Selasa, 26 April 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 25 Apr 2011 03:55 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PAS HILANG JATI DIRI BILA SEPAKAT DGN PAKATAN.

Posted: 25 Apr 2011 09:50 AM PDT

Saya melihat politik Malaysia dari kaca mata konsosiasional politik. Itulah sebenar realiti politik Malaysia, dan itulah realpolitik. Saya yakin, PAS, akibat terlalu benci dengan BN, terutamanya UMNO, telah kehilangan visinya, dan mula berpolitik tanpa dasar dan prinsip yang jelas. Apabila saya menyatakan tanpa dasar dan prinsip yang jelas, saya bercakap pada tahap praktikal, yakni tidak dapat dalam pengalamannya.

Saya kira, beberapa perkembangan yang menyentuh isu sosiobudaya dan sosiopolitik, telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Melayu yang menjadi penyokong setia, dan juga 'jatidiri' PAS itu sendiri.

Yang pertama, saya lihat isu kalimah Allah. Untuk pertama kali, isu ini telah dipolitikkan oleh PR, dan untuk pertama kali juga, PAS tidak mempunyai pandangan yang sama. Kita lihat pandangan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din berbeza dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz.

Sepatutnya, dalam konteks isu ini, PAS patut menzahirkan pandangan yang dilihat lebih untuk menjaga akidah umat Islam, kerana kita tahu, isu sebenar di belakang isu tersebut. Tindakan seperti itu telah melunturkan dan mencairkan diri PAS sendiri, yang selama ini dilihat sebagai 'pembela Islam' dalam konteks politik. Dalam kalangan simpatisan PAS, saya yakin, tindakan tersebut menimbulkan kekeliruan besar, dan menyebabkan PAS sendiri diletakkan sebagai objek prejudis simpatisannya.

Kedua, ialah isu 'nasionalisme'. Beberapa penyataan Tuan Guru Dato' Nik Aziz, yang melihat Melayu hanya sebagai satu bangsa, turut menimbulkan persoalan besar. Tindakan tersebut boleh dilihat daripada beberapa sudut. Yang pertama, apakah wujud keperluan untuk mempersoalkan hal tersebut? Apakah keuntungan politik daripada penyataan seperti itu, selain memberikan peluang kepada pihak lain untuk menggunakan kelebihan tersbeut bagi keuntungan sendiri.

Dari sudut yang lain, hal ini juga memperlihatkan ketidakprihatinan Tuan Guru terhadap kajian yang memperlihatkan Melayu sebagai bangsa yang manam, Islam menjadi terasnya. Dalam konteks ini, yang menjadi seseorang itu Melayu atau tidak, ialah Islamnya. Jadi, secara tidak lansung, dan biarpun tanpa niat Mursyidul Am - kritikan beliau terhadap konsep Melayu, yang difahaminya sebagai hanyalah satu bangsa, yang melalui kemunculan yang sama dengan bangsa lain, seperti India, Cina dll sebenarnya menyerang konsep Melayu seperti yang difahami oleh ramai masyarakat Melayu sendiri. Jadi, tindakan itu melunturkan 'wajahnya yang dilihat pembela Melayu-Islam'.

Saya yakin, pelbagai isu sosiobudaya dan sosiopolitik akan terus dimainkan oleh pelbagai pihak. Keterlibatan PAS dalam menangani isu yang timbul akan menentukan wajah PAS selepas ini, dan akan dinilai oleh masyarakat. Isu Interlok dan kini isu 'paria' dalam Kamus Dewan hanya dipandang sepi oleh PAS - seolah isu-isu itu bukan isu 'Islam'.

Jika PAS terus menyepi, maka keyakinan masyarakat terhadap PAS dari kalangan pertengahan yang kritikal, yang tidak melihat kata-kata Mursyidul Am sebagai maksum dan harus diikuti - akan menyebabkan PAS terus terpinggir dari golongan ini.

Untuk itu, PAS harus kembali waras dalam percaturan politik di negara kita. Mereka seharusnya yakin diri, dan menampilkan wajah Islam yang kulli, yang bukan hanya berani terhadap UMNO dan BN - tetapi juga PKR dan DAP - yang kelihatannya menjadi punca kesenyapan mereka dalam isu sosiopolitik dan sosiobudaya yang disebutkan di atas.

Sila klik di sini untuk membaca tulisan saya, "PAS Sebagai Suara Ketiga."

Reject DAP to show that Chinese are not chauvinists

Posted: 25 Apr 2011 09:32 AM PDT

Reject DAP to show that Chinese are not chauvinists

E-mail Print PDF
alt
By:  Susan Lim
DAP seems to not mind playing with fire.    With the encouraging result they received in Sarawak's election, the party seems more and more determine to continue the same game of promoting racism. 
DAP's chauvinisms were clearly displayed in Sarawak when they arrogantly call for the Chinese to consider race factor when throwing their votes.   They attacked other races and played on sensitive religious issues without the slightest concern that they might hurt the feelings of fellow citizens. 
DAP insulted Pehin Sri Taib Mahmud for being a Melanau, which reflect the real feelings of DAP towards all other Bumiputras including Malays, especially.    Pehin Sri Taib has promised to step down, and the Sarawakians believe him because there is never any doubt over BN's culture of a smooth transition of power.  With that, there is really no need for DAP to insult anybody, any race or tribes while campaigning. 
The arrogance of DAP is overwhelming whereby they tried to convince the Chinese that they don't need the government.  They believe that they can strive higher without having anything to do with the government.  The irony is, they insist to be heard by the government and that all their demands and needs be fulfilled.  
In the end, DAP managed to raise even more suspicion towards the Chinese and isolate them further from other races.  
However, not all the Chinese were  dragged into the dangerous game played by DAP.   This is statistically proven with 38% of the Chinese especially in rural and remote areas of Sarawak chose to reject DAP and voted for BN.   
The Chinese in the rural and remote areas found that DAP's call to reject BN's development campaign is irrelevant.   DAP failed to see that the issues of development and infrastructure including basic infrastructure such as water and electricity are still very much relevant to the people in these areas. 
Obviously DAP has no concern over the rural folks whom they assumed to be non-Chinese.   
DAP was only thinking about the Chinese who makes up the majority of the people in the urban areas who already have almost everything that they might need in terms of development and infrastructure. 
This only re-affirmed the fact that, DAP is a racist party and it will always be that way.  With that in mind, Malaysiansshould ask ourselves these questions:
How could a racist party be fair and just when all they could think of is the Chinese and the already wealthy Chinese who want to be wealthier? 
What would happen to the people in the rural and remote areas should DAP become the government of Malaysia?  
How could DAP claim to fight for unity when they strongly insist to be separated and isolate themselves from others? 
How could Malaysia be a better place under DAP if racial tensions keep rising? 
Will there be peace in the country if everybody keeps targeting and blaming and pointing fingers to each other as a result of DAP's racist leadership?
How can the Chinese continue to prosper should they continue to be under suspicion by other races for being chauvinists or racists?  
Bottomline is, the Chinese need to prove to us that they are not chauvinists or racists like what DAP is making us believe.   And the Chinese can only do that by rejecting DAP in the next election

BLOGGING, MINDFULLY AND RESPONSIBLY

Posted: 25 Apr 2011 09:00 AM PDT

Tidak gentar pengendali blog


Najib Tun Razak bersama para bloggers semasa hadir pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN di Hotel The Intercontinental, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak pernah gentar dengan pengendali-pengendali blog, sebaliknya mahu mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Kata Perdana Menteri, meskipun kerajaan mungkin tidak bersetuju dengan kumpulan itu pada kebanyakan masa, namun situasi tidak bersetuju tersebut adalah penting bagi kedua-dua pihak.
Kerajaan juga jelasnya, sentiasa mengalu-alukan kritikan yang konstruktif serta membina dan mahu bekerja bersama-sama pengendali blog sebagai sebuah pasukan.
"Terdapat perbezaan antara bercanggah pendapat dan berpendirian untuk tidak bersetuju.
"Namun, yang paling mustahak adalah untuk kita bersama-sama menzahirkan pandangan ke arah membina sebuah negara Malaysia dan ASEAN yang lebih baik pada masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Persidangan anjuran Blog House Malaysia (BHM) bertemakan Blogging Mindfully and Responsibly itu diadakan selama dua hari melibatkan lebih 300 pengendali blog dari seluruh ASEAN.
Program diadakan termasuk diskusi bertajuk Parameters-The Fine Line Between What's and What's Not membabitkan ahli panel seperti peguam dari India, Anirudh Bhati dan blogger, Irwan Abdul Rahman (Hassan Skodeng) manakala Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pula bertindak sebagai moderator.
Dalam perkembangan sama, Najib berkata, kerajaan akan tetap dengan komitmen untuk tidak menghalang kandungan Internet sebagaimana yang diamalkan sejak pentadbiran Dr. Mahathir.
Bagaimanapun kata beliau, mustahak untuk para pengendali blog dan pengguna Internet menyedari bahawa terdapat sempadan kebebasan yang tidak boleh dilangkaui.
"Kita mengamalkan demokrasi terbuka dan demokrasi digital adalah sebahagian daripadanya. Justeru, sesuatu yang sia-sia sekiranya kerajaan cuba menghalang atau tidak mempedulikan hakikat ini," katanya.

APA NAK JADI NI ?

Posted: 25 Apr 2011 08:53 AM PDT

Medan lumba lori angkut pasir
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2011/01/17

PENDUDUK mendakwa kebanyakan lori  pasir dipandu laju ketika melalui jalan Kampung Bukit Senggeh di Jasin.
PENDUDUK mendakwa kebanyakan lori pasir dipandu laju ketika melalui jalan Kampung Bukit Senggeh di Jasin.
2,000 penduduk di tiga kampung di Jasin hidup ketakutan

JASIN: Lebih 2,000 penduduk di beberapa mukim terutama di Kampung Bukit Senggeh, Kampung Gapis dan Kampung Selandar dekat sini, bimbang apabila lebih 20 lori muatan pasir bermaharajalela melalui kawasan itu dengan cara pemanduan berbahaya.
Penduduk yang ditemui mendakwa masalah itu berlarutan sejak lapan tahun lalu, namun tiada sesiapa cuba menegur atau menghentikan kegiatan itu.
Mereka kini berharap pihak berkuasa segera campur tangan untuk menanganinya.

Berita Harian yang dimaklumkan mengenai isu itu, meninjau kawasan itu baru-baru ini dan mendapati dakwaan berkenaan ada asasnya. Lori dianggarkan seberat 15 hingga 28 tan didapati melalui kawasan itu dengan muatan pasir dari lombong berhampiran.

Cara pemanduan mereka memang menakutkan. Operasi lori berkenaan bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir sehingga jam 7 malam.

Selain soal keselamatan, penduduk yang ditemui juga merungut kerana kehadiran lori berkenaan menyebabkan kawasan itu sentiasa diliputi debu terutama ketika cuaca panas. Antara menjadi mangsa adalah pengusaha kedai makan.
Turut menimbulkan rasa tidak senang penduduk adalah bunyi bising kenderaan itu yang tidak pernah berhenti sehingga tiba waktu malam.

Penduduk, Samsuddin Kadir, 43, ketika ditemui berharap pihak berkuasa menyiasat masalah itu dan mencari jalan mengatasinya.

Beliau mendakwa, penduduk kampung kini berdepan kesukaran menggunakan jalan raya di situ kerana dimonopoli lori berkenaan.

Katanya, kehadiran lori itu mengundang bahaya kepada penduduk kerana lazimnya pemandu lori terbabit memandu laju untuk memperoleh pendapatan lebih.

"Pemandu lori yang mengangkut pasir di Bukit Senggeh ini bermaharajalela, seolah-olah tiada pihak yang berani menghalangnya. Ia juga selalunya membawa muatan lebih.

"Sudah banyak kali berlaku kemalangan membabitkan lori di kawasan ini dan ada antaranya menyebabkan kematian. Sudah tentu kita tidak mahu kejadian seperti itu berulang kembali," katanya.

Samsuddin berkata, masalah di kawasan itu perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya supaya penduduk dapat menikmati kehidupan selesa.

"Mengapa pihak tertentu sanggup membelakangkan hak penduduk di sini untuk pembangunan di kawasan lain," katanya yang sememangnya sangat tidak puas hati dan bimbang mengenai aktiviti lori berkenaan.

Penduduk, Md Nor Jalil, 70, dari Kampung Selandar pula mendakwa, lori pasir yang menggunakan jalan di situ seolah-olah seperti berlumba-lumba mengangkut pasir dari kawasan lombong berkenaan tanpa mempedulikan nasib orang lain.

"Lori lebih muatan yang tidak ditutup itu seolah-olah menjadikan jalan di kawasan ini sebagai medan perlumbaan kerana hendak mendapat lebih banyak trip dan bagi saya, tindakan mereka mengancam keselamatan penduduk.

"Penduduk kampung berharap tindakan tegas terhadap lori itu dilakukan dan kepada pegawai yang terbabit dengan jalan raya, perhatikan jalan ini," katanya.

BUKAN TEGUR TAPI KELUAR PAKATAN!!!!!

Posted: 25 Apr 2011 08:44 AM PDT

PAS tegur cara Azmin ulas kenyataan


2011/04/25
KUALA LUMPUR: PAS menegur tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali secara terbuka tanpa merujuk pemimpin parti itu terlebih dulu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kenyataan sedemikian yang turut mendapat perhatian media massa boleh merosakkan hubungan baik dua parti berkenaan.

"Sepatutnya Azmin tidak terlalu percaya laporan media terutamanya media arus perdana milik Barisan Nasional (BN).
"Malah Setiausaha Agung (PAS) juga sudah membuat penjelasan dan apa yang dilaporkan akhbar sememangnya bercanggah.

"Sepatutnya Azmin menghubungi Setiausaha Agung untuk mendapatkan penjelasan mengenainya, seperti yang dilakukan pemimpin PAS sekiranya ingin penjelasan berhubung sesuatu isu melanda PKR," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan PKR berang dengan pendirian PAS untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Sehubungan dengan itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung PAS membuat penafian yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan parti yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini PAS masih lagi memerlukan kepemimpinan ulama untuk menerajui parti.

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

Posted: 25 Apr 2011 08:38 AM PDT

ARKIB : 20/04/2011
Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

Oleh Zaini Hassan

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: "Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan..."

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

DAP "KUDAKAN" PENGUNDI CINA SARAWAK ?

Posted: 25 Apr 2011 08:36 AM PDT

Kekang sentimen cauvinis

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

"TIDAK salah saya katakan terdapat kempen-kempen berunsur perkauman di seluruh bandar besar di Sarawak khususnya yang dimainkan oleh DAP. Banyak orang berpandangan sedemikian, bukan saya seorang."

Reaksi itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan ia cara kempen baru DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 tempoh hari. Dan tidak mustahil 'Sarawak, Jom Ubah' ini akan diperhebatkan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Masalah yang membelenggu SPR ketika ini ialah hampir sebahagian besar sepanduk dan poster yang berunsur perkauman itu - sama ada berupa sindiran, fitnah dan dakyah - bertulisan Cina.

Tulisan itu terlalu asing buat Wan Ahmad dan pengertiannya pun diterjemahkan oleh beberapa anggota penguat kuasa kempen suruhanjaya itu yang berketurunan Cina.

Suatu malam 14 April lalu ketika Wan Ahmad dan anggota penguat kuasanya sedang meronda di sekitar bandar raya itu, mereka menyaksikan begitu banyak sepanduk bertulisan Cina berbau perkauman.

"Sepanduk-sepanduk sebegitu lebih condong kepada pelanggaran Seksyen 4 Akta Pilihan Raya. Tapi ia terlalu banyak di Miri menyebabkan pegawai SPR dan polis tidak boleh berbuat apa-apa... hendak diturunkan terlalu banyak pula. Sama ada soal nak turun atau tidak, mesej yang dibawa oleh sepanduk itu memang boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian sesiapa pun," kata beliau ketika dihubungi akhbar ini semalam.

Beliau menarik perhatian daripada laporan akhbar memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai ungkapan api perkauman daripada mulut calon DAP Pending, Violet Yong Wui Wui.

"Dia dikatakan ada membuat kenyataan 'dah cukup masa orang Melanau jadi CM (Ketua Menteri Sarawak) tapi ceramah itu dibuat dalam bilik tertutup.

"Dilaporkan terlalu banyak ceramah tertutup dibuat semasa kempen pilihan raya itu," katanya sambil menyifatkan itu adalah 'taktik terbaik' daripada DAP untuk memancing undi masyarakat Cina.

Berlandaskan sebab-sebab inilah maka SPR sedang bersiap sedia untuk mengekang sepanduk-sepanduk dan poster yang cuba memainkan api perkauman pada pilihan raya umum akan datang.

Tegas Wan Ahmad, perkataan-perkataan yang tidak ada 'perasaan langsung' dan menghentam keterlaluan peribadi calon serta menjengkelkan tertera di sepanduk-sepanduk yang dipasang parti-parti bertanding akan diturunkan serta-merta. Tindakan dan pemantauan SPR akan diperhebatkan pada saat-saat menjelang pengundian.

"Kalau DAP meniru daripada apa yang mereka lakukan di Sarawak pada pilihan raya umum nanti, tidak mustahil api perkauman akan merebak," kata Wan Ahmad.

Itu luahan hati SPR. Pengalaman penulis sendiri membuat liputan pilihan raya negeri itu dalam 10 hari berkempen merasai sesuatu yang tidak kena dalam cara berkempen DAP. Ini ketara dengan pemasangan sepanduk-sepanduk di bulatan-bulatan jalan raya dan sudut srategik di bandar Sibu, Miri dan Bintulu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi bahan momokan dan sindiran tajam DAP paling popular meskipun ramai mengakui sumbangannya yang bukan sedikit dalam memesatkan ekonomi ketiga-tiga bandar utama Sarawak itu.

Sentimen dan sindiran ke atas Abdul Taib, jika 'dibaca' dua kali lebih terarah kepada gesaan supaya disingkirkan etnik tertentu daripada memegang tampuk kerusi Ketua Menteri.

Penganalisis, Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff percaya jika kempen cauvinis DAP ini tidak dibendung mengikut undang-undang, nescaya bahang perkauman akan berleluasa bukan sahaja sebelum kempen pilihan raya malah akan merebak berterusan selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Ia terlalu berbahaya, tegas pensyarah kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang itu.

Bagaimanapun dalam isu post mortem pilihan raya Sarawak, beliau lebih tertarik untuk menyorot komitmen bukan sahaja SUPP malah MCA dan Gerakan dalam sumbangan ketiga-tiga parti komponen Cina ini kepada BN khususnya di kalangan pengundi Cina.

"MCA berkata jika mereka kalah pada pilihan raya nanti, parti itu akan keluar BN, adakah ini satu kenyataan yang jujur.

"Kalau ketiga-tiga parti ini benar-benar mahu membantu BN, mereka kenalah bersungguh-sungguh memancing sokongan masyarakat Cina, ia harus dilakukan dengan ikhlas," katanya.

Mohamad berpendapat, persediaan SUPP yang diterajui presidennya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada pilihan raya Sarawak itu tidak cukup untuk menidakkan kerja terancang dan tersusun DAP.

Tidak ada kerja lapangan awal dilakukan sehinggalah DUN dibubarkan. Trend jentera SUPP ialah selepas dewan dibubarkan, barulah mula sibuk. "Rakyat melihat indikator ini, malah apa yang diperhatikan SUPP lebih gemar bergerak di depan kamera dan bukannya di sebalik tabir," katanya.

Sentimen pengundi Cina mengenai pajakan tanah juga barang kali tidak diberi perhatian. Ini mencetuskan tanda tanya di kalangan pengundi muda Cina. Contohnya, pajakan tanah 99 tahun 'jatuh kepada siapa'.

"Baki yang ada untuk mendiami rumah dan tanah yang sama, katakan tinggal 20 tahun, dari datuk kepada anak dan kemudian kepada cucu (orang muda)...apa penyelesaiannya, ya, memang disediakan wang untuk membayar premium tetapi tempoh pajakan yang hampir tamat itu menimbulkan persoalan mengenai status rumah dan tanah berkenaan, ini tidak dijelaskan dengan baik oleh SUPP," katanya.

Lagi pun, kata Mohamad, pengundi berdaftar Cina di Sarawak mungkin merasakan diri mereka 'besar' kerana bilangan mereka yang lebih banyak berbanding kaum lain. Jika jumlah pengundi dipetak- petakkan mengikut kaum/etnik, pengundi Cina di negeri itu berjumlah 308,694 orang (31.5 peratus) manakala Melayu/Melanau sebanyak 269,424 orang (27.5 peratus), 283,491 Iban (28.9 peratus), 79,624 Bidayuh (8.1 peratus), 35,984 Orang Ulu (3.7 peratus) dan 5,578 lain-lain termasuk India (0.3 peratus).

"Pengundi Cina meskipun daripada Foochow, Hakka dan lain- lain, undi mereka solid atas nama Cina berbanding trend politik yang berbeza-beza boleh disaksikan daripada orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu," katanya.

Mohamad bagaimanapun percaya jika MCA, Gerakan dan SUPP bersatu hati membantu pucuk kepimpinan BN menjelaskan betapa pentingnya trend dan pola pengundian berteraskan 1Malaysia diterjemahkan pada pilihan raya umum, tidak mustahil kerusi-kerusi Cina yang dianggap kini 'terlalu berisiko' boleh diselamatkan.

Yang pasti, DAP akan terus menggunakan apa sahaja taktik dan 'kaedah' dalam misi 'matlamat menghalalkan cara'.

Pada kempen pilihan raya Sarawak tempoh hari, bukan sahaja Abdul Taib diterbalikkan imejnya, malah SUPP turut menjadi 'lebai malang' apabila dilabelkan sebagai orang utan dalam ceramah kempen parti itu. Ini bukan kali pertama DAP menyamakan orang lain dengan binatang.

Pada 9 November tahun lalu, R.S.N. Rayer (DUN DAP Seri Delima) mengeluarkan ungkapan: "Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,".

Demonstrasi diadakan oleh penduduk Balik Pulau pada 2 November berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta. Di Sarawak, SUPP lah mangsa DAP.

Pilihan Raya Negeri Sarawak menyerlahkan kebiadapan DAP.

PAS KELUAR PAKATAN ?

Posted: 25 Apr 2011 08:29 AM PDT

Kenyataan asal Mustafa pendirian sebenar Pas

PPUBJ : SIAPA SEBENARNYA YANG DAPAT MANFAAT BILA PAS SERTAI PAKATAN ?

KUALA LUMPUR 24 April - Kenyataan asal Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa parti itu akan membuat ketetapan baru mengenai masa depannya dalam pakatan pembangkang setelah siasatan kes rakaman video aksi seks selesai, adalah pendirian sebenar Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku Setiausaha Agung Pas, sudah tentu Mustafa tidak akan berani membuat kenyataan tersebut jika perkara itu belum dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti kerana ia akan mendahului presiden.

Malah jelas beliau, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali juga mempunyai sebab yang jelas untuk melenting dengan kenyataan tersebut kerana selaku orang politik, Ahli Parlimen Gombak itu sedar bahawa Pas dalam diam sudah membuat ketetapan baru.

"Kita kena sedar bahawa Mustafa ialah Setiausaha Agung Pas, maknanya suara Mustafa adalah suara parti bagi mewakili Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Jadi saya percaya apa yang dilontarkan oleh Mustafa merupakan suara sebenar Pas.

"Soal Mustafa tarik balik kenyataan dan salahkan media, kita tidak terkejut sangat kerana memang selama ini itulah sikap Pas yang terlalu takut walaupun untuk menyuarakan kebenaran sejak menyertai pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Mustafa dalam sidang akhbar memberitahu Pas akan membuat ketetapan baru jika terbukti pelaku dalam rakaman video aksi seks yang kini disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana didakwa oleh trio 'Datuk T'.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mustafa menafikan beliau pernah membuat kenyataan sebegitu, dipercayai akibat tekanan daripada PKR terutama Azmin yang menyelar Setiausaha Agung Pas itu secara terbuka menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Pas perlu percaya kepada kekuatan sendiri dan sudah sampai masanya untuk parti itu menilai semula masa depan bersama pakatan pembangkang kerana tidak banyak keuntungan yang dapat diraih oleh Pas.

Sebaliknya beliau berkata, parti yang memperoleh keuntungan mutlak hasil daripada kerjasama tersebut adalah DAP dan ia terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini apabila parti itu menang besar dengan menguasai 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Cukuplah. Demi kepentingan negara, agama dan bangsa Melayu, Pas perlu kaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang. Pas sebenarnya ada pengaruh sendiri dan mereka tidak memerlukan sokongan PKR pun. PKR dan DAP yang memerlukan sokongan Pas," jelasnya.

Pulau Pinang lubuk judi?

Posted: 25 Apr 2011 08:25 AM PDT

Pulau Pinang lubuk judi?


DUA wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola haram ditahan polis dalam serbuan di Jelutong, Pulau



  • Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit.

  • Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian.

  • Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino.

  • Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.

  • PULAU PINANG 24 April – Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari.
    Namun, sindiket itu yang dipercayai beroperasi sejak tahun lalu tumpas apabila diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut awal tengah malam tadi.
    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pertaruhan dijalankan dengan pembelian cip melalui akaun bank penjudi.
    "Setiap pemain dibenarkan bertaruh hingga RM10,000 dalam setiap pertaruhan.
    "Pertaruhan boleh mencecah RM300,000 dalam satu permainan atau hampir RM1 juta apabila terdapat tiga permainan dalam sehari," katanya di sini hari ini.
    Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, seramai tujuh lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga China berusia 30-an dan 48 tahun ditahan ketika leka mengambil pertaruhan dari dalam talian.
    Kesemua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Perjudian Terbuka serta Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan.
    Polis turut merampas tiga buah komputer riba dan kerusi serta meja ala kasino.
    Kong Meng juga melahirkan penghargaan kepada pihak yang membuat aduan mengenai sindiket berkenaan dan meminta orang ramai berbuat demikian jika mengesyaki kegiatan seperti itu berlaku di kawasan mereka.
    Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.

    'Lelaki Y' adalah Anwar, kata pendakwa

    Posted: 25 Apr 2011 08:08 AM PDT

    TODAY - 25 April 2011

    Anwar Ibrahim (kiri) dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (kanan) (Foto AFP)

    'Lelaki Y' adalah Anwar, kata pendakwa

    Mahkamah diberitahu DNA yang dijumpa di dubur Saiful Bukhari Azlan milik Anwar Ibrahim.
    'Lelaki Y' ialah Anwar Ibrahim

    'Lelaki Y' ialah Anwar Ibrahim

    Ingat lagi bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat liat nak beri sampel DNA beliau kepada mahkamah bicara kes liwat hingga jadi isu yang heboh.

    Ramai yang mempersoalkan mengapa beliau takut sangat nak bagi sampel DNA itu.

    Akhirnya mahkamah putuskan tiga bahan bukti yang diperolehi dari sel Anwar ditahan pada malam 16 Julai 2008 yakni botol air mineral,berus gigi dan tuala good morning diterima untuk ujian berkenaan

    umno bahagian cheras

    Posted: 25 Apr 2011 01:09 PM PDT

    umno bahagian cheras


    Boikot Utusan : MCA jangan jadi musang berbulu ayam – Syed Ali

    Posted: 24 Apr 2011 09:20 PM PDT

    PEMIMPIN MCA diberi amaran supaya jangan menangguk di air keruh dengan menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasaran untuk membangkitkan keresahan kaum di negara ini.

    Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, akhbar Utsuan sejak ditubuhkan lebih 46 tahun lalu merupakan denyut nadi kepada kebangkitan seluruh umat Melayu.

    Beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia merupakan cerminan kepada pembangunan sosio-budaya dan politik umat melayu sejak zaman pasca-kemerdekaan sehingga sekarang.

    "Oleh sebab itu, kalau MCA sudah melampau dan ada niat untuk membunuh kredibilti akhbar Utusan, maka mereka perlu bersedia untuk berdepan dengan tentangan daripada umat Melayu," tegasnya.

    Syed Ali mengingatkan, MCA tidak sepatutnya mengikut rentak DAP yang merupakan musuh kepada kestabilan politik Barisan Nasional (BN).

    "JIka MCA pun senada dengan DAP, bermakna pemimpin mereka boleh diibaratkan sebagai musang berbulu ayam, tidak ikhlas dan masih tebal dengan politik rasis," tegasnya lagi.

    Beliau berkata, akhbar Utusan adalah simbol kebangkitan umat Melayu yang isunya sentiasa relevan dan menjadi dasar kepada isu nasional.

    MCA ikut rentak DAP

    Sehubungan itu tegasnya, tindakan pemimpin MCA yang mahukan supaya akhbar Utusan Malaysia diboikot atas alasan memainkan isu sentimen merupakan percubaan untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

    Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok baru-baru ini menggesa rakyat memulaukan Utusan Malaysia dengan mendakwa konsep '1Melayu 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

    Dalam hal ini, Syed Ali mempersoalkan mengapa MCA cepat melatah sedangkan selama ini berpuluh akhbar berbahasa Cina yang sengaja meniupkan api perkauman tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

    Sehubungan itu, beliau mahu MCA perlu terlebih dahulu melihat akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sekain lama 'hidup' atas isu perkauman dan tidak mengikut rentak yang dimainkan oleh DAP.

    "Mengapa pemimpin MCA tidak menegur ada akhbar Cina yang sengaja mesensasikan isu rasis dan kepentingan kaum tertentu jika benar mereka ikhlas berpegang kepada semangat perpaduan antara kaum," tambahnya.

    Serentak itu, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengamil tindakan tegas terhadap beberapa akhbar berbahasa Cina yang sengaja memainkan isu perkauman.

    "Saya minta KDN, buat lah sesuatu untuk menangani isu ini, rakyat sebenarnya sudah bosan dengan kerenah kementerian yang terlalu sangat bertolak ansur," tegasnya.

    Apo Kono Eh Jang!

    Posted: 25 Apr 2011 07:37 AM PDT

    Apo Kono Eh Jang!


    DS Najib Perlu Mula Jelajah 1Malaysia, Mula Di NS

    Posted: 25 Apr 2011 02:54 AM PDT

    Tiada siapa boleh menafikan bahawa Perdana Menteri punya pengaruh yang begitu besar dalam kejayaan besar BN di Sarawak. Walaupun berkurang 8 kerusi dari pilihanraya yang lepas, itu adalah sebab faktor lain diluar kemampuan Perdana Menteri, yang penting, sasaran untuk mengekalkan kuasa dan majoriti 2/3, dicapai.

    Sehubungan dengan itu, kita pinta Perdana Menteri agar memulakan jelajahnya di seluruh Malaysia dalam persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum pula. Sebab, sama di Sarawak, ada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menghadapi krisis keyakinan di kalangan rakyat dalam negeri tersebut walaupun mereka selamat di kawasan masing-masing.

    Di Negeri Sembilan sebagai contoh, ura-ura untuk menaik tarafkan Seremban sebagai sebuah Bandaraya pada Mei ini sudah mula mendatangkan resah dikalangan penduduk Negeri Sembilan.

    Cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Hassan untuk menggabungkan bandar Seremban dan Nilai bagi membentuk Majlis Bandaraya Seremban, akan menjejaskan rakyat dalam kawasan tersebut akibat dari kenaikan pelbagai jenis cukai bandaran.

    Tidak terkecuali kakitangan-kakitangan kontrak dari Majlis Perbandaran Nilai dan Seremban yang akan ditamatkan perkhidmatan setelah penggabungan berlaku.

    Cadangan sama pernah diutarakan pada 2008 tapi perubahan dalam dasar untuk menaik taraf majlis perbandaran kepada bandaraya (penduduk 500,000 dan pendapatan RM 80 juta setahun) telah menyebabkan cadangan itu ditangguhkan. Perubahan dasar ini pun dilakukan oleh Perdana Menteri yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.

    Penduduk Seremban dan Nilai pun tak sampai pun 500 ribu orang, belum sebut pendapatan lagi.

    Paling tak sedap, nama Perdana Menteri digunakan untuk menjustifikasikan proses penggabungan tersebut, kononnya Perdana Menteri sudah setuju. Sedangkan penulis tahu, tidak mungkin Perdana Menteri akan bersetuju dengan rancangan yang hanya akan membebankan rakyat melainkan tiada pilihan sangat.

    Setakat yang penulis tahu, dengan keadaan sekarang, tidak ada apa masalah pun.

    Sudahlah Nilai dan Seremban, masing-masing berada di dalam penguasaan DAP tapi jangan dilupa, ada banyak lagi DUN DUN dalam Parlimen Seremban serta DUN Nilai sendiri yang perlu diberi perhatian agar dapat dirampas semula dari pembangkang.

    Semalam, bintang video porno paling hebat dalam negara kita telah mengadakan ceramah "Rakyat Bangkit" di Bandar Sri Sendayan dan isu ini juga telah disentuh. Ini satu hal juga, Bandar Seri Sendayan berada dalam kawasan DUN Menteri Besar dan Parlimen Ketua Pemuda UMNO. Walhal, Menteri Besar 'berjaya' menyelesaikan masalah tanah penduduk Sendayan dulu tapi Anwar masih berupaya buat ceramah disini.

    Begitulah kritikalnya masalah yang di atas itu sehingga pembangkang berjaya tembus kawasan yang dulunya kubu kuat UMNO.

    Sebab itu penulis pinta Perdana Menteri turun padang mendengar sendiri denyut nadi rakyat di Seremban dan Nilai khasnya serta Negeri Sembilan amnya. Jangan besok disebabkan keputusan kurang bijak sesetengah pihak yang ghairah nak berbandaraya bagi menyaingi jiran yang disebelah, mendatangkan kesan kepada sokongan rakyat dikedua kawasan tersebut kepada BN.

    Kita yakin kehadiran Perdana Menteri dapat membetulkan semula masalah ini dan menarik semula sokongan rakyat kepada BN di kawasan Seremban ini.

    Tiada ulasan:

    Pengikut