PAS KDAS 3 Posted: 13 May 2011 09:34 PM PDT Hari Keluarga Pas Cawangan KDAS 3 Posted: 11 May 2011 08:21 AM PDT Pada 2 Mei 2011 iaitu hari Isnin telah diadakan satu program oleh Ajk Pas Cawangan apabila dapat mengumpulkan hampir 100 peserta ke Hari keluarga yang telah diadakan di Teluk Senangin. Program yang bermula dengan sebahagian dari peserta datang awal iaitu pada hari Ahad dan bermalam disana bagi menyiapkan segala persiapan bagi menerima kunjungan hampir lebih 70 Orang yang hadir pada pagi hari Isnin. Pelbagai acara telah diadakan antaranya Kutip gula-gula, Tiup belon, Bowling buah kelapa, Timbang bola Pantai dan Acara khas suami isteri. Acara yang bermula seawal 9 pagi telah berhenti seketika pada jam 12.00 tenhgahari untuk jamuan makan tengahari yang telah disediakn oleh petugas. Selepas solat zohor berjemaah, acara penyampaian hadiah dijalankan kepada setiap pemenang yang berjaya merangkul kejuaraan pada hari tersebut.selepas sesi bergambar, rombongan berangkat pulang pada jam 3.00 Petang untuk terus ke Pekan Lumut bagi membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kami dari AJK cawangan mengucapkan Ribuan terima kasih kepada individu yang telah menjayakan program pada hari tersebut. Semoga pada masa akan datang akan ada lagi aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak AJK untuk Ahli dan penyokong di Cawangan ini. Semoga segala apa yang dilakukan akan dapat ganjaran dari Allah s.w.t, Insyaallah. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 13 May 2011 09:28 PM PDT Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban Posted: 13 May 2011 03:36 PM PDT MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Kupon RM 50 seorang
Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279 | Jambatan Kampung Bukit kembali reput Posted: 13 May 2011 03:36 PM PDT Sinar Harian 13 Mei 2011
ULU JELEBU - Penduduk di Kampung Bukit meminta pihak bertanggungjawab membaiki segera jambatan di kampung berkenaan yang semakin mereput ekoran palang menyokong jambatan berkenaan rosak dan patah.
Seorang penduduk, Zainal Harun berkata, jambatan berkenaan pernah dibaik pulih menerusi Projek Infrastruktur Asas (Pias) sekitar 2006 dan siap sepenuhnya pada 2008.
Walau bagaimanapun, ia kembali reput sejak dua tahun lalu tambahan pula, jambatan berkenaan juga sering dilalui lori yang mengangkut hasil tanaman penduduk.
"Saya berharap agar jambatan ini dapat dibaik pulih semula kerana ia mungkin tidak dapat bertahan lama apabila saban hari dilalui kenderaan berat.
"Lebih membimbangkan lagi apabila waktu malam kerana kawasan di sini juga gelap ekoran ketiadaan lampu jalan selain pengadang jambatan yang sudah patah," katanya.
Dalam pada itu, Zainal turut meminta agar pihak berkenaan memasang lampu elektrik di kiri dan kanan jambatan bagi memudahkan penduduk kampung melaluinya pada waktu malam.
Menurutnya, jambatan itu menghubungkan kawasan tanaman pisang yang diusahakannya sejak dahulu lagi.
"Sekiranya jambatan itu roboh, saya terpaksa menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh untuk membawa keluar hasil tanaman," katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Noranif Selamat berkata, jambatan itu seharusnya dibaiki sejak dahulu lagi bagi mengelakkan ia runtuh dan mendatangkan kemalangan.
"Kita berharap agar ada usaha untuk membaiki jambatan ini kerana ia sudah uzur dan mengundang bahaya kepada penduduk khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran.
"Sekiranya keadaan jambatan semakin teruk, kita juga menasihati penduduk agar tidak melaluinya dan meminta mereka memagar kawasan ini agar tidak dilalui oleh sesiapa," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9080381.asp | Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:35 PM PDT CERAMAH UMUM 21 Mei 2011 , SABTU Jam 9 mlm Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi) Bersama : YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat YB Hj Taufek - ADUN Paroi Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan
Semua dijemput hadir | Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:34 PM PDT DIALOG HARI PEKERJA Anda ada masalah di tempat kerja? Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja Tarikh : 21 Mei 2011 Masa : 5 ptg Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban Bersama : YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE
PENYERTAAN PERCUMA Semua Dijemput Hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942 | ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Posted: 13 May 2011 03:30 PM PDT ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Agama Negeri Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh. Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya , kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah dibekukan. Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji. Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar zakat di Negeri Sembilan. "Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut", tegas Hj Mohamad Taufek. Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap bulan. "Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari ini". SELAMAT HARI GURU | Pengurusan pos tidak memuaskan Posted: 11 May 2011 08:00 PM PDT Sinar Harian 12 Mei 2011 SIMPANG DURIAN - Penduduk sekitar kawasan ini, berasa kecewa apabila pihak pengurusan Pos Malaysia melakukan penstrukturan semula ke atas Pejabat Pos Cawangan Simpang Durian. Penduduk, Md Som Idris berkata, sebelum ini dia hanya perlu ke pejabat pos sejauh tujuh kilometer dari rumahnya untuk mengambil bungkusan besar, namun selepas penstrukturan semula itu, Pos Malaysia menetapkan segala bungkusan besar hanya boleh diambil di pejabat Pos Cawangan Simpang Pertang yang terletak 17 kilometer dari sini. Menurutnya, dia amat kesal dengan sistem baru itu kerana ia jelas menyukarkan penduduk di sini, kerana dia terpaksa pergi jauh untuk mengambil bungkusan memandangkan pejabat Pos Simpang Pertang tidak mempunyai kemudahan van untuk menghantar bungkusan besar ke rumah penerima. "Saya sudah membuat aduan mengenai hal ini kepada pejabat Pos Simpang Durian dan mereka meminta saya menghubungi talian aduan Pos Malaysia 1-300-300. "Saya telah membuat aduan sebanyak dua kali, namun sehingga kini tiada tindakan dibuat," katanya kepada Sinar Harian. Md Som berkata, perkara ini bukan sahaja menyukarkannya sebagai pelanggan tetap, tetapi juga kepada penduduk lain. "Bagi penduduk yang mempunyai kenderaan sudah tentu tidak ada masalah. Namun bagi yang tiada kenderaan pasti sukar bagi mereka untuk ke pejabat pos Simpang Pertang kerana di sini, tiada perkhidmatan bas," katanya. Menurutnya, dia akan ke pejabat Pos bagi mendapatkan bungkusan berisi herba yang diusahakannya setiap bulan. Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak Pos Malaysia dapat mengambil kira aduan yang dibuat dan sekali gus mengembalikan perkhidmatan bungkusan besar ke Pejabat Pos Simpang Durian. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9076835.asp | Unit Amal terus usaha cari mangsa lemas Ulu Bendul Posted: 11 May 2011 08:00 PM PDT Sinar Harian 12 Mei 2011 ULU BENDUL - Jabatan Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/ Jempol/Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan mencari mangsa lemas, Nur Syaza Sakinah, 2 di sungai Ulu Bendul dekat sini. Diketuai oleh, Shahrudin Abdul Rahman, 46 dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, mereka menyusuri anak sungai Ulu Bendul sehingga ke Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Shahrudin berkata, operas mencari mangsa sudah bermula semalam pada jam 3.30 petang hingga 6 petang. "Kami turut terpanggil untuk membantu keluarga mangsa dan melalui pendekatan ini, kami cuba sedaya upaya mencari kanak-kanak itu. "Berdasarkan kepada maklumat pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Pilah, kami diminta mencari sekitar sungai Ulu Bendul sehingga ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Dengan kekuatan beberapa ahli, kami akan membantu keluarga mangsa," katanya ditemui disini, semalam. Hadir sama, Yang dipertua Pas Jempol, Abd Rahman Ramli. Sehubungan dengan itu juga, mereka turut mengadakan solat hajat di surau Hutan Rekrekasi Ulu Bendul sebelum memulakan operasi mencari mangsa lemas tersebut. "Ini sudah menjadi tradisi kami, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menunaikan solat hajat supaya dipermudahkan olehNya. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di tempat lain kami turut mengadakan solat hajat supaya kanak-kanak malang itu dapat ditemui cepat mungkin" Katanya. Walaupun operasi mencari mangsa kanak-kanak itu sudah ditamatkan semalam, pihak mereka tetap akan mencari mangsa itu dillokasi yang disarankan oleh pihak berkuasa dan terus dipergiatkan terutamanya Sabtu dan Ahad. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9077499.asp | ADUN gesa PBT lebar jalan Posted: 11 May 2011 07:59 PM PDT Sinar Harian 12 Mei 2011 SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai, menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melebarkan jalan dari Kampung Bukit Temiang sehingga Taman Seri Pulai, di sini, bagi memudahkan pengguna jalan raya melaluinya. Katanya, jalan sepanjang lima kilometer itu sering digunakan penduduk setempat berikutan laluan utama yang sering mengalami kesesakan lalu lintas. "Laluan ini agak sempit dan berbahaya kepada pengguna lebih-lebih lagi di kawasan menuruni bukit yang dikhuatiri akan mengakibatkan kemalangan apabila terdapat dua kenderaan dari arah bertentangan melaluinya. "Bukan sahaja sempit, malah infrastruktur jalan yang tidak sempurna seperti jalan tidak rata dan laluan yang hampir dengan tebing pasti mengundang bahaya kepada pengguna," katanya di sini, semalam. Menurutnya, meskipun jalan tersebut merupakan laluan alternatif, PBT perlu menaiktaraf berikutan kekerapan pengguna melaluinya. "Ia perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna melaluinya dengan selamat. "Aspek keselamatan pengguna juga perlu diutamakan dengan menyediakan papan tanda keselamatan disamping kemudahan infrastruktur jalan," katanya. Chin Tsai berkata, orang ramai sering menggunakan laluan itu kerana ia dapat memendekkan masa perjalanan dan mengelak kesesakan lalu lintas di laluan utama. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9076724.asp | Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah Posted: 11 May 2011 06:12 PM PDT Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011.
Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru.
Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625.
Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah. | Keselamatan murid SK Gadong Jaya Posted: 11 May 2011 05:15 PM PDT Keselamatan murid SK Gadong Jaya May 11th, 2011 Aduan Rakyat Online Kami penduduk Kg. Gadong Jaya di Labu, Seremban, Negeri Sembilan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak ambil peduli tentang keselamatan terhadap murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya yang mana sekolah tersebut berhampiran dengan jalan raya yang amat sibuk. Apa yg membimbangkan tiada tanda amaran, garisan, lampu isyarat atau apa-apa jua tanda untuk murid-murid sekolah melintas di jalan raya. Kereta dan lori dipandu laju dan tidak menghiraukan keselamatan murid yg melintas. Penduduk kampung secara sukarela menjadi polis trafik untuk mengawal lalulintas. Pekara ini sudah diajukan kepada wakil rakyat Labu serta pihak yg terlibat. Namun tiada jawapan ataupun tindakan sampai sekarang ini. Mungkin kalau berlaku kematian baru nak bertindak atau tiada anak mereka bersekolah disini. Harap pihak yang terlibat buatlah sesuatu agar semua pihak berpuas hati. Biar banyak kerja, jangan banyak cakap. By: rambai Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/keselamatan-murid-sk-gadong-jaya | |
Rembau Hari Ini Posted: 13 May 2011 07:33 PM PDT Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:52 PM PDT DIALOG HARI PEKERJA Anda ada masalah di tempat kerja? Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja Tarikh : 21 Mei 2011 Masa : 5 ptg Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban Bersama : YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE
PENYERTAAN PERCUMA Semua Dijemput Hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942 | ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Posted: 13 May 2011 03:52 PM PDT ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Agama Negeri Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh. Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya , kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah dibekukan. Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com/ telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji. Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar zakat di Negeri Sembilan. "Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut", tegas Hj Mohamad Taufek. Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap bulan. "Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari ini". SELAMAT HARI GURU | Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:51 PM PDT CERAMAH UMUM 21 Mei 2011 , SABTU Jam 9 mlm Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi) Bersama : YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat YB Hj Taufek - ADUN Paroi Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan
Semua dijemput hadir | Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban Posted: 13 May 2011 03:50 PM PDT MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Kupon RM 50 seorang
Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279 | |
Pemuda PAS Hulu Kelang Posted: 13 May 2011 07:25 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 13 May 2011 07:24 PM PDT |
DPP Gopeng Posted: 13 May 2011 03:37 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 13 May 2011 03:35 PM PDT |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang Posted: 13 May 2011 03:32 PM PDT |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 13 May 2011 03:17 PM PDT ISA KAN EDITOR UTUSAN : HATA WAHARI Posted: 11 May 2011 09:56 PM PDT
SHAH ALAM 12 MEI : Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan satu tindakan tegas dikenakan ke atas pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa supaya didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini kerana, berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara. Oleh yang demikian, Hata yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berpendapat, adalah wajar individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita berunsur provokasi ini dikenakan hukuman setimpal. "Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang menimbulkan reaksi pelbagai pihak. Laporan yang dipetik Utusan daripada dua laman blog pro Umno itu kemudiannya mengundang komentar dari menteri termasuk Perdana Menteri yang seolah-olah memperakui laporan Utusan Malaysia tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya. Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada sebarang bentuk tindakan dikenakan atau diambil ke atas Utusan, mahu pun blogger terbabit. Senario ini bagaimanapun berbeza apabila lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dibekukan permit setelah menyiarkan berita berkaitan salah satu agensi kerajaan. "Saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan atas laporan yang tidak bertanggungjawab dan mengenepikan prinsip-prinsip kewartawanan itu sendiri," tambahnya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang meminta KDN mengambil tindakan tegas ke atas Utusan. Malah menurut Hata bukan sahaja kerajaan Pulau Pinang yang meminta KDN mengambil tindakan terhadap Utusan, tetapi banyak lagi pihak lain termasuk NUJ akan berbuat demikian kerana tindakan melampau Utusan yang kerap bermain dengan isu agama dan perkauman. Jelasnya lagi, Utusan kini semakin jelas tersasar daripada landasan yang sepatutnya dalam memberi informasi yang berguna kepada rakyat, sebaliknya pula meniup api kemarahan rakyat dengan memainkan isu-isu sensetif sebegini. "Kita mempersoalkan bagaimana sebuah akhbar bertindak sebagai tidak bertanggungjawab dan mengenepikan kepentingannya kepada orang ramai? "Sekiranya KDN terus diam membisu tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Utusan maknanya mereka sebenarnya menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh editor-editor Utusan ini," katanya lagi. Jelas Hata, tindak tanduk Utusan melalui laporannya yang hanya mahu memastikan orang Melayu terus menyokong Umno-BN dengan mencetuskan kemarahan rakyat hanya mendatangkan implikasi buruk kepada negara. Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian. Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.
Read more: http://kedah-online.blogspot.com/#ixzz1M6wINbnS | 2 Menteri UMNO kena mohon maaf. Posted: 11 May 2011 09:39 PM PDT Kristian-Islam: Usul bantah tindakan Hishamuddin, Rais dibawa ke Parlimen
Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran mencadangkan usul membantah tindakan kedua-dua menteri itu kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia.
Sidang Parlimen akan berlangsung bulan depan Julai.
Tegas Kulasegaran, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.
"Hishammuddin dan Rais telah menerima laporan itu tanpa mempersoalkan kesahihan, malah telah memberi amaran kepada rakyat agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
"Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya mereka bermain politik," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga menyifatkan tindakan Hishammuddin dan Rais mempercayai laporan Utusan Malaysia sebagai tidak rasional.
"Sebagai ahli politik, mereka patut tahu laporan Utusan Malaysia itu berniat jahat dan mengancam keharmonian negara selain bersifat perkauman.
"Oleh itu tiada alasan untuk menerima laporan Utusan Malaysia itu, malah saya percaya mana-mana ahli politik yang rasional mereka sudah pasti tidak akan mempercayai laporan Utusan Malaysia itu.
"Hishammuddin dan Rais harus meminta maaf kerana menerima kesahihan laporan Utusan Malaysia, yang mana usul ini akan dibawa pada pembentangan belanjawan 2012," katanya.
Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Kelmarin Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Hishammuddin dan Rais memohon maaf secara terbuka kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia.
Beliau berkata sikap yang diambil Hishammuddin dan Rais dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.
Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.
Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.
Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.
Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.
Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.
Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.
Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN kelmarin.
| DI CHINA, BAPA SERET ANAK KERANA KETAGIH INTERNET... ORG MELAYU BERANI BUAT GITU? Posted: 11 May 2011 05:40 PM PDT LU TAN menyeret anak lelakinya dalam keadaan bogel di bandar Hechi, China baru-baru ini.HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya. Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat." Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut. Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet. Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan. "Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi ... Org Melayu yang beragama Islam berani marah anak kalau anak dok berjam-jam kat internet?... piiiigidaaaa... di bagi duit lagi ada suh jangan balik umah.... malu le sikit dengan agama lain..... | JUANDA KELIRU... 'PAS PERLU JELAS BENTUK ISLAM YG DIPRAKTIKKAN'... ISLAM LAIN? Posted: 11 May 2011 05:27 PM PDT "PAS juga perlu perjelaskan dengan terperinci bentuk Islam yang mereka praktikkan"... saya agak keliru dengan kenyataan Mufti Perlis yang mempersoalkan bentuk Islam yang PAS yang hendak dibawa dan dipraktikkan di Malaysia... ada Islam lainkah? mungkin beliau keliru dengan Islam Hadhari yang dicanang oleh Tun Pak Lah yang akhirnya lenyap dek kehebatan 1 Malaysia.KUALA LUMPUR, 11 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan Umno dan PAS tidak wajar bercakap soal Islam sebagai agama rasmi negara selagi kedua-dua parti itu gagal melaksanakan pengisian program ke arah itu. Tegas beliau, Umno dan PAS perlu memperjelaskan langkah atau tindakan yang akan diambil bagi meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. "Pada saya isu lebih mendasar dalam polemik ini ialah apakah program yang telah dan akan dilakukan oleh Umno dan PAS bagi mendaulat dan memperkukuhkan Islam di Malaysia menurut kaca mata al-Quran dan As-Sunah, jadi isu pendebatan Islam agama Persekutuan atau agama rasmi (negara) tiada makna jika tanpa pengisian. "Demikian juga bentuk hak minoriti orang bukan Islam yang akan diberi, mereka belum teruji setakat ini... setakat mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat, PAS belum buktikan ia bawa kelainan yang mendasar berbanding Umno," katanya kepada The Malaysian Insider. Justeru kata Juanda, walaupun Umno berjaya menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara, namun ia masih gagal mengangkat martabat dan kedudukan Islam yang sebenar. Tambah beliau, Umno dan PAS perlu membuktikan kepada rakyat melalui program-program yang dilaksanakan. "Umno pula hendaklah jauh lebih progresif setelah penerapan nilai-nilai Islam berjalan hampir 30 tahun, hal ini akan memberi petunjuk kepada rakyat pihak mana yang akan mereka berikan amanah undi untuk melaksanakan kehendak kedudukan Islam yang disebut dalam Perlembagaan. "Zaman retorik sudah berlalu, sekarang zaman buktikan program anda di atas kertas dan bumi nyata," katanya. Kata Juanda, Islam merupakan agama yang meliputi semua aspek dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. | BIG-DOG ENGGAN MINTA MAAF... APA TINDAKAN KDN? Posted: 11 May 2011 05:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mei — Dengan mempertahankan tulisannya, penulis blog "Bigdog", yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan, dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah. Penulis blog tersebut yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu. "Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf? "Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider. Ditanya sama ada laporan yang ditulis itu benar atau palsu, penulis blog "Bigdog" enggan memberikan sebarang komen. Sebaliknya hanya berkata: "Saya tidak boleh cakap, sebab ia sudah jadi kes polis, sudah ada laporan polis dibuat. Selain enggan meminta maaf, penulis blog itu juga enggan menarik balik laporan yang telah ditulis itu sambil menyifatkan tiada alasan untuk dia berbuat demikian. "Buat apa saya perlu tarik balik? Saya tidak akan . . . biarkan sahaja ia di situ," kata penulis blog "Bigdog". ... so KDN... takkan senyap je?.... | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 May 2011 03:07 PM PDT SIAPA KETUA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR NAMPAK BAIK TAPI PALING ZALIM & GANAS PRU13? Posted: 13 May 2011 02:18 PM PDT Rentetan PEKEMBAR a.k.a UMNO menggunakan semua cara, harta dan jentera samada parti dan kerajaan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang dikepalai pejuang Pakatan Rakyat.Antara yang berlaku :- 1. Kita dah lihat fakta Datuk Abdul Rahman SAC 1 berkempen DSAi dalam video kepada 2,000 guru di Pantai Timur. 2. Polis lagi berceramah di Sabak Bernam. 3. Menghalalkan tulisan blogger BN yang lucah, rasis serta seolah tidak jadi kesalahan menayangkan gambar bogel dan perlakuan seks dalam blog dan media internet. 4. Kerajaan BN menghalalkan penayangan video lucah di hotel lebih 4 bintang dan tiada tangkapan pada yang pengakunya malah beri khidmat kawalan dan baju kalis peluru untuk mereka ( macam pada 3 datuk T perut boroi). 5. Ada tuduhan dan bukti oleh PKR bahwa BN cuba memberi Kad Pengenalan untuk bukan rakyat Malaysia semata-mata untuk merampas memastikan perampasan Selangor berlaku. 6. Selepas DSAI vcuba dimalukan dgn pelbagai tuduhan tapi syukur alhamdulillah mereka kantoi tapi kini 'mereka' cuba menggugut keluarga dan kerabar DSAI pula. 7. Mereka kata DSAI dah tak relevan tapi cenderamata Ulang Tahun ke 65 UMNO ialah buku tentang DSAI a.k.a Anwar Ibrahim. 8. Mereka (BN/UMNO) kata DSAi a.k.a Anwar petualang Negara, Musuh Negara, Musuh Islam, Peliwat, Penzina, talibarut Amerika, rapat dengan orang china serta penderhaka NAMUN GAMBAR ANWAR SENTIASA MENGHIASI BLOG BN dan BLOG UMNO? Benci tapi rindu ke? 9. Dan banyak lagi .....
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bimbang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan menjadi yang paling kotor di seluruh negara khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, gambaran pilihan raya paling kotor itu merujuk peringatan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya warga Selangor menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor.
Katanya, Umno akan menggunakan tindakan ganas untuk berdepan dengan parti-parti yang berlawan dengannya di mana-mana Dun dan Parlimen di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Kenyataan Najib itu amat bahaya dan peringatan provokasi kepada warga Selangor, ayat itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang perdana menteri," tegasnya.
Hasan yang juga Exco Kanan Kerajaan Selangor menegaskan, Umno merupakan parti yang tidak menghormati hak dan kehendak rakyat serta tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik terhadap rakyat.
Sehubungan itu tegas beliau, Pakatan Rakyat khususnya PAS Selangor akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadap segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Umno terhadap Selangor.
"Kita akan menggunakan saluran yang betul dan sah jika berhadapan dengan keganasan yang dicetuskan Umno," katanya.
Sudah pasti saluran itu melalui kaedah yang tidak melanggar undang-undang, kata beliau.
"Saya minta semua ahli PAS dan rakyat Selangor bersama-sama mempertahankan negeri ini dengan cara demokrasi sedia ada," tegasnya.
Merujuk kenyataan Najib, beliau bimbang Umno akan melakukan rampasan kuasa atau tindakan ganas sebagaimana yang dilakukan di Perak ketika ditadbir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata beliau, Najib dan pimpinan Umno lain mesti ingat sejarah membuktikan bahawa negara di seluruh dunia tidak akan bertahan lama dengan satu pimpinan atau parti.
Hasan turut mengingatkan Najib supaya jangan bercakap seolah-olah tidak percaya dengan ketentuan Allah kerana Allah saja yang Maha Mengetahui dan Berkuasa untuk mengekalkan kemenangan atau sebaliknya. | BLOGER LUCAH GENDUT POLIS TAKUT, BLOGGER OKU TANPA TANGAN KIRI DITANGKAP DISOAL SETIAP HARI Posted: 13 May 2011 11:29 AM PDT Kadir Hashim bekas tahanan ISA yang zalim tidak lemah semangat dalam meneruskan perjuangan menegak keadilan walaupun berhadapan halangan dan ujian getir berisiko selepas ini dengan apa yang telah dilalui. Kadir yang KUDUNG PERGELANGAN TANGAN KIRI didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif, iaitu untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah seksyen 73(1) ISA 1 April 2011 lalu. Beliau dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau. Beliau semasa dalam tahanan telah disoal siasat beberapa sessi setiap hari dan dibawa ke empat lokasoi berlainan untuk disoal siasat selama 20 hari. Memang tidak logik beliau yang seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) dituduh begitu rupa manakala blogger BN seperti papagomo , parpukari, gerakan anti pkr, pisau.net dan lain-lain yang sekapal dengan UMNO dalam kes 'Kristian jadi agama rasmi Malaysia' dan kes 'menayang gambar dan video lucah' haram didakwa malah tidak ditangkap. Alhamdulillah berkat doa rakyat prihatin dan yang sedar terutama penyokong Pakatan Rakyat maka pihak polis akhirnya ponggong panas dan gentar bila kes tangkap seorang OKU ini mendapat liputan luas media selain kesungguhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) Badan Hak Asasi Manusia seperti SUARAM yang sentiasa memberi sokongan dan mendesak agar beliau dibebaskan. | MASYALLAH ! MACAM TAKDER KEJER PM KITER NIE ! Posted: 11 May 2011 08:57 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian hari ini berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu.
Komen : Kalau teman jadi Piem tak payah nak turun padang nak jumpa pertubuhan Kristian. Bukan tak boleh , lihat kes dulu. Kesnya Utusam Malaysia laporkan di mukadepan berita yang hanya diciluk dari blogger pencacai UMNO atau lebih manis dipanggil Pencacai PEKEMBAR (Untuk pengetahuan anda yang tak tahu apa itu PEKEMBAR , ini teman nak jelaskan : PEKEMBAR adalah singkatan nama melayu bagi UMNO .Maksud PEKEMBAR carilah sendiri. perkataan PEKEMBAR tiada nilai dan glamour dan susah orang kenal. Itu sebab UMNO tak nak guna perkataan PEKEMBAR .Malu benor mereka nak guna perkataan PEKEMBAR . ehh PEKEMBAR atau PERKEMBAR ... Hah kang dah konfius!) tentang ada kununya DAP nak berangan nak jadikan Kristian agama rasmi di negara kita ini. Sedemikian sepatutnya kalau PM yang bijak , beliau cuma arahan akhbar Utusan Malaysia minta maaf terbuka dan juga blog pencacai yang menulis benda itu ditangkap dan disiasat. Itu jer yang perlu dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai ramai menteri dan balaci dibawahnya. Macamlah diorang tak boleh buat kerja , semua kena PM yang buat!
Setiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina,mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.Sambil berkata,mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan.
Namun menurut Hermen,Pejabat Perdana Menteri sepatutnya juga berjumpa dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu.
Komen : Hah ! kang dah kata , S/U Majlis Gereja pun bukan kemaruk nak jumpa PM pun, cuma dia suruh siasat dan ambil tindakan pada akhbar Utusan dan blog pencacai itu.
Beliau juga membidas akhbar utusan kerana membuat laporan 'palsu' itu dan bermain dengan 'api'.Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?"
Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu. | BILA DAH KANTOI MEMFITNAH, AKHIRNYA BUAT PENGAKUAN ! kira dah KO UMNO nie Posted: 11 May 2011 05:59 PM PDT Nauzubillah ! JANGAN MEMFITNAH ! JANGAN MENGAIBKAN SESAMA ISLAM SAMPAI GAMBAR BOGEL ORANG ISLAM (GAMBAR ORANG BUKAN ISLAM PUN TAK BOLEH) DITAYANG DALAM BLOG, AKHBAR DAN VIDEO , INGAT TAK SEJARAH MELAYU TENTANG SUMPAH DI BUKIT SEGUNTANG (KHAS UNTUK PERKASA)...JANGAN MALUKAN ???? CARI SENDIRI DAN BACA SENDIRI sebab teman bukan suka nak angkat sangat pasal Melayu .Melayu telah dirosakkan UMNO.Ulama Umno (gambar kanan) KATA Tak patut aibkan Anwar Ibrahim Umno dua kali bodoh kata Ahmad MaslanDatuk Ahmad Maslan yang berkata Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999. Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar. Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad. Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini. NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. "Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini. Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa. Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa. "Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu. | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 13 May 2011 01:40 PM PDT |
PAS KOTA TINGGI Posted: 13 May 2011 01:28 PM PDT Ali Rustam Pening Lalat Tuduh PAS Seperti Mesir Posted: 01 Mar 2011 04:18 PM PST Kasihan dekat Datuk Seri Ali Rustam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika PAS memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir. Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam. PAS mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 13 May 2011 01:22 PM PDT |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 13 May 2011 11:47 AM PDT Gotong Royong PAS Cukai Di Pengkalan Pandan Posted: 03 Apr 2011 03:05 AM PDT
Cukai, 03/04/2011 - Program Ops Al- Falah di UPU Kubang Kurus yang bermula pada 31 mac 2011 hingga 02 april 2011. Dalam program ini PAS Cukai telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada 45 orang fakir miskin di dua cawangan yaitu cawangan Kubang Kurus & cawangan Pengkalan Pandan. PAs Cukai juga memberi sedikit wang saku kepada 31 orang anak yatim di sekitar cawangan tersebut. Sempena program tersebut kita telah buat gotong royong baiki rumah dapur & membuat tandas, di rumah seorang penduduk Pengkalan Pandan. | Terengganu paling ramai miskin, bukan Sabah - kata menteri Umno Posted: 31 Mar 2011 03:30 AM PDT Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.
Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga. Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini
Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.
"Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar Adnan bin Mohd Ikshan. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 13 May 2011 11:32 AM PDT Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya Posted: 22 Apr 2011 01:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.
"Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.
Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.
"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.
Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.
"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.
"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.
Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.
"Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. | Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan Posted: 19 Apr 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April: Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional. Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air. Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri. Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini. "Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu. "Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya. Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib. "Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau. Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS. Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini. "Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya. Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat. Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv. "Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya. Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju. Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang. "Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau. | Video Boleh Jadi Bukti Setelah ada Empat Saksi (Adil) Posted: 18 Apr 2011 09:12 PM PDT Kuala Lumpur, 18 April 2011 - Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh menegaskan, bagaimanapun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar- benar orang yang dituduh. Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi yang adil. "Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaj a iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Muhammad Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam. Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri. "Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil. "Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia. "Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi yang adil dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya. Kenyataan Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut menyeleweng' daripada prinsip Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya. | PR menang bermaruah, BN menang dengan rasuah Posted: 18 Apr 2011 08:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 April: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Sarawak tetapi jangan memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR). Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam. Beliau yang gembira kerana dapat menyertai perbahasan itu membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal sebelum memulakan perbahasan. "Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak. "Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan," ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR. Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke dan beliau tiada masalah mengucap syabas. Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda. "Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus. "Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi," ujarnya. Ini, tambahnya berlaku walaupun kerajaan Umno BN menggunakan jentera kerajaan, memperalat media elektronik serta cetak, mengugut melalui SB, menabur wang dan seterusnya tidak habis-habis menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks. "Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," ujarnya. | |
Batu Gajah Mari Posted: 13 May 2011 11:29 AM PDT MB tak akan hadir perhimpunan Perkasa!! Posted: 26 Apr 2011 04:09 AM PDT ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini. SMS itu adalah seperti berikut, "Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka M enanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU." Setiausaha akhbar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini. Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA. "Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA. "Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini," ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini. Setiausaha politik YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini. "Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga," jelas beliau. Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 13 May 2011 09:52 AM PDT Remaja perlu ikon yang mendorong kepada kebaikan bukan sebaliknya Posted: 27 Apr 2011 07:19 AM PDT REMAJA: Peringkat pencarian erti kehidupanGolongan remaja baru keluar daripada alam kanak-kanak yang bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa. Perubahan fizikal yang mendadak boleh menimbulkan kecelaruan dan ketegangan.Lazimnya secara tidak sedar mereka mengidentifikasi diri dengan figur-figur yang sering tertonjol dalam media massa tanpa mengambilkira positif atau negatif latarbelakang idola tersebut.Fenomena mengidolakan artis dan personaliti terkenal sinonim dengan remaja. Justeru, pemikir dan pengemudi masyarakat khususnya pemimpin negara perlu mempastikan ada program membentuk ikon-ikon positif yang dicorak sebagai contoh ikutan kepada remaja yang 'fragile' ini. Kewujudan artis-artis berwawasan akhirat seperti Maher Zain sedikit sebanyak membantu mendidik mereka yang minat seni dengan cara yang santai dan lebih berkesan. | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 13 May 2011 09:36 AM PDT Operasi Edar Risalah di Kuala Perlis Posted: 10 Apr 2011 08:45 AM PDT Saudara Mior Hassan bersama sahabat-sahabat menyampaikan risalah kepada orang ramai serta peniaga Lokasi pemuda Kangar kali ini di Kuala Perlis Saudara Mohd Iqbal Mohd Sharif baru sahaja selesai menyampaikan risalah Barisan Pemuda PAS Kangar terus melangkah gagah dan bersemangat dalam operasi ini Sasaran utama adalah pemuda dan pemudi Ini lah suasana di Kuala Perlis pada waktu petang mereka memerlukan sentuhan dakwah dari kita semua selaku daie sapaan dan senyuman adalah kaedah dakwah yang paling berkesan Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji | Jabatan Amal >> Pemuda PAS Kangar bergotong-royong Posted: 10 Apr 2011 08:22 AM PDT Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing membersihkan kawasan halaman rumah seorang OKU Membaiki bumbung yang bocor di pukul ribut Ketua Pemuda PAS Kangar Saudara Mior Hassan Sazali Bin Mior Hajjar sedang meneliti keadaan bumbung sebelum di baiki Juga bersama dalam program ini adalah Ketua DACS Kangar Saudara Mohd Yasser Mohd Kamil sedang menunggang motorsikal Yamaha Sukan Anak-anak muda sedang bermesyuarat sebelum memulakan aktiviti gotong-royong Keadaan sekitar rumah yang bakal pasukan pemuda Kangar akan baiki Bersama ketua PAS Cawangan yang berkopiah Saudara Azman atau lebih di kenali sebagai Man Wayar memeriksa 'water pump' sebelum membersihkan rumah OKU yang dilanda banjir baru-baru ini dan juga di pukul ribut | |
Jasindaily Online Posted: 13 May 2011 09:35 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 13 May 2011 09:46 AM PDT Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah Posted: 11 May 2011 06:13 PM PDT Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011.
Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru.
Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625.
Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah. | Sehari Bersama Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 di Seremban Posted: 21 Apr 2011 05:42 PM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)Masa : 9 mlm Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Zulkefly Omar, PJ N9 Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
MAJLIS MINUM PETANG Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT) | PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau Posted: 20 Apr 2011 08:55 PM PDT PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8 Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html | |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 13 May 2011 09:42 AM PDT Penubuhan DPP Kawasan: PAS semakin berkembang di Sabah Posted: 17 Oct 2010 09:23 AM PDT 16 Okt (Kota Kinabalu)- Penyerahan borang permohonan penubuhan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan baru, yang terdiri daripada DPP Sepanggar, DPP Putatan dan DPP Kota Belud membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat dan telah berkembang khususnya di negeri Sabah. Majlis penyerahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Pada majlis yang sama juga, Ust. Nasaruddin telah merasmikan pejabat baru DPP negeri Sabah yang bernilai RM150,000.00. Terletak di Kigfisher, Likas, Kota Kinabalu, pejabat ini juga akan beroperasi sebagai pusat aduan rakyat.
Ust Nasaruddin Hassan Tantawi merasmikan pejabat baru Dewan Pemuda PAS negeri SabahBergambar bersama sebahagian exco pemuda PAS negeri Sabah Pada majlis ceramah yang diadakan tersebut, Ust. Nasaruddin mengingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ini akan menghadapi rintangan dan halangan yang besar. Oleh yang demikian perjuangan ini memerlukan pemuda yang istiqamah dan sabar. Turut sama pada ceramah tersebut ialah Saudara Hisyamuddin Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Aminudin Aling selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Saudara Razak Jamil yang juga Ketua AMK negeri Sabah. Pejabat Pemuda PAS negeri Sabah, terletak di tingkat tiga (berhadapan dengan Hospital Likas)
| |
PAS Kulaijaya Posted: 13 May 2011 09:40 AM PDT |
Pemuda PAS Merbok Posted: 13 May 2011 09:53 AM PDT Posted: 07 Jan 2011 10:39 AM PST | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 13 May 2011 10:12 AM PDT BERITA MENGEJUTKAN! TERENGGANU TERMISKIN! Posted: 03 Apr 2011 04:05 AM PDT
Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.
Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini
Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.
"Statistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar. | MUFTI PERAK TIDAK BERDIAM DIRI, MEDIA YANG TIDAK SIAR Posted: 30 Mar 2011 11:11 PM PDT Kekecewaan terhadap kawalan media di negara kita masih berterusan, terbaru media arus perdana sengaja tidak menyiarkan pendapat mufti-mufti dalam serangan kes qazaf terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ummat Islam di Malaysia sangat memerlukan bimbingan dan pencerahan daripada para Ashabu as-Samahah Mufti-Mufti tentang perkara tersebut mengikut hukum syara' ekoran liputan media perdana secara besar-besaran tentang perkara tersebut.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan beliau tidak bersuara, bahkan melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap media arus perdana yang tidak mengeluarkan kenyataan penuh beliau sehingga menyebabkan masyarakat tertanya-tanya tentang pendirian beliau dalam mempertahankan hukum syara'.
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya. "Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan." "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. "Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu. Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali. Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut. Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar. Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina. "Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan. "Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video. "Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya. Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku. "Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 13 May 2011 10:09 AM PDT Gerbang Perkahwinan : Kurniaan, Ibadah & Dakwah Posted: 11 May 2011 12:40 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
01.Pertama: Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta Oleh seorang gadis yang amat jelita Hingga purnama pun malu di hadapannya Bila mata ini berbuat salah kerananya Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.
02.Kedua: Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud: Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. (Surah al-Araaf: Ayat 189).
03.Ketiga: Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala." (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah: 1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya. 2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia. 3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan. 4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta. 5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.
- Artikel iluvislam.com | Uji Kekuatan Password Anda Posted: 11 May 2011 12:30 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
"Artikel semalam berkaitan password (link), mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?
Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
2. Menggunakan password kata yang panjang.
3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.
Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter * Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda. * Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password. * Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.
Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.
Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.
Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.
Semoga bermanfaat.
Oleh: blalang | Khasiat Halia Posted: 11 May 2011 12:00 AM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh.
Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.
Khasiat Halia
Membantu untuk menghadamkan makanan. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas. Menghilangkan bau busuk mulut. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: "Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia."
halawah shop | DEWAN PEMUDA PAS MIRI BERSEDIA BERBINCANG DENGAN YB DAUD UNTUK MENYUBURKAN DAKWAH DI MIRI Posted: 10 May 2011 11:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPPKM) bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk YB Daud demi untuk kepentingan dakwah Islam, khususnya di Miri. DPP Miri melihat kerajaan negeri perlu membuat perubahan drastik dengan memberi perhatian serius ke atas perkembangan agama lslam di Sarawak dalam konteks yang lebih luas bukan hanya berasaskan sentimen politik sempit semata-mata, tetapi perlu dilihat secara telus tanpa ada sebarang unsur prejudis. Hasrat ini dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Miri, Saudara Wan Husni berhubung kenyataan YB Daud dalam akhbar Borneo Post baru-baru ini.
Menurutnya lagi, Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai sempadan geografi yang sangat luas dan Islam adalah kelompok minoriti di negeri ini. DPP Miri merasakan masjid dan surau adalah antara medium yang paling sesuai untuk memperkasakan lagi agenda dakwah. Fenomena ini perlu diberi perhatian serta fungsi masjid dan surau mestilah diperluaskan untuk kepentingan masyarakat. Kita melihat realiti yang berlaku dimana fungsi masjid dan surau pada hari ini diperkecilkan dengan hanya menumpukan soal ibadat ritual semata-mata. Ada sesetengah masjid begitu usang dan uzur tanpa ada pengimarahan dan program yang dilaksanakan. Sepatutnya masjid dan surau ini menjadi pusat kegiatan masyarakat, contohnya dalam menguruskan soal poliItik, ekonomi, masyarakat dan sebagainya. Selain itu juga majlis ilmu perlulah dihidupkan secara berterusan bukan hanya bermusim, maka DPP Miri bersedia untuk membantu dalam sudut tenaga, masa dan idea yang diperlukan dan bersedia merangka dan menyusun program yang bersesuaian kepada masyarakat.
Selain itu juga DPP Miri menggesa pentadbiran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) diperkemaskan. Kita sering mendengar keluhan masyarakat berkaitan isu tenaga-tenaga JAIS yang sangat terhad dan menyukarkan untuk merangka dan memantau program-program agama yang dilaksanakan. Program susulan kepada saudara baru perlu disusun dan dipantau secara sistematik dan berkesan serta dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak mahu hanya menjalankan tanggungjawab seperti 'melepaskan batuk ditangga' sahaja tanpa ada ada sebarang tindakan dan pantauan.
Institusi pendidikan agama seperti SMKA, SRA juga perlulah diperbanyakkan khususnya di Miri. Sebenarnya permintaan masyarakat sangat menggalakkan dan rakyat merasakan ini adalah satu keperluan asas dalam membentuk masyarakat yang rabbani dan taat kepada Allah. Masalah sosial yang begitu kritikal berlaku pada masa kini tanpa ada jalan penyelesaian, maka DPP Miri merasakan langkah ini sebagai usaha untuk membendung masalah yang terus berleluasa ini.
Justeru DPP Miri mengharapkan hasrat dan pandangan kami ini diteliti serta diberi perhatian oleh mana-mana pihak yang terlibat. DPP Miri bersedia pada bila-bila pada masa untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan ummah khususnya di Miri.
Ketua Pemuda PAS Miri
Wan Husni Wan Osman | Lagi pembohongan BN dengan MEB. Posted: 10 May 2011 09:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - PARIT BUNTAR, 11 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak YB Drs Khalil Idham Lim berkata Perdana Menteri sekali lagi membohongi rakyat apabila menyatakan negara sedang mengorak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MEB) bagi merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif. "Rakyat tetap berpendapatan rendah, yang berpendapatan tinggi cuma beberapa kerat elit umno, kewangan rakyat makin tertekan bukan sahaja selepas kenaikan harga minyak bahkan terkini harga gula pula dinaikkan,' katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, rakyat Malaysia terus mengalami kesempitan berbelanja dengan pelbagai kenaikan harga barang dan lebih malang lagi Najib sebagai Menteri Kewangan tidak kreatif dan lemah untuk mencari alternatif perolehan wang negara. Dalam pada itu YB khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menasihati Najib sekiranya mahu jadikan negara sebagai wilayah berkedudukan lebih kukuh dan pesaing yang kompetitif di dunia jangan selalu mengaut wang rakyat dengan sewenang wenangnya. Menurutnya usaha menarik subsidi adalah usaha kerajaan mengurangkan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. Janganlah sampai wang rakyat dari lapisan bawahan pun mahu di kikis, jadilah orang yang kreatif dan bukannya pengkikis wang rakyat," ujarnya. "Apalah salahnya salurkan keuntungan Petronas kepada rakyat Malaysia setelah perusahaan minyak negara itu mendapat untung berlipat ganda apabila harga minyak pasaran dunia meningkat," jelasnya lagi. "Pakatan Rakyat telah menawarkan pelan untuk kesenangan rakyat untuk 100 hari pertama dan seterusnya seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bahawa rakyat akan mendapat pelbagai keuntungan apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti," katanya lagi. BN bukan berhasrat menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan cara hidup rakyat, keran itu rakyat perlulah memberi harapan kepada PR demi untuk pembangunan dan pengagihan kekayaan negara Malaysia secara menyeluruh," katanya. | Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari Posted: 10 May 2011 09:20 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,
tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
selatanonline | Tripoli kembali bergegar Posted: 10 May 2011 09:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KEADAAN bangunan kerajaan yang didakwa diserang melalui udara di Tripoli, semalam. SEKUMPULAN wakil media mengambil gambar keadaan bangunan yang musnah.
NATO lancar siri serangan terbaru
TRIPOLI: Pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan satu siri serangan terbaru ke atas ibu negara Libya dengan sekurang-kurangnya lapan letupan besar kedengaran sepanjang awal pagi semalam, manakala dua serangan dilancarkan berhampiran pejabat media beberapa jam sebelum itu, kata saksi.
Laporan menyatakan, empat letupan kedengaran sejurus selepas jam 2 pagi semalam, menggegarkan tingkap sebuah hotel yang menempatkan sekumpulan wartawan, sebelum disusuli dua lagi letupan.
Bunyi siren dan jeritan kedengaran selepas serangan, disusuli tembakan raifal dan senjata berat, ketika pesawat terbang melintasi ruang udara bandar raya itu.
Awal kelmarin, saksi melaporkan mendengar dua letupan di ibu negara Libya itu ketika pesawat melintas di atasnya, manakala asap kelihatan berkepul berhampiran pejabat stesen televisyen Libya dan agensi berita JANA.
Seorang pegawai berkata sekurang-kurangnya satu serangan terkena sebuah bangunan yang pernah dibom 30 April lalu dan menempatkan beberapa pejabat pertubuhan awam.
Seorang pengawal berkata bangunan itu terkena serangan kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Sementara itu, seorang doktor di Pusat Pembedahan Plastik dan Rawatan Melecur di kawasan Shariah Zawiya di Tripoli berkata, seorang pesakit muda cedera terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah akibat salah satu serangan.
Wartawan tidak dibenarkan pergi ke lokasi serangan dikatakan berhampiran sebuah bangunan yang pernah digunakan sebagai pejabat perisikan tetapi kini menempatkan kementerian pertanian.
Letupan berlaku selepas ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin kesuntukan masa dan akan 'menyedari bahawa tiada lagi masa depan untuk beliau dan rejimnya.'
Pada 1 Mei lalu, anak Gaddafi, Seif al-Arab, dan tiga cucunya terbunuh dalam satu serangan di rumahnya di Tripoli. – AFP | Pindah pengundi: DAP cabar Ali Rustam dedah bukti Posted: 10 May 2011 08:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BUKIT KATIL, 11 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya membuktikan dakwaan bahawa DAP memindah pengundi ke kawasan parlimen Bukit Katil.
"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.
"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.
Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.
Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.
Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.
"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.
"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.
"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.
"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.
Harakahdaily/- Oleh : Ahmad Danial | Bayi 1 badan 2 kepala Posted: 10 May 2011 08:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam. BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.
Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.
Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.
Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.
"Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani," katanya.
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.
Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.
Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.
Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.
Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.
Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.
Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi | 11 Maut Serangan Bom Kereta Di Iraq Posted: 10 May 2011 07:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TIKRIT 11 MEI : Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila sebuah kereta yang membawa bom meletup ketika sebuah kereta peronda polis melalui pusat bandar Tikrit di utara Baghdad, awal hari ini.
Pegawai keselamatan berkata, beberapa pegawai polis terkorban ketika serangan berlaku 9.19 malam waktu tempatan di bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun ia ada kaitan dengan ikrar Al-Qaeda sebelum ini yang mahu membalas serangan Amerika Syarikat (AS) selepas kematian pemimpin rangkaian itu, Osama bin Laden, 2 Mei lalu.
Serangan itu adalah yang terbaru selepas kejadian pertumpahan darah antara Al-Qaeda dan AS, 29 Mac lalu yang mengakibatkan 58 orang terbunuh. - AFP | Benarkan rakyat menilai prestasi kerajaan Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Kerajaan mengumumkan bahawa mulai 1 Julai depan, ujian PTK bagi penjawat awam akan digantikan dengan penilaian berkonsepkan 360 darjah. Dalam konsep ini, prestasi setiap penjawat awam bukan hanya akan dinilai oleh penyelia masing-masing, malah mereka juga akan diperhatikan dan dinilai secara berterusan oleh rakan sejawat dan kakitangan bawahan.
Penilaian ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi dan penempatan baru.
Saya ingin mencadangkan supaya sistem penilaian ini diperluaskan supaya merangkumi penilaian rakyat. Dalam erti kata lain, selain dinilai oleh penyelia, rakan sejawat dan kakitangan bawahan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang bagi menilai prestasi penjawat awam.
Memang diakui bahawa rakyat tidak dapat menilai prestasi setiap seorang penjawat awam di Malaysia secara individu. Namun demikian, sudah tentu rakyat mampu menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dan juga pengurusan tertingginya.
Pada masa yang sama, pada peringkat individu, sebarang maklumbalas positif ataupun negatif (jika ada) mengenai seseorang penjawat awam perlu diambil kira bagi menilai prestasi penjawat awam berkenaan. Dengan demikian, barulah semua penjawat awam di Malaysia lebih terdorong bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Selain itu, penilaian ini juga tidak harus terhad pada penjawat awam semata-mata, malah perlu juga digunakan bagi menilai prestasi para menteri. Prestasi setiap menteri perlu juga dinilai oleh kakitangan bawahan dan juga rakyat.
Pandangan rakyat dapat dikumpulkan sepanjang tahun, sama ada secara terbuka ataupun dengan menggunakan format tertentu, dan dengan memanfaatkan semua saluran, termasuk surat dan emel.
Maka setiap akhir tahun, prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan dinilai dengan mengambilkira penilaian dan maklumbalas oleh rakyat jelata. Akhir sekali, hasil penilaian prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan diperhalusi dan diumumkan kepada rakyat oleh Jabatan Audit Negara.
Harakahdaily/- Oleh : Diyana Kasim | Gesaan MCA Pulaukan Utusan Tepat, Kata Nik Aziz Posted: 10 May 2011 06:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 11 MEI : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional(BN), Utusan Malaysia kerana mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mendakwa Ketua Pembangkang itu melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.
Nik Aziz melalui laman sosial Facebooknya berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.
"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" katanya.
Utusan Malaysia pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.
Malah, akhbar kawalan Umno itu turut mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."
Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.
Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.
"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.
Najib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.
"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.
MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Anwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu 'pandi kutty' terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.
Dalam ceramah perdananya di Klang, Sabtu lalu, Anwar tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.
Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty." kata Anwar pada ceramah tersebut.
Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .
Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.
Tv Selangor/- | Ferguson Sudah Ada Strategi Posted: 10 May 2011 06:28 PM PDT 8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
FERGUSON (depan) bertekad untuk membalas dendam di atas kekalahan United kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara 2009
MANCHESTER - Alex Ferguson tampak seperti sudah mempunyai strategi bagi menyekat kemaraan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.
Menurut pengurus Manchester United itu, beliau akan menggunakan corak permainan menyerang habis-habisan bagi memastikan misi tersebut tercapai.
"Kami memiliki para pemain yang mampu menyebabkan corak permainan lawan terganggu. Diharapkan jentera serangan kami dapat menghadirkan masalah kepada Barcelona.
"Semua menganggap Barcelona sebagai pasukan yang hebat tetapi United sudah berjaya memasuki pentas final.
"Ramai juga berkata yang United bukan sebuah pasukan yang kuat musim ini tetapi persembahan kami di laman sendiri masih hebat dan kami juga belum tewas di pentas Eropah," kata Ferguson.
United pasti mahu membalas dendam di atas kekalahan kepada Barcelona pada final 2009 dan Ferguson mahu anak-anak buahnya merantai pergerakan Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi sebaik mungkin kali ini.
"Pada final 2009 itu, kami bermula dengan baik tetapi memberikan gol mudah kepada Barce- lona. Jadi kami perlu cari penyele- saian untuk menghentikan ancaman daripada Xavi, Messi dan Iniesta.
"Semua orang mencari cara untuk menyekat pemain-pemain itu kerana mereka merupakan pemain yang cukup hebat. Tetapi kami juga memiliki kemampuan untuk melakukan perkara yang sama," jelas Ferguson.
Sementara itu, Ferguson tidak bersetuju jika pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dipecat setelah gagal memenangi sebarang piala musim ini.
"Ia mungkin mengejutkan saya tetapi ia bukanlah satu kejutan. Industri bola sepak sering membuatkan saya berasa bingung.
"Ancelotti merupakan individu yang telah dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara. Musim lalu beliau menghadiahkan kejuaraan berganda buat Chelsea. Jadi apa lagi perlu dipersoalkan tentang kemampuannya?" soal Ferguson. -
Agensi | Kerajaan cari sumber baru, bukan bebankan rakyat Posted: 10 May 2011 05:30 PM PDT 08 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan BN diminta menangguhkan cadangan untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi di negara ini, bagi mengelakkan rakyat mengalami bebanan lebih berat dengan kenaikan harga barangan yang tersusun.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini merupakan salah satu petanda buruk dari cadangan mewujudkan makmal itu dan sekiranya diteruskan, pelbagai barangan lain pula pasti turut dinaikkan berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram merupakan sesuatu yang amat tidak wajar kerana ia jelas lebih menghimpitkan lagi kehidupan rakyat.
Menurut beliau, namun tanpa berfikir panjang, Kerajaan BN telah pun melakukannya, setelah harga petrol RON97 dinaikkan beberapa hari lalu, tetapi harga petrol RON95 tidak pula diturunkan.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri melaung-laungkan negara ini sedang menuju era negara yang berpendapatan tinggi, tetapi rakyat pula sentiasa terbeban dengan kenaikan harga barangan utama.
"Jadi apa ertinya itu semua? Macam mana negara ini boleh muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat sentiasa tidak berkecukupan wang, berbelanja lebih dan sentiasa hidup dalam keadaan tertekan ekoran kenaikan harga barangan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula hari ini, tegas beliau, pasti akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain nanti yang turut melibatkan gula dan ia pasti akan lebih membebankan rakyat.
Tindakan kenaikan harga gula itu diyakini berpunca dari rancangan Kerajaan BN untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat yang kini ternyata amat tidak praktikal, malah amat membebankan rakyat dari pelbagai aspek.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sehubungan itu meminta Kerajaan BN melihat kembali cadangannya untuk mewujudkan makmal rasionalisasi subsidi itu, dengan mengadakan perbincangan menyeluruh terlebih dahulu dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan rumusannya.
Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen dari RM2.70 kepada RM2.90 seliter mulai 5 Mei lalu dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai hari ini, berpunca dari masalah kewangan yang dialami oleh Kerajaan BN.
"Tetapi ini jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN dalam mengurus kewangan, di samping kegagalannya mencari sumber baru bagi kewangan negara," jelasnya.
Bagi mengatasi masalah kewangan negara, katanya, Kerajaan BN tidak sepatutnya membebani rakyat dengan kenaikan harga barangan, tetapi mencari sumber baru.
"Jadi, kesemua ini perlu dilihat dan dinilai sendiri oleh rakyat, setelah pelbagai pihak menjadi amat terbeban dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sejak sekian lama," tegas beliau.
Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda | Tindakan Utusan jenayah, boleh didakwa- Aziz Bari Posted: 10 May 2011 03:35 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Mei: Laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu adalah perbuatan jenayah, kata Pakar Udang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Menurutnya, laporan tersebut cenderung mencetuskan api perkauman dan pertelagahan agama di negara ini.
Sehubungan itu jelasnya, Utusan boleh didakwa sama ada di bawah Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan kerana menerbitkan berita palsu.
"Jelas apa yang dipaparkan oleh Utusan itu sebenarnya cerita bohong. Berita palsu dan tidak wujud.
"Ini semua menangani perlakuan jenayah. Apa yang dilakukan oleh Utusan pada saya prima facie satu perbuatan jenayah," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini dilihat 'lepas tangan' terhadap jenayah Utusan tersebut tanpa ada sebarang tindakan terhadap akhbar itu.
"Laporan polis sudah dibuat tapi apa hasilnya?" soalnya lagi.
Mengulas lanjut, Aziz Bari berkata, tulisan Utusan yang tidak masuk akal itu, merupakan bukti Umno panik untuk menarik simpati orang Melayu dan Islam terhadap parti itu yang dilihat semakin hilang sokongan.
"Lagipun apa isunya? Bukankah DAP dan sekutu Pakatannya telah pun mengisytiharkan bahawa mereka akan pertahankan perlembagaan?
"Bukankah Perdana menteri sendiri kata tahun lepas bahawa peruntukan yang dimaksudkan itu telah 'dikunci mati'? Anehnya Najib cakap lain pula sekarang.
"(Menteri kebudayaan, Warisan dan Kesenian) Rais Yatim pun dua kali lima. Mereka dah lupa atau buat-buat tak faham perlembagaan," katanya.
Dalam laporan 7 Mei lalu, Utusan mengambil sumber bloger Umno Zakhir Mohamed 'Making Christianity the official religion' yang mendakwa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan dengan paderi kristian di mana kumpulan berkenaan berdoa supaya Kristian dijadikan agama rasmi dan seorang kristian dilantik sebagai perdana menteri.
Jeff Oii turut membuat laporan polis terhadap Utusan dan blog berkenaan kerana cubaan memfitnah dan berniat jahat.
Beberapa laporan polis turut dibuat agar Utusan disiasat kerana didakwa cuba meniup api perkauman.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sebelum ini berpendapat, tindakan Utusan itu sebagai permainan politik Umno menjelang pilihan raya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan seluruh ahli PAS tidak terjerumus dalam 'perangkap' politik itu seperti apa yang berlaku pada Operasi Lalang 1987.
Harakahdaily/- | Keperluan ahli DHPP dalam JK PAS Posted: 10 May 2011 03:33 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Panah Hijau PAS memang sebuah parti politik yang penuh berwibawa dan taat setia kepada konsep perjuangan dan persahabatan. Di saat rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP sedang berhadapan dengan serangan dari Umno-BN dan sebuah akhbar harian yang menjadi mikrofon Umno atas isu ugama Kristian, pemimpin-pemimpin PAS telah menyuarakan pendapat mereka mempertahankan fakta yang benar. Ia bukan merupakan semata-mata mempertahankan DAP, bukan begitu tetapi hakikatnya ialah menentang fitnah dan mempertahankan kebenaran. Para pemimpin PAS mesti diberi penghormatan sebab berani bersuara dalam isu yang sensitif ini. Malah, ada setengah-setengah pemerhati politik yang berpendapat bahawa mungkin PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana dilihat sebagai mempertahankan DAP. Jika itu yang berlaku, maka ini akan menunjukkan bahawa orang Melayu belum lagi matang dan cerdik dalam membuat analisis mendalam mengenai situasi politik di negara ini sebab apa yang dipertahankan oleh PAS bukanlah DAP tetapi fakta yang benar. Begitu juga apabila para pemimpin PAS mempertahankan rakan seperjuangan mereka PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah terpalit dalam skandal video seks angkara Datuk T. Ia adalah satu helah musuh Pakatan Rakyat, dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan, seperti juga apa yang telah dilakukan oleh 2 penulis blog itu terhadap DAP apabila mereka mendakwa DAP bersama dengan ketua agama Kristian hendak menggantikan ugama Islam dengan ugama Kristian sebagai ugama rasmi. PAS mempertahankan kebenaran dan keadilan dan menentang fitnah dan politik durjana. Sepanjang masa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah terpesong dari jalan yang betul dan lurus walaupun telah diajak berkalik-kali oleh UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Inilah yang perlu diteliti dan diingati oleh para pengundi Melayu sebelum mengundi. Mereka harus ingat bahawa PAS adalah parti Islam yang tulen yang tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk berjuang demi kebaikan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, PAS adalah benar-benar sebuah parti yang adil yang memegang kuat kepada ajaran ugama Islam. Selain daripada itu, saya berharap dalam pemilihan parti kali ini, sekurang-kurangnya seorang bukan-Melayu akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat. Ini bukanlah sesuatu hasrat yang luar biasa sebab sekarang orang bukan-Melayu sudah pun boleh menyertai PAS dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Semoga dalam Muktamar dan pemilihan parti yang akan dilangsungkan bulan depan nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, iaitu Khalil Idham Lim akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam AJK PAS Pusat. Saya berpendapat ramai ahli DHPP selain daripada saya akan berasa amat gembira dan teruja sekiranya ini berlaku sebab ini akan membuktikan bahawa slogan PAS Untuk Semua adalah satu slogan yang benar dan bukan sekadar retorik kosong sahaja seperti slogan 1Malaysia itu. Saya berdoa PAS akan mengorak langkah maju ke depan dan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya PKR dan DAP tidak akan mengenal penat-lelah dalam usaha menentang kezaliman yang sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran Kerajaan BN. PANAH HIJAU 10hb Mei 2011 | 26 Penunjuk Perasaan Ditembak Mati Di Syria Posted: 10 May 2011 02:00 AM PDT 07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
DAMSYIK 7 MEI : Anggota keselamatan Syria dilaporkan menembak mati sekurang-kurangnya 26 penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi sempena 'Hari Penentangan' bagi menggulingkan rejim Presiden, Bashar al-Assad, semalam.
Pada masa sama, kumpulan bersenjata dilaporkan membunuh soerang pegawai dan empat anggota polis ketika tunjuk perasaan itu berlangsung. Di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Syaria selepas 13 pegawai negara itu terbabit dalam serangan kejam ke atas penunjuk perasaan sebelum ini.
EU juga sedang berbincang untuk mengheret Assad dalam perkara itu, menurut diplomat hari ini.
Kumpulan hak asasi Syria, Insan berkata angka kematian semalam mencecah 26 orang dan jumlahnya dijangka bertambah lagi.
Satu lagi kumpulan hak asasi, Najati Tayara, berkata anggota keselamatan Syria dilihat melepaskan tembakan bagi menghalang penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di tengah bandar raya berkenaan dengan lapan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah. - AFP
| |