Sabtu, 17 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 16 Nov 2012 11:04 PM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 16 Nov 2012 07:38 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Posted: 16 Nov 2012 01:42 PM PST

KEADILAN Seru Umat Islam Sedunia Bantah Keganasan Israel di Gaza

Posted: 16 Nov 2012 04:11 AM PST

 Keadilandaily

KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama.

"Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.

"Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas," kesalnya.

Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka.

"Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah.

"Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin," ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu.

Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin.

"Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel," tegasnya.

Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

Jangan Jadikan Fitnah Sebagai Wacana Untuk Runtuhkan Melayu Dan Islam

Posted: 16 Nov 2012 04:07 AM PST

Keadilandaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar.

"Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya.

"Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku 'Islam dan Melayu' oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi.

Majlis ini antara program Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN di negeri itu hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sambutan Maal Hijrah tidak membawa pengertian sekiranya tiada perubahan yang dilakukan.

Katanya, wacana harus menjadi budaya dalam negara, namun ia seolah-olah dikongkong dari terus berkembang, walaupun Malaysia sebuah negara Islam.

"Wacana seharusnya menjadi acara rutin Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia mengenengahkan pandangan para ilmuan. Ia juga tidak harus dijadikan sebagai acara tahunan semata-mata.

"Jika dahulu pendita Za'aba mempersoal kemiskinan bangsa Melayu, kini perbahasan mengenai isu Islam dan Melayu juga harus dilipatgandakan bagi merubah pemikiran umat supaya tidak terkongkong dan terhalang," sambung Anwar.

Dalam isu berkaitan, beliau turut menempelak Perdana Menteri yang hanya tersenyum dan tidak menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyerang Islam di hadapan beliau.

Pelancaran buku 'Islam dan Melayu' – Martabat Umat dan Daulat Rakyat tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Empat panel dalam wacana tersebut ialah Siddiq Fadzil; Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa; dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Pada malam ini, Anwar dijadual solat dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya.

Beliau kemudian akan berceramah di dua lokasi, masing-masing di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula 8.30 malam dan di Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, dan Tan Choo Kang merupakan penceramah di Ceramah Merdeka Rakyat pertama.

Pada ceramah kedua pula menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Tan Beng Huat.

[VIDEO] We Are Preparing To Govern And To Save This Country

Posted: 16 Nov 2012 03:53 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 Nov 2012 11:11 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kembar dalam kandungan hilang di malam hari

Posted: 15 Nov 2012 11:27 PM PST



16 Nov 2012 – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 16 Nov 2012 11:02 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


KEADILAN seru umat Islam sedunia bantah keganasan Israel di Gaza

Posted: 15 Nov 2012 10:52 PM PST


KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza.
Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama.

"Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.
"Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas," kesalnya.
Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka.
"Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah.
"Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin," ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu.
Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin.
"Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel," tegasnya.
Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain.
Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.
Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida

Posted: 15 Nov 2012 10:51 PM PST

dipetik dari keadilan daily


KUALA LUMPUR 16 November: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.
"Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.
"Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?" soalnya.
Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.
Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.
Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan.
"Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman," kata Zuraida.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.
Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.
Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Posted: 15 Nov 2012 10:49 PM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.  

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.   

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".

Tanya Mahathir
Abdul Hadi berkata dalam negara berkebajikan, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan  kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya.
Mengikut konsep itu, rakyat juga akan membantu kerajaan yang akan mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya dan majikan-pekerja, katanya.
    
"Sifat adil yang dilaksanakan dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan  kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat yang setia," katanya. 

Dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar itu, Abdul Hadi bagaimanapun enggan menyebut nama parti yang disifatkannyna sebagai "parti syaitan" itu, walau didesak pemberita.
"Pepatah Melayu menyebut, siapa makan lada, dia rasa pedas... Parti mana yang makan lada...," katanya.
Wartawan turut meminta Abdul Hadi mengesahkan sama ada akan kenyataan itu merujuk kepada parti pemerintah, namun MP Marang itu tetap mengelak dan mengatakan: "Sesiapa sahaja yang mengikut sifat-sifat itu".

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencelah dalam sidang media tersebut sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir.
"Kamu kena bertanya kepada Mahathir. Dia yang memperkenalkannya... Dia boleh jelas... Tanya Dr Mahathirlah, dia yang memperkenalkan istilah itu".

MCA rejects Hee’s Jelapang talk

Posted: 15 Nov 2012 10:20 PM PST

dipetik dari FMT


The incumbent would most probably lose in the state seat if she decides to contest without the support from the MCA division, says Dr Chua Soi Lek.
KUALA LUMPUR: MCA today said that there has been no agreement made on the status of the Jelapang state seat, derailing any hopes harboured by incumbent state assemblywoman Hee Yit Fong to contest there in the next election.
MCA president Dr Chua Soi Lek said that his party had not held any discussion with Prime Minister Najib Tun Razak about giving up the Jelapang state seat in Perak.
"The Jelapang MCA division and I had neither deliberated about allowing an outsider to stand in the seat under the MCA ticket," he said in a statement today.
He was responding to a statement made by Hee yesterday that she would contest to retain the seat for Barisan Nasional.
Hee won the Jepalang seat under the DAP banner in 2008 but in the following year quit the party to become a BN-friendly independent. Her defection, along with three others, caused the collapse of the Pakatan government in Perak.
She told the Chinese media on Tuesday that she would be recontesting in Jelapang under the BN banner, adding that Najib would be making further announcement on it.
Chua however said Hee would not win in Jelapang without the support from the MCA division and especially the grassroots members.
"Winning the general election requires the support from all BN component parties, it is crucial that the candidate receives support not just from the people, but also the component parties.
"I must stress that BN is a collective decision-making coalition, it is never a norm for the coalition to talk about its seat allocation and candidacy openly," he said.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dipetik dari Harakah Daily
IPOH: Habis madu sepah dibuang. Mungkin peribahasa itu yang sesuai untuk menceritakan nasib empat Adun Bebas di Perak yang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pakatan sebelum ini.

Kalau sebelum ini jasa mereka sangat diperlukan, Adun yang sudah berpangkat datuk pun tidak mendapat kerusi untuk bertanding.

Ekoran itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sudah menjangkakan akan berlaku pelbagai pergolakan di dalam Komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini. 

Terkini adalah perkembangan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Jelapang yang disandang oleh Datuk Hee Yit Foong setelah 'melompat' parti dari DAP menjadi ADUN Bebas pada tahun 2009. 

Datuk Hee yang telah menyuarakan hasratnya mempertahankan kerusi tersebut atas tiket BN atau MCA telah mendapat bantahan keras dari Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Hee itu, samada telah mendapat restu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir atau tidak, dengan segera mendapat maklumbalas Datuk Seri Chua yang menafikan kedudukan kerusi DUN Jelapang yang sebelum ini ditandingi oleh MCA. 

Namun sehingga kini Datuk Seri Zambry masih membisu seribu bahasa. 

"Persoalannya apakah kedudukan Datuk Hee pada PRU 13 nanti? Apakah pendirian Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi BN Perak? Adakah juga Datuk Hee akan bertanding atas tiket Bebas pada PRU 13 nanti.

"Bagaimana pula tentang kerusi DUN Bebas yang lain di DUN Behrang, Changkat Jering dan Malim Nawar?" soal Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar).

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS Perak mencabar Datuk Seri Zambry menjelaskan kedudukan ADUN-ADUN Bebas tersebut yang menjadi 'faktor utama' dan 'kuasa ketiga' terhadap rampasan kuasa Negeri Perak yang dipilih rakyat. 

"Kami ingin melihat samada Datuk Seri Zambry akan menamakan mereka untuk bertanding atas tiket BN pada PRU 13 nanti atau pun bertanding atas tiket Bebas bagi membuktikan mereka masih releven buat rakyat yang telah memilih mereka. 

"Kami merasakan 'ujian besar' buat Datuk Seri Zambry sama ada 'menerima' atau 'menolak' ADUN-ADUN Bebas tersebut pada PRU 13 nanti!" katanya.

'PAS sudah sedia perintah M'sia bersama Pakatan'

Posted: 15 Nov 2012 09:55 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan   konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam  politik  menerusi  Tahaluf   Siyasi   ini   menuntut   kita  terus bekerjasama dengan  rakan-rakan  Pakatan  Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi turut menyeru setiap ahli PAS yang berada dalam lingkungan  pentadbiran  dan  pemerintahan  kerajaan, perlu memahami  fiqh aulawiyat (fikah keutamaan),  maqasid syariah, serta  bertegas dalam  perkara dasar selari dengan Perlembagaan PAS.

"Tahaluf Siyasi ini juga   tidak   seharusnya   mengaburkan   kefahaman   ahli   PAS  terhadap konsep  Fiqh at-Taat terhadap parti kita sendiri," katanya dalam ucaptama Muktamar PAS ke58 di Kota Bharu pagi ini.
Abdul Hadi menegaskan bahawa parti itu "percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat  memberikan amanahnya kepada Pakatan Rakyat.  

"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik. Maka  sekiranya kita gagal melaksanakan amanah  itu,  rakyat  bolehlah menghukum  kami dalam  pilihanraya  yang seterusnya," katanya.

Abdul Hadi berkata PAS memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat, tidak akan dizalimi atau dibalas dendam kerana mereka yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat.

"Hubungan yang baik dengan institusi  Raja  berpelembagaan akan dipertahankan,  sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," katanya.

Menurutnya, sekiranya gabungan itu diberikan  amanah, maka   parti itu akan mengusulkan  supaya dimansuhan akta yang dianggap zalim, mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR), instituti pendakwaan dan kehakiman, Parlimen Malaysia, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.   

"Perjalanan  pilihanraya  yang  lebih  adil  dan bebas  akan terus diperjuangkan oleh PAS, walaupun setelah  kita sampai ke Putrajaya nanti kerana inilah ciri sebuah negara demokrasi yang sihat," katanya.

TKM Pulau Pinang Mansor bertanding di Nibong Tebal

Posted: 15 Nov 2012 09:51 PM PST

dipetik dari Malaysiakini.com


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.

NONE
Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi  keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Tan (kanan), yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Gerakan, kemudiannya menyertai parti KITA tetapi dipecat daripada parti awal tahun ini. KITA ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 di Sungai Udang malam tadi, Anwar memohon maaf kerana beliau yang memilih Tan bertanding di situ, sambill menambah, kali ini parti itu memilih seorang yang telah teruji dan berpengalaman.

Mansor mungkin berdepan dengan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, yang tewas hilang kerusi itu kepada Tan dengan majoriti 3,087 undi pada 2008.

anwar ibrahim ceramah in sungai udang penang
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."

Mansor bertanding dua kerusi?

Dengan Mansor, yang merupakan ADUN Penanti, bertanding kerusi Parlimen, maka tidak jelas sama ada beliau akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bekas pensyarah universiti itu boleh bertanding di dua kerusi - mempertahankan DUN Penanti serta untuk merampas kembali Tebal Nibong.

NONE
Mansor baru-baru ini terbabit dalam kontroversi apabila rakaman audio sat mesyuarat tertutup dibocorkan dalam sebuah blog dan kemudiannya disiarkan di TV3.

Audio mesyuarat pada bulan Mac di kalangan beberapa pemimpin PKR tempatan mendedahkan Mansor menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan "tokong".

Pemimpin lain yang berucap di ceramah malam tadi termasuk Lim, Mansor, timbalan ketua PKR negeri, Law Choo Kiang dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov

Posted: 15 Nov 2012 09:46 PM PST


KUALA LUMPUR 15 November: Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia.
"Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan.
"Kita serah memorandum kepada Perdana Menteri 26 November bagi membantah pengabaian alam sekitar," katanya ketika dihubungi.

Jelas Clement, selain Himpunan Hijau, turut bersama menyertai perjalanan jauh kempen 'Langkah Hijau' itu ialah aktivis anti sianida dari Bukit Koman, aktivis alam sekitar dari Teluk Rubiah, Perak dan aktivis anti insenarator Cameron Highlands.
"Turut bersama kita ialah aktivis dari Murum dan Baram, Sarawak. Tanah mereka diambil untuk pembinaan empangan," jelas Clement.
"Semakin ramai menyokong dan sekarang pula musim cuti sekolah. Mereka yang nak ikut sama sangat digalakkan," katanya.
Kempen 'Langkah Hijau' kini memasuki hari ketiga sejak pelancarannya di Kuantan Isnin lalu. Konvoi itu kini dalam perjalanan ke Maran dari Seri Jaya.
Mereka berjalan antara jam 5 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari.
Maklumat perjalanan, lokasi hentian dan aktiviti sepanjang 14 hari kempen 'Langkah Lestari' boleh dilayari di sini.

Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahya’

Posted: 15 Nov 2012 09:45 PM PST


KUALA LUMPUR 16 November: Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.
Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.
"Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi.
Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.
Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.
Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.
"Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya.
"Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah.

Fitnah anti Islam: Senator Australia lapor polis terhadap Utusan, NST

Posted: 15 Nov 2012 09:44 PM PST


KUALA LUMPUR 16 November: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbarUtusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: "Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)".

Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
"Media perdana memihak dan tidak adil," katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: "Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah."
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

Tiada ulasan:

Pengikut