Isnin, 14 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kau Ingat Ko Anak Tok Sidang, Boleh Main Seks Sesuka Hati

Posted: 13 Nov 2011 10:00 PM PST


ALOR GAJAH: Tindakan seorang pegawai syarak sebuah tanah rancangan Felda, di sini yang menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sebelum didakwa membebaskan mereka menimbulkan rasa kurang senang beberapa penduduk yang membuat laporan itu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia awal 20-an bersama pasangannya berusia 18 tahun ditahan penduduk serta Imam satu Felda berkenaan selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah. Penduduk, Qasha Umar, 28, berkata, penduduk terpaksa mengambil masa 30 minit sebelum menyerbu masuk ke dalam rumah disyaki selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat sepasang kekasih sedang berdua-duaan.

Gambar hiasan

Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka terkejut apabila mendapati seorang wanita tua dipercayai ibu kepada remaja terbabit sedang tidur di bahagian tengah rumah sebelum pasangan itu keluar dari bilik kira-kira 15 minit kemudian.

Qasha yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Felda berkenaan berkata, selepas 15 minit berbual dengan wanita terbabit, muncul seorang lelaki berusia awal 20-an berpura-pura menggaru kepala diikuti remaja perempuan itu.

Selepas diperiksa, pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah anak kepada seorang sidang kampung dan tangkapan itu adalah yang kedua dilakukan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit, kami terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu sudah berada di dalam bilik remaja perempuan itu sejak jam 10 malam.

"Mereka mengaku sudah melakukan perbuatan itu berulang kali biarpun ibu pasangannya berada di rumah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi sebelum pasangan terbabit dibawa ke balai polis berdekatan laporan penahanan," katanya.

Menurut Qasha, setibanya di balai polis berkenaan, ibu bapa lelaki terbabit sudah sedia menunggu dan berbincang sesuatu dengan Imam satu yang juga pegawai syarak sebelum anak mereka dilepaskan sekali lagi begitu sahaja.

"Dalam hal ini, kami memang tidak berpuashati dengan cara pegawai syarak dan Tok Sidang berkenaan mengambil jalan mudah melepaskan anak sendiri yang melakukan maksiat tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

"Sebagai ahli jawatankuasa keselamatan di felda ini, saya berharap perkara maksiat seperti ini perlu dipandang serius bukan sebab dia saudara kita atau anak kita, maka boleh dilepaskan tanpa tindakan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Syarak yang enggan dikenali berkata, pasangan berkenaan ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik namun pada masa sama ada seorang lagi wanita.

"Dalam hal ini, kami sukar mendakwa pasangan terbabit berikutan keadaan itu namun mereka sudah diberikan nasihat serta akujanji agar mereka tidak akan melakukan kesalahan itu lagi," katanya.

Kenapa Kau Rakam Gambar Awek Aku?

Posted: 13 Nov 2011 06:00 PM PST



MELAKA: Hanya kerana mahu meleraikan pertengkaran dua rakannya bersama individu tidak dikenali, seorang pelajar tingkatan empat ditumbuk hingga patah rahang kiri dalam kejadian di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Arif Fikri A Rahim, 16, dari Alai, di sini, mendakwa ditumbuk lelaki berusia awal 20-an itu di bahagian mulutnya yang turut mengakibatkan mulutnya berdarah dan pipi kanannya cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai makan di kedai berhampiran bersama rakan sebayanya, Mohd Shafiq Abd Rahman dan terus melepak di padang di atas pusat beli-belah berkenaan.

Dakwanya, ketika melepak, dua rakannya yang kebetulan berada di kawasan sama menemui mereka dan seorang daripada mereka mahu meminjam kamera digital miliknya untuk merakam gambar dua gadis yang juga berada di kawasan itu.

"Mereka berdua terus menemui gadis berkenaan untuk merakamkan gambarnya, saya dan Mohd Shafiq berada pada jarak 20 meter hanya memerhatikan gelagat mereka.

"Tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana merakamkan gambar gadis berkenaan yang didakwa teman wanitanya.

"Saya hanya mendengar mereka bertengkar dengan meminta gambar dirakamkan itu dipadamkan selain berlaku tolak-menolak di antara mereka," katanya ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, semalam.

Turut berada bersama Mohd Arif ialah ibu bapanya, Jamaliah Tapah, 48, dan A Rahim Adip, 50.

Mohd Arif mendakwa, kerana tidak mahu pertengkaran itu menjadi serius, dia dan Mohd Shafiq meleraikan pertengkaran itu.

Bagaimanapun, ketika menghampiri mereka, lelaki tidak dikenalinya itu terus menumbuknya di bahagian mulut.

"Saya mula berasa sakit dan kebas di bahagian mulut dan berlaku pendarahan menyebabkan saya lemah. Melihat keadaan itu, lelaki terbabit bersama dua gadis berkenaan terus beredar sebelum saya menghubungi bapa saya," kata anak bongsu daripada tiga adik beradik itu.

Sementara itu, A Rahim berkata, dia bergegas ke tempat kejadian bersama rakannya dan sejurus tiba terus membawanya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka (HM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, menerusi ujian sinar-x mendapati rahang kiri anaknya patah, bagaimanapun pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera.

"Saya yang bimbang dengan keselamatannya membawanya ke pusat perubatan swasta bagi membolehkan pembedahan dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu pada awal pagi semalam di Balai Polis Melaka Tengah.

Apa JKKK dengan Agensi Kerajaan Buat?

Posted: 13 Nov 2011 03:27 PM PST


Sebuah premis ternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, di sini didakwa membuang sisa kolam ternakan itu ke Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu sehingga menyebabkan pencemaran air.

Keadaan itu mengakibatkan kira-kira 200 petani yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit tidak dapat menggunakan air sungai berkenaan bagi tujuan meracun tanaman ekoran air yang sudah tercemar.

Salah seorang penduduk mendakwa sebuah premis penternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, Jasin membuang sisa kolam ternakan ke dalam Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu hingga menyebabkan pencemaran air di sungai tersebut

Tinjauan ke kawasan itu mendapati sisa buangan kolam dibuang ke dalam sungai menyebabkan keladak dasar sungai bertambah, berwarna hitam dan air sungai tidak lagi jernih seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, tinjauan yang sama diadakan di Sungai Kesang Pajak yang berada sebelum lokasi kolam ternakan ikan terbabit mendapati air sungai berkenaan lebih bersih dan jernih berbanding Sungai Kesang Tua.

Salah seorang petani yang ditemui, Adzahar Alias, 68, berkata, ikan di Sungai Kesang Tua seperti baung dan putih sudah pupus sejak kolam ternakan ikan itu beroperasi dua tahun lalu.

Katanya, air sungai tersebut yang mengandungi keladak menyukarkan petani membuat kerja-kerja semburan racun pada tanaman dan masalah itu memaksa dirinya mengangkut air kira-kira 700 liter sehari sejauh lima kilometer menggunakan motosikal ke kebunnya.

Menurut Adzahar, masalah tersebut pernah disuarakan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kesang Tua dan agensi kerajaan berkaitan namun tiada tindakan penyelesaian berkesan diambil pihak berkenaan.

''Kita sudah kemukakan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri namun agensi itu mendakwa ia bukan kes pencemaran tetapi lebih kepada masalah keladak sungai dan bukan bidang kuasa agensi itu.

''Bila perkara ini dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkenaan hanya membersihkan rumput yang terdapat dalam sungai," katanya.

Masalah yang sama turut disuarakan rakannya, Zakaria Hussain, 43, yang mendakwa penduduk atau petani akan mengalami gatal apabila terkena air sungai berkenaan.

''Sebelum kolam ikan itu wujud, penduduk bebas memancing ikan di sungai ini tanpa perlu bimbang. Sekarang, lain pula keadaannya. Jika terkena air sungai, penduduk perlu mendapatkan suntikan di klinik dengan kos RM20," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zain Maidin, 63, meminta JPS mengambil tindakan sewajarnya seperti mengorek dasar sungai untuk membuang keladak yang sudah tercemar dengan sisa buangan kolam ikan berkenaan.

P/s: Mungkin sebab bukan ada kepentingan yang menjadikan mereka lambat bertindak. Kalau syarikat besar sudah lama mereka buat

Tiada ulasan:

Pengikut