Pakatan Rakyat |
Posted: 20 Apr 2013 03:39 PM PDT | Chegu Bard Perlu Nyatakan Bukti Terhadap Kenyataan Ini Posted: 20 Apr 2013 03:00 PM PDT N21 Ustaz Mohd Yusni Mat Piah Saya berlapang dada dalam pertembungan 3 Penjuru di Sg Acheh, masing-masing calon bertanding atas arahan pimpinan parti masing-masing, namun saya amat kecewa pelbagai fitnah dan tuduhan jahat dilemparkan kepada Pemuda PAS Pulau Pinang. Saya menuntut bukti atas tuduhan ini (seperti di gambar yang di snap dari page Calon PKR Sg Acheh). Kami di pihak PAS sejak awal dulu tidak sekalipun menyerang atau berbuat jahat kepada rakan Pakatan kami di Sg Acheh ini, namun pelbagai tuduhan dan fitnah terus dilemparkan kepada Pemuda PAS P.Pinang. Pihak kami hanya bertindak sepertimana Islam wajibkan iaitu setiap fitnah yang dilempar kepada kita maka kita wajib menjawab dan memberi penjelasan. Saya mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang, para pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat berasa kesal berhubung dengan perkara ini. Jom Jadikan Sungai Acheh Suara PAS di DUN Pulau Pinang !! | Panas! Penyokong Umno Tanah Merah Di Layan Macam Binatang Posted: 20 Apr 2013 10:29 AM PDT | Video Ribuan Rakyat Bersama Husam Musa Di Putrajaya. Allahuakhbar! Posted: 20 Apr 2013 05:30 AM PDT allahuakhbar! | Video Sekitar Penamaan Calon Parlimen Shah Alam PRU13 Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT | Video Ucapan Rafizi Selepas Selesai Penamaan Calon Posted: 20 Apr 2013 04:28 AM PDT | Beza Penyokong Pakatan Rakyat Dengan Penyokong Umno Bn. Posted: 20 Apr 2013 03:00 AM PDT | Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Labuan Semasa Penamaan Calon Posted: 20 Apr 2013 01:30 AM PDT calon pas labuan allahuakhbar! | Live! Salahuddin Di Pusat Penamaan Calon Posted: 20 Apr 2013 12:30 AM PDT | Live! Kak Lah Bersama Lawan Parlimen Rantau Panjang Posted: 20 Apr 2013 12:00 AM PDT | Live! Calon Panchor Nik Amar Di Pusat Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 11:45 PM PDT Allahuakhbar! | Live! Calon Palimen Kota Bharu Bersama Calon Adun Posted: 19 Apr 2013 11:30 PM PDT allahuakhbar! | Live! Pencalon Dun Wakaf Bhaaru Kelantan Panas! Posted: 19 Apr 2013 11:15 PM PDT antara che loh dan sedi Allahuakhbar! | Live! Idris Jusoh Bersama Ustaz Ridhuan Di Besut Posted: 19 Apr 2013 11:00 PM PDT Allahuakhbar! | Live! Calon PKR Kuantan Bersama Keluarga Di Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 10:45 PM PDT Allahuakhbar! | Posted: 19 Apr 2013 10:30 PM PDT tumbangkan ibrahim ali! | Live! Ustaz Azizan Di Pusat Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 10:15 PM PDT Allahuakhbar! | 'Saya minta maaf' - Che Johan Che Pa Posted: 19 Apr 2013 10:14 PM PDT PASIR MAS: Penyelaras DUN Chetok, Che Johan Che Pa yang menarik diri sebagai calon BN Parlimen Pasir Mas, meminta maaf kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat Malaysia atas tindakannya itu. Beliau bersedia menerima hukuman tatatertib daripada parti. | PRU13: Kamilia dipecat daripada UMNO - TPM Posted: 19 Apr 2013 10:13 PM PDT
| Live! Himpunan Gambar Nurul Izzah Bersama Penyokong Lembah Pantai Posted: 19 Apr 2013 10:00 PM PDT | Live! Penamaan Calon Ketua Pemuda PAS Kelantan Posted: 19 Apr 2013 09:45 PM PDT Allahuakhbar! | Live! TG Hj Saleh Musa Di Tempat Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 09:30 PM PDT allahuakhbar! | Live! TG Haron Din Bersama Fathul Bari Di Pusat Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 09:15 PM PDT | Live! Ibrahim Ali Di Pusat Penamaan Calon Posted: 19 Apr 2013 09:00 PM PDT Allahuakhbar! | Live! TG Nik Aziz Naik Hilux Bersama Penyokong Ke Pusat Penamaan Posted: 19 Apr 2013 08:45 PM PDT | Live! Calon Kuala Terengganu Bersama Penyokong Posted: 19 Apr 2013 08:30 PM PDT Allahuakhbar! |
Posted: 20 Apr 2013 03:35 PM PDT | Mustapa akui terkejut Johan tak serah borang Posted: 20 Apr 2013 08:12 AM PDT
JELI: Kegagalan calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa menyerahkan borang pencalonan pagi tadi dianggap Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, watikah telah pun diserahkan kepada Che Johan sebelum hari penamaan calon. "Ini satu peristiwa yang mengejutkan kami dan kita perlu siasat kenapa perkara ini berlaku. Diharap siasatan dapat disegerakan. Ini adalah maruah parti dan kita mengharapkan calon parti kita bertanding," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pagi tadi. Pada penamaan calon di Pasir Mas, Che Johan yang juga Timbalan Ketua Umno Pasir Mas biar pun datang ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, namun tidak menyerahkan borang pencalonan. Ekoran itu pertembungan di kerusi tersebut satu lawan satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS. Mustapa berkata, peristiwa yang berlaku itu membimbangkannya. "Yang membimbangkan saya, kita sebuah parti yang besar BN, tak bertanding, maka itu sebab perlu segera mengadakan pertemuan dengan Biro Politik BN untuk mengatur strategi di Parlimen Pasir Mas," ujarnya. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Pasir Mas itu dianggap sebagai 'khianat' dan menipu penyokongnya sendiri. "Ini petanda BN akan terus dipinggirkan rakyat di negeri ini. Nasihat saya kepada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas. "Mereka nak undi siapa, Dato' Ibrahim bukan calon mereka, tetapi beliau bertanding atas tiket Bebas," ujarnya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa. Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad berkata, peristiwa yang berlaku tersebut begitu mengejutkan pemimpin dan penyokong Umno yang hadir pada perarakan calon. "Kemungkinan ia bukan satu taktik Che Johan, tetapi mungkin arahan daripada pihak atasan dengan harapan Ibrahim boleh menang," katanya ketika dihubungi di sini. Menurutnya, pasukan kempen bekas Ketua Umno Pasir Mas dalam kempen mereka menganggap Ibrahim adalah calon boleh menang. "Saya lihat sendiri Che Johan hadir bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon, namun sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, hanya diisytiharkan dua calon sahaja. "Dan saya yakin dia tidak serah borang pencalonan. Jika dia serah borang dan diisytiharkan bertanding, maka berlakulah pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan Bebas," ujarnya. | Che Johan tipu penyokong sendiri - Nik Amar Posted: 20 Apr 2013 08:11 AM PDT PENGKALAN CHEPA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri. Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya. Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri. "Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas. "Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas. "Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,"ujarnya. Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan. "Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,"ujarnya. Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU. Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu. | Polis Tahan Ketua Sekretariat Pakatan & 2 Saksi Pembikin Video Lucah Posted: 20 Apr 2013 08:08 AM PDT
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah. Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi. Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar. Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam. "Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard. Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan. -HD | Khalid Samad: Rakyat Pun Sudah Kenal & Boleh Nilai Lawan Saya! Posted: 20 Apr 2013 08:01 AM PDT
Penyandang kerusi parlimen P108 Shah Alam Khalid Samad (PAS) yakin pengundi di sini akan membuat pilihan terbaik dan tepat dengan memilihnya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti. Walaupun dikatakan bertanding di kerusi panas dan berdepan saingan sengit daripada lawannya, Datuk Zulkifli Nordin(BN), Khalid optimis pengundi bijak menilai wakil mana yang mampu membawa suara mereka. "Saya pasti rakyat dan pengundi penggal lepas dapat menilai prinsip dan pencapaian saya selaku ahli parlimen di sini. "Tidak perlu pula saya bercerita tentang lawan saya, saya yakin rakyat pun sudah tahu dan kenal siapa dia termasuk keperibadiannya yang ekstrimis. "Rakyat dan pengundi Shah Alam pasti bijak membuat pilihan," tegas beliau yang ditemui sejurus selesai pengumuman calon dibuat di Pusat Penamaan Calon Parlimen Shah Alam di Dewan Besar Tanjung di sini pagi tadi. Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kedudukan penyokong kedua parti Pakatan Rakyat (PR) dan BN yang ditempatkan secara tidak adil. Sewaktu pengumuman calon dibacakan, Khalid dilihat membantah dan meminta agar penyokong PR ditempatkan dengan lebih dekat agar mereka dapat mendengar pengumunan dibuat, peluang sama yang dinikmati penyokong BN. "Mereka (penyokong PR) diletakkan jauh, speaker juga diletakkan jauh daripada mereka, kemudian ada pula diletakkan lori seolah-olah menghalang pemandangan penyokong. "Sebab itu saya minta agar kedudukan mereka diubah, dan akhirnya setelah dipersetujui mereka dapat juga ke hadapan sedikit berbanding kedudukan asal," protesnya. Bagaimanapun, proses penamaan calon berjalan lancar dan pihak petugas keselamatan berjaya mengawal. Pada PRU 12 lalu, Khalid memperolehi 33, 356 undi berbanding lawannya dari BN, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang cuma mendapat 24, 042 undi, menyaksikan majoriti sebanyak 9,314 undi. Lawannya pula, Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Perkasa, pada PRU lalu menang kerusi parlimen Kulim Bandar Bharu, Kedah di atas tiket PKR sebelum menjadi sebagai calon bebas. Parlimen Shah Alam mempunyai 99, 957 senarai pengundi berdaftar dan 70 peratus daripadanya adalah Melayu. | Posted: 20 Apr 2013 07:57 AM PDT Oleh Amin Iskandar Penolong Pengarang Berita KUALA LUMPUR — Mana-mana ahli MCA yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat secara serta-merta, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar). Menurut presiden MCA itu, parti tersebut tidak akan membenarkan mana-mana ahli bertanding sebagai calon bebas kerana ianya melanggar perlembagaan parti. "MCA sejak awal lagi telah mengingatkan ahli parti bahawa sesiapa sahaja yang mensabotaj kempen pilihan raya akan dibatalkan keahliannya dan tiada rundingan dalam isu ini," kata Dr Chua dalam satu kenyataannya hari ini. "Parti tidak akan bertolak ansur dengan ahli yang bertanding sebagai calon bebas termasuk ahli parti Yoong Tham Fook yang bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kubu Baru," tambah beliau lagi. Beberapa kejutan dapat dilihat ketika hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini apabila beberapa pemimpin sama ada daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dipecat kerana mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Beberapa nama besar daripada BN seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah dilucut jawatan apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Selain itu, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Mohd Shariff Omar juga telah dilucut jawatan apabila bertanding di Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas. Bagi PR, dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini. Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana. MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor. Dalam Pilihan Raya 2013, MCA turut "meminjamkan" kerusi Parlimen mereka di Gelang Patah dan Wangsa Maju untuk ditandingi oleh rakan komponen BN mereka iaitu Umno. Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung pada 5 Mei ini juga bakal menyaksikan sama ada MCA mampu untuk menggembalikan sokongan masyarakat Cina terhadapnya ataupun menerima risiko hilang relevansi di kalangan masyarakat kedua terbesar di Malaysia itu. | Tok Mun calon paling tua tanding PRU13 Posted: 20 Apr 2013 07:48 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA TERENGGANU— Calon paling tua di Terengganu, dan mungkin di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu. Pencalonan warga emas itu diterima oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Adzlan Dagang hari ini. Kemunculan kali kedua itu menyebabkan Maimun yang mesra di panggil 'Tok Mun' menjadi tumpuan media di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini. Penyertaan Tok Mun itu menyebabkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong dan calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta calon Bebas. Tok Mun yang berbaju kurung coklat tiba di perkarangan Stadium Negeri seawal pukul 7 pagi dengan menaiki kereta sewa ditemani cucu angkatnya Nur Haslinda Mustafa, 31, yang menjadi pencadangnya serta seorang jiran, Timah Salleh yang menjadi penyokong. Warga emas yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU12 juga di Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' untuk pilihan raya kali ini. "Tok pilih simbol ini supaya hati pengundi-pengundi tok yang terkunci dapat dibuka supaya dapatlah mengundi tok untuk menang," katanya sambil memberitahu beliau menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit. Maimun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 awal tahun ini. Pada PRU 2008, Tok Mun yang menentang bekas penyandang Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. — Bernama | Gelombang Sokongan Rakyat Makin Kuat Di Selayang Posted: 20 Apr 2013 05:20 AM PDT SELAYANG: Gelombang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat(PR) makin kuat di Selayang berdasarkan kecemerlangan pentadbiran dan pelbagai program yang diaturkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini. Calon Parlimen Selayang, William Leong(PKR) berkata, rakyat dapat merasai perbezaan ketara di bawah pentadbiran PR Selangor yang dilihat lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding Umno-BN. "Saya yakin rakyat telah buka mata dengan satu keyakinan bahawa Kerajaan PR boleh memerintah dengan baik, jujur dan telus. "Saya sendiri sering turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat dan sekaligus memberi satu harapan kepada rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya. Bagi calon DUN Rawang, Gan Pei Nei(PKR), beliau berharap rakyat akan memberi mandat sekali lagi kepada PR untuk mentadbir Selangor bagi meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan sejak tahun 2008. Beliau yang kekal bertanding di kerusi DUN tersebut buat kali kedua yakin manifesto gabungan itu serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mampu memikat hati rakyat untuk terus kekal menyokong PR. "Saya rasa rakyat melalui maklum balas yang kita terima mereka nampak ada perbezaan ketara di bawah pemerintahan PR khasnya seperti polisi air percuma, program MES dan sebagainya. "Kita dilihat sebagai sebuah kerajaan bebas rasuah dan terbukti bersih serta amanah di mana ia diakui oleh Ketua Audit Negara sendiri. "Secara tidak langsung ia memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong PR," ujarnya. Sementara itu, calon PAS DUN Taman Templer yang ditandingi Zaidy Abdul Talib berjanji akan meneruskan kecemerlangan pentadbiran PR di Selangor dengan membawa harapan rakyat yang menuntut perubahan. Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik dengan menawarkan khidmat kepada rakyat dan menyerahkan kepada mereka untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak. "Kami di sini akan meneruskan kecemerlangan yang dibuat oleh PR dalam tempoh lima tahun. Di Malaysia. "Kita akan tawarkan khidmat kepada rakyat dan serahkan kepada mereka untuk memilih calon yang terbaik. Saya cukup yakin dengan kebangkitan rakyat yang percaya kepada PR," katanya. Calon PKR DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman pula berharap rakyat akan memberi sokongan padu kepada PR yang sentiasa berusaha membela nasib rakyat. Beliau juga berharap pilihan raya kali ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Saya ingin memenangi kerusi DUN ini untuk masa depan warga Kuang kerana saya telah pantau keadaan di sana sejak tahun 2000 lagi. "Saya akan meneruskan apa yang ingin dilaksanakan oleh PR di mana ia terbukti telah berjaya malah akan ditambah baik lagi seperti yang ditawarkan dalam manifesto PR Selangor," ujarnya. | Semua kerusi Parlimen, DUN ditandingi, kata SPR Posted: 20 Apr 2013 05:17 AM PDT THE MALAYSIA INSIDER KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online. Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1). Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2). | Khalid Ibrahim lawan BN di DUN Pelabuhan Klang Posted: 20 Apr 2013 05:05 AM PDT PELABUHAN KLANG : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang (N46) menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon KEADILAN, Tan Sri Khalid Ibrahim menentang calon BN, Datuk Nasaruddin M Zain. "Alhamdulillah, 2 calon sahaja telah diumumkan untuk Pelabuhan Klang - Saya dan Datuk Nasaruddin M Zain (Umno). Selamat bertanding secara berhemah kepada semua!" kata Khalid di twitter. Pencalonan itu berlangsung di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang. | Posted: 20 Apr 2013 04:54 AM PDT Penyandang kerusi Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, belau tidak akan berkempen untuk bekas pembantunya Allan Tan yang bertanding kerusi itu sebagai calon Bebas. "Beliau calon bebas sementara saya dalam BN," kata bekas presiden MCA dalam sidang media hari ini. Walaupun tidak diberikan madat mempertahankan kerusi, beliau berkata sedia berkempen untuk BN jika ada yang memintanya. Bagaimanapun beliau percaya tiada yang akan melakukannya kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak yang tidak terpilih. BN meletakkan Gary Lim sebagai calon MCA di Pandan berdepan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Lim, Ong tidak memberikan jawapan jelas. Diminta kepastian oleh pemberita, Ong menjawab akan mempertimbangkan. Bagaimanapun beliau berkata, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek lebih sesuai untuk tugas itu kerana beliau melihatnya sebagai calon boleh menang. | Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas Posted: 20 Apr 2013 04:49 AM PDT MALAYSIA KINI Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru. Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu. Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar. Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas. Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon. Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata. Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan. Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar. | Tanding bebas: Umno pecat Fadzil Hanafi Posted: 20 Apr 2013 04:22 AM PDT Bekas Exco kerajaan negeri Fadzil Hanafi, yang hari ini bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, dipecat keanggotaan daripada Umno serta-merta berikutan tindakan beliau itu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Fadzil bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu tindakan mengkhianati parti. "Kami berasa kesal apabila dia (Fadzil) telah mengkhianati parti apabila bertanding sebagai calon Bebas. Fadzil meletakkan dirinya lebih utama daripada kepentingan seluruh parti," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata BN Kedah dan DUN Alor Mengkudu tidak tergugat dengan tindakan berkenaan malah menaruh penuh keyakinan kepada calon BN bagi DUN Alor Mengkudu Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, akan menerima sokongan oleh pengundi. - Bernama | Najib: Surat pecat ahli BN tanding bebas Isnin ini Posted: 20 Apr 2013 04:19 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan dikeluarkan pada Isnin. Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi. "Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di Pekan hari ini. | Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan anak Nik Aziz Posted: 20 Apr 2013 04:15 AM PDT MALAYSIA KINI Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini. Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut. BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin. Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas. Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri. Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN. | Najib dicabar anggota majlis pimpinan pusat PKR Posted: 20 Apr 2013 04:10 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Pengumuman mengenai pertandingan satu lawan satu antara Najib dengan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali pada 10.45 pagi. Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan pada 9.08 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976. Najib yang berarak bersama kira-kira 5,000 penyokong BN yang membawa sepanduk dan bendera parti-parti komponen dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi. Berbaju Melayu biru, beliau masuk ke dewan itu bersama-sama calon BN lain dan menjadi calon pertama BN yang menyerahkan borang pencalonan. Calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan ialah Khairudin Mahmud bagi DUN Pulau Manis, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Aris (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini). Sementara itu, calon-calon pembangkang diketuai Fariz, 43, yang berasal dari Marang, Terengganu, tiba di pusat berkenaan pada 8.50 pagi diiringi kira-kira 500 penyokong yang membawa bendera dan sepanduk parti pembangkang. Kedua-dua penyokong parti yang bertanding di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan masing-masing melaungkan slogan mereka, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku. | Aziz Bari bertanding satu lawan satu di Sabak Bernam Posted: 20 Apr 2013 04:08 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abdul Aziz Bari, yang pernah mencetuskan kontroversi berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama, berdepan pertandingan satu lawan satu di Parlimen Sabak Bernam. Abdul Aziz, yang mewakili PKR, akan berdepan bekas guru dan bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sabak Bernam Zailani Kadir di Dewan Tun Abdul Razak di sini pagi ini selepas tempoh pencalonan tamat. Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan secara terbuka titah peringatan Sultan Sharafuddin berhubung isu serbuan Jais di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos 2011. Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam berlangsung aman dengan Mohd Fasiah, 57, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi, diikuti Abdul Aziz, 59, kira-kira 10 minit kemudian. Ketika ditemui, Mohd Fasiah berkata beliau yakin BN akan mempertahankan kerusi Parlimen itu dan mampu mendapat majoriti lebih besar pada pilihan raya kali ini kerana kerja parti dilaksanakan di kawasan itu sejak lima tahun lepas. "Sebagai setiausaha Umno dan BN Sabak Bernam kita telah lama melakukan persiapan dan kerja-kerja parti dan kita yakin akan meningkatkan lagi majoriti pada PRU-13," katanya kepada Bernama di sini. BN melalui Datuk Abd Rahman Bakri menang dengan majoriti 1,335 bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam mengalahkan calon PKR Dr Badrul Amin Bahron pada PRU 2008. Fasiah berkata sokongan rakyat khususnya warga guru di kawasan itu telah meningkat dengan tinggi dan Kerajaan Persekutuan yang dikuasai BN tetap prihatin dengan nasib penduduk Selangor melalui pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan awal persekolahan. Abdul Aziz pula ketika temui berkata beliau juga yakin memenangi kerusi itu dan akan mendapat sokongan semua pihak termasuk Ketua Bahagian PKR Sabak Bernam Badrul Amin dalam kempen pilihan raya ini. Sementara itu pertandingan satu lawan satu juga berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar melibatkan calon BN Kamarol Zaki Abdul Malik dan calon PAS Wahid Rais dan di DUN Sabak antara calon BN Abdul Halim Udin dan calon PAS Sallehen Mukhyi. Kawasan Parlimen Sabak Bernam mempunyai 37,390 pengundi berdaftar merangkumi 30,755 pengundi Melayu, 4,693 (Cina), 1,878 (India) dan 64 (lain-lain), membabitkan dua kawasan DUN iaitu Sungai Air Tawar dan Sabak.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |