Rabu, 28 Mac 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 28 Mar 2012 03:50 PM PDT


Kawasan perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini, lapor Berita Harian."Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

"Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya," beberapa penduduk kampung yang enggan dikenali dipetik sebagai berkata.

Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang 'kesaktian' selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.

Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Harian itu difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.

Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.

KL-TODAY

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

ALHUSSEYN

Posted: 28 Mar 2012 03:32 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:32 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Pengakuan Bekas Ketua Pemuda Umno Yang Masuk PAS

Posted: 28 Mar 2012 09:52 AM PDT

Blog Bangang penjilat bontot Hamidah tu tulis :

Ketika kejadian Jefry berada di Dewan Sungai Rokam dan dalam masa penghujung ceramah Cikgu Ali telah menelefon Jefri katanya diminta datang untuk memberi penghargaan kepadanya. Maka Jefri pun pergi ke khemah ceramah Pas dan diumumkan untuk naik ke pentas. Apabila Jefri berada di atas pentas, pihak Pas mengumumkan bahawa bekas ketua pemuda Umno Kg Sg Rapat telah menyertai Pas.

Korang tengok gambar Jefri yang tercongok depan majlis ceramah kita orang. Siapa yang Munafiq? kah! kah! kah! Sendiri tuduh orang Munafiq , sekarang sendirilah tanggung akibatnya.



Baginda Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'Kafir' atau 'musuh Allah' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya (orang yang menuduh)" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitulah juga sesiapa yang menggelar orang lain dengan 'Munafiq' atau 'pembohong' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepada orang tadi yang menuduh.

Jangan mudah percaya berita buruk atau cerita yang mengaibkan seorang Muslim. Allah swt berpesan di dalam Al-Quran :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat : 6)

Seterusnya saya sertakan penjelasan saudara Jefri yang datang ke rumah saya petang tadi untuk membuat penjelasan seperti berikut:

Hamidah Laknatullah Sesungguhnya!

Posted: 28 Mar 2012 04:07 AM PDT

Pada 25 Mac 2012 malam Isnin satu ceramah telah diadakan oleh PAS Cawangan Sungai Rokam di Kg Sg Rokam, Ipoh. Yang lucunya, Hamidah pun ikut buat juga. Mana-mana Pakatan Rakyat buat ceramah

Bila Hamidah dapat tahu, dia terhegeh-hegeh membatalkan majlis ceramah 'Yahudi Laknatullah' nya yang pada mulanya dirancang akan diadakan di Arena Square Batu Gajah. Lalu dipindahkan ke Dewan Ahmad Said, Sg Rokam, untuk menyaingi ceramah Pakatan Rakyat yang telah dirancang terlebih awal.

Dalam risalah yang Hamidah edarkan, dia tidak berani menyebut anjuran Umno atau olehnya. Mungkin dia sedar, orang ramai memang menyampah dan tidak akan pergi kalau tahu dia adalah penganjurnya.

Kalau tidak kerana ada makan percuma dan 5 buah bas untuk mengangkut orang luar ke sini, sudah tentu sunyi sepi lah majlis Hamidah.

Atas tujuan untuk menganggu ceramah PR, Hamidah telah memasang dua corong speaker dan satu speaker box di luar kawasan dewan. Dia ikat corong-corong tu pada tiang telepon kat luar pagar dan dihalakan ke arah lokasi ceramah PR.Tiga speaker box lain juga turut di halakan ke arah lokasi ceramah PR.Dahsyat betul perangai Midah ni – mengalahkan Yahudi!

Sewaktu majlis ceramahnya sudah kehabisan modal, dan pihak kami masih garang dengan penampilan DS Nizar, puak Hamidah mengulang-ulang rakaman ceramah Hamidah semata-mata untuk menganggu ceramah Nizar.Mujurlah PA sistem kami pun cukup power!

Ceramah Midah laknatullah itu tidak mencapai sasarannya.Seketika bila DS Nizar menarik nafas dan 'pause' sebentar, maka ketika itulah kami sempat mendengar laungan lolongan Midah yang terlalak terlolong. Kami semua sekadar gelak dan terasa lucu dengan sikap Midah tersebut!

Dalam blog bangang ini dia kata Pas/PR telah mempergunakan saudara Jefry Bin Saudi iaitu bekas ketua pemuda Umno Kg Sungai Rokam sebagai penerima penghargaan tetapi diumumkan bahawa saudara Jefry telah menyertai Pas secara rasminya bersama 20 orang rakan-rakannya ….. ha! ha! ha!

Jefry telah dianiayai oleh Cikgu Ali @Alhussein juga kawan rapatnya. Saudara Radhi Zainon pula adalah perancang utama penipuan ini agar penyokong tegar Pas tetap menyokong mereka. Ha! ha! ha!

Sebelah ni gambar Jefri yang datang ke rumah saya sebentar tadi membuat penjelasan kepada saya. Saya dah rakam, tunggu diupload nanti...

Nampak sangat menggelabah puak-puak Hamidah ni – nak membohong pun tak pandai.

Mereka buru Jefri dan membawanya ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Hamidah dan paksa dia buat pengakuan.Mereka paksa Jefri baca skrip yang telah mereka sediakan.

Jefri dan rakan-rakanya sudah lama masuk PAS.Cawangan kami ini pun hampir setahun tidak buat ceramah kerana keuzuran saya.

Pada kesempatan kami mengadakan ceramah pada malam tersebut, maka kami pun umumkan kemasukan Jefri dan rakan-rakanya yang lain.

Itu yang buat Hamidah tersentak dan kelam kabut. Dia rasa macam tidak percaya.Pagi-pagi esoknya dia arahkan orang-orang cari Jefri dan paksa buat pengakuan 'turning over' Ha! Ha! Ha!

Korang tengoklah sendiri sijil ahli Pas saudara Jefri bawah ini – lihat tarikhnya – 13 MAC 2011. Alhusseyn mana ada tipu punya.

Umno/BN memang dajal yang telah lahir untuk memusnahkan umat Islam dan wajar ditentang sehabis-habisnya. Mereka sanggup buat apa saja walaupun menipu, berbohong dan kelentong demi mengekalkan rampasan kuasa kepimpinan di negeri Perak.

Tunggulah videonya nanti.Seorang sahabat sedang memprosesnya.Bukan baca skripnyalah!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Ibu bersyukur Ashraf kembali Penantian satu tahun berakhir

Posted: 27 Mar 2012 11:16 PM PDT

Ibu bersyukur Ashraf kembali Penantian satu tahun berakhir

Sidang Media Di PAR

Bersama Wanchak Pengadu dan Anak Kecil

Penantian satu Tahun Berakhir



PASIR GUDANG - "Rasa amat gembira dan bersyukur kepada Ilahi kerana kembali bertemu Ashraf selepas sejak setahun lalu terpisah," demikian luahan hati seorang ibu, Wanchak Ibrahim, 43, selepas anak lelakinya, Muhammad Ashraf Abdullah, 2, kembali ke pangkuan, Rabu lalu.

Wanita warga Singapura itu berkata, pertemuan semula antaranya dan Ashraf merupakan hasil usaha dan bantuan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pusat Aduan Rakyat Zon Permas serta keluarga angkat yang menjaga anak lelakinya selama setahun.

Menurutnya, proses penyerahan semula anak lelakinya itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan satu kata sepakat antaranya dan pasangan suami isteri yang menjaga Ashraf dibuat atas dasar perikemanusiaan tercapai.

Terima Kasih kepada Pihak Media
"Ashraf sihat ketika dipulangkan. Selepas setahun saya mencari dan menunggu, Ashraf akhirnya ditemui dan pulang ke pangkuan saya. Pada mulanya, Ashraf tidak mengenali saya, tetapi Alhamdulillah dia mahu kepada saya atas kuasa ALLAH. Saya kini lebih berhati-hati malah serik untuk memberikan penjagaan anak lelaki kepada orang lain atau mana-mana pengasuh kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Kini saya menjaganya sepenuhnya masa dan ada melakukan perniagaan sendiri. Saya berharap masyarakat di luar juga akan mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas saya dan Ashraf sekali gus berhati-hati untuk menyerahkan anak untuk dijaga oleh pengasuh tertentu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, dekat sini, semalam.

Wanchak berkata, atas dasar perikemanusiaan terhadap pasangan suami isteri yang menjaga Ashraf sejak setahun lalu selepas diberikan oleh pengasuh dari Kampung Sentosa, Cahaya Baru, dia dengan rela hati memberi ruang kepada keluarga angkat terbabit untuk bertemu dan menjaga anak lelakinya dalam tempoh seketika.

"Pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Mungkin selepas setahun dia menjaga Ashraf umpama anak sendiri, mereka amat menyayanginya. Jadi, saya bersama pasangan ini ada membuat perjanjian lisan bagi membolehkan pasangan ini bertemu Ashraf. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak polis dan Pusat Aduan Rakyat. Selepas berita mengenai perpisahan saya dan Ashraf disiarkan, polis tidak henti-henti menjalankan siasatan seterusnya membantu mencari anak lelaki saya sehingga ditemui semula," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, penemuan kembali Ashraf bersama Wanchak merupakan kejayaan terbesar pihaknya dalam menangani masalah yang diadukan rakyat untuk tahun 2012.

"Selepas didedahkan kepada media, usaha pencarian Ashraf menjadi lebih mudah dan polis memberikan kerjasama dengan baik dan bersikap berada di tengah-tengah. Alhamdulillah, Rabu lalu, Wanchak kembali bertemu dengan anak lelakinya yang sudah terpisah sejak setahun lamanya," katanya.

Terdahulu, akhbar ini pada 5 Februari lepas melaporkan rasa luluh hati Wanchak apabila bayi lelakinya yang ditinggalkan untuk penjagaan sementara kepada seorang wanita dikenali sebagai Zainab (bukan nama sebenar) di Kampung Sentosa, disyaki diserahkan kepada keluarga angkat lain.

Sinar Harian

Kena Faham Apa itu GST

Posted: 27 Mar 2012 11:12 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rakyat dari Semenanjung tidak layak tinggal di Sabah?

Posted: 28 Mar 2012 02:33 AM PDT



Apakah benar keluhan di bawah ini ?

Rakyat dari Semenanjung tidak layak tinggal di Sabah?

Aduan Rakyat 28 Mac 2012 - Di sini saya ingin menyatakan permasalahan saya yang dilarang untuk tinggal lama bersama isteri dan anak-anak saya di Sabah. Saya telah berkahwin dengan isteri saya hampir 11 tahun semasa dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Saya dikurniakan dua orang anak.

Masalah timbul bila sama telah tamat dalam perkhidmatan. Saya tidak boleh tinggal bersama dengan isteri saya di Tawau. Pada hal isteri saya adalah penduduk tetap di Sabah.

Saya tidak dibenarkan tinggal di Sabah lebih dari 3 bulan, selapas itu saya dikehendaki keluar dari Sabah dan masuk semula untuk tempoh 3 bulan lagi. Cuma sekarang ini saya diberi visa lawatan selama 1 tahun yang akan tamat tempoh pada awal Januari 2013 nanti.

Isteri saya tidak boleh menjamin saya untuk tinggal di Sabah dengan lama lagi.

Tapi yang menjadi kehairanan saya kenapa warga asing yang berkahwin dengan penduduk Sabah boleh dijamin oleh pasangan masing-masing dan boleh juga mencari kekayaan di Sabah sehingga berjaya.

Sedangkan saya warga Malaysia tidak boleh tinggal menetap di Sabah dan hak-hak kami dinafikan oleh Pemerintah Sabah.

Adakah Sabah bukan sebahagian dari Malaysia, bagaimana dengan selogan PM kita Gagasan 1Malaysia.

Wassalam.

By: sharinnizal

http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-dari-semenanjung-tidak-layak-tinggal-di-sabah#more-12004

Statistik dari http://beritasemasa.com/warga-asing-di-sabah-malaysia

Kes serangan asid terhadap wanita berulang di KL

Posted: 27 Mar 2012 11:13 PM PDT



Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang

28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Thief splashes acid on woman and student

The serial splasher had struck fear among Klang Valley residents between March and May last year, with more than 20 people suffering burns.

The attacks began on March 2, 2011, when eight students and a teacher from SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar, were splashed with a corrosive liquid by a motorcyclist.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/28/nation/11002353&sec=nation

Balik rumah tubuh berasap

"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

"Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Balikrumahtubuhberasap/Article

Md Sabu, Chua Jui Meng 1 Apr 2012 di Kuala Pilah

Posted: 27 Mar 2012 09:28 PM PDT



JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam
Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah
Bersama :
- Tn Hj Md Sabu
- Datuk Chua Jui Meng
- CheguBard
- YB Taufek Abd. Ghani,
- YB Ravi
- YB Aminuddin
- Dr. Rafaie
- YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan

Semua dijemput hadir

Pertanyaan : 013 6520582 (Hanif)

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Lodging Maine Northern

Posted: 27 Mar 2012 05:12 PM PDT



This region also offers a very scenic vacation spot, and is yet a hub of activities available, Maine waterfront properties provide the lodging maine northern and it can then be expected that these two regions offer both a unique vacation experience to its visitors with beautiful sites in the lodging maine northern is true especially for those individuals looking for more romantic activities, couples can choose from when they visit the lodging maine northern of Maine has. Maine fresh water fish doe's require a fishing guide book so you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they can intimate you whenever an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for cross-country skiers to enjoy good shopping and dining experiences, as Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.

Want to live close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located towards the lodging maine northern are fully furnished sea side home. The Maine casinos, the lodging maine northern in Bangor Maine and the lodging maine northern. The Portland Museum is also two miles away from crowded housing options.

Most of the Maine coast alternates between wide, sandy beaches and New England region of the nation's finest B & B's are large, old homes that have been restored and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are available to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the lodging maine northern, the lodging maine northern, the lodging maine northern, the lodging maine northern and York's Wild Kingdom, just to name a few of the lodging maine northern in the highlands support all outdoor activities such as kayaking, rafting, and surfing are very much needed in Maine.

Apart from these, the lodging maine northern as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern Maine coast to have parking, a yard, and many rooms for you to enjoy Maine vacations by engaging in outdoor activities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums.

Located on the lodging maine northern above the lodging maine northern, you'll get a glimpse of the lodging maine northern, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts, they can get from a romantic weekend getaway, you can choose from, one of 6,000 lakes and ponds and oceanfront properties. If you are a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can rent a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from the lodging maine northern and noise of daily activities and is yet a hub for sports and entertainment activities. Tucked away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the lodging maine northern, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.

Travelers have plenty of outdoor activities such as shuttle rides to the lodging maine northern for those times when you just want to enjoy during your stay in bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the lodging maine northern will be, but as you are traveling to this wet and wild amusement park and let the lodging maine northern as well as adults busy during their stay.



Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Jom ke Karnival PASTI Sepanggar 2012

Posted: 27 Mar 2012 09:39 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Posted: 27 Mar 2012 11:12 PM PDT


Kenyataan Media
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia 28 Mac 2012 TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI.



KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:

1. Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;

2. Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
Mohd Rafizi Ramli
Perngarah Strategi
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia

Malam kemuncak kempen BANTAH(FELDA)

Posted: 27 Mar 2012 10:55 PM PDT


Ceramah Kemuncak Kempen BANTAH

Tarikh: 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kompleks Sukan Seksyen 15, Bangi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada malam tersebut.

Mari beramai-ramai memberi sokongan membantah penyenaraian Felda GVB

—Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

''ADAT JAHILLIAH'' MASIH ADA LAGI.......

Posted: 27 Mar 2012 10:43 PM PDT


Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai 'perempuan joget' bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

Majlis yang mendapat jolokan 'disko desa' itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -dr sumber :gB

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Mar 2012 03:41 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ORANG AMPANG SUDAH SEDAR DAN MAHU TOLAK AEMNO-BEEND !!

Posted: 27 Mar 2012 12:07 PM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 27 Mar 2012 11:21 PM PDT

Suara Sri Andalas


Pertambahan 316,000 Pengundi Baru Di Selangor Diragui

Posted: 27 Mar 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM,27 MAC : Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah  316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor seraya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan secara professional berkenaan perkara itu segera.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, trend pertambahan pengundi baru di Selangor ini menyamai apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran PAS ketika itu tumbang pada pilihanraya umum 2004 lepas.

"Jawapan pertambahan pengundi ini dijawab oleh Menteri yang bertanggungjawab semasa sidang sesi Parlimen baru-baru ini, persoalan kita ialah bagaimana pertambahan pengundi baru di Selangor boleh berlaku secara drastik," kata Dr Xavier dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat Selangor di Dewan Annex Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

"Pakatan Rakyat merasa curiga dengan cara pendaftaran pengundi ini dilakukan, saya diberitahu ada 300 buah rumah yang setiap rumah mempunyai 100 pengundi untuk setiap rumah tersebut.

Jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dipindahkan tempat mengundi tanpa pengetahuan beliau, boleh bayangkan bagaimana dengan orang ramai yang dipindahkan nama tanpa pengetahuan," kata beliau.

Dr Xavier turut mendedahkan kewujudan Kad Pengenalan Hijau yang mempunyai tarikh luput yang pernah digunakan semasa pilihanraya di Sarawak.

" Kad Pengenalan ini digunakan sebagai dokumen sah yang membenarkan pemegang untuk mengundi semasa pilihanraya di Sarawak, apakah perkara ini akan juga berlaku di Semenanjung Malaysia,ini persoalan yang perlu SPR jawab," tegas beliau.

Sementara itu Adun Meru,Dr Rani Osman menggesa semua pihak mengambil serius isu pertambahan undi secara mendadak kerana dibimbangi wujudnya kemungkinan warga  asing menentukan masa depan negara dan bukannya pengundi warganegara Malaysia.

" Kalau kita lihat negara lain,suruhanjaya pilihanraya mereka diletakkan di bawah Parlimen,itu yang Pakatan Rakyat desak,tetapi sehingga sekarang SPR masih di bawah Jabatan Perdana Menteri," kata Dr Rani.

Dr Rani juga berkata sewajarnya SPR melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik ketika berumur 21 tahun secara menolak dakwaan wujudnya pengundi-pengundi daripada luar.

"Kita merasa sedih dengan kejadian wujudnya pengundi dari luar, kerana masa depan negara ditentukan oleh orang-orang asing,dan kita tahu bagaimana Mykad diberi kepada bukan warganegara, jadi saya harap perkara ini dipandang serius, " katanya.

Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar 6,049 , Hulu Selangor 15,481, Tanjong Karang 4,307, Kuala Selangor 10,083, Selayang 16,189, Gombak 15,467, Ampang 9,467, Pandan 13,175, Hulu Langat 23,334, Serdang 23,748, Puchong 19,772, Kelana Jaya 13,714.

Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara 5,603, Subang 27,765, Shah Alam 15,417, Kapar 21,606, Klang 11,702, Kota Raja 22,256, Kuala Langat 17,172 dan di Sepang 14,627.


Sumber: Selangorku.com

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 27 Mar 2012 11:16 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan Kerja Biro Masyarakat Felda ke Sabah

Posted: 27 Mar 2012 07:46 AM PDT

Kami bertolak ke Sabah menuju Tawau pada 23hb Mac 2012 jam lebih kurang 7.20 pagi dan sementara menunggu penerbangan kami berehat dahulu di LCCT.

Penerbangan ke Tawau mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, dan setelah hampir 3 jam di perut kapal terbang, kaptain kapal mengumumkan ada sedikit kerosakan teknikal dan penerbangan terpaksa dilencung ke Kota Kinabalu.

Kami mendarat di Kota Kinabalu jam lebih kurang 10.30 pagi untuk membaiki kerosakan teknikal yang dikatakan kerosakan kepada sistem air-condition.

2 jam lebih kami berehat di lapangan terbang Kota Kinabalu dan akhirnya diberitahu bahawa kerja-kerja membaikpulih kerosakan teknikal telah selesai dilakukan dan kami dipinta memasuki pesawat semula.  Seorang kakitangan syarikat penerbangan itu memberitahu kami bahawa kerosakan kepada enjin kapal terbang itu telah diperbaiki.  Kerosakan enjin?  Yang diberitahu kepada kami adalah aircondition, bukan enjin.  Tetapi tentu kaptain kapal itu lebih mengetahui bagaimana untuk mengelakkan keadaan panik jika diberitahu kerosakan kepada enjin.

Syukurlah kami semuanya selamat.

Kami tiba di Lapangan Terbang Tawau jam menghampiri 1.40 petang; dari sana kami dibawa oleh petugas-petugas PKR yang menunggu kami di Airport ke sebuah Restoran Nasi Ayam di Bandar Tawau.  Selesai makan kami dibawa ke Pejabat PKR Cabang Tawau.  

Sedia menunggu disana adalah rakan-rakan pimpinan terdiri daripada Dato Kong Hong Min dan Sdr Ahmad Tamrin.  Dato Kong adalah Ketua PKR Cabang Tawau yang juga bertugas sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Sabah, manakala Sdr Ahmad Tamrin adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

Majlis itu disertai juga oleh YB Zuraida dan rombongan pimpinan Wanita PKR Pusat dan Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR Pusat. Majlis ceramah dan taklimat di PKR Cabang Tawau selesai jam lebihkurang 5.00 petang.

Dato Kong telah membawa kami ke Hotel penginapan kami.  Setelah selesai membersihkan diri, kami dibawa makan makanan Sea Food.

Jam 7.00 malam kami dibawa ke program ceramah di Kg Batu Dua Apas.  Dato Kong melahirkan perasaan terperanjat beliau kerana beliau hanya menjangkakan kehadiran tidak akan melebihi 50 orang.  Pada pilihanraya 2008 dulu, PKR tidak dapat menembusi kampong ini kerana kampong ini merupakan kampong UMNO tegar.



Beliau terperanjat dengan kehadiran yang begitu ramai, penuh didalam Dewan dan penuh pula di luar Dewan; kaum wanita yang begitu ramai juga memberikan impression di luar dugaan.

Ceramah di Sabah bermula jam 7.30 malam dan berakhir 10.30 malam atau tidak lewat dari jam 11.00 malam, kalau lebih dari itu, ceramah itu akan hanya tinggal kerusi sahaja.

Selepas ceramah kami kembali ke Hotel, dan selepas solat jamak Isya-Maghrib, kami terus memejamkan mata, kerana pagi-pagi esuk, jam 4.00 pagi, kami terpaksa bangun, bersihkan diri, solat Suboh dan berlepas pula menuju Lahat Datu.

Suboh masuk pada jam 4.59 pagi.  Selepas solat Suboh kami menaiki 2 kenderaan pacu 4 roda menuju ke Lahat Datu.  Perjalanan itu mengambil masa lebih dari 2 jam.  Sesampai di Lahat Datu kami mengambil breakfast.  

Di Restoran itu beberapa rakan dari NGO yang melibatkan diri dengan perjuangan mempertahankan tanah NCR datang untuk minum pagi bersama-sama.  Dato Kong adalah ketua NGO tersebut.

Selesai breakfast kami terus pergi ke Pejabat PKR Cabang Silam, dan di sana kami diberitahu bahawa Sdr Johani, Ketua PKR Cabang Silam telah berlepas lebih awal ke Kg Tambisan.

Beliau terpaksa meninggalkan Lahat Datu lebih awal kerana berlaku masalah teknikal di tempat ceramah.  Dewan yang telah diluluskan kepada PKR mengadakan ceramah telah dibatalkan serta merta pagi itu, dan Johani terpaksa ke kampong tersebut untuk mendapatkan tempat ceramah gantian.

Di Pejabat PKR Silam, kami sempat mengambil gambar foto sebelum berangkat ke Kg Tambisan.


Perjalanan dari Lahat Datu ke Kg Tambisan mengambil masa lebih kurang 2 jam.  5 buah kenderaan pacuan 4 roda berkonvoi ke Kg Tambisan, oleh kerana jalan yang sangat buruk kami sampai di Kg Tambisan jam lebihkurang 12.00 tengah hari.

\Memandangkan masa yang sudah begitu suntuk maka hanya Dato Kong dan saya sahaja yang berceramah sebelum Dialog dan Sdr Ahmad Tamrin menutupkan Majlis.











Selesai Majlis Dialog kami dihidangkan makan tengah hari.  Kg Tambisan adalah kampong dipinggir laut, dan disana dikatakan tempat ikan yang banyak, dan hidangan tengah hari itu adalah hidangan ikan bakar berbakar jenis.

Selesai di Tambisan, kami berkejar ke luar dari kampong itu kerana cuaca sudah begitu gelap dan jika hujan turun sudah pasti kenderaan kami tidak boleh keluar.

Kami sampai di Felda Cenderawasih jam lebihkurang 4.30 petang.  Setelah minum petang, kami dibawa ke sebuah rumah peneroka untuk Majlis Dialog disana.





Saya, Sdr Rebin, Sdr Zabidie dan Sdr Pak Jabit membuka luang dialog dengan masing-masing membicarakan isu-isu yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda.  Peneroka-peneroka yang hadir itu adalah terdiri daripada peneroka-peneroka yang berani kerana peneroka di kawasan ini sekali-kali tidak dibenarkan menghadiri Majlis yang dianjurkan itu dengan pelbagai ugutan termasuk diugut akan dipecat dari rancangan Felda.

Selesai di Cenderawasih kami kembali semula ke Lahat Datu dan sampai di Pejabat PKR Cabang Silam lebihkurang jam 8.00 malam untuk menghadiri Majlis Taklimat dengan Jawatankuasa dan Jentera Pilihanraya PKR Cabang Silam.  Majlis selesai jam lebihkurang 10.00 malam.  Kami kemudian dibawa ke Hotel tempat penginapan kami.

Pada 25hb Mac 2012, rakan-rakan dari PKR Cabang Kalabakan bertanggungjawab untuk mengambil kami dari Lahat Datu ke Marotai.  Tetapi memandangkan bahawa perjalanan dari Tawau ke Lahat Datu mengambil masa dua jam, saya memberitahu Sdr Irianshah, Ketua PKR Cabang Kalabakan bahawa rombongan saya akan menaiki teksi sahaja dan bertemu dengan rakan-rakan dari Kalabakan di Tawau untuk pergi ke Marotai.

Di Kalabakan sepatutnya ceramah diadakan di Felda Umbas-Umbas, tetapi telah dihalang dengan begitu hebat oleh pengurusan Felda disana, bahkan Pegawai yang berkenaan mengatakan bahawa beliau boleh memberikan ceramah itu diadakan di dalam rancangan Felda tetapi beliau sendiri akan menanggung risiko samada ditukarkan jauh dari sana atau diberhentikan kerja.








Oleh itu ceramah dan Majlis Dialog yang sepatutnya diadakan di dalam rancangan Felda telah dibuat jauh dari kawasan rancangan Felda di sekolah pasti di Marotai.

Di Marotai saya dikehendaki membentangkan isu-isu yang menimpa peneroka-peneroka Felda dan Orang Asal, Orang Asal di Marotai menghadapi masalah mereka dihalau keluar dari ladang-ladang mereka dan rumah-rumah mereka dibakar.

Saya mengarahkan kepada mereka supaya membentuk satu Jawatankuasa Bertindak dan melalui Ketua Cabang Kalabakan menyerahkan kes mereka kepada Dato Kong untuk dibawa ke Mahkamah.

Selesai ceramah/dialog di Marotai, kami kembali ke Hotel penginapan dan pada jam 8.00 malam Sdr Irianshah, Ketua Cabang dan Tuan Haji Manis, Ketua Penerangan Cabang Kalabakan menjemput kami untuk makan malam - penutup program kami di Sabah dengan makanan Sea Food, Udang, Ketam, kerang dll.

Selesai sudah program kami di Sabah.  Yang tak dapat kami sempurnakan ialah pertemuan di Semporna yang dianjjurkan jam 10.00 pagi pada 26hb Mac 2012 kerana pada jam 10.00 pagi itu kami sudah berlepas ke Semenanjung, satu kesilapan pengaturan jadual, dan saya dikehendaki hadir sekali lagi untuk kawasan-kawasan Semporna dan Sandakan.

Anwar Ibrahim

Posted: 27 Mar 2012 07:11 PM PDT

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kelantan

Posted: 27 Mar 2012 04:56 PM PDT

Demi Rakyat

30 Mac 2012 (Jumaat)

1) 2.30 ptg – Perasmian Pejabat Penyelia DUN Nenggiri

Lokasi : Hadapan Masjid Sungai Asap B, Gua Musang

2) 3.00 – 4.00 ptg – Perasmian Pejabat Penyelia DUN Paloh

Lokasi: Chiku 3, Gua Musang

3) 5.30 – 7.00 ptg – Ceramah Perdana 1

Lokasi: Pasar Borong Kuala Krai, Gucil

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi: Pantai Geting, Tumpat

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Ahmad Yakub
iii. YB Zaki Ibrahim
iv. YBhg Professor Shahrum Ibrahim

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 3

Lokasi: Padang Perdana, Kota Bahru

Penceramah:
i. YAB Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat
ii. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
iii. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
iv. YB Dato' Saifuddin Nasution

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 27 Mar 2012 09:19 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA
27hb mac 2012

SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb. Mac 2012 (Rabu)

Masa : 2:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Ketua Pembangkang

Tingkat 14, Bangunan Parlimen

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato' Seri
Anwar Ibrahim, YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang
dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ulu Langat, Selangor

Posted: 27 Mar 2012 09:16 AM PDT

Demi Rakyat

29 Mac 2012 (Khamis)

1) 7.00 – 9.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi : Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut

2) 9.00- 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

3) Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Khalid Samad
iii. YB Tony Pua Kiam Wee
iv. YBhg Mazlan Aliman
v. YBhg Suhaimi Said

Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah

Posted: 27 Mar 2012 06:27 AM PDT

Sinar Harian

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

“Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

“Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

“Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah,” katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

“Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

“Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya,” katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: “Ada orang yang belanja lebih besar dari saya”.

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

“Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

“Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini,” katanya.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 27 Mar 2012 11:13 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


MENTERI: Pengundi Hantu Bukan Penjenayah

Posted: 12 Mar 2012 10:16 AM PDT

Soalan lisan di Dewan Rakyat bertarikh 13 Mac 2012 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui polis SG WAY/002008/08 PADA 25 Februari 2008 berkenaan dengan pengundi hantu. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang [...]

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 27 Mar 2012 07:40 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


PILIHANRAYA KE 13 SEMAKIN HAMPIR.......

Posted: 27 Mar 2012 05:41 AM PDT


Malam tadi semua ahli Parlimen UBN telah berhimpun di Seri Perdana kediaman perdana menteri di Puterajaya bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan Najib Tun Razak. Majlis makan malam, malam tadi dikira anih kerana jarang dilakukan Najib ketika parlimen sedang berlangsung. Ghalibnya perdana meteri (Najib) mengadakan majlis makan malam sebaik saja selesai pembentangan Bajet di parlimen.


Kerana melanggar kebiasaan itu, majlis makan malam adalah pelik dan di luar kebiasaan. Justeru itu ada yang menyangka majlis makan malama pelik itu menanda perlimen penggal ke 12 sudah hendak dibubarkan.

Apa lagi seorang ahli parlimen yang turut hadir pada majlis itu menjelaskan, menurut Najib majlis makan malan tadi bukan apa-apa kecuali sebagai majlis perpisahan sesama kita.

"Apakah malan ini ada meting,?" tanya ahli parlimen berkenaan kepada Najib.

"Tak ada ia cuma majlis makan untuk perpisahan sesama kita sahaja," begitulah balas Najib bergurau. Ahli majlis berkenaan pulang sebaik selesai makan.

Majlis malam tadi dihadiri oleh hampir seluruh MP UBN... hanya beberapa orang yang tidak ada hadir yang berada di luar negeri. Bagai mana pun bekas PM Abdullah Badawi tidak hadir.

Ada yang menyifatkan majlis makan malam adalah majlis makan malam terakhir dengan perdana menteri dan menunjukkan bahawa selepas tidak ada majlis makan bersama perdana menteri dengan wakil rakyat.

Mungkin ada kebenaran pendapat beberapa pihak bahawa pilihan raya umum sudah hampir benar.

SAHIH:UMNO BN AKAN TERUSKAN GST SELEPAS PILIHANRAYA.....

Posted: 27 Mar 2012 05:24 AM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata(gambar), beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.


Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST.

CERITA BENAR DISEBALIK PENANGKAPAN YB UMNO(MELAKA) DI PUSAT HIBURAN

Posted: 27 Mar 2012 12:17 AM PDT


Maklumat yang diperolehi..YB kat Melaka yang kena cekup dalam serbuan di Pusat Hiburan Melaka Raya awal pagi semalam sebenarnya baru pulang dari solat tahajud di sebuah masjid.Ketika pulang, dan merasakan bertanggungjawab kerana baru dilantik sebagai Timbalan Hal Ehwal Agama Islam Melaka maka beliau singgah sebentar di pusat hiburan tersebut untuk menziarahi pengunjung dan bertanyakan khabar serta masalah pekerja di dalamnya..


Dua orang wanita yang mengapit beliau semasa minum,adalah wanita yang sedang ditarbiyyah oleh beliau,kerana beliau mengikut jejak langkah Al Syahid Hasan Al Bana yang berdakwah kedalam kelab malam di Mesir.


Jangan sangka buruk beb..tapi perangai ini memang habis-habis burukkk..sebenarnya inilah kesan daripada amalan "Kemoderetan Rasullullah" yang di amalkan oleh Pak Najib, apabila Ustazah Mashitah memberikan title tersebut kepada PM lalu dengan cepat dan pantas diamalkan pula oleh Yb yang kantoi ini..


Ops Tapis: YB antara 27 diperiksaBANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003)

SAMM:HENTIKAN ISU ISRAEL,TUMPU ISU YANG MEMBEBANI RAKYAT....

Posted: 26 Mar 2012 11:47 PM PDT


Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.

SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti Er Teck Hwa (DAP, gambar kiri), wakil rakyat Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.

Selama ini regim cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa beberapa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah diperintah keluar dewan.

Perlu ditegaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel bukanlah kes terpencil apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke 15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.

Regim juga lepas tangan dengan hanya menyatakan perdagangan tersebut hanya libatkan syarikat asing yang beroperasi dalam negara Malaysia. Persoalanya ialah barangan tersebut tetap melalui pelabuhan dan Kastam Diraja serta perlu mendapat kelulusan Kementerian berkaitan dan kita mempunyai kuasa jika benar mahu menghalangnya.

Namun yang terbaru, bulan lepas SAMM telah mendedahkan bahawa ia bukanlah semata melibatkan syarikat asing dan peralatan elektronik semata-mata. Malaysia telah juga berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.

Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan regim penguasa. Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunyai pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.

Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda - Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.

Menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.

Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palesti namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.

Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan (bukti ditunjukkan dalam sidang media) mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia.

Kami juga punya bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan "keselamatan" dan taraf "halal" barangan tersebut.

Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel-Palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing-masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara. Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani.

Dengan ini SAMM menyarankan mana-mana ahli parlimen yang prihatin dalam isu Israel supaya membentangkan usul seperti di bawah:
Parlimen meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal satu undang-undang melarang sebarang bentuk hubungan termasuk hubungan dagang secara langsung mahupun tidak langsung dengan Israel. Undang-undang tersebut juga seharusnya terkandung larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang bentuk kepentingan yang mempunyai kepentingan Israel.
Parlimen juga seharusnya meluluskan satu usul mengiktiraf HAMAS atau mana-mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
SAMM juga mencabar semua ahli parlimen Barisan Nasional khususnya UMNO untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap "munafik" dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata-mata.
Related Posts with thumbnails for bloggerblogger widgets

''depa tabuh lebih'' Kadir terjun ke PR

Posted: 26 Mar 2012 11:22 PM PDT




SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir

SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum. -HD

Pengikut