Sabtu, 14 Disember 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Pusat: Satu Penilaian Awal

Posted: 14 Dec 2013 06:24 PM PST

Oleh: Lahirul Latigu

Salam Borneo,

Akhirnya suara Sabah didengari..!

Mungkin terlewat sikit komen saya, tapi saya rasakan komen ini perlu. Amat perlu untuk memberikan "direction" atau arahpandu. Dalam pada Dewan Pemuda PAS Malaysia masih belum memuktamadkan jawatankuasa mereka, mungkin boleh juga mengambil inti bicara ini.

Apabila seorang wakil Sabah dilantik, bersama seorang wakil Sarawak dalam Mesyuarat pertama PAS Pasca Muktamar ke-59, ini satu kejayaan. Kejayaan dari tekanan yang kami usahakan dalam Muktamar. Saya ingat, kami melalui PAS Kawasan Beaufort yang saya sebagai YDPnya cuba dengan usul "gila-gila" iaitu Naib Presiden ke-4 untuk Sabah dan Sarawak. Ideanya, kalau Naib Presiden tidak lekat paling tidak setiap negeri ini mendapat wakil AJK masing-masing. Apatahlagi sewaktu gelanggang muktamar dibuka, wakil Sabah terus menggempur gelanggang. Akhirnya bila saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang usul kami akan dibincangkan diperingkat Jawatankuasa, saya cukup teruja. Bila seorang Ahli Jawatankuasa dimaklumkan dilantik dari Sabah, saya cuma mampu ucap Alhamdulillah. Mesej kami telah sampai..!

Mungkin ada yang lihat ini tidak lebih dari persaingan mendapat kerusi. Adat orang tiada tempat, bising dan buat perangai untuk dapat perhatian. Itu silap. Kalau setakat itulah asbabnya, tidak perlulah kami terhegeh-hegeh. Kalau setakat mahu mengejar kerusi untuk kuota khas Sabah dan Sarawak, menjadi penghadir mesyuarat yang setia dan penyampai khabar berita dari pusat, lebih baik jawatan ini tidak perlu diadakan. Tapi relevensi PAS di Sabah perlu direalisasikan di peringkat PAS nasional. Kedudukan pemimpin Sabah dalam PAS Pusat akan memberi mesej yang betul kepada rakyat Sabah. Kedudukan juga adalah saluran penting bagi menghantar suara Sabah. Perjuangan terhadap hak Sabah mesti diangkat diatas. Kepimpinan PAS Pusat terutamanya perlu menghadam inti dan pati survival rakyat Sabah, agar tidak terbabas dan hilang punca. Hilang punca bila diasak oleh isu-isu penting dari Sabah seperti Perkara 20, Perjanjian Malaysia, Polisi Kabotaj, Autonomi dan lain-lain.

Mungkin kita perlu menyoroti dan mempelajari perjuangan bekas Presiden PAS, Dr. Burhanudin Al-Helmi yang begitu kental prinsipnya dalam mempertahankan "nation building". Beliau tegas menentang neo-kolonialism, mempertahankn hak sepatutnya untuk Sabah dan Sarawak peluang untuk berdiri atas kaki sendiri sebelum bergabung membentuk Malaysia. Beliau menentang malah melalui Kerajaan PAS Kelantan telah menyaman Kerajaan Malaysia pada 10 September 1963. Prinsip inilah yang menyebabkan beliau merengkok dalam tahanan ISA sehingga mencabut kerjaya politik hingga nyawa beliau.

Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia

Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia pada 16 September 1963, tapi ia bergabung bersama Singapura dan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Antara bergabung dan menyertai, konotasinya berbeza..! Perkongsian kuasa ini dimetrai dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diperincikan melalui Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan syor-syor dalam Laporan Suruhanjaya Cabbold. Perjanjian inilah yang membentuk kerangka sebenar negara Malaysia yang ada sekarang.

Kegagalan memahami kerangka inilah menyebabkan kita masih tersilap langkah. Kita gagal memahami akar masalah yang sebenar atau "root of the problem". Umpama penyakit, kita gagal memberi diagnose yang betul lantas memberi ubat yang salah..! Malang lagi apabila kita menyediakan penyelesaian dari luar konteks, lantas memberi signal yang salah kepada minda separa sedar orang Sabah yang PAS juga hanya parti luar. Senang cerita, PAS ini Parti Semenanjung, PAS parti Malaya. PAS belum sesuai di Sabah, ...bla..bla.. Inilah momokan yang masih belum mampu kita larutkan dalam survival PAS di Sabah. Cabaran krisis keyakinan rakyat Sabah terhadap PAS. Polisi dan penampilan PAS di Sabah masih belum cukup diyakini..! Dalam PRU-13 lepas walaupun ada peningkatan, namun ia tidak lebih dari kekuatan pengaruh dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat Sabah.

Kita masih skeptikal terhadap isu-isu kritis Sabah. Dalam isu Autonomi umpamanya, walaupun DAP dan PKR telah bergerak jauh, di pihak kita masih ada ragu-ragu dan gambaran yang ia seolah-olah memberi limpahan kuasa. Daripada sesuatu yang tidak ada kepada ada. Ini satu pandangan yang cukup naif..! Perlu diingat, Autonomi adalah perjuangan Sabahan menuntut sesuatu yang menjadi hak dalam perjanjian perkongsian kuasa pembentukan Malaysia yang telah lama dicabuli oleh UMNO dan Barisan Nasional. Autonomi Sabah telah lama wujud dalam bidang kuasa kerajaan negeri seperti ada dalam bidangkuasa Imigresen, Perundangan, Tanah, Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Ini telah jelas dalam terma-terma perjanjian perkongsian kuasa ini.

10 Arahan Presiden

Sabah dan Sarawak mendapat perhatian termasuk 10 Arahan dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar baru-baru ini. Antara petikan ucapan tersebut;

"Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak perlu melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap pas dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka".

Nampaknya, laluan telah dibuka untuk bergerak ke arah itu. Persoalan utamanya, adakah kita ada "Political Will" atau Kesungguhan Politik.? Adakah ada konsistensi terhadap apa yang dilontarkan dengan apa yang mau dan bakal dilaksanakan. Nah,tepuk dada tanya selera..! Kata orang, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".

Rakyat sabah akan menanti dan memerhatikan.

"SABAH TANAH AIRKU"

Wassalam.

__________
Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 14 Dec 2013 03:03 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:03 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


AWAS: HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR

Posted: 13 Dec 2013 05:00 PM PST


Adakah anda menggunakan gas untuk memasak ? Sila baca dan ambil perhatian. Biarlah ini tidak berlaku kepada anda. Ini boleh menjadi satu kesilapan yang sama dalam mana-mana isi rumah. Satu kemalangan mengejutkan berlaku baru-baru ini . Seorang suri rumah meninggal dunia akibat kebakaran yang dialami di dapur.

Suaminya juga telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat terbakar ketika cuba untuk menyelamatkan isterinya. Bagaimana ia berlaku? Wanita itu ternampak seekor lipas berhampiran sinki dan mengambil tin penyembur pembunuh serangga dan disemburnya berhampiran dapur gas. Letupan telah berlaku dan dalam masa yang singkat wanita malang itu telah disambar api, dan 65% badannya terbakar. Suaminya bergegas cuba untuk memadamkan api dan pakaian isterinya yang terbakar.

Kini suaminya masih di hospital,dan tidak sedarkan diri. Dia tidak mengetahui bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Apa punca ia terjadi? Semua pembunuh semburan serangga seperti Sheildtox,Ridsect,bygon dan lain-lain mempunyai pelarut yang tidak menentu dan mudah terbakar.Zarah nano semburan merebak dengan cepat dan satu percikan cukup untuk menyalakan campuran mudah meletup ini dengan oksigen di dalam udara . Sila didik keluarga & kawan anda tentang perkara ini dan sebarkan berita ini...

Info Masalah Wanita

DUNIACACAMARBA

Posted: 14 Dec 2013 03:02 PM PST

[TMI] Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti".

Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu.

"Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin.

"Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi. Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi.

Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.

Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.

Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu.

Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu.

Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah jambu.

Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam.

"Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.

"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.

Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.

Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model.

"Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap.

Mengenai keputusan dan persepsi negatif terhadap pemakaian tudung oleh ke atas beliau, Yeap tidak menyalahkan peminat yang "keliru" dengan tindakannya.

"Saya menyalahkan mereka. Mereka yang tidak mengenali saya, tidak membaca apa yang saya tulis, akan keliru.

"Sesi penggambaran dan pentas permodelan masa lalu yang terpapar dalam Facebook dan blog saya, itu adalah pencapaian saya.

"Saya mahu orang tahu, jika saya boleh berhenti menjadi seksi, tutup diri saya sendiri, menjadi orang yang lebih baik, seorang wanita dihormati, mengapa mereka tidak boleh memahami cerita dan moral di sebaliknya? Biarkan ia menjadi inspirasi kepada orang ramai," kata Yeap lagi.

Beliau memberitahu dirinya lebih selesa dengan penampilan terbaru yang lebih sopan ini.

"Orang tidak melihat anda kerana saiz payudara anda atau bentuk badan anda, sebaliknya, melihat anda kerana kepintaran dan peribadi anda.

"Saya tidak menafikan saya menangis beberapa kali semasa bekerja di atas pentas peragaan baru-baru ini. Saya suka apabila menutup diri saya, jadi apabila saya terpaksa tunduk kepada tuntutan kerja yang memerlukan saya seksi, saya berasa diri dieksploitasi," katanya.

Yeap menegaskan mempunyai niat baik dalam memakai tudung dan berada dalam sebuah negara yang berbilang kaum, beliau sedar sensitiviti agama dalam perkara ini.

"Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik.

"Saya akui bahawa saya seorang berfikiran bebas. Apa yang saya katakan adalah, jika seseorang sedang cuba untuk belajar sesuatu dan anda terus menolak mereka jauh, mereka akan melarikan diri. Mereka akan bertanya kenapa mereka ditolak daripada sesuatu yang mereka cuba untuk belajar," katanya.

Beliau berkata jika agama boleh menunjukkan tentang keindahan hidup, orang ramai juga harus memahami tindakannya.

"Orang tertarik kepada perkara-perkara yang indah. Begitu juga saya. Dan jika agama boleh menunjukkan kepada saya keindahan hidup, mengapa saya perlu menentang hanya kerana beberapa pihak rasis dan pelampau terkeliru dan cuba memutarbelitkan perkara ini?

"Adakah mereka cukup jujur atau menganggap diri mereka lebih besar untuk menghakimi manusia lain? Lainlah kalau mereka itu tuhan. Tetapi berdasarkan tingkah laku mereka mengutuk, menghina dan berkelakuan sebegitu... saya tidak fikir begitu," katanya.

Yeap berkata sedih melihat orang sebegini.

Yeap berkata di sebalik semua kritikan, beliau gembira kerana dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai dan mengingatkan sesetengah pihak tentang agama mereka.

Beliau juga menerima pandangan yang mengganggapnya pelik hanya kerana memakai tudung.

"Jika orang ramai berasa pelik seorang bukan Islam memakai tudung, jadi biar sajalah," kata Yeap.

Malah, Yeap berkata keluarganya juga banyak memberi sokongan kepada beliau dalam memakai tudung, memujinya bertambah cantik.

Bagi persembahan pentas permodelan, Yeap berkata perlu memenuhi syarat yang telah dipersetujuinya sebelum memakai tudung sebelum ini.

"Bulan ini akan menjadi tugasan terakhir saya. Saya perlu membuat beberapa penampilan untuk Playboy Bunny Antarabangsa.

"Ramai yang gagal untuk memahami bahawa ini adalah satu komitmen kerja dan saya seorang model profesional. Saya perlu melaksanakan kerja saya dan walaupun saya mahu meninggalkan sesuatu, saya perlulah tinggalkannya dengan bangga."

Gaya Felixia sebagai Playboy Bunny. Gambar fail.Mengenai azam Tahun Baru Cina, Yeap berkata akan lebih memilih dalam pentas peragaan kali ini.

Ditanya sama ada beliau akan memakai tudung untuk selamanya, Yeap berkata sedang perlahan-lahan belajar menjadi seorang yang lebih baik.

"Saya mahu menjadi seorang yang lebih baik, wanita yang lebih baik. Tahun 2014 akan menjadi permulaan sesuatu yang indah," kata Yeap.

Yeap telah dipaparkan dalam majalah FHM tempatan dan luar negara diupah sebagai Playboy Bunny di sebuah kelab di Macau.

Sebelum itu, beliau mengambil bahagian dalam rancangan realiti televisyen yang dikenali sebagai "I Wanna Be Model" dan disenaraikan antara peserta akhir semasa pusingan ketiga.

Beliau juga merupakan naib juara untuk Miss World Malaysia Cina 2006 dan peserta akhir untuk Dewi Remaja Malaysia. – 14 Disember, 2013

P/s: Moga-moga terbuka hatinya untuk menerima Islam.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Asy-Syahid Sheikh Abdul Quader Molla (1948-2013): Namamu terpahat dalam hati kami, Para Perindu Syahid di JalanNYA

Posted: 13 Dec 2013 10:19 PM PST


          
        Tanggal 12/12/13 ialah tarikh yang pasti akan diingati oleh gerakan Islam seluruh dunia yang mana pada tarikh ini dunia menjadi saksi telah syahidnya seorang mujahid iaitu Sheikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung  Jamaat-e-Islami Bangladesh ditali gantung. Hanya kerana menuntut keadilan dan mempertahankan kebenaran. Beliau dituduh terlibat dalam jenayah bersubahat dengan tentera Pakistan membunuh 344 orang awam dan beberapa tuduhan jenayah lain semasa perang pembebasan Bangladesh 1971.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud: 

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه ۖ فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر ۖ وما بدلوا تبديلا


" Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela agama Islam) maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya (lalu gugur syahid), dan diantaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) walau sedikitpun."

         Sheikh Abdul Quader Molla lahir pada Ogos 1948,merupakan ahli Jamaat-e-Islami (Parti Politik Islam Terbesar di Bangladesh). Terlibat dengan gerakan islam semenjak di usia remaja lagi, menyertai persatuan pelajar di Rajendra College  yang dikenali sebagai 'Islami Chatra Sangha'  dan dilantik sebagai presiden organisasi itu. Pada 5 Februari 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada beliau, walaubagaimanapun di atas desakan dari kumpulan sekular yang bencikan islam pada 17 September 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah menukar hukuman penjara seumur hidup kepada hukuman gantung. Dan pada tarikh 12 Disember 2013 kembalilah rohnya yang mulia bertemu dengan Sang Pencipta Yang Maha Mulia.

          Beberapa hari sebelum beliau syahid di tali gantung, beliau berkata, "Jika aku syahid maka itulah kejayaan yang terbesar dalam hidupku. Setiap titisan darahku akan mempercepatkan kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kemusnahan penindas . Aku tidak bimbang tentang diriku, akan tetapi aku mengambil berat tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Kematianku tidak akan berlaku menurut keputusan mana-mana pihak. Masa dan cara kematianku akan berlaku hanya mengikut keputusan Allah. Jadi, aku akan menerima keputusan dari Allah ini dengan senang hati."

           Begitulah kata-kata yang lahir dari hati suci seorang mujahid yang taqarrub kepada Allah SWT, bila mana hati benar-benar ikhlas kepada Allah SWT, tiada apa lagi yang boleh menghalang  walaupun kematian berada di depan mata, merelakan diri menjadi sasaran, biarkan terpaksa menangung derita,hanya redho Ilahi dan mati syahid yang beliau dambakan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran,ayat 169,

ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا ۚ بل أحياء عند ربهم يرزقون


 "Dan jangan sesekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(syahid) pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa di sisi Allah dengan mendapat rezeki."

              Sesungguhnya pemergian beliau bukanlah bermakna perjuangan ini telah terkubur, akan tetapi ia menjadi sumber kekuatan kepada ribuan mujahid yang lain untuk meneruskan pejuangan yang mulia ini. Bahkan dengan syahidnya Sheikh Abdul Quader akan menyuburkan lagi semangat jihad ini. Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian 'hidup mulia atau mati sebagi syuhada'. Kesilapan besar buat golongan sekular kerana gagal memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi selepas kesyahidannya. Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat 10 dan 11

يا أيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم  تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون في سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ۚ ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون



"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


               Dalam ayat di atas Allah SWT melamar kepada orang mukmin satu perniagaan yang tidak akan rugi malah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda di dunia mahupun di akhirat, iaitulah beriman kepada Allah SWT dan berjihad di jalanNya. Benar bahawa perjuangan Islam ini bukan suatu yang mudah, menuntut kita mengorbankan segalanya sehinggakan nyawa sendiri.Namun itulah nilai  yang sepatutnya dibayar demi sebuah kemenangan.  Walau apa pun yang berlaku, Yakinlah kita bahawa kemenangan itu pasti datang. Orang-orang kafir hanya kelihatan kuat pada zahirnya, pada hakikatnya mereka lemah, sedangkan kita ada Allah yang memiliki kemenangan tersebut. Sesungguhnya dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat kelak. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang syahid di jalanNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


UNIT PENERANGAN DAN DAKWAH
LAJNAH PENERANGAN 
DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG


  









Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno BN

Posted: 14 Dec 2013 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

"Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan," ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

"Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN," ujarnya.

Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh. 

"Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya," katanya.

Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu. 

"Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?" tanya beliau lagi. 

Tambahnya, tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' Umno BN terhadap kantung rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.

"Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan Umno BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!" katanya.

Justeru, katanya sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan digembleng bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat Umno BN akan terus mendapat tekanan.

"Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.

"Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini," katanya. ~harakahdaily



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 14 Dec 2013 03:12 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MENGAPA MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN SOMBONG? DEFINASI DAN HUKUM SOMBONG ~

Posted: 13 Dec 2013 05:06 PM PST

BULETIN RAKYAT

Posted: 13 Dec 2013 11:32 AM PST

BULETIN RAKYAT


Hadi ~ Tongkat Ali, Kacip Fatimah berasal dari pengaruh Syiah

Posted: 13 Dec 2013 12:15 AM PST


Hadi sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah.

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.
"PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.
Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).
Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

"PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.
"Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah," katanya.
Tegasnya,PAS mempertahankan parti itu tetap teguh berpegang kepada ajaran ASWJ selaras dengan perlembagaan parti yang mewajibkan setiap ahlinya menganut fahaman tersebut.
Menurutnya, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas; iaitu sumber hukum para ASWJ.
"Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab ASWJ dan tidak diizinkan mazhab yang lain.
"Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, disebabkan prinsip itu PAS sendiri akan mengambil tindakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahlinya yang mengamalkan fahaman lain termasuk Syiah.
"Oleh kerana berprinsipkan ASWJ nilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS," katanya.
Namun beliau menegaskan pendirian itu tidak bermakna PAS dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan pengikut mazhab lain dan semua pihak termasuk dikalangan bukan Islam.
"Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara Barat dan Komunis," katanya.
Beliau berkata umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Mengambil iktibar daripada krisis negara Islam di Timur Tengah, Hadi berkata PAS meletakkan langkah politik seperti yang ditetapkan dalam hukum agama dan tidak menjadikannya sebagai alat permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.
"PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran.
"Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau," katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Dec 2013 11:23 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA !

Posted: 13 Dec 2013 01:30 AM PST




Takraw: Keputusan kita betul-betul memalukan

13 Disember 2013. 
Sukan SEA 2013. 

Dalam perlawanan hari ini, skuad negara tumpas 1-2 kepada Indonesia untuk menduduki tempat tercorot dalam kalangan empat pasukan yang menyertai acara berkenaan.

Semalam, Malaysia kalah 0-3 kepada Thailand dan 1-2 di tangan pasukan tuan rumah, Myanmar.

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH

Posted: 13 Dec 2013 12:49 AM PST

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Safar 1435/ 13 Disember 2013

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 – 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendokong Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-Syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyinsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar !.

Saudaramu,

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia


Pemimpin Islam digantung sampai mati, pemimpin negara Islam membisu

Posted: 12 Dec 2013 07:24 PM PST


Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama roh para syuhada. Hari yang amat sedih untuk para pejuang dan pendakwah Islam seluruh dunia. Tahniah kepada Perdana Menteri Turki, satu-satunya pemimpin negara Islam yang bersuara.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Qader Mullah Digantung
13 Dis 2013

DHAKA (voa-islam.com) - Sekjen Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Qader Mullah,di hukum gantung atas tuduhan melakukan  kejahatan perang yang dilakukan pada tahun 1971, kata seorang pejabat pemerintah, Kamis/12/12/2013.

Mollah, digantung di Penjara Pusat kota Dhaka, ungkap Wakil Sekjen Partai Jamaat-e-Islami, yang dilarang ikut pemilu, dan merupakan kekuatan oposisi utama di Bangladesh, dan lawan kekuatan sekuler, yaitu Partai Nasionalis Bangladesh (BNP).

Ekskusi hukuman gantung  terhadap Abdul Qader Mullah, ditunda dua kali, karena adanya tekanan internasional, termasuk Perdana Menteri Turki, Erdogan, tetapi Mahkamah Agung Bangladesh, Kamis, melakksanaan keputusan hukukaman gantung terhadap Sekjen  Jamaat-e Islami, atas tuduhan melakukan pembunuhan, pemerkosaan dan penjarahan selama Perang Kemerdekaan tahun 1971, dan Mahkamah Agung  menolak permintaan banding  peninjauan hukuman mati.

PM Turki Erdogan menelepon Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, agar menghentikan hukuman mati kepada Abdul Quader Mullah, Sekjen Partai Jamaat-e Islami, tetapi semuanya sia-sia. Perdana Menteri Sheikh Hasina, tokoh sosialis, dan menjadi rivalitas Partai Jamaat-e-Islami, dan sangat berkepentingan memusnahkan tokoh Islam, seperti  Abdul Qadir Mullah.


Pengikut