tempat dijadualkan bermesyuarat.
Kata pepatah, orang jauh selalu berwaspada memang selalu terbukti kebenarannya kerana dibandingkan dengan jawatankuasa yang lain, saya yang menempuh perjalanan paling jauh, tetapi sayalah yang terawal tiba. Alhamdulillah...
Kelewatan kehadiran sahabat-sahabat lain menyebabkan mesyuarat cuma dapat dimulakan jam 4.00 petang! Agak banyak agenda yang dibincangkan terutamanya Program Pelancaran Dana Pendidikan Pas di mana saya diamanahkan menerajui perjalanannya. Masa tentunya agak suntuk kerana jadual penerbangan balik saya jam 8.50 malam. Hampir jam 7.00 malam kami menyudahkan mesyuarat. Jasa baik seorang sahabat yang tinggal di Bangi sudi menghantar saya ke Terminal LCC, KLIA.
Kita guna jalan 'short cut', insyaAllah, 1 jam kita sampai KLIA. Ujarnya cuba meyakinkan saya. Mungkin ujian Allah telah ditulis untuk saya semalam. Kesesakan jalan raya menjadikan perjalanan tidak lancar. Walaupun sahabat saya cuba memandu dengan gaya seorang pemandu Formula One, kami cuma mampu sampai ke KLIA tepat jam 8.45 malam ketika gate telah ditutup. Saya cuma mampu terduduk keletihan dan kehampaan. Tercatatlah dalam sejarah hidup saya, ditinggalkan kapal terbang.
Orang tua-tua pernah bercerita, kalau para wali, keretapi atau bas tak boleh nak tinggal dia. Bas atau keretapi tak boleh nak bergerak sehinggalah wali itu naik. Nasib saya yang sehingga sekarang belum lagi sampai tahap wali walaupun untuk jadi wali nikah (anak masih kecil, semua lelaki pulak, orang tua pun masih ada).
Peraturan Air Asia agak menindas. Mereka yang tertinggal flight tidak akan dikembalikan tambang walaupun satu sen! Terpaksalah saya beli tiket baru penerbangan jam 7.30 pagi ini dan harga tiket last minute melambung lebih 2 kali ganda. RM217 sehala! Menunggu hari cerah, saya cuba memejamkan mata untuk merehatkan diri di atas kerusi keras LCCT. Moga ada kebaikan atas apa yang berlaku. Terimalah apa yang aku korbankan demi agama mu Ya Allah...
SHAH ALAM, 9 Jun : Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.
TUCSON, 9 Jan - Seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) wanita yang sedang mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasannya di luar kedai runcit di sini, membunuh seorang hakim mahkamah persekutuan dan lima yang lain.
Seorang mangsa tembakan di Tucson dibawa ke hospital menggunakan helikopter - Foto Reuters
Meskipun kejadian menembak di tempat awam bukan sesuatu yang luar biasa, tetapi rakyat AS menimbulkan persoalan sama ada ia kejadian akibat politik pecah belah negara itu.
Anggota Kongres itu, Gabrielle Giffords dari parti Demokrat berada dalam kritikal, tetapi pegawai perubatan optimistik beliau boleh diselamatkan.
Laporan awal menyebut wakil rakyat itu menjadi sasaran penembak tersebut.
Wakil rakyat itu merupakan antara 13 orang yang cedera dalam kejadian tembak.
Turut cedera seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dan pembantu wakil rakyat itu.
Giffords, 40, merupakan wakil rakyat penggal ketiga, memenangi pilihan raya separuh penggal November lalu dengan majoriti tipis.
Anggota itu menyatakan sokongan ke atas usaha pentadbiran White House memperkenalkan rang undang-undang kesihatan yang menjadi kontroversi.
Kemarahan ke atas beliau dikatakan meningkat termasuk pejabatnya di Tucson turut menjadi sasaran dipecah masuk Mac lalu dan baru-baru ini seorang muncul dengan pistol pada majlis dihadiri beliau.
Polis berkata pihaknya telah menahan penembak, dikenal pasti sebagai Jared Loughner, 22.
Dia dikatakan menggunakan pistol 9mm untuk menyerang mangsanya.
Tujuan dia bertindak demikian belum dikenal pasti.
Bagaimanapun menurut Syerif Clarence Dupnik dari Pima County, penembak itu seorang yang tidak waras dan kemungkinan tidak bertindak seorang diri.
Presiden AS Barack Obama menyifatkan kejadian itu satu tragedi kepada negaranya.
"Ia satu tragedi bagi Arizona, dan satu tragedi bagi seluruh negara," isytihar Obama.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai John Roll, 63, iaitu hakim persekutuan; Gabriel Zimmerman, 30, pengarah program komuniti Giffords; Dorwin Stoddard, 76, pastor Gereja Mountain Ave; Christina Greene, 9, murid Mesa Verde Elementary; Dorthy Murray, 76; dan Phyllis Scheck, 79.
Giffords kali pertama dipilih sebagai anggota Dewan Perwakilan Arizona pada 2000 dan senat negeri dua tahun kemudian.
Pada 2006, beliau kelahiran Tucson, memenangi pilihan raya Kongres AS dan mendirikan rumah tangga dengan angkasawan Mark E. Kelly dari New Jersey tahun berikutnya.
Sebelum kejadian ini, yang berlaku semalam (waktu AS), antara Kongres yang pernah menjadi mangsa tembakan ialah Senator Charles Sumner, wakil Republikan iaitu pada 22 Mei 1856.
Pada 1 Mac 1954, lima anggota Kongres cedera apabila empat rakyat Puerto Rican melepaskan tembakan di bangunan Capitol, Washington DC dan pada 18 November 1978, Leo Ryan, anggota
Kongres Demokrat dari California dan empat yang lain terbunuh di Guyana.
Wakil Demokrat New Jersey, Donald M. Payne terselamat serangan mortar ketika mengadakan lawatan ke Mogadishu, Somalia pada 13 April 2009 dan pada 22 Mac lalu, wakil Republikan Eric Cantor berkata, peluru menembusi pejabat kempennya di Richmond dan menerima e-mel ugutan.
Pada 9 Januari 2011, Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Dusun Tua telah mengadakan majlis dialog bersama pemimpin di Dewan Orang Ramai Sungai Tekali. Menurut Penyelaras DUN Dusun Tua Saudara Mohamad Jan Sulong, Majlis tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan tanah yang membelenggu sejak sekian lamanya terutama mereka yang masih lagi tidak mempunyai tanah. Ada diantara mereka ini tinggal di kawasan rezab sungai, jalan dan juga tinggal di kawasan orang asal.
Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah YB Iskandar A. Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan), Dato' Zainal Abidin Aala (Pegawai Daerah Hulu Langat) dan Mohamad Jan Sulong (Penyelaras DUN Dusun Tua). Seramai lebih kurang 150 orang penduduk sekitar telah hadir untuk mengikuti dailog tersebut.
Dalam majlis tersebut penduduk diberi peluang untuk mengemukakan permasalahan yang mereka hadapi, antaranya penduduk Sungai Tekali yang diberikan tanah pada tahun 2009 namun gagal mengenalpasti kedudukan tanah mereka. Ini adalah kerana mereka menerima geran namun kedudukan tanah sebenarnya tidak dapat dipastikan. Penurut penerima tanah, itu lagi tanah tersebut tidak diukur walaupun mereka telah membayar premium dan kos juru ukur.
Penduduk juga membangkitkan masalah tanah kelompok yang mereka majukan setelah sekian lama dan apabila pembahagian lot dibuat rumah yang mereka dibina telah terkeluar dari lot yang diberikan.
Ada diantara penduduk yang ingin mengusahakan tanah-tanah rezab sungai dan jalan raya untuk tujuan tanaman jangka pendek seperti sayur dan pisang. Pegawai Daerah amat mengalu-alukan hasrat tersebut dan meminta ianya di majukan ke pejabat agar perbincangan dengan tuan tanah dan pemilikan sementara serta kebenaran dapat dikeluarkan.
Begitu juga dengan hasrat persatuan belia yang ingin memohon kawasan tanah untuk tujuan projek pertanian, YB Iskandar meminta supaya kertas kerja dibuat bagi menjelaskan projek yang akan dilaksanakan dan untuk tindakkan selanjutnya oleh Exco dan Pejabat Daerah.
Penduduk juga meminta penjelasan mengenai permohonan tanah pertanian yang telah diusahakan lebih 50 tahun tanpa hak milik. Menurut YB Iskandar, dari segi dasarnya permohonan pemilikan tanah pertanian telah dibekukan. Namun beliau setuju untuk mempertimbangkan sekiranya mereka telah mengusahakan tanah tersebut sejak dahulu. Peranan ketua kampung diperlukan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Dialog menjadi hangat apabila wakil pemuda dari Sungai Tekali pula membangkitkan isu penjualan tanah seluas 120 ekar dan 150 ekar yang dimiliki oleh individu. Pemilikan tanah yang luar biasa luasnya ini membangkitkan kemarahan penduduk sedangkan ramai lagi penduduk tempatan tidak mempunyai tanah. Sehubungan dengan itu YB Iskandar menjelaskan bahawa semua permohonan tanah selain dari untuk tujuan perumahan telah dibekukan. Beliau juga menambah, pemberian tanah yang luas kepada individu itu dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu dan kini ianya telah dihentikan.
Oleh kerana pemberian tersebut dibuat secara sah maka kerajaan negeri kini tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik tanah tersebut, melainkan sekiranya mereka telah melangar syarat pemilikkan seperti tidak membayar cukai.
Dialog itu telah berjalan lancar dan memberi maklumat tentang proses pembahagian tanah, hak milik dan pembangunan tanah rizab. Apa pun segala permasalahan perlu di majukan kepada Pejabat Daerah. Sekiranya ianya gagal diselesaikan, penduduk perlu membuat susulan dengan menghantar surat peringatan dan salinan kepada Dato' Zainal Abidin, Pegawai Daerah.
Program gunting rambut percuma telah dijayakan oleh tukang gunting rambut yang tak asing lagi di Taman Sri Nanding iaitu Pak Len. Awal-awal pagi lagi anak-anak telah menunggu untuk gunting rambut sebagai persediaan menghadapi musim persekolahan baru.
Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?
Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng
Dewan Pemuda PAS Gopeng berpendapat, adalah perlu dan wajar bagi pihak kerajaan meneliti semula kewajaranlawatan para isteri menteri yang diketuai oleh Datin Seri Rosmah ke Arab Saudi baru-baru ini.
Sehingga kini, rakyat bawahan terutamanya belum mendapat sebarang maklumbalas yang positif, memberangsangkan serta komprehensif berkenan hasil lawatan dan penghantaran deligasi isteri Perdana menetri ke luar negara.
Rosmah bersama delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas dengan pesawat khas untuk mengadakan rombongan ke Arab Saudi.
Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas pada pukul 2.30 petang Sabtu(8 januari 2011) melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Bernama)
Di Arab Saudi, beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.
Rakyat Malaysia tentu sekali berpendapat bahawa ucaptama sebegitu hanya layak diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Luar Negara yang diberi mandat oleh kerajaan untuk portfolio sebegitu.
Di dalam suasana negara yang diramalkan bakal bengkrap oleh para penganalisa ekonomi dan menteri kabinet, bajet yang cukup besar masih diluluskan kepada isteri para menteri ke luar negara walaupun kemungkinan tanpa membawa sebarang hasil yang cukup dampak kepada politik dan ekonomi negara.
Rakyat merasakan, cukup Projek Permata yang menelan jutaan ringgit dilepaskan ke tangan isteri Perdana Menteri walaupun program sedemikian rupa tidak membawa kesan besar kepada masyarakat marhain. Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor pernah dinyatakan oleh Presiden PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan, fokus kerajaan telah tersasar melalui perlaburan wang sebegini besar memandangkan PERMATA juga masih di peringkat percubaan.
Jika benar isteri para Menteri ingin terlibat dalam isu-isu antarabangsa, kebajikan dan pendidikan, mereka boleh sahaja menjadi penaung NGO-NGO yang sekian lama ikhlas bekerja dalam isu-isu sosial tanpa perlu menelan jutaan ringgit untuk melaksanakan misi mereka. Kini Malaysia memiliki banyaak NGO yang konsisten malah non partisan dalam melaksanakan perjuangan mereka. Kehadiran aktivis sosial atas nama isteri Menteri tidak sama dengan kehadiran mereka atas tiket NGO yang lebih ikhlas berkhidmat atas misi sosial.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
9 januari 2011
You are subscribed to email updates from DPP Gopeng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1.Suasana solat hajat perdana di imamkan oleh YB Dato Seri Ustaz Abd Hadi Awang. 2.Ceramah Perdana oleh YB Dato Seri Ustaz Abd Hadi Awang, YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato Ustaz Nik Aziz Nik Mat, YAB Dato Menteri Besar Selangor dan ramai lagi pimpinan parti. 3)Photo bersama YB Taufik Adun Sulong PAS Negeri Sembilan.
Pada 9 Januari 2011 di Markaz PAS Caw Paya Jaras, Subang. Dewan Pemuda PAS PJ Utara turut hadir sama iaitu Ketua Pemuda, Ustaz Zubir, Rahim, Zulkafli, Ridzuan dan Shukri.
Komen Keras : Sebelum ini tidak kurang 3 kali siasatan menyeluruh sudah dibuat ke atas kenderaan awam terutama bas ekspress selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang melibatkan ramai nyawa melayang . Rupanya baru JPJ perasaan lebih 4,000 kenderaan awam termasuk bas pesiaran dan bas ekspress tidak diperiksa di PUSPAKOM.
Sebanyak 4,111 atau 31 peratus daripada 13,242 kenderaan jenis bas awam yang didaftarkan di negara ini gagal menghadiri pemeriksaan berkala di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) sepanjang tahun lalu.
Kesemua kenderaan yang dikategorikan sebagai bas awam itu adalah bas henti-henti, bas persiaran, ekspres, sewa khas dan bas sekolah.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemeriksaan berkala setiap enam bulan sekali perlu dijalankan semua kenderaan perdagangan termasuk bas awam sebelum beroperasi. "Sehubungan itu, kita akan menyiasat punca kegagalan mereka menghadiri pemeriksaan Puspakom.
"Kita syak jumlah kenderaan ini berpunca daripada sama ada pengusaha bas berkenaan menghentikan operasinya atau beroperasi tanpa melalui pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Operasi Bas Persiaran di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gombak dekat sini hari ini. Solat berkata, mana-mana kenderaan yang gagal menjalani pemeriksaan di Puspakom sebanyak tiga kali berturut-turut boleh digantung cukai jalan selama sebulan.
Malah, pihaknya akan mencadangkan supaya pendaftaran bas itu dibatalkan sekiranya mereka tidak melalui Puspakom atau mengambil cukai jalan selama setahun atau lebih.
Solah memberitahu, pihaknya memandang serius perkara ini dan akan meningkatkan operasi secara berterusan ke atas kenderaan awam di seluruh negara terutamanya menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Beliau memberitahu, sejak 2007, pihaknya melakukan pemeriksaan di setiap terminal bas dalam memastikan semua pengusaha bas mematuhi peraturan ditetapkan.
"JPJ menempatkan pegawai di setiap terminal untuk membuat pemeriksaan dari segi keadaan bas, pemandu dan buku log aktiviti ke atas setiap bas.
"Pegawai kami turut ditempatkan di jalan tertentu untuk mengambil gambar mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kata Solah, JPJ kini mewajibkan semua pemandu bas mengedarkan borang aduan mengenai tahap pemanduan kepada setiap penumpang bas-bas ekspres mulai semalam.
Menurut beliau, pemandu bas wajib mengedarkan borang aduan kepada setiap penumpang yang menaiki bas mereka. "Sekiranya terdapat 20 penumpang, maka 20 borang akan diedarkan dan ia (borang) itu akan diserahkan kepada pegawai JPJ yang ditempatkan di semua terminal atau hentian bas," katanya.
Beliau menambah, sekiranya terdapat aduan daripada penumpang, siasatan akan dilakukan terhadap pemandu berkenaan.
"Jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, pemandu bas itu boleh dikenakan tindakan serta merta," tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman berkata, bilangan kenderaan yang gagal menghadiri pemeriksaan di agensi itu sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana mengikut undang-undang, semua kenderaan perdagangan termasuk bas awam wajib menjalani pemeriksaan di Puspakom.
"Justeru, kita minta semua pengusaha bas agar mematuhi peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas," ujarnya
Berita Harian sekejap tadi (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.
Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.
Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.
Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.
Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Perkasa mendakwa kaum-kaum pendatang generasi pertama ke negara ini tidak membawa banyak masalah kepada orang Melayu berbanding generasi semasa. . Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pada peringkat awal kemasukan kaum-kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, "tidak banyak berlakunya pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu", justeru mereka tahu untuk menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.
Komen : Kalau MC & MIC ini batu atau kayu memang mereka tak kisah, tak sedarkah Ruslan generasi ke 2 dikatakan pendatang ?
"Sedikit sebanyak adab sebagai orang imigran dijaga kerana mereka, sama ada secara terpaksa atau tidak, menghargai sikap 'lunak terima' orang Melayu terhadap kedatangan mereka.
"Generasi pertama kaum imigran adalah generasi yang agak kurang memberi masalah kepada orang Melayu," kata beliau.
Katanya, pergeseran mula berlaku setelah kaum pendatang generasi pertama tersebut memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi.
Kata Ruslan, keadaan ini wujud mungkin kerana pada waktu itu mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada soal-soal asasi mereka seperti mendapatkan tempat tinggal, mengembangkan aspek perniagaan dan terbukanya peluang dominasi ekonomi di wilayah baru, masalah kewarganegaraan, akomodasi dalam arus politik perdana Tanah Melayu, ketakutan mereka untuk pulang ke China akibat suasana politik di sana yang lebih menekan, jerih dan tidak menentu lalu melihat Tanah Melayu lubuk yang lebih selesa bagi mereka mengaut untung serta gejala ledakan kependudukan dan eksodus orang-orang China dari tanah Besar mereka.
"Namun, senario ini berubah setelah mereka memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi yang semakin mencengkam, perkara-perkara tersurat yang termaktub dalam perlembagaan yang boleh diberikan tafsiran semula dan dieksploitasi untuk lebih menghimpit orang Melayu serta beberapa perkara lain yang membuka ruang untuk mereka "menangguk di air yang keruh."
Justeru katanya, gelagat beberapa pemimpin bukan Melayu termasuk Lee Kuan Yew mempertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu membawa kepada krisis kepentingan dan konflik kaum yang jelas menunjukkan perubahan dan pendirian kaum imigran terhadap bangsa pribumi Tanah Melayu.
"Rentetan dari itu, ultimatum penyingkiran Singapura dilaksanakan walau ia merugikan bangsa Melayu sendiri dan menghakis wibawa dan maruah mereka di mata dunia, sedangkan wabak penyakit 'lupa daratan' dan virus 'melepaskan anjing tersepit' ini boleh dibendung sekiranya kerajaan pada waktu itu melaksanakan 'political sanction' atau sekatan politik melalui perisytiharan darurat, menyumbat petualang negara ke dalam penjara melalui pendekatan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mengerahkan angkatan tentera untuk bertindak," katanya.
Ruslan juga menulis, agenda menggoncang sendi-sendi bangsa Melayu disemarakkan lagi dengan kenyataan Dr Tan Chee Koon, ketika itu yang memimpin Parti Buruh, yang mengkritik kerajaan tentang rancangan pendidikan dan sikap berat sebelah yang kononnya memberi kelebihan kepada anak-anak Melayu, tentang Maktab MARA dan sebagainya.
"Pendekatan yang agak komunal dengan mengemukakan statistik yang tidak tepat (perbandingan di antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu dalam kursus-kursus profesional di IPTA) bukan saja boleh menimbulkan dan membakar semangat kebencian antara kaum, bahkan ia boleh juga disifatkan sebagai jenayah politik yang sangat merbahaya pada waktu itu," katanya.
"Rata-rata di kalangan mereka tidak dapat merasai pengalaman seperti yang dialami oleh generasi pertama mereka justeru berada di dalam zon selamat setelah perkara-perkara asas yang mereka perlukan sebahagian besarnya diperolehi.
"Mereka semakin lantang menyuarakan protes terhadap segala dasar kerajaan yang dianggap sebagai 'Malay bias'," tambah Ruslan.
Beliau juga mempersoalkan sama ada perubahan yang dibawa kaum imigran ini mampu memelihara semangat perpaduan seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu di negara ini.
"Persoalannya apakah perubahan sikap dan pendirian kaum imigran terhadap orang Melayu itu menjadi bertambah baik dan usaha pemupukan perpaduan kaum meningkat?
"Apakah semangat kontrak sosial masih utuh terpelihara dan sebarang langkah membantu orang Melayu dan bumiputera bebas dari belenggu kemiskinan tidak dilihat sebagai tindakan rasis?" katanya,
Ruslan juga membangkitkan peranan DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat, dalam tulisannya kali ini.
"Apa yang nyata ialah asakan dan tuntutan mereka semakin menjadi-jadi serta menampakkan kegilaan yang sukar dibendung, apatah lagi warna perkauman DAP terutamanya, yang amat pekat itu kini dicairkan oleh penglibatan dan sokongan sebilangan orang Melayu yang lupa di mana bumi dipijak dan tempat langit dijunjung," soal Ruslan, pemimpin dari Negeri Sembilan yang pernah menganggotai Umno dan Parti Keadilan Rakyat.
Komen : Takkan MCA & MIC tak terasa! Orang DAP dah tahu keadaan sebenar dan tidak termakan dengan provokasi UMNO dan sekutunya yang sudah tertekan tu.
Pada 08/01/2011 (Sabtu), YB Mohd Zaki Hj Ibrahim (Adun Kelaboran) dengan kerjasama Jentera Bilik Gerakan Banjir Pemuda Pas Dun Kelaboran telah mengadakan satu operasi penyampaian bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Kelaboran yang melibatkan penduduk Kg. Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang.
Dua buah pick-up dan sebuah lori yang penuh dengan muatan barang keperluan dapur digerakkan ke kawasan yang dilanda banjir bermula pukul 3:00 petang. Kawasan-kawasan tersebut dinaiki air separas pinggang menyebabkan ada beberapa penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Bantuan tersebut diagihkan dengan kerjasama penghulu mukim serta ajk kampong yang berkaitan. Perahu disediakan untuk mengangkut barang-barang bantuan manakala para pembantu hanya meranduk air banjir separas pinggang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya YB, Pengarah Jentera Banjir dan semua ajk jentera yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Video ini menunjukkan mat rempit dengan aksi merbahayanya kepada orang ramai ini telah dirakam oleh jurugambar amatur sekitar jam 12.00 tengah malam hingga jam 2.00 pagi 9 Januari 2011 di sekitar Bandar Melaka.
Sekitar Melaka Raya
Sekitar Peringgit
Sekitar Pulau Melaka
Mana perginya polis-polis yang hebat membanteras Pakatan Rakyat? Hari ini mat rempit semakin berkuasa dari pihak berkuasa. Apa bidang kuasa bagi mereka yang membanteras gejala rempit ini? Adakah mereka hanya tahu mengawal ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan Barisan Nasional?
Malam tadi, PAS Kawasan Bukit Katil telah menganjurkan ceramah isu-isu semasa oleh Ustaz Kamal Ashaari. Seperti biasa saya telah meluangkan masa untuk menghadiri ceramah tersebut. Sebenarnya saya dah sampai agak lewat kerana ada hal yang saya perlu bereskan. Semasa sampai, kebetulan penceramah baru memulakan ceramah beliau. Seperti biasa, saya harapkan UMNO tak membuat kacau pada malam ini, tetapi jelas sangkaan saya meleset.
Di Melaka, perlakuan parti UMNO paling pelik dan mungkin tiada di tempat lain. Manakan tidak, UMNO Melaka sering berceramah bersebelahan ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Seingat saya, ceramah Mat Sabu dan Dr. Hatta Ramli juga mengalami gangguan oleh UMNO. Ini jelas tindakan paling tak bertamadun pernah saya lihat. Cuba anda bayangkan, ceramah sebelah menyebelah menggunakan pembesar suara. Yang mana satu hendak didengarkan, dan ini berlaku juga di ceramah Ustaz Kamal Ashaari. Sepanjang saya bertugas di merata tempat, saya selalu ikuti program-program ceramah anjuran PAS, jarang berlaku ceramah UMNO bersebelahan ceramah PAS.
Namun negeri Melaka yang diisytiharkan oleh Ali Rustam sebagai negeri maju pada 20.10.2010 amat memalukan apabila UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai minda kelas ketiga dan mundur. Gerak gerinya jelas terbelakang dan songsang. Apa perlunya UMNO untuk menganjurkan ceramah-ceramah seperti ini kerana media arus perdana yang mereka kuasai selalu mengeluarkan kempen - kempen memburukkan dan menfitnah Pakatan Rakyat. Adakah itu tidak cukup lagi sehingga ke pentas ceramah terus berlaku gangguan.
Ustaz Kamal Ashaari memberitahu dalam ceramahnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh UMNO dalam kempen "Selamatkan Selangor" kerana mengiktiraf fungsi parti pembangkang iaitu UMNO. Pakatan Rakyat Selangor akan menjawab isu-isu yang di bangkitkan oleh UMNO melalui ceramah yang akan diadakan pada hari berikutnya. Jelas perlakuan UMNO ini amat terdesak kerana takut akan 'tsunami politik' pada Mac 2008 akan terus berlanjutan pada PRU 13 nanti dan akan terus menguburkan mereka dari landskap politik Malaysia buat selama-lamanya.
MELAKA: Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San yang juga merupakan Ketua Pembangkang mendakwa bajet 2011 negeri Melaka yang dibentangkan oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keduabelas, baru-baru ini adalah meragukan.
"Bajet kali ini menganggarkan hasil susut RM74 juta dan anggaran mengurus juga susut RM74 juta tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar kerajaan negeri. Lebihan tahun ini ialah sebanyak RM167 ribu berbanding tahun lepas lebihannya RM200 ribu tetapi penambahan peruntukan bagi pembangunan RM91 juta dan belanja mengurus RM74 juta berjumlah RM165 juta jika dibanding dengan RM200 juta jauh daripada anggaran sebenar bajet," kata beliau.
Goh menjelaskan bahawa tindakan tersebut tidak adil kepada rakyat kerana rakyat tidak dimaklumkan perkara yang sebenar secara tepat dan ianya tidak merujuk kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri yang sebenar.
Tambahnya, kerajaan tidak sepatutnya mempermainkan angka-angka ini sehingga mengelirukan rakyat atau pelabur yang ingin membuat pelaburan di negeri ini tanpa menjelaskan keupayaan sebenar prestasi pelaburan di Melaka.
"Bagi maksud Pembangunan 15 dengan kod projek 39000 di mana diberikan peruntukan RM10.5 juta dengan huraian pelbagai sahaja manakala, bagi P16 dengan huraian pembangunan ekonomi, sosial serta pentadbiran am telah memohon RM12 juta dan bagi P17Projek - Projek Khas Ketua Menteri memohon RM2.5 juta.
"Adakah peruntukan ini menunjukkan persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-13? Kerajaan sentiasa mengambil kesempatan mendapat peruntukan untuk menjaga kepentingan diri dan saya percaya bajet ini juga mempunyai matlamat yang sama," ujarnya.
Beliau menerangkan bahawa jumlah besar hasil 2009 bagi pendapatan sebenar dan anggaran berkurangan sebanyak RM16 juta dan seterusnya menjadikan bajet lebihan pada tahun tersebut tidak mendatangkan apa-apa makna langsung.
Malah katanya, tahun 2011 juga menunjukkan bajet lebihan sebanyak RM167,060 maka adakah anggaran ini memberikan pendapatan sebenar yang berkurangan seperti 2009 dan sekiranya benar mengapa kerajaan mahu memberikan bajet lebihan?
Berita dipetik daripada Harakah 25 - 27 MUHARAM 1432 / 30 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Dikamar sepi yang serba kekurangan dan rumah usang warisan keluarga isterinya lelaki ini terbaring tidak bermaya bernama Abdullah Hashim - Tahir- Penghulu,bekas pejuang Rejimen Ke-10 TPRM(Tentera Pembebasan Rakyat Malaya) menghabiskan hari-harinya menanggung sakit didalam perut dan lelah.suaranya kian lemah,perlahan dan terputus-putus disamping ingatannya kian kabur.sesungguhnya kesihatan beliau kian merudum berbanding sebelum bulan Ramadhan tahun lalu ketika mengziarahinya pada PADA .JANUARI 2011.
Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989.
Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.
Hari ini, Pak Syed Hamid Ali(adik Bongsu Syed Husin Ali),Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.
Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.
Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.
Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.
Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.
Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.
Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.
Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.
Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan buat pejuang Revolusi Tanah air dalam menghadapi penderitaan dalam menghabiskan sisa - sisa hidup yang masih kental berjuang menentang penjajah British,UMNO dan Barisan Nasional. Sila bank-in Sumbangan anda ke Tabung Simpati Blogger Pembela Rakyat akaun Hong Leong Bank Kami bernombor : 14651 - 040 - 288(Azalli) atau melalui akaun paypal di laman blog pejuang pro demokrasi di sebelah kiri side bar .hanya RM 1 sumbangan ikhlas anda mampu meringankan penderitaan mereka.Bantu lah bekas pejuang - pejuang Revolusi mereka,kalau tak kita siapa lagi?
Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!
"Bang... sardin tin besar ni minggu dulu harganya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"
"Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.
Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer."
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang... sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.
Dan pada hari ini Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi dalam rangka lawatan ke tiga negara termasuk Oman dan Bangladesh.
Turut mengiringi Rosmah ialah 20 ahli Bakti dan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rombongan itu berlepas jam 2.30 petang tadi menerusi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Selepas melawat Arab Saudi mereka akan menziarahi Oman sebelum berkunjung ke Bangladesh. Aktif isteri Perdana Menteri Malaysia ini ketika Rakyat berfikir lima enam kali untuk membeli setin sardin cap Ayam.
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mengumumkan rombakan kepimpinan negeri hari ini dalam usaha merapatkan kembali perpaduan parti itu, susulan pemilihan tahun yang menimbulkan suasana tidak selesa dengan siri dakwaan kecacatan dalam proses pengundian. PKR mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini. Komponen Pakatan Rakyat itu telah pun mengadakan mesyuarat biro itu Jumaat lalu dan membincangkan rombakan tersebut. Lima hingga enam negeri dijangka akan menerima ketua negeri yang baru hari ini. The Malaysian Insider difahamkan negeri-negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu. Difahamkan Sabah dan Sarawak juga mungkin mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa termasuk pergolakan semasa di Sabah. Sabah merupakan antara negeri sudah beberapa kali mengalami perubahan kepimpinan negeri dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu. Perak dipercayai akan diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty yang bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan pusat. Jika pelantikan itu disahkan hari ini, beliau akan menggantikan Mustaffa Kamil Ayub, yang kini menganggotai Biro Politik. Mustaffa dilantik menganggotai Biro Politik selepas tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jawatan timbalan presiden. "Ini antara negeri yang akan menerima pengerusi baru, perkara ini sudah diputuskan pada mesyuarat Biro Politik hari Jumaat lepas," kata seorang pemimpin pusat PKR kepada The Malaysian Insider. "Setakat hari itu, negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan manakala kedudukan Sabah dan Sarawak belum diputuskan," kata sumber itu. "Ini keputusan yang telah diambil pada mesyuarat Biro Politik Jumaat lalu, dan kemungkinan boleh berubah berdasarkan mesyuarat hari ini, jadi kita kena tunggu sehingga tengah hari esok (hari ini)," katanya lagi. Laporan media minggu lalu menyebut, PKR Sabah menghadapi masalah kepimpinan apabila 15 daripada 25 ketua cabang meluahkan rasa tidak yakin terhadap ketua mereka Ahmad Thamrin Jaini, sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik meneraju parti itu. Ansari mewakili PKR-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi November lalu. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga telah berada di Sabah minggu lalu, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang menjelang pengumuman pelantikan kepimpinan negeri hari ini. Malah rombakan ini dibuat ketika bekas naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar PKR minggu lalu. Sarawak juga dijangka akan memperoleh ketua baru selepas pengerusi semasa Baru Bian dilantik sebagai naib presiden PKR bulan lalu. The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan negeri Kedah akan diambil alih oleh timbalannya Wan Salleh Wan Isa manakala Dr Idris Ahamad yang kini memangku akan dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Dr Idris memangku jawatan itu selepas ia kosong ekoran keputusan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR di sebalik masalah berkaitan dengan proses pemilihan. Kelantan dan Terengganu juga dilihat akan mengalami perubahan kepimpinan parti. Ketua cabang Ketereh Ab Aziz Ab Kadir akan menggantikan Saifuddin manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang tahun lalu melepaskan jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang akan mengetuai negeri itu. Ab Aziz dan Saifuddin masing-masing merupakan ahli Parlimen Ketereh dan Machang. Dalam pada itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitternya pagi tadi juga mengesahkan salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah pelantikan kepimpinan negeri. "Acara penuh, mesyuarat pimpinan parti termasuk pelantikn pimpinan negeri dan menerima laporan jawatankuasa pemilihan," katanya.
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi. Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab. Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan. Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain. Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain. Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS. Antara pemidato yang memberikan ceramah pada malam tersebut dengan tema Masa Untuk Berubah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi, Ahli Parlimen padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) dan Suhaizan Kaiat. Suhaizan dalam ceramah beliau juga turut menegaskan bahawa ceramah pada malam itu sah dan tidak perlu mendapatkan permit polis kerana diadakan di dalam kawasan premis persendirian. "Kalau ini pun tak boleh, masjid pun tak bolehlah azan, tak bolehlah solat berjemaah sebab tak dapat permit," seloroh beliau. Eizat dan Pemuda PAS Titiwangsa juga dijangka akan membuat laporan polis di atas tindakan polis yang tidak bertamadun tersbut. "Polis sudah melampau, sepatutnya kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya polis bertindak profesional," kata Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa.
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Perkasa mendakwa kaum-kaum pendatang generasi pertama ke negara ini tidak membawa banyak masalah kepada orang Melayu berbanding generasi semasa — gambaran yang dilihat akan membawa satu lagi keadaan kurang senang di kalangan orang Cina dan India. Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata, pada peringkat awal kemasukan kaum-kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, "tidak banyak berlakunya pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu", justeru mereka tahu untuk menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu. "Sedikit sebanyak adab sebagai orang imigran dijaga kerana mereka, sama ada secara terpaksa atau tidak, menghargai sikap 'lunak terima' orang Melayu terhadap kedatangan mereka. "Generasi pertama kaum imigran adalah generasi yang agak kurang memberi masalah kepada orang Melayu," kata beliau. Katanya, pergeseran mula berlaku setelah kaum pendatang generasi pertama tersebut memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi. Tulisan Ruslan dalam akhbar dwimingguan 'Suara Perkasa' edisi 3 Januari, di bawah tajuk "Pemerkasaan Maruah Bangsa Melayu, Sekilas Lintas Sejarah Tanah Melayu" menekankan, keadaan tersebut mengalami perubahan dan mula memberikan masalah selepas negara mencapai merdeka dan kedudukan ekonomi kaum imigran berubah. Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan lahir dua tahun lalu selepas perubahan landskap politik negara ini dan muncul sebagai suara lantang mahu memperjuangkan hak kaum Bumiputera dan Melayu. Sesetengah pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional pernah menggambarkan ia sebagai NGO rasis, tetapi pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan, menolak tanggapan sedemikian. Kata Ibrahim (gambar), pihaknya berjuang bagi mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkasa juga mempertahankan pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ke atas orang Cina dan India, yang pernah disifatkan sebagai "pendatang." Kata Ruslan, keadaan ini wujud mungkin kerana pada waktu itu mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada soal-soal asasi mereka seperti mendapatkan tempat tinggal, mengembangkan aspek perniagaan dan terbukanya peluang dominasi ekonomi di wilayah baru, masalah kewarganegaraan, akomodasi dalam arus politik perdana Tanah Melayu, ketakutan mereka untuk pulang ke China akibat suasana politik di sana yang lebih menekan, jerih dan tidak menentu lalu melihat Tanah Melayu lubuk yang lebih selesa bagi mereka mengaut untung serta gejala ledakan kependudukan dan eksodus orang-orang China dari tanah Besar mereka. "Namun, senario ini berubah setelah mereka memperoleh hak kerakyatan, pegangan ekuiti dan pemilikan sumber ekonomi yang semakin mencengkam, perkara-perkara tersurat yang termaktub dalam perlembagaan yang boleh diberikan tafsiran semula dan dieksploitasi untuk lebih menghimpit orang Melayu serta beberapa perkara lain yang membuka ruang untuk mereka "menangguk di air yang keruh." Justeru katanya, gelagat beberapa pemimpin bukan Melayu termasuk Lee Kuan Yew mempertikaikan kedudukan istimewa orang Melayu membawa kepada krisis kepentingan dan konflik kaum yang jelas menunjukkan perubahan dan pendirian kaum imigran terhadap bangsa pribumi Tanah Melayu. "Rentetan dari itu, ultimatum penyingkiran Singapura dilaksanakan walau ia merugikan bangsa Melayu sendiri dan menghakis wibawa dan maruah mereka di mata dunia, sedangkan wabak penyakit 'lupa daratan' dan virus 'melepaskan anjing tersepit' ini boleh dibendung sekiranya kerajaan pada waktu itu melaksanakan 'political sanction' atau sekatan politik melalui perisytiharan darurat, menyumbat petualang negara ke dalam penjara melalui pendekatan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mengerahkan angkatan tentera untuk bertindak," katanya. Ruslan juga menulis, agenda menggoncang sendi-sendi bangsa Melayu disemarakkan lagi dengan kenyataan Dr Tan Chee Koon, ketika itu yang memimpin Parti Buruh, yang mengkritik kerajaan tentang rancangan pendidikan dan sikap berat sebelah yang kononnya memberi kelebihan kepada anak-anak Melayu, tentang Maktab MARA dan sebagainya. "Pendekatan yang agak komunal dengan mengemukakan statistik yang tidak tepat (perbandingan di antara pelajar Melayu dengan bukan Melayu dalam kursus-kursus profesional di IPTA) bukan saja boleh menimbulkan dan membakar semangat kebencian antara kaum, bahkan ia boleh juga disifatkan sebagai jenayah politik yang sangat merbahaya pada waktu itu," katanya. "Rata-rata di kalangan mereka tidak dapat merasai pengalaman seperti yang dialami oleh generasi pertama mereka justeru berada di dalam zon selamat setelah perkara-perkara asas yang mereka perlukan sebahagian besarnya diperolehi. "Mereka semakin lantang menyuarakan protes terhadap segala dasar kerajaan yang dianggap sebagai 'Malay bias'," tambah Ruslan. Beliau juga mempersoalkan sama ada perubahan yang dibawa kaum imigran ini mampu memelihara semangat perpaduan seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu di negara ini. "Persoalannya apakah perubahan sikap dan pendirian kaum imigran terhadap orang Melayu itu menjadi bertambah baik dan usaha pemupukan perpaduan kaum meningkat? "Apakah semangat kontrak sosial masih utuh terpelihara dan sebarang langkah membantu orang Melayu dan bumiputera bebas dari belenggu kemiskinan tidak dilihat sebagai tindakan rasis?" katanya, Ruslan juga membangkitkan peranan DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat, dalam tulisannya kali ini. "Apa yang nyata ialah asakan dan tuntutan mereka semakin menjadi-jadi serta menampakkan kegilaan yang sukar dibendung, apatah lagi warna perkauman DAP terutamanya, yang amat pekat itu kini dicairkan oleh penglibatan dan sokongan sebilangan orang Melayu yang lupa di mana bumi dipijak dan tempat langit dijunjung," soal Ruslan, pemimpin dari Negeri Sembilan yang pernah menganggotai Umno dan Parti Keadilan Rakyat.
GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.
MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan. Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu. Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat. "Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu. "Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. rba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu. Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat. "Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu. "Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, manusia semakin maju. Bahkan, maklumat kini hanya dihujung jadi sahaja. Dan jika masih ada manusia yang tidak 'reti' (tahu) akan ketinggalanlah.
Hari ini, orang berpolitik dengan pelbagai cara dan kaedah. Baik dari kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam. Matlamatnya, adalah 'KEMENANGAN'.
Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang baru 'dibebaskan' oleh penjajah orang putih (Inggeris) amat tidak berpengetahuan bahawa dalam Islam adanya politik maknanya, Islam (agama) dengan politik (pemerintahan) tidak boleh dipisahkan.
Sebab itu, timbulnya ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut pimpinan Umno bahawa 'agama' (Islam) tidak boleh bercampur dengan politik. Maknanya, "POLITIK SUKU, AGAMA SUKU".
Sekitar tahun 80-an, muncullah seorang anak muda dari Rusila, Marang. Beliau juga merupakan anak 'tok guru' dari keturunan alim-ulama'. Bapanya, allahyarham Tuan Guru Haji Awang.
Kemunculan, anak muda bernama Abdul Hadi atau kini lebih dikenali Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berjaya mengubah 'langskap' pemahaman politik Islam orang Melayu bukan sahaja di Rusila, Marang tetapi di Terengganu dan Malaysia amnya.
Secara ringkasnya, apabila masa kini PAS mula boleh diterima oleh semua pihak, oleh semua kaum, oleh semua bangsa, oleh semua agama dan keturunan. Maka, sambutan rakyat terhadap PAS juga berbeza antara dahulu dengan sekarang.
Maka, dalam kesibukan Ustaz Abdul Hadi yang juga Presiden PAS masih sempat dia menulis dan membukukan ilmu-ilmunya. Ini termasuklah, buku tentang "Taktik dan Strategi Berpolitik".
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam buku terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Dato' Husin Awang, di Masjid Rusila, Marang, tahun lalu boleh dibanggakan.
"Dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, saya tunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisan saya bertajuk, Fikah Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk 'Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin'.
"Mereka (sahabat Nabi) adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah SAW," ujarnya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, Khulafa Ar-Rashidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah SWT.
Inilah, katanya rahsia kejayaan Islam meski pun penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam serta melaksanakan secara tidak sempurna.
"Sebenarnya, bukan sahaja krisis ekonomi yang dihebohkan, malah krisis dalam segala aspek roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara besar yang menganut ideologi komunis.
"Kini, ternyata sudah ada tanda-tanda awal keruntuhan kuasa besar Liberal-Kapitalis dan negara-negara penganutnya," kata Dato' Seri Abdul Hadi.
Menurutnya, Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.
Katanya, al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu dari Allah SWT.
"Pendukung (penganut) tetap ada, sama ada wujud Negara yang berdaulat (laksana Islam) atau Negara Islam yang 'dihilangkan'.
"Pendukungnya (penganut Islam) tidak dapat dikalahkan dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat," jelasnya.
Sebenarnya, kata Ustaz Hadi pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan barat dengan gerakan pembaharuan dari demokrasi purba lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab fikah Islam.
Kesimpulannya, 'peperangan' adalah tipu daya dan dalam politik ada tipu daya. Pasukan yang besar tetapi bodoh boleh dikalahkan oleh pasukan yang kecil tetapi penuh dengan 'taktik dan strategi'.
Akhir Kalam: "DALAM POLITIK ADA AGAMA, DALAM AGAMA ADA POLITIK"
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama delegasi dari Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengaminkan doa sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan selama tiga hari ketika di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Sabtu. Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.
Untuk ke Arab Saudi mahu juga Rosmah bertudung, walaupun kurang sempurna tapi Alhamdulillah dia mencuba juga. Setakat itulah pemahaman Rosmah tentang tudung, kalau hendak bertudung lebih afdhal mengikut masa dan tempat, contohnya di Arab Saudi kenalah bertudung, mungkin kerana dosanya lebih besar, berbeza di Malaysia. Tak percaya tanya Ustaz Jamil Khir.
Alah macam iguana, kata orang kadang-kadang ia boleh berubah mengikut keadaan.
SANDAKAN: "Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan. "Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika 'disusukan'," begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu. Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
"Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
"Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu," katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.
Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.
"Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
"Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
"Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik," katanya.
Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
"Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya," katanya.
Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.
"Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi," katanya.
Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.
Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.
"Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
"Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana 'harimau' yang mengamuk pantang dicabar," katanya.
Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.
"Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.
"Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda," katanya.
Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.
"Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini," katanya.
>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf
1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan) 2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki) 3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan) 4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan) 5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan) 6. Maisah, 37, berniaga (perempuan) 7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan) 8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki) 9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki) 10. Hassan, 30, jurujual (lelaki) 11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki) 12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan) 13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan) 14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan) 15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki) 16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan) 17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)
Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.
Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan. Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan. "Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi. Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat. Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu. - Bernama Badan-badan agama dah bagi banyak cadangan.. Kalau kerajaan sendiri yang mempunyai kemampuan yang besar, dari segi kuasa. logistik, kakitangan dsb., gagal dalam menangani masaalah ini seperti juga masaalah dadah, rasuah, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin perancangan dan dasar-dasarnya yang tidak betul, atau mungkin kerajaan tidak menutup pintu-pintu kepada kes ini malah membuka pintu yang seluas-luasnya kepada kes pembuangan bayi, dadah, rasuah dsb.,ini. Kalau dah diberi amanah pun masih menipu rakyat, masih berleluasa rasuahnya, masih melakukan fitnah kepada rakyat, ini menunjukkan pendekatan para pembuat dasar dan menteri BN adalah jauh menyeleweng. Nasihat dari badan-badan agama dan orang-orang yang ikhlas di anggap sepi dan ditertawakan saja, malah nasihat yang diterima adalah dari APCO. Apatah lagi perintah dari Allah itu sendiri dibangkang dan anggap sebagai tidak memawa kepada kemajuan,,, Allah mencabar kamu untuk menyelesaikan masaalah-masaalah tersebut, ternyata kamu tidak dapat menyelesaikannya sesudah diberi tempoh yang agak panjang memegang amanah dalam memerintah negara. Shahrizat, kembalilah kepada ajaran Allah,,,
SUBANG, 9 Jan: Datuk Abu Bakar Chik mengingatkan semua pendukung PAS supaya sentiasa berusaha menguatkan parti bagi mengatasi jentera Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti. Ini, katanya kerana PAS lazimnya akan menentang calon Umno yang mewakili BN di kawasan majoriti Melayu pada setiap kali pilihan raya. "Kita kena atasi kekuatan Umno sebab kita bertanding di kawasan Melayu," ujarnya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Program Motivasi Jentera Pilihan raya Dun Kota Damansara di Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Perdana malam tadi. Beliau menambah, ini bertepatan dengan hasrat parti yang bersedia untuk menggantikan Umno pada PRU 13 nanti. Katanya, semua peringkat organisasi parti perlu menjaga kekuatan masing-masing. "Kita bina kekuatan parti kita mengikut dasar dan polisi parti," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Justeru, tegasnya, kekuatan yang ada pada perjuangan PAS tidak perlu diragui oleh seluruh ahli. "Jangan ragu-ragu dengan perjuangan kita kerana kekuatan kita juga adalah kekuatan Islam dalam negara ini," ujarnya. Sehubungan itu, katanya seluruh jentera parti perlu berusaha keras bagi menghadapi PRU 13 dengan membuat perancangan secukupnya dan strategik bagi mencapai kejayaan. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang sering mengkritik kepimpinan tanpa mengikut saluran yang betul. Katanya, sikap sedemikian bukan sahaja boleh merosakkan jemaah sebaliknya membawa kejatuhan kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai.
Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.
Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat.
Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.
Bila terhimpit dalam keadaan sebegitu, mereka telah 'memulas' tangan hakim agar mahkamah 'over rule' apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Akibatnya, satu entiti yang sepatutnya mengintepretasi dan mempertahankan Perlembagaan dan Undang-undang iaitu mahkamah, telah menceroboh kuasa entiti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang iaitu DUN. Maka satu dahuluan (precedent) telah dibuat dan akan menjadi rujukan.
Baru-baru ini, apabila Speaker Parlimen melakukan tindakan yang dilihat tidak mengikut peraturan, pihak Pakatan Rakyat berhasrat mengheret Speaker ke mahkamah, maka riuh-rendahlah puak pencacai umno-apco BeEnd mengatakan tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan. Tiba-tiba kuasa Speaker kembali kebal dan tindakan Speaker tidak boleh dipersoal di dalam mana-mana mahkamah sedangkan sudah ada kes dahuluan yang telah mereka cipta di negeri Perak melibatkan Perlembagaan yang sama.
Sejahat-jahat negara Israel pun, ia tidak mempergunakan perlembagaan dan undang-undang mengikut sesuka hati. Tapi apalah sangat segala hukum-hakam perlembagaan ciptaan manusia. Hukum-hakam Allah SWT pun puak umno-apco-BeEnd boleh letak ke tepi demi mempertahankan kuasa. (Rujuk: Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa).
Kemelut yang sama sedang membelenggu negeri Selangor dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang terang-terangan melanggar Perlembagaan yang telah umno-apco-BeEnd pinda pada tahun 1993 lalu. Mereka telah meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa Sultan dalam soal pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.
Kuasa memilih dan melantik pegawai-pegawai berkenaan telah diberikan kepada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri selaku Ketua Eksekutif negeri hanya perlu memaklumkan kepada Sultan. Sama ada Sultan setuju atau tidak setuju, dalam tempoh 30 hari sebarang keputusan menjadi sah dan terpakai. Itulah inti pati penting Pindaan Perlembagaan 1993.
Dalam pertemuan antara TS Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan Sultan Selangor, perkara berkenaan telah disentuh dan Sultan Selangor akur terhadap bidang kuasa baginda yang telah dilucutkan melalui pindaan Perlembagaan 1993. (Rujuk:Kenyataan MB Selangor dalam isu Khusrin).
Bagi mengatasi kemelut 'SUK lantikan Ketua Setiausaha Negara' yang bertindak lebih MB daripada MB dan lebih Sultan daripada Sultan demi tunduk kepada kehendak umno-apco-BeEnd, TS Khalid bercadang mengadakan sidang khas Dewan Undangan negeri Selangor bagi meminda semula Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dilucutkan oleh umno-apco-BeEnd.
Dalam situasi ini, umno-apco-BeEnd akan tersepit sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat membuat usul pindaan berkenaan. Sebagai pihak yang sentiasa berlakon, mereka kononnya sentiasa menyebelahi Sultan dan raja-raja, kini mahu atau tidak mahu, mereka mesti berikan sokongan. Jika mereka cuba mengelak diri daripada memberikan sokongan terhadap usul pindaan berkenaan, jelaslah bahawa MEREKALAH YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA. (Rujuk: Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong! )
Inilah lagi satu contoh sebaik-baik dan sehebat-hebatnya aturan dan perancangan ciptaan Allah. Allah SWT telah mengaturkan dalam DUN Selangor, PR tidak mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi dua pertiga untuk meluluskan usul pindaan berkenaan secara bersendirian. Jadi usul ini perlu disokong oleh pihak umno-apco-BeEnd. Mereka terperangkap dengan jerat yang telah mereka pasang sebelum ini. Inilah keindahan aturan dan perancangan Allah (kepada yang mampu melihat). Jika PR mempunyai ADUN yang mencukpi dua pertiga, tidaklah umno-apco-BeEnd terseret dalam keadaan yang akan menghenyak mereka sebegini. Allahhuakbar!!!
Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1993, dedah tembelang kemelut di Selangor
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.
Kitu tunggu dan lihat apa iblis utusan ini akan meracau dalam isu usul pindaan berkenaan selepas ini...
Hukum karma kini mula menghimpit umno-apco-BeEnd. Bak kata mat salleh 'What goes around, comes around'. Terlalu banyak hukum undang-undang hinggalah ke Perlembagaan yang telah dipinda bagi disesuaikan dengan kehendak umno-apco-Be End untuk mencengkam kuasa.
Jika pun ada undang-undang yang didapati tidak menyebelahi mereka, pengamal undang-undang termasuk hakim akan diumpan, diupah dan ditekan bagi membuat penghakiman yang menyebelahi kehendak mereka. Sebagai contoh, kes kuasa Speaker DUN Perak ketika umno-apco-BeEnd merampas negeri Perak daripada PR, kerajaan pilihan Rakyat.
Jelas dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri, tidak ada mana-mana pihak termasuk mahkamah boleh mencabar apa-apa keputusan yang dibuat oleh Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri.
Bila terhimpit dalam keadaan sebegitu, mereka telah 'memulas' tangan hakim agar mahkamah 'over rule' apa yang telah tercatat di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Akibatnya, satu entiti yang sepatutnya mengintepretasi dan mempertahankan Perlembagaan dan Undang-undang iaitu mahkamah, telah menceroboh kuasa entiti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang iaitu DUN. Maka satu dahuluan (precedent) telah dibuat dan akan menjadi rujukan.
Baru-baru ini, apabila Speaker Parlimen melakukan tindakan yang dilihat tidak mengikut peraturan, pihak Pakatan Rakyat berhasrat mengheret Speaker ke mahkamah, maka riuh-rendahlah puak pencacai umno-apco BeEnd mengatakan tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan. Tiba-tiba kuasa Speaker kembali kebal dan tindakan Speaker tidak boleh dipersoal di dalam mana-mana mahkamah sedangkan sudah ada kes dahuluan yang telah mereka cipta di negeri Perak melibatkan Perlembagaan yang sama.
Sejahat-jahat negara Israel pun, ia tidak mempergunakan perlembagaan dan undang-undang mengikut sesuka hati. Tapi apalah sangat segala hukum-hakam perlembagaan ciptaan manusia. Hukum-hakam Allah SWT pun puak umno-apco-BeEnd boleh letak ke tepi demi mempertahankan kuasa. (Rujuk: Retro: Umno larang guna Al-Quran dan Hadith demi kekalkan kuasa).
Kemelut yang sama sedang membelenggu negeri Selangor dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang terang-terangan melanggar Perlembagaan yang telah umno-apco-BeEnd pinda pada tahun 1993 lalu. Mereka telah meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa Sultan dalam soal pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.
Kuasa memilih dan melantik pegawai-pegawai berkenaan telah diberikan kepada Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri selaku Ketua Eksekutif negeri hanya perlu memaklumkan kepada Sultan. Sama ada Sultan setuju atau tidak setuju, dalam tempoh 30 hari sebarang keputusan menjadi sah dan terpakai. Itulah inti pati penting Pindaan Perlembagaan 1993.
Dalam pertemuan antara TS Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan Sultan Selangor, perkara berkenaan telah disentuh dan Sultan Selangor akur terhadap bidang kuasa baginda yang telah dilucutkan melalui pindaan Perlembagaan 1993. (Rujuk:Kenyataan MB Selangor dalam isu Khusrin).
Bagi mengatasi kemelut 'SUK lantikan Ketua Setiausaha Negara' yang bertindak lebih MB daripada MB dan lebih Sultan daripada Sultan demi tunduk kepada kehendak umno-apco-BeEnd, TS Khalid bercadang mengadakan sidang khas Dewan Undangan negeri Selangor bagi meminda semula Undang-undang Tubuh kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang telah dilucutkan oleh umno-apco-BeEnd.
Dalam situasi ini, umno-apco-BeEnd akan tersepit sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat membuat usul pindaan berkenaan. Sebagai pihak yang sentiasa berlakon, mereka kononnya sentiasa menyebelahi Sultan dan raja-raja, kini mahu atau tidak mahu, mereka mesti berikan sokongan. Jika mereka cuba mengelak diri daripada memberikan sokongan terhadap usul pindaan berkenaan, jelaslah bahawa MEREKALAH YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA. (Rujuk: Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong! )
Inilah lagi satu contoh sebaik-baik dan sehebat-hebatnya aturan dan perancangan ciptaan Allah. Allah SWT telah mengaturkan dalam DUN Selangor, PR tidak mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi dua pertiga untuk meluluskan usul pindaan berkenaan secara bersendirian. Jadi usul ini perlu disokong oleh pihak umno-apco-BeEnd. Mereka terperangkap dengan jerat yang telah mereka pasang sebelum ini. Inilah keindahan aturan dan perancangan Allah (kepada yang mampu melihat). Jika PR mempunyai ADUN yang mencukpi dua pertiga, tidaklah umno-apco-BeEnd terseret dalam keadaan yang akan menghenyak mereka sebegini. Allahhuakbar!!!
Prof. Dr. Abdul Aziz Bari: Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1993, dedah tembelang kemelut di Selangor
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.
Kitu tunggu dan lihat apa iblis utusan ini akan meracau dalam isu usul pindaan berkenaan selepas ini...
Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, penggguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.
"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana terdapat masih banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.
"Dan, kalau betul (undangan) daripada istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal, antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.
Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 orang penulis blog dan Facebook.
Ia antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapai pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
"Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," katanya yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.
Diminta mengesahkan sama ada itu pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.
Program itu akan dimulakan dengan 8 malam diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan daripada peserta.
"Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi.
GEORGETOWN, 9 Jan: Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka. "Kini semua tembelang Umno sudah nampak," ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri. Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan. Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin. Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah. Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan. "Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media. "Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah," ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam. Bagi timbalannya, Datuk Dr Mansor Othman pula permohonan maaf oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu menandakan satu perkembangan terbaru di tahun 2011. Selama ini, katanya mereka menjauhkan diri dengan kerajaan dengan alasan kerajaan membelakangkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan negeri. "Tahun 2011 membuka sejarah terbaru bagi Persatuan Kontraktor Melayu agar menjalinkan hubungan baik supaya kita bersama menggemblengkan semua tenaga memajukan negeri tercinta," tegasnya.
SHAH ALAM 9 JAN : Lebih 50 ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor mengadakan demontrasi aman membantah kenaikan harga barangan di pasar tani Seksyen 13 di sini hari ini.
Ahli Wanita bersama Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi aman turut serta mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Beberapa pimpinan Wanita PKR antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.
Demontrasi kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu, mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan.
Kerajaan Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan beberapa barangan baru-baru ini dilihat membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Malahan kekurangan minyak masak di pasaran mencetuskan spekulasi bahawa harga barangan itu akan naik dalam masa terdekat.
SHAH ALAM: Wanita KEADILAN Selangor hari ini mengadakan demontrasi aman di pasar tani Seksyen 13 di sini, bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan harian rakyat. Lebih 50 ahli Wanita dan Skuad Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) menyertai demontrasi yang turut mengedar risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). Demontrasi kira-kira sejam yang turut mengadakan perarakan mengelilingi pasar tani itu, mendapat sambutan pengunjung yang selama ini dibebani kenaikan harga berkenaan. Beberapa pimpinan Wanita KEADILAN antaranya, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha serta beberapa ketua Wanita peringkat cabang turut menyertainya.
SHAH ALAM: Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), sebuah pertubuhan sastera yang ahlinya terdiri keturunan India, membantah cadangan membakar mana-mana sastera termasuk novel Interlok edisi murid karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. "Kayvan tidak bersetuju, tidak menyokong dan tidak akan terlibat dalam pembakaran mana-mana buku sastera, termasuk novel Interlok edisi murid yang menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India di negara ini. "Dalam budaya India, perbuatan membakar buku dan bahan bacaan dianggap menghina ilmu," kata Presidennya, Uthaya Sankar SB dalam satu kenyataan media yang membidas sekeras-kerasnya tindakan membakar novel dan gambar Abdullah. Novel itu diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam edisi murid dan dijadikan teks Komponen Sastera dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) bagi pelajar tingkatan lima di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan bermula tahun ini. Bahagian tertentu novel itu dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India dan mengandungi maklumat salah berkaitan sistem kasta dan kepercayaan agama masyarakat India hingga mencetus kontroversi. Baru-baru ini, sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India mengancam untuk membakar novel Interlok jika novel itu tidak ditarik balik darim menjadi sebahagian teks sastera SPM.
Pada sesi dialog anjuran Persatuan Penulis Nasional (Pena) 8 Januari lalu, penulis veteran, Dr Ilias Zaidi menyatakan, ada 'tangan tangan halus' yang dengki terhadap kejayaan Abdullah apabila novelnya dijadikan teks Komsas. Ilias menganggap mereka yang menentang pemilihan novel itu sengaja 'memancung' sumber rezeki Abdullah manakala seorang lagi panel mempersoal patriotisme kumpulan yang tidak senang dengan novel itu. Uthaya berkata, novel Interlok masih boleh dijadikan teks Komsas jika edisi murid itu dimurnikan dengan membuang kandungan sensitif, bersifat menghina dan salah fakta. "Panel yang terlibat dalam pemilihan teks itu wajar merujuk kepada pakar budaya kaum India untuk memurnikan novel Interlok sebelum dicetak semula untuk kegunaan pelajar," katanya. Uthaya berkata, Kavyan juga sedia memberi taklimat berkaitan budaya kaum India kepada Kementerian Pelajaran, penerbit, persatuan penulis dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kurang faham punca masyarakat India kecewa dengan paparan tertentu novel itu. Katanya, Kavyan juga kecewa dengan kenyataan pihak tertentu yang menganggap bantahan kaum India terhadap novel berkenaan disebabkan rasa dengki dan cemburu terhadap kejayaan Abdullah.
KUALA LUMPUR 9 JAN : Media arus perdana berbahasa Melayu dibidas kerana hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran khususnya melibatkan kepentingan orang Melayu.
Memetik laporan portal Harakah Daily , Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata, sebagai bukti terbaru apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Malaysia diam membisu.
Ini, katanya menunjukkan Utusan yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar.
Tambahnya, sikap bacul sedemikian sudah sepatutnya menyedarkan rakyat betapa buruk agenda politik perkauman yang dibawakan oleh Utusan serta pihak-pihak tertentu dalam Umno yang hanya mahu orang Melayu ditutup mata daripada melihat kebenaran.
Sebelum ini, ujarnya apabila Pengerusi PKMMPP, Datuk Mohamed Fadzill Hassan menyerang Lim serta pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Utusan telah menjadi jaguh untuk menyebarkan tohamahan-tohmahan yang tidak berasas itu.
Kelmarin, apabila Mohamed Fadzill akhirnya bertemu muka dengan Lim, beliau telah telah memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas serangan-serangannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.
Dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Georgetown, Lim menyatakan bahawa Mohamed Fadzil telah meminta maaf dan ingin membuka lembaran baru dengan kerajaan negeri bagi membolehkan kontraktor-kontraktor Melayu bekerjasama dengan pentadbiran negeri Pulau Pinang.
"Lim yang menerima baik permohonan maaf itu telah berkata bahawa kerajaan negeri mahu menjalin hubungan sihat dan tersusun berdasarkan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan serta tidak dipesongkan oleh fitnah pihak-pihak tertentu seperti Utusan," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan kepada umum bahawa kontraktor-kontraktor Melayu di negeri itu telah mendapat lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.
Beliau mengambil contoh tender Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan bahawa kontraktor Melayu menerima kesemua 18 projek bernilai lebih RM40 juta.
Tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan daripada 17 projek bernilai lebih RM20 juta diluluskan di antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 diberikan kepada kontraktor Melayu, hanya satu projek diberikan kepada kontraktor bukan Melayu.
Baginya, Utusan dan golongan-golongan yang menyokongnya perlu sedar bahawa jika mereka terus membuat pembohongan dan menutup kebenaran, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu sendiri.
"DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan alternatif yang lebih baik bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini, termasuk usaha meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta membebaskan media yang selama ini dikongkong oleh Umno Barisan Nasional," katanya yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Kebangsaan.
Drs. Khalil Idham Lim. Tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau membawa isu baru untuk pimpin UMNO untuk menyerang kembali Ketua menteri Pualau Pinang itu.
Tetapi sekali ini lucu dan terungkap kalimat baru iaitu mempertahankan utusan melayu adalah pertahankan warisan melayu yang satu-satunya masih tinggal.
Dalam Mingguan Malaysia hari ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dipetik sebagai berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.
Menurut Musa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.
"Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang." Katanya dalam kenyataan itu
Selain itu Musa menyeru orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada.
Tindakan Saman Guan Eng terhadap utusan dilakukan beberapa hari lepas berkaitan dengan artikel yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu yang dianggapnya telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.
Tindakannya tidak lebih sebagai seorang warganegara Malaysia yang sedang mempertahankan haknya, apa kah yang salahnya ?
Orang Melayu perlu sedar dan perlulah berfikir dengan tenang dan sematangnya sandiwara terbaru pemimpin UMNO.
Kalau bercakap tentang warisan, adakah benar warisan sebenar orang Melayu yang satu-satunya sedang dipertahankan ini memang benar dipertahankan oleh pemimpin UMNO.
Realitinya budak sekolah rendah pun telah melakukan tindakan saman Kerajaan Malaysia kerana membelakangi Bahasa melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bila Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk dua matapelajaran utama itu.
Satu penghinaan yang sangat dasyat kepada bahasa melayu oleh pemimpin UMNO sehingga membangkitkan gelombang tentangan rakyat malaysia bukan sahaja dari tokoh-tokoh politik namun para sasterawan negara dan pakar-pakar bahasa itu sendiri.
Termasuk juga pemimpin politik dan masyakarat dikalangan bukan Melayu bangkit sama untuk pertahankan Bahasa Melayu. Tidak malukah pemimpin UMNO yang kononnya mempertahankan hak orang melayu ?
Selain itu sedarkah Musa dan pimpinan UMNO yang lain Isu yang dibawa oleh Guang Eng bukan unuk melihat Utusan Melayu ditutup atau dengki kepada akhbar itu, isunya ialah pembohongan yamg berterusan dari akhbar UMNO itu dalam banyak perkara.
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang saya dapati utusan tidak lebih dari penghinat kepada masayarakat negara ini dengan pemberitaan yang tidak lebih dari memburuk-buruk sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang.
Utusan tidak lebih menjadi "lidah syaitan" yang sentiasa membela bos nya walaupun jelas melakukan kemungkaran dan penyelewengan. Namun bila melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat semuanya salah dan diputar belit.
Nurul Izzah mempersembahkan lagu dari Radiohead dengan gitarnya yang berjaya dilelong pada harga RM13 ribu
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar menjelaskan, rakyat Malaysia tidak boleh semata-mata mengharapkan perubahan di negara ini dilakukan oleh orang lain, tetapi adalah melalui penglibatan langsung setiap individu. "Kita (Malaysia) miskin banyak perkara, tetapi yang paling dikesalkan ialah, negara ini miskin demokrasi. Politik ini tidak semata-mata kerana Anwar Ibrahim, Hadi Awang atau Lim Kit Siang, tetapi ia adalah berkenaan diri kita sendiri dan apa yang kita tuntut. "Tentang bagaimana caranya untuk kita mengatasi politik perkauman dan kebencian, kerana ada banyak contoh yang menunjukkan bahawa mereka (Barisan Nasional), langsung tidak memberikan perhatian mengenai masa depan kita dan anak-anak kita," Beliau berkata demikian dalam ucapannya di hadapan kira-kira 700 tetamu, pada majlis jamuan makan malam sempena kutipan derma bagi Parlimen Lembah Pantai di Restoran Bangsar Seafood, malam tadi. Izzah berkata, banyak perkara yang merunsingkan rakyat marhaen terjadi sejak kebelakangan ini. Antaranya, peningkatan kejadian salahguna kuasa pihak polis dan situasi ekonomi negara yang negatif, mencerminkan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan negara. "Saya sebagai orang Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia yang meraikan kebebasan, menganjurkan bahawa anak-anak dan sahabat kita perlulah dididik melalui cara yang bukan kekerasan," jelas Izzah. Izzah menambah, rakyat perlu mengetahui tentang fungsi, peranan dan kebarangkalian yang terjadi dalam kancah politik. Tetapi apa yang diperjuangkan dalam kerangka Keadilan berbeza dengan politik retorik puluhan tahun Barisan Nasional yang berterusan menjalankan dasar pecah dan perintah. "Justeru, kita tidak boleh menganggap bahawa undi kita tidak penting. Kerana hanya ada satu sahaja jalan untuk mengubah Malaysia, iaitu kita mesti berdiri dan turut serta di dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan," katanya. Turut hadir dalam majlis itu adalah Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Naib Presiden N Surendran, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Pada acara yang sama, ahli Parlimen Lembah itu turut menunjukkan kemahirannya bermain gitar bagi mengumpul dana, sebelum melelong gitar akustik pemberian bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nilai RM 13, 000.
Umno-Barisan Nasional sekali lagi dicabar supaya mengadakan sidang parlimen tergempar bersama Pakatan Rakyat bagi membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi, kata Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar. "Kita akan bermula dengan menyerahkan cadangan Akta tersebut kepada Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat, bahkan juga di negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. "Dasar bagi Akta itu telah diwujudkan, bahkan kaedah pelaksanaannya juga telah dirangka," katanya ketika ditemui Keadilandaily selepas majlis jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung Parlimen Lembah Pantai semalam. Menurut Izzah, rang undang-undang itu bertujuan membatalkan semua pengisytiharan darurat, memansuhkan semua undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia, menjamin ketelusan Pilihanraya Umum, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan mewujudkan kebebasan media. Usul yang julung kali dikemukakannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang tahun lalu, kini dilanjutkan melalui kempen bagi mengumpul sejuta tandatangan sokongan rakyat, yang kemudian akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong. "Ini merupakan kempen berterusan, kerana kita (rakyat Malaysia) berhadapan dengan sebuah kerajaan yang tidak mahu kehilangan kuasa. Rakyat perlu dan wajib memberikan sokongan kepada akta ini, kerana salah satu cara untuk mengelakkan gangguan, kacau bilau dan penentangan dari kerajaan Pusat, adalah melalui akta tersebut," kata Izzah. Merujuk kepada isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Izzah berkata, tindakan kerajaan Pusat yang bertentangan dengan amalan persekutuan, adalah salah satu sebab utama akta tersebut perlu diwujudkan. "Apa yang saya mahu katakan adalah, hanya satu sebab kenapa perkara ini berlaku, iaitu ada pihak tertentu yang mahu terus mempertahankan kuasa di tangannya. Justeru, kita mahu meluaskan makna demokrasi, kerana akhirnya rakyat sendiri yang akan menilai, ke mana arah tuju demokrasi di negara kita," jelasnya. Terdahulu sebelum ini, dalam satu kenyataan Izzah berkata, cadangan Akta yang mengandungi 131 perkara tindakan itu, merupakan dasar yang disepakati oleh parti-parti Pakatan Rakyat.
Menurut Izzah, pembentangan rang undang-undang dwi-partisan itu boleh dilakukan melalui sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja.
Gerbang berita Filipina, Inquirer.net, menyenaraikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sebagai antara personaliti Asia yang 'membawa harapan baru untuk membentuk Asia menjadi tempat lebih baik'. Nurul Izzah disenaraikan bersama pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaobo, pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, peninju serta ahli politik Filipina Manny Pacquiao, dan pasukan gusti wanita dari India. Dalam laporannya, Inquirer menyifatkan Izzah sebagai pemimpin yang muda tetapi mempunyai agenda yang besar untuk masyarakat. "Nurul Izzah-graduan ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dari Johns Hopkins University-dilihat anggota parti sebagai ahli politik yang serius dalam KEADILAN," kata Inquirer. Dalam laporan yang sama juga, Inquirer berkata selepas menang pemilihan Naib Presiden, Nurul Izzah kini berjaya keluar daripada imej sebagai anak Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "(Ahli parti) kini beranggapan Nurul Izzah satu personaliti yang tersendiri, bebas dari bayangan Anwar Ibrahim," kata Inquirer. Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, adalah salah seorang daripada empat Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu selepas menang dalam pemilihan parti November lalu.
KUALA LUMPUR, 9 Jan: DAP kesal dengan sikap kebanyakan media berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia yang hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran, khususnya apabila ia melibatkan kepentingan orang Melayu. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, sebagai bukti terbaru, apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Malaysia diam membisu. Ini, katanya menunjukkan Utusan yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar. Tambahnya, sikap bacul sedemikian sudah sepatutnya menyedarkan rakyat betapa buruk agenda politik perkauman yang dibawakan oleh Utusan serta pihak-pihak tertentu dalam Umno yang hanya mahu orang Melayu ditutup mata daripada melihat kebenaran. Sebelum ini, ujarnya apabila Pengerusi PKMMPP, Datuk Mohamed Fadzill Hassan menyerang Lim serta pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Utusan telah menjadi jaguh untuk menyebarkan tohamahan-tohmahan yang tidak berasas itu. Kelmarin, apabila Mohamed Fadzill akhirnya bertemu muka dengan Lim, beliau telah telah memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas serangan-serangannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang. Dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Georgetown, Lim menyatakan bahawa Mohamed Fadzil telah meminta maaf dan ingin membuka lembaran baru dengan kerajaan negeri bagi membolehkan kontraktor-kontraktor Melayu bekerjasama dengan pentadbiran negeri Pulau Pinang. "Lim yang menerima baik permohonan maaf itu telah berkata bahawa kerajaan negeri mahu menjalin hubungan sihat dan tersusun berdasarkan kepada fakta dan bukan mengikut perasaan serta tidak dipesongkan oleh fitnah pihak-pihak tertentu seperti Utusan," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam. Menurutnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan kepada umum bahawa kontraktor-kontraktor Melayu di negeri itu telah mendapat lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. Beliau mengambil contoh tender Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan bahawa kontraktor Melayu menerima kesemua 18 projek bernilai lebih RM40 juta. Tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan daripada 17 projek bernilai lebih RM20 juta diluluskan di antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 diberikan kepada kontraktor Melayu, hanya satu projek diberikan kepada kontraktor bukan Melayu. Baginya, Utusan dan golongan-golongan yang menyokongnya perlu sedar bahawa jika mereka terus membuat pembohongan dan menutup kebenaran, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu sendiri. "DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan alternatif yang lebih baik bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga semua kaum di negara ini, termasuk usaha meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta membebaskan media yang selama ini dikongkong oleh Umno Barisan Nasional," katanya yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Kebangsaan.
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengadakan pertemuan petang ini, langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat (PR) yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini. Pertemuan tertutup itu akan diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di Shah Alam malam ini. Kedua-dua Hadi dan Anwar (gambar) akan disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperlihatkan solidariti pemimpin-pemimpin PR. Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dijangka memfokus pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini. Majlis itu yang diadakan atas undangan Yang di-Pertuan Agong dilihat bertujuan memulihkan kerjasama politik antara PAS-Umno atas nama perpaduan Melayu-Islam meskipun kedua-dua Najib dan Nik Aziz enggan mengulas agenda dan hasil pertemuan itu. Bagaimanapun ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin PR jika perlu. Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat hari ini, kata beliau. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu akan diadakan untuk mengatasi beberapa isu didepani perikatan tiga parti tersebut sejak awal tahun ini. Selain isu perundingan kerjasama perpaduan, kemelut ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri juga dikatakan agenda utama memandangkan ia membabitkan istana dan sokongan pengundi Melayu. "Tetapi saya tidak fikir ceramah (malam ini) akan menyentuh pertemuan malam menjelang Krismas. Ia (majlis malam ini) menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari jika kami mengambil alih kerajaan persekutuan," katanya. "Ia satu peluang bagi kami merapatkan kerjasama dan membawa mesej yang sama," kata Ahli Parlimen Machang ini. Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, beliau percaya pemimpin-pemimpinnya akan menyentuh isu pertemuan Umno-PAS dua minggu lalu. Katanya, ia penting memandangkan Umno menggunakan pelbagai taktik, termasuk istana untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri pilihannya selain membawa pemimpin PAS bertemu bagi mencetuskan perbalahan dalam PR. Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menambah, majlis malam ini sudah diputuskan beberapa minggu lalu bagi mengadakan doa selamat untuk Anwar kerana parti percaya Ketua Umum PKR itu tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam kes liwat semasa. Bagaimanapun krisis pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi agenda tambahan hari ini. Khalid percaya perhimpunan malam ini akan menyampaikan mesej bahawa "kami bersama dalam PR dalam perjuangan yang dikongsi bersama." Kelmarin, Najib mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini. "Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi," kata Najib pada sidang media di sini hari ini. Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong. "Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi," kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu lalu. Dalam kenyataan terbaru sehari sebelum itu, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi. "Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," kata beliau. Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik. Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas. "Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya. "Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap," katanya. Mengulas lanjut, Mustafa berkata: "Ia (pertemuan 24 Disember) ada dibincangkan (pada mesyuarat hari ini), kita beri penjelasan kepada mereka (pemimpin PAS) tentang apa berlaku." "Dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti (13 Januari) adalah mengenai calon pilihan raya kecil sahaja. "Tapi kalau ia dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat, maka kita akan jelaskan," katanya sambil menambah, satu mesyuarat bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat akan diadakan pada 13 Januari ini. Beliau juga berkata mesyuarat yang akan diadakan itu nanti lebih memberikan tumpuan berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon yang akan memikul tanggungjawab itu pada 16 Januari ini. "Dalam mesyuarat itu nanti kita akan bincangkan pasal pilihan raya kecil (DUN Tenang), pilihan raya umum dan mengenai calon. "Dalam agenda (mesyuarat) tiada pasal pertemuan itu tapi kita akan jelaskan jika ditanya. "Sebenarnya tiada isu, kita nak tutup buku," katanya mengulas lanjut pertemuan 24 Disember.
Shah Alam, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -harakahdaily
Lebih daripada 600 orang berbilang bangsa dan agama telah hadir dalam Program Makan Malam Rakyat anjuran PKR Cabang Batu Gajah kelmarin. Program ini juga telah dihadiri oleh rakyat dari seluruh negeri Perak.
Tetamu jemputan Khas ialah Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh pimpinan dan penyokong PAS dan DAP. Antaranya, YB Nga Kor Ming, YB V Sivakumar, YB Zainuddin dan YDP Pas Kawasan Batu Gajah.
Rakyat tidak melepaskan peluang berjumpa dan bermesra dengan pemimpin dengan lebih dekat lagi. Kesepaduan rakyat berbilang kaum terjalin dalam majlis ini. Kesemua bangsa boleh makan semeja tanpa sebarang masalah. Ini adalah perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat dan inilah yang paling ditakuti oleh UMNO yang mengamalkan sentimen perkauman.
ketibaan YB Azmin
boleh duduk semeja walaupun berlainan agama dan bangsa
Timbalan Ketua Cabang, Sdr Adnan
Haji Ismail Ariffin wakil daripada PAS Kawasan Batu Gajah
Rakyat memberikan tepukan gemuruh semasa YB Azmin berucap tanda sokongan rakyat kepadanya
PAS Kawasan Batu Gajah dengan kerjasama Unit Amal Kawasan Gopeng telah bersama-sama 'beramal' di Kampung Seri Jaya. Kampung tersebut di Bawah DUN Sungai Rapat. PAS Kawasan Batu Gajah telah menghulurkan sumbangan Zink kepada beberapa buah rumah yang daif. Unit Amal telah bekerjasama membantu memasang zink yang baru.
Ini adalah antara rumah yang langsung tidak diendah oleh YB Hamidah walaupun di dalam kawasan beliau.
CHUKAI - Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya mengambil upah untuk membina masjid-masjid yang banyak, namun gagal samasekali untuk memakmurkan masjid-masjid tersebut.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, sebelum ini, telah didedahkan oleh pihak media, berlaku di banyak masjid, lebih banyak tiang dari jamaah, ketika menunaikan solat setiap waktu.
Selain itu, kata beliau, masjid kin, bukan tempat yang aman lagi, bahkan menjadi kawasan panas melakukan maksiat dan ramai yang tidak segan silu sehingga menjadikan kawasan masjid tempat persembuyian aktiviti penyalahgunaan dadah. "Masjid tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan ibadat, tetapi masjid 'seolah-olah'nya tepat berlindung perbuatan maksiat dan dadah,"ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, kegagalan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) sebagai badan yang bertanggungjawab memakmurkan seluruh masjid dan surau, adalah satu 'indikator' menunjukkan kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri sendiri.
SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program,
Pecahan Pengundi DUN Tenang di bawah Kawasan Parlimen LABIS:
7,014 Melayu (47.54 per cent), 5,766 China (39.08 per cent), 1,780 India (12.07 per cent), 171 Orang Asli (1.16 per cent).
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (foto sebelah kiri) mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.
The Tenang by-election has been set for January 30, with nomination day on January 22.
It is the country's 14th by-election since Election 2008, and was triggered by the death of Tenang state assemblyman Datuk Sulaiman Taha from Umno on December 17.
It is also the first by-election in the Umno bastion state of Johor since the March 2008 general election.
Tenang is one of two state seats in the Labis parliamentary constituency held by MCA's Chua Tee Yong.
Sulaiman, 59, won the seat against PAS's Mohd Saim Siran with a majority of 2,492 votes in Election 2008.
There are 14,753 registered voters in the state constituency, along with 18 postal voters.
The voter breakdown by race is 7,014 Malays (47.54 per cent), 5,766 Chinese (39.08 per cent), 1,780 Indians (12.07 per cent), 171 Orang Asli (1.16 per cent), and nine East Malaysian Bumiputeras (0.07 per cent). MORE HERE
Wanita lwn wanita di Tenang? Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.
"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.
PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.
Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.
Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.
PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.
Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.
"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.
PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.
DS Najib telah bertemu pemimpin parti komponen BN pada bulan lepas bagi membincangkan kemungkinan untuk mengadakan PRU 13 sama ada pada bulan Mei atau Jun tahun ini. Pada mulanya BN bercadang untuk mengadakan PRU 13 semasa cuti persekolahan bulan Mac 2011, tetapi telah menilai semula keputusan berkenaan memandangkan projek menjana ekonomi belum begitu berhasil.
Malaysian Insider melaporkan bahawa DS Najib telah bertemu hampir kesemua Ahli Parlimen BN hujung minggu lepas bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai tarikh PRU 13. Sementara Para Penasihat Najib (termasuk cawangan khas PDRM, Perisik Tentera, KEMAS, Penerangan, JKKKK/ JKKKP dll) telah memberi input bahawa PRU 13 hendaklah dibuat pada awal bulan Jun kerana kegawatan ekonomi Dunia pada suku ketiga tahun ini boleh menjejaskan ekonomi Malaysia. Laporan selanjutnya oleh Asrul Hadi Abdullah Sani dari Malaysian Insider.
Najib touts political change over snap polls By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Jan 8 — Datuk Seri Najib Razak believes political transformation is more important than preparations for the 13th general election after meeting fellow Barisan Nasional (BN) lawmakers today.
The prime minister said the meeting was part of BN's long-term aim of serving and placing the public first.
"This is a long-term process towards political transformation. To make each and every representative of BN more effective to serve the people, to serve the rakyat. The general election is part of the process but it is part of the long-term political transformation," he told reporters at the Putra World Trade Centre (PWTC) here where the meeting was held.
"We began our political transformation with amendments to Umno's constitution, then we amended Barisan Nasional's constitution and now my meeting with every member of Parliament. We did not meet with ministers because they have time to meet with me separately," he added.
The Malaysian Insider reported last Saturday that Najib will meet all 136 BN lawmakers this weekend to gather feedback on holding early elections as coalition leaders appear to be divided on dates.
The 13th general election was at first expected to be in the first quarter of 2011 — over the March school holidays — but BN is seen to be reconsidering that until a slew of economic projects initiated start to boost the local economy.
Najib's advisers are pressing for an early June date due to fears that a predicted slowdown of the global economy could affect the local economy in the third quarter.
The Malaysian Insider understands that Najib had earlier last month discussed with BN component leaders the possibility of holding the next general election in either May or June.
However, Najib confirmed that only 105 MPs were present and reiterated that the meeting was briefing BN MPs on the present situation in their constituencies, saying that this was a part of his political transformation effort.
"This is the actual purpose of our meeting because it based on our slogan to place the people first. So we must ensure that every BN lawmaker remains efficient. The BN MPs need support from both the federal and state governments to enable them to inform the government leadership of the people's problems and how we can help to resolve them," he said.
The Umno president added that the meeting was helpful for him to get accurate perspectives and information of each constituency under BN.
"In general, I am very satisfied with the reports by the MPs and this is part of our efforts to increase our efforts in solving the people's problem," he said.
Najib began meeting with lawmakers from Sarawak and Sabah earlier this morning with roundtable sessions between the BN chairman and secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib and Tengku Adnan meet three MPs at a time for 15 minutes to present the reports on their constituents that were submitted last week.
BN lost four more states and its two-thirds parliamentary majority in Election 2008, prompting then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to hand over to Najib in April 2009.
KELANA JAYA 9 Jan. : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 - 2013.
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.
Jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang kosong selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti November tahun lalu diisi oleh Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad, manakala jawatan PPN Sabah pula yang dikosongkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menubuhkan parti baru, Barisan Bersatu Sabah (UBF) akan diisi oleh Timbalan Angkatan Muda keadilan (AMK) Sabah, Pajuddin Nordin.
Empat MPN juga turut memperlihatkan muka baru iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dilantik menjadi PPN Kedah menggantikan Ahmad Kasim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Mustafa Kamil Ayub akan digantikan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Mohd Nor Manuty sebagai PPN Perak yang baru dan Saifuddin yang menyandang jawatan PPN Kelantan bagi penggal lalu akan digantikan oleh Ahli Parlimen, Ketereh, Abdul Aziz Kadir.
Manakala bagi Terengganu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dilantik sebagai PPN baru menggantikan Haji Abdul Rahman Yusof.
Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:
Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali
Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Setiausaha Agung: Haji Rosli Abdullah, Steven Choong ,T Kumar , Ignatius Darell Leiking
Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar ,Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran ,Datuk John Tenewi Nuek
Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail
Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin
Bendahari Agung : William Leong
Timbalan Bendahari : Low Chee Chong
Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty
Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Strategi : Rafizi Ramli
Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub
Pengarah Guaman : Latheefa Koya
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong
Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron , Hee Loy Sian , Khalid Jaafar , bdul Rahman Yusof , Johari Abdul , Haniza Talha, Fariz Musa , Zakaria Abdul Hamid , Roland Chia ,Siti Aishah Ismail Yusop ,Latheefa Koya , S Kesavan, Shuhaimi Shafiei , M R Summugam, Yusmadi Yusoff , S Manikumar , Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew
Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali , S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie ,Abdul Malek, See Chee How, Chang Li Kang
Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasiah ,Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali ,Tan Yee Kew, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri
Perlis - Johari Shafie
Kedah - Wan Salleh Wan Isa
Perak - Dr Mohd Nor Manuty
Wilayah - Dr Idris Ahmad Persekutuan
N Sembilan - Datuk Kamarul Bahrin Abbas
Pahang - Datuk Fauzi Abdul Rahman
Terengganu - Azan Ismail
Kelantan - Abdul Aziz Kadir
Sabah - Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi
Sarawak - Baru Bian
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim
Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam
Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen
Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek
Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli
Biro Sains dan Kesihatan: Dr Lee Boon Chye
Biro Pendidikan : Abbas Awang
Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff
Biro Pennyelaras Ahli Parlimen Dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
"Facebook has gotten out of control," said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, "and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness."
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
"After March 15th the whole website shuts down," said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. "So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won't be able to get them back once Facebook goes out of business."
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
"I personally don't think it's a big deal," he said in a private phone interview. "And to be honest, I think it's for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That's always a good thing."
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
"What am I going to do without Facebook?" said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. "My life revolves around it. I'm on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?"
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
"I'm glad the Facebook nightmare is over," said Jon Guttari, a single parent from Detroit. "Now my teenager's face won't be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her."
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.
But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
"I don't care about the money," said Zuckerberg. "I just want my old life back."
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
Hj. Alias @ Samad, Ketua PAS Cawangan Selabak Luar, Teluk Intan telah meninggal dunia pukul 3.00 pagi tadi. Sehubungan dengan itu, solat jenazah akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Markaz PAS Selabak Luar yang terletak di hadapan rumah allahyarham. Dijemput semua ahli untuk hadir ke solat jenazah tersebut.
Allahyarham Cikgu Samad bersama YB Anuar di majlis penyampaian sumbangan Ramadhan dua tahun lepas.
Pagi tadi, rombongan PAS kawasan telah sempat menziarahi serta membacakan surah Yasin dan tahlil untuk allahyarham.
Pihak PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga ruh beliau ditempat dalam golongan para solihin.
Di mana kewajaran isteri menteri ke luar negara sekarang?
Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng
Dewan Pemuda PAS Gopeng berpendapat, adalah perlu dan wajar bagi pihak kerajaan meneliti semula kewajaranlawatan para isteri menteri yang diketuai oleh Datin Seri Rosmah ke Arab Saudi baru-baru ini.
Sehingga kini, rakyat bawahan terutamanya belum mendapat sebarang maklumbalas yang positif, memberangsangkan serta komprehensif berkenan hasil lawatan dan penghantaran deligasi isteri Perdana menetri ke luar negara.
Rosmah bersama delegasi seramai 20 orang termasuk anggota BAKTI serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas dengan pesawat khas untuk mengadakan rombongan ke Arab Saudi.
Beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri berlepas pada pukul 2.30 petang Sabtu(8 januari 2011) melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Bernama)
Di Arab Saudi, beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.
Rakyat Malaysia tentu sekali berpendapat bahawa ucaptama sebegitu hanya layak diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Luar Negara yang diberi mandat oleh kerajaan untuk portfolio sebegitu.
Di dalam suasana negara yang diramalkan bakal bengkrap oleh para penganalisa ekonomi dan menteri kabinet, bajet yang cukup besar masih diluluskan kepada isteri para menteri ke luar negara walaupun kemungkinan tanpa membawa sebarang hasil yang cukup dampak kepada politik dan ekonomi negara.
Rakyat merasakan, cukup Projek Permata yang menelan jutaan ringgit dilepaskan ke tangan isteri Perdana Menteri walaupun program sedemikian rupa tidak membawa kesan besar kepada masyarakat marhain. Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor pernah dinyatakan oleh Presiden PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan, fokus kerajaan telah tersasar melalui perlaburan wang sebegini besar memandangkan PERMATA juga masih di peringkat percubaan.
Jika benar isteri para Menteri ingin terlibat dalam isu-isu antarabangsa, kebajikan dan pendidikan, mereka boleh sahaja menjadi penaung NGO-NGO yang sekian lama ikhlas bekerja dalam isu-isu sosial tanpa perlu menelan jutaan ringgit untuk melaksanakan misi mereka. Kini Malaysia memiliki banyaak NGO yang konsisten malah non partisan dalam melaksanakan perjuangan mereka. Kehadiran aktivis sosial atas nama isteri Menteri tidak sama dengan kehadiran mereka atas tiket NGO yang lebih ikhlas berkhidmat atas misi sosial.
Dalam kesibukan masa YB Dr Siti Mariah sempat terjah peniaga dan pekedai di Pekan Sri Muda petang semalam.
Rombongan yang diiringi oleh Ahli Majlis MBSA, Sdr Azmi Pegawai Khas YB, AJK Kawasan Kota Raja, PAS Cawangan Sri Muda, DHPP dan PKR Sri Muda termasuk Pegawai Pejabat ADUN Sri Muda telah pergi dari satu kedai kesatu kedai sekitar Sri Muda untuk mengambil tahu masaalah mereka.
Alhamdulillah respon yang diterima sangat baik dan setiap pengaduan akan cuba diatasi melalui Ahli Majlis dan yang paling menarik ialah janji mereka untuk terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Mereka berjanji untuk terus memberi sokongan yang tidak bebelah bagi khususnya kepada PAS yang mereka anggap sebuah parti yang telus dan suci. Mereka juga gembira untuk terus berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Assalamualaikum, Harap maaf kepada semua pengunjung blog ini, untuk apa2 maklumat saudara/ri boleh terus lawati / layari facebook Jabatan Amal Kelantan (http://www.facebook.com/JabatanAmalKelantan). Harap maklum
Berita Harian sekejap tadi (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.
Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.
Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.
Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.
Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.
Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, penggguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.
"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana terdapat masih banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.
"Dan, kalau betul (undangan) daripada istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal, antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.
Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 orang penulis blog dan Facebook.
Ia antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapai pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. "Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," katanya yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.
Diminta mengesahkan sama ada itu pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.
Program itu akan dimulakan dengan 8 malam diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan daripada peserta. "Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi. [MOD]
GEORGETOWN, 9 Jan: Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka.
"Kini semua tembelang Umno sudah nampak," ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri. Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan.
Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin. Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah.
Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan.
"Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media.
"Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah," ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam.
Bagi timbalannya, Datuk Dr Mansor Othman pula permohonan maaf oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu menandakan satu perkembangan terbaru di tahun 2011. Selama ini, katanya mereka menjauhkan diri dengan kerajaan dengan alasan kerajaan membelakangkan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan negeri.
"Tahun 2011 membuka sejarah terbaru bagi Persatuan Kontraktor Melayu agar menjalinkan hubungan baik supaya kita bersama menggemblengkan semua tenaga memajukan negeri tercinta," tegasnya.[MOD]
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Punca jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek meletak jawatan 31 Disember lalu masih belum terjawab, tetapi sudah ada tanggapan bahawa ia kemungkinan berkaitan dengan hasrat beliau mahu melatih anaknya Misbun Ramdan dalam skuad elit.
Tindakan Misbun yang terus membisu menyebabkan pelbagai andaian timbul di sebalik tindakan nekad itu walaupun beliau menerima gaji lumayan daripada Persatuan Badminton Malaysian (BAM), lapor Berita Minggu hari ini.
Antara andaian itu termasuk keengganan BAM meluluskan permintaannya untuk melatih anaknya, Misbun Ramdan dan beralih ke bidang profesional bersama anak emasnya Datuk Lee Chong Wei.
Misbun yang akan mencecah 51 tahun bulan depan berkata, beliau enggan membicarakan isu peletakan jawatannya bagi mengelakkan ia dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bertambah keruh.
"Itu semua andaian dan terpulang kepada apa orang lain hendak kata," katanya sambil mengakui keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan sesiapa termasuk keluarga dan adik-beradiknya. Presiden Persatuan Badminton Kedah Teoh Teng Chor pula berkata, kemungkinan beliau orangnya yang menyebabkan kemelut tersebut.
"Mungkin saya orangnya," kata Teoh menjawab soalan sama ada beliau merupakan pegawai yang kurang disenangi Misbun sehingga menjadi punca jurulatih perseorangan negara itu meletak jawatan.
Teoh yang juga ahli jawatankuasa kejurulatihan dan latihan BAM mengakui beliau sering mempersoalkan tindakan Misbun yang meminta anaknya, Misbun Ramdan, 18, disenaraikan dalam skuad elit.
"Dia (Misbun) minta supaya anaknya menjalani latihan di bawahnya dalam skuad elit. Bagaimana saya boleh bersetuju kerana keputusan sudah diputuskan anaknya perlu berlatih di bawah skuad pelapis kendalian Hendrawan.
"Jika keputusan sudah dibuat, mengapa dia tidak boleh patuhi kerana anaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mendapat keistimewaan hanya semata-mata kerana bapanya seorang jurulatih.
"Lagipun, ada pemain ranking lebih baik daripada anaknya dan keputusan tidak memenuhi tuntutannya adalah bagi mengelakkan rasa tidak adil kepada pemain lain yang pasti akan cemburu dan mempersoalkan keputusan BAM," katanya.
Teoh berkata, keputusan BAM melakukan perubahan dan pembaharuan dalam sistem latihan dan kejurulatihan adalah baik demi meningkatkan kemajuan badminton negara dan Misbun perlu menerimanya dengan hati terbuka.
"Jika sebelum ini jurulatih tidak mempunyai KPI (indeks prestasi utama), menerusi pembaharuan yang diperkenalkan ini, setiap jurulatih mempunyai KPI masing-masing dan ini memudahkan pemantauan dan penilaian.
"Saya yakin jika barisan jurulatih ikhlas dalam tugas, bukan menjadi masalah untuk mereka menghantar laporan yang diminta walaupun mereka gagalmencapai KPI masing-masing," katanya.
Sebelum ini, Lee pernah mendedahkan antara punca jurulatihnya meletak jawatan adalah kerana tidak sebulu dengan seorang pegawai BAM yang hanya pandai bercakap meminta itu dan ini tetapi tidak arif mengenai badminton.
Ditanya mengenai sama ada keputusan yang diambilnya itu muktamad, Misbun berkata: "Saya sudah hantar surat... Jadi, saya sudah memikirkan mengenainya. Biar masa tentukan." Sebelum mengakhiri perbualan, ikon itu menegaskan bukan mudah menjadi jurulatih dan mengekalkan prestasi Chong Wei.
"Pokok baka baik sekalipun jika tidak dibaja dan dijaga, ia tidak akan membesar dengan sempurna," katanya. Bagaimanapun Misbun berjanji akan merungkai segala misteri di sebalik keputusan drastik meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara apa tiba masa dan keadaan yang sesuai.
"Bila sampai masa dan keadaan dah reda, saya akan dedahkan (punca sebenar meletak jawatan)," katanya yang terus mengambil sikap mendiamkan diri sejak menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 31 Disember lalu. Jurulatih itu menghantar surat berkenaan kepada BAM menerusi emel tanpa memberi sebarang alasan di sebalik keputusan mengejutnya itu. "Ini membabitkan sayadan BAM. Jadi, banyak hati perlu dijaga, hati saya tidak apa. Saya ingin berehat dan apabila tiba masa, saya akan buat kenyataan."
"Tapi buat masa ini, bagi masa dan ruang supaya keadaan reda," kata beliau.
Pada 6 Januari lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan enam mata untuk memulihkan keadaan berhubung kontroversi peletakan jawatan Misbun sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bermula minggu ini.
Menurutnya, beliau akan menguruskan pertemuan tersebut di antara bekas jaguh perseorangan negara itu dan Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sebaik sahaja beliau balik dari lawatan rasmi dua hari ke Sarawak. [MOD]
KOTA BAHARU 9 JAN : Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 3,441 orang manakala keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa banjir dari enam daerah iaitu Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
"Sehingga pukul 8.30 pagi ini, mangsa banjir terus meningkat kepada 3,441orang berbanding 2,777 orang malam semalam. Kesemua mereka melibatkan 1,011keluarga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka manakala enam pusat di Kota Baharu, dua pusat di Tumpat dan masing-masing satu di Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah.
Enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan di daerah Pasir Mas iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang
Jurucakap itu berkata paras air Sungai Golok masih melebihi paras bahaya 9 meter bagaimanapun telah menurun kepada 10.22 meter berbanding 10.32 meter yang dilaporkan semalam. [MOD]
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mengumumkan rombakan kepimpinan negeri hari ini dalam usaha merapatkan kembali perpaduan parti itu, susulan pemilihan tahun yang menimbulkan suasana tidak selesa dengan siri dakwaan kecacatan dalam proses pengundian. PKR mengadakan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini. Komponen Pakatan Rakyat itu telah pun mengadakan mesyuarat biro itu Jumaat lalu dan membincangkan rombakan tersebut.
Lima hingga enam negeri dijangka akan menerima ketua negeri yang baru hari ini. The Malaysian Insider difahamkan negeri-negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.
Difahamkan Sabah dan Sarawak juga mungkin mengalami perubahan ekoran perkembangan semasa termasuk pergolakan semasa di Sabah. Sabah merupakan antara negeri sudah beberapa kali mengalami perubahan kepimpinan negeri dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu.
Perak dipercayai akan diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty yang bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan pusat. Jika pelantikan itu disahkan hari ini, beliau akan menggantikan Mustaffa Kamil Ayub, yang kini menganggotai Biro Politik. Mustaffa dilantik menganggotai Biro Politik selepas tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jawatan timbalan presiden.
"Ini antara negeri yang akan menerima pengerusi baru, perkara ini sudah diputuskan pada mesyuarat Biro Politik hari Jumaat lepas," kata seorang pemimpin pusat PKR kepada The Malaysian Insider.
"Setakat hari itu, negeri-negeri lain tidak mengalami perubahan manakala kedudukan Sabah dan Sarawak belum diputuskan," kata sumber itu.
"Ini keputusan yang telah diambil pada mesyuarat Biro Politik Jumaat lalu, dan kemungkinan boleh berubah berdasarkan mesyuarat hari ini, jadi kita kena tunggu sehingga tengah hari esok (hari ini)," katanya lagi.
Laporan media minggu lalu menyebut, PKR Sabah menghadapi masalah kepimpinan apabila 15 daripada 25 ketua cabang meluahkan rasa tidak yakin terhadap ketua mereka Ahmad Thamrin Jaini, sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik meneraju parti itu. Ansari mewakili PKR-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi November lalu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga telah berada di Sabah minggu lalu, mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang menjelang pengumuman pelantikan kepimpinan negeri hari ini. Malah rombakan ini dibuat ketika bekas naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar PKR minggu lalu.
Sarawak juga dijangka akan memperoleh ketua baru selepas pengerusi semasa Baru Bian dilantik sebagai naib presiden PKR bulan lalu. The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan negeri Kedah akan diambil alih oleh timbalannya Wan Salleh Wan Isa manakala Dr Idris Ahamad yang kini memangku akan dilantik sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Dr Idris memangku jawatan itu selepas ia kosong ekoran keputusan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR di sebalik masalah berkaitan dengan proses pemilihan. Kelantan dan Terengganu juga dilihat akan mengalami perubahan kepimpinan parti.
Ketua cabang Ketereh Ab Aziz Ab Kadir akan menggantikan Saifuddin manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang tahun lalu melepaskan jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang akan mengetuai negeri itu. Ab Aziz dan Saifuddin masing-masing merupakan ahli Parlimen Ketereh dan Machang.
Dalam pada itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesej Twitternya pagi tadi juga mengesahkan salah satu agenda mesyuarat hari ini ialah pelantikan kepimpinan negeri.
"Acara penuh, mesyuarat pimpinan parti termasuk pelantikn pimpinan negeri dan menerima laporan jawatankuasa pemilihan," katanya. [MOD]
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata sebarang perkara berhubung kedudukannya pada pilihan raya akan datang hanyalah antara dirinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ia hanya antara saya dan Perdana Menteri," katanya ringkas kepada pemberita selepas menemui Najib pada sesi pertemuan anggota Parlimen Barisan Nasional dengan PM di tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.
Baru-baru ini Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang. Beliau juga dipetik sebagai mengatakan "ya" dan mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdahulu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mencetuskan kekecohan di laman Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik. "Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait" (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar), katanya menerusi Twitter pada Sabtu lepas.
Kenyataan itu mendapat respons hebat daripada pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak. - [MOD] Bernama
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjumpaannya dengan ahli parlimen BN hari ini bukanlah semata-mata sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Sebaliknya, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi politik yang dipelopori beliau, kata Najib dalam sidang media selepas bertemu seramai 105 ahli parlimen berkenaan hari ini.
"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat.
"Sepertimana saya telah umumkan dalam perhimpunan agung dulu bahawa kita akan melancarkan program yang berbentuk transformasi politik. "Ertinya, keseluruhan kepemimpinan BN dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat akar umbi iaitu ketua-ketua cawangan akan melalui proses transformasi ini dengan pelbagai kaedah dan program yang kita sedang atur," katanya lagi. Tambahnnya, pertemuan juga lebih mirip kepada usaha untuk mendengar masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan yang diwakili parti itu.
"Saya dapati ia amat berguna untuk saya dapat perspektif yang tepat tentang kedudukan di setiap kawasan parlimen yang diwakili oleh BN," katanya dan menambah beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan wakil rakyat berkenaan.
"Tapi masih ada ruang untuk (MP BN) tingkatkan peranannya dan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan kemampuan mereka adalah kalau kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah rakyat. Sebab sebahagian besar dairpada masalah itu di luar kemampuan mereka untuk selesaikan sebab memerlukan kelulusan kerajaan," katanya lagi. Namun, beliau berkata pertemuan selama kira-kira lapan jam itu bukanlah khusus untuk menilai prestasi wakil rakyat berkenaan.
"Saya tak tetapkan secara khusus dari segi KPI (indeks prestasi utama) tapi kita ada cara dan kaedah untuk mengukur prestasi setiap ahli parlimen. Ini dijadikan asas untuk kita membuat pertimbangan apabila sampai masanya," tambahnya. Ditanya mengenai isu-isu yang diutarakan dalam pertemuan itu beliau sekadar berkata: "Yang pentingnya semua berkenaan masalah dan kepentingan rakyat. Projek-projek pun, program pun menyentuh soal kepentingan rakyat." Tambahnya lagi, apabila berkesempatan kelak, beliau juga akan bertemu dengan ketua-ketua bahagian parti dan juga ADUN BN.[MOD]
Datuk Abu Bakar Chik mengingatkan semua pendukung PAS supaya sentiasa berusaha menguatkan parti bagi mengatasi jentera Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti. Ini, katanya kerana PAS lazimnya akan menentang calon Umno yang mewakili BN di kawasan majoriti Melayu pada setiap kali pilihan raya.
"Kita kena atasi kekuatan Umno sebab kita bertanding di kawasan Melayu," ujarnya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Program Motivasi Jentera Pilihan raya Dun Kota Damansara di Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Perdana malam tadi. Beliau menambah, ini bertepatan dengan hasrat parti yang bersedia untuk menggantikan Umno pada PRU 13 nanti. Katanya, semua peringkat organisasi parti perlu menjaga kekuatan masing-masing.
"Kita bina kekuatan parti kita mengikut dasar dan polisi parti," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Justeru, tegasnya, kekuatan yang ada pada perjuangan PAS tidak perlu diragui oleh seluruh ahli. "Jangan ragu-ragu dengan perjuangan kita kerana kekuatan kita juga adalah kekuatan Islam dalam negara ini," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya seluruh jentera parti perlu berusaha keras bagi menghadapi PRU 13 dengan membuat perancangan secukupnya dan strategik bagi mencapai kejayaan.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang sering mengkritik kepimpinan tanpa mengikut saluran yang betul. Katanya, sikap sedemikian bukan sahaja boleh merosakkan jemaah sebaliknya membawa kejatuhan kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai. [MOD]
Tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau membawa isu baru untuk pimpin UMNO untuk menyerang kembali Ketua menteri Pualau Pinang itu.
Tetapi sekali ini lucu dan terungkap kalimat baru iaitu mempertahankan utusan melayu adalah pertahankan warisan melayu yang satu-satunya masih tinggal.
Dalam Mingguan Malaysia hari ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dipetik sebagai berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.
Menurut Musa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.
"Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang." Katanya dalam kenyataan itu
Selain itu Musa menyeru orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada.
Tindakan Saman Guan Eng terhadap utusan dilakukan beberapa hari lepas berkaitan dengan artikel yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu yang dianggapnya telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.
Tindakannya tidak lebih sebagai seorang warganegara Malaysia yang sedang mempertahankan haknya, apa kah yang salahnya ?
Orang Melayu perlu sedar dan perlulah berfikir dengan tenang dan sematangnya sandiwara terbaru pemimpin UMNO.
Kalau bercakap tentang warisan, adakah benar warisan sebenar orang Melayu yang satu-satunya sedang dipertahankan ini memang benar dipertahankan oleh pemimpin UMNO.
Realitinya budak sekolah rendah pun telah melakukan tindakan saman Kerajaan Malaysia kerana membelakangi Bahasa melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bila Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk dua matapelajaran utama itu.
Satu penghinaan yang sangat dasyat kepada bahasa melayu oleh pemimpin UMNO sehingga membangkitkan gelombang tentangan rakyat malaysia bukan sahaja dari tokoh-tokoh politik namun para sasterawan negara dan pakar-pakar bahasa itu sendiri.
Termasuk juga pemimpin politik dan masyakarat dikalangan bukan Melayu bangkit sama untuk pertahankan Bahasa Melayu. Tidak malukah pemimpin UMNO yang kononnya mempertahankan hak orang melayu ?
Selain itu sedarkah Musa dan pimpinan UMNO yang lain Isu yang dibawa oleh Guang Eng bukan unuk melihat Utusan Melayu ditutup atau dengki kepada akhbar itu, isunya ialah pembohongan yamg berterusan dari akhbar UMNO itu dalam banyak perkara.
Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang saya dapati utusan tidak lebih dari penghinat kepada masayarakat negara ini dengan pemberitaan yang tidak lebih dari memburuk-buruk sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang.
Utusan tidak lebih menjadi "lidah syaitan" yang sentiasa membela bos nya walaupun jelas melakukan kemungkaran dan penyelewengan. Namun bila melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat semuanya salah dan diputar belit.
Pas Miri sangat kesal dengan kenyataan YB Andy Chia dalam Sarawak Update tentang 4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula. Mengulas lanjut mengenai setinggan di kawasan Miri dimana beliau berkata,"kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah. " Apa maksudnya "kekurangan dana dan tanah."? Sarawak adalah sebuah negara yang luas tanahnya hampir seluas tanah semananjung Malaysia.
Adalah mustahil kerajaan Sarawak tidak dapat menempatkan para setinggan tersebut di suatu kawasan dimana mereka boleh membina hidupsendiri dengan hasil usaha sendiri seperti ladangperternakan,pertanian dan sebagainya seperti skim-skim penempatan semula yang terdapat di Semenanjung Malaysia ada Felda dan sebagainya. Kalaulah Sarawak ini kecil macam Singapore tiada lagi tanah untuk perumahan memang patut beliau bercakap macam itu tapi Sarawak tanahnya luas dan alasan kekurangan tanah sukar untuk diterima.
Kalau tiada peruntukan kemana perginya peruntukan untuk orang-orang miskin? Adakah dana-dana tersebut sudah digunakan untuk kegunaan lain oleh pihak-pihak tertentu maka peruntukan tersebut sudah habis.
Begitu juga tentang masalah tanah, adakah tanah-tanah di Sarawak sudah disimpan "reserve" untuk pihak-pihak tertentu sehingga rakyat sudah tidak dapat memiliki tanah sendiri? Ini persoalan besar yang perlu dijawab oleh pemimpin BN.
Kita berharap apabila Pas dan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak nanti perkara ini akan diberi keutamaan. Rakyat yang tidak memiliki tanah akan diberi secara skim atau projek sara hidup sendiri dimana mereka bukan saja boleh memiliki tanah tempat tinggal sendiri bahkan mereka juga mempunyai tanah untuk bercucuk tanam atau ladang ternakan sendiri dimana hasilnya akan dimiliki oleh penduduk dan juga kerajaan yang memerintah dari hasil cukai pendapatan mereka. Inilah yang dikatakan "win-win situation" dimana rakyat dapat menikmati hasil dan kerajaan pun dapat hasil daripada pendapatan rakyat.
Pas dan Pakatan Rakyat sentiasa perihatin tentang masalah rakyat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tanah sendiri. Insyallah bagilah peluang untuk membuktikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat boleh memerintah Sarawak dengan lebih baik lagi. PAS untuk semua.
SAYA merasa pelik dengan sikap dan tabiat Presiden PERKASA, IbrahimAli. Di dalam mengulas keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock di dalam kawasan pejabat SPRM, Ibrahim Ali amat menentang penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut. Baca di sini.
Ibrahim Ali berpendapat memadai pihak Polis menyiasat kes tersebut. Kita ingin bertanya kepada beliau, adakah kematian Teoh tidak pernah disiasat oleh pihak Polis sebelum diadakan injues? Adakah siasatan Polis atau inkues lebih baik atau telus jika ingin dibandingkan dengan Suruhanjaya Diraja? Kes mata lebam DS Anwar dahulu boleh dijadikan panduan untuk menjawab persoalan ini.
Melucukan, beliau secara sinis menyebut beliau pelik dengan sikap `keterbukaan dan baiknya' kerajaan apabila bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Mengapa Ibrahim Ali pelik? Mungkin beliau sedar kerajaan selama ini tidak bersikap terbuka dan tidak baik, sebab itu lah beliau merasa pelik. Di dalam Parlimen, MP Pasir Mas yang menenggek atas kerusi ihsan PAS ini berdegar-degar bercakap akan menyokong apa jua yang baik samada dari Kerajaan atau Pembangkang. Adakah Suruhanjaya Diraja ini tidak baik untuk Ibrahim Ali?
Hujah beliau bahawa mengadakan Suruhanjaya Diraja membazirkan wang rakyat adalah satu hujah dungu oleh seorang Ahli Parlimen. Beliau cuba ingin membandingkan nilai atau harga sebuah keadilan dan ketelusan dengan wang ringgit. Beliau tidak tahu menilai nyawa yang hilang dan tidak merasa apa yang dirasakan oleh waris Teoh Beng Hock. Seandainya tragedi ini berlaku ke atas ahli keluarga atau warisnya, mungkin Ibrahim Ali akan menjadi `gila' dan `meroyan'.
Ibrahi Ali yang sinonim digelar `raja katak' ini sempat mengulas isu Datuk Khusrin, SUK Kerajaan Negeri Selangor yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau menyebut bahawa perlantikan SUK itu adalah sah dari segi undang-undang. Kita semua tahu, yang dibicarakan sekarang berkaitan isu SUK ini adalah tentang ketelusan dan tahap profesional pihak KSN, SPA dan JPA. Rekod Datuk Khusrin sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah JAIS sepanjang PR mentadbir Selangor juga boleh dinilai sebelum mengesahkan perlantikannya.
Saya tidak pelik jika Ibrahim hanya menyebut dari segi undang-undang semata-mata dan tidak mahu menyentuh dari segi moral dan adab. Kita pun tahu dari segi undang-undang, MP Pasir Mas ini memang sah sebagai Ahli Parlimen walaupun tanpa parti kerana beliau `disedekahkan' oleh PAS untuk kerusi tersebut. Tetapi jika ingin membicarakan soal moral dan adab, Ibrahim Ali sewajarnya sudah lama mengosongkan kerusi tersebut kerana bertindak lebih Umno dari Umno apabila menyerang PR, khususnya PAS.
Bermoralkah Ibrahim Ali yang di`beri makan' oleh Tuan Guru Nik Aziz berada di kerusi tersebut, tiba-tiba mendesak Mursyidul Am PAS tersebut meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan? Jelas, perjuangan Ibrahim `raja katak' semakin lama semakin cerca merba. Itu pertanda awal beliau akan `disemadikan' selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com
JAKARTA: Isteri novelis prolifik Indonesia Pramoedya Ananta Toer, Maemunah Thamrin meninggal dunia Sabtu pada usia 82 tahun setelah menderita strok sejak 2008.
Kematian beliau pada pukul 11.45 pagi di rumahnya di Jalan Multikarya, Utan Kayu, Jakarta Timur, diumumkan kepada media tempatan petang Sabtu oleh anak perempuannya Astuti Ananta Toer.
Pramoedya, yang meninggal dunia pada 30 April 2006, merupakan antara pengarang produktif Indonesia, dan semasa hayatnya menghasilkan lebih 50 karya yang diterjemahkan ke lebih 41 bahasa asing.
Salah satu novelnya yang berjudul "Keluarga Gerilya" pernah dijadikan teks untuk matapelajaran sastera bagi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).-
Blog-blog Umno sejak kebelakangan ini gemar mengeluarkan senarai blog mereka yang paling dilawati, dijadikan sebagai satu pendorong kepada mereka untuk meneruskan penulisan.
Sebahagian besar blog bukanlah sumber maklumat yang sahih atau kredibel, malah sebahagian besar menulis menggunakan nama samaran.
Tetapi, kredibiliti seperti media berita, sama ada bercetak atau di internet bukan matlamat mereka ini.
Bagi mereka, yang utama ialah serangan terhadap parti-parti Pakatan Rakyat, untuk menjejaskan kredibiliti dan menghakis sokongan orang Melayu kepada Pakatan.
Sekiranya dinilai daripada pelawat yang menjenguk blog-blog tersebut, boleh dikatakan isu sensasi yang dimainkan secara berterusan menarik minat pengguna internet.
Betul atau salah berita tersebut bukan isu, kerana matlamatnya hanya persepsi, yakni menghasilkan dan menguatkan lagi persepsi negatif terhadap PAS dan parti-parti Pakatan.
Trend penggunaan media seluruh dunia membuktikan media "ringan," dan sensasi lebih menarik ramai pengguna berbanding isu politik yang lebih berat seperti federalisme, perwakilan dan sebagainya.
Di sinilah peranan blog-blog Umno, iaitu menerbitkan tulisan-tulisan sensasi, berbentuk gosip, dan gambar-gambar diubahsuai untuk memberi kesan sensasi itu.
Tidak dapat dinafikan, sama ada seseorang pengguna itu bersetuju atau tidak dengan isu-isu yang disensasikan itu, tulisan-tulisan di blog itu tetap menarik minat mereka.
Budaya media di negara kita mudah suka dengan berita-berita sensasi telah menyuburkan lagi minat ini dalam kalangan pembaca.
Banyak blog Umno ini dibaca sebagai hiburan oleh sesetengah pembaca internet dan bukan sumber berita, tetapi hiburan juga boleh menjadi satu medium menyampaikan maklumat.
Walaupun tidak mempercayai semua cerita yang dihidangkan, pengunjung blog-blog tersebut mungkin akhirnya akan mempercayai atau cenderung untuk percaya kepada gosip-gosip yang diterbitkan.
Dengan jumlah blog pro-Umno yang banyak dan bercambah menjelang pilihan raya umum nanti, kebarangkalian untuk mereka menyampaikan kempen mereka kepada umum semakin tinggi.
Umno yang satu ketika dulu ketinggalan jauh dalam memanfaatkan media baharu seperti blog kini berjaya menyaingi Pakatan, atau menurut sesetengah pihak, sudah pun mengatasi parti-parti Pakatan.
Pemimpin tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak secara peribadi mengambil tahu dan berperanan dalam memperkemaskan jentera media baharu Umno.
Banyak daripada blog dan laman berita pro-Umno mendapat sokongan pelbagai bentuk daripada pemimpin tinggi parti itu.
Apa yang dicetuskan dan dibawa oleh blog-blog Umno sering kelihatan seragam dan sekata, walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam sokongan kepada pemimpin tertentu.
Di sinilah blog-blog oleh PAS, pro-PAS dan Pakatan perlu menyedari perang siber yang sedang berlaku dengan rancak ini.
Kejayaan Pakatan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu disifatkan oleh ramai pihak sebagai hasil pertarungan ide di internet.
Walaupun hal ini masih boleh diperdebatkan, sememangnya tidak boleh dinafikan sebagai salah satu sumber maklumat, internet mempunyai peranannya yang besar.
Malang sekiranya blog-blog pro-PAS dan Pakatan ketika ini teralih fokus daripada melawan serangan media baharu Umno dan terlibat dalam polemik sesama sendiri.
Blog-blog pro-PAS kelihatan mudah terlibat dalam perdebatan sesama sendiri, termasuk ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasakan ketika ini.
Banyak isu – ataupun isu yang dibuat-buat – dipanaskan lagi oleh blog-blog yang selama ini dianggap pro-PAS dan akhirnya memberi kesan negatif kepada parti dan Pakatan.
Dalam mood menjelang pilihan raya umum kini, rakyat bukan sahaja disajikan dengan tulisan-tulisan sensasi di blog malah juga akhbar-akhbar dan televisyen.
Dalam hal ini, PAS dan parti-parti Pakatan sendiri perlu bertindak pertama dengan menyusun dan memperkemas blog yang dikendalikan sendiri oleh pemimpin dan ahli parti di semua peringkat.
Serangan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional ini akan terus meningkat ketika Pilihan Raya Umum ke-13 nanti semakin hampir.
Blog-blog pro-PAS dan Pakatan perlu menjadi pesaing yang setara dengan blog-blog pro-Umno dan sekali lagi menjadi faktor penting dalam usaha memenangi pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai program 100 hari yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, selepas buku jingga itu dikemukakan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, ianya belum dinilai secara terbuka oleh mana-mana pihak melainkan mendapatkan kritikan daripada Umno BN.
"Dalam forum ini kita akan bahas pro dan kontra program 100 hari ini dan kita akan bagi peluang kepada rakyat untyuk menyatakan pandangan," kata Nasrudin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.
Menurutnya, forum itu akan diadakan pada 15 Januari ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.
Ianya akan menampilkan panel daripada pimpinan PAS, PKR, DAP,Umno dan Gerakan manakala moderatornya ialah penganalisis politik, Prof mohd Agus Yusof.
Bagaimamapun, pihak DPP masih dalam proses mendapatkan nama daripada wakil-wakil parti berkenaan untuk manjadi panel.
"Kita mahu panel-panel ini memberikan penilaian mengenai program 100 hari ini, di mana asasnya, apa relevannya.
"Kita juga ingin beri peluang kepada NGO-NGO untuk menyatakan pandangan mereka menegani program ini melalui forum tersebut," katanya.
Selain itu, DPPP juga akan mengadakan Malam Anugerah Budayawan Islam bagi memberikan pengiktirafan kepada seniman dan budayawan yang membangunkan seni tanah air yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Ianya juga sebagai langkah membuka minda ahli PAS agar menggunakan seni dan budaya untuk menyanpaikan dakwah kepada masyarakat.
Sebelum malam anugerah yang dijangka berlangsung pada Mac itu, pemuda akan mengarahkan satu teater Islam yang akan dipersembahkan pda malam tersebut.
"Kita akan jemput seniman yang aktif menggerakkan seni Islam seperti Dinsman dari Paksi dan pemuda sendiri akan menghasilkan teater dan persembahan lain," katanya.
Tambahnya,bekas vokalis Wings yang merupakan kumpulan rock Malaysia, akan turut menghadiri malam anugerah itu bagi menarik golongan muda.
"Kita berhasrat untuk pergi jauh dalam bidang Islam yang tidak mengenepikan nilai-nilai Islam sebab itu kita berusaha melancarkan produk-produk seni kita sendiri," katanya.
Dalam pada itu , beliau turut melancarkan logo Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang akan berlangsung pada 19 Februari depan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Himpunan itu sebagai persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang melibatkan pemuda dari seluruh negara.
Sementara itu, menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiyat, DPPP akan mengadakan pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 12 atau 13 Februari depan di sekitar Lembah Klang.
Pertemuan itu sebagai langkah mencari formula penyelesaian ekoran rungutan daripada peminjam yang terbeban akibat tidak dapat membayar balik pinjaman sehingga tidak membolehkan mereka ke luar negara.