Rabu, 15 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 15 Jan 2014 03:07 PM PST

Skandal PKFZ: Bebaskan Kong Choy, Peguam Negara patut dipecat

Posted: 15 Jan 2014 05:01 AM PST


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusan menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.

Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya dilapor media Selangorku.com

Tony berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.

Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

Pendakwaan PKFZ hanya sandiwara terancang – Azan Ismail

Posted: 15 Jan 2014 04:59 AM PST

Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR : Pendakwaan terhadap ketirisan dan rasuah dalam Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hanyalah sandiwara terancang kerajaan minoriti BN bagi mengaburi mata rakyat, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
pkfz
Katanya, selepas pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan itu semalam, tiada mana-mana pihak yang dihukum kerana menyebabkan kerugian berbilion ringgit dalam projek itu.

"Ini seolah-olah satu wayang terancang bertujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius membanteras ketirisan. Bila habis pilihan raya, yang tertuduh turut dilepaskan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Azan, kegagalan mensabitkan individu  dalam skandal tersebut  menunjukkan ketidakmampuan kerajaan minoriti pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani isu salah guna kuasa melibatkan wang rakyat.

"Najib nampaknya tidak serius mahu selesai masalah ketirisan, dan yang lebih pelik seolah-olah tiada seorang pun pemimpin Umno berani bersuara dalam kes PKFZ, ini membuktikan mereka tidak berintergriti," tegas Azan.

Semalam, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu dalam kes PKFZ.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu bekas Perdana Mneteri, Tun Abdullah Ahmad badawi mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006
Pada Oktober tahun lalu, bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila diilhamkan pada 1997, namun melonjak kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad  dari wang pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Laporan audit PwC pada 2009 menyifatkan Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Selesaikan tiga kriteria sebelum SPR cadang persempadanan semula

Posted: 15 Jan 2014 04:55 AM PST

Basyar Abkadir
Wong_Chen

KUALA OUMPUR : Tiga kriteria utama perlu ditekankan Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

"Pertama, bagi semenanjung Malaysia yang perlu diberi penekanan ialah jurang perbezaan pengundi antara parlimen. Ia perlu dikurangkan sebanyak 15 peratus.

"Sebagai contoh, parlimen Kapar mempunyai 150,000 pengundi, manakala Alor Setar 70,000 pengundi. Perbezaan ini melebihi 50 peratus," kata Wong kepada Keadilandaily.

Tambahnya, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen.

"Bagi Sabah dan Sarawak, kita tekankan kerusi parlimen dikekalkan 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi 222 kerusi Parlimen.

"Bermakna sekurang-kurangnya 57 kerusi Parlimen (di Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan," kata Wong Chen.

Dalam pada itu, Wong, satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

"Lebih daripada dua majlis perbandaran akan menyusahkan. Wakil rakyat berkomunikasi dan berunding dengan terlalu banyak PBT.

"Selain itu ia akan menimbulkan kekeliruan perbandaran mana yang bertanggungjawab," ujarnya.
KEADILAN pada 17 Julai 2013 menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji segala maklumat dan sistem berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Selain Wong Chen, antara yang terlibat ialah Datuk Mansor Othman, pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Mahkamah Rayuan kekal keputusan artikel Utusan bersifat fitnah

Posted: 15 Jan 2014 04:53 AM PST

boikot_utusan_badge

KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dua artikel diterbitkan Utusan Malaysia bersifat berhubung temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden, dan mahkamah turut menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu.

Dua panel lagi ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.

Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.

Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.

Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.

Dalam rayuan hari ini Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Apabila Najib Dikangkungkan, Jentera Maya UMNO Langsung Tak Bermaya

Posted: 15 Jan 2014 04:45 AM PST

Oleh Shahbudin Husin

Sejak semalam laman sosial sesak dengan perkataan kangkung dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Hanya kerana Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang yang tidak semuanya berpunca daripada kerajaan tetapi juga disebabkan faktor lain seperti cuaca dan sebagainya dan kemudian mengambil harga sayur kangkung sebagai contohnya telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan pelbagai perkara berkaitan kangkung.

Ini kerana contoh kangkung yang diambil oleh Najib itu memang agak kurang tepat untuk menggambarkan penurunan harga barang berikutan di kampung-kampung, sayur kangkung boleh diperolehi secara percuma di tepi-tepi parit di kebanyakan rumah.

Apa yang menjadi persoalan rakyat mengenai kenaikan harga barang ini ialah berkaitan keputusan kerajaan seperti menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan kenaikan tarif letrik sehingga dengannya telah menyebsbkan banyak barang-barang keperluan seharian turut meningkat harganya.

Tetapi kenaikan yang berpunca daripada tindakan kerajaan ini tidak dijawab oleh Najib, sebaliknya contoh kangkung yang diambilnya juga langsung tidak kena. Lantaran itu, Najib bukan saja dikangkungkan, malah digelar Perdana Menteri kangkung dan dikaitkan dengan pelbagai perkara lain berkaitan kangkung.

Apabila Najib diserang tentera siber atau jentera maya PR berkaitah perkara ini, satu perkara yang paling nyata ialah betapa berkesan dan ampuhnya mereka dalam melakukan kerja ini. Serangan yang dilakukan bagaikan bertali arus dan tidak henti-henti sehingga masyarakat umum juga dapat merasakan bahawa Najib telah tidak bertindak bijak dengan mengambil kangkung sebagai contoh dalam ucapannya.

Dalam masa yang sama, berikutan serangan bertubi-tubi dan bertali arus ini, Najib akhirnya telah menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat.

Lebih malang lagi, di sebalik serangan yang dilakukan terhadap Najib ini, jentera maya UMNO kelihatan langsung tidak berperanan dalam mempertahankan Perdana Menteri. Mereka seolah-olah sudah lumpuh dan tutup kedai.

Sementera Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin kanan UMNO berulang kali menyatakan kepentingan peranan media baru dalam tahun-tahun mendatang dan dalam pilihanraya 2018 nanti, tentera siber atau jentera maya UMNO seolah-olah tidak wujud langsung dalam persaingan yang sedang berlaku ini. Ketika Najib dikangkungkan adalah contoh terbaik bagaimana jentera maya UMNO langsung tidak bermaya dan seolah-olah tidak wujud saja layaknya.

Langsung tidak ada yang mempertahan dan membela Najib dalam isu ini. Mereka hanya membiarkan saja Najib dilanyak dan dilenyek oleh tentera siber pro pembangkang. Memang dalam hal ini jentera siber pembangkang begitu berjaya serta kelihatan begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan peranan menggugat keyakinan rakyat terhadap Najib, UMNO dan kerajaan.

Ahmad Maslan yang mengetuai jentera penerangan UMNO juga tidak berperanan memberi penerangan dan lebih rela Najib dikangkungkan begitu saja. Di manakah jentera beliau dalam hal ini?

Jentera maya di pejabat Perdana Menteri yang dilaporkan mempunyai bajet besar dan memiliki segala kemudahan juga nampaknya gagal menyaingi kehebatan pejuang maya PR yang berjuang tanpa wang dan lebih kerana fisabilillah semata-mata.

Begitu juga biro Media Baru, Pemuda UMNO turut disangsikan peranannya. Langsung tidak terlihat kelibat mereka dalam menyerang balas apa yang dilakukan oleh jentera siber pembangkang terhadap Najib.

Di kalangan pemimpin UMNO pula, daripada sekian banyak yang aktif dalam media sosial, hanya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan dan membela Najib. Yang lain-lain, sama ada tiada keupayaan untuk menjawab, merasakan tidak penting membela Najib atau mereka tidak terfikir untuk menjawabnya tetapi semua ini menampakkan kelemahan yang ketara yang seolah-olah Najib hanya bersendirian dan tidak dibantu dalam mempertahankan dirinya.

Jika dalam hal sekecil kangkung ini pun, jentera siber UMNO sudah lumpuh dalam perjuangannya, sudah tentulah dalam hal-hal yang lebih besar atau ketika mahu mempertahankan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti, ia akan menjadi lebih parah lagi.

Oleh itu, jika keadaan ini berterusan, bukan saja Najib akan terus dikangkung atau dibayamkan di masa-masa akan datang, bahkan zaman gelap UMNO dan BN sudah boleh dibayangkan dalam pilihanraya 2018 nanti. Ini kerana menjelang PRU 14, semakin ramai jumlah pengundi yang bergantung kepada maklumat di internet dan laman sosial untuk mengikuti perkembangan yang berlaku dalam negara. http://shahbudindotcom.blogspot.com/

GiatMARA dan Lubuk Wang Kroni BN

Posted: 15 Jan 2014 04:37 AM PST

Oleh mat_sempoi

 
"Disini ingin saya suarakan pandangan saya tidak seberapa ini. Isu seperti ini sebenarnya bukannya salah kerajaan negeri Selangor mahupun pemimpin mereka yang terbabit. Isu ini adalah isu yang berpunca daripada kerajaan BN dan diwarisi juga oleh para pemimpin BN yang tamak haloba.

Kalau nak ikutkan, bukan sahaja MARA mahupun GiatMARA yang menjadi mangsa. Tetapi kalau dikaji secara keseluruhannya, institusi, jabatan dan cawangan-cawangan kerajaan BN juga banyak terbabit, dan mungkin akan menjadi isu dihari kemudian juga akibat permainan wang politik pemimpin BN.

 

Meh saya ceritakan disini. Kalau nak diikutkan, sepatutnya institusi seperti GiatMARA ini, dari dahulu lagi sudah sepatutnya mendapat tanah hak milik mereka sendiri secara 100%. Nak dikatakan, tanah hak milik kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia ini terlalu banyak. Tetapi, tidak peliknya. Modus operasi pemimpin BN ini licik semenjak dahulu kini dan selama-lamanya.

Kebanyakkan tanah-tanah ini, biasanya akan di 'anugerahkan' kepada kroni-kroni, pemimpin-pemimpin, exco-exco dan sanak saudara mereka (BN), manakala jabatan-jabatan atau institusi kerajaan biasanya akan terpaksa membeli semula tanah 'anugerah' ini daripada pihak tertentu dengan harga yang terlampau tinggi, ataupun terpaksa menyewa bangunan atau tapak hak milik individu tertentu (yang biasanya bakal 'bangkrap').

Kalau tak percaya, anda siasatlah lokasi-lokasi GiatMARA mahupun jabatan atau institusi kerajaan seperti Klinik 1Malaysia, Balai Polis, JPJ dll. Mengapa pusat-pusat ini perlu menyewa kepada individu tertentu pada harga yang amat tinggi, padahal tanah dan aset hak milik kerajaan masih berlebihan lagi. Alasannya, konon nya lokasi tersebut strategik dan sebagainya. Jadi, mengapa pula kena sewa pada harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran?

Sebab itulah wujudnya pejabat JKR di pusat beli belah Mid-Valley [1], jabatan-jabatan kerajaan di bangunan IOI, Mines dan yang paling hebat, di Putrajaya sendiri. Kerajaan BN telah menyewa pada kadar RM7.7 juta sebulan dengan wang rakyat untuk sewaan dibangunan-bangunan di Putrajaya [2]. Belum lagi ana nak ceritakan lot-lot kedai, yang disewakan untuk IPTA di pelbagai negeri dan sebagainya.

Mengapa kroni-kroni dapat tanah dan aset? Institusi kerajaan cuma menyewa atau berkelana? Salah siapa sebenarnya? Pencacai yang termakan 'kangkung' dan masih tidak sedar kepada realiti diulik mayang oleh pemimpin BN sebenarnya. Sedar-sedarlah. Tanah-tanah di Sarawak, jangan nak dicerita, habis disamun oleh YB Menteri dan kroni disana dengan selambanya [4][5]. Ada pencacai BN kisah?

Nak diceritakan MARA pula. Huh banyak kesahnya juga. Kita semua tahu, pengerusi-pengerusi dan pihak atasan bagi kesemua ajensi kerajaan adalah YB atau ahlul politik BN. MARA, Tabung Haji, KWSP, CIMB, dll. Mereka ini memang terkenal sebagai Mr. Komisyen. MARA adalah salah satu lubuk wang bagi Mr. Komisyen ini. Kalau nak dikhabarkan, banyak lokasi tanah dan aset yang telah dibeli oleh MARA daripada pihak tertentu pada harga yang amat tinggi. Malahan, lokasi-lokasi tanah yang telah dibeli tersebut, adalah tidak strategik, merugikan dan merbahaya. 

 

Sebagai contohnya, MRSM Bentong di tepi lebuhraya karak yang terpaksa di tutup kerana tanah runtuh [6]. KPTM Balik Pulau juga bakal menghadapi masalah yang sama, kerana ianya dibina di lereng bukit tidak mengikut piawai pembinaan yang sepatutnya [7]. UniKL MICET di Melaka pula, telah dibina diatas tanah berbukit juga, yang mana, akhirnya bakal melibatkan kos pembinaan yang rumit dan mahal. 

Walhal masih banyak lagi tanah disekitarnya yang lebih baik dan berbaloi-baloi. Menagapa suka sangat MARA sekarang beli lokasi-lokasi sebegini? Faham-faham lah sendiri.

 

Itu baru isu pembelian tanah, belum lagi masuk cerita pembelian aset dan peralatan yang amat mahal daripada MARA daripada kroni BN. Contohnya, laporan audit 2010 telah mendedahkan GiatMARA telah membeli peralatan elektrik 100% lebih tinggi daripada harga pasaran, malahan pada spesifikasi yang lebih rendah dari yang sepatutnya [8]. Tentu pada bibir pencacai, iyu memang berpatutan dan masih murah.

Baru cerita MARA sahaja, belum masuk jabatan dan institusi lain. Banyak sungguh. Boleh guna carian 'google' dan seumpamanya.

Jadi, saya berharap pencacai-pencacai BN mulai sedar dan buka mata. Selagi BN berkuasa. Selagi itulah kuasa serta wang rakyat akan disalahguna dan dijahanamkan oleh pemimpin-pemimpin yang rakus ini.

 

Jangan terkejut. Isu-isu sebegini menjadi permainan mereka bagi menutup minda anda semua agar menjadi tidak 'rasional'. Semoga, menjadi ikhtibar, dan ingatlah. Mengapa perlu menyewa pada harga tinggi, sekiranya boleh memiliki nya sendiri.

Isu ini tidak akan berlaku, sekiranya kerajaan BN dahulu kini dan selama-lamanya ikhlas, dengan memberi aset dan tanah kepada insitusi dan jabatan kerajaan. Lain kali, kaji dulu sebelum serbu tak tentu haluan. 

Nanti menjerat diri sendiri, di 'kangkung' kan lagi.

Kangkung: Kegagalan 'food security' Negara?

Posted: 15 Jan 2014 04:31 AM PST

Oleh Haris Zuan

MUNGKIN kerana tidak lagi mampu untuk berdepan dengan kritikan yang semakin kuat, Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak adil untuk menyalahkan Barisan Nasional atas kenaikan harga barangan harian.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan harga barangan seperti sayuran, ikan dan lain-lain disebabkan oleh keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya, sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian edisi 12 Januari 2013.

Rupa-rupanya yang turun itu cumalah sayur kangkung.

Pertama sekali, saya ingin mengingatkan Najib bahawa kebanyakan bahan makanan seperti ikan, ayam, tepung gandum, gula, garam termasuk antara 22 senarai barangan yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Pemantauan dan penguatkuasaannya pula dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Justeru jika kerajaan tidak mampu untuk mengawal harga barangan, mengapa wujudkan senarai barangan kawalan dan sebuah kementerian untuk memantaunya? Mengapa tidak bubarkan sahaja kementerian ini?

Keduanya, sebagai seorang Perdana Menteri, rakyat mengharapkan beliau untuk memberi penyelesaian yang bersifat struktural. Najib Razak adalah benar apabila mengatakan harga makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh harga minyak tetapi juga cuaca dan ekonomi dunia. Sebagai contoh, apabila India dilanda banjir, harga bawang bombay meningkat. Begitu juga dengan kelapa yang diimport daripada Sumatera yang terjejas sedikit masa dahulu.

Pada masa yang sama, pengeluaran makanan di negara ini masih lagi rendah dan belum mampu untuk memenuhi keperluan dalam negara sehingga menyebabkan negara bergantung kepada sumber import. Semakan pada statistik Tahap Sara Diri Komoditi Makanan Utama, 2006-2011 (Self-Sufficiency Level Of Major Food Commodities, 2006-2011) yang diterbitkan sendiri oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati bahawa pengeluaran padi di negara ini hanya mencapai 70% keperluan negara, manakala baki 30% terpaksa diimport.

Sayuran lebih ketara kerana pengeluaran dalam negara hanya dapat menampung sekitar 40% keperluan dalam negara dan selebihnya harus diimport. Pengeluaran daging lembu/kerbau pula kurang daripada 30% keperluan negara, manakala Malaysia terpaksa mengimport 90% keperluan kambing/biri-biri berikutan pengeluaran dalam negara yang kurang daripada 10%. Pengeluaran susu Malaysia pula hanya sekitar 5% berbanding keperluan negara.

Data ini menunjukkan bahawa Malaysia sangat-sangat bergantung kepada import makanan dan sejak 10 tahun lepas, Malaysia mengimport bahan makanan bernilai RM221.81 bilion – satu jumlah yang bukan sedikit. Kebergantungan ini bukan disebabkan tanah di Malaysia ini tidak subur atau cuacanya yang sentiasa kejam terhadap tanaman, bukan juga kerana rakyatnya malas untuk berkebun dan bercucuk tanam.

Tetapi kerana keinginan negara ini untuk menjadi negara industri. Secara perlahan-lahan sektor pertanian dipinggirkan dan tumpuan diberikan kepada pembuatan. Pada tahun 1970, lebih separuh (sekitar 55%) daripada tenaga kerja negara ini tertumpu dalam sektor pertanian, namun perlahan-lahan angka ini berkurang kepada 40% pada 1980, merosot kepada 15% pada 1990 dan sekitar 10% pada 2010. Akhirnya pada tahun 2010, sektor pembuatan dan perkhidmatan membentuk lebih 70% daripada guna tenaga di negara ini.

Lalu Malaysia akhirnya menjadi pengimport makanan termasuk pucuk paku daripada Thailand. Ya, Thailand merupakan contoh terbaik di mana sektor pertaniannya diberikan tumpuan yang besar dan kini Thailand menjadi mengeksport utama beras dan saiz ekonominya adalah setara dengan Malaysia yang kononnya mahu menjadi juara automotif di rantau ini. Ironinya, saiz sektor automotif di Thailand, khasnya pemasangan kenderaan adalah jauh lebih besar daripada Malaysia, malah Vietnam juga mula menyaingi Malaysia.

Kesudahannya, negara kita tidak menjadi negara dengan sektor automotif yang disegani di rantau ini, dan kita mengorbankan sektor pertanian yang selama ini menjadi kekuatan kepada negara ini. Hanya akhir-akhir ini, Malaysia mula menyebut kembali mengenai keperluan untuk mengukuhkan kembali bidang pertanian, khasnya pada zaman Pak Lah. Ketika ini juga ramai mula bercakap mengenai keselamatan makanan (food security) apabila menyedari pertanian bukan sekadar industri tetapi juga elemen keselamatan yang jauh lebih penting daripada dua biji kapal selam second hand yang dibeli dengan mahal dan gagal menyelam.

Malangnya, Pak Lah gagal mendapatkan pengganti beliau yang dapat melihat kepentingan dalam food security ini. Malah, nampaknya projek untuk memastikan negara mengurangkan kepada import daging lembu dan tenusu dilihat sebagai ruang untuk memperkayakan kroni semata-mata. Akhirnya, sebagaimana semua maklum, projek tersebut gagal.

Kini, Perdana Menteri kita yang dikasihi, kerana kegagalan beliau untuk menstabilkan harga makanan asas dan mengukuhkan keselamatan makanan negara telah mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri akan menyebabkan seluruh dunia menyangka Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang dipilih melalui SMS rancangan Maharaja Lawak Mega.

Semoga kita tidak lagi dikangkungkan. – Roketkini.com

Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.

Posted: 15 Jan 2014 04:27 AM PST


DETIK DAILY

Nama Rosmah Mansor sekali lagi dipetik menjadi kontroversi nasional apabila didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza Aziz yang menjadi penerbit filem tersebut.

Dakwaan tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz mendapat sumbangan kewangan dari ibunya. M-Star Online bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.

Riza Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik. Baru-baru ini, susuk yang sama telah terpalit dengan skandal pembelian kondo mewah di New York bernilai RM111 juta.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tegas mempersoalkan dari mana datangnya kemewahan luar biasa keluarga Perdana Menteri?
Semua dakwaan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media yang berwibawa, bukan dipetik dari blogger politik semata-mata. Sedangkan sebelum ini ramai pimpinan politik anti-kerajaan yang ditangkap dan didakwa hanya dari sumber pihak yang tidak kredibel.

Maka SAMM mendesak satu Jawatankuasa Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat semua dakwaan kemewahan luar biasa sejak Najib memegang jawatan Perdana Menteri. SAMM juga menggesa agar Najib Razak dan Isterinya diberi cuti sehingga siasatan selesai dan pucuk pimpinan negara harus dipangku oleh mereka yang layak.

Ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, keluarga Perdana Menteri dan menterinya pula bermewah-mewahan. Dalam masa yang sama, mereka seru rakyat supaya berjimat - ini sangat kontradiksi.

EDY NOOR REDUAN

Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Video Seks Mustafa Ali : Umno Tarik Balik Saman

Posted: 15 Jan 2014 04:12 AM PST

Alif Mustapha 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima Penghakiman Persetujuan luar mahkamah berhubung tuntutan saman fitnah UMNO dalam kes video seks yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Peguam Plaintif Raihanah Ashriqin Ariffin bagaimanapun berkata, tiada permohonan maaf diterima daripada pihak defenden, hanya menyatakan kekesalan malah tiada perintah untuk sebarang tanggungan kos.

"Kita telah datang proses mediasi dihadapan hakim Zainal L Salleh, kedua-dua pihak bersetuju untuk kita tarik balik saman terhadap defenden-defenden dan siaran yang tidak merujuk kepada UMNO. Tiada permohonan maaf, hanya menyatakan kekesalan," katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan mediasi dibacakan di hadapan hakim Datuk John Louis O'hara di sini hari ini.

Dalam pada itu permohonan kedua-dua belah pihak, Raihanah bagi pihak plaintif dan Zulhazmi Shariff bagi pihak Defenden- Defenden telah mencapai 4 persetujuan.

Antaranya, Defenden Pertama dan Defenden Kedua menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO. Malah Defenden Ketiga juga perlu menyiarkan kenyataan Defenden Pertama dan Kedua. Selain itu kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini di laman portal Harakah Daily ditarik balik serta merta.

Plaintif, Datuk Abdul Rauf Yusoh selaku Pegawai Awam bagi pihak UMNO sebelum ini menfailkan tuntutan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, peguam Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong (Defenden-Defenden) berhubung beberapa kenyataan berunsur fitnah.

Sebelum ini UMNO telah menfailkan saman fitnah terhadap Mustafa Ali, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.

MB Nafi Gugur Azmin Dari PKNS

Posted: 15 Jan 2014 04:10 AM PST

alt
Shah Alam - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan menggugurkan musuh politiknya Naib Presiden PKR Azmin Ali dari terus memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menurut Khalid, keputusan tersebut adalah dari PKNS sendiri dan ianya diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

"Keputusan untuk memecat Azmin dilakukan oleh Pengurus Besar PKNS (Othman Omar).

"Kita akan menghantar surat dari Pengurus Besar PKNS dan minit mesyuarat Exco pada 4 Disember lalu dalam masa dua minggu... exco tiada kaitan dalam keputusan (menggugurkan Azmin)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azmin pada 10 januari lalu dilaporkan telah diberikan surat pemberitahuan tidak akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Sementara itu, Khalid turut menjelaskan kontrak Othman bersama PKNS yang berakhir bulan depan juga tidak akan diperbaharui ekoran exco kerajaan sependapat untuk mencari pengganti yang lebih berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.

PKR Selangor kemudiannya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mendapatkan penjelasan Khalid mengenai pemberhentian Azmin dari PKNS.

Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari yang menghadiri mesyuarat tersebut berkata, kerajaan negeri seharusnya memaklumkan kepada pemimpin PKR sekiranya ingin memberhentikan ahli parti dari perbadanan tersebut.

Azmin dan Khalid sebelum ini pernah dilaporkan sebagai musuh politik ekoran pelantikan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu sebagai Menteri besar Selangor.

Azmin yang mewakili parlimen Gombak juga secara terang mengkritik pentadbiran Khalid sungguhpun berada dalam parti sama.

Terbaru, Azmin menyelar Khalid sebagai melampau apabila secara mendadak menaikkan gaji ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Selangor sehingga tiga kali ganda dari gaji asal.

Kes Tumbuk : UMNO Pandang Serius Serangan terhadap P.Kamalanathan

Posted: 15 Jan 2014 04:07 AM PST

 Aqilah Radzuankaidi

KUALA LUMPUR  -  UMNO memandang serius terhadap tindakan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi yang bertindak mencederakan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan pada Ahad lalu. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO berasa kesal terhadap insiden dan ianya tidak seharusnya berlaku dalam mana- mana pimpinan parti. 

"UMNO menolak sebarang tindakan keras dalam apa- apa penyelesaian masalah sebagaimana yang dilakukan oleh pihak terbabit terhadap P.Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini. 

Beliau menjelaskan pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada sebarang pertelingkahan atau bentuk kekerasan yang akan mengundang keadaan lebih buruk.

Katanya, tindakan tegas akan diambil dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.

Terdahulu, P.Kamalanthan didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat beliau untuk memohon supaya menantu beliau yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Beliau turut mengesahkan kejadian tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ianya disusuli dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel semalam yang mengutuk keras tindakan tersebut.

Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Posted: 15 Jan 2014 04:05 AM PST

ASPAN ALIAS


Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.

Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita 'balik kampung, tanam kangkung'. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.

Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.

Dengan turunnya harga kangkung ini tentulah ia akan memberikan kesenangan kepada kehidupan rakyat dan kita tunggu sahaja pencapaian negara ketahap negara maju menjelang tahun 2020. Dengan turunnya harga kangkung ini, tentulah impian pimpinan kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada USD15,000 setahun akan tercapai.
Dengan pengurangan harga kangkung ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan dan penjimatan itu akan dapat menampung kenaikan tariff letrik dan kadar bayaran tol kepada pemegang konsessi lebuh raya dan menampung kenaikan harga bahan api sekarang ini. Ia juga boleh menampung harga gula yang telah naik berkali-kali dalam setahun ini.
Mungkin kangkung ini boleh menjadi bahan 'export' negara dan boleh membantu memperbaiki pendapatan negara dan akhirnya boleh mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun-tahun akan datang ini.
Alhamdulillah, kita ada kangkung untuk memberikan kenikmatan kepada kehidupan rakyat negara ini. Selama ini hanya rakyat termasuk diri saya ini tidak tahu untuk mencari kehidupan yang baik, sehinggalah PM Najib memberikan jalan untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa-masa yang mendatang dengan memakan kangkung.
Kepada Menteri Hasan Malek, kita hendak bertanya, kalau kangkung naik pula harganya nanti, adakah saudara akan membuat kenyataan, 'kalau kangkung mahal, jangan makan kangkung'?
Terima kasih YAB Perdana Menteri. Saya cadangkan supaya diadakan kempen memakan kangkung diperingkat nasional dalam masa terdekat ini. Mungkin PEMANDU boleh berbuat sesuatu untuk melaksanakan kempen makan kangkung ini.

Nasib baik ada kangkung menyelamatkan kita. Rakyat sekalian, bersukarialah kerana segala penat lelah pucuk pimpinan dan barisan kepimpinan keseluruhannya telah berjaya menampakan kejayaannya dalam mentransformasi ekonomi negara kita ini hanya melalui industri kangkung sahaja.

Sekarang semua balik kampong tanam kangkung.

'Mana cukup gaji RM1,000?'

Posted: 14 Jan 2014 11:37 PM PST


 Selain tugasnya sebagai pekerja kilang, Zamari turut berniaga kerongsang di Pasar Pagi Selayang.

"DENGAN gaji bersih RM1,000 sebulan mana cukup nak tampung perbelanjaan seharian dan belanja anak-anak sekolah," luah seorang pekerja kilang, Zamari Adam, 45.

Musim pembukaan sesi persekolahan baru-baru ini sahaja dia memperuntukkan RM1,500 untuk tiga anaknya, iaitu dua belajar di sekolah menengah dan seorang lagi di sekolah rendah.

Sebagai menjimatkan kos, dia berulang-alik ke tempat kerja dari rumahnya di Selayang ke Rawang menaiki motosikal tidak kira waktu walaupun hujan.

Dia juga perlu menyediakan kos tambang buat isteri dan anak bongsunya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihadapi puterinya itu.

Katanya, beberapa kali juga dia terpaksa membuat pinjaman dengan majikannya atau pendahuluan gaji sekiranya perbelanjaan pada bulan tertentu meningkat.

Zamari berkata, keadaan ekonomi yang semakin teruk bukan hanya mengakibatkan harga barang naik tetapi bisnes di kilang tempatnya bekerja juga agak perlahan.

"Pekerja seperti saya yang tersepit sebab gaji makin sikit dan ada pula ura-ura elaun pengangkutan mahu dimansuhkan, jadi makin kuranglah gaji bulanan saya serta perlu bersedia bermula sekarang.

"Kalau nak ikut gaji RM1,000 itu memang tak cukup dan selalu saya ingatkan isteri supaya tidak bermewah-mewah," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, untuk menampung pendapatan, dia dan isteri membuat sewaan tapak di Pasar Pagi Selayang setiap Sabtu dan Ahad untuk meniaga aksesori tudung (kerongsang).

"Pendapatan tambahan tidak menentu dapat dalam anggaran RM80 hingga RM100 sehari dan duit itulah digunakan untuk membantu perbelanjaan harian.

"Jika nak diikutkan kami sekeluarga dah berjimat sehabis mungkin dan tak tahu nak potong bajet apa lagi untuk pastikan pendapatan yang diperoleh mencukupi," katanya.

Zamari berkata, tekanan tetap ada, namun tetap perlu meneruskan hidup dan dia bersyukur kerana isteri serta anak-anak faham dengan situasi mereka sekeluarga.

Malahan katanya, dia tidak pernah mengabaikan permintaan anak-anak jika ada ketikanya mahu bersiar-siar atau makan di luar.

"Saya tidak sampai hati jika anak mahu makan itu dan ini, kalau sekali dia menyebut boleh dipejamkan mata tapi kalau hari-hari disebut kita akan jadi kesian.

"Kalau pakaian pun begitu, anak-anak didahulukan. Kalau nak beli baju sendiri kena fikir banyak kali kerana bimbang bajet lari," katanya.

Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan?

Posted: 14 Jan 2014 11:29 PM PST

KELAB GREENBOC


Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat
Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. -TMI

Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.

"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya akan ditarik kembali.

Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak, Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum Gani.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. -TMI


ULASAN GB

Sudah banyak pihak meminta kedua-dua "pegawai kangkung" ini meletakkan jawatan. Tetapi mereka buat tak faham macam pekak badak.

Mengapa mereka bersikap demikian? Kerana mereka dijaga dan dibela oleh PM Kangkung. Yang pekak badak sebenarnya PM Kangkang yang seorang itulah sekalipun rakyat sudah mengadakan perhimpunan BERSIH sebanyak 3 kali menuntut supaya pegawai kangkung itu ditukarkan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sekalipun PM Kangkung enggan mendengar tuntutan rakyat, Allah tetap akan mendengar. Kedua-dua pegawai kangkung termasuk dengan PMnya sekali akan TETAP menerima hukumanNya.

Harga ayam naik: Peniaga tak boleh elak

Posted: 14 Jan 2014 11:25 PM PST


SHAH ALAM - Kenaikan harga ayam bermula minggu lalu tidak dapat dielak berikutan harga yang ditawar pembekal naik setiap tiga hari sekali.

Keadaan ini berlaku dikatakan  berpunca daripada penternak yang menaikkan harga.

Peniaga ayam, Shahrul Nizam Ismail, 31, berkata, pihaknya tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga ayam kerana harga yang ditawar pembekal turut tinggi.

"Kalau minggu lepas, kita boleh lagi menjual dengan harga RM7.70 sekilogram, tapi bermula hari ini kita terpaksa naikkan RM8 sekilogram.

"Ini memang tak dapat dielakkan. Harga ayam tak menentu dan selalunya ia akan naik setiap tiga hari sekali," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tinjauan di Pasar Seksyen 6, turut mendapati peniaga ayam meletakkan harga sama untuk setiap kilogram ayam standard.

"Jangan salahkan kami jika harga naik. Kita sendiri mahu tampung gaji pekerja,  beli plastik dan harga minyak. Dengan harga sekarang ini pun, untung yang kami dapat sama saja RM1 seperti sebelum ini," katanya.

Shahrul tidak menafikan dengan harga yang semakin tinggi, permintaan daripada pelanggan turut menurun.

Menurutnya, sebelum ini masuk saja tahun baharu, harga ayam akan turut sedikit seiring dengan sesi baharu persekolahan, tetapi berbeza tahun ini apabila harga barangan terus naik dan dijangka ti dak akan turun dalam masa terdekat.

Beliau berharap kerajaan membuat pemantauan ketat terhadap ladang ternakan ayam yang membekal ayam kepada pembekal kerana selama ini, hanya peniaga disalahkan.

Mengenai harga ikan, ia turut mengalami kenaikan dari 20 hingga 30 peratus mengikut jenis ikan sejak minggu lalu dan peniaga turut merungut dengan kenaikan ini hingga menjejaskan perniagaan mereka.

Peniaga ikan, Amirul Omar, 20 berkata, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan disebabkan faktor cuaca dan musim tengkujuh yang melanda negara.

"Kebiasaannya, kami hanya akan mengambil stok ikan kepada nelayan tempatan kerana gred ikan yang baik berbanding nelayan asing," katanya.

Kerja lebih masa boleh tambah stres

Posted: 14 Jan 2014 11:24 PM PST


 

KENAIKAN harga barang sudah semestinya memberi kesan kos sara hidup rakyat yang sedia ada tinggi terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar menjadi lebih berganda.

Meskipun trend membuat kerja sambilan ini sudah lama, namun tekanannya makin terasa akibat pendapatan yang tidak sama naik dengan peningkatan harga barang semasa.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata, kerja lebih masa dalam jangka yang panjang bukan hanya boleh mengakibatkan kualiti kesihatan menurun disebabkan stres dalam masa sama boleh memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

"Mungkin masyarakat melihat positif kepada individu yang bekerja lebih masa dan kita kata dia rajin dan cekal untuk tampung kehidupan keluarganya. Tetapi kita tidak lihat, dari sudut kesihatan apa yang akan berlaku kepada mereka dalam jangka masa yang panjang?

"Apabila bekerja lebih masa dan badan akan rasa penat dan apabila pulang ke rumah pula, bimbang anak pula jadi mangsa kemarahan dan lepas geram," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dibuat di Eropah ke atas 6, 170 pekerja yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang penyakit untuk bekerja lebih masa selama tiga jam setiap hari dan 11 tahun kemudian mendapati 400 daripada mereka sama ada meninggal dunia atau mempunyai penyakit jantung.

"Kajian itu menunjukkan sama ada mereka ini mati, terkena strok dan meninggal atau strok tetapi tidak meninggal. Ini adalah satu persekitaran tidak sihat yang perlu dikaji kesannya terhadap kesihatan dan sosial," katanya.

Kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan kita terjejas dan mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya jantung, strok, asma, sakit mental dan sebagainya.

"Apabila kita berdepan stres, apa yang ditakuti sistem peredaran darah kita akan terganggu dan hal ini membuatkan kita terdedah kepada penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak ditangani segera.

"Stres pula adalah satu keadaan di mana ia memerlukan masa dan teknik yang betul untuk mengubatinya. Ia akan kembali berulang jika tekanan berterusan tanpa penyelesaian yang dapat meringankan tanggungan terhadap emosi dan kesihatan tubuh badan," katanya.

Katanya, kerja lebih masa atau sambilan selain kerja utama sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu tetapi jika berterusan ia akan mengundang kondisi tidak sihat bukan sahaja terhadap tahap kesihatan tetapi juga mutu kerja.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneruskan perjuangan dalam memberi cadangan supaya pelaksanaan pemberian elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta dapat sedikit sebanyak meringankan beban akibat kenaikan harga dan kos sara hidup yang meningkat kini.

Setakat ini jelasnya, masih belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

"Cadangan pemberian Cola sebanyak RM300 ini satu perkara baik yang patut difikirkan kerajaan dan majikan mengenai kesan positif terhadap kesejahteraan sosial dan kami, MTUC akan terus berjuang membawa perkara ini ke depan," katanya

"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman

Posted: 14 Jan 2014 11:17 PM PST

KELAB GREENBOC


Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

"Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

"Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

"Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

"Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram," katanya. -TMI
br>


... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yg tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

So tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!! -FB orenji


BBC petik sensasi 'kangkung' Najib

Posted: 14 Jan 2014 11:06 PM PST

MALAYSIAKINI

Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kini menarik perhatian media antarabangsa.

Agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.

"Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung," laporan itu dipetik.

Laporan itu menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan "Keep calm and eat kangkung" (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Mahkamah rayuan: Artikel utusan bersifat fitnah

Posted: 14 Jan 2014 10:58 PM PST

MALAYSIAKINI

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebelum ini bahawa dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah, berhubung temubual pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.
  
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.
  
Panel hakim itu memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden.
  
Mahkamah juga menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu, bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang kos.
  
Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.
  
Peguam Abu Bakar As-Sidek memberitahu pemberita kemudian bahawa Umno membuat permohonan itu berikutan isu sama ada parti itu telah mempengaruhi dasar editorial akhbar berkenaan.
  
Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.
  
Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.
  
Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.
  
Dalam rayuan hari ini, Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.- Bernama

Pinda akta SPRM tiada alasan lepaskan VIP

Posted: 14 Jan 2014 10:56 PM PST

MALAYSIAKINI

PKR memberi amaran perhimpunan besar-besaran jika beberapa individu terkemuka tidak disiasat selepas pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijangka pada Mac depan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ini kerana SPRM sebelum ini berkata mereka tidak dapat mengemukakan kes yang kukuh terhadap orang kenamaan kerana kelemahan akta.

"Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya untuk reformasi pilihan raya, tetapi rasuah musuh nombor satu negara dan banyak masalah berpunca daripada rasuah," katanya dalam sebuah forum antirasuah di Kuala Lumpur malam tadi.

"Ini amaran awal kepada kerajaan dan SPRM. Jika mereka tidak uruskan (rasuah) dengan baik, orang ramai akan marah dan berarak di jalan raya."

"Kita bermula dengan jalan rundingan tetapi Mac ini, selepas undang-undang dipinda dan menteri-menteri masih tidak didakwa, saya pasti ada antara kita yang akan menjadi penghasut."

Mohon sijil halal kini atas talian

Posted: 14 Jan 2014 10:53 PM PST

MALAYSIAKINI

 Permohonan untuk mendapatkan sijil halal kini dipermudahkan lagi dengan penggunaan sistem dalam talian, Enjin Pengesahan Halal (HVE), yang sekaligus mempercepat proses permohonan, demikian menurut DagangHalal Berhad (DagangHalal).

Pangkalan data HVE, yang menggunakan pengkomputeran awan, bertindak sebagai pusat penyimpanan senarai produk, perkhidmatan dan badan pensijilan halal yang telah diakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Eksekutif Kumpulan Mohamed Hazli Mohamed Hussain berkata HVE mengandungi lebih 100,000 produk and perkhidmatan dalam sektor makanan dan minuman (F&B), rumah penyembelihan, logistik, farmaseutikal, kosmetik dan ramuan.

Sebagai contoh, senarai ramuan yang diimport telah pun mendapat kelulusan oleh badan pensijilan halal di negara tersebut yang berdaftar dengan Jakim, katanya kepada Bernama.

"Melalui kaedah baharu ini, pemohon hanya perlu memuat turun sijil halal daripada HVE tanpa menghubungi pengilang-pengilang ramuan tersebut. Ini bukan sahaja memudahkan pemohon malah membantu pihak Jakim dalam memastikan ketulenan sijil tersebut," katanya.

Sementara itu, DagangHalal menyasarkan jumlah syarikat yang berdaftar untuk menggunakan HVE meningkat sebanyak 10,000 syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding hanya 260 syarikat setakat ini, kata Mohamed Hazli.

Dilancarkan pada 11 Dis lepas, HVE kini diakses oleh syarikat-syarikat dari pelbagai sektor termasuk hotel, premis makanan segera dan badan pensijilan halal luar negara.

DagangHalal telah membelanjakan hampir RM3.5 juta bagi membangunkan pangkalan data tersebut.

Terdapat 73 badan halal di seluruh dunia yang diiktiraf oleh Jakim, melibatkan 57 badan halal bukan kerajaan (NGO) manakala selebihnya badan halal agensi kerajaan.

Daripada jumlah itu, 26 badan pensijilan halal dari luar negara telah bersetuju untuk memberikan senarai bahan yang telah diakui sah oleh mereka kepada HVE bagi memudahkan lagi pemohon sijil halal untuk mendapatkan sijil halal bagi ramuan yang digunakan.

Berikutan persetujuan itu, 26 badan halal tersebut boleh memuat naik sijil halal dan maklumat mengenai ramuan yang telah mereka sahkan ke dalam enjin carian tersebut secara satu persatu ataupun secara pukal.

Bagi mengakses HVE ini, pengguna perlu mendaftar di laman web, http://www.halalverified.com/User/Register.

Mengenai sumbangan HVE kepada industri Halal negara, Mohamed Hazli berkata proses pensijilan halal dapat dipermudahkan dan membantu produk halal tempatan mudah dieksport keluar negara.

Beliau berkata proses penyemakan ketulenan sijil halal adalah punca utama proses pensijilan mengambil masa yang lama, terutamanya apabila pemohon cuba menukar nama produk, jenis produk dan tarikh sah laku yang telah tamat.

Dengan wujudnya HVE ini, masalah tersebut dapat dielakkan kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti 'Quick Response Code' (QR Code) untuk mengelakkan sebarang pemalsuan sijil halal terutamanya dari agensi pensijilan antarabangsa, katanya.

Selain itu, kemudahan ini dapat memastikan sijil Halal yang dimuat turun jelas serta boleh difahami oleh Jakim, berbeza dengan sijil halal yang diperoleh sendiri yang sesetengahnya mungkin rosak akibat dihantar melalui kiriman pos, faksimili dan mungkin tercicir dalam proses penghantaran.

HVE turut memastikan sijil halal yang hampir tamat tempoh pula hanya boleh dilihat dan tidak boleh dimuat turun bagi menyekat usaha memalsukan sijil tersebut, tambahnya lagi. - Bernama

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 15 Jan 2014 01:26 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:26 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Muzium di N.Sembilan lesu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Posted: 14 Jan 2014 03:41 PM PST


15 Jan 2014 - BARU-BARU ini, saya bersama-sama keluarga telah mengunjungi Muzium Lukut, berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apabila hampir sampai ke muzium itu, saya melihat tiada promosi atau tanda arah menunjukkan arah muzium tersebut.

Hanya pada jarak 100 meter atau kurang baru ada menunjukkan lokasinya. Itupun masih tanda arah lama dahulu. Setelah sampai, saya melihat lokasi dan pemandangan yang sama di dalam kawasan muzium.

Saya melihat landskap pemandangan muzium dicacatkan dengan padang permainan yang rosak dan membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Selepas itu, saya memasuki bangunan melihat sejarah Lukut dan sejarah Raja Jumaat yang sedikit sebanyak menyumbang sejarah di situ.

Saya dapati masih sama susun atur dan tidak banyak berubah. Terdapat kesan air akibat hujan kerana bumbung muzium bocor.

Entah apa sudah jadi dengan muzium ini. Saya malu dengan pelancong luar yang mengunjungi muzium tersebut.

Ada yang merungut pameran yang sama, keadaan selengaraan muzium yang tidak baik, tiada tarikan yang istimewa dan yang pasti pihak Jabatan Muzium seperti melupakan muzium ini.

RIFF HUSSAIN
Wangsa Maju

Barisan Nasional

Barisan Nasional


#seratah#

Posted: 15 Jan 2014 03:45 AM PST

#seratah#


MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 14 Jan 2014 07:57 PM PST


SATUK SERI ZAHARIN MOHAMED HASHIM
Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang

Satu penghinaan Bila Anwar 
Rujuk Saya Ke Lembaga Displin

Sekitar awal 2010 Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim yang ketika itu Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Pulau Pinang terperanjat apabila mendapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya beliau dihadapkan ke Lembaga Displin Parti.

Puncanya -  kerana Zaharin mengambil pendirian mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara terbuka.

Tindakan Zaharin itu disebabkan dasar DAP yang diketuai Guan Eng yang dilihat banyak membelakangkan orang Melayu di negeri ini, banyak gerai milik peniaga orang Melayu dirobohkan di sebalik wajah Khalifah Umar Abdul Aziz yang diuar-uarkan milik Guan Eng.

Macam mana saya sebagai rakan dalam pakatan pembangkang apabila  mengkritik pentadbiran Guan Eng yang ala diktator, cauvinis dan komunis ini terhadap orang melayu Pulau Pinang tidak diambil endah oleh kepimpinan Parti.

Sebaliknya lebih menyedihkan  lagi apabila saya mendapat tau Anwar mengarahkan saya dirujuk ke Lembaga Displin, ini satu penghinaan kapada saya sahingga menyebabkan pada 12 Fabruari 2010 saya mengumumkan keluar PKR, kata beliau ketika dihubungi penulis pertengahan Mac 2012.
Mengulas lanjut, Zaharin menegaskan, saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

Saya tidak mahu genarasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang mengjahnankan dan merosakkan negara bangsa dan agama saya, kata beliau. Kata  beliau semasa dirinya dijemput oleh Anwar yang juga Penasihat PKR menyertai parti itu dulu, beliau yakin PKR berjuang untuk reformasi dan perubahan tampa  berkompromi dengan nilai-nilai bangsa serta agama, namun beliau kian  ragu dengan matalamat dan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang kerana berkerja sama dengan DAP yang sifatnya mengamalkan politik sempit.

Ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam kusus gulungan penjaja di negeri itu. Dasar cauvinis dan ekstrimis yang dibawa DAP di negeri ini iaitu turut dibuktikan dengan  tindakan Guan Eng mempolitikkan institusi Islam seperti pusat zakat katanya.

Ulasan Seratah;  Oleh kerana PKR tidak begitu kuat perlu bergantung dengan DAP untuk memerintah negara ini apa saja kehendak DAP Anwar terpaksa tunduk walau pun terpaksa mengadai Agama dan bangsanya sendiri demi mencapai matalamat Anwar nak jadi PM, kalau Anwar jadi PM begitu jugalah DAP akan berkuasa, Anwar akan turut sahaj apa kehendak DAP,

Jadi mengapa pengikut PKR tidak boleh berfikir apa yang sebenarnya berlaku dalak pakatan pembangkang yang hanya menguntungkan DAP, DAP memang menhgarapkan Anwar menjadi PM kerana Anwar akan menurut apa saja kehendak DAP, berfikirlah dengan ILMU jangan dengan Nafsu.

bersambung







bumiyang

Posted: 15 Jan 2014 03:44 AM PST

bumiyang


Rakyaat Malaysia Tidak Kisah Jika PM Mereka Peliwat?

Posted: 14 Jan 2014 08:05 PM PST

Lupus Tapak2 Giat Mara di Selangor - Projek Serampang 2 Mata Kerajaan PR???

Posted: 14 Jan 2014 05:02 PM PST

Red Bean Army pun Ada Jugak Bongok....

Posted: 14 Jan 2014 04:30 AM PST

Ohpolitik!™

Posted: 15 Jan 2014 03:40 AM PST

Ohpolitik!™


EDISI KANTOI : Ungku Aziz nafi catatan 'kangkung' adalah tulisannya

Posted: 15 Jan 2014 03:30 AM PST


Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook. 

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu. 

 
"Itu adalah satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu. 

"Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya di sini. 

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu. 

Antara lain, petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu ialah: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit." 

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu adalah hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana selepas sekian lama terbabit dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi. 
Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian. 

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku. 

"Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya. - BERNAMA

@NajibRazak being fool by #Kangkung ?

Posted: 14 Jan 2014 07:37 PM PST

An insult to Najib Razak
With respect to the above subject matter, I have been observing the Barisan Nasional social media team(s) since December 2013 and noticed that there has been no improvement in the team(s) performance in the following:

1) Disseminating information on the government policies i.e. GST.

2) Defending the government from attacks by the opposition i.e. increase in price of goods and utility bills i.e. sugar and electric tariffs.

3) Defending the leadership of the party in facing attacks by the opposition. The easiest example is the #Kangkung fiasco. It took BN's sosial media team days to counter the claims by the opposition. 

The Prime Minister is being made a fool, but what have the BN Social Media team done to counter this?

I could list down a lot more on the inefficiency of the BN social media teams but what for? I do not think they are going to change one bit. The recent attack on the Prime Minister demonstrates that BN is really in need of an integrated and efficient social media team. This is something that has to be done immediately to arrest the slide in popularity of the Prime Minister. 

Najib is going to be like Pak Lah if he does not do something. Remember the days when Pak Lah was attacked, it started with sosial media i.e. bloggers. It has got nothing to do with money mind you, but it has got everything to do with the future of the country. During Pak Lah's time bloggers were unhappy with certain decision he made regarding the Double Track railway project, the crooked bridge in Johor and etc.and since he does not listen to the people, they brought him down. 

Even the British Media is making fun of our PM (link)

Najib is doing the exact mistake as Pak Lah. However, what is more worrying is that although Pak Lah was brought down for making the WRONG DECISIONS , Najib will be brought down for NOT MAKING ANY DECISIONS. 

The Prime Minister must do something. Prior to May 2013 he had a lot of team (s) i.e. Pro BN Media teams, but what has happen to all of that? 

Only god knows and what i know someone is lying to the Prime Minister to his face by saying everything is ok. Everything is not Mr. Prime Minister and you better wake up quickly from your sleep. 

Strategi #Kangkung Berjaya Menutup Sumbangan RM96 Juta Kerajaan Terhadap Mangsa Banjir

Posted: 14 Jan 2014 04:02 PM PST


Berjaya strategi perang cyber pembangkang apabila rakyat lebih kenal dan selesa ber'kangkung' dari mengetahui apa yang disumbangkan kerajaan kepada rakyat yang ditimpa bencana.

Terbukti rakyat kini lebih selesa memikirkan poket sendiri yang kuasa membelinya semakin dihimpit dengan kesan kenaikkan harga barang berbanding sumbangan yang dilihat bantuan BESAR Barisan Nasional kepada rakyat yang ditimpa bencana.

Tentunya strategi yang berjaya menaikkan nama kangkung ini adalah cara paling mudah tanpa modal yang dapat menyindir kembali apa yang diungkap PM semasa pemberian BESAR tersebut.


#kangkung Lebih Menjadi Pilihan Berbanding Maulidur Rasul ?

Posted: 14 Jan 2014 07:15 AM PST

hafizhamidunPenyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya pada Selasa.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan  dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.-14/1/2014

Taipingmali (tm)

Posted: 15 Jan 2014 01:08 AM PST

Taipingmali (tm)


Gobind Singh Patut Saman DAP Bukan ROS!

Posted: 15 Jan 2014 12:28 AM PST

 

Bagaimana sebuah parti yang tidak mempunyai ahli jawatankuasa pusat yang sah boleh terus beroperasi dan berfungsi seperti biasa?  Bagaimana ahli jawatankuasa haram ini boleh bertindak sebagai pentadbir dan pengurus kepada parti dan berbuat sesuka hati?

 

Namun, itulah yang berlaku dalam parti DAP. Sehingga ke hari ini, masalah pengundian dan perlantikan CEC DAP masih lagi tidak selesai. 

 

Sebagai sebuah parti samseng, para pemimpin DAP cuba mengenepikan undang-undang pertubuhan dan ingin terus berlagak seolah-olah mereka tidak bersalah.  Mereka juga cuba menyalahkan kerajaan, ROS, UMNO, 'cuaca' dan mungkin juga 'harga pasaran kangkung semasa', atas apa yang berlaku dalam parti mereka. 

Kononnya, semua masalah yang melanda DAP adalah permainan UMNO melalui ROS. 

 

Hakikatnya, tugas menghantar notis kepada perwakilan DAP bukan tugas UMNO.  Tugas mengira undi CEC juga bukan tugas UMNO.  Justeru, bagaimana pula UMNO boleh menjadi punca kemelut dalam DAP? 

 

Bagi menyelamatkan air muka DAP, Pengerusi Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo, telah mewar-warkan yang beliau telah menghantar 'surat guaman' kepada ROS.  Harapannya agar dapatlah DAP memperlihatkan kepada rakyat bahawa masalah notis mesyuarat CEC tidak diterima dan juga kehilangan perwakilan dalam proses pengundian CEC adalah salah ROS. 

 

Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa tugas menghantar notis dan menjemput perwakilan DAP bukan tugas ROS.  Oleh itu, kedudukan ahli jawatankuasa DAP menjadi tidak sah pada hari ini bukanlah salah ROS.

 

Sebaliknya, ROS hanya menjadi tempat mengadu oleh para perwakilan DAP yang merasakan diri mereka telah teraniaya, terpinggir atau dipermainkan oleh pemimpin sendiri. 

Apa yang lebih menarik ialah ROS menafikan ada menerima apa-apa surat guaman, surat saman atau surat cinta dari DAP. 

 

Kebetulan, ROS sememangnya ada menunggu 'surat' dari DAP iaitu surat-surat notis mesyuarat yang dikatakan telah dihantar tetapi tidak diterima oleh lebih 700 perwakilan dalam pemilihan awal.  ROS juga sedang menunggu surat penjelasan yang terperinci dari pihak pemimpin DAP mengenai aduan ahli-ahli mereka sendiri. 

Namun, satu-satunya surat yang diterima oleh ROS dari DAP ialah berkenaan memohon penjelasan mengenai pengesahan jawatankuasa CEC yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng - itu saja. 

 

Jika Guan Eng sendiri sedar bahawa kedudukan sendiri tidak sah, apa hal pula Gobind Singh ingin menyaman ROS?   

 

Nampaknya, ROS akan terus menunggu penjelasan DAP dan DAP pula akan terus menipu. Sementara itu, parti DAP akan terus diterajui oleh jawatankuasa yang tidak sah. 

Inikah parti yang kononnya melaungkan 'cekap, amanah dan telus' serta keadilan untuk semua?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa depa buat di sinun?

Posted: 14 Jan 2014 05:11 PM PST

Kenyataan Media MuslimUPRo
14 Januari 2014 I 12 Rabiul Awwal 1435

Delegasi MuslimUPRo kini sedang berada di Geneva, Switzerland untuk meneruskan agenda melobi NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan misi perwakilan negara-negara anggota PBB menjelang penerimaan muktamad (final adoption) syor-syor kepada Malaysia semasa sesi ke 17 Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 baru-baru ini.

Semasa sesi penuh Majlis HAM pada bulan Mac ini, pihak Kerajaan Malaysia akan mengesahkan untuk menerima atau menolak mana-mana dari 232 syor-syor yang dikemukakan negara-negara anggota Majlis HAM PBB semasa sesi UPR ke 17 tersebut dijalankan.

Selain itu, delegasi MuslimUPRo juga berada di Geneva untuk memulakan kerjasama jangka masa panjang dengan salah sebuah NGO terkemuka di sini, Geneva International Center for Justice sebagai penzahiran persefahaman yang mula dicapai di dalam misi pertama Oktober lepas. 

Bentuk kerjasama pertama ialah latihan Hak Asasi Manusia bagi enam aktivis pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI). Ini dilakukan sebagai persediaan melaksanakan program latihan jangka panjang yang lebih lengkap bagi aktivis-aktivis NGI dari Malaysia. Pada sesi kali ini, wakil MuslimUPRo turut dianggotai Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim (PPMM) Dato‘ Zainul Rijal Abu Bakar dan Pengerusi Yayasan Nassar, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Antara bidang tumpuan inisiatif latihan ini adalah pendedahan kepada peserta tentang aspek teori dan perlaksanaan mekanisme HAM di peringkat Majlis HAM PBB, prosedur-prosedur khas HAM melibatkan triti dan konvensyen di bawah PBB termasuk proses UPR serta usaha usaha pendidikan HAM bagi negara negara anggota sebagai program berterusan di bawah PBB.

Antara objektif latihan dengan GICJ ini adalah seperti berikut:

1) Memberi pendedahan tentang teori, sistem dan mekanisme HAM PBB kepada aktivis-aktivis NGI secara ilmiah dan professional; 

2) Menyediakan aktivis-aktivis NGI yang mahir dengan selok belok mekanisme pencapaian HAM; 

3) Meneruskan usaha MuslimUPRo untuk menyediakan laporan pihak berkepentingan (stakeholder) bagi sesi UPR di masa hadapan.; dan 

4) Mewujudkan rangkaian aktivis aktivis NGI yang mampu memahami serta terlibat di dalam mana-mana mekanisme HAM di peringkat PBB, termasuk proses UPR yang menjadi mekanisme penting semakan rekod HAM negara-negara anggota.

Modul latihan yang dirangka juga mempunyai agenda besar untuk dilaksanakan di kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC). MuslimUPRo telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan menawarkan kepakaran profesional dan aktivisme khususnya kepada Suruhanjaya Tetap dan Bebas Bagi Hak Asasi Manusia OIC (IPHCHR) untuk membuka ruang penglibatan kepada aktivis-aktivis NGI dari kalangan negara anggota OIC.

Hasrat ini adalah susulan dari komitmen dan seruan yang dizahirkan Tuan Yang Terutama Climane Shaikh, Wakil Tetap OIC ke Genevasemasa delegasi MuslimUPRo menyerahkan Memorandum serta mengadakan perbincangan dengan beliau bulan Oktober lalu.

Keprihatinan MuslimUPRo bahawa faham dan gerakan HAM sejagat yang dilatari unsur-unsur liberal sekular, serta beberapa tuntutan terhadap Malaysia dan negara-negara Islam lain yang didapati tidak munasabah serta mengancam akidah, syariah, akhlak serta kesejahteraan moral manusia secara umum merupakan perkara asas yang menggerakkan inisiatif latihan dan lobi ini. 

Pada MuslimUPRo, mana-mana tuntutan yang tidak munasabah perlulah ditolak dan negara-negara anggota PBB secara umumnya perlu diberikan alternatif dari sudut pandangan keagamaan yang tepat dan berfungsi sebagai formula yang menyelamatkan tamadun manusia dari kehancuran akibat tuntutan-tuntutan melampau HAM. 

Pada masa yang sama, MuslimUPRo menegaskan komitmen terhadap mekanisme HAM yang membuka ruang untuk memperbaiki keadaan keadaan HAM di negara negara anggota PBB. Secara khususnya di dalam konteks Malaysia, pembaikan rekod HAM hendaklah berdasarkan tuntutan tuntutan yang absah dan tidak melanggar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan istimewa Islam di Negara ini.

AZRIL MOHD AMIN
Ketua Delegasi MuslimUPRo
Geneva, Switzerland

Bekas Mufti Diselar Agar Tidak Meroyan – Noh Gadut

Posted: 14 Jan 2014 04:54 PM PST

 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan mana-mana bekas mufti yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.

 

Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk "Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku" di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.

 

Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.

 

"Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.

 

"Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah" katanya.

 

Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

 

"Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

 

"Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab," katanya.

 

Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

 

Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.

 

Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.

 

Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema "Malam Cinta Rasul".

 

Selain tazkirah dan ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Di Desak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin  

Posted: 14 Jan 2014 06:21 AM PST

Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi.

 

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untukmendesak Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim  supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.

 

"Itu isu yang kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-turn' itu. Itu yang kita nak penjelasan. Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti," katanya.

 

Ini kerana, melalui Kongres PKR yang berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti, sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan sama ada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.

 

Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara itu. Dia walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

 

Isu mengenai pemecatan Azmin ini, telah menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.

 

Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus. Selain daripada itu, Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

 

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu. Malah, wakil daripada pihak Khalid juga tidak hadir.

 

"Dia (Khalid) tak datang. Dalam (mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis negeri. Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk hadir," katanya lagi.

 

Sebelum ini, pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR. Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 15 Jan 2014 01:08 AM PST

Sahabat-Gunung


Tutup Pusat GiatMARA, Satu Lagi Penindasan Terhadap Orang Melayu Di Selangor

Posted: 14 Jan 2014 10:07 PM PST

Rakyat Selangor khususnya orang – orang Melayu seharusnya membuka mata dan melihat penindasan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap orang Melayu di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, Pusat Giat MARA yang telah beroperasi selama 21 tahun sejak 1993 di Selayang untuk membantu anak melayu dalam bidang kemahiran setelah tamat persekolahan atas usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini diusir satu persatu di Selangor untuk kepentingan politik dan perniagaan Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Pusat Giat MARA di Selayang.

"Cadangan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menyerahkan tapak Pusat Giat MARA Selayang kepada "Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad)", bagi tujuan komersil sebagai Pusat Membaik Pulih Pesawat adalah lebih bermotifkan keuntungan perniagaan dan menidakkan usaha MARA untuk melahirkan lebih banyak modal insan dalam kemahiran vokasional.

Berdasarkan pemerhatian, kawasan tersebut adalah kawasan perumahan dan kawasan riadah disekitar turut diambil bagi tujuan yang sama. Agenda mereka jelas, iaitu cuba mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh dan pada masa yang sama menghalang usaha membantu melahirkan lebih banyak bumiputera dalam bidang kemahiran vokasional," ujarnya mengulas penutupan Pusat GiatMara Selayang.

Tambahnya, dengan cara ini mereka akan dapat memenangi hati masyarakat bukan bumiputera dan golongan kapitalis walaupun pada masa yang sama mereka bersorak  untuk membela rakyat.


"Hipokrasi sebegini terus berleluasa dan saya kesal kerana wakil rakyat DUN Templer yang ada gagal membela nasib melayu yang tertindas. Ini baru sekelumit kecil tindakan mereka, kita khuatir selepas ini lebih banyak tempat atau kawasan untuk melahirkan anak bangsa berjaya akan terus diragut dan dirampas demi kepentingan poket dan politik mereka," ujarnya lagi. 

Dah Biasa Buat Fitnah Hingga Fakta Jadi Auta

Posted: 14 Jan 2014 09:39 PM PST


Fakta – P.Kalamanathan ditumbuk oleh anggota Pemuda UMNO di Bhg Hulu Selangor ..... Ini memang fakta tetapi ....

AUTA – Blogger Omakkau (aku dengar blogger nie masih dalam hospital kerana ada masalah kesihatan sikit) ..... telah mengeluarkan artikel beserta gambar yang dikatakan Pemuda yang memegang jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan tempoh hari.....

Inilah jadinya bila fitnah dah jadi makanan seharian sehingga fakta dah jadi auta .....

Untuk makluman, muka mamat dalam blog nie bukanlah Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor tetapi TIMBALAN KETUA UMNO Bahagian Kuala Langat, bernama Zurihan Yusof .....

Jauh sangat Hulu Selangor ke Kuala Langat tu .....


Kalau blogger UMNO yang buat kesalahan fakta nie, confirm dah kena saman..... ? Betul tak?


Aku Tuntut Penjelasan Ibdillah Ishak

Posted: 14 Jan 2014 06:45 PM PST


Sebagai seorang ahli PemudaUMNO dan memegang jawatan dalam Pemuda UMNO di peringkat bahagian, aku masih menghormati Ibdillah sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysiamerangkap Pengerusi Media Sosial....

Tapi aku juga yang dah terlibat dalam dunia blogging sebelum Pak Lah jadi Perdana Menteri lagi (tapi aku bukan blogger tersohor atau blogger elit..... sekadar jadi blogger nyamuk sahaja) – aku tuntut penjelasan Ibdillah mengenai artikel yang dikeluarkan oleh blog RembauTimes nie ...

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jadi, aku menunggu jawapan dari Ibdillah.... dia boleh jawab dalam blog aku, FB, twitter atau instagram aku ..... aku pun #lifestyle gak....


Paling tidak pun, dia masih boleh sms, whatsapp ataupun telegram aku ..... dia tahu nak cari aku di mana !!!!

Baik Makan Kangkung Dari Kaki KANGKANG!

Posted: 14 Jan 2014 05:13 PM PST




BERNAMA Tak Patut Buat Kesilapan MeMALUkan ini .....

Posted: 14 Jan 2014 08:02 AM PST


Tak sepatutnya laporan meMALUkan ini dilakukan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Korang perasan tak di mana silapnya ... Tapi kalau orang Johor mesti perasan kesilapan yang berlaku di sini ....

Anwar Mahu Murtadkan Umat Islam Selangor?

Posted: 14 Jan 2014 07:00 AM PST


Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja utuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.

Dalam isu rampasan 353 naskah Alkitab versi  bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).

Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.

Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.

Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – kini sudah sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.

Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak  sama seperti umat Islam di negara ini.

Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.

Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.

Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.

Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.

Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.

Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.

Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.
PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.

Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.

Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.

PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.

Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.

Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.

Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu?

Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.

Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.

Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.

Pembangkang Sengaja Putar-Belit Isu Kangkung Untuk Alih Perhatian Rakyat

Posted: 14 Jan 2014 04:42 AM PST

Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya semalam.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan  dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :

Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini kejayaan kacang merah?

Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya bukan ayatnya...

Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..

Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak

Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.

Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly

FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..

Nur Arisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu

Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu sangat watpe...manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul....


Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.


Salam Maulidur Rasul buat semua.

Belantan

Posted: 14 Jan 2014 11:45 PM PST

Belantan


Takut disaman, Tian tarik semula fitnah terhadap UMNO?

Posted: 14 Jan 2014 09:37 PM PST


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa kesal atas dakwaan yang dilemparkan terhadap parti politik itu seperti yang disiar dalam artikel bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO' dalam portal berita PKR, KeadilanDaily.com bertarikh 1 Mac tahun lalu.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnah itu sebagai penyelesaian kes saman yang dikemukakan oleh UMNO terhadapnya dan Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit serta penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Saman fitnah itu yang sepatutnya dibicarakan hari ini dan Rabu, difailkan pada 15 Mac 2013 menerusi Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.


Penyelesaian kes saman itu dibuat menerusi penghakiman persetujuan yang direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini.

Terma lain yang terkandung dalam penghakiman tersebut ialah Fazallah dan Aisha bersetuju menarik balik artikel tersebut serta-merta daripada portal berkenaan.

Pada prosiding hari ini, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun hadir mewakili UMNO dan peguam William Leong mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Tiada sebarang arahan dibuat oleh mahkamah berhubung kos.

Sementara itu di luar mahkamah, Tian Chua sekali lagi mengulangi rasa kesalnya berhubung dakwaan itu.

"Artikel ini memberi implikasi terhadap UMNO namun bukan niat saya hendak mengaitkan UMNO dan bersetuju demi mengelakkan kekeliruan, KeadilanDaily.com akan menarik balik artikel ini,'' kata beliau.


Dalam pernyataan tuntutannya, UMNO selaku plaintif mendakwa Tian Chua membuat kenyataan tersebut selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Plaintif menyatakan, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, plaintif mendakwa, reputasi UMNO terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif dan mengakibatkan pertumpahan darah serta tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang diisytiharkan milik Malaysia sejak sekian lama.

Suara Politik
Belantan

Zuraida Mak Lampir Naik Meroyan Azmin DiSingkirkan Dari PKNS?

Posted: 14 Jan 2014 07:14 AM PST


Susulan pengguguran Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan satu memorandum untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu akan diserahkan kepada presiden parti, esok.

Menurutnya, melalui satu mesyuarat yang telah diadakan semalam bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggugurkan Mohamed Azmin dalam PKNS.

Beliau berkata, mereka sependapat menyatakan prestasi Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah baik dan tidak wajar digugurkan.

"Kita telah adakan mesyuarat semalam bersama pentadbiran negeri, memang kita tak bersetuju Azmin digugurkan, kita mahukan penjelasan proses pengguguran itu dilakukan daripada menteri besar.

"Azmin mempunyai prestasi yang baik dalam PKNS... kita juga putuskan akan menghantar satu memo kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mendapatkan penjelasan daripada menteri besar pada esok, dalam mesyuarat biro Pusat," katanya disini hari ini.

Tambahnya, keputusan pengguran Mohamed Azmin itu juga dakwanya, tidak dibincangkan bersama pimpinan negeri itu.

"Kita tak setuju... keputusan Abdul Khalid itu (ada berbincang), kena tanya beliau, kita tak setuju," katanya.


Pada Sabtu lalu, media melaporkan Mohamed Azmin yang juga Adun Gombak itu tidak dikekalkan sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS bagi penggal baru.

Mohamed Azmin dimaklumkan mengenai perkara ini pada Khamis melalui panggilan telefon, menurut sumber dalaman parti. Mereka berkata bahawa Azmin tidak diberi masa untuk berbincang mengenai kemungkinan lanjutan tempoh perkhidmatan beliau.

"Dia menerima panggilan pada hari Khamis dan mendapat surat yang memberitahunya bahawa dia tidak lagi diperlukan dalam PKNS pada hari berikutnya," kata sumber berkenaan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas adakah pengguguran Mohamed Azmin itu membuktikan pemimpin itu tidak sependapat dengan menteri besar dan cara untuk singkirkan pemimpin nombor dua parti itu, Zuraida berkata perkara itu perlu merujuk Abdul Khalid.

"Perkara itu kena merujuk menteri besarlah," katanya dalam keadaan tertawa.

Selain itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata isu pengguguran Mohamed Azmin daripada PKNS itu tidak akan menjejaskannya dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan pada Mei depan.

"Tak akan mempengaruhi Azmin, dia ada kekuatan tersendiri, tak akan menjejaskan," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 14 Jan 2014 11:42 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KASI BODOH ORANG ISLAM, KASI NAIK HARGA, KITA HASUT MARAHKAN NAJIB

Posted: 14 Jan 2014 06:00 AM PST

Tak dapat dinafikan, antara topik hangat dewasa ini adalah kenaikan harga.
Ia menjadi perdebatan dari kedai kopi sampailah ke laman sosial.
Apa yang dibimbangi, ada pihak menangguk di air keruh daripada senario ini.
Sesetengah kenaikan harga memang tak dapat dielakkan lagi dan pada masa sama, segala-galanya tidak harus dipersalahkan pada pihak kerajaan semata-mata.
Contohnya nota yang ditampal peniaga gerai ini.
Pada nota menggunakan tulisan Cina tersebut, dia mengisytiharkan bahawa harga makanan di gerainya terpaksa dinaikkan.
Bagaimanapun awal-awal dia memberitahu, jika terdapat sebarang kesulitan pelanggan harus memarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan bukan dirinya.
Sepatutnya, peniaga ini cukuplah sekadar memberitahu pelanggan bahawa harga makanannya terpaksa dinaikkan tanpa perlu memasukkan unsur-unsur hasutan di situ.
Sumber: www.utaranews.com

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 14 Jan 2014 11:40 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


IniKaliLahh... Melayu Selangor Padan Muka Laa...

Posted: 14 Jan 2014 06:00 PM PST


Penduduk Melayu Selayang kini telah menyesal mengundi DAP di kawasannya. Dia yang termakan dengan slogan "Ini kalilah!, kita Tukar!, kita Ubah!" telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan. Ramai antara mereka yang menghantar anak mereka belajar di GiatMara Selayang akhirnya terpaksa memikirkan jalan untuk menghantar ketempat lain ekoran arahan exco DAP Selangor.

Salah seorang ibu bapa yang terlibat dalam memberi undi kepada wakil rakyat cina Selayang ini berkata -"kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata mereka sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kesepuluh tempat Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.


William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini telah bersetuju bersama exco DAP Selangor untuk setuju meroboh serta merampas Institut Pendidikan GiatMara yang telah dibina di Selayang sejak 20 tahun lepas iaitu dari 1994 akhirnya pertama kali dalam sejarah diarah tutup atau akan dirobohkan serta merta pada masa terdekat.

Kedengaran berita bahawa William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini hendak membina kondominium bersaiz kecil diatas tapak Institut Pendidikan GiatMara ini. GiatMara merupakan usaha kerajaan BN yang memandang keperluan utk membela pelajar-pelajar yang tercicir dalam memasuki IPTA/IPTS.

Senarai tempat yang diroboh lepas PRU13:
1.Tempat pertama(1) diserang adalah hasil pilihan Melayu Penang iaitu di Uptown Bandar Perda pada bulan ramadhan diatas arahan DAP Lim Guan Eng. Tetapi dibuka semula kerana atas desakan orang Melayu Penang. Bukti sila scroll down

2.Tempat kedua(2) ditutup adalah hasil pilihan Melayu Kajang, iaitu di Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Tapak depan Econsave. Hasil pilihan Melayu Kajang yang mengundi PKR Lee Chin Cheh. Juga penutupan tapak itu atas arahan Exco Selangor DAP yang sama seperti didalam gambar. Bukti sila scroll down

3.Tempat ketiga(3) baru baru ini adalah hasil pilihan Melayu Cheras iaitu di Downtown Cheras, hasil pilihan Melayu yang mengundi DAP Tan Kok Wai yang telah merampas kesemua stall peniaga Melayu ditepi jalan Downtown Cheras yang sebelum ini tidak pernah menjadi masalah kepada orang Melayu untuk berniaga kerana umum semua orang tahu sejak dibuka lagi kawasan itu memang tempat pencarian wang bagi orang Melayu dan sesak itu adalah perkara normal. Bukti sila scroll down

4.Tempat keempat(4) pula telah diarah tutup oleh 3 Exco DAP dan 1 Exco Pkr seperti gambar diatas dimana hasil persetujuan ahli parlimen DAP Klang iaitu bertempat di Jalan Meru tambahan, Kapar, Klang. Walaupun tanah itu sebenarnya milik kerajaan negeri, tetapi sepatutnya ahli parlimen DAP Klang hasil pilihan Melayu Klang perlulah tampil berbincang bersama-sama peniaga untuk memberi notis awal serta memberi penyelesaian kepada peniaga peniaga Melayu ini. Bukti sila scroll down

5.Tempat kelima(5) baru-baru ini diserang di Penang dimana sekali lagi diatas arahan Lim Guan Eng. Untuk kes kelima ini anda boleh menghubungi Makcik Ila untuk mengetahui kes yang menganaya dirinya hasil arahan DAP ditalian 0174177739/0194117294- Makcik Ila. Perniagaan makcik Ila selaku ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah, disamping mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kedaifan yang dihadapi, pihak Majlis Perbandaran tetap juga merampas stall dan juga perniagaan makcik Ila ini. Bukti sila scroll down

6.Tempat keenam(6) adalah di Taman Mesra, Kajang iaitu peniaga Selangor yang telah berniaga di Taman Mesra, Kajang selama puluhan tahun akhirnya telah dirobohkan secara mengejut dan tanpa sebarang notis. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Exco DAP Selangor seharusnya memberi peluang budi bicara atau penempatan tapak baru kepada peniaga Melayu ini. Banyak lagi restoren cina di Taman Mesra, Kajang yang berniaga tanpa lesen, tetapi 1 pun tidak diusik. Bukti sila scroll down

7.Tempat ketujuh(7) adalah di kawasan Uptown Bandar Perda, depan kedai Emas. MPSP telah datang dan merampas gerai makanan Melayu sehingga menyebabkan salah seorang pemilik telah jatuh pengsan akibat pergelutan dan juga terkejut dengan tindakan MPSP. Walhal ada beberapa gerai cina berniaga secara haram, tetapi tidak dirampas oleh MPSP. Bukti sila scroll down

8.Tempat kelapan(8) adalah perobohan perkampungan Melayu di Kampung Mutiara, Batu Ferringhi dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera. Penduduk Melayu yang telah dihadiahkan tapak badminton 2012 akhirnya sebulat suara memberi sokongan untuk memberi undi pada DAP. Akhirnya selepas PRU13 bulan Disember 2013 ini, kerajaan negeri telah menjual tanah seluruh Kampung Mutiara pada pemaju cina dan kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang pampasan atau rumah ganti. Bukti sila scroll down

9.Tempat kesembilan(9) adalah di kawasan Gurney, sebelum roundbout, depan Mc'D. Peniaga ini hanya berniaga didepan rumahnya dan MPPP telah bertindak merobohkan gerainya kerana bertindak atas arahan wakil rakyat tempatnya bersama persetujuan Exco DAP Penang. Pak Cik Ali (nama samaran) telah menyesal memberi undi pada DAP kerana ini balasan yang diberi sehingga tidak dapat berniaga. Bukti sila scroll down

10.Tempat kesepuluh(9) kini adalah Institut Pendidikan GiatMara yang mahu diroboh serta diarahkan tutup hasil pilihan Melayu Selayang yang mengundi William Leong Jee Keen. GiatMara Selayang yang telah dibina sejak 20 tahun lepas kini terpaksa menutup Institut tersebut dan pelajar-pelajar mungkin terpaksa diberhentikan kerana cawangan lain juga telah penuh utk dipindahkan.

11.Kedengaran DAP tengah merancang untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan pula selepas ini. Tujuan pindaan dan perubahan tersebyt akan datang kepada Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari PAS. DAP menasihatkan supaya PAS Kelantan akur sahaja apa apa tindakan DAP yang mahu dibuat di Kelantan, diatas semangat setiakawan.

Bukti DAP rampas stall Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang: link

Bukti DAP rampas stall Melayu di Permatang Pauh, Penang: link

Bukti DAP tutup tapak bazar ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor (tapak depan Econsave): link

Bukti DAP rampas peniaga Melayu tepi jalan Downtown Cheras: link

Bukti DAP tutup periuk nasi Melayu di Jalan Meru Tambahan, Kapar, Klang: link

Bukti DAP rampas stall peniaga Melayu Ibu tunggal yang punya 2 anak kecil di Penang: link

Bukti DAP roboh gerai Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang: link

Bukti DAP roboh perkampungan Melayu, Batu Ferringhi: link

oyabun

Posted: 14 Jan 2014 11:39 PM PST

oyabun


Khalid gugat Islam?

Posted: 14 Jan 2014 07:26 AM PST


Minggu lepas berlalu dengan sekali lagi umat Islam memperlihatkan kesabaran dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan merampas Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew tidak berganjak dengan pendiriannya dalam penggunaan kalimah Allah dan enggan memohon maaf, dilihat sebagai satu lagi penghinaan kepada umat Islam.

Kelmarin Presiden BSM, Lee Min Choon menegaskan persatuan itu tetap akan mengedarkan Bible bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.

Ternyata kenyataan Andrew dan Min Choon membarakan lagi kemarahan umat Islam. Ingatkan isu tersebut akan reda rupa-rupanya makin panas. Awang bimbang jika suasana seperti itu berterusan dikhuatiri ia membawa pertelingkahan agama.

Sudah tentu kedua-duanya mendapat dorongan luar biasa daripada arahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menekan JAIS iaitu memulangkan rampasan Bible tersebut dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu antara lain arahan merujuk kepada exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

Nampaknya sekali lagi Khalid membenarkan dirinya tunduk kepada tekanan DAP selain terbawa-bawa pendekatan liberal PKR. Antara menjaga kesucian Islam dan kepentingan politik, beliau memilih yang kedua.


Pada hal, Sultan Selangor pada 14 Disember lalu menitahkan bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam.

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu tersebut juga sudah jelas. Menteri Besar jenis apakah beliau?

Sepatutnya Khalid lantang menyanggah cubaan berbahaya tiga wakil rakyat DAP yang mahu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda.

Cadangan tersebut mempunyai implikasi besar terutama kepada gejala murtad. Khalid tidak boleh menjadi dayus dan kelihatan bersubahat dengan pemimpin DAP memudaratkan kepentingan Islam.

Mesejnya, janganlah berharap PKR akan mempertahankan kesucian Islam. Dalam isu ini, Khalid perlu memohon maaf kepada umat Islam, Sultan Selangor dan JAIS.

Kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Awang bersyukur kerana tidak tunduk kepada Khalid, sebaliknya terus mempertahankan tindakan JAIS.

Begitu juga kepada para ulama dan mufti termasuk daripada Pas serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersatu hati.

Inilah ujian kepada masa depan umat Islam. Berserah begitu sahaja dalam isu kalimah Allah atau bangkit mempertahankannya habis-habisan ketika pihak lain jauh lebih berani dan ke hadapan.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 14 Jan 2014 11:36 PM PST

MERBOK TIMES

Posted: 14 Jan 2014 11:27 PM PST

MERBOK TIMES


MAZIDUL KATA MUKHRIZ TERLEWAT 15 HARI

Posted: 14 Jan 2014 07:20 PM PST

Pendedahan blog Mazidul Akmal Sidek tentang isu Pusat Tahfiz Amal, PTA, di jalan Yan-Kuala Kedah yang telah berbelas tahun memperhambakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur untuk mengutip derma, nampaknya tidak ada apa-apa respon dari pejabat MB atau Exco Agama atau mana-mana agensi yang bertindak.

Mazidul di dalam blognya www.mazidulakmal.com akan terus bersuara selagi papan kekuncinya tidak rosak.

Apa dah jadi dengan media team Mukhriz?

KENYATAAN 'KANGKUNG' NAJIB JADI MAINAN DAN GURAUAN BODOH

Posted: 14 Jan 2014 06:26 PM PST

Kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung dalam pasaran menjadi bahan ejekan, mainan dan gurauan bodoh.

Lihat BBC News Trending:- 
                                                                    BBC News

Lajak Perahu boleh diundur, Lajak Bercakap Buruk Imejnya.

sekupangdua

Posted: 14 Jan 2014 11:17 PM PST

sekupangdua


ANTARA MAULIDUL RASUL DAN KANGKUNG SIKACANG MERAH

Posted: 14 Jan 2014 04:54 AM PST

Nampaknya makin tetserlah lesunya Parti Ajaran Songsang... dimana semangat perjuangan Islam dihati mereka... apakah pekara paling tinggi sekarang pada mereka ialah menunjuk taat setia dan mesti berkorban kepada roket?

Perihal Agama sekalipun nampaknya kena merujuk si roket yg cukup jelas tabie Haram Jadah? Adakah semua perlu dirujuk kepada roket dari mengikut pandangan Islam. Besar sangat kah Ayat keramat dan Arahan roket sebagai mengantikan Nas dan Hadis?

Biarlah BUTA MATA dari BUTA HATI... Buta sungguh mata dan hati mereka... perasan ataupun buat-buat tak perasan kerja si kacang merah hari ini. Kalau sekadar guna nama melayu dan org Islam sebagai penyamaran sekali pun. Tetapi kita cukup faham dari ayat dan paling ketara penghormatan terhadap junjungan kita Rasullullah saw. Kerja red bean memang mudah kita tela'ah...

Kita selawat keatas junjungan dalam mengenang Maulidul Rasul. Sebaliknya mereka lebih sibuk mahu aibkan Najib Razak dgn mereka cerita KANGKUNG sedangkan lebih elok dan afdal kita utarakan sambutan Maulidul Rasul...

Kangkung jadi tajuk demi mahukan aib kepada perdana menteri... semuanya bermula mahu menutup pincang dan kusta hasad mereka. Tak mampu membela nasib rakyat maka jalan terbaik menutup kelemahan mereka dengan mudah aibkan seseorang...

Nawaitu penuh berhasad bila Kangkung yg jadi contoh atau tamsil dijadikan punca supaya semua boleh aibkan yg sebenarnya dimajlis yang diadakan...

Menutup segala pembelaan terhadap rakyat.

Kenapa tak juga menggunakan ayat lain seperti tv flat screen, dapur, tilam/bantal, peti sejuk dan banyak lagi peralatan.

Kenapa tak pula guna soal sumbangan tunai dan banyak lagi utk mereka yg dibantu kerana baru menjadi mangsa banjir

Kenapa tak guna ayat LORI gantikan KANGKUNG yang jumlahnya berpuluh buah yg ke pantai timur membawa barangan keperluan dan barangan elektrik untuk mangsa banjir...

Dan paling tidak kenapa tidak ceritakan betapa agungnya Rasullulah saw di hari ini yg kita sambut Maulidul Rasul? Kenapa Kangkung lebih penting dari Rasulullah saw?

Tak perlu lah simpan angan-angan dan berharap 'KEAJAIBAN' dan berharap kononnya yg lantang dan pejuang agama seperti Parti Ajaran Sesat akan bangkit dan bertindak kepada kerja Roket yg perintahkan tentera maya kafirun membuat penghinaan pada hari sambutan Maulidul Rasul...
Yang pasti TAK AKAN berlaku... semacam buah mereka sudah dicagar? Mana mungkin mereka boleh bangkit menegur dengan keras seperti JANTAN...

Jangan ditanya dengan harapan mungkin mimpi akan berlaku benar... dan paling tentu dan bukan lagi pelik. Roket... sebaliknya dipertahankan sekalipun berkoyong banyaknya penghinaan yg dilakukan sikacang merah... apa saja kalau yg bukan dari mereka tetap disanggah... tak kiralah Rasullulah ataupun Mufti ataupun segala kebaikan yg dianjurkan...

HARI INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA BETAPA HALOBANYA MEREKA UNTUK BERKUASA SEKALIPUN AGAMA ISLAM SENDIRI DIAIBKAN. BUKAN KAH MENYEBARKAN SELAWAT KEATAS JUNJUGAN LEBIH AFDAL DAN DITUNTUT BAGI HATI DAN KEIKHLASAN SEORANG ISLAM... BUKANKAH INI SEPATUTNYA KITA LAKUKAN UNTUK BERKONGSI SESAMA UMAT ISLAM DARI MENJADIKAN KANGKUNG UNTUK MENGALIH KERJA MURNI YANG HANYA ADA SEORANG SAHAJA DI NEGARA KITA YG BEGELAR PERDANA MENTERI...

YANG TEGAR BERHASAD... PULUHAN KONTENA YG MENUJU KEPANTAIN TIMUR DENGAN BARANGAN DAN PERALATAN KEPERLUAN UNTUK MEREKA YANG MENJADI MANGSA BANJIR...

YG JELAS MEREKA CUKUP SAKIT HATI DENGAN KEPERHATINAN DAN PEMBELAAN YG TAK MUNGKIN MEREKA MAMPU LAKUKAN... JANGAN SEBUT TV ATAUPUN PALING MURAH NILAINYA SEPERTI SEBUNGKUS ROTI YG AKAN MEREKA BANDINGKAN SEBAGAI SUMBANGAN... PASTINYA MENANTI BUAH YG TIDAK AKAN GUGUR... MEREKA LEBIH ARIF DAN SUKA MENYUMBAT MULUT RAKYAT DENGAN FITAH, CACI MAKI, MENGADAKAN CERITERA KEBURUKAN, MELETAKAN AIB DAN PELBAGAI LAGI SEPANJANG TAHUN DEMI TAHUN DALAM SETIAP KALI CERAMAH YG DIADAKAN...

Kalau mahu juga berharap... hanya satu pekara yang mungkin boleh JADI...tapi tak kena mengena dgn barangan sebagaimana bantuan mangsa banjir yg dapat. Agaknya mungkin bang non suka... sealiran dan minat lah katakan... hehehe bagi KONDOM atau MINYAK KY. Tidak pada kita tapi hebat pada dia... hehehe

AZLI SHUKRI

Posted: 14 Jan 2014 11:12 PM PST

AZLI SHUKRI


Kembali ke Pangkal Jalan : Mesej Nazir kepada Siapa?

Posted: 14 Jan 2014 08:20 PM PST

[TMI] Tiga puluh lapan tahun dahulu pada hari ini, 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhirnya di London selepas komplikasi leukemia. Malaysia kehilangan perdana menteri. Saya kehilangan. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya pula sembilan tahun. Hari-hari selepas itu diselubungi kesedihan peribadi dan seluruh negara berkabung. Empat adik-beradik termasuk saya sedaya upaya cuba menenangkan ibu kami, sementara rakyat yang baik hati seluruh negara bersimpati memberikan peringatan bahawa kami tidak keseorangan semasa menghadapi tragedi ini.

Saya perlu mengakui semasa kecil pada waktu itu serta jadual bapa yang terlalu sibuk, kadang kala saya mengeluh kerana pengorbanan bapa kepada negara menyebabkan masanya untuk bersama keluarga terlalu sedikit. Bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan dedikasi bapa kepada negara yang masih muda ketika itu. Saya tidak berpeluang mengenali bapa. Namun, tertanam dalam diri saya adalah nilai yang diterapkan oleh beliau, integriti yang beliau asuh menjangkaui semua. Ya, menjangkau semua termasuk keluarga saya. Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal. Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya, walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan.

Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat. Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh seperti kolam renang. "Apa yang rakyat akan kata?" soal bapa. Sepanjang saya membesar, saya sering mendengar daripada orang ramai yang mengenali bapa secara rapat, termasuk mereka yang berkerja di dalam kerajaan, politik, individu terlibat dalam mencapai kemerdekaan dan juga rakan peribadi beliau. Ia adalah salah satu cara saya untuk mengenali bapa. Apa yang mencuri perhatian saya adalah hampir semua perbualan mengenai bapa adalah tentang kualiti yang menjadikan diri bapa seorang yang berharga. Sebagai seorang penjaga amanah aset negara, kesederhanaan bapa adalah lagenda. "Kamu perlu kira setiap sen, atau ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu," seorang bekas menteri memberitahu saya. Jadi, saya sudah mengetahuinya. Bukan hanya di dalam episod kolam renang tetapi banyak peristiwa lain lagi.

Abang saya sering bercakap mengenai peluang yang jarang-jarang sekali kami dapat iaitu semasa menemaninya dalam lawatan rasmi ke Switzerland. Bapa pastikan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poketnya sendiri, sangat berhati-hati dengan kos yang ditanggung kerajaan sehingga beliau memilih hotel lebih murah daripada yang asalnya ditempah, mereka berulang kali makan di restoran paling murah di sekitar hotel tersebut. Kemudian lawatan terakhirnya ke Eropah pada Oktober 1975 untuk mendapatkan rawatan perubatan. Bapa mungkin tahu lawatan tersebut mungkin yang terakhir buatnya, namun beliau tidak membenarkan ibu menemaninya untuk menjimatkan wang. Ia mungkin kerana kebimbangan tentang situasi kewangannya selepas meninggal dunia. Ibu hanya menemaninya seminggu kemudiaan atas kelulusan Kabinet dengan peruntukan khas yang diluluskan untuk perjalanannya. Ketelusannya sering menjadi bualan mulut ramai pihak. Bapa didorong oleh konsep dalam perkhidmatan awam yang dianggap kolot dan ketinggalan pada zaman ini di mana setiap kakitangan awam perlu berkhidmat untuk rakyat dan amanah diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.

Seorang kakitangan awam pertama sekali beramanah dan orang ramai mesti tidak dikhianati. Satu lagi perkara yang sentiasa didengar adalah mengenai staminanya. Ramai yang hairan selepas mengetahui bapa mengidap leukemia kerana beliau sering aktif semasa di dalam pejabatnya, sering menghadiri tugas rasmi, melibatkan diri dalam setiap perincian dasar di samping lawatan mengejutnya ke kawasan yang sering diperkatakan di seluruh negara bagi membolehkan beliau mendengar secara terus daripada orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di bawah. Sudah pasti ramai juga yang sudah hilang kiraan terhadap dedikasi Tun Razak kepada pembangunan luar bandar.

Beliau mengamalkan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran. Paling penting, ramai yang sebulat suara tekankan adalah komitmen bapa kepada perpaduan negara ke arah membina sebuah negara bagi setiap warganegara untuk berpayung di bawah negara Malaysia. Visi tersebut diterjemahkan di bawah dua inisiatif yang diterajui bapa saya susulan tragedi berdarah 13 Mei 1969, pengenalan Rukunegara pada 1979 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971. Rukunegara menyeimbangkan tradisi budaya asli dan warisan atas tuntutan sebuah negara yang moden dan sekular. Matlamat DEB seperti digariskan dalam pengumuman polisi bertujuan menganjurkan pelaksanaan perpaduan negara menerusi kajian sosio-ekonomi paling penting yang direncanakan menerusi misi berkembar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penstrukturan semula fungsi ekonomi berasaskan identifikasi etnik.

Perdebatan mengenai DEB berterusan hingga hari ini. Diri saya sendiri secara terbuka berkata sesuatu tersasar dalam pelaksanaannya. Penetapan kuota sering dilihat sebagai jalan mudah kepada beberapa perkara yang mereka pilih mewujudkan satu jurang intra etnik dalam kelas dan status, di samping dipanaskan lagi dengan tekanan antara etnik. Kedua-dua perkembangan ini dilihat walaupun bukanlah semuanya membelakangi matlamat DEB yang diperkenalkan Tun Razak iaitu mengukuhkan perpaduan negara. Apa yang silapnya? Sesetengah orang berhujah ia berpunca daripada langkah drastik sendiri.

Bagi saya ia adalah kerana pelaksanaannya tersasar daripada fokus dalam pendekatan taktikal daripada komitmen kepada matlamat asalnya. DEB pastinya membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dengan menghasilkan kelas pertengahan kaum Melayu. Bagaimanapun dalam maksud lebih luas, yang lebih baik dapat kita katakan adalah DEB pada awalnya berjaya menghakis jurang konflik perkauman selepas 13 Mei. Berterima kasih kepada DEB, Malaysia tidak mengikut jejak seperti yang berlaku di Sri Lanka, di mana mereka terjebak dalam pertelingkahan berdekad lamanya antara pendatang Tamil dan orang asal Sinhalese. Ia bukan satu pencapaian kecil. Tapi janji DEB untuk memperkukuhkan perpaduan negara tidak dapat direalisasikan. Malah, wujud pula tanda ketegangan antara etnik yang sekali lagi berada pada tahap membimbangkan. Apa yang boleh dilakukan? Peribahasa Melayu berkata: "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan".

Pada pandangan saya, balik ke pangkal bermakna kita melihat semula kepada nilai, komitmen, visi dan ini termasuklah apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Tun Razak. Saya sudah nyatakan pada awal tentang ketelusan beliau, komitmennya terhadap konsep penjawat awam dan visi progresifnya, bagi menjadikan Malaysia yang lebih bersatu padu dan kaya. Tapi biarlah saya akhirinya dengan menekankan dua legasi utama Tun Razak. Satu, beliau adalah demokrat sebenar. Dua tahun selepas mengendalikan Majlis Gerakan Negara (Mageran), beliau membubarkan jawatankuasa dan memperkenalkan sistem demokratik. Beliau memegang kuasa secara mutlak dalam MAGERAN, tetapi pandangan luas dan nilai-nilai yang ditunjukkannya bersandar pada satu asas pemerintahan demokrasi, bukannya diktator.

Cara beliau membuat keputusannya boleh digambar sebegini: Beliau membawa masuk semua diperlukan penglibatannya dan mengadakan perbincangan konsultatif sebelum membuat sebarang keputusan penting untuk dilaksanakan. Beliau tidak pernah meminggirkan mereka yang mempunyai pandangan berbeza, beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat bagi mendapatkan hasil terbaik bagi membuat keputusan muktamad yang tepat. Kedua, ketika beliau komited untuk memperbaiki kualiti hidup majoriti bumiputera bagi mengelak berulangnya satu lagi "13 Mei", beliau melihat perkara tersebut sebagai hak istimewa negara daripada sudut perkauman. Perkara tersebut bagi saya menjelaskan kesungguhan untuk melibatkan semua rakyat Malaysia yang terbaik dan cemerlang ke arah usaha tersebut, tanpa mengira latar belakang kaum atau etnik mereka. Periksalah mereka yang pernah bekerja dengan beliau dan pentadbirannya sebelum ini. Pada ketika itu semua rakyat Malaysia bersatu di bawah satu kesungguhan untuk membina negara ini di atas abu 13 Mei. Itu adalah legasi Tun Razak kepada Malaysia. Kita boleh menghargainya dengan kembali ke "Pangkal Jalan".  - 14 Januari 2014.

Datuk Seri Mohd Nazir Razak adalah anak perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Dia adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 14 Jan 2014 09:31 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Gambar Dato Seri @NajibRazak Kena Superimpose Dengan Pihak Pembangkang

Posted: 14 Jan 2014 06:00 PM PST




Gambar di atas adalah gambar yang superimpose oleh pihak pembangkang untuk memburukan kepimpinan negara. Sengaja diletakan sesuatu di leher untuk timbulkan kebencian orang ramai. 

Padahal gambar sebenar (gambar di bawah) tiada pun garisan tersebut di gambar PM. Ini satu lagi tindakan jahat pihak pembangkang yang dilihat sudah kering modal untuk menyerang Barisan Nasional. 

Bukan sahaja isu kangkung tetapi gambar pun superimpose. Taktik yang sama digunakan setelah mereka superimpose gambar arwah Ustaz Azizan Razak dalam pilihan raya kecil di Sungai Limau yang lepas. 


 

Kangkung : Apakah Sebenarnya Yang Cuba Disembunyikan?

Posted: 14 Jan 2014 04:00 PM PST


Utusan Malaysia Beri Penjelasan Rasmi Tentang Kesilapan Gambar @NajibRazak

Posted: 14 Jan 2014 08:52 AM PST


Utusan Malaysia menerusi  Gamal Nasir Mohd Ali, Pengarang Kanan Media Baru memberikan penjelasan dalam Facebook Utusan Malaysia berhubung kesilapan gambar yang berlaku. (baca seterusnya di sini).


Dakwaan Bahawa Gambar PM @NajibRazak Salah Di Utusan Malaysia AdalahTidak Benar

Posted: 14 Jan 2014 07:15 AM PST

Berikut adalah ada dua imej print screen tentang Utusan Malaysia. Setelah berhubung dan menyemak dengan Dato Aziz Ishak, Ketua Pengarang Utusan didapati imej yang dipaparkan dalam facebook seorang blogger adalah tidak benar.

Imej sebenar Utusan digital adalah seperti asal dan bukan seperti disebarkan dalam facebook, twitter dan Whatapps. Rakyat jangan terkeliru dengan persepsi yang cuba ditimbulkan.


Gambar sebenar dalam Utusan Malaysia di bawah ini. Gambar yang didakwa salah adalah seperti di atas. 

Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Mendedahkan Tentang COMANGO

Posted: 14 Jan 2014 04:00 AM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 14 Jan 2014 09:16 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ANWAR BERAHIM AKUI MAKAN LEBIH KANGKUNG MAMPU ELAKKAN TEBIAT TEBUK KUNYIT !

Posted: 14 Jan 2014 10:07 AM PST

KANGKONG PUNYA PASAI....TAK PASAL-PASAL FOTO KANGKANG AKU KELUAQ !

Posted: 14 Jan 2014 03:44 AM PST

JURI RAKYAT

Posted: 14 Jan 2014 07:23 PM PST

JURI RAKYAT


Wanita-wanita Pejuang 45

Posted: 13 Jan 2014 08:23 PM PST

dalam rangkan menyambut hari kemerdekaan RI

Laswi




Jo Paramita
 
Jo Paramita Abdurahman , tokoh putri pejuang kemanusiaan yang konsekwen. Namanya tak dapat
dipisahkan daari pembangunan Palang Merah Indonesia pada masa awal-revolusi.
Emmy Saelan

Emmy Saelan, pejuang putri Sulawesi, gugur pada bulan Januari 1947 dalam perjuangan di Kasi-kasi dekat kota Makassar. Sejak muda Emmy Saelan memang tak mau bekerja sama Belanda. Ia ikut juga dalam pemogokan 'Stella Marris' sebagai protes terhadap penangkapan Dr. Sam Ratulangi.
Pernah ia menggunakan kesempatannya sebagai perawat melepaskan pejuang-pejuang (tawanan Belanda) yang datang untuk dirawat luka-lukanya.
Pada bulan Juli 1946 ia menggabungkan diri dengan pasukan Laskar Pemberontak Rakyat Indonesia Sulawesi (Lapris) dibawah pimpinan Ranggong Daeng Romo yang meneruskan perjuangan gerilya dihutan-hutan.
Pada waktu satuan-satuan Belanda menyerang Kasi-kasi, Emmy Saelan meletuskan granat ketengah-tengah Belanda yang akan menangkapkan. Delapan tentara Belanda tewas, dan 1 pejuang Indonesia: Emmy Saelan sendiri.

Herawati Diah


Ktut Tantri


S.K. Trimurti


Ny. Sunarjo Mangunpuspito



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 14 Jan 2014 03:15 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Suami cekup isteri 'henjut' jantan dalam bilik tidur sendiri

Posted: 14 Jan 2014 03:00 PM PST

Seorang suami yang berjaya merakamkan aksi seks isterinya bersama lelaki lain telah memuat naik video tersebut ke laman Youtube.

Dalam video tersebut, si suami langsung tidak memberi kesempatan kepada isterinya untuk berpakaian sambil menjerit dan mengugut video yang dirakamnya akan dimuat naik ke internet.

Si isteri menangis dan merayu kepada suaminya agar tidak melakukan perkara tersebut.

Tanpa mempedulikan tangisan isterinya, si suami mula meluahkan perasaan terhadap perkahwinan mereka yang semakin renggang dan menjerit "Saya tahu kamu berzina,".

Video di YouTube itu diberi judul Man Catches Wife in Act of Cheating and Records it.

Pelajar Unimas hilang ditemui mati berdekatan kolej kediaman

Posted: 14 Jan 2014 05:02 AM PST

Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.

Mayat dipercayai ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.
Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. - Harian Metro

Suami isteri maut dilanggar tren komuter di Kajang

Posted: 14 Jan 2014 03:01 AM PST

KAJANG: Cubaan sepasang suami isteri warga emas melintasi landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) membawa padah apabila kedua mereka maut selepas dirempuh komuter dalam kejadian di Jalan Reko, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan kembali rumah selepas membeli beberapa barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.

Mangsa, Md Nor Lian, 69, yang tidak bekerja bersama isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh komuter terbabit.

Kedua mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter berhampiran longkang di tepi landasan berkenaan dipercayai tercampak akibat impak perlanggaran terbabit.

Difahamkan pemandu komuter terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Anjing 'gila seks' curi pakaian dalam wanita di Kuala Selangor

Posted: 14 Jan 2014 01:19 AM PST

KUALA SELANGOR - Sangkaan penduduk Kampung Bukit Hijau akan misteri kehilangan pakaian dalam wanita angkara perbuatan lelaki gila seks meleset apabila pakaian itu ditemui berselerak di kawasan ladang kelapa sawit bersama anjing liar.

Warga emas, Hamsah Hamid, 60, berkata, sebelum ini penduduk tertanya-tanya akan kehilangan pakaian dalam dan kasut yang disidai atas jemuran hilang serta mengesyakinya ia dicuri orang.

"Namun apabila diselidik, rupa-rupanya ia digonggong anjing liar setelah pakaian itu ditemui berselerak di bawah pokok kelapa sawit yang menjadi tempat tidur anjing itu.

"Anjing liar di kawasan ini semakin hari semakin banyak. Saya bimbang jumlah anjing yang lebih dari 10 ekor itu mengancam nyawa penduduk," katanya.

Penduduk, Jumiah Yaacob, 34, berkata, dia tidak boleh melupakan saat dikejar anjing liar ketika menunggang motosikal menghantar anak ke sekolah.

Menurutnya, waktu itu dia mengendong anak yang masih berusia 4 bulan sambil menunggang motosikal dan apabila tiba di selekoh, dia dikejar anjing yang tiba-tiba muncul.

"Kerana panik dan terkejut, saya pun pecut laju. Nasib tak tak berlaku kemalangan.

"Jumlah anjing yang banyak di sini menakutkan penduduk lebih-lebih golongan ibu kerana anjing itu tak takutkan kami," katanya.

Seorang lagi penduduk, Saerah Kutut, 63, berkata, tidak semua anjing liar di situ mengancam keselamatan penduduk sebab ada seekor dua yang masih jinak dan menganggap penduduk kampung sebagai tuan.

Menurutnya, ada baik dan buruknya anjing di dalam kawasan kampung kerana kehadiran binatang itu boleh menakutkan monyet yang suka menyerang kawasan rumah penduduk dan mencuri makanan.

"Tapi jumlah anjing yang semakin hari semakin banyak menakutkan lebih-lebih lagi ia sering berkeliaran dan menyalak di tengah malam," katanya.

Sementara Hayati Yaakob, 43, berkata, sebelum ini rumahnya pernah dimasuki lima ekor anjing sewaktu dia dan anak perempuannya sedang mengemas di dapur.

"Kehadiran anjing itu mengejutkan kami dan hampir lima minit kami berusaha menghalau anjing itu dengan penyapu. Nasib baik ketika itu tiada anak kecil di rumah.

"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia boleh mendatangkan ancaman kepada penduduk," katanya.

Polis tahan 'Sultan Melaka'

Posted: 13 Jan 2014 11:06 PM PST

MELAKA 14 Jan. - Polis negeri hari ini telah menahan individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah bagi membantu siasatan terhadap beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Raja Noor Jan Shah ditahan kira-kira pada pukul 10.50 pagi ini ketika dalam perjalan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri satu majlis anjuran pihaknya.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, individu tersebut kini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan siasatan lanjut akan dilakukan ke atasnya termasuk dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. - UTUSAN ONLINE

Pengarah buat 'projek' dengan pelakon tambahan dalam tandas

Posted: 13 Jan 2014 10:01 PM PST

Gambar hiasan
Selalu yang SS dengar pelakon suka 'buat drama' sendiri di lokasi penggambaran. Ada artis yang suka bawa kekasih ke set dengan alasan untuk menemaninya dan apabila pengarah menjerit 'cut' , pelakon dan kekasihnya terus menghilangkan diri.

Kisah terbaru yang sampai ke telinga SS, pengarah pula buat 'dua' drama sekali gus iaitu drama untuk siaran TV dan 'drama' dia sendiri.

Menurut berita yang dikhabarkan kepada SS, ketika pengarah ini melakukan penggambaran, dia sudah buat hal dengan pelakon tambahan drama itu.

Apabila tiba waktu rehat, pengarah itu tiba-tiba hilang dari tempat rehatnya yang biasa dan pelakon tambahan itu juga tidak kelihatan di lokasi.

Kru tak kisah sangat kerana pada anggapan mereka mungkin pengarah itu berehat dalam kereta kerana mahukan udara sejuk daripada pendingin hawa keretanya lagipun cuaca sekarang agak panas.

Bagaimanapun, ketika kru dan pelakon lain sedang berehat sambil berbual kosong, mereka dengar seperti suara orang bertengkar di tandas yang terletak tidak berapa jauh dari tempat penggambaran itu. Mulanya agak perlahan, tetapi kemudian sudah saling bermaki hamun. Rupanya ia adalah adegan pergaduhan pengawal di kawasan lokasi itu dengan pengarah drama tadi.

Ini kerana menurut pengawal itu, dia ternampak pengarah itu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pelakon tambahan yang turut 'hilang' dari pandangan semua orang.

Jadi pengawal itu cuba menegur perbuatan tidak bermoral mereka berdua, tetapi pengarah itu tidak mengendahkannya, malah dia menghulurkan wang kepada pengawal berkenaan agar dia tidak beritahu kepada sesiapa.

Oleh kerana pengawal itu tidak mahu bersubahat dalam perkara yang dilaknat Allah SWT itu, dia menolak pemberian itu dan meminta mereka berdua keluar dari tandas itu. Situasi itu menyebabkan pengarah itu bengang dan terus memaki pengawal itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Namun begitu, SS tidak pula diberitahu sama ada perbuatan itu dilakukan dalam tandas wanita atau lelaki, tetapi SS percaya bagi pengarah itu semuanya dah tak penting lagi asalkan hasrat hatinya tercapai.

SS @ Harian Metro

Kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan

Posted: 13 Jan 2014 09:19 PM PST

Kuala Lumpur 14 Jan. - Niat pengarah serta pelakon, Pierre Andre untuk bergelar ayah pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan.

Beliau melahirkan rasa sedih, bagaimanapun Pierre bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi di usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," katanya di sini hari ini.

Pierre atau lebih dikenali dengan nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu.

Pierre kini sedang sibuk dalam rangka promosi filem terbaharu arahannya berjudul Muka Surat Cinta. - UTUSAN

Diusap dan diraba Timbalan Pengarah

Posted: 13 Jan 2014 08:01 PM PST

Pelajar berkenaan mendakwa diusap dan diraba timbalan
pengarah ketika menjalani latihan praktikal.
Gambar hiasan.
SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

"Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

"Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu.

"Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.

"Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan.

Artis wanita kantoi usung teman lelaki ke bilik hotel

Posted: 13 Jan 2014 07:00 PM PST

Gambar hiasan
SS tumpang gembira, bila dengar cerita ramai artis kita berhijrah dan mendalami agama islam sejak kebelakangan ini. Namun, masih ada segelintir artis kita yang mengamalkan cara hidup seperti di barat.

Jika sebelum ini, ada gosip artis kita yang hidup serumah tanpa nikah, kali ini, ada cerita panas artis popular yang keluar masuk hotel pula bersama teman lelaki. Mengucap panjang SS bila dengar cerita ini.

Cerita ini disampaikan seorang rakan SS yang kebetulan menghadiri majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu kota sebelum ini. Cerita bermula, ketika rakan SS hendak bersarapan di sebuah restoran hotel itu. Nak dijadikan cerita, mata rakan SS terpandang kelibat seorang artis popular ini.

Pada mulanya, rakan SS mengakui dia sukar hendak mengecam wajah artis itu yang memakai topi dan berkaca mata hitam serta tanpa sebarang solekan. Tapi selepas dipandang dari jarak dekat, barulah rakan SS pasti dia adalah artis popular yang dimaksud­kan itu.

Apa yang lucunya, kata rakan SS, artis itu dan pasangan yang dipercayai teman lelakinya, sanggup berjalan berasingan di mana seorang menaiki tangga dan seorang lagi menggunakan perkhidmatan lif hotel bagi mengelakkan diri dari dikenali orang ramai mahupun peminat.

Rakan SS cuma mampu menggeleng kepala melihat gelagat artis itu dan pasangannya.

Mungkin dia fikir, tiada orang yang akan me­ngenalinya kerana rata-rata pengunjung hotel itu memang pelancong asing. Hakikatnya, kata rakan SS, masih ada pengunjung beragama islam yang bersarapan di hotel itu.

SS pula mengharap­kan artis itu dan pasangannya cepat-cepatlah bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Bagi SS, kalau sudah suka sama suka lebih baik mereka terus bernikah saja dan menghalalkan hubungan itu.


SS: Sentiasa menjauhi perkara yang mendekati zina!

SS@Harian Metro

'Sultan Melaka' nak buat gila pada sambutan Maulidirassul?

Posted: 13 Jan 2014 06:00 PM PST

MELAKA: Dua laporan polis dibuat berhubung rancangan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, memberi darjah kebesaran, bintang dan pingat di Pulau Besar dekat sini, hari ini.

Laporan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pulau Besar, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh pada kira-kira 6 petang semalam.

Abdul Ghafaar berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap rancangan individu terbabit kerana melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Melaka.

"Ia adalah satu kesalahan dan pemberian darjah kebesaran hanya boleh diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob... kita tidak mahu perkara ini dipermainkan oleh individu tertentu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden MGBM, Zali Mat Yasin yang mewakili 16 pertubuhan belia negeri Melaka berkata, tindakan individu terbabit boleh menjejas kestabilan dan keharmonian rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat di Melaka timbul kegusaran atau kekhuatiran mengenai kewujudan sultan yang akhirnya mewujudkan konflik pentadbiran," katanya.

Baru-baru ini, Raja Noor Jan Shah mengutus surat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi mengadakan perbincangan untuk mendapat pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau sudah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - BERNAMA

(Gambar) Johan botak kepala

Posted: 13 Jan 2014 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR 13 Januari. - Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) yang berada di Tanah Suci Mekah kini sudah membotakkan kepalanya setelah beberapa tahun berimej rambut panjang dan berjambang.

Melalui gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram milik isterinya, turut menjelaskan Johan membotakkan rambutnya itu atas sebab peribadi.

"Alhamdulilah, ini hasil semalam. Bak kata suami saya, kalau nak botak atau gunting rambut pun biarlah bersebab." Demikian antara yang ditulis oleh Ozlyn Wati yang turut menunaikan umrah bersama suami.

Sebelum berangkat ke Mekah, penyampai radio Era FM ini juga telah memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd. Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan dirinya.

Walaupun Johan menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini, Hakim bagaimanapun akan menetapkan jumlah ganti rugi yang harus dibayar pihak defenden pada 23 Januari depan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jun 2010, Johan menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu. - UTUSAN ONLINE

Duke of UMNO

Posted: 14 Jan 2014 01:34 PM PST

Duke of UMNO


MALAYSIA TAK PERLU ISA: SAPA SETUJU DENGAN KJ..?

Posted: 14 Jan 2014 06:31 AM PST

Saya terbaca kenyataan Menteri KBS, Kay Jay semalam. Dia kata, tak payah kembalikan ISA. ISA tak sesuai di zaman sekarang ni dan dia kata cukuplah dengan SOSMA yang baru digubal pada tahun 2012...

KJ menolak dakwaan SOSMA terlalu lembut. Katanya SOSMA direka khas untuk penjenayah dan sebab tu la tak lembut. Kalau soal senstitif, dia kata kita ada Akta Hasutan dan Panel Code.

Lepas tu dia kata, kalau berhadapan dengan musuh politik, dia mahu jawab dengan hujah dan tak payah ditangkap...

Well.. itu dalam otak KJ sebagai seorang Menteri... Saya bukan lulusa OXFORD sehebat KJ...Cuma...Kalau diikutkan pandangan KJ tu, maka macamana dengan kes-kes di bawah ni..???


Kes I
Jika ada orang hina Islam, gugat kepentingan Islam, kutuk Rasulullah SAW dan sebagainya, maka orang tu akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Contohnya, kes isu kalimah "Allah" by Andrew Lawrence "The Herald"...

Saya nak tanya sikit... Katakanlah kenyataan Andrew tu cetus kemarahan umat Islam dan kita semua tak mampu sabar. Lepas tu kita ramai-ramai berarak ke rumah Andrew, suruh dia keluar dan pukul dia "separuh nyawa"...

Lepas tu timbul kekecohan. Orang Kristian pulak balas dendam. Dia heret Tan Sri Harussani keluar rumah dan pukul Mufti Perak tu separuh nyawa. Lepas tu jadi lagi kecoh... jadi ketegangan agama kat negara kita... agak-agak Akta Hasutan tu berkesan tak macam Akta ISA?

Kalau Andrew ditahan bawah ISA, ada tak dia kena pukul? Ada tak berlaku perkara amuk umat Islam? Ada tak berlaku ketegangan agama? Prevention is better then cure...kan? ISA can be used as preventive action..kan? Akta Hasutan boleh buat macam tu?

Kes II
Jika ada orang politik menggunakan kapasitinya sebagai orang politik dan buat provokasi menpersoal kontrak sosial, pertikai hak dan keistimewaan bangsa Melayu-Bumiputera dan sengaja pertikai kedudukan Islam dan keistimewaannya di negara kita...

Kononnya ahli politik tu berhujah mahukan semua agama sama kedudukannya. Kalau masjid tingginya 20 meter, maka gereja pun nak begitu. Kalau ada Jabatan Agama Islam, depa pun nak Jabatan Agama Kristian dan sebagainya... keistimewaan Islam terhapus dengan begitu simple...

Berdepan dengan "ahli politik", KJ nak pakai hujah. Okay.. katakanlah KJ keluarkan 1,000 hujah untuk berdepan dengan tindakan dan hujah ahli politik tu. Tapi segala hujah KJ tu semuanya tak dilayan...malah depa permain hujah-hujah KJ tu...

Lepas tu, ahli politik tu himpun "macai-macai" dia buat demonstrasi, kecoh, ganas, dan penuh unsur negatif. Lepas tu PDRM bertindak. PDRM pula dituduh kejam dan jadi "anjing" BN. Kat situ bukan saja libatkan kos tinggi, malah imej negara, PDRM dan Kerajaan berjaya dirosakkan...

Walaupun ada "counter" yang baik dari pihak penyokong Kerajaan, the damages were done, rite? Itu kalau KJ jawab pakai "hujah" la... agak-agak kalau pakai ISA jadi tak semua tu? Cekup je diorang masuk ke "dalam"... lepas reda, baru kasi lepas dari "kandang".. itu lebih realistik bagi saya...

Saya tak kata SOSMA tu "lembut" macam "pondan"... tapi akta baru tu belum digunapakai secara menyeluruh. Saya lihat, PDRM sendiri pun mungkin teragak-agak nak pakai. Mungkin sebab depa pun belum mahir nak guna dan mungkin ada yang masih belum faham akta baru hasil ilham di zaman Pak Mertua KJ tu...

Saya bukan nak kata KJ salah atau silap. Itu pandangan dari seorang graduan OXFORD. Saya ni sekolah takat darjah 3 anggur saja... mengaji pun tak abis... Saya tak minta dia terima pandangan saya....

Tapi pada pandangan rakan-rakan, macamana? Setuju dengan pandangan KJ tu? Wallahu'alam...


UISHH..!! ARIAL SHARON MATI MASUK SYURGA PULAK?

Posted: 14 Jan 2014 04:37 AM PST

Korang semua tahu Arial Sharon mati baru-baru ni, kan? Bila dapat tahu "penyembelih rakyat Palestin" tu mati, ramai umat Islam di seluruh dunia kata dia akan diseksa Allah SWT dalam kubur nanti...

Malah ada yang kata Arial Sharon akan menghuni neraka! Perghhh..! Hebat!

Kalau dirujuk pada dosa-dosa Arial Sharon, saya kira dia memang layak di neraka dan diseksa seberat-beratnya di dalam kubur... dia betul-betul setan ketika hayatnya...

Malah dia pernah bersumpah..begini bunyi sumpahnya...

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…"
(I vow that I'll burn every Palestinian child (that) will be born in this area. The Palestinian woman and child is more dangerous than the man, because the Palestinian childs existence infers that generations will go on…
– Ariel Sharon in an interview with General Ouze Merham, 1956
Arial Sharon ketuai penyembelihan saudara kita di Palestin...
Itu sumpah Arial Sharon...
Tapi, kita pasti ke Arial Sharon akan masuk neraka? Kita pasti? Macam Nik Aziz pasti orang PAS "gerenti" masuk syurga? Errr... neraka dan syurga tu kita punya, ke?

Saya teringat satu cerita yang cukup famous masa saya kecik-kecik dulu tentang seorang lelaki yang digeruni sebab terkenal sebagai pembunuh tegar. Kalau tak silap saya, dia dah bunuh 99 orang! Membunuh adalah dosa besar, kan?

Tapi cerita tu menceritakan bagaimana lelaki itu sempat bertaubat pada Allah SWT sebelum Izrail datang cabut nyawanya. Lepas meninggal dunia, lelaki tu jadi rebutan antara malaikat yang jaga syurga dan neraka... dan akhirnya Allah memutuskan supaya lelaki itu jadi penghuni syurga...

Jadi, kita pasti sangat ke Arial Sharon masuk neraka? Kalau dia sempat bertaubat dan peluk Islam sebelum mati, macamana? Bukankah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang? Macamana kalau Allah ampunkan Arial Sharon?

Sebab tu saya malas nak komen apa-apa bila Arial Sharon mati. Biarlah dia mati. Ajalnya dah sampai dan biar saja Yang Berhak tentukan nasib "penyembelih umat Islam Palestin" tu di akhirat nanti. Siapalah saya nak "judge" Arial Sharon masuk neraka ke syurga ke...kan? Wallahua'lam...

KALIMAH "ALLAH": NAK DIALOG APA LAGI JPNIN WEIII..???

Posted: 14 Jan 2014 01:34 AM PST

Baru ni saya dengar Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) cadangkan agar diadakan satu sesi "dialog tertutup" di antara JAIS dan Persatuan Bible Malaysia bagi mencapai kata sepakat dalam isu penggunaan kalimah "Allah".

Ketua Pengarah JPNIN menjangkakan isu kalimah "Allah" tu akan selesai dengan cara begitu...

Terus terang saya katakan, saya LANGSUNG TAK SETUJU dengan cadangan tu. Nak tahu kenapa? Sebabnya....



Bila berdialog macam tu, walaupun secara tertutup, ia membayangkan seolah-olah kita berkompromi dalam soal hak dan keistimewaan Islam, serta bersikap terlalu "TAK APALAH" meskipun ada pihak yang cuba "pijak kepala kita"...

Bila berdialog, maka akan ada perbincangan. Bila ada perbincangan, maka akan ada konsep "kompromi". Maknanya, kedua-dua pihak akan cuba cari jalan untuk capai "win-win situation", kan?

Bila ada "win-win situation", maka saya pasti pihak Persatuan Bible Malaysia yang disokong kuat gerakan Kristianisasi seperti Father Andrew Lawrence "The Herald", akan bermati-matian mahu hak penggunaan kalimah "Allah"...

Takkan depa tak "fight" dalam dialog tu kot? Kalau sampai sanggup heret masuk mahkamah, buat demo dan sampai tergamak tak hormat keputusan mahkamah, dah tentulah depa akan "fight till the end" nak guna kalimah "Allah", kan?

Pada saya, dalam soal ni TIADA KOMPROMI.

Sepatutnya, JAIS perlu panggil Persatuan Bible Malaysia tu mengadap JAIS, MAIS dan DYMM Sultan Selangor (atau wakil baginda, contohnya: Mufti Selangor). Suruh PBM tu tunjuk sebab, kenapa depa defy arahan, enakmen 1988 dan cuba cetus kekecohan dalam diam.

Takde sebab JAIS perlu tunduk pada PBM. Dan takde sebab kita perlu berkompromi dalam soal hak dan keistimewaan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam sistem perundangan.

Nak pakai 10 resolusi tu? Resolusi tu kat Penang dan Melaka boleh la pakai. Kat Selangor tak boleh pakai sebab Selangor ada undang-undang "tubuh" sendiri. Mana boleh "over ride". 

Jadi pada pandangan saya, tak payah pakai la cadangan JPNIN tu. Saya tak suka berlembut dalam soal ni. Kita orang Islam ni perlu bertegas dengan gerakan mubaligh Kristian macam tu dan "ruhamaaa" sesama kita demi aqidah ummah, itu perintah Islam!

KURANG KOS: KEDAH BAKAL RINTIS CETUSAN BRILLIANT TUN M? @MukhrizMahathir

Posted: 13 Jan 2014 10:35 PM PST

Saya ada baca tulisan ayahanda Che Det di blognya, di sini, yang mencadangkan kerajaan supaya menukar lampu di jalanraya kepada lampu jenis LED bagi menjimatkan kos pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Nukilan Tun M yang sering menjadi inspirasi saya...


Yup! Saya setuju 100% cadangan Tun M tu. Selain menjimatkan kos untuk kerajaan, saya yakin ia juga mampu mengurangkan kos penggunaan janakuasa elektrik yang kini turut menggunakan sumber petrol dan gas yang menjadi antara punca kenaikan tariff elektrik di negara kita...

Jadi... heheheheee... sebagai menyahut saranan Tun M yang sememangnya dari dulu hingga kini bersifat brilliant, apa kata kalau anakandanya, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, mulakan dulu cadangan Tun M itu di Kedah... menarik, kan?

Sebelum ni, Mukhriz ada mengumumkan pejabat dan premis kerajaan negeri akan menggunakan tenaga solar bagi tujuan penjimatan kos pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah...

Kalaulah tindakan tersebut disusuli pula dengan penggunaan lampu LED di semua lampu jalan di seluruh Kedah, saya berpendapat Mukhriz bukan saja melaksanakan cadangan ayahandanya, malah beliau boleh disifatkan sebagai berpandangan jauh dan cost efective!

Camana Datuk Paduka? Boleh tak kita tukar lampu jalan tu jadi LED? Buat secara tender terbuka dan kita pelawa semua kontraktor bumiputera, termasuk kontraktor PAS, masuk tender. Lepas tu bahagi-bahagikan samarata demi memajukan ekonomi umat Islam... amacam? Setuju?

Ps: Jangan gaduh-gaduh nak berebut projek lampu LED tu... duit bukan boleh bawak ke mati pun.

GEGARRR..!!! KDN TANGKAP PENGHINA ISLAM, PENGUTUK RASULULLAH NI..???

Posted: 13 Jan 2014 06:18 PM PST

Apa cerita ni budak ni? Dia mengaku Islam, tapi sanggup hina Islam dan Rasulullah SAW? Saya tak tahu siapa budak ni. Anak siapa? Dari mana budak ni belajar tentang fahaman Islam? Saya tak tahu...

Apa yang saya tahu, dia ni mungkin penyokong Pakatan Haram. Sebab? Sebab dia pakai baju bertulis "Democracy". Mungkin, tidak semestinya. Cuma pada saya, hanya mereka yang mendakwa Malaysia tak amal demokrasi saja yang suka pakai baju macam tu... kononnya dia "pejuang demokrasi" la tu...

Lepas tu dia kutuk Hasan Ali dan Ibrahim Ali. Selalunya puak Pakatan Haram ni tak suka kat Hasan Ali dan Ibrahim Ali ni, kan?

Demokrasi apa ke jadah kalau sampai hina Islam dan Rasulullah SAW? Dia sebut fakta? Betul ke fakta dia? Cuba tonton rakaman kat bawah ni sampai habis...




Cuma satu pesan saya pada KDN.. sila tangkap budak ni dengan kadar segera..!!!

THE FLYING KICK

Posted: 14 Jan 2014 01:34 PM PST

waadat

Posted: 14 Jan 2014 01:17 PM PST

waadat


Kangkung: Najib guna pendekatan Rasulullah

Posted: 13 Jan 2014 03:30 PM PST

Kecoh satu negara kalaupun bukan satu dunia apabila Najib menjadikan kangkung sebagai contoh bagi menjelaskan faktor naik turun harga di pasaran.


Demang percaya, daripada sekian ramai yang menyebarkan isu tersebut, hanya segelintir yang telah menonton dan mendengar sendiri ucapan Najib manakala selebihnya sekadar menjadi burung kakak tua yang melantunkan semula bunyi yang didengar kepada orang lain.


Jika yang disebarkan itu kebenaran maka alhamdulillah. Namun bagaimana jika sekadar manipulasi daripada musuh Najib yang bijak menyusun ruang bagi membina peluang masing-masing?


Setakat musuh Najib masih tidak mengapa namun bagaimana jika yang menang nanti musuh Islam? 


Bukankah sudah jelas dan nyata agenda mereka?


Maka jadilah kita sebahagian daripada agen penyebar fitnah tanpa apa-apa faedah dan menjadi kayu api di neraka nanti.


Bahkan tindakan bodoh kita itu membuka ruang seluas-luasnya untuk musuh Islam melaksanakan plan selanjutnya.


Demang faham rakyat marah pada kerajaan kerana kerajaan dilihat gagal mengawal kenaikan harga barang. Namun adakah kawalan harga oleh pihak pemerintah itu suatu tuntutan dalam Islam?


Adakah di zaman Rasulullah saw memerintah tidak ada masalah kenaikan harga barang?


Jika ada, apakah tindakan yang diambil baginda?


Berikut adalah satu sumber yang boleh anda baca bagi menjawab soalan-soalan itu.


Bacalah.


http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/76

tun faisal dot com

Posted: 14 Jan 2014 01:06 PM PST

tun faisal dot com


#SyokSendiri Siapa Pegawai Perdana Menteri @NajibRazak yang dimaksudkan oleh @PapaGomo ?

Posted: 12 Jan 2014 08:28 PM PST



Tiada pembelaan untuk blogger dan cybertrooper akibatkan serangan ini dihalakan 
kepada Perdana Menteri ? Sehingga hari ini tidak ada pemimpin yang mengambil tahu tentang nasib dan masa depan bekas blogger dan cybertrooper UMB. 

Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak


Selepas pilihanraya ke 13 kita dapat lihat UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.

Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook.

Saya di fahamkan pegawai PEMANDU yang telah mengeluarkan kenyataan di Twitter "Former Prime Minister Najib Razak" telah pun di pecat akibat kesilapan yang di lakukan. Satu tindakan yang tepat di buat kerana ianya menjadi bahan tertawa oleh rakyat dan juga menjatuhkan reputasi YAB PM.

Namun demikian pegawai yang menjaga Facebook YAB PM yang telah gagal dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan YAB PM di serang dan di cerca akibat status Facebook pada 2 Januari 2014:


"Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat." - FB Najib Razak

Kenyataan di atas bukanlah satu kenyataan dari YAB PM sebaliknya pegawai Facebook PMO yang telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Status tersebut telah menyebabkan ramai yang masuk meluahkan komen komen yang negaif kepada YAB PM kerana apa yang di nyatakan PM sepertimana di dalam FB tersebut adalah tidak benar dan tepat.  Tidak ada maklumbalas positif yang melebihi maklumbalas negatif berhubung status FB tersebut.

Saya ada menyuarakan pekara ini yang mana saya ingin tahu apa tindakan yang di ambil ke atas pegawai yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan saya mendapat satu maklumbalas yang pada anggapan saya tidak masuk akal dan tidak profesional dari seorang pegawai di Media pejabat Perdana Menteri.

Jadi kita tahulah bahawa media PMO menyatakan ada yang memberikan feedback kepada YAB PM bahawa 11 langkah penjimatan tersebut positif walaupun realitinya yang sebenar ianya adalah negatif dan YAB PM sendiri tidak menerima maklumbalas tersebut. Jika ianya ada Pro dan Kontra maka tidak wajar jika pegawai Facebook YAB PM mengeluarkan kenyataan "Rakyat berpuas hati dengan pengumuman 11 langkah yang di umumkan". Ini tidak ubah seperti sabotaj dari dalam untuk terus menjatuhkan kepimpinan YAB PM kerana PM Najib Razak tidak sebut perkataan tersebut.

Sahabat saya ada mengulas mengenai isu ini :

Jika Edelman yang kendalikan ETP Twitter dah ditamatkan, staf RTM digantung sebab kesilapan dll, kenapa pula mereka yang buat kesalahan di atas masih nak dikekalkan?

Difahamkan Dato Najib tak sebut perkataan di atas. Pihak yang memandai ini difahamkan datang dari satu outfit bawah pejabat yang terletak dalam bangunan warna coklat atas bukit di putrajaya. - klik disini


Benar dan setelah saya membuat semakan mendapati pegawai Facebook yang melakukan kesilapan tersebut belum lagi di ambil sebarang tindakan. Sebaliknya seorang kerani yang tidak terlibat telah di tukarkan ke tempat lain. Mengapa yang bersalah tidak di kenakan sebarang tindakan sebaliknya kerani yang tidak tahu apa apa di tukarkan?

Kita bukan mahu untuk pegawai tersebut di pecat tetapi jika beliau telah gagal dalam melakukan tugas adalah lebih baik menukarkan pegawai tersebut bagi memastikan kesilapan sebegini tidak lagi berlaku di kemudiaan hari. Imej YAB PM menjadi tanggungjawap media di pejabat Perdana Menteri dan Dato Tengku selaku ketua media pejabat PM perlu lebih peka dalam pekara ini kerana rakyat hari ini bukan lagi bodoh berpolitik. Rakyat semakin matang menilai dan membuat hukuman atas apa yang mereka rasakan tidak betul.

Pegawai pejabat Perdana Menteri (PMO) seharusnya memberikan laporan yang betul apa yang di suarakan dari rakyat. Usah lah pegawai PMO menipu YAB PM kita dengan cerita dan angka yang tidak benar kerana akhirnya yang menjadi mangsa adalah YAB PM kita.

- Malay Rights

PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Jan 2014 11:17 AM PST

PEJUANG BANGSA


Sebaran Isu #Kangkung agenda halus puak liberal mahu umat Islam lupakan Maulidul Rasul

Posted: 14 Jan 2014 09:00 AM PST



Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya pada Selasa.


Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan  dikongsi oleh 1,082 orang.
Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.
Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.
Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.
Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.
Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.
Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.
Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.-14/1/2014



ROBOH GERAI : KERAJAAN DAP JANGAN PILIH BULU BERTINDAK TERHADAP PENIAGA @dzainalabidin

Posted: 14 Jan 2014 08:11 AM PST







- Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta tidak bersikap selektif dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap penjaja dan peniaga gerai tidak berlesen di negeri ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan membanteras penjaja tidak berlesen tidak seharusnya tertumpu di sesetengah kawasan dan melibatkan kumpulan peniaga tertentu sahaja.

"Penguatkuasaan mestilah dilaksanakan secara adil dan tidak memilih bulu.

"Selain itu, sebelum mengeluarkan arahan atau notis kepada peniaga supaya menghentikan operasi, saya harap kerajaan negeri dapat mengkaji dan memahami masalah yang akan dihadapi peniaga yang kehilangan mata pencarian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Beliau mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang memberi notis dua hari kepada sekumpulan peniaga yang majoritinya Melayu supaya menghentikan perniagaan gerai makanan dan minuman mereka di Jalan Bukit Mertajam-Kulim dekat sini, pada 8 Januari lalu.

Terdahulu, Reezal Merican hadir berkongsi pandangan sebagai ahli panel dalam Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional di sini hari ini.


ISU KANGKUNG : INILAH MENTALITI TAKSUB MACAI PR BODOH SOMBONG !

Posted: 13 Jan 2014 08:00 PM PST







Ini lah mentaliti macai2 PR yang menjadi tukang sebar isu kangkung dengan menyindir PM.  PM hanya memberi contoh bukan semua barang naik harga . Apa  yang salahnya  ??








Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah 'menyindir' kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

"Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah," katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini.

GURU WANITA MUSLIM SJKC DIARAH BUKA TUDUNG DIBANTAH PENDUDUK KAMPUNG

Posted: 13 Jan 2014 07:20 PM PST




Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 14 Jan 2014 03:35 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


PEMANDU dijangka tubuh makmal penstabilan harga kangkung

Posted: 13 Jan 2014 10:17 PM PST


PEKAN: Dato Najib dijangka arah Dato Idris Kangkung tubuh makmal untuk lancar Program Transformasi Kangkung bagi menyelesaikan masaalah bekalan dan permintaan industri kangkung.

Ekoran serangan propaganda jahat Pakatan Rakyat mempersendakan kenyataannya berkenaan pasaran kangkung ketika berada di Kemaman baru-baru ini, Najib berkata dia faham denyutan hati rakyat.

"Saya sedia berhadapan dengan kemarahan rakyat dan akan ambil ini sebagai cabaran untuk menyelesaikan masaalah pasaran kangkung yang turun naik," katanya di Pekan selepas sambutan Mauludir Rasul di sini.

"Dalam ucapan tersebut, saya hanya mahu menjelaskan bahawa sesetengah barang turun naik ikut pasaran semasa. Pihak kerajaan tidak boleh buat apa-apa bagi barang yang sedemikian."

Pihak pembangkang telah gunakan peluang itu untuk mempersendakan kenyataannya.

Namun Najib sedia terima cabaran untuk selesaikan masaalah turun naik pasaran kangkung supaya harga sayur paling mudah diperolehi rakyat biasa dapat distabilkan dan mampu beli untuk rakyat yang tidak mampu makan asparagus dan broccoli.

Najib tidak memberitahu lagi rancangannya tetapi hanya meminta semua pihak sabar menunggu rancangan yang pasti mengejutkan.

"Kita tak boleh buat cara yang sama seperti dulu. Mesti ada pendekatan lain yang lebih mahal dan sesuai sebagai negara yang kaya."

Ramai pihak menjangka ianya pasti melibatkan PEMANDU dan Ethos Con-kangkung untuk menubuhkan makmal penstabilan harga kangkung.

Dari sumber dalaman beberapa con-kangkong yang ditanya, Dato Omar Kangk-ong sudah merancang agar makmal-makmal mengesyorkan penubuhan syarikat Kangkung Consolidated Berhad.

Ia akan menjadi landasan untuk program Consolidated High Impact Priority Economic Transformation Project atau CHIPET

Program Transformasi Kangkung telah diatur sebelum makmal untuk ambilkira New Economic Kangkong dan High Income Kangkong.

Strategi implementasi telah dibagikan kepada National Kangkong Result Asessment (NKRA), National Kangkong Economic Area (NKEA), dan Entry Point Project (EPP) khusus untuk kangkung supaya con-kangkung akan berterusan mendapat yuran con-kangkung.

Maklumat tersebut ada dilaporkan oleh blog Bigdogdotcom SINI.

Menurut Najib, Program Transformasi Kangkung tidak akan melibatkan wang rakyat. Con-kangkong akan dibayar dengan jutaan lori bekalan sayur kangkong. - Agensi Husin Lempoyang

bumiyang

Posted: 14 Jan 2014 03:22 AM PST

bumiyang


Antara Kenaikkan Harga Barangan dan Usaha Menghapuskan Pusat Giat Mara di Selangor???

Posted: 13 Jan 2014 04:30 PM PST

tunku

Posted: 14 Jan 2014 03:17 AM PST

tunku


SELANGOR PKR RIFT GETS DEEPER, STATE LEADERS CALL FOR NATIONAL INTERVENTION

Posted: 14 Jan 2014 01:29 AM PST



Selangor Parti keadilan Rakyat (PKR) has called on the national leadership to intervene in the 'war' between Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and party state chief Azmin Ali, which is widening the rift between the two factions.

The decision was reached last night in a meeting of the state party leaders, in the absence of Khalid and Azmin, although both have been invited to put out their cases.

The rift which has now escalated into a 'full blossom war' is expected to spread nationwide given that Azmin is the party deputy chief and has been instrumental in planning the party strategy and development nationwide, not just Selangor.

With the party poll in May and the party 80-odd divisions holding their election in March, the 'temperature' is expected to be high and heaty as Khalid and Azmin spread their influences to garner support.

On the top – the names of de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim and wife Datin Seri Wan Azizah Ismail – are expected to be bandied around as Khalid and Azmin supporters hit the campaign trail for votes.

While Selangor PKR waits for the national leadership to intervene to 'douse the burning fire' so that the party can be free of intense campaigning for the coming party poll, the calm and tame scene may not appear.

Wednesday, the party political bureau will meet to discuss the normal political agenda but top of the list will be Khalid's action in dropping Azmin from the board of the State Development Corporation (PKNS).

Both Azmin and Khalid are members of the bureau and both are expected to be present but will both the leaders present their side of the story or their views in an open and honest manner?

Khalid's action, according to some party members, was not on his own but directed by 'unseen hand or hands' and Azmin's opposition towards Khalid's every policy and move was also said to be directed by 'unseen hands'.

Party members believed the rift is more than 'the eyes can see' given the talks that party president Wan Azizah is 'not comfortable' with Azmin as deputy president and she would be comfortable with Khalid as deputy who she can trust and can relate.

On the other hand, some party members said Anwar is with Azmin all the way given the long and close relationship both have established during their Umno days and the ministry Anwar headed.

Given such scenario, the Wednesday political meeting may not be able to solve the rift as Khalid is not expected to withdraw his act as this would bring down his image and credibility within PKR as well as within parties in Pakatan Rakyat.

On the other hand, Azmin is not expected to take things 'sitting down' as he is the state PKR chief and deputy president and he is not about to give in 'just like that' given that he would be defending his deputy presidency.

Pengikut