Isnin, 14 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Kemudahan awam umpama 'projek terbengkalai BN'

Posted: 14 Nov 2011 09:05 PM PST

PENSIANGAN, 15 Nov: PAS hari ini melahirkan dukacitaterhadap pembangunan yang 'tidak mampu siap' oleh kerajaan Barisan Nasional(BN).

Meskipunprojek yang dibina itu atas nama pembangunan untuk rakyat, namun pelaksanaantersebut boleh juga sekaligus mengundang kemarahan dan kritikan oleh rakyat.

KetuaPenerangan PAS Sabah Hishammudin Sulaiman berkata, pembinaan beberapa kemudahanawam terutama di Pekan Sook, dekat sini boleh dikalsifikasikan sebagai 'projekterbengkalai Barisan Nasional'.

Menurutnya,kemudahan yang siap dan akan dibina itu bakal menjadi titik hitam dalam sejarahpentadbiran BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Apaguna tandas cantik-cantik, besar-besar di Sook ini, tapi airnya tiada. Masuktandas, puji-puji sikit tandas di sini… buka pili tak keluar-keluar itu air.Apa macam?" katanya.

Beliauturut mempertikai pembangunan kemudahan taman rekreasi yang disifatkannyasebagai 'projek glamour Barisan Nasional' yang tidak ada manfaatnya kepadaseluruh masyarakat dan rakyat di pekan tersebut.

"Apakepentingan ini kepada rakyat disini… Bukan ini yang rakyat mahukan," ujarnya.

Jelasnya,pembangunan seperti kemudahan balai polis, balai bomba, masjid, kompleks sukan,pejabat pos, kemudahan bank dan kemudahan jalan yang berturap merupakantanggungjawab pemerintah untuk menyediakannya.

"Manabalai polis, mana bank, mana balai bomba… sudah lebih 48 tahun ini merdeka,tapi suasana dan kemudahan yang ada tidak nampak macam sudah merdeka," jelasnyadalam nada yang kecewa.

Beliauyang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan, kecewa dengan sikap kepimpinanBN yang masih gagal membawa perubahan malah sering melakukan penindasanterhadap masyarakat luar bandar.

"Kitatak nafikan, banyak sumbangannya dalam urus tadbir negeri… datanglah lihat dikawasan-kawasan pedalaman, jalan-jalan masih berbatu, airnya masih yang'percuma' turun dari langit.. entah bersih, entah tidak… kita pun tidak tahu.

"Dudukdibandar, semua apa yang kita nak mesti dapat. Internet, air bersih, jalan yangselesa, rumah dibina bukan setakat tinggi-tinggi, tapi juga kukuh, nyaman danselesa diduduki.

Beliauturut mengajak rakyat untuk sama-sama menolak kerajaan yang ada sekarang supayamengembalikan urusan pentadbiran mengurus negeri dan negara  kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Marirakyat, bersama saya kita ubah ini negeri, ubah ini negara… tolak BN, angkatPakatan Rakyat… kita bukan lagi menunggu berbaris meminta simpati tapisama-sama berpakat memajukan negara dan negeri," katanya.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 14 Nov 2011 03:35 PM PST

Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK

Posted: 14 Nov 2011 04:16 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk " Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK" .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC

Posted: 14 Nov 2011 04:12 AM PST

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?

"Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.

"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.

"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.

Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.

Kerajaan gagal jelas harga barang naik mendadak

Posted: 14 Nov 2011 04:10 AM PST


KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan tidak memberikan penjelasan jitu berhubung kenaikan mendadak harga barang pada musim perayaan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, timbalan menteri, Datuk Tan Lian Hoe gagal memberi jaminan untuk menambahkan subsidi untuk barang keperluan utama dan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada syarikat korporat.

"Saya tanya apakah kerajaan bercadang menarik balik subsidi yang diberi kepada syarikat korporat seperti penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion sedangkan rakyat memerlukan subsidi terutama untuk barang makanan harian untuk mengurangkan beban mereka," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga berkata, kerajaan enggan mengakui kenaikan harga barang berlaku kerana sistem monopoli dalam pasaran iaitu tidak berlaku persaingan harga yang menyumbang kepada kenaikan harga barang khususnya barang keperluan utama seperti beras, gula, dan minyak.

Katanya, kerajaan harus menilai kembali sistem ini agar tidak membebankan rakyat.

"Tak lama lagi rakyat berhadapan dengan suasana sesi persekolahan bermula, mesti berhadapan dengan tekanan yang lebih lebih-lebih lagi musim tengkujuh ada yang hilang punca pendapatan.

"Jelas BN yang berslogankan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" sebenarnya bukan rakyat yang didahulukan tapi rakyat didahulukan untuk dibebankan dan untuk menerima kesan," katanya.

Terdahulu, Siti Zailah membangkitkan perkara itu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media sama menyifatkan jawapan timbalan menteri sebagai memalukan.

Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya menjadikan bencana alam di luar negara sebagai alasan kenaikan harga barang sedangkan ianya berlaku sejak bertahun-tahun tanpa penyelesaian daripada kerajaan.

"Jawapan itu hanya memberi alasan yang bersandar kepada apa yang berlaku di luar negara iaitu tragedi banjir dan sebagainya.

"Sedangkan kenaikan harga barang ini bukan berlaku semasa banjir di Thailand tapi sudah berlaku sejak dahulu lagi.

"Jawapan tadi bersifat memalukan dan menunjukkan kerajaan tidak ada satu agenda yang jelas apa langkah yang harus diambil," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Justeru katanya, PAS menunutut kerajaan menambahkan subsidi makanan dan megurangkan subsidi kepada IPP.

"Kita menuntut kerajaan menambahkan lagi subsidi barang makanan sebab setakat hari ini subsidi makanan hanya RM3.25 bilion sahaja. Jadi terlalu kecil berbanding dengan subsidi kepada IPP

Skandal NFC: Rafizi cabar Khairy berdebat

Posted: 14 Nov 2011 04:02 AM PST

Mohd Rafizi Ramli

Saya ucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat.

Sejak KEADILAN mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pimpinan UMNO yang paling lantang membela NFC. Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio di dalam kerajaan. Malah, beliau melantik diri sendiri sebagai pegawai media dan jurucakap rasmi kepada NFC sejak kebelakangan ini.

Kalaulah beliau benar-benar dilantik oleh NFC untuk bercakap bagi pihak mereka, maka NFC telah melantik seorang jurucakap yang memberikan jawapan yang paling dangkal berhubung skandal pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat.

Khairy Jamaluddin (gambar kiri) menjelaskan bahawa pembelian tersebut adalah satu strategi pelaburan untuk mendapatkan keuntungan sementara menunggu fasa projek yang seterusnya.

Saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk membidas strategi pelaburan yang kurang pintar ini dari dua aspek:

1. PRINSIP TATA KELOLA YANG BAIK (principles of good corporate governance)

- Sebarang penggunaan dana yang dipinjam (apatah lagi dana rakyat) bagi tujuan selain dari tujuan asal pinjaman dikira bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik

- Di dalam sesebuah entiti korporat yang baik, sebarang keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses pemantauan yang ketat mengikut kerangka mengawal risiko (risk mitigation framework)

- Bagi tujuan mendapat pulangan dari dana yang belum digunakan, entiti korporat terbesar di dunia selalunya membuat pelaburan jangka pendek di dalam instrumen-instrumen cair (liquid instruments) seperti pasaran mata wang (money market), pasaran ekuiti (ekuiti market) atau disimpan di dalam deposit tetap jangka pendek

- Bekas majikan saya (PETRONAS) mempunyai ratusan bilion ringgit wang simpanan yang menunggu masa untuk digunakan di dalam projek-projek pada satu-satu masa. PETRONAS tidak pula menggunakan wang ini untuk melabur di dalam aset hartanah seperti yang disebut oleh Khairy Jamaluddin kerana ia satu tindakan yang tidak bijak dan melanggar prinsip tata kelola yang baik.

2. PASARAN HARTANAH MEWAH YANG SEMAKIN MENURUN

- Kalau pun NFC benar-benar mahu melabur untuk mendapat pulangan, pelaburan sebanyak RM9.8 juta membeli hartanah kondominium mewah adalah keputusan pelaburan yang salah.

- Pasaran hartanah mewah, terutamanya kondominium mewah seperti yang dibeli NFC dijangkakan akan mengalami penurunan harga bermula tahun 2010 hingga beberapa tahun akan datang.

- Statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan bahawa pada akhir 2010, terdapat sebanyak 66,328 unit kondominium mewah di seluruh Malaysia yang masih belum dijual.

- Statistik terkini JPPH iaitu Laporan Status Pasaran Harta Tanah: Harta Tanah Siap Dibina Tidak Terjual Q3 2011 menunjukkan bagi suku ketiga 2011 sahaja, 20% dari kondominium mewah berharga lebih dari RM1 juta masih belum terjual walaupun telah siap dibina. Jumlah harga kondominium mewah di Malaysia yang siap dibina tetapi tidak dibeli bagi tempoh 3 bulan di antara Julai hingga September 2011 adalah RM549 juta.

-Ini menyokong laporan terbaru oleh pakar hartanah antarabangsa DTZ Research bertarikh 10 November 2011 bahawa "risiko harga menurun bagi hartanah mewah akan terus meningkat" dan "lambakan hartanah mewah akan menurunkan kadar sewa bagi pasaran jenis ini".

Data-data ini secara jelas membidas alasan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin. Jika pelaburan NMLC membeli One Menerung adalah untuk mendapat untung kerana kenaikan harga, ia sukar untuk berlaku kerana pasaran hartanah mewah sedang mengalami penurunan akibat lambakan unit-unit tidak terjual.

Jika pelaburan NMLC bertujuan mendapatkan sewa seperti yang didakwa, sewanya tidak padan dengan penyelewengan wang rakyat kerana kadar sewa yang semakin rendah.

Khairy telah banyak membuat kenyataan di Twitter, media baru, akhbar dan Parlimen yang menyerang saya mengenai pendedahan NFC. Setiap kenyataan akhbar atau rencana saya akan dijawab oleh beliau. Saya langsung tidak terfikir skandal ini menarik minat beliau kerana ia membabitkan Ketua Wanita UMNO, bukan Ketua Pemuda UMNO.

Oleh kerana ada pertembungan yang sihat di antara pimpinan muda KEADILAN dan UMNO bersabit isu NFC ini, setelah dua minggu berdebat di media saya berpendapat sudah sampai masanya perbahasan mengenai NFC ini diadakan secara terbuka dan melibatkan orang ramai yang juga mempunyai banyak soalan.

Saya menjemput Khairy Jamaluddin untuk berbahas mengenai isu NFC dengan saya pada bila-bila masa bermula dari hari ini dalam satu majlis terbuka yang melibatkan orang ramai. Ini jalan terbaik untuk kita merungkai kekusutan skandal NFC dan pada masa yang sama merintis politik baru orang muda.

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Keadilan.

Isu royalti Komsas: Bukti penulis ditindas

Posted: 14 Nov 2011 03:59 AM PST

Isu penipuan royalti teks Komsas dilihat sebagai insiden yang benar-benar memalukan dunia sastera dan penerbitan tanah air.


Tarikh 15 November 2011 menandakan genap tiga bulan sejak isu royalti penulis teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) dibawa ke tengah menerusi portal Free Malaysia Today ke arah mencari jalan penyelesaian.

Amat menyedihkan, memalukan dan mengaibkan bahawa sehingga hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia masih tutup mata dan tidak mampu membela nasib para penulis berkenaan yang dinafikan hak royalti oleh beberapa syarikat yang menerbitkan karya mereka.

Bak kata simpulan bahasa dalam budaya Melayu: Umpama bersaksi ke lutut.

Isu tersebut mula-mula dibawa kepada perhatian saya oleh Rohani Deraman pada 10 Julai 2011 sebelum saya mendedahkannya menerusi tulisan bertajuk "Komsas Abai Hak Cipta?" pada 15 Ogos lalu.

Selepas artikel itu disiarkan, beberapa lagi penulis menghubungi saya selaku presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) untuk mengadu mengalami nasib sama.

Rohani dari Johor Bahru, Johor adalah penulis asal cerpen "Warkah Daripada Ibu" dan novel "Cempaka Putih Untukmu" yang dijadikan teks Komsas.

Tetapi Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd, Edu Quest Publisher dan Nur-Ilmu Sdn Bhd yang beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya tidak mahu membayar royalti kepada penulis.

Amy Suzani Mohd Ainuddin dari Kota Bharu, Kelantan merupakan penulis asal puisi "Seorang Insan Istimewa" dan cerpen "Budi Semangkuk Daging" yang turut dijadikan teks Komsas.

Sekali lagi, Nur-Ilmu Sdn Bhd yang beralamat di Kota Damansara bertegas tidak mahu membayar royalti kepadanya.

Hazama Harun @ Aida Shahira dari Cheras, Kuala Lumpur adalah penulis asal novel "Bukan Duniaku" yang kini dijadikan teks Komsas.

Malangnya, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd dan Karya Hartamas Enterprise yang beralamat di Taman Melaka Raya, Melaka mengelak daripada membayar royalti penuh kepada penulis.

Suaminya, Mohd Izan Abd Hazes menulis novel "Hikmah" yang turut dijadikan teks Komsas.

Sekali lagi, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd dan V-Nice Resources yang juga beralamat di Taman Melaka Raya tidak mahu membayar royalti.

Alasan standard

Saya telah menghubungi pihak pengurusan kesemua syarikat berkenaan untuk mendapatkan reaksi mereka berhubung isu yang timbul. Maklumlah, bak kata bidalan, malas mendayung, perahu hanyut.

Namun, jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Masing-masing bertegas tidak mahu membayar honorarium atau royalti kepada penulis dengan alasan bahawa karya itu sudah menjadi milik mereka.

Satu lagi alasan standard yang diberikan adalah bahawa Kementerian Pelajaran sedia maklum akan apa yang berlaku.

Segera mengingatkan saya pada dua perumpamaan Melayu: Seperti anjing berebut tulang, dan bagai anjing makan muntahnya.

Malah, salah seorang daripada penerbit terbabit mengirim SMS kepada saya kerana membantah tindakan saya dan Kavyan tampil membela golongan penulis yang menjadi mangsa penganiayaan, penindasan, kezaliman dan penipuan penerbit tidak beretika.

Katanya, "Dah Keling, perangai macam Keling". Entah apa yang dimaksudkan pemilik V-Nice Resources itu!

Harapan ikhlas Kavyan adalah supaya isu royalti teks Komsas dapat diselesaikan secara baik sebelum 1 Syawal 1432 (30 Ogos 2011). Kavyan berharap dapat menyampaikan "berita gembira" kepada kumpulan penulis terbabit menjelang Aidilfitri.

Bagaimanapun, sehingga 29 Ramadan lalu (29 Ogos 2011), Kementerian Pelajaran Malaysia, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia sekadar berpeluk lutut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi penulis terbabit.

Hal ini bermakna, penerbit yang tidak beretika berpeluang mengaut untung bersih secara haram sekitar RM11,000 bagi sebuah cerpen dengan "restu" Putrajaya.

Para penulis terbabit masih bersikap seperti harimau menyembunyikan kuku, lalu menulis Surat Rayuan Terbuka Kepada Menteri Pelajaran pada 26 Ogos 2011 dan ia disiarkan di beberapa portal berita.

Apabila surat rayuan terbuka itu tidak mendapat perhatian pihak berwajib, saya mengirim e-mel rasmi memohon untuk bersemuka dengan Menteri Pelajaran bagi membincangkan isu sama.

Semua ini bagai menjenguk jerat sial kerana semakin saya dan Kavyan cuba membantu, semakin kami dilabel sebagai "anti-Melayu" atas alasan yang mungkin hanya Tuhan yang tahu.

E-mel rasmi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dikirim pada 2 September 2011, dengan salinan kepada semua pihak berkenaan.

Malangnya, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang jawapan balas. Maka, jadilah para penulis terbabit bagai si buta kehilangan tongkat.

Dalam pada itu, pada 19 September lalu, seorang lagi penulis terbabit, Erda Roslan Khairi mengirim SMS untuk memaklumkan bahawa beliau sudah menerima cek bayaran royalti daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Cerpen beliau, "Israk" pernah disiarkan di majalah Dewan Siswa sebelum dimuatkan dalam antologi Komsas Tingkatan Empat berjudul Harga Remaja tanpa izin dan tanpa pengetahuan penulis.


"Walaupun bukan 1 Syawal 1432, saya tetap menerimanya dalam bulan Syawal, sepertimana yang tuan harapkan sebelum ini," kata Erda menerusi SMS.

Dokumen palsu

Kejayaan itu memberi sedikit harapan kepada para penulis lain. Namun, tentu sahaja mereka, kami dan kita rakyat jelata mempunyai alasan kukuh untuk berasa amat kecewa dengan sikap buruk yang ditunjukkan oleh penerbit terbabit dan Menteri Pelajaran sendiri.

Satu lagi maklumat yang diterima adalah bahawa penerbit terbabit mengemukakan dokumen palsu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia; iaitu surat izin yang kononnya ditulis dan ditandatangani oleh para penulis berkenaan.

Maka, keempat-empat penulis membuat laporan polis pada 10 September lalu. Seorang peminat sastera, Gokulabalen Muniandy dari Bukit Mertajam, turut membuat laporan polis kerana kecewa dengan apa yang berlaku.

Salinan laporan polis berserta surat rayuan oleh keempat-empat penulis diserahkan ke Pejabat Menteri Pelajaran di Putrajaya pada 29 September 2011.

Dukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pelajaran belum memberi sebarang balasan; apatah lagi mengambil sebarang tindakan untuk merungkai isu ini yang benar-benar memalukan dunia sastera dan penerbitan tanah air.

Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia yang menangani Komsas gagal membela nasib penulis yang teraniaya, perjuangan menuntut hak royalti, hak cipta dan harta intelek tetap diteruskan oleh Kavyan.

Sementara itu, gambaran amat jelas yang diterima sejak tiga bulan lalu adalah bahawa Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd, Edu Quest Publisher, Nur-Ilmu Sdn Bhd, Associated Education Distributors (M) Sdn Bhd, Karya Hartamas Enterprise dan V-Nice Resources sangat kuat dan berpengaruh.

Bak kata pepatah Melayu, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Perumpaman Melayu juga menyebut: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

Malah, kini rakyat ada alasan untuk mempercayai bahawa penerbit terbabit mempunyai "kuasa" dan "pengaruh" mengatasi seorang Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Seperti gunting makan di hujung, pandangan sinis ini tentu sahaja boleh dipertikaikan tetapi ternyata tidak boleh dinafikan seratus peratus, berdasarkan segala apa yang berlaku – atau tidak berlaku! – sejak tiga bulan lalu dalam isu royalti teks Komsas.

Rohani, Amy, Hazama dan Mohd Izan mempunyai alasan kukuh untuk benar-benar kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah yang kononnya menegakkan gagasan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Saya terlalu kecewa. Kalau dulu sedih kerana ditipu penerbit, kini sedih dan kecewa kerana suara kami langsung tidak didengar oleh pak menteri," kata Rohani kepada saya baru-baru ini.

Hampa dan sedih

Hazama dan Mohd Izan juga melahirkan rasa kecewa apabila saya menghubungi mereka untuk mendapatkan reaksi bagi artikel ini.

"Sangat-sangat dukacita, hampa, sedih, kesal, bahkan marah! Seolah-olah kami ini rakyat kelas bawahan yang langsung tidak perlu dipedulikan," kata Hazama.



"Apakah penerbit terbabit terlalu penting untuk dijaga oleh pihak atasan sehingga suara kami bagaikan tenggelam begitu sahaja? Kami benar-benar kecewa," sahut suaminya.

Amy yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal turut meluahkan rasa kecewa.

"Di mana sikap prihatin seorang menteri dalam isu teks Komsas yang sebenarnya melibatkan ribuan pelajar di Malaysia? Tidak cukup besarkah sumbangan penulis sehingga hak kami dipandang sepi? Hati saya memang sudah terguris," katanya.

Saya juga amat memahami apabila Rohani terlalu sebak sewaktu ditemubual mewakili rakan-rakannya menerusi Radio Web Selangor (RWS) pada 29 September lalu.

"Saya merayu sangat kepada kementerian. Tolonglah dengar rintihan kami. Dan kepada penerbit, tolonglah jangan aniaya kami," katanya sambil menitiskan air mata di studio.

Malangnya, Kementerian Pelajaran masih membisu seribu bahasa; sekali gus boleh dianggap bersubahat dan menyokong segala kezaliman yang dilakukan penerbit terbabit.

Usaha kami dikatakan laksana wau melawan angin (perumpamaan) dan kami sering dinasihatkan, "sarang tebuan jangan dijolok" (bidalan).

Bagi saya, belakang parang diasah lagi 'kan tajam, ini 'kan pula seorang menteri.

Namun, perlu saya akui, soalan retorik yang timbul berulang kali dalam minda adalah amat mudah:

Apalah gunanya memberi kuasa kepada seseorang jika dia tidak berupaya menggunakan kuasa di tangannya untuk tampil membantu dan membela penulis dan rakyat yang ditindas, dianiaya dan dizalimi secara terang-terangan!

Tepuklah dada, tanyalah selera.

Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' yang ditubuhkan pada Mac 2011.

Islam bebaskan manusia dari perhambaan

Posted: 14 Nov 2011 03:57 AM PST

Lahirnya kerajaan penjajahan ialah untuk memperhambakan manusia dan lahirnya kerajaan Islam pula ialah untuk membebaskan manusia dari perhambaan.


PETALING JAYA: Kewujudan parti PAS sejak lebih 60 tahun lalu bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan di negara ini bagi membebaskan manusia dari 'perhambaan sesama manusia'.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lahirnya kerajaan penjajahan ialah untuk memperhambakan manusia dan lahirnya kerajaan Islam pula ialah untuk membebaskan manusia dari perhambaan.

"Sesungguhnya Allah SWT memerintah kamu untuk menunaikan amanah (menerusi pemerintahan Islam yang adil dan saksama untuk semua bangsa dan agama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Perdana bersama Presiden yang bertema 'Hargai Perjuangan' di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, Shah Alam malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh Lajnah Bangunan dan Harta, Badan Perhubungan PAS Selangor bertujuan untuk mengutip dana bagi membiayai bangunan pejabat baru yang menelan belanja RM1.4 juta di Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam.

Hadi menegaskan, "menerusi pendekatan Tahalus Siyasi, kita boleh bekerjasama dan menjalin persefahaman dengan parti DAP dan PKR."

Menurut beliau, dalam kitab Al Ahkam Al Sultaniah karangan al Mawardi disebut bahawa dalam pemerintahan Islam, orang-orang bukan Islam boleh dilantik menjadi menteri.

Ahli Parlimen Marang itu melahirkan keyakinan sekiranya demokrasi tulen diamalkan di negara ini, PAS boleh menang dan membentuk kerajaan persekutuan bersama DAP dan PKR.

"Seperti kemenangan yang dicapai oleh Parti An-Nahdah di Tunisia dan kebangkitan semula Ikhwan Muslimin di Mesir pada musim bunga Arab (Arab Spring)," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dalam ucapannya merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka PAS Selangor dapat memiliki bangunan baru tiga tingkat dengan keluasan lebih 5,000 kaki persegi.

"Ini adalah hasil usaha daripada setiap ahli dan penyokong PAS. Satu mimpi yang dulunya mustahil kini sudah menjadi realiti," ujar beliau yang juga Pengerusi Lajnah Bangunan dan Harta, Badan Perhubungan PAS negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka.

Lebih 1,000 ahli dan penyokong PAS hadir dalam majlis itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Gaji minima: MTUC terima dana buat kajian

Posted: 14 Nov 2011 03:57 AM PST

Peruntukan sebanyak RM100,000 - RM150,000 disediakan untuk membuat kajian mengenai keupayaan dan kebolehan melaksanakan gaji minima dengan lebih meluas.


DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan dana sehingga RM150,000 kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membuat kajian berhubung pelaksanaan gaji minima dengan lebih meluas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, gaji minima yang dilaksanakan ini hanya terhad kepada kakitangan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Ini kerana bidang kuasa kerajaan negeri terhad memandangkan pelaksanaan tersebut terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan negeri memperuntukan dana kepada MTUC di antara RM100,000 hingga RM150,000 untuk membuat kajian mengenai keupayaan dan kebolehan melaksanakan gaji minima dengan lebih meluas.

"Kita akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai hasil kajian MTUC ini untuk tujuan pelaksanaan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mulut Dr Nasir Hashim (Kota Damansara-PSM) berhubung pelaksanaan gaji minima.

Abdul Khalid berkata, Selangor membuka lembaran baru dengan memperkenalkan gaji minima agar rakyat negeri itu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Jejak langkah

Sementara itu, beliau juga berharap syarikat swasta dapat mengikuti jejak langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan gaji minima ini.

"Kalau kajian dibuat MTUC berjaya dan keputusannya baik, kenapa tidak pihak swasta membuat perkara sama…," katanya.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa negeri Selangor akan melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan bagi kakitangan GLC negeri, bermula tahun 2012.

Perlaksanaan ini akan dilaksanakan bagi kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Manakala, bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Tauliah ditarik kerana langgar garis panduan

Posted: 14 Nov 2011 03:52 AM PST

Sultan Selangor bertitah ahli politik tidak boleh berceramah di masjid dan surau di negeri itu.


DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Tauliah, kebenaran untuk menyampaikan ceramah di masjid dan surau di seluruh negeri, ditarik balik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana individu terbabit melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Datuk Dr Hasan Ali, exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam berkata, penarikan itu juga dibuat setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ahli politik tidak boleh berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia menjelaskan perkara ini ketika menjawab pertanyaan lisan, Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi) pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Bangunan SUK, di sini hari ini.

Menurut Hasan, dari sejumlah 3,315 tauliah yang dikeluarkan hanya dua daripadanya yang ditarik balik oleh Jais dan dari jumlah itu sebanyak 434 orang yang menerima tauliah sebelum ini telah tamat tempoh.

Beliau menegaskan isu tauliah ini perlu pendekatan yang bijaksana untuk diselesaikan, tanpa wujud sifat negatif seperti dendam.

"Saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak supaya memberi kenyataan berdasarkan fakta kerana menuduh tanpa fakta dan hanya berdasarkan laporan media sahaja adalah merbahaya.

"Sejak awal lagi, saya bersama Jais dan Mais (Majlis Agama Islam Selangor) sentiasa meneliti mana-mana cadangan yang diberikan berhubung isu ini," katanya.

Hasan berkata, kesemua negeri di Malaysia mempunyai peraturan memberi tauliah kepada penceramah di masjid dan surau termasuk di Wilayah Persekutuan.

"Tiada negeri di negara ini yang tidak beri tauliah, kerana adanya peruntukan tauliah. Tetapi masalahnya ramai orang memfokuskan kepada Selangor, mungkin kerana program-program mengimarahkan masjid banyak dilaksanakan di negeri ini," katanya.

Beliau berharap isu tauliah ini tidak lagi dibangkitkan dalam sidang Dun akan datang memandangkan isu ini telah dijelaskan secara terperinci.

Adun BN dakwa Sopic tidak telus

Posted: 14 Nov 2011 03:49 AM PST

Dua Ahli Lembaga Pengarahnya menggunakan kuasa mereka untuk meluluskan pelbagai projek bagi kepentingan peribadi.


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (BN-Kuang), Abdul Shukor Idrus hari ini mendakwa urus tadbir Selangor Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd (Sopic), tidak telus.

Beliau berkata terdapat penyelewengan dalam Sopic, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPNS) itu, apabila dua Ahli Lembaga Pengarahnya menggunakan kuasa mereka untuk meluluskan pelbagai projek bagi kepentingan peribadi.

"Syarikat ini telah diberhentikan operasi sejak 2009 lalu ekoran tidak menjana sebarang keuntungan," jelas Shukor kepada para pemberita dalam sidang media selepas membahaskan Bajet 2012 sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini.

Beliau mendedahkan Sopic memiliki dana sebanyak RM20 juta dan mendakwa 50 peratus daripadanya telah digunapakai oleh dua Lembaga Pengarah terbabit.

"Pengurus Besar dan Timbalannya meluluskan tender tanpa menggunakan tawaran tender dan sebut harga. Antara projek-projek itu ialah ladang lembu tenusu dan ladang ayam di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam serta pembelian mesin kelengkapan ladang ayam bernilai RM5.8 juta.

"Dipercayai, kesemua keuntungan yang dijana antara tahun 2010 hingga 2011 untuk projek-projek terbabit akan di bawa masuk kepada PKPS," katanya.

Sementara itu, beliau juga mendedahkan penyelewengan dalam urus tadbir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh salah seorang bekas pekerjanya, T Sivanesan, 24 tahun. Beliau dipecat pada 9 September 2011 tanpa alasan yang munasabah.

Beliau mendakwa dirinya dipecat apabila cuba membangkitkan isu penjualan pasir kepada pihak atasan dan berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campur tangan dalam projek perlombongan pasir dimana Pengarah KSSB terdiri daripada Exco dan Adun negeri Selangor.

Posted: 14 Nov 2011 03:49 AM PST

Rakyat M'sia paling gemuk di kalangan negara Asean

Posted: 14 Nov 2011 03:42 AM PST

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.- Bernama

Azizah ingatkan S'gor hemah berbelanja

Posted: 14 Nov 2011 03:41 AM PST

MALAYSIA KINI

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan kerajaan Selangor supaya berhemah dalam berbelanja ekoran peningkatan hasil yang cukup baik seperti diumumkan dalam belanjawan negeri baru-baru ini.

NONE"Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23 peratus) dan hasil bukan cukai (40.12 peratus) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.

"Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Azizah bagaimanapun memuji simpanan tunai Selangor yang kini mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun.

Katanya, jumlah itu harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang mencecah RM 400 bilion.

"Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah," katanya.

Projek pembangunan Sabah: SPRM sedia siasat

Posted: 14 Nov 2011 03:38 AM PST

MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan di Sabah.

NONEKetua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata menjadi tugas SPRM untuk menyiasat sebarang kesalahan rasuah tidak kira siapa 'tanpa gentar atau pilih kasih.'

"Menjadi dasar kami untuk menyiasat rasuah sekiranya ada aduan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Wisma SESB, dekat Kota Kinabalu hari ini.

SPRM Sabah diwakili oleh Pengarahnya Jalili Jaafar manakala pengarah urusan SESB Datuk Baharin Din menandatangani bagi pihak SESB.

Abu Kassim diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu yang menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang diberikan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Hiew dilaporkan mendakwa penyelewengan itu membabitkan 49 projek, yang merupakan sebahagian daripada 209 projek pembangunan luar bandar yang diberikan oleh kementerian berkenaan untuk dilaksanakan bagi tempoh 2011 dan 2012.

Jumlah kontrak paling rendah dikatakan sekitar RM7.7 juta dan jumlah tertinggi adalah RM41.7 juta.

Ditanya sama ada DAP Sabah membuat laporan rasmi kepada SPRM Sabah, Abu Kassim berkata setakat ini SPRM negeri hanya mendapat laporan menerusi media.

Beliau berkata bukanlah tugas yang mudah untuk memerangi rasuah, kerana "tahun lepas sahaja, daripada 944 kes dilaporkan di seluruh negara, 424 kes terbabit dalam menawar atau memberi rasuah.

"Bagi tahun ini sehingga kini, kami telahpun merekodkan 357 kes menawar atau memberi rasuah," katanya.

Mengenai pemeteraian MoU dengan SESB, beliau berkata MoU itu, yang bertujuan meningkatkan kerjasama penyiasatan antara kedua-dua pihak, adalah tepat pada masanya dan wajar.

Dalam hubungan ini, beliau menggesa pertubuhan lain, terutamanya GLC untuk mencontohi inisiatif SESB dalam menyingkirkan amalan rasuah.

Terdahulu, dalam ucapannya alu-aluannya, Baharin berkata kerjasama SPRM dalam membantu SESB mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi seperti kes penyelewengan minyak diesel di Lahad Datu baru-baru ini telah 'membuka mata' masyarakat mengenai impak positif usaha sama itu.

Beliau berkata sejak tahun lalu, lima kes serbuan dan tangkapan dipercayai cubaan penyelewengan minyak diesel dibuat bersama-sama dengan polis bantuan SESB, SPRM dan polis di beberapa lokasi berasingan di Sandakan, Lahad Datu serta Tawau. Bernama

Penyelesaian Taib-M'kini gagal, perbicaraan diterus

Posted: 14 Nov 2011 03:35 AM PST

Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke atas portal berita Malaysiakini akan diteruskan di mahkamah selepas kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang penyelesaian.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan 9 hingga 2 Januari tahun depan bagi pengurusan kes itu didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONEBeliau juga menetapkan 13 Disember ini sebagai pengurusan kes lanjut.

Malaysiakini diwakili oleh peguam Fahri Azzat manakala Taib diwakili oleh peguam Yee Mei Ken.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Fahri berkata pihak plaintif mahu pihak defendan memulakan perbicaraan terlebih dahulu.

"Biasanya plaintif akan membuktikan kes mereka terlebih dahulu ... jadi signifikan ini adalah Taib (plaintif) tidak perlu datang ke mahkamah dahulu, jadi beliau tidak perlu berada di mahkamah lagi."

Fahri, bagaimanapun berkata beliau akan berunding dengan anak guamnya sebelum membuat keputusan sama ada Malaysiakini akan membantah permohonan itu.

Prosiding hari ini adalah untuk menentukan hala tuju kes berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu memberikan kedua-dua pihak sehingga Sept 9 untuk mencari penyelesaian.

Saman, yang difailkan pada 2007, adalah berhubung laporan mengenai pihak berkuasa Jepun menangkap anggota kartel perkapalan yang mengangkut balak dari Sarawak.

azlanAnggota kartel tersebut didakwa membayar Regent Star - sebuah syarikat kertas Hong Kong yang dilaporkan ada kaitan dengan Taib dan keluarganya - sogokan sebanyak RM32 juta.

Isu tersebut juga turut dilaporkan oleh pelbagai pertubuhan berita di Jepun dan di tempat lain. Malaysiakini membuat susulan dalam laporan khas mengenai perkara itu, 'RM32 mil kickbacks - tip of the iceberg'.

Pada tiga Januari lalu, Taib merayu supaya pihaknya dibenarnya mengeluarkan tiga daripada empat perenggan dalam pembelaan Malaysiakini yang dibantahnya.

Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun menolak permohonan Taib untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pihak pembelaan tidak perlu mengeluarkan tiga daripada empat perenggan yang diminta.

Panel tiga hakim Alauddin Mohd Sheriff, Zulkifli Ahmad Makimuddin dan Mohd Ghazali Mohd Yusoff sebulat suara memerintahkan bayaran kos RM10,000 kepada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Produk 1Malaysia akan dijual di Kedai Mesra

Posted: 14 Nov 2011 03:27 AM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Di sebalik dakwaan pembangkang bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah, kerajaan terus meningkatkan usaha memasarkan barangan berkenaan ke pasaran runcit di stesen petrol seluruh negara.

Tindakan itu, sekaligus dikatakan akan mengancam survival kedai runcit tradisional di negara ini.

Adalah difahamkan bahawa Petronas Dagangan Berhad, cabang pemasaran domestik bagi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, telah menghantar surat pekeliling dalaman kepada semua pengendali kedai serbaneka di stesen-stesen minyaknya Kedai Mesra, supaya menyokong idea berkenaan.

NONEPekeliling sulit itu menggalakkan operator untuk menghadiri taklimat khas pagi ini "selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengembangkan pengedaran produk-produk label 1Malaysia kepada rangkaian stesen-stesen minyak".

Taklimat diadakan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad, pengendali yang memasarkan produk 1Malaysia dan operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), di ibu pejabatnya di Subang Jaya.

Semakan yang dibuat dengan ibu pejabat itu pagi ini mengesahkan taklimat berkenaan.

"Rakan Niaga (pengendali Kedai Mesra) adalah digalakkan menghadiri taklimat tersebut dan sekiranya berminat bagi menjual produk tersebut di Kedai Mesra, bolehlah mendaftar dengan pihak Mydin," petik surat pekeliling yang ditandatangani oleh Rozalli Firdaus, pengurus kanan, seksyen pengurusan rakan perniagaan, Petronas Dagangan.

NONEDilampirkan bersama surat pekeliling itu adalah senarai 45 produk 1Malaysia yang boleh dibekalkan kepada Kedai Mesra termasuk beras, krimer, minyak sapi, gula, sos cili, sardin, jem buah-buahan, minuman coklat malt, serbuk pencuci dan lampin.

Senarai itu juga berserta dengan harga runcit dan margin keuntungan bagi pengendali Kedai Mesra bagi setiap produk berkenaan.

Semua barangan itu adalah tertakluk kepada caj royalti kepada Petronas Dagangan sebanyak dua peratus daripada harga jualan.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, dan memperkenalkan 250 produk 1Malaysia yang didakwanya 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

PKR bakal berdepan PRM di Balik Pulau, PJS, Selayang

Posted: 14 Nov 2011 03:24 AM PST


MALAYSIA KINI

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffinDalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.

Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

parti rakyat malaysia prmAdalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini.

PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak.

Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan.

prm congress meeting 160706 hassan abdul karimWalau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud.

Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR.

DAP cabar MCA tarik balik cadangan pada PSC

Posted: 14 Nov 2011 03:02 AM PST


Lee Long Hui

MCA hari ini dicabar supaya menarik balik cadangan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara daripada mengundi menerusi pos yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya.

NONESetiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (kanan) berkata, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu berbuat demikian, kerana Chua mendakwa bahawa apa yang disampaikan oleh wakil parti itu adalah tidak tepat.

Sekiranya Chua gagal berbuat demikian, kata Lim, ini membuktikan bahawa MCA menyokong untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara, mengundi pada pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.

"MCA perlu memohon kepada PSC supaya menarik balik memorandum itu. Adakah mereka akan menarik balik atau tidak? Selagi mereka tidak tarik, ia masih berkuatkuasa.

"Chua Soi Lek melakukan satu perkara lain dan pada masa yang sama bercakap mengenai perkara lain," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

NONEJumaat lalu, wakil MCA Ei Kim Hock (kiri) ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock memberitahu PSC bahawa cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Sejurus selepas kenyataan itu dikeluarkan, MCA dibidas pelbagai pihak sehingga memaksa Chua untuk membuat penjelasan bahawa Ei telah membuat kesilapan.

Sebaliknya, Chua berkata MCA tidak menghalang cadangan untuk membolehkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara daripada hak untuk mengundi, tetapi bimbang mengenai masalah logistik yang terlibat.

NONELim berkata jika benar Ei melakukan kesilapan, maka Chua perlu memohon maaf kepada rakyat di negara ini.

"Hanya kerana saya berada di luar negara, saya tak lagi menjadi rakyat Malaysia? Bukankah saya juga mempunyai hak? Saya dapati bahawa kenyataan itu sangat menghina ... mereka harus minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, dan Chua patut memulakannya," kata Lim.

SPRM serah siasatan projek Fidlot pada polis

Posted: 14 Nov 2011 03:00 AM PST


MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak PDRM," kenyataan itu dipetik.

"Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM (Akta Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia) 2009."

Kenyataan itu juga memaklumkan, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pengadu yang bersetuju dengan tindakan itu.

NONESementara itu, NGO Jingga 13 sebagai pengadunya berkata, mereka dimaklumkan kes itu akan disiasat bawah Seksyen 409 melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Penyelarasnya Fariz.

Pengadu: Prasangka berlarutan

NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah RM9.8 juta One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.

K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus

Posted: 14 Nov 2011 02:50 AM PST

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

NONE"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?" soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli," katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

azlanBagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

ADUN Kota Siputeh dibenar hadiri sidang DUN Kedah

Posted: 14 Nov 2011 02:47 AM PST


Hafiz Yatim

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif menghadiri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan bersidang esok.

Keputusan itu mengketepikan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu.

NONEKeputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan, dua minggu lalu itu bertujuan mengelakkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah jika mahkamah mendapati Abu Hasan bukan lagi seorang ADUN.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tiga anggota panel hari ini adalah juga sebulat suara. Ia diketuai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Dua hakim lain bersidang bersama adalah Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Ahmad Ma'arop.

Pada 18 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan lain memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan Kota Siputeh selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Abu Hassan.

Polis siasat projek lembu Fidlot

Posted: 14 Nov 2011 12:09 AM PST

MALAYSIA KINI

Aduan projek lembu kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) akan diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disiasat, kata NGO Jingga 13.

Penyelaras NGO itu Fariz Musa (dua dari kiri)berkata, mereka dimaklumkan SPRM, ia akan disiasat bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.

Katanya, ini kerana kes pembelian kondominium RM9.8 juta One Menerung oleh NFC bukan bawah bidang kuasa SPRM yang menerima aduan mereka sebelum ini.

NONE"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Fariz.

NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

'Wanita Umno membisu'

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.

Panas!! Ada Blogger Yang Telah Dibayar Untuk Pertahankan Shahrizat..??

Posted: 14 Nov 2011 12:05 AM PST

Oleh Pecacai Semalaysia

Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC).

Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?

Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.

Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.

Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia? Sumber : Selamatkan UMNO

Amy Search Amal Minyak Zaitun Untuk Jantung Sihat

Posted: 14 Nov 2011 12:01 AM PST

Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

'TIDAK dimamah usia', itu ungkapan yang biasa didengar apabila bertanya pendapat orang tentang penyanyi popular Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Amy Search (gambar).

Biarpun usianya sudah mencecah 53 tahun, penyanyi yang popular menerusi lagu Isabella, Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur Nilam Sari, Kejoraku Bersatu dan Seroja ini tetap tampak muda dan segak seperti dulu.

"Saya hanya mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang seperti makan nasi sekali sehari, lebih banyak minum air putih dan kurang makan manisan.

"Selain itu, saya selalu minum madu, minyak zaitun dan makan vitamin untuk menjaga kesihatan jantung dan badan.

"Selebihnya, saya hanya melakukan rutin biasa yang diamalkan oleh orang lain seperti mencuci muka dengan produk pencuci muka serta membuat senaman ringan.

"Kadangkala dengan mendukung dan bermain-main dengan anak sudah di kira menjadi salah satu aktiviti senaman saya," ceritanya panjang lebar kepada OopStarz!

Begitu juga dengan zaman kegemilangan Amy seiring dengan perjalanan kumpulan Search yang tidak pudar kemilaunya.

Namanya dalam persada seni tempatan makin kukuh genap 30 tahun pada tahun ini dan sentiasa digilai peminat tanpa mengira batas usia.

Amy bukan sahaja menjadi bualan ramai dengan legasi muziknya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, malah penyanyi ini juga diangkat sebagai pelopor fesyen rock sejak kemunculan Search pada tahun 1981.

Jika dahulu Amy lebih dikenali dengan imej rambut panjang mengerbang tetapi kini rambutnya sudah dipotong pendek dan kemas.

Masih mengekalkan imej rock, Amy selesa dengan gaya rambut pendek lebih-lebih lagi jiwanya semakin menjurus ke arah Islam.

"Untuk pakaian, saya selesa mengenakan baju-t dan seluar jeans bersesuaian dengan gaya hidup saya sebagai seorang artis.

"Jika tidak terlibat dengan kerja, saya juga gemar memakai pakaian yang sederhana dan ringkas," ujarnya dalam nada keletihan kerana sibuk dengan aktiviti seninya.

Amy sedang menjalani latihan untuk membuat 'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November ini, Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor Baru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Selain Amy sebagai vokalis, Search turut dianggotai oleh Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar utama) dan Yazit (dram).

Profil Amy Search

Nama sebenar: Suhaimi Abdul Rahman

Tarikh lahir: 28 Julai 1958

Asal: Johor Bahru, Johor

Karier: Penyanyi, pemuzik, pelakon,ahli perniagaan

Filem: Kembara Seniman Jalanan,Rozana Cinta '87, Sayang, Kepala Angin,Fenomena, Isabella dan Rock

Lagu popular: Isabella, Isi Atau Kulit,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di UfukTimur, Gadisku, Pawana, Orang Timur,Nigina, Laila Namamu Teratas, Kejora,Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur NilamSari, Kejoraku Bersatu dan Seroja.

* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

75 Pusat Pemindahan Banjir Di Temerloh Bersiap Sedia

Posted: 14 Nov 2011 12:00 AM PST

TEMERLOH: Sebanyak 75 pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh yang mampu menempatkan 32,000 mangsa dalam satu-satu masa, kini bersiap sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir di daerah itu.

Pegawai Daerah Temerloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Datuk Abdul Mouin Abdul Hamid berkata pusat-pusat berkenaan adalah sekolah, dewan orang ramai, masjid, balai raya dan kawasan berbukit.

"Sebanyak 83 buah kenderaan darat termasuk lori, pacuan empat roda turut disediakan bagi kerja-kerja pemindahan manakala 18 buah bot penyelamat tentera, polis, Jabatan Kerja Raya, pejabat daerah dan Jabatan Bomba dan penyelamat juga diletakkan dalam siapsiaga," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata sebanyak 14 buah pangkalan hadapan dan 26 kawasan pendaratan helikopter turut dikenalpasti bagi memudahkan menghantar bekalan makanan jika kawasan sekitarnya ditenggelami atau yang terputus perhubungan darat.

"Semua pusat pemindahan banjir akan dibuka serta merta apabila berlaku banjir," katanya. Sementara itu lebih 1,000 anggota Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas) bersedia turun padang bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir kelak.

Timbalan Yang Dipertua Pintas, Ahmad Jalani Sulaiman berkata, Pintas melalui Biro Kebajikan akan membantu pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila bencana banjir berlaku nanti.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bencana Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung peranan yang boleh dimainkan mereka ketika banjir kelak.

"Usaha membantu mangsa banjir itu semuanya dilakukan atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat di daerah ini," katanya. -BERNAMA

Mahkamah Benarkan Permohonan 6 Rakyat Malaysia Di UK Daftar Sebagai Pengundi

Posted: 13 Nov 2011 11:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas pada Isnin membenarkan permohonan kebenaran enam rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk semakan kehakiman bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu selepas peguam Edmund Bon memberitahu mahkamah pihak peguam Kanan Persekutuan (SFC) Amarjeet Singh mewakili SPR tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung perkara tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari ini untuk perbicaraan kes.

Dalam permohonan itu, enam pemohon iaitu, Teo Hoon Seong seorang doktor, 43; V.Vinesh seorang jurutera elektrik, 32; Paramjeet Singh seorang usahawan, 54; Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, 31; Sim Tze Wei seorang penterjemah, 28, dan arkitek perisian Leong See See, 41, menamakan SPR sebagai responden.

Mereka yang menetap di United Kingdom memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, 25 Okt lepas melalui Tetuan Chooi & Company, antara lain memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegara Malaysia yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir.

Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 September lepas, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai pemilih tidak hadir.

Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus bagi mengarahkan SPR untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir, dan perintah lain yang perlu bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

DUNIACACAMARBA

Posted: 14 Nov 2011 03:24 PM PST


[MSO] Beberapa orang teman dan penjenguk setia blog Merah Tinta memberanikan diri bertanya saya mengenai satu kenyataan MB Terengganu Ahmad Said hendak saman bloger yang memfitnahnya konon dia berkahwin satu lagi selepas ditangkap khalwat.

Berita dimaksudkan Mat Said itu disiarkan dalam beberapa akhbar, dan ada diulas oleh blogers beberapa hari lalu. Saya tidak memberi reaksi segera berhubung kenyataan Mat Said kerana tidak fikir ianya ada kaitan langsung dengan saya. Setelah saya membaca laporan itu saya tidak merasakan bahawa beliau mengatakan bloger bermuka babi adalah saya.

Dalam sebuah berita di akhbar perdana ada menyebut nama blog saya dan sebuah blog lain. Nama-nama blog lain yang juga dikatakan memfitnah MB itu bagaimana pun tidak disebut. Mungkin kerana nama blog saya disebut maka orang beranggapan saya adalah bloger bermuka babi dimaksudkan Mat Said.

Mat Said guna sebutan bahasa Arab Khinzir, bukan babi. Saya guna babi di sini agar mudah faham kerana kalau khinzir itu ada yang tidak kenal bagai mana rupa binatang haram itu. Bagaimana hidung, mulut dan matanya.

Dalam kenyataan Mat Said itu tidak pasti siapa yang bermuka babi. Tetapi beliau marah dengan blog yang memfitnahnya kerana ia telah menganggu ketenteraman keluarganya.

Siapa yang memfinnah beliau sehinggakan beliau membabikan orang itu. Apakah saya? Saya tidak mahu bercerita panjang kerana seorang yang waras dan pembaca yang tahu akan etika dia akan memahami apakah catatan saya yang dikaitan dngan kenyataan Mat Said itu bersifat fitnah ataupun telah memalukan Mad Said?

Tolong baca semula dan fahami laporan saya itu. Apakah saya menuduh kepada Mat Said atau tidak. Saya tidak pasti dengan apa ditulis orang lain apakah ia benar dan mereka memperolehi sumber yang benar.

Saya turunkan semula petikan catatan yang menjadi perbualan itu:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?
BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]


Berita yang saya tulis dan dimaksudkan dengan apa yang dituduh Mat Said itu, tidak ada kena menegan dengan Ahmad Said. Nama Ahmad Said langusng tidak dicatatkan di dalam tulisan saya. Saya juga tidak menyebut dari negeri mana MB berkenaan. Jadi tidak timbul kalau ianya Ahmad Said. Blog lain saya tidak tahu apakah ada yang membuat pendedahan yang memalukan Mat Said itu.

Seseorang yang faham dan mahir dalam dunia penulis (journalis) akan faham dan tahu tujuan saya membuat posting itu, ianya adalah untuk mendapat reaksi ke atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh pengarang sebuah berita itu. Saya berharga selepas itu ada maklumat susulan yang akan sampai kepada saya.

Mat Said sendiri ada yang mengatakan dia dituduh berkhalwat dengan budak Besut, paramugari dan sebagainya. Dalam blog saya mana ada menyebut nama-nama itu. Ternyata dalam blog saya tidak mencatat budak-budak yang dimaksudkan oleh Ahmad Said. Saya tidak tahu kalau apa yang ditulis oleh bloger lain. Makanya mungkin bloger berwajah babi itu, blog yang mencatat nama-nama disebutkan Mat Said itu.

Justeru, yang dimaksudkan bloger babi itu saya rasa bukan saya. Kalau boleh, saya mahu kepastian daripada Ahmad Said, apakah yang bermuka babi itu saya? Biarlah dia mengulangi kenyataa itu dengan jelas mudah untuk difahami untuk tidak mengelirukan.

Dalam pada itu ada seorang bloger yang dikenal pasti bekerja dengan Ahmad Said mencabar saya dan sumber saya (pengarang) agar mendedah seterusnya tentang laporan itu. Bloger ini juga nampak tidak reti dan belum sampai ke tahap boleh menerima anugerah berprestaj Rahim Kajai dalam dunia penulisan.

Saya minta dia membaca sebaik mungkin apa yang saya tulisan sebelum mencabar saya. Secara tidak langsung apabila bloger ini bersikap demikian ia seakan mengesahkan apa yang saya laporkan itu adalah bosnya. Ertinya yang membusukkan nama bosnya adalah dia sendiri bukan orang lain jauh sekali saya.

Adalah sangat elok di masa akan datang jangan mudah memberi respons atau bersikap melatah tanpa tentu fasal. Sebagai seorang penulis yang menjaga periuk nasi seorang politik perlu bijaksana. Kebijaksanaan itu bukan saja bagaimana kita menyalinkan wang pemberian orang untuk kita menerusi akaun orang lain. Mungkin kita bijak dalam hal itu tetapi tidak semua kita pandai dalam hal-hal menjaga maruah orang.

P/s: Macam kes First Lady berbelanja sakan di Australia. Nama tidak disebut, tetapi ada orang yang terus melulu, bukan mempersoal. Bahaya!

Full content generated by Get Full RSS.

Pengikut