Sabtu, 17 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Nov 2012 03:30 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:30 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Imej 3 Anggota Polis yang Dituduh Merogol Pembantu Kedai Warga Indonesia

Posted: 16 Nov 2012 07:55 PM PST

Suntik Zakar dengan Minyak Zaitun, Kononnya Mahu Besar, Tetapi...

Posted: 16 Nov 2012 04:46 PM PST


[Kosmo] BANGKOK - Pegawai-pegawai kesihatan semalam menasihati kaum lelaki di Thailand bahawa saiz tidak penting selepas zakar seorang pesakit terpaksa dibuang susulan percubaannya membesarkan organ tersebut dengan suntikan minyak zaitun.

Berisiko dan belum terbukti berkesan, kaedah itu biasa digunakan di Thailand, malah, sebuah hospital di sini menerima sekitar 40 pesakit sebulan yang bimbangkan kesan sampingan teknik tersebut.

Selain minyak zaitun, lelaki Thailand gemar menggunakan lilin lebah, silikon dan parafin untuk membesarkan saiz kemaluan mereka.

Jurucakap Hospital Besar Polis di sini, Sirikul Jiaranaikhajorn memberitahu agensi berita AFP bahawa pesakit berusia 50 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan suntikan minyak zaitun sejak bertahun-tahun lalu.

Menurutnya, kemaluan lelaki itu mengalami jangkitan kuman yang teruk.

Dia juga didapati menghidap kanser zakar sekali gus menyebabkan pembedahan membuang organ berkenaan perlu dilakukan.

"Ini ialah pembedahan membuang kemaluan terbesar yang kami pernah lakukan selepas kami menemui kanser pada organ tersebut," kata Sirikul.

Katanya lagi, mereka merawat antara dua hingga tiga pesakit akibat zakar dijangkiti kuman pada setiap minggu tetapi belum ada bukti teknik itu menyebabkan kanser.

Jelas Sirikul, lelaki berkenaan menjalani suntikan itu di sebuah klinik dengan ditemani beberapa rakannya walaupun amaran telah dikeluarkan bahawa teknik pembesaran zakar seperti itu amat berisiko.

"Kaedah ini hanya mendatangkan mudarat, orang ramai mendapat maklumat salah bahawa ia berkesan," ujarnya.

Tambah jurucakap itu, kebanyakan lelaki mencuba prosedur tersebut kerana terpedaya dengan cerita rakan-rakan mereka.

"Wanita mencintai lelaki bukan kerana saiz zakarnya," jelas Sirikul.- AFP

DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Nov 2012 03:23 PM PST

Hasrat Mufti Perlis ditolak, kekal AJK Baitulmal

Posted: 17 Nov 2012 03:22 PM PST

SINAR HARIAN

 

KANGAR - Mufti Perlis Dr Juanda Jaya kekal sebagai anggota jawatankuasa Baitulmal Perlis apabila hasratnya untuk berundur dari memegang jawatan itu ditolak.

Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad mengesahkan beliaumenerima surat peletakan jawatan Juanda, tetapi atas nasihat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MajlisAgama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), beliau telah menolak permohonan Juanda.

Surat peletakan jawatan itu yang dihantar kepada Baitulmal Perlis telahdikemukakan kepada baginda sejajar dengan kedudukan baginda sebagai peneraju Maips yang Baitulmal terletak di bawahnya, katanya kepada Bernama.

Abu Bakar berkata, setelah meneliti surat itu, Tuanku Syed Faizuddin telah menasihati beliau supaya menolak permohonan peletakan jawatan tersebut.

"Segalanya dalam keadaan baik dan Dr Juanda telah dimaklumkan mengenai perkara itu," tambahnya.

Juanda dilantik menduduki jawatankuasa itu secara automatik dan bertindaksebagai penasihat kepada Baitulmal Perlis.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata Juanda telah meletakkan jawatan ekoran tidak gembira dengan perkembangan pengurusan dan pentadbiran Baitulmal Perlis.

Ketua Pemuda Perlis tarik balik hasrat letak jawatan

Posted: 17 Nov 2012 03:19 PM PST

MOHD IDROS MOHD ALI

KANGAR - Selepas tiga hari mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti, Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff menarik balik hasratnya itu, petang semalam.

Keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Tanpa menjelaskan apa yang dibincangkan, Mohsin berkata, penarikan balik peletakan jawatan itu adalah demi perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Penarikan balik peletakan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perlis adalah berkuatkuasa serta-merta.

"Setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, saya dengan ini menarik balik hasrat peletakan jawatan serta merta demi perjuangan Umno dan BN. Hidup Umno'," katanya ringkas di laman sosial Facebooknya, semalam.

Kelmarin beliau menyatakan hasratnya itu kerana sudah penat dan ingin berehat daripada politik.

Beliau hanya melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno sahaja, namun masih lagi ahli Umno.

Dalam kenyataan itu juga, beliau tidak menyatakan peletakan jawatan lain yang disandangnya, antaranya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Mohsin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar adalah seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji sebelum berundur terus daripada perkhidmatan kerajaan bagi beri sepenuh tumpuan terhadap kerjaya politik.

Suami maut depan mata

Posted: 17 Nov 2012 03:16 PM PST

Wartawan Sinar Harian

 

 

KLANG - Seorang isteri tergamam melihat suaminya tercampak dan maut di depan mata selepas motosikal dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kenderaan di simpang tiga di Jalan Raya Barat di sini, semalam.

Isteri yang turut cedera parah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat suaminya, Hyrol Nazry Ismail, 38, menghembuskan nafas terakhir di atas jalan raya dalam keadaan tertiarap dengan topi keledar masih tersarung kemas di kepalanya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, dalam kejadian sekitar 6.40 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Shah Alam bagi menghantar isteri ke tempat kerja di sebuah kilang di sana.

Katanya, ketika cubaan membelok ke kanan untuk melalui jalan pintas menghala ke Majlis Perbandaran Klang (MPK), tiba-tiba motosikal dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kenderaan dari arah Jalan Emas menghala Telok Pulai.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa dan motosikal tercampak ke atas jalan raya.

"Suami yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala isterinya patah kaki kiri dan dibawa ke hospital.

"Kita dimaklumkan kedua-dua mangsa adalah golongan OKU," katanya.

Rosly berkata, sehingga kini, pihaknya belum dapat mengenal pasti kenderaan yang merempuh mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan bagi menyalurkan maklumat. Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Khairul Naim Saufy di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan," katanya.

Wanita habis idah dicekup khalwat

Posted: 17 Nov 2012 03:15 PM PST

NOR 'ASYIKIN MAT HAYIN

 

LEDANG - Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya.

"Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain," katanya.

Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.

"Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.
"Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

PAS sasar 60 kawasan parlimen PRU-13

Posted: 17 Nov 2012 03:40 AM PST


KOTA BHARU: "Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al Malik dan menerimalah apa yang ditentukan Allah Taala.

"Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang.

"Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika menggulung ucapan dasar presiden pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata, memang diakui demokrasi itu kejam, di mana orang yang baik pun boleh tewas dalam pilihan raya.

"Ini sangat kejam. Kalau gagal merakyatkan parti kita akan gagal. Oleh itu kita kena merakyatkan perjuangan," ujarnya.

Oleh itu beliau yang juga Pengerusi Bersama Manifesto Pakatan Rakyat melontarkan pesanan supaya jangan terlalu ghairah ketika kita mahu melangkah untuk mencapai kemenangan.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan berkata, setiap daripada kita perlu bertindak bagi mengolah parti bagaimana cara hendak menang dan mudah diterima semua pihak.

Kuncinya kata beliau merakyatkan perjuangan dengan bekalannya Negara Berkebajikan.

"Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya. Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan.

"Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenanganlah yang paling mustahak. Berapa kerusi yang kita boleh menang. Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," ujarnya.

Menurut beliau juga pada pilihan raya umum ke-12 PAS memberi fokus 40 kerusi, namun ketika itu 10 kerusi tersasar daripada mencapai target kerana faktor undi pos.

Ini kerana menurutnya terdapat 11 kawasan parlimen yang ada majoriti undi tentera.

Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh

Posted: 17 Nov 2012 03:31 AM PST

SINAR HARIAN

KUANTAN - Beberapa jam selepas melaungkan azan bagi solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya hari ini.

Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.

Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail, di sini.

"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta terbabit ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.

"Mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya kepada Bernama.

Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.- Bernama

Maips dijangka bangkit isu Mufti Perlis Isnin ini

Posted: 17 Nov 2012 02:55 AM PST

MOHD IDROS MOHD ALI

 

KANGAR - Isu peletakan jawatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal, yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu, dijangka  dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maips) Isnin ini, kata Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Ahmad.

"Isu ini sudah panas. Saya pasti ia akan turut ditimbul atau dibincangkan dalam mesyuarat itu kelak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Ditanya sama ada sudah menerima surat peletakan jawatan Juanda seperti yang heboh diperkatakan sekarang ini, Abu Bakar berkata belum melihat atau menerimanya.

"Saya masuk pejabat pagi tadi (semalam) tetapi tidak nampak pun ada surat Dr Juanda. Tak tahulah kalau surat iru dihantar ke pejabat satu lagi," katanya.

Ditanya sama ada sudah bertemu dengan Mufti Perlis itu untuk mendapat maklumat mengenainya, beliau berkata belum ada kesempatan untuk berbuat demikian semalam.

"Saya belum sempat bertemunya hari ini (semalam). Tadi saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Perlis dan tidak nampak Dr Juanda pun. Mungkin dia ada di masjid lain," katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan itu yang ada kaitan dengan rasa tidak puas hati Juanda mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh Baitulmal, Abu Bakar berkata, semuanya sudah ada dalam laporan Sinar Harian.

"Saya tak mahu ulas lagi sebab belum dapat surat Mufti atau bertemu dengannya. Saya harap dapat jumpanya secepat mungkin untuk mendapat gambaran yang lebih jelas," katanya.

Majlis Syura: 'Pas adalah Pas dahulu, perjuangan tidak lari'

Posted: 17 Nov 2012 02:51 AM PST

AHMAD NORMAN ABU TALIB

KOTA BHARU – Di sebalik kritikan pihak-pihak tertentu yang mendakwa Pas kini terpesong daripada konsep perjuangan asalnya, Majlis Syura Ulama tampil membuat kenyataan untuk 'mendiamkan mulut-mulut orang itu daripada bercakap' dengan menekankan bahawa hala tuju parti itu masih sama seperti dahulu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, Majlis Syura Ulama telah bersidang bagi memikirkan jalan terbaik itu mendiamkan mereka daripada terus mengkritik dasar perjuangan parti itu.

"Isu itu dimainkan oleh bukan calang-calang orang dan atas dasar itulah Majlis Syura Ulama bersidang memikirkan jalan terbaik untuk mendiamkan mulut-mulut orang ini daripada bercakap dan mengurangkan tekanan akhbar kepada kita," katanya semasa penggulungan ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, majlis itu menjelaskan bahawa Pas masih tetap berjuang berlandaskan apa yang tercatat dalam perlembagaannya.

"Pas hari ini adalah Pas dahulu, perjuangan tidak lari daripada perjuangan asal.

"Arah tujunya tetap sama masih utuh dan masih atas perjuangan asalnya tanpa sedikit pun menyeleweng daripada apa yang terkandung di dalam perlembagaannyaa," katanya.

Majlis itu mengadakan mesyuarat kelmarin bagi membincangkan isu tersebut bagi meneliti sama ada Pas telah terpesong atau pun tidak daripada matlamatnya.

Ia diteliti dengan cermat dengan mengambil kira ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam dua kali muktamar iaitu tahun lalu dan kali ini yang kedua-duanya bertemakan 'Negara Berkebajikan'.

"Majlis Syura Ulama membahaskan semula apakah 'Negara Berkebajikan' itu sesuatu baru dan berlawanan dengan 'Negara Islam' yang diperjuangkan Pas selama ini atau pun ianya sama.

"Demikian juga dengan tahaluf siyasi yang diputuskan dan dilaksanakan oleh Pas, apakah ianya masih relevan dan selaras dengan perjuangan Pas atau tidak, di samping mengambil kira komen-komen dari dalam dan luar mengenai arah tujunya," katanya.

Majlis tersebut menyeru semua ahli dan penyokongnya supaya tidak mempedulikan fitnah-fitnah dilontarkan oleh musuh kononnya Pas terpesong daripada perjuangan asalnya.

Status Mat Yo: PBNJ 'kurang setuju', Kafa lantik peguam

Posted: 17 Nov 2012 02:50 AM PST

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH


KEMELUT perebutan Pemain Paling Bernilai, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali dengan panggilan Mat Yo gagal menemui titik noktah apabila Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dikatakan kurang bersetuju dengan nilai pampasan yang dicadangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat balas daripada Johor yang dihantar Kafa berkaitan perpindahan Mat Yo.

Menurut Annuar, beliau bagaimanapun kebingungan apabila PBNJ seolah-olah enggan membayar nilai perpindahan yang dituntut oleh Kafa, sebaliknya menawarkan nilai yang lebih rendah daripada tawaran surat pertama mereka sebelum ini.

"Surat tawaran telah dibalas oleh PBNJ hari ini, namun kami sedikit binggung apabila dalam surat mereka kurang bersetuju dengan nilai tuntutan yang dicadangkan oleh Kafa.

"Sedangkan mereka menyebut tetap mahukan Mat Yo," kata Annuar.

Tambah Annuar: "Lebih membingungkan kami apabila PBNJ menawarkan nilai yang lebih rendah dari tawaran pertama mereka sebelum ini."

"Bukan setakat itu sahaja, nilai itu juga lebih rendah dari gaji dan elaun Mat Yo untuk baki kontrak 13 bulan yang masih ada.

"Di sini, memang jelas Johor masih belum memahami dan melalui semua ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan bahawa Annuar bersetuju untuk melepaskan tonggak utama Harimau Malaya ke Johor menerusi "perpindahan biasa."

Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.
Kafa juga memberikan tempoh seminggu kepada Johor untuk memberi kata putus.

Dalam pada itu, demi melihat kemelut ini selesai secepat yang mungkin, Annuar berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat peguam yang lebih arif mengenai undang-undang sukan bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Demi mahu melihat isu ini selesai, Kafa akan menyerahkan segala urusan kepada peguam untuk mengambil langkah seterusnya.

"Kami akan memberi mandat kepada mereka untuk berunding menurut saluran undang-undang yang betul," jelas Annuar yang akan memberi kuasa sepenuhnya kepada peguam mereka untuk menghubungi PBNJ selepas ini.

"Peguam Kafa akan diberi kuasa untuk mengambil apa jua tindakan yang wajar kepada Johor asalkan ia masih di bawah peraturan Status dan mengikuti undang-undang kontrak dalam negara kita," jelas Annuar.

Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa sudah menemui pengganti yang sesuai sekiranya Mat Yo tiada lagi berada di dalam skuad Kelantan musim depan.

"Alhamdulillah, kita sudah pun mendapat pengganti yang sesuai seadainya Mat Yo tidak lagi bersama Kelantan nanti," ujarnya yang akan mengumumkan senarai lengkap 25 pemain The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2013 pada 20 November ini.

Hudud: Bukan Muslim lebih terbuka banding ilmuan Islam

Posted: 17 Nov 2012 02:48 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

PENGKALAN CHEPA - Seorang perwakilan Muktamar Tahunan Pas ke-58 hari ini mengibaratkan usaha memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud oleh parti itu umpama "demam panas."

Menurut perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Al-Zahri Arip, beliau kesal apabila masyarakat bukan Islam di negara ini lebih terbuka kepada hukum hudud berbanding ilmuan Islam yang bersikap dingin terhadap undang-undang Islam itu.

"Hukum hudud ini boleh diibaratkan seperti demam panas, sekejap sejuk, sekejap dingin.

"Apatah lagi ia dipolemikkan, sama ada dipolemikkan oleh rakan kita, DAP yang dikhususkan oleh Karpal Singh atau pun dipolemikkan oleh ilmuan-ilmuan Islam yang saya senaraikan di sini jika sekiranya segelintir kecil di antara merea yang mempertikaikan hukum hudud, saya tidak peduli.

"Dari sudut hukumnya, mereka tidak ada kelayakan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 di sini, hari ini.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) sebelum ini menerusi kaji selidik yang dilakukan mendapati masyarakat Cina di negara ini sudah boleh menerima hukum hudud.

Kajian yang dilakukan antara 1 September hingga 16 September lalu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.

Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.
Zahri kemudian membidas sikap segelintir ilmuan Islam yang sepatutnya berjuang untuk menegakkan syiar Islam sebaliknya menyambut hambar dasar perundangan Islam.

"Kita agak sedih apabila isu hudud ini dibahas dengan nada yang sangat negatif oleh mereka yang bergelar ilmuan Islam.

"Ada di antara ilmuan Islam yang menyandang jawatan di universiti yang mempengaruhi pelajar-pelajar mereka, ada yang mengatakan bahawa pelaksanaan syariat Islam, hukum hudud... yang dilaksanakan oleh Pas ini adalah sesuatu yang isti'jal (tergesa-gesa) rupanya," ujarnya.

Beliau kemudian menegur sikap sesetengah pimpinan Pas yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dan mendahului presiden dalam isu hudud sambil merujuk kepada nasib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan bekas jurulatih Terengganu, Peter Butler.

"Kenapa nun di sana ada pimpinan-pimpinan lain yang bercakap bahawa hudud bukan agenda Pakatan Rakyat, contoh, pelaksanaan hudud ditangguh kerana rakyat tidak faham, contoh, keutamaan kita ke Putrajaya, bukan hudud.

"Apakah kita juga hendak mengambil tindakan seperti Persatuan Bola Sepak... lu pikir la sendiri," katanya disambut riuh rendah para perwakilan.

Jawatan PM: Hadi rela jadi khadam

Posted: 17 Nov 2012 02:40 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.

"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.

Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya  Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah Abdul Hadi sendiri.

"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya.

Menjawab pertanyaan media, Abdul Hadi menjelaskan, dalam Pas, pimpinannya tidak pernah diajar untuk meminta-minta jawatan dalam parti politik.

"Saya sebagai seorang pimpinan yang diajar dalam parti Islam, kita tak boleh minta untuk jadi pemimpin," namun katanya, jika diberikan tanggungjawab itu, "kita anggap ini sebagai satu amanah yang berat, amanah yang besar."

Malam tadi penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pengisytiharan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu ke Putrajaya selepas PRU13.

Menurut Kit Siang, Anwar adalah pemimpin dari pembangkang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Fitnah anti Islam: Senator Australia lapor polis terhadap Utusan, NST

Posted: 17 Nov 2012 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.

Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.

Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".

Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."

NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.

Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz

Posted: 17 Nov 2012 02:36 AM PST

KOTA BAHRU: Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.

"Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya," katanya disambut sorakan semangat.

Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.

"Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan," katanya.

Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan 'tauke-tauke'  besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.

Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.

Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai  persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.

Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.

Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat.

Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu.

Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di tengah padang atau di tempat duduk stadium.

Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Ia diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.

Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka.

7 Amanat Ucapan Dasar Presiden

Posted: 17 Nov 2012 02:32 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2aB9B3wcLDU3-v2tTUDHjJThUWR6qpXGmlJCM8ouV8_MOe3kl4OaLhiLHLqsCYv46-tSJ01P2Ypdie0pbhQbeLiQyMX8p31MmtZIg43rISoGSa7nX1z_f_bAHsxnkFhBwE0eK5b3aNqY/s1600/IMG_4154.jpg Wartawan Buletin 

KOTA BHARU - Mengakhiri ucapan dasarnya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan tujuh amanat penting khususnya kepada ahli dan pemimpin PAS yang hadir dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiiah Kelantan, di sini Jumaat pagi 16 November.

Amanah yang berupa arahan tersebut merupakan 'perkara yang amat perlu' diambil tindakan oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS sebelum pilihanraya umum kali ke-13 akan datang, seperti berikut;

Marilah dengan fikiran yang terbuka, penuh keazaman, berbekalkan keimanan kepada Allah dan janjinya dunia-akhirat, keyakinan kita kepada perjuangan kita ini, maka saya ingin membuat pengarahan berikut kepada semua perwakilan yang ada pada hari ini :

1. Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting. 2. Saya mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.
25

3. Saya menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Saya mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.

7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN.

PORTAL SABAHKINI.NET KE BULETIN?

Posted: 17 Nov 2012 02:27 AM PST

Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : ZAMAN ABM FAJEER



CADANGAN….Juhari sedang ditemubual mengenai cadangan penerbitan surat khabar Buletin Sabahkini.Net.

EKORAN Portal Online Sabahkini.Net yang kini semakin dekat di hati masyarakat pengamal media alam maya, ramai peminat setia portal ini mencadangkan agar diterbitkan surat khabar (media cetak) berbentuk Buletin, sama ada secara mingguan atau dwi-mingguan.

Salah seorang peminat setia Sabahkini.Net, Mohd Juhari Kadir daripada Kampung Batu Putih Kinabatangan, mencadangkan kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan agar menyampaikan niatnya kepada C.E.O Sabahkini.Net yang beribu pejabat di Kuala Lumpur menimbangkan cadangannya.

Kata Juhari, memang tidak dinafikan Sabahkini.Net yang fleksibel dan tidak berat sebelah semakin mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk Sabah, bukan sahaja tertakluk kepada masyarakat Bumiputera, bahkan merangkumi masyarakat Cina dan India juga amat meminati Sabahkini.Net yang banyak menyiarkan berita-berita sensasi dalam membongkar perkara-perkara songsang yang tersembunyi.

Ditambah lagi, kata Juhari, jika Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar bercetak untuk memberi ruang kepada segelintir masyarakat yang buta IT/ICT untuk membaca berita-berita dan artikel-artikel yang amat bernilai berkenaan.

Jika dua tahun lalu, kata Juhari, ramai di kalangan pemimpin dan ahli UMNO paling benci kepada Sabahkini.Net sehingga beberapa wartawan Sabahkini.Net sering menerima ancaman bunuh dan telah dicederakan kerana terus menyiarkan perkara-perkara songsang yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

"Tetapi kini telah jauh berubah, malahan ramai para pemimpin UMNO suka aktiviti-aktiviti mereka disiarkan di Sabahkini.Net kerana bila tersiar, dakwa mereka, Perdana Menteripun turut membacanya dan mengetahui segala pergerakan di bahagian dan cawangan UMNO yang dijalankan," jelas Juhari.

Menurut Juhari, beliau amat gemar mengikuti artikel daripada Sandakan yang tidak berat sebelah, pro kerajaan, pro pembangkang dan kaedah beginilah yang amat disukai rakyat untuk mendapat berita secara telus dan berterus terang.

Katanya, akhbar di Sabah wajar mengikut jejak langkah Sabahkini.net yang mengamalkan 100 peratus Bill Of Guarantee (BoG) iaitu tidak menapis internet sebagaimana dibuktikan sejak Sabahkini.net dilancarkan sekitar 2006.

Tegasnya, rakyat mahukan artikel luhur dan wadah bebas tanpa kekangan dan tidak disodor dengan berita yang memualkan kerana setelah merdeka 49 tahun, rakyat Sabah sudah boleh menilai hati budi kerajaan; tanpa puja puji melangit.

"Kami akan berbincang dengan beberapa orang tokoh masyarakat untuk meminta sedikit sumbangan bagi menjayakan penerbitan buletin Sabahkini.net jika mendapat persetujuan kelak," ujar Juhari yang menaruh harapan tinggi agar niatnya direstui Sabahkini.net.

PAS yakin kerjasama dengan DAP – Abdul Hadi

Posted: 17 Nov 2012 02:23 AM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib pada muktamar ke-58 parti itu di Kota Bharu membuktikan PAS tidak ragu malah yakin terhadap kerjasamanya dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Arahan Abdul Hadi supaya semua ahli PAS mengundi semua calon bukan Islam yang mewakili DAP atau PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah bukti persefahaman PR menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan.

Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi itu menuntut tiga parti komponen dalam PR terus bekerjasama secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara.

Jika itulah keyakinan yang ditunjukkan setiap parti dalam PR, pakatan itu tidak mungkin menghadapi masalah untuk memerintah negara walaupun ia cuba diperlelekhkan oleh parti dalam Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Marang itu juga yakin peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan lancer daripada BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti jika rakyat memberikan amanahnya.

"Rakyat jangan takut melakukan perubahan kepada yang lebih baik dan jika PR gagal melaksanakan amanah itu rakyat menghukum kami pada pilihan raya umum berikutanya," katanya.

Berdasarkan kejayaan empat negeri yang diperintah PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang terbukti memerintah dengan amanah dan tidak rasuah, tidak ada untuk rakyat ragu terhadap PR untuk memerintah negara dengan lebih cemerlang dan terbilang.

Mengenai hudud pula, Harun berkata, walaupun PAS dan DAP dikecam berikutan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, PAS, DAP dan PKR dalam PR sudah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan syariat Islam itu mengikut perlembagaan negara.

Menurutnya, pelaksanaan hokum Islam itu tidak menjadi masalah besar jika PR memenangi dengan majority dua pertiga di Parlimen nanti.

Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Terengganu berkata Karpal mempertikaikan hokum itu sebelum ini kerana dia belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

"PAS tidak ada masalah dengan DAP kerana kami selalu berdialog dan selalu bertukar-tukar fikiran mengenai undang-undang jenayah syariah itu," katanya.

Pakatan Rakyat secara umumnya sudah bersetuju bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia. – Roketkini.com

SPR 'akui' ada kes daftar seorang pengundi dua kali

Posted: 17 Nov 2012 02:20 AM PST

roketkini.com

KUALA LUMPUR- SPR dikritik kerana gagal mengambil tindakan terhadap mereka yang berdaftar dua kali sebagai pengundi.

Ia berikutan pendedahan kepada penemuan SPR terhadap 60 individu yang cuba berdaftar sebagai pengundi pos (polis/tentera) pada masa yang sama sebagai pengundi biasa.

Dalam pertemuannya dengan SPR, Pakar Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu jelas merupakan perlanggaran kepada Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Seksyen ini menyatakan sesiapa yang 'diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih' jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali,"

Paling mengecewakan, menurut Kian Ming, SPR enggan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang cuba memanipulasi daftar pemilih sambil merujuk kepada Appendik 1.

"Walhal pengundi ini jelas mengetahui adalah satu kesalahan jika dia mendaftar sebanyak dua kali, satu sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama sebagai pengundi biasa sepertimana yang tertulis pada Borang A Pendaftaran Pemilih (Apendik 2),

"Kehadiran pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi daftar pemilih juga dikesan dalam suku keempat 2011 senarai daftar pemilih yang telah diserah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya," ujarnya.

Paling mengejutkan, katanya, jawatankuasa itu mendapati seramai 282,086 pengundi didaftar sebelum mereka mencecah umur 21 tahun. (Apendik 3)

"Selagi SPR tidak mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab itu, percubaan untuk memanipulasi daftar pemilih kita akan berterusan," katanya.

Dr Ong Kian Ming yang juga Pengarah Projek, Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) berkata, sekiranya SPR serius untuk memelihara integriti dan ketepatan senarai pemilih, mereka bukan saja perlu membatalkan nama terbabit malah memadamkannya dalam rekod SPR sendiri.

"Apabila ditanyakan kepada SPR, mereka mengakui sehingga hari ini tidak ada seorang pun yang didakwa mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memanipulasi daftar pemilih," ujarnya.-roketkini.com




Abby Abadi Bakal Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Posted: 16 Nov 2012 09:42 PM PST


KELAB GREENBOC

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

Majlis Syura sentiasa pantau dasar PAS

Posted: 16 Nov 2012 09:34 PM PST

Pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.

PETALING JAYA: Majlis Syura PAS sentiasa memantau sama ada parti itu mematuhi atau telah  melanggar dasar yang ditetapkan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.

Beliau berkata, sehingga sekarang dalam mesyuarat Majlis Syura PAS, tidak ada masalah besar tetapi hanya bergema selepas mesyuarat berakhir atau di dalam media.

"Orang seperti ini tidak pernah memberi pandangan dalam mesyuarat," katanya ketika menjawab solan dari wakil PAS Kalabakan, Sabah.

Harun berkata, pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.

Sementara itu,  beberapa perwakilan mula membahaskan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertajuk Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.

Wakil Terengganu, Azman Ibrahim, PAS negeri mahu kembali memerintah negeri itu dalam pilihanraya umum ke 13.

Katanya, ia adalah gambaran dari kejayaan perhimpunan besar di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada 2004, ramai yang menyindiri tetapi kini isu pengundi hantu yang menyebabkan kekalahan PAS sindiri . mempertikaikan PAS.

Perlis tegur Pemuda

"Negeri ku masjid kena sodok, wakil rakyat bahang tanah, tanah kena rampas," katanya.

Azman juga menyindir kerajaan negeri Terengganu yang dianggapnya sebagai berani dengan rakyat sendiri tetapi takut kepada kerajaan Pusat.

"Di mana slogan Terengganu Nelang," kata beliau.

Pemimpin itu merujuk kepada tindakan kerajaan BN negeri itu yang menarik balik saman yang dibuat oleh kerajaan PAS ketika memerintah Terengganu berhubung isu royalti minyak.

Kerajaan Pusat menarik balik royalti minyak Terengganu selepas PAS merampas negeri itu dalam pilihanraya umum 1999.

Manakala wakil Perlis, Yaakob Abu Seman menegur Pemuda kerana menurutnya tidak ada agenda khusus yang diperjuangkan oleh pergerakan itu.

"Kalau nak bawa isu artis, buat isu artis," katanya

Pakatan guna isu royalti minyak untuk pertahan Kelantan

Posted: 16 Nov 2012 09:19 PM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Zurairi AR

Protes kreatif menuntut Royalti. — Gambar oleh Saw Siow Feng

 

KOTA BHARU — Pertarungan merebut Kelantan bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) berjanji kepada pengundi malam semalam bahawa royalti minyak akan dikembalikan kepada rakyat negeri tersebut sekiranya mereka menawan Putrajaya, bakal menjadi isu pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh enam bulan.

Janji itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapan lebih sepuluh ribu rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Mohammad IV dalam sebuah program PR dinamakan "Himpunan Kebangkitan Rakyat".

"Hari ini kita bentuk kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak," janji bakal perdana menteri PR itu.
"Kemudian kita akan pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

"Kami bahkan tidak memerlukan jawatankuasa," katanya, merujuk kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada bulan Ogos oleh kerajaan pusat untuk melihat ke dalam pengagihan "adil" bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghadapi lebih 10,000 membanjiri Stadium Sultan Mohammad IV.

Apabila mengambil pentas, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bersetuju dengan sekutu politik beliau. "Kerajaan ini adalah paling teruk dalam menghormati perjanjian," katanya.
"Kita perlu menukar kerajaan untuk mendapatkan royalti."

Mohamad juga melahirkan kemarahan beliau di atas tawaran royalti minyak ke negeri Pahang dengan berita penemuan minyak jauh dari pantai negeri tersebut.
"Ini menunjukkan bagaimana kerajaan ini tidak mempunyai maruah. Mereka menawarkan royalti ke Pahang ... mereka belum menjumpai minyak lagi," katanya.

Pahang dijangka menerima bayaran khas sebanyak RM100 juta setahun pada suku ketiga 2014, sebaik sahaja Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil memulakan pengeluaran minyak di Blok PM 307 medan minyak Bertam terletak luar pesisir sejauh 160km.

Isu royalti minyak sudah lama menjadi pertikaian di antara Kelantan dan Putrajaya, satu-satunya negeri yang terlepas daripada cengkaman Barisan Nasional (BN) selama lebih dua dekad.

Kerajaan negeri terus kepada kerajaan persekutuan ke atas hak untuk bayaran royalti minyak dengan negeri pimpinan PAS mendakwa Petronas berhutang kepada mereka RM800 juta setahun sejak 2005.

Perhimpunan malam tadi dilihat sebagai peluang penting bagi parti Islam itu untuk mengukur sokongan pada bulan-bulan menuju ke arah pilihan raya.

Pemerhati politik dan kaji selidik dalaman mendapati bahawa sokongan PAS Kelantan boleh tergelincir, kerana laporan persengketaan pemimpin tertinggi parti tersebut mengenai hal-hal agama.

Pemimpin BN juga mengambil peluang mereka di Kelantan, mendakwa peralihan undi di negeri majoriti penduduk Melayu itu.

Tetapi temu bual dengan orang ramai di perhimpunan malam tadi mencadangkan trend berbeza.

Kebanyakan hadir malam tadi adalah penduduk tempatan Melayu, yang mungkin memberi isyarat sokongan tidak berbelah bagi terhadap PAS di negeri Kelantan walaupun dakwaan bahawa ia menjadi semakin liberal dan lari jauh dari akar Islam.

Orang ramai juga terdiri daripada perwakilan PAS yang berada di bandar Kota Bharu untuk muktamar tahunan mereka dan wakil-wakil daripada pergerakan Royalti, NGO anti-Lynas, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Orang ramai, dengan wanita sebahagian besar daripadanya mengibarkan bendera warna merah, hijau, kuning dan oren mewakili setiap empat pergerakan.

Dengan bendera gergasi merah, belon merah, dan pesawat kawalan jauh membawa panji-panji mereka, menarik perhatian orang ramai.

Wan Mohamad, 60 tahun, seorang petani dari Kadok, memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak fikir isu royalti akan selesai sepanjang hidupnya.

"Adalah baik bahawa orang muda dan ahli-ahli politik bercakap lebih lanjut tentangnya ... ia adalah hak kita sebagai rakyat Kelantan," katanya.

"Cerita PAS kehilangan sokongan hanya khabar angin," kata Mohd Zaim Abd Aziz, 25, dari Ketereh.

"Saya tidak bersetuju dengan perkataan liberal ... tetapi PAS lebih terbuka, semua lapisan rakyat selesa dengan PAS."

Kelantan secara relatifnya adalah kubu orang-orang Melayu konservatif yang diperintah oleh PAS semenjak tahun 1990.

Dalam pilihan raya 2008, PAS memenangi 9 daripada 14 kerusi parlimen dan 38 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Anwar Ibrahim berjanj memulangkan royalti minyak Kelantan jika menjadi PM.

760 bekas tentera sertai PAS

Posted: 16 Nov 2012 09:16 PM PST

 

KOTA BHARU: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar,  Sekretariat  Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS.

Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai.

"Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida.

Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan.

"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya.

Dengan Umno, kalau nak niaga durian pun tak boleh

Posted: 16 Nov 2012 09:13 PM PST


Semalam (kelmarin) saya terbaca tulisan sahabat saya, MSO di dalam blog beliau dalam mana beliau telah menceritakan kepada umum tentang pertemuan seorang pegawai tinggi PDRM dengan Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini. Pegawai tersebut diiringi oleh bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah yang saya kenali sejak bersama di kampus dahulu.

 Jika benar kunjungan dan perjumpaan ini ada kena mengena dengan perpaduan Melayu (UMNO dengan PAS) ia merupakan satu usaha yang agak terlambat kerana kebanyakan orang Melayu memangnya mahu perpaduan itu, tetapi perpaduan itu mestilah di luar UMNO. Melayu telah begitu lama berpadu di bawah UMNO tetapi apa yang kita alami sekarang ini menunjukkan yang UMNO bukanlah wadah yang relevan buat masa ini untuk menyatukan orang Melayu.

Bagaimana UMNO mampu untuk menyatukan orang Melayu sedangkan orang Melayu sendiri sedang keluar beramai-ramai dari UMNO. Jika tidak keluar secara rasmi mereka akan keluar melalui sokongan mereka terhadap PR di dalam peti undi semasa pilihanraya nanti. Bagaimana mungkin PAS boleh berbincang dengan UMNO sedangkan tindakan itu akan melemahkan PAS itu sendiri. Tidak ada rasionalnya PAS untuk memikul 'baggage' UMNO yang terlalu 'excessive', besar dan berat itu.

Jika benar tujuan pegawai-pegawai itu berjumpa TGNA untuk mengusahakan perpaduan Melayu, UMNO sepatutnya menjadi pengikut dan bukannya memberikan syarat-syarat semata-mata untuk memberikan parti yang hampir lumpuh itu nyawa untuk berkuasa lagi. Bagaimana parti yang bertanggungjawab terhadap perpecahan Melayu ini menjadi pemain utama untuk penyatuan ini kerana ia akan hanya memberikan masalah besar bagi pencapaian matlamat itu.

Bagi saya jika PAS tunduk dengan permainan UMNO itu, rakyat akan kecewa kerana rakyat sudah tidak lagi berkeyakinan dengan parti itu. Rakyat yang ramai sedang berusaha untuk merehatkan parti itu buat sementara waktu atau selama-lamanya, bergantung kepada tingkah dan lakunya di hadapan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

Apa yang penting sekarang ialah matlamat PR itu sendiri yang bercita-cita kuat untuk mencapai perpaduan kaum yang sedang terjalin dengan kuatnya dalam Pakatan Rakyat sekarang. UMNO yang begitu hipokrit tidak mampu untuk mencapai matlamat yang 'ultimate' iaitu perpaduan di antara kaum yang berbilang kaum sekarang ini. UMNO bercakap tentang perpaduan kaum di hadapan rakyat tetapi dalam praktisnya penyokong-penyokongnya masih memainkan isu perkauman yang menebal di peringkat bawahan. UMNO tidak mampu untuk mendisplinkan ahli-ahli dan penyokongnya sedang perpaduan itu amat penting berlaku di peringkat akar umbi.

UMNO mahu kekal berkuasa dengan tipu helah yang keterlaluan tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan sokongan dengan manampilkan sikap dan teladan yang baik kepada rakyat. UMNO tertunduk-tunduk dengan MCA yang chauvinis perkauman itu dengan membiarkan Islam dan undang-undang hududnya secara terbuka dan rasmi. UMNO tidak termampu lagi untuk memimpin parti-parti dalam BN itu sendiri. Jadi bagaimana ianya boleh berkemampuan untuk memimpin rakyat dengan baik dan telus? UMNO seperti orang yang hilang akal yang mundar-mandir di jalanan kerana tidak berkesanggupan untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang seperti orang yang fasik yang tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana satu tangan untuk makan dan yang mana untuk digunakan untuk beristinjak. UMNO tidak lagi mempunyai roh perjuangan kerana terpengaruh dengan bisikan khatir atau iblis, yang sentiasa mahu parti itu sesat-barat dalam perjuangan memimpin rakyat dan negara.

UMNO terlalu banyak perkara yang hendak ditutupinya. Tetapi bak kata perpatah, bagaimana 'UMNO hendak menutupi bangkai gajah dengan nyiru'? Rakyat tidak lagi mengambil hirau tentang UMNO sekarang ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak menghiraukan 'dignity' parti itu. Justeru, bagaimana rakyat hendak meneruskan sokongan terhadap parti yang tidak lagi mempunyai harga diri itu? Bagaimana PAS yang merupakan parti politik yang masih mempunyai 'attribute' boleh berjuang dengan UMNO yang rakyat mereka sudah memahaminya sebagai parti taukeh-taukeh dari pucuk pimpinan sampailah ke bawah-bawah ini?

Sikap dan sifat UMNO sebagai parti rasuah itu memang membuatkan rakyat naik mual dengannya. Tugas pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa hanyalah untuk mengambil wang rakyat dalam perbendaharaan dengan sistem rasuah yang halus. Mereka bukan setakat mencuri apa yang ada di dalam perbendaharan kita tetapi mereka juga sedang berusaha untuk mencuri wang yang ada di dalam poket rakyat sekarang ini.

Perlaksanaan AES yang baru dilaksanakan sekarang ini merupakan satu tindakan yang tidak berhati perut. Sebenarnya rakyat tidak membantah jika saman-saman itu dimasukkan seratus peratus ke dalam perbendaharaan negara tetapi sebahagian besar dari kutipan saman itu masuk ke dalam poket kroni-kroni UMNO yang tamak haloba itu. Bagaimana saman terhadap kesalahan lalulintas itu diambil oleh syarikat kroni kerajaan dan pimpinan kita?

Kerja seperti ini adalah kerja yang dianggap gila kerana terlalu jelas ada pihak di kalangan yang hampir dengan pemimpin kita sedang menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan yang tidak ada tolok banding jumlahnya. Ini merupakan satu bukti yang amat jelas yang UMNO merupakan parti yang menghimpit rakyat dengan tekanan ke atas semua rakyat yang berkenderaan.

Kita tidak membantah untuk memperbaiki sikap dan kelakuan pemandu-pemandu kita tetapi jika mereka (pemandu-pemandu) bersalah tidak ada di antara mereka membantah jika saman terhadap mereka itu dibayar sepenuhnya kepada perbendahaaran kerajaan. Sekarang rakyat sedang begitu berang dengan kerajaan dalam masa inilah pula, ada wakil-wakil UMNO yang ingin berbaik dan mengusahakan perpaduan Melayu bersama PAS.

Bagaimana kita hendak berbaik-baik dengan manusia yang 'cepat tangan' itu. Rakyat sudah letih membina pagar-pagar duri agar pencuri-pencuri tidak akan dapat mendekati perbendaharaan kita. Jika mereka masih ada bersama maka usaha membina pagar untuk menyelamatkan perbendaharaan kita dari didekati oleh pencuri dan perompak itu tidak akan sampai ke matlamatnya.

Rakyat akan terus disamun dan dicuri segala harta benda mereka sampai bila-bila. Kata perbilangan, sekali seseorang itu mencuri dia akan tetap menjadi pencuri. Dalam keadaan terdesak sekarang ini, UMNO akan lakukan apa sahaja. Perasaan malu dan silu sudah tidak lagi wujud di kalangan pimpinan UMNO itu.

Walaubagaimana pun kita berharap jika matlamat perjumpaan pegawai tinggi kerajaan berjumpa dengan TGNA itu tidak akan berjaya untuk memerangkap PAS kali ini. Dengan UMNO kita wajar mempunyai sikap, 'suspect everybody and trust nobody'.

Bak kata sahabat saya dari Terengganu, "dengan UMNO ini kita tidak boleh berurusan lagi. Nak berniaga durian pun tidak boleh dengan mana-mana pemimpin UMNO ni. Kita akan kena tipu!" - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

MB Kelantan terima memo sokong tangguh AES

Posted: 16 Nov 2012 09:10 PM PST


(MB Kelantan menerima memo sokong tangguh AES)

KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima memorandum yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menangguhkan pelaksanaan AES di negeri Serambi Mekah itu.

Memorandum disampaikan oleh Koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES Kelantan (BANTAH AES), Ismady Radzuan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Dalam memorandum tersebut, mereka menyokong penuh tindakan kerajaan Kelantan yang menangguhkan pelaksanaan AES 29 Oktober lepas.

Tuan Guru ketika menerima memorandum tersebut berkata, Kelantan mengambil tindakan tersebut selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat untuk menolak AES.

"Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan sudah memutuskan langkah yang sama dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Antara isu yang dibangkitkan dalam memorandum BANTAH AES kerana ia amat membebankan rakyat, mempersoalkan pengswastaan AES kepada Beta Tegap, selain latarbelakang syarikat yang menguruskan AES amat mencurigakan.

"Kemalangan tidak disebabkan hanya kerana kelajuan semata-mata," tegas memorandum tersebut.

PAKSI dan MBI Bekerjasama Hidupkan Program Kebudayaan Melayu

Posted: 16 Nov 2012 09:07 PM PST


SHAH ALAM  : Dalam usaha memartabatkan seni budaya di Selangor, pertubuhan Seniman Paksi Rakyat(Paksi) dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Selangor(MBI) serta Pihak Berkuasa Tempatan menganjurkan program jelajah budaya di setiap daerah di negeri ini.

Buat pertama kalinya program yang bertemakan 'Ilmuan Budaya bersama Rakyat' diadakan di Klang ia bertujuan menyuburkan kembali seni budaya agar dapat menarik minat generasi baru mengetahuinya sekali gus mempopularkan kesenian itu pada masa akan datang.

Menurut Presiden Seniman Paksi Rakyat, Che Shamsuddin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman program ini bertujuan menghidupkan kembali warisan bangsa Melayu selain mengaktifkan kembali penggiat seni yang semakin dilupakan generasi kini.

Katanya, bagi sesetengah kaum, seni budaya itu eksklusif dan terhormat namun bagi kebanyakan orang Melayu pula, mereka seolah-olah melupakan warisan milik nenek moyang itu.

"Tradisi kesenian orang Melayu adalah sebahagian cerminan nilai, minda dan pandang dunia (worldview) mereka. Seperti juga karya sastera, seni teater adalah hasil akal budi orang Melayu. Sejak berzaman seni budaya bersemarak dalam masyarakat Melayu.

"Namun perkara itu seakan dilupakan generasi ketika ini, justeru kita mahu mengorak langkah untuk memperkenalkan kepada generasi kini supaya mereka dapat menjaga seni itu akan datang.

"Kita namakan program ini "Ilmuan Budaya Bersama Rakyat". Sebelum ini kita sebut "budayawan bersama rakyat". Mengapa sekarang "ilmuan budaya"? Sebabnya kerana kita hendak timbulkan kesedaran terhadap menghargai ilmu dan ilmuan. Kita tidak sekadar hendak berpesta dengan aktiviti-aktiviti seni sahaja, tetapi kita juga mengisinya dengan ilmu," katanya ketika dihubungi.

Pelbagai aktiviti menarik ditonjolkan antaranya deklamasi puisi daripada sasterawan negara iaitu Datuk A.Samad Said, Ibrahim Ghafar, Pyanhabib, Sani Sudin dan Prof Shaharir Mohd Zain serta persembahan muzik gamelan, cempuling, demostrasi silat Seranten, bicara isu semasa bersama Datuk Dr Anwar Ridwan dan gurindam Zurinah Hassan.

Dalam program itu juga, Paksi turut akan menyampaikan Anugerah Budayawan Tempatan.

"Kita akan memilih seorang tokoh budaya yang paling layak untuk diberi penghargaan melalui anugerah ini di setiap daerah, di Klang baru-baru ini kita memilih pelakon, Ruminah Sidek memenangi anugerah itu," katanya.

Dinsman berkata, setiap penganjuran program di sembilan daerah itu akan diterapkan kelainan antaranya kawasan penganjuran, contohnya di kawasan sekolah, masjid dan kenduri kahwin.

"Memang kita sengaja melakukan kelainan kerana kita menyasarkan semua golongan untuk ke program ini, contohnya di masjid, kenduri kahwin dan pelajar sekolah, biar kita dekat dengan mereka," katanya.

Program jelajah itu akan diadakan di sembilan daerah di Selangor yang bermula di Klang, Rawang, Tanjung Karang dan diikuti daerah lain bermula 10 November lalu.


Hanya Tinggal 930 Mangsa Banjir Di Selangor

Posted: 16 Nov 2012 09:03 PM PST


SHAH ALAM  : Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Selangor setakat pukul 4 petang hari ini menurun kepada 930 orang berbanding semalam seramai 1,357 orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), daripada jumlah itu, sebanyak 58 orang di Dewan Genting Sanyen, 26 orang di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang dan 760 orang Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat dan 86 orang di Dewan Bukit Tadom, Kuala Langat.

Empat pusat pemindahan masih dibuka di negeri itu dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini.

Bagaimanapun, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat masih berada di paras bahaya dengan mencatatkan paras air melebihi paras bahaya pada 3.51 meter manakala Sungai Langat di Dengkil turut melepasi paras normal dengan bacaan 4.45 meter dan orang ramai yang berada di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 16 Nov 2012 11:04 PM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 16 Nov 2012 07:38 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 01:42 PM PST

KEADILAN Seru Umat Islam Sedunia Bantah Keganasan Israel di Gaza

Posted: 16 Nov 2012 04:11 AM PST

 Keadilandaily

KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama.

"Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.

"Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas," kesalnya.

Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka.

"Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah.

"Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin," ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu.

Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin.

"Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel," tegasnya.

Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

Jangan Jadikan Fitnah Sebagai Wacana Untuk Runtuhkan Melayu Dan Islam

Posted: 16 Nov 2012 04:07 AM PST

Keadilandaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar.

"Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya.

"Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku 'Islam dan Melayu' oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi.

Majlis ini antara program Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN di negeri itu hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sambutan Maal Hijrah tidak membawa pengertian sekiranya tiada perubahan yang dilakukan.

Katanya, wacana harus menjadi budaya dalam negara, namun ia seolah-olah dikongkong dari terus berkembang, walaupun Malaysia sebuah negara Islam.

"Wacana seharusnya menjadi acara rutin Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia mengenengahkan pandangan para ilmuan. Ia juga tidak harus dijadikan sebagai acara tahunan semata-mata.

"Jika dahulu pendita Za'aba mempersoal kemiskinan bangsa Melayu, kini perbahasan mengenai isu Islam dan Melayu juga harus dilipatgandakan bagi merubah pemikiran umat supaya tidak terkongkong dan terhalang," sambung Anwar.

Dalam isu berkaitan, beliau turut menempelak Perdana Menteri yang hanya tersenyum dan tidak menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyerang Islam di hadapan beliau.

Pelancaran buku 'Islam dan Melayu' – Martabat Umat dan Daulat Rakyat tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Empat panel dalam wacana tersebut ialah Siddiq Fadzil; Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa; dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Pada malam ini, Anwar dijadual solat dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya.

Beliau kemudian akan berceramah di dua lokasi, masing-masing di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula 8.30 malam dan di Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, dan Tan Choo Kang merupakan penceramah di Ceramah Merdeka Rakyat pertama.

Pada ceramah kedua pula menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Tan Beng Huat.

[VIDEO] We Are Preparing To Govern And To Save This Country

Posted: 16 Nov 2012 03:53 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 Nov 2012 11:11 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kembar dalam kandungan hilang di malam hari

Posted: 15 Nov 2012 11:27 PM PST



16 Nov 2012 – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 16 Nov 2012 11:02 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


KEADILAN seru umat Islam sedunia bantah keganasan Israel di Gaza

Posted: 15 Nov 2012 10:52 PM PST


KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza.
Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama.

"Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.
"Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas," kesalnya.
Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka.
"Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah.
"Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin," ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu.
Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin.
"Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel," tegasnya.
Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain.
Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.
Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida

Posted: 15 Nov 2012 10:51 PM PST

dipetik dari keadilan daily


KUALA LUMPUR 16 November: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.
"Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.
"Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?" soalnya.
Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.
Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.
Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan.
"Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman," kata Zuraida.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.
Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.
Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Posted: 15 Nov 2012 10:49 PM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.  

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.   

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".

Tanya Mahathir
Abdul Hadi berkata dalam negara berkebajikan, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan  kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya.
Mengikut konsep itu, rakyat juga akan membantu kerajaan yang akan mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya dan majikan-pekerja, katanya.
    
"Sifat adil yang dilaksanakan dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan  kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat yang setia," katanya. 

Dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar itu, Abdul Hadi bagaimanapun enggan menyebut nama parti yang disifatkannyna sebagai "parti syaitan" itu, walau didesak pemberita.
"Pepatah Melayu menyebut, siapa makan lada, dia rasa pedas... Parti mana yang makan lada...," katanya.
Wartawan turut meminta Abdul Hadi mengesahkan sama ada akan kenyataan itu merujuk kepada parti pemerintah, namun MP Marang itu tetap mengelak dan mengatakan: "Sesiapa sahaja yang mengikut sifat-sifat itu".

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencelah dalam sidang media tersebut sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir.
"Kamu kena bertanya kepada Mahathir. Dia yang memperkenalkannya... Dia boleh jelas... Tanya Dr Mahathirlah, dia yang memperkenalkan istilah itu".

MCA rejects Hee’s Jelapang talk

Posted: 15 Nov 2012 10:20 PM PST

dipetik dari FMT


The incumbent would most probably lose in the state seat if she decides to contest without the support from the MCA division, says Dr Chua Soi Lek.
KUALA LUMPUR: MCA today said that there has been no agreement made on the status of the Jelapang state seat, derailing any hopes harboured by incumbent state assemblywoman Hee Yit Fong to contest there in the next election.
MCA president Dr Chua Soi Lek said that his party had not held any discussion with Prime Minister Najib Tun Razak about giving up the Jelapang state seat in Perak.
"The Jelapang MCA division and I had neither deliberated about allowing an outsider to stand in the seat under the MCA ticket," he said in a statement today.
He was responding to a statement made by Hee yesterday that she would contest to retain the seat for Barisan Nasional.
Hee won the Jepalang seat under the DAP banner in 2008 but in the following year quit the party to become a BN-friendly independent. Her defection, along with three others, caused the collapse of the Pakatan government in Perak.
She told the Chinese media on Tuesday that she would be recontesting in Jelapang under the BN banner, adding that Najib would be making further announcement on it.
Chua however said Hee would not win in Jelapang without the support from the MCA division and especially the grassroots members.
"Winning the general election requires the support from all BN component parties, it is crucial that the candidate receives support not just from the people, but also the component parties.
"I must stress that BN is a collective decision-making coalition, it is never a norm for the coalition to talk about its seat allocation and candidacy openly," he said.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dipetik dari Harakah Daily
IPOH: Habis madu sepah dibuang. Mungkin peribahasa itu yang sesuai untuk menceritakan nasib empat Adun Bebas di Perak yang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pakatan sebelum ini.

Kalau sebelum ini jasa mereka sangat diperlukan, Adun yang sudah berpangkat datuk pun tidak mendapat kerusi untuk bertanding.

Ekoran itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sudah menjangkakan akan berlaku pelbagai pergolakan di dalam Komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini. 

Terkini adalah perkembangan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Jelapang yang disandang oleh Datuk Hee Yit Foong setelah 'melompat' parti dari DAP menjadi ADUN Bebas pada tahun 2009. 

Datuk Hee yang telah menyuarakan hasratnya mempertahankan kerusi tersebut atas tiket BN atau MCA telah mendapat bantahan keras dari Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Hee itu, samada telah mendapat restu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir atau tidak, dengan segera mendapat maklumbalas Datuk Seri Chua yang menafikan kedudukan kerusi DUN Jelapang yang sebelum ini ditandingi oleh MCA. 

Namun sehingga kini Datuk Seri Zambry masih membisu seribu bahasa. 

"Persoalannya apakah kedudukan Datuk Hee pada PRU 13 nanti? Apakah pendirian Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi BN Perak? Adakah juga Datuk Hee akan bertanding atas tiket Bebas pada PRU 13 nanti.

"Bagaimana pula tentang kerusi DUN Bebas yang lain di DUN Behrang, Changkat Jering dan Malim Nawar?" soal Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar).

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS Perak mencabar Datuk Seri Zambry menjelaskan kedudukan ADUN-ADUN Bebas tersebut yang menjadi 'faktor utama' dan 'kuasa ketiga' terhadap rampasan kuasa Negeri Perak yang dipilih rakyat. 

"Kami ingin melihat samada Datuk Seri Zambry akan menamakan mereka untuk bertanding atas tiket BN pada PRU 13 nanti atau pun bertanding atas tiket Bebas bagi membuktikan mereka masih releven buat rakyat yang telah memilih mereka. 

"Kami merasakan 'ujian besar' buat Datuk Seri Zambry sama ada 'menerima' atau 'menolak' ADUN-ADUN Bebas tersebut pada PRU 13 nanti!" katanya.

'PAS sudah sedia perintah M'sia bersama Pakatan'

Posted: 15 Nov 2012 09:55 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan   konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam  politik  menerusi  Tahaluf   Siyasi   ini   menuntut   kita  terus bekerjasama dengan  rakan-rakan  Pakatan  Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi turut menyeru setiap ahli PAS yang berada dalam lingkungan  pentadbiran  dan  pemerintahan  kerajaan, perlu memahami  fiqh aulawiyat (fikah keutamaan),  maqasid syariah, serta  bertegas dalam  perkara dasar selari dengan Perlembagaan PAS.

"Tahaluf Siyasi ini juga   tidak   seharusnya   mengaburkan   kefahaman   ahli   PAS  terhadap konsep  Fiqh at-Taat terhadap parti kita sendiri," katanya dalam ucaptama Muktamar PAS ke58 di Kota Bharu pagi ini.
Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu "percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat  memberikan amanahnya kepada Pakatan Rakyat.  

"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Maka  sekiranya kita gagal melaksanakan amanah  itu,  rakyat  bolehlah menghukum  kami dalam  pilihanraya  yang seterusnya," katanya.

Abdul Hadi berkata PAS memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat, tidak akan dizalimi atau dibalas dendam kerana mereka yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat.

"Hubungan yang baik dengan institusi  Raja  berpelembagaan akan dipertahankan,  sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," katanya.

Menurutnya, sekiranya gabungan itu diberikan  amanah, maka   parti itu akan mengusulkan  supaya dimansuhan akta yang dianggap zalim, mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR), instituti pendakwaan dan kehakiman, Parlimen Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.   

"Perjalanan  pilihanraya  yang  lebih  adil  dan bebas  akan terus diperjuangkan oleh PAS, walaupun setelah  kita sampai ke Putrajaya nanti kerana inilah ciri sebuah negara demokrasi yang sihat," katanya.

TKM Pulau Pinang Mansor bertanding di Nibong Tebal

Posted: 15 Nov 2012 09:51 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.

NONE
Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi  keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Tan (kanan), yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Gerakan, kemudiannya menyertai parti KITA tetapi dipecat daripada parti awal tahun ini. KITA ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 di Sungai Udang malam tadi, Anwar memohon maaf kerana beliau yang memilih Tan bertanding di situ, sambill menambah, kali ini parti itu memilih seorang yang telah teruji dan berpengalaman.

Mansor mungkin berdepan dengan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, yang tewas hilang kerusi itu kepada Tan dengan majoriti 3,087 undi pada 2008.

anwar ibrahim ceramah in sungai udang penang
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."

Mansor bertanding dua kerusi?

Dengan Mansor, yang merupakan ADUN Penanti, bertanding kerusi Parlimen, maka tidak jelas sama ada beliau akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bekas pensyarah universiti itu boleh bertanding di dua kerusi - mempertahankan DUN Penanti serta untuk merampas kembali Tebal Nibong.

NONE
Mansor baru-baru ini terbabit dalam kontroversi apabila rakaman audio sat mesyuarat tertutup dibocorkan dalam sebuah blog dan kemudiannya disiarkan di TV3.

Audio mesyuarat pada bulan Mac di kalangan beberapa pemimpin PKR tempatan mendedahkan Mansor menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan "tokong".

Pemimpin lain yang berucap di ceramah malam tadi termasuk Lim, Mansor, timbalan ketua PKR negeri, Law Choo Kiang dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov

Posted: 15 Nov 2012 09:46 PM PST


KUALA LUMPUR 15 November: Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia.
"Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan.
"Kita serah memorandum kepada Perdana Menteri 26 November bagi membantah pengabaian alam sekitar," katanya ketika dihubungi.

Jelas Clement, selain Himpunan Hijau, turut bersama menyertai perjalanan jauh kempen 'Langkah Hijau' itu ialah aktivis anti sianida dari Bukit Koman, aktivis alam sekitar dari Teluk Rubiah, Perak dan aktivis anti insenarator Cameron Highlands.
"Turut bersama kita ialah aktivis dari Murum dan Baram, Sarawak. Tanah mereka diambil untuk pembinaan empangan," jelas Clement.
"Semakin ramai menyokong dan sekarang pula musim cuti sekolah. Mereka yang nak ikut sama sangat digalakkan," katanya.
Kempen 'Langkah Hijau' kini memasuki hari ketiga sejak pelancarannya di Kuantan Isnin lalu. Konvoi itu kini dalam perjalanan ke Maran dari Seri Jaya.
Mereka berjalan antara jam 5 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari.
Maklumat perjalanan, lokasi hentian dan aktiviti sepanjang 14 hari kempen 'Langkah Lestari' boleh dilayari di sini.

Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahya’

Posted: 15 Nov 2012 09:45 PM PST


KUALA LUMPUR 16 November: Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.
Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.
"Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi.
Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.
Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.
Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.
"Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya.
"Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah.

Fitnah anti Islam: Senator Australia lapor polis terhadap Utusan, NST

Posted: 15 Nov 2012 09:44 PM PST


KUALA LUMPUR 16 November: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbarUtusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".

Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Pengikut