Khamis, 24 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Keluarga tahanan ISA ke Parlimen serah memo

Posted: 24 Nov 2011 05:14 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Keluarga lima tahanan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah minggu lalu ke Parlimen kelmarin bagimenyerahkan memorandum kepada wakil Pakatan Rakyat dan BN.

Merekayang ditemani Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak membebaskan kesemua tahanan tersebut dan membawa mereka ke mahkamahterbuka untuk dibicarakan.

PengerusiGMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keluarga mangsa cukup tertekan denganpenahanan tanpa bukti kesalahan yang kukuh itu. Apatah lagi katanya, penahanantersebut dilakukan selepas Najib mengumumkan akan memansuhkan ISA, 15 Septemberlalu.

"Tindakanpenahanan ini menimbulkan keraguan serius terhadap kredibilti dan janji PerdanaMenteri tersebut. Ia menunjukkan semua proses berjalan seperti biasa dalamkerja melanyak hak asasi manusia. Najib perlu berasa malu dengan penangkapanini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen.

Apayang lebih malang, sebab penahanan 13 orang di bawah ISA itu tidak dinyatakansecara jelas sebaliknya hanya dikaitkan dengan keganasan. Mereka ditahan olehpegawai polis dari Jabatan Petugas Khas Bukit Aman diketuai DSP Azman Omar diTawau sebelum dibawa ke Kota Kinabalu dan kemudiannya ke Bukit Aman.

Menurutkakak kepada salah seorang tahanan, Mohd Sarail Osman, nama adiknya itu tidakterdapat dalam senarai yang dikeluarkan Ketua Polis Negara (KPN) namun diaditangkap ketika berada di rumah.

Manakalakakak seorang lagi tahanan, Mohd Nazri Dollah, adiknya yang merupakan guruagama ditahan ketika baru pulang mengajar di Sekolah Menengah KebangsaanKinabutan. Dia ditahan di hadapan isteri dan anak-anaknya dan kini berada diBukit Aman.

Menurutnyayang tidak mahu namanya disiarkan, ketika melawat Mohd Nazri, adiknya itukelihatan tidak bermaya dan tidak banyak bercakap. Namun apabila ditanyasamaada dia dipukul sewaktu dalam tahanan, dia mengakui perkara itu. Sementaraitu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, beliau dan wakilPakatan Rakyat yang lain akan membawa isu ini sewaktu membahaskan usul untukmenarik balik tiga perisytiharan darurat yang dibentangkan Najib pagi kelmarin.

"Semalamsaya sudah bawa isu ini dan Timbalan Menteri Dalam Negeri kata polis ada buktimereka yang ditahan ini terlibat dengan kegasanasan. Saya tegaskan kalau adabukti, dakwa di mahkamah. Tidak guna Perdana Menteri umum mahu mansuh ISA tapidalam masa yang sama membiarkan tangkapan ini," kata beliau yang juga NaibPresiden PAS.

Beliauturut mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima memorandumbantahan tersebut. Bagaimanapun, tiada wakil daripada kerajaan yang ingin memorandumtersebut.

Turutbersama pada sidang media tersebut ialah Ahli Parliman Pendang, Datuk Dr.Hayati Othman, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga NaibPresiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Siput daripada Parti Sosialis Malaysia(PSM) serta beberapa wakil NGO yang bersama-sama dalam GMI.

Rombongantersebut turut ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum sama.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 24 Nov 2011 03:03 PM PST


    Akta baru hanya gimik jahat Umno-BN
oleh : Mohd Rashidi Hassan

24 NOV — Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibentangkan di Parlimen 22 November 2011 dengan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis, kemudian mewujudkan satu akta baru yang lebih melampau, kerana ia jelas bertentangan dengan lunas-lunas demokrasi.

Akta baru, antara lain tidak membenarkan protes jalanan manakala penganjuran perhimpunan awam memerlukan notis 30 hari kecuali peserta berada di kawasan yang ditetapkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Menurut akta ini, tidak boleh ada perhimpunan di kawasan 50 meter di lokasi-lokasi larangan seperti sekolah, hospital dan tempat beribadat. Semuanya dibentuk dengan memberi kuasa yang besar kepada polis.

Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan minggu depan.

Pakatan Rakyat harus bangkit menentang rang undang-undang ini, yang jelas bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Ia memberi kuasa yang besar kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan, dengan kuasa itu hanya polis sahaja menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak.

Pada Seksyen 8 akta tersebut, menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Malah peruntukan yang lebih menekan dan menyekat rakyat mahu dikuatkuasa Umno-Barisan Nasional, dengan melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat itu turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Ia membawa maksud jelas bahawa di semua tempat tidak dibenarkan rakyat berhimpun, selama mana kawasan tersebut boleh ditafsirkan dalam kuasa polis sebagai tempat larangan.

Menurut rang undang-undang itu juga, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

Inti pati sebenar yang dijelmakan daripada akta ini adalah ketakutan Umno-BN terhadap kebangkitan kuasa rakyat, yang sejak mutakhir ini jelas menolaj mereka.

Oleh itu, Umno-BN terpaksa merangka undang-undang untuk menghalang demonstrasi, sekali gus menghalang rakyat berhimpun secara aman.

Umno-BN cuba membuat gimik dengan membuang Seksyen 27 Akta Polis yang mewajibkan permit dipohon untuk sesuatu pihak untuk membuat perhimpunan, digantikan dengan sebuah akta baru yang lebih ketat dan zalim.

Tidak lain dan tidak bukan, ianya dirangka hanya salah satu usaha untuk memanjangkan jangka hayat Umno-BN yang sudah sampai ke penghujung.

Kita percaya akta ini tidak akan mampu mengekang kuasa rakyat, malah ia lebih membulatkan tekad rakyat untuk terus bersama Pakatan Rakyat menggantikan BN selaku peneraju Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang. — harakahdaily

    Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman
2:33PM Nov 24, 2011
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

"Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

"Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya.

    Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah

Meskipun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman belum melalui bacaan kedua di Parlimen, namun beberpa pihak telah berikrar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihannya jika ia diluluskan.

NONEADUN Kota Alam Shah, M Manoharan (kiri) yang juga seorang peguam, berkata akta yang akan mengharamkan protes jalanan itu satu langkah terbelakang dalam sistem demokrasi dan beliau sanggup menjadi rakyat pertama untuk mencabarnya jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon yang bergiat aktif dalam Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights, pula menulis di twitter mengenai siapa yang akan menjadi rakyat Malaysia yang akan mencabar rang undang-undang itu jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Menurut Bon (bawah, kanan), seksyen 4 rang undang itu berhubung "Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman" adalah bercanggah dengan perlembagaan.

"@edmundbon #PA2011 Basically the Act kills caused based dissent by way of assemblies & carves it out of Article 10 - section 4, this is unconstitutional."

scah ipcmc talk 181207 edmund bonSeksyen 4 menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;

(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c) suatu protes jalanan;

(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
seseorang kanak-kanak.

Full content generated by Get Full RSS.

Biaqpila

Posted: 24 Nov 2011 03:02 PM PST

Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal 'Feed The Lord' ini..


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.


~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.


*****************************


NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.

PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.

"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya.

Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.

"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya.

Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya.

"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

"Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.

"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi.

darisungaiderhaka

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lokasi Sumbang Di Ikan Bakar Terapung

Posted: 23 Nov 2011 03:29 PM PST



Ketika mula beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu, Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai Baru, Jasin menjadi lokasi kebanggaan penduduk kawasan itu sekali gus mempopularkan lokasi itu kepada pengunjung dari luar Melaka.

Namun, entah di mana silapnya, pusat pelancongan yang dibina dengan kos RM9.21 juta gagal dimanfaatkan sepenuhnya dan sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

Sebaliknya, suasana sunyi terutama pada waktu malam ditambah dengan keadaan sekelilingnya yang gelap memberi peluang kepada pengunjung melakukan perbuatan sumbang dan kegiatan jenayah lain.

Peniaga dan penduduk di kawasan itu yang ditemui mendakwa kawasan persekitaran PIBT yang seolah-olah terbiar itu berpunca daripada masalah kemudahan lampu jalan yang tidak berfungsi menyebabkan suasana sekitarnya suram.

Tinjauan di PIBT Umbai Baru mendapati hampir seluruh kawasan berhampiran menara tinjau dan laluan jambatan kayu paya bakau di situ gelap gelita sehingga menjadi tempat pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Rata-rata pengunjung PIBT kurang yakin dan berasa tidak selamat untuk bersiar-siar di kawasan itu memandangkan keadaannya yang gelap dan sunyi selain kehadiran pasangan yang melakukan perbuatan sumbang.

Salah seorang pengunjung, Herman Awaludin, 26, berkata, biarpun kemudahan menara tinjau dan laluan kayu di kawasan paya bakau disediakan, namun kemudahan itu hanya sia-sia kerana kawasan sekitarnya yang gelap.

"Saya sendiri takut untuk bersiar-siar di kawasan itu walaupun berkumpulan kerana keadaannya amat gelap dan tidak tahu apa yang tersembunyi di sebalik pokok bakau di situ.

"Pernah juga kawasan ini diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada waktu siang kerana ada aduan pasangan berkhalwat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

PIBT diuruskan Perbadanan Melaka Holdings (PMH) melibatkan keluasan 2.4 hektar.

Salah seorang peniaga, Abdul Malik Abdul, 49, berkata, keadaan persekitaran PIBT yang gelap menyebabkan kawasan itu kurang dikunjungi pelancong.

"Bagaimana mereka mahu makan hidangan ikan bakar dengan selesa jika terpaksa meninggalkan kenderaan di tempat yang gelap, pengunjung tidak mahu tanggung risiko itu. Lebih baik mereka makan ikan bakar di tempat lain yang lebih baik dan keadaan sekitarnya selamat," katanya.

Menurut Abdul Malik, ekoran masalah itu ramai peniaga ikan bakar di situ terpaksa menutup operasi perniagaan kerana tidak mampu membayar sewa gerai memandangkan keuntungan yang diperolehi tidak mencapai RM100 sehari.

Sehubungan itu, dia merayu pihak berkuasa terlibat termasuk kerajaan negeri melakukan usaha sewajarnya bagi menghidupkan semula kawasan tersebut yang masih berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan makanan di negeri ini.

Sementara itu Md. Tawil Haron, 63, berkata, sewaktu PIBT mula-mula beroperasi, pelbagai tarikan dan landskap indah dibina di pintu masuk dan laluan ke kawasan itu, namun usaha tersebut mula berkurangan dan kini langsung tidak diendahkan oleh pihak pengurusan.

"Kira-kira tiga tahun lalu ada juga hiasan dipasang pada pintu gerbang laluan masuk ke PIBT, tetapi sekarang anda lihatlah, cuma tinggal pintu gerbang yang tidak membawa sebarang makna," katanya.

P/s: Ikan pun tak berani nak buat maksiat. Mungkin kerana lanjutan hiburan membuatkan berlaku gejala ini

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Remaja Islam diserang di N.Sembilan, biar rosak akhlak

Posted: 23 Nov 2011 10:01 PM PST



Seorang blogger N.Sembilan yang amat membenci Pakatan Rakyat terutama sekali Dato Seri Anwar Ibrahim telah menulis satu artikel yang mendatangkan keraguan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke program motivasi dan perkhemahan yang bercirikan Islam sempena cuti sekolah ini dengan tuduhan liar dan tidak berasas.

Antara kenyataan dalam blog berkenaan ialah : (Ibu bapa disarankan agar sentiasa memantau content program di setiap aktiviti perkhemahan, kem menara gading, kursus motivasi etc. yang melibatkan anak-anak anda terutama di musim cuti persekolahan agar anak-anak ini tidak diindoktrinasi dengan dakyah politik extremist sejak kecil.).

Kalau dah benci sangat progam yang kononnya dikaitkan dengan parti pembangkang, KENAPA Pemuda Umno, Puteri Umno atau Putera Umno tidak menganjurkan lebih banyak program, perkhemahan, motivasi yang bercirikan Islam di Negeri Sembilan ini untuk membentuk jati diri remaja Melayu/Islam yang semakin bermasalah?

Kenapa apabila Kementerian Pelajaran menganjurkan bersama program yang menggalakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian terkangkang-kangkang, blogger yang benci sangat kepada Pakatan Rakyat dan DSAI ini tidak membuat kecoh? Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran tersebut di http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Artikel penuh blogger N.Sembilan tersebut di http://paneh.blogspot.com/2011/11/kegiatan-menghasut-pelajar.html

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS

Posted: 24 Nov 2011 08:06 AM PST

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
– Surah al-Nisa' ayat 100

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram.
Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya.

Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam.

Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai.

Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia.

Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.



Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H

kuliah ust Azhar Idrus di arena futsal

Posted: 24 Nov 2011 07:53 AM PST









Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan

Posted: 24 Nov 2011 07:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.
"Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, Kerajaan Persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan.
"Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.
"Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka," ujarnya lagi.
Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan.
Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu.
Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui.
Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini.
Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu.
Justeru itu, kata beliau DPP Malaysia berpendapat, jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam PRU ke 13.
"Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini," katanya.

Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan

Posted: 24 Nov 2011 07:49 AM PST

KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.
Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.
Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.
Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.
Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus),  Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).
Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.
Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.
"Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.
"Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.
"Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini.
Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.
"Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.
"Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.
"Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.
"Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.
Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.
Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB.

Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno

Posted: 24 Nov 2011 07:46 AM PST

TUMPAT, 24 Nov: Unsur 'khurafat' kononnya hanya Umno  mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang.
Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, 'khurafat' yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat.
"Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan.
"Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak 'khurafat' peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang," katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam.
Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.
Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari.
Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan.
Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain.
"Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak," ujarnya.
Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.
Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan.
"Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai.
"Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus," katanya.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Liga Parlimen Machang Tahun 2011

Posted: 23 Nov 2011 09:57 PM PST

Bersama Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Nov 2011 09:39 PM PST

Usah tipu rakyat dengan RUU Perhimpunan Aman

Posted: 23 Nov 2011 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membantah sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen.

"Bagi DPP Malaysia, RUU Perhimpunan Aman 2012 lebih kejam daripada undang-undang sedia ada seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak untuk rakyat berhimpun," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Menurutnya, DPP Malaysia melihat kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba menipu rakyat dengan slogannya 'transformasi' dengan pendekatan berlembut dengan rakyat.

Katanya, setelah ISA dikatakan sudah terhapus, tetapi dengan penangkapan terbaru 13 orang di bawah ISA di Sabah membuktikan bahawa Najib tidak pernah mengotakan janjinya.

Beliau menambah, Akta Perhimpunan Aman pula dikatakan sebagai menghormati hak rakyat untuk berhimpun, hakikatnya ia adalah suatu halangan untuk rakyat berbuat demikian.

Jelasnya, Akta Perhimpunan Aman amat menekan kerana lebih banyak memberikan kuasa kepada pihak polis, sama ada untuk menggagalkan perhimpunan atau menangkap, mendakwa serta mendenda mereka dengan suatu nilai yang diluar kemampuan.

Dalam hal ini, ujarnya DPP Malaysia melihat PDRM digunakan sebagai perkakas untuk menyekat kemaraan rakyat dengan mencipta pelbagai peraturan ketat.

"Sudah tentu, akta ini sebagai usaha menakutkan rakyat agar jangan turun berhimpun kerana risiko tangkapan dan denda dengan nilai yang tinggi, seolah-olah Perdana Menteri merasa terlalu takut dengan kebangkitan rakyat yang menjadi igauan buruk kepadanya dan merasa terancam dengan kedudukannya sekarang," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, tegasnya DPP Malaysia mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat Malaysia bukan bodoh, umpama lembu yang boleh dicucuk hidung.

Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh diikat dengan pelbagai imbuhan dan pemberian one off sehingga mengabui mata mereka.

"Rakyat Malaysia semakin matang dan celik maklumat. Mereka tahu segala butiran dan agenda tersembunyi di sebalik akta ini.

"Mereka tahu akta ini adalah satu lagi siri penipuan Najib yang semakin terbongkar," ujarnya lagi.
Justeru, katanya DPP Malaysia juga berpesan kepada Perdana Menteri agar berlaku jujur terhadap rakyat.
Tambahnya, Perdana Menteri perlu ambil iktibar dari kejatuhan rejim di Timur Tengah yang berlaku zalim terhadap rakyat.

"Walaupun pelbagai tekanan, sekatan serta ugutan digunakan, jika rakyat bangkit, maka tiada kuasa yang dapat menghalangnya," katanya.

Ihtifal PASTI Dun Pulai Chondong

Posted: 23 Nov 2011 09:01 PM PST





















Kelantan harap Pusat kembalikan bantuan perkapita

Posted: 23 Nov 2011 08:58 PM PST

KOTA BHARU, 24 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berharap sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di negeri ini berterusan pada setiap tahun.

Bahkan, katanya sumbangan yang dilakukan itu tidak hanya kerana hampir dengan pilihan raya atau mempunyai tujuan tertentu.

"Kita tidak tahu niat sebenar Kerajaan Persekutuan itu, sebab itu kita harap supaya sumbangan ini menjadi permulaan kepada sumbangan-sumbangan berterusan pada setiap tahun.

"Dan tidaklah dibuat hanya kerana nak pilihan raya atau kerana tujuan-tujuan tertentu, itu harapan kita," katanya mengulas sumbangan RM100,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Bantuan Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Jabatan Pelajaran Kelantan,  guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Lembaga Pengelola Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri mengaku tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang 'bentuk sumbangan'  itu.

"Sumbangan RM100,000 itu diberikan terus kepada sekolah. Kita sendiri tidak tahu. Tidak pasti bahawa ini bentuk apa, sama ada perkapita atau itu sumbangan 'bantuan modal'.

"Ini kerana sebelum diberhentikan (bantuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di bawah Yik dahulu), terdapat beberapa bentuk sumbangan kepada sekolah agama di Kelantan.

"Pertama sekali, sumbangan perkapita, sumbangan lain ialah sumbangan 'bantuan modal'," katanya.
Pada hemat beliau, sumbangan RM100,000 itu bukan perkapita kerana ia mestilah berdasarkan jumlah ramai pelajar.

"Namun harapan kita bahawa sumbangan yang diberikan ini, tidak berlaku untuk hari ini saja, dan bukan untuk sekali ini saja, tetapi biarlah yang paling penting mengembalikan peruntukan perkapita seperti mana pernah diberikan Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu.

"Jadi hak peruntukan perkapita itu kita meminta supaya dikembalikan. Pada hari ini, ini tidak dikembalikan apa yang kita minta, namun kita berharap kalau boleh sebagai 'permulaan'," ujarnya.

Perkasa Jakim

Selain itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkasakan peranannya.
Ini kerana, kata Mohd Amar, walau pun Jakim kini mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan, namun ia terikat, tidak mempunyai kuasa penuh, bahkan tidak ada penguasaan.

Katanya, Jakim kini hanya boleh memberi pandangan dan merancang program tetapi dari segi kuasa untuk menguatkuasakan dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam, hampir tidak ada.

"Jadi kalau Kerajaan Persekutuan serius untuk menangani gejala-gejala yang negatif kepada agama Islam dan kepada masyarakat Islam di negara ini, kita meminta supaya peranan Jakim diperkasakan dan peruntukan kepada jabatan ini dipertingkatkan lagi.

"Bahkan pegawai-pegawainya ditambah dan diupgredkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada; barulah dirasakan ada kesannya," ujarnya.

Beliau turut menyarankan supaya Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diusahakan untuk dipertingkatkan, dinaiktarafkan serta diperkasakan peranannya.

Banjir Di Dun Pulai Chondong

Posted: 23 Nov 2011 08:55 PM PST








Media perdana tidak adil pada Kelantan

Posted: 23 Nov 2011 03:20 PM PST

KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang masih tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri dalam membuat laporan.
Menurutnya, walaupun pelbagai program pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), namun media 'menyembunyikan' laporan sebenar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam yang melibatkan lima jajahan di sebuah hotel di sini tengah hari tadi.
(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan draf pembangunan kepeda Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Robert.)
Lima jajahan terbabit ialah Pasir Putih, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jajahan Jeli.
Menurutnya, cara berkenaan tidak ubah seperti  lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit.
"Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur memandangkan negeri ini berkembang pesat dalam semua aspek termasuk jumlah penduduknya juga kian bertambah.
"Pada tahun 2010 jumlah penduduk mencecah 1.46 juta orang berbanding hanya 1.31 juta pada tahun 2000," ujarnya.

Kelayakan Olimpik 2012 ; Malaysia Tewas Kepada Syria

Posted: 23 Nov 2011 03:19 PM PST

PEMAIN  negara, Mahalli Jasuli (tengah)  berjaya merampas bola daripada pemain  Syria, Mohammed Fares (kiri) pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN negara, Mahalli Jasuli (tengah) berjaya merampas bola daripada pemain Syria, Mohammed Fares (kiri) pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Semangat melawan jelas mengatasi keletihan selepas dinobat wira Sukan SEA

WAJAR dipuji. Biarpun tewas 0-2 kepada Syria pada aksi kedua Kumpulan C, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi, semangat melawan Harimau Muda jelas mengatasi keletihan serta kelesuan selepas baru dua hari mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Banjir Di Kelantan; Wakil Rakyat PAS Turun Ke Lokasi Banjir

Posted: 23 Nov 2011 03:13 PM PST











Laporan Terkini Pemindahan Mangsa Banjir

Posted: 23 Nov 2011 03:07 PM PST

Tarikh: 24-11-2011    

Bil.Nama DaerahPusat PemindahanTarikh DibukaKG Yang TerlibatJUMLAH MANGSA PERMINDAHANTarikh Ditutup
Bil. PusatJumlah KeluargaJumlah MangsaMengikut Jantina
DewasaKanak
LPLP
1Jajahan : Kota Bharu [Dikemas Pada : 24-11-2011 01:25]36530678798663
PendekSEK.KEB.MULONG22-11-2011 15:00,Perumahan Sri Mulong,Kg. Lubok Jambu,Kg. Nilam Baru5626567588159
PendekSEK.KEB.TIONG22-11-2011 22:00,Kg. Tiong62651542
PeringatSEK.MEN.MELOR23-11-2011 20:00,Perumahan Sri Kulim3156612
2Jajahan : Kuala Krai [Dikemas Pada : 24-11-2011 06:26]273569128
MengkebangPejabat Haiwan Kuala Krai23-11-2011 19:00,Guchil52947126
MengkebangMasjid Lama Kampung Keroh23-11-2011 22:00,Kampung Keroh262202
3Jajahan : Machang [Dikemas Pada : 24-11-2011 02:02]32310125273415
Pangkal MeleretSek.Keb Pangkal Meleret23-11-2011 02:00,Kampung Chanor153200
Pulai ChondongStor Pemaju Perumahan23-11-2011 17:00,Bandar Seri Aman208620203214
Ulu SatRumah Saudara23-11-2011 17:00,Pangkal Durian2102521
4Jajahan : Pasir Mas [Dikemas Pada : 24-11-2011 06:10]55619760574337
KANGKONGS.K. BKT.JARUM23-11-2011 17:00,KG BUJUK DAN KG BKT JARUM196117201311
KANGKONGMASJID GABUS23-11-2011 19:00,KG. GABUS HILIR141201
KANGKONGMADRASAH HJ DAUD23-11-2011 23:00,KG. BAROH PIAL DAN SEKITAR5216735
GUAL PERIOKSEK.MEN.AGAMA (ARAB) LATI24-11-2011 00:00,KG BANGGOL JERING, KG BANGGOL MANOK, KG KEPAS DAN KG APAM238336171614
PASIR MASSEK.MEN PEREMPUAN PASIR MAS24-11-2011 01:00,KG BARU, KG DANGAR, KG KBG TERAP828011116
5Jajahan : Pasir Puteh [Dikemas Pada : 24-11-2011 01:30]15215754
Bukit AwangS.K Bukit Awang22-11-2011 17:00,Kampung Tok Kundur5215754
6Jajahan : Tanah Merah [Dikemas Pada : 24-11-2011 06:09]43312536392129
Ulu KusialSK Kulim23-11-2011 19:00,Kg. Kulim & sekitarnya196418191314
Bukit PanauMadrasah Padang Kijang23-11-2011 20:00,Kg. Padang Kijang52361025
Bukit PanauMadrasah Becah Palas Lubuk Agor23-11-2011 20:00,Kg. Kelewek & Sekitarnya63197510
Bukit PanauSK Alor Pasir23-11-2011 23:00,Kg. Padang Kijang & Sekitarnya,Kg. Alor Pasir373310
Jumlah18189785210218201156

Pengikut