Pakatan Rakyat |
Posted: 07 Mar 2014 03:39 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:39 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||
Posted: 07 Mar 2014 03:24 PM PST Naeem Raffi SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan meneruskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di wilayah itu mulai April depan. Datuk Bandar Datin Paduka Alinah Ahmad berkata program tanggungjawab sosial itu adalah jalinan kerjasama MBPJ bersama syarikat pengendali pengangkutan awam, Rapid KL. "Penyediaan bas percuma ini adalah satu lagi inisiatif MBPJ mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Petaling Jaya. "Sebanyak 10 buah bas akan disediakan untuk kemudahan penduduk ke destinasi seperti sekolah, jabatan kerajaan, pasar, stesen LRT dan hospital," jelasnya kepada Selangor Kini. Alinah berkata, perkhidmatan terbabit membabitkan Jalan Yong Shook Lin, Jalan Sultan, Jalan Templer, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Gasing, Jalan Othman serta sekitar Pusat Bandar Seksyen 52. "Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini. "Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar," katanya. Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar. Selain itu, MBPJ sudah menyediakan jaringan laluan basikal dengan jarak lima kilometer (km) meliputi seluruh kawasan majlis yang dibina sebagai tambahan daripada 5.6 km sedia ada. Empat buah kemudahan 'park and ride' yang menawarkan 1,911 petak letak kereta di stesyen Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada juga akan dibina. Oleh NAZLI IBRAHIM KAJANG : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya sebagai peluang untuk meneruskan legasi perjuangannya mengumpulkan aset untuk rakyat. Beliau berkata, legasi itu termasuk kejayaan terbaru memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang mengembalikan industri air Selangor kepada rakyat Selangor. "Saya ada pengalaman ambil alih aset bermanfaat untuk rakyat. Saya pernah lakukan terhadap Guthrie di London. Saya juga ambil alih aset ladang di Indonesia yang dibeli Guthrie. "Sekarang saya beli aset air yang jika dimiliki rakyat tentunya lebih baik untuk rakyat Selangor. "Maknanya, legasi saya cuba dapatkan harta untuk kepentingan rakyat. Harta itu akhirnya bukan untuk saya tetapi untuk rakyat. "Macam saya beli ladang kelapa sawit di Indonesia pada 2000, ada orang kata saya buang duit tetapi sekarang bila kita beli banyak, kita pula cetak duit. "(Tapi) Saya taklah dapat duit itu," katanya pada sidang media Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) Perbadanan Pengurusan (MC) baru-baru ini. Abdul Khalid sebelum menceburi bidang politik adalah ahli korporat yang memiliki kemahiran luar biasa dalam selok belok dunia korporat. Antara paling diingati dalam peringkat dunia antarabangsa apabila berjaya mengembalikan syarikat peladangan terbesar, Guthrie dari tangan British ke pangkuan Malaysia pada 1981. Dalam misi yang terkenal sebagai 'Dawn Raid' atau 'Serangan Waktu Subuh' di kota London itu, Abdul Khalid dipertanggungjawab merancang strategi mengambil alih syarikat peladangan itu secara 'serangan mengejut' di Bursa Saham London. Abdul Khalid pada 2000 ketika menyandang jawatan Ketua Eksekutif Guthrie, berjaya mengambil alih syarikat peladangan kelapa sawit di Indonesia menerusi tender pembelian saham bernilai AS$350 juta. Legasinya diteruskan dengan kejayaan menyingkirkan Alam Flora sebagai kontraktor kutipan sampah tunggal dan menyerahkan pengurusan sisa pepejal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekaligus menjimatkan wang rakyat sehingga RM80 juta setahun. Beliau juga bertanggungjawab memungut kembali hutang bernilai RM392 juta dari Talam Corporation Berhad (Talam) yang gagal dikutip kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.- FZL |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan