Ahad, 16 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 16 Jan 2011 11:18 PM PST

Idris Ahmad


Sebelum Rampas Kelantan, Pulihkan Ekonomi Malaysia Dahulu.

Posted: 16 Jan 2011 07:15 PM PST

Sebelum Rampas Kelantan, Pulihkan Ekonomi Malaysia Dahulu.7/1/11

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan. Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini  pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia.

Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di Plenet Pluto. Sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991 sebanyak 118 projek telah disekat sampai ke bumi Kelantan. Sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila wang royalti disekat, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik, yang penting kerajaan yang dipimpin oleh Pas mesti dinafikan.
Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya , Kelantan boleh mentadbir dengan baik. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1%  tahun 2008 berbanding 7.2%  pada tahun  2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar  kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kadar kemiskinan  tegar di Kelantan hanya 0.6%  di mana lebih rendah kadar jumlah   kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara ini  didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana  Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Kenyataan pemimpin umno Kelantan yang  mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan Pas, ini satu kenyataan yang angkuh. Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri .


Filed under: Ekonomi, Politik

Salam Perjuangan

Posted: 16 Jan 2011 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


BLOGGERS - ELAK 'POSTING' YANG MERUGIKAN

Posted: 16 Jan 2011 10:12 PM PST

HIMPUNAN PAS GANTI UMNO

Posted: 16 Jan 2011 12:11 AM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 16 Jan 2011 09:35 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Waspada dan tolak heret Raja dalam isu berbangkit- DYMM Sultan Kedah

Posted: 16 Jan 2011 09:08 AM PST

ALOR SETAR, 16 Jan: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah meminta rakyat di negeri ini agar berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu mengheret institusi raja-raja dalam isu-isu yang berbangkit.

Baginda mengingatkan rakyat supaya sentiasa memelihara keamanan serta menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan tidak perlu gusar tentang ancaman atau gangguan keselamatan ke atas mereka.

"Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat lain akan menyebabkan timbulnya perpecahan di kalangan rakyat kerana kadangkala permainan politik tidak mengambil kira ketenteraman awam dan kecetusan huru-hara.

"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat di kalangan penduduk berbilang kaum dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan dan usaha kerajaan beta untuk terus mengeratkan perpaduan hendaklah disokong sepenuhnya," titah baginda.

Langkah kerajaan negeri yang berusaha meningkatkan keyakinan dan kemasukan pelabur asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan di negeri itu turut menarik perhatian baginda dalam titah tersebut.

"Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepat dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing dan beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran sempena ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya pada majlis yang sama berkata, kerajaan negeri akan terus mendukung konsep federalisme dan prinsip demokrasi dan pembahagian kuasa seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Beliau juga berharap agar kerajaan pusat dapat menuruti dan menghayati prinsip yang sama demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

"Segala harapan rakyat telah diterjemahkan kepada pelbagai projek yang dirancangkan dan perancangan kerajaan tidak akan menjadi kenyataan tanpa mendapat kerjasama semua pihak," katanya.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib telah dianugerahkan Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

Cikgu Normala Sudirman calon PAS di Tenang

Posted: 16 Jan 2011 08:17 AM PST

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 16 Jan 2011 09:07 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


TENANG............KAMI BERSAMAMU

Posted: 16 Jan 2011 07:59 AM PST

Ziarah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama ADUN Maharani di Tenang:

Ahad 16 Januari 2010 , TENANG : Team Pemeriksaan Kesihatan Percuma kembali menabur bakti kepada rakyat TENANG hari ini. YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dengan diiringi isterinya,Puan Hjh Rubiah Raffee, AJK Dewan Ulamak PAS Johor, wakil PAS Perlis dan AJK PAS Tenang kembali  menzizrahi penduduk Kg Sawah Baru untuk memberi rawatankesihatan percuma sambil mengeratkan silaturrahim dengan penduduk setempat. Sambutan daripada mereka cukup baik dan mereka menerima rombongan ini dengan hati terbuka.


Program yang sama juga diteruskan di Kg Redong oleh Mantan YB Senggarang, Dr Mohd Ramli Kari. Beliau berada di sana sehari suntuk dari pagi hingga ke petang. Beliau sempat menziarahi Orang Asal di sana.Keseluruhan sambutan sangat baik.


YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong, tidak ketinggalan meneruskan khidmatnya memberi khidmat kesihatan percuma.

YB Dr Mohammad Taslim dan sebahagian ahli rombongannya.
Langkah penuh yakin membawa risalah Islam.



Nenek ini penuh sopan dan kemas menerima kehadiran kami.
 

Jangan terkejut... Pak Cik ini seorang penoreh getah tetapi pendapatannya
sekarang RM6,000.00 sebulan !


Our RM6,000.00 man dengan motosikal barunya.
Beliau beritahu kami ketika banjir besar yang lalu hanya orang PAS 
beri bantuan kepadanya ! 

 
Pak Cik ini terlalu uzur, terbaring, perlukan bantuan.
JKM bantu RM300.00 sebulan. Beliau tinggal dengan seorang anak lelakinya.
Seorang menantunya orang kuat PAS , katanya.

 Dewan Datuk Hj Sulaiman Taha ini katanya dah lama siap tetapi
kuncinya disimpan oleh Ketua Kampong atau Ketua Cawangan. Tiada siapa yang mengaku.

Padang permainan dan buaian terbiar hinggalah Pilihanraya Kecil 
diumumkan....Padang bersih, kelihatan dua set tiang gol baru dihantar ,
belum sempat dipasang pun !

 
 Kami sempat bermesra dengan seorang AJK Persatuan Belia yang baru ditubuhkan.
Beliau diberi amanah menyimpan kunci Dewan ini.Katanya set ping pong baru saja sampai.
Nasib baik ada PRK, kalau tidah Dewan ini terus terbiar......

Ada sahabat bertanya,  "Ada lagi ke Dataran PAS Labis ? "
Jawapannya : dataran ada tapi tak boleh buat ceramah, tak boleh letak papan tanda....
Buat EXPO boleh. Kelihatan EXPO PAS di dataran tersebut dengan peniaga-peniaga
mengambil kesempatan berniaga sempena Pengumuman Calon PAS PRK Tenang malam ini. 

Inilah kisah dari Kg Sawah Baru yang dapat kami nukilkan.





PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 16 Jan 2011 09:06 PM PST

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Ekspedisi Mendaki Bukit Broga

Posted: 14 Jan 2011 08:58 AM PST





PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 16 Jan 2011 09:04 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Zainol Makan Gaji Buta

Posted: 16 Jan 2011 09:10 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Jan 2011 07:18 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tanah Simpanan Pun Kena Rampas, Apa akan Terjadi Dengan Rakyat Marhaen Sarawak!!!

Posted: 16 Jan 2011 02:24 AM PST

Raziah merampas tanah hutan simpan dan menguntungkan Taib – satu laporan ekslusif!
Saturday, January 15th, 2011 GMT
This post is also available in: English, Iban (Petikan dari Sarawak Report)


Kami boleh mendedahkan bahawa adik perempuan Taib, Raziah Mahmud, telah sekali lagi merampas tanah dari orang Sarawak. Siasatan-siasatan kami telah mendedahkan bahawa Taib Mahmud sendiri juga terlibat. Cubaan Raziah untuk menyembunyikan penglibatannya dalam rancangan menukar Tanah Hutan Simpanan di kawasan Ensengei kepada ladang kelapa sawit yang amat luas sebaliknya telah mendedahkan satu lagi skandal yang lebih besar. Kini kami boleh menunjukkan kaedah yang digunakan oleh Raziah dan juga abangnya, Taib, untuk mendapatkan beratus-ratus hektar tanah negeri – yang diandaikan sebesar separuh negara Brunei – sejak beberapa dekad yang lalu!



Pengukuran dan pembahagian Native Lands secara tradisional
Ensengei merupakan salah sebuah dari hanya beberapa buah kawasan Tanah Hutan Simpanan kawasan rendah yang ada di Sarawak. Secara tradisinya Native Customary Land Rights milik orang tempatan di kawasan berkenaan telah diluluskan oleh British dalam tahun 1947, akan tetapi pada tahun 1984 Taib telah mengarahkan bahawa kawasan tersebut diambil oleh kerajaan Negeri sebagai Hutan Simpanan. Namun demikian, di dalam beberapa siri urusan antara tahun-tahun 2005 dan 2008 beliau kemudiannya menyerahkan kira-kira 20,000 hektar tanah yang sepatutnya dilindungi itu kepada adiknya sendiri!
Seperti mana yang kerap dilakukan di Sarawak, pada mulanya masyarakat-masyarakat di kawasan itu menyedari tentang transaksi rahsia ini apabila beberapa syarikat pembalakan telah mencerobohi dan menebang apa sahaja pokok di kawasan yang biasanya tempat pencarian makanan dan juga dusun buah-buahan orang-orang tempatan itu. Syarikat-syarikat tersebut berbuat demikian berpandukan lesen-lesen konsesi yang mereka tunjukkan sebagai kebenaran rasmi untuk melaksanakan kerja-kerja mereka di situ.

Walau bagaimana pun, bersyukurlah, kerana pada tahun 2008 seorang peguam hak asasi manusia, seperti ketua PKR Baru Bian telah berjaya dalam beberapa strateginya menentang Taib yang merampas tanah-tanah NCR dalam mahkamah-mahkamah. Pasukan Baru Bian telah menggempur beberapa kes terhadap syarikat-syarikat ini dan juga terhadap Kerajaan Sarawak, yang telah menjualkan tanah tersebut dan mengeluarkan lesen-lesen. Sehingga perkara-perkara ini diselesaikan, para pembalak telah diarahkan untuk menangguhkan kegiatan pembalakan mereka di atas tanah-tanah yang sedang dalam persengketaan itu.

Penyembunyian Raziah yang kekok
Dalam pada itu siasatan-siasatan kami kini telah mendedahkan identiti sebenar individu yang sebenarnya di sebalik perbicaraan-perbicaraan itu, seperti yang disedari oleh beberapa orang tempatan dan juga peguam-peguam mereka, adalah adik Taib sendiri, Raziah Mahmud. Raziah bukan sahaja rapat dengan syarikat-syarikat perladangan terbesar yang dianugerahkan lesen-lesen untuk meranapkan Ensengei, iaitu Lambang Sinar Mas dan Usaha Jasamaju, tetapi kami juga telah memperolehi rekod-rekod rasmi yang jelas menunjukkan Raziah telah menyimpan dan berkemungkinan mengawal geran-geran tanah mereka. Kami boleh mengesahkan bahawa Lambang Sinar Mas adalah milik Yu bersaudara yang memiliki syarikat pembinaan Hock Seng Lee Bhd (HSL), sebuah kroni perniagaan keluarga Taib, sementera Usaha Jasamaju pula dimiliki oleh beberapa buah syarikat di mana pemegang utama saham-saham adalah Hamid Sepawi. Sepawi adalah sepupu yang sangat kaya kepada Taib, yang telah menerima banyak tanah dan kepentingan dari Negeri Sarawak, adalah salah seorang yang terkaya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, bukti-bukti yang kami perolehi berdasarkan rekod-rekod Pendaftar Tanah menunjukkan bahawa syarikat yang telah mengadakan rundingan untuk mengeluarkan geran-geran tanah di Ensengei sebenarnya dilakukan oleh Kumpulan Parabena, yang dimiliki dan diuruskan oleh Raziah sendiri. Urusan ini adalah berdasarkan fakta bahawa alamat dan butir-butir lain yang terdapat pada rekod Pendaftar Tanah adalah sama seperti dalam geran-geran tanah tersebut dan sebenarnya adalah alamat Kumpulan Parabena – 154/56 Jalan Sungai, Padungan, Kuching – dan bukannya alamat syarikat-syarikat seperti yang dinyatakan (sila lihat dalam versi Bahasa Inggeris mengenai entri Kumpulan Parabena dalam rekod Pendaftar Syarikat-Syarikat).

Sarawak Report seterusnya boleh mengesahkan bahawa kedua-dua pengurus yang nama mereka tercatat dalam rekod Pendaftar Tanah berkenaan dengan kedua-dua set transaksi dengan Lambang Sinar Mas dan dengan Usaha Jayamaju, bekerja secara langsung untuk Raziah. Chia Hon Thin dan Paul Yu Chee mungkin mewakili syarikat-syarikat mereka masing-masing, tetapi mereka berkongsi alamat dengan Kumpulan Parabena! Begitu juga nombor telefon Chia di Kuching adalah 082 41 3877 didapati sama dengan nombor telefon Kumpulan Parabena seperti mana yang terdapat dalam direktori telefon.

Perkara yang lebih merisaukan adalah siasatan-siasatan menyeluruh kami telah mendedahkan bahawa Chia telah menggunakan butir-butir (alamat dan nombor telefon) yang sama dalam banyak transaksi yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Tanah. Kami akan menunjukkan bukti-bukti yang lebih lanjut dalam pelaporan kami yang akan datang, tetapi ini jelas membawa maksud bahawa geran-geran tanah yang bernilai berjuta-juta Ringgit telah diserahkan kepada beberapa buah syarikat yang berlainan, sebenarnya dimiliki secara rahsia dan di bawah kawalan Raziah Mahmud! Sarawak Report percaya, dengan kawasan tanah seluas separuh negara Brunei itu, semuanya diperolehi dari Negeri Sarawak pada kadar harga yang amat murah oleh adik perempuan Ketua Menteri itu!

Taib sendiri telah mendapat keuntungan!
Perkara yang lebih mengejutkan dari ini adalah suatu fakta yang telah kami perolehi dan buktikan bahawa pemegang saham utama dalam Kumpulan Parabena ialah Taib Mahmud sendiri! Kami boleh membuktikan bahawa beliau secara peribadinya memiliki saham-saham dalam Mesti Bersatu, sebuah syarikat yang selanjutnya memiliki saham-saham dalam Miri Properties, yang kemudiannya memegang saham-saham dalam Kumpulan Parabena. Ini telah memperkukuhkan bukti kami bahawa beliau mendapat keuntungan hasil dari transaksi haram ini, dan hakikat ini merupakan persoalan pada kami, mengapakah beliau telah memilih untuk menyerahkan jumlah tanah yang begitu luas kepada adiknya sendiri.

Para pemegang saham yang lain dalam Kumpulan Parabena juga merupakan ahli-ahli keluarga Taib, dan Sarawak Report ingin mengeluarkan segala butir dan bukti yang berkaitan dengan kontrak-kontrak besar Negeri Sarawak dan juga projek-projek gergasi sumbangan kerajaan Persekutuan, telah dianugerahkan kepada syarikat ini. Ini bererti bahawa Taib telah memasukkan wang peruntukan yang amat banyak secara langsungnya kepada syarikat miliknya! Adakah ini yang dimaksudkan oleh Setiausaha Politiknya, Abdul Karim Hamza, yang pernah dipetik sebagai mencadangkan bahawa tidak salah bagi seseorang ahli politik untuk menggunakan 'peluang berniaga' yang datang melayang dan bergolek itu?

Lebih banyak lagi bukti
Ini bukanlah merupakan satu sahaja bukti mengenai penglibatan Raziah dalam Geran Tanah Ensengei. Kami boleh menunjukkan kepada umum bahawa usaha untuk menutupi butir-butir transaksi tanah secara rahsia, yang dilakukannya mengikut amalan-amalan mereka sekeluarga selama ini, melalui sebuah syarikat yang kurang terkenal dan kemudian, dengan seberapa segera menjualkan syarikat itu kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-ganda. Dengan cara ini beliau berharap beliau akan dapat menyamar pemerolehan ke atas geran-geran itu! (Kami telah mendedahkan cara ini di dalam laporan-laporan sebelum ini).

Siasatan-siasatan bersejarah yang telah kami lakukan di Pendaftar Syarikat-Syarikat telah menemui, sementara Lambang Sinar Mas disenaraikan sebagai dimiliki oleh Yu bersaudara, pada masa yang sama juga geran-geran tanah dianugerahkan oleh pejabat Taib kepada syarikat yang dimiliki oleh adik perempuan dan suami ketiganya, Robert Geneid! Rekod-rekod rasmi menunjukkan pada mulanya syarikat itu, yang dikorporatkan pada 25 hb Disember 2003 itu, telah diambil-alih oleh Raziah pada 24hb Januari 2004, yang pada ketika itu alamatnya telah berpindah ke Kumpulan Parabena.

Laporan Lembaga Pengarah yang difailkan dalam tahun 2005 juga menunjukkan bahawa jawatan-jawatan Pengarah syarikat berkenaan telah diambil-alih oleh Raziah dan Robert pada bulan Januari 2004 bersama-sama anak perempuan mereka Eliah Abas, sebelum ditukarkan kepada Yu bersaudara pada bulan Januari 2005 (sila rujuk gambarajah dalam versi Bahasa Inggeris).

Berdasarkan siasatan kami di Pendaftar Tanah, kami telah mendapati bahawa tanah-tanah seluas 16 ribu hektar telah dikeluarkan kepada Lambang Sinar Mas pada 21hb Mei 2004 pada harga berpatutan berjumlah RM11.5 juta.
Pada masa itu, para pemegang saham adalah Raziah Mahmud yang memegang sebanyak 70% dari saham-saham syarikat itu, dan 28% lagi saham-saham dipegang oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Mahligai Naluri Sdn Bhd. Mahligai Naluri merupakan syarikat milik bersama antara Raziah dan suami ketiganya Robert Geneid, yang juga merupakan pengurus kepada Lambang Sinar Mas!
Sebaik sahaja Lambang Sinar Mas telah mempolehi geran-geran tanah berkenaan, kita dapat mengesan bahawa Raziah telah menyerahkan hak-milik geran-geran itu kepada Yu bersaudara pada 25hb Januari 2005.

Jualan yang dilakukan dengan segera ini adalah untuk mengaburi sesiapa sahaja bahawa Taib telah menyerahkan tanah-tanah itu kepada adiknya, yang seterusnya telah mendapat keuntungan yang amat lumayan dari transaksi itu. Jarak masa di antara pemerolehan hingga ke penjualan, syarikat itu telah mengeluarkan laporan tahunannya yang menunjukkan aset-aset syarikat seperti pada 31hb Disember 2004 (iaitu beberapa hari sebelum proses jual-beli dilakukan) telah melonjak dari angka sifar kepada RM13.8 juta nilai tanah-tanah itu. Sememangnya pada hari menjelang Tahun Baru merupakan masa yang amat sesuai dan sunyi sepi untuk mendaftarkan secara mengejut pemerolehan harta-harta itu dari Negeri!

Walaupun penjualan telah dilakukan, Raziah masih lagi berdaftar sebagai orang yang boleh dihubungi seperti yang terdapat dalam rekod-rekod di Pejabat Pendaftar Tanah! Ini menunjukkan, walaupun hakmilik telah dilakukan secara rasmi, beliau masih lagi diperlukan untuk mengawal segala kepentingan dalam konsesi-konsesi, dan sebenarnya juga merupakan pengurus yang aktif dalam kegiatan usaha-sama membalak di tanah-tanah NCR di Ensengei! Dengan bukti-bukti yang diketengahkan kepada umum, dapatkah Puan Geneid (nama Raziah Mahmud setelah dia berkahwin dengan Robert Geneid) secara berani menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa keuntungan hasil dari usaha-sama ini, yang mewakili kepentingan bercanggah untuk abangnya Ketua Menteri Sarawak itu?

Bukankah siri-siri cubaan untuk penutupan bukti-bukti ini telah mendedahkan yang beliau sememangnya tahu dan sedar bahawa abangnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengukur dan membahagikan tanah NCR, supaya tanah-tanah itu dibalak dan diusahakan sebagai ladang kelapa sawit – semua ini dilakukan tanpa membayar sebarang pampasan kepada orang-orang tempatan, tetapi hanya membayar sedikit wang kepada Negeri Sarawak? Adakah ini satu sebab kenapa Abdul Taib Mahmud dikenali ramai sebagai 'Thief Minister' (Menteri Mencuri) dan bukannya 'Chief Minister' (Ketua Menteri')?

Berapakah sebenarnya keuntungan Raziah?
Berdasarkan maklumat dari Pedaftar Tanah, kerajaan negeri telah menyerahkan tanah hutan Ensengei kurang dari 20 ribu hektar luasnya kepada dua buah syarikat Kumpulan Parabena dengan harga berdiskaun sebanyak RM13 juta. Jual-beli ladang yang lain mengandaikan nilai sebenar mungkin mencecah RM100 juta. Dengan ini amatlah sukar dipercayai transaksi-transaksi secara rahsia yang dilakukan di antara Taib dan adiknya itu tidak mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka.

Kami memohon penjelasan daripada Yu bersaudara dan juga para pemegang saham dalam Usaha Jasamaju untuk mendedahkan berapakah sebenarnya harga yang dibayar untuk pertukaran hak-milik geran-geran yang bernilai tinggi ini, dan sama ada Puan Geneid masih lagi bertindak selaku pengawal ke atas urusan-urusan iaitu dengan pihak Pendaftar Tanah seperti mana yang berdasarkan fakta bahawa sehingga akhir tahun 2010 beliau masih menjadi orang yang boleh dihubungi mewakili pemegang-pemegang konsesi itu?

Peter Runin, iaitu salah seorang wakil kepada 14 buah rumah panjang kaum Iban yang telah mengheret Kerajaan Negeri dan juga pemegang-pemegang lessen ke mahkamah berkenaan rampasan tanah secara haram ini menyatakan bahawa orang-orang tempatan merasa sangat marah, dan mereka tidak akan mudah dibeli dengan sedikit wang. Jelas beliau: "Mereka hendak membalak di kawasan kami dan seterusnya mengusahakan ladang, tetapi kami ingin mempertahankan tanah-tanah kami". Pendedahan terkini Sarawak Report akan menambahkan satu lagi dimensi ke dalam agenda mesyuarat mereka pada hujung minggu ini untuk membincangkan kes mereka menentang kerajaan dan dipercayai juga akan mengukuhkan lagi kes mahkamah mereka.

Suatu kes penipuan?
Semasa membicarakan kes ini pada bulan Januari tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Y.A Puan Rhodzariah Bt. Bujang mendapati "Encik Baru Bian adalah betul. Tanah NCR tidah sepatutnya diukur dan dibahagikan" Tetapi, beliau mengadili bahawa orang-orang Ensengei harus menentang Kerajaan Negeri dan bukan pemegang-pemegang geran yang telah mendapat konsesi-konsesi itu, KECUALI jika mereka dapat membuktikan wujudnya penipuan. Dengan ini beliau berkata: "orang-orang tempatan yang menuntut hak ke tanah NCR berhak mengadu terhadap sesiapa yang mengeluarkan geran-geran tanah tersebut; bukannya terhadap orang yang memegang geran-geran itu, kecuali mereka dapat membuktikan wujudnya penipuan seperti yang terkandung dalam seksyen 132(1) Undang-Undang Tanah".
Dengan pendedahan yang telah kita buat yang menunjukkan bahawa pemegang geran-geran adalah sebenarnya adik perempuan kepada si pengeluar geran-geran tersebut dan bahawa ke semua pihak memang sedar akan isu-isu tanah, adalah suatu berita gembira bagi kita mendengar, sama ada mahkamah akan menentukan suatu penipuan sememangnya telah dilakukan. Dengan itu, maka penipuan itu memang dilakukan oleh Ketua Menteri terhadap rakyatnya sendiri dengan bantuan adik perempuannya dan juga syarikat-syarikat kroninya.

Banyak lagi bukti!
Jika umum masih meragui bahawa keluarga Geneidlah orang-orang yang memperolehi tanah-tanah daripada Taib, maka rekod-rekod yang berada di pejabat Pendaftar Tanah seterusnya dapat mengesahkannya. Kerana SEHINGGA TAHUN 2008 (di mana kritikan terhadap keluarga Geneid dan Lambang Sinar Mas pernah diterbitkan), Robert Geneid MASIH disenaraikan sebagai orang yang boleh dihubungi bagi syarikat berkenaan! Ini bermakna, walaupun syarikat itu telah dijual pada bulan Januari 2005 kepada Yu sekeluarga, namum Robert Geneid masih menjadi orang penting yang sentiasa berhubungan dengan Kerajaan Negeri sehingga lewat 2008 berkenaan dengan geran-geran tanah pada ladang kelapa sawit tersebut.

Oleh yang demikian, penyembunyian telah dilakukan secara kurang kemas ini. Walaupun niat untuk meletakkan nama Paul Yu bagi tujuan menyembunyikan nama Raziah dan Robert pada rekod-rekod Pendaftar Tanah, namun alamat dan nombor telefon pejabat Kumpulan Parabena mereka masih digunakan! Dengan ini dapatlah kami mengesahkan bahawa cubaan untuk menutupi bukti kepentingan haram keluarga Geneid ke atas tanah-tanah kaum Iban dan Bidayuh di Ensengei adalah kurang berkesan.

Rekod pada pejabat Pendaftar Tanah pada 2008 – petikan dokumen ini membuktikan bahawa Robert Geneid adalah individu yang penting dan yang sebenarnya boleh dihubungi – dia hanya menukarkan namanya kepada nama Yu bagi menyembunyikan identitinya. Tetapi alamat dan nombor telefonnya telah mengenai syarikat Kumpulan Parabena!
Sebaik sahaja Lambang Sinar Mas memperoleh geran-geran tanah itu, kita dapat melihat bahawa Raziah telah secara cepatnya menukar hakmilik tanah-tanah itu kepada keluarga Yu pada 25hb …

PS: Apa akan terjadi pada nasib rakyat marhaen di Sarawak apabila segala tanah2 di Sarawak dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin2 BN dan keluarga serta kroni2nya. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengambil hak-hak tanah rakyat tanpa memperdulikan nasib rakyat. Apalagi yang tinggal kalau beginilah keadaannya. Bah apa lagi tunggu dalam pilihanraya nanti kita kena ubah kerajaan BN kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat supaya kita tidak terus menderita dan tanah kita kena rampas semuanya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Kita pakat2 sokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti. Selamat berjuang.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 16 Jan 2011 07:13 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Ramah mesra bersama paderi GEREJA- Tamil Methodist Church Cheras-

Posted: 16 Jan 2011 04:52 PM PST

Ihsan dari Blog al-qolam (Sdr. Mohamad Jan Sulong):

Pertemuan ramah mesra pimpinan PAS Dusun Tua bersama rakan-rakan penganut Kristian di Gereja Tamil Methodist Church Cheras.

Ruang pertemuan khasnya bersama paderi diharap dapat menjejak sunnah Nabi SAW dan Khalifah Umar ibn Al-Khattab seperti mana ziarah beliau sewaktu ke Baitul Maqdis.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ : 64

Maksudnya: "Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam." (Surah Ali-Imran: 64)





Calon Tenang : Normala Sudirman Ketua Muslihat PAS Labis

Posted: 16 Jan 2011 04:25 PM PST


PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

Beliau adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS. Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru. "Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan. Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

UmNo Baru Perasan Orang Islam Haram Jual Arak

Posted: 16 Jan 2011 04:13 PM PST

Selepas lebih 53 tahun memerintah negara yang dicanangkan sebagai sebuah egara Islam, akhirnya UmNo baru perasan bahawa orang Islam diharamkan terlibat dengan penjualan arak.

Mungkin beliau juga baru perasan atau masih tidak perasan yang beer tidak diketegorikan sebagai arak. Kalau tidak percaya cuba lihat rak jualan minuman ringan di pasar-pasar besar. Kita lihat kotak, tin dan botol beer diletakkan sekali dengan minuman ringan. Begitu juga dengan 7Eleven dan lain-lain kedai seumpamanya bebas menual beer ini. Mereka bebas menjual arak ketegori beer ini kerana ia 'bukan arak'.

Inilah hakikatnyn perjuangan UmNo. Bercakap bile menguntungkannya dan diam bila merugikannya. UmNo hanya berjuang untuk perut dan bawah perut tanpa melihat halal dan haram, syurga dan neraka.

Orang susah UmNo untung, orang bodoh UmNo untung, orang jahil UmNo untung, orang penakut UmNo untung.....

______________________
Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina menghina Islam.

NONE"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 16 Jan 2011 07:11 PM PST

Dr Azman Ibrahim


23 Tahun Berkuasa, Akhirnya Presiden Tunisia lari ke Jeddah

Posted: 15 Jan 2011 11:21 PM PST

Gas pemedih mta ditembak polis ke arah penunjuk perasaan di Tunis. Macam FRU di Malaysia.
Tunisia diselubungi huru hara dengan Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi melantik dirinya sebagai pemangku Presiden ketika tentera mengambil alih kawalan di ibu kota Tunis, serta beberapa lapangan terbang utama negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, keadaan darurat telah dikuatkuasakan di Tunisia.
"Pasukan polis dan tentera diberi kuasa untuk menembak mana-mana orang disyaki yang gagal mematuhi arahan atau melarikan diri daripada diperiksa," kata kenyataan itu.

Perintah darurat diisytihar selepas Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali yang pro-Amerika Syarikat (AS) tumbang dalam siri bantahan berdarah golongan pelajar pada malam kelmarin dan beliau telah meninggalkan tanah airnya.

Zine al-Abedine tumbang selepas beliau memerintah Tunisia secara kuku besi selama 23 tahun.
Sumber di Arab Saudi memberitahu, presiden berkenaan pada mulanya berlepas ke Perancis tetapi dilaporkan tidak diberi kebenaran memasuki negara itu oleh Presiden Nicolas Sarkozy.
Menurutnya, sebuah pesawat yang membawa Zine al-Abedine selamat mendarat di kota Jeddah, Arab Saudi pagi semalam.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan diktator Zine al-Abedine tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Tanpa mengendahkan perintah berkurung dan janji presiden mereka untuk tidak bertanding bagi penggal keenam pada pilihan raya 2014, puluhan ribu penunjuk perasaan keluar memenuhi jalan-jalan raya di sini sejak semalam.

Sebahagian mereka bertindak liar dengan memanjat bumbung, memecah masuk dan membaling batu ke arah bangunan-bangunan pemerintah terutama bangunan Kementerian Dalam Negeri.
Bagaikan medan perang, kepulan asap menyelubungi ibu kota Tunisia semalam selepas polis melepaskan bom asap dan menggunakan kekerasan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Menurut satu laporan terbaru, polis menembak mati 13 orang lagi menjadikan angka kematian sejak kebangkitan rakyat Tunisia tercetus beberapa minggu lalu meningkat kepada 80 orang.

 Malangnya rakyat Umno di tanahairku sendiri yang tak kisah dan tak peduli apa yang pemerintah buat, sekalipun hidup-hidup mereka diperbodohkan. Di negara lain rakyat bangkit walaupun sehingga menumpahkan darah sehingga tumbangnya seorang Presiden, tapi di sini harga barang nak naik pun naiklah, sokong tetap sokong Umno.

Ingatan juga untuk mereka yang berkuasa, kuasa rakyat kuasa keramat.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Jan 2011 07:05 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Calon N.05 Tenang : Normala Sudirman...Video Ucapan 6 Januari 2011

Posted: 16 Jan 2011 07:58 AM PST

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.



Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

sumber : harakahdaily

Calon PAS Tenang Diketahui Sebentar Lagi...Firdaus Atau Normala ?

Posted: 16 Jan 2011 04:48 AM PST

Dua nama telah dikemukakan kepada PAS pusat untuk dipilih sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

NONEMereka ialah ketua Dewan Pemuda PAS Segamat, Firdaus Mas'ud dan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman (kanan).

Firdaus (bawah) seorang peguam, juga merupakan exco Pemuda PAS Johor. Normala pula merupaka exco Muslimat PAS pusat dan bekas seorang guru.

Sumber-sumber berkata kedua-dua calon mempunyai peluang yang seimbang untuk dipilih sebagai calon, tetapi PAS dijangka memilih Normala.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata, PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang malam ini.

NONEKatanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untukdiputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.

sumber : malaysiakini.com

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Jan 2011 03:08 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BILA PM 1MALAYSIA AJAR RAKYAT TAK BAYAR HUYANG

Posted: 16 Jan 2011 02:01 PM PST

Hutang rumah penduduk Bakun akan dibatalkan.

Komen : Sedapnya DS Najib lupuskan hutang perumahan RM41juta, Kalau syarikat perumahan itu syarikat beliausendiri bolehlah tapi kalau wang kerajaan maka memmang tidak patas atau tidak wajar dibuat begitu. Kita dah dengar macammana pinjaman TEKUN dan pegawai MARA suatu masa dulu berkata pada peminjam bahawa pinjaman tu tak bayar pun tak aper kerana duit rakyat jadi apa perlu bayar balik. Jadi, pengurusan hutang perlu ditangani dengan bijak bukan kerana nak undi rakyat sanggup keluar bajet berlebihan tanpa had,

Kerajaan Pusat bersetuju secara prinsip untuk membatalkan baki pembayaran hutang perumahan bernilai kira-kira RM41 juta yang terpaksa ditanggung kira-kira 1,500 keluarga yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek hidro elektrik Bakun di Belaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata penduduk terlibat yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di Belaga mempunyai asas kukuh untuk mendapat bantuan sedemikian.

Berucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di skim penempatan itu, beliau berkata penduduk terlibat telah mengorbankan tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan pembinaan empangan Bakun itu diteruskan setelah tergendala di antara 1997 dan 1998.

Katanya mereka juga belum lagi dapat mengecapi nikmat dari pelaksanaan projek Bakun ini dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

"Kita bersimpati dengan mereka dan akan mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan bantuan ini," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM22 juta bagi menghubungkan kawasan penempatan itu dengan grid bekalan elektrik utama negeri ini.

Beliau turut menyampaikan cek bernilai RM1.14 juta kepada Dewan Perdagangan dan Industri Dayak sebagai memulakan dana untuk melatih 3,300 belia Dayak dalam bidang kemahiran industri.

Najib tururt menyampaikan bantuan dari 1Malaysia Development Bhd bernilai RM900,000 untuk pembinaan rumah persinggahan atau "Rumah Arau" bagi sembilan buah sekolah di daerah Belaga selain bantuan kewangan untuk persekolahan 150 orang pelajar miskin di kawasan itu.

Sebelum itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata keseluruhan kos sewa beli rumah yang terpaksa ditanggung penduduk terbabit adalah kira-kira RM82 juta dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerap separuh daripada kos itu.

Saranan Taib untuk memperluaskan lagi zon pertanian di kawasan penempatan semula itu turut disokong Najib sebagai satu lagi usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduknya.

- Bernama

CALON PAKATAN RAKYAT TENANG UNTUK RAKYAT

Posted: 16 Jan 2011 07:10 AM PST


PAS telah mengemukakan seorang wanita sebagai calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

Calon dari Muslimah PAS itu adalah bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte Sudirman yang seleum ini telah disebut-sebut sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang

Normala yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sebagai guru baru-baru ini (dipercayai untuk persediaan menjadi calon di DUN Tenang).

MEMANG SPR OTAK BERGELIGA , OTAK PENIPU

Posted: 16 Jan 2011 03:30 AM PST

SPR kaji undi proksi, 30 pindaan ditimbang sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Ia sebahagian daripada pindaan-pindaan yang dipertimbangkan untuk dibawa suruhanjaya itu, dipercayai akan diguna pakai jika diluluskan semasa pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan akhir tahun ini.

PM TIDAK BERJAYA MELAWAT KERANA BERLAGA(OPPS BELAGA) DENGAN CUACA BURUK?

Posted: 15 Jan 2011 05:22 PM PST

BELAGA — Beberapa penilaian terutamanya daripada segi kos perlu diteliti sebelum penjualan projek hidroelektrik Bakun kepada kerajaan negeri Sarawak dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya penglibatan kos serta beberapa perkara lain masih dalam rundingan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan tempoh masa rundingan itu ketika ditanya soalan mengenainya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Uma Belor di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di sini semalam.

Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa anggota Kabinet Persekutuan dan negeri terpaksa membatalkan lawatan ke tapak projek hidroelektrik Bakun berikutan cuaca buruk.

Mengikut program asal, Perdana Menteri dijadual mendengar satu taklimat dan membuat tinjauan di sekitar kawasan projek berkenaan.

Empangan berkeupayaan 2,400MW itu dijangka menjana 300MW bekalan elektrik menjelang Jun ini.

Projek Bakun bernilai RM7.3 bilion ini dimiliki Sarawak Hidro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Kawasan seluas 69,500 hektar itu akan ditenggelamkan selepas penakungan bermula sejak 13 Oktober lepas.

KALAU YANG BUAT HAL MCA , MEDIA BN/UMNO/PERKASA MENISKUS MACAM TIKUS , MASALAH SELESAI TAPI TIADA YANG SALAH

Posted: 15 Jan 2011 03:45 PM PST

2011
Isu Azan Masjid: SUDAH SELESAI - Ramli (Pembantu Imam)


KUALA LUMPUR, 15 Jan – Isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, yang tercetus ekoran dakwaan arahan supaya tidak lagi menggunakan pembesar suara disebabkan aduan seorang ahli MCA, telah pun selesai, kata pengurusan masjid.

Pembantu imam Masjid Al-Ikhlasiah, Ramli Kadni berkata, azan di masjid itu yang terletak di kawasan majoriti orang Melayu, berkumandang seperti biasa susulan perbincangan dengan pihak berkuasa.

"Sudah kembali seperti biasa, azan Subuh sampai Isyak semua macam dulu. "Kita boleh anggap perkara ini sudah selesai, tiada masalah lain lagi," katanya

Arahan Hentikan Azan Guna Pembesar Suara

Ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu, Ramli berkata, pengurusan masjid telah mendapat arahan supaya berhenti daripada menggunakan pembesar suara sejak tiga minggu lalu ekoran aduan seorang ahli MCA yang juga seorang peguam, yang tinggal di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun, Ramli tidak dapat mengesahkan siapa yang mengeluarkan arahan itu.

"Kita cuma dapat arahan daripada imam, menyuruh kita perlahankan bunyi azan tapi tiada surat ditunjukkan.
"Saya difahamkan bahawa surat arahan itu ada, apa pun perkara ini sudah selesai. Jadi saya minta ia tidak berulang lagi," katanya.

Perhimpunan Bantah Perlahankan Azan (KLIK)

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Namun Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.

Isu Perlahankan Azan Cuba Dipolitikkan

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah didakwa diarah menghentikan penggunaan pembesar suara sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

Beliau menegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada pengurusan masjid agar memperlahankan laungan azan atau tidak lagi menggunakan pembesar suara.

"Ini adalah mainan politik yang cuba dikalutkan oleh pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

"Ini adalah proses politik yang dimainkan, memang tiada arahan apa pun daripada kita," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Punca Isu Ini Timbul

Difahamkan peguam itu yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid.

Dalam suratnya (KLIK) bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998.
Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, "sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan."
Posted by Celah Gelegar

SAMAN DULU BN PENUDUH BELIAU SEBELUM SAMAN INDIVIDU PAKATAN RAKYAT!

Posted: 15 Jan 2011 03:09 PM PST

Apa yang tidak ada tuduhan pada simalang tapi kaya ini andartu (betulke?), masih dara? Pelacur? Pernah buat hubungan seks dengan Baginda? Buat surat fitnah? Anak durhaka? dan bla-bla??? Wallahhualam bissawab.(nama sedap) , bersihkan nama beliau dari tuduhan yang burukkan moral dan imej beliau sejak dulu lagi , barulah saman orang. Kenapa saman sampai berjuta2 nie ada udang sebalik mi atau nak buat duit?

Yang moleknya Umi Hafilda

"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.
http://greenboc.blogspot.com/2011/01/lelaki-ini-pernah-mengaku-dalam.html
Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 16 Jan 2011 03:06 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Antara DUN Selangor, Piala Ketua Pemuda PAS Selangor

Posted: 15 Jan 2011 08:29 PM PST

Di Padang Seti Alam, Shah Alam. 40 pasukan/40 Dun dari 56 Dun di Selangor. PJU melalui Dun Kg Tunku. Stkt berita ini, telah menang 1 dan siri 1. Akan bertemu Dun Tg Sepat sebentar lagi.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 16 Jan 2011 01:33 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Normala Sudirman calon PAS di Tenang.

Posted: 16 Jan 2011 08:30 AM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 16 Jan 2011 01:27 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Duit Rakyat : Lawatan (pm) Rosmah Ke Oman...!!!

Posted: 15 Jan 2011 11:48 PM PST

Lawatan rasmi Datin Seri Rosmah Mansor ke Oman mulai Ahad akan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara itu, serta secara tidak langsung menggalakkan jalinan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kedua-dua negara, menurut seorang diplomat Malaysia.

Lawatan isteri Perdana Menteri selama empat hari hingga 19 Jan itu amat bermakna kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 20 tahun, lawatan seorang kenamaan Malaysia dilayan sebagai tetamu negara yang eksklusif oleh kerajaan Oman.

Kali terakhir kenamaan Malaysia yang diberikan status layanan eksklusif seumpamanya adalah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong melawat Oman pada 1991, kata Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat.


Bercakap kepada wartawan Malaysia menjelang lawatan Rosmah di sini, beliau berkata: "Kerajaan Oman begitu memilih dalam memberikan layanan seumpamanya. Ini bermakna layanan yang diberikan kepada Datin Seri Rosmah adalah satu gambaran hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara Islam ini."

Katanya jemputan Oman kepada isteri Perdana Menteri melakukan lawatan ke negara ini sebagai satu pengiktirafan kepada usaha tidak mengenal penat beliau dalam bidang yang amat dekat di hatinya iaitu pendidikan awal kanak-kanak menerusi Program Permata serta peranannya memperkasakan kaum wanita di Malaysia.

Mohamad Norhisyam berkata beliau melihat peranan Rosmah sebagai suatu yang melengkapi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam memperkenalkan dasar-dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

Rosmah dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said.

Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), akan diiringi anggota badan berkenaan semasa lawatan itu.

Malaysia dan Oman menjalin hubungan diplomatik pada 1983. Mohamad Norhisyam berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, kebanyakannya bekerja dalam sektor petroleum.

"Mereka tidak sabar menunggu kedatangan Datin Seri Rosmah di Muscat," katanya.

Kuasa Usaha Malaysia di Oman itu berkata dagangan dua hala antara Malaysia dan Oman berjumlah hampir RM500 juta bagi tempoh Januari-Oktober 2010, dengan eksport utama Malaysia ke Oman adalah minyak masak, jentera, peralatan dan alat ganti, produk perkayuan serta barangan elektrik dan elektronik.

Katanya terdapat banyak peluang bagi syarikat-syarikat Malaysia di Oman dalam projek infrastruktur seperti jalan raya dan lebuh raya, pembinaan lapangan terbang dan juga bidang pendidikan.

Mohamad Norhisyam berkata Malaysia merupakan destinasi popular bagi rakyat Oman.

"Jumlah pelancong Oman ke Malaysia meningkat pada tahun kebelakangan ini. Pada 2010 sahaja, kita menerima seramai 18,300 pelancong dari Oman, satu peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding pada 2009," katanya.

Beliau berkata peningkatan angka ketibaan pelancong dari Oman pada 2011 diunjurkan antara 15 hingga 20 peratus berbanding 2010.

Lebih 400 penuntut dari Oman melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia pada tahun lepas, katanya.

"Harapan utama saya adalah lawatan oleh Datin Seri Rosmah ini membawa kepada lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia dan Oman serta memperkukuhkan hubungan erat dan mesra di antara kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.

KENYATAAN bangang PM DAN TPM

Posted: 15 Jan 2011 11:47 PM PST

Malangnya rakyat Malaysia kerana ……
Belum pernah berlaku lagi, isteri seorang PM ……..



"Jika  Pakatan Rakyat memberi  imbuhan khas RM500 kepada guru ..negara akan muflis" …memetik kata-kata Muhyiddin(TPM),  yang cuba nak memperbodohkan rakyat,  ….padahal kerajaan BN yang berbelanja terlalu boros selama  inilah yang boleh membuat negara  menjadi muflis.   
"Debat tidak memberi apa-apa faedah, saya tak nampak ia memberi hasil"  kata Najib,… padahal kerajaan sendiri mengadakan pertandingan debat  merebut piala Perdana Menteri dan Piala DiRaja dikalangan sekolah Asrama Penuh dan IPT.

Sendiri punya piala rebutan pun Najib tak tahu?...hai !  macam ini punya PM pun ada!!  . Kan lebih baik Najib mengaku saja takut berdebat dengan Anuar ?  daripada memberi alasan bodoh yang menampakkan sangat kedunguan atau kebangangan seorang PM !!

Setahu teman, sejak teman di sekolah rendah lagi pertandingan debat ni bagus. Bagus sangat-sangat terutama bagi pelajar-pelajar yang petah dan pintar !  Sebab itulah hingga diperingkat IPT pun ia masih dipertandingkan!.  Malanglah kita,. kalau PM sendiri mengatakan  debat itu tak berfaedah.  Terjelepoklah imej Malaysia  kerana mempunyai seorang PM yang tak berapa cerdik !

Teman juga nak tanya !... Merelakan bini masuk campor urusan rasmi kerajaan itu wajarkah? . Membiarkan isteri mengambil alih tanggungjawab kementerian lain yang menterinya masih hidup dan tercongok didepan mata itu patutkah? Memang sangat-sangat tak patut!. Tapi yang punya diri buat selamba je,   seolah-olah mahu meneruskan kerakusannya !

Belum pernah berlaku dalam sejarah, di mana isteri perdana menteri bersikap over,mengada-ngada dan meminta-minta. Belum pernah berlaku lagi,  isteri seorang  perdana menteri menunjukkan taring dan belang dengan begitu ketara sekali!.  Mungkinkah beliau suka dipanggil iron lady?  Mungkin suka kut!, tapi yang pasti dia mengidam lady yang lagi satu tu.   Ini yang teman nak cerita…

Agak menyedihkan !  dan mungkin juga menyayat hati rakyat ! bila isteri Perdana Menteri merampas gelaran  "First Lady of Malaysia" milik Raja Permaisuri Agong yang kita kasihi.   Bini PM dengan bangganya  meletakkan dirinya sebagai "first lady" ! …Amboi-amboi ! dah terlebih perasaan kut?  Nasib baiklah  kita mempunyai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang tinggi tahap kesabarannya!...kalau tidak,  tak tahulah apa nasib si debab tu.

Dan yang terakhir, belum pernah berlaku lagi, isteri seorang perdana menteri membuka pejabat "First Lady of Malaysia" nya sendiri  lengkap dengan kakitangan di Jabatan Perdana Menteri. Bukankah ini kes melampau! kes syok sendiri?  Bukankah ini satu lagi pembaziran?  

Harap-harap  Datuk Seri Utama Rais Yatim, menteri yang paling pandai bercakap dan bijak berbahasa boleh memberi respon.  Mungkinkah  ini jawapannya ..…MALAYSIA BOLEH!!

WANITA PENGKHIANAT TIBA-TIBA GIAN !

Posted: 15 Jan 2011 11:46 PM PST

Dia yang masih andartu gian dan ghairah nak recycle kes liwat '98
Dia buat-buat berani  atau buat gempak nak cabar Anuar berdebat !
Dia sekali lagi mahu diperkuda  sebagai  talian hayat Najib/Umno


Bermula kisahnya  apabila   DS Anuar mencabar Perdana Menteri DS Najib berdebat tentang "program 100 hari Pakatan Rakyat"   Tak pasal-pasal AP Rembau, Khairy Jamaludin yang khabarnya nak berundur dari politik tiba-tiba tunjuk sibuk nak cabar DS Anuar pula berdebat!  Kemudian datang seorang lagi, iaitu Nazri Aziz menteri yang jaga hal ehwal parlimen,..  juga nak cabar DS Anuar berdebat !   Apa ni ?  dua-dua bikin sibuk !   kacau daun betul !

Agaknya kedua-dua Ahli Parlimen ini nak ambil peluang!   Nak jadi perisai kepada Najib !  Nak tunjuk kepada umum bahawa merekalah hero Najib !!.  Khairy yang beria-ia nak bela Najib ni kenapa?  Ada terhutang budi dengan Najib kah?  Atau cuba nak menabur budi?  Kalau tak apa-apa masa kan tempua bersarang rendah!... Tentu ada udang disebalik mee,..Tak usahlah nak berlakun!  satu dunia pun dah tahu!

Terbaru,.. ribut tidak ! angin tidak,  tiba-tiba datang pula satu berita gempak!!  Umi Hafilda betina pengkhianat no.1  negara yang dah lama menyepi  gatal nak cabar Anuar berdebat juga!   Ish !  ishh ishh !... perasan dirinya hebat !    Cerminlah muka tu dulu !  Orang sibuk nak berdebat pasal masa depan negara !  pasal nak membantu rakyat,  pasal nak maningkatkan taraf hidup rakyat !,   kamu pula sibuk nak berdebat pasal kes liwat.  Apa ni ?  dalam kepala otak kamu memang tak boleh fikir benda lain ke ?

Cerita kotor, yang dah basi itu juga yang kamu nak recycle, cerita fitnah yang meloyakan tekak itu juga yang kamu nak tayang semula.  Aduuhh !  inilah dunia Melayu warisan Umno,  kerana wang sanggup buat apa saja !!  Kerana harta dan kebendaan sanggup khianati darah daging !   sanggup putus keluarga.

Oh Umi Hafilda !  kamu memang hebat!,  Kamu kata perjuangan kamu semata-mata kerana nak membela agama, negara dan bangsa konon !   tetapi perbetulkanlah diri dan keluarga kamu dulu!....  Dan kamu kata kamu kecewa kerana Anuar dan PKR sudah gadaikan semangat "Ketuanan Melayu"  sedangkan kamu sendiri sangat sayangkan "ketuanan Melayu"…… Sah !... memang kamu orang UMNO !... Confirm ! kamu adalah pengikut setia  UMNO parti berkarat biru itu.

Umi!  Tahukah kamu ? bahawa  perjuangan menegakkan agama itu mesti berlandaskan Islam  dan islam  sangat menitikberatkan "hubungan ukhwah" sesama keluarga dan juga orang lain.  Semangat yang hendak dipegang ialah semangat "ketuanan Islam" ,…BUKAN  semangat  "ketuanan Melayu"  seperti yang kamu agong-agongkan!  

Apa-apa pun kalau kamu gian sangat nak berpolitik masuklah menjadi ahli UMNO,  kemudian bodek sikit Najib kut-kut dapat jadi calun pilihanraya !  Tapi ingat ! Wan Azizah maupun Nurul Izzah bukan saingan kamu !!

JOM KITA BERSUMPAH!!

Posted: 15 Jan 2011 11:46 PM PST

Dulu kita ada Raja Sesumpah – Ezam Mohd.Nor …. 
Kini kita ada pula Ratu Sesumpah – Umi Hafilda Ali

Bersumpah lagi!! Tak habis-habis dengan sumpah!  Betina ini cabar Azmin, Anuar dan Wan Azizah bersumpah !   Begitulah nampaknya… Puak-puak Melayu jenis UMNO ni suka sangat main sumpah-sumpah.  Mereka suka pegang Alsumpah,.. bukan perpegang dengan AlQuran. Selain bersumpah khabarnya betina ini juga nak buat saman bernilai 700 juta !  Aduhh !  hebatnya dia !
 

Bersikap terbuka terhadap kuasa ketiga: Tapi gelanggangnya di pedalaman Melayu

Posted: 15 Jan 2011 11:33 PM PST

Politik bukan sekadar angka dan matematik, tetapi juga persepsi dan sentimen.  Agak mustahil untuk mengekalkan keghairahan rakyat selama-lamanya, lebih-lebih lagi apabila sebagai pembangkang yang terpaksa menongkah arus persepsi negatif yang membadai.
Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, sesetengah pengamat politik menganggap gelanggang pertarungan yang bakal menentukan lanskap politik masa depan Malaysia ialah kawasan campuran kaum, berdasarkan perkiraan matematik pada undi yang diperolehi.  Mana-mana parti politik yang berjaya menawan hati pengundi kawasan tersebut, maka merekalah yang menguasai tampuk kerajaan persekutuan.
Namun demikian, beberapa pilihan raya kecil selepas itu menunjukkan pola yang membimbangkan Pakatan Rakyat.  Kawasan pedalaman, desa Melayu, FELDA yang terasing dari maklumat media bebas atau alternatif, gagal ditembusi PR.  Malah, Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim yang dibelenggu dengan pelbagai isu, kini berdepan dengan musuh politik yang lebih "kejam" dan "kasar", sebagaimana yang disifatkannya.
"...Najib (gambar kiri) tu ruthless (kejam).  Najib punya kasar... Cara dia rampas, cara dia kasar, cara dia guna media, cara dia beli orang... Maksud saya, betul... Pada hakikatnya kami dah katakan, itu pertarungannya (battle).  Itulah yang harus rakyat faham.  (Cara) dia senang, boleh pukul, pukul; tak boleh pukul, beli...."
Demikianlah luahan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 6 Januari 2011, di pejabatnya.  Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Najib lebih sukar ditangani sebagai musuh politiknya, berbanding dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.  Sambil berseloroh Anwar menyifatkan Abdullah sebagai "hardly anything", sebelum mengakui bahawa Najib lebih kasar untuk mencantas musuh politiknya.
Enggan jawab isu yang bukan isu
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pengamatan wartawan bahawa PR kini kelihatan berada pada kedudukan bertahan untuk menjawab pelbagai tuduhan, padahal BN yang berada di situ untuk menjawab isu seperti pembunuhan Altantuya, komisen pembelian kapal selam Scorpene, Lingam Tape dan sebagainya - sebelum 8 Mac 2008.
"Itu sebabnya... Kalau saya layan, saya akan layan.  Kamu adalah pengecualian.  Saya layan kamu bila kamu tanya.  Saya tak layan (kalau orang lain tanya).  Saya tak pernah layan isu-isu sebegini.  Mengapa?  Mengapa harus saya layan isu seperti sama ada kamu pro-Raja, anti-Raja?  Sama ada kamu kuasa ketiga, kuasa keempat... Kita bergerak ke depan saja... Sama ada kamu tutup Sivan Temple (di Bukit Gasing), saya langsung tak jawab!... (Isu ini) soal masa saja.  Selepas tu (kebenarannya) akan timbul ke permukaan.  (Ia) jadi isu pada dua minggu pertama...," katanya.
Sebelum mengakhiri wawancara yang mengambil kira-kira 90 minit, Anwar meluahkan keresahan dirinya, bahawa PR berdepan dengan masalah di Malay rural heartland (tanah pedalaman hati perut Melayu).  "Ramai daripada kita yang lupa tentang ini.  Tiga perempat soalan yang kita bincangkan tidak berkaitan dengan mereka.  Malay rural heartland, yang mana adalah gelanggang pertarungan yang utama.  Dari segi angka, kerusi, dan isu."
Beliau menceritakan pengalamannya ketika lawatan ke kawasan FELDA Tenang, "Yang cakap pasal media alternatif, tiada seorang pun yang tahu.  Seorang saja yang kata, anaknya beritahu.  Itu masalah besar.  Cuma apa yang baiknya adalah bila kita pergi dia keluar dengar.  Tetapi berapa lama boleh kita boleh (bertahan dengan) pergi (dari kampung ke) kampung?"
Seandainya PR kalah dalam PRU ke-13?
Wartawan kemudian membangkitkan soalan, "Bagaimana kalau PR kalah dalam PRU ke-13?" 
"Jangan bagi kalah, kita bagi dia menang.  Kalau nak menang mestilah berfikir secara positif, janganlah ungkit persoalan Anwar Presiden ke tidak... Lihat, kita layan isu yang dipaksakan orang terhadap kita.  Untuk saya, kita yang seharusnya menentukan isu.  Kalau tidak, tak boleh.  Kita guna setengah masa kita, membalas isu yang bukan isu, sama ada kita tutup Sivan temple atau tidak....masalah yang ditimbulkan UMNO!"
Bagaimanapun, Anwar jelas kelihatan lebih ingin menumpu kepada usaha menggerakkan PR ke depan.  Sebelum wawancara berakhir, beliau diminta untuk mengulas, sama ada kontradiksi 1Malaysia oleh Najib dengan Ketuanan Melayu oleh Timbalannya, Muhyiddin Yassin sekadar strategi untuk mengaut undi kedua-dua golongan yang perkauman dan bersifat terbuka; atau disebabkan pergelutan kuasa antara kedua-dua pemimpin tersebut.
"Dia (hubungan mereka) baik tak baik saya tidak tahu.  Saya tidak peduli.  Tapi yang pentingnya dia tidak konsisten.  Maknanya pembohongan.  Kamu cakap 1Malaysia, kamu guna (cara) ini.  Kamu baca UtusanUtusan tu di bawah kawalan terus Presiden (UMNO)...," katanya sambil bangkit dari tempat duduknya, setelah wawancara itu mengambil masa yang terlebih.
Berunding terus dengan RPK
Sebelum ini, ketika dibangkitkan isu "Kuasa Ketiga", iaitu sama ada PR atau PKR secara khususnya akan memberi laluan kepada mereka, seandainya kumpulan yang diketuai Haris Ibrahim ini mampu menawarkan calon yang lebih berkualiti berbanding calon PR, misalnya Malik Imtiaz Sarwar, peguam hak asasi manusia, yang juga mewakili kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock?
"Kita belum bincang isu ini dalam PR, mahupun PKR.  Belum, kita belum bincang.  Raja Petra (gambar kanan) sebut kepada saya, tapi kita kena tahu apa pendirian dia, apa cadangan spesifiknya, siapa yang dia fikir sebagai calon, itu belum dikemukakan," jawab Anwar.
Apabila wartawan cuba bertanyakan sejauh manakah kemungkinan PR memberi laluan kepada mereka, Anwar berkata, "Biar ia terbuka.  Kita juga terikat dengan Pakatan Rakyat, biar kita bincang dulu.  Sama ada ia membantu untuk memperkasa kuasa itu, atau ia melemahkan kuasa itu, atau mereka benar satu kuasa...itu kita kena bincang."
"Kerana ada yang kata, kita bukan kuasa ketiga... Jadi kita perlu jelas dengan pendirian mereka.  Sebab ada yang kata kuasa ketiga, ada yang kata bukan...ada yang kata, hanya MCLM (Malaysia Civil Liberties Moverment).  Tetapi saya akan berhubung dengan mereka."  Untuk Anwar, banyak lagi yang perlu diperjelaskan sebelum keputusan dibuat, dan beliau enggan berunding dengan mereka melalui media.
Malah, beberapa perkara yang perlu diteliti, termasuk kesesuaian calon, kerusi mana, perwatakan calon, dan sebagainya.  Beliau mengakui belum ada perbincangan yang serius dalam hal ini, melainkan Raja Petra Kamaruddin yang pernah menyebut sepintas lalu kepadanya.
Secara terus-terang Anwar mengakui bahawa wujudnya calon yang kurang berkualiti, dan menyatakan bahawa bukan semua wakil rakyat yang terpilih pada penggal tahun 2008 akan kekal sebagai calon pada PRU akan datang.
Kejadian sepanjang tempoh ini mungkin menyentuh hatinya, "Pengalaman kita mengajar bahawa kita mesti letakkan calon yang lebih wibawa.  Teruji.  Yang layak, ada integeriti, yang konsisten...," Tiba-tiba beliau meninggikan suaranya, "Dan bekerja sebagai pasukan!"
"Ada orang yang boleh... Tapi dia solo.  Itu pun bahaya.  Sebab itu dalam Pakatan Rakyat, ini juga pertimbangan utama.  Kerana kalau pandai, dan berintegriti, tapi kerja seorang-seorang dia, jadi dia bergaduh dengan yang lain.  Dia tak boleh buat keputusan bersama.  Kita dalam Pakatan Rakyat, ini satu cabaran besar.  Mampu untuk bekerja sebagai pasukan, dan mampu untuk memahami sentimen Melayu, sentimen Cina, India, Iban dan Kadazan... Ini penting.  Kita tak mampu untuk memuaskan semua orang..."
Suara Anwar semakin rendah, "Kalau kamu rasakan kamu pandai, kamu ada idea kamu sendiri, fair enough... Then kamu tubuhlah parti kamu sendiri.  Kamu perlu bekerja sebagai pasukan.  Sesetengah dasar negeri, bukan saya setuju sepenuhnya.  Tetapi kita berkomunikasi."
Ketika dibangkitkan kritikan Raja Petra kepada dirinya, Anwar berkata, "Dia communicate ok, Raja Petra, Raja Petra-lah.  Dia nak cakap dia cakap, nak lepas dia lepas.  Tak semestinya semua dia betul.  Kadang-kala dia duduk situ (London) pun terpisah juga dengan realiti.  Tetapi sesuatu yang ada padanya adalah dia (sanggup) berkomunikasi.  Dia kekal... dan saya respon."
Anwar menegaskan bahawa tiada perbincangan yang serius dalam isu beri laluan dalam sesetengah kerusi untuk kuasa ketiga.  "Kalau itu rundingan, kamu hanya kata, saya nak letak orang ini.  Ini bukan rundingan.  Ini perintah (dictating).  Dalam Pakatan Rakyat ni, muafakat itu penting." 

Media Baru: Peranannya Terhadap Gerakan Islam

Posted: 15 Jan 2011 11:22 PM PST

Oleh Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengenalan 1Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai 'media baru' adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)


Pengenalan 2

Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)

Pengenalan 3

Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.

Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan 'middle class' untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.

Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;

Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.

Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan 'kurang menyengat' oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.

Patern 'sentiasa terkebelakang' atau 'memegang ekor kerbau' yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.

Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat 'kegatalan' pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Goncangnya 'keperibadian muslim' gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala' dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.

Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.

Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.

Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.

Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah 'fans' yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook 'Pemuda PAS Malaysia' dan 'harakahmuda' yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS

Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan 'kegilaan' yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.

Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.

Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.

Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.

Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.

Penutup

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.


Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)

Bubar Umno Terengganu... Ikut Pas!

Posted: 15 Jan 2011 11:22 PM PST

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Tahniah. Baru kini Datuk Ahmad Said mengiktiraf PAS. Setelah dilantik menjadi Pengerusi baru Perhubungan UMNO Terengganu akhirnya beliau mengaku kelebihan PAS berbanding UMNO. Betapa pekung UMNO cukup membarah. Perang PRU dah nak bermula… nampaknya pimpinan UMNO masih dok berbalah. Masih dok cah keting…
Kita ingatkan pimpinan UMNO, jangan sibuk kat padang bola le… kita dah nak lawan bola, dia duk sibuk bertumbuk tepi padang sama sepasukan. Menyusahkan referee aje dok tiup wisel… bukan kerana off-side, tapi bertumbuk kat padang..


Kita syorkan pimpinan UMNO ni pi main boxing atau tinju lagi baik… meluat betul. Cah keting..10X. Takdak ayat lain ke???? Nak berbalah hal dalam rumahtangga UMNO, cakaplah dalam kelambu. Baru ni dah konvensyen. Kata dan settle. Semua dah bersatu. Datuk Mat Said dah dilantik jadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu, kata semua Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO berdiri teguh dan bersatu… Hari ini keluar berita cah keting lagi????

Munasabahlah ketika penulis bercakap dengan orang kuat Datuk Idris Jusoh. Beliau mengatakan: kalau berjumpa dengan Mat Said… jangan ke nak layan. Tonyoh pala dinding lagi baik. Jenis orang asli. Bodo do'oh lalu. Penulis hanya ketawa sahaja… dalam hati bertanya juga? Ye ke Abg Eid ni?... Guane puok deis marah sangat???

CHUKAI – Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Beliau berkata, jika masih terdapat pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian ia akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
"Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.

"Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.
"Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup 'cah keting', bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.
Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan, Pas bukanlah sebuah parti yang boleh menjadi tempat kepada orang Melayu untuk dijadikan tempat bergantung, justeru rakyat diingatkan agar tidak terpedaya dengan tipu daya parti pembangkang tersebut.
"Meskipun ketika ini Pas sedang ghairah menaikkan poster 'Pas Ganti UMNO' di beberapa kawasan tetapi bagi kita UMNO tetap di hati," katanya. Katanya, kubu kuat Pas di negeri ini hanya di dua kawasan iaitu di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang. Justeru beliau berkeyakinan kawasan lain yang dipegang Pas termasuk di Bukit Payong, Marang boleh dimenangi semula UMNO pada PRU13 akan datang jika semua pejuang dan pemimpin UMNO bersatu hati.

Dalam kempen PGU (PAS Ganti UMNO) ni… kenyataan Mat Said itu bonus buat PAS. Terimakasih Abang Eid. Sepatutnya Datuk Ahmad Said cadangkan bubar sahaja UMNO Terengganu dan cadangkan seluruh rakyat menjadi ahli PAS. Main apa contohi PAS ni. Tak mainlah tiru-tiru ni. Sememang pun UMNO dah lama tiru PAS. Mula-mula apabila kerajaan PAS buat, merekalah duk kutuk seperti cuti dua hari seminggu, cuti wanita bersalin, pemisahan kaunter lelaki perempuan… tetapi sekarang UMNO pula buat.

Mungkin Datuk Ahmad Said sudah semakin berusia. Beliau mungkin diberi oleh Allah Swt pengamatan yang dapat membezakan antara baik dan buruk. Yang Haq dan Batil. Kini mungkin beliau sudah Nampak bahawa Pas lebih baik daripada UMNO. Dan memangnya PAS kena Ganti UMNO.

Nampaknya mood rakyat khususnya dikalangan anak muda sudah bangkit. PGU sudah jadi kalimah keramat yang kini ditakuti oleh UMNO. Kain rentang yang mencatatkan PGU (Pas Ganti UMNO) telah dipecat. Bendera yang dipasang untuk menanti ketibaan himpunan kebangkitan rakyat dicabut. Kenapa??? UMNO nampaknya takut? Sama takut Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kalau pemimpin tertinggi pun penakut begitulah ekor-ekornya.

Semasa Pas memerintah Terengganu dan mereka berarak, menampal poster, menggantung bendera dan pelbagai dilakukan, Pas sebagai kerajaan ketika itu tidak melarangnya. Tetapi kini, kenapa berlaku sebaliknya??? Kerana UMNO sedar mereka akan ghuyub dalam PRU akan datang.

Kepada pemuda. Kepada Rakyat. Ayuh!!! Sekaranglah masa untuk berubah. Jangan terlambat nanti merempak. Suarakan kehendak rakyat. Suara rakyat suara keramat. Tegakkan Islam. Terengganukan selamat. Ayuh semarakkan PGU!!!

Hantu Tenang : Sekurang – kurangnya 20 pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.

Posted: 15 Jan 2011 11:20 PM PST

LABIS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa sangsi dengan nama pengundi Cina dalam senarai pemilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin.
"Peneroka Felda Tenang sendiri tidak mengenali mereka. Peti Undi Felda Tenang ialah antara peti undi dalam DUN  Tenang." kata beliau  dalam blognya.
Blog tersebut menyenaraikan beberapa nama pengundi Cina  berkenaan. Menurutnya, sekurang – kurangnya  20  pengundi Cina dikesan di Felda Tenang.
"Jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.
"Apa sebenarnya yang berlaku ? Suruhanjaya Pilihanraya (SPR harus tampil memberikan penjelasan," katanya yang lebih dikenali dengan panngilan Chegu Bard di kalangan kenalannya.
Badrul Hisham berkata, penemuan senarai pengundi Cina ini berdasarkan lawatan dan perjumpaan dengan 10 pengundi Felda Tenang pada Khamis lalu.
Menurutnya, beliau turut disertai beberapa petugas Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) dan pasukan SAMM.
Pilihnaraya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha akhir tahun lalu.

PAS tidak buang perkataan Islam kerana kalau buang, Islam tiada makna bagi PAS.

Posted: 15 Jan 2011 11:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan  parti Islam itu  tetap tegas dan  tidak pernah kendur menegakkan Islam dalam perjuangannya.
"Dulu semasa kita membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP memberi amaran kepada PAS supaya menggugurkan perkataan Islam.
"DAP memberi amaran kalau PAS tidak gugurkan perkataan Islam, DAP akan keluar dari APU. Kita kata tidak boleh buang Islam. Kalau kita buang Islam, tiada makna bagi PAS.
"Dia (DAP) kata nak keluar, kita kata nak keluar, keluar lah. Kita tegas dalam menegakkan  Islam. "Di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bulan Disember lalu, Karpal Singh tidak kata lagi untuk buat undang-undang Islam kena `langkah mayat dia," kata Menteri Besar Kelantan itu  di ibu negara malam tadi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian dalam pertemuan dengan blogger di ibu negara malam tadi yang dihadiri kira-kira 70 orang dan beberapa exco kerajaan negeri.
Blogger penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS bertanya mengenai pendirian parti  Islam yang didakwa  semakin kendur dalam menegakkan Islam tidak seperti  sebelum ini.
"PAS bersekongkol dengan DAP ia tidak memberi sebarang kesan kepada PAS  kerana PAS tidak perlu mengambil hati siapa-siapa.
(Tetapi) Umno tolak Islam kerana hendak jaga hati MCA," tambah Nik Aziz. Tokoh PAS itu juga menjelaskan mengapa parti itu gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun telah memerintah selama 20 tahun.
NIk Aziz berkata, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam mengambil tindakan jika PAS melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
"Kalau hanya Hudud satu kita (Kelantan) kena undang-undang Mageran, jadi tidak cerdk kalau  kita buat Hudud. "Setahun lalu saya mengirim surat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)  mengapa Umno lolak Islam, mengapa Umno lawan PAS
sampai hari ini tidak jawab" katanya.
Menurut Nik Aziz, orang DAP pandai membaca Quran tetapi orang MCA tidak pandai kerana Umno tidak ajar mereka.
"(Orang) DAP Perak telefon saya tengah-tengah malam beritahu kerana hendak baca Quran," tegasnya.

Dasar Islam: Jika tak boleh bawa seguni ambil secupak, kata Nik Aziz

Posted: 15 Jan 2011 11:19 PM PST


Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada pelaksanann dasar Islam. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan PAS semakin lembut dalam dasar Islam sejak kebelakangan ini seolah-olah ia sudah mula takut dan tunduk kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS kekal berpegang kepada pendiriannya, malah dasar parti itu juga sudah mula diterima oleh DAP.
Kata Nik Aziz, perkembangan itu sudah mula kelihatan sejak kebelakangan ini termasuk ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang bulan lalu.
Kata Nik Aziz, DAP pernah meminta PAS menggugurkan dasar Islam lebih dua dekad yang lalu tetapi sudah mula memahami dan menerima pendirian parti itu.
"Ketika APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dulu, DAP minta kita gugurkan (dasar) Islam, kami kata kalau gugur bukan lagi parti PAS, dan mereka kata mereka mahu keluar, mereka buat sungguh (keluar) tetapi mereka datang balik, kita tidak berubah pendirian.
"Tetapi pada konvensyen Pakatan (di Pulau Pinang) DAP sudah berubah, mereka terima (pendirian dasar PAS)... Karpal Singh sudah tidak kata langkah mayat saya (Karpal)," kata Nik Aziz secara berseloroh menjawab soalan pada Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Menteri Besar di sini malam tadi.
Seorang peserta mengemukakan soalan bahawa dia mula khuatir kononnya PAS sudah tidak lagi lantang dalam memperjuangkan dasar Islam berbanding masa lalu dan sama ada perubahan itu ada kaitan dengan pengaruh atau desakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga menggambarkan pendekatan PAS ialah bertindak "langkah demi langkah" dalam mentadbir negeri Kelantan walaupun kesemua yang dirancang dan dihasratkannya tidak tercapai khususnya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.
Malah Nik Aziz juga menjelaskan, pihaknya menggunakan pendekatan "sederhana" sedemikian bagi mengelakkan kemungkinan tindakan darurat yang pernah dikenakan ke atas Kelantan lebih tiga dekad lalu.
Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
Malah ketika itu juga PAS berada dalam Barisan Nasional (BN).
"Kalau kita tidak boleh buat sekali gus, mengapa tidak kita guna cara sedikit demi sedikit, kalau tidak boleh buat hudud, kita dah cuba, mengapa kita hendak kehilangan kuasa mentadbir, macam tindakan Mageran dulu.
"Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah," kata Nik Aziz merujuk kepada pentadbirannya selepas PAS memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990.
Sejak itu PAS menguasai Kelantan dan beliau bertindak sebagai menteri besar.
PAS bersama PKR dan DAP menjalin kerjasama di bawah perikatan Pakatan Rakyat dan menguasai empat negeri sekarang.
Kata Nik Aziz, kerajaan pimpinannya tidak melaksanakan hukum hudud kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada pentadbiran negeri.
Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan.
"Dulu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) datang ke Kelantan, beliau beri amaran kepada PAS kalau laksanakan hudud kerajaan persekutuan akan ambil tindakan.
"Kalau berkenaan dengan hudud kalau Kelantan kena serangan kerajaan persekutuan tak cerdik.
"Kita tak laksanakan hudud tapi sekarang kita bersatu Melayu, Cina dan India di Kelantan," katanya lagi.
Beliau juga berkata, orang bukan Melayu di Kelantan tidak lagi takut akan Islam kerana pentadbiran berjaya menerangkan maksud Islam yang sebenar.
"Kita tiada beza antara Melayu, Cina dan India, kita juga ada buat masjid yang macam tokong di Rantau Panjang.
"Kita tidak ikut masjid dari Mekah tapi kita ikut masjid dari Cina kerana tak mahu bezakan kemelayuan dan kecinaan.
"Dulu Umno kata kalau PAS memerintah lu punya barang kena potonglah (disunatkan)... takut Cina. Sekarang tidak, banyak perkara yang kita dah buat di Kelantan," kata Nik Aziz.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata hukum hudud adalah satu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan.
"Kandungannya (hukum hudud) berteraskan undang-undang hudud yang berlandaskan Islam ia termasuk hukum bunuh bagi penzina dan sebagainya.
"Memang enakmen ini sudah jadi undang-undang dan belum dimansuhkan, undang-undang masih jadi undang-undang dan tak dibatalkan tapi juga tak dilaksanakan," katanya.
Selain Kelantan, Terengganu juga melaksanakan hukum hudud ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 sebelum tewas kepada BN pada 2004.
PAS selama ini mahu melaksanakan negara Islam termasuk hukum hudud yang menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.
Bagaimanapun kedua-dua PAS dan DAP kini sudah terbuka untuk berbincang isu yang dianggap sensitif itu.

Negri Pakatan leaders stage Lekas toll hike protest

Posted: 15 Jan 2011 11:18 PM PST

Getting wind of a move to increase the Kajang-Seremban Expressway toll, several opposition members vent their anger.

SEREMBAN: Negri Sembilan Pakatan Rakyat leaders and supporters today gathered at an interchange here to protest the expected hike in the Kajang-Seremban Expressway (Lekas).
Stretching from Kajang Selatan to Paroi, the highway is 44.3km long and cost RM1.8 billion to build. It was opened on Sept 20, last year.
The Paroi interchange is the ending point of the Kajang stretch.
Many motorists passing by the Paroi interchange also showed their support by honking and waving at the protesters.
About 50 state Pakatan leaders and supporters chanted slogans: "Hancur Barisan Nasional", "Hidup Rakyat", "Hidup Pakatan Rakyat" and "Reformasi".
They also carried a giant banner which read: "Turunkan Kadar Tol" and "Tolak Kerajaan Barang Naik".
The coordinator of the protest, Loke Siew Fook, who is also the state DAP chairman, told reporters he received information that Lekas might increase the toll rate this year.
The toll concessionaire can increase the toll rate by 10% every three years similar to the toll hikes imposed by major toll concessionaries like PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).
Loke said that Lekas was maintaining the current toll based on the 2008 rate and was expected to raise it this year according to the concessionaire agreement.
"But what irks me is that the current toll rate imposed by Lekas was higher than PLUS. For Class 1 and Class 2 motorists, Lekas charged 14.96 sen per km and 22.43 sen per km. PLUS only charged 13.60 sen per km and 20.39 sen per km for Class 1 and Class 2 respectively.
"The Lekas toll rate is expensive, so there is no reason for the company to increase it again this year. Instead, Lekas should review the current rate and reduced it," said Loke, who is also Rasah MP.
'Don't just think about profit'
Loke said that if the 10% toll hike came into effect, the toll from Setul Toll Plaza to Kajang Toll Plaza would go up from RM4.90 to RM5.40.
The toll rate at the Ampangan Toll Plaza which connects Seremban to Ampangan and Paroi will increase from RM1.90 to RM2.10 per entry.
Loke said that if Pakatan took over Putrajaya, the tolls would be abolished
Meanwhile, State DAP deputy chairman and Senawang assemblyman, P Gunasekaran, urged the people to do something drastic in the coming general election.
"The price of petrol has gone up twice in less than two months since December last year. Everything has gone up including sugar, cooking oil and other groceries. If the toll is increased, it will be bad for the people.
"My advice to the toll concessionaires is: don't just think about profit but also consider your social commitments to the people.
"These are the same people who are bringing cash and profit to the companies by using the expressway regularly," Gunasekaran said to applause.

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

Posted: 15 Jan 2011 10:54 PM PST

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.

26 pondok polis sepanjang p'raya kecil Tenang

Posted: 15 Jan 2011 10:53 PM PST

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 26 pondok polis di sekitar kawasan DUN Tenang bagi melancarkan proses pilihan raya kecil DUN berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kesemua pondok itu yang ditempatkan di pusat tumpuan orang ramai, dijangka mula beroperasi minggu ini dengan dikendalikan dua anggota polis bagi setiap pondok.

"Kita jangkakan pondok ini akan beroperasi tiga atau empat hari sebelum proses penamaan calon Sabtu depan dan dibuka sehingga selesai proses pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan mendengar taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Tenang, di Balai Polis Labis, hari ini.

Ismail berkata selain berfungsi sebagai tempat aduan dan pertanyaaan, orang ramai juga boleh membuat laporan polis di pondok berkenaan.

Dalam tinjauannya hari ini, Ismail berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh polis kontinjen Johor bagi menjamin keselamatan semua pihak sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

"Dalam mesyuarat, saya tekankan aspek lalu lintas diberi perhatian supaya penamaan calon terutamanya dapat berlangsung dengan lancar," katanya.

Beliau dalam masa yang sama menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama pemandu bas dan lori supaya mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan 22 Jan ini manakala pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha daripada Barisan Nasional pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Perkasa nafi keluar risalah ugut pengundi Cina Tenang

Posted: 15 Jan 2011 10:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali, mendakwa ada pihak yang mengedarkan risalah kononnya dikeluarkan pertubuhan itu untuk menakutkan pengundi-pengundi Cina di kawasan Tenang menjelang pilihan raya kecil hujung bulan ini.
Risalah yang menggunakan lambang Perkasa antara lain menyebut, "Amaran!, kepada semua peniaga kaum Cina jangan menaikkan harga barang-barang keperluan dengan sewenang-wenangnya. Kepada semua pengundi kaum Cina pastikan calon Melayu menang."
"Perkasa kutuk dan kecam perbuatan jahat dan keji puak yang terdesak, yang mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor kononnya mengugut pengundi-pengundi Cina DUN Tenang," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang diadakan 22 Januari manakala pengundian pula 30 Januari.
Pakatan Rakyat diwakili PAS akan mengumumkan calonnya malam ini manakala Barisan Nasional pula pada 19 Januari.
Syed Hassan berkata, orang yang waras sudah pasti tidak percaya dengan perbuatan itu dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini.
"Individu atau puak yang buat ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menggunakan Perkasa sebagai alasan.
"Ia perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal," kata beliau sambil menambah, Perkasa yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah seumpama itu," katanya.
Syed Hassan menambah perkara seumpama itu pernah berlaku ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Ketika di Hulu Selangor, Perkasa menyokong calon BN.
"Perkasa Johor dan Pusat akan buat laporan polis supaya ia disiasat siapakah melakukan kerja durjana ini," katanya.
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkempen untuk BN, tetapi ahli-ahlinya boleh turun kempen atas kapasiti sebagai orang perseorangan.

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

Posted: 15 Jan 2011 10:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.
Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.
"Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai," ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.
Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.
"Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.
Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.
Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.
Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.
"Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.
"Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan," katanya.
Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.
Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.
"Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.
"Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi," ujarnya.
Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.
"Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.
"Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi," ujarnya lagi.

Datuk Paduka Amar Rosmah, isteri PM paling kontroversial?

Posted: 15 Jan 2011 10:50 PM PST

Isteri PM memiliki pejabat First Lady of Malaysia di Putrajaya dengan peruntukan RM111 juta dalam Belanjawan 2011 

PETALING JAYA: Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.
Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan
sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.
Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.
Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.
Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Wanita Pertama Negara

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.
Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.
Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.
Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya

Sementara itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya itu nanti.
Selain itu keputusan Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga 'dibaca' sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut.
Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah.
Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Baru-baru ini, ketika Rosmah di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah membelakangkan Muhyiddin.
Bagi kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan 'busana muslim' memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.
RM100,000 satu malam bilik hotel (tajuk kecil)
Sementara itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.
Kontroversi tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus
peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam parlimen tahun lalu.
Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu

Status Betina Belakang Lorong Jer...

Posted: 15 Jan 2011 10:49 PM PST



Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London. (ini kenyataan dalam mahkamah beb... perbicaraan kes liwat 1)

Dan pelacur murahan kelas D ini juga ingin memfailkan saman terhadap individu2 yang beliau namakan keseluruhanya berjumlah RM700 juta hengget.

Betina yang bernama ummi hafilda ini tak seharusnya di layan beb... dia ni tak lebih dari alat propaganda umnoapco yahudi laknatullah aka barisan nasional untuk PRK Tenang sahaja.

Hanya permainan politik bodoh puak2 yahudi laknatullah setelah kehabisan senarai pelakon2 tambahan dalam setiap PRK.... nak gunakan pelakon dari india.... eeeeeee... orang dah tau tahap lakonan diorang, nak pergunakan sesumpah dan pemuda2 jambu.... dah pupus... nak tak nak... pelacur murahan tahun 90an... pun boleh lahhhh.....

Lu orang percaya ke... yang betina ni nak saman RM700 juta tu...???

Percayalah... betina ni hanya cakap nak saman jer.... lalu di propagandakan oleh akhbar dan media pencacai.. nak bagitau 1Malaysia cerita dari mulut jahat dia ni..... supaya ramai orang percaya. Tetapi adakah beliau akan benar-benar memfailkan saman tersebut...??? Itu perkara kedua... hahahaha.....

Percayalah perkara ini akan senyap setelah keputusan PRK Tenang di umumkan nanti.... dan isu saman tu ntah kemana... hahaha... dan pelacur itu pun akan lenyap buat seketika sehingga di perlukan semula oleh mana jantan gersang dalam umnoapco... hahahaha....

Kah.. kah...kah.... kesimpulannya jangan di layan cerita pelacur murahan nih.... ianya tak lebih dari wayang politik cilanat puak2 umnoapco yahudi laknatullah yang terdesak....

Kalau lu orang tak percaya... doakan lah semoga ada YB yang bakal mati lagi contoh seperti baru2 ini di Merlimau, heheheh... PRK lagi beb..... dan gua yakin dan dapat meneka... siapakah pula pelakon yang akan diketengahkan nanti... hahahaha....

Nak teka siapa.... ????

Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat

Posted: 15 Jan 2011 10:46 PM PST

BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan 'hari raya' bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.

Sebenarnya sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padahnya kalau meludah di air jernih.

Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara rasmi, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.

Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat 'atawa' dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musim kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan. Musim sekarang ini adalah musim orang politik mengawan.

Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri masing-masing. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak, speaker juga tidak layak).

Sayang kerusi oi... sapa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.

Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ini, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun pesaka turun temurun. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka. Lupa akan tugas dan kuasa yang ada kepada mereka bila dibayar dengan hanya kain pelikat sehelai atau kambing patah tanduk seekor atau wang RM50 bervisi baru.
Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!

Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa, hanya setakat mendesak dan melalak cuma.

Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya, ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.

Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan, penyepak kertas jalanan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN. Wakil rakyat selumbar juga turut sama dipergunakan.

UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.

Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang jika perniagaan biasanya semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.

Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatikan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.

Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi selepas menyampaikan kuliah atau ceramah di surau, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Felcra, Felda dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.

Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka dengan tenang.

Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal penipu. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh penipu. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh penipu terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.

Tamparan untuk BN

Posted: 15 Jan 2011 10:46 PM PST

Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan UMNO/BN pada masa ini. Ketika Pakatan menggembleng tenaga untuk berkhidmat kepada rakyat melalui pelbagai program, UMNO/BN dilihat oleh rakyat hanya menjadi tukang cacat.
Mereka menidakkan kemampuan Pakatan. Mereka merendah-rendahkan kebolehan Pakatan. Mereka memperlekehkan usaha Pakatan. Namun demikian, kesemuanya dilakukan melalui salakan kosong di hadapan mikrofon. Maka jadilah kesemuanya sebagai propaganda yang kering dan usang.

Rakyat mahu melihat hujah kental dan mapan keluar dari mulut pemimpin UMNO/BN, bukannya tembakan dengan peluru kosong. Jika cara ini terus-terusan digunakan oleh UMNO/BN, imej mereka akan tercalar lebih teruk lagi. Mereka tidak akan mampu menipu rakyat yang majoritinya sudah bermaklumat. Orang kampung dan pedalaman yang masih ketinggalan dalam serba-serbi tergolong dalam kumpulan minoriti. Tiada gunanya berselindung di sebalik minoriti yang didaifkan itu. Besar kemungkinan UMNO/BN akan menggigit jari dalam PRU Ke-13 jika masih meneruskan strategi lapuk itu.

Rakyat tidak akan terima dakwaan UMNO/BN yang mengatakan Pakatan gagal mengotakan janji di negeri-negeri yang mereka kuasai. Hakikatnya para pemimpin UMNO/BN hidup bagai cacing kepanasan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Mereka kehilangan ruang untuk merampok harta rakyat seperti yang mereka lakukan semasa berkuasa dahulu. Hal ini berlaku kerana Pakatan memberi fokus kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Ketiadaan rasuah dan penjimatan telah mengukuhkan kedudukan kewangan negeri kerana amanah dan keikhlasan menjadi tunggak kepada perkhidmatan yang diberikan. UMNO/BN terbukti tidak dapat melakukannya di negeri-negeri yang mereka kuasai. Banyak kecacatan yang dilaporkan oleh badan-badan berwibawa tentang hal ini. Mereka sepatutnya berasa malu dengan kegagalan itu. Rakyat seharusnya sedar akan hal ini dan mengalih sokongan mereka kepada Pakatan.

Kini Pakatan dilihat sebagai pihak yang berhemah tinggi. ADUN KOMTAR telah memohon maaf kepada orang yang dikatakan menjadi mangsanya. Adakah Ismail Sabri Yaakob memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menipu mereka tentang harga RON 95 yang dijanjikan tidak naik itu? Adakah pemimpin UMNO Pulau Pinang memohon maaf kepada warga emas yang didakwa dapat duit judi tetapi wang yang dikutip tidak pun dikembalikan kepada kerajaan negeri?

UMNO/BN hanya pandai bersandiwara. Sandiwara mereka semakin lemau dan hancur setelah Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat tidak mampu ditepis secara ilmiah. Rakyat tidak akan percaya kepada cakap kosong. Presiden UMNO ternyata penakut kerana enggan berbahas di pentas. Kalau takut, tidak payahlah bersusah-susah memperlekehkan pelan itu. Hasilkanlah pelan lain yang lebih canggih daripada pelan Pakatan itu dan berbahaslah di pentas seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di negara maju. Bukankah kita bercita-cita hendak menjadi negara maju selepas bankrap tahun 2019?

Tepuk dada tanya la hati dan minda masing2. Aku kat opis ramai yang sokong Umno/BN. Dan yang paling sedap aku nak habaq ramai mereka ni dah mula merungut pasai kos barang yg naik gila2..Last skali aku sound apa tau, "kalau rasa nak taraf idup kita ni berubah, kita pun kena ubah kerajaan yang tak pernah nak hargai kesusahan org2 macam kita"...haaa amik hangpa, tekedu makcik2 tu..tu pun masih nak sokong lagi. Dah la..cukup la...berubah la..bila lagi.....biaq kita tak kaya tapi kita buleh hidup senang dan tak bebankan sapa2..nie tak semua nak kena hutang,,,..abih camne nak rasa senang??

Selepas lebih 50 tahun, Rakyat berpeluang nikmati yang terbaik

Posted: 15 Jan 2011 10:45 PM PST

"Dalam pentadbiran negara Malaysia, ini merupakan kali pertama rakyat dihidangkan dengan peluang menikmati keuntungan yang sama-rata dari hasil pendapatan negara. Rakyat yang waras tidakkan mudah menolak satu peluang yang cukup menguntungkan ini.
Malah selama ini rakyat selalu dibohongi oleh pemerintah dengan janji-janji palsu dan tidak menguntungkan kepada semua rakyat marhaen. Kerajaan sekarang telah menjanjikan pelbagai program seperti Koridor-koridor yang menelan belanja hampir RM200B dan mana hasilnya?
Dan pada 2008 rakyat dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru kemudian diubah kepada Model Baru Ekonomi tetapi telah hampir 3 tahun program tersebut dicanang malangnya rakyat semakin menjadi mangsa. Harga barangan keperluan naik berkali ganda, bil-bil dibenarkan membuat penyemakkan dan petrol pula diberi penyelarasan, inilah ayat-ayat yang digunakan untuk mengaburi mata rakyat.
Tekanan hidup rakyat marhean semakin hari semakin meningkat, kerajaan pula mengira keuntungan bersih yang diperolehi negara. Apakah hasil keuntungan negara digunakan untuk meringankan beban rakyat sebalik mereka sibuk dengan menara 100 tingkat?

Maka terpacul satu idea yang telah digemburkan oleh segolongan pemimpin yang ingin melihat rakyat Malaysia mendapat kesamarataan dalam menikmati hasil pendapatan negara tanpa mengikut selera pemimpin-pemimpin. Janji yang menguntungkan semua rakyat dalam masa yang sangat singkat dan mengurangkan kesan kerugian kepada negara. Idea yang cukup berpaksikan kepada keperluan semasa rakyat yang tertindas. Idea yang tidak perlu berlandas musim piliharaya semata-mata dan dapat direalisasi dengan mudah.
1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Semoga dengan akal dan pemikiran yang waras, rakyat Malaysia dapat mengira keuntungan yang bakal diterima dari idea-idea pelaksanaan program 100 hari ini.
1. Rakyat seluruh Malaysia akan bebas dari membayar tol di lebuhraya.

2. Rakyat seluruh Malaysia akan membayar petrol dan segala bil-bil dengan harga yang rendah dari penyusunan semula subsidi sedia ada.

3. Rakyat Malaysia akan mendapat mutu pendidikan yang lebih baik dengan pengiktrafan yang tinggi diberikan kepada pendidik.

4. Rakyat Malaysia akan menikmati sumber air yang cukup murah dan terkawal dengan tanpa kawalan oleh pihak swasta yang mementingkan keuntungan.

5. Rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan suasana yang lebih selesa tanpa sekatan akta-akta yang primitif.

6. Rakyat Malaysia akan menerima satu keuntung tanpa membayar untuk melayari internet.

7. Rakyat Malaysia akan mendapat harga minyak masak dengan harga yang murah dari pengeluaran hasil kelapa sawit tanpa sekatan oleh syarikat yang mengaut keuntungan dari peladang.

8. Rakyat Sabah dan Serawak dapat membangun seiring dengan Semenanjung Malaysia.

9. Rakyat Malaysia akan menerima satu undang-undang yang cukup berkesan dan adil tanpa campurtangan pihak ketiga.

10. Rakyat Malaysia tidak lagi merasa risau kehilangan hak mereka kepada rakyat asing.
Jadi rakyat Malaysia yang celik dan berfikiran positif dalam mengharungi hidup ini dengan lebih selesa dan ceria. Jangan terlalu jumut dengan kehendak pemimpin-pemimpin yang risau rakyatnya selesa. Pastikan janji 100 hari ini menjadi realiti untuk kepentingan rakyat keseluruhannya."
Oleh: Farzu

Fuhhh....Atuk Khawin Cucu..???

Posted: 15 Jan 2011 10:44 PM PST

Sekali wa tengok macam Si Atuk sedang mengiringi cucu kesayangan
untuk diketemukan dengan bakal suami dalam majlis perkhawinan
yang menjadi kebiasaan kita lihat.

Tapi yang ini power beb...Macam Atuk khawin cucu pun ada,tapi kata
kawan wa wanita ini bukan khawin dengan Atuk Taib ni,tapi khawin dengan
duit dan harta yang berbilion ringgit disapu oleh Atuk Taib selama
32 tahun menjadi KM Sarawak..Sedangkan rakyat Sarawak hidup
Melarat gara-gara KM yang keparat...Hampeh Pimpinan BN..


Bah Reput : Ini baru betul pemimpin yang mementingkan
Perut dan Bawah Perut (Anu)

Strategi backfire!!

Posted: 15 Jan 2011 10:43 PM PST

Sumber gambar: minaq jinggo

Padan muka. Strategi backfire!!

Mereka nak tunjuk yang mereka lebih Islam dari Islam orang lain. Kononnya, merekalah pejuang agama di Malaysia. Mereka guna isu agama untuk dapatkan mileage politik untuk TUAN yang mereka jilat.

Isu azan dan pembesar suara Masjid Al-Ikhlasiah, dijadikan modal untuk mereka main wayang. Tujuannya untuk memberi persepsi, merekalah pejuang agama Islam. Maka, berdemo sakanlah mereka dengan segala mak nenek poster dan banner. Gempak 1Malaysia!! Publisiti yang mereka idamkan telah diperoleh.

Malangnya, macam hangat-hangat taik ayam, tup-tup sejuk!! Tup-tup... senyap sepi!! Isu sudah selesai. Kenapa selesai??

Ha... ha... ha... Sebab, strategi tak kena!! Strategi failed!! Yang terkena ialah Putrajaya. Yang terkena ialah JAWI. Yang terkena ialah JAKIM. Aduh sakitnya. Terkena tepat tapi cepat-cepat mereka nafikan. Ngkau kata tidak. Aku kata tidak. Dia kata tidak.

Oleh itu, sudah...!! Jangan bising-bising lagi. Tutup cerita. Kemelut azan dan pembesar suara di Kampung Kerinci sudah selesai. Settled!!

Rupa-rupanya, yang mengadu ialah seorang peguam, ahli MCA pulak tu. Kini, dia sudah blah dari kawasan itu. Dia sudah berpindah kerana dia bimbang akan keselamatan dirinya. MCA pulak kata, mereka tak tau apa-apa. Jangan kerana nila setitik, MCA pula kena tanggung
akibatnya.

Aha... mereka sudah tersilap besar. Mereka sudah sedar... apa yang mereka sudah lakukan telah 'makan' diri sendiri. Oleh itu, cepat-cepat tutup mulut. Bisu dan matikan diri!!

Sekarang, ada pulak antara puak malaun yang bersuara.... jangan politikkan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah. Jangan jadikan ia isu agama yang boleh melaga-laga kaum. Juga, jangan melaga-laga sesama umat Islam. Pulak dah....

Cara malaun twist isu ini, seolah-olah nak menyalahkan puak sebelah sini. Hai... ini dah lebih. Persoalannya sekarang, siapa yang mula mainkan isu ini. Ya, siapa empunya angkara?? Siapakah yang mula cuba tiupkan apinya?? Siapa yang mula terlalak terlolong??

Namun demikian, mungkin kerana sedar yang isu ini akan ada impak negatif pada puak gerombolan, maka kini... Jamil Khir berkokok. Zulbabwe dari Kulim berkokok. Berkokok untuk tutup angkara ke?? Atau... tutup untuk mengeliru dan memperbodohkan rakyat semua??

Hello... hello.... Berkokok ler hangpa sampai tak mau. Jangan ingat rakyat bodoh dan boleh tertipu serta terpedaya dengan kokokan sumbang hangpa. Rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Apa-apa pun, kita hidup dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, mesti ada sikap toleransi sesama kita. Kita respek hak agama satu sama lain. Bukan apa, kita mahu rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera.

Satu nasihat kepada para balaci puak sebelah sana. Kalau atur strategi... pastikan ia tidak 'makan' diri sendiri lagi. Kalau asyik termakan diri..... nanti mati!!

Azan : Pelaburan KWSP Diluar Negara Undang Risiko Kepada Penyimpan

Posted: 15 Jan 2011 10:42 PM PST

KEMAMAN 16 JAN : Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendedahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan dana simpanan sebanyak RM 75 Bilion bagi pelaburan luar negara hasil perancangan Kerajaan UMNO-BN bakal mengundang risiko besar kepada penyimpan KWSP.
Azan membayangkan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk dilaburkan di luar negara akan mendedahkan tabung simpanan hari tua golongan pekerja di negara ini kepada risiko kerugian yang tidak dapatkan dibayangkan.
"EPF telah dibenarkan menggunakan dana simpanannya yang merupakan duit kita semua sebanyak RM 75 Bilion untuk dilaburkan keluar negara," kata beliau kepada lebih 20 ribu hadirin di Program Ceramah Khas Hari Kebangkitan Rakyat di Geliga di sini semalam.
Azan turut mendedahkan beliau mendapat berita minggu ini bahawa pentadbiran KWSP yang sebelum mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak 7 peratus akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah yang diuruskan berjumlah RM 75 Bilion.
Sebelum ini, pelaburan agensi Kerajaan seperti FELDA telahpun gagal lantaran tiada pengurusan baik di luar negara dan memberi kesan kepada rakyat sendiri.
Malah beliau menjangka Kerajaan UMNO BN akan memberi alasan klasik sekiranya ia gagal dalam masa akan datang.

"Seperti biasa, tradisinya, kalau duit ini dilaburkan keluar negara, selepas setahun kita akan dengar alasan kalau rugi diakibatkan sebab kadar tukaran asing yang tidak dapat dikawal. Bukan sebab salah pengurusan, tetapi disebabkan kadar tukaran matawang asing," tegas beliau.
Justeru, Azan yang baru dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Terengganu menyeru rakyat negeri ini bagi membantah hal ini yang membabitkan masa depan mereka.
"Saya minta dan rayu kepada kawan-kawan semua, minta tahun ini adalah tahun terakhir BN nak beri alasan ini kepada kita. Kita nak beritahu, kalau tak reti uruskan harta dan wang rakyat, beri kuasa kepada Pakatan rakyat, kita akan buat jauh lebih baik lagi," kata beliau.

Belanja RM100,000 satu malam: Najib harus berani tegur isteri

Posted: 15 Jan 2011 10:41 PM PST

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.
Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.
"Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," katanya kepada Keadilandaily.com.
Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel  Atlantis di Dubai.
Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.
"Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu," ujarnya.
Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.

Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

"Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah," katanya sinis.

PRK DUN Tenang : Calon PR Dijangka Diumum Malam Ini

Posted: 15 Jan 2011 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR 16 JAN : PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor malam ini, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.
Beliau berkata pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada pukul 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya yang dipetik Bernama hari ini.
Penumuman itu dijangka dibuat di Dataran Wayang Pacak,Taman Labis Indah malam ini.
Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS pada pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.
"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari. 
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari Barisan Nasional pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri,di sini.

Batu Gajah Mari

Posted: 16 Jan 2011 11:31 AM PST

Batu Gajah Mari


Suami Normala diberi notis bertukar selepas dia diumumkan calon PAS

Posted: 16 Jan 2011 08:31 AM PST

Pn Normala seorang guru yang sanggup mengorbankan kerjayanya untuk bersama dalam semangat perjuangan yg diistiharkan sebagai calon PR di Dun Tenang.Baru dimaklumkan juga yg suami beliau juga seorang guru telah diberikan notis 24 jam untuk berpindah mengajar di Johor Bahru,ini satu petanda UMNO Zalim kepada Rakyat.Jom Ubah Selamatkan Malaysia...!!!

Muslimat calon PAS di Tenang

Posted: 16 Jan 2011 08:03 AM PST

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Pn Normala seorang guru yang sanggup mengorbankan kerjayanya untuk bersama dalam semangat perjuangan yg diistiharkan sebagai calon PR di Dun Tenang.Baru dimaklumkan juga yg suami beliau juga seorang guru telah diberikan notis 24 jam untuk berpindah mengajar di Johor Bahru,ini satu petanda UMNO Zalim kepada Rakyat.Jom Ubah Selamatkan Malaysia...!!!


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Jan 2011 11:04 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Menjelang Himpunan PGU; MPk buang bendera PAS

Posted: 16 Jan 2011 04:45 AM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/cabutbenderapasPGU.JPG(Kemaskini) - Pemuda PAS akan pasang semula
CHUKAI
- Kegusaran kerajaan Umno/BN pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said terhadap kempen PAS Ganti Umno (PGU) terserlah apabila jentera kerajaan diperalatkan untuk menyekat kemaraan PAS.

Ucapan Ahmad Said turut menyebut tentang PGU pada satu majlis besama veteran Umno disini semalam. telah disusuli tindakan Umno/BN memperalatkan jentera kerajaan menghalang kemaraan pengaruh PAS

Sehari menjelang himpunan kebangkitan rakyat - PGU diadakan, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dengan bantuan pihak keselamatan Polis Kemaman bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang sekitar bandar Chukai dan di Jambatan Sungai Kemaman.

Tinjauan Buletinonline mendapati operasi selama satu jam itu berjalan dibawah kawalan sebuah kereta peronda Polis dan beberapa buah kereta yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman (SB).

Pihak PAS Kemaman melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan mengikut 'arahan' pimpinan Umno-BN Terengganu yang bimbang dengan perhimpunan tersebut.

Timbalan Pengarah Program, Haji Hanafiah Mat menyifatkan Umno-BN 'pengecut' dan hanya berani bertindak dengan mengarahkan memperalatkan jentera kerajaan dan kakitangan kerajaan MPk membuang bendera partinya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Terengganu akan turun beramai-ramai di Jambatan Kemaman dan sekitar bandar Chukai bagi memasang semula bendera PAS yang telah ditanggalkan oleh MPk.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul menyatakan rasa kesalnya dan mengingatkan Umno/BN supaya menghotmati 'adab-adab berpolitik' diantara parti-parti dalam sistem demokrasi.

Menurutnya, para pemuda PAS tidak pernah menganggu gugat sebarang syiar Umno/BN yang dipasang dijalan-jalan raya sempena program parti tersebut.

"Umno/Bn tidak perlu takut dengan bendera, kerana Dato' Ahmad Said telah 'menjamin' Umno tetap kuat, kita minta Umno hormati program PAS sebagai satu program raky

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 16 Jan 2011 11:02 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS doakan kemenangan rakyat Tunisia

Posted: 15 Jan 2011 04:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan: "PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT," kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.

"Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali.

"PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat," ujarnya.

Hasrat Nik Aziz berundur tidak tercapai

Posted: 15 Jan 2011 04:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan, hasrat beliau untuk berundur dari jawatan menteri besar Kelantan sehingga kini tidak tercapai.

Ada sahaja, katanya, rintangan yang menghalang hasratnya itu dan kini beliau telah melebihi 20 tahun memegang jawatan itu.

Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini.

Majlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal media alternatif khususnya.

Turut berada di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.

Tuan Guru di dalam ucapannya menceritakan seawal 1967, beliau menceburkan diri di dalam bidang politik dengan kewajipan memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan siasah selama ini.

Menurutnya, dengan rasa kesedaran dan kewajipan tinggi berada di dalam tanggungjawabnya menyebabkan hasrat beliau untuk berundur diri, sehingga kini tidak dapat dilakukan.

Sebarkan kebaikan


Beliau mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam.

(Gambar: Penulis Azizi Haji Abdullah antara yang turut memberikan soalan dan pandangan)

Sepatah akhir Tuan Guru menegaskan, menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melaksanakan kewajipan itu akan masuk neraka.

Sebelum beliau bangun berucap, Dr Fadzli menyatakan, Tuan Guru mempunyai program di Terengganu dan terus berkereta ke Kuala Lumpur untuk memenuhi jemputan bersama bloggers.

Sebaik Tuan Guru selesai berucap, majlis dibuka kepada penyertaan peserta yang terdiri daripada 200 bloggers yang berlegar di seputar berbagai isu berbangkit dan semasa.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Jan 2011 09:32 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bantah kenaikan tol Lekas

Posted: 15 Jan 2011 08:27 PM PST

Sinar Harian 16 Jan 2011

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak syarikat konsesi Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) Sdn Bhd agar tidak menaikkan kadar tol dalam masa terdekat, semalam.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan diadakan di lokasi berhampiran Plaza Tol Paroi, dekat sini.

Mereka berbuat demikian selepas mendapat tahu bahawa kadar tol di lebuh raya berkenaan akan dinaikkan daripada sumber yang tidak didedahkan mereka.

Kira-kira 100 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari itu.

Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran; ADUN Mambau, Wong May May; ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang di negeri ini, ada sumber memberitahu beliau kadar tol Lekas mungkin dinaikkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti sumbernya itu kepada media.

"Saya juga akan membentangkan usul membantah kenaikan kadar tol Lekas di Parlimen kerana ia dikhuatiri membebankan pengguna lebuh raya ini," katanya.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8628569.asp

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 16 Jan 2011 09:27 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


FOTO | Konvoi Bermotor Pemuda Dungun " PAS ganti Umno "

Posted: 16 Jan 2011 03:51 AM PST

Oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


Marshal Dan Petugas-petugas PGU




Peserta-peserta Konvoi Bermotor " PAS ganti Umno "


Konvoi Bermotor " Pas Ganti Umno "

Posted: 15 Jan 2011 11:15 PM PST

Anak muda bermotosikal dari seluruh Terengganu berkonvoi sempena Himpunan Pas Ganti Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru Kg Geliga Kemaman.Jom kita gantikan Umno TAKBIR !!!!

Ucapan Perasmian Himpunan PAS Ganti umNO Oleh Presiden PAS

Posted: 15 Jan 2011 10:21 PM PST



BERMULANYA KEBANGKITAN RAKYAT !!!

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 Jan 2011 09:22 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


CIKGU MALA CALON PAS PRK DUN TENANG

Posted: 16 Jan 2011 08:37 AM PST



Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra. LAPORAN PENUH di {SINI}

ADUN SELAT KLANG SANTUNI KAUM INDIA SRI PERANTAU RAI POONGAL

Posted: 16 Jan 2011 06:36 AM PST




AHAD
16.1.11
FLAT SRI PERANTAU KLANG

YB DR HJH HALIMAH ALI selaku ADUN SELAT KLANG merangkap Pengerusi LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS SELANGOR telah membuat satu sentuhan luar jangkaan bagi penduduk India di FLAT SRI PERANTAU apabila menjenguk mereka ketika meraikan pesta poongal yang dikelolakan oleh pimpinan kaum India dan disponsor oleh pejabat ADUN SELAT KLANG.Ahli majlis MPK En DEEPAKARAN juga sebagai SETIAUSAHA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS SELANGOR, SELVAM ketua penyokong PAS SRI PERANTAU, ETTIPAN KETUA KOMUNITI INDIA SRI PERANTAU, dan pengarah program MUTHU.

GONG XI FA CHAI

Posted: 16 Jan 2011 06:07 AM PST


Happy & Prosperous New Year to all our CHINESE BROTHERS AND SISTERS.
This is ADUN SELAT KLANG's program for the elderly and OKU in TELOK PULAI
SUNDAY 16.1.11

ADUN SELAT KLANG raikan warga emas/warga miskin sempena sambutan tahubn baru Cina

Posted: 16 Jan 2011 06:00 AM PST



Ahad
16/1/11
Pasar Telok Pulai, Klang

Menjelang perayaan tahun baru Cina pada 3.2.11, ADUN SELAT KLANG YB DR HJH HALIMAH ALI telah meraikan seramai 70 orang warga emas dan golongan miskin dan OKU pada majlis ringkas di sebelah pasar TELOK PULAI dengan kerjasama Persatuan Penduduk Telok Pulai.
Selain menyumbang angpau, kad tahun baru Cina dan beberapa oleh-oleh lain diberikan kepada mereka yang akan meraikan tahun baru dengan kenaikan harga barang yang sedikit sebanyak sudah tentu akan membebankan mereka.
Mr Lee HOCK Chai ,pengerusi persatuan penduduk memberi kerjasama penuh bagi menjayakan program.

Pemuda Guchil

Posted: 16 Jan 2011 09:19 AM PST

Pemuda Guchil


Pejabat ‘First Lady’ di Jabatan Perdana Menteri untuk Rosmah

Posted: 15 Jan 2011 09:48 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 16 Jan 2011 09:12 AM PST

Jasindaily Online


PEMUJA SYAITAN BAKAL DATANG KE MALAYSIA

Posted: 15 Jan 2011 07:09 PM PST

Surat Ahli MCA pada PM Najib Razak

Posted: 15 Jan 2011 04:43 PM PST

mtdchenderoh

Posted: 16 Jan 2011 07:30 AM PST

mtdchenderoh


PRK TENANG: Calon Pas diumumkan malam ini

Posted: 16 Jan 2011 12:17 AM PST


i n t a n h i j a u

Posted: 16 Jan 2011 07:23 AM PST

i n t a n h i j a u


PRK N05 TENANG : CALONNYA IALAH ....

Posted: 16 Jan 2011 01:07 AM PST

 
PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang di Johor malam ini, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Katanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Jan 2011 03:26 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Perhimpunan PAS Ganti UMNO di Geliga, Kemaman

Posted: 15 Jan 2011 03:13 AM PST

Sabtu, 15 Jan - Program Perhimpunan Kebangkitan Rakyat!!! PAS Ganti UMNO telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman dengan menyaksikan puluhan ribu rakyat membanjiri tapak program dengan kereta, kenderaan pacuan empat roda, motosikal berkuasa tinggi, motosikal cup, lori-lori kecil, konvoi basikal dan berjalan kaki.

Program dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang setelah memberikan pidato penuh bersemangat tentang perbezaan perjuangan Islam dengan perjuangan asabiyyah perkauman yang sempit, keutamaan memilih pemimpin berdasarkan ilmu dan bukannya berdasarkan sogokan harta benda dan besarnya amanah pemerintahan yang diperintahkan oleh Allah agar ummat Islam berjuang menegakkannya.

Turut menyerikan program ialah amanat Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberikan amanat bahawa sudah sampai masanya PAS menggantikan UMNO dalam memerintah Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

Setelah tamat acara perasmian, sesi pidato khas dimulai oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali pula menjelaskan tentang beberapa isu berkaitan perlantikan SUK Selangor dan janji 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat. 

Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tiba selepas itu mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjalankan program himpunan ini dengan jayanya dan beliau begitu yakin bahawa masa depan orang melayu jauh lebih terjamin dibawah PAS berbanding dibawah pemerintahan UMNO.

Acara sebelum itu, didahului dengan ucapan oleh Pengarah Himpunan, Tuan Haji Yahaya Ali dan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Tuan Guru Haji Harun Taib dan sebelum upacara bermula pimpinan utama PAS telah diiringi ke tapak program oleh lebih 2000 buah motosikal Kelab Penunggang Alternatif (ARC) berbaju hijau seragam 'PAS Ganti UMNO'.   

Ahli PAS dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri tapak program dengan berbaju hijau daripada seawal pagi lagi dan berikut disertakan gambar-gambar sekitar program.

  

Jalan ke tapak program sudah sesak sejak pukul 9 pagi lagi.

Mana nak parking nih..

Mencari parking dengan bantuan Unit Amal.

Abang Mat ARC memberikan senyuman bermakna.

Di hadapan pintu gerbang.


Motor siapa ni?

Parking jauh, tak apa buat senaman kaki sikit pada pagi hari.


Kereta tersusun dengan baik.

Motosikal pun parking tersusun.

Tak jauh dah...


Di depan pentas utama.

Nak makan sup! Bihun Sup Kedah...nyam!

Vespa vs motosikal cup? Ada orang nak tengok.
Mana nak sarapan ni?



Di tapak karnival.

Wajah-wajah pejuang Islam.


Si cilik yang comel!

Mencari tempat 'parking'.

Di sebelah bawah pentas utama.


Majlis Perasmian oleh Tuan Guru Presiden.



Kebanjiran hadirin di sebelah pantai.
Pimpinan Muslimat dan isteri-isteri pimpinan.

Khairul tekun mendapatkan berita daripada sumbernya.




Kehadiran rakyat tak putus-putus.

Aksi menarik nih...


Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu dengan geng HPA Terengganu.


Muslimat mendengar ceramah perasmian di bawah kanopi khas.

Bos bola DUN Bukit Payong pun ada. Menjeling jauh nampaknya...

Saudara Aminuddin masih hensem seperti dulu-dulu.

Saudara Hamdan dan anaknya.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan barisan kepimpinan utama PAS Terengganu.

Pengerusi majlis, Ustaz Wan Syukairi sempat lagi berbincang di belakang pentas dengan saudara Ariffin dan saudara Hanafiah.

Wakil DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hin pun ada di pentas utama.

Di belakang tabir.

Mana ada pokok, di situ ada tempat berteduh.

Lautan rakyat.




Senyuman Ustaz Din yang mahal dalam kesibukan menguruskan program.

From Marang with struggling spirit!



Keletihan pada wajah unit Amal yang bertungkus lumus sejak awal pagi.

Ustaz Bukhari daripada Besut menghulurkan tangan ukhuwwatun jihadiyyah fi maidan as-Siasah.

Ustaz Khalil, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, tekun membaca risalah yang diedarkan dalam himpunan.


YB Ustaz Wan Hassan, ADUN Sura bersama Ustaz Hamzah Ngah, pemidato PAS yang terkenal di Terengganu.

Ruang pameran.



Saudara Nabori memberikan posing serius.

Encik Haris, peguam terkenal di Terengganu turut berada di ruang pameran.

Pameran PASTI.



Pintu Gerbang.


Ustaz Daud turut hadir walaupun kurang sihat.


Kereta rasmi MB Kelantan.

Ustaz Rasyid, Darusy Syifa'.



Jauh daripada kampung Tok Dir.

Belia daripada Dungun.


Saya nak satu, ayaah!

Ustaz Sopian mengambil peluang "shopping".


Walaupun bertugas, sempat juga meninjau gerai jualan.

Daripada Pengkalan Berangan bermotosikal daripada kelamarin.

Ruang tanpa pokok saja yang masih kosong.

Haji Wahab, kelab veteran DUN Bukit Payong pun sampai ke Kemaman.


Ini memang posing kemas punya.

Ustaz Ismail Mamat, mantan ADUN PAS DUN Teluk Pasu.

Sebuah keluarga daripada Pekan Bukit Payong.



Di bawah pokok rhu yang masih muda ini, tempat berteduh yang "first class".



Disebelah pantai, ada aktiviti khas untuk kanak-kanak.


Apabila jurugambar diambil gambarnya...


Ramai juga kanak-kanak yang mengambil kesempatan bermain wau.


Ustaz Mohd Yaakob, mudir Darul Taqwa.

SU Pemuda DUN Bukit Payong yang berkaliber datang bersama keluarga.


Orang kuat Alor Limbat tersenyum lebar...

Himpunan ini sesuai juga untuk perkelahan keluarga seperti ini.

Tanah pasir yang bercerun dah menjadi kemas seperti lantai yang disimen kerana menjadi laluan utama ke pantai.

Pak Harun pun berkelah dalam mukhayyam jihadi ini bersama keluarga.



Ustaz Mat Aswadi memberikan posing terakhir sebelum jamuan makan tengahari.

Pengikut