Selasa, 4 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Indonesia sudah ada Kereta Kebal Terbang

Posted: 03 Oct 2011 09:08 PM PDT



Waduh, waduh, waduh, mana mungkin manusia menghasilkan kereta kebal terbang atau tank terbang, orang Indonesia pula tu yang menggunakannya? Bolehkah helikopter Nuri TUDM Malaysia atau helikopter A109 PUTD menyaingi kehebatan Tank Terbang Indonesia ini.

Indonesia juga akan menghasilkan jet pejuang generasi kelima meraka sendiri, berita lanjut di http://amkns.blogspot.com/2011/08/orang-melayu-dah-boleh-buat-kapal-selam.html

Ada tank terbang untuk HUT ke-66 TNI
Senin, 3 Oktober 2011





Jakarta (ANTARA News) - Satu helikopter berkelir hijau gelap diparkir di halaman rumput Markas Besar TNI, Cilangkap, sebagai komponen upacara hari jadi ke-66 TNI pada 5 Oktober nanti. Dua kanon 30 milimeter dan dua selongsong besar peluncur roket menambah sangar penampilan.

Helikopter itu adalah Mil Mi-35P adalah helikopter serang buatan Rusia dan merupakan turunan dari helikopter militer sebelumnya yaitu Mi-24. Dia mengombinasikan kemampuan tembak sekaligus mengangkut tentara, dan julukannya adalah tank terbang.

Ada beberapa versi Mi-35, salah satunya adalah Mi-35P yang dimiliki TNI Angkatan Darat sejak Oktober 2010. Terdapat lima unit Mi-35P yang bermarkas di Skuadron 31/Serbu Pusat Penerbangan TNI-AD.

http://www.antaranews.com/berita/278152/ada-tank-terbang-untuk-hut-ke-66-tni

Adakah TNB merompak rakyat melalui bacaan meter?

Posted: 03 Oct 2011 09:07 PM PDT



SEBAGAI pengguna elektrik di kawasan Shah Alam, saya terpanggil untuk menulis mengenai bil elektrik yang dibaca empat bulan sekali selepas terbaca rungutan sama pada berita 3 Oktober, 2011.

Saya menerima bil yang dibaca pada September, 2011 yang lalu dan perlu membayar RM880 untuk bil semasa dan tunggakan daripada April, 2011.

Masalahnya ialah pada Mei, Jun dan Julai, bil yang diberi hanyalah anggaran dan hanya pada hujung Ogos, bacaan dibuat pada meter.

Yang menjadi musykil saya ialah dari April hingga Ogos, bacaan unit akan menjadi tinggi dan kadar yang digunakan juga menjadi tinggi kerana bagi setiap beberapa ratus unit, harga akan meningkat.

Saya cuba bertanya di kaunter dan jawapan yang diberikan bacaan adalah betul.

Saya bukan bertanyakan mengenai bacaan, cuma bila unit penggunaan tinggi, kadar juga bertambah. Setiap bulan sebelumnya, anggaran hanya rendah dan selepas empat bulan, jumlah sudah mencapai RM800.

Saya kurang pasti barang kali ini strategi perniagaan Tenaga Nasional Bhd.

PENGGUNA KELIRU,
Shah Alam.

Berita Harian 4 Okt 2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CarabacaanTNBbebankanpengguna/Article

Sila baca artikel Bil elektrik naik 40 kali ganda, TNB Perompak Rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/09/bil-elektrik-naik-40-kali-ganda-tnb.html

Jangan lupa baca artikel sebelum ini , Gaji CEO TNB RM1.8 juta, ketika rakyat tanggung beban di http://amkns.blogspot.com/2011/06/gaji-ceo-tnb-rm18-juta-ketika-rakyat.html

Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu

Posted: 03 Oct 2011 09:07 PM PDT

Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu
October 3rd, 2011

Saya adalah salah seorang pembeli rumah SPNB di Lahad Datu,Sabah (Bandar Sri Gemilang).Menurut perjanjian sewaktu pembelian,rumah tersebut akan diserah kunci pada 2010.

Tetapi sampai sekarang bayang kunci pun tidak kelihatan.Yang lebih menyedihkan lagi perumahan tersebut sudah terbengkalai(tidak ada kerja-kerja peminaan dijalankan).

Persoalannya sekarang dimana janji-janji Barisan Nasional untuk membantu rakyat Sabah?.Mana rumah mampu milik yang dijanjikan SPNB?.Adakah perumahan Bandar Sri Gemilang ini dibuat hanya untuk memancing undi?.Takan bila pilihanraya sudah dekat baru pembinaan dijalankan semula.

Kalau pembeli bertanya pihak SPNB Kota Kinabalu mengenai status perumahan tersebut,jawapannya senang saja PROJEK BERJALAN MENGIKUT JADUAL. Jadual apa yang diikut sekarang?.

Kami yang hari-hari lalu jalan tu untuk pergi kerja.Kami yang nampak projek tu berjalan atau tidak.Takan mahu tunggu wartawan TV3 datang baru nak kelamkabut.

Kalau boleh kami minta la bos-bos besar SPNB ni turun padang.Lihat-lihat la projek diSabah ni.Jangan nak duduk dipejabat saja.

Kalau kita lihat dalam tv bukan main lagi rancak projek SPNB ni.sana-sini rumah dibuat.Sana-sini bagi kunci rumah.Tapi hakikatnya diLahad Datu ni pembinaanya terbengkalai.

Kita bukannya nak marah,tapi kita menagih apa yang sudah dijanjikan untuk rakyat.kesudahannya sekarang yang kaya tambah kaya,yang miskin tambah miskin.

KECEWA DENGAN PROJEK SPNB.

Assalammualaikum.

By: malik
http://www.aduanrakyat.com.my/apa-sudah-jadi-perumahan-spnb-di-lahad-datu

Tiada ulasan:

Pengikut