Sabtu, 17 November 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 16 Nov 2012 11:18 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Muktamar Pas Perkukuhkan DAP, PKR? @umbkl

Posted: 16 Nov 2012 05:31 PM PST

MUKTAMAR Tahunan Pas Kali Ke-58 akan bermula hari ini di Kota Bharu, Kelantan. Bagaimanapun tiada apa-apa kejutan yang diharapkan akan berlaku dalam muktamar tersebut.

Walaupun ramai yang ternanti-nanti apakah pendirian Pas dalam pelbagai isu berkaitan dengan Islam termasuk terbaru melibatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, namun sudah jelas Pas tidak akan melakukan apa-apa dalam soal itu.

Jika apa yang berlaku dalam muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diambil kira adalah jelas Pas sudah menanam tekad bahawa sepanjang muktamar ini isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang tidak akan ditimbulkan.

Malahan Dewan Ulama sendiri sudah membuat pendirian bahawa mereka tidak menganggap isu Nurul Izzah sesuatu yang benar sebaliknya tumpuan adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucapan perasmian di muktamar dewan itu meminta para ulama di dalam Pas agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan pakatan pembangkang.

Kalau Dewan Ulama sudah berpendirian demikian, sudah pasti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak akan melepasi apa yang diputuskan.

Tidak kisahlah sama ada pemimpin-pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam atau DAP akan terus menentang hukum hudud, yang pasti Pas tidak akan berkata apa-apa dalam muktamar kali ini.

Ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka selari dengan keghairahan Pas untuk memburu kuasa bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.

Dalam masa yang sama 'serangan' beliau ke atas Umno dan BN tidak akan berakhir ketika merasmikan dewan Muslimat sahaja. Abdul Hadi akan terus menyerang parti pemerintah itu dengan pelbagai hujah bagi menu jukkan kononnya Pas lebih baik daripada Umno dan pakatan pembangkang 'lebih mulia' daripada BN.

Sememangnya dalam berhadapan dengan pilihan raya, Pas tidak akan mempunyai keberanian untuk menegur kepincangan pakatan pembangkang. Pas tidak mahu sebarang teguran dilihat memberi peluru kepada musuh politik mereka, biar pun hakikatnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, mereka harus bercakap atas dasar kebenaran.

Tetapi kita harus ingat, ahli-ahli Pas termasuklah para ulama mereka bukanlah individu bebas apatah lagi pertubuhan bebas yang tiada mempunyai apa-apa kepentingan dalam memburu kuasa politik.

Perjuangan Islam hanyalah platform untuk mereka meraih kuasa politik jesteru sudah pastilah apa juga tindakan yang bakal mereka lakukan ia berlandaskan kepada perhitungan sama ada boleh mendatangkan keuntungan politik kepada pas ataupun tidak.

Oleh itu mana-mana pihak khususnya orang melayu hanya akan bermimpi di siang hari jika mereka mengharapkan dalam muktamar kali ini, Pas akan bersuara tegas sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Tumpuan Pas ialah memenangi pilihanraya, matlamat Pas adalah untuk menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Pas semakin lemah untuk bergerak sendirian sebagai sebuah parti politik, sebab itulah kita akan saksikan dalam muktamar kali ini, Pas terus berusaha menjaga hati sekutunya termasuk akan menunjukkan kepada mereka bahawa Pas adalah kawan paling setia.

Pemimpin-pemimpin Pas tidak akan berani menyinggung perasaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau mereka bercakap soal Nurul Izzah, pemimpin Pas tidak akan berani menegur pemimpin-pemimpin DAP yang menentang hukum hudud kerana kalau kedua-dua tindakan itu dilakukan 'alamatnya' terlepaslah peluang PAS untuk berada sekapal dengan kedua-dua parti itu menuju Putrajaya.

Sebab itulah, ramai yang meramalkan bahawa muktamar kali ini dianggap paling hambar dan tidak akan membawa sebarang erti dalam menonjolkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya apa yang bakal disaksikan iatalah kesetian Pas untuk menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi alat terbaik bagi PKR dan DAP untuk meraih kejayaan cemerlang dalam pilihanraya umum nanti.

Sudah pasti sikap Pas dalam muktamar nanati akan mengembirakan PKR dan DAP kerana mereka bangga apabila sebuah parti yang sebahagian dianggotai oleh ulama akan menurut sahaja apa yang bakal mereka lakukan.

Harapan orang Melayu untuk melihat ketegasan Pas dalam mempertahankan soal-soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam hanya tinggal harapan.

Pas tidak akan mempedulikan semua itu kerana apa yang penting ialah menjaga 'tahaluf siyasi' bersama PKR dan DAp bagaikan menatang minyak yang penuh.

Tentulah tidak ada mana-mana perwakilan yang berbahas berani membangkitkan apatah lagi mempertikaikan hubungan ini kerana nanti mereka akan dituduh membawa suara Umno dalam muktamar Pas.

Oleh itu apa yang bakal kita saksikan ialah sekelompok ahli politik yang kononnya menguar-uarkan mereka pejuang Islam akan berhujah mempertahankan kerjasama tersebut.

Apa pun mereka perlu faham, orang melayu dan umat Islam tidak kisah jika Pas beranggapan bahawa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP akan mampu memenuhi impian mereka untuk memperoleh kuasa politik.

Tetapi apa yang orang Melayu tidak mahu lihat ialah bagaimana Pas terlalu taksub dengan kerjasama tersebut sehingga soal-soal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sanggup diketepikan atau bertolak ansur.

Mungkin Pas tidak akan memperdulikan fakta ini kerana mereka mahu menjaga hati PKR dan DAP. Pas hanya berani menyerang pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi kecut perut apabila berhadapan pemimpin PKR dan DAP.

Begitulah nasib Pas kini yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama dengan matlamat untuk menegakkan syariat Allah di bumi bernama Malaysia ini.

Sikap kemaruk untuk berkuasa dan terlalu teruja untuk menggantikan Umno telah menyebabkan Pas sanggup mengorbankan segala-galanya hatta prinsip perjuangan sendiri.

Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas yang hadir ke muktamar berkenaan teruskanlah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP tetapi percayalah jika Pas tidak berhati-hati mereka hanya menjadi alat kepada kedua-dua parti untuk meraih kuasa.

Ahli dan penyokong Pas perlu faham bahawa tidak salahnya untuk parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai kejayaan dalam pilihanraya tetapi biarlah ia dalah situasi 'menang-menang'.

Tetapi apa yang sedang kita saksikan sekarang ialah Pas sebuah parti yang dilihat jauh lebih beribawa daripada PKR dan DAP bagaikan melukut di tepi gantang. Kalau pemimpin Pas menafikan fakta ini, zahirkan resolusi dalam muktamar kali ini meminta supaya PAs diberi peluang untuk menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang buka sekadar pak turut. Soalnya beranikah pemimpin Pas berbuat demikian.

(Utusan)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 16 Nov 2012 07:55 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Muktamar Pas 58 dan Hasan Ali..

Posted: 15 Nov 2012 07:11 PM PST

Sempena dengan tahun baharu Hijrah ini..marilah kita sama-sama berhijrah.Ayuh..kita menghadirkan diri.pssttt..dengar-dengar ada kaitan dengan Muktamar Pas ke 58..

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 14 Nov 2012 12:27 PM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SALAM MAAL HIJRAH 1434

Posted: 13 Nov 2012 10:30 PM PST

Kalendar Islam akan bertukar ke tahun baru 1434 hijrah. Sambutan Awal Muharam atau Maal Hijrah di Malaysia disambut pada peringkat negara dan tema kali ini ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'.


Hijrah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan banyak peristiwa penting berlaku selepas itu. Pastinya, banyak pengajaran dapat dipelajari daripada perjuangan Rasulullah yang sewajarnya dijadikan iktibar.

Firman Allah SWT: "Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 110)

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu sia-sia bahkan ada pengajaran atau 'ibrah' di sebaliknya bertujuan sebagai pengajaran serta panduan kepada umat berikutnya.

Firman Allah SWT: "Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah ia cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf, ayat 111)

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat. Banyak sirah Baginda yang berlaku untuk membimbing kepada jalan kebenaran.

Maksud hijrah
Perkataan 'hijrah' bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman lebih kukuh dan mantap.

Setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.

Antara ujian itu disebut dalam firman Allah SWT: "Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 110)

Hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.

Ini bertepatan firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah, ayat 218)

Sempena sambutan tahun baru hijrah 1434 ini, sewajarnya setiap kita bermuhasabah diri atau memperbetulkan amalan supaya tidak melakukan perbuatan bertentangan syariat Islam agar sambutan yang diadakan lebih bermakna.

Transformasi lebih berjaya

Ini selaras persetujuan ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi adalah titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat dan menjurus seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

Umat Islam di negara ini hendaklah mengambil peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW untuk menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nisa', ayat 100)

Selain itu, semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun yang sering dibaca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud: "Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

Semoga kehadiran 1 Muharam 1434 akan membawa kebaikan dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat. Marilah bersama menghayati firman Allah SWT: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapakan SALAM MAAL HIJRAH 1434 kepada seluruh umat Islam di dunia khususnya.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 14 Nov 2012 11:08 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

Posted: 14 Nov 2012 06:23 AM PST



Assalamualaikum.

Esok, Khamis tahun baru hijrah 1434 datang lagi. Dalam diam waktu begitu pantas berlalu. Namun syukur Alhamdulillah kita diizinkan menemui lagi tahun baharu.

Berbanding tahun baharu masihi, jujurnya tahun baru Islam ini jarang diingati, apatah lagi untuk diraikan. Namun, saya bersyukur kerana keadaan telah jauh berubah dan masyarakat kita pula semakin sedar mengenai tanggungjawab untuk meraikan kedatangan tahun baru Hijrah ini.

Seperti juga tahun masihi, tahun Hijrah juga ramai yang menanam azam dan tekad. Masing-masing dengan cara tersendiri dalam meluahkan azam mereka. Ada yang mahu menjadi bertambah baik, ada yang mahu meningkatkan mutu kerja dan ada pula yang mahu meninggalkan segala keburukan.

Apa pun yang mereka lafazkan, kenginan untuk berubah adalah sesuatu yang sangat sesuai dengan semangat tahun baru itu.

Tahun baru hijrah sudah tentu membawa mesej yang tersendiri kepada umat Islam dan bagi mereka yang peka mengenainya, kedatangan tahun baru hijrah membawa pengertian yang sangat besar buat mereka.

Sebagai sebuah negara Islam terkenal dan berjaya, pemimpin negara kita telah begitu banyak membawa perubahan demi perubahan. Semua itu sebenarnya sangat menuntut kepada penghijrahan pemikiran, cara hidup dan sebagainya bagi umat Islam di sini.

Sebagai rakyat, kita hendaklah bersama-sama kerajaan dalam menjayakan transformasi ini demi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ummah.

Marilah sempena kedatangan tahun bahharu hijrah ini, kita menanam tekad dan azam untuk menjadi umat Islam yang terbaik, yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya.

Marilah kita semua menolak golongan yang gemar mempersenda-sendakan Islam demi mencapai cita-cita mereka. Kepada umat Islam, marilah kita bersatu bagi mendepani cabaran zaman yang semakin sarat dengan kepelbagaian.

Sesungguhnya pengorbanan paling besar oleh kita sempena tahun baru ini ialah jika kita dapat bersatu demi kekuatan da survival umat Islam itu sendiri, insya'Allah.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://hermeshandbag.finniwolf.com might be a better way. if you're Dyson refuses to take up every one of the line, in that case check that absolutely nothing forbidding the line. Posen translated it ceinture hermes both in fact _ a minidress with a sizable bend with grab hermes a substantial ravenscroft crystal rice brooch _ figuratively. changed, it really is continues to a tiny little crowded with undistracted turn to moving around, also delivers among the finest sound use platforms in the industry.
http://hermesbag.finniwolf.com

Pengikut