Alamak... ini sudah lain macam, rupa-rupanya kedua-dua individu yang mengamuk di Komplek B JPM Isnin lalu dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing.
Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.
"Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya dipetik dari Utusan.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai.
Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena se-das tembakan yang dilepaskan oleh polis.
Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat.
Ditanya adakah polis sudah memanggil dan mengambil keterangan pasangan kedua-dua suspek, Chin Wah berkata, polis akan siasat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, polis sedang mengesan seorang individu yang namanya disebut berulang kali dalam blog dan juga Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, lelaki itu akan disiasat sama ada dia turut mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.
"Kita akan siasat kes ini secara menyeluruh termasuk kandungan blog yang ada hubungan dengan lelaki itu (Khalil) dan juga mereka yang namanya dinyatakan dalam blog itu," katanya.
Mengikut catatan yang dipercayai dibuat oleh Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan untuk tawan negara dan dunia bersama individu itu.
Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, lelaki terbabit dalam blog yang sama turut membuat pengakuan terbuka yang disertakan nama dan nombor kad pengenalannya mengakui bahawa dia "akan sentiasa bersama dengan Khalil hadapi satu pertembungan yang pasti berlaku antara kami dengan Dajal."
Dalam salah satu akaun Facebook Khalil, turut dipaparkan gambar yang dinyatakan sebagai gambar mereka berdua dengan komen yang bermotif perjuangan untuk menakluk negara.
Selain mereka berdua, ada beberapa individu lain yang turut menghantar kenyataan dalam laman blog itu namun hanya menggunakan nama samaran.
BERITA SEBELUM INI
Amuk di JPM: Misteri-misteri yang belum dirungkai...
Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu. Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua, Khalil Afandi Hamid dan Muhdalina Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya.
Kalau tengok dari facebook Kamal Afandi, dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa, antara sekolah asrama penuh terbaik negara. Dan Muhdalina pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil, yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...".
Pelik memang pelik, macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu. Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai. Masuk akal ke?
Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian.
Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental.
Bagi yang rajin seach itu ini dalam internet, jumpa blog Kamal Afandi, jayanegara1234.blogspot.com, sekali baca pun kita tahu, ada benda yang tidak kena dengan mamat ini.
Dari cara dia tulis blog yang baru buka Mei lalu itu, Kamal rasa macam dia adalah 'The Chosen One'. Dia suka tengok filem sains fiksyen The Matrix dan beberapa lagi filem yang berkisar kepada kisah kepahlawanan seperti Highlander.
Dalam blog itu, tulisannya sukar difahami dan melompat-lompat, mengambarkan 'state of mind' penulisnya. Semua pemimpin politik dia kutuk, PAS ke UMNO ke, termasuk mufti dan raja. Tulisannya mengutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang katanya tinggal di rumah besar dan juga pemimpin PAS Datuk Dr Harun Din kerana memiliki kereta jenis Mercedes.
Kamal yang berasal dari Kampung Lindungan Jaya PJS Selangor semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.
Difahamkan, tiada saudara mara yang menghadiri pengkebumian tersebut, kerana dilarang oleh isterinya. Motif larangan tidak pulak diketahui kenapa. Jadinya, jenazah beliau disempurnakan oleh pihak polis dengan bantuan kakitangan UPM.
Sementara itu, Muhdalina yang kini masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.
Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan yang mendakwa Imam Mahadi.
"Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalina tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.
Muhdalina dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.
Wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.
Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalina cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.
Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.
Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.
"Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.
"Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang," katanya.
Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Harap-harap banyak mesteri ini terungkai secepat mungkin supaya kita faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga jadi yang yang terlah terjadi di Komplek B JPM Isnin lalu.
Ini antara kisah terbaru lelaki dan wanita mengamuk di JPM...tulisan terakhir di blog tajuk...hidup dan mati
Misteri kejadian lelaki dan wanita yang mengamuk guna pedang samurai di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya jam 2.30 petang Isnin yang mengejutkan makin terungkai sedikit demi sedikit.
Ini ada kali pertama dalam sejarah negara ada orang bertindak sebegitu di perkarangan sebuah bangunan pentabiran negara.Ramai yang bingung dan tertanya-tanya apa halnya kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Selasa lelaki yang mati , Khalil Afandi Hamid setelah cedera ditembak polis dan pasangannya,wanita , Muhdalina Ahmad yang mengamuk itu dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.
Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.
Beliau bagaimanapun kata kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak buat spekulasi.
Menurut Salleh polis terpaksa lepaskan tembakan dalam kejadian itu dalam usaha pertahankan diri.
Beliau juga berkata polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa mereka ke Kompleks B,JPM yang terletak sebelah jalan tidak jauh dari kompleks utama JPM yakni Perdan Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri
Sebelum ini dilaporkan Mereka berdua bukan pasangan suami isteri dan dipercayai kenal satu sama lain sekitar seminggu menerusi laman sembang.
Tulisannya terakhir di blog berkenaan pada 30 Jun lalu bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.
Melayari blog berkenaan didapati tulisannya yang agak sukar difahami dan memneningkan menyentuh soal agama dan sebagainya memberi gambaran tentang dirinya.
Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam posting di facebooknya mengenai kejadian amuk itu memberitahu polis kini sedang menyiasat motif, kaitan serta perancangan lelaki dan wanita itu.
"Beri mereka masa untuk buat kerja,'' katanya.
Serentak dengan itu beliau memberi jaminan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri.
Sementara itu Ahmad Adam ,bapa kepada Muhdalina, wanita yang mengamuk itu memberitahu dia menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dua hari lepas.
Penjual nasi lemak berumur 55 tahun, itu berkata, anaknya meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.
Katanya, setahunya Muhdalina , anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Utara,Pelabuhan Klang tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.
"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya Selasa.
"Saya kesal dengan apa yang dia buat," kata Ahmad sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.
Muhdalina ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Ibunya ,Siti Marliah Marjunit berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".
Katanya anaknya tinggal di Klang.
Ahmad dan Siti Marliah belum dapat menemui Muhdalina kerana polis masih belum ambil keterangan darinya lagi.
Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati Muhdalina yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.
Sementara itu suaminya yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi.