Shafee berkata tiada konspirasi berlaku di antara Jude dan ahli kimia tersebut. "Bagaimana Jude mendapat sperma tertuduh?," soalnya.
Hakim Aziah bertanya sekiranya hakim perbicaraan membangkitkan perkara itu dan Shafee menjawab: "Bagaimana sperma Anwar berada 4cm dalam dubur Saiful?"
"Hakim ada menangani perkara ini dalam penghakimannya (namun ia tetap menyebakan Anwar dibebaskan).
"Bukan sahaja Jude mendapatkan air mani, dia juga tentu telah mendapatkan sampel degradasi untuk membuktikan konspirasi. Hakim tentunya menonton (rancangan TV) National Geographic dan lain-lain".
Hakim Aziah menjawab, "Kami tonton CSI", yang disambut dengan gelak ketawa di galeri awam.
Shafee berkata rayuan mesti dibenarkan memandangkan bukti amat besar sehingga mahkamah tidak boleh mengelak dari melakukannya.
Hujah-hujah Tan Sri Shafee Abdullah.
- Shafee menunjukkan notis alibi Anwar dan tempoh waktu ketika ketua pembangkang itu tidak berada di unit kondominium Desa Damansara ketika kejadian itu didakwa berlaku.
Katanya, Anwar menyatakan dalam notis tersebut bahawa beliau berada di unit bersebelahan dan ini adalah tindakan licik.
Tambahnya, tiada seorangpun di antara 14 orang saksi dipanggil untuk menyokong notis alibi tersebut.
- Shafee berkata rakaman gambar dan video di kawasan kejadian menunjukkan Anwar berada di lokasi.
Beliau mendakwa pembelaan tidak jujur ketika diminta menjelaskan video tersebut.
-Mahkamah meminta Shafee menjelaskan sekiranya hakim rayuan menerima kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.
Shafee ketika menjelaskan penghakiman Mahkamah Tinggi berkata ia umpama membaca novel seram Agatha Christie.
Katanya, hakim hanya memutuskan untuk membebaskan Anwar berdasarkan dua hujah terakhir.
Shafee berkata hakim tidak mengambil kira kernyataan tertuduh dari kandang.
Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh itu hanya penafian semata-mata, selepas memberi notis alibi.
- Shafee membandingkan kes tersebut dengan satu lagi kes di mana mahkamah menerima tiga tabung uji yang tidak dimaterai, namun mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti memandangan rantaian bukti itu tidak terjejas.
"Dalam kes (Anwar), ahli kimia menerima sampel yang dimaterai, namun ia menyebakan tertuduh dibebaskan."
- Shafee berkata hakim perbicaraan membuat kesilapan apabila membuat menafsirkan bahawa botol mengandungi sampel itu telah diusik.
Sedangkan, saksi pembelaan David Wells hanya bersetuju bahawa beg plastik itu sahaja yang diusik, katanya.
"Bagaimanapun, apabila ditanyta oleh (bekas ketua peguamcara negara II Mohd) Yusof (Zainal Abiden), saksi itu berkata beliau tetap tidak pasti sekiranya integriti sampel itu terjejas."
Shafee juga membangkitkan bahawa dalam kes jenayah, hujah perlu diberikan ke atas keseimbangan kemungkinan.
Tambahnya, pegawai penyiasat mematuhi IGSO mengikut bantuan saintifik, di mana kesemua bahan perlu dibungkis berasingan dan tidak boleh dicampur bersama, dan dilabel dengan jelas.
Dalam kes ini, doktor HKL meletakkan kesemua sampel dalam satu beg plastik.
-Shafee berkata pakar luar kepada Anwar, Dr David Wells berkata bahawa beg plastik yang mana sampel telah diletakkan tidak mengganggu bukti.
Peguam yang dilantik berhujah bahawa di Australia, mereka tidak boleh mendapatkan sampel selepas 36 jam tetapi itu bukan standard emas.
- Shafee berkata, ia mempunyai tandatangan doktor dan Saiful.
"Ini langkah pencegahan... Biasanya tandatangan doktor sahaja sudah cukup," katanya.
-Shafee berkata ahli kimia mengambil semua langkah berjaga-jaga daripada hospital dan pegawai penyiasat (IO) dan bagaimana hakim boleh tidak mengendahkannya.
Tinbalan Pendakwa Raya yang dilantik itu berkata Borang Pengendalian yang didedahkan juga menunjukkan sampel itu disimpan dengan baik oleh Dr Siew.
"Sukar untuk katakan doktor-doktor dan IO berkomplot."
- Shafee tunjukkan beg plastik HKL yang digunakan bagi menyimpan sampel, yang dibuka oleh Jude.
Bagaimanapun semua sampel disimpan dalam sampul berasingan menurut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).
Ahli kimia tidak menolak sebarang sampel yang diberikan Jude walaupun dalam keadaan itu.
- Ahli kimia Dr Seah Lay Hong memberi keterangan bahawa sampel yang diambil Hospital Kuala Lumpur kekal dalam keadaan baik.
- Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal dalam keadaan baik.
Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.
"Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup."
- Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan "asli" walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.
Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.
Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.
Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.
"Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal."
Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.
- Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).
Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.
- Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.
"Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar."
-Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.
- Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.
Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.
- Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.
"Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,
"Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas," kata Shafee.
-Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.
Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.
"Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan."
- Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.
Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.
Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.
Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan