Rabu, 3 Ogos 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 03 Aug 2011 03:01 PM PDT

Utusan meroyan lagi

Posted: 03 Aug 2011 08:00 AM PDT

Utusan Malaysia sekali lagi memandang penubuhan AMANAH oleh YBM Tengku Razaleigh sebagai isu penting dalam kolum 'cuit'nya. Beliau memberi pandangan yang pesimistik terhadap penubuhan AMANAH, sebuah NGO baru pada 22hb Julai yang lepas. Penulisnya Zaini Hasan memberikan pandangan yang negatif terhadap NGO ini sambil menuduh AMANAH sebagai satu lagi pertubuhan yang akan memecahkan lagi umat Melayu.

Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang tidak begitu digemari oleh pihak pemerintah adalah usaha memecah belahkan rakyat Melayu. Tetapi segala tindakan Utusan memecah belahkan orang Melayu seperti menghina dan merendahkan usaha kumpulan siasah seperti PAS dan yang lain itu tidak ada apa-apa masalah. Itu tindakan yang baik dan jujur.

Hanya Utusan sahaja yang boleh melaga-lagakan orang Melayu dan Utusan tidak pernah berhenti dan berusaha untuk mengampu kerana kepentingan beberapa orang di dalamnya serta akhbar itu sendiri. Utusan tidak lebih dari badan propaganda untuk setengah pihak dan tentulah pihak-pihak itu adalah pihak yang mempunyai kuasa sahaja. Kalaulah Nik Aziz pula ditakdirkan tuhan diberikan mandat oleh rakyat Utusan akan bertukar corak dan mengampu Nik Aziz pula. Utusan selalunya akan berada di pihak 'the buttered side of the bread'.

Utusan patut sedar yang UMNO bukan lagi sebuah parti kebangsaan dan UMNO bukan lagi parti tempat Melayu mengasah kepimpinan. UMNO hanya berjaya mengeluarkan pengampu dan pembodek-pembodek…yes man..yes sir…I'll do anything for you sir dan bertanya 'how was my spinning on that issue' dan sebagainya. Utusan tidak suka Melayu berpadu dan bersatu. Utusan hanya mahu mengampu setengah pihak yang berkuasa sahaja. Utusan sudah ketinggalan zaman, kerana orang Melayu tetap mahu berpadu tetapi mereka cenderung untuk bersatu di luar UMNO.

UMNO yang sudah jelas kekurangan sokongan ini masih hendak di belahkan lagi oleh Utusan. Kalau setakat membuat tuduhan semborono, saya sendiri pun boleh melakukannya. Contohnya Utusan sedang menjadi 'conduit' terhadap setengah pihak untuk 'admonish' Najib dan mempromosi pihak lain. Utusan merupakan akhbar yang memecah belahkan UMNO yang sudah mengecil sokongan rakyat pada hari ini. Utusan mahukan Najib berhenti supaya pihak lain mengambil alih tempatnya (Najib).

Kadang-kadang saya pun cenderung untuk mempercayai yang UMNO sendiri sedang berpecah belah dari atas sehingga kebawah-bawahan. Najib dan Hishamuddin nampaknya kesaorangan dalam UMNO. Pandangan ini terbit dari cara Utusan membawa isu dalaman UMNO. Saya juga ingin bertanya kepada Utusan apakah teori permainan 3M itu merupakan teori yang benar?

Saya bertanya kerana ramai di kalangan dalaman UMNO selalu bercakap yang Najib bukanlah pilihan orang berpengaruh di dalam UMNO untuk dijadikan PM. Mereka mahukan Muhyidin. Tetapi keadaan semasa itu tidak membolehkan Muhyidin untuk naik ketempat numbor satu kerana Najib merupakan orang nombor 2 dan beliaulah yang sepatutnya dari segi lazimnya mengambil alih Pak Lah yang sedang memikirkan untuk meletakan jawatan.

Kumpulan ini merasakan Najib boleh diangkat sebagai 'stop-gap' PM kerana Najib mempunyai baggage yang terlalu besar. Maka apabila sampai masanya Najib amat mudah untuk diketepikan kerana bagage yang ada kepada beliau itu. Saya memikirkan itu hanyalah sebagai teori main-main dan tidak pula mengambil teori itu secara serius. Tetapi apabila Utusan memaparkan isu Altantuya, Scorpene dan sebagainya baru-baru ini maka ramai telah kembali percaya kepada teori Najib sebagat PM stop-gap yang disebut ramai semasa itu.

Oleh kerana itu Najib sepatutnya melihat dan memberikan fokus kepada isu dalaman UMNO kerana ada kumpulan yang sedang memberikan sokongan membawa rebah kepada Najib. Najib harus sedar yang musuh beliau bukannya parti pembangkang tetapi pemimpin dalam UMNO itu sendiri. Musuh yang terang mudah bagi Najib untuk menghadapinya. Yang paling susah bagi Najib ialah dengan musuh dalam selimut yang boleh diibaratkan harimau yang senyap-senyap menghendap untuk menerkamnya.

Jadi Utusan elok diperhatikan dengan teliti tentang sikap dan pandangannya terutamanya barisan editorialnya itu. Sebagai ahli UMNO yang begitu lama saya selalu terjumpa permainan seperti ini dalam parti ini sejak 3 dekad yang lalu. Pandai tidak ada tetapi pengalaman itu ada sikit-sikit.

Utusan mesti belajar dari pengalaman orang atau bangsa lain untuk membina kepimpinan Melayu ini. Kita tidak payah pergi jauh. Kita belajar dari kecekapan orang India dalam membina kepimpinan bangsanya dan juga dari bangsa Cina yang begitu serius untuk membina kepimpinan yang berkualiti, bukan sahaja dari kelulusan akademik mereka tetapi juga dari taburan kepimpinan mereka dalam banyak pertubuhan dan parti-parti politik.

Orang India sinonim dengan MIC tetapi apabila MIC berpecah belah orang India menyertai parti-parti politik yang lain seperti DAP, PKR, PPP serta IPF. Oleh kerana itu kaum India mempunyai ramai wakil di dalam dewan-dewan Legistif di negeri-negeri dalam Persekutuan ini serta Dewan Parlimen dan Dewan Negara. Mereka ada di mana-mana. Tetapi sebaliknya orang Melayu hanya mempunyai UMNO untuk mengasah kepimpinan mereka.

Tetapi apabila UMNO sudah menjadi parti taukeh maka kepimpinan tulin dalam UMNO secara beransur-ansur di ambil alih oleh taukeh-taukeh baru Melayu dan dengan kekuatan kewangan mereka telah mengambil alih kepimpinan yang baik di dalam UMNO. Pemimpin UMNO sekarang di penuhi oleh mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan dan parti itu hanya tinggal sebagai parti 'the rich and the famous'.

Mereka yang memimpin ini sebaliknya menggunakan ahli-ahli yang mudah diperbodohkan dan menjadikan ahli-ahli di bawah seperti lembu untuk di arah membajak sawah-sawah yang luas. Tetapi yang kenyang adalah tikus-tikus gemuk di kapok padi.

UMNO gagal membina kepimpinan kerana pemimpin-pemimpinnya di saluti dengan nafsu untuk menjadi kaya raya, kalau boleh dalam masa yang singkat. Itu sebabnya UMNO mula kehilangan pimpinan sejak Dr Mahathir menjadi pemimpin utama kerana beliau tidak perlu manusia berkepimpinan bersama beliau. Beliau memimpin mengikut kehendak hati beliau kerana beliau telah membina barisan kepimpinan dibawah beliau sebagai 'yes man', 'yes sir', sahaja.

Mereka yang berkepimpinan telah beliau ketepikan secara sistematik dan akhirnya beliau mentadbir negara dengan dibantu oleh mereka-mereka yang boleh dipanggil anak oleh beliau. Masih ramai yang menganggap beliau sebagai negarawan sedangkan beliau masih bermain dengan politik dan menjadi duri dalam daging dalam UMNO.

Malahan beliau merupakan elemen yang tidak kurang besarnya yang menyebabkan UMNO tersungkur dalam pilihanraya yang lalu dengan bertindak keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan sendiri pada tahun 1988 dahulu. Beliau keluar UMNO pada penghujung 2007 semata-mata kerana marahkan Pak Lah dan beliau ingin benar melihat Pak Lah tersungkur.

Semuanya itu adalah politik peribadi. Budaya inilah yang telah dididik terhadap ahli-ahli UMNO dan itu sudah menjadi budaya dalam parti itu sekarang ini. Oleh kerana budaya ugut mengugut begitu hebat di dalam UMNO budaya itu juga menjadi budaya dalam BN sendiri. Apabila kaum India mengugut untuk menarik sokongan maka dilantik pula Palanivel menjadi Menteri dan jika di campur dengan jawatan yang diberikan kepada Samy Velu maka lengkaplah jumlah ahli kabinet 40 orang semuanya.

Teringat pula saya kepada filem Ali Baba Bujang Lapok, arahan P Ramlee. Dalam filem itu ada 40 orang penyamun yang kerjanya menyamun sepenuh masa. Tetapi dalam filem itu penyamun-penyamun itu menyamun ada hadnya. Di hari minggu mereka tidak menyamun. Hari cuti umum mereka tidak menyamun. Apabila diminta menyamun mereka menjawab, "Tak boleh, hari ini hari minggu, kita tidak menyamun pada hari minggu dan cuti umum".

Dailog ini patut didengari oleh mereka yang terpalit dengan rasuah kerana moral ceritanya ialah, kalau hendak menyamun pun ada hadnya. Tidak boleh menyamun terus terusan.

Dengan keadaan seperti ini di dalam UMNO maka tidak mungkin UMNO mampu membina kepimpinan yang serius sampai bila-bila. Yang jelas berkemampuan untuk membina kepimpinan ialah PAS dan DAP. Mereka serius dan mampu menjana kepimpinan yang jitu untuk menghadapi pilihan rakyat tidak lama lagi.

Maka sekarang sudah mula ramai orang Melayu bersedia untuk mengasah kepimpinan melaui parti-parti PAS dan DAP. Tidak berapa ramai yang ingin mengasah kepimpinan dalam PKR kerana di dalam PKR budaya UMNO itu masih subur kerana Budaya itu dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang mentertai Anwar dalam pertelingkahan beliau (Anwar) dengan boss besarnya Dr Mahathir Mohammad. Jika ini berlaku maka kita mesti terima perubahan ini dengan fikiran terbuka.

Kata orang , 'sekali ombak memukul sekali pasir berubah'.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/08/utusan-meroyan-lagi.html

Pencuci longkang, penguatkuasa PP dapat elaun khas RM150 sebulan

Posted: 03 Aug 2011 06:58 AM PDT

GEORGETOWN, 3 OGOS – Lebih 400 wira tak didendang di Pulau Pinang termasuk pencuci longkang mendapat elaun khas RM150 sebulan sebagai penghargaan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap usaha gigih mereka menjaga keselamatan dan kebersihan negeri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan bayaran elaun khas itu kepada 238 anggota penguatkuasa dan 178 pekerja awam Pasukan 3D yang membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM748,800 setahun.

Pasukan 3D (dangerous, difficult and dirty – bahaya, sukar dan kotor) terdiri daripada pekerja-pekerja berpengalaman tanpa menggunakan peralatan canggih untuk membersihkan kawasan, khususnya mengeluar dan mengutip sampah yang terlekat di celah dan dalam longkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata elaun khas untuk tugas khas penguatkuasaan dan pencucian longkang itu diberikan untuk kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.

Katanya, kerajaan negeri sedar jasa besar pasukan 3D yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan longkang sehingga perlu memasuki lubang longkang bagi mengeluarkan sampah sarap dan sebagainya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga menghargai jasa anggota penguatkuasa yang melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan seperti perobohan, rampasan, mengapit roda dan menunda kenderaan serta lain-lain jenis penguatkuasaan adalah terdedah kepada bahaya serta ancaman fizikal.

"Saya percaya dengan elaun khas ini tuan-tuan dan puan-puan akan berkhidmat dengan rajin, adil, penuh kesabaran dan mengikut lunas undang-undang dan berintegriti," katanya di majlis penyampaian cek elaun khas berkenaan di sini hari ini.

Guan Eng mengingatkan kakitangan awam bahawa integriti bukan sahaja melibatkan rasuah tetapi turut menekankan aspek kebijaksanaan, amanah dan tanggungjawab.

Beliau menambah, semangat berpasukan di kalangan warga MPPP dan MPSP akan menyakinkan orang awam untuk mematuhi undang-undang, baik dalam menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata, atau memandu dengan bersopan agar tidak menghalang lalu lintas serta menjadi mata dan telinga menghindari jenayah.

Beliau juga menjelaskan mengenai Pelan Pengurusan Strategik MPPP yang memberi penekanan kepada bidang keberhasilan utama atau key result area (KRA) 3C dan 1R iaitu cleanliness, congestion, crime dan revenue – kebersihan, kesesakan, jenayah dan hasil negeri.

Untuk mencapai matlamatnya, MPPP serta semua pihak yang bertanggungjawab perlu bekerjasama untuk:

* Meningkatkan keceriaan, keindahan dan kebersihan bandar;

* Menerapkan amalan budaya menyelenggara kemudahan awam dengan lebih berkesan;

* Melaksanakan program bandar selamat;

* Mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah pengurusan lalu lintas;

* Memperkukuhkan kedudukan hasil Majlis; dan

* Meningkatkan sistem penyampaian Majlis supaya perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Exco Negeri Chow Kon Yeow dan Yang Dipertua MPPP Hajah Patahiyah Ismail. – Roketkini.com

Anwar Ada Jumpa Ku Li

Posted: 03 Aug 2011 06:54 AM PDT

Anwar sahkan ada temu Ku Li, tapi tidak sentuh soal lompat parti

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum dan selepas pelan 16 September 2008 beliau gagal tetapi menafikan ada memujuk agar pemimpin veteran itu menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pusat.

Ketua Pembangkang ini menafikan maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang didedahkan Wikileaks bahawa beliau terus berusaha untuk mengambil alih Putrajaya menerusi strategi melompat parti dengan sokongan Tengku Razaleigh, ketua Umno Gua Musang.

Anwar memberitahu The Malaysian Insider bahawa pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan satu rahsia, sebaliknya hanya membincangkan "isu-isu politik."

"Ada pertemuan, ia memang diketahui umum. Saya ada bertemu dengan beliau (Tengku Razaleigh) sebelum dan selepas 16 September (2008).

"(Tetapi) kami bertemu beliau sebab beliau mahu mengetahui mengenai isu, isu-isu politik," kata Anwar tetapi berulang kali menegaskan, tiada perbincangan mengenai sebarang usaha melompat menyertai Pakatan Rakyat.

"Tidak, tidak macam itu. Bukan dalam bentuk itu," tambah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Kabel diplomatik itu berkata usaha Anwar bukan sesuatu yang meyakinkan sebab Tengku Razaleigh juga dikatakan bercita-cita mahu menjadi perdana menteri.

Anwar juga mendakwa beliau telah berhubung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ketika itu, menerusi menantunya Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

"Tidak, apa yang dilaporkan (oleh kabel diplomat) tidak betul. Tiada asas," kata beliau lagi.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider petang tadi, Khairy menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Abdullah sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Khairy menegaskan beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik AS.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai "sebahagian daripada legasi Abdullah."

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.

John Malott sahkan dakwaan pembangkang dapat sokongan asing

Posted: 03 Aug 2011 06:30 AM PDT

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott memudahkan usaha penentang Pakatan Rakyat untuk mengaitkan gabungan parti pembangkang itu dengan sokongan asing, ekoran kenyataan-kenyataannya tanpa henti menunjukkan sokongan kepada pembangkang.

Malott yang menjawat jawatan duta AS pada 1996 hingga 1998 bertindak luar biasa dengan memberi tumpuan khusus kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia lebih 10 tahun selepas dia melepaskan jawatan itu.

Usaha Malott itu mungkin sesuatu yang biasa dalam komuniti dasar luar AS di Washington DC, yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan termasuk National Endowment for Democracy, NED yang banyak diperkatakan secara sangat negatif di blog-blog propemerintah pada masa ini.

Kenyataan-kenyataan Malott juga mungkin boleh membantu meningatkan sokongan kumpulan tertentu, seperti kelompok liberal untuk memberi sokongan kepada pembangkang, tetapi memberi peluang mudah untuk kelompok konservatif termasuk kumpulan seperti Perkasa untuk mengaitkan PR dengan agenda asing.

Pada 1998, kenyataan Naib Presiden AS Al Gore menyokong gerakan reformasi telah mencetuskan reaksi yang sama, mengaitkan gerakan menentang pemerintah dengan agenda asing. Malott kini dilihat mengulangi hal yang sama, tetapi dengan lebih tidak berhati-hati.

Malott mengambil setiap peluang untuk melemparkan kritikan terhadap pemerintah, mengulas pelbagai isu termasuk perhimpunan Bersih yang diadakan 9 Julai lalu, di mana-mana ruang yang diperolehi seperti akhbar internet dan akhbar-akhbar di Barat.

Pada masa ini, dengan blog dan kumpulan pendesak konservatif yang lantang bersuara mengulas isu campur tangan asing, tindakan Malott itu dilihat tidak bijak dalam menekan kerajaan Malaysia.

Penentang pembangkang dibekalkan dengan bukti baharu sokongan asing kepada pembangkang melalui kenyataan-kenyataan Malott, yang tidak dibaca oleh sebahagian besar audiens kumpulan konservatif.

Gerakan liberal di Malaysia telah sedia dapat dikaitkan dengan bantuan asing, seperti daripada pertubuhan di bawah NED, Open Society Foundations dan pelbagai pertubuhan lain. Kaitan ini terus menjadi bahan kritikan dan manipulasi media baharu proparti pemerintah.

Open Society yang dimiliki dermawan aktivis politik George Soros memberi bantuan kewangan kepada pelbagai media di seluruh dunia, termasuk yang berhaluan kiri, dan berperanan dalam aktivisme demokrasi di seluruh dunia, terutama republik bekas Soviet yang menyaksikan perubahan dalam kebangkitan yang digelar "revolusi warna."

Malott kini manjadi salah satu elemen yang semakin menyukarkan usaha perubahan di Malaysia, ekoran rasa curiga yang tercetus disebabkan kecamannya terhadap pemerintah Malaysia yang dilihat mampu meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Bekas duta AS itu tidak perlu bersuara lagi. Biarlah perubahan di Malaysia ini diusahakan oleh rakyat negara ini tanpa gangguan orang seperti Malott.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/08/john-malott-sahkan-dakwaan-pembangkang.html

Sebelum cabar TGNA, kencing dalam tempurung dulu wahai Zaharin MH

Posted: 03 Aug 2011 06:00 AM PDT

Buat cerita menipu melalui surat kabar dan cabar Tok Guru Nik Aziz supaya buat kenyataan rasmi. Dia ingat Tok Guru nak layan permintaan orang yang tak lekat 'unjat' seperti dia tu. mujur diberi ihsan oleh Anwar Ibrahim boleh bertanding dalam PRU12 dan menang bolehlah jadi MP.

Kerana tidak ada jati diri dan peribadi yang cemar maka keluarlah dia dari PKR dan kini jadilah MP Bebas kerana nak masuk UMNO tak ada siapa berahi sebab perangainya huduh dan dikelilingi oleh 'a pek' untuk membuncitkan perut.

Lalu carilah cerita sensasi untuk promosi diri bersengkokol dengan surat kabar dan buatlah kenyataan bodoh bagi mencabar Tok Guru lalu surat kabar yang juga seperti hilang intigreti itu pun tulislah (seperti surat kabar utusan hari ini bertajuk 'buat kenyataan rasmi'). Jelas nampak kebodohan.

Apa yang tak kena dengan Tok Guru jumpa Ku Li, mereka adalah ahli politik daripada Kelantan dan ada perkara yang Ku Li boleh tolong Kerajaan Negeri Kelantan seperti isu royalti minyak. Jadi yang dia tu dok sibuk-sibuk tu dan dikaitkan dengan isu mempelawa Ku Li menganti Anwar Ibrahim tu nampaknya seperti orang sakit O.

Tok Guru tak akan tukar persetujuan yang telah dibuat, Tok Guru menghormati pada janji asalkan tidak berlaku pengkhianatan kepada PAS. Nampaknya ada orang panas punggung dengan ujudnya AMANAH kerana barangkali takut BN akan kalah dalam PRU13 maka riwayat ampu pemimpin UMNO akan berakhir dan harta haram yang dimilikinya akan dijadikan khazanah rakyat lantas mungkin juga penjara sungai buluh tempatnya.

Tidak ada rakyat yang percaya cakap orang yang tak ada prinsip seperti orang yang hisup cigar dalam gambar diatas. Glamour atas kasihan Anwar Ibrahim tapi dikencingnya Anwar Ibrahim, manusia jenis inilah yang akan menjadi bangkai politik selepas PRU13.

http://newkk.blogspot.com/2011/08/sebelum-cabar-tgna-kencing-dalam.html

TG Nik Aziz Hidap Kanser?

Posted: 03 Aug 2011 05:30 AM PDT

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau menghidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul...mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.
"Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Portal berkenaan, www.kelatekito.net dilapor menyebut keadaan kesihatan Nik Aziz semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah.

Laporan itu juga menyebut, masalah kesihatan Nik Aziz itu telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang merawatnya ketika dimasukkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari sebelum berlangsungnya Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan.

TG Nik Aziz: Orang Yang Lompat Macam Zahrin Ibarat Sampah!

Posted: 03 Aug 2011 05:00 AM PDT

Ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (kanan), yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa anggota Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, Nik Aziz enggan mengulas lanjut sambil menyifatkan Zahrain sebagai "sampah".

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya.

Wikileaks: Khairy Perantara Pak Lah Dengan Anwar Isu Lompat Parti

Posted: 03 Aug 2011 04:00 AM PDT

Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

"Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu "amat berjaya" mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim)," petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.

Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.

Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas laporan itu, Nur Jazlan berkata ia amat melucukan kerana kedutaan Amerika Syarikat berpendapat beliau boleh mengesahkan alasan di sebalik penahanan itu.

Sambil ketawa beliau berkata: "Kami (Clark dan Nur Jazlan) berjumpa pada satu majlis dan berbual biasa, malah saya tidak ingat apa yang dibualkan itu.

Kuasa eksekutif

"Untuk mengatakan saya boleh mengesahkan perkara seperti itu, sesuatu yang hebat. Saya tidak mempunyai kuasa eksekutif," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut kabel yang tidak bertarikh itu dan ditandakan "rahsia", Chua dan Sivarasa mengesahkan bahawa PKR terus berusaha mendapatkan ahli Umno berpaling tadah selepas tarikh 16 September gagal.

"Tempoh masa telah berubah dari Disember kepada Mac 2009, selaras dengan pemilihan parti Umno ketika Najib diangkat sebagai presiden Umno tanpa pertandingan.

"Pegawai PKR berkata Anwar dan parti itu tetap fokus mahu mengambil alih sebelum Najib dilantik kerana percaya beliau akan menggunakan tindakan kuku besi mengekang pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang," petik kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, mereka yang menjadi perantaraan berkenaan adalah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga ketua pemuda Umno dikatakan menjadi perantaraan di antara bapa mentuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar.

- Malaysia Kini

Najib, Taib cipta satu lagi skandal bertaraf antarabangsa untuk M'sia

Posted: 03 Aug 2011 03:26 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Sekiranya rakyat Malaysia merasakan bahawa busana kuning Ratu Elizabeth dan skandal Scorpenes-Altantuya adalah perkara yang memalukan, tunggu dulu. Ada lagi perkara lebih memalukan yang daripada skandal ini. Sebuah lagi skandal yang akan menggegarkan dunia.

Kali ini, beliau akan menarik bersama beberapa rangkaian penyiaran gergasi antarabangsa ; CNBC, CNN dan BBC World. Skandal ini dijangka lebih besar dan boleh menandingi skandal Rupert Murdoch di Britain.

Dalam kes terbaru yang disiarkan Sarawak Report yang berpangkalan di United Kingdon, Najib dan beberpa pemimpin Malaysia seperti Abdul Taib Mahmud dikatakan membayar jutaan wang rakyat untuk membeli berita yang memberi liputan positif di arena antarabangsa untuk memperbaiki imej mereka.

Amalan memasukkan kandungan berita sebegini adalah setara dengan membayar untuk pengiklanan kerana berita editorial bebas adalah salah disisi undang-undang UK dan US.

"Sekiranya pendedahan kita ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen penyiaran kedua-dua negara; Ofcom (UK) dan Federal Communications Commissions (US), ia akan mencetuskan penyiasatan terhadap CNBC, CNN, BBC World dan banyak lagi programlain yang dihasilkan FBC. " Tegas Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report dalam posting beliau yang bertajuk Taib Paid Out $5 Millions to Attack Sarawak Report- International Expose.

Walaupun badan penyiaran ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua kandungan yang mereka siarkan, tiada siapa akan mengenepikan kenyataan yang para pemimpin Malaysia sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat untuk menaikkan ego mereka. Sememangnya pemimpin-pemimpin ini akan dikecam kerana cuba untuk menyebarkan berita palsu mengenai diri mereka sendiri dan negara untuk mengaburi mata dunia dalam usaha meraka mendapatkan sokongan terhadap rejim meraka dan projek perniagaan yang menguntungkan mereka.

Respon Anwar terhadap laporan ini: "Media untuk disewa? Amat malang sekali kita harus berhadapan dengan amalan sebegini di media antrabangsa dan negara.

Najib syorkan FBC kepada Taib

Sarawak Report telah membongkar kes FBC Media, sebuah syarikat produksi televisyen yang juga bertindak sebagai sebuah syarikat "komunikasi strategik" dalam penipuan selama sedekad beberapa slot berbentuk berita yang berunsur berat sebelah kepada pelanggan antarabangsa mereka termasuk Najib Razak dan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi bersama Sime Darby sebuah syarikat perusahaan kelapa sawit.

"Amalan ini yang direka untuk menipu jutaan penonton telah menguntungkan syarikat sebanyak puluhan juta dollar dengan memaparkan orang seperti Taib Mahmud sebagai seorang yang berimej positif. Semestinya ia dibayar dengan menggunakan wang hasil kutipan cukai rakyatnya sendiri yang mereka ingin tipu dan tarik perhatian." Kata Clare.

"Siasatan kami juga menunjukkan bahawa FBC Media juga mempunyai pertalian dengan blog-blog berniat jahat di US yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report beberapa bulan yang lepas [laporan Sarawak Report- Dirty Tricks Coverage]"

Menurut Sarawak Report, "FBC Media juga jelas mempunyai hubungan dengan syarikat PR yang kontroversi APCO. " Terdapat dokumen yang didedahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat bahawa FBC Media telah membayar $70, 000 kepada APCO dalam masa 2 tahun untuk menjalankan kempen melobi di US untuk Kerajaan Malaysia.

"Kerja melobi ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang dibayar oleh pemimpin Barisan Nasional kepada FBC Media. Syarikat produksi/PR tersebut juga tidak menyangkal bahawa Kerajaan Malaysia sering mendapat slot dalam program-program terbitan mereka." Ujar Clare lagi.

"Maklumat yang kita perolehi daripada orang dalam, ialah Najib mencadangkan Taib untuk mengambil FBC Media untuk melakukan kempen yang sama setelah Ketua Menteri itu mengalami krisis publisiti berikutan pendedahan terhadap kes-kes rasuah beliau.

Menurut Clare, Taib juga membayar FBC $5 juta (RM 15 juta) setahun untuk menjalankan kempen media global yang memburuk-burukkan Sarawak Report.

Kebergantungan terhadap publisiti yang melampau

Sememangnya apa yang dapat dilihat ialah kebergantungan Najib terhadap publisiti melampau dalam 2 tahun tempoh perkhidmatan beliau. Beliau telah dituduh sebagai indah khabar dari rupa. Sikap tidak ambil kisah terhadap hakikat sebenar telah menimbulkan keresahan rakyat yang sering hairan dengan tindak tanduk beliau yang sukar diramal.

Di Vatican baru-baru ini, beliau mencanangkan kesederhanaan dalam beragama dan menolak pandangan ekstrimis ketika berhadapan Pope. Akan tetapi, setelah tiba di Kuala Lumpur, beliau terus membuat komen ala fanatik yang menakutkan pengganut agama Kristian di sini. Sekarang adalah lebih mudah untuk memahami kenapa rakyat di sini memberi jolokan "Raja yang tidak memakai sebarang baju" kepada beliau.

Sebenarnya yang menerima batunya adalah negara ini. Malaysialah yang akan menjadi bahan ketawa dan pembayar cukai yang membayarnya. Rekod rasmi menunjukkan bahawa dari 2008-2009, sebanyak RM57.68 juta telah dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri kepada FBC Media untuk menjalankan "Kempen Komunikasi Strategik Global" untuk Kerajaan; RM29, 337, 650 telah dibayar pada 2008 dan RM28, 350, 000 pula dibayar pada 2009.

RM42 juta pula dihabiskan untuk "Hal Ehwal Awam danPerkhidmatan Kerajaan dan Komunikasi Strategik, Perhubungan Awam dan Jangkauan Media" seperti yang terdapat dalam buget tambahan.

Menurut Clare lagi, "Pihak FBC Media mahupun Kerajaan Malaysia belum lagi menyangkal dakwaan mengenai kontrak tersebut. Mereka juga tidak menafikan jumlah yang telah didaftarkan dalam buget kerajaan,"

-Malaysia Chronicle

Si Yahudi, kambing hitam Rosmah dan Najib untuk cincin USD24 juta

Posted: 03 Aug 2011 01:15 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Seperti yang dijangka, misi pembersihan imej Najib Tun Razak sedang dijalankan; bermula dengan skandal isterinya Rosmah Mansur berhubung cincin berlian berharga USD24.4 juta. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai presiden pada pemilihan UMNO tahun hadapan.

Walaupun dijangka kita mungkin akan dikejutkan dengan pilihanraya pada Oktober atau November tahun ini, Najib kelihatan lebih risau mengenai kuasa yang ada padanya sebagai orang nombor satu apabila menyedari bahawa lebih banyak dikalangan pemimpin dalam UMNO dan juga BN gemar merujuk timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk nasihat setelah menyaksikan pelbagai kesilapan dari segi tadbir urus dan politik dalam pentadbiran beliau.

Para penganalisis politik rata-rata kesal dengan tindakan Najib yang memainkan sentimen menghentam Yahudi dalam usaha beliau untuk membersihkan imejnya. Walaupun berita mengenai cincin belian gergasi cukup memeranjatkan rakyat Malaysia, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat yakin bahawa berkemungkinan pasangan ini mampu membelinya sungguhpun ia bernilai USD 8 juta.

Para penganalisis politik merujuk kepada beberapa siri skandal rasuah yang membabitkan Najib antaranya, skandal Scorpenes yang turut sama melibatkan Razak Baginda. Beliau didakwaan menerima bayaran komisen daripada vendor DCN dalam bentuk bayaran penyelenggaraan bernilai 114 Euro atau RM570 juta. Sudah tentulah USD 8 juta suatu nilai yang tidak seberapa untuk dibazirkan setelah mengambil kira skandal Scorpenes bukanlah satu-satunya yang beliau telah manfaatkan semenjak berkecimpung dalam arena politik di usia 22 tahun.

Bagaimanakah rekod jenayah Jacob membuktikan Rosmah tidak bersalah?

Sekarang, apa yang paling memualkan adalah cara media UMNO mengalih fokus kepada pemilik Jacob & Co, Jacob Arabo; seorang yahudi kelahiran Uzbekistan yang pernah dipenjarakan.

Pada tahun 1998, Arabo telah ditangkap oleh pihak FBI kerana dituduh memiliki barangan curi. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan. Beliau kemudiaannya ditangkap semula oleh FBI pada tahun 2006 kali ini kerana pengubahan wang haram berjumlah USD270 juta (RM810 juta) untuk kumpulan mafia terkenal di Detroit, Black Mafia Family (BMF) dan juga kegagalan beliau melaporkan pembelian tunai yang benilai besar kepada Internal Revenue Service (IRS).

Di mata pengkritik, rekod jenayah Arabo membawa sedikit signifikans kepada pembersihan imej Rosmah dan Najib. Bagaimakah rekod jenayah Arabo dapat membuktikan bahawa mereka berdua tidak bersalah? Pemimpin Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya SPRM dibiarkan menyiasat secara bebas kes Scorpenes dan Altantuya Shaariibuu, pasangan pertama negara ini mungkin akan mendapati diri mereka turut dipenjarakan.

Perlu ditegaskan bahawa selama ini Najib menyangkal dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal Scorpenes dan mengatakan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali Altantuya. Jika benar, kenapa William Bourdon, seorang peguam dari Peranchis telah dihantar pulang sejurus sampai ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai perkembangan kes tersebut kepada klien beliau, Suaram dan beberapa pihak lain?

Rosmah sendiri telah berkataa "Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenai perkara ini dan biarlah dia (blogger) berkata apa dia nak." Rosmah menjawap pertanyaan mengenai cincin yang di ajukan kepadanya semasa lawatan beliau ke Kedah baru-baru ini. Beliau telah sebenarnya cuba mengelak daripada menyangkal dakwaan itu. Beliau kemudiannya cuba meraih simpati dengan mengatakan "Ini adalah fitnah tetapi apakah yang tidak pernah saya harungi? Saya sudah merasai segala-galanya. Jadi, lebih baik saya biarkan sahaja perkara ini dan fokus kepada isu lain yang lebih penting kepada rakyat."

Tunding jari kepada yahudi sebagai jalan terakhir-cara Malaysia

Melihat kepada cara media UMNO mengalih perhatian rakyat hal lain, nampak gayanya satu plot baru sedang diatur untuk membersihkan nama Rosmah iaitu dengan mendakwa bahawa nama Rosmah telah digunakan tanpa pengetahuan beliau dalam skandal cincin tersebut. Nampaknya ketulenanan gambar yang diambil dari skrin computer pihak Kastam tidak menjadi isu. Salah satu daripada gambar skrin itu jelas mempamirkan nama beliau. (Skrol ke bawah).

Ini telah mencetukan minat sebuah media berpengaruh di Amerika Syarikat, 'The Huffington Post' untuk membuat rencana yang bertajuk "In Malaysia, when in doubt, blame the Jews"- 'Di Malaysia, sekiranya ragu-ragu, salahkan Yahudi'.

Dalam rencana itu, Rabbi Abraham Cooper dipetik sebagai berkata, "Si Yahudi? Kebanyakkan rakyat di negara-negara gergasi ekonomi di Asia bekemungkinan tidak akan pernah bertemu dengan seorang Yahudi walau sekali dalam hidup mereka. Akan tetapi, Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang sangat berpengaruh dikalangan orang islam di kawasan pendalaman yang bergantung kepada media milik kerajaan untuk membentuk pandangan mereka mengenai senario dunia, yakin dengan amaran mengenai "plot yahudi' yang akan melanda negara yang tiada Yahudi"

Jacob si tukang barang kemas, Fagin si pencuri

Sememangnya masa sudah sampai untuk pentadbiran Najib menutup tirainya atau ia akan terus mencalarkan imej negara di mata dunia. Sekarang, media yang dimonopoli UMNO dengan sesuka hati memanggil Arabo dengan nama "Jacaob the Jeweller" (Jacob Si Tukang barang kemas) sama dengan konotasi menghina "Fagin the thief"', sebuah watak penjahat dalam cerita Oliver Twist karya Charles Dickens.

Komen bekas duta AS ke Malaysia, John Malott baru-baru ini; "Pentadbiran Najib sering tersilap langkah. Kepada masyarat dunia pertama, hal yang paling ketara adalah cara Najib menyembunyikan maklumat Scorpene pada minggu lepas. Penghataran pulang William Bourdon bukan sahaja terbatas kepada Kuala Lumpur dan Paris malah kesannya tersebar lebih jauh dari itu.

Kerajaan ini telah menghabiskan jutaan wang dengan firma perhubungan awam dan perunding pengurusan tetapi tetap juga tersilap langkah. Kesilapan terbaru adalah penghantaran pulang Peguam Perancis itu. Sekarang, buat pertama kalinya setiap maklumat skandal yang disembunyikan selama ini termasuk yang berkaitan model yang dibunuh oleh pengawal peribadi PM telah disebarkan oleh 'The Washington Post'. Rakyat AS mula keliru dengan wajah sebenar Malaysia. Adakah Najib seorang pemimpin seperti yang dia sendiri canangkan?" Kata Malott dalam temuramah besama Malaysia Chronicle baru-baru ini. - Malaysia Chronicle

Isu Kewarganegaraan: Siapa Yang Bertanggungjawab Gadai Negara?

Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli pula berkata wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Kuala Krai ini berkata sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat," kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat mendakwa seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan penuh sehingga semalam dan adalah sesuatu yang mengarut jika 1,000 kad pengenalan dapat dikeluarkan dalam satu hari.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga menunjukkan dokumen-dokumen yang mendakwa antara pukul 1.06 petang dan 2.30 petang semalam tiga pengundi yang memiliki taraf kewarganegaraan penuh berbanding pemastautin sebelum itu.

"Maklumat ini dimuat turun dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri dan kami ada sebanyak 1,597 kes di seluruh negara," kata beliau.

Anak Panah MCA Tersalah Sasar

Posted: 02 Aug 2011 11:30 PM PDT

Anak Panah MCA Tersalah Sasar (m/s C11)

Oleh: Kim Yuan

Masalah besar yang MCA lakukan ialah; asyik halakan mata anak panah kepada DAP, terutama sekali di kawasan Kuala Lumpur dan di kawasan negeri Selangor. Isunya mudah sahaja, DAP di negeri Selangor adalah harapan kepada masyarakat Cina, ditatang dan disanjung oleh masyarakat Cina di sana, sesiapa yang menyerang DAP dianggap seperti pelakon Cina (Wong Fei) mereka mengaibkan dan mengutuk Wong Fei di depan Wong Fei, bukan sahaja suara itu tidak dapat didengar masuk ke dalam telinga, sebaliknya dibenci ramai, semakin didengar, orang ramai semakin menjadi berang.

Setiap kali pemimpin MCA kritik DAP, MCA akan kehilangan 1 undi, penyokong MCA semakin menurun, malangnya MCA masih tidak sedarkan diri lagi.MCA halakan mata anak panahnya ke arah kumpulan fanatik, mengkritik kumpulan fanatik yang boleh menyebabkan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada masyarakat Cina dan dalam pentadbiran kerajaan, jika MCA berani bertindak ke arah itu, sudah tentu MCA semakin diminati oleh masyarakat Cina, sudah tentu pengundi akan kembali kepada MCA.Pada masa dahulu kumpulan pendidikan sekolah-sekolah Cina mendukung slogan "masuk dalam Barisan Nasional" "perbetulkan Barisan Nasional", malangnya cadangan itu semua ditolak bulat-bulat, sehingga ke hari ini perjuangan itu tidak kunjung tiba dan tidak direalisasikan.

Ramai dari kalangan pejuang itu tinggalkan parti Gerakan, ada sesetengahnya terus menyepikan diri, ada juga yang diperbetulkan (diajar) oleh Barisan Nasional.PRU Mac 2008 Gerakan di Pulau Pinang tersungkur, ini menunjukkan Gerakan telah hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina.

MCA mahu bangkit semula perkukuhkan kuasa, sebaliknya MCA tidak boleh menentang dan mengkritik DAP, sepatutnya gunakan kepandaian, kumpulkan kekuatan yang ada bertindak dan menentang kumpulan fanatik, jika tidak berjaya, anggaplah ia sebagai satu perjuangan murni, bertindak itu lebih baik daripada duduk diam menunggu mati, dan akhirnya nanti akan diketepikan oleh pengundi.

Rosmah Dan Musa Hassan Antara Yang Akan Dipanggil Kes Anwar

Posted: 02 Aug 2011 11:00 PM PDT

Keputusan Permohonan Anwar Temubual 15 Saksi 8 Ogos

KUALA LUMPUR 3 OGOS : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 8 Ogos ini untuk keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menemubual 15 saksi dalam kes fitnah liwat 2 yang dihadapinya sebelum beliau memberi keterangan membela diri.

Antara 15 saksi itu termasuk Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Gadai keselamatan negara demi secebis kertas undi

Posted: 02 Aug 2011 10:30 PM PDT

PETALING JAYA, 3 OGOS – Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

"Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama "Mismah" dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan "Mismah" sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.

Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Beliau menambah konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk "membanteras pengundi hantu" jelas gagal sebelum dimulakan.

"Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat," tambah beliau.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa "penganugerahan" kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, katanya, Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat.

Pua berkata, BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini.

Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.

Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," katanya.

Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana "kesilapan teknikal" itu boleh berlaku.

Menurutnya, SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.

"Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita," katanya hari ini.

Chow yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang.

Beliau meminta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini.

"Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi. Saya amat berharap institusi-institusi kerajaan kita tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan," tambah beliau – Roketkini.com

Kerajaan digesa jelas pelantikan FBC Media- Nik Nazmi

Posted: 02 Aug 2011 10:00 PM PDT

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Sarawak digesa menjelaskan tindakan membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai dengan melantik Syarikat Britain bagi menjalankan kempen media secara haram.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata demikian sebagai respon kepada laporan blog Sarawak Report yang mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media.

Sarawak Report sebelum ini mendedahkan bahawa firma itu dibayar RM 15 juta setahun oleh kerajaan Sarawak untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

"Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009.

"Sementara RM42 juta lagi dibayar untuk "Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public and Press Outreach" mengikut bajet tambahan terkini," kata beliau yang juga Adun Seri Setia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu FBC Media turut membayar syarikat perunding Israel, APCO untuk mempengaruhi Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia.

"Dokumen-dokumen kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia," katanya.

Tambahnya, tindakan FBC Media itu sama sekali bercanggah sebagai penerbit TV dan firma komunikasi yang menerbitkan program berat sebelah bagi penyiaran antarabangsa.

"Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategik menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC," ujarnya.

Laporan Sarawak Report boleh diakses di sini: http://www.sarawakreport.org/2011/ 08/taib-paid-out-5-million-to-attack-sarawak-report-international-expose/

Sarawak mahu kenakan denda lebih berat?

Posted: 02 Aug 2011 09:45 PM PDT

Tak puasa: Sarawak mahu kenakan denda lebih berat

KUCHING 3 Ogos - Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.

"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini. - Bernama

turun kat bawah, tengok sendiri macam mana. jangan pandai dok cakap kat atas jer pung pang tapi habuk pun takda! turun kat bawah baru boleh tahu.

Duit raya Felda sekadar 'gula-gula'

Posted: 02 Aug 2011 09:13 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Pemberian duit raya berjumlah RM42.6 juta oleh Felda kepada peneroka hanyalah 'gula-gula' di sebalik sejumlah besar unit saham yang dinikmati pegawai Felda.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yakin penberoka yang menerima insentif kecil ini tidak tahu mengenai unit saham yang diterima pegawai Felda ini.

Sebelum ini, Felda menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd membeli Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Daripada pembelian ini, kumpulan yang mendapat saham MSM ialah kira-kira 2,500 orang kakitangan Felda Induk dan 2,500 kakitangan Felda Global.

Setiap pegawai 5,600 unit manakala bukan pegawai pula menerima 2,900 unit seorang.

Harga buka ialah RM3.34 seunit dan melonjak kepada RM5.46 seunit.

"(Datuk Seri) Najib (Razak) tidak perlu gembar gemburkan pemberian duit raya ini sebagai jasa Felda atau kerajaan kerana sepatutnya jumlah yang diberi jauh lebih besar.

"Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal tindakan Felda memberikan RM400 kepada peneroka yang menanam di bawah selian Felda dan hanya RM200 kepada peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

Sedangkan katanya, peneroka yang menanam sendiri mendapat hasil yang lebih banyak dan menjual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau perbezaan jumlah duit raya berasaskan penghasilan yang dibuat peneroka, pemberian itu tidak wajar kerana harga komoditi melonjak naik dan sepatutnya jumlah yang diberi lebih besar.

"Apabila dikategorikan peneroka ikut Felda dan tidak ikut Felda, saya persoal istilah tidak bersama Felda itu kerana mereka tetap jual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau banding jumlah hasil peneroka yang buat sendiri lebih besar daripada peneroka yang ikut Felda tentu insentifnya lebih besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Dakwanya, tindakan ini merupakan diskrimasi kepada peneroka untuk menakut-nakutkan peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

"Mana logiknya Felda nak nilai peneroka di bawah Felda dapat 400 dan tanpa bantuan Felda dapat 200. Ini satu diskriminasi yang dibuat untuk menakutkan peneroka yang menanam sendiri," katanya.

Zahrin: Si Biawak Pasir Lidah Bercabang

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/284988_2312909905131_1320915691_32766029_7855564_n.jpg

apa kelas bro
lu yang mulakan dulu
sekarang
lu nak cabar orang?

siapa nak percaya lu punya temberang bro?
1malaysia dah kenal lu bro!
puak umno jer masih bodoh dok dengar lu punya dongeng!

apa main cabar-cabar
lu bagitau la sapa yang cakap kat lu
kahkahkah
tak sangka yang terima maklumat bangang macam yang bagi maklumat!

ppuuiihhh!

Sindiket MyPR-MyKad. Jom Pakat-Pakat Cari Dalang

Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT

MyPR-MyKad: PAS dakwa sindiket dilindungi BN hadapi PRU-13

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh "sindiket" yang dilindungi Barisan Nasional (BN) demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, langkah JPN "membenarkan" pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam "sindiket" itu.

"Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.

"Saya percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sambil menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

"Bagaimana seorang pemastautin tetap yang memegang kad pengenalan merah (MyPR) boleh tukar status dalam masa yang singkat? Sudah pasti ia dilakukan oleh sindiket yang mendapat perlindungan daripada kerajaan untuk menjadikan mereka ini sebagai pengundi.

"Kita ada bukti ... dan kita juga sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, kita juga akan semak daftar pemilih untuk pastikan perkara yang sebenar," katanya.

Tambah Salahuddin, tindakan menukar status kewarganegaraan membuktikan BN adalah parti yang tidak bermaruah dan sanggup menang dengan apa jua cara termasuk "permainan kotor."

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayan Persekutuan Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.

Perkara sama juga pernah dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan berhubung pengundi hantu dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar."

Sementara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan, sistem biometrik yang diperkenalkan SPR tidak harus dilaksanakan "penipuan dan penyelewengan" telah berlaku di peringkat dasar.

"SPR cadang sistem biometrik tapi apa yang kita tahu data pengundi akan diambil daripada sistem data JPN, kalau JPN boleh menukar status kewarganegaraan jadi apa lagi yang kita boleh haramkan dengan sistem biometrik ini?

"Apa jaminan sistem biometrik ini kalau JPN boleh memanipulasikan status kewarganegaraan yang mana pemastautin tetap boleh bertukar kepada warganegara dalam masa yang sangat singkat ... beberapa jam sahaja," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"(Kerajaan) masih ada masa ... masih ada masa untuk buat perubahan, tuntutan Bersih 2.0 perlu dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar serius mahu buat perubahan.

"Kerajaan perlu lakukan reformasi agensi kerajaan secara besar-besaran," kata Suhaizan.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini telah mengenal pasti ribuan pemastautin tetap telah bertukar status kewarganegaraan dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi.

"Kita ada semua maklumat ini, kita ada beribu nama pemastautin tetap ini, seluruh Semenanjung Malaysia ada dan setakat ini kita masih belum menerima maklumat tentang sabah dan Sarawak.

"Apa-apa pun kita akan terus mengumpulkan maklumat dan saya minta agar kerajaan serius," katanya.

senang jer citer, kalau buat kerja mesti tahu punya siapa waktu tu yang bertugas. pihak yang berkaitan pergi cari la, jangan main tuduh menuduh!

Perangai Umno Bila Dah kalah

Posted: 02 Aug 2011 06:30 PM PDT

PRU-13: MB Perak nafi adakan pilihan raya olok-olok

KUALA LUMUR, 2 Ogos — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menafikan pihaknya pernah mengendalikan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Anda kena tanya dari mana mereka dapat laporan itu, sumber-sumber dan oleh kerana kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok ... ini bukan daripada sumber-sumber Umno, saya boleh memberitahu anda dengan segera bahawa ini bukan daripada ... kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok," kata beliau kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Menurut laporan Astro Awani hari ini, Zambry berkata laporan yang dibawa oleh The Malaysian Insider semalam hanya satu andaian.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, Barisan Nasional (BN) Perak sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan sedang melakukan pelbagai usaha progresif untuk memastikan perikatan itu menguasai negeri.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Meri lalu memutuskan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok mengikut bahagian parti pada bulan Julai.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan BN boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat.

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula enam.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

"Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

"Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Zambry menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Dalam pada itu Bernama Online memetik Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam berkata beliau yakin BN tidak akan kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan rakyat terhadap BN didapati semakin meningkat.

Beliau berkata ini berdasarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin bahawa pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di seluruh negara.

"Sokongan terhadap BN sudah meningkat berbanding dahulu. Jadi tanggapan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang menyatakan pembangkang akan menawan Perak dan NS adalah kurang tepat jika mengambil kira pilihan raya olok-olok yang dibuat oleh Umno," kata Subramaniam di Gemas hari ini.

Dalam masa yang sama, Subramaniam meminta pemimpin dan anggota MIC supaya peka dengan permasalahan rakyat kerana keadaan politik pada hari ini tidak serupa dengan dahulu.

"Jangan biarkan orang lain naikkan permasalahan rakyat. Biar MIC jadi wira dan ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat kita," katanya.

Timbalan Presiden MIC itu yakin dengan memperjuangkan isu rakyat, sokongan akan kembali kepada BN.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pula berkata sehingga ini semua itu adalah andaian dan hanya akan terbukti apabila pilihan raya nanti.

Zahid juga percaya kepimpinan Menteri Besar Besar Perak mampu mempertahankan BN di negeri itu.

Kelantan – wujudkah sistem ekonomi Islam?

Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT

Oleh Dinsman

Membaca sekali lagi buku "Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman" karangan Prof Shaharir Mohamad Zain, kerana satu keperluan untuk bercakap mengenainya di suatu majlis Persatuan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), ada beberapa perkara ingin saya timbulkan.

Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan bukan hanya terbatas kepada bidang-bidang dakwah, pentadbiran dan tarbiyah Islamiyah sahaja, tetapi juga merangkumi bidang ekonomi dan perniagaan. Kata Shaharir:

"Nik Aziz sebenarnya mempunyai pemikiran ekonomi keIslamannya yang tersendiri, selain daripada mengutamakan ekonomi kebahagiaan daripada ekonomi pembangunan (yang diperolehnya menerusi tafsirannya sendiri terhadap beberapa ayat al-Quran sesuai dengan taraf ulamanya), yang setengahnya telah cuba dilaksanakan dengan batas-batas kudrat politik, kewangan dan ilmu yang ada padanya. Pemikiran ekonominya yang agak berlainan dengan sarjana-sarjana ekonomi Barat dan bahkan sarjana Islam lain sekalipun, ialah tentang konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya." (hal.34)

Orang jarang memberi perhatian kepada aspek ini, walaupun ia pernah dihuraikan oleh Surtahman dan Norfadzilah pada tahun 2004 lagi, dalam tulisan mereka berjudul "Pemikiran Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ekonomi", yang disiarkan dalam Jurnal Usuluddin 20 (2004).

Dan mengikut Prof Shaharir, "pandangan Nik Aziz ini, jika dikembangkan oleh sarjana lain lagi, tentunya mengubah hampir semua teori ekonomi kini."

Hebat! Kalau ia boleh mengubah hampir semua teori ekonomi kini, itu tentulah sesuatu yang luar biasa hebatnya. Cumanya kita kurang memberi perhatian kepada perkara tersebut. Inilah masalahnya. Makanya saya bercadang untuk menimbulkan perkara ini dalam majlis Perakan di Kelana Jaya, 30 Julai itu.

Sewaktu mengendalikan pengisian majalah Qiadah tahun lalu, saya meminta seorang sarjana ekonomi di Universiti Malaya, Dr Mohd Rosli Mohamad, menulis mengenai ekonomi Kelantan. Alhamdulillah, tulisannya berjudul "Penilaian Holistik Ekonomi Kelantan – Antara kaca mata Kapitalis dan perspektif Islam" (Qiadah, Ramadhan 2010) itu pada umumnya menyokong pandangan Shaharir tadi.

Dr Mohd Rosli antara lain menceritakan pengalamannya membawa seorang profesor Ekonomi Pembangunan dari sebuah universiti terkenal di Amerika, melawat Kelantan. "Dalam teori Barat yang dianutinya," tulis Mohd Rosli, "semakin tinggi bilangan anak maka semakin rendah taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga, kerana teori ekonomi Kapitalis percaya bahawa anak adalah liabiliti (beban) ekonomi."

Tetapi selepas beberapa siri lawatan, temubual dan perbincangan di Kelantan, profesor ekonomi dari Amerika itu mendapati terdapat fakta di Kelantan yang mencabar teori ekonominya. Fakta tersebut ialah: orang Kelantan suka memiliki saiz keluarga yang besar, atas kepercayaan bahawa anak-anak mereka akan memberi bantuan kepada mereka, menjelang usia emas nanti.

Dan terbukti, melalui pemerhatiannya sendiri, bahawa keluarga yang mempunyai ramai anak di Kelantan tidak semestinya terdiri daripada keluarga yang rendah taraf sesio-ekonominya.

Memang fakta itu bukanlah hasil daripada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, tetapi lebih merupakan tradisi orang Kelantan sendiri. Namun ia suatu yang sangat menarik, kerana menunjukkan hal-hal yang biasa seperti itu pun, apabila dilihat dalam perpektif teori ekonomi antarabangsa, ia adalah sesuatu yang sangat penting. Boleh merubah sebuah teori yang digunapakai di peringkat dunia.

Sebelum itu Mohd Rosli telah membuktikan bahawa tanggapan umum yang mengatakan penduduk Kelantan miskin dan mundur adalah tidak benar. "Harus diingat," katanya, "bahawa kelemahan utama pengiraan KDNK ialah kegagalannya untuk mengambil kira aktiviti bukan kewangan dan aktiviti ekonomi tidak formal.

"Sedangkan rakyat Kelantan, selaras dengan ajaran Islam, suka bertani, menternak dan menangkap ikan untuk kegunaan mereka sendiri. Mereka juga gemar berniaga secara kecil-kecilan (tanpa pendaftaran) untuk menyara kehidupan diri dan keluarga."

Antara rumusan menarik yang dibuat oleh Mohd Rosli ialah: "Walaupun pendapatan penduduk negeri Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri maju lain di Semenanjung, kualiti hidup mereka jauh lebih baik. Mereka tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. Penduduk Kelantan juga tidak perlu menghidu asap kilang dan kenderaan yang keterlaluan; dan ini menjimatkan bil kesihatan mereka setiap bulan."

Ada banyak lagi maklumat menarik mengenai ekonomi Kelantan dipaparkan dalam tulisan tersebut. Namun itu hanyalah secebis sahaja daripada banyak lagi maklumat dan fakta yang belum diangkat untuk perbincangan, bagi melihat impak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz terhadap "konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya," seperti yang dimaksudkan oleh Shaharir.

Dan Shaharir juga menyebut beberapa permasalahan dalam amalan ekonomi hari ini, yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pentadbiran di Kelantan, bagi menyempurnakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz.

Misalnya apakah tidak ada lagi ikhtiar yang boleh dibuat oleh pihak pentadbiran Negeri Kelantan bagi menghapuskan terus unsur-unsur riba' dalam amalan perniagaan hari ini? Apa yang didakwa sebagai penghapusan riba' dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan kita hari ini, belumlah mencukupi. Unsur-unsur penindasannya masih wujud.

Seorang sahabat saya, penganut sosialis tegar, masih menafikan wujudnya sistem Ekonomi Islam. Katanya hanya ada dua sahaja sistem ekonomi dalam dunia hari ini, iaitu Kapitalis dan Sosialis. Dengan sekadar adanya pengharaman riba' dalam perniagaan dan hukum wajib mengeluarkan zakat, katanya, itu belumlah mencukupi untuk menjadi sebuah sistem ekonomi.

Saya berasa agak terkilan tidak dapat menyanggah pandangannya itu dengan bukti-bukti yang boleh meyakinkan. Maka saya berharaplah, agar pihak Kerajaan Negeri Kelantan boleh melakukan sesuatu dalam perkara ini.

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

'Mereka mendengar kata tuan mereka' - Mohamad Sabu

Posted: 02 Aug 2011 04:25 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT

TINDAKAN Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengarahkan peguam memfailkan saman terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ekoran kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Saleh Mat Rashid adalah satu keputusan yang cukup baik.

"Jumpa di mahkamah" sebenarnya lebih tepat daripada berbahas dalam akhbar yang tidak ada kesudahan. Polis mungkin mendapat kerjasama erat dari media arus perdana dan RTM1, manakala Mohamad Sabu hanya mengharapkan simpatisan dari blogger yang sedia bekerjasama dengannya selain Harakah.

Polis dilihat agak tergopoh gapah sedikit dalam isu ini, ekoran desakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meminta, jika polis ada rakaman video, tayangkan segera. Sebelum ini, perbahasan keganasan polis dalam menyelesaikan isu Himpunan Bersih 2.0 hanya berlegar dalam youtube dan tuduh menuduh yang dilihat berat sebelah.

Barangkali polis belum bersedia untuk menayangkannya tetapi disebabkan TPM Muhyiddin sudah mendesak, tak semena-mena video/rakaman tersebut ditayangkan termasuk ulasan polis yang mendakwa Mohamad Sabu berbohong atas dakwaan kenderaan polis melanggarnya.

Nasib baiklah ada media yang mahu menyiarkan kenyataan-kenyataan polis mengenai cara mereka menyuraikan perhimpunan tersebut. Jika tidak, di mana agaknya saluran polis hendak sampaikan maklumat ini?

Eloklah, jika Suhakam mengambil peranan mengadakan pendengaran awam dalam isu ini kerana imej polis akan terjejas sekiranya dalam isu Mohamad Sabu, ternyata memang berlaku pelanggaran yang didkawa Mohamad Sabu.

Walaupun rakaman video polis tidak menampakan imej atau rakaman kenderaan polis, yang Mohamad Sabu dakwa, sebuah kereta Waja, sepatutnya Saleh Mat Rashid mendapatkan laporan penuh dari anggota yang bertugas sebelum bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya dalam rakaman tersebut.

Kalau Mohamad Sabu benar dan hasil siasatan dijalankan menunjukkan memang Mohamad sabu dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Waja kepunyaan polis, alangkah malunya PDRM untuk berdepan isu ini?

Tepatlah dakwaan mengatakan polis terlalu mengikut kata tuan mereka tanpa bersikap adil, telus dan cekap.

Tetapi kalau ternyata pihak polis benar dan hasil siasatan menunjukan Mohamad Sabu memang terjatuh selepas motosikal yang ditumpanginya terlanggar pembahagi jalan, Mohamad Sabu harus menerima kesan dan akibat dari dakwaannya itu.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 sebenarnya memperlihatkan betapa kelam-kabutnya tindakan polis untuk menangani isu tersebut.

Bermula dengan pelbagai amaran, tangkapan di bawah Ordinan Darurat dan pengisytiharan Bersih sebagai kumpulan haram menimbulkan banyak persoalan.

Khidmat polis sebenarnya sentiasa disanjung oleh rakyat Malaysia. Selama ini, telah terbukti bahawa PDRM berada di mana-mana sahaja ketika rakyat memerlukannya.

Tetapi, apabila berlaku isu seperti sekarang, dengan kenyataan-kenyataan yang bernada amaran seperti kenyataan politik, rakyat tertanya-tanya, apakah polis bertindak atas isu keselamatan atau atas kehendak tangan-tangan ghaib seperti dakwaan Mohamad Sabu, atas permintaan tuan mereka.

Tiada siapa mahu polis dicaci dan disangsikan niat mereka menjaga keselamatan. Tetapi polis itu dianggotai oleh manusia. Sesetengahnya, apabila sudah bersara, berada di dalam parti pembangkang dan menceritakan pengalaman masing-masing ketika bertugas.

Malahan, ada yang terpilih bertanding atas tiket parti pembangkang dan dari cerita-cerita mereka ini, banyak perkara yang selama ini tidak terdedah, kini sudah menjadi rahsia umum.

Yang menyebelahi kerajaan, berpendirian seperti orang kerajaan tetapi bila mereka tidak bersama kerajaan, pandangannya berbeza.

Dari cakap-cakap seorang dua dari Persatuan Bekas Polis, Umno dan BN kena berubah jika mahu kekal berkuasa. Jika mereka tidak berubah, nescaya mereka akan ditolak dalam PRU 13 akan datang. BN tidak ada pilihan kedua, berubah atau rebah, kata mereka.

Hari ini, polis terpaksa sibuk dengan isu Himpunan Bersih 2.0. Belum lagi Suhakam tampil selepas pendengaran awamnya. Sedikit sebanyak keyakinan rakyat terhadap pasukan polis terjejas dengan pelbagai pendedahan yang dibuat selain dari kenyataan-kenyataan polis yang menjadi pertikaian mereka yang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Hari ini, cara polis menggunakan gas pemedih mata pun sudah mula dipertikaikan. Peguam Latheefa Koya pula mendakwa gas pemedih mata yang digunakan polis sama dengan gas pemedih mata yang digunakan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Begitu jauh perginya isu ini sedangkan selama ini, gas pemedih mata adalah alat paling ringan yang digunakan untuk tujuan menyuraikan satu-satu perhimpunan dan rusuhan.

Hilanglah cerita polis menyediakan makan dan tempat sembahyang bagi mereka yang ditahan ketika Himpunan Bersih 2.0. Khabarnya anggota polis sendiri tidak bersetuju dengan penyediaan makanan yang berharga RM25 setiap orang yang ditahan dan dalam masa yang sama, anggota polis yang bertugas diberikan nasi bungkus polestrin yang berharga RM3 seorang.

Ketika Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mencaci polis, ramai yang melihat bahawa polis seperti tidak termampu melawan serangan orang ramai yang mempertikaikan ketegasan polis menangani isu ini.

Cakap-cakap Menteri Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hishammuddin Hussein menjadi bahan ejekan dari kalangan Umno sendiri termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin menempelak Hishammuddin dengan kata-kata, "dia boleh memberi berapa banyak amaran pun tetapi Patriot tetap akan turun berdepan dengan Bersih 2.0".

Setakat ini, yang patuh kepada nasihat polis hanyalah sebuah NGO yang cakapnya berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang tahi, Perkasa. Ketika mereka meminta orang Cina membeli bekalan makanan untuk persiapan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal ditentangnya, rupa-rupanya mereka (Perkasa) membeli beberapa tin sardin untuk dibuat sandwich dan berkelah di Tasik Titiwangsa.

Itupun bilangan yang hadir berkelah tak ramai. Yang lain-lainnya, khabarnya membeli selimut dan mereka berselimut di rumah dengan alasan mematahi arahan polis. Tidak pula diketahui, apakah mereka (Perkasa) akan menerima anugerah khas sempena Hari Polis nanti kerana kepatuhan mereka ini.

Jangan sesiapa menuduh mereka (Perkasa) penakut kerana mereka berjanji akan menjengkal muka Dato' S. Ambiga, berdepan dengan sesiapa sahaja yang mendalangi Himpunan Bersih 2.0 kerana mereka "patuh dan akur" dan bukan takut. Cuma, mungkin mereka kurang berani tetapi tidak takut.

Ketika Perkasa menjadi bahan ketawa orang ramai ketika ini, polis pula menjadi topik perbincangan hangat, apakah mereka benar-benar bertindak atas faktor keselamatan atau, dalam keadaan serba salah.

Tindak-tanduk polis tidak menampakkan polis bertindak sendirian melainkan seperti kata Mohamad Sabu, mereka mendengar kata tuan mereka.

Jalur Gemilang Dan Negara Malaysia SDN. BHD.

Posted: 02 Aug 2011 04:00 PM PDT

Kesian aku kepada Pak Menteri berjiwa seni yang seorang ini. Setiap kali menjelang bulan kemerdekaan beliau akan mengajak segenap lapisan masyarakat mengibarkan bendera Malaysia. Malangnya, sambutan yang diterima tersangat dingin. Bahkan ada yang memperli lagi dengan menggantung bendera dengan kepala ke bawah seperti keluang yang bergayut pada dahan.

Sudah hilangkah semangat patriotisme di kalangan rakyat kita? Menggantung bendera di hujung rumah pun tidak boleh dilakukan? Kerjanya bukan sulit, bahkan semudah menggantung seluar dalam di tepi jendela. Gantung seluar dalam lagi susah. Seluar dalam boleh dijadikan tontonan ramai, kenapa tidak bendera negara? Malu sangatkah mengibarkan bendera di hujung rumah? Jikalau tidak susah, tidak malu, kenapa tidak digantungnya?

Hanya gantungkan saja, tidak perlu dikibar-kibarkan sebagaimana permintaan Pak Menteri. Kibarkan bendera biar jadi tugas angin. kita tidak bisa mengibarkan bendera selama sebulan lamanya. Sekejap-sekejap seperti menyambut ketibaan pemimpin tidak jadi masalah. Berbulan-bulan kibarannya biar diserahkan kepada angin.

Kenapa liat sangat? Ini mesti tiada semangat patriotisme?

Jikalau Tuah masih hidup, nescaya hulubalang Melaka ini akan bertempik: "Cis, ke mana hilangnya perasaan cintakan tanah air di hati kalian semua!"

Jikalau Mohamad Sabu mendengar, dia akan segera menyahut: Cis, pahlawan pondan, diamlah kamu!"

Berani sungguh Mohamad Sabu mengelar sahabat karib Jebat pahlwan pondan semata-mata dia serahkan bini kepada sultan yang ditaatinya dengan jiwa raga. Jikalau Jebat masih hidup, Jebat akan cabar Mohamad Sabu: "Cis, kamu mahu mati seperti aku?" Maka Jebat pun diampunkan dan tuduhan penderhaka ditarik balik kerana menengking Mohamad Sabu.

Semangat patriotisme masih ada di hati rakyat Malaysia. Semangat itu tidak pernah hilang, masih gilang gemilang seperti Jalur Gemilang. Malahan seratus kali lebih gemilang kerana Jalur Gemilang diberinya nama oleh Umno. Sedangkan gemilang semangat patriotisme di hati rakyat adalah semangat semulajadi. Apabila umno hilang gemilang, semua benda yang diberinya nama oleh Umno hilang gemilang. Semuanya jadi pudar, kusam dan masam.

Cuba seruan kibarkan bendera Malaysia tidak dilakukan oleh pemimpin Umno, aku yakin ramai yang akan kibarkan bendera. Atau kalau mahu kepastian, minta pemimpin Umno larang rakyat kibarkan bendera, katakan saja bahawa kibarkan bendera tidak perlu sama sekali, aku berani sumpah, seluruh bangunan di Kuala Lumpur dipenuhi bendera Malaysia. Kenderaan-kenderaan juga akan dihiasi bendera Malaysia. Bahkan orangnya pun akan berselimut bendera sepanjang hari. Silap-silap akan ada demontrasi perarakan bendera Malaysia setiap minggu sepanjang bulan Ogos. Asalkan tidak ada kaitan dengan kerajaan BN, semangat rakyat akan berkobar. Namun, apabila BN masuk campur, semangat pudar, kendur dan kecut habis.

Kenapa begini? Kerana rakyat benci pemimpin Umno-BN. Atau lebih tepat benci kepada dasar kerajaan BN. Apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan BN atau dikaitkan dengan pemimpinnya, dibenci sehingga ke sum-sum tulang. Kerajaan BN dengan bendera dua perkara yang berbeza? Memang betul. tiada siapa membantah. dua perkara yang tidak sama. Satu di langit, satu lagi di bumi. Bendera lambang negara. Negara milik kita semua. BN parti politik. Parti BN tidak dianggotai semua rakyat.

Punca musibahnya kerana Umno-BN telah "menghakmilikkan" negara Malaysia. Rakyat umpama menumpang. Semua dasar ditentukan oleh BN walaupun BN pilihan rakyat. Rakyat memberi kuasa kepada BN. Akan tetapi setelahj berkuasa, BN lupakan rakyat. BN bina negara tanpa pedulikan kehendak rakyat seolah-olah rakyat tidak berhak ke atas negara mereka. Itulah punca segala kebencian rakyat kepada seruan Pak Menteri agar kibarkan Jalur Gemilang.

Oleh sebab tersedar akan punca inilah maka Perdana Menteri menyeru pemimpin BN mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dengan ikhlas. Seperti biasa, seperti BN era Mahathir dan Pak Lah, apabila sang ketua menyeru, maka bersahut-sahutan orang bawahan seruan tersebut. Cuma sahut-sahutan, kerjanya seperti biasa, tidak berjalan. Kalau berjalan pun sekejap saja umpama hangat-hangat pengantin baru. Sekali pancut, hilang hangatnya.

Aku pun rakyat. Aku bukan tinggal di gunung. Aku tinggal di kota yang mudah dihubungi, tetapi aku tidak pernah melihat kelibat pemimpin BN datang ke tempat aku. Mungkin tempat aku tidak disukai pemimpin BN. Aku pun telefon beberapa orang kawan. Jawapannya sama. Tempat mereka juga tidak pernah didatangi pemimpin BN. Mungkin secara kebetulan semua tempat itu tidak digemari pemimpin BN. Habis tempat yang bagaimana yang disukai? Sepengetahuan aku, setiap tempat ada pemimpin BN yang ditugaskan mendekati rakyat, tetapi tempat aku tiada?

Mungkin kedatangan mereka aku tidak ketahui. Aku bukan Tuhan yang bisa mengetahui semua perkara. Namun, kedatangan pemimpin ke sesuatu kawasan seharusnya dikhabarkan kepada semua penghuni kawasaan tersebut. Atau BN masih menggunakan modus operandi lama – memanggil kaum kerabat sahaja untuk berjumpa pemimpin agar peruntukan, jikalau dihulurkan, tidak perlu dikongsi terlalu ramai orang.

Cukuplah memperjuangkan perut sendiri. Perut rakyat juga harus diisi. Cukuplah melakar dasar berpandu pada kehendak parti dan pemimpin tertingginya, kehendak rakyat perlu diambil kira. Cukuplah menjadikan Malaysia negara "Sendirian Berhad" kerana rakyat juga berhak ke atas tanah air mereka.

Selagi BN tidak betul-betul menghayati seruan Perdana Menteri, tidak benar-benar melakukannya dengan ikhalas, bukan bendera Malaysia, tetapi bendera BN yang akan hilang tempat kibarannya.

http://satumalaysia.wordpress.com/2011/08/02/jalur-gemilang-dan-negara-malaysia-sdn-bhd/

Pulakdah!

Posted: 03 Aug 2011 01:33 PM PDT

Kasihan NAJIB....Berbuka Tanpa ROSMAH Di Sisi

Posted: 03 Aug 2011 10:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, berkenan berangkat untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan jemaah Menteri Kabinet serta duta-duta asing di Istana Negara di sini malam ini.

Turut kelihatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (belakang kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bersalaman semasa bertemu di majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri dan jemaah Menteri Kabinet serta perwakilan asing di Istana Negara di sini, malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas.

Kredit : Bernama

Menyampah...Muak..Bosan...Meluat!!

Apa lagi perkataan yang sesuai untuk diberikan kepada Rosmah ini.

Sehinggakan program berbuka puasa Agong bersama jemaah Menteri Kabinet pun dia sibuk menenyehkan muka ketika Najib tidak dapat hadir kerana masih berehat?

Siapa Rosmah?

Dia mewakili Najib ke?

Tidak cukupkah Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri mewakili Najib?

Lebih HEBAT Rosmah sanggup TINGGALKAN Najib semata-mata untuk MENONJOL dalam majlis ini.

Kasihan lah NAJIB Ditinggalkan ROSMAH dan berbuka puasa tanpa isteri kesayangan....

:Author Faethal

3 Hari 15,000 PATI Daftar Diri....Inikah Wajah-wajah PENGUNDI PRU 13?

Posted: 03 Aug 2011 01:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Pegawai-pegawai Imigresen memantau dan memberikan penerangan kepada majikan-majikan yang membawa pekerja-pekerja mereka di Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P ketika tinjuan fotoBERNAMA di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini.SABAR ... Seorang pekerja Bangladesh menutup kepalanya dengan kemeja semasa menunggu untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini.Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) menunggu dengan sabar untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini.

Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) beratur dengan sabar untuk mendaftarkan diri pada Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini.

Pekerja-pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) melihat rakan-rakan mereka yang menunggu untuk mendaftarkan diri sempena Program Penyelesaian Menyeluruh PATI atau Program 6P di Stadium Bola Sepak Cheras di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 PATI mendaftarkan diri di seluruh negara sejak hari ketiga program itu bermula.
Program 6P ini bertujuan mendapatkan data serta biometrik sekaligus membolehkan kerajaan memperoleh statistik jumlah PATI di Malaysia.

Kredit : Bernama

Hebat!..dalam 3 hari, 15,000 PATI daftarkan diri. Boleh percayakah dengan JPN & SPR yang TIDAK AKAN menukar taraf PATI ini kepada PR dan seterusnya kepada WARGANEGARA sehingga layak mengundi pada PRU 13 nanti. Jika dicongak-congak, 15,000 PATI ini boleh memberikan kelebihan MAJORITI kepada kepada BN dalam PRU 13 nanti : Author Faethal

BONUS Raya RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan SELANGOR

Posted: 03 Aug 2011 12:55 AM PDT

TERKINI : Menurut tweeter Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim, Exco telah bersetuju untuk memberi bonus pertama kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah sebanyak RM 500 utk Hari Raya.

Inilah Tulang LUTUT NAJIB - ROSMAH

Posted: 02 Aug 2011 10:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan tulang rawan pada lutut kiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang koyak selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangan sejurus keluar dari Wad Diraja selepas menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri).Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenangan bersama doktor dan jururawat yang merawat beliau semasa menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini. Turut sama Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (duduk, dua, kiri).

Kredit : Bernama

SpongeBob MEROMPAK Kedai 7-Eleven

Posted: 02 Aug 2011 05:35 PM PDT


ORLANDO – Nama SpongeBob SquarePants sudah cukup buruk apabila ia menjadi bintang pujaan bagi kanak-kanak. Kini, nama itu menjadi semakin buruk setelah ia didapati melanggar undang-undang.

Menurut WPBF, seorang perompak yang menyamar dengan memakai topeng ski SpongeBob telah merompak sebuah kedai 7-eleven di Orlando, minggu lalu.

Rakaman CCTV menunjukkan, salah seorang perompak memakai topeng berwarna kuning cerah itu manakala seorang lagi mengugut seorang pekerja. Tembakan juga sempat dilepaskan bagaimanapun tiada yang cedera.

Inilah topeng ski SpongeBob yang digunakan salah seorang perompak.

Pengikut