Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah. Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi. Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut. Ketika dihubungi, Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut. Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut. "Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis. "Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya. Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan. Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu." Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat. Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Malaysiakini
PEMBOHONGAN dan logik merepek disuap kepada pembaca Utusan Malaysia dan penonton TV3 demi menghalang orang Melayu daripada memahami DAP. Di sini saya senaraikan beberapa hal yang UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 patut tahu mengenai DAP.
Pertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP?
Sangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta.
Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam.
UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden.
Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden.
Sejak pembentukan DAP pada 1966, semua pemimpin tertinggi harus melalui pemilihan sekali setiap tiga tahun. Perwakilan memilih 20 ahli untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat, yang kemudiannya memilih antara mereka siapa yang memegang jawatan tertentu. 20 ahli yang dilantik ini kemudian akan melantik 10 lagi ahli untuk turut serta dalam CEC.
Sepanjang tempoh Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung, beliau tidak pernah mendapat bilangan undi tertinggi. Hanya pada 2008 dan 2012, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Agung, beliau menerima undi paling banyak.
Setiausaha Agung harus menguruskan parti dan membuat keputusan. Bukan semua keputusan boleh menyenangkan hati setiap ahli. Kerana itu ada disebut di kalangan pemimpin DAP bahawa sesiapa yang dilantik untuk mempengerusikan jawantakuasa disiplin – unit yang bertindak menjaga keteraturan termasuk mencadangkan pemecatan ahli – akan boleh mengagak undinya akan berkurang.
Parti DAP disusun dalam kerangka idea kepimpinan kolektif. Setiausaha Agung tidak mendapat aura Presiden, tetapi hanya seseorang yang lebih terkedapan di kalangan ramai dalam barisan kepimpinan yang dilantik pada satu pemilihan. Pengerusi tugasnya mempengerusikan mesyuarat dan memantau Setiausaha Agung dan pemegang jawatan lain yang melaksanakan keputusan CEC. Pengerusi juga bukanlah Presiden. Kedua, pernah tidak UMNO melantik seorang bukan Melayu ke Majlis Tertingginya?
Ini pastilah hanya satu soalan retorik, satu peringatan bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menyertai UMNO.
UMNO dan pencacainya menuduh DAP tidak melantik ahli Melayu ke dalam CEC, kecuali Zairil Khir Johari. Apa yang penting di dalam kepala mereka hanya warna kulit semata-mata.
Tidak ada parti politik boleh beroperasi daripada kekosongan vakum. DAP terpaksa bergelut dengan masalah penampilannya di kalangan orang Melayu, antara lain disebabkan usaha meracuni pemikiran mereka oleh UMNO dan Utusan Malaysia, yang menjadikan penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam DAP begitu sukar sekali. Bagaimanapun, ahli DAP masih boleh berbangga dengan sebuah parti yang berusaha untuk menjadi parti paling 'Malaysian' daripada segi kepimpinan dan calon.
Hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP boleh mengaku mempunyai semua etnik dan kumpulan daripada kawasan utama diwakili di dalam struktur parti dan juga di kalangan wakil rakyat di peringkat nasional.
Kepelbagaian ialah kekuatan DAP. DAP mempunyai lebih ramai wakil rakyat India berbanding parti India sendiri, MIC. Dalam pilihan raya kali ini, DAP menang di beberapa kerusi yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu di samping melihat tiga wakil rakyat Melayu dilantik, iaitu Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Zairil Khir Johari.
Secara geografi, DAP adalah parti pertama yang mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu turut menyaksikan seorang Kadazan, Dr Edwin Bosi, dilantil menjadi ADUN di Sabah.
Namun pastinya menjadi kepelbagaian sebagai suatu kepercayaan dan mengamalkannya bukan sesuatu yang mudah, terutamanya apabila pihak seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus menyemarakkan sentimen perkauman dan kegelisahan. Namun kepelbagaian itu tetap berada dalam 'rukun iman' parti.
Ketiga, adakah UMNO menyediakan peluang yang mencukupi untuk orang muda menyertai kepimpinan parti?
Saya syak ada sesuatu yang ahli UMNO sendiri kagum dalam diam mengenai DAP dan kecewa dengan parti dan pemimpin mereka sendiri: bahawa DAP ada kuasa anak muda.
40% daripada 20 anggota CEC DAP lahir selepas 1970. Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching), Nga Kor Ming (Taiping), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Gobind Singh (Puchong), Loke Siew Fook (Seremban) dan saya sendiri lahir selepas 1970 manakala Teo Nie Ching (Kulai) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) lahir selepas 1980.
DAP mempunyai kelompok generasi pengasas yang menjadi tiang seri moral parti, sebagai contoh Karpal Singh dan Lim Kit Siang mampu membangkitkan emosi yang sangat dalam. Pemimpin generasi pertengahan usia sekurang-kurangnya mempunyai 20 tahun pengalaman politik pilihanraya.
Lim Guan Eng, Chow Kon Yeow, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Chong Eng dan Ngeh Koo Ham termasuk Dr Boo Cheng Hau mempunyai pengalaman luas sebagai pembangkang dan kerajaan negeri manakala Tan Kok Wai, M. Kulasegaran dan Fong Kui Lun adalah pemimpin veteran yang berdaya tahan tinggi.
Pada masa yang sama, mereka yang sebaya saya di dalam UMNO masih lagi bertanding di peringkat pemuda (pemimpinnya Khairy Jamaluddin hanya setahun tua daripada saya) dan beberapa orang teman dalam kempimpinan Pemuda MCA malah punya anak yang sudah hampir usia mengundi!
Sebaliknya, orang muda dalam DAP mendapat peluang untuk belajar sambil bekerja di dalam posisi CEC, seperti Setiuasaha Organisasi, Setiausaha Publisiti, Pengarah Pendidikan Politik, Pengerusi Biro Undang-undang dan Setiausaha Antarabangsa.
Menjelang pilihan raya umum yang seterusnya, akan lahir generasi ketiga yang lahir selepas 1970 yang berpengalaman dan kuat, ramai antaranya yang sudah dua penggal sekurang-kurangnya berada di Parlimen. Orang muda boleh meningkat dalam struktur parti dan membentuk kelompok yang hebat kerana sistem pemilihan adalah secara relatifnya berbentuk 'collegial'.
Inilah antara perkara mengenai DAP yang UMNO dan para pemukanya gagal faham dan mengerti.
SHAH ALAM: Komitmen ketua jabatan dan agensi penguatkuasaan perlu bagi menjamin tidak berlaku ketirisan, pemborosan dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam walaupun dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kim Swee, berkata yang penting pemantauan dilakukan setelah sesuatu pekerjaan itu selelsai dijalankan mengikut prosedur.
"Saya berpendapat, banyak prosedur boleh diikuti satu persatu tetapi perlu ingat bahawa masih banyak ruang yang boleh menyebabkan berlakunya pembaziran, pemborosan dan penyelewengan.
"Contohnya, bila pembelian pukal dilakukan, memang semua nampak okay tapi sebenarnya ada satu item misalnya berharga 20 kali ganda.
Bila berlaku seperti itu, kita boleh kata macam mana pun ada dalam peruntukan, tidak lari bajet tetapi wujud elemen penyelewengan," kata beliau dalam Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk, "Laporan Audit: Tiris atau terlepas pandang", di Shah Alam, semalam.
Tony Pua yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara berkata, segala urusan atau transaksi pembelian kerajaan haruslah dipantau ketua jawatan atau agensi penguatkuasaan.
"Kerajaan kena pantau adakah berlaku kemasukan wang (yang diragui) dalam akaun pegawai berkenaan, mereka juga boleh dipantau daripada cara hidup. (Tidak salah bermewah) tetapi bermewah yang melampaui pendapatan adalah tidak sepatutnya," ujar Pua.
Sehubungan itu, Tony Pua turut menegur Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) yang dianggap hanya 'kuat mengaum tetapi tidak bertaring'.
Bagaimanapun, beliau memberi reaksi positif kepada PAC apabila bertindak terhadap laporan rasuah membabitkan 'jerung besar'.
"Setahun dua ini ada jerung yang dibawa ke mahkamah, PAC telah buat laporan antara satu daripada laporan mengenai isu PKFZ. Dalam laporan itu kita kata bekas menteri pecah amanah, tapi bila menteri dituduh tipu Perdana Menteri, ia seperti sudah bukan isu pecah amanah.
"PAC hanya boleh buat bising tapi tidak ada kuasa. Dalam tahun lalu, PAC mungkin mesyuarat tujuh atau lapan kali tapi sering tidak dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Lepas siasat, that's it, itu sahaja," katanya.
Perkara ini menyebabkan berlakunya lambakan aduan kes rasuah dan penyelewengan yang gagal berjaya diadili di mahkamah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan hilang.
"Tan Sri (Ketua Pesuruhjaya SPRM) sendiri pernah membangkitkan banyak kes (penyelewengan dan rasuah) dan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara (AG) tetapi mereka tidak ambil tindakan kes yang telah dinasihatkan SPRM. Sebab itu banyak kes rasuah tidak dapat dibawa ke mahkamah," jelasnya.
Wacana itu dimoderatorkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, manakala ahli panel terdiri daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Tony Pua dan Pengerusi PAC negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed.-Roketkini.com
KUALA LUMPUR 11 OKT: Sikap pemimpin Umno BN yang taat dengan arahan Amerika Syarikat (AS apabila bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menyebabkan masa hadapan negara tergadai.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadi semakin bermasalah apabila Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama tahun lalu dan memberikan pengakuan menyokong TPPA.
"TPPA menunjukkan AS dan negara kaya tidak konsisten dalam rundingan, apabila dengan Eropah lebih telus dan terbuka dengan semua isi perjanjian dikemukakan, tetapi dengan Malaysia dilarang untuk umum," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pidatonya semasa Program Bantah TPPA di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di sini.
Kira-kira 500 orang hadir dalam program itu yang disertai ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Pakatan Rakyat bukan seperti Ahli Parlimen Umno, apabila naik harga minyak, tetap menyokong. Naik harga gula tetap sokong. TPPA pun mereka (Umno) sokong walaupun tidak baca peruntukan itu.
"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti Amerika Syarikat," katanya," katanya.
Kata Anwar, sudah muncul suara bantahan daripada Negara seperti Korea Selatan, Jepun dan negara-negara yang berkembang terhadap ketidakadilan TPPA.
Katanya, Australia kini menerima beban kesan perjanjian bersama AS walaupun mempunyai sistem ekonomi dan pengaruh besar untuk menentukan hala tuju perjanjian.
"Perjanjian TPPA akan merugikan negara kerana dirangka sebegitu rupa supaya mendapat pulangan besar kepada AS
"Orang Malaysia yang sokong TPPA memang parah, yang bantah TPPA tapi perkenal TPPA bentuk Malaysia untuk rakyat Malaysia sama parahnya.
"Kita menolak golongan kapitalis yang tidak berhati perut baik orang Amerika Syarikat atau Cina, Melayu dan India," kata Anwar.
Kira-kira 500 orang hadir dalam program itu yang disertai ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
The Home Minister and the Inspector-General of the Police must be arrested immediately for the fatal shooting of five suspected gangsters in Penang, said Parti Keadilan Rakyat vice-president N. Surendran.
He said that Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi's admission yesterday, during an interview on pay TV Astro Awani, that police shot the five dead without warning amounted "to cold-blooded murder".
"Ahmad Zahid's stunning admission that police believed that the Penang quintet was armed and therefore decided to intentionally kill them means that it is pre-meditated murder under Malaysian law," Surendran said in a statement today.
The five – J. Gobinath, R. Ramesh, N. Rakan, M. Suresh and A. Vinuyt – were shot dead in Sungai Nibong, Penang in a police crackdown on violent crime. They were said to be members of the notorious Gang 04.
Surendran said police could only shoot criminal suspects if they jeopardised the lives of others, but Ahmad Zahid's comments on television yesterday made it clear that the police had entered the apartment in Sungai Nibong with the intention of executing them.
Surendran also slammed authorities for not being able to get their facts right.
He said Ahmad Zahid said police had decided to shoot first as the suspects were believed to be armed, but IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar said that the suspects shot at the police first, so they were forced to return fire, killing all five men.
"So which version is the truth? Ahmad Zahid, Khalid and the government have much to answer for as they have cheapened the value of human life in Malaysia. They have also encouraged acts of criminality by the police force," Surendran said.
He urged the authorities to haul in Ahmad Zahid and Khalid, alleging that they were hiding the truth and also for aiding and abetting the fatal shootings, offences which are punishable under the Penal Code.
"The deaths of J. Gobinath, R. Ramesh, N. Rakan, M. Suresh and A. Vinuyt must be classified as murder and the files reopened in view of Ahmad Zahid's admissions. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak should remove Ahmad Zahid from his Cabinet pending the outcome of investigations," Surendran demanded.
At 4.30am on August 19, a team of policemen stormed an apartment in Sungai Nibong where the five were hiding.
They were shot dead after they reportedly opened fire first, forcing police to return fire in self-defence.
Khalid later said police recovered three firearms and several rounds of ammunition at the scene.
He also said the five had been responsible for at least 10 murders and two attempted murders in Kedah, Penang and Negeri Sembilan.
The families of the dead men and Deputy Minister in the Prime Minister's Department P. Waythamoorthy have called for an inquest to be held.
Pada 29 September 2013 yang lepas, Rumah Berhala Dewa Cheok Wu Kong telah meraikan ulang tahun yang ke sepuluh. YB Dr Xavier Jayakumar selaku ADUN Seri Andalas turut hadir dalam upacara tersebut.
Perarakan telah diadakan melalui Taman Sentosa, Jalan Uganda dan Jalan Kebun sepanjang 11 kilometer. Gambar pada upacara dan perarakan boleh dilihat dibawah:
Nama Datuk Seri Dr Radin Zahid Hamidi tak perlu diperkenalkan lagi sekarang. Nama beliau popular seantario Malaya bukan sahaja di kalangan orang UMNO, tapi orang Melayu, Cina , India dan Bumi Sabah Sarawak.
Zahid Hamidi popular kerana sebab utamanya Cina pon sudah bosan dengan karenah Lim Guan Eng yang bodoh sombong . Di mata rakyat Malaysia, hanya Zahid Hamidi, keturunan bangsawan Kerajaan Mataram ini yang boleh menyental muka LGE.....Tak percaya? Sila baca komen komen di ruangan komen Helen Ang kenapa Zahid Hamidi popular.
With due respect, I have to disagree [Helen's views HERE]. It's not about Zahid. It's about standing up to the cocky tokong and the gang. Zahid embodies that.
The thing is with 2/3 Malays are with Umno, being assertive and certain against the tirade of Lim Guan Eng and the gang is what Malays including non Umno's want. Many Malays voted Umno not because they support it 100% but because of the threat of the unity of Chinese under DAP that bulldoze against anything Malay without impunity. The Allah issue is a case in point.
Zahid is refreshing from the defensive Najib. Malays are nowadays so shameful for being a Malay and scared being called racist. DAP has turned anything Malay as racist but anything Chinese as Malaysian. Zahid embodies a person who dare to stand up against the racist DAP. And we need more of him. So let us put LGE in his rightful place.
Ps. I am a resident head and always advocate that people who threatens my family and neighbours are not deserving any sympathy. The guards will do what is 'necessary' before handing the beaten up robbers or snatch thatchers to me and the police.
I have no sympathy to those who threatened and tie up my kids and family. Security first.
I am sorry Helen – I got to disagree with you on this.
I am a firm believer in Newton's Law in politics too – that every action has an equal reaction.
So when the Chinese overwhelmingly rejected BN/Umno in GE13, they did not consider the fact that there will be consequences. Najib been the most pro-non bumi PM after TAR and he showered much policy gifts on the Chinese and done much for the Indians. He rolled back many restrictions on the non bumis and liberalized the economy. He also done much to democratize the country by repealing many outdated laws.
What did he get in return ? Nothing, nada from the Chinese. By rejecting him, they rejected all his policy changes and overtures – basically they spit on his face and told him to go to hell. Burning his photos and putting his pic on altar of the death are some of the examples the Chinese expressed their "gratitude".
So what do you expect Najib to do? Go down on his knees and beg for forgiveness and votes? While ignoring and punishing those who voted for him (Malays and poor Indians)?
On top of this we have non Malays (especially Christians) becoming so vocal in condemning and even insulting the Malays and Muslims (especially the evangelistas of DAP). Malays are by nature [patient] and polite but many in private are seething in anger at all these insults and threats. To many Malays, Umno and the royalty are the embodiment of the Malay spirit and identity. But attacking these two institutions and calling Umno as dogs and racists on daily basis is only hardening the Malay stance and eroding their patience.
I agree with Ellese that people like Zahid not because he is an ultra Malay but because he's someone who stands up to the bullying ways of Dapsters and not afraid to put them in their place. Malays are tired of the insults thrown at them. The Dapsters have gone to the extent where the word Malay is means "racist". In the utopian world of Bangsar Malaysia, being a Malay is a crime and a shame.
I don't agree with his shoot first policy but I fully support him on his anti crime drive – finally the police are on the winning side. I am not sure what exactly he meant with his latest statement – I would believe the spins of Mkini 100%. But I did read that he did not refer to "3 line" to the gang but Perkida a social organization.
So in essense, Zahid represents the Malay self respect (maruah) just like Hannah embodies the Christian extremism and Guan Eng the Chinese "kurang ajar-ism" and biawak-ism.
In this kind of time we might need someone like Zahid. Frankly, for all the while, the Malay dislike people who acted like Zahid. But today, the thumping and the arrogance of LGE and his bunch of DAPster is beyond tolerance that we need someone to put a slap on their face.
Look at the recent CEC case where they unrepentantly call ROS as Umno's running dog while anyone even with a pea brain would know that Umno has nothing to do with the DAP fiasco. This is not coming out from Red Bean, but by some top brass in DAP. The arrogance of DAP has gone overboard that they think anything blamed on Umno will be swallowed without any repercussion. It is just like 'if you are Umno, we are free to accuse you of anything'.
Many people (Malay) may not like Umno, but trying insulting our intelligence stupidity and hypocrisy is just too much to be handled.
I also don't agree with you, Helen, as far as Zahid is concerned.
Zahid simply embodies the spirit of Malays fighting back against racists of DAP, Dong Zong, etc.
My guess is that Najib is actually "using" Zahid to make a point to the targetted groups that he's disappointed for the lack of supports from those groups that he had worked hard to appease.
You guys should take a note that PAS and PKR top leaders (the Malays) are pretty silent about Zahid.
It's an open secret that Anwar has always a soft spot for Zahid. Zahid was among the very few Umno fellas who did not immediately abandon Anwar when Anwar was kicked out of Umno.
Lama saya memerhatikan beberapa blog dan facebook beberapa orang. Memang benar pesanan Tun M kalau nak pilih pemimpin UMNO perlu dengar pendapat orang di luar UMNO.
Wahai orang UMNO janganlah dok perasan sangat orang Melayu yang memberikan undi kepada kamu dalam PRU13 yang lepas suka sangat UMNO. Sebab utama ialah vote swing Melayu Islam dan Bumiputera Bukan Islam kepada UMNO ialah kerana mereka tak ada pilihan! DAP jelas RASIS dan PKR serta PAS sangat lemah kerana mengikut telunjuk DAP
Pemilihan UMNO kali ini juga menentukan kemenangan atau kegagalan PRU14.
Fakta yg tak dapat dipertikaikan ialah Kerajaan Barisan Nasional hari ini ialah Kerajaan UMNO dan kekuatan Barisan Nasional disandarkan kepada UMNO. Lemah UMNO, maka lemahlah Barisan Nasional. Jelas dengan statistic undi pada PRU13 yang lepas UMNO menang kerana sokongan padu orang Melayu di belakang UMNO.
Dalam formula sifir kejayaan yang jelas ialah "Apa yang orang Melayu mahukan ialah apa yang UMNO WAJIB TAWARKAN"
Orang Melayu hanya mahukan status quo dan kesinambungan dari zaman kekuatan kuasa politik Melayu yang memuncak zaman Tun M iaitu Melayu , Islam dan Raja Berdaulat!
Esok pemilihan UMNO cawangan Pemuda dan Puteri dan Wanita.
Hairan kenapa The Star suka menukilkan KJ sebagai calon Pemuda pilihan mereka? Mari kita lihat "kejayaan Khairi Jamaluddin"
atau video ini
atau lihat kata kata KJ yang nampaknya copy and paste dari Pakatan Rakyat
Hairan juga kenapa The Star beriya riya menyokong calon Liability besar dalam UMNO seperti KJ dan Sharizat?
Jawapan yang paling tepat ialah bila kedua cawangan Wanita dan Pemuda terpalit liability dan musuh dapat menempatkan calon LIBERAL sebagai Ketua Pemuda UMNO maka senanglah UMNO ditumbangkan dalam PRU14.
Recently the World Economic Forum has reported that many Malaysian who are skilful workers chose to migrate to Singapore. They say among the reasons for this particular scenario is 1. Singapore companies pay more than Malaysian companies. 2. Bumi's Rights that do not allow them to be successful in this country.
Basically, bigger pay checks is not a strong reason for Malaysian skilful workers to run away to Singapore. This is because the cost of living there is much higher then we have to face in this country. We do not need another expert to tell us this particular fact as we all know that everything in Singapore is much expensive than what we have here.
However, the second point is very interesting as it states that the special rights of the Bumi's are holding the skilful workers (particularly the Chinese) to succeed in this country. Is it true that they ran away because of this factor?
Sadly, the WEF report did not explain or show any proof or theory on how the special rights of the Bumi's restrict the Chinese in Malaysia to get a much more lucrative income.
According to the Singapore Immigrant Information Source 2011, that was taken from the Statistic Department of Singapore, the numbers of immigrant in Singapore rose from 18.1% in 2000 to 22.8% in 2010. 386,000 are from Malaysia, 175,200 from China, Hong Kong and Macau, 123,400 from South Asia, 54,400 from Indonesia and 90,100 from other Asian countries.
The report also states that the increase of the immigrant is because of the country's policy that was developed to attract more foreign talent to Singapore.
In 2010, there are 1,088,600 immigrant worker, simply saying that 34.7% from Singapore workforce are immigrants in various sectors. From that particular number, it is estimated that 240,000 are skilful worker who are from Malaysia and China while others are from India and many other developed countries.
Thus, the report made by WEF saying that many skilful workers (Malaysian Chinese) ran away to Singapore was true.
However, we are doubtful that all of this has anything to do with the special rights of the Bumi's. This is because the record shows that the one who are conquering the economy is the Chinese and not the Bumi's.
This fact alone denied any allegation by the Chinese that they were hold down by any racial economic policy. They have already gain controlled of the Malaysian economy. What more do they want from the Bumi's?
The fact of the matter is, "the special rights of the Bumiputera" only works as a defence mechanism to protect whatever left of the Bumi's and not to take the rights of others.
What happening is that the Singaporean government policies are giving much more "interesting" benefits that is too difficult for the Malaysian Chinese to resist. And with the logistic factors and social structure of Singapore that is close to them, it is not shocking to see Singapore becomes the destination for skilful and young workers to find a better job, experience and salary.
It is interesting to see that the Singaporean government is focusing on foreign talents to fill up position left by their own people who migrated to another country to work?
The statistic report of Singapore shows, more and more Singaporean migrate to another country each year. The same reasons applies to them, to find experience and getting a bigger pay check.
In June 2011, it was estimated that 193,300 Singaporean migrated and among their favourite destination are Australia (50,000), Britain (40,000), America (20,000) and China (20,000). Many of them are skilful workers in banking, information technology, medicine, engineering and science.
On an average, 1,200 Singaporean graduates applied to become the citizen of another country each year. In 2010, at least 1,000 Singaporean, applied an "innocent from any crimes" certificate as it is one of the terms they have to comply if they want to migrate to another country. Research shows that more than half of these Singaporean youngsters will leave the country if they got the chance.
It is also reported that, this migration trend is worrying the Singaporean government.
This is where the main point of discussion lies. Singapore did not give any special rights to anyone, but the Chinese of Singapore are still adamant to leave their country, similar to what Malaysia is facing now.
Similar to Malaysia, in Singapore the Chinese is in control of the economy. They are famous for their discrimination against other races and using sneaky tactics to ensure that only their race will hold high position and salary in any given field. Sadly, the Chinese is also the one who are holding other races from being a skilful worker with a good salary. Because of that, the statement saying that the Special Rights of the Bumi's are holding the Chinese back is preposterous.
The proof of discrimination of the Chinese to other races can be seen in many websites. You can just search for "Malay discrimination in Singapore" you will find a lot of testimony and thesis from various parties, including confession by Singaporean Chinese.
It is clear that the rights of the Bumis's do not hold any workers from any race to be successful in this country. The main reason why Malaysian choose to work in Singapore is because the factor of bigger salaries and logistically practical where that can get a lot of money there but in the same time they are avoiding the cost of living by shopping here in Malaysia.
More than that, it is also because the natural instinct of the Chinese who do not have the sense of patriotism for their country. It seems like the Chinese in Malaysia or Singapore always dream of migrating to "gwiloh" or white man's country.
In conclusion the WEF is publishing the Malaysian skilful workers problem from the narrow opinion of the Chinese.
The WEF should have done a thorough report before making any conclusion. The report also should take into consideration the background of the issues and day to day scenario. The report was incomplete and the result was totally wrong. Nothing can come out of it that will solve any problems for the people of Malaysia.
Moreover, it will cause another problem, as an open discrimination of the majority on economy will surface. Thus it will break the social harmony and unity in Malaysia.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu antara usul yang dibincangkan dalam Mesyuarat Pergerakan Permuda UMNO Bahagian Rembau ini adalah berkaitan soal perkasa politik.
Kata beliau, salah satu yang diberi keutamaan ialah cara mana Pemuda UMNO dapat mencari keserasian dalam menilai semula kelemahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan mencari formula bagi memastikan kemenangan pada PRU-14.
"Usul biasa, lagipun ini adalah tahun pemilihan, tumpuan kita adalah kepada pemilihan ini. Namun, kita tidak pula mengalpakan usul yang dibawa.
"Ada usul politik, kita bercakap soal tahap mana sokongan pada PRU-13 lalu dan apakah strategi yang perlu diambil untuk berhadapan PRU-14. Ini kita bincangkan bersama dengan serius,'' katanya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Okey brader-brader... Gua stop kat sini saja untuk hari ini.... jika ada kesempampatan wa akan update posting.... Sekarang hendak gerak ke PWTC! Kita jumpa disina....
Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kepong telah memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan Jamawi Jaafar sebagai Naib Ketua.
Proses pemilihan sayap Pemuda UMNO Bahagian Kepong diadakan di Dewan Tun Razak di Dewan Serbaguna, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jinjang di sini hari ini.
Laman portal Rakyat.new hari ini melaporkan, sehingga jam 1.30 tengah hari ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memperoleh satu undi untuk jawatan Ketua Pemuda, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil satu undi (Ketua Wanita) dan Mas Ermieyati Samsudin dua undi bagi jawatan Ketua Puteri.
Khairy memperoleh undi pertama untuk jawatan itu menerusi Pemuda Bahagian Bera, Pahang.
Turut mengundi Khairy termasuk di Pemuda Bahagian Bukit Bendera
Bahagian Bera turut memilih Khairul Azwan Harun untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.
Sementara itu Penolong Setiausaha Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman yang bertanding melawan penyandang jawatan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak hadir pada proses pengundian di Taman Tasik Pandan pada Sabtu.
Pusat pengundian dibuka daripada pukul 8 hingga 10 pagi.
Pusat berkenaan mempunyai 278 pengundi berdaftar namun hanya 212 orang yang hadir.
Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenanggi PRU ke 14 akan datang!
Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Khairy Jamaluddin (KJ) adalah pilihan calon Pemuda UMNO yang dimaksudkkan oleh Tun M.
Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa KJ merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda UMNO yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.
"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebelum memilih pada 12 dan 19 Oktober.
"Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.
"Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang," kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, semalam.
Justeru itu... Pemuda wajib memilih YB Khairy Jamaluddin untuk terus kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah kerana KJ satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.
Selama dua penggal KJ menjadi Ahli Parlimen Rembau, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan kemenangan majoriti yang meningkat sebanyak tiga kali ganda.
YB Rembau ini juga mempunyai pengikut ratusan ribu di laman media sosial yang turut membuktikan beliau diterima baik oleh anak muda dari kawasan bandar dan luar bandar.
Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, ingatlah setiap undi anda akan membawa kemenangan di PRU-14
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menaruh keyakinan tinggi bahawa perwakilan pergerakan itu akan membuat pilihan yang rasional untuk jawatan diperingkat sayap UMNO berkenaan.
Beliau turut berharap seluruh ahli Pemuda dapat menjaga instutusi parti dan juga imej parti itu sendiri dengan memastikan pemilihan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar yang sekaligus memperlihatkan UMNO mempunyai keahlian yang matang dan membuat pilihan dalam suasana kekeluargaan.
"Saya harap mereka yang dipilih esok pertamanya mereka ini rajin. Saya tak nak dipilih hanya orang yang rajin kempen tetapi rajin sepenggal yang akan datang. Saya rasa media UMNO pun tahu ada yang rajin…..ada yang tidak berapa rajin sebab kita pilih ini bukan setakat jumpa perwakilan dua tiga bulan lepas tetapi akan sentiasa bersama jalankan program bantu visi kepimpinan untuk empat tahun akan datang.
"Kita tak nak dipilih terus senyap…..terus hilang. Saya betul-betul berharap mereka ini rajin dan keduanya dari segi visi mereka mestilah progresif macam visi saya. Apa yang saya cuba buat untuk menarik golongan muda dalam UMNO…, orang muda di luar UMNO itu penting.
"Itu saya bawa pembaharuan dalam pemuda. Ada yang tidak faham dan ada yang kritik, tak mengapalah. Ada yang nak ciri-ciri kepimpinan zaman dahulu tetapi bagi saya ini adalah pembaharuan yang dituntut oleh orang muda pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di pejabatnya sempena pemilihan UMNO 2013. Esok, Sabtu sayap UMNO akan mengadakan pemilihan masing-masing dan pada 19 Oktober depan, pemilihan diperingkat sayap dan Majlis Tertinggi UMNO.
Ketika ditanya mengenai jumlah mereka yang bertanding di peringkat Exco Pemuda cukup ramai serta semua jawatan dipertandingkan, Khairy melihatnya sesuatu yang cukup positif.
Katanya senario tersebut menujukkan kejayaan pergerakan itu sendiri sehingga dapat menarik minat Pemuda untuk bertanding di dalam kepimpinan tertinggi pergerakan tersebut.
"Saya melihat positif…, ramai yang bertanding dalam Pemuda UMNO. Kalau tak ramai bertanding maksudnya orang tak minat dengan Pemuda. Saya lagi risau kalau untuk jawatan Exco hanya ada 25 orang atau 30 orang bertanding.
"Tetapi bila kita tengok 77 orang dan yang paling ramai berbanding dengan sayap lain hatta dengan MT Pemuda pun paling ramai, ini menujukkan orang minat dengan Pemuda.
"Mereka nak menyumbang kepada Pemuda. Bagi saya itu adalah isyarat positif dan juga satu tanda kejayaan Pemuda bahawa Pemuda masih lagi dapat menarik minat begitu ramai untuk bertanding dalam kepimpinan tertinggi," katanya.
Beliau seterusnya menambah pemilihan UMNO pada kali ini menujukkan UMNO jauh lebih demokratik.
"Kita dengan sistem ini ialah walaupun ada sedikt sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk pemilihan akan datang, tetapi melalui sistem ini kita buktikan kitalah antara parti yang paling demokratik di negara ini.
"Jauh lebih demokratik daripada DAP. DAP pilih jawatankuasa pusat dengan beberapa ramai yang terpilih. Itu pun nak pilih setiausaha agung dipilih dikalangan orang yang menang jawatankuasa pusat.
"Itu kalau kita buat analogi dalam UMNO macam Presiden parti kita dipilih oleh MT sahaja, bagi saya jelas kita paling demokratik dan yang lain kononnya hanya pejuangkan demokrasi sedangkan mereka patut belajar daripada UMNO," ujar beliau.
Sambil mengucapkan selamat bersidang, beliau seterusnya berharap mereka yang tewas pada pemilihan nanti agar tidak berputus asa.
"Yang kalah jangan putus asa. Saya rasa semua tahu bahawa empat tahun yang lepas kita melalui jalan yang penuh berliku. Menang dalam parti tetapi tidak ada jawatan dalam kerajaan jadi sedikit sebanyak memberi satu kekangan kepada kita. Persepsi dan sebagainya tetapi saya teruskan juga dengan kerja saya.
"Jadi nasihat kepada yang tidak berjaya jangan putus asas. Empat tahun saya tidak dapat apa-apa tapi saya teruskan juga hingga akhirnya Pemuda dapat pengiktirafan selepas pilihan raya yang lepas," ujarnya. – MediaUMNO
Pesawat jenis Twin Otter MASwings yang merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San di sini kelmarin didakwa terlanggar pelepah pokok kelapa menyebabkan ia berpusing-pusing sebelum terhempas.
Salah seorang penumpang, Junani Bladi, 53, memberitahu, akibat kejadian tersebut dia terhumban ke depan menyebabkan tangannya terseliuh manakala bahagian belakang badan pula terasa sakit.
Prosedur penerbangan , penumpang dan anak kapal dikehendaki memakai tali pinggang keselamatan semasa hendak berlepas, mendarat dan semasa cuaca buruk. Tali pinggang hanya boleh ditanggalkan apabila lampu isyarat dimatikan.
Buatlah pilihan yang tepat kerana pemilihan ini bukan sekadar memilih ketua, yang lebih penting adalah memilih seorang pemimpin yang mampu berkhidmat dan dinamik bagi meremajakan UMNO supaya parti terus kekal relevan. Selamat bersidang buat semua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
SHAH ALAM - Jika sesuatu portal berita boleh mengkritik organisasi kerajaan, ia juga hendaklah bersedia menerima kritikan.
Itu bagi menunjukkan sesebuah penerbitan tersebut bebas.
Menteri Dalam Negeri (KDN),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesuatu kenyataan hendaklah disiarkan sepenuhnya, bukan sebahagian sahaja sehingga ianya boleh menimbulkan salah faham terhadap sesuatu yang diperkatakan itu.
Menurut Ahmad Zahid, antara kenyataan beliau yang sudah diputar belit oleh sebuah portal berita adalah berkaitan dengan kenyataannya seolah-olah menyokong kumpulan gengster, dikenali 'tiga line'.
"Saya tidak pernah sebut tiga line orang kita'. Saya cakap ia merupakan serpihan dari kumpulan Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida) dan pecahan itu mewujudkan tiga line'.
"Saya mendapat laporan terperinci mengenai kumpulan ini, sejak sebelum jadi menteri KDN.
''Tapi jika dalam kalangan mereka jadi bouncer, penarik kereta dan terlibat dalam jenayah saya akan minta polis tangkap mereka. Kenapa ayat itu tidak keluar? "katanya. Beliau mengulas kenyataannya yang mendakwa beliau menggelar kumpulan gengster tiga line sebagai 'orang kita'.
Mengulas mengenai Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan baru-baru ini, beliau berkata, masih banyak pindaan akta lain, termasuk Akta Pertubuhan 1966, akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang agar ia seiring.
"(Hukuman yang boleh diambil nanti) termasuk merampas premis membuat kerja-kerja maksiat, merampas akaun dan menahan untuk pencegahan; tunggulah sidang akan datang. Ada 10 lagi (akta) yang akan dipinda," katanya.
Bila portal Malaysiakini dan pro pembangkang yang lain menyiarkan 'half truth' dalam penerbitan mereka maka mereka patut dikenakan tindakan keras atas perbuatan jijik yang mereka lakukan!
Mereka sepatutnya menyiarkan sepenuhnya berita bukan mengambil setakat mana mereka mahu.
Jika ia menimbulkan ketegangan dan membawa ancaman kepada keamanan sudah pasti kerugian kepada negara dan seluruh rakyatnya angkara perbuatan mereka tidak akan dapat ditebus dengan keuntungan yang mereka perolehi.
Perbuatan melaga-lagakan antara puak dan bangsa juga satu perkara yang tidak bermoral di kala mereka menyeru agar keadilan ditegakkan dan kebenaran dipertahankan.
Semua itu tidak lain hanyalah dongengan yang tidak akan menjadi kenyataan kerana asas mereka bergerak juga hasil dibiayai dari dana asing.
Baca artikel Panglima sebelum ini berkenaan Malaysiakini yang disahkan mereka sendiri dibiayai dana asing!
Esok bakal menjadikan semua keraguan terhadap pimpinan terutama yang membabitkan orang muda dihakis dengan adanya pemilihan perwakilan penggal 2013. Tidak ada istilah kroni, orang kuat KB, istilah oder from the top dan banyak lagi cara yang selama ini sebenarnya menjadi penghalang terutama nya anak muda yang memang dahagakan sudut bagi mereka menjadi diantara yang berjuang dalam politik terutamanya dalam UMNO
Soal tidak ambil pada yang menentang sekali pun mereka yang mempunyai pelbagai k emahiram dan pengalam nampaknya terhapus dengan adanya Pemilihan yang kita tahu bermula dati akar umbi, siapa sahaja boleh bertanding dan pengundi juga boleh memilih siapa yang dia suka... Inilah UMNO parti keramat yang jauh bezanya dengan parti Cai Roket bila terbukti sebenarnya mereka lebih rasis, kroni malah tidak ada lansung demokrasi seperti apa yang UMNO transform seiring dengan kehendak akar umbi
Cai Roket nampaknya lebih bersifat kuku besi dan menindas, apa lagi lansung tidak demokrasi, cuba bayangkan untuk aljub sendiri bini nya sehingga meletak jawatan dan memberi ruang kepada aljub, malah semua anak beranak memegang jawatan tinggi tanpa sebarang perlantikan secara demokrasi
Roket pulak makin celaru sehinggakan dalam kongres pemilihan (CEC) yang terpaksa diadakan dua kali dan masih tiris bila keraguan undi memang membuatkan kita merasai semuanya diatur dalam kalender dynasty Lim si kuku besi. Mana kala PAS pulak kita lihat sudah tepat dengan gelaran cai... Manakan tidak kerjanya lebih untuk roket sehingga kejayaan roket menambah kerusi sebaliknya Pas makin merundum dengan bilangan kerusi, kesian jugak bila kita jelas tahu pas dilembukan terutama diatas jalan raya hanya untuk agenda yang tersembunyi untuk roket.
Malah Sibulan nie sanggup menganugerkan gelaran Khalifah serta mengangkat darjat mere lebih tinggi dan terhormat dari Umat islam itu sendiri...
Bagaimana pun teman nampak Gopeng kini nyata punya pemimpin baru bagi memastikan kebangkitan dan tempat anak muda terutamanya di Gopeng bakal dimertabatkan kembali selepas seperti mana yang kita tahu sebelum ini nyata kegoyahan dalam saf muda tidak dapat disembunyikan
Apa pun teman doakan terbaik dan yakin dua orang anak muda yang teman kenali nie sdr Adli dan Sdr Sham insyallah ada diruang hati anak-anak muda. Sememangnya inilah pemimpin muda yang diperlukan demi meneraju perjuangan dilandasan yang tepat.
Esok teman hatap siapa sahaja yang bakal mengundi berilah pertimbangan dari sudut akal dan hati tanpa tertipu oleh yang lain sebenarnya hanya mahu tempat atau kemenangan dan sanggup buat apa sahaja demi tembolok dema sendiri... Jangan diberi ruang untuk pengkhianat...
Adli dan sham... Tahniah. Kehadiran kalian memang tepat pada titiknya... Semoga berjaya Insyallah
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam kerancakan ahli-ahli UMNO memilih barisan kepimpinan baharu untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, jangan dilupakan peristiwa penting yang akan dilakar pada Isnin ini.
Keputusan penting yang kita tunggu-tunggu tentang kes penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Katolik, The Herald akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini.
Keputusan kes ini diharap memihak kepada umat Islam supaya ia tidak dijadikan kes rujukan untuk tuntutan-tuntutan lain yang bersangkutan dengan agama Islam selepas ini. Malah diminta dijauhkan Allah juga daripada niat pihak tertentu untuk menggugat dan mencabar perkara berkaitan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan lain-lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Barangkali 'keberanian' untuk mencabar Perlembagaan ini bermula pada Disember 2009, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akhbar The Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" sebagai merujuk kepada "God" dalam akhbar itu versi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Pusat bagaimanapun merayu keputusan tersebut. Sensitiviti umat Islam dan martabat Islam dalam Perlembagaan wajib diambil kira.
Dalam Perlembagaan, Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut tetapi nampaknya sekarang agama lain pula yang berlebih-lebih minta diberi hak yang sama.
Dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid Kuala Lumpur semalam, khatib menyatakan percubaan menggunakan kalimah Allah di dalam kitab selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan dalam akidah atau kepercayaan umat Islam. Islam menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).
Kedudukan agama dan umat Islam pada hari ini diancam dari segenap penjuru sama ada dari segi sosial, syariah dan akidah. Mereka melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga memberi pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan kalimah Allah. Lebih mendukacitakan mereka sanggup mempertikaikannya sehingga membawa isu ini ke mahkamah.
Jika kalimah Allah dibenarkan, ada segelintir penganut Kristian mungkin bertanya; kenapa umat Islam perlu keliru? Kenapa orang Islam hendak baca Bible? Kenapa pula umat Islam hendak pergi gereja ketika orang Kristian sembahyang?
Ada juga yang ekstrem, menyatakan penganut Kristian tidak perlu kebenaran sesiapa untuk menggunakan perkataan "Allah", apatah lagi daripada orang yang 'bukan pemilik' perkataan Allah.
Sememangnya umat Islam bantah dan marah terhadap kenyataan seumpama ini. Kerana, apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam akhbar tersebut atau Bible versi bahasa Melayu, tindakan itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.
Lebih membimbangkan ialah agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.
Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.
Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.
Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?
Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.
Semoga keputusan Mahkamah Rayuan Isnin ini menamatkan kebimbangan umat Islam Malaysia. InsyaAllah.
Empat lelaki asing yang dipercayai anggota ''Geng Ah Fatt'' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.
Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.
Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaan untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.
"Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini. Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol," katanya. Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu.
Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.
Berikut kenyataan penuh Wan Johori:
l ) Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.
Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.
2) Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.
Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.
3) Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.
Kerana KUASA PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan bangsa sendiri!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pertama ini sms jemputan dari macai ckmm menjemput perwakilan untuk berjumpa dengan ckmm...
Assalammualaikum. Salam 1 Msia. YB Datuk Seri/YB/Dato/Datin/Tuan/Puan yang dihormati. Dipersilakan hadir bersama Ketua-Ketua Cawangan 4 pkt ke Perjumpaan bersama YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia pada 10/10/2013 (Khamis), jam 4.00 ptg di Grand Ballroom, Main Floor Putrajaya Marriott Hotel & Spa IOI Resort City, Sepang Utara.
Kehadiran diucapkan terima kasih. Dpd: Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor.
Bahagian terlibat: Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, K,Jaya, PJS, Kuala Langat, Sepang.
Ok selangor ada 22 bahagian, kenapa hanya 11 bahagian sahaja yang di jemput? mana perginya 11 bahagian lagi...?
Adakah ini satu agenda tersembunyi ckmm...???
Lagi satu, buat apa kempen manager ckmm yang sibuk usung hang sana sini ada bagi pemberian gula-gula lagi.
Kalau tipu, ini apa dia? Amik sampul ke amik surat watikah? Keh keh keh....Sampul tu berisi RM 3ribu - RM 5ribu. Wahhh...duit mai tang mana tu... sumber berita dan gambar korang klik sini
So kepada 146,500 perwakilan yang akan mengundi pada 19 oktober ini, korang nak ke pemimpin yang guna politik wang menjadi pemimpin korang...???
Suara-suara mahu melanggar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas semakin lantang kedengaran.
Terbaru, FMT memetik kenyataan twitter daripada Yang DiPertua Pas Padang Serai, Fauzi Tahir yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Pas.
" Saya mahu uji ahli-ahli Pas memahami perlembagaan parti," katanya.
Perlembagaan Pas tidak menyatakan bahawa parti itu mesti dipimpin oleh ulama, namun kepimpinan ulama telah berakar melalui pembentukan majlis syura, lapor FMT.
Portal itu diberitahu bahawa niat Fauzi menawarkan diri bertanding berpunca daripada sikap Abdul Hadi yang tidak mendengar sentimen akar umbi di Kedah, yang membawa kepada kekalahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.
Bekas Menteri Besar Pas, Tan Sri Azizan Abdul Razak dipersalahkan di atas kekalahan tersebut.
Sepanjang tempoh 2008-2013, bekas ahli exco Phahrolrazi Zawawi dan Ismail Salleh telah membuat dua percubaan untuk menjatuhkan Azizan, namun Abdul Hadi tetap berkeras mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, walaupun beliau mempunyai masalah dan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti.
Fauzi dilaporkan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Azizan yang menyebabkan PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) itu.
Portal itu turut memetik pendapat Rahman Talib, blogger Pas Tulang Besi yang dikaitkan dengan kumpulan profesional yang mendakwa Fauzi tidak mungkin akan dapat menjatuhkan Abdul Hadi kerana Presiden Pas itu mendapat sokongan penuh daripada majlis syura dan kumpulan ulama dalam parti.
Pendapat sama turut dilontar oleh KP Padang Serai yang menyebut kenyataan Fauzi;
Kata YDP Padang Serai (Fauzi); "Saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas bukan untuk melawan atau mencabar TG Haji Hadi…tapi untuk menguji ahli-ahli Pas di seluruh Malaysia sama ada faham atau tidak perlembagaan parti.
"Saya tahu, saya tidak boleh menang…kerana belum tentu saya akan dapat cukup pencalonan. Ada pihak akan menghentam saya…dan menuduh saya macam-macam. Saya bersedia."
Blog pro Pas, alhusseyn51 menyokong hasrat Fauzi untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden itu.
"Setidak-tidaknya, para perwakilan akan cuba menyelidik dan mengkaji kad laporan Haji Hadi yang selama ini menjawat jawatan tersebut,"katanya.
Menurut blog itu, jika pada pemilihan 2013, Abdul Hadi masih tidak dicabar, maka beliau akan kekal di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut.
"Beliau merupakan tokoh tradisional PAS yang disokong penuh oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS. Kebetulan mereka senegeri iaitu dari Terengganu walaupun Ketua Pemuda membina karier politik di Pahang. Kedua-dua sayap itu telah berikar menyokong kepimpinan ulama dalam PAS.
"Konsep 'Kepimpinan Ulama' memang diterima pakai oleh kebanyakan ahli Pas ketika ini. Tiada ahli PAS yang bencikan ulama.
"Walau bagaimana pun mereka beranggapan 'Kepimpinan Ulama' bukan bererti kedudukan orang nombor satu dan dua hanya layak diisi oleh pemimpin berlatar belakang agama, tetapi ia merujuk kepada adanya Majlis Syura Ulama.
"Setiap ahli PAS adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan parti jika telah mendapat pencalonan. Malah untuk merebut jawatan Presiden sekalipun. Perlembagaan parti tidak menghalang untuk berbuat begitu,"katanya.
Menurutnya, Musyidul Am pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) sendiri tidak ada masalah jika jawatan Presiden dicabar.
"Baru-baru ini Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan sebagai menyatakan hasrat supaya TGHA dikekalkan sebagai Presiden. Namun jika ada yang nak mencabarnya, saya rasa TGNA sendiri pun tidak ada halangan.
"Ingat tak lagi ketika kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini, TGNA telah mencadangkan supaya tidak ada pertandingan jawatan pun semasa muktamar ke-57 (2011).
"Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti. Maka berlakulah juga pertandingan pada Muktamar ke-57,"katanya lagi.
Blog itu mencadangkan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bertanding jawatan Presiden Pas melawan Abdul Hadi dan bukannya bertanding Timbalan Presiden melawan Mohamad Sabu.
"Tuan Ibrahim dilihat boleh diterima oleh mana-mana pihak didalam Pas. Inilah kelebihan yang ada kepadanya. Malah beliau lebih layak menjadi Presiden Pas menggantikan Haji Hadi.
"Haji Hadi sepatutnya bersara dengan hormatnya selaku presiden kerana telah dilihat acap kali melakukan perkara yang kontraversi kebelakangan ini.
"Isu Kota Damansara adalah salah satu daripadanya. Menuduh orang secara melulu kononnya menjual filkuda dan kominis adalah tuduhan berat.Sebagai manusia yang faqeh, Haji Hadi tahu risiko dan hukumnya tetapi kenapa sehingga kini belum ada kenyataan 'maaf' daripadanya.
"Ramai yang masih menunggukan tindakannya itu sebagai tanda rendah diri bahawa Ulama bukan maksom; bahawa ulamak pun tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi segera beristighfar setelah menyedarinya. Kesalahan dengan Allah, minta ampun dengan Allah.Kesalahan dengan manusia, kenalah minta ampun dari manusia…Beliau harus melakukannya secara terbuka kerana tuduhan yang dibuatnya itu tersebar luas di media elektronik,"katanya.
Sementara itu, laman sosial Husamnewpresiden menggunakan medan internet berkempen Datuk Husam Musa bertanding jawatan Presiden Pas.
"Laman ini dibina oleh ahli-ahli Pas yang menyokong Husam Musa sebagai Presiden Pas masa depan.." sumber dari laman itu dipetik.
Laman sosial yang disukai oleh 1,143 pelawat itu menamakan Mursyidul Am adalah Nik Aziz, manakala Presiden Pas adalah Husam Musa.
"Reform.. kuatkan parti dan jadikan kekalahan Pas di Kedah dan Terengganu sebagai pengajaran," lapor info laman sosial itu.
Menurut suaragenerasibaru.com, poster-poster melobi Husam sebagai presiden baru Pas sudah dikesan sejak Jun lalu yang disebarkan perhimpunan 'Black505′ projek tajaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelobi utama Husam, Shake Omar Ali pernah menganjurkan forum "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" di KLSCAH (KL Selangor Chinese Assembly Hall) untuk menonjolkan idolanya itu.
Husam dalam forum itu berkata polemik ulama dan profesional dalam parti itu perlu dihentikan kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan serta kepercayaan umum terhadap Pas.
"Bukankah al-Quran untuk semua? Adakah al-Quran itu untuk satu kumpulan sahaja? Adakah saya sebagai muslim dan hamba Allah yang kerdil tiada hak untuk memahami al-Quran, mengamalkannya dan menghayati kehebatan dan keindahan al-Quran?
"Jadi kalau saya komited sebahagian daripada ajaran al-Quran adakah dengan itu saya juga tidak layak untuk memberikan pandangan tentang isu-isu kepimpinan? Adakah pernah satu masa dalam Islam ada eksklusif kepada orang tertentu?" katanya.
Mengenai konsep kepimpinan, Husam mengambil contoh tokoh pemimpin terkenal Sultan Muhammad al-Fatih yang tidak dikategorikan sebagai ulama namun diangkat sebagai pemimpin terbaik mengikut hadis Rasulullah.
"Kita ambil Muhammad al-Fatih, dia bukan ulama dan bukan dikategorikan sebagai ulama tapi hadis Rasulullah mengatakan siapa yang bebaskan Constantinople dia adalah pemimpin yang terbaik…jadi 'the best leader' jatuh kepada Mohamad al-Fatih," katanya.
Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.
Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.
Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.
Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.
Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.
Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.
"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.
"Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
"Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
"Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
"Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.
Ilmuwan di Istituto Italiano di Tecnologia (IIT), Italia, berhasil membuat kertas yang tahan air, bersifat magnetis, dan bebas bakteri tanpa mengubah sifat dasar kertas.
Proses teknologi nano yang digunakan memastikan bahwa kertas yang dihasilkan tetaplah seperti yang kita kenal, bisa ditulisi atau digambari, dimasukkan ke printer atau mesin fotokopi, atau dilipat-lipat menjadi prakarya.
Roberto Cingolani AP photo
Dr. Roberto Cingolani yang mengepalai tim ilmuwan menjelaskan bahwa proses pengolahan kertas ini dilakukan dengan mengambil molekul tunggal (monomer) pada kertas. Kemudian dipasangkan dengan partikel nano sehingga terbentuk sebuah polimer yang kemudian disebarkan dalam cairan.
Senyawa akhir yang dihasilkan berupa matrik polimer yang berisi partikel-partikel nano. Proses teknologi nano ini, yaitu mencampur sejumlah monomer dengan berbagai tipe partikel nano, mendasari terciptanya bermacam-macam karakter saat diaplikasikan pada kertas.
Contoh serat kertas fluorescent (courtesy of IIT)
(courtesy of IIT)
(courtesy of IIT)
Jika partikel nano berupa besi oksida ditambahkan ke matrik polimer, maka akan dihasilkan kertas magnetik; sementara partikel nano perak akan menghasilkan kertas bebas bakteri. Proses yang sama juga bisa diterapkan untuk menghasilkan kertas tahan air, kertas yang mampu membersihkan diri sendiri atau kertas yang dapat bersinar dalam gelap (fluoresensi).
Senyawa yang dihasilkan kemudian diinjeksikan ke kertas atau bisa juga ke material lain seperti kain. Pengaplikasiannya dilakukan dengan cara digulung atau dicelup. Tapi ingat, hasilnya bukanlah berupa kertas yang berlapis senyawa, melainkan selubung tiga dimensi lembut yang menyebar di tiap-tiap serat kertas.
"Kertas bebas bakteri dapat digunakan untuk mengemas makanan dan aplikasi medis," kata Dr. Cingolani. "Kertas fluoresensi dan magnetis bisa digunakan untuk kepentingan keamanan dan catatan bank atau perlindungan mata uang atau dokumen penting lainnya. Sementara kertas tahan air bisa digunakan untuk dokumen pusaka," pungkasnya.
Kalau peneliti Italia kabarnya berhasil menemukan kertas tahan air, bagaimana dengan yang satu ini?
AquaNotes Waterproof Ide bisa datang dari mana saja. Bisa dari melihat referensi bagus, atau mungkin saja saat asik mandi. Repotnya ide yang datang di kamar mandi, kalau kita pelupa biasanya ide itu menguap setelah acara mandi selesai.
Nah, ide ini yang mendasari seorang Shower Thinker - demikian sang penemu ini ingin disebut, jelasnya lihat di myaquanotes.com, menciptakan notes tahan air. Notes ini dilengkapi pensil yang juga tahan air.
Dalam promosinya, produk notes plus pensil ini sangat ramah lingkungan. Bisa didaur ulang dan batang pensilnya terbuat dari kayu cedar yang pengelolaannya mengikuti syarat perlindungan lingkungan.
Aquanotes sudah diproduksi besar-besaran, harga jualnya sekitar 9.95 Dollar Amerika untuk notes berisi 40 lembar.
Kabar gembira buat pengguna internet. Google punya rencana membuat akses Internet murah untuk masyarakat dunia. Seperti dikutip dari Cnet, Google dilaporkan tengah menjajaki kerjasama dengan organisasi pemerintah AS dan Inggris serta beberapa perusahaan lain yang tergabung dalam wadah Alliance for Affordable Internet (A4AI).
Tujuan gerakan ini adalah mengarahkan negara-negara, khususnya negara berkembang, menuju perubahan kebijakan dan peraturan yang mendorong akses Internet kabel dan nirkabel yang lebih baik.
Menurut Badan telekomunikasi PBB, International Telecomunication Union (ITU), biaya koneksi Internet melalui jaringan tetap (fixed-line) di negara berkembang secara siginifikan lebih dari 30 persen dari pendapatan bulanan. Ini dianggap masih terlalu besar.
"A4AI memiliki tujuan khusus, yakni mencapai target Komisi Broadband PBB untuk akses broadband hingga kurang dari lima persen dari pendapatan bulanan di seluruh dunia," kata jennifer Haroon, Eksekutif Utama program akses Google melalui postingan blog.
Sebab itu, A4AI berencana melibatkan 10 negara dalam proyek ini sampai akhir tahun 2015. Nantinya, proyek akan turut mengelola spektrum nirkabel, perizinan jaringan operator, dan mengusahakan pajak murah untuk peralatan telekomunikasi pendukung. Setidaknya hingga di bawah lima persen, atau enam kali lipat lebih murah dari biaya Internet hari ini.
Ilmuwan terkejut ketika melihat adegan mengharukan dari seekor induk simpanse yang sedang berduka. Gambar-gambar mengejutkan yang menunjukkan bagaimana simpanse berduka sama seperti manusia ketika anak yang dicintainya itu menghembuskan nafas terakhir.
Ilmuwan sudah tahu bahwa ibu simpanse membangun hubungan fisik yang dekat dengan anak-anak mereka. Ibu simpanse membawa anak mereka dalam pelukannya sampai dua tahun. Mereka menyusui anaknya sampai berusia enam tahun. Tapi, sekarang ilmuwan tahu bahwa simpanse ternyata juga bersedih ketika anaknya mati. Ilmuwan berhasil memfilmkan bagaimana kesedihan seorang ibu simpanse yang ditinggal mati oleh anaknya yang baru berusia 16 bulan. Simpanse itu meratapi kepergian anaknya dengan caranya sendiri.
Ibu simpanse itu terus membawa jasad anaknya untuk lebih dari 24 jam. Setelah itu, ibu simpanse lembut meletakkan jasad anaknya di tanah. Kemudian dari jarak dekat, dia memandangi wajah anaknya.
Secara berkala ia kembali ke tubuh anaknya. Si ibu simpanse itu menyentuh lembut wajah dan leher anaknya dengan jari-jarinya untuk memastikan apakah anaknya memang benar-benar telah tiada.
Dia kemudian memanggil satu simpanse dari kelompoknya untuk meminta pendapat kedua soal kematian anaknya. "Pada hari berikutnya, simpanse telah meninggalkan tubuh anaknya," tulis laporan Institut Psikolinguistik Max Planck.
Wawasan Unik
Dr Katherine Cronin dan Edwin Van Leeuwen bersama Prof Mark Bodamer dari Universitas Gonzaga (Washington) dan Innocent Chitalu Mulenga mengambil gambar ibu simpanse itu di Chimfunshi, Zambia.
Cronin mengatakan penelitian ini memberikan wawasan unik mengenal bagaimana simpanse meratapi kesedihannya.
"Setelah menggendong mayat bayinya selama lebih dari satu hari, ibu simpanse meletakkan tubuh anaknya di lapangan," kata Cronin. "Dia berulang kali mendekati tubuh anaknya. Jari-jarinya menempel pada wajah dan leher bayi selama beberapa detik."
Ibu simpanse tetap dekat dengan tubuh anaknya selama hampir satu jam. Dia kemudian membawa jasad anaknya ke kelompok simpanse.
Ibu simpanse meminta kelompoknya untuk menyelidiki tubuh anaknya. "Pada hari berikutnya, ibu itu tidak lagi membawa tubuh bayi," terang Cronin.
Laporan yang dipublikasikan dalam American Journal of Primatologi ini memberikan gambaran bagaimana primata bereaksi terhadap kematian orang dekat. Apakah mereka mengerti tentang kematian. Apakah mereka berkabung.
Peneliti percaya bahwa simpanse mengalami masa transisi yang unik. Sebagai ibu, simpanse belajar tentang kematian bayinya. Suatu proses yang belum pernah dilaporkan secara rinci.
"Video ini sangat berharga karena si ibu simpanse memaksa seseorang untuk berhenti dan berpikir tentang apa yang mungkin terjadi dalam benak primata lainnya," kata Cronin.
Bila klaim ilmuwan ini bisa dibuktikan, boleh jadi kita akan melihat manusia purba hidup kembali.
Ilmuwan genetik George Church dari Harvard University mengklaim mampu melakukan kloning pada DNA manusia purba Neanderthal. Dengan demikian, DNA manusia purba yang dimasukkan ke dalam genetik manusia modern itu akan menghasilkan individu baru.
earth-pages.co.uk
George Church, ahli genetika baru-baru ini mengungkap bahwa ia bisa memperkenalkan kepada dunia terkait kekerabatan erat antara manusia purba Neandherthal dengan manusia modern saat ini. George Church menjelaskan, mengkloning manusia Neandherthal bukanlah hal yang sulit untuk dilakukan.
Yang menjadi kendala ialah, adakah seorang wanita modern saat ini yang siap dan bersedia bertindak sebagai ibu bagi individu kloning tersebut. Untuk melakukan kloning tersebut, George mengatakan bahwa diperlukan ekstraksi beberapa sampel DNA dari tulang fosil manusia purba Neandherthal.
Menggunakan fragmen tulang tersebut, kemudian ilmuwan dapat mengumpulkan DNA lengkap dari spesies yang telah punah tersebut. Menurut George, menciptakan embrio tidak akan menjadi tugas yang sangat rumit untuk diselesaikan.
Kendati demikian, teori yang dikemukakan George mendapatkan berbagai tanggapan dari berbagai kalangan. Newsmax Media melaporkan, George Chruch mengomentari topik kontroversial ini dengan mengatakan bahwa teknologi telah berkembang cepat dari sebelumnya.
"Pertimbangan saya melakukan ini karena melihat berkembang lebih cepat daripada sebelumnya. Jadi, sangat mungkin kloning manusia itu dapat dilakukan," kata George.
Lebih lanjut ia mengatakan, dirinya telah mengatur DNA dari tulang fosil untuk mengonstruksi DNA dari spesies yang telah punah. "Kini, saya butuh wanita yang 'berjiwa petualang'," imbuhnya.
Kendati kedengarannya mudah bagi George, namun gagasan kloning manusia Neanderthal dan meminta seorang wanita untuk menjadi ibu bagi individu "baru" bisa menyebabkan kegemparan. Terlebih, sebagian besar negara tidak mendukung dan perundang-undangan mereka tidak memungkinkan untuk dilakukannya eksperimen tersebut.
Selain itu, beberapa orang juga menyatakan bahwa percobaan tersebut akan bersinggungan langsung dengan keprihatinan terhadap etika dan hukum. Konon, neo-Neanderthals yang apabila lahir pun tidak akan cukup kuat untuk hidup di era modern saat ini. Neo-Neanderthals ini kabarnya memiliki kekurangan pada kekebalan terhadap penyakit modern.
Ingat serial TV atau film Star Trek? Dalam salah satu sinema fiksi ilmiah terbaik itu, Spock, salah satu tokohnya, mendemonstrasikan mind meld atau peleburan pikiran. Lewat peleburan pikiran, Spock berbagi pemikiran, pengalaman, dan ingatan, tanpa kontak.
Selama bertahun-tahun, manusia menganggap bahwa peleburan pikiran tersebut hanya fantasi belaka. Namun, riset terbaru oleh peneliti dari University of Washington menunjukkan bahwa peleburan pikiran tersebut bisa menjadi kenyataan.
Dua peneliti asal University of Washington, Rajesh Rao dan Andrea Stocco, mendemonstrasikan peleburan pikiran antar-manusia untuk pertama kali. Sebelumnya, peleburan pikiran pernah didemonstrasikan antar-tikus serta antara manusia dan tikus.
Dalam eksperimen yang dilakukan pada 12 Agustus 2013 lalu, Rao berhasil mengendalikan pikiran Stocco, tanpa kontak apa pun, tanpa bahasa apa pun, dan dari jarak jauh. Rao berhasil membuat Stocco menjalankan perintah yang tidak terkatakan, tetapi hanya ada di pikiran.
Untuk melakukannya, dua peneliti menggunakan beberapa perangkat, yakni electroenchepalograph (EEG) yang biasa digunakan kalangan kedokteran untuk merekam aktivitas otak, komputer, transcranial magnetic stimulation (TMS) untuk memicu gerakan motorik berdasarkan sinyal yang diterima, serta koneksi internet.
Rao melihat layar komputer dan memainkan video game dalam pikirannya. Di tengah permainan, ia berpikir bahwa ia sedang menembakkan meriam. Ia membayangkan bahwa ia menggerakkan tangan kanannya untuk mengarahkan kursor komputer ke tombol "fire".
Pikiran Rao ini direkam oleh perangkat EEG dan akhirnya diubah oleh komputer. Dengan bantuan koneksi internet, pikiran atau pesan Rao dikirim ke komputer Stocco. Pesan itu lalu diterima perangkat TMS yang dikenakan oleh Stocco.
Segera setelah pesan diterima, Stocco menggerakkan tangan kanannya secara tak sadar, seolah-olah menekan tombol "fire" untuk menembakkan meriam. Gerakan tangan tak sadar Stocco menunjukkan bahwa pengendalian pikiran yang dilakukan Stocco dan Rao berhasil.
Berkomentar tentang keberhasilannya, Rao seperti dikutip Reuters, Selasa (27/8/2013), mengatakan, "Sangat mengagumkan sekaligus ngeri, membayangkan aksi yang ada di pikiran saya diterjemahkan menjadi aksi nyata oleh otak orang lain."
Keberhasilan ini punya beberapa manfaat yang bisa dibayangkan. Misalnya, di masa depan, teknologi ini bisa membantu orang yang mengalami paralisis. Namun, jangan dibayangkan bahwa dengan teknologi ini seseorang bisa mengendalikan pikiran orang lain seenaknya.
Keberadaan mahluk halus, hantu atau jin, tidak semua orang bisa merasakannya. Hanya mereka para indigo yang dikaruniai indra ke-6 punya kemampuan ini.
Selain itu, ada juga orang yang walaupun tak bisa melihat makhluk astral, mereka yakin dan bisa merasakan ada hal yang aneh di sekitar merek lewat tanda-tanda alam tertentu. Salah satu simbol alam yang bisa menunjukkan keberadaan makhluk halus adalah dengan perilaku hewan-hewan di sekitar kita. Apa sajakah?
1. Cicak
Tidak banyak orang yang menyukai cicak. Cicak adalah salah satu hewan yang mengandung banyak mitos unik dan masih sering dipercaya di Indonesia. Salah satu mitos yang pernah ada yaitu apabila Anda masuk ke sebuah ruangan dan cicak jatuh tepat di kepala Anda, maka Anda harus menangkapnya dan membunuh atau membuangnya ke suatu tempat karena bila tidak, maka ayah akan meninggal.
Selain itu, cicak juga bisa menunjukkan keberadaan makhluk halus seperti kuntilanak. Konon, apabila Anda berada dalam suatu ruangan dan tiba-tiba cicak masuk sambil berbunyi, maka di situ sedang hadir makhluk halus.
2. Kunang-kunang
Kunang-kunang mungkin dianggap sebagai binatang yang bisa menambah romantisme suasana. Binatang yang disebut fireflies ini merupakan serangga yang indah karena mampu mengedipkan cahaya yang indah seperti bintang. Namun di balik keindahan itu, kunang-kunang punya mitos yang cukup menyeramkan.
Kunang-kunang sering disebut sebagai kuku orang mati atau jelmaan iblis. Meskipun bentuknya sudah jelas sebagai serangga, namun kedipan lampu hewan ini masih sering jadi pertanyaan dan perdebatan di kalangan peneliti.
3. Ayam jantan
Di antara semua makhluk yang mengandung mitos, mungkin ayam jago adalah salah satu yang mengandung mitos paling baik. Anda mungkin tidak jarang mendengar ayam berkokok. Namun bagaimana bila ia berkokok sebelum pagi hari alias di tengah malam atau dini hari jauh sebelum subuh?
Konon menurut mitos pertama, apabila ayam berkokok sebelum waktunya, maka sedang ada gadis yang hamil di luar nikah. Namun hal tersebut mungkin tidak seberapa dipercaya dibandingkan dengan mitos kedua yang lebih bagus. Apabila Anda mendengar ayam berkokok di tengah malam, sebaiknya Anda berdoa karena ayam tersebut sedang melihat malaikat
4. Tokek
Selain cicak, reptil lainnya yang kurang disukai dan mengandung misteri adalah tokek. Binatang yang satu ini konon berhubungan dengan ilmu sihir. Bahkan ada juga yang mengatakan bahwa tokek adalah binatang jelmaan jin atau setan. Mitos tokek tidak jauh berbeda dari cicak. Apabila Anda mendengar tokek berbunyi, kabarnya di tempat tersebut sedang ditunggui makhluk halus.
5. Anjing
Anjing adalah salah satu binatang yang paling sering dijadikan peliharaan. Mungkin kita sering gemas dengan tingkah anjing yang lucu, namun apabila Anda mendengarnya melolong atau menggonggong di tengah malam maka sebaiknya Anda hati-hati.
Berkebalikan dengan ayam yang berkokok di tengah malam, bila anjing menggonggong di tengah malam, maka hal itu bisa jadi bukan karena ia melihat orang asing yang bermaksud jahat, melainkan bisa menjadi alarm akan keberadaan makhluk halus.
6. Burung gagak
Ada beberapa jenis burung yang menandakan sesuatu yang buruk tentang kematian dan identik dengan makhluk halus. Burung yang pertama adalah burung hantu. Burung ini sering digunakan dalam film horor dan dipercaya sebagai burung peliharaan hantu dengan sorot mata yang mengerikan dan dianggap sebagai simbol kematian.
Burung lainnya yaitu burung dares dan burung gagak. Konon bila di rumah Anda berkicau burung dares yang berputar-putar, maka hal itu menunjukkan akan ada orang yang meninggal dunia. Burung gagak juga dikabarkan menjadi burung yang memberikan pertanda buruk seputar kematian.
7. Kucing hitam
Di beberapa negara Eropa, kucing terutama yang berwarna hitam dianggap sebagai makhluk mistis. Hal ini karena mereka percaya bahwa kucing adalah jelmaan penyihir. Tidak sedikit orang yang meyakini bahwa kucing adalah hewan pembawa sial walaupun beberapa toko menggunakan simbol kucing dan memelihara kucing sebagai pembawa keberuntungan. Selain itu, kucing hitam yang melewati mayat dianggap sebagai pertanda yang kurang baik.
Lydia Dimmock (7) melihat seekor anak rubah jantan di kebun rumahnya sendirian, tampaknya sudah ditinggal induknya. Lydia pun selalu meninggalkan roti dan susu untuk makanan anak rubah tersebut.
Dailymail.co.uk
Kini, keanehan terjadi. Setiap Lydia bernyanyi dan bermain di kebunnya, rubah kecil itu selalu muncul dan ikut bermain. Rubah kecil yang dijuluki Lydia 'Loxy Foxy' seperti karakter dari film Disney Chicken Little, begitu kepincut dengan anak ini.
Yang mengherankan, rubah keluar di siang hari untuk menonton Lydia bernyanyi di kebunnya dan melompat bersama ketika dia bermain di trampolin.
"Foxy Loxy sangat lucu, aku benar-benar menyukainya," ujar Lydia. "Dia suka menonton saya di trampolin dan mencoba ikut melompat-lompat. Saya membuat lagu dan bernyanyi untuknya. Ia pun selalu menyahut dengan menggonggong. Saya suka melihatnya. "
Dailymail.co.uk
Zillah Dimmock, Ibu Lydia (39) menambahkan: "Ini benar-benar persahabatan yang luar biasa. Lydia mencintai rubahnya dan perasaan itu tampaknya seimbang."
Walau demikian, Zillah, dan suaminya Andrew (48), pembersih jendela, telah menghubungi badan amal hewan Fox Project.
"Merupakan hal yang bagus memiliki rubah liar di kebun kami, tapi kami tidak ingin melakukan apapun yang dapat merusak kesejahteraan hewan itu," kilah sang ibu. ''Badan amal hewan mengatakan kepada kami untuk tidak menyentuh rubah dan tidak mendekatinya."
Dailymail.co.uk
Anehnya, hanya Lydia yang bisa memanggil rubah kecil itu keluar sarang. Sementara setiap kedua orang tuanya ada di kebun, Foxy selalu bersembunyi ketakutan.
Trevor Williams, direktur Proyek Fox, mengatakan, "Bayi rubah secara alami memang penasaran dan merasa nyanyian Lydia menghibur dan menyenangkan. Hewan itu jelas tidak melihat Lydia sebagai ancaman tetapi seorang teman dan bukan sesuatu yang ia harus melarikan diri."
Polisi di wilayah Norfolk, Virginia, Amerika Serikat sedang kebingungan. Kantor mereka diserbu laporan ketakutan warga via telepon. Masalahnya, ada 'anak singa' yang berkeliaran di jalanan dekat pemukiman warga. Bahkan ada yang melaporkan, 'anak singa' tersebut tampak seperti sedang mencari mangsa.
Semakin banyaknya laporan warga membuat polisi akhirnya menerjunkan personelnya untuk melakukan pemeriksaan. Terlebih, setelah mengetahui terdapat kebun binatang di wilayah tersebut yang memiliki dua ekor singa.
Polisi bersenjata pun lengkap turun ke lapangan. Mereka siap menghadapi segala kemungkinan terburuk. Ternyata, setelah menemukan keberadaan anak singa tersebut, hanyalah seekor anjing yang penampilannya memang mirip dengan singa.
Anjing bernama Charles the Monarch ini merupakan jenis anjing yang cukup unik, yakni labradoodle. Anjing labradoodle merupakan hasil perkawinan silang antara jenis Labrador Retriever dan poodle mini atau standar.
Charles memang sengaja didandani oleh pemiliknya agar mirip singa. Bulu di bagian tubuhnya dicukur hingga sangat pendek, sedangkan bulu di kepalanya dibiarkan panjang agar mirip surai yang ada di kepala singa pada umumnya.
Pemilik Charles, Natalie Painter, sengaja mendandani anjing seperti itu agar mirip dengan maskot tim universitasnya. Natalie kuliah di Old Dominion University di Norfolk. Maskot utama kampus tersebut adalah singa mengenakan mahkota.
"Saya kuliah di Old Dominion University dan maskot kami adalah singa. Kami juga memiliki kebun binatang di sini, jadi bisa dipahami jika warga sedikit ketakutan," ucap Natalie Painter.
Menurutnya, Charles banyak melakukan kegiatannya sendiri sepanjang waktu. "Dia memang kadang menyapa warga di jalanan dan berjalan di pinggir jalan dari toko ke toko. Dia tidak tampak seperti seekor singa, kok," ujarnya.
Aduh mbak Natalie, tidak mirip kok bikin polisi panik, sih...
Seorang wanita asal Hawai marah besar ketika seorang pejabat pembuat surat izin mengemudi (SIM) mengusik prinsip pribadinya. Pejabat tersebut meminta wanita Hawai mengurangi 36 huruf dari namanya dikarenakan tidak muat dicantumkan di kartu SIM.
Wanita tersebut memiliki nama yang unik, yakni Janice Lokelani Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele. Memang cukup panjang. Bagaimanapun, itu nama asli sejak lahir. Menurut Janice, pejabat yang menyuruh mengahapus nama belakangnya merupakan penghinaan terhadap budaya Hawai.
Tetapi pembelaan dikeluarkan juga oleh sang pejabat pembuat sim. Dia menganggap nama sangat panjang apalagi dia ingin memakai nama depan tertera juga.
Uniknya Janice diketahui selalu membawa dua lembar katu tanda penduduk selama 20 tahun. Kedua kartu tersebut merupakan sambungan dari nama keseluruhannya.
Jenice sebenarnya telah diingatkan oleh pemerintah lokal untuk mengurangi namanya. Akan tetap Janice menjelaskan nama belakang yang selalu dia gunakan merupakan penghormatan untuk mantan suaminya.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apabila melihat gambar diatas di muka depan Utusan Malaysia dua hari lepas meremang jugalah bulu roma saya. Meremang bukan sebab gatal....tapi sebab bangga bila melihat polis wanita berbangsa melayu dengan pakaian begitu dan siap pegang senjata lagi.
Bangga beb....bangganya tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata apabila melihat ada wanita melayu yang boleh sampai ke tahap itu.
Inilah pasukan Ops Cantas Wanita yang ditubuhkan khas oleh Bukit Aman untuk memerangi penjenayah yang sering dibela oleh PKR dan DAP.
Rasanya tidak menjadi masalah besar bagi Datuk Seri Shahrizat Jalil atau Kak Ijat untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan yang bakal berlangsung esok.
Beliau sangat kuat dan sangat sukar untuk direbahkan oleh pencabarnya. Beliau kuat kerana akar umbi Wanita Umno sangat menyayanginya. Perlu diingat beradanya Kak Ijat di kerusinya sekarang adalah kerana desakan ahli akar umbi pada pemilihan 2009. Kak Ijat tidak ada perancangan untuk bertanding melawan Tan Sri Rafidah Aziz pada waktu itu. Namun dek kerana gelombang kuat yang wujud mahukan beliau pergi, akhirnya beliau pergi dan menang dengan bergaya menumbangkan Rafidah.
Dalam Wanita Umno, ahli-ahlinya bukan sekadar menghormati Kak Ijat sebagai ketua dan mengikut segala kerja yang diarahkannya, malah mereka mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap Kak Ijat. Ini disebabkan oleh pembawaannya atau perwatakannya yang mudah mesra dan mengasihi wanita-wanita di bawahnya. Apabila orang-orang dibawah ada sifat kasih dan sayang kepada ketua, mereka bukan sekadar kasih dan hormat kepada ketua mereka, malah sanggup berkorban apa sahaja demi untuk ketua. Jika ketua bersikap bossy orang-orang dibawah hanya akan takut dan membuat apa yang diarahkan sahaja. Mereka tidak akan ada sifat kasih kepada ketua yang bersikap bossy.
Inilah faktor utama yang membuatkan Kak Ijat kuat dan terlalu disayangi oleh ahli-ahli Wanita Umno. Tambahan pula dengan pengalaman beliau dalam politik di peringkat nasional yang telah lama. Berbanding dengan dua pencabarnya yang begitu cetek pengalaman di peringkat nasional.
Dua pencabarnya masuk bertanding dengan mengharapkan satu gelombang akan wujud menolak Kak Ijat berikutan kes yang pernah dihadapi oleh keluarganya. Mereka silap percaturan kerana itu tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya sokongan terhadap Kak Ijat yang bertambah padu.
Kita semua sedia maklum yang Kak Ijat pernah menghadapi cabaran yang begitu besar pada tahun 2011. Adakah waktu itu anda melihat sokongan Wanita Umno terhadap beliau terjejas ? Tidak....
Sebab itulah saya Wanita Umno ada perasaan kasih dan sayang kepada beliau...
Ada yang kata jika Kak Ijat terpilih pihak musuh akan terus membangkitkan isu NFC . Adoiiii.....
Alasan yang cukup lemah. Mereka nak cakap apa biarlah mereka cakap asalkan kita tidak termakan atau terikut-ikut dengan apa yang mereka cakap.
Apalah sangat kes NFC berbanding dengan Anwar seorang peliwat ? Ingat....peliwat Nabi tak mengaku umat.
Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan Izzah yang menyokong kebebasan beragama?
Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan tindakan Setiausaha Agung Parti ISLAM Semalaysia yang menjerit dari atas katil coming...coming...coming... ?
Apalah sangat kes NFC jika nak dibandingkan dengan tindakan Pas merelakan Kalimah Allah digunakan oleh kristian ?
Mereka-mereka itu lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kes yang dihadapi oleh keluarga Kak Ijat. Tapi ada mereka peduli ? Ada penyokong-penyokong mereka kisah ?
Kes yang melibatkan keluarga Kak Ijat suaminya meminjam wang daripada kerajaan untuk perniagaan. Ingat...pinjam....bukannya mengambil wang kerajaan. Wang yang dipinjam perlu dibayar balik. Dan sekarang mereka sudah dalam proses pembayaran balik wang kerajaan.
Pas terang-terang setuju Kristian guna kalimah Allah. Bukan setuju untuk diberi pinjam. Setuju untuk diberi terus. Sedangkan dalam Quran dah dinyatakan Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanak dan tidak ada yang menyerupai Allah. Dalam kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada ayah.
Tindakan bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh kristian adalah tindakan mendua atau mentigakan Allah. Penggunaan kalimah Allah oleh kristian adalah satu perancangan jangka masa panjang.
Mereka kata nak guna dalam bible bahasa melayu. Sedangkan perkataan Allah jika diterjemah kepada bahasa melayu ianya beerti tuhan. Allah itu adalah bahasa Arab....bahasa Al Quran. Kenapa mereka nak guna bahasa Al Quran dalam bible bahasa melayu ? Inilah yang dikatakan rancangan jangka masa panjang untuk melarikan akidah orang-orang islam. Ini yang sepatutnya kita lebih bimbang. Tapi Pas buat selamba ja dan mereka masih boleh menang dalam selesa dalam PRU. Kita tidak perlu bimbang dengan kes seperti NFC kerana ianya tidak melarikan akidah umat islam. Ianya satu bentuk pinjaman dan perlu dibayar balik. Sepertimana orang pinjam dari bank, Mara atau mana-mana agensi lain.
Akhir kata di hari Jumaat penghulu kepada segala hari saya panjatkan doa kepada Kak Ijat agar mendapat kejayaan yang gemilang esok.
Wanita Umno di bawah Kak Ijat sekarang telah berada di landasan yang betul. Selesai pemilihan esok dan Kak Ijat kekal, maka mereka boleh mulakan kerja dengan segera untuk menghadapi PRK Sg Limau dan PRU 14.
Jikalah ditakdirkan pemilihan esok bertukar ketua, maka Wanita Umno perlukan masa yang lebih lama untuk membentuk pasukan baru, merapat dan menyatu padu kembali barisan kepimpinan wanita dan sebagainya. Banyaklah masalah yang akan timbul. Silap-silap 2-3 tahun masa dibuang untuk kerja-kerja itu.
Mengapa perlu pilih jalan yang susah jika jalan yang senang telah terbentang depan mata....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang wanita muda yang bertelanjang bulat selepas berpesta di dalam bandar sedang diburu polis.
Gambar-gambar aksi bogel seorang wanita di Hengshan Road telah dimuat naik ke internet baru-baru ini telah mendapat perhatian seluruh dunia, termasuklah pihak polis Shanghai lapor Shanghai Daily.
Wanita tersebut, pada mulanya dilihat memakai jaket nipis mengambil gambar di hadapan orang ramai yang lalu lalang di depan jalan.
Ada pelayar internet berpendapat wanita sedang mabuk dan tidak sedar gambarnya diambil dalam keadaan bogel.
Namun begitu, beberapa ketika kemudian, dua lagi set gambar bogel wanita yang beraksi di Xintiandi dan Bund dimuat naik.
Dengan memakai pakaian berwarna biru dan tanpa lengan dalam aksi lain, beliau telah menyelak hingga nampak bahagian sulitnya.
Ramai pengguna web beranggapan ianya adalah wanita yang sama.
Malah ada yang menuduhnya sebagai perempuan murahan yang tidak malu. Tak kurang juga mendakwa ianya satu strategi pemasaran syarikat pornografi untuk menarik pelanggan.
Polis melalui bahagian keselamatan rangkaian sedang memburu punca asal foto-foto berkenaan.
SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.
Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.
"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.
Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.
"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.
"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.
Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.
"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.
"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.
"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.
Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.
Artis seksi Indonesia kini sah bergelar isteri kepada Sajad Ukra (Jad). Nikita dan Jad merancang untuk mengadakan majlis persandingan mereka di Bali pada tahun hadapan.
Apa yang menarik, ibu kepada seorang anak ini telah membuat satu kenyataan kontroversial untuk bakal-bakal tetamu yang akan hadir di majlisnya kelak. Merancang untuk guna tema Jungle Parti, Niki mewajibkan para tetamu datang dengan hanya memaka bikini atau pakaian dalam sahaja.
"Ya, temanya nanti adalah rimba. Nanti semua yang datang perlu pakai seluar dalam sahaja," katanya ketika ditemui oleh Kapanlagi di pejabat Falcon Picture, Jakarta Selatan.
Sayangnya Nikita masih merahsiakan tarikh sebenar majlis resepsinya itu.
"Pokoknya, resepsi itu akan berlangsung tahun hadapan," kata Niki.
Pada sidang media yang berlangsung petang tadi juga, Wawa Zainal yang kini sah bergelar isteri kepada Aeril Zafrel mengaku telah melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos 2013 yang lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.
"Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.
"Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi," katanya.
Dalam pada itu Wawa Zainal turut menjelaskan dia dan Aeril tidak bermaksud untuk berbohong tetapi segalanya dilakukan bersebab.
Tambahan lagi, katanya dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.
"Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo," katanya.
Selain itu, Wawa Zainal menambah buat masa ini dia ingin fokus dan memberi perhatian sepenuhnya kepada anak mereka.
Menjawab mengenai penyakit misteri yang dialaminya sebelum ini pula, Wawa akui terkena penyakit tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya.
Suasana sidang media penjelasan Aeril (dua dari kiri) mengenai statusnya dengan Wawa Zainal (bertudung).
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
"Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab," katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat. Aeril Zafrel
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.
PETALING JAYA: Vivian Lee, pasangan kontroversi kepada blogger seks Alvivi, muncul dalam klip video yang berakhir dengan babak dia 'mengelar pergelangan tangannya'.
Video berjudul 'Penyesalan' itu dimuat naik di akaun Twitternya pada petang Khamis.
Video berkenaan turut dimuat naik di laman YouTube pada Rabu.
Klip video berdurasi dua minit itu diarahkan oleh teman lelakinya, Alvin Tan.
Vivian, 24, digambarkan sebagai wanita yang tulus ikhlas yang sedang melihat pilihan yang berlaku dalam hidupnya.
"Ketika saya masih keci, orang beritahu saya untuk mengejar cita-cita saya, percaya kepada diri sendiri dan cari jalan sendiri untuk berjaya. Dengan itu, semuanya akan menjadi mudah," katanya.
"Apabila dewasa, apa yang mereka kata benar-benar terjadi, saya pilih kestabilan. Jangan cakap terlalu banyak. Selain itu, saya juga seorang yang idealistik. Saya pilih ketidakpastian. Saya juga pilih bersuara terlalu kerap dan terlalu kuat. Semua orang mula rasa bangga dengan membenci saya.
"Saya rasa sukar menjadi orang dewasa. Jika saya ikut hati, semua orang kata saya salah. Saya jahat dan tidak berguna.
"Bukan itu sahaja mereka yang saya sayang juga enggan sayang saya lagi. Semuanya kerana idea saya dan mereka berbeza dan saya pilih jalan hidup yang unik dan tersendiri.
"Adakalanya saya fikir jika saya buat perkara yang betul adalah yang terbaik. Jujurnya saya penat. Mereka berjaya. Saya gagal. Saya sering mendengar suara hati saya. Mereka semua menyambutnya dengan riang.
"Bagi saya, kehidupan ini ibarat skrip yang ditulis oleh orang lain," kata Vivian sambil mengalirkan air mata di sofa sambil menonton televisyen.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk saya tamatkan perjuangan yang tidak bermakna buat saya lagi. Hanya dengan satu pukulan," katanya.
Video itu diakhiri dengan babak Vivian mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau sebelum skrin bertukar kabur.
Usaha menghubugi pasangan berkenaan tidak berjaya.
Sebelum ini, pasangan kontroversi itu memuat naik rakaman video seks mereka yang menyebabkan Alvin dibuang daripada pengajian undang-undang di sebuah insitutsi pengajian tinggi terkenal di Singapura.
Pasangan tersebut terus mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh dengan ucapan Selamat Berbuka Puasa yang menyebabkan mereka dikritik serta dipanggil untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa.
Pada 18 Julai lepas, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.
Ulasan mengenai fesyen selebriti di karpet merah Busan International Film Festival 2013 (BIFF) masih lagi belum reda.
Bagi penggiat media, terlalu ramai untuk mereka ulas mengenai kejutan fesyen yang ditampilkan oleh artis-arits pada malam tersebut.
Pelakon jelita, Han Soo Ah juga tidak terlepas dari kritikan. Sebelum ini, Kang Hanna dikritik dengan fesyen yang hampir menampilkan lurah punggungnya. Anda boleh lihatnya di SINI
Laman web asia247.com mengklasisifkasikan gaun Han Soo Ah sebagai penampilan terburuk selepas Hanna. Ini adalah kerana penampilan mereka berdua lebih kurang sama, hanya rekaan sedikit berbeza.
Gaun yang dipakai Han pada malam tersebut lebih mendedahkan bahagian dadanya, manakala Hanna di bahagian punggung.
Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.
Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.
Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.
Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.
Lesennya, remaja 'ekspresi' dan gemar melepaskan setiap rasanya.
Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.
Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes 'melacur' di alam maya, memang ia berlaku.
Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.
"Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!", bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.
Balas si gadis tak tahu malu ini pula: "Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!".
Akaun palsu
Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.
Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.
Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.
Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.
Bagaimanapun undang-undang masih ada untuk mengawal perbuatan jenayah ini kerana jelasnya ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan akhlak seseorang itu.
Letak ketepi soal undang-undang dan hukuman, persoalannya mengapa ada juga anak muda hari ini yang sanggup melakukan perkara seperti ini? Jika masih tidak percaya, anda sendiri boleh meneliti menerusi ruangan siber di mana menjadi himpunan ramai anak muda yang bagai tandus kasih sayang.
Peliknya, ada saja kaedah dan idea mereka untuk menyalahgunakan sesebuah kemajuan yang dicipta. Ada saja alternatif mereka untuk memberikan impak negatif kepada sesebuah teknologi yang tujuan asalnya positif.
Masalah serius
"Antara penyalahgunaan, menghantar mesej dan memuat video lucah dengan mengakses gambar yang ghairah, memang boleh merosakkan akidah dan maruah diri individu. Sekali gus boleh mendatangkan masalah sosial.
"Saya sendiri terkejut apabila terbaca status dan beberapa bahan lucah yang ada di dalam laman sosial ini kerana sepatutnya ruangan ini adalah untuk berkomunikasi. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Remaja atau golongan muda memang jenis yang gemar meluahkan apa saja yang mereka fikirkan. Tidak dinafikan, saya sendiri ada kalanya begitu kerana ia jelas dapat meringankan tekanan.
"Mana tidaknya, jika timbul rasa kurang selesa atau tidak puas hati, saya akan meluahkannya di Twitter dan teman-teman lain akan memberi komen kepada status saya. Setidak-tidaknya saya akan rasa dihargai dan berpeluang berkongsi tekanan itu dengan kawan lain.
"Namun jika hingga mengeluarkan bahasa kesat dan menjadi satu platform 'menjual diri', saya fikir ia adalah situasi serius. Mustahil untuk kita mengubah sikap dan pendirian seseorang jadi mungkin dengan pemantauan dari pihak berkuasa, perkara seperti ini boleh dikurangkan," katanya.
Soffian Ahmad, 24 Kuala Lumpur
Impak besar
"Impak kepada sikap mereka yang sering menyalahgunakan Twitter ini adalah besar. Bukannya pada diri mereka saja, sebaliknya mampu mempengaruhi remaja lain.
"Pernah juga saya meneliti perbualan beberapa remaja yang rancak bersembang lucah. Bukan saja berkomunikasi, malah sesekali mereka memuat naik gambar lucah pula kononnya untuk mengundang rasa berahi tanpa segan-silu.
"Sudah sinonim dengan golongan muda, suka mencuba benda baru dan sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan. Jadi sudah tentu jika adalah wabak dan virus sebegini, ia mudah merebak hingga berjangkit kepada individu lain pula.
"Itu lebih menakutkan kerana penyakit seperti ini sebenarnya menyerang secara senyap dan jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menjadi lebih serius hingga mampu meruntuhkan akhlak golongan muda lain," katanya.
PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi berasa malu apabila timbul isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.
Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati.
"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.
"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Sebuah akhbar pada Khamis melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat.
Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan.
Sementara itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.
"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
"Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk.
"Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi.
Dalam perkembangan lain, Fauzi kini sedang menjalani penggambaran drama Dialah Suamiku bersama-sama dengan nabila Huda dan Dazrin Kamaruddin terbitan Metrowealth International Group (MIG), siaran Astro Prima.
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengeluarkan kadar diskaun baru bagi saman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata kadar itu mengikut prinsip semakin lambat tempoh pembayaran dibuat semakin tinggi kadar saman yang perlu dibayar.
"Ia hanya RM150 jika anda membayar saman dalam tempoh dua minggu daripada saman dikeluarkan dan RM200 dalam tempoh dua minggu selepas itu.
"Mereka yang membayar saman selepas sebulan perlu membayar denda maksimum RM300," katanya kepada pemberita di sini.
Ismail berkata kadar diskaun berkenaan diberikan kepada saman yang dikeluarkan bermula pada 18 September.
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah menunjukkan penambahbaikan kerana ia tidak mengandungi sebarang kes 'sensasi' berbanding tahun sebelumnya.
"Kali ini, kita tidak lihat sebarang skandal seperti kes Projek Fidlot Nasional (PFN) dan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Ini satu kemajuan," kata Nur Jazlan pada forum anjuran akhbar Sinar Harian di sini, Khamis.
Beliau berkata kecuaian pasukan polis ketika mereka dengan rekod kehilangan aset bernilai RM1.3 juta seperti yang dilaporkan dalam laporan audit tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia boleh mengurangkan motivasi anggota polis ketika menjalankan tugas mereka.
Tapi orang di luar menjadi isu ini sebagai bahan jenaka kepada pihak polis. Bila orang mencemuh mereka dengan cara sebegitu anggota polis boleh hilang minat untuk melaksanakan tugas mereka menjaga keamanan negara," kata Nur Jazlan, yang menyebabkan sebahagian hadirin menyatakan rasa tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Ahli Parlimen Pulai itu, menegaskan kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kelemahan sejak laporan audit tersebut diumumkan.
"Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek secara sukarela akan memberi penjelasan kepada PAC mengenai tindakan kementerian itu menjemput selebriti terkenal K-Pop untuk membuat persembahan pada satu majlis tahun lalu. Ini kali pertama seorang menteri berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk orang awam mengadili pihak yang diketengahkan dalam laporan audit tersebut sebelum siasatan sebenar dijalankan.
"Undang-undang negara ini menetapkan setiap orang tidak bersalah hingga dia terbukti bersalah. Di mahkamah awam, mereka didapati bersalah hingga terbukti tidak bersalah. Ini sudah pasti bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Bagaimana pandangan Nur Jazlan itu dipatahkan oleh Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pihak polis sepatutnya mempunyai peraturan tertentu ketika melaksanakan tugas, termasuk kerja pemerolehan bagi mengukuhkan pasukan mereka.
"Jika mereka sendiri tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam pasukan mereka sendiri, saya bimbang orang awam akan mula bimbang mereka tidak dapat menjaga keselamatan mereka. Rakyat akan hilang kenyakinan terhadap pasukan polis," katanya.
Forum berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan.
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.
Berikut kenyataan penuh Wan Johori:
l Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.
Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.
l Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.
Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.
l Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan tetap bersama Umno sekalipun gagal mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya semenjak 2009.
Menteri Pertahanan itu berkata, beliau hanya mahukan ahli Umno memberikan Presiden dan Naib Presiden satu saf kepimpinan terbaik untuk membawa Malaysia ke satu tahap yang paling baik.
"Apa pun yang terjadi saya akan terus menyokong perjuangan parti. Saya akan terus berkerja. Saya akan terus berjuang dengan Presiden untuk meneruskan perjuangan Umno," katanya dalam satu wawancara khas bersama Utusan Online yang disiarkan secara langsung.
"Sekarang sudah suntuk. Tidak ada dah masa untuk berkempen. Saya akan terus berjuang walau apa pun terjadi," katanya.
Hishammuddin sekali lagi menolak dakwaan terdapat arahan daripada peringkat tertinggi Umno untuk mengekalkan penyandang jawatan naib presiden seperti yang digembar-gemburkan.
"Ahli perlu fikir apa yang berjaya kami lakukan. Kami sudah berjaya dan ahli perlu lihat semua itu. Apa pun tidak ada 'wahyu' daripada sesiapa.
"Tidak ada klik. Kami bekerja untuk semua. Ahli perlu melihat itu. Apa yang kami sudah lakukan. Kami bekerja," katanya.
Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu, pengalamannya dalam parti itu dan dua kementerian yang beliau terajui kini menjadi aset utama kepada perwakilan Umno untuk menilainya.
"Sejarah akan ingat kita memimpin parti dalam keadaan sukar dan kita berjaya. Saya rasa tiada siapa buat ramalan kerana pertama kali pemilihan dibuat oleh akar umbi.
"Ujian pertama keputusan presiden dan timbalan presiden sudah dilalui. Tiada insiden berat. Esok sayap akan diuji. Semua ini bukan hanya dilihat ahli Umno malah semua rakyat dan dunia sedang memerhatikan. Saya yakin mereka akan membuat keputusan tepat.
"Mereka pasti akan melihat perjuangan kami yang lama dengan baik," katanya.
Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal merupakan penyandang jawatan naib presiden Umno.
Selain itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut bertanding menjadikan pertembungan enam penjuru bagi jawatan itu.
MUNGKIN benar kata Bekas IGP Tan Sri Musa Hassan, ada campur tangan pihak-pihak tertentu terhadap operasi atau pengurusan PDRM, atas sebab itu, tugas-tugas polis semasa beliau masih IGP kurang berkesan.
Melihat kepada kejayaan demi kejayaan PDRM sejak akhir-akhir dalam membentras jenayah, nampaknya PDRM mengembalikan auranya.
Kepantasan PDRM melumpuhkan penjenyah dilakukan dengan masa yang sungguh singkat, menunjukkan bahawa agensi itu memang mempunyai kepakaran membenteras jenayah.
Kejayaan PDRM akhir-akhir ini seolah-olah agensi itu mendapat lampu aladdin, manakan tidaknya, dalam tempoh 5-6 tahun lalu, perompak kedai emas misalnya, hanya menjadi cerita semalam; kerana sukarnya menangkap pelakunya apatah lagi melumpuhkannya.
Salah satu lagi kejayaan PDRM adalah bagaimana cepatnya tertangkap pembunuh Pengasas AMBANK, dan mengetahui dengan cepat dalangnya.
Sememangnya PDRM punya kecekapan daripada dahulu, hanya mungkin semangat mereka menurun, kerana kurang mendapat sokongan politik 5-6 tahun lalu.
Apa kah kerana pergantian Menteri, maka semangat PDRM kembali? atau kah kini mereka mempunyai kebebasan bertindak sesuai dengan kepakaran mereka membenteras jenayah dikembalikan kepada pasukan itu?
KALAU dulu, saban hari, macam-macam fitnah pembangkang limpar kepada Perdana Menteri. Mereka spin terus kematian Altantuya. Kini spin itu bagaikan unggun yang tidak berapi lagi, malah asappun tidak keluar lagi.
Sebabnya, selepas pergantian Menteri Dalam Negeri, Daripada Hishamuddin kepada Zahid.
Kini Menteri KDN, tiada istilah amaran lagi. Melanggar undang-undang saja terus libas. Zahid tidak perlu menjaga hati siapa-siapa. Beliau bertindak mengikut undang-undang ada dalam negara.
Disebabkan kegerunan Pembangkang pada Menteri KDN itu, berbagai helah mereka lakukan, termasuk mengedit satu "upload" di Youtube, kononnya Zahid mengeluarkan kenyataan Tembak dulu, tanpa amaran. Malah mereka mengelar beliau sebagai menteri TIGA LINE.
Terkini pembangkang pula secara menyindir, meminta akan bila PM Najib bertindak terhadap Zahid? lihat bagaimana sindirin Latefa Koya, Peguam Kebebasan seperti caption.
Esok merupakan hari penentuan untuk kita memilih pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi menghadapi PRU14 akan datang . Silap kita memilih pemimpin , masa depan kita di PRU14 akan sukar .
KETUA PEMUDA UMNO : YB KHAIRY JAMALUDDIN
NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA : KHAIRUL AZWAN HARUN @ AZWAN BRO
Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.
''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.
''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu.
Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.
Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum.
Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi 'bahagian mereka'.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.
Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.
Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.
"Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?
"Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat," katanya.
Tak kena rasanya dalam kesibukan pemilihan UMNO untuk Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO serentak seluruh negara esok GPB tidak menceritakan mengenai pemilihan di Bahagian sendiri iaitu Permatang Pauh .
Calon pilihan GPB untuk Ketua Pemuuda UMNO Permatang Pauh adalah Sdr Abu Bakar Sidek atau lebih dikenali Ben . Beliau mendapat sokongan kuat daripada Ketua Pemuda sekarang iaitu Cikgu Zaidi Mohd Said bagi mengambilalih tugasnya nanti .
Alhamdulillah GPB sendiri telah berjumpa & mendengar sendiri Visi & Misi yang mahu dibawa beliau jika dipilih sebagai KP. Masalah orang muda seperti tiada pekerjaan tetap , peluang menjadi usahawan , & pendidikan merupakan agenda utama.
Selain itu , bagi memantapkan barisan jawatakuasa Pemuda Bahagian , pemimpin muda dari latar belakang bidang agama & intelektual /profesional akan dilantik .
Tetapi ketika kempen yang akan berakhir malam ini , Ben telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan .Tak cukup serang dirinya , kini ahli keluarganya pulak menjadi bahan kempen .
Semua orang Permatang Pauh tahu beliau adalah anak kepada Pak Non @ Non Cabai . Pak Non pernah suatu ketika telah tersilap memilih bersama Anwar Ibrahim dan gambar itu kini disebarkan oleh pihak lawan anaknya ini bagi menghasut perwakilan agar jangan memilihnya .
GPB hairan sekali mengapa dalam kempen pihak sebelah sana itu menyerang ahli keluarga Ben . Mengapa tak jual sahaja apa sahaja kamu nak bawa dalam Pemuda di Permatang Pauh ?
Untuk pengetahuan semua , Pak Non sendiri telah mengakui kesilapanya yang lepas & kini beliau telah menyokong kembali perjuangan UMNO . Beliau berharap kesilapannya dulu jangan dilibatkan anaknya yang ingin bertanding KP Permatang Pauh.
Sokongan kuat Pak Non kepada UMNO dibuktikan dengan sokongan padunya semasa PRU13 di Permatang Pauh di mana beliau antara orang kuat berkempen Calon BN Dun Sbrg Jaya Dato Mohd Nasir Abdullah .
Jadi, kepada perwakilan Permatang Pauh .. anda nilaikan lah sendiri cara puak sebelah sana berkempen . Tunjukkan kemampuan anda bukannya taktik kotor seperti ini serang keluarga .
KUALA LUMPUR: Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, the son of Umno veteran Tan Sri Sanusi Junid, along with four others who will take on Umno Youth head Khairy Jamaluddin, may be among the underdogs but has a lot to say about his candidacy.
The Bendang Baru Umno Youth chief's candidacy stood out because he was the first one to announce his intention to contest.
Using the slogan of 'Hidup Melayu', Akramsyah on Friday said he wants to turn Umno Youth into the pressure group within the party again and actively fight for the Malay agenda.
Malaysian Digest catches up with Akhramsyah, 40, to find out more about the person, his vision and the issues he fights for within Umno.
We spoke to him at his office in Bangsar recently.
MD: First and foremost, people want to know, "who is this guy?" "Is he serious?" These are some of the questions people have, including party members, of you. What do you have to say about this?
AKHRAMSYAH: People will always have their perception (based on their opinion). It is easy for someone who don't know me to say those things.
The right people to ask these questions are those who have actually worked with me, on many levels, to achieve things. These were people who was involved when we brought 20 volunteers to Japan during the tsunami and people who stuck with me during tough times.
With that (kind of experience), maybe they will have a better perception (of me). But still, some will continue to (have their opinion based on their perception).
In the end, it is their right.
MD: You do not hold any important position in the government. Whereas the normal Umno-style of thinking is that someone needs to hold an important governmental position to be the top party leaders. What do you think about this?Why should they pick you?
We should look back at the history of Umno… It is filled with people who do not hold any ministerial posts but still able to contribute to the party. My favourite example is Tun Abdul Ghafar Baba, who held the vice president post.
Although he was an MP, he did not belong to any ministry, which many thought should be prerequisite as a party vice president.
Eventually, he was chosen by then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to be his deputy. That shows the reflection of his credibility…that a person can come from within the party - even though he does not hold any (ministerial) post - as long as he can help the community.
On my part, I am contesting the Youth chief post and this is the starting point of my contribution to the party.
Over the years, I have chosen to focus on my profession. Through my profession, I helped many Malays and other Malaysians…I hope all this will be taken into account when voting starts.
The last time I offered myself was for the Youth exco member position, back in 2009. At the time, the members decided not to choose me. Still, I am grateful and respect the decision of the 164 delegates who did vote for me. At the time, I did not hold any post in party but still they voted.
At the national level, in general, many Umno members may not know me, but people in the youth movement do - some in the corporate sector knows me too - along with those who I have touched during numerous election campaigns, are familiar with me.
Akhramsyah and his supporters shouting 'Hidup Melayu' during a press conference on Friday. Pic: mDMD: This issue of not holding any post, does it give you more focus?
The reason for contesting is actually to ensure friendly competition within the party.
Since there was no one stepping up to the challenge, there was this perception that those to be chosen should be Khairy's men and I feel this is sending the wrong message to the party.
I want to send a message that I am not Khairy's man. In fact, I have known of him since the university days and we have never been at the same level of opinion.
The risk now is some may call or see it as domination or monopoly by people who were seen as the chief's men. With my participation, I hope it will open up room for other members to bravely say that they are not the chief's men. I openly invite anyone to contest this post.
At the moment, we don't have a universal support and there were voices from the grassroot wanting me to contest.
We need to have this kind of competition, and in the end, it doesn't matter who wins, as long as the person being elected is someone with credibility.
MD: What other advantages do you think you have over Khairy?
I grew up in a Malay environment, I am the son of New Economic Policy and proud of it.
I studied in MRSM and that was done on purpose. The education there has allowed me to interact with the Malay community from all walks of life. My best friend then was the son of a tobacco planter and I was glad that he finished the education with flying colours.
My education also allowed me to communicate and understand what the people are talking about, their grouses. I am open to ideas. I can speak their dialect.
By this I don't mean 'ayaq' (water). Do you know what 'keleboq' means?
During high school I was introduced to poem. On Sept 16, while many Malaysian waits at Dataran Merdeka, I was in Pasir Salak, reading a poem I wrote at an event I have been supporting for the past few years.
I can do all that because I feel it is important to appreciate the culture and be part of the Malay psyche.
Admittedly, I don't have much advantage but would like the network of members to take advantage of this fact… that I am THEIR candidate. I am a 'budak Mara', whose mentality have been imbued with the right religious teaching and spirit.
And the best thing about 'budak Mara' is that we are very open. Any one of us can join the opposition party if we want to but we are not dogmatic or fanatical toward our beliefs.
MD: What is happening within Umno Youth and your plans for it, if you are accepted by the members?
Three things I feel are important to look at should I be accepted as the new chief.
First, there is a need to address this feeling among members that the welfare of the Malays, including the Youth and party members, are not being taken care of.
It is not because the party is not doing anything but many feel that there is a gap between the party's plan, aspiration and what the members received on the ground.
They hear a lot of noises but are not feeling it on the ground. This, I think can be improved upon.
For instance, the programme to help Malaysians buy affordable houses and low cost housing: the problem here is not about the policy. The policy is good. It is also not about the delivery system.
The problem is that, the delivery process is taking longer (than liked) and members do not know how things being circulated. This in turn causes frustration, especially when those who received the aid are (seen to be) not eligible.
Secondly, there is a gap between leaders on top and leaders at the bottom. Many feel the leaderships did not interact with them. There is a lack of a two-way exchange of views and communication.
What went wrong? Was there an element of bias or did the messages not go down far enough?
We need to find out more about it.
With the new voting system in place, leaders will have no choice but to interact with everyone.
Thirdly, there is a perception that Umno Youth have either lost or forgotten its 'soul'. The crux of the matter is that the Youth movement had always been about bringing the Malay agenda forward and (upholding) Islam as the moral code.
The wing seems to have forgotten that before Merdeka, it was the youth movement (which had a role) equivalent to Umno Youth (and it) had sparked the debate and challenged the status quo. If Umno Youth is not the driving force, it could lead to the downfall of the party.
When we strive, we must know our core. In the end, we are Malays and have to champion the Malay rights.
That is also why I took up the slogan 'Hidup Melayu' (Long Live The Malays) and hope the slogan will remind everyone that we are here to champion the Malays.
Pic: mDMD: What do you think about members who have been found guilty of money politics? Should they be allowed to re-contest?
To be allowed to re-contest after one had been punished or found guilty…this is something we have to accept. The worrying part is that voters kept on choosing those with bad records.
It is really the choice of the electorates. That the electorates are seriously considering it, this is where the problem lies. If members want Umno to be clean and fair, then they will have to start rejecting and punishing them, including those who had been found guilty but not punished.
MD: By championing the Malay rights and asking members to look back in history seems like you are romanticising or glorifying the past, whereas Khairy is being seen as someone who is going in the opposite direction and aiming towards the future and a more open movement.
Let us not confused being liberal with being open now shall we. I have to admit, I am a romantic. We Malays are romantic lot. (chuckles)
The Malay rock music is one good example of what the Malays are (about). (For example) during the Pasir Salak event, we have Nash singing and all of us around our 40s, were tempted to raise our hand to the tune.
One can choose to be appreciative of history and learn from it and at the same time still be open to new ideas.
Our challenge (as youth) is not about finding fault of our past leaders. Our challenge is bringing the youth forward in the manner that maintains our core values, the Islamic teachings and Malay culture.
In 2020, what sort of Malays do we want to see? Would you like to see your grandchildren as someone who embraces modernity but (still) recognisable (as a Malay) on the inside or are you willing to see something alien looking back?
MD: What do you think of your chances in the race, as it is now a five-cornered fight for those eyeing the Youth chief post?
I consider myself as the underdog because Khairy is the incumbent and a minister. However, each candidate has to face the same challenge to get as many votes (as they can) from the delegates.
I also find this question hard to answer because in the last five years there was little prominence given to the exco line-up. Whether this was because of the lack of performance, visibility or opportunity, we just don't know.
It is thus the responsibility of the leader to ensure that that team grows and get the credit they deserve. I will not see myself as an island and should I be accepted, I will see to it that opportunities are given to the team to grow.
How many children do you have and where do they go to school?
I have five children, the sixth is due in November. I believe that the government school system is still the best way to achieve a holistic education. You cannot educate your children to live in a society if they are not exposed to it. Thus, I am hopeful about the new education plan.
To me, instead of sending the children to private schools, we (as a family, should) supplement (school) with tuition classes and encourage them to read a lot. We want our children to learn what they need to live in a diverse society in Malaysia.
(My children) are expected to represent Malaysia in the SEA Games and will play the Myanmar traditional chess. The contingent is still being finalised but they feel very excited about it.
Akhramsyah addressing the press. Pic: mDMD: If you are not contesting, can you name three party members who you feel are able to lead the wing?
There is no such thing as a perfect leader and I feel the machinery needs to be fixed to churn out more capable ones.
One name I can think of now is Datuk Mohammed Suffian Awang – political secretary of the prime minister but he will not be contesting because he is with the PM.
Another is Datuk Muhd Khairun Aseh... and maybe even Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Nak salahkan siapa??? Kerajaan pusat bukan sahaja telah memberikan pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada kerajaan negeri untuk tujuan menaik-taraf sistem bekalan air bersih di Kelantan, malah juga telah menaik-taraf dan memperbaiki loji2 air di negeri ini. Harapan penulis agar kerajaan negeri Kelantan yang baru lebih bersifat mesra kerajaan persekutuan dan tahu berterimakasih agar