Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong |
Posted: 13 Dec 2013 10:19 PM PST Tanggal 12/12/13 ialah tarikh yang pasti akan diingati oleh gerakan Islam seluruh dunia yang mana pada tarikh ini dunia menjadi saksi telah syahidnya seorang mujahid iaitu Sheikh Abdul Quader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh ditali gantung. Hanya kerana menuntut keadilan dan mempertahankan kebenaran. Beliau dituduh terlibat dalam jenayah bersubahat dengan tentera Pakistan membunuh 344 orang awam dan beberapa tuduhan jenayah lain semasa perang pembebasan Bangladesh 1971. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud: من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه ۖ فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر ۖ وما بدلوا تبديلا " Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela agama Islam) maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya (lalu gugur syahid), dan diantaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) walau sedikitpun." Sheikh Abdul Quader Molla lahir pada Ogos 1948,merupakan ahli Jamaat-e-Islami (Parti Politik Islam Terbesar di Bangladesh). Terlibat dengan gerakan islam semenjak di usia remaja lagi, menyertai persatuan pelajar di Rajendra College yang dikenali sebagai 'Islami Chatra Sangha' dan dilantik sebagai presiden organisasi itu. Pada 5 Februari 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada beliau, walaubagaimanapun di atas desakan dari kumpulan sekular yang bencikan islam pada 17 September 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah menukar hukuman penjara seumur hidup kepada hukuman gantung. Dan pada tarikh 12 Disember 2013 kembalilah rohnya yang mulia bertemu dengan Sang Pencipta Yang Maha Mulia. Beberapa hari sebelum beliau syahid di tali gantung, beliau berkata, "Jika aku syahid maka itulah kejayaan yang terbesar dalam hidupku. Setiap titisan darahku akan mempercepatkan kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kemusnahan penindas . Aku tidak bimbang tentang diriku, akan tetapi aku mengambil berat tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Kematianku tidak akan berlaku menurut keputusan mana-mana pihak. Masa dan cara kematianku akan berlaku hanya mengikut keputusan Allah. Jadi, aku akan menerima keputusan dari Allah ini dengan senang hati." Begitulah kata-kata yang lahir dari hati suci seorang mujahid yang taqarrub kepada Allah SWT, bila mana hati benar-benar ikhlas kepada Allah SWT, tiada apa lagi yang boleh menghalang walaupun kematian berada di depan mata, merelakan diri menjadi sasaran, biarkan terpaksa menangung derita,hanya redho Ilahi dan mati syahid yang beliau dambakan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran,ayat 169, ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا ۚ بل أحياء عند ربهم يرزقون "Dan jangan sesekali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(syahid) pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa di sisi Allah dengan mendapat rezeki." Sesungguhnya pemergian beliau bukanlah bermakna perjuangan ini telah terkubur, akan tetapi ia menjadi sumber kekuatan kepada ribuan mujahid yang lain untuk meneruskan pejuangan yang mulia ini. Bahkan dengan syahidnya Sheikh Abdul Quader akan menyuburkan lagi semangat jihad ini. Beginilah seorang mukmin melihat kehidupan dan kematian 'hidup mulia atau mati sebagi syuhada'. Kesilapan besar buat golongan sekular kerana gagal memahami bahawa nilai seorang mujahid itu amat tinggi selepas kesyahidannya. Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat 10 dan 11 يا أيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون في سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ۚ ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون "Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dalam ayat di atas Allah SWT melamar kepada orang mukmin satu perniagaan yang tidak akan rugi malah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda di dunia mahupun di akhirat, iaitulah beriman kepada Allah SWT dan berjihad di jalanNya. Benar bahawa perjuangan Islam ini bukan suatu yang mudah, menuntut kita mengorbankan segalanya sehinggakan nyawa sendiri.Namun itulah nilai yang sepatutnya dibayar demi sebuah kemenangan. Walau apa pun yang berlaku, Yakinlah kita bahawa kemenangan itu pasti datang. Orang-orang kafir hanya kelihatan kuat pada zahirnya, pada hakikatnya mereka lemah, sedangkan kita ada Allah yang memiliki kemenangan tersebut. Sesungguhnya dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat kelak. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang syahid di jalanNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. UNIT PENERANGAN DAN DAKWAH LAJNAH PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG |
You are subscribed to email updates from Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan