Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS
- kuliah ust Azhar Idrus di arena futsal
- Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan
- Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan
- Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno
- Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Liga Parlimen Machang Tahun 2011
- Bersama Ustaz Azhar Idrus
- Usah tipu rakyat dengan RUU Perhimpunan Aman
- Ihtifal PASTI Dun Pulai Chondong
- Kelantan harap Pusat kembalikan bantuan perkapita
- Banjir Di Dun Pulai Chondong
- Media perdana tidak adil pada Kelantan
- Kelayakan Olimpik 2012 ; Malaysia Tewas Kepada Syria
- Banjir Di Kelantan; Wakil Rakyat PAS Turun Ke Lokasi Banjir
- Laporan Terkini Pemindahan Mangsa Banjir
Posted: 24 Nov 2011 08:06 AM PST السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – Surah al-Nisa' ayat 100 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri. Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda. Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini. Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kuliah ust Azhar Idrus di arena futsal Posted: 24 Nov 2011 07:53 AM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan Posted: 24 Nov 2011 07:50 AM PST KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka. "Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, Kerajaan Persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan. "Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada. "Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka," ujarnya lagi. Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan. Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu. Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui. Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini. Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu. Justeru itu, kata beliau DPP Malaysia berpendapat, jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam PRU ke 13. "Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan Posted: 24 Nov 2011 07:49 AM PST KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat. Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan. Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak. Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain. Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus). Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya. Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis. "Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli. "Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. "Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini. Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air. "Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat. "Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. "Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama. "Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit. Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno Posted: 24 Nov 2011 07:46 AM PST TUMPAT, 24 Nov: Unsur 'khurafat' kononnya hanya Umno mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang. Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, 'khurafat' yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat. "Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan. "Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak 'khurafat' peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang," katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam. Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari. Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan. Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain. "Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak," ujarnya. Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13. Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan. "Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai. "Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Liga Parlimen Machang Tahun 2011 Posted: 23 Nov 2011 09:57 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 23 Nov 2011 09:39 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Usah tipu rakyat dengan RUU Perhimpunan Aman Posted: 23 Nov 2011 09:03 PM PST KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membantah sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen. "Bagi DPP Malaysia, RUU Perhimpunan Aman 2012 lebih kejam daripada undang-undang sedia ada seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak untuk rakyat berhimpun," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Menurutnya, DPP Malaysia melihat kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba menipu rakyat dengan slogannya 'transformasi' dengan pendekatan berlembut dengan rakyat. Katanya, setelah ISA dikatakan sudah terhapus, tetapi dengan penangkapan terbaru 13 orang di bawah ISA di Sabah membuktikan bahawa Najib tidak pernah mengotakan janjinya. Beliau menambah, Akta Perhimpunan Aman pula dikatakan sebagai menghormati hak rakyat untuk berhimpun, hakikatnya ia adalah suatu halangan untuk rakyat berbuat demikian. Jelasnya, Akta Perhimpunan Aman amat menekan kerana lebih banyak memberikan kuasa kepada pihak polis, sama ada untuk menggagalkan perhimpunan atau menangkap, mendakwa serta mendenda mereka dengan suatu nilai yang diluar kemampuan. Dalam hal ini, ujarnya DPP Malaysia melihat PDRM digunakan sebagai perkakas untuk menyekat kemaraan rakyat dengan mencipta pelbagai peraturan ketat. "Sudah tentu, akta ini sebagai usaha menakutkan rakyat agar jangan turun berhimpun kerana risiko tangkapan dan denda dengan nilai yang tinggi, seolah-olah Perdana Menteri merasa terlalu takut dengan kebangkitan rakyat yang menjadi igauan buruk kepadanya dan merasa terancam dengan kedudukannya sekarang," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, tegasnya DPP Malaysia mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat Malaysia bukan bodoh, umpama lembu yang boleh dicucuk hidung. Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh diikat dengan pelbagai imbuhan dan pemberian one off sehingga mengabui mata mereka. "Rakyat Malaysia semakin matang dan celik maklumat. Mereka tahu segala butiran dan agenda tersembunyi di sebalik akta ini. "Mereka tahu akta ini adalah satu lagi siri penipuan Najib yang semakin terbongkar," ujarnya lagi. Justeru, katanya DPP Malaysia juga berpesan kepada Perdana Menteri agar berlaku jujur terhadap rakyat. Tambahnya, Perdana Menteri perlu ambil iktibar dari kejatuhan rejim di Timur Tengah yang berlaku zalim terhadap rakyat. "Walaupun pelbagai tekanan, sekatan serta ugutan digunakan, jika rakyat bangkit, maka tiada kuasa yang dapat menghalangnya," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ihtifal PASTI Dun Pulai Chondong Posted: 23 Nov 2011 09:01 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelantan harap Pusat kembalikan bantuan perkapita Posted: 23 Nov 2011 08:58 PM PST KOTA BHARU, 24 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berharap sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di negeri ini berterusan pada setiap tahun. Bahkan, katanya sumbangan yang dilakukan itu tidak hanya kerana hampir dengan pilihan raya atau mempunyai tujuan tertentu. "Kita tidak tahu niat sebenar Kerajaan Persekutuan itu, sebab itu kita harap supaya sumbangan ini menjadi permulaan kepada sumbangan-sumbangan berterusan pada setiap tahun. "Dan tidaklah dibuat hanya kerana nak pilihan raya atau kerana tujuan-tujuan tertentu, itu harapan kita," katanya mengulas sumbangan RM100,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Bantuan Kerajaan Negeri. Sumbangan itu disampaikan pada majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Jabatan Pelajaran Kelantan, guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Lembaga Pengelola Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri mengaku tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang 'bentuk sumbangan' itu. "Sumbangan RM100,000 itu diberikan terus kepada sekolah. Kita sendiri tidak tahu. Tidak pasti bahawa ini bentuk apa, sama ada perkapita atau itu sumbangan 'bantuan modal'. "Ini kerana sebelum diberhentikan (bantuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di bawah Yik dahulu), terdapat beberapa bentuk sumbangan kepada sekolah agama di Kelantan. "Pertama sekali, sumbangan perkapita, sumbangan lain ialah sumbangan 'bantuan modal'," katanya. Pada hemat beliau, sumbangan RM100,000 itu bukan perkapita kerana ia mestilah berdasarkan jumlah ramai pelajar. "Namun harapan kita bahawa sumbangan yang diberikan ini, tidak berlaku untuk hari ini saja, dan bukan untuk sekali ini saja, tetapi biarlah yang paling penting mengembalikan peruntukan perkapita seperti mana pernah diberikan Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu. "Jadi hak peruntukan perkapita itu kita meminta supaya dikembalikan. Pada hari ini, ini tidak dikembalikan apa yang kita minta, namun kita berharap kalau boleh sebagai 'permulaan'," ujarnya. Perkasa Jakim Selain itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkasakan peranannya. Ini kerana, kata Mohd Amar, walau pun Jakim kini mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan, namun ia terikat, tidak mempunyai kuasa penuh, bahkan tidak ada penguasaan. Katanya, Jakim kini hanya boleh memberi pandangan dan merancang program tetapi dari segi kuasa untuk menguatkuasakan dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam, hampir tidak ada. "Jadi kalau Kerajaan Persekutuan serius untuk menangani gejala-gejala yang negatif kepada agama Islam dan kepada masyarakat Islam di negara ini, kita meminta supaya peranan Jakim diperkasakan dan peruntukan kepada jabatan ini dipertingkatkan lagi. "Bahkan pegawai-pegawainya ditambah dan diupgredkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada; barulah dirasakan ada kesannya," ujarnya. Beliau turut menyarankan supaya Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diusahakan untuk dipertingkatkan, dinaiktarafkan serta diperkasakan peranannya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 23 Nov 2011 08:55 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Media perdana tidak adil pada Kelantan Posted: 23 Nov 2011 03:20 PM PST KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang masih tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri dalam membuat laporan. Menurutnya, walaupun pelbagai program pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), namun media 'menyembunyikan' laporan sebenar. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam yang melibatkan lima jajahan di sebuah hotel di sini tengah hari tadi. (Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan draf pembangunan kepeda Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Robert.)Lima jajahan terbabit ialah Pasir Putih, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jajahan Jeli. Menurutnya, cara berkenaan tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit. "Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah," ujarnya. Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur memandangkan negeri ini berkembang pesat dalam semua aspek termasuk jumlah penduduknya juga kian bertambah. "Pada tahun 2010 jumlah penduduk mencecah 1.46 juta orang berbanding hanya 1.31 juta pada tahun 2000," ujarnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelayakan Olimpik 2012 ; Malaysia Tewas Kepada Syria Posted: 23 Nov 2011 03:19 PM PST PEMAIN negara, Mahalli Jasuli (tengah) berjaya merampas bola daripada pemain Syria, Mohammed Fares (kiri) pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. WAJAR dipuji. Biarpun tewas 0-2 kepada Syria pada aksi kedua Kumpulan C, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi, semangat melawan Harimau Muda jelas mengatasi keletihan serta kelesuan selepas baru dua hari mempertahankan pingat emas Sukan SEA. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Banjir Di Kelantan; Wakil Rakyat PAS Turun Ke Lokasi Banjir Posted: 23 Nov 2011 03:13 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laporan Terkini Pemindahan Mangsa Banjir Posted: 23 Nov 2011 03:07 PM PST
|
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan