Isnin, 17 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 17 Jan 2011 09:23 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Tenang By-Election: Normala Sudirman, The Candidate

Posted: 17 Jan 2011 08:52 AM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 17 Jan 2011 09:19 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


CALON PAS PRK DUN TENANG - NORMALA SUDIRMAN

Posted: 17 Jan 2011 04:00 AM PST

UNDI PAS- UNDI PAKATAN RAKYAT !
AYUH LAKUKAN PERUBAHAN !


ISLAM MERANGKUMI SEMUA ASPEK - ADUN MAHARANI

Posted: 17 Jan 2011 03:16 AM PST

ISLAM MERANGKUMI SEMUA ASPEK

Go to fullsize image


SENAI - Isu berkenaan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama ini sebenarnya tidak tepat kerana Islam adalah ajaran sangat luas yang merangkumi semua aspek


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Mohammad Taslim berkata, ajaran Islam itu sangat luas dan politik juga adalah sebahagian daripadanya.


"Kita hanya menyampaikan ajaran Islam berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Apa yang penting, apa yang kita sampaikan tidak menyeleweng daripada ajarannya dan demi kebaikan bersama , bukannya untuk kepentingan parti atau individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian , semalam.


Menurutnya , politik berlandaskan agama adalah tidak menjadi masalah namun ianya tidak boleh mengikut emosi dan hanya untuk kepentingan jangka pendek kerana pemimpin harus memikirkan jangka panjang iaitu akhirat.


Mohammad juga berkata, corak kepimpinan PAS memangnya berasaskan Islam dan mereka masih bertindak mengikut peraturan perlembagaan yang ditetapkan kerajaan.


Sementara itu, ADUN Nusajaya, Aziz Sapian berkata, beliau menasihatkan agar pihak yang mempolitikkan isu agama agar memberhentikan segera kerana isu itu bukan perkara yang boleh dipermainkan.


"Perkara sebegini timbul adalah untuk kepentingan individu dan pihak yang berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas," katanya.


Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikka isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.


Beliau berkata provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka.

Sumber : Sinar Harian Isnin 17 Januari 2011 (ms J4 Sentral).

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 17 Jan 2011 09:18 PM PST

PAS Cawangan Jaya Gading


Orang Mude jawab Pengarah Pelajaran Johor 'mangku' JUSA C

Posted: 17 Jan 2011 06:24 PM PST


Sumber :http://orgmudetepoh.blogspot.com/

Hari ni OrgMude akan jawab dan bagi komen sekali lagi kat Pengarah 'Bodoh' yang kononnya merasakan dirinya pandai. Semakin bercakap, semakin terserlah 'kejahatan' dan Hati busuk beliau dan dasar keUmNoooo annya. OrgMude akan komen dalam tulisan merah......

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut.

Kenapa menafikah...???? Terasa panas ke...??? Cikgu!!! Orang buta pun boleh menilai ucapan yang Cikgu buatlah.... Apa cikgu ingat semua orang pekak... siap minta ulang pernyataan sokongan kepada kaunselor..... Kepada semua pembaca, OrgMude pastekan ucapan yang dibuat oleh Cikgu Markom.... dengar dan nilai sendiri..... nah ni dia...dengar sendirilah....mengempen atau tidak....



Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

NONESebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya.

Cikgu, kenapa perlu diketahui kecenderungan politik guru-guru...??? Kenapa, kalau dia seorang guru pembangkang..... mereka tidak mengajar dengan baik ke...???

Sejarah membuktikan dan kalau tak percaya tanyalah kat mana-mana guru-guru diseluruh Malaysia.... hanya guru-guru yang TOTOK UmNooooo sahaja yang selalu tinggalkan kelas, tuang program sebab ke Perhimpunan Agung UmNooo.... bahkan suka " mempolitikkan sekolah " demi kepentingan politik mereka...

Biasanya, guru-guru yang sokong PAS, mereka akan bertanggungjawab atas amanah mereka, sebagai contoh Cikgu Mala, kerana berminat dengan perjuangan Islam, sebelum diistiharkan menjadi calon lagi beliau telah meletakkan jawatan....



Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya.

Menjadi hak JPN untuk mengetahui dan mengenalpasti kecenderungan politik semua guru...... Ni lagi satu kenyataan yang bersikap angkuh dan sombong bodoh.... Ok... kalau iyalah sepertimana yang dikatakan.... Sila nyatakan di bawah undang, undang mana, klaus mana menyatakan adalah menjadi Haka Majikan untuk mengetahui kecenderungan politik staff di bawah mereka...???? TOLONG berikan fakta dan bukannya AUTA.....

Jika didapati menentang kerajaan, katanya, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Ini kenyataan canteeeekkk..... memang betul, mana-mana kakitangan yang menyokong pembangkang...... bukannya dihantar untuk pergi kursus tetapi sebaliknya di "UGUT" atau di pindahkan ke kawasan pedalaman sebagai suatu "SIKSAAN" kepada mereka kerana menyokong pembangkang....

Cikgu !!!.... Org Mude nak tanya.... Apa maksud Demokrasi yang negara kita amalkan....!!! Adakah Demokrasi kata..... semua rakyat WAJIB menyokong dan bersama Kerajaan dan dasar Kerajaan walaupun Dasar yang Bodoh dan Dungu...???? Sebagai contoh, dasar PPSMI yang bengong dan tolol.... bukankah akhirnya ianya TERPAKSA di batalkan selepas Kera Jaan menghabiskan duit Rakyat berbillion banyaknya..... walhal hasilnya..... Hanya mendatangkan keuntungan kepada Kroni sahaja....

Selain daripada itu, Cikgu sepatutnya mencadangkan di dalam Perhimpunan Agung UmNoooo agar sistem Demeokrasi Berpelembagaan di pinda menjadi sistem Komunis Ciptaan UmNo..... Jadi Cikgu boleh memastikan SEMUA guru-guru di Malaysia adalah "pencinta UmNoooo" semata-mata....


Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Mereka wajib melaksanakan dasar-dasar Kera Jaan walaupun melanggar etika dan norma kemanusiaan !!! Cikgu.... ingat dalam ucapan yang Cikgu buat.... antara kata-kata Cikgu yang bermaksud, Guru-guru Kaunseling kena pasti sokongan parents samada kepada pembangkang atau Kera Jaan..... Itu ke yang Cikgu maksudkan sebagai menyokong Dasar Kera Jaan.... Cikgu...!!!

Adakah itu tugas dan fungsi Kaunselor di sekolah.... kalau ia.... Patutlah kita lihat sekarang ni, masalah sosial semakin Membarah dan meningkat di sekolah bilamana semua kaunselor kena ambik alih kerja-kerja JKK dan Guru kemas iaitu bekerja Untuk UmNooooo....


Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Kenyataan TOLO dan Menghina.... Cikgu kena ingat, hatta Cikgu sendiri mendapat gaji bukan hanya daripada buit Kerajaan TETAPI juga Duit cukai yang di bayar oleh Rakyat Malaysia.... Apa Cikgu ingat semua rakyat Malaysia menyokong UmNoooo ke....???? Antara Yang paling banyak membayar cukai adalah orang-orang Pembangkang, termasuklah saya... Jadi Cikgu sepatutnya bekerja untuk Rakyat dan mengikut apa kata Rakyat, bukannya UMNoiooooo.....


Kalau itulah mentaliti seorang Pengarah.... bolehlah dikumpulkan mereka ini dalam satu "kawah" bersama bekas Pengarah JPN Terengganu, Ipin.... dan OrgMude menyimpulkan bahawa Kenaikan pangkat Cikgu Markom sebagai pengarah bukan kerana pemikiran Kritis dan kelayakan sebenar beliau TETAPi lebih kepada kenaikan Pangkat disebnabkan Politik seperti mana kenaikan pangkat Ipin, X Pengarah JPN Terengganu....

P.S : TAHNIAH ORE MUDA..

DPPK PARIT

Posted: 17 Jan 2011 07:46 PM PST

DPPK PARIT


Berita Sedih dari Kedah

Posted: 17 Jan 2011 02:31 AM PST

Sokong larang pekerja Islam di premis arak

Posted: 17 Jan 2011 02:22 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 17 Jan 2011 07:40 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Pertolongan Allah Bersamamu, Cikgu Wardah

Posted: 16 Jan 2011 10:58 PM PST

Selama ini saya tidak pernah mengetahui insan bersuara lembut, penuh ciri kewanitaan yang memegang portfolio Lujnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat bernama Normala Sudirman. Beliau selalunya hadir ditemani suaminya ke mesyuarat Lujnah Pendidikan Pusat yang kadang kala kami bermesyuarat sehingga menjelang waktu awal pagi di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 

Saya mengenalinya sebagai Wardatul Jannah As Sofea. Selalu saya menyapanya dengan panggilan Cikgu Wardah. Rupanya itu hanyalah sekadar nama samaran yang biasa digunakan oleh para guru yang bergiat aktif dalam PAS dan memegang jawatan-jawatan penting. Bila diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Tenang, barulah saya menyedari bahawa Cikgu Mala dan Cikgu Wardah adalah insan yang sama dan serupa.

Menyedari beratnya amanah yang dipikul, ditambah pengalaman peribadi pernah bertanding mewakili parti dalam PRU, berat hati kecil saya untuk mengirimkan ucapan tahniah, sebagai seorang sahabat, saya utuskan ucapan takziah. Takziah juga untuk suaminya yang pernah saya kenali atas beban amanah ini. Allah bersama mereka yang memperjuangkan kebenaran dan bekerja meninggikan agamanya. Saya menerima perkhabaran, telah ada usaha untuk menukar suami Cikgu Mala yang juga seorang guru ke tempat lain. Teruskan kebebalanmu wahai Tuan Haji Markom Giran. Awal-awal lagi kamu dah berkempen untuk BN, sekarang nak menganiayai sesama manusia pula. Baik kamu letak jawatan sebagai Pengarah Pelajaran Johor dan bertanding lawan Cikgu Mala.

Saya meletakkan sepenuh keyakinan, pemilihan Cikgu Wardah adalah satu pilihan yang sangat tepat. Kesanggupannya meletakkan jawatan meninggalkan bidang perguruan demi memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti adalah satu pengorbanan. Beliau bukan meletakkan jawatana kerana ingin bertanding dalam pilihanraya kerana saya mendapat maklumat, beliau telah meninggalkan profesion perguruan semenjak Oktober 2010 lagi. Memetik sepatah kata Tuan Guru Presiden. "Beliau dipilih menjadi calon kerana tidak meminta untuk menjadi calon."

PAS LENGGONG

Posted: 17 Jan 2011 07:39 PM PST

PAS LENGGONG


Dari Roket

Posted: 16 Jan 2011 10:23 PM PST


Ucapan oleh Lim Guan Eng dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihan raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 16hb Januari 2011:

Hampir RM2 juta untuk mewujudkan setiap pekerjaan baru menunjukkan ketirisan (leakages) ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihan raya besar akan datang

Kerajaan BN telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.

Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bengkerapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN.

Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bengkerap pada 2019.

BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan.

Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.

PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bengkerap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya:

  • Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan

  • Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada 2010

  • Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9

  • Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam 3 tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan.

Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Perseketuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR.

Siapa yang kenal dengan Benar Betul

Posted: 16 Jan 2011 09:46 PM PST

semalam teruk juga UMNO belasah kita. Hj Razman mcm kita nak jawab hujah mereka ? Siap dengan fakta lengkap ..susah kita mcm ni ....dari risikan yg diterima ramai terpengaruh

Dia menulis pasal ceramah dilenggong malam ahad kelmarin. Jadi kalau beliau jujur sila beri butiran yang di perkatakan oleh penceramah supaya dapat YDP menyediakan data dan fakta. Tiada susahnya jika ada maklumat yang lengkap. Tuliskan saja dan masukkan dalam FB YDP>

Ceramah umno di lenggong

Posted: 16 Jan 2011 09:33 PM PST

Hari sabtu malam ahad kelmarin.
Hadir puluh orang sahaja.
sampai jam dua belas juga.
ceramah itu nak menjawab ceramah pengerusi ANAK dan pengerusi BAPA
Penceramah suruh pergi tengok rumah orang felda dulu macam mana sekarang macammana?

Ulasan penyokong PAS PR " Kalau hujah begitu yang dibawa buat rugi saja umno bawak penceramah yang merekakata tersohor itu.
Baik Mazlan Aliman atau Hj Razman PAS dan PR mengemukakan hujah berdasarkan fakta.
ANAK dan BAPA membangkitkan fakta kos untuk penyelenggaraan bagi tanam semula. Kos yang dilakukan oleh syarikat suwasta lebih rendah dibanding dengan kos yang dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Segala usaha mereka itu semata untuk memberi elaun kepada penceramah undangansupaya ada kerja. sedangkan mereka telah menyusahkan kakitangan awam.

Kepada PAS-PR telah ditetapkan nak buat ceramah tak boleh dibuat di rumah. tapi ceramah umno di lenggong itu dibuat dirumah. Manakala permohonan permit dibuat dalam tempoh yang amat singkat.

lihat mereka menyusahkan pihak berkuasa polis pula. Kalau polis tak bagi permit apa akan jadi? harus kena jawab atau tukar barangkali.

Sememangnya itulah kerja jahat umno serta para penyokong dan pengampunya.

Kedaulatan dan kuasa Rakyat

Posted: 16 Jan 2011 09:19 PM PST

PAS alu-alukan kebangkitan rakyat Tunisia
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jan: PAS mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekian lama.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT.

Apatah lagi, kata beliau sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

"Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Menurutnya, Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya dikenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama.

Sedangkan, ujarnya mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.

Rakyat Tunisia berjaya menggulingkan Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali yang memerintah selama 23 tahun bermula sejak kira-kira empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy.

Calon Pakatan Rakyat

Posted: 16 Jan 2011 09:13 PM PST

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com
Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, sepanjang ingatan saya seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Namun jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan, mana tahu.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuannya bekerja, mengatur strategi dengan tepat, menemui sebanyak mungkin pengundi dan sebagainya. Ini adalah pilihan raya kecil bersekala besar, justru ia menarik perhatian semua pihak.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Sementara itu dalam ucapan di malam perisytiharan calon PAS itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam
suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya," katanya.

Beliau menambah, bahawa Pakatan Rakyat sedar, pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. "Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun Presiden PAS itu meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Semakin hampir hari penamaan calon dan hari mengundi, suasana di Labis semakin rancak. Para pemimpin dan penggerak parti kebanyakannya sudah berada di Tenang untuk membantu kempen calon PAS, Cikgu Mala agar memenangi Dun ini.

Mereka akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tenmpat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat.

Cikgu Normala akan berada di tengah gegak gempita kempen ini dan kita yakin beliau kenal ramai dengan rakyat pelbagai kaum di kawasan itu, justru kiranya ini memberikan peluang yang baik kepada beliau untuk mendapat sokongan.

Normala akan bertemu dengan para pengundi di tiga kawasan Felda di Tenang, yang kononnya selama ini menjadi kubu kuat Umno/ BN. Tanggapan ini biasalah, tetapi tidak mustahil pengundi Felda, khususnya generasi baru akan mengundi Normala.

Beliau juga akan menemui sebanyak-banyaknya pengundi kaum Cina dan India dan diharapkan pengundi ini akan memilih calon Pakatan Rakyat ini disebabkan pengundi bandar biasanya melihat faktor isu dan seumpamanya.

Walau apapun keputusannya nanti, Cikgu Normala telah tampil sebagai tokoh muslimat dan pemimpin masa depan PAS dan sudah tentu beliau akan meneruskan perjuangannya.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 17 Jan 2011 07:15 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


GAMBAR KENANGAN BERSAMA BOLASEPAK 9 S PIALA KP SELANGOR

Posted: 17 Jan 2011 07:53 AM PST










DUN LEMBAH JAYA NAIB JUARA PIALA KETUA PEMUDA PAS SELANGOR 2011 / 1432

Posted: 17 Jan 2011 07:20 AM PST

Setia Alam, Shah Alam - 16hb Januari 2011 merupakan hari yang bersejarah buat Dewan Pemuda PAS Ampang kerana berjaya mendapat Naib Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara DUN Selangor bagi tahun 2011 / 1432h.
Sejumlah 40 DUN seluruh Selangor telah menyertai pertandingan kali ini.Pemuda PAS Ampang berjaya menguruskan 2 Dun iaitu Dun Bukit Antarabangsa dan Dun Lembah Jaya.
Pasukan yang mewakili Dun Bkt Antarabangsa, Kelompok Camar FC hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan C menyebabkannya gagal mara ke pusingan kedua.
Sementara itu, pasukan yang mewakili Dun Lembah Jaya berjaya mengharumkan nama Dun dengan mendapat tempat kedua  ( Naib Juara ) keseluruhan akibat tewas 3 - 0 di tangan pasukan dari Dun Bukit Melawati ( team kelab PDRM ).
Walau bagaimanapun, kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka memandangkan pemain kita agak keletihan dan hampir semua pemain mengalami kecederaan.
Alhamdulillah, kami mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang mewakili Dewan Pemuda PAS Ampang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang seharian kita berada di sana.Turut sama-sama meraikan, Ketua Pemuda PAS Ampang Ustaz Fazlul Rahimi Maarop.
Mudah-mudahan , kita sama-sama mendapat keredhoan dari Allah SWT dan Insya Allah kita meneruskan kesinambungan perjuangan para pejuang Islam yang terdahulu...
Amiin Ya Rabbal 'alamin.

Khalid Samad

Posted: 17 Jan 2011 07:13 PM PST

Khalid Samad


Mulakan Proses Pelaksanaan Islam Dengan Dakwah

Posted: 17 Jan 2011 05:58 PM PST

SHAH ALAM, 17 Jan: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalis Samad mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Selangor sebelum ini sudah cukup baik apabila seluruh masjid dan surau negeri ini begitu aktif memberikan penerangan dan kuliah agama.

"Kita tidak mahu apabila kita laksanakan terus apa yang kita hendak ia akan menimbulkan fitnah kepada Islam," katanya dalam temubual beliau dengan RTM.

Rakaman temubual itu disiarkan dalam blognya, www.khalidsamad.com.

Khalid dipercayai mengulas perbezaan pendapat yang berlaku di Selangor sekarang ekoran keputusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang Islam dari bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan arak.

"Pada dasarnya kita bersetuju dengan undang-undang ini dan tidak ada salah padanya, hukumnya jelas tidak boleh dipertikai, cuma dari segi pelaksanaan perlu ada siasah syariahnya," kata Khalid.

Beliau mengumpamakan apa yang dihadapi oleh negara ini sekarang adalah umpama seorang pesakit yang sedang terlentang sakit tidak boleh bangun.

"Kita umpama doktor, pesakit ada atas katil, terlentang dan tidak sihat. Kita kena pulihkan dahulu dia, bawa ke arah kesihatan yang lebih baik bukannya terus suruh dia berjalan dan berlari tanpa bantuan," jelas Khalid.

Beliau mencadangkan, kerajaan negeri memberikan penerangan terlebih dahulu, kemudian berbincang dengan peniaga dan pengusaha yang terlibat, mencari jalan supaya pekerja Islam tidak terlibat dengan arak walaupun bekerja di syarikat yang sama, alternatif pekerjaan lain dan sebagainya.

"Sedarkan masyarakat kita tentang undang-undang ini, beri pilihan pekerjaan kepada mereka yang terlibat. Kita tidak boleh ambil mudah dan gopoh mahu terus berubah," kata Khalid.

Cara yang terbaik, kata Khalid, adalah apabila pihak yang terlibat menyambut baik apa yang hendak dibuat "bukan memaksa mereka."

Berhubung dengan arahan Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri agar peraturan itu ditarik balik, Khalid berkata, "Apa yang saya faham adalah PBT perlu menarik balik dahulu pelaksanaan peraturan ini, jangan laksana dulu, biar kerajaan negeri bincang dulu."

Ihsan Harakahdaily

Berkaitan:
1. The Story of Umar Abdul Aziz and His Son (Dwi Bahasa)
2. Kisah Umar Abdul Aziz: Adakah Masih Relevan?


-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Interview RTM Isu MPSJ dan SUK

Posted: 17 Jan 2011 12:28 AM PST

PART I


PART II


Video ihsan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
-Pejabat YB Khalid Samad-

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Jan 2011 07:03 PM PST

PAS Kawasan Miri


Akibat Media Massa Malaysia Di Kuasai BN. Wartawan Jujur Bakal Menerima Padah.

Posted: 17 Jan 2011 03:23 AM PST

Malapetaka jika Utusan pecat Hata
Shaharul Shafie
Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan 'mencemarkan' imej syarikat. Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan 'profesional' dari syarikat berkenaan. Langkah mengadakan siasatan secara 'rasmi' ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan 'penyingkiran konstruktif' atau constructive dismissal.
Kemungkinan Hata dipecat adalah tinggi
Amalan 'perbicaraan' kosmetik ini sememangnya dijalankan di kebanyakan syarikat bagi menutup peluang atau menyukarkan sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi 'masalah dalam selimut' mana-mana majikan yang bukan sahaja diamalkan oleh korporat tetapi juga perkhidmatan awam. Jika ada peluang yang lain yang lebih selamat, majikan yang mempunyai banyak cawangan operasinya, cara membuatkan kakitangannya 'berhenti dengan rela' ialah dengan memindahkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dalam satu sela masa yang singkat agar kakitangan berkenaan berputus asa dan berhenti atas kerelaan sendiri.

Namun begitu, taktik sebegini tidak mampu lagi digunapakai oleh Utusan kerana kedudukan Hata sendiri sebagai orang yang berpengaruh dalam dunia kewartawanan di negara ini. Ini adalah kerana apa sahaja yang didedahkan olehnya akan terus mendapat perhatian terus media yang berlawanan ataupun media alternatif untuk melaporkannya. Kedudukan istimewa Hata pastinya menggugat kelangsungan Utusan di dalam pelaporannya. Namun begitu, sejauh manakah Hata selama ini hanya memburukkan Utusan? Kita akan bincangkan nanti.
Tindakan memecat Hata dijangkakan memberikan kesan buruk kepada imej kebebasan akhbar di negara ini yang sesungguhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepentingan majoriti di dalam Utusan Malaysia. Di saat negara berkira-kira bilakah pilihanraya umum ke 13, tindakan kembali ke belakang sekali lagi dibuat oleh BN pastinya memberi padah lebih besar jika benar PRU diadakan pada tahun ini.

Demokrasi Malaysia terus-menerus tercalar
Selain itu juga, pihak negara luar ataupun pelabur asing yang masih berkira-kira untuk menambah atau masuk melabur ke dalam negara ini pastinya melihat situasi ini sebagai satu masalah dalaman 'demokrasi' di Malaysia yang masih belum subur. Semasa kebebasan media dinilai oleh sebuah organisasi luar yang dikenali sebagai Freedom House pada tahun lepas, Malaysia masih ketinggalan dengan berada di tangga ke 147 daripada 196 negara yang dinilai.
Negara-negara jiran kita yang dilihat sebagai masih membangun dan kurang membangun nampaknya berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari kita. Antaranya ialah Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134). Hanya kita berada pada paras lebih baik dari Singapura yang berada di tangga 152.

Singapura adalah satu situasi yang berbeza kerana sejarah lokaliti dan saiznya yang lebih kecil di mana urusan demokrasi adalah terkawal. Malah, Singapura secara sejarahnya juga sudah pun menjadi negara maju disebabkan usaha melobi negaranya menjadi negara entreport perdagangan dan pakej ekonomi yang lebih bebas seperti negara-negara di hemisfera barat. Malah, Singapura sendiri sudah menjadi satu keperluan lokasi sejak zaman-berzaman lagi disebabkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah kerancakan ekonomi di Asia Tenggara.

Malaysia yang mempunyai banyak pesaing ekonominya di rantau ini tidak boleh mendabik dada menjadi seperti Singapura di dalam mengawal media dan boleh menjadi negara maju dalam acuannya sendiri sepertimana Singapura suatu hari nanti. Kita yang mempunyai lebih ramai penduduk dan memerlukan banyak industri bagi menjana hasil isi rumah dan ekonomi negara maka isu kebebasan media antara bentuk KPI yang diperhatikan oleh negara-negara barat yang kaya untuk melabur (FDI).

Kebebasan media adalah KPI kemasukan FDI
Meskipun kini Malaysia berbangga kerana menjadi destinasi pelaburan dari Timur Tengah tetapi negara-negara ini yang kebanyakannya negara pengeluar petroleum akan kepupusan hasil sumber bumi itu tidak lama lagi. Ini pastinya lebih buruk apabila pusat ekonomi di Timur Tengah di Dubai kini mengalami masalah ekonomi dan gelembung hartanah yang bakal memberi kesan semula pelaburan dari negara Emeriah Arab Bersatu itu yang kini berada di luar kembali semula ke rantau itu bila-bila masa. Bukan itu sahaja,pelaburan dari Timur Tengah sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi sudah semakin banyak wang mereka memasuki negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang menyediakan pakej perlindungan pelaburan dan pulangan yang lebih baik dari kita. Malah, mereka juga memasuki China sepertimana gelombang pelaburan yang turut dikejar oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.

Pelaburan asing FDI yang masuk ke dalam negara ini telah menjunam sehingga 81 peratus pada tahun 2009. Kini di Asia Tenggara, Malaysia hanya mampu menguasai 3.75 peratus pelaburan FDI yang termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang kaya dari sejumlah besar FDI bernilai USD40 bilion pada tahun lepas. Perkembangan ini adalah sesuatu yang mengejutka. Negara-negara jiran pula seperti Thailand menguasai 23 peratus dan Indonesia pula dengan 28 peratus menggungguli carta penarik FDI di rantau ini.

Oleh itu, negara masih memerlukan kaedah yang lebih terbuka dengan keadaan sosial termasuklah kebebasan akhbar yang dapat menarik perhatian pelaburan asing, Kita tidak boleh menafikan hakikat ini lagi apabila semakin ramai mahasiswa kita sudah menamatkan pengajian mereka hasil daripada dasar kerajaan Malaysia di dalam meluluskan terlalu banyak universiti dan kolej universiti swasta dan awam yang akhirnya graduan-graduan universiti hari ini berjumlah lebih daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan juga didalam mengawal pengambilan pekerja dari negara-negara Arab dan Asia Selatan seperti India dan Pakistan di dalam sektor ekonomi teknologi maklumat, perdagangan dan kejuruteraan lebih memburukkan kadar pengangguran di dalam negara ini. Jika ini terus berlaku, nescaya Wawasan 2020 terpaksa ditunda ke 10 tahun akan datang sepertimana yang kini diakui oleh beberapa pakar ekonomi tempatan dan asing kebelakangan ini sebagai satu impian yang masih 'menjauh'.

NUJ perlu dihormati sebagai badan media profesional
Tindakan Hata yang bercakap sebagai Presiden NUJ sewajarnya dihormati kerana NUJ adalah badan yang bebas sepertimana CUEPACS yang diiktiraf sebagai kesatuan sekerja bagi kakitangan awam dan MTUC bagi kakitangan-kakitangan swasta. CUEPACS tidak dilihat 'tertutup' mulut mereka pun apabila bercakap tentang hak mereka seperti kenaikan gaji, bonus, kritikan kepada dasar kerajaan sendiri dan sebagainya.
Walaupun NUJ tidak berbentuk kesatuan sekerja, pertubuhan ini wajar diiktiraf sebagai satu think-thank atau penasihat yang dialu-alukan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius di dalam memperbaiki mempertingkatkan kebebasan bersuara dan imej demokrasi negara di persada antarabangsa.

Kemusnahan kebebasan akhbar atau media ini dilihat merosak apabila negara ditadbir oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, maka amat moleknya bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak melihat kepada impak positif ke atas imej BN hari ini jika ruang kebebasan media ini terus diperbaiki setiap masa. Namun perkara ini seperti tidak mungkin kerana baru-baru ini pula Najib mengumumkan kepada keperluan undang-undang bagi mengawal blog dan maklumat di Internet.

Walaupun Hata dilihat mengeluarkan pandangan yang didakwa keras sebagai Presiden NUJ, namun tindakan kenyataan itu tidak boleh kita kaitkan dengan Utusan semata-mata. Ini kerana apa yang dinyatakan oleh Hata sebenarnya turut melibatkan media-media arus perdana yang lain yang condong BN. Sepertimana pepatah Melayu yang menyebut, 'Sesiapa yang makan cili, dia yang merasa pedasnya' mungkin inilah yang membuatkan majikannya itu terasa apabila selama ini media itulah yang dilihat oleh orang ramai sebagai yang paling mendokong apa sahaja dasar kerajaan walaupun melibatkan sesuatu isu yang buruk bak pepatah Melayu 'menegakkan benang yang basah'.

Mesej keras Hata bukan untuk Utusan sahaja
Yang menghairankan kenapa pengurusan akhbar Utusan yang terlalu terasa 'panas' dan kurang senang dengan serangan media-media alternatif menyebabkan mereka mengambil tindakan ke atas Hata semata-mata melepaskan kemarahan kepadanya adalah tidak masuk akal sama sekali. Sekali lagi, Utusan dengan degilnya dan lebih bongkak dengan merasakan tindakan mereka berada di landasan betul selama ini kini menghangatkan semula sentimen kebencian rakyat secara langsungnya kepada kerajaan pusat terutamanya di kalangan pengundi di atas pagar. Apa yang Hata buat sebaik sahaja dipilih menjadi presiden NUJ pada bulan September lalu, beliau telah merayu kepada semua media perdana dan tidak termasuk Utusan Malaysia sahaja tetapi kepada akhbar-akhbar kerajaan seperti Berita Harian, The Star, stesen televisyen RTM, TV3, Bernama dan New Straits Times supaya menjadi lebih bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat yang berkesan dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan mahupun parti politik semata-mata.

Saranan Hata itu dilihat sebagai menegur media-media arus perdana itu supaya jangan mengulangi kesilapan berpuluh-puluh tahun lalu yang mana penyokong BN seharusnya menafsirkannya sebagai antara punca yang menyebabkan kerajaan BN semakin ditolak rakyat yang nampak jelas dengan tsunami politik 2008. Sewajarnya ingatan ini menjadi pedoman kepada BN supaya jangan membuat silap yang sama berulang kali lagi jika mahu terus berkuasa di dalam suasana politik dan keperluan sosial yang sudah berubah pada hari ini.
Walaubagaimanapun, tindakan Utusan amatlah dikesali. Penulis yakin kemampuan Utusan bertahan kini secara ekonominya pada hari ini adalah dengan bantuan kerajaan BN pada hari ini walaupun kedengaran suara-suara kakitangannya yang tidak berpuas hati dengan pakej gaji, kenaikan gaji, bonus dan manfaat yang diterima ekoran prestasi syarikat yang semakin buruk.

Jika dilihat pada tahap penjualan surat akhbarnya yang menjunam dengan teruknya saban tahun sejak dua tahun lalu dan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia untuk mengumpul saham Utusan yang sangat kurang telah menyebabkan sahamnya kini menjadi saham media yang termurah dan kurang didagangkan di dalam Bursa Malaysia dengan harganya terkini 90 sen (harga mutakhir pada 14 Januari). Mungkin sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan PR di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang ataupun ahli-ahli korporat yang pro-PR untuk mula mengumpul saham Utusan yang murah ini bagi membentuk blok minoriti dalam Utusan bagi meneutralkan sedikit-sebanyak pemberitaan Utusan yang terlalu sangat 'menyakitkan' pemikiran rakyat yang sudah matang yang selalu dipermain-mainkan oleh bahan-bahan provokasi mereka.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Penderitaan Penduduk Tudan di landa Banjir Kilat

Posted: 16 Jan 2011 08:19 PM PST

Penderitaan Penduduk Tudan Fasa 2
Akibat alpa dan sikap acuh tidak acuh pihak berkuasa tempatan, Kampung Tudan Fasa 2 dilanda banjir kilat semalam. Aduan rakyat mengenai sistem perparitan yang tidak sempurna tidak diberi perhatian oleh pihak berwajib sebaiknya mengakibatkan banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian besar rumah di kampung tersebut.
Kampung yang mempunyai lebih kurang 200 orang penduduk ini, telah dilanda banjir beberapa kali sebelum ini, namun, tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat bagi membaiki sistem perparitan di sini. Aduan yang sebelum ini dibuat kepada ketua kampung, kelihatan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

Menurut salah seorang mangsa, yang tidak mahu dikenali, banjir ini menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dijalankan seperti biasa. Lebih membimbangkan menurut beliau, banjir menyukarkan pergerakan penduduk keluar daripada kampung. "Jika ada kecemasan, seperti orang yang memerlukan rawatan segera, pasti berlaku kesukaran untuk membawa mereka ke hospital"

Setakat ini, tiada sebarang usaha perpindahan dimulakan untuk memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Hj Jofri Jaraiee, meluahkan kebimbangan dan kekesalan pihak PAS terhadap kelembapan pihak berkuasa menguruskan masalah banjir ini. PAS menggesa pihak berwajib menyegerakan usaha membantu mangsa bagi mengelakkan kemalangan jiwa disebabkan banjir ini.

Begitu juga dengan keselamatan anak-anak kecil yang pergi ke sekolah juga perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib. Kita juga tidak mahu sebarang tragedy berlaku di kampong tersebut terutama sekali kanak-kanak yang suka bermain-main dalam kawasan banjir.
Hj Jofri, yang melawat kawasan banjir semalam, menggesa pihak berkuasa tempatan menyegerakan usaha untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan ini.

"Jangan hanya menumpukan projek kemajuan kosmetik semata-mata, hinggakan meninggalkan kemudahan asas penduduk tempatan. Projek perparitan ini sepatutnya sudah lama diperbaiki dan disegerakan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat ". kata beliau dengan nada kesal.


Sebuah Rumah di Tudan yang telah ditengelami air banjir disekitar kawasan rumahnya.
Jalan perhubungan ke rumah ini ditengelami oleh air banjir menyukarkan penduduk keluar rumah.
Banyak lagi kawasan perumahan sekitar kampung tersebut juga kena banjir kilat yang memerlukan bantuan segera dari pihak berkenaan.

Daripada PAS Kawasan Miri

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Jan 2011 03:29 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ROSMAH LUPA TUDUNG DI OMAN... DOK HOTEL BUDGET

Posted: 17 Jan 2011 01:00 AM PST

....nampaknya Rosmah lupa nak letak tudung di kepala ketika lawatan perabis duit rakyat ke Oman selama 4 hari bermual 16 Jan 2011 sehingga 19 Jan 2010.. selepas lawatan ke negara arab tempoh hari.. nie pun dia baru balik dari Serawak atas lawatan rasmi juge... sungguh sibut dia nie..Lawatan Rosmah turut diikuti oleh puak-puak BAKTI (bini menteri) bini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais dan bini Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.
Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah
....gambo sewaktu tiba di Al Bustan Palace Hotel.... yang merupakan hotel termahal kat Oman...

.... rosmah dok bilik tak mahal... dalam OMR450.00 satu malam ... lebih kurang RM3,642.00 je... tue pun share ngan bini bini menteri yang lain... jadi jatuh dlm sorang berapa je... jimat le katekan....

(18SX) ANAK SIAPA KAH INI???

Posted: 17 Jan 2011 12:46 AM PST

...anak siapa kah ini... apakah salah ibu mengandung... atau salah bapak menjaga... atau salah guru mendidik....atau salah kerajaan memerintah Malaysia??

MARKOM BANGSAT UMNO KEMPEN BOLEH... ORG LAIN X LEH...

Posted: 16 Jan 2011 10:52 PM PST

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai "Cikgu Mala".


"Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen.

Dalam pada lain, Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada Makrof yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.


Ketika ditemui dalam majlis pengumuman calon malam tadi, Makrof Abdul Mutalib memberitahu beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lalu apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.


Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut buat macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru di Tenang, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan PAS iaitu sebagai Penyelia Pusat Khidmat Dun Tenang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

BN PATUT LARANG KERJA DI PREMIS ARAK 1 MALAYSIA

Posted: 16 Jan 2011 07:39 PM PST

Nampaknya puak-puak UMNO begitu terkinja-kinja apabila YB Ronnie cube membantah keputusan MPAJ bagi melarang umat Islam bekerja di premis yang terlibat dengan arak. Padahal dia lupa yang selama ini merekalah yang menggalakkan anak-anak muda melayu Islam untuk bekerja di tempat-tempat syaitan itu. buktinya sehingga kini tidak ada pengawalan yang dilakukan oleh BN bagi menghalang mereka bekerja di premis seperti ini dan contoh yang paling mudah adalah 7 Eleven...

... bantahan terhadap penjualan arak di premis 7 Eleven taman Melati suatu ketika dulu... anjuran PAS bukan UMNO


Baru-baru ini Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.

Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.

Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Walaupun ada cakap mengatakan yang Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang "anti-Islam".

FITNAH UMNO DAH START DI TENANG

Posted: 16 Jan 2011 04:54 PM PST

... tengok punye jahat UMNO apabila memainkan sentimen perkauman di Tenang.. nampaknya UMNO cube melaga-lagakan PERKASA dan PR dalam meraih undi

BN LETAK CALON PEMPUAN LAWAN CIKGU MALA!!!

Posted: 16 Jan 2011 04:46 PM PST

LABIS, 17 Jan — PAS malam tadi mengesahkan ura-ura sebelum ini bahawa Normala Sudirman akan menjadi calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi Tenang, Johor.


Pengumuman nama Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis, dibuat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dikenali lebih mesra dengan nama "Cikgu Mala", beliau merupakan salah satu nama yang telah disenarai pendek oleh parti tersebut bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan dilangsungkan 30 Januari ini.

Mengenai pemilihan Normala sebagai calon, Abdul Hadi berkata: "PAS sedar wanita juga pengundi dan mereka juga perlukan suara mereka didengar."

Beliau menambah ini bukan kali pertama PAS mengetengahkan wanita sebagai calonnya pada pilihan raya.

Normala yang bersyukur dengan pemilihan beliau sebagai calon berkata: "Ini merupakan bukti pengiktirafan Pakatan Rakyat dan PAS khasnya terhadap kepentingan peranan yang dimainkan oleh wanita."

Di antara isu yang akan diketengahkan beliau ialah masalah kemiskinan rakyat di luar bandar dan isu-isu berkaitan wanita.

Normala merupakan anak kelahiran Kampung Serom 3, Muar dan merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.

Isteri kepada Makrof Abd Mutalib, beliau merupakan ibu kepada seorang anak perempuan dan dua lelaki.

Normala adalah graduan Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan merupakan anak generasi kedua Felda.

Beliau yang memegang Diploma Perguruan mula menggiatkan diri dalam PAS selepas menamatkan pengajian pada 1997.

Pada 2000, beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor dan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pada penghujung tahun lalu selepas 13 tahun mengajar, beliau meninggalkan profesion perguruannya kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas parti.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini.

BN akan mengumumkan calonnya pada Rabu ini.

Terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita dan ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.

Berasal dari Chaah, Haslinda, seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Jan 2011 03:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KALAU 1 DUN 25 PON, 1,000 DUN BERMAKNA 26,000 PON ..MANA NAK CEKAU ?

Posted: 17 Jan 2011 12:27 PM PST


ISMAIL mendengar penerangan Mohd Mokhtar ketika lawatan ke Balai Polis Labis, semalam.
LABIS: Polis membuka 26 pondok di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya kecil yang bermula 22 hingga 30 Januari ini, selain memberi keselesaan kepada orang ramai mengenai tahap keselamatan mereka.

Komen : Kalau benar SPR adil dan bukan mendera Pakatan Rakyat di DUN Tenang, mari kita lihat buktinya .Contoh di DUN Tenang adalah terbaik dalam penggunaan Polis dan pondok polis yang melampau jumlahnya.Bayangkan 1 DUN begini ada 26 Pondok Polis yang menyediakan 2 orang polis? Ye ke 2 orang jer? Ok katakan betul 2 orang seperti kata Ketua Plis Negara, 1 pondok polis 2 orang ,kalau 1 DUN 26 pondok X2 orang polis berjumlah 52 orang,Jadinya kalau diadakan pilihanraya dan SPR kata adil kenalah adakan 26,000 buah pondok polis kalau 1,000 DUN? Dan ini bererti Polis kena sediakan 52,000 orang polis? Mana nak cekau polis seramai ini hanya untuk pilihan raya jer ?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata setiap pondok polis terbabit menempatkan sekurang-kurangnya dua anggota dan dijangka beroperasi mulai minggu ini.

BENARKAH POLIS JUMPA AHLI PARLIMEN UMNO INI ?

Posted: 17 Jan 2011 11:37 AM PST

Tengku Razaleigh Hamzah Disiasat Polis

Satu berita panas baru sampai ke pengetahuan saya sebentar tadi.

Difahamkan pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kenyataannya yang dikatakan mempertikaikan kesahihan Sultan Kelantan.

Kenyataannya itu dikatakan disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa cina.

Difahamkan juga pihak polis akan ke rumahnya di Jalan Langgak Golf KL pada 19.01.2011 (rabu) untuk merakam keterangannya.

Sumber: http://bloglistpolitik.blogspot.com

KATAKAN BAS INI TELAH DIPERIKSA OLEH PUSPAKOM, APA KOMEN ANDA ?

Posted: 17 Jan 2011 01:48 AM PST

TAPAH, 17 Jan — Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya KM334.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.

"Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam," katanya di sini hari ini.

Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah hari tadi.— Bernama

INGAT SG. MANIK, TERINGAT TEMPAT TUMPAH DARAH TEMAN

Posted: 17 Jan 2011 01:24 AM PST

Secangkir Teh di Simpang Tiga Sg. Manik
1. Bang Riffin, imam surau Simp. 3 duduk mengirup teh manis sendiri di kedai Kak Leha. Sudah lama aku tidak ke kedai minum ini. Sudah lebih empat tahun. Kuih muihnya banyak. Dulu semasa aku tinggal di Taman Manik, selalu juga ke sini untuk cari kuih buat sarapan pagi.

2. Seperti biasa macam dulu, bang Riffin yang jauh berpengalaman tentang politik akan bersyarah. Aku memang pendengar yang setia. Setuju atau tidak. Aku tetap dengar. Barangkali sebab itu, dia selalu bercerita tentang politik dulu-dulu pada aku setiap kali kami bertemu. Sudah lama tak jumpa, maka bercurah-curahlah idea yang terpendam selama ini diberikan kepada aku.

3. 'Kau cuba tengok. Dulu masa pilihanraya pertama lepas merdeka (1959), orang Cina yang mengundi jauh lebih kecil dari sekarang. Samalah dengan jumlah menteri dari kalangan orang Cina. Orang Melayu sekarang takut DAP akan perintah Malaysia. Takut jadi macam Singapura.' Bang Riffin mulakan mukadimah syarahan pagi Isnin.

4. 'Aku tak da lah angkanya. Cuba kau cari' Satu assignment untuk aku! 'Dulu aku simpan tapi la ni entah hilang kat mana'. Tambahnya lagi.

5. Sekarang ni, orang Cina dah takut dengan PAS. Mereka yakin dengan PAS berbanding dengan UMNO, MCA. Malah mereka lebih yakin PAS daripada PKR dan DAP! Cuma sekarang Melayu masih terus ditakut-takutkan dengan DAP. Macamlah DAP itu teruk, jahat dan memusuhi Melayu. Aku mengangguk-angguk sahaja sambil menghirup teh yang sangat-sangat manis tu. Susu pekat manisnya setengah inci! Bismilah lah banyak-banyak semoga dielakkan daripada kencing manis.

6. Sekarang ni, orang Melayu mahu PAS tak payah-payah kongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Takut kepentingan orang Melayu terhakis. Kita mahu PAS melaksanakan Islam. Melayu didaulatkan. Kalau macam itu, aku sokong PAS! Bang Riffin kata itulah statement dari perbualan orang-orang Melayu di pasar. Aku diam.

7. Bagus juga tu. kalau PAS lone ranger untuk dapatkan kuasa tapi soalnya dimana logiknya pendekatan itu boleh dilakukan. Hampir mustahil.

8. Mencipta-cipta metos (kemustahilan) politik hanyalah helah untuk mengekalkan kuasa. Aku berfikir sendiri sewaktu memandu pulang selepas bersembang dengan Bang Riffin. Lagu Maher Zain menenggelamkan lamunan aku.

POSTED BY MUHAIMIN SULAM

INILAH FORMULA JADIKAN SEMUA RAKYAT JADI KAYA DALAM MASA 3 TAHUN !

Posted: 16 Jan 2011 09:29 PM PST



Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin menyangkal dakwaan di sebalik alasan-alasan yang dikemukakan berhubung kenaikan harga petrol dan barang harian. Dalam wawancaranya bersama akhbar Sinar Harian, beliau menegaskan harga bahan api boleh diturunkan sehingga 30 sen seliter. Perkara itu katanya, boleh dilakukan dengan menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barangan. Dengan itu juga katanya, sekaligus dapat menghapuskan kemiskinan.


Katanya, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh menjual dengan harga murah untuk dalam negara tetapi menjual harga pasaran untuk luar negara. Malah jelasnya, kenaikan harga minyak di pasaran dunia bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, sebaliknya mendapat untung berganda.

Beliau mengemukakan perkiraan anggaran keuntungan jualan minyak negara disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada tahun 2007 hingga Jun 2009 di mana perolehan untung tambahan dari RM44 bilion setahun meningkat hingga RM78 bilion setahun.

"Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi," ujarnya pada wawancara itu. Sangkal beliau juga, tanpa subsidi harga minyak tetap boleh diturunkan, apatah lagi jika diberikan subsidi.

"Ketika minyak mentah berharga AS130 setong atau RM455 setong (dengan kadar tukaran RM3.50 kepada AS1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dan diberikan subsidi 30 sen seliter menjadikannya RM2.70 seliter.

"Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut, mustahil mereka mahu menjual harga sama seperti dijual Petronas iaitu RM2.70 seliter," ujar beliau.

Terang Hamid, sekiranya syarikat asing tersebut tidak mendapat sejumlah subsidi, tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana dijual di negara lain. Sebab itu katanya, harga Shell di Singapura lebih mahal.

Menurut beliau, tinjauannya mendapati pengusaha stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. "Daripada jumlah itu, mereka hanya memperoleh komisyen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru, kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 88 peratus daripada RM33 bilion subsidi dibayar kepada syarikat asing," terangnya.

Bagaimanapun dakwanya, angka-angka subsidi tidak selari dengan penggunaan dan jualan minyak dalam negara. Oleh itu, beliau mempersoalkan kewujudan subsidi petrol tersebut. Jelasnya juga, walaupun tanpa subsidi, rakyat tetap sepatutnya tidak membeli minyak dengan harga yang mahal.

"Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerap terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak yang dijual dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah.

"Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil. Itupun, Petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan dengan harga AS50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula AS138 (RM483) setong. Sepatutnya bila untung dua kali ganda, turun separuh harga," jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan stok minyak negara akan habis sebagai tidak benar. Ujar Hamid lagi, pada pandangannya model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada kerajaan tetapi salah pada rakyat.

Katanya, beliau sedia berkongsi formula tersebut dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. "Insya-Allah, jika pemerintah melaksanakan formula ini semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'," yakininya di akhir wawancara itu.


Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di SanggahTokSago

PEGUAM 69, KALAU DISURUH ANGKAT TAIK BAGI PIIHAK BN PUN SANGGUP !

Posted: 16 Jan 2011 06:50 PM PST

Zulkifli Noordin Akan Mewakili Ummi Hafilda Saman Anwar? Padahal masa tahun 1998 , beria-ia membela DSAI yang difitnah Umi pada masa itu.

GEORGE TOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

"Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun...hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya...dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik," kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini Ahad.


Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Karpal berkata, pada 1997 memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.

"Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik," katanya.

Beliau berkata hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.

"Jadi tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam," katanya.

Karpal juga menyelar desakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mahukan Peguam Negara mengeluarkan sapina terhadap beliau sebagai saksi kes liwat kedua Anwar yang melibatkan pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, kes kedua Anwar yang melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997 kerana kes melibatkan Azizan itu telah selesai.

Beliau menyifatkan pihak yang membuat desakan itu sebagai tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. - Bernama

PI MAI PI MAI BERGANTI PENGERUSI ..CAMTU GAK! BAIK LANTIK ORANG PEKAK !

Posted: 16 Jan 2011 05:15 PM PST




Pengundi cina dalam Felda Tenang
SAMM telah memulakan gerak kerja di Tenang. Modus operandi sebelum Penamaan Calon ialah bergerak dalam kumpulan kecil dialog/sembang-sembang dengan pengundi tempatan serta lawatan perbincangan dengan bilik - bilik gerakan PR untuk bincang apa boleh dibantu. Cara ini dilihat lebih dekat dengan pengundi. Malah pengundi yang ditemui boleh bertanya perbagai soalan yang bermain difikiran mereka yang kadang - kadang kita tak terfikir pun persoalan itu penting.

13 Jan 2011 yang lepas dalam satu lawatan dan pertemuan dengan 10 orang pengundi Felda Tenang. che'GuBard turut disertai oleh beberapa petugas ANAK selain dari 'team SAMM'. Kami telah singgah dan berbincang dengan petugas-petugas bilik gerakan PR di Felda Tenang. Beberapa perkara dan program anak muda dibincang dan diselaraskan.

Namun yang paling menarik ialah penemuan beberapa nama pengundi Cina dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka Felda Tenang sendiri tidak mengenali mereka. Peti Undi Felda Tenang ialah antara Peti Undi dalam Dun Tenang yang akan diadakan PRK dalam masa terdekat ini.
Gambar di atas ialah senarai Pengundi Berdaftar yang diambil dari Bilik Gerakan PR Dun Tenang. Jelas tersenarai beberapa nama pengunci Cina. Jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.

Sekurang - kurangnya setakat dikesan kira - kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.

Apa sebenarnya yang berlaku ? SPR harus tampil memberikan penjelasan.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan no. kad pengenalan anda dan pastikan tempat mengundi kita seperti yang kita daftar. Terlalu banyak nama dialihkan tanpa sedar, nama hilang dari senarai.... malah lebih parah lagi ada nama yang tak dikenali tetapi wujud dalam senarai pemilih dan ada pula 'orang tertentu' yang datang mengundi bagi pihak nama itu.
by cheguBard

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 17 Jan 2011 03:15 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Cikgu Normala Calon PAS DUN Tenang

Posted: 17 Jan 2011 07:45 AM PST

LABIS - Normala Sudirman, 38, bekas guru pendidikan khas berkelulusan diploma pendidikan dipilih oleh PAS sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

calon PAS yang doianggap mewakili golongan muda itu menyuatakan rasa terharu kerana telah dipilih sebagai calon dan berkata pemilihannya bukan milik beliau.

Katanya, ia adalah pengharaggan PAS kepada golongan wanita seluruh negara

(Gambar - Normala - tengah, di apit oleh Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh dan Wnita DAP Chong Eng)

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan nama Normala berkata, PAS memilih beliau kerana, beliau tidak meminta menjadi calon.

Kata Ustaz Hadi, PAS memilih Normala kerana beliau adalah seorang yang aktif dan meletakkan jawatan sebelum piloihanraya DUN Tenang

SYABAS RAKYAT TUNISIA

Posted: 17 Jan 2011 07:41 AM PST

-Rachid Ghannouchi sedia kembali

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) berkata hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT.

"Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil,"jelasnya dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini. Sehubungan itu, PAS menyeru supaya kumpulan-kumpulan Islam diberi peluang yang adil melalui sistem demokrasi.

"Maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama, melalui sistem politik demokrasi,
"(dan adil) dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti,"tegasnya

Beliau turut mengingatkan pihak Barat, tentang hakikat yang sedang berlaku dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Tunisia.

"Barat yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim,"ujarnya

Menurutnya, tindakan zalim kerajaan Tunisia sebelum ini telah sekian lama menekan Islam dan mengambil tindakan zalim keatas para ulamak. "Islam ditekan dengan sebegitu lama, ulama-ulamanya di kenakan tindakan dan hukuman yang zalim (berupa) hidup dalam buangan sejak sekalian lama.

"Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia,"tambah Ustaz Hadi.Sementara itu, Ulamak terkenal. Sheikh Yusof al-Qardhawi turut memuji rakyat Tunisia yang bangkit menentang kerajaan yang zalim.

Semua Muslim harus berjuang untuk keadilan, katanya, sambil menambah, tidak membenarkan pembunuhan orang tidak bersalah di Tunisia. "Saya dapat menyebut nama sekitar tiga ke empat negara-negara lain, di mana orang-orang kelaparan dan penguasa mereka mencuri kekayaan awam," kata Qaradhawi.

Qaradhawi juga mengucapkan satu bait dari Tunisia penyair terkenal Al-Shabie yang mengatakan berbicara tentang sindiran politik dan martabat rakyat 'Jika orang yang dikehendaki untuk hidup dengan kebebasan mereka harus menerima nasib sejak malam hilang dan kandang rosak'

Beliau berkata negara-negara Barat tidak boleh mengganggu Tunisia atas nama menyelamatkan negara. Merujuk kepada Perancis, beliau mengatakan rakyat Tunisia tidak akan menerima bantuan mereka kerana mereka tahu mereka (Perancis) bertindak menentang umat Islam.

"Jika Perancis ingin membantu Muslim mereka harus membantu kami di Palestin," kata Qaradhawi. Sementara Rachid Ghannouchi, pemimpin parti politik AnNahda yang dibuang negeri dari Tunisia, menyatakan kesediaan untuk kembali ke negara itu.

Beliau dikatakan sudah bersedia untuk mengambil bahagian dalam membentuk kerajaan campuran. Menurutnya, arena politik Tunisia adalah perselisihan untuk kuasa dan, oleh kerana itu, membina sistem negara yang akan menyatukan orang-orang Tunis merupakan tugasnya pada tahun-tahun mendatang.

MP Pendang

Posted: 17 Jan 2011 01:40 PM PST

MP Pendang


Hait, tak kan la baru nak bising.

Posted: 17 Jan 2011 06:27 AM PST

Ana tertarik membaca apa yang diulas oleh WFauzdin dalam blog dia pasal MPSJ dan pekerja Islam bekerja dikilang arak.
Apa yang menghairankan bila pula nampaknya geng DS Noh Omar dan Jamil khir ni prhatin dan ikhlas dengan pekerja Islam dikilang arak ni. Masa hampa perintah dulu ada apakah yang hampa fikir danbincang mengenai nak ambil tahu dan nak ubah depa ni pergi kerja ditempat lain.
Ana ucapkan syabas kepada TS Khalid yang sedang berusaha nak cari tempat kerja kepada mereka melalui penubuhan tabung khas membantu mereka.
Kita tak kisahlah apa yang YB Ronnie liu nak kata kerana semeamngnya kita tahu dia bukan Islam, tetapi kita heran kenapa masa UMNO perintah dulu tak terfikirkah depa pasal hal pekerja Islam ini, sampai Datuk Ismail Kamus pun hairan dia pernah dijemput untuk beri ceramah ugama oleh perkerja Islam dikilang arak yang diberi lesen dah berpuluh tahun oleh pemimpin UMNO dan diresmikan kilangnya oleh pemimpin UMNO juga .
Memang semua arif dan faham dah, (ana ambil dari tulisan WFauzdin disini) Islam samasekali tidak membenarkan umatnya bersubahat dengan pekerjaan yang diharamkan itu. Jika bersubahat pun diharamkan oleh Islam, apatah lagi mereka yang membenarkan arak ini dikilangkan secara besar-besaran. Mengapa Jamil Khir tidak terfikir yang ini? Mengapa Noh Omar tidak menyalak hal ini? Ini adalah kerana mereka berdua tahu tangan siapa yang punya angkara.

Saya tabik dengan kebijaksanaan MB Selangor di dalam hal ini. Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan berbincang dengan YB Ronnie Liu, Pesuruhjaya PAS Selangor DR Hassan Ali dan semua Pegawai Majlis Perbandaran/Tempatan untuk mengatasi permasalahan ini. Harus diingat, mereka telah bekerja di premis arak sudah lama sebelum PR memerintah lagi. Ini satu perkembangan baik oleh Kerajaan PR dan tidak mudah untuk merealisasikannya tanpa ada perancangan. Justeru itu, bagi menyelamatkan umat Islam yang mencari makan di tempat haram seperti itu, tentunya perancangan perlu dibuat dan inilah yang sedang dilakukan oleh MB Selangor. Di zaman mereka memerintah, isu ini tidak timbul kerana mereka tidak langsung prihatin kepada kebajikan umat Islam di negeri tersebut.

Moga lepas ni manusia macam tu janganlah bila keluar kata kita nak beri peluang kepada depa nak dapatkan kerja lain, maka sibuk pulak geng UMO di Selangor ni nak jaja bahawa depalah yang prihatin pasai pekerja Islam dipremis arak ni. Kita kena tanam dalam benak dan snubari anak-anak bahawa yang beri lesen dan masih lagi beri lesen dan mungkin akan terus beri lesen arak dan judi ini adalah tak lain dan tak bukan BN, dimana ada didalamnya menteri UMNO.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 17 Jan 2011 01:35 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Maahad tahfiz Yang Terbakar Perlu Bantuan

Posted: 17 Jan 2011 05:42 AM PST

B Kedah tinjau perkembangan Kampus Insaniah

Posted: 17 Jan 2011 05:40 AM PST

MB Kedah tinjau perkembangan Kampus Insaniah
Isnin, 17 Januari 2011 12:00 | Ditulis oleh AMIN A | | |


KUALA KETIL: Tidak betah duduk diam mahupun sekadar mendengar berita semata, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan sentiasa turun padang untuk memastikan segala projek kerajaan berjalan lancar dan siap seperti yang ditetapkan.

Terbaru, beliau melawat Tapak Kampus Baru Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, 13 Januari lalu untuk sekian kalinya bagi mendapatkan perkembangan mutakhir projek yang dijangka siap 2012 nanti.

Beliau turut diberi taklimat penuh oleh Pengarah JKR Negeri Ir. Rosland Abd. Ghani.yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Wira Haji Rasli Basir; Pegawai Kewangan Negeri Dato' Haji Mohd. Puat bin Haji Mohd. Ali dan Rektor KUIN Prof Dato' Dr Jamil Osman

Hadir sama, Adun-adun terdiri Zuki Yusuf, Johari Abdullah, Yahya Abdullah, Pegawai Daerah Baling ,para pensyarah KUIN termasuk dari Al Azhar dan sebahagian pelajar KUIN bagi melihat sendiri pembangunan demi untuk keselesaan bersama.

Biarpun dibakar terik mentari kira-kira jam 3.00 petang, ianya sama sekali tidak menghalang Ustaz Azizan dan pasukan pegawai kerajaan melawat lokasi tapak kampus yang masih dalam pembinaan.

Kerja-kerja pembinaan telah mencapai 10 peratus seperti yang dijadualkan dan Kampus ini di jangka mula beroperasi pada Mac tahun 2013.

Terkini, KUIN menawarkan 43 program termasuk bidang-bidang pengajian Islam, Bahasa Arab, Kejuruteraan, Kejururawatan, Multimedia dan yang terbaru ialah bidang perubatan dan pelancongan.

Hasilnya, di samping pembangunan pesat dalam bidang pendidikan, Kuala Ketil bakal muncul sebagai sebuah bandar baharu seperti Bandar Baru Bangi bagi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sintok, bagi Universiti Utara Malaysia.

Sebelum ini keberanian lebih 2,000 penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) melakukan tunjuk perasaan di Dewan Kolej berkenaan 11 Januari lalu mendapat pujian daripada Ustaz Azizan.

Katanya demonstrasi penuntut itu sekaligus membuktikan bahawa demokrasi dan kebebasan hak bersuara di negeri ini, sentiasa terpelihara.

Menurut Ustaz Azizan, mereka tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan dan Kerajaan Negeri memahami pendirian mereka kerana kampus baru KUIN sedang dibina di Kuala Ketil dan dijangka siap tahun hadapan

Sungguhpun begitu Kerajaan Negeri tetap memberi penekanan agar rakyat negeri ini menguasai ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang cemerlang dan bertakwa.

Dan untuk itu, Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat negeri ini melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi di dalam negeri dan komitmen ditunjukkan melalui kesungguhan kerajaan negeri menyiapkan Kampus KUIN.

Pilihan Raya Kecil Cikgu Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang

Posted: 17 Jan 2011 05:32 AM PST



Pilihan Raya Kecil Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang

Posted on Monday, January 17 @ 00:51:04 PST by paktam

Oleh Abd Shukur Harun

Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, sepanjang ingatan saya seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Janua
ri ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.



Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Namun jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan, mana tahu.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuannya bekerja, mengatur strategi dengan tepat, menemui sebanyak mungkin pengundi dan sebagainya. Ini adalah pilihan raya kecil bersekala besar, justru ia menarik perhatian semua pihak.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Sementara itu dalam ucapan di malam perisytiharan calon PAS itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam
suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya," katanya.

Beliau menambah, bahawa Pakatan Rakyat sedar, pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. "Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun Presiden PAS itu meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Semakin hampir hari penamaan calon dan hari mengundi, suasana di Labis semakin rancak. Para pemimpin dan penggerak parti kebanyakannya sudah berada di Tenang untuk membantu kempen calon PAS, Cikgu Mala agar memenangi Dun ini.

Mereka akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tenmpat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat.

Cikgu Normala akan berada di tengah gegak gempita kempen ini dan kita yakin beliau kenal ramai dengan rakyat pelbagai kaum di kawasan itu, justru kiranya ini memberikan peluang yang baik kepada beliau untuk mendapat sokongan.

Normala akan bertemu dengan para pengundi di tiga kawasan Felda di Tenang, yang kononnya selama ini menjadi kubu kuat Umno/ BN. Tanggapan ini biasalah, tetapi tidak mustahil pengundi Felda, khususnya generasi baru akan mengundi Normala.

Beliau juga akan menemui sebanyak-banyaknya pengundi kaum Cina dan India dan diharapkan pengundi ini akan memilih calon Pakatan Rakyat ini disebabkan pengundi bandar biasanya melihat faktor isu dan seumpamanya.

Walau apapun keputusannya nanti, Cikgu Normala telah tampil sebagai tokoh muslimat dan pemimpin masa depan PAS dan sudah tentu beliau akan meneruskan perjuangannya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 17 Jan 2011 01:30 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


MAAHAD TAHFIZ UST RODHI ABD RAHMAN TERBAKAR

Posted: 17 Jan 2011 12:45 AM PST

Maahad  Qiraat Al Azhar Amal Aimy Dzalifah milik Sheikh ust Hj Rodhi Abd Rahman terbakar pagi kelmarin. Kerugian dianggarkan RM 150 ribu. orang ramai diseru untuk memberi sumbangan bagi membina semula bangunan yang rosak terbakar. sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Islam Malaysia Berhad : atas Nama MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR AMAL AIMY DZALIFAH  , No Akaun 02011010080175


Ketua Pemuda PAS Kedah bersama Setiausaha Jabatan Pendidikan DPPNK melawat tapak kebakaran

Ust Rodi Abd Rahman, Mudir Maahad ,menunjukkan bangunan yang terbakar
sebahagian peralatan yang terbakar

sebaagian pelajar yang meneruskan pengajian di bangunan yang selamat
Maklumat lanjut sila hubungi Ust Radhi 019 5455285

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 17 Jan 2011 01:27 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


GAMBAR KENANGAN BERSAMA BOLASEPAK 9 S PIALA KP SELANGOR

Posted: 17 Jan 2011 07:53 AM PST










DUN LEMBAH JAYA NAIB JUARA PIALA KETUA PEMUDA PAS SELANGOR 2011 / 1432

Posted: 17 Jan 2011 07:20 AM PST

Setia Alam, Shah Alam - 16hb Januari 2011 merupakan hari yang bersejarah buat Dewan Pemuda PAS Ampang kerana berjaya mendapat Naib Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara DUN Selangor bagi tahun 2011 / 1432h.
Sejumlah 40 DUN seluruh Selangor telah menyertai pertandingan kali ini.Pemuda PAS Ampang berjaya menguruskan 2 Dun iaitu Dun Bukit Antarabangsa dan Dun Lembah Jaya.
Pasukan yang mewakili Dun Bkt Antarabangsa, Kelompok Camar FC hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan C menyebabkannya gagal mara ke pusingan kedua.
Sementara itu, pasukan yang mewakili Dun Lembah Jaya berjaya mengharumkan nama Dun dengan mendapat tempat kedua  ( Naib Juara ) keseluruhan akibat tewas 3 - 0 di tangan pasukan dari Dun Bukit Melawati ( team kelab PDRM ).
Walau bagaimanapun, kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka memandangkan pemain kita agak keletihan dan hampir semua pemain mengalami kecederaan.
Alhamdulillah, kami mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang mewakili Dewan Pemuda PAS Ampang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang seharian kita berada di sana.Turut sama-sama meraikan, Ketua Pemuda PAS Ampang Ustaz Fazlul Rahimi Maarop.
Mudah-mudahan , kita sama-sama mendapat keredhoan dari Allah SWT dan Insya Allah kita meneruskan kesinambungan perjuangan para pejuang Islam yang terdahulu...
Amiin Ya Rabbal 'alamin.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 17 Jan 2011 01:08 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Sebelum Rampas Kelantan, Pulihkan Ekonomi Malaysia Dahulu

Posted: 17 Jan 2011 06:28 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan. Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia.

Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di Planet Pluto. Sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991 sebanyak 118 projek telah disekat sampai ke bumi Kelantan. Sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila wang royalti disekat, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik, yang penting kerajaan yang dipimpin oleh PAS mesti dinafikan.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya , Kelantan boleh mentadbir dengan baik. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.


Kenyataan pemimpin Umno Kelantan yang mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan PAS, ini satu kenyataan yang angkuh. Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri .

Ahli Akademik Pengampu Membisu Isu Rakyat

Posted: 17 Jan 2011 06:23 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS berasa hairan dengan segelintir ahli akademik pengampu yang memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno. Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini.

Mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan. Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja. Ahli akademik pengampu ini membisu ketika wang negara di faraid kepada APCO Yahudi sebanyak RM77 juta setahun. Tidak memberi apa-apa komen mengenai subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan untuk 27 juta rakyat sebanyak 11bilion dihapuskan. Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.

PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik. Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus baik dari segi pengajaran dan penyelidikan. Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.

Ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang, sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu. Sepatutnya sebagai ahli akademik mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Jan 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Saman tiada tanda amaran

Posted: 16 Jan 2011 04:45 PM PST

MELAKA - Tindakan kakitangan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang secara tiba-tiba mengenakan tindakan saman terhadap kenderaan diletakkan di kawasan persendirian bersebelahan sebuah gereja di Jalan Bendahara, dekat sini menimbulkan tanda tanya pemilik kenderaan terbabit.

Ini kerana, sebelum ini, tiada sebarang tanda ama-ran diletakkan atau gari-san kuning yang memberi ingatan melarang sebarang kenderaan awam diletakkan di kawasan itu.

Pemilik kenderaan yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, Norlidawati Ghazali, 26, berkata, dia kesal apabila pihak terbabit menyamannya pada 11 Januari lalu dan masa dicatatkan adalah 11.18 pagi atas alasan meletakan kenderaan di luar petak dibenarkan.

Menurutnya, sejak meletakkan kenderaan di situ hampir setahun lalu, tiada sebarang masalah atau amaran daripada pihak berkuasa mengenai kesalahan terbabit.

"Tetapi mengapakah pada hari itu sahaja mereka bertindak menyaman kenderaan di sini. Tambah mengecewakan saya, hanya beberapa kenderaan sahaja disaman sedangkan terdapat lebih seratus kenderaan lain diletakkan di sini.

"Musykil dengan apa yang dialami, saya terus ke pejabat MBMB untuk mendapatkan penjelasan, namun sekali lagi saya kesal dengan cara kakitangan yang bertugas melayan saya," katanya.

Norlidawati berkata, bagaimanapun, dia sudah pun menjelaskan saman berkenaan yang berjumlah RM50 pada hari terbabit iaitu setelah kakitangan terbabit gagal memberikan jawapan yang pasti.

Menurutnya, atas rasa tidak puas hati, memaksa dia merujuk beberapa agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta kenalan yang bertugas di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Jawapan yang saya terima menyatakan pihak berkenaan tidak patut mengenakan tindakan saman terhadap saya atas sebab tiada garisan kuning atau sebarang papan tanda menyatakan larangan meletakkan kenderaan di kawasan terbabit.

"Sekiranya pihak berkenaan melarang sebarang kenderaan diletakkan di situ perlu ada notis amaran supaya tidak menyusahkan rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Norlidawati berkata, dia menagih jawapan pasti daripada pihak MBMB mengenai apa yang dialami pada 11 Januari lalu.

Pautan : Sinar Harian Edisi Melaka

Sajak : Yang degil bukan hanya Israel

Posted: 16 Jan 2011 04:35 PM PST

Yang degil bukan hanya Israel
tapi kita juga degil
kerana sejak dahulu
kita enggan bersatu.

Malah selalu tak sekata
sama sendiri bersengketa
maka seramai mana pun kita
tidak akan berdaya melawannya.

Menjadikan kekejaman terus berleluasa
dengan kita tidak bisa berbuat apa-apa
selain mengutuk berdemonstrasi
yang tetap tidak dipeduli.

Sampai bilakah kita mahu menjadi begini
seperti sebatang lidi
yang dipatah-patahkan mudah sekali
atau bersatu menjadi sebuah penyapu
yang kuat dan padu
mematahnya tidak siapa pun mampu.

EHSAN JAMILY
Melaka

Harakah 25 - 27 MUHARAM 1432 / 31 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 17 Jan 2011 11:19 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Normala dapat sokongan akar umbi

Posted: 16 Jan 2011 05:52 PM PST

LABIS, 17 Jan: PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti.

"Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

"Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti.

"Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon.

"Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

"Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS.

Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.

"Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu.

"Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita.

Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

"Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita.

"Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar.

"Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya.

Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960.

"Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan.

"Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah.

"Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

Posted: 16 Jan 2011 05:47 PM PST


LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.




DUN Lembah Jaya

Posted: 17 Jan 2011 11:18 AM PST

DUN Lembah Jaya


JANJI JINGGA PAKATAN RAKYAT: Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

Posted: 17 Jan 2011 02:00 AM PST



Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
  1. Mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewwibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
  2. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semula konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  7. Menyediakan perkhidatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
"JANJI JINGGA PAKATAN RAKYAT"

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Jan 2011 11:16 AM PST

Batu Gajah Mari


Perkasa ni bertanding ke? semangat je berkempen

Posted: 16 Jan 2011 11:47 PM PST

Beragak-agak lah nak kempen....

Perkasa ada masuk tanding ke?

Perlu ke pembangkang fitnah Rais?

Posted: 16 Jan 2011 11:22 PM PST

DATUK Seri Dr. Rais Yatim yang berdepan dengan satu fitnah besar negara sekarang cuba menangkisnya sebagai satu angkara jahat pembangkang untuk meruntuhkannya dan sekali gus meruntuhkan Umno.

Memang benar pembangkang memberi reaksi bersungguh terhadap fitnah yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kerana ia adalah satu yang mengaibkan negara.

Baik Dr. Rais di pihak yang benar atau sebaliknya, fitnah yang melandanya itu adalah mengaibkan.

Sebelum fitnah itu diselesaikan, maka pembangkang ada peranan dan tanggungjawab mengikut caranya bagi membantu menyelesaikannya. Sama ada penyelesaiannya nanti gembira untuk Rais dan semua atau sebaliknya bergantung kepada tindakan yang diambil terhadap fitnah itu.

Tetapi tidak banyak yang dapat membantu Dr. Rais meringankan fitnah itu dengan melemparkan ia adalah gara-gara dan angkara pembangkang.

Sekalipun reaksi pembangkang boleh memanaskan fitnah itu tetapi apa keperluan yang pembangkang boleh dapat dengan memfitnahkannya dalam keadaan dia sudah berada di babak hujung hayatnya dalam Umno dan kerajaan.

Gilirannya untuk pergi seperti Samy Vellu mungkin yang tertinggi dalam seranai selepas Samy Vellu itu. Tidak buat apa-apa pun terhadapnya dia adalah ibarat buah ranum yang menunggu gugur. Tidak diusik pun dia tetap gugur. Maka apa perlunya bagi pembangkang menimbulkan fitnah terhadapnya.

Kalau dia gugur dan binasa kerana fitnah itu maka tidak banyak yang menjamin tumbangnya kuasa dan kerajaan yang bertulang belakangkan Umno. Ia boleh memalukan Umno dan Umno memang sudah biasa dengan malu yang begitu.

Kesan memfitnah Rais tidak sebesar memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memfitnah Anwar dulu menyebabkan Barisan Nasional tumbang di Terengganu tahun 1999 dan PAS dalam sejarah menjadi pembangkang terbesar di Parlimen. Selangor dan Pahang buat pertama kali berADUNkan PAS.

Fitnah terbaru terhadap Anwar boleh mengsosongkan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat jika dia dipenjara lagi.

Tetapi kesan terhadap Rais tidak sebesar itu. Rais boleh binasa tetapi Najib. Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan lain-lain yang masih ada potensi dapat meneruskan cengkapam kuku Umno yang sudah tidak berapa tajam itu.

Kalau fitnah itu boleh memberi pulangan besar kepada politik pembangkang, maka bukan Rais yang berada di hujung jalan itu yang perlu digoda. Kalau dia tidak digodapun dia akan pergi. Dia mungkin pergi lebih cepat bila digoda. Bila dia pergi, dia pun habis. Tetapi kuku UMNO belum dipotong habis. Hayatnya bersambung lagi.

Berbeza fitnah itu ditumpukan kepada Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain. Mereka sedang memanjat tapak yang lebih tinggi dan mereka muda dan masih banyak masa dan tenaga. Mereka juga lebih penting dari Rais yang masa depannya sudah tidak banyak.

Dari membuang masa yang banyak memfitnah Rais, maka lebih menguntungkan kalau memfitnah Muhyiddin dan rakan-rakannya yang lain.

Bahkan memfitnah Datuk Seri Najib tidak begitu diperlukan sangat kerana dia sendiri sudah letih dengan berbagai fitnah yang melandanya. Fitnah tentangnya sudah disekeliling pinggang. Menambah fitnah terhadapnya lebih memberi banyak kesan dari memfitnah Rais.

Kalau Najib boleh binasa dengan beban fitnah yang bertambah, maka binasanya itu boleh memberi keuntungan besar kepada pembangkang. Walau pun Muhyiddin dan Zahid masih ada, tetapi kesannya jauh lebih besar dari membinasakan Rais.

Kalau Najib yang boleh binasa sendiri tidak begitu perlu difitnah lagi, maka keperluan memfitnah Rais tidak mampu memberi keuntungan lebih besar kepada pembangkang.

Tidak begitu perlu pembangkang memfitnah Rais atas suasana yang ada padanya sudah tidak berpotensi besar kepada BN dan Umno. Yang perlu memfitnah Rais ialah orang Umno yang begitu lama menunggu untuk menjadi calon BN di Jelebu. Jika dia tidak dikacau, maka dia mungkin menjadi calon lagi di Jelebu. Sampai bila orang Umno lain hendak menunggu.

Pada saya jika fitnah terhadap Rais datang bukan dari dirinya sendiri, tidak begitu besar keperluan itu datang dari pembangkang. Maka melemparkan fitnah itu datang dari luar tidak banyak dapat membantu Rais keluar dari badai yang melandanya.

Dia perlu banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sabar itu menyerah diri kepada Allah sambil memenuhi syarat-syaratnya.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 17 Jan 2011 11:05 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno

Posted: 16 Jan 2011 05:21 PM PST


ansarullah

Posted: 17 Jan 2011 11:01 AM PST

ansarullah


Siapa yang lebih berani?????

Posted: 16 Jan 2011 11:41 PM PST

Ronnie Liu tak hormati undang-undang: Noh Omar



SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan agar larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak ditarik balik sebagai tidak menghormati undang-undang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, ini kerana larangan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tersebut berdasarkan Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain.


(Berita Harian)


P/S:-Kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PR telah menjalankan banyak perkara yang baru dalam meneruskan pemerintahan di negeri antara yang TERKAYA dalam Malaysia.

Dan yang baru ni pulak adalah satu cadangan yang SANGAT BAIK bagi mengelakkan Orang ISLAM dan MELAYU terlibat dengan PREMIS MENJUAL ARAK.Tapi Ronnie Liu pulak kecoh.Dia bukan Islam pun.


Tapi cerita lain di sini ialah........


Kenapa negeri Selangor sahaja yang cuba untuk mencegah penglibatan Org ISLAM/MELAYU di tempat yang di ketahui berdosa seperti ini?Kenapa tidak ada negeri lain yang berbuat demikian?


Di Jerantut,antaranya tempat yang ada menjual ARAK adalah PASARAYA TF dan 7-ELEVEN.dan kami pasti masih ramai lagi ORANG MELAYU ISLAM yang bekerja di kedua-dua tempat ini.

Kenapa mereka tidak ditegah bekerja disini?Adakah mereka ini kebal dari dosa?Siapa yang lebih berani dalam hal macam ni?
Mari kita FIKIRKAN!!!!!!

Jasindaily Online

Posted: 17 Jan 2011 09:47 AM PST

Jasindaily Online


Chegu Mala Wakil PAS Dun Tenang

Posted: 17 Jan 2011 04:29 AM PST

Pemuda Guchil

Posted: 17 Jan 2011 09:41 AM PST

Pemuda Guchil


TAHUN 2011:Bukti Kelantan Makin MUNDUR....

Posted: 17 Jan 2011 09:25 AM PST

Pengikut