Idris Ahmad Posted: 18 Feb 2011 11:35 PM PST Buktikan Kenyataan TGNA Sesat? Posted: 18 Feb 2011 12:51 AM PST Tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan Pas telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. Pas mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguriskan Islam dan umat Islam selama ini. Pas boleh buktikan dengan tahalluf siasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada umno bersama Barisan Nasional dalam program Islamisasi. Masjid di negeri Pakatan Rakyat makmur dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri umno memerintah masjid mati sebelum penduduk mati. MCA berkawan dengan umno 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan. Puncanya pemimpin orang seperti Tun gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim yang hakiki. Kenyataan Tun agak kelakar, kerana menuduh Tuan Guru Nik Aziz hanya hendak menang pilihanraya. Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tuperware saja yang tidak mahu menang. Sepanjang Tun memimpin Umno, bermati-matian melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi, semuanya kerana hendak menang pilihanraya. Memang Pas hendak menang pilihanraya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan. Perjuangan Pas berbeza dengan umno. Umno menja ikan Islam sebagai alat, bukan matlamat. Sepanjang Pas bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi, tidak ada yang rugi kepada Islam dan Pas di negara ini. Malah Pas mengambil peluang untuk berdakwah dan menjelaskan keadilan Islam. Selama ini mereka kabur, membuktikan 53 tahun umno gagal menjelaskan Islam yang sebenar. Tuduhan Tun yang mengatakan Pas tidak bela penindasan umat Islam di luar negara. Mungkin Tun, buat-buat lupa atau sengaja membuat tuduhan jahat kepada Pas. Seolah-olah Pas parti bawah tempurung sahaja, tanpa memperdulikan umat Islam lain yang tertindas. Tun tidak sedarkah peranan yang dimainkan oleh Pas dalam isu Plestin, perang teluk, perang Afghanistan, Selatan Mindanou, Acheh. Pas membantu dengan sekadar kemampuan sebagai parti yang tidak memerintah negara dengan memberi nasihat dan menghantar barang-barang keperluan kepada mereka yang memerlukan ketika misi kemanusiaan ke negara tersebut.. Filed under: Agama, Politik | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 18 Feb 2011 11:14 PM PST Contohi Pemudi Mesir lakukan Revolusi Posted: 18 Feb 2011 09:24 AM PST 'Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group "Gerakan Pemuda 6 April" di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.
Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.
Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.
Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.
Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.
Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. "Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?"
"Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari." Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.
"Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari," demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!
"Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita."
"Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah," ujar Asmaa. Salute Asmaa!
Ternyata warga Mesir bersemangat, puluhan ribu turun ke jalan raya pada 25 Januari. Dunia menyaksikan sebuah gerakan rakyat yang berubah menjadi revolusi Mesir. Malangnya di Malaysia, awek-awek di sini popular di youtube hanya dengan bakat nyanyian sahaja.
Hari-hari rakyat susah 2.0 (video Asmaa) | |
Salam Perjuangan Posted: 18 Feb 2011 11:07 PM PST |
DPPK PARIT Posted: 18 Feb 2011 07:44 PM PST |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 18 Feb 2011 07:40 PM PST Jumaat Bersejarah...Rakyat Mesir Bersama Dr Sheikh Yusof Al-Qaradawi Di Medan Tahrir Posted: 18 Feb 2011 09:08 AM PST Selepas 50 tahun tinggal di luar negeri akhirnya ulama terkemuka yang digelar sebagai "Mufti Dunia" Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradawi kembali ke Mesir bagi meraikan kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim Hosni Mubarak. "Perhimpunan Kemenangan" di Dataran Tahrir pada Jumaat 18 Februari 2011 bagi meraikan kejayaan revolusi rakyat menumbangkan diktator Hosni Mubarak. Mereka kemudiannya mendengar khutbah Jumaah yang disampaikan oleh Dr. Yusur al-Qaradawi sebelum bersama-sama menunaikan sembahyang Jumaat. REUTERS Ulama kelahiran Mesir yang kini berumur 85 itu dianggap sebagai tokoh penting gerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau pernah diperjarakan semasa pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949, kemudian diperjarakan lagi beberapa kali oleh rejim Gamal Abdul Nasser sehinggalah beliau meninggalkan Mesir dan menetap di Qatar pada tahun 1961. Yusuf al-Qaradawi sedang menyampaikan khutbat Jumaat di Dataran Tahrir. Di sebelah kiri beliau ialah Mohamed Badie, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir AFP Kepulangannya telah membangkitkan kembali nostalgia terhadap kepulangan Ayatollah Rohullah Khomeini dari Peranchis selepas kejayaan Revolusi Rakyat Iran pada tahun 1979 yang berjaya menggulingkan Dinasti Shah Iran. Sebelum ini pemimpin gerakan Islam Tunisia an-Nahdah iaitu Sheikh Rashid al-Ghannushi telah kembali semula Tunisia dari Peranchis ekoran kejayaan Revolusi Melor yang berjaya menggulingkan rejim Ben Ali. Jumaat bersejarah. Ratusan ribu rakyat Mesir bersembahyang Jumaat bersama dengan Yusuf al-Qaradawi. AP Al-Qaradawi sedang menunaikan sembahyang Jumaat. AFP Walaupun berada di luar negeri, al-Qaradawi dianggap sebagai tokoh penting dalam revolusi rakyat Mesir. Beliau telah berjaya menggerakkan rakyat Mesir untuk keluar beramai-ramai bagi menentang rejim Mubarak. Al-Qaradawi dikatakan telah menyokong kebangkitan rakyat di Mesir semenjak dari awal. Beliau telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menyokong kebangkitan rakyat disamping menyelar rejim Mubarak sambil menyerunya berundur. Sebaik sahaja menjejakkan kakinya semula ke Mesir al-Qaradawi telah telah menyampaikan khutbah Jumaat di Dataran Tahrir sebelum menunaikan sembahyang Jumaat bersama dengan ratusan ribu…mungkin jutaan…penduduk Mesir. Ia merupakan kali pertama al-Qaradawi menyampaikan khutbah di Mesir sejak 30 tahun yang lalu. Khutbahnya yang terakhir ialah pada tahun 1981 selepas pembunuhan Presiden Anwar al-Sadat. Selain menyediakan kawalan keselamatan kepada al-Qaradawi, pihak tentera juga menyediakan pasukan pancaragam sebagai meraikan kepulangan al-Qaradawi. REUTERS Al-Qaradawi bukan sahaja disambut oleh penduduk Mesir bahkan pihak tentera juga mengalu-alukan kepulangannya. Selain itu pihak tentera juga bertindak dengan memberikan kawalan keselamatan dan yang lebih menarik kehadiran al-Qaradawi di Dataran Tahrir telah disambut dengan pancaragam tentera. Walau bagaimanapun kepulangannya ke Mesir tidak begitu disenangi oleh Zionis Israel dan sekutunya Barat. Mereka sebelum ini telah menggelarkan al-Qaradawi sebagai "Hitler Mesir". Mereka amat bimbang kepulangan al-Qaradawi ini akan mengulangi sejarah Revolusi Iran, apatah lagi sebelum ini beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengutuk rejim Zionis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. Walaupun kepulangannya amat dicurigai oleh Zionis dan sekutunya namun kepulangan semula Yusuf al-Qaradawi merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah, bukan sahaja kepada Mesir bahkan juga kepada seluruh umat Islam…umat akhir zaman. Semoga bukan sahaja rakyat Mesir dapat menikmati kebebasan, bahkan saudaranya yang kini berada di sebalik tembok Zionis juga akan turut dibebaskan…suatu hari nanti yang mungkin sudah tidak lama…Insyaallah ! sumber : kebunketereh.com
| |
PAS Kawasan Pekan Posted: 18 Feb 2011 07:32 PM PST PRK SERENTAK ! MERLIMAU & KERDAU Posted: 18 Feb 2011 07:00 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau. Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching. Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang. Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
Posted by : Lajnah IT, DPP Pekan kredit untuk : http://www.malaysiakini.com/news/156429
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 18 Feb 2011 03:29 PM PST NAJIB TERDESAK, PAS CUMA TERSEDAK NAMUN MARUAH SPEAKER DI MANA LETAK ? Posted: 18 Feb 2011 08:08 AM PST Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac gara-gara Najib terdesak mahu adakan PRU13 dengan cepat. Beliau tiada pilihan mahu rekod kemenangan BN berturut-turut ini mahu dijadikan sandaran tanpa beri peluang pada DUN Pelabuhan Klang yang patut dibubarkan apatah lagi DUN Siputeh di Kedah. Memang PAS tersedak skit dan Pakatan Rakyat tersentak dengan keputusan SPR ini namun tidak berganjak dengan semangat lawan tetap lawan, suara rakyat perlu dipertahankan walau PRU13 rasanya Najib nak percepat di adakan. Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau. Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu. The Malaysian Insider difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi. Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong. SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini. Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. -TMI | PANDAINYA BERLAKON, YANG DI MANJUNG KENAPA TAK DISANJUNG ? Posted: 18 Feb 2011 05:13 AM PST Inilah loji janakuasa menggunakan arang batu di Manjung, negeri Perak. Kalau ikuti rencana di TV3 akhir tahun lepas mengenai loji letrik ini yang mereka jelaskan tiada masalah timbul pemcemaran malah ikan-ikan dan burung-burung hidup selesa seolah tiada kesan pencemaran. Tapi kenapa sebaliknya di Sabah? Dunia puji Malaysia pastikan Sabah bebas arang batu? Ini betul--betul ada udang sebalik batu. 18/02/2011 6:47pm KOTA KINABALU 18 Feb. - Malaysia menerima pujian dari komuniti antarabangsa kerana keputusannya untuk tidak menggunakan arang batu bagi menjana tenaga di Sabah, yang merupakan satu langkah memberikan opsyen kuasa bersih kepada negeri itu. Ketua Pakar Teknikal Tenaga Diperbaharui dan Keefisienan Tenaga Bank Dunia, Prof. Daniel M. Kammen berkata, langkah itu membolehkan Malaysia memilih untuk melabur di dalam ekonomi dan persekitaran yang sihat bagi Sabah dengan membatalkan cadangan pembinaan loji yang menggunakan arang batu yang diganti dengan opsyen tenaga mampan. "Ini merupakan satu keputusan yang sepatutnya memuji dan menyokong Malaysia pada persidangan iklim akan datang di Afrika Selatan. "Saya sangat teruja dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan bagi kepimpinan mereka di dalam hala tuju negara dan negeri itu ke arah menghasilkan sumber tenaga campuran. "Ini akan membantu menstabilkan kos tenaga, membawa masuk usahawan baharu ke bidang tenaga, mewujudkan pertumbuhan pekerjaan dan memotong kesan alam sekitar tempatan dan pertumbuhan pengeluaran gas rumah hijau global," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Green SURF (Sabah Bersatu bagi menyediakan Kuasa Untuk Masa Depan) telah mentauliah Kammen untuk menyediakan laporan opsyen tenaga bagi Sabah sebagai seorang Profesor Tenaga di University of California di Berkeley. - Bernama | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 18 Feb 2011 03:26 PM PST ADA AIR MAIN 'Y' PADA SEPOL??? WAKAKAKA Posted: 17 Feb 2011 04:40 PM PST Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik "lelaki Y" telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani "lelaki Y" itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful. Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti "lelaki Y" dalam laporannya. Katanya, kesan air mani "lelaki Y" turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku. Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira. Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani "lelaki Y" tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri. Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, "lelaki Y" dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali. | CHE DET CADANG JADI PM TOKLEH LEBIH 8 TAHUN...HU..HU..HU.. Posted: 17 Feb 2011 04:31 PM PST Che Det berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun. Beliau berkata cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya. "Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang," katanya. Dr Mahathir berkata tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu. "Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang. "Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya," katanya. | |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 18 Feb 2011 03:03 PM PST TENTATIF PENUH HIMPUNAN 30K PEMUDA ISLAM DIKEDAH Posted: 18 Feb 2011 03:02 AM PST Berikut merupakan tentatif penuh program:
6.30 pagi – 9.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Ayat Suci Al Qur'an
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
9.10 pagi : Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
9.20 pagi : Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
9.30 pagi : Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
9.45 pagi : Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah.
10.45 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
YB Tuan Haji Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YBhg Dato' Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat
1.30 ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Taklimat dan arahan gerak kerja pilihanraya oleh Ust Firdaus Jaafar
Program Kesenian Pemuda
4.00 ptg : Ucapan Penutup
Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.15 ptg : Rehat
7.30 malam : Solat Hajat dan Munajat Perdana (diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS)
9.30 malam : Ceramah Umum:
1. YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS.
2. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang –Presiden PAS.
3. YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
4. YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah
5. Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
12.00 malam : Bersurai | |
PAS Cawangan Damansara Damai Posted: 18 Feb 2011 01:25 PM PST Notis Mesyuarat Agong Ke-14 Posted: 17 Feb 2011 06:59 PM PST Mesyuarat Agong PAS Cawangan Damansara Damai kali ke-14 20 Februari 2011 (Ahad) 9.15 malam Dewan Apartment Idaman Perasmian oleh Ustaz Ahmad Awang
Semua ahli dijemput hadir | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 18 Feb 2011 01:05 PM PST Datuk Shah Rukh Khan hina TYT Negeri Melaka ? Posted: 18 Feb 2011 06:47 AM PST Memalukan: Datuk 'Shah Rukh Khan' Hina Yang Di Pertua Negeri Melaka Bila Hanya Pakai Singlet Ketika Terima Kunjungan Pemimpin Itu Semalam Tiada istilah lagi boleh digambarkan bila melihat gambar di bawah. Inilah yang dikatakan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Apakah ini namanya adat atau satu penghinaan? Wajarkah artis Bollywood si Shah Rukh Khan berpakaian begini ketika mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob. Malahan turut berada dalam sesi pertemuan tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Lihat saja cara berpakaian beliau ketika mengadap Tun Khalil itu. Apakah dek kerana beliau seorang artis terkenal maka dia tidak perlu mengikut protokol untuk berjumpa dengan pemimpin negara kita? Bukankah Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan. Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia. Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara? Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian. Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan? Sepatutnya Kerajaan Negeri Melaka berhak menarik balik gelaran "Datuk" yang telah diberikan kepada beliau dulu, jika inilah balasan yang dihadiahkan semula. Biar pun ketika kejadian Tun Khalil dipercayai sedang melawat lokasi penggambaran filem terbaru Shah Rukh berjudul "Don 2" di Bandar Baru Sungai Udang semalam. Namun itu perkara lain, dan sepatutnya kehadiran Yang Dipertua Negeri haruslah disambut dengan beradat. Mujurlah kemudian Pada lawatan tersebut, Tun Khalil dan Ali Rustam juga telah menghadiahkan beliau sehelai baju batik. Anehnya, Kerajaan Negeri Melaka pula beriya-iya mahu membina sebuah studio dengan kemudahan produksi yang dikenali sebagai Studio, Filem dan Televisyen Antarabangsa Melaka dengan kos bernilai AS$7 juta (RM21.3 juta) Ketua Menteri Ali Rustam berkata, studio itu akan dibangunkan dengan idea dan kerjasama pelakon terkenal Bollywood itu.
Menurutnya, perbincangan dengan pelakon Bollywood itu kini di peringkat terakhir sebelum satu rumusan diambil bagi merealitikan impian membina sebuah studio tercanggih di negeri ini. "Pada dasarnya, Shah Rukh bersetuju bekerjasama dengan memberi idea dan pandangan bagi pembinaan studio yang dicadangkan di Rumah Media di Ayer Keroh. "Studio yang akan dibina ini bukan sahaja menyediakan kemudahan produksi tetapi juga akan menyediakan sebuah akademi untuk filem dan televisyen bertaraf antarabangsa," katanya. Mohd. Ali menambah, kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan bagi membiayai pembinaan studio tersebut. "Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan studio itu akan mula dibina tahun ini. "Kita juga merancangkan untuk menerbitkan sebuah filem muzikal yang mana Shah Rukh Khan bersetuju untuk menjadi pelakon utama," katanya. Beliau menambah, dengan pembinaan studio itu ia dijangka menarik minat beberapa produser dari Bollywood untuk menggunakan kemudahan produksi selain menjadikan Melaka sebagai lokasi penggambaran filem.
Shah Rukh kini berada di negeri ini sejak 12 Februari lalu bagi menjalani penggambaran filem terbarunya Don 2 itu. Selain Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi turut menjadi lokasi penggambaran filem itu yang bakal ditayangkan di negara ini pada 23 Disember ini. Pengajaran daripada insiden ini, nampak benar betapa hinanya pemimpin Melayu apabila terpaksa turun ke tapak untuk bertemu dengan seorang artis terkenal seperti Shah Rukh Khan. Sepatutnya beliau dipanggil mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka secara protokol di pejabatnya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita pula terpaksa menyembah artis Bollywood itu. Persoalan kedua, kita masih ingat Tun Khalil ketika menjadi Menteri Penerangan pernah berjanji untuk membina sebuah studi perfileman ala Hollywood di Janda Baik Bentong Pahang. Namun, ia tidak menjadi kenyataan dan kini mahu membina ala Bollywood pula di Melaka. Apa yang mengelirukan kita, sejak Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk", entah masa bila beliau menggunakan gelaran tersebut agaknya?. Ini kerana, dalam filem-filem terkini beliau tidak langsung memaparkan gelaran "Datuk" di depan namanya ketika dipaparkan pada skrin. Maknya, gelaran tersebut sekadar "hiasan di dinding" semata-mata. Harapan kita agar tidak ada lagi rakyat asing yang akan mendapat gelaran itu, kerana ia cukup amat kontroversi sebenarnya.
Sumber : Pahangdaily | Projek mee segera PRK Merlimau menyalahi peraturan SPR Posted: 18 Feb 2011 06:40 AM PST MELAKA: Projek 'mee segera' yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh. Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan 'projek mee segera' adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur. "Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil," katanya. "Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah. "Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen," katanya kepada KeadilanDaily.com. Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. "Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR mempraktik, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi. "Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama," katanya. Keadilan Daily | N27 Merlimau - menentang Umno dalam satu pasukan Posted: 18 Feb 2011 06:26 AM PST Merlimau sudah dipastikan siapa yang akan bertarung di gelanggang. Umno dan Pas kembali ke tengah gelanggang. Gendang perang sudah dipukul, petugas-petugas Pas sudah bersiap sedia untuk melangkah. Kali ini biarlah kita melangkah sebagai satu pasukan tempur bukan satu pasukan yang hanya hebat di depan dan barai di belakang. Usah bergantung kepada kelemahan musuh. Kita bergantung terus kepada Allah. Kali ini di Merlimau munajat kepada ilahi diperlukan terus. Hubungan manusia dengan pencipta hendaklah diteraskan dalam pertempuran kali ini. Jika yang islam jika ada solat hajat tolonglah bersama-sama. Tinggalkan dulu kamera, telefon bimbit dan apa jua. Bersatulah kita bermunajat kepada Allah. Hubungan kita dengan Allah terlalu longgar hinggakan syaitan mampu meresap di antara jemaah. Kekosongan seinci yang ditinggalkan oleh jemaah memudahkan iblis memberikan bisikan mesra. Jika perhimpunan perarakan ada 5 ribu ahli, tolonglah bersama solat hajat jangan ada satu pun tertinggal bagi yang beragama Islam. Kali ini kita wujud medan pertempuran baru, jangan dikisahkan sangat hal hal yang remeh temeh. Kita datang untuk menyerang bukan bertahan. Kita datang sebagai tentera bukan datang sebagai pemerhati bebas. Tak ada bebas dalam dunia agama. Yang bebas itu syaitan dan iblis. Datang bantu yang mana lemah jangan nampak lemah sengaja dibiarkan untuk modal menulis. Mana yang bocor tampal segera jangan bagi kapal kita karam semasa berperang. Sampaikan segera apa yang perlu. 26 Februari akan bermula segala-galanya. Bertempur di kubu lawan amat mudah, Umno yang akan mempertahankan kubu mereka bukan Pas. Yang mempertahankan lebih payah dari yang menyerang. Segala maklumat tentang Umno hendaklah telus dan betul jangan pula pakai peluru yang dibekalkan oleh musuh. Yang tak berselera nak berjuang di Merlimau tolong duduk rumah jangan bising di sini. Merlimau perlu dihijaukan. Kalau di Kelantan mereka melancarkan gelombang merah, Pas lancarkan hijaukan bumi Melaka yang sudah lama tandus. Merlimau kita hijaukan seluruhnya dalam PRU yang akan datang. Pas Jasin sudah bersiap sedia untuk mengatur dan mengawal segalanya. Ini kawasan mereka. Bertindak mengikut arahan bukannya mengikut kepala masing-masing. Merlimau pasti dalam tangan pas jika kita terus bersatu dengan tali Allah. Jangan kamu berpecah belah menghadapi musuh yang satu. Rapatkan saf dan luruskan barisan untuk menghadapi Umno yang sudah bengkang bengkok. Kalau kita rasa sakit, mereka juga akan merasai sakit dari kita. Allah dah tunjukkan bukti kenapa kita masih meraguinya. Usah berduka dan bersedih jika kalah. Pedih sekejap pedih mereka masih berpanjangan. Jangan kita khianat kepada perjuangan islam, islam pasti menang. Sumber : FZT | SAJAK : INI TANAH WARISAN LELUHUR KAMI Posted: 18 Feb 2011 06:23 AM PST Tanah ini, adalah warisan leluhur kita dimiliki berabad-abad lamanya menjadi pusaka zaman berzaman
Siapa mereka yang berani datang menceroboh wilayah kita? ini hak kita! warisan milik kita! mesti dipertahankan! walaupun terjadi apa-apa!
Kita tahu mereka siapa! mereka adalah para dewa dewata yang rakus haloba mencari emas dan tembaga untuk dibina syurga bukan untuk kita tetapi untuk mereka.
Mereka mencari tanah pamah untuk dibangunkan hutan belantara dicantas, digondolkan bukit bukau ditarah diratakan lembah paya ditambak, ditinggikan gua denai disumbat dikambuskan tanah milik harus diserahkan demi pembangunan rakyat marhean harus dikorbankan.
Hai! Para dewa dewata! pembangunan itu untuk siapa?
Siapa yang akan memiliki harta itu selepas ini? kerana tiada jaminan menjadi milik kami ia akan menjadi milik para dewata para kapitalis yang lahap haloba. itukah pembangunan namanya? setelah tanah warisan ini bertukar nama?
Apakah pembangunan itu disukat dengan tingginya bangunan? maka kita pun bersorak sorai berangan-angan mahu memiliki syurga di kayangan sedangkan hak milik terlepas di tangan? persis Pak Kaduk menang sabung, kampung tergadai.
Ingat! Para dewa! meskipun kami miskin tetapi tidak miskin jiwa dan raga ini tanah warisan kami perlu dipertahankan demi maruah ini saja tanah yang kami ada hanya sekangkang kera masih mahu dirampas oleh para dewata! penjajah baru, selepas merdeka!
Para dewa dewata punya kuasa bisa menggunakan pelbagai akta undang-undang yang mereka cipta bukan untuk mereka, tetapi untuk kita.
Hai! Para dewa! ingatlah! ada dewa yang lebih berkuasa! iaitu Allah, namanya kami tetap percaya Allah tidak bersekongkol dengan kezaliman kerana itu bukan sifat-Nya.
Jangan ditakut pada dewa! kerana dewa itu bikinan manusia yang juga binasa, macam kita.
Kalau para dewa sanggup mempertahankan Putrajaya biarpun itu bukan hak mutlak mereka, sanggup berputih tulang, jangan berputih mata! salahkah kami, mempertahankan tanah warisan ini?
Ingat para dewa dewata! ini tanah warisan leluhur kami kami akan pertahankan milik ini kerana kami tidak mahu menjadi Palestin di sebelah sini!
RAZALI ENDUN Air Keroh, Melaka
Dipetik daripada Harakah keluaran 1 – 3 RABIULAWAL 1432 / 4 – 6 FEBRUARI 2011 | |
DUN Lembah Jaya Posted: 18 Feb 2011 12:09 PM PST Ziarah Warga Emas Terlantar Di Kg. Tasek Permai Posted: 17 Feb 2011 06:24 PM PST
18 Feb 2011, Kg. Tasek Permai - Menziarahi Warga Emas Yang Sakit Terlantar - Nama : Encik Ismail Bin Katun - Umur : 72 tahun - Jenis Penyakit Yang Dideritai : Angin Ahmar / Stroke - Tempoh Terlantar : Sebulan
Turut serta bersama YB Khasim ialah Ketua Kg. Tasek Permai Saudara Faridi @ Che Yusof Che Mat dan Saudara Azhar Sabirin, Pegawai Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya.
*Bagi individu, persatuan atau syarikat-syarikat yang bermurah hati untuk menderma kepada mereka yang memerlukan yang dipaparkan di laman blog ini terutamanya, bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya atau Ketua-Ketua Kampung terlibat. Harap Maklum
Sumbangan disampaikan kepada isteri kepada Encik Ismail
| 4 Bulan Bergelap, Ibu Tinggal Bakal Terima Sumbangan Posted: 17 Feb 2011 05:38 PM PST Hampir empat bulan bergelap sejak Oktober 2010 akibat bekalan elektrik rumah sewa kediamannya dipotong. Beliau sekeluarga hanya diterangi cahaya lilin pada waktu malam. Semuanya kerana tidak mampu melunaskan bil setelah berhenti dari pekerjaannya sejak bulan itu. Puan Rozi, seorang ibu tinggal menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah, seorang berada di darjah 5 dan seorang lagi tingkatan 4. Kedua-duanya bersekolah di Taman Kosas.
Selain daripada bekalan elektrik dipotong, beliau juga dibelenggu dengan tunggakan sewa rumah yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. YB Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz dan beberapa orang pegawai pusat khidmat masyarakat DUN Lembah Jaya yang melawat beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pejabat DUN akan mengadakan rundingan dengan pihak Pusat Zakat Selangor (PZS) selain daripada bantuan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN sendiri.
Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha untuk memastikan tiada di kalangan rakyatnya tergolong dalam kategori miskin tegar. Justeru pihak DUN Lembah Jaya mengharapkan kerjasama semua lapisan masyarakat agar dapat memaklumkan kepada pihak DUN, Ketua Kampung mahupun pengerusi masjid atau surau sekiranya terdapat mereka yang sangat memerlukan bantuan seperti sakit terlantar, miskin tegar dan lain-lain di kejiranan mereka. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ribuan terima kasih.
| |
Batu Gajah Mari Posted: 18 Feb 2011 11:08 AM PST Sila jelaskan isu hutang PAFA!!! Posted: 18 Feb 2011 02:22 AM PST Kepada : Dato' Haji Roshidi Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Greentown, Ipoh . (No. Fax : 05-253 7396) Y.Bhg. Dato'; MEMOHON PENJELASAN PELUPUSAN HUTANG PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI PERAK (PAFA) BERJUMLAH RM800,000Perkara di atas adalah dirujuk. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ( DPPN Pk ), saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato' berkaitan pelupusan hutang Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) berjumlah RM800,000 yang disiarkan oleh media baru-baru ini. Pertamanya, kami dan penduduk di Bandar Raya Ipoh ingin mendapatkan penjelasan pelupusan hutang yang telah diputus oleh Mesyuarat Tujuan Am Majlis di atas faktor apa yang membolehkan pelupusan hutang tersebut diberikan. Perkara ini dilihat kerana hutang yang tertunggak semenjak tahun 2003 dahulu tidak pernah dilupuskan tetapi pada tahun ini semua hutang tertunggak tersebut boleh dilupuskan. Kami merasa adalah tidak adil keputusan ini dibuat kerana jumlah tersebut amat besar bagi penduduk di sini. Persoalan yang timbul juga, adakah semua persatuan sukan akan boleh menikmati pelupusan hutang tertunggak tersebut? Atau mana-mana penduduk yang turut mempunyai hutang tertunggak juga menikmati pelupusan tersebut? Adalah sepatutnya hutang tertunggak tersebut dipulangkan kembali kepada pembangunan sukan setelah ianya membuat bayaran dan bukannya pelupusan tetapi dalam masa yang sama pihak Y.Bhg. Dato' turut mengumumkan menambah baik keperluan Stadium Perak, Ipoh. Menjadi harapan kami perjelasan secara konkrit dapat diberikan pihak Y.Bhg. Dato', ini kerana pelupusan hutang tertunggak tersebut secara langsung adalah tanggungjawab Y.Bhg. Dato' dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada seluruh penduduk di sini. Sekian dipohon, terima kasih. Saya yang benar, Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak DR RAJA AHMAD AL-HISS Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. | Politik si Puaka akan jatuhkan lakinya di PRU-13 !! Posted: 17 Feb 2011 08:30 PM PST Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Pembaziran demi pembaziran ke atas wang rakyat dilakukan oleh 'first lady' (wa nita pertama) yang bernama Datin Seri Rosmah Mansor sejak Dato' Seri Najib Tun Razak bergelar Perdana Menteri. Nama Rosmah Mansor terus meniti dibibir masyarakat, hampir semua media arus perdana sering melaporkan apa sahaja aktiviti yang dijalankan isteri Perdana Menteri ini. Penampilan Rosmah dilihat sangat berbeza dengan isteri beberapa Perdana Menteri yang sebelum ini, antaranya Allahyarham Tun Hendon Mahmood dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang jauh lebih sederhana, tidak dilihat mengganggu pentadbiran PM. Selepas mendapat jolongan 'de fakto PM', Rosmah mendapat habuan besar dalam Projek Pertama Negara yang bagi pandangan umum ia satu lagi 'kemusykilan' besar kepada rakyat, apakah seorang isteri PM boleh mendapat keistimewaan dengan mendapat belanjawan khas dalam Belanjawan Negara. Jika era Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sering diserang oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini Najib pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama Rosmah ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau. Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division. Bahagi an tersebut yang hanya ditubuhkan dan diketuai oleh Pegawai Khasnya Dato' Siti Azizah Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain. Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan. Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang. Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta. Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib. Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam laporannya awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Beberapa blogger menggelarkannya sebagai 'Suami Perdana Menteri'.Mungkin ia sinonim dengan 'kelakuan' Rosmah yang cukup menjelekkan mata teman-teman bloggers dan rakyat kebanyakan. Keputusan Najib dalam Belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang. Tidak cukup dengan itu, terkini ramai yang mempertikaikan kos sebenar penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai yang didakwa mencecah RM 140 ribu untuk satu malam. Antara yang mempertikainya ialah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali mahu Najib atau Kementerian Luar memberi respons segera mengenai kos penginapan dan operasi sepanjang lawatan Rosmah ke Dubai kerana ia melibatkan wang rakyat. Isu ini bukan sahaja ditujukan hanya kepada 'batang tubuh' Rosmah, namun lebih berat kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri dan suami yang sewenang-wenang melepaskan 'wang rakyat' kepada isteri. Tabiat isteri kesayangan Najib itu juga ditegur oleh bloggers, Badrul Hisham Shaharin yang menyifatkan Perdana Menteri gagal melihat bahawa Rosmah seorang yang boros dan gemar berbelanja besar. Telahan Badrul Hisham mudah, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja. "Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," kata Badrul Hisham. Rimas rakyat dibuatnya.Najib tidak harus lupa akan kecaman umat Islam ke atas Rosmah dalam isu Pertunjukan Busana Islam di Monte Carlo tahun lalu yang mana Rosmah didakwa menghina Islam dengan penganjuran tersebut. Selaku penaung, Rosmah sendiri gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan ramai, termasuk kepimpinan politik dan bloggers dimana pakaian model sangat menjolok mata, selain ada model yang mengenakan pakaian dengan logo kalimah Allah diterbalikkan. Apabila isu itu dibawa ke Parlimen, Najib dan menteri-menterinya berdiam diri, tidak mampu menjawab hatta persoalan daripada mana datangnya wang penganjuran yang hanya menambah malu kepada negara. Sebelum ini, ada cadangan dari Rosmah untuk menganjurkan tilawah Al-Quran bagi orang-orang buta,Entah apa gerangannya Rosmah yang sangat dipertikai ini mengutarakan cadangan sedemikian, apakah ianya hanya satu lagi bentuk 'retorik politik' untuk mengaburi mata awam? Blogger Mohd Sayuti Omar dalam blognya ada menulis, cadangan Rosmah itu nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta dan tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara". Kata Sayuti jika ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya Wanita Pertama yang mantap Islamnya termasuk soal menutup jambulnya. Tabiat Rosmah bukan sekadar terhenti dengan soal pemborosan, beliau juga semakin 'jelek' di mata rakyat kerana sering menonjolkan diri sebagai 'wanita pertama' mengalahkan baginda Permaisuri Agong, Tuanku Nurzahirah. Bloggers edeseyes.com pula menyifatkan Rosmah sebagai liabiliti besar kepada Najib yang mampu menjatuhkan Perdana Menteri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Telahan bloggers tersebut mudah, pandangan sisi rakyat bahawa Najib perlu menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya. "Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'suami' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri," tulis bloggers berkenaan. Rakyat sudah lama menganggap wanita tidak bertudung itu (Rosmah) adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam yang masih belum sedar dan sebagai liabiliti kepada BN. Apakah anggapan rakyat ini akan menjadi suatu kenyataan pada PRU-13 nanti, Najib pastinya resah akan 'cakap-cakap' mengenai isteri kesayangannya itu yang mampu menjatuhkannya sepertimana Tun Abdullah Ahmad Badawi jatuh kerana anak menantunya. | Tahniah PSM !! Posted: 17 Feb 2011 08:29 PM PST
KUALA LUMPUR, 18 Feb — Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata pihaknya mahu menggunakan logo parti itu pada pilihan raya umum ke-13, bukannya logo Parti Keadilan Rakyat yang disaksikan sebelum ini. Jelas Arutchelvan, selama ini PSM bersetuju menggunakan logo PKR namun sudah sampai masa bagi parti bertanding menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun diwujudkan. "Pendirian kita sekarang adalah kita bersetuju menggunakan logo pembangkang dan telah ada satu perjanjian pilihan raya dengan Pakatan Rakyat selain bersetuju dengan manifesto Pakatan Rakyat. "Tapi dalam situasi sekarang yang mana Pakatan Rakyat masih tiada logo sendiri, jadi setiap parti menggunakan logo mereka, jadi kami merasakan ia tiada masalah untuk membenarkan PSM menggunakan logo sendiri di kawasan yang kita tanding," katanya dalam satu kenyataan. PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008. Arutchelvan berkata adalah satu tindakan "bodoh" sekiranya PSM yang telah memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum 2008 tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang. Pendaftaran parti itu diluluskan selepas pilihan raya umum Mac 2008. "Sebelum parti kami didaftarkan, kami bertanding dengan menggunakan logo parti lain dan seperti mana yang dikatakan, PSM tidak belot terhadap Pakatan Rakyat seperti mana pemimpin PKR. "Jadi ia satu perkara logik untuk PSM gunakan logo, ia kelihatan bodoh kepada parti yang tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang menentang kerajaan persekutan dan ia kelihatan tidak munasabah," katanya. Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, parti itu hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu. Kata beliau, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), malah sedia memberi PSM lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan. "Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?" kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak. Jika dipilih, MCLM berkata, calon-calonnnya akan memutuskan isu berdasarkan pada suara hati mereka berbanding konsensus perikatan. Ia hanya akan menawarkan calon kepada PKR, bukan kepada DAP dan PAS. Azmin yang juga pengarah pilihan raya berkata kepimpinan tertinggi PKR termasuk ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dengan PSM hujung minggu lalu untuk membincangkan peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13. Dalam pilihan raya umum 2008, PSM meletakkan empat calon dan menang dua kerusi iaitu Michael Jeyakumar Devaraj yang menang di Sungai Siput untuk muncul Ahli Parlimen pertama PSM manakala presiden parti Dr Nasir Hashim pula menang di Kota Damansara, Selangor. Tambah Arutchelvan, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk bertanding lebih banyak kerusi tetapi hanya mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum nanti. "Kami percaya calon terbaik patut dibenarkan bertanding, PSM tidak berniat untuk menuntut lebih banyak kerusi ... kami hanya mahu bertanding di beberapa kerusi yang kami rasakan boleh menang dan membantu Pakatan Rakyat di kawasan lain," katanya. Beliau berkata PSM akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai rakan dan memastikan BN disingkirkan. | |
Pas Kawasan Paya Besar Posted: 18 Feb 2011 09:18 AM PST JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ Posted: 17 Feb 2011 05:21 PM PST By Mahathir Mohamad – Februari 16, 2011 1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman. 4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.
5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah. 6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.
7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.
8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.
9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam. 10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki. 11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.
12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.
13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.
14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.
15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.
16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.
17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?
18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.
19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.
20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan. 21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.
22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.
23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.
24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO
25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?
26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara"
30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." 31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam. 33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.
35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.
36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.
37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.
38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu. 39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.
40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.
41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.
42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.
43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu. 44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?
45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO? 46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?
47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.
48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?
49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.
Sumber: http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 18 Feb 2011 09:03 AM PST Tipu Mahasiswa : modul selama-lamanya kerajaan BN di UNIVERSITI? Posted: 18 Feb 2011 07:36 AM PST Kenapa mahasiswa disekat kebebasan mereka untuk melalui pilihanraya kampus yang telus dan adil? Kenapa tidak beri ruang dan peluang untuk menonjolkan bakat kepimpinan, daya saing dan pemilihan yang sihat. Kenapa perlu menimbulkan suasana yang membangkitkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati kerana peraturan pemilihan yang menimbul seribu satu kemusykilan. Bagaimana mungkin masyarakat di Malaysia boleh melahirkan pemimpin yang berwibawa sekiranya pemimpin pelapis dicelarukan pemikiran mereka dan ditanam kecurigaan maksima di kalangan pelajar?!! SESUNGGUHNYA TIDAK HAIRAN sekiranya fenomena orang muda tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi kemungkinan besar adalah daripada kelunturan kepercayaan kepada sistem pengundian yang dijalankan di dalam negara. Mahasiswa sepatutnya digalakkan menyerlah kemampuan diri | |
Pemuda PAS Merbok Posted: 18 Feb 2011 07:26 AM PST 500 Pemuda Merbok ke Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS Posted: 18 Feb 2011 04:58 AM PST Merbok, 18 Feb - Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok akan menghantar hampir 500 orang peserta ke Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut esok.
2 buah bas disewa untuk menghantar peserta ke Himpunan tersebut dan selebihnya beberapa kumpulan akan berkonvoi ke Batu 9.
| |
i n t a n h i j a u Posted: 18 Feb 2011 07:08 AM PST PROGRAM LIQA FIKRI PAS TELUK INTAN / ڤروݢرام ليق الفيکري ڤاس تلوق اينتن Posted: 18 Feb 2011 02:47 AM PST
TELUK INTAN, 16 Februari – PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Tarbiyyah kawasan telah menganjurkan program bulanan Liqa Fikri bagi bulan Februari. Program telah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.
Program Liqa Fikri kali ini, giliran PAS Cawangan Kg. Padang Tembak Dalam telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis dari mula hingga ke akhirnya. Naqib jemputan pula ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj. Abu Bakar bin Hussain yang tekah membentangkan tajuk Fadhilat al Fahmu.
Kehadiran ahli pada malam tersebut amat menggalakkan yang mana telah dihadiri pimpinan PAS kawasan dan cawangan. Antara yang hadir ialah YDP PAS Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. | Ustaz Abu Bakar dan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail. |
Selain penjelasan tentang konsep al Fahmu, Ustaz Abu Bakar juga menyentuh tentang Kempen Sifar Ponteng Program Parti.
"Sepatutnya para ahli amat peka dengan setiap arahan pimpinan parti terutama apabila memerlukan ahli hadir ke program parti. Ahli mesti melihat arahan tersebut satu kewajipan sebagaimana kaedah fiqh iaitu "setiap suruhan membawa makna wajib".
"Oleh kerana itu, para ahli perlu ada ilmu supaya mereka mampu memahami dari sudut aulawiyatnya iaitu dengan bijak menyusun mengikut keutamaan bagi setiap program parti, urusan peribadi dan keluarga", tambah beliau.
Sebelum itu, para hadirin telah bersama-sama mengerjakan solat Maghrib dan membaca zikir al ma'thurat.
intanhijau.blogspot.com | PAK LAWAK MODEN.... / ڤق لاوق موديرن Posted: 18 Feb 2011 12:52 AM PST
PAS menanggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad - bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya - adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu.
"Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.
Dalam satu kenyataan petang ini, Idris mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian "melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi" kerana hendak menang pilihan raya.
"Memang PAS hendak menang pilihanr aya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.
"Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat," dakwa Idris lagi.
Beliau juga berkata, sepanjang mengadakan kerjasama politi dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tiada sebarang kerugian terhadap parti dan Islam di negara itu. | |
DPP Padang Besar Posted: 18 Feb 2011 03:22 AM PST |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 18 Feb 2011 03:09 AM PST ATURCARA PROGRAM HIMPUNAN 30 K Posted: 17 Feb 2011 06:14 PM PST
6.30 pagi – 9.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi 9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Ayat Suci Al Qur'an Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL. 9.10 pagi : Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah 9.20 pagi : Ucapan Aluan Pengarah Himpunan 9.30 pagi : Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat 9.45 pagi : Ucapan Perasmian Oleh : YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah. 10.45 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda YB Tuan Haji Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS YBhg Dato' Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat 1.30 ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur 2.30 ptg : Taklimat dan arahan gerak kerja pilihanraya oleh Ust Firdaus Jaafar Program Kesenian Pemuda 4.00 ptg : Ucapan Penutup Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS 5.15 ptg : Rehat 7.30 malam : Solat Hajat dan Munajat Perdana (diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS) 9.30 malam : Ceramah Umum: 1. YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS. 2. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang –Presiden PAS. 3. YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS 4. YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – Menteri Besar Kedah 5. Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. 12.00 malam : Bersurai
| |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 18 Feb 2011 01:16 AM PST Jom pakat pi ramai-ramai Posted: 18 Feb 2011 12:06 AM PST | Jom pakat pi ramai-ramai Posted: 18 Feb 2011 12:06 AM PST | Forum Maulidur Rasul di Panggas Posted: 17 Feb 2011 11:45 PM PST CHUPING - Tiada gunanya menghabiskan jutaan wang untuk menyambut Malulidur Rasul sedang syariat Rasulullah SAW tidak ditegakkan, kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya.
Menurutnya, sejarah membuktikan golongan musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Lahab sendiri turut bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW, hatta menyembelih 40 ekor namun tidak pula mengikut syariat baginda kemudiannya.
"Kalau kita sambut Maulid dengan berbelanja besar tapi tak mahu mengikut ajaran Nabi, samalah dengan Abu Lahab. Kalau kita nak tunjukkan sayang kepada Rasulullah, kita turut apa yang dibawa oleh baginda," katanya dalam Majlis Forum Maulidur Rasul di Markas PAS Panggas Besar dekat sini Rau lalu.
Dalam forum bertajuk "Rasulullah Pemimpin Politik Terulung' tu, beliau menjelaskan bahawa Nabi SAW merupakan pemimpin yang hebat dengan membawa perubahan kepada masyarakat sehinggakan diakui oleh tokoh-tokoh barat.
"Rasulullah adalah pemimpin terulung dalam pelbagai segi termasuk di bidang politik dan pemerintahan. Tokoh-tokoh barat pun mengagungkan Nabi SAW dengan mengakui baginda mampu untuk menyelesaikan masalah umat.
"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita kena taat dan beiman dengan bersungguh-sungguh, memuliakan baginda, wajib menolong agama Allah dan wajin mengikut Al-Quran yang diturunkan bersama Nabi. Bila terlaksana semua ini barulah boleh kita sambut Maulid," tegasnya.
Forum anjuran Pemuda PAS Padang Besar ini turut membariskan Yang Dipertua PAS Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir selaku ahli panel.
Mengupas tajuk forum, Mohd Anuar berkata Rasulullah SAW adalah pemimpin politik terulung dalam segala sudut samada di bidang politik mahupun sebagai seorang ketua keluarga.
"Rasulullah menjadi model yang diikuti oleh para sahabat dan para khalifah sebagai seorang pemimpin dan pemerintah negara yang terunggul. Baginda adalah pemimpin terhebat yang hidup dengan penuh kesederhanaan.
"Persoalannya sekarang, apakah pemimpin umat Islam hari ini turut menjadikan Rasulullah sebagai 'role model' mereka?," soalnya. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 18 Feb 2011 01:07 AM PST :: cina islam | 2011 :: Mesir: Perak perlu ikut Perlis Posted: 18 Feb 2011 12:55 AM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri masih berdiam diri terhadap jaminan bagi pelajar-pelajar untuk menamatkan pengajian di Mesir.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, walaupun kemelut yang melanda Mesir kini sudah hampir selesai, namun wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa yang belum mendapat maklum balas daripada kerajaan berhubung kos yang akan ditanggung oleh pelajar yang ingin menyambung pengajian kelak.
"DPPN Pk berharap, pihak Kerajaan Negeri Perak perlu mengikut langkah Kerajaan Negeri Perlis yang akan menanggung kos pemergian semula pelajar anak Perlis nanti," katanya kepada Harakahdaily.
DPPN Pk, ujarnya berharap Perak juga akan memberikan jaminan bahawa kos tambang pemergian semua pelajar anak negeri ke Mesir akan ditanggung oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, jika ada jaminan daripada kerajaan negeri nanti, barulah semua ibu bapa akan merasa lega dengan komitmen tersebut.
Pihaknya menunggu langkah yang bakal diambil oleh kerajaan negeri untuk membuat pengumuman yang sama seperti Perlis.
"Dan diharap dalam masa yang sama, kerajaan negeri perlu mendesak Kerajaan Pusat juga memikirkan kos pemergian kembali pelajar yang akan menyambung pengajian mereka semula," ujarnya.(HDaily) | Kadar inflasi di Malaysia membimbangkan Posted: 18 Feb 2011 12:45 AM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013. Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat. Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi. "Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi. Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.(HDaily) | Anggota TUDM maut dalam kemalangan Posted: 18 Feb 2011 12:25 AM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- BESUT 18 Feb. – Seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala empat anaknya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini petang semalam. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa, Zubaidah Shamsudin yang bertugas di Pangkalan TUDM Gong Kedak di sini memandu kereta jenis Proton Iswara bersama empat orang anaknya dari arah Jerteh menghala ke Kampung Raja. – Bernama | DAP minta KDN henti beri alasan tempang Posted: 18 Feb 2011 12:15 AM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]-
DAP mendesak kerajaan berhenti bermain politik dan memberikan alasan tempang berhubung penolakan terhadap hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri bagi mengurangkan jenayah.
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata alasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein - bahawa tindakan itu bertentangan dengan perlembagaan - itu tidak bertanggungjawab.
"Alasan menteri dalam negeri, bahawa pasukan polis bantuan bertentangan dengan perlembagaan pincang sepenuhnya ekoran tiada sebarang peruntukan menghalang pembentukan pasukan itu, sebagaimana tiada peruntukan menentang penggajian petugas keselamatan," kata Tony.
Semalam, Hishammuddin dilaporkan tidak berganjak daripada keputusan menolak permohonan Selangor yang mahu meneruskan permohonan menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia "bertentangan dengan perlembagaan".
Beliau sebaliknya mendakwa, kerajaan negeri mahu melakukan provokasi sedangkan mereka didakwa tahu ia bercanggah dengan perlembagaan dan tidak masuk akal.
Hishammuddin turut dilaporkan melahirkan rasa terkilan terhadap kerajaan Selangor yang didakwa tidak pernah tampil ke hadapan membantu polis dalam usaha mengurangkan indeks jenayah di negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tony mencabar Hishammuddin membuang semua pagar keselamatan, penghadang automatik dan rumah pengawal keselamatan sekiranya dia benar-benar yakin bahawa kadar jenayah menurun.
Tony menambah, kerajaan negeri selama ini bertolak ansur dengan pembinaan pagar yang munasabah - walaupun keabsahannya dibangkitkan - kerana simpati dengan perasaan takut penduduk kepada jenayah yang memuncak pada 2008 dan 2009.
"Tindakan rakyat Malaysia itu sebaliknya membuktikan bahawa mereka tidak percaya polis mempunyai sumber yang cukup untuk melindungi mereka dan sebaliknya terpaksa mengambil alih fungsi itu sendiri," kata Tony.
"Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang, rakyat Malaysia tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar pengawal keselamatan dan tinggal dalam kawasan berpagar yang tidak selesa, yang menjadikan bandar seperti Petaling Jaya umpama "zon perang".(Mkini) | PAS, PKR tiada masalah Pulau Pinang wujud portfolio hal ehwal bukan Islam Posted: 18 Feb 2011 12:00 AM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- KUALA LUMPUR, 18 Feb — Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu sebagai satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang. Malah pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng itu dari DAP itu.
"Dalam Pakatan Rakyat kita tidak memerintah berdasarkan agama dan perkauman sempit, jadi bagi saya adalah wajar portfolio itu diwujudkan sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah-fitnah agama yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.
"Bagi saya portfolio ini adalah satu tindakan yang tidak bertentangan dengan pentadbiran negara, yang mana kita ada portfolio menjaga hal ehwal agama Islam, jadi tiada masalah untuk wujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang," kata ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Jelas beliau, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar Islam tiada halangan sekiranya Pulau Pinang mahu mewujudkan portfolio itu.
"Saya harap dengan adanya portfolio ini ia akan jadi satu jambatan untuk wujudkan suasana harmoni di Pulau Pinang yang mana kalau kita lihat Umno sentiasa gunakan agama untuk menyerang di sana.
"Dengan ada portfolio ini ia juga akan jadi jambatan antara hubungan antara agama di sana, jadi bagi PAS kita tiada halangan sekiranya ia mahu diwujudkan," katanya.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, langkah mewujudkan portfolio itu akan menjadi "jambatan" antara agama Islam dan agama lain di negeri itu.
"Kita kena lihat ia dari sudut keperluan dan perspektif yang mana ia bertujuan untuk memantau agama lain supaya lebih terkawal.
"Dengan adanya portfolio ini ia dapat memantau pergerakan agama lain dan harapan kita ia akan jadi jambatan antara agama, satu jambatan yang baik untuk wujudkan sikap yang baik," katanya.
Kelmarin, Lim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu. Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu.
Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. "Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan," kata Lim.
Lim berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata, orang bukan Islam mempunyai hak untuk mewujudkan portfolio itu sebagai langkah penyelarasan agama masing-masing.
"Saya rasa dari segi keperluan masyarakat bukan Islam mereka ada hak untuk ada penyelarasan tanpa menjejaskan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
"Saya rasa kerajaan Pulau Pinang faham akan perkara ini dan fungsi-fungsi berkaitan agama Islam malah ia juga dipertahankan di Pulau Pinang," katanya.
Jelas beliau, langkah kerajaan negeri Pulau Pinang itu akan membantu mewujudkan pemahaman antara agama Islam dan agama bukan Islam
"Untuk pengurusan ia akan beri satu platform ke arah pemantapan pemahaman antara Islam dan bukan Islam, malah ia juga akan memberi kebaikan.
"Kalau hanya sekadar penyelarasan ia tiada masalah dan yang penting ia tidak jejaskan agama Islam, jadi orang Islam tidak perlu bimbang sekiranya ia dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang.
Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum.
"Ia tiada masalah kalau sekadar mengawal urus agama-agama lain, kalau setakat penyelarasan sahaja ia tiada masalah.
"Tapi kita kena lihat apa fungsinya dulu, kalau hanya penyelarasan tiada masalah untuk melaksanakannya lagipun atas dasar apa kita nak ketepikan cadangan itu," katanya.(MInsider) | Hidung besar saya yang menipu dan membelit ! Posted: 17 Feb 2011 11:50 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- BERKATALAH Mahathir bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.
"Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas (Akhbar Sinar).
Inilah hujah Mahathir sejak dulu, kini dan mungkin selamanya hingga apabila beliau berdepan dengan Malaikat Maut nanti. Hujah `gampang' ini tidak perlu dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz, memadai saya yang jahil ini ingin menjawabnya walaupun saya tidak mempunyai hidung besar yang menipu dan membelit.
Memang tepat bahawa Tuan Guru Nik Aziz berjuang untuk memenangi Pilihanraya kerana dengan memenangi Pilihanraya saja maka PAS akan memiliki kuasa untuk melaksanakan hukum Islam. Apakah Mahathir sangka PAS akan memilih jalan lain selain dari jalan Pilihanraya untuk berkuasa? Mungkin Mahathir teringin melihat PAS mengunakan jalan `revolusi' untuk memerintah negara? Jika itu sangkaan Mahathir, beliau sudah terlalu tua sebenarnya.
Tuan Guru Nik Aziz berjuang bukan untuk Islam? Jika bukan untuk Islam, maka untuk apa? Pernahkah kita mendengar Tuan Guru Nik Aziz memekik melolong menyebut `hidup Melayu' seperti yang lazim kita dengar di PWTC itu? Di mana pun Tuan Guru Nik Aziz berucap, beliau tidak pernah melupakan Al-Quran sebagai intipati ucapannya. Bahkan, di depan masyarakat Non Muslim pun Tuan Guru mempromosi ajaran Islam ini sehinggalah DAP semakin faham tentang Islam berbanding dengan pemimpin Umno, MCA, Gerakan dan MIC.
Difitnah oleh Mahathir bahawa Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkafirkan orang Islam Umno. Secara terbuka itu bila dan di mana? Jika benar, mengapa setiap kali orang Umno masuk PAS, Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah mengarahkan agar mereka di`syahadah'kan kembali? Jika Tuan Guru Nik Aziz menyebut bahawa orang Umno itu masih Jahiliyyah, ada lojik dan betulnya. Mendokong parti sekular dan tidak mahu memahami perjuangan Islam itu tidak Jahiliyyahkah? Jika bukan Jahiliyyah, mungkin bodoh perkataan yang lebih sedap untuk didengar.
PAS hanya menyebut apa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith tentang batas-batas Kufur seperti yang terkandung juga di dalam Kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan oleh JPM sewaktu zaman Mahathir. Masakan Mahathir tidak membaca kitab yang diterbitkan dari pejabatnya sendiri. Disebut di dalamnya bagaimana seseorang itu boleh menjadi Kafir dengan beberapa sebab termasuk menghina hukum Islam termasuk hukum Hudud. Mereka yang menyebut bahawa Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di zaman ini, atau hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur dan sebagainya boleh menjadi Kafir. Mereka yang menghina Sunnah Nabi seperti beserban, berjangut kerana tiada pisau cukur juga boleh menjadi Kafir. Jika Mahathir terasa atau ada pemimpin Umno yang terasa, itu bukan salah PAS. Bukan PAS yang menjatuhkan hukum Kafir itu.
Tuan Guru Nik Aziz ada membuat kiasan bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi untuk memperjuangkan Islam hatta dengan Syaitan sekalipun. Persoalannya, adakah boleh diterima akal Syaitan akan membantu untuk perjuangan Islam? Jawapannya sudah pasti mustahil. Ini membawa maksud, betapa kuatnya cita-cita PAS untuk memperjuangkan Islam dan boleh menerima sesiapa sahaja sebagai kawan untuk menegakkan ugama yang maha suci ini. Kalau Syaitan pun PAS kata boleh terima, masakan Umno yang bukan Syaitan PAS akan tolak. Masalahnya, Umno tidak mahu bekerjasama dengan PAS untuk perjuangan Islam bahkan Umno banyak menghalang cita-cita PAS dengan berbagai cara.
PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini tidak pernah menghalang PAS dari berjuang untuk Islam. Mana mungkin PAS boleh paksa pemimpin DAP yang bukan Islam untuk terima Hukum Hudud kerana kewajipan untuk menegakkan hukum Islam terletak di tangan umat Islam sahaja. Sama juga seperti puasa, bolehkah PAS memaksa Karpal Singh atau Lim Kit Siang berpuasa? Peliknya, mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam tidak juga mahu kepada hukum Islam? Mengapa Mahathir mesti cabar PAS agar menentukan DAP terima Islam? Bukankah pelik? Mengapa Mahathir tidak mahu terima hukum Islam tetapi sebaliknya mahu agar DAP terima Islam?
Mahathir kata PAS ingin tegakkan Negara Islam ala - PAS. Cuba sebutkan apakah ciri-ciri Negara Islam ala-PAS itu jika Mahathir tahu. Jika ini lah pemikiran kepala otak Mahathir, tidak mustahil satu hari nanti Mahathir akan sebut ini sembahyang ala-Umno, ini sembahyang ala-PAS. Di dalam perkara ini, Umno pernah cuba untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu `Takfir'. Umno melakukan `warming up' terlebih dahulu dengan mengadakan debat olok-olok kununnya di antara PAS dan Umno. Akhirnya, Allah maha kuasa, dan Al-Quran adalah mukjizat yang Umno tidak boleh perdayakan. Di dalam debat olok-olok tersebut, pihak yang kununnya mewakili Umno tidak mampu membalas hujah pihak yang kununnya mewakili PAS. Debat olok-olok tersebut boleh diikuti melalui youtube.
Akhirnya, Umno tidak berani untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh PAS setelah mereka adakan debat olok-olok tersebut. Hakikatnya Umno tahu PAS sejak dahulu konsisten di dalam perjuangannya. Sebab itulah berbagai cara telah Umno lakukan untuk memecahbelahkan kesatuan di dalam PR. Paling menyakitkan hati Mahathir adalah apabila semakin ramai di kalangan Non Muslim yang berani menghampiri PAS bahkan DAP sendiri sanggup membela PAS.
Lebih pedih hati lagi Mahathir apabila Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa beliau sanggup terkorban untuk mempertahankan Islam yang terdapat di dalam Perlembagaan. Karpal Singh juga bersedia untuk berdialog dan berbincang dengan PAS berkaitan penubuhan negara Islam dan juga tentang hukum hudud. Nampaknya DAP lebih awal ingin belajar tentang Islam daripada Umno. (sumber/wfauzdin.blogspot.com) | BN Dicabar Berlaku Adil Dalam Pilihanraya Posted: 17 Feb 2011 11:25 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- PARIT BUNTAR, 18 Feb : Kerajaan BN dicabar berlaku adil dalam setiap kali PRK, berlaku adil termasuklah melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus, demikian respon YB ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika diminta memberi respon terhadap keyakinan pimpinan BN terhadap momentum sokongan rakyat pasca Kemenangan BN di PRK baru-baru ini.
Tambahnya, adil yang dimaksudkan ialah BN perlu melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRK mahupun PRU, juga tidak menggunakan undi pos, serta semua parti politik bertanding boleh ada laporan media dan boleh membuat iklan di media
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, BN juga diingatkan jangan memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis dan SB untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih BN dalam setiap kali pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Khalil menyifatkan dasar BN menegakkan prinsip rakyat didahulukan sebagai dasar pembohongan kesekian kalinya kepada rakyat Malaysia.
Dua PRK terdekat di Merlimau dan Kerdau ini telah menyaksikan pimpinan BN terlalu ghairah menunjuk kepada rakyat bahawa BN satu-satunya pembela rakyat yang sebenar dengan menggunakan slogan palsu 1Malaysia.
"Walaupun Kadar tol diturunkan seperti yang diumum Perdana Menteri, rakyat tetap menjadi golongan yang terlebih dahulu membayar tol, inikah maksud rakyat didahulukan?, PR menjanjikan tol percuma kepada rakyat jika memerintah, bandingkanlah!, mana yang terbaik," katanya ketika mengakhiri sesi temubual. | Pakatan Rakyat - Sila mainkan isu tempatan untuk tawan Merlimau Posted: 17 Feb 2011 10:30 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- Pakatan Rakyat dilihat tidak banyak memainkan isu tempatan dalam menghadapi pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang berbaki hanya dua minggu sahaja lagi. Sehingga kini belum ada isu besar berkaitan masalah tempatan dimainkan Pakatan sebagai senjata ampuh untuk menawan kawasan kubu kuat BN itu. Cuma yang disentuh soal kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia sehingga menimbulkan kekacauan. Itulah isu wajib yang sering disuarakan penceramahnya setiap kali mengalunkan kempen mereka di Merlimau. Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat, suasana di Mesir dan Tunisia amat berbeza dengan Merlimau. Di kedua-dua negara berkenaan rakyat bangkit berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap perhatian serta kebajikan mereka. Tetapi, di sini, belum pun penamaan calon pada 26 Februari ini, rakyat di DUN Merlimau yang disandang pemimpin BN awal-awal sudah mencurahkan apa yang dianggap rezeki bagi mereka. Biarpun boleh dianggap sebagai umpan untuk menarik perhatian pengundi, apa yang penting, bagi lebih 10,000 rakyat di DUN Merlimau, ia adalah pembangunan fizikal dan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap. Sejak berlangsungnya dua pilihan raya umum juga, masyarakat Merlimau dianugerahkan dua pusat pengajian tunggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun ke Merlimau baru-baru ini juga yakin tiada isu tempatan yang boleh diutarakan berikutan Merlimau dilabel sebagai kawasan pembangunan. Tiada kelompok miskin Merlimau juga menurut Muhyiddin, tiada lagi kelompok rakyat miskin. Malah, katanya, kerajaan negeri sentiasa memikirkan usaha bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Terbaru, sebanyak RM500,000 diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di seluruh DUN Merlimau sudah cukup mengembirakan rakyat Merlimau. Masyarakat nelayan juga merasakan mereka tidak terpinggir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini. Malah mereka juga bakal meraih pendapatan tambahan dengan terlaksananya perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan jeti berbumbung, sekali gus bakal menukar persepsi penduduk daripada jeti termundur di Melaka kepada jeti tercanggih di Melaka. Pakatan setakat ini hanya menegur tindakan BN yang didakwa terus menggunakan kemudahan awam untuk program kepentingan politik mereka. PAS dilaporkan kesal apabila Dewan Politeknik Merlimau digunakan untuk program suai kenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Merlimau, yang turut melibatkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Selain itu, politeknik berkenaan turut pernah digunakan untuk perasmian jentera pilihan raya BN dan perjumpaan dengan jawatankuasa Umno cawangan dan kawasan DUN itu. Bagi PAS, perkara itu tidak wajar kerana ianya jelas mengheret institusi pendidikan ke kancah politik. Rasa tidak puas hati PAS juga tidak berakhir dengan masalah tersebut. Rencah kempen Terbaru, akhbar web parti Islam itu Harakahdaily memetik sebuah blog yang mendakwa BN menggunakan nama Jabatan Pendidikan Daerah Jasin bagi menganjurkan majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau. Laporan itu juga memetik, guru yang hadir dianggap 'kuda tunggangan' setelah majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu langsung tiada agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya kain rentang majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri' sehingga ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong BN. Bagaimanapun PAS dijangka akan terus menggunakan topik apa yang didakwa mereka sebagai 'kelemahan' pentadbiran Mohd Ali. Ia termasuklah isu 'pembaziran' dengan pembinaan jam bunga di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang didakwa menelan belanja RM500,000; lapangan terbang yang didakwa bernilai ratusan juta ringgit tetapi tiada pesawat beroperasi dan projek 'Eye On Malaysia' yang terpaksa ditutup. Di samping itu juga, ada banyak lagi isu kelemahan kerajaan yang ditadbir Mohd Ali Rustam dijangka bakal menjadi rencah Pakatan untuk menyedapkan kempen di Merlimau nanti. Bagaimanapun, bagi menjawab segala persoalan, ketua menteri Melaka itu dikatakan bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pemimpin Pakatan bagi menjawab segala persoalan berkenaan. Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. (MKini) | Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakya Posted: 17 Feb 2011 09:30 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]-
SHAH ALAM 17 FEB : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini. Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.
"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.
Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.
Bernama hari ini melaporkan, Najib sebagai berkata, negara telah menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus tahun lalu walaupun dalam keadaan ekonomi yang malap.
"(Namun) persoalan yang menjadi pertikaian hari ini yang saya hendak katakan pada Najib, ia bukan hanya persoalan angka pertumbuhan. Permasalahan ekonomi yang memerlukan reformasi dan penambahbaikan, jangan pandang kepada satu-satu parameter sahaja. Itu hendak membodohkan rakyat namanya," bidas Dr Dzul.
Menurut Dr Dzul lagi, Najib terlebih dahulu harus menjawab tentang persoalan 40 peratus rakyat di negara ini yang masih 'terpenjara' dengan pendapatan kurang daripada RM1,500.
Dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, adakah soal kelangsungan hidup mereka diambilkira dalam kerangka pertumbuhan ekonomi setiap tahun negara, soal Dr Dzul.
Malah hutang isi rumah juga semakin meningkat kepada 77.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadikan jumlahnya RM577 bilion.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).
Tidak cukup dengan itu kata Dr Dzul, lebih malang apabila negara kita berada di tangga kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sekitar RM888 bilion bermula tahun 2000-2008.
Hal itu kata Dr Dzul menyebabkan dana sebesar itu tidak dapat digunakan bagi tujuan pembangunan negara.
"Kata pada Najib, janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Kerap menyebutkan tentang ETP (Program Transformasi Ekonomi), ini pada kami, hanyalah sebutan gimik media untuk menyuntik 'feel good factor' pada pilihanraya. Menurut Dr Dzul, masalah ekonomi negara harus dibendung dengan kadar segera jika tidak mahu generasi akan datang hanya mewarisi kemiskinan negara.
"Kita sebenarnya mengorbankan kekayaan anak-anak kita.
"Pembaziran atau (penggunaan wang) tidak kena kepada keutamaan, subsidi kepada rakyat ditarik, pakar-pakar ekonomi bertanyakan mengapa berlaku sedemikian sementara subsidi kepada IPP diteruskan," tambahnya lagi.(TVS) | PR Perak Mengalu-alukan Bantuan RM2000 Kerajaan Pulau Pinang Kepada Pelajar Pulang Ke Mesir Posted: 17 Feb 2011 07:54 PM PST 15 Rabiulawal 1432H Oleh : Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 18 Feb : Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan bantuan berbentuk wang sebanyak RM2000 kepada 318 pelajar negeri itu yang akan pulang ke Mesir tidak lama lagi, demikian respon dalam isu berkaitan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.
"PR negeri Perak mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan bagi meringankan belanja kos pulang ke Mesir pelajar terbabit, beban rakyat adalah agenda utama PR, tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang di atas inisiatif murni ini," katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melakukan dasar kebajikan rakyat yang wajar serta munasabah berdasarkan kemampuan kewangan negeri melalui proksi badan zakat negeri.
"Sewajarnya asnaf fisabilillah dalam zakat digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah tersebut" katanya.
Beliau yang juga ketua Penerangan Pas Perak mengalu-alukan semua negeri lain mengambil langkah yang sama khususnya bagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana rakyat berhak terhadap perkara tersebut.
"Langkah menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menuntut diluar negera sepatutnya menjadi dasar induk bagi mana-mana kerajaan negeri mahupun pusat jika berlaku perkara yang diluar jangka seperti mana situasi di Mesir baru-baru ini," katanya.
"Ibubapa dan pelajar sebetulnya tidak boleh dibebankan dengan isu tiket balik ke Mesir kerana masalah ini merupakan satu bentuk masalah yang perlu ditanggung bersama" Jelasnya
Menurutnya juga jika kerajaan sanggup berbelanja besar untuk membawa balik mereka dari mesir, kenapa pula mereka tidak boleh dibantu untuk membiayai tiket kembali ke sana.
"Kepada seluruh pelajar saya doakan semoga semuanya bersabar dan selamat sampai kembali ke Mesir dan dapat menyambung semula serta menumpukan pengajian seperti sedia kala," ujarnya ketika mengakhiri sesi temuramah. | Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat Posted: 17 Feb 2011 07:30 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - Oleh : Yunus Sauman Sabin
Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.
Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.
Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.
Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.
Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.
Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.
Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.
Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.
Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?
Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.
Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.
Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.
Saya benar-benar kecewa.
Yunus Sauman Sabin, Kuala Kubu Bharu, Selangor. | Bukan Melayu tergugat, tapi ketuanan Umno terhakis Posted: 17 Feb 2011 07:00 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - Oleh Hazayani Zakaria - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kebimbangan Umno kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis di bawah kuasa Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali sebaliknya sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyokong pakatan itu.
Sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim berkata, golongan muda tidak harus terpengaruh dengan ketakutan yang ditimbulkan itu kerana perlembagaan bukanlah perkara yang boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. "Secara realitinya, walaupun perlembagaan itu merupakan dokumen yang boleh dipinda tetapi kita semua tahu tidak cukup untuk dipinda kalau sekadar mendapat dua pertiga. "Prosesnya cukup ketat, kena dapatkan kebenaran dari Majlis Raja-Raja sebagai contoh. Jadi apa yang nak dibimbangkan? "Saya pernah sebut dalam PAS, kalau katakan DAP menang majoriti dalam Dewan Rakyat, mereka pun tak mampu buat kalau mereka kata nak pinda perlembagaan berkaitan perkara ini," kata beliau dalam forum Ketuanan Melayu: Umno Rasis atau PR Retorik di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini malam tadi. Beliau berkata, Ketuanan Melayu kembali dicanangkan Umno selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Umno BN. Kenapa bising-bising (mengenai ketuanan Melayu) sekarang ini? Timbul hak Melayu makin terhakis, Raja Melayu semakin dipinggirkan? "Sebabnya senang sahaja. Bukan sebab hak orang Melayu digugat tapi yang menjadi masalah besar ialah hilangnya ketuanan Umno," katanya. Menurutnya, tanpa melaungkan Ketuanan Melayu, PAS konsisten menjaga perkara yang termaktub dalam perlembagaan ini malah menjadikan perkara tersebut sebagai agenda dalam Pakatan Rakyat. "Sikap PAS sejak puluhan tahun dulu sehingga sekarang, kita konsisten mempertahankan keistimewaan orang Melayu yang wujud dalam perlembagaan. "Sebab itu PAS sanggup bersama dalam Pakatan Rakyat, kita tidak kompromi soal tersebut dan perjanjian dibuat bersama Pakatan Rakyat sebelum konvensyen pertama Pakatan Rakyat pada 2009," katanya. Sehubungan itu, golongan muda tegasnya tidak perlu terpengaruh dengan Ketuanan Melayu yang menjadi agenda politik sempit Umno. "Momokan ini bagi orang muda yang semakin celik maklumat, kita akan faham bahawa segala kekalutan yang timbul ini semata-mata bersifat politik," katanya. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Ketuanan Melayu hanya mementingkan kuasa politik dominan Melayu tanpa menyedari bahawa kekuatan Melayu yang sebenar ialah jati diri. "Kuasa politik dominan orang Melayu dikatakan perlu untuk kononnya menjamin kedudukan orang Melayu. "Kalau tak ada kuasa politik, hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas. Sebab itu Mac 2008 merupakan titik tolak yang sangat besar kerana dilihat berlaku hakisan dominan politik," katanya. Tambahnya, Melayu terus dilemahkan dengan kononnya terus memerlukan 'tongkat' dari kerajaan untuk maju dalam ekonomi selain diajar untuk mengambil hak bangsa lain jika ingin maju dalam ekonomi. "Teras yang terus dipasakkan dalam pemikiran Melayu ialah orang Melayu terus perlukan tongkat untuk maju dalam ekonomi kerana tanpa bantuan berterusan dari kerajaan Melayu akan tenggelam. "Untuk orang Melayu mendapat kedudukan dalam bidang ekonomi, kita perlu ambil bahagian orang lain. Itu yang menjadi teras Ketuanan Melayu yang perlu diteliti kembali," katanya. Ujarnya, perbincangan mengenai Melayu seringkali disensitifkan tanpa merujuk sejarah secara keseluruhan menyebabkan timbulnya sifat tidak senang Melayu terhadap kaum lain. "Perbahasan tentang Melayu ini terlalu emosi dan diherotkan perbincangannya. Contohnya bila kita bercakap tentang ekonomi, kita tidak adil apabila menidakkan peranan kaum lain dalam membina ekonomi negara. "Kalau baca sejarah negeri Johor, berapa ramai yang tahu bahawa dalam tahun 1850-an dan 1860-an lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di sana. "Kita kena baca sejarah secara keseluruhan, jangan tinggalkan idea tokoh pimpinan dahulu yang banyak beri kesan kepada negara. mereka bukan Umno, bukan Perkasa tapi orang seperti Zaaba, mereka bawa kesedaran kepada rakyat bahawa orang Melayu tertekan dan dimangsakan golongan elit pemerintah dari dulu lagi," katanya. Turut menjadi panel pada forum yang dihadiri majoriti golongan muda itu ialah Naib Presiden Perkasa, Dr. Asyraf Wajdi dan blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor. (Hdaily) | Anwar - Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya Posted: 17 Feb 2011 06:40 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.
Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.
"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.
"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.
Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.
Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.
Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.
Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.
"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.
Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.
"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.(HDaily) | PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam Posted: 17 Feb 2011 06:20 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb – Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
"Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini.
"Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
"Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan," katanya.
Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.
Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam.
"Banyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam.
"Jadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik," katanya.
Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan.
"Politik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam.
"Saya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan yang diambil terhadap beliau," katanya.
Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat.
"Tapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat.
"Kalau ada sudah tentu beliau ditangkap," katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam.
"Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.
"Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.
"Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham," katanya.
Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.(MI) | Kempen BN di Merlimau guna wanita ? Posted: 17 Feb 2011 06:00 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - BN guna strategi lawat rumah raih sokongan pengundi Merlimau. Strategi Terdesak BN di Merlimau. Baca dibawah.
JASIN - Barisan Nasional akan menggunakan strategi melawat rumah ke rumah untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau pada 6 Mac ini. Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, strategi itu perlu digunakan oleh pemimpin yang hadir membantu kempen BN pada pilihan raya kecil itu. "Saya syorkan pemimpin yang datang sini, malam boleh ceramah tetapi petang-petang datang melawat rumah ke rumah," katanya kepada pemberita pada Majlis Dialog BN Bersama Pesara Kerajaan di Kampung Pulai, Serkam di sini, hari ini. Ahmad berkata, strategi itu juga berkesan untuk menarik sokongan pengundi "atas pagar". Mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam bahawa parti itu bertanding di Merlimau kali ini hanya untuk mengurangkan majoriti undi dan sebagai latihan, Ahmad berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas sudah mengaku tidak boleh menang. "Kalau mereka sudah rasa tidak boleh menang, saya ingin merayu kepada penduduk Merlimau jangan undi Pas. Untuk apa kita bagi undi pada orang yang tidak boleh menang, bukankah kita bazirkan undi kita," katanya. Kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Febuari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.(SH) | ' Pas Ganti Umno ' yang terbaik untuk Malaysia - Dr Balachandran Posted: 17 Feb 2011 05:30 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD]- KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.
Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.
"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,
"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,
"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.
Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.
"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,
"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.
Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud. Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.
"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,
"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO | Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN Posted: 17 Feb 2011 04:45 PM PST 15 Rabiulawal 1432H [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.
PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.
"Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. | Jangan bebankan rakyat. Posted: 17 Feb 2011 02:44 PM PST 15 Rabiul Awal 1432H. PAS Miri SURAT TERBUKA KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MIRI 17 Februari 2011 - Mutakhir ini, bandaraya Miri sering dikunjungi dengan lawatan rasmi menteri-menteri Kabinet dan baru-baru ini Perdana Menteri hadir ke Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang merangkap Menteri Pelajaran hari ini akan ke pedalaman daerah Limbang menghadiri majlis pengiktirafan salah sebuah sekolah cemerlang, SK Ulu Lubai (syabas dan tahniah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort II). Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibubapa Memang diakui sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak memperoleh yang terbaik terutama dalam pendidikan. Ibubapa terutama yang mempunyai ramai anak perlu bijak berbelanja agar mereka tidak dibebani kos perbelanjaan persekolahan anak. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa beban dipikul ibubapa oleh kos persekolahan anak-anak disebabkan ibubapa tidak bijak membuat perancangan. Tetapi dasar kerajaan terhadap pendidikan negara juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan lahirnya modal insan berilmu tinggi yang bakal menerajui kepimpinan negara. Dasar inilah yang sepatutnya membantu ibubapa di negara ini dalam menanggung beban pendidikan anak-anak mereka. Saban tahun rakyat disajikan dengan bajet dan peruntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) khususnya sumbangan tenaga pengajar iaitu guru dengan imbuhan demi imbuhan baik yang bertugas di kawasan bandar atau pedalaman. Ianya tidak dinafikan dan guru berhak mendapatkannya. Namun berjuta dan berbilion juga peruntukkan serta perbelanjaan oleh kerajaan samaada dalam soal bantuan makanan dan sokongan lain seperti pakaian dan buku teks, tetapi setiap kali sesi persekolahan bermula, ibubapa masih juga dibebankan dengan bayaran tambahan dari pihak sekolah. Mansuh Bayaran Tambahan Setiap kali sesi persekolahan bermula, kedengaran rintihan ibubapa mengenai bayaran tambahan yang dikenakan pihak sekolah samada ianya telah ditetapkan dalam mesyuarat PIBG sesebuah sekolah atau adakah mengikut garis panduan perkeliling Kementerian Pelajaran atau tidak, ternyata kos bayaran tambahan ini membebankan ibubapa. Ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan siri kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan asas, ditambah lagi dengan yuran tambahan yang tinggi dikenakan pada awal sesi persekolahan anak-anak ada kemungkinan ibubapa yang berpendapatan rendah khususnya di pedalaman Sarawak mempunyai masalah kewangan dan tidak mustahil ada yang menanggung hutang. Secara puratanya, ibubapa akan menyediakan perbelanjaan untuk seorang anak berjumlah RM200.00 ke RM300.00 bagi menyediakan pakaian sekolah, daftar yuran, buku-buku dan peralatan lain. Setelah masuk beberapa minggu persekolahan, ibubapa menerima lagi surat menuntut pembayaran tambahan yang umum faham sesebuah sekolah perlu sedikit sumbangan ibubapa untuk menambahbaik lagi pembelajaran di sekolah. Apa yang dikhuatiri ialah bayaran-bayaran tambahan tersebut tidak diselaraskan dan bergantung kepada sesebuah sekolah untuk mengenakan jumlah bayaran. Bagi mereka yang berkemampuan, ia bukan satu masalah tetapi bagaimana pula dengan ibubapa keluarga (anak) yang ramai, berpendapatan rendah, tiada pekerjaan tetap, perbelanjaan isi rumah yang tinggi? Rakyat menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin MANSUH SEMUA BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH | Permohonan sikaya dan simiskin Posted: 17 Feb 2011 02:39 PM PST 15 Rabiul Awal 1432H. Tanbihul Ghafilin Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t. | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 18 Feb 2011 01:03 AM PST PR Pulau Pinang Prihatin : RM 2000 Bantuan Kepada Pelajar Pulau Pinang Di Mesir Posted: 17 Feb 2011 07:10 AM PST GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman di sini. Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri [...] | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 17 Feb 2011 11:19 PM PST JOM PAKAT P HIMPUNAN 30K (SABTU 19HB FEB 2011) Posted: 17 Feb 2011 04:49 PM PST Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu menyeru semua pemuda yang berada di kawasan kubang Pasu untuk menyertai Himpunan Pemuda PAS 30K di Kompleks PAS Batu 9, Jln Kota Sarang Semut pada 19/2/11 (Sabtu)
Pendaftaran : 8 -9 pagi (RM10 seorang termasuk baju himpunan) Peserta Kubang Pasu sila hubungi Sdr Zaki untuk pendaftaran : 0195704855 | |