Selasa, 4 Oktober 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Kesejahteraan Untuk Semua – Ucapan Ketua Pembangkang Belanjawan PR 2012

Posted: 04 Oct 2011 02:01 AM PDT

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK



11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.

18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?

20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak .

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.

23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% .

25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan .

27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.

34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;

f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba".

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.

SAIFUL PENYOKONG KUAT BN

Posted: 04 Oct 2011 12:34 AM PDT

Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.

Mohd Najwan Halimi, saksi yang tampil mendedahkan watak sebenar Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini
Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik," katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

BUANG SIFAT MANJA,AYUH JADI PEJUANG

Posted: 04 Oct 2011 12:23 AM PDT

BERSYUKURLAH kita dengan limpahan nikmat kemudahan pada zaman yang serba canggih dan moden ini. Jika kita tidak bersyukur jadilah kita orang yang kufur dan nikmat itu akan menjadi bala, malapetaka serta azab.

Raya sudah, merdeka pun sudah cuma orang yang meraikannya perlu bebas dari cengkaman penjajahan nafsu dan beraya pula setelah berpuasa dengan jiwa baru serta peribadi yang lebih berdisip­lin hasil tarbiah Ramadan.

Hari raya adalah lambang perjuangan. Begitu juga dengan kemerdekaan yang kita miliki adalah hasil perjuangan.

Hidup ini perlu berjuang, berani hidup berani berjuang, berani berkorban, kalau tak berani berkorban jangan berjuang dan kalau tak berani berjuang berhentilah hidup.

Kali ini penulis mahu mengajak remaja untuk menjadi pejuang bukannya menjadi terlalu manja. Hidup bukan hanya menunggu tetapi memburu, hidup untuk memerhati bukan hanya ingin diperhati, hidup bukan menunggu bantuan tetapi kita yang membantu.

Hari ini remaja mula nampak terlalu manja. Semuanya perlu disediakan, disogok dan dihidangkan di depan mata. Mereka tidak reti hidup susah dan jika diuji dengan kesu­sahan mereka mula merungut dan bising.

Kalau panas sikit bising, kalau busuk sikit bising, belajar banyak sikit mula rimas. Mereka ingin semuanya 'instant' tanpa perlu bersusah payah.

Bila bekerja hendak cepat naik, lambat sikit kenaikan terus tukar kerja, kalau kerja berat sikit cari kerja lain, kena tegur cepat melenting dan terus berhenti kerja.

Anak remaja pula pantang dimarah. Apabila ditegur mudah benar keluar rumah, cikgu marah sikit sudah tak nampak muka di sekolah, ada yang ponteng atau tukar sekolah.

Yang buat perniagaan nak cepat kaya hingga tak kira pula cara dan proses mendapatkannya. Kena pujuk sikit sudah cepat lupa walaupun menjadi alat kepada sindiket antarabangsa gara-gara hendak senang dan seronok, walaupun sudah banyak kali di laporkan berita di akhbar.

Artis dan penyanyi mahu cepat popular dan terkenal kerana masing-masing sudah meletakkan sasaran tetapi yang salahnya sanggup melakukan apa saja bukan kerana bakat atau dan kebolehan yang dimilikinya.

Orang politik pun terkena juga kerana mahu cepat masuk 'ranking'. Cara lama ada tapi lambat. Sebenarnya bukan semua yang terbabit tetapi ia sudah nampak parah.

Nak salahkan mereka 100 peratus memang tidak boleh dan tak patutlah. Mereka memang terdidik dalam budaya cepat atau 'instant' berkenaan.

Lihatlah sekarang, hendak kirim berita tidak perlu ke pejabat pos lagi kerana sudah cukup dengan menghantar sms atau e-mail. Jumpa kawan sekarang hanya membuka laman sosial facebook, hendak tahu berita dunia tidak perlu ke kedai membeli akhbar kerana semuanya hanya di hujung jari.

Malah membeli-belah juga ada yang tidak perlu bersusah payah pergi pusat membeli-belah kerana semuanya menerusi pembelian secara online atau kad kredit barang boleh sampai terus ke pintu rumah.

Segala kecanggihan yang sedang kita nikmati hasil perahan tenaga dan daya juang berfikir yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

Kita tahu semua ini bukan lahir sekelip mata seperti Aladdin dengan lampu ajaibnya. Kita tak tahu mungkin beribu kali mereka gagal ketika proses menterjemah impian di hati dan fikiran kepada realiti teknologi.


Sebagai pengguna kita hanya mengguna benda mati ini untuk membantu kita hidup tetapi mereka yang hidup hatinya berfikir bagaimana nak menghidupkan fikiran dan kreativiti setelah menggunakan benda mati ini.

Sedarlah bahawa kejayaan dan pencapaian itu ada masa dan 'edahnya'. Hendak jadi doktor pakar ada edahnya, nak jadi akauntan ada tempoh masanya, nak jadi jurutera ada perlu masanya, nak jadi seorang ulama dan pendakwah apatah lagi sangat memerlukan masa dan ketekunan ilmu serta kefahaman.

Kemanjaan memang naluri percintaan dan kasih sayang tetapi jiwa pejuang jangan tidak boleh sangat dimanjakan sebab orang yang manja tidak boleh di ajak berjuang.



Kepada orang tua, didiklah generasi kita mengenai proses untuk mendapatkan sesuatu dan dari situ barulah mereka sedar dan faham sejarah terjadinya sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w melalui proses amat getir sebelum mencipta kecemerlangan.


Kalau kita jumpa orang-orang hebat mereka tidak bercerita mengenai harta, pangkat, sanjungan yang dimiliki tetapi mereka berkisar mengenai susah payah mereka mendaki ke puncak.


Orang manja hanya ingin diperhati bukannya memberi perhatian.

Yang manja-manja hanya mahu dihargai bukannya menghargai, mudah memberi kritikan tetapi tidak ada aksi. Buangkan sifat manja dan buktikan kita bersiap sedia bekerja untuk agama bangsa dan negara.

kedahlanie

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 04 Oct 2011 03:41 PM PDT

Buah Diperam dengan "Carbide" TIDAK Selamat Dimakan

Posted: 04 Oct 2011 12:32 PM PDT

Saya petik:

[SM Mohamed Idris] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat.

Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

* Penulis ialah Presiden CAP.

Mengapa Berita Kosmo Tonjol "Ustazah Kelantan" Bukan "Ustazah" Sahaja?

Posted: 04 Oct 2011 07:09 AM PDT

Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Cuma mahu mempersoal motif Kosmo menonjolkan perkataan "Kelantan" dalam berita di atas. Mengapa? Walhal bunyi tajuknya pelik apabila dimasukkan perkataan "Kelantan".

Tidak pernah kita baca tajuk berita: "Cikgu Johor Belasah Murid" atau "Ustazah Negeri Sembilan Mendera Muridnya". Selain janggal, bunyinya memang pelik!

Tajuk "Lengan Murid Lebam Dicubit Ustazah" sudah memadai dan tepat berbanding dengan tajuk yang digunakan di atas. Lagipun kejadian ini berlaku di Kelantan, bukannya di tempat lain. Jika di tempat lain pun, walaupun tertuduh berasal dari Kelantan, tindakan meletakkan perkataan "Kelantan" itu tetap tidak kena!

Apa motif Kosmo? Politik? -DCM

Cincin AS24 Juta "Melancong" ke Malaysia, Tidak Dibeli oleh Sesiapa Dakwa Nazri Aziz, Bagaimana dengan Maklumat Kastam yang Diperoleh CheguBard?

Posted: 04 Oct 2011 06:10 AM PDT


Persoalan menarik tentang cincin RM/AS24 juta.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri PM Rosmah Mansor benar-benar wujud, lapor Malaysia Kini


Walau bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Adakah cincin itu melancong ke Malaysia?


"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.


Dalam soalannya, Lim meminta PM menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (CheguBard)  Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod Kastam. CheguBard yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan di dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu. Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.

Sementara itu, CheguBard menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berhubung perkara itu.

"Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kanan).

Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, CheguBard berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.
 

CheguBard  berhujah, barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 13 Julai lalu, yang membawa siasatan terhadap seorang pegawai syarikat kargo bernama A Krishnan, namun siasatan terhenti begitu sahaja.

"Tindakan SPRM lepaskan laporan ini cukup untuk buktikan dokumen saya betul dan sah," kata Chegu Bard.

Chegu Bard berkata, bekas anggota Parti Keadilan Nasional, Anuar Shaari yang kini menyertai Umno, sebelum ini turut mengakui berlian itu dibeli oleh besan kepada Najib dan Rosmah di Kazakhstan, Maira Nazarbayev.

"Bagaimana pula dengan Anuar Shaari yang muncul dan kata dalam media yang cincin itu dibawa masuk oleh Maira (besan) Rosmah yang gambar (menunjukkan) seolah itu hadiah," katanya yang dipetik oleh Keadilan Daily.


Di balik kontroversi cincin mewah itu, CheguBard hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

CheguBard juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum. -DCM

P/s: Pusing selagi boleh!

Nodai "Teman Wanita" 13 Tahun, Remaja 16 Tahun Dibelasah Hingga "Lembik"

Posted: 04 Oct 2011 05:08 AM PDT

Saya petik:
[HM] Akibat menjalin hubungan terlarang dan tergamak menodai rakan perempuannya, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, dekat sini, menerima padah apabila dibelasah hingga parah oleh bapa mangsa yang menemuinya di dalam bilik tidur anak gadisnya itu.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam itu, pelajar berusia 16 tahun itu cedera hampir di seluruh badan terutama di perut, muka, leher selain kaki dan tangan lebam serta bengkak akibat dibelasah termasuk menggunakan kayu.

Difahamkan, pelajar itu kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan dialaminya.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.

Katanya, kemuncaknya, pelajar terbabit memperkosa kekasihnya di belakang tangga rumah mangsa di sebuah taman di Sungai Udang pertengahan September lalu, kira-kira jam 2 pagi.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit kerap menyelinap ke dalam rumah kekasihnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Begitupun katanya, bapa gadis itu berusia 40-an akhirnya menghidu perbuatan terkutuk itu.

"Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

"Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.

"Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah," katanya.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

P/s: Lahanat! Geram apabila membaca berita ini! Sayang budak perempuan 13 tahun sudah hilang maruah diri! Sila ambil ikhtibar!

Isu Robengah: Jurublog SabahKini Mohon Maaf kepada RAIS

Posted: 04 Oct 2011 04:23 AM PDT

Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon maaf kepada beliau secara terbuka pada Selasa berhubung artikel yang memfitnah menteri itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dibaca di Mahkamah Tinggi oleh peguam K.Shanmuga yang mewakili penulis blog berkenaan, Ahmad Mutalib Mohamed Daud, berkata Ahmad Mutalib sesal menerbitkan artikel berkenaan dan secara ikhlasnya memohon maaf kepada Rais.

Katanya Ahmad Mutalib telah memberi pengakuan bahawa beliau tidak akan mengulangi dakwaan serupa atau sebarang tuduhan terhadap Rais.

Sebelum itu, peguam Shahabudin Sheikh Alaudin yang mewakili Rais, berkata bahawa Ahmad Mutalib mengakui yang tuduhan yang dibuatnya adalah tidak berasas.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah kemudian membatalkan saman itu tanpamengeluarkan perintah berhubung kos.

Pada 10 Februari lepas, Rais memfailkan saman berkenaan setelah empat artikelyang disifatkannya sebagai fitnah dimuat naik oleh Ahmad Mutalib dalam laman webnya, Sabahkini. 

Dalam tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel itu berniat jahat dan berunsur fitnah serta menjejaskan reputasinya di peringkat negara danantarabangsa sehingga menyebabkan beliau merasa malu dan tertekan.

P/s: Mengapa berita Bernama ini tidak menjelaskan secara lanjut tentang artikel dan isu yang menyebabkan SabahKini disaman oleh Rais?

RM9 Juta untuk Sewa Pesawat, Salah Satu Tugasnya Membawa Najib Bercuti di Perth Australia

Posted: 03 Oct 2011 11:55 PM PDT

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

P/s: Tahniah rakyat Malaysia! Kita sama-sama membiayai PM kita pergi bercuti!

[Wajib Baca] Drama Liwat II: Identiti Saksi Misteri Terjawab, PENDEDAHAN Mengejutkan!!!

Posted: 03 Oct 2011 09:48 PM PDT

Saya petik:

[MK] KUALA LUMPUR: Kredibiliti pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan fitnah II , musnah apabila pihak peguam menampilkan saksi terbaru mereka.
 

Saksi berkenaan ialah Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan rakan sekampus kepada Saiful Bukhari.
 

Najwan, yang kini bekerja sebagai pembantu khas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrhaim, merupakan saksi misteri yang dinamakan oleh peguam semalam.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kimia Kuala Lumpur, Lim Kong Boon memberi keterangan sebagai saksi.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini:

9.48pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari Jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.

Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. 

Menjawab soalan peguam Ram karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah  Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.

10.14 pagi: Peguam Ram Karpal Singh bertanya samada Bahagian Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.
 

Sankara meminta mahkamah berehat sementara menunggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden  bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.

 

11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.

11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.

11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di asrama berhampirannya di Uniten.
"Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti," kata Najwan.

11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman
 

"Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik," katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.

11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk BN pada 2008.
 

11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.
"Dia (Saiful) membenci Anwar" katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
 

"Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm," ujarnya.
 

11.37 pagi: Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri.
Saksi berkenaan bersetuju.
 

11.39 pagi: Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi.
 

11.40 pagi: Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful.
 

'Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar," ujarnya.
 

11.45 pagi: Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful?
Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN.
 

11.47 pagi: Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau.
 

 11.48 pagi: mahkamah bersambung pada khamis. 

P/s: Habis terburai tembelang konspirator!

Isteri Curang, Mengandung Anak Luar Nikah, Bunuh Diri Selepas Kekasih Gelap Enggan Bertanggungjawab

Posted: 03 Oct 2011 08:08 PM PDT

Saya petik:

[HM] SERIAN: Seorang ibu kepada tiga anak berusia antara 18 bulan dan 10 tahun, dikatakan sempat melambai kepada rakan sebelum nekad terjun ke dalam sungai hanya beberapa minit selepas menceritakan masalah peribadi dihadapi dalam kejadian di Sungai Serin, dekat Kampung Panchor Sungai Bari, petang kelmarin.

Sambil menitiskan air mata, mangsa, Winni Friday, 30, memanjat sebatang pokok di tebing sungai dan melambai ke arah rakannya berusia 15 tahun sebelum terjun, kira-kira jam 3.30 petang.


Suri rumah berkenaan yang sudah berumah tangga dipercayai bertindak demikian akibat kecewa selepas teman lelaki enggan bertanggungjawab terhadap anak luar nikah yang dikandung hasil hubungan terlarang.

Seorang saksi berusia lingkungan 50-an yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa mengajak seorang rakan wanita ke sebuah kebun berhampiran sungai berkenaan dan menceritakan masalah peribadi dihadapi.

"Mangsa duduk di tebing sungai sambil menceritakan hubungan sulitnya dengan seorang lelaki sehingga mengandung anak luar nikah kepada remaja berkenaan.


"Bagaimanapun, mangsa memberitahu kekasihnya enggan bertanggungjawab walaupun sudah acap kali didesak menyebabkan wanita terbabit kecewa sebelum mengambil tindakan nekad itu," katanya.


Walaupun dipujuk rakan, mangsa dikatakan nekad mengugut untuk menarik rakannya sama ke dalam sungai itu jika cuba mengulangi pujukan itu.

"Mangsa memanjat sebatang pokok di tebing sungai berkenaan sebelum terjun dan rakannya yang panik bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung," katanya.


Katanya, mangsa turut meninggalkan nota terakhir yang menjelaskan tindakannya termasuk hubungan sulit dengan seorang lelaki tidak dikenali selain telefon bimbit di tepi pokok terbabit.

Difahamkan, suaminya bekerja sebagai buruh di Johor.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, Hashim Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, kira-kira jam 4 petang kelmarin.


"Hari ini (semalam) adalah hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa dan buat masa ini, kami masih belum menemuinya," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa dipercayai membunuh diri akibat tidak tahan masalah dihadapi.


Beliau berkata, polis turut menemui nota yang dipercayai menceritakan masalah dihadapi.

P/s: Aduhai! Sudahlah berdosa dengan Allah, curang kepada suami, sanggup menambah dosa dengan membunuh diri! Sila jadikan pengajaran!

Remaja 19 Tahun TERGAMAK MENCAMPAK Bayi Baru Lahir dari Tingkat 2 Flat

Posted: 03 Oct 2011 07:38 PM PDT

Saya petik:

[HM] GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.

[Kosmo] SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

"Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

"Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

P/s: Syaitan betina!

ALHUSSEYN

Posted: 04 Oct 2011 03:32 PM PDT

Hari ini Zambry, dan rakan-rakan lanunnya tidak senang duduk oleh kerana pengakuan yang dibuat oleh Tun Zaki Azmi dalam beberapa hari yang baru lepas.

Zaki dalam temuramah dengan Malaysiakini di sini , beliau mengaku tidak ada campur tangan dalam kes krisis perlembagaan Negeri Perak yang melibatkan parti politik, antara Pakatan Rakyat dan Umno/BN.

Dalam kes tuntutan Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin terhadap BN Zambry Abd Kadir bagi menentukan Menteri Besar yang sah, Zaki menegaskan beliau tidak ada apa-apa peranan dalam kes tersebut , tetapi timbalannya - Presiden Mahkamah Rayuan , Alauddin Md Sheriff yang telah menentukan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, Zaki telah tidak menjalankan tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara dalam menentukan hakim-hakim untuk mana-mana kes di mahkamah Persekutuan.Walhal, pada tahun 1989, mahkamah Supreme /Agong pernah memutuskan bahawasanya yang boleh memutuskan hakim untuk mana-mana kes di mahkamah Persekutuan mestilah Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara mesti memutuskan hakim-hakim untuk membicara kes-kes yang besar yang sampai ke Mahkamah Persekutuan, melainkan jika beliau tiada dalam negeri ketika itu atau sedang sakit.

Apabila Zaki selaku Ketua Hakim Negara , gagal berperanan untuk melantik hakim dalam perbicaraan tuntutan Menteri Besar Perak yang sah, ini bermakna persidangan mahkamah tersebut tidak sah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang meletakan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah adalah tidak sah sebenarnya.

Dipercayai, Pakatan Rakyat akan mengkaji kes tersebut untuk di bicarakan semula di mahkamah.Inilah yang membuatkan Zambry sentiasa gelisah dan meracau di tengah-tengah malam…..

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Guru didakwa dipaksa hadiri seminar 'belasah' Pakatan

Posted: 04 Oct 2011 07:39 AM PDT


Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

"Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang," kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini.

NONE"Semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong Umno. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi Umno menghadapi pilihanraya umum."

Nasrudin juga mendakwa bahawa guru-guru dan pengetua khususnya diminta berkempen untuk Umno dan dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan mereka berjalan lancar.

Nasrudin juga menghasilkan bukti-bukti fotografi bagi menyokong dakwaannya.

"(Penganjur) seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam fail bercetak (dari) Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Dewan Pemuda PAS melihat tindakan ini bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan (kerana) kementerian tersebut bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan Umno yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik," katanya.

Sehubungan itu, menurut Nasrudin, memberi amaran kepada Umno untuk berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kempen politik pada seminar seterusnya yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, pada Khamis ini.

Menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "tidak profesional", beliau mahu penyalahgunaan kuasa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat dihentikan segera dan katanya, kerajaan juga perlu memohon maaf kepada rakyat dan pendidik.

Meskipun pilihan raya umum ke-13 boleh dilanjutkan 2013 tetapi parti-parti politik telah aktif berkempen berikutan spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan sewal hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh satu sata lain menyalahgunakan jentera kerajaan persekutuan dan negeri bagi kepentingan politik masing-masing.

ADUN Johol meninggal dunia

Posted: 04 Oct 2011 07:27 AM PDT

ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.
Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.
NONERoslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengikut