PAS Negeri Sembilan Posted: 25 Dec 2010 09:01 PM PST |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 25 Dec 2010 07:23 PM PST Seminar PAS Ganti Umno : Kehadiran di luar jangkaan Posted: 25 Dec 2010 10:22 AM PST | TGNA & DSAI Ke Terengganu Di Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti UMNO" Posted: 25 Dec 2010 04:03 AM PST KUALA TERENGGANU 25 Disember, Sabtu : PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU) ke seluruh negeri Terengganu, bermula pada 15 Januari depan di Chukai, Kemaman. Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata Jawatankuasa Bertindak Penggerak Masyarakat 'PAS Ganti Umno' telah digerakkan bagi menyebarkan maklumat dan penerangan mengapa perlu PAS menggantikan Umno menjelang pilihan raya akan datang. "Kita (PAS) telah mula mengedar dan membekalkan dan menaikkan kain-kain rentang dan poster-poster 'PAS Ganti Umno', "kita juga telah bertemu dan menggerakkan semua bloggers dan pengendali laman-laman internet kita, supaya mereka dapat memainkan peranan, mencetuskan tulisan-tulisan dan artikel-artikel 'PAS ganti Umno',"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan aluannya dalam Seminar 'PAS Ganti Umno' yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai, disini semalam, 24 Disember. Katanya, Seminar PGU yang diadakan itu adalah merupakan langkah muqaddimah kepada 'himpunan mega' yang telah dirancang. "Langkah-langkah ini kita harap akan menjadi suatu mukaddimah, yang InsyaAllah kita akan mengadakan satu perhimpunan untuk mengumpulkan bukan sahaja ahli-ahli, penyokong-penyokong tetapi semua lapisan masyarakat,"jelasnya Beliau turut memaklumkan, pengesahan kehadiran pimpinan besar Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang Palimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan tersebut. sumber : dupnt.blogspot.com
| Lagi Mangsa Keganasan Polis : " Polis Pukul Saya Kerana Mahu Duit ! " Posted: 24 Dec 2010 11:31 PM PST DIA DITUMBUK bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis. Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah. Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis. Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah. Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu. Sembunyikan diri dalam longkang Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai. baca artikel penuh...di sini. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 25 Dec 2010 07:02 PM PST Janji 100 Hari Pakatan Dan Majilis Kahwin Perdana 101 pasangan Tahun 2010 Posted: 25 Dec 2010 03:37 PM PST Janji 100 hari bila tadbir Pusat – Nik Aziz
Mohd Nor Yahya PENGKALAN CHEPA, 25 Dis: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal atas tindakan sesetengah pihak mempertikaikan hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan program 100 hari jika ditakdirkan dapat menawan Putrajaya dalam PRU akan datang. Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dilaksanakan setelah dapat menawan kerajaan pusat bukannya untuk dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat masa kini. "Dia orang ni tak faham atau takut dengan janji program 100 hari ni"ujar beliau ketika ditemui disidang media selepas merasmikan Majlis Kahwin Perdana bertempat di Pusat Tarbiah Negeri Kelantan (PUTIK) hari ini."Kita akan laksanakan bila Pakatan dapat memerintah Pusat, tunggulah dan janganlah pulak nak jadi gangster"kata beliau lagi. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin agar ia dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masa kini. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua. Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri."Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu," katanya.Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk. Menyentuh mas kahwin yang terlampau tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, beliau amat sedih dan tidak bersetuju dan langkah kerajaan mengadakan program kahwin Perdana ini juga adalah untuk meringankan beban keluarga pengantin. "Bagi diri saya dengan mengadakan seperti ini ia dapat menyelamatkan keluarga dari berlakunya pembaziran dan boleh meringankan beban rakyat negeri ini dan sebagai tanda gembira saya ingin mengadakan kenduri satu hari nanti bagi meraikan pasangan dari kalangan masyarakat Orang Asal yang berkahwin hari ini dan guna duit saya sendiri bukannya duit kerajaan," katanya lagi. Majlis Kahwin Perdana yang julung kalinya diadakan di Kelantan telah mendapat sambutan ribuan orang ramai, seramai 101 pasangan telah diijab kabulkan dan diketuai oleh Menteri Besar sendiri hari ini. Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini."Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing"ujar beliau. Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin."Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah"kata beliau.Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan Kahwin Perdana 2010 Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program 'Kahwin Perdana 2010' bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia sendiri.Semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan + RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini. Langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata.Islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik, fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan manusia ini.Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran 'Kahwin Perdana 2010' ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri dalam proses melahirkan Ijtima' Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai dan diberkati. "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur". -jottumah PS: Kenyataan Tok Guru mengenai janji 100 Pakatan menunjukkan yang pemimpin BN sengaja tidak mahu faham atau mereka takut rakyat beralih kepada Pakatan sehingga sanggup menyatakan janji Pakatan sebagai janji kosong. Kita kena cuba dulu baru kita tahu semaada janji tersebut dapat dikota atau tidak. BN sudah perintah lebih dari 50 tahun mana janji2 BN dulu sampai sekarang adakah semua sudah dipenuhi? Hampir semua barang keperluan harian dinaikan sehingga hantaran Mas kahwin pun sudah meningkat sehingga mencecah ribuan dan jutaan ringgit bukan ruppiah. Lainlah orang kaya macam CM Sarawak boleh belanja perhiasan perkahwinan sampai mencecah jutaan ringgit. Contohi dan lihatlah sendiri di Kelantan telah berjaya mengurangkan kos perbelanjaan majlis perkahwinan dimana seramai 101 pasangan telah diijab kabulkan dan diketuai oleh Menteri Besar Kelantan. Selamat pengantin baru kepada 101 pasangan.Semoga diberkati dan selamat di dunia dan di akhirat. Lihatlah perubahan besar yang akan berlaku apabila PAS dan PAKATAN RAKYAT berjaya mengambil alih pemerintahan Malaysia nanti, Insyallah. Bah mari kita sama-sama mengubah kerajaan BN kepada PAS dan PAKATAN RAKYAT. | |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 25 Dec 2010 03:32 PM PST |
pas sembrong (bangkit membuat perubahan) Posted: 25 Dec 2010 03:08 PM PST Logo dipertikai Posted: 25 Dec 2010 10:38 AM PST | Pendafaraan petugas PRK Tenang Posted: 25 Dec 2010 09:57 AM PST Labis : Kami bergotong royong membersihkan balai Islam Muhammadi (gambar) di kampung Air Panas untuk dijadikan bilik gerakan. Bermula 2.30 petang, semak samun setinggi dada dah dipotong, ruang balai yang banyak tikus sudah disapu dan dimop, bilik air banyak najis kelawar dah dicuci. Beginilah nasib markaz kita bila lama dah tak diguna...sedih... Dah bersih baru ramai yang datang termasuk pimpinan. Taklimat PRK dan serahan tugasan UPU. Petang tu juga ana dan YDP PAS Sembrong menjenguk rumah yang menjadi bilik gerakan kami di Tenang bersama sahabat dari kawasan Segamat. Alhamdulillah tepi jalan besar dan sebelahnya ada restoran. Lapar, pekena nasi goreng kampung, al-maklum di balai islam tadi tak ada warung dan makan minum pula tak disediakan. Lapar! Ini tak menjadi pasal kepada pejuang untuk mengeluh...takbir. | Maka menangislah syaitan Posted: 25 Dec 2010 09:28 AM PST
(Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.)
(YAB Tuan Guru sedang menikahkan pasangan pertama)
Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan
PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.
Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.
Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.
"Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing"ujar beliau.
Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.
"Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah"kata beliau.
Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.
Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan
| |
Dupahang's Weblog Posted: 25 Dec 2010 11:29 AM PST Respon tulisan Wan Ji, Fikrah JIM vs Fikrah PAS Posted: 09 Dec 2010 06:20 PM PST Baca tulisan Wan Ji @ AlBakistani, terasa macam menonton filem P. Ramlee tapi filem P. Ramlee yang dibuat oleh ‘producer’ sekarang. Nampak rumahnya dibelah dengan gergaji mesin bukan gergaji zaman dulu yang terpaksa sorong papan tarik papan papan, kalau tersalah tarik, yang sebelah sana terhumbang. Mula-mula nak beri respon pasal Wan Ji kritik Presiden PAS [...] | Fikrah JIM vs Fikrah PAS Posted: 09 Dec 2010 06:03 PM PST Seperti yang saya sebut sebelum ini, persoalan perbincangan fikrah JIM dan fikrah PAS secara terbuka bukanlah suatu perkara yang sesuai dalam masa kita menghadapi persiapan pilihanraya ke-13. Hanya imbauan kenangan zaman dulu seperti cerita P. Ramlee. Kenapa perlu diulang tayang? Saya berhasrat Wan Ji menyambung artikelnya itu, saya diam dan berhenti sejenak mengusangkan blog ini sambil menunggu. Seperti [...] | Melacur, Gigolo. Halal untuk biayai IPT? Posted: 06 Dec 2010 07:26 PM PST http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Sesetengah Negara, penyediaan pelajaran untuk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah dan Negara. Ini merupakan perkara asas teras pembangunan Negara. Sebab itu kebanyakan Negara memebri pendidikan percuma kepada rakyatnya sehingga keperingkat ijazah tertinggi atau mereka dikenakan bayaran minima bahkan biasiswa dianugerahkan khususnya kepada yang tidak mampu. Bagi Malaysia, kini pendidikan menjadi sumber perniagaan. Semua [...] | |
KHIDMAT MERU Posted: 25 Dec 2010 09:30 AM PST PARIT-PARIT YANG TERSUMBAT DI KENALPASTI Posted: 25 Dec 2010 02:46 AM PST | PERTEMUAN DENGAN WAKIL-WAKIL KETUA KAMPUNG 9 DAERAH DI SELANGOR Posted: 25 Dec 2010 02:34 AM PST YB Dr Hj Abd Rani telah memberi ucapan aluan dalam satu pertemuan dengan wakil-wakil ketua kampung dari 9 daerah di seluruh Negeri Selangor. Dalam ucapannya, YB Dr Rani mengingatkan kembali amanah yang di pikul bersama oleh semua ketua-ketua kampung yang telah di lantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Amanah ini bukan sahaja di pertanggungjawabkan di dunia malah pasti akan di persoalkan di akhirat.
Dalam pertemuan tersebut beberapa perancangan dan agenda aktiviti telah di bentangkan sebagai pelan tindakan untuk agenda memenangi hati rakyat sepanjang tahun 2011 | |
PAS Kawasan Setiu Posted: 25 Dec 2010 09:28 AM PST |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 25 Dec 2010 09:23 AM PST PAS Sepangar berbakti tanpa mengira agama Posted: 25 Dec 2010 09:08 AM PST 24hb Disember: Sempena perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian, Pas kawasan Sepangar melalui DPP kawasan telah sekali lagi membuktikan keperihatinan terhadap golongan yang tidak berkemampuan. DPP Sepangar menyedari bahawa bantuan yang disampaikan adalah tanggujawab sosial yang perlu dilaksanakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama. Bertempat di Kg. Lapasan, seramai lebih 25 keluarga yang kurang berkemampuan telah diraikan pada majlis penyerahan bantuan sempena perayaan Krismas yang akan mereka sambut pada keesokan harinya. Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Zahari Yusuf selaku JKKK kampung, Saudara Nazri Sulaiman yang juga NYDP PAS kawasan dan Hj Hanafi Abdullah salaku Timbalan YDP PAS kawasan. Pada ucapan ringkas yang disampaikan oleh saudara Nazri Sulaiman, beliau telah menyatakan komitmen PAS kawasan Sepangar untuk sentiasa membantu masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah kerana Islam mengajar umatnya agar sentiasa saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang berada dalam kesusahan. Sebahagian penduduk yang hadir untuk menerima bantuan Hj Hanafi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan Lagi penerima sumbangan dari kaum ibu Penduduk berasa gembira di atas keperihatinan PAS terhadap nasib mereka Menurut Ketua DPP Sepangar saudara Saifuddin Samsuddin, bantuan yang dihulurkan ini juga adalah terdiri daripada sumbangan dari teman-teman kristian yang sudi menghulurkan wang kepada DPP untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Keceriaan jelas terpancar dari penduduk yang menerima sumbangan, serta rata-ratanya menyatakan terima kasih atas ingatan PAS terhadap nasib penduduk. | |
Pemuda Guchil Posted: 25 Dec 2010 09:14 AM PST |
i n t a n h i j a u Posted: 25 Dec 2010 07:39 AM PST KEMPEN MENELAAH DAN MENYEBARKAN BUKU JINGGA...bagi UMNO pening kepala ! Posted: 25 Dec 2010 03:07 AM PST
Selesai Konvensyen PR maka adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota parti PR untuk menelaah dan memahami kandungan Buku Jingga.
Setiap anggota parti dalam PR perlu memahami semasak-masaknya apa yang terkandung di dalam Buk Jingga ini.
Kemudian Buku Jingga tersebut perlu disebar luaskan dalam apa jua cara kepada rakyat agar mereka memahaminya.
Oleh itu, kepada sesiapa yang masih belum memiliki Buku Jingga ini, bolehlah memuat turunnya di sini ataupun di sini.
Ini adalah kerana Buku Jingga telah menggariskan Dasar Bersama Pakatan.Dasar Bersama ini menggariskan iltizam Pakatan untuk mengalih hala negara dan bangsa ke arah landasan yang betul setelah dihantui salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman di bawah kerajaan BN.
Dasar Bersama ini adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan, keadilan sosial bagi pembangunan insan yang menyeluruh, serta hubungan luar persekutuan-luar negeri yang adil dan setara.
Menurut Anwar lagi, 'Buku Jingga' ini adalah dokumen penting kerana ia menyambung beberapa kerangka dasar Pakatan yang diluluskan tahun lalu. Beliau juga berkata : "Buku ini juga diperkenalkan lebih awal agar setiap peringkat parti dapat meneliti serta menghadami intipati yang ingin disampaikan dalam buku ini dan menjadikannya panduan dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang." | ULAMA MUDA UMNO vs IMAM MUDA ASTRO / علماء مودا امنو ۏس امام مودا استرو Posted: 24 Dec 2010 06:35 PM PST
Terkenang akan ulama-ulama muda yang masuk UMNO dengan begitu bersemangat sekali. Lihat apa ulama muda UMNO kata :
1. "Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti."
2. "Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda."
3. "Mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka."
4. "Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat."
5. "Penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada."
6. "Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas."
Namun, sehingga kini kita tidak nampak peranan yang dimainkan oleh para ulama muda UMNO ini dalam memperbaiki UMNO. Mana pergi usaha-usaha dakwah mereka. Ada mereka diberi peluang oleh UMNO seluas-luasnya untuk berdakwah ? Masuk TV, jauh sekali..!
Sebaliknya, Imam Muda Astro sudah mula mengorak langkah berdakwah menarik golongan muda melalui pelbagai rancangan melalui Astro Oasis seperti rancangan "Soal Asyraf", "Musafir", "Famili Sarjana ", dan lain lagi.
Jelas, rancangan kendalian Imam-imam Muda Astro semakin mendapat perhatian ramai terutamanya anak-anak muda dengan gaya penampilan yang bersifat kontemporari.
Kita dapat rasakan kelemasan para ulama muda di dalam UMNO yang kita percaya terpedaya oleh janji-janji pemimpin UMNO. Mereka dikurung dalam kepompong UMNO yang hangit sehingga dinafikan peranan mereka.
Mereka hanya layak sebaga tukang kipas kepada apa sahaja tindakan pimpinan UMNO seperti isu busana muslim Rosmah.
Syabas kepada Imam Muda Astro yang mengorak langkah gagah menyebarkan dakwah kepada golongan muda.
Kesimpulannya, ulama muda UMNO kalah, Imam Muda menang.
intanhijau.blogspot.com | DHPP TELUK INTAN UCAP SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA PENGANUT KRISTIAN Posted: 24 Dec 2010 05:51 PM PST "Wishing you and your family a very prosperous and blessed Christmas and even better 2011" Mr. Hacharan Singh Ketua, Dewan Himpunan Penyokong PAS, Teluk Intan.
| |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 25 Dec 2010 03:27 AM PST Khir Toyo Posted: 25 Dec 2010 02:57 AM PST 1. Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!" 2. Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500. 3. Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi. 4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya : Baca seterusnya di sini | "Double Standard" Posted: 24 Dec 2010 07:32 AM PST Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.
Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.
Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.
"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.
"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.
SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.
Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.
Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.
"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.
Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.
"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 25 Dec 2010 01:32 AM PST Nasarudin : Beri sokongan kepada BAPA. Posted: 25 Dec 2010 12:54 AM PST 18 Muharram 1432H.
Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasarudin Mat Isa merasmikan Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Peringkat Kebangsaan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning Taiping petang ini. TAIPING, 24 Dis.:- Ahli Parlimen tidak pernah dibentangkan (dibekalkan) laporan tahunan pelbagai agensi termasuk Felda dan Felcra juga petronas kerana mengelakkan ianya dibahas. Demikian antara penegasan Timbalan Presiden PAS , Ust. nasarudin Mat Isa dalam Perasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayer Kuning di sini petang ini.
Beliau juga mendedahkan pelbagai penipuan dilakukan kepada dana Felda dengan perbelanjaan sebanyak RM 60 juta dengaan menghantar anak peneroka ke Universiti Lim Kok Weng untuk belajar disana.
"Apakah kewajaran wang sebanyak itu dikeluarkan sedangkan jumlah sebesar itu sudah melayakkan Felda membuaka Universitinya sendiri" Tegasnya.
Menurutnya juga Pakatan Rakyat amat yakin dalam tempoh 100 hari dapat dilaksanakan termasuk isu RM 500 untuk guru dan isu Felda. Kerana itu seluruh negara melihat perkara itu boleh dilaksanakan.
Beliau juga memuji pendekatan PAS dengan penubuhan ANAK dan BAPA yang menyebabkan sokongan yang datang dari bukan sahaja ahli PAS tetapi juga dari bukan PAS.
"Bila Ngo ini ditubuhkan maka masalah yang diperjuangkan dengan sejelas yang mungkin, begitulah harapan yang akan dilakukan oleh BAPA untuk menndedahkan isu-isu berkaitan Felcra". Karanya
Beliau juga berharap sokongan semaksimanya untuk membantu BAPA dan memberi aset kepada kemenangan perjuangan kita.
| Mazlan Aliman : BAPA akan bela peserta Lecra bermasalah. Posted: 25 Dec 2010 12:15 AM PST 18 Muharram 1432H. TAIPING, 24 Dis.:-Pelancaran ini ada satu badan untuk peserta Felcra mengajukan masalah mereka yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan yang diperlakukan seperti hamba. Demikian Ucapan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Sdr. Mazlan bin Aliman dalam Perasmian Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA)di Markaz Tarbiyah PAS Perak Ayer Kuning disini petang ini.
Menurutnya juga Felcra adalah agensi pembangunan tanah yang terbesar selepas felda. Namun apabila badan ini dikoperatkan didapati peserta menjadi semakin miskin dari sebelumnya sedangkan orang tertentu dan kroni yang menjadikan kontraktor menjadi kaya raya.
Katanya lagi Akta GSA memperuntukkan tanah untuk individu tetapi untuk Felcra tanah dikelola oleh satu koperasi, sekiranya koperasinya pincang maka kuranglah pendapatan. malah ada kalangan peserta setahun tidak mendapat apa apa dividen.
Mazlan juga mendedahkan 226,000 hektar dibawah Felcra yang cukup luas, namun yang menjadi persoalannya adakah felcra berjaya mengeluarkan pesertanya dari garis kemiskinan.
"Malam tadi di Johon, 58 orang mengisi borang ANAK, hanya 5 orang ahli PAS semasa pelacaran di satu felda " Katanya.
Ada pendedahan seorang peserta Felda yang ada 18 ekar tanah yang diuruskan oleh Felda pendapatannya hanya RM 82 sebulan . Bila usaha anak peneroka itu ambil balik untuk urus sendiri, Felda mendakwa peneroka itu ada berhutang lebih RM 70,000.
"Yang urus tanah itu bukan Ah Chong, bukan Ramasami tetapi mereka itu adalah bapa pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri" tegas nya.
"Kerana itu peneroka Felda sudah mencapai jumlah 4000 orang nak saman Felda." Dedahnya..
Mazlan juga mendedahkan tidak kurang dalam RM 20 juta ringgit yang diperolihi oleh Felda sebulan dengan menipu peneroka dengan penipuan felda terhadap nilai perahan buah kelapa sawit.
"Sebab itu saya jadi loya dan termuntah bila dengar pemimpin UMNO bercakap nak bela orang Melayu" Tegasnya.
Mazlan juga sifakkan satu kejayaan dengan kehadiran lebih 300 orang peserta dalam majlis perasmian BAPA pada hari ini.
Mazlan juga mendedahkan juga dalam DUN Tenang ada sebuah Felcra dan itu cabaran pertama bagi BAPA yang dilancarkan hari ini.
"Sekiranya ada lonjakan undi orang Cina dari 55 pratus kepada 65 pratus dan ada lonjakan dari peneroka Felcra dan Felda, Insyaallah kita akan membuat kejutan di DUN Johor" Jelasnya. | PJ PAS Perak : UMNO adalah perosak ! Posted: 24 Dec 2010 11:25 PM PST Antara yang hadir dalam majlis perasmian BAPA. Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin Mat Isa. 18 Muharram 1432H.
TAIPING, 24 Dis.:-UMNO adalah makhluk perosak, bila masuk ke mesjid mesjid rosak, bila buat bangunan, bangunanruntuh, bila buat jambatan, jambatan juga runtuh, demikian antara ucapan Pesuruhjaya OPAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dalan ucapan alu-aluan dalam pelancaran Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Peringkat kebangsaan di markaz Tarbiyah PAS Ayer Kuning, Taiping.
Selain itu beliau menyatakan penubuhan BAPA adalah bukti bahawa penyelewengan dan penindadasan kepada rakyat Malaysia yang perlu diperjuangkan dalam bentuk pelbagai organisasi termasuk BAPA.
Majlis perasmian BAPA pada hari ini akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasaruddin Mat Isa pada petang ini. | Muhyiddin cabar Anwar, siapa yang nampak bodoh ? Posted: 24 Dec 2010 06:53 PM PST 18 Muharram 1432H. Drs. Khalil Idham Lim Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin UMNO dan BN. Untuk sekian kalinya Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Muhyiddin beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya. Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta. Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14. Tetapi yang pasti BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.
Muhyiddin nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama UMNO dan BN masih berkuasa di Malaysia.
alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM 500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.
Selain itu cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh pakatan laksanakan dahulu adalah diluar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyata mengusai Putera Jaya.
Kekayaan negara terselah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersolkan mengenai Hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. Soalnya sekarang, kemanakah wang tersebut telah dibelanjakan?
Jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi . Jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.
Saya yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara.
Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basahnya berulang kali.
Semuga kenyataan Muhyiddin berulang kali dalam soal yang sama menyakinkan lagi bahawa BN tidak perihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa kearah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini. | NEGARA ISLAM - UMNO PATUT MALU DENGAN DAP Posted: 24 Dec 2010 03:50 PM PST 19 Muharram 1432H. Oleh: WFAUZDIN NS APABILA Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa DAP bersedia bertemu dan berbincang dengan PAS berkaitan isu Negara Islam, maka ianya merupakan satu kejayaan besar buat PAS. Mengikut lojik akal, mana mungkin tokoh DAP yang terkenal lantang dan dituduh kununnya anti Negara Islam oleh Umno itu sanggup untuk berbincang tentang isu Negara Islam? Sepatutnya Umno yang tampil mohon berbincang atau bermuzakarah dengan PAS berkaitan itu tersebut kerana Umno dikatakan parti orang-orang Melayu yang mengaku Islam.
Tetapi, Umno hanya mahu berbincang atau bekerjasama dengan PAS darihal perpaduan Melayu sahaja. Umno teramat takut untuk berbincang atau bermuzakarah jauh sekali untuk berdebat dengan PAS berkaitan isu agama. Jelas di sini, DAP lebih berminat untuk mengetahui tentang Negara Islam yang ingin diwujudkan oleh PAS itu. Soal DAP mahu terima atau tidak kemudiannya itu soal lain, sekurang-kurangnya DAP sanggup mendengar dari PAS tentang Negara Islam walaupun Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh bukan berugama Islam. Pernahkah kita dengar Najib, Muhyiddin mahu pun Jamil Khir Baharom ingin berbincang atau bermuzakarah dengan PAS tentang Negara Islam?
Sekiranya pemimpin DAP itu akhirnya menolak Negara Islam, itu tidak menjadi hairan kerana mereka bukan dari yang beriman dengan hukum yang diturunkan oleh Al-Quran. Yang menjadi hairannya mengapa pemimpin Umno yang mengaku Islam dan beriman dengan Al-Quran itu tidak mempunyai keberanian seperti Karpal Singh? Tidak malukah Umno dengan DAP? /wfauzdin.blogspot.com | |