Jumaat, 7 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 07 Mar 2014 03:39 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:39 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Terkini Di Kajang!

Posted: 07 Mar 2014 07:17 AM PST

Pimpinan pakatan rakyat sedang memberi ucapan dan sedang menyatakan sokongan kepada anwar dan perjuangan rakyat.

Laknat pemimpin zalim!

Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen

Posted: 07 Mar 2014 04:27 AM PST

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.

MB: Keputusan Mahkamah Rayuan episod hitam institusi kehakiman negara

Posted: 07 Mar 2014 04:09 AM PST

SHAH ALAM 7 MAC: Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung kes Fitnah II sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara.

Menteri Besar Selangor itu kesal dengan keputusan mahkamah berkenaan yang memenjarakan semula Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu lagi episod hitam dalam institusi kehakiman negara. Moga Datuk Seri Dr Wan Azizah serta keluarga bersabar atas ujian dan dugaan ini," katanya melalui twiter petang ini.

Khalid dan Anwar memiliki hubungan rapat yang berterusan apabila mereka bersama-sama memperjuangkan rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Gandingan itu juga memainkan peranan penting apabila Khalid dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang ditandingi Anwar.

- FZL

Liwat II: Anwar didapati bersalah, 5 tahun penjara, tidak layak bertanding di Kajang

Posted: 07 Mar 2014 03:07 AM PST

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Anwar didapati bersalah liwat Saiful Bukhari - Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 07 Mar 2014 02:49 AM PST

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sejurus keputusan dibacakan, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat meluru kepadanya.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, memohon mahkamah memberi tempoh seminggu bagi melakukan mitigasi.

Bagaimanpun, permohonan itu dibantah Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan bahawa pihaknya sudah menunggu sejak Julai untuk membuat rayuan.

Mahkamah Rayuan kemudian memberi tempoh satu jam bagi membolehkan pihak pendakwaan melakukan mitigasi. Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan.

Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan.
Keadaan Mahkamah Rayuan turut bertukar riuh apabila penyokong Anwar tiba-tiba menjerit.

DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Mar 2014 03:24 PM PST

Naeem Raffi

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di wilayah itu mulai April depan.

Datin Paduka Alinah AhmadDatuk Bandar Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program tanggungjawab sosial itu adalah jalinan kerjasama MBPJ bersama syarikat pengendali pengangkutan awam, Rapid KL.

"Penyediaan bas percuma ini adalah satu lagi inisiatif MBPJ mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Petaling Jaya.

"Sebanyak 10 buah bas akan disediakan untuk kemudahan penduduk ke destinasi seperti sekolah, jabatan kerajaan, pasar, stesen LRT dan hospital," jelasnya kepada Selangor Kini.

Alinah berkata, perkhidmatan terbabit membabitkan Jalan Yong Shook Lin, Jalan Sultan, Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Gasing, Jalan Othman serta sekitar Pusat Bandar Seksyen 52.

"Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

"Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar," katanya.

bas 1

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Selain itu, MBPJ sudah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer (km) meliputi seluruh kawasan majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 km sedia ada.

Empat buah kemudahan 'park and ride' yang menawarkan 1,911 petak letak kereta di stesyen Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada juga akan dibina.

Oleh NAZLI IBRAHIM

KAJANG : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya sebagai peluang untuk meneruskan legasi perjuangannya mengumpulkan aset untuk rakyat.

Beliau berkata, legasi itu termasuk kejayaan terbaru memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang mengembalikan industri air Selangor kepada rakyat Selangor.

"Saya ada pengalaman ambil alih aset bermanfaat untuk rakyat. Saya pernah lakukan terhadap Guthrie di London. Saya juga ambil alih aset ladang di Indonesia yang dibeli Guthrie.

"Sekarang saya beli aset air yang jika dimiliki rakyat tentunya lebih baik untuk rakyat Selangor.

"Maknanya, legasi saya cuba dapatkan harta untuk kepentingan rakyat. Harta itu akhirnya bukan untuk saya tetapi untuk rakyat.

"Macam saya beli ladang kelapa sawit di Indonesia pada 2000, ada orang kata saya buang duit tetapi sekarang bila kita beli banyak, kita pula cetak duit.

"(Tapi) Saya taklah dapat duit itu," katanya pada sidang media Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) Perbadanan Pengurusan (MC) baru-baru ini.

legasiAbdul Khalid sebelum menceburi bidang politik adalah ahli korporat yang memiliki kemahiran luar biasa dalam selok belok dunia korporat.

Antara paling diingati dalam peringkat dunia antarabangsa apabila berjaya mengembalikan syarikat peladangan terbesar, Guthrie dari tangan British ke pangkuan Malaysia pada 1981.

Dalam misi yang terkenal sebagai 'Dawn Raid' atau 'Serangan Waktu Subuh' di kota London itu, Abdul Khalid dipertanggungjawab merancang strategi mengambil alih syarikat peladangan itu secara 'serangan mengejut' di Bursa Saham London.

Abdul Khalid pada 2000 ketika menyandang jawatan Ketua Eksekutif Guthrie, berjaya mengambil alih syarikat peladangan kelapa sawit di Indonesia menerusi tender pembelian saham bernilai AS$350 juta.

Legasinya diteruskan dengan kejayaan menyingkirkan Alam Flora sebagai kontraktor kutipan sampah tunggal dan menyerahkan pengurusan sisa pepejal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekaligus menjimatkan wang rakyat sehingga RM80 juta setahun.

Beliau juga bertanggungjawab memungut kembali hutang bernilai RM392 juta dari Talam Corporation Berhad (Talam) yang gagal dikutip kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.- FZL

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 06 Mar 2014 11:04 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa's Statement

Posted: 06 Mar 2014 02:16 AM PST

PRESS STATEMENT

Why is the Court of Appeal railroading the appeal by the Attorney-General against the acquittal of Anwar Ibrahim for the second sodomy prosecution to commence on 6th April today?

Certain facts have come to light with regard to the scheduling of this case.  

About two weeks ago, a registrar from the registry of the Court of Appeal had communicated to Mr Karpal Singh's office and informed to block the proposed hearing dates of 7-10 April 2014.

Mr Karpal' office confirmed that the dates were suitable and would be blocked.

However, things then took a different turn when the case management of the appeal took place last week on 27.2.2014. The first unusual feature was that Justice Aziah Ali, one of the presiding bench appointed to hear the appeal, actually presided over the case management. Usually Deputy Registrars or Senior Assistant Registrars preside over case managements.

Secondly, counsel Karpal Singh who was present was told that the appeal would now proceed on Thurs 6 and Fri 7 March 2014.  When he said he was not available because he was involved in other cases, he was informed that Justice Aziah that those cases would be directed to be vacated so that this appeal would proceed.

Questions arise in the mind of the public why the Court of Appeal is suddenly rushing this appeal to be heard now when the original dates were envisaged to be in early April.

The entire nation and the world know that Anwar will be nominated by Parti Keadilan Rakyat to run in the Kajang by-election on Tuesday 11 March.  

Are these reshuffling of dates being done to hand down a conviction and sentence  before Tuesday so that Anwar will be prevented from running? It is public knowledge that Anwar's plan to run has caused much turmoil in the UMNO ranks. 

The Court of Appeal needs to provide an explanation as to why the appeal is being rushed.  Merely saying that the appeal has been pending since last year will not be sufficient since the early April dates were already communicated to Karpal Singh.

These are serious questions of public interest.  Anwar has consistently maintained that all his prosecutions since 1998 have been politically motivated.  The judiciary must not be seen to be manipulated by vested political interests who are bent on using the court system to stop Anwar's political career, and by extension,  his leadership of PKR and Pakatan Rakyat who continue to present today the biggest threat to UMNO's continued rule. 

Sivarasa Rasiah
Member, Political Bureau member, Parti Keadilan Rakyat
6th March 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 Mar 2014 11:28 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apa yang tak kena di USIM , N.Sembilan?

Posted: 06 Mar 2014 02:03 AM PST


PDRM tak tahu beza antara Volvo dan Daihatsu?

Posted: 05 Mar 2014 11:47 PM PST



Apa guna ada sistem komputer yang serba canggih dan mahal-mahal?


6 Mac 2014 – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Macamana mereka yang sakit mental boleh terlepas tapisan Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi pengawal keselamatan?

Posted: 05 Mar 2014 11:46 PM PST




Khianat masjid: Pengawal keselamatan ditahan

KUALA TERENGGANU 5 Mac 2014 - Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes khianat ke atas Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dan Masjid Limbongan di Besut dekat sini, malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek berusia 27 tahun, masih bujang dan dipercayai kurang siuman itu ditahan di Besut pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, suspek berjaya dikesan hasil maklumat orang ramai serta rakaman kamera litar tertutup di dalam masjid selain kecederaan yang dialaminya di bahagian kaki akibat menendang cermin masjid sehingga terpaksa menerima lapan jahitan.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Kampung Kluang, Besut mempunyai rekod sakit mental sejak dua tahun lalu serta masih mendapat rawatan.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Mar 2014 01:16 PM PST

Cucu Tok Selampit


Buku Ultraman Diharamkan DS @Zahid_Hamidi ? Penjelasan Lanjut Perlu Untuk Mengelak Isu Jadi Bahan Lawak

Posted: 06 Mar 2014 03:35 AM PST

Kemaskini 9.00 PM:

CTS mendapat maklumat daripada rakan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebab-sebab pengharaman buku 'Ultraman The Ultra Power' seperti gambar di bawah. Bukan watak Ultraman yang menjadi puncanya. Harap maklum.


Posting Asal:


Agak mengejutkan apabila membaca berita Malaysiakini, petang tadi mengenai pengharaman buku 'Ultraman The Ultra Power' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kalau berita berkenaan disiarkan oleh Malaysiakini, bolehlah dianggap fitnah atau gurauan, tetapi berita berkenaan diambil dari BERNAMA! Alasan pengharaman buku berkenaan yang diberikan oleh KDN agak terlalu umum dan menimbulkan tanda tanya. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
    
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan."

KDN seharusnya memberi alasan yang lebih konkrit dan lebih terperinci. Rata-rata rakan sebaya CTS membesar dengan watak Ultraman bertahun-tahun sedari kecil, rasanya tidak ramai yang menjadi penganas dan penjenayah kesan kerana terpengaruh dengan watak-watak Ultraman. Ultraman melawan raksaksa dari dunia lain. Apa yang ganasnya? Apakah ini bermakna watak-watak 'super hero' lain seperti Thor, Captain America, Superman, Spiderman dan sebagainya akan turut diharamkan?

Undi @chewmeifun Untuk Membolehkan Lagi Suara Wanita Dibawa Ke DUN Selangor

Posted: 05 Mar 2014 10:00 PM PST


Walaupun calon PKR bagi PRK DUN Kajang, Anwar Ibrahim, seringkali menghebahkan isu-isu nasional dalam ceramah beliau, calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun, menghabiskan sebahagian besar masanya menangani isu-isu tempatan, termasuk ancaman denggi. Chew berkata penduduk perlu memastikan rumah-rumah mereka itu telah disimpan bersih untuk mencegah nyamuk Aedes daripada membiak.

"Majlis tempatan dan pemaju perumahan tidak mungkin telah melakukan yang terbaik apabila melibatkan kepada kebersihan alam sekitar. Untuk mengelakkan nyamuk Aedes daripada membiak, penduduk perlu mengambil inisiatif mereka sendiri untuk menjaga rumah mereka supaya bersih dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Tanpa minda dan sikap yang betul, sebanyak mana kempen kesedaranpun tidak akan membantu di dalam memerangi denggi."

Mengenai peluangnya di dalam PRK berkenaan, Chew berkata, "Sebagai calon wanita, saya mungkin mempunyai kelebihan kerana berjaya meraih sokongan pengundi wanita. Saya pasti mereka mahu seorang lagi wakil wanita dalam Dewan Undangan Negeri Selangor." Chew berkata BN perlu memenangi pilihanraya kecil Kajang bagi membolehkan beliau memainkan peranan yang berkesan sebagai ahli pembangkang di Selangor dan juga berfungsi sebagai 'jambatan' antara Kajang dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan berterusan di sini.

Video @teresakok Dapat Telur Busuk

Posted: 05 Mar 2014 05:53 PM PST



Ini adalah video yang diterima daripada individu yang berada di tempat kejadian di mana Teresa Kok telah mendapat telur busuk selepas bersalaman dengan seorang lelaki. Kejadian berlaku sejurus Ahli Parlimen Seputih, Terasa Kok selesai berceramah di Padang Taman Cermai di Permatang Pauh, Pulau Pinang, malam tadi. Kita tidak perlu marah-marah. Mungkin ini satu cara lelaki itu hendak bergurau. Satiralah katakan.


Apa Yang Tersirat

Posted: 06 Mar 2014 01:16 PM PST

Apa Yang Tersirat


Sodomi II: Bebaskan Anwar: Hakim Khilaf-Tan Sri Shafee Abdullah

Posted: 06 Mar 2014 05:29 AM PST

Hakim Zabidin Md Diah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012 atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terkhilaf menurut Peguam Tan Sri Shafee Abdullah.

Shafee berhujah disebelah pagi dalam rayuan pembebasan Anwar, berkata, Hakim mahkamah Tinggi banyak kesilapan ketika membebaskan Anwar.

Antara kesilpan Hakim itu, antara lain gagal mengambilkan kira keterangan mangsa yang dirakam melalui kamera di mahkamah; gagal mengambilkira kegagalan penguambela memanggil saksi seramai 14 orang berkaitan dengan rakaman CCTV pada hari kejadian; gagal mengambilkira keterangan pakar-pakar kimia tempatan, serta gagal mengambilkira keterangan tertuduh yang memilih kandang saksi, yang tidak boleh disoalbalas oleh pendakwaan. Selain itu, hakim Zabidin juga gagal mengambilkira mengapa air mani tertuduh berada 4cm dalam dubur mangsa.

Menurut Shafee, Hakim Zabidin juga gagal mengambilkira keterangan pakar yang diupah Anwar Dr David Wells, bahawa keterangan pakar Australia itu tidak pernah digunapakai sebagai bukti keterangan di mana-mana mahkamah; melainkan keterangan Wells hanya berasaskan teori dan boleh disifatkan sebagai hearsay.

Shafee memohon mahkamah rayuan mensabitkan atas kesalahan liwat, kerana fakta-fakta  menunjukkan, bahawa memang berlaku perlakuan liwat, keputusan Hakmi Zabidin membebaskan tertuduh atas sebab meragui berkaitan sampel di mana hakim itu tidak yakin 100 peratus tidak terusik. Dalam kesalahan jenayah menurut Shafee, tidak semastinya pembuktian 100 peratus keraguan munsabah , akan tetapi faktor keseimbangan kemungkinan juga perlu diambil kira. Peguam itu merujuk seksyen 3 akta keterangan.

Keputusan Hakim Zabidin, hanya bersandarkan kepada satu faktor, iaitu beliau tidak yakin 100 peratus sampel yang diambil daripada dubur Saiful tidak terusik. Hakim itu, gagal memberi penghakiman, bagaimana DNA tertuduh boleh didapati daripada sampel itu, kulit tertuduh berjaya dikesan pada kuku mangsa; serta sampel air mani tertuduh didapati pada dubur mangsa. Perbicaraan bersambung esok.. peguambela Anwar secara konsisten berhujah berkaitan sampel, tidak menjawab kehadiran air mani tertuduh, tidak menjawab kehadiran tertuduh di kondominum Bukit Damansara pada kira pukul 3.01-4.30 petang 26 Jun 2008. Tidak menjawab keterangan mangsa merlalui kamera, juga tidak menjawab mengapa Anwar memilih dikandang saksi.

Sodomi II: Peguam Anwar Berspekulasi Bahawa Air Mani Anwar Bukan Daripada Dubur Saiful

Posted: 06 Mar 2014 01:29 AM PST

Hanya kerana 11 sampel swab yang diambil daripada mangsa sampai ke jabatan kimia lebih kurang 96 jam daripada sampel itu diambil, maka peguabela Anwar berspekulasi, bahawa sampel yang diuji oleh jabatan kimia bukan berasal daripada dubur Saiful. Kalau bukan? darimana asal sampel itu? sejak bila jabatan kimia menerima sampel air mani Anwar? pada malam Anwar di tangkap 28 June 2008 Ketua Pembangkang itu tidak menyerahkan sampel darah apatah lagi sampel air mani.

Hujah peguambela Anwar dalam rayuan pembebasan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012 hanya bersifat denial, tidak berhujah untuk mematahkan perkara pokok seperti mana dibangkitkan oleh Tan Sri Shafee Abdullah- Mengapa Air Mani Anwar ada 4cm dalam dubur Saiful; mengapa peguam Anwar tidak berhujah berakitan kehadiran tertuduh dilokasi kejadian; mengapa peguam Anwar tidak berhujah membalas kesaksian Saiful melalui rakaman kamera di mahkamah? Selain itu, mengapa peguam Anwar tidak menunjukan bahawa keterangan pakar yang diupah mereka itu pernah diguna di mana-mana mahkamah?

Benarlah, kesediaan Tan Sri Shafee Abdullah mengambil kes ini, kerana terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar secara teknikal.

Pada Isnin petang, keputusan Mahkamah rayuan, apakah rayuan sodomi II mendapati Anwar bersalah. Impak kepada rayuan sodomi II apabila Anwar didapati bersalah, adalah beliau tidak akan boleh menjadi calon PRK Kajang, melalui Kajang Move, bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Sodomi II: Lagi-Lagi Peguam Anwar Tidak Menjawab Mengapa Air Mani Anwar Ada Dalam Dubur Saiful

Posted: 06 Mar 2014 12:44 AM PST

Peguam Anwar yang terdiri daripada Anak beranak Karpal Singh- Ram Singh, lagi-lagi tidak menjawab mengapa air mani tertuduh ada dalam dubur mangsa.

Peguam Anwar juga tidak berhujah mengapa Anwar berada di lokasi kejadian, sedangkan 14 saksi mengiakan bahawa pada hari kejadian, memang Anwar berada di lokasi.

Peguam Anwar juga tidak berhujah berkaitan pengakuan mangsa secara rakaman kamera di mahkamah tinggi, mereka hanya mempersoalkan mengapa mangsa tidak melarikan diri, ketika tertuduh mahu meliwat mangsa dengan kata penghantar "Can I Fuck U Today".

Sodomi II: Karpal Tidak Jawab Bagaimana Air Mani Anwar Ada Dalam Jubur Saiful

Posted: 06 Mar 2014 12:03 AM PST

Menjawab perkara pokok rayuan sodomi II, iaitu berkaitan bagaimana air mani Anwar berada 4cm dalam dubur mangsa (Mohd Saiful Azlan Bukhari) seperti mana hujah Tan Sri Shafee Abdulah tidak dijawab oleh peguam bela Anwar- Karpal Singh. Juga Karpal Singh tidak menjawab hujah Shafee kerberadaan Anwar pada lokasi di mana berlaku sodomi. Karpal hanya berputar-putar mengenai sampel air mani yang dikatakan hanya diambil selepas 56-58 jam kejadian. Karpal silent bahawa air mani dalam dubur boleh bertahan selama itu tanpa rosak

Karpal dalam hujahnya hanya mempersoalkan kredibilti pengawai penyiasat sodomi II Insp Jude Pereria, sedangkan sampel air mani dilakukan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, dan tabung sampel ditandatangi oleh doktor dan mangsa. Karpal juga tidak menjawab persoalan Tan Sri Shafee, bahawa pakar yang diupah Anwar Dr David Wells, juga tidak menyatakan tabung diusik, melainkan plastik tempat tabung itu disimpan. Tabung yang mengandungi air mani mangsa adalah tertutup rapat.

Hujah Karpal senyap berkaitan dengan kehadiran air mani Anwar dalam dubur mangsa. Dengan hujah itu, secara tersirat peguam Anwar itu percaya bahawa memang berlaku sodomi. Kalau, tidak semestinya beliau bermati-matian mempertikai kehadiran air mani dalam dubur mangsa.

Sodomi II Anwar: Kalau Ada Konspirasi!! Bagaimana Air Mani Anwar Ada 4cm Dalam Dubur Saiful?

Posted: 05 Mar 2014 11:37 PM PST

Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. "Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?," soalnya.

Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: "Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?"

"Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).

"Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain".

Hakim Aziah menjawab, "Kami tonton CSI", yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.

Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.

Hujah-hujah Tan Sri Shafee Abdullah.

- Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu didakwa berlaku.

Katanya, Anwar menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ini adalah tindakan licik.

Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.

- Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.

Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.

-Mahkamah meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.

Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.

Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.

Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.

- Shafee membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.

"Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan."

- Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat menafsirkan bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.

Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik, katanya.

"Bagaimanapun, apabila ditanyta oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas."

Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.

Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.

Dalam kes ini, doktor HKL meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.

-Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mana sampel telah diletakkan tidak mengganggu bukti.

Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam tetapi itu bukan standard emas.

- Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.

"Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup," katanya.

-Shafee berkata ahli kimia mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.

Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.

"Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot."

- Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude.
Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.

- Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.

- Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.

Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.

"Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup."

- Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan "asli" walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.

"Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal."

Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.

- Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).

Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.

- Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

"Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar."

-Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.

- Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.

- Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.

"Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

"Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas," kata Shafee.

-Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

"Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan."

- Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.

Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.


Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.


Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Duke of UMNO

Posted: 06 Mar 2014 01:01 PM PST

Duke of UMNO


PENJENAYAH BUNUH POLIS TAK MENGAPA..???

Posted: 06 Mar 2014 06:34 AM PST

PENJENAYAH BUNUH POLIS TAK PE, ASALKAN JANGAN PENJENAYAH YANG MATI DIBUNUH..?

KALAU KORANG KELUARGA POLIS YANG DIBUNUH PENJENAYAH, APA KORANG RASA?

MALAS UPDATE BLOG.. SAYA STRESS...

Posted: 05 Mar 2014 06:31 PM PST

Saya stress hari ni... "malas" update blog... tengok la kalau dah okay nanti insyaAllah saya update semula... esok ke...lusa ke... stresssss...!!! 

PEJUANG BANGSA

Posted: 06 Mar 2014 11:35 AM PST

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! PUNCA BUKU ULTRAMAN DIHARAMKAN KDN TERJAWAB @Zahid_Hamidi

Posted: 06 Mar 2014 06:00 AM PST


Isu buku Ultraman diharamkan KDN menjadi kecoh dan seperti biasa portal haprak Meloyakini membakar perasaan marah macai2 nya . 

Apa punca dan sebab ia diharamkan ?? Sebabnya ialah isu KALIMAH ALLAH  digunakan dalam buku berkenaan yang berbahasan Melayu ini .

Apakah kita rela namaa  Allah disamakan dengan Ultraman King ??  

Memang tepat lah alasan KDN ia mengancam ketenteraman awam kerana isu Kalimah Allah sudah mengakibatkan pelbagai insiden berlaku seperti baling molotov cocktail di gereja P.Pinang berikutan banner Allah Is Great  dipasang . 

Cuma yang otak beku macai  Melayu  PR  akan ketawa buku Ultraman ini diharamkan KDN  kerana ketenteraman negara tapi sebenarnya yang lebih besar adalah penghinaan kepada nama Allah . 


@KhairyKJ BELASAH ADUN PKR SEBERANG JAYA TUDUH SALAH UMNO ! @dzainalabidin

Posted: 06 Mar 2014 05:09 AM PST



Selepas kenyataan media Adun PKR Seberang Jaya yang menuduh ia salah UMNO  yang menyebabkan dirinya dihental pelbagai pihak , Ketua Pemuda UMNO Malaysia  YB Khairy Jamaluddin tampil dengan persoalan di laman facebook beliau .

Beliau  mengajak rakan facebooknya menilai  sendiri adakah salah UMNO melalui   tweet daripada YB muda PKR dengan jawapan oleh anak anggota polis yang terkorban melalui  gambar yang telah di  printscreen .


Malah dalam komen terbaru anak arwah , adakah mereka  akan menyaman kenyataan Adun PKR ini ?



TWEET BIADAP : ADUN SEBERANG JAYA SALAHKAN UMNO PENYEBAB DIRINYA DIANGGAP MUSUH POLIS @dzainalabidin

Posted: 05 Mar 2014 11:43 PM PST



Semua salahkan UMNO , tak pun blogger UMNO  ...itu sahajalah hujah longkang pemimpin PKR yang kini digunapakai Dr Afir Bahardin , Adun PKR Seberang Jaya . 

Jangan ingat rakyat bodoh & tak memahami tweet anda  .  Apabila anda menyatakan tweet itu  tidak merujuk kepada sesiapa adalah jawapan  dangkal .  

Di ketika semua rakyat terkejut dengan terkorban seorang anggota Polis ketika menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam ,  beliau telah  tweet kenyataan cukup biadap  " Penjenayah Bunuh Polis itu tidak menghairankan "  .

Malah Timbalan   KPN turut menyelar kenyataan Adun PKR ini jelas tidak berperikemanusiaan .  

Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai penjenayah dan polis disifatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr Afif memuat naik status Facebooknya sebagai "penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."

"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," ujar Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Polis Tabuan Jaya di sini, pada Khamis.



Sewajarnya beliau memohon maaf dalam kenyataan medianya tetapi tidak dilakukan sebaliknya menyalahkan ia salah UMNO dengan angkuh & seperti tak rasa bersalah !!





KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN MENGHINA POLIS 

 Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

 Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam  telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam.

Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa. 

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

 Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya.

Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara. 

 Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan.

Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan.

Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.

Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58: "Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

 Afif Bahardin
 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ADUN Seberang Jaya

Pengikut