Jumaat, 13 Mei 2011

Dewan Pemuda PAS Sarawak

Dewan Pemuda PAS Sarawak


Program Kerajaan Pakatan berfaedah untuk rakyat

Posted: 12 May 2011 05:29 AM PDT

Aziz Muda KUALA LUMPUR, 12 Mei: Pakatan Rakyat tidak perlu risau dengan fitnah-fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Umno BN terhadapnya kerana parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat adalah parti-parti yang proaktif. Sebaliknya, ketika Umno BN yang sedang terdesak mengasak dengan pelbagai fitnah, Pakatan Rakyat tetap akan terus bekerja keras untuk ke hadapan bagi membantu [...]

Bawa PKR dan DAP bersama – Nik Aziz

Posted: 12 May 2011 05:28 AM PDT

Rizal Tahir KOTA BHARU, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)  hari ini memberikan syarat kepada Umno untuk membawa DAP dan PKR sekali jika benar-benar parti itu ingin menarik PAS bersama mereka. Menurutnya lagi, PAS hanya akan menyertai Umno dan Barisan Nasional jika DAP dan PKR juga bersama-sama. [...]

Suruhanjaya Diraja siasat skandal kad pengenalan

Posted: 12 May 2011 05:28 AM PDT

Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi. Beliau juga mengakui ada menerima maklumat mengenai penduduk Sabah yang dibawa ke pejabat Umno di beberapa kawasan untuk menukar alamat ke kawasan [...]

Cermin diri Umno dulu sebelum buat tuduhan

Posted: 12 May 2011 05:27 AM PDT

Harakahdaily GEORGETOWN, 12 Mei: Umno Selangor khususnya Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahdan tidak layak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim biadab, sebaliknya wajar cermin diri dahulu, tegas Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman. Mansor berkata demikian kerana Sohaimi sebelum ini dipercayai terbabit dalam aksi ekstrem mengarak ‘kepala lembu berdarah’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz [...]

Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda

Posted: 12 May 2011 05:26 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 12 Mei: Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar). “Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda,” katanya. Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan [...]

Selepas jadi akhbar porno, Utusan main api pula

Posted: 12 May 2011 05:26 AM PDT

Harakahdaily PARIT BUNTAR, 12 Mei: Selepas bertukar menjadi 'akhbar porno' dan gagal dalam projek video lucah bersama Umno, Utusan Malaysia bermain api pula dalam soal agama dan perkauman demi untuk menarik sokongan Melayu. “Kerana itu saya beranggapan dan beri nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa musuh utama negara sekarang bukannya dadah dan lain-lain tetapi ia [...]

PKR lapor polis Umno guna warga asing

Posted: 12 May 2011 05:25 AM PDT

Aziz Muda HULU SELANGOR, 11 Mei: PKR hari ini telah membuat laporan polis berhubung usaha jahat yang dilakukan oleh Umno sehingga sanggup mewarganegarakan 2,000 rakyat asing, bagi membantu BN mencapai kemenangan di Hulu Selangor pada PRU Ke-13 nanti. Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga Penyelaras PKR Dun Batang Kali, Khalid [...]

Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah

Posted: 12 May 2011 05:24 AM PDT

M Faqih KOTA BHARU, 11 Mei: Tanpa usul periksa setiap kali timbul masalah berkaitan pembangunan tanah di kawasan hulu, media segera menuding jari ke arah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat. Mengapa ia berlaku begitu. Apa yang dilaporkan sekarang seolah-olah media meletak setiap kesalahan di bahu kerajaan negeri kononnya merampas tanah rakyat. Lalu media mempersendakan tindakan tersebut [...]

Pencalonan ditutup 15 Mei, sidang media 17 Mei

Posted: 12 May 2011 05:23 AM PDT

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 11 Mei: PAS akan mengadakan sidang media khas Selasa 17 Mei ini bagi memaklumkan pencalonan untuk pimpinan tertingginya selepas ia ditutup Ahad 15 Mei ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS 2011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media itu bagi [...]

Pengundi: Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan

Posted: 12 May 2011 05:23 AM PDT

Hazayani Zakaria GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar [...]

Tiada ulasan:

Pengikut