Selasa, 26 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dato' Hj Mahfuz Omar

Posted: 26 Apr 2011 11:11 PM PDT

Dato' Hj Mahfuz Omar


TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA

Posted: 26 Apr 2011 04:04 AM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar. Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai "Saman Ekor" dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status "Saman Ekor" yang dikeluarkan dahulu? Apakah status "Saman-saman Ekor" yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa "Saman-saman Ekor" yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana "Saman-saman Ekor" tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui "Saman Ekor" malah penguatkuasaan "Saman Ekor" pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa "Saman Ekor" di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Peghelih La...

Posted: 26 Apr 2011 11:08 PM PDT

Peghelih La...


Jom Pakat Pi !

Posted: 26 Apr 2011 03:54 PM PDT

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din

Posted: 26 Apr 2011 03:29 AM PDT

Petikan dari KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

"Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

"Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Su
ara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

"Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau.

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai

Posted: 26 Apr 2011 03:12 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalToanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.

Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

MP Kangar @ Penasihat MB Perlis makan gaji buta?

Posted: 26 Apr 2011 02:33 AM PDT

Petikan dari blog qunang2..




Baca di sini atau di sini

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 07:33 PM PDT



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu "Knowledge Politik" yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah".

"Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil".

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik".

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

Adun BN mencarut dalam sidang DUN N.Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 12:40 AM PDT



April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****" ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh "lanun-lanun".

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit.

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan kepada kaum India.

Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan.

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu.

Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo adalah punca kekecohan itu berlaku.

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud "merampas".

Oleh Zefry Dahalan

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/26/adun-bn-mencarut-dalam-sidang-dun-negeri-sembilan/

DPPK PARIT

Posted: 26 Apr 2011 07:32 PM PDT

DPPK PARIT


Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa

Posted: 26 Apr 2011 01:04 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Apr 2011 07:19 PM PDT

PAS Kawasan Miri


DAP Menang Kerana Undi Melayu Dan Bumiputera!

Posted: 26 Apr 2011 04:24 AM PDT

Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi
Kuek Ser Kuang Keng Apr 26, 11 3:25pm
Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti."Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.Berikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia juga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.



PS: Merujuk kepada kenyataan DAP dan laporan yang tersebut diatas maka jelaslah kepada kita DAP mendapat kemenangan atas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera. Maka sudah semestinya kalau DAP mahu bertanding dalam kawasan bumiputera, DAP juga mesti bagi peluang kepada rakan dalam Pakatan untuk bertanding dalam kawasan bandar dimana masyarakat Cina juga boleh memberi sokongan kepada rakan DAP dalam Pakatan seperti PAS. Hanya dengan kerjasama yang kukuh saja perkara ini boleh berlaku dan sudah pasti Pakatan Rakyat akan dapat sokongan semua kaum.


Kita harap PAS juga dapat diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan bandar seperti Miri kerana PAS juga aktif dalam kawasan bandar seperti Miri. Dengan adanya kerjasama dan kesepakatan dalam Pakatan Insy-Allah PAS boleh menang dalam kawasan bandar sekiranya DAP dan PKR bersama-sama membantu PAS dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau perkara ini berlaku dalam bandar Miri sudah pasti BN tidak ada modal lagi untuk menuduh PAS sebagai parti yang ekstrimis dan perkauman. Diharap Pakatan dapat merealisasikan perkara ini. Kita mahu Pakatan Sarawak membuat sejarah dalam bandar Miri. PAS untuk Semua.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 26 Apr 2011 07:14 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


CEO SADA JELASKAN PERKARA SEBENAR ISU AIR DI UUM

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT


ALOR SETAR, 25 April: "Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa."

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato' Azdmi Din pada sidang media di pejabatnya.

Terangnya, untuk menampung air kepada 33,037 jiwa warga universiti berkenaan Kerajaan Negeri telahpun membina loji yang berkapisti 50 juta meter padu sehari. Semua saluran paip yang melibatkan bekalan ke institusi itu sepanjang 35 kilometer telahpun siap 100 peratus bersama tiga kolam takungan yang hanya menunggu bekalan elektrik dari Tenaga Nasional tiga minggu lagi iaitu pada 15 Mei ini.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak TNB yang bekalan elektrik akan siap 15 haribulan depan. Kerja-kerja kabel berkaitan sedang giat dijalankan di rumah pam Sebatin. Sekarang bekalan elektrik ini belum siap kerja-kerja pemasangan kabel sedang giat dijalankan. Begitu juga dengan rumah pam di Bukit Kayu Hitam akan siap serentak pada tarikh yang sama," katanya.

Menurut beliau, sekarang SADA membekalkan 10 juta liter air sehari ke UUM dan jumlah ini adalah mencukupi bagi kegunaan 33,037 warga UUM.

"Pegguna yang seramai itu sepatutnya kita hanya bekal 8 juta liter sehari, namun disebabkan berlaku pembaziran air yang banyak iaitu 462,00 gelen air sehari di UUM menyebabkan bekalan air tidak cukup," katanya.

Menurutnya lagi, kini fokus diberikan kepada loji di Padang Sanai yang berkapasiti 50 juta liter padu sehari sudah berjalan membekalkan air sekitar Padang Terap dan Padang Sanai dengan kapasiti sebanyak 5 juta padu sehari dan 10 juta liter padu ke Durian Burung.

Katanya, untuk percubaan sistem agihan ke UUM hanya mempunyai masa tiga minggu sahaja lagi dan selepas ini Kerajaan Negeri berharap isu ini boleh ditutup.

"(Itu hanya) selesai di pihak Kerajaan Negeri dan SADA. Tapi saya tak tahu pihak UUM. Dalam loji kapsiti 50 juta padu sehari ini sebahagian besar akan salurkan ke UUM sebanyak 30 juta liter padu sehari dan 5 juta liter padu akan salurkan ke Bukit Kayu Hitam," katanya.

Katanya, sebagai sahabat kepada Naib Canselor UUM Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau bersyukur sekiranya infrastruktur dalaman mengenai bekalan adalah sempurna seperti yang didakwa.

"Tapi sekiranya terdapat keadaan paip dan tangki tidak berada dalam tahap sepatutnya untuk membekal air kepada warganya, apabila bekalan air berkapasiti 30 juta liter padu disalurkan akan menyebabkan saluran paip meletup-letup," katanya dengan ketawa.

Sambungnya lagi, selepas loji Padang Sanai beroperasi nanti SADA mampu membekal sehingga 20 hingga 30 juta liter padu air.

"Saya jawab cara professional bukan persepsi. Tahun lepas kita dah masuk masa pentadbiran lama dulu Dr Nordin Kardi sebagai NCnya. Bersama SPAN, kita tengok banyak benda perlu dibuat kajian di UUM. Nanti dia marah saya pula. Termasuk untuk menambah kapasiti loji takungan," ujarnya.

Dato' Azdmi bimbang, apabila bekalan air ditingkatkan nanti, termasuk bagi memenuhi kehendak NRW (air yang hilang akibat kebocoran) akan mengakibatkan sistem paip dalaman akan pecah akibat tidak dapat menampung tekanan.

Beliau berkata demikian berdasarkan pengalaman loji air di Lubuk Buntar yang membekalkan air di Bandar Baharu.

"Sepatutnya loji lama (Lubuk Buntar) dinaiktaraf bukan membina loji yang baru. Kapasiti loji baru terlalu tinggi tidak seimbang dengan jumlah pengguna dan akibatnya tiap bulan SADA terpaksa perbaiki paip yang pecah dan meletup akibat tekanan tinggi," katanya.

Oleh itu, katanya, demi kebaikan semua pihak beliau memohon kebenaran dari pihak UUM untuk benarkan Pasukan Teknikal Sada masuk ke UUM tapi sekiranya UUM mahu lantik konsultan sendiri terserahlah.

Katanya, perkhidmatan yang SADA tawarkan adalah percuma tapi kalau lantik konsultan lain perlu perlukan kos. "Sekiranya UUM mahu berjimat kos itu boleh beli bantal cantik untuk tidur dengan selesa," ujarnya.

ALOR SETAR, 25 April: "Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa."

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 26 April 2011 12:19)

Lupakan jer la hasrat tu...BN oii!!!!

Posted: 25 Apr 2011 08:41 PM PDT

 -SinarHarian Utara

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Apr 2011 03:29 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


4 PERSOALAN MISTERI , PENDAKWA KENA JAWAB SELEPAS MATI ?

Posted: 26 Apr 2011 02:08 AM PDT

Komen : Nampaknya pendakwa beria-ia mahu mencari kesalahan DSAI tanpa menimbangkan etika kerja. Sampai fakta lain diketepikan asal fokusnya ada kemasukan zakar. Itupun tiada 4 saksi yang melihat kejadian tersebut , hanya melalui tuduhan Saiful. Jika di dunia kamu tidak selesaikan dengan baik maka jawablah selepas kamu mati nanti apabila ajal sudah sampai.

1. Mengapa Doktor Pusrawi yang pertama ditemui Saiful yang mengesahkan budak
pembancuh kopi ini tidak diliwat gagal dibawa ke mahkamah sehingga hari ini?

2. Jika tuala, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakak DSAI dalam
lokap tiada bukti yang menunjukkan DSAI menggunakan peralatan tersebut?
Adakah CCTV dalam lokap rosak atau sengaja dirosakkan?

3. Sehingga hari ini pendakwa masih gagal membuktikan Saiful dan DSAI berada
di dalam unit kondominium yang sama kejadian liwat didakwa berlaku. Pendakwa
hanya menunjukkan CCTV di lif dan juga bahagian pintu masuk sahaja.
Bagaimana dengan saksi dan alibi bahawa DSAI berada dengan beberapa individu
sedang bermeyuarat pada waktu kejadian?

4. Mengapa hanya bulu DSAI ditemui di kondominium tempat di dakwa berlaku
liwat? Adakah Saiful tidak berbulu? Mengapa hanya sehelai je bulu DSAI
ditemui? Adakah DSAI hanya mempunyai sehelai je bulu???

PAHAT RUMAH SARAWAK MASIH BERBUNYI ! BINGIT BANYAK KALI

Posted: 25 Apr 2011 11:53 PM PDT

Komen : Kita nak marah pengundi di sana, memang bukan masanya disebabkan teknologi maklumat di sana memang sengaja BN lambatkan dan ketinggalan yang disengajakan.
Pertama : Bajet berjuta ringgit malah berbilion entah kemana selama 10 tahun kebelakangan ini.
Kedua : BN sengaja, terutama BN Sarawak diketua Taib Mahmud tidak memajukan infra teknologi maklumat dan jalanraya yang menyeluruh agar rakyat (pengundi) sukar menerima berita perubahan di luar. Pasal tu ramai generasi baru Sarawak malas nak balik bekerja di Sarawak.
Ketiga : Rumah panjang adalah tektik BN mengawal pergerakan dan perubahan minda rakyat agar mudah dikawalselia melalui Tok batin/Tok Ketua/Tok Penghulu mereka.
Keempat : Tektik memuji dan menjulang kebudayaan rumah panjang dapat menipu rakyat agar kebolehan dan keupayaan mendapat tanah sendiri atau rumah banglo dapat dinafi. Sedemikian orang-orang besar politik yang menguasai tanah beratus-ratus ekar.
Kewujudan rumah panjang hanya sebagai geran pada pemimpinnya untuk memohon tanah sebagai projek untuk rakyat kununya sebagai tambahan, tapi sebenarnya pemimpinnya yang memonopoli tanah di sana.

SIBU: Seramai 16 lelaki mendakwa ditipu oleh dua orang yang kononnya mewakili UMNO untuk memilih mereka ini menjadi calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.

Seorang daripadanya, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila bertanding.

Ketika dihubungi Abu Nawas hari ini, Joseph berkata, mereka telah menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan UMNO Sarawak (JPUNS).

UMNO tidak mempunyai cawangannya di Sarawak. Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas, berkata, beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki berkenaan.

"Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas," katanya.

Malah katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi "Kitak Tak Jadi Bertanding" (Kamu Tak Jadi Bertanding) - (Buletin Hairan Online)

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/iban-mengamuk-rasuah-yang-dijanjikan.html#ixzz1Kb4enFV7

100 PENGUNDI TAK PUAS HATI , BAKI SOGOKAN DINAFI

Posted: 25 Apr 2011 09:23 PM PDT

Berdasarkan laporan Malaysiakini, kali ini satu lagi bukti politik wang yang dilakukan oleh Barisan Nasional terbongkar apabila lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki rasuah RM400 setiap seorang yang dijanjikan kerana menyokong seorang calon SUPP pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

INI BETUL-BETUL KRONI UMNO !

Posted: 25 Apr 2011 05:42 PM PDT


CUBAAN GADAI TANAH REZAB MELAYU KANTOI ! TAHNIAH PR

Posted: 25 Apr 2011 03:07 PM PDT





UMNO Puchong nak gadaikan tanah rezab melayu
MONDAY, APRIL 25, 2011
Pakatan Rakyat terutama PAS sering dituduh UMNO menjual hak Melayu kerana baik dengan DAP...khasnya kini di kelantan yang heboh diperkatakan kerajaan kelantan sedang merampas tanah peneroka di hulu kelantan yang 24 jam berkumandang di media cetak dan tv umno apco

Malangnya, bukti di bawah menunjukkan sebaliknya. Sebidang tanah rezab Melayu di atas namaUMNO Bahagian Puchong telah cuba digadai/dijual kepada sebuah syarikat milik bukan Bumiputra.

Mujur kerajaan Selangor diperintah Pakatan Rakyat menjadikan percubaan UMNO Puchong ini digagalkan. Terselematlah sebidang tanah rezab Melayu walaupun ianya di bawah nama UMNO Bahagian Puchong.

UMNO Puchong pula dipimpin oleh Dato Satim Diman, yang sekarang ini adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tak sangka. Ku ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Bayangkan. Ni dalam keadaan UMNO tidak memerintah Selangor. Kalau ditakdirkan mereka masih memerintah, habislah tanah rezab Melayu di Selangor ni tergadai demi mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Apr 2011 03:02 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


VIDEO SEKS : AYAT STANDARD POLIS "KITA AKAN DEDAHKAN BILA SESUAI"

Posted: 26 Apr 2011 02:23 AM PDT

SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.


"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu i akan dipulang semula kepada kita.

"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

... AYAT STANDARD...COPY & PASTE....

yes! 1 MELAYU 1 BUMI vs 1 MALAYSIA

Posted: 26 Apr 2011 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang "1Melayu 1Bumi" yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.

"Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi," kata beliau selepas melancarkan "1 Malaysia Visibility Programme" di Menara TM di sini hari ini.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.

KENAPA MAKHLUK INI DILANTIK JADI PRESIDEN PEGUAM MUSLIM

Posted: 25 Apr 2011 07:23 PM PDT

Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh menegaskan, bagaimana pun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar-benar orang yang dituduh.

Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi.

"Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaja iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya sewaktu dihubungi.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar (gambo di atas) video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam.

Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri.

"Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil. Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.

"Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya.

Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut 'menyeleweng' daripada prinsip Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu.Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya.

Sehubungan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada masyarakat umum. Dalam kenyataannya, Zainol Rijal mendakwa klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

DR. RAMLAH PENSYARAH UiTM WAJAR JADI KETUA WANITA UMNO

Posted: 25 Apr 2011 07:13 PM PDT

PAS kesal dengan kenyataan Dato' Prof. Dr. Ramlah Adam (gambo) daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada.


Ramlah berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu. Tokoh akademik pro-Umno itu berucap di Forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, menyifatkan kenyataan itu tidak layak dituturkan oleh seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajarnya mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang jelas membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihan raya.

"Apakah Ramlah buta sejarah demokrasi? Negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tidak mundur sebaliknya terus meluncur maju. Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia? Apakah Ramlah tidak tahu Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955?

"Apakah Ramlah membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010? Apakah Ramlah seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun tetapi terus ungul dan maju," soal beliau.

Katanya, janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran yang boleh dilihat secara akademik. PAS tegas Ustaz Idris, mahu menasihat kepada Ramlah agar jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik semata-mata terikut-ikut dengan pegangan politik kepartaian yang sempit.

"Kalau terus cakap macam itu, lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja. Bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegas beliau.

.... Standard la Perkasa aka UMNgOk kan...

MANGKUK PUNYE PAK MERTUA

Posted: 25 Apr 2011 07:05 PM PDT

(HM) KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruteknik mahu membawa isteri dan anak lelakinya keluar dari rumah mentuanya di Pantai Dalam, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja dibelasah sebaliknya turut diludah dan dibaling dengan batu hingga cedera, Jumaat lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, isteri mangsa yang berusia 24 tahun turut cedera selepas dibaling batu oleh adik iparnya, sepupu isterinya dan bapa mentuanya yang masing-masing berusia 20 hingga 56 tahun.

Mangsa turut dibelasah ketiga-tiga lelaki itu.

Difahamkan, keluarga sebelah isteri mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan itu kerana 'sentimen kenegerian' dan sering menyumpah seranah mangsa menyebabkan mangsa nekad keluar dari rumah mentuanya bagi memulakan hidup baru.

Mangsa, Wan Md Rosdi Wan Md Amin, 25, berkata ketika tiba di rumah bapa mentuanya itu, adik iparnya yang berusia awal 20-an membaling batu ke arahnya dan isteri seperti mahu memulakan pergaduhan.

Beliau berkata, pada mulanya, bapa mentuanya itu mendiamkan diri, namun selepas keluar dari rumah, adik iparnya melontar batu ke arah mereka sambil diperhatikan bapa mentua dan sepupu isterinya.

"Biarpun balingan itu tidak mengenai saya, namun mengenai kepala isteri yang gagal mengelak. Adik ipar saya berhenti sebaik melihat kakaknya cedera.

"Pada mulanya saya sangkakan mereka akan berhenti, namun kemudian bapa mentua, adik ipar dan sepupu isteri saya itu menyerang dan membelasah saya," katanya ketika ditemui.

Ketika itu, dia merayu dikasihani sambil menutup kepalanya dengan tangan.

Katanya, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila kumpulan yang diketuai bapa mentuanya terus melontarkan batu sehingga dia keluar dari kawasan rumah.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

... ada-ada sahaja dunia hari ini...

APA CER? MAJLIS FATWA TAK BINCANG DGN SAYA....

Posted: 25 Apr 2011 06:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

"Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

"Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu," katanya.

Harussani (gambar) juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

"Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya," katanya.

... LA MEDIA SALAH PAHAM...KE MEDIA MEMANG JENIS YANG TAK PAHAM-PAHAM...? WAKAKAKA
kalu dah camni haram ke idak? bertudung? depan lelaki? Majlis fatwa sila jawab...wakakakaka


TGNA JEMPUT SEMUA DATANG KELATA (NEGERIKU)

Posted: 25 Apr 2011 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar datang sendiri termasuk menghadiri kuliah Jumaat untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiran negeri itu.


"Menjelang pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan," kata Mursyidul Am PAS (gambar) ini.

"Dan, bandingkan sendiri dengan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), apakah benar Kelantan seperti mana yang dilaporkan media milik BN... anda semua boleh datang dan menilainya sendiri," kata Menteri Besar Kelantan dalam laman Facebooknya hari ini.

Selain itu, kata Nik Aziz, pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan boleh menemuinya pada program Medan Ilmu, Kota Baru Jumaat ini.

"Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat," kata beliau yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan serangan Umno-BN sejak sekian lama.

Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri "big sweep" dan juga aktiviti pelacuran di negeri itu.

... Apa cer? kes yang kata umah pelacuran 'hampir 20 tahun'? senyap je... betul ke tue umah pelacuran seperti didakwa?  nak gak tau perkembangan wahai YB Datuk Mustafa Jeli....

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 26 Apr 2011 11:38 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


KULIAH MAGHRIB

Posted: 26 Apr 2011 06:58 AM PDT

SEMARAKKAN BUDAYA MENUNTUT ILMU....




Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 Apr 2011 11:36 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PAS DIHATI ORANG MUDA

Posted: 26 Apr 2011 03:00 AM PDT

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita46/buletin9.JPGKEMAMAN - Anak-anak muda khususnya di negeri Terengganu tidak perlu bimbang dan ragu untuk menyokong perjuangan Islam kerana hiburan serta kesenian tidak ditolak mentah-mentah.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata hiburan dan kesenian dibenarkan dalam Islam selagi tidak menyeleweng.

Oleh itu, katanya tidak ada sebab anak-anak muda perlu merasa bimbang dan ragu-ragu menyokong perjuangan Islam.

Menurutnya, Islam membenarkan segala bentuk hiburan dan kesenian yang tidak bercanggah dengan agama.

"Kita (PAS) menerima hiburan dan kesenian yang sedia ada dan tidak menolak hiburan. Tetapi hiburan yang kita tolak adalah hiburan yang bercelaru, hiburan yang melalaikan hingga membawa kepada maksiat.

"Kita buat hiburan yang boleh memperteguh dan memperkuatkan parti kita (PAS) untuk ingat kepada Allah SWT, untuk kita pastikan bahawa kita penyambung perjuangan (Islam) ini," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konsert Keinsafan Malam Kesenian Islam bersama artis 'Pak Long' dan bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa di Dataran Surau Haji Muda Geliga, Kuala Kemaman pada 24 April lalu.

Menurutnya, kehadiran anak-anak muda yang ramai pada malam kesenian Islam tersebut sebagai petanda ke arah satu perubahan.

Katanya, hiburan yang disajikan oleh PAS adalah berkonsepkan berhibur sambil mendengar nasihat 'amal ma'aruf nahi mungkar'.

"Ini (kesenian) bukti PAS tidak tolak hiburan. Hiburan adalah sebahagian dari makanan rohani (jiwa) yang boleh memberi ketenangan dan semangat menegakkan perjuangan Islam," ujarnya.

Dipertengahan konsert tersebut turut diselit dengan tazkirah politik oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani dihadapan lebih 2000 hadirin anjuran MTD Chukai, Kemaman.

Batu Gajah Mari

Posted: 26 Apr 2011 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


MB tak akan hadir perhimpunan Perkasa!!

Posted: 26 Apr 2011 04:09 AM PDT

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.

SMS itu adalah seperti berikut, "Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU."

Setiausaha akhbar YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.

Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.

"Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.

"Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini," ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.

Setiausaha politik YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.

"Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga," jelas beliau.

Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.

MAKLUMAN : Blog bertukar Nama

Posted: 26 Apr 2011 02:02 AM PDT

Untuk makluman kepada pembaca blog ini...

Blog ini telah bertukar nama daripada Batu Gajah Mari kepada BGM Online. Pertukaran nama ini dibuat kerana mahukan blog ini lebih komersial...

... teruskan melayari blog Batu Gajah Mari | BGM online...

terima kasih...

Sikit pun aku tak heran kamu masuk UMNO!! haha

Posted: 25 Apr 2011 09:55 PM PDT

WarkahDaily – Sebelum Bob Lokman nak umum sertai PAS tempoh hari, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang mahu sertai parti Islam itu, bahkan ketika pengumuman penyertaan artis berkenaan ke dalam PAS, ramai anak muda bertakbir dan masing-masing gembira dengan perkembangan itu.


Hehehe…memang sesuai sangat AC Mizal dengan Umno.| foto kartunjahanam.blogspot.com
Semua terkejut dengan penampilan baru Bob Lokman yang amat berlainan ketika menjadi artis dahulu yang terkenal dengan lawaknya. Namun seorang yang dulunya tidak mengambil berat dengan perjuangan Islam dan masa depan Islam di Malaysia, kini semenjak menyertai PAS, ke hulu ke hilir, beliau bawa satu harapan untuk perjuangan Islam. Demi Islam, Bob Lokman terus disanjung.

Menyedari akan hakikat artis sudah mula mendekati parti Islam itu, Umno merasakan mereka semakin tidak relevan. Umno terdesak kini cuba mengalih perhatian umum konon artis juga mahu mendekati parti sekular itu.

Baru-baru ini jelas terbukti, Umno yang tidak mahu ketinggalan mendapat tempat di hati para artis, telah disertai seorang artis, AC Mizal dan isterinya.

Mungkin kerana tidak mahu dikatakan tidak mendapat tempat di hati artis, Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dikatakan berusaha mendapat persetujuan AC Mizal untuk menyertai Umno.

Bagi AC Mizal, beliau menyatakan terus menyertai parti sekular itu selepas dipelawa menyertainya oleh Syamsul Baharin kerana merasakan Umno sesuai dengan jiwanya.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," kata AC Mizal.

Namun kini, tiada siapa mengendahkan AC Mizal kerana masuk Umno. Siapa tak kenal AC Mizal dan bagaimana penampilannya yang kini sudah bergelar 'Datuk' yang diterimanya daripada Istana Pahang.

Penulis 100% menerima pernyataan AC Mizal yang Umno adalah sesuai dengan jiwanya dan selari dengan perjuangannya.

AC Mizal juga mendakwa, ada parti pembangkang yang mempelawa beliau menyertai mereka. Tapi aku rasa sesak nafas jika AC Mizal yang terkini mahu menyertai parti pembangkang. Lebih-lebih lagi parti yang disertai Bob Lokman kecuali AC Mizal berpenampilan seperti Bob Lokman kot.

Jika dengan penampilan sekarang, aku pasti Umno adalah tempat sesuai AC Mizal. Dan aku nak tegaskan, Pakatan Rakyat tidak langsung merasa rugi dengan penyertaan AC Mizal ke dalam Umno yang memang terkenal perjuangan sekularnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Apr 2011 09:29 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Adun BN mencarut dalam sidang DUN N.Sembilan

Posted: 26 Apr 2011 12:39 AM PDT



April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****" ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh "lanun-lanun".

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit.

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan kepada kaum India.

Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan.

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu.

Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo adalah punca kekecohan itu berlaku.

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud "merampas".

Oleh Zefry Dahalan

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/26/adun-bn-mencarut-dalam-sidang-dun-negeri-sembilan/

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Apr 2011 09:24 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda perlu perkuat minda bawa perubahan

Posted: 26 Apr 2011 12:19 AM PDT


PERMATANG PAUH, 25 April: Selain mempamerkan kekuatan tenaga para pemuda PAS juga perlu mempunyai kegigihan otak berfikir bagaimana mahu membawa pemuda Malaysia ke satu tahap yang membanggakan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi (gambar).

Barisan Nasional (BN) tambahnya, tidak ada kekuatan untuk memimpin pemuda ke arah itu kerana kepimpinanya terdedah dengan rasuah, suka menyeleweng, tidak tahan dugaan bahkan menjadi Pak Turut ketika memperkatakan sesuatu itu yang ada kepentingan BN.

Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda KeAdilan (AMK) dan Dapsy dari DAP adalah pilihan tepat untuk anak muda sekiranya mahu memilih parti mana sebagai wadah perjuangan tidak lagi Umno atau pemuda BN yang dilihat amat penat dan memerlukan rehat.

"Kekuatan tenaga sememangnya perlu pada pemuda. Selain itu kita juga perlukan otak yang cerdik untuk mencari bagaimana untuk meranapkan Umno dan BN sebab keupayaan mereka untuk mendidik anak muda agak kontang sekarang ini, " tegasnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 31 di Dewan Komplek An Nadhoh, Penanti semalam.

Umno dan BN sudah kehilangan taji untuk berentap di arena politik tanah air secara sihat maka untuk memastikan kekuasaan terus berada digengaman mereka terpaksa gunakan bahan lain yang boleh melukakan pihak lawan.

Bagi mereka luka sudah cukup untuk merencatkan perjuangan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kepimpinan pemuda di semua peringkat wajar mendahului isu yang melanda negara agar rakyat dapat merasai peranan yang dimainkan.

Sikap curi tulang dalam perjuangan katanya, tetap berdosa kerana membiarkan orang lain ke medan bertempur manakala diri sendiri berpeluk tubuh menonton TV di rumah bersama anak dan isteri.

"Curi tulang dalam perjuangan jangan dijadikan amalan. Ada sesetengah orang bila kalah dalam pemilihan dah berpeluk tubuh di rumah, boikot program padahal mereka yang tewas boleh berperanan dengan cara lain untuk membantu mengatasi kelemahan yang sedia ada, " tambah beliau pada muktamar bertemakan 'Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan'.

Pandangan pemuda juga mesti tajam membaca politik pihak musuh tambahan lagi pemuda BN cuba melaksanakan plan pembaharuan menjelang tarikh pilhanraya umum akan datang.

Muktamar yang berlangsung itu akhirnya mengekalkan dua muka lama iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan timbalanya, Helmi Haron manakala Nor Azman Ishak yang turut menang tanpa bertanding sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Amal Negeri.(hrkhdaily)




Akhbar Melayu digesa berhenti 'membodohkan' orang Melayu.

Posted: 26 Apr 2011 12:10 AM PDT


Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita "Nasi lemak twice a week". Akhbar The Star pula memaparkan berita "Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion".

Akhbar berbahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama "Anwar Lelaki Y", Berita Harian "Lelaki Y Anwar" dan Sinar Harian "Anwar Lelaki Y". Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.



Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
(019 728 5174)


Sempena Hari Kesenian Islam | FOTO

Posted: 25 Apr 2011 02:58 AM PDT

Kuliah Dhuha serta Soal Jawab dan Pelancaran Dungun Muslim Biker






Santai Bersama Ustaz Radzi(Melissa)







Malam Kesenian Islam





Jasindaily Online

Posted: 26 Apr 2011 09:18 AM PDT

Jasindaily Online


KALAU CINA TOLAK MCA .. KENAPA MELAYU MASIH NAK BELA UMNO ?

Posted: 26 Apr 2011 04:40 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 26 Apr 2011 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


PELANCARAN PTRS 2011 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

Posted: 25 Apr 2011 09:50 PM PDT








PTRS 2011 berjaya dilancarkan dengan jayanya oleh YAB Menteri Besar di Dewan Audioturium SUK dengan dihadiri seramai 2000 pelajar PTRS . PTRS sebagai satu Produk MES yang merupakan produk yang baik untuk membantu rakyat untuk keluar kepompong kemiskinan melalui kecemerlangan ilmu. Sejak diwujudkan tahun 2009, ianya telah memanafaat lebih 12, 000 pelajar dengan kejayaan yang memberangsangkan. Dengan bayaran percuma. buku kerja yang berkualiti dan guru yang berpengalaman, PTRS berjaya mencapai matlamatnya dengan membantu pelajar dengan keputusan SPM yang cemerlang. Pelajar Adik Nurul Dhiya Athira Binti Roslan dari Dun Meru mendapat 9A1B dianugerahkan pelajar terbaik Selangor dan Encik Baharom Basiron KPMI DUN Meru dianugerahkan KPMI terbaik Selangor . Hadir sama dalam majlis ini ialah Exco Pendidikan YB Dr Halimah Ali, YB Dr Ahmad Yunus, YB Dr Abd Rani Osman dan lain-lain lagi.

i n t a n h i j a u

Posted: 26 Apr 2011 07:25 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAS TELUK INTAN ANJUR SEMINAR PAS GANTI UMNO

Posted: 26 Apr 2011 07:22 AM PDT


PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Penerangannya akan menganjurkan Seminar PAS Ganti UMNO. Seminar tersebut akan diadakan pada 2 Mei 2011, hari Isnin bermula jam 8. 00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seminar yang akan diadakan di Hotel Grand Court, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan  (berhampiran Gerai Makanan City Mewah) akan menampilkan dua orang pembentang kertas kerja iaitu Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Beliau akan membentangkan tajuk kertas kerja 'Perlembagaan Malaysia dan Politik Baru'. Manakala pembentang kertas kerja kedua ialah Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dengan tajuk 'PAS Ganti UMNO'.
Contoh Kupon Seminar PGU.

Menurut jurucakap Lujnah Penerangan, penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak dan tempat adalah terhad. Orang ramai yang berminat bolehlah mendapatkan kupon masuk bernilai RM10 daripada mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS atau menelefon 0194931578 atau 0195761529.

intanhijau.blogspot.com

Pemuda PAS Merbok

Posted: 26 Apr 2011 07:18 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


HENTIKAN MEMPERBODOHKAN MINDA MELAYU

Posted: 26 Apr 2011 12:12 AM PDT



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

26 April 2011 (Selasa)
Hentikan membodohkan minda melayu

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita "Nasi lemak twice a week". Akhbar The Star pula memaparkan berita "Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion". Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama "Anwar Lelaki Y", Berita Harian "Lelaki Y Anwar" dan Sinar Harian "Anwar Lelaki Y". Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
(019 728 5174)

FOMCA & PPIM BANTAH e-Mel 1 MALAYSIA

Posted: 25 Apr 2011 06:23 PM PDT

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengkaji semula projek e-mel 1Malaysia kerana dikhuatiri membazirkan dana wang rakyat.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kekeliruan timbul dalam isu itu kerana tiada faedah tertentu kepada rakyat sekiranya e-mel baru ini dibuat

"Kita berharap pembaziran wang rakyat tidak berlaku lagi seperti mana projek WauMail yang telah digodam pada 2001.

"Sebarang pembiayaan oleh kerajaan yang menggunakan wang rakyat perlu dilakukan dengan telus dan penjelasan terperinci mengenai pembangunan yang dirancang," katanya.

Beliau berkata, projek itu dijangka memberi implikasi kepada rakyat kerana tahap keselamatan dan kemampuan email itu masih di khuatiri.

"Mengapa perlu diwujudkan e-mel baru se:dangkan rakyat kin:i mempunyai e-mel persendirian yang selamat dan efektif melalui laman sesawang lain dalam Internet, "katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kerajaan sepatutnya memberi projek e-mel yang dicadangkan itu kepada syarikat Telekom Malaysia Bhd berdasarkan keupayaannya mengendalikan pelbagai perkhidmatan Internet.

"Kepakaran Telekom Malaysia tidak diragui kerana berjaya menghasilkan perkhidmatan seperti Uni-fi, wi-fi dan lain-lain," katanya.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 26 Apr 2011 03:37 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


SAMAN EKOR MEMANG SALAH! SILA HAPUS KIRA!

Posted: 25 Apr 2011 07:37 AM PDT


Hazayani Zakaria, lihat Harakah 

KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (KASE) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya.


Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna.



Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri.



Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah.



Mahfuz berkata, pengumuman itu sekaligus mengesahkan perjuangan KASE yang menuntut saman ekor dihapuskan.





"KASE menyambut baik pengumuman ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.



"Pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar," kata beliau kepada Harakahdaily.



Undang-undang dan peraturan ujar Mahfuz, bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi  bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat.



Meskipun menyambut baik pengumuman tersebut, KASE tetap mempersoal kelambatan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyedari tindakan mereka selama ini tidak efisyen sebaliknya menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.



"Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya?



"KASE berasa amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?" soalnya.





Hapus kira saman ekor terdahulu



Naib Presiden PAS itu turut mempersoal status saman ekor yang terpaksa dibayar pemilik kenderaan setelah gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.



Beliau mendesak saman yang dikeluarkan sebelum pengumuman ini dibuat dihapus kira keran aianya dikeluarkan secara tidak telus dan menyalah gunakan peraturan jalan raya.



"Apakah status saman-saman ekor yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa saman-saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira," katanya.



Selain itu, KASE juga menuntut penjelasan PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap had laju yang mula berkuat kuasa Februari lalu yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.



"Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap had laju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini?



"Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju? soalnya.



Sehubungan itu tegas Mahfuz, KASE terus mendesak kerajaan menghapus kira saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyak kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya.



"KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat," katanya.

PAS TAMBUN

Posted: 26 Apr 2011 01:41 AM PDT

PAS TAMBUN


PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING MINI PASTI KAWASAN TAMBUN

Posted: 25 Apr 2011 09:37 AM PDT

Sdr KP menyampaikan ucapan perasmian..

AF Ust Nasir membacakan doa pada pagi tersebut, Ust Hafez sebagai pengerusi majlis..

line-up para pasukan yang memasukki pertandingan..

Hebat dan Mantap...

GreenBoy : Pasukan Pasti Kg Tg Hussein telah mengalahkan Pasti Manjoi di akhir perlawanan, diciterkan...

TAMPARAN KEPADA MUFTI YANG TIDAK TEGAS KEPADA SOAL AQIDAH

Posted: 25 Apr 2011 01:57 AM PDT


Apabila soal ancak atau kerja khurafat yang dilakukan oleh Zambry tidak ditangani dengan berlandaskan hukum syara', mufti Perak mendapat tamparan yang cukup hebat apabila tarian-tarian poco-poco telah dianggap enteng oleh majlis fatwa.

Kemungkinan jika mufti ini sentiasa bertegas dengan hukum, ada kemungkinan majlis fatwa pun malu untuk angkat muka kepada beliau. Inilah akibatnya apabila soal hukum agama sudah menjadi satu perniagaan yang di nilai dari sudut untung dan rugi

KP : poco-poco = pocong

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Apr 2011 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Sebuah Kilang Hangus Dalam Kebakaran Di Jalan Klang Lama

Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Sebuah kilang membuat plaster siling rumah dan perabot musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Klang Lama di sini, lewat petang semalam.

Komando Operasi Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Sulaiman Tan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian mendapati kilang tersebut sudah terbakar hampir keseluruhannya.

Beliau berkata seramai 60 anggota dengan 10 kekuatan jentera dari enam balai bomba termasuk dari balai Hang Tuah, Lembah Pantai, Taman Tun Dr Ismail, Taman Desa, Bukit Jalil dan Pudu bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

"Jentera yang tiba banyak tapi kita sukar untuk memadam kebakaran kerana kurang sumber air akibat terdapat pili bomba yang tidak berfungsi," katanya.

Bagaimanapun pihaknya berjaya memadamkan api selepas mengambil masa selama dua.

Jelasnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Sinar Harian/-

Keunikan Ahli Syurga

Posted: 26 Apr 2011 12:40 AM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Hadith:

DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Riwayat Muslim

Wan Azizah terima cacian kerana bela suami

Posted: 26 Apr 2011 12:30 AM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SEREMBAN – Tindakan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicerca dan dikeji menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweeter daripada kenalan serta orang ramai.

Presiden PKR itu mengakui menerima pelbagai bentuk cacian selepas dia bertindak mempertahankan suaminya dalam isu kontroversi rakaman video seks.

Malah, katanya, ada di antara mereka turut melemparkan perkataan tidak sepatutnya, kononnya beliau mahu menegakkan benang basah.

"Saya dapat SMS, kata saya muka tak malu. Mereka kata saya tak cakap benar, nak tutup aib Anwar. Saya memang tahu itu bukan Anwar. Saya bercakap perkara yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka yang menghantar kata-kata kesat itu sengaja mahu melemahkan semangatnya agar mempercayai lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar.

"Kenapa mereka perlu psikologi saya dengan mengatakan bermacam-macam agar saya percaya lelaki dalam video itu Anwar. Saya tidak mudah melatah," katanya semasa berceramah di Taman Setia Bukti, Paroi, di sini malam kelmarin.

Wan Azizah berkata, pada mulanya dia hampir percaya apabila kali pertama melihat lelaki dalam video seks tersebut mirip suaminya tetapi mengubah pendirian kerana terdapat banyak perbezaan.

"Bila saya tengok video itu, saya terkejut lelaki dalam video itu wajahnya mirip Anwar. Tapi bila melihat perutnya, saya lagi terkejut dan yakin itu bukan Anwar," katanya.

Beliau percaya, isu liwat, video seks, dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada Anwar hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan suaminya itu dari dunia politik.

Sinar Harian/-

Pertempuran Askar Thai, Kemboja Ujian Getir Buat Mekasnisme Dua Hala

Posted: 26 Apr 2011 12:00 AM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK 26 APRIL : Pertempuran antara askar Thailand dan Kemboja yang masuk hari keempat di sempadan megara itu merupakan ujian getir bagi menilai kejayaan mekanisme dua hala bagi menghentikan pertumpahan darah.

Bangkok sentiasa mendesak bahawa pertikaian sempadan boleh diselesaikan menerusi mekanisme dua hala tanpa campur tangan pihak ketiga termasuk ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di sebalik itu, Phnom Penh percaya penyelesaian terbaik terhadap pertikaian itu adalah menerusi bantuan pihak ketiga kerana Kemboja tidak lagi meletakkan harapan tinggi kepada mekanisme dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara itu.

Berikutan penangguhan lawatan Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natelegawa ke Phnom Penh dan Bangkok hari ini, selaku negara itu menjadi Pengerusi ASEAN, usaha untuk penyelesaian segera menerusi mekanisme multilateral masih belum jelas.

Pemangku jurucakap kerajaan Thailand, Dr Panitan Wattanayagorn berkata Menteri Luar Indonesia itu menangguhkan mesyuarat dengan rakan sejawat kerana beliau mahu mengkaji butiran mengenai beberapa perkara tertentu terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Dr Panitan tidak mendedahkan butiran tersebut.

Kajian itu dipercayai berhubung terma rujukan bagi pemerhati Indonesia yang ditempatkan di kawasan pertikaian sempadan dalam memantau gencatan senjata berkekalan.

Penghantaran pemerhati Indonesia adalah salah satu perkara yang dipersetujui semasa Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada 22 Febuari lalu susulan pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja pada awal Februari yang mengorbankan 10 nyawa bagi kedua-dua pihak.

Selepas mesyuarat itu, Phnom Penh telah memberi persetujuan kepada penempatan pemerhati Indonesia tetapi pendirian Bangkok masih samar.

Pada haikatnya, Bangkok telah meletakkan beberapa syarat antaranya pemerhati tersebut tidak harus ditempatkan di kawasan pertikaian, tidak perlu memakai seragam dan bersenjata dan hanya dianggap sebahagian daripada petugas kedutaan Indonesia.

Semalam, Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya membayangkan mesyuarat dua hala paling awal antara Bangkok dan Phnom Penh boleh diadakan dalam masa empat atau lima hari lagi.

Pertempuran terbaru di kawasan sempadan berdekatan wilayah Surin di Thailand, telah meragut nyawa lima askar Thailand dan lebih 20 lain cedera.

Tv Selangor/-

Iban Serbu Pejabat SUPP Tuntut 'Habuan'

Posted: 25 Apr 2011 11:30 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.-Malaysiakini

Umno jemput DAP masuk BN?

Posted: 25 Apr 2011 09:30 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

Harakahdaily

Keputusan dakwaan liwat 16 Mei

Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 April: Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini melaporkan, selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya.

Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.

Sementara itu, kaedah ujian yang diajalankan ke atas sampel DNA 'Lelaki Y' yang kemudiannya disepadankan dengan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mengikut piawaian antarabangsa, kata peguam Anwar, Sankara Nair.

Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon diragui apabila sela masa yang diambil lebih kurang 97 jam, lapor portal Keadilan Daily.

"Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

"Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara.

Tambahnya lagi, tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula.

Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung, pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam kondominum yang didakwa tempat kejadian berlaku.

"Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu.

"Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium itu," kata Sankara.

Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang sememangnya sudah dirancang dari awal lagi.

"Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu.

"Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang. (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu menunjukkan dirinya di kamera.

"Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan," kata Sankara.

Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata Sankara.

Harakahdaily

Timur Tripoli dibedil lagi

Posted: 25 Apr 2011 08:40 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Lima letupan kuat kedengaran di bahagian timur Tripoli, ibu negara Libya lewat malam tadi namun setakat ini kawasan sebenar sasaran belum dikenal pasti.

"Kami dengar tiga letupan kuat dan dapat lihat api dan asap tebal berhampiran kawasan kami," kata saksi, Ain Zara yang tinggal di timur Tripoli.
Dua lagi letupan juga menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian, kata seorang lagi saksi.

Susulan itu, stesen televisyen Al-Jamahiriya berkata, serangan udara NATO itu mensasarkan kawasan penempatan awam dan tentera di Daerah Ain Zara di Bir Al-Ghanam, kira-kira 50 kilometer di barat daya Tripoli.

Pejabat Presiden Libya, Muammar Gaddafi diserang NATO awal semalam dan sehingga awal hari ini pesawat pengebom tentera Bersekutu dilihat masih berlegar-legar di ruang udara Tripoli. - AFP

Barca Bukan Pilihan

Posted: 25 Apr 2011 08:20 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LONDON: Selepas kerap dilabel sebagai pasukan terbaik dunia musim ini, Barcelona akan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara menentang musuh tradisi Real Madrid sebagai pasukan underdog.

Madrid menewaskan Barcelona, 1-0 di final Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dan memperoleh jaringan lewat permainan ketika seri 1-1 pada pertemuan liga kedua-dua pasukan hujung minggu lalu.

Jurulatih Madrid, Jose Mourinho tampil dengan taktikal lebih baik berbanding rakan sejawat di Barca, Pep Guardiola hasil pengalamannya bersama Inter Milan dari Itali yang menewaskan pasukan itu di separuh akhir musim lalu.

"Tidak ramai yakin kami akan menang tapi kami akan berusaha melakukannya," kata Guardiola. Pasukannya ketika ini lapan mata di depan Madrid di puncak La Liga. "Kini terbukti Madrid pasukan yang lebih baik berbanding kami." Separuh akhir kedua menemukan Schalke 04 dari Jerman dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United di Jerman awal pagi Rabu. Apakah Schalke, pasukan yang penuh kejutan musim mampu meneruskannya ketika berdepan United.

"Kami adalah pasukan pilihan tapi ia langsung tidak membuktikan kami boleh menang," kata kapten United, Nemanja Vidic.

Pertemuan dua kuasa bola sepak Sepanyol di Santiago Bernabeu adalah pertembungan ketiga kedua-dua pasukan dalam tempoh 12 hari, dengan perlawanan keempat clasico iaitu perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara berlangsung pada 3 Mei.

Barcelona, juara tiga kali Liga Juara-Juara seperti juga United, menjadi pilihan merebut gelaran selepas kedua-dua pasukan mempamerkan prestasi sensasi dengan jentera serangan yang mantap. - AP

Sistem Tol Baru Jangan Bebankan Pengguna

Posted: 25 Apr 2011 08:00 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan bahawa Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan dilaksanakan di semua plaza tol secara berperingkat mulai tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2015.

Menurutnya, sistem ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan akan menggantikan sistem plaza tol sedia ada. Rakyat sudah tentunya mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, rakyat juga pasti tidak mahu terbeban dengan perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan sistem ini.

Oleh itu, saya menyarankan supaya kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai sistem MLFF ini, terutamanya dari segi tag yang perlu digunakan bagi memastikan sistem ini dapat diimplementasikan.

Kita tidak mahu semua pengguna lebuhraya akhirnya akan diwajibkan membeli tag tertentu. Jika tag tidak dibeli, maka mereka tidak boleh menggunakan lebuhraya. Pengguna seharusnya tetap diberikan pilihan bagi membayar secara tunai dan bukannya diwajibkan membeli tag tertentu, yang mana mereka terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tag itu, selain terpaksa membayar bagi perbelanjaan tol mereka secara prabayar.

H/daily

Karnival Futsal Teluk Kepayang Meriah

Posted: 25 Apr 2011 07:50 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


25 April 2011 - Pakatan Rakyat Parlimen Parit telah berjaya mengadakan sebuah program khas bersama rakyat iaitu "Karnival Futsal Teluk Kepayang." Program yang berlangsung daripada pagi sehingga malam itu merekodkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat. Sebanyak 7 pasukan futsal telah berentap untuk merebut gelaran juara.



Ustaz Syah Hakimi menyampaikan hadiah kepada anak muda yang memenangi pertandingan futsal.

Hampir kesemua peserta pertandingan ini adalah dari kalangan anak-anak muda tempatan yang gigih bersaing dari pagi sehingga ke petang tanpa mengira penat dan lelah. Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit, Ustaz Mohd Syah Hakimi Syah Alami. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dalam perlawanan, memandangkan kejohanan ini menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan kepada para pemenang iaitu RM700 (Johan), RM500 (Naib Johan) dan RM200 (Tempat Ke-3). Selain itu, para penonton juga tidak ketinggalan untuk menerima pelbagai jenis hadiah cabutan bertuah, termasuklah hadiah paling eksklusif berupa sebuah kamera digital berjenama.



Ustaz Syah Hakimi memberikan semangat dan motivasi kepada anak muda dan orang ramai yang hadir.

Ketika membuat ucapan perasmian penutup, Ustaz Syah Hakimi menjelaskan bahawa kekuatan sebenar bagi seorang yang bergelar pemuda Islam terletak pada solat subuh berjemaah di masjid. Beliau berharap agar kehebatan fizikal para peserta ini dapat bergerak seiring dengan kehebatan tarbiah dan ibadah seperti solat subuh. Kejayaan penganjuran majlis seperti ini yang yang dapat mengumpulkan ratusan orang ramai juga dilihat sebagai satu kekuatan Pakatan Rakyat Parlimen Parit dan menunjukkan bukti penerimaan dan sokongan rakyat khususnya di Parlimen Parit kepada Pakatan Rakyat. Seluruh warga urusetia dan orang ramai begitu gembira dengan penganjuran program seumpama ini dan berharap agar ia dapat diadakan lagi di masa hadapan.



Antara hadirin yang turut serta pada majlis perasmian penutup.

SU DPP Parit

SAM Gesa Kerajaan Batalkan Kilang Lynas

Posted: 25 Apr 2011 07:40 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 26 April: Sahabat Alam Malaysia (SAM) gusar bahawa kajian akan datang mengenai loji Lynas adalah dalih untuk cuba mengalih perhatian orang ramai.


"Kenapa tidak batalkan sahaja projek ini sekarang? Kenapa kita memerlukan operasi yang tidak selamat kepada alam sekitar dan kesihatan manusia?" soal presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoalkan apakah pelaburan asing wajar diutamakan berbanding kesihatan dan penerimaan awam. Seharusnya, kata beliau keselamatan dan kesihatan orang ramai dan alam sekitar yang diutamakan mengatasi keuntungan komersial.

Beliau merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa satu panel bebas akan ditubuhkan segera untuk menjalankan kajian ke atas aspek keselamatan dan kesihatan loji lantanida (nadir bumi) yang dicadangkan Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang.

Berikutan itu, Lynas telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu yakin bahawa penelitian selama satu bulan terhadap cadangan lojinya di Gebeng akan mengesahkan bahawa ia selamat dan tidak akan membahayakan komuniti atau pekerja Lynas.

Mohamed Idris menambah, orang ramai dan komuniti di Kuantan dan Gebeng mempunyai hak untuk mengetahui siapakah pakar yang akan menjalankan kajian tersebut.

"Kita perlu memastikan objektiviti dan kecekapan pakar berhubung radiasi paras rendah dan kesannya," ujarnya.

Menurutnya, penemuan kajian itu juga seharusnya diumumkan kepada orang ramai supaya ia boleh disahkan dan terbuka kepada ulasan awam.

Tambahnya, pengalaman SAM dalam mengendalikan isu kilang nadir bumi di Bukit Merah, Perak yang berkontroversi menunjukkan pakar yang dilantik oleh kerajaan dan syarikat menyatakan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil.

Bagaimanapun, katanya pakar yang dilantik oleh komuniti mendapati ia tidak selamat dan merekodkan bacaan radiasi yang tinggi.

Di Malaysia, jelasnya Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 Perlindungan Radiasi (Peraturan Standard Keselamatan Asas) 1988 menetapkan had dos tahunan bagi pendedahan kepada radiasi adalah 1 milliSievert (mSv) untuk orang ramai dan 50 mSv bagi pekerja.

Beliau menjelaskan, ia mestilah ditekankan bahawa had yang dibenarkan ini seharusnya tidak digunakan untuk maksud "had selamat".

Menurutnya, orang ramai sudahpun terdedah kepada radiasi ion dan radiasi semulajadi dan tidak memerlukan dos radiasi tambahan.

Tegasnya, perlu diingatkan bahawa tidak terdapat paras "selamat"  untuk radiasi memandangkan kesannya kepada kesihatan, di mana sahaja terdapat dos radiasi maka terdapat risiko biologi.

"Kerajaan cuai dalam menangani isu radiasi di Bukit Merah. Lebih malang lagi komuniti masih menderita kematian dan kesakitan akibat sikap kerajaan yang tidak peduli dan korporat yang bersikap tidak acuh.

"Kami tidak mahu apa yang terjadi di Bukit Merah berulang kembali," ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya SAM menggesa kerajaan supaya membatalkan kilang Lynas di Gebeng.

H/daily

AC MIZAL BARU MASUK UMNO SUDAH BELAJAR MEMFITNAH?

Posted: 25 Apr 2011 07:30 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

APA kita mahu kisah `tokeh gelang' atau Pelakun dan Pengacara AC Mizal mahu sertai Umno kerana dengan wataknya yang masih kekal sekarang tidak mungkin beliau boleh bersama PAS. Apatah lagi dengar khabarnya bisnes gelang beliau sudah lingkup dan riuh rendah suatu ketika bahawa AC menjual gelang tipu.

Samada AC mahu masuk Umno untuk menyambung rezekinya atau sememangnya jiwa beliau jiwa sekular, itu pun kita tidak kisah. Tetapi, apabila AC mendakwa bahawa pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi maka tembelang AC kita boleh faham. Ertinya, AC setaraf juga dengan Presiden KIMMA yang juga dilaporkan pernah memberitahu ditawarkan jutaan ringgit sekiranya menyertai parti pembangkang.

Nasib Baik Tak
Masuk PAS....

Malaysiakini menyebut, " Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan (Malaysiakini).

Pelik juga, banyak sangatkah duit pembangkang untuk membeli mamak penebar roti canai KIMMA dengan artis seperti AC ini? Tidak pula disebut parti mana yang banyak sangat duit mahu membeli mereka berdua. Apa sangatlah pengaruh AC sehingga pembangkang sanggup keluar duit derma orang ramai untuk membelinya. Cuba tanya bekas pelakun dan pencipta lagu Bob Lokman berapa juta dia dapat? Silap-silap Bob Lokman akan kata semenjak beliau menyertai PAS, duit poket beliau yang banyak dikorbankan untuk membantu perjuangan Islam di negara ini.

AC bersama isterinya Amylia menyerahkan borang memasuki Umno di dalam program Jom Masuk Umno di Ipoh kelmarin. Kenyataan kununnya beliau ditawarkan oleh pembangkang dengan jawatan tinggi adalah satu kenyataan membodek secara murahan. Apa jawatan tinggi yang pembangkang mahu tawarkan kepada artis seperti AC ini? Presiden? Ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS? Jika mahu cari makan tidak salah, tapi jangan sampai buat cerita karut yang menunjukkan diri sendiri itu teramat bodoh.

Jangan perasan diri itu hebat sangat sampai parti pembangkang sanggup beli. Sudah berapa ramai artis yang telah menyertai Pembangkang tetapi tidak seorang pun yang sanggup merendahkan darjatnya seperti yang telah dilakukan oleh AC. Populariti beliau di dalam seni hiburan sekarang pun sudah merosot, mungkin itulah sebabnya beliau mahu cipta populariti sebodoh itu.

Di dalam keadaan sekarang, dengan tingkah laku beliau sebagai artis kini memang wajar beliau berada di dalam Umno kerana program maksiat dengan Umno mana boleh dipisahkan. Bukankah anjing sahaja yang suka makan bangkai?

Oleh: WFAUZDIN NS

Badi Jerman Hantui MU

Posted: 25 Apr 2011 07:20 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



GELSENKIRCHEN: Jika Manchester United mahu mara ke final Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh empat tahun, mereka mesti mengatasi dua perkara iaitu pasukan yang penuh dengan kejutan, Schalke 04 dan mengatasi rekod buruk menentang kelab Jerman.

United berkunjung ke Schalke untuk separuh akhir pertama awal pagi esok dengan harapan mara ke final di Wembley, 43 tahun selepas menewaskan Benfica di gelanggang sama untuk menjadi pasukan Inggeris pertama muncul juara di Eropah.

Walaupun Schalke mengejutkan juara bertahan, Inter Milan dengan keputusan agregat 7-3 di suku akhir, tiada apa yang merugikan mereka menjelang kunjungan United ke Veltins Arena itu.

Ia adalah penampilan pertama kelab Gelsenkirchen itu sebagai empat kelab terakhir pada kejohanan utama Eropah namun mereka boleh mengambil kesempatan sejarah United yang berhempas pulas apabila bertemu lawan dari Jerman.

Selain kemenangan menewaskan Bayern Munich pada final 1999 untuk muncul juara, anak-anak buah Sir Alex Ferguson gagal memenangi empat daripada dua pertarungan timbal balik menentang kelab Jerman.

Bayern mengatasi United pada suku akhir 2001 dan 2010 namun perbandingan lebih jelas adalah kekalahan separuh akhir kepada Borussia Dortmund pada 1997 dan Bayer Leverkusen pada 2002.

Pada kedua-dua aksi itu, United diramal bakal mara namun tewas agregat 2-0 kepada Dortmund yang muncul juara dan tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan ketika menentang Leverkusen lima tahun kemudian.

Ferguson pastinya sedar persamaan itu dan berwaspada dengan mentaliti barisan pemain Schalke ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter dengan keputusan 5-2 pada suku akhir pertama.

"Kelab Jerman mempunyai semangat dan keazaman tinggi dan ia bakal berulang pada malam Selasa (awal pagi esok)," kata Ferguson.

"Kami hadir pada perlawanan ini dengan skuad yang lebih berpengalaman dan rekod di gelanggang lawan beberapa tahun ini sangat hebat." 

AFP

Thai Mahu Runding

Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



PHANOM DONG RAK (Thailand): Tentera Thai dan Kemboja bertempur lagi semalam, hari keempat berturut-turut yang menyaksikan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan menyebabkan hampir 50,000 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Bunyi tembakan dan letupan kedengaran di kawasan berhampiran dua kuil Hindu abad ke-12 di sempadan kedua-dua negara. Dalam pada itu, Thailand menggesa supaya kerajaan Kemboja berunding secara bersemuka dengannya dalam menyelesaikan perbalahan bersenjata itu.

Gesaan itu dibuat selepas Menteri Luar Indonesia yang juga Pengerusi Asean Marty Natalegawa, membatalkan lawatan ke kedua-dua negara. Marty sebelum ini menjadi orang tengah dalam mendamaikan kedua-dua pihak pada 22 Februari lalu dengan cadangan menghantar pemerhati tentera Indonesia ke kawasan sempadan kedua-dua negara.

Thailand menolak kehadiran pemerhati antarabangsa tetapi Menteri Luarnya, Kasit Piromnya semalam membayangkan ia mungkin mengubah pendirian.

Pertempuran berhampiran dua kuil itu menyusuli pertempuran empat hari Februari lalu yang menyebabkan 11 orang terbunuh berhampiran Preah Vihear, kira-kira 150 kilometer ke timur.

Pertempuran terbaru tertumpu di kawasan berhampiran Kuil Ta Moan and Ta Krabey, berdekatan kawasan hutan yang penuh dengan periuk api dan dituntut oleh kedua-dua negara. Kementerian Pertahanan Kemboja berkata semalam, pengeboman tentera Thai menyebabkan kuil terbabit rosak. Kira-kira 17,000 penduduk di sebelah sempadan Kemboja dipindahkan sementara sebuah sekolah dan 10 rumah musnah.

Jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan berkata, beberapa warga Thai ditahan atas dakwaan mengintip. 

AP

Man City Tewaskan Blackburn 1-0

Posted: 25 Apr 2011 06:41 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



LONDON: Manchester City mengukuhkan kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris apabila menang tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers, awal pagi tadi. 

Gol tunggal City di tempat lawan itu dijaringkan pemain antarabangsa Bosnia yang baru dibeli, Edin Dzeko pada minit ke-75, iaitu tiga minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dzeko yang dibeli dengan harga 27 juta Euro dari kelab Jerman, Wolfsburg menjaringkan gol sulungnya untuk City sejak perpindahannya Januari lalu.

"Semua Salah Saya"

Posted: 25 Apr 2011 06:20 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



BOLTON: Arsene Wenger mengaku bertanggungjawab atas kegagalan Arsenal musim ini selepas harapan mereka merebut kejuaraan semakin sukar berikutan kekalahan kepada Bolton.

Wenger berkata, harapan pasukannya untuk menamatkan kemarau trofi enam musim berturut-turut mula tipis selepas kekalahan 2-1 di Stadium Reebok, semalam.

Keputusan itu menyebabkan Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester United dengan saingan musim ini berbaki empat perlawanan.

Walaupun anak buah Wenger yang akan melayan kunjungan United di Stadium Emirates, Ahad ini masih berpeluang menamatkan cabaran di tangga teratas namun ia memerlukan keajaiban untuk mereka memintas skuad kendalian Sir Alex Ferguson.

Wenger secara terbuka menerima hakikat kegagalan selepas gol jaringan saat akhir Tamir Cohen membantu Bolton mencipta kemenangan dramatik sekali gus menamatkan pemburuan Arsenal musim ini.

Pengurus dari Perancis itu berkata, pasukannya yang menduduki tangga ketiga kurang matang dan berpengalaman. Namun beliau mengaku bertanggung jawab atas satu lagi kegagalan musim ini.

"Peluang kami merangkul kejuaraan kini tipis tapi kami harus terus berjuang," kata Wenger. "Ia sungguh mengecewakan apabila hanya mendapat dua mata daripada sembilan mata, tapi itulah hakikat yang terpaksa kami terima.

"Saya berasa semua pemain menunjukkan sikap yang bagus sepanjang musim namun mereka tidak boleh dipersalahkan. Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, mereka boleh menyalahkan saya atas kegagalan ini. Saya yang membentuk pasukan, memilih pemain dan bagi saya, mereka menunjukkan persembahan terbaik sepanjang musim," katanya.

Kali terakhir Arsenal merangkul kejuaraan pada 2005 apabila mereka memenangi Piala FA.

"Ya, ia pencapaian yang tidak memuaskan. Di atas kertas saingan tampak mudah tapi kami banyak kali gagal mengambil peluang dan ia sangat mengecewakan.

"Kami memiliki potensi tapi berada dalam bidang di mana anda perlu mengambil peluang dan menjadi realistik. Kami masih kekurangan sesuatu seperti kematangan dan pengalaman dalam situasi penting. Apabila tidak menang, anda akan mempersoalkan kemampuan tapi jika sesuatu tidak bagus berlaku kepada pasukan, anda tidak boleh buat begitu.

"Saya yakin pasukan kami bagus. Kami kurang stabil di bahagian pertahanan. Kami melepaskan enam gol minggu ini dan anda tidak boleh melepaskan enam gol dalam tiga perlawanan pada April dan memenangi kejuaraan. Pertahanan kami sangat rapuh," jelas Wenger. 

AFP

Nyaris Maut Terkena 'Hujan Asid'

Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MARANG - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.

Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.

WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman

Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.

Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.

"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.

"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam.

Cubaan NATO Bunuh Gaddafi

Posted: 25 Apr 2011 05:45 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



TRIPOLI - Bom-bom yang digugurkan jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memusnahkan pejabat Muammar Gaddafi (gambar kecil) di kediaman pemimpin Libya itu di sini semalam selepas tentera pemberontak terus mara untuk menggempur tentera Gaddafi di bandar Misrata.

Beberapa letupan kuat menggegarkan bandar raya ini sejurus selepas tengah malam apabila pesawat-pesawat NATO terbang melintasi ibu kota Libya itu.

Seorang pegawai Libya yang mengiringi sekumpulan wartawan di halaman kediaman pejabat Gaddafi menyatakan, 45 orang cedera dengan 15 parah dalam serangan tersebut.

Pegawai berkenaan berkata, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang maut atau cedera di bawah timbunan runtuhan berkenaan.

"Serangan itu satu percubaan untuk membunuh Gaddafi," katanya.

Anak lelaki pemimpin Libya itu, Saif Al-Islam menyifatkan pengeboman oleh NATO tersebut sebagai perbuatan pengecut.

"Serangan pengecut ini ke atas pejabat Gaddafi mungkin menakutkan kanak-kanak tetapi kami tidak akan meninggalkan medan perang ini dan kami tidak takut," katanya.

Terdahulu pada petang Jumaat lepas, jet-jet NATO telah menyerang daerah Al-Aziziyah yang menempatkan pekarangan istana Gaddafi.

Sementara itu di Misrata yang terletak 215 kilometer ke timur bandar ini, askar-askar pemberontak mencatat kemenangan besar dalam pertempuran sengit di sebatang jalan utama di bandar berkenaan kelmarin.

Kemenangan pemberontak dicapai selepas 50 hari penduduk Misrata menjadi sasaran serangan meriam dan peluru penembak tepat Gaddafi.

"Saya dan keluarga terpaksa bersembunyi selama 50 hari untuk mengelakkan diri daripada tembakan penembak tepat," kata seorang penduduk Misrata, Muftah Emeitiq, 45, yang gembira dengan kemaraan pemberontak di bandar itu.

Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu apabila penduduk bandar Benghazi berhimpun menuntut lebih banyak kebebasan hak asasi.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi pertempuran melibatkan kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi.

Tentera Barat diketuai Amerika Syarikat kemudian melakukan serangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya selepas dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Serangan itu kemudian diambil alih oleh NATO bagi mengelak tentera Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam. 

Agensi

Dua Penunjuk Perasaan ditembak Mati di Yemen

Posted: 25 Apr 2011 05:31 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SANAA 26 April - Pihak keselamatan dan penyokong setia Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menembak mati dua penunjuk perasaan di dua tempat demonstrasi berasingan semalam, kata saksi dan pasukan perubatan kepada AFP.

"Pasukan keselamatan menembak mati penunjuk perasaan dan mencederakan 30 yang lain yang terkena gas pemedih mata, manakala lapan yang lain terkena peluru hidup," kata sumber.

Di tenggara wilayah Al-Baida, saksi berkata, seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Salem Abdullah terbunuh apabila penyokong bersenjata pro-kerajaan telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul untuk mengadakan demonstrasi.

Di selatan ibu negara, Taez, polis dan pasukan bersenjata berpakaian awam melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

"Seramai 50 penunjuk perasan, 25 cedera akibat terkena peluru hidup manakala 250 yang lain mengalami masalah pernafasan," kata saksi 

AFP.

Tentera Syria Bedil Selatan Daraa, 25 Terbunuh

Posted: 25 Apr 2011 05:15 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



NICOSIA 26 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila ribuan askar Syria dengan sokongan kenderaan perisai menggunakan artileri berat untuk membedil kedudukan penunjuk perasaan di selatan bandar Daraa, kata seorang aktivis kepada AFP melalui telefon.

"Masih ada tubuh manusia yang bergelimpangan di atas jalan. Mereka turut menyerang menggunakan mesingan," kata seorang militan, Abdullah Abazid.

Tambahnya, kereta kebal turut mengambil posisi di tengah bandar itu manakala penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan.

"Tentera mula memasuki rumah-rumah dan mereka akan menembak sesiapa yang keluar dari rumah pada waktu perintah berkurung.

"Malah mereka turut menembak tangki air di atas bumbung rumah untuk menyekat bekalan air kepada orang ramai," katanya. 

AFP

Kase sambut baik mansuh saman ekor

Posted: 25 Apr 2011 05:01 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria /HD

KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (Kase) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna.

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah.

Mahfuz berkata, pengumuman itu sekaligus mengesahkan perjuangan KASE yang menuntut saman ekor dihapuskan.

"KASE menyambut baik pengumuman ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

"Pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar," kata beliau kepada Harakahdaily.

Undang-undang dan peraturan ujar Mahfuz, bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Meskipun menyambut baik pengumuman tersebut, KASE tetap mempersoal kelambatan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyedari tindakan mereka selama ini tidak efisyen sebaliknya menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.

"Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya?

"KASE berasa amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?" soalnya.

Hapus kira saman ekor terdahulu

Naib Presiden PAS itu turut mempersoal status saman ekor yang terpaksa dibayar pemilik kenderaan setelah gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Beliau mendesak saman yang dikeluarkan sebelum pengumuman ini dibuat dihapus kira keran aianya dikeluarkan secara tidak telus dan menyalah gunakan peraturan jalan raya.

"Apakah status saman-saman ekor yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa saman-saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira," katanya.

Selain itu, KASE juga menuntut penjelasan PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap had laju yang mula berkuat kuasa Februari lalu yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap had laju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini?

"Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju? soalnya.

Sehubungan itu tegas Mahfuz, KASE terus mendesak kerajaan menghapus kira saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyak kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya.

"KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat," katanya.

Bot Terbalik di Congo, 30 dikhuatiri Lemas

Posted: 25 Apr 2011 04:56 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KINSHASA 26 April - Lebih 30 orang dikhuatiri mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di Republik Demokratik Congo, kata seorang pegawai tempatan.


Menurut ketua polis wilayah itu, Jeneral Augustin Luzembo, bot yang membawa muatan barang serta kira-kira 38 penumpang itu terbalik dan tenggelam sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) ketika menyeberangi Tasik Kivu menghala ke pekan Bukavu.

Wakil misi keamanan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak memberitahu angka sebenar kematian namun mengatakan kemalangan itu berpunca akibat cuaca buruk dan angin kencang.

Jurucakap PBB, Alexandre Essome berkata, pihaknya menghantar satu pasukan untuk menyalurkan bantuan di sana.

Kemalangan bot terbalik dan tenggelam merupakan perkara biasa di negara itu memandangkan bot tidak diselenggara dengan sempurna serta sering membawa muatan berlebihan. 

Reuters.

Video Drs. Khalil Idham Lim di Teluk Rubiah 23 April 2011

Posted: 25 Apr 2011 04:45 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Video YB. Ng Sue Lim, di Teluk Rubiah 23 April 2011

Posted: 25 Apr 2011 04:42 PM PDT

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pengikut