Selasa, 3 April 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 03 Apr 2012 03:44 PM PDT


Syor-syor itu dibuat setelah PSC mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas ahli Jawatankuasa serta mengambil kira perbincangan dalam jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada lawatan kerja.

(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN

1. MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA SAMA ADA MENGUNDI DI PERWAKILAN MALAYSIA ATAU SECARA POS

1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.

1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.

1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:

(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan

(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.

1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.

1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.

2. MEMBERI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PETUGAS SPR DAN MEDIA

2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.

2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.

2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.

2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

3. PENGUNDI LUAR KAWASAN

3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.

3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.

3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.

3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.

4. MEMBENARKAN PRAPENDAFTARAN SESEORANG WARGANEGARA UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMILIH APABILA MENCAPAI UMUR 20 TAHUN

4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

5. TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN

5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.

5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.

5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.

6. KERAJAAN SEMENTARA (CARETAKER GOVERNMENT)

6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.

7. PENGUATKUASAAN PERATURAN SEDIA ADA BERHUBUNG KESALAHAN MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU DALAM URUSAN PENDAFTARAN

7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:

i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan

ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.

7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.

7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.

7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.

7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.

(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA

8. MEMANJANGKAN TEMPOH BERKEMPEN

8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.

8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.

8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.

8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.

9. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN SAKSAMA

9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.

9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH

10. PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH YANG BERTERUSAN

10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR.3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.

10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.

10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.

10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi mana-mana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).

10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.

11. PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam
penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;

ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti 'kampung', 'rumah pangsa', 'rumah panjang' dan 'jalan' tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar; iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan

iv) alamat pendaftaran "pinjaman" iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

12. BANTAHAN TERHADAP DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DIPERAKUI MELALUI ADUAN ATAU MAKLUM BALAS DARIPADA PARTI POLITIK, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAN SEBAGAINYA

12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.

12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti yang sah.

13. KAJIAN KE ARAH PENDAFTARAN SECARA AUTOMATIK

13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.

13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.

13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.

14. PENGGUNAAN ALAMAT SELAIN ALAMAT MASTAUTIN PADA KAD PENGENALAN SEBAGAI ALAMAT PENDAFTARAN UNTUK MENENTUKAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA

14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.

14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.

14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:

i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;

ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan

iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.

14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.

14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.

14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.

(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR

15. MEMPERKASAKAN KEDUDUKAN SPR

15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.

15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.

15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.

15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.

16. PENSTRUKTURAN DAN PENGUKUHAN SPR

16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.

16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.

16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.

16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

17. MEMPERLUASKAN AKADEMI PILIHAN RAYA

17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.

17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.

18. PENGASINGAN FUNGSI UTAMA SPR

18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.

18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.

(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF

19. PENGAGIHAN KERUSI DEWAN RAKYAT BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.

19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.

20. PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA YANG SEIMBANG

20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip 'Satu Orang, Satu Undi'.

20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip 'Satu Orang, Satu Undi' dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).

20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.

21. PERUNTUKAN DANA KEPADA PARTI POLITIK

21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.

21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.

21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.

21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.

22. SISTEM PILIHAN RAYA BARU

22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).

22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).

22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.

RUMUSAN JAWATANKUASA

Jawatankuasa mengesyorkan semua syor yang terkandung dalam laporan ini dipertimbangkan bagi menambah baik proses pilihan raya dan mengukuhkan SPR bagi menjamin proses pilihan raya yang bebas dan adil.

LAPORAN MINORITI

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai Dr.Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

 Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa. Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

 SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen dimana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka. Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya. 

SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan dua daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan dua bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulanyang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki. Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil. Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

ALHUSSEYN

Posted: 03 Apr 2012 03:33 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:33 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Najib Memang Istimewa

Posted: 03 Apr 2012 09:02 AM PDT

Korang fikir-fikirlah sendiri, kita nak bina negara, bukan nak meruntuhkannya.

Pertamanya, orang yang nak pimpin tu mestilah seorang yang bijak.Walaupun membuat sesuatu itu bukan bidangnya, namun naluri orang yang bijak akan terpancar secara sepontan.

Berikut beberapa individu dengan latar belakang yang berlainan dan bukan sebagai pekerja kontrak buat bangunan.

Namun mereka kelihatan bijak melakukannya dengan baik.Lihatlah gambar mereka berikut :


YDP PAS Lumut, Cikgu Noh

Tuan Guru Pondok, Tn Hj Salleh

Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris

Namun terdapat seorang yang paling istimewa penampilannya.Lihatlah wahai dunia!

Suami Rosmah, Najib

'Hasan Ali wajib serahkan video murtad kepada agensi agama' kata Dr Rani

Posted: 03 Apr 2012 06:34 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani berkata video yang didedahkan Hasan dalam satu sidang media khas pagi tadi disiasat dengan terperinci dan tindakan perlu diambil sekiranya benar.

Demikian kata Dr Rani di sini ketika mengulas sidang media pendedahan video murtad oleh Hasan Ali.

Hasan berkata pihaknya mempunyai tiga versi video berkenaan dan hari ini beliau hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

Ingatkan Unit Selamat Akidah (USA) Hasan Ali mampu menangani isu murtad.Rupa-rupanya Asang Jati sekadar mampu mensensasikan isu tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata agensi agama negeri termasuk Jais mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi.

Pergh! Teruk punya Menteri!Sebab Jais ketika dihubungi berkata isu murtad BUKAN, BUKAN di bawah bidang kuasa agensi itu tetapi Majlis Agama Islam Selangor (Mais!

Bangang sangat menteri Mashitah ini - patut sangat dia dilantik untuk jadi Ketua Wanita Umno sebab wanita Umno tu memang suka yang dungu macam lembu!

Saya tertarik dengan beberapa komen pembaca yang antaranya adalah seperti berikut :

ayiska ·

Penat lah tengok sandiwara politik ni. Pokoknya ramai orang islam miskin dan terpinggir, itu hakikatnya. Jadi apa yang berhormat dengan yang berkhidmat nak buat? Mana dia belas ehsan dan kasih sayang yang patut ditunjuk. Janganlah asyik mengecam. Sikit sikit cakap orang rapuh akidah, sikit-sikit cakap orang lain tak betul, orang kurang penghayatan dan sebagainya. General statement macam tu anak aku pun boleh cakap. Persoalannya sekarang wang zakat, bantuan dan sebagainya sampai ke ke tangan orang yang memerlukan? Kalau buat masjid, istana beratus juta tapi orang islam masih melarat apa gunanya?seatus juta boleh membantu 10,000 umat islam dalam bentuk bantuan perniagaan 10,000 tiap seoramg daripada 1 masjid bertatah marmar dan permata


sarjan hasan

·

Setuju dgn apa yg di katakan oleh ayiska..isu murtad yg di mainkan oleh Hasan Ali sebenarnya bukanlah sesuatu yg baru.malah ianya telah bermula sejak berabad abad lamanya.cuma yg berbeza ialah cara dan perlaksanaan yg sentiasa berubah mengikut perjalanan zaman yg dilalui.

Apa yg cuba di timbulkan oleh Hasan Ali,tentang isu murtad,jika kita renungkan dgn lebih mendalam ianya sekadar memperlihatkan lagi kelemahan dan kekalutan yg sedang melanda institusi agama Islam skrg.Hasan Ali yg menggunakan slogan IMR utk wadah perjalanan politik baru beliau,melihat isu murtad ini boleh meraih populariti dan perhatian masyarakat seterusnya menjadikannya isu ini perform terbaik utk beliau meraih sokongan masyarakat dlm perjalanan politik baru beliau.

Hasan mendapat layanan istimewa dari media2 kerajaan,utk mensasikan lagi isu ini,hanya kerana beliau mnjadikan pas dan pakatan sebagai sasaran dan pihak yg selalu di salahkan dalam setiap isu yg di bawa beliau.

Dgn menyalak dan menunding jari menyalahkan pihak lain,beliau meletakan pandangan dan tangapan masyarakat agama lain semakin negetif dan terpesong pada agama islam yg suci ini.Cukup la kita di malukan dgn kesilapan dn kealpaan kita walaupun yg memegang kuasa tertinggi dlm permerintahan negara adalah org yg beragama islam.

peristiwa penari tiang gadis islam yg seksi adalah perkara yg amat memalukan dan mereka di hukum mengikut undang2 islam namun sekali kita di aibkan dgn denda sebanyak rm25.perlukah lagi kita salahkan pihak lain dan kemudian berpura seperti kita adalah umat yg paling lantang mempertahankan kesucian dan akidah umat kita.

bersama lah kita menjadikan umat kita. .umat islam dgn ilmu dan kefahaman yg cukup,keranan itulah senjata yg paling sempurna dn ampuh dlm menghadapi semua isu dan kegelinciran akidah.AMINNN

roslan abubakar ·

Setuju dgn saranan Dr Rani. Kita kena pastikan ketulinan video tersebut. Orang yg di temubual tu mesti di siasat semula, adakah kenyataannya sahih atau di lakunkan. Sebab pita video ini telah mengambil masa yang terlalu lama utk di tayangkan. Macam buat filem lah. Takut ada pelakun yg terima bayaran untuk melakunkan watak tersebut. Ada yang sediakan skrip. Hasan Ali ni akan buat apa sahaja asalkan dendam yang membara dihatinya dihamburkan.

Ayuh Tukar Segera Pemandu Yang Mabuk Itu

Posted: 02 Apr 2012 07:37 PM PDT

Memandu dalam keadaan mabuk adalah merbahaya dan merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya. Jangan tanya saya seksyen mana. Saya bukan pakar undang-undang. Tapi begitulah sekolah memandu bagi tau kita orang dulu.

Ada dua jenis mabuk yang sangat merbahaya bila memandu. Satu mabuk alkohol dan satu lagi mabuk kuasa dijalan raya.

Mabuk kuasa di jalan raya merupakan pemandu yang berlagak samseng. Apa pun dia tidak kira!

Asyik mahu memotong kenderaan di hadapannya walau pun di selekoh maupun di double line.Lampu merah pun tidak diendahkannya – polis trafik takut nak saman kerana sikap sombong dan samsengnya!

Pemandu jenis ini akan marah kalau kereta lain mahu memotongnya!

Jangan bahayakan diri kita dengan jenis pemandu yang mabuk alkoholik atau mabuk kuasa macam ini!

"Bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan 'pemandu' yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat." Demikian kata Perdana Menteri Najib di sini

Oleh itu, janganlah kita biarkan pemandu yang mabuk memandu kenderaan. Bagi memastikan kita selamat, kita perlu tukar pemandu yang mabuk itu serta merta!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda Penggerak Perubahan

Posted: 02 Apr 2012 06:07 PM PDT

 Ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

Alhamdulillah, pada 1 april 2012, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPKBK) telah berjaya mengadakan Muktamar Tahunan dimana muktamar kali ini adalah muktamar kali ke 8.

Dengan memilih tema Pemuda Penggerak Perubahan, ia adalah satu bukti kesungguhan DPPKBK untuk memacu dan menggerakkan perubahan ke arah yang lebih baik khususnya di Parlimen Bukit Katil dan di Melaka amnya. Muktamar ini sekaligus menjadi satu penaik semangat kepada petugas-petugas untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka pada bulan Jun nanti.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh Ustaz Musa Mohd selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan BUkit Katil yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka, Saudara Sofi Wahab.

 
 Perasmian oleh Ustaz Musa Mohd

Selain daripada sesi perbahasan dan muhasabah, muktamar kali ini turut memberi 2 anugerah khas kepada individu yang pernah memberi jasa dalam Pemuda PAS Bukit Katil iaitu Saudara Puhat selaku mantan Ketua Pemuda DPPKBK dan saudara Bahari selaku Mantan Pengerusi PASTI Kawasan Bukit Katil.

Antara Perwakilan yang memberi pandangan.

Muktamar ini juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Band Boys di bawah DACS iaitu saudara Afiq. Mudahan-mudahan dengan sedikit usaha ini dapat memastikan kemenangan Islam di Kawasan Bukit Katil ini. InsyaAllah. TAKBIR..


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Langkah ke Putrajaya bermula di Kota Bharu

Posted: 02 Apr 2012 05:01 PM PDT

Kelantan memang unik dalam serba serbi. Keunikan ini disebabkan kesedaran dan komitmen tinggi mereka dalam semua aspek. Orang Kelantan mendahului orang di negeri lain. Dalam dunia politik hanya orang Kelantan yang berani membuat tindakan dan tidak mudah terpesona dengan segala janji molok dan pujuk rayu mendayu politik. Orang Kelantan dikenali mempunyai sifat dan pembawaan yang kontras dan sukar diurus.

Satu ketika orang Kelantan dikenali sebagai samseng atau 'gedebe'. Dalam masa sama juga orang Kelantan dikenali sebagai warak atau kuat beragama. Orang Kelantan bengkeng, tetapi ia juga baik serta pemurah dan ramah tamah.

Begitu dalam dunia politik, orang Kelantan boleh menerima Umno dan menolak Pas. Dan boleh menolak Umno untuk menerima Pas. Tidak mustahil juga orang Kelantan boleh menolak kedua-duanya kalau ianya sudah tidak berlaga angin dengan budaya dan sosialnya.

Dalam Umno menawarkan wang, pembangunan kebendaan orang Kelantan mengingininya, tetapi tidak sedih dan kecewa kalau tidak dipenuhinya. Orang Kelantan bukan bangsa pelahap dan mengemis. Mereka tidak sedih dan merasa kekurangan tanpa pembangunan dan kemudahan asas lain. Orang Kelantan boleh hidup mendiri tanpa bantuan luar. Sikap dan sifat ini perlu dipelajari dan dikenali oleh orang negeri lain. Menteri Besar mereka, Nik Aziz menekan agar orang Kelantan bersikap qanaah dan sedarhana.

Mengenai politik sebagai wadah perjuangan mereka ia tidak ada tolak banding. Orang Kelantan jaguh dalam politik dan bijak menggunakan instrument politik untuk menentukan nasib dan masa depan mereka. Orang Kelantan tidak 'berbaih' dengan satu parti, Pas atau Umno... tetapi semua parti. Neraca penilaian orang Kelantan senantiasa adil dan seimbang.

Sebab itulah bila diadakan program politik mereka akan datang beramai-ramai. Tanpa diupah dan dibayar minyak kereta mereka datang sendiri. Bagi mereka politik adalah hiburan, adalah perjuangan dan adalah ruang untuk mereka memajukan diri. Kalau pun diupah mereka ambil tetapi tidak sedia mengikut apa yang dikehendaki oleh si pengupah. Inilah kebebasan dan keterbukaan serta keberanian demokrasi orang Kelantan. Orang Kelantan bukan pemakan rasuah!

Hakikat ini diketahui oleh sesiapa juga. Maka itu Anwar Ibrahim mengakui dia datang ke Kelantan bukan apa, melainkan untuk cas beteri politiknya - menambah semangat dan keberanian yang ada kepada orang Kelantan. Datang ke Kelantan untuk menumpang kekuatan perjuangannya. Betapa tidak puluhan ribu akan menyambut dan mendengar ucapannya. Jumlah itu agak sukar untuk beliau perolehi hatta di kawasan dan negerinya sendiri. Kelantan tidak semena-mena menjadi kubu dan penyokong kuat kepada dirinya.

"Saya datang sini untuk mengecaskan diri saya," begitulah kata Anwar jujur dan terharu di hadapan lebih 35,000 di Padang Perdana Kota Bharu malam Sabtu lalu. Siapa tidak teruja kalau dihadapan kita ada puluhan ribu pendengar dan penyokong yang datang bertepuk dan bersorak memberi gambaran menyokong kita?

Keberanian dan sikap terbuka orang Kelantan tidak dapat disembunyikan. Orang Kelantan juga jauh lebih ke depan dalam menilai dan mentasir politik serta membuat tindakan. Kenapa saya kata begitu, kerana apa yang orang tidak katakan dan lumurkan kepada diri Anwar; peliwat, agen Amerika, Israel dan berbagai-bagai lagi tetapi orang Kelantan tetap menyokongnya. Tetap datang mendengar pandangan dan kupasan politiknya. Orang Kelantan seolah-olah tidak mempercayai apa sahaja dilemparkan kepada Anwar. Buktinya kalau mereka terpengaruh dengan tuduhan dan fitnah mereka akan kosong Padang Perdana.

Malam itu ada dua tiga ekor budak-budak liar - mungkin cicit kepada pemuda tahan lasak Umno yang mengganas di Kelantan tahun 1959 dulu cuba membuat kacau dan menghalang orang ramai. Beberapa buah kereta dikhianti dengan menyembur cat. Kereta Anwar sendiri 'ditagur' - dilontar dengan batu dan kayu. Kereta Anwar turut kemek. Gejala budak jahat dan liar Sembrong turut berlaku di Kelantan. Siapa yang bertanggungjawab mengimport budak liar Sembrong? Inchek Ibrahim Ali ke?

Namun itu sikit pun tidak melemahkan semangat orang Kelantan. Bagi mereka itu hanya cabaran kecil saja. Perbuatan khiant itu akan menjadi baja untuk menyemarakkan lagi kebencian dan kemarahan kepada Umno. Kejahatan itu adalah pembuka semangat dan dendam untuk menghebatkan lagi majlis. Mengenai kejahatan itu elok kalau ketua Umno Bahagia Kota Bharu Fatmi Che Salleh memantau perkara ini untuk tidak memberi kesan buruk kepada dirinya. Kota Bharu adalah kawasan Fatmi.

Beliau tidak boleh melindungi muka dari menerima tanggungjawab atas perbuatan itu.

Kejadian sembur kereta dengan cat kalau tidak silap kali kedua berlaku di Kota Bharu. Tidak berlaku di Machang atau Tanah Merah. Apabila ia berlaku di Kota Bharu tentulah ketua penjahat itu ada di situ. Fatmi tidak boleh lari kerana ia dilakukan dalam kawasan Kota Bharu. Dibimbingi kalau gejala liar dan 'beruk-beruk' ini tidak dibendung ia akan merebak kepada kejadian lebih besar dan buruk lagi. Selagi orang yang hadir ke ceramah Anwar dan Pas boleh sabar ia boleh dielakkan tetapi kalau tahap kesabaran sudah hilang, padah jadinya.

Mengesalkan juga malam itu tidak ada banyak kelibat polis beruniform yang mematau keadaan. Di luar Padang Perdana tidak ada kelihatan polis trafik yang bertugas melicinkan lalu lintas. Apakah kerana majlis itu tidak mendapat permit polis maka ia tidak perlu dikawal? Atau pun polis menyangka perbuatan jahat begitu tidak akan berlaku di Kelantan. Atau tidak sangka budak-budak jahat itu diimport dari Sembrong?

Hendaknya di masa akan datang Polis Kota Bharu mengambil berat keadaan ini, mengawal apa-apa juga majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Api menjadi kawan atau teman gurauan waktu kecil tetapi bila sudah besar ia boleh membakar hangus bukan saja orang Pas dan Umno tetapi topi anggota polis juga akan turut terbakar.

Saya bersetuju ulasan Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir. Perbuatan jahat melontar kereta Anwar dan menyembur cat memalukan rakyat Kelantan. Orang Kelantan yang cukup sporting dalam politik tidak boleh menerima perbuatan itu. Ia memalukan rakyat Kelantan seluruhnya. Katanya sudah lama kerja-kerja jahat tiada di Kelantan dan kini kembali semula.

Sebab itu saya katakan tidak mungkin orang Kelantan melakukan itu. Kalau mereka benar anak Kelantan yang bengkeng tetapi berbudi bahasa tidak akan tergamak untuk melumur najis ke muka sendiri kerana perbuatan itu seperti lumur muka sendiri dengan tahi. Melainkan orang Kelantan yang gila, tidak bersekolah atau pun 'dedel' sahaja sanggup melumur najis ke muka sendiri. Orang jahat sudah lupus deria bau dari hidungnya.

Perbuatan jahat dan khinat ini sudah lama berlalu di Kelantan. Tetapi bila ia muncul kembali adalah sesuatu yang sungguh menyesalkan. Boleh jadi yang buat jahat itu adalah benih pemuda tahan lasak Umno yang sebelum ini terjatuh dalam jambtan tahi dan diberikan Allah peluang untuk tumbuh bagi memperbaiki diri. Boleh jadi.

Umno tidak payah merestui perbuatan seperti itu kerana kejahatannya akan terpulang juga kepada mereka. Tindakan sebegitu akan menguatkan lagi semangat orang ramai untuk memberi sokongan kepada Pas. Zaman politik gua dan bersenjatakan keris sudah pun berlalu. Zaman ini zaman politik akal. Apakah kerana Umno merasakan kedudukkan mereka semakin terhimpit maka kerja-kerja jahat terpaksa dilakukan. Mereka perlu kembali ke zaman edan semula?

Usaha untuk menjatuhkan dan menakut Anwar tidak akan berjaya dengan cara sebegitu. Anwar tidak akan gentar. Beliau sendiri telah teruji dengan segala macam kejahatan ke atas dirinya. Yang melakukan bukan budak-budak makan cacing tetapi perdana menteri dan ketua polis negara sendiri. Yang belum dirasai Anwar ialah tembakan saja lagi. Kalau setakat 'tagur' kereta, sembur cat kepada kereta orang yang hadir ia tidak memberi apa-apa kesan sedikit pun.

Malahan perbuatan itu tidak bermanfaat dan menguntungkan orang Cina yang dibenci oleh Umno. Bila kereta rosak dan cat rosak yang dapat untung ialah orang Cina. Kerana bengkel dan juga kerja mengecat kereta semuanya dimiliki orang Cina. Kan bodoh? Bodoh....

Mengenai himpunan di Padanag Perdana malam itu, ia memberi petunjuk makin jelas bahawa Kelantan sukar ditawan oleh Umno. Pemberian wang BR1M juga tidak membawa apa-apa hasil. Saya berani mengatakan lebih separuh dari lebih 35,000 yang hadir menerima wang rakyat BR1M RM500 ringgit itu. Dan saya juga berani mengatakan hampir separuh wang derma yang dikutip malam itu adalah wang BR1M. Kehadiran orang ramai pada majlis Pakatan Rakyat mendadak ke belakangan ini selepas menerima bantuan wang rakyat RM500.

Untuk memastikan Umno akan tertumus di Kelantan berdasarkan sambutan kepada majlis ceramah Pas, Pakatan Rakyat perlu mengadakan himpunan seperti itu di peringkat kawasan Parlimen dan tidak tertumpu ke Kota Bharu sahaja. Setakat ini himpunan di Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu sudah menyakinkan. Untuk masa akan datang Pas perlu membawa himpunan persis itu ke Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat. Sekiranya jumlah kehadiran dalam himpunan mengikut jajahan itu mencecah 20,000 sudah pasti Umno Kelantan akan bungkus.

Kekalahan Umno kali ini akan membawa kehancuran kepada parti itu. Dan sekiranya kerajaan UBN tumbang maka hayat Umno akan berakhir setakat tahun 2012 sahaja. Selepas ini Umno tidak akan tertinggal apa-apa lagi hatta kubur dan batu nisan pun tidak akan sanggup dicacak oleh rakyat kerana takut terkena 'kuong' (badi) jahat dan berbau busuk Umno.

Untuk waktu terdekat ini elok kalau Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah perdana di Bachok atau Pasir Puteh. Kita mahu tengok Awang Adek Hussein yang kini sedang menggeletar biar jatuh pangsan dan tergolek di pasir pantai Melawi.

Manakala sebaik parlimen dibubarkan satu himpunan mega perlu diadakan di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Dalam himpunan ini rakyat teringin untuk melihat tiga orang tokoh dan negarawan Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh Hamzah ini duduk di atas satu pentas. Kita mahu tengok macam mana gabungan tiga pengaruh peribadi tokho-tokoh ini menyedapi stadium Sultan Mohamad Ke IV.

Saya rasa kalau ini berlaku tidak cukup stadium Sultan Mohamad Ke IV itu dan memerlukan dua buah stadium lagi. Jika ini menjadi kenyataan ia akan mencatat sejarah dalam politik Kelantan khasnya. Kehebatan sambutan itu nanti juga boleh menjadi pembuka semangat kepada negeri-negeri lain untuk menghukum Umno.

Saya bersetuju dengan tagline Takiyuddin Hassan bahawa Kelantan akan menjadi detik permulaan atau langkah pertama untuk menuju ke Putrajaya. Bukan saja kerana ketokohan tiga juara agama dan bangsa itu tetapi kerana keterkenalan rakyat Kelantan yang berani membawa perubahan. Di Semananjung ini hanya rakyat Kelantan sahaja berani mencipta sejarah menukar kerjaan dan parti politik. Selepas itu baru ia diikuti oleh negeri-negeri lain.

Duhai negeri-negeri yang belum berani melakukan perubahan dan masih taksub dan berjiwa abdi dengan Umno; Johor, N Sembilan, Melaka dan Pahang serta Perlis, nah bangkit dan bangunlah melakarkan muril sejarah baru di negeri masing-masing. Tinggallah Umno... kita mahu merayakan kejayaan bersama secara serentak. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Ucap terima kasih, bukan selar pegawai dedah isu AG

Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April: Kerajaan sepatutnya berterima kasih dan bukannya menyelar pegawai yang mendedahkan Peguam Negara (AG) tidak melakukan pendakwaan ke atas kes yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Menyelar (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk) Mohd Shukri (Abdull) yang mendedahkan Peguam Negara tidak melakukan pendakwaan ke atas kes yang disiasat adalah tindakan anti ketelusan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Nazri (Abdul Aziz) marah sangat dengan ketelusan penjelasan Shukri itu sehingga menuduh beliau mempunyai watak yang lemah? Adakah banyak perkara yang disembunyikan sedang hendak terburai?" beliau mempersoalkan.

Menurut Mahfuz, dengan pendedahan Shukri, sudah tiga orang pegawai tinggi badan penguatkuasa membuat pendedahan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Sebelum pegawai tinggi SPRM itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat pelbagai pendedahan mengenai kelakuan Abdul Gani.

"Itu pegawai yang berani membuat pendedahan dan pengaduan tentang Abdul Gani. Bagaimana yang takut hendak bersuara?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, kerajaan yang mempunyai sifat bertanggungjawab sudah lama menubuhkan tribunal menyiasat Peguam Negara.

"Tetapi masalahnya, Malaysia mempunyai kerajaan yang dilihat mempunyai kepentingan dengan tindak-tanduk Abdul Gani yang dianggap meragukan," katanya.

Kerajaan Umno yang berkuasa hari ini, kata Mahfuz, bukan sahaja enggan menyiasat pendedahan-pendedahan dan pengaduan-pengaduan mengenai kelakuan Abdul Gani, malah membunuh ketelusan apabila pegawai yang berani bersuara dicela dan diselar.

"Selepas ini, adalah dijangkakan rakyat boleh menyaksikan lebih banyak lagi gelagat dan perangai buruk kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berikutan apa yang disuarakan oleh Shukri itu," katanya.

Di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mengkritik celaan Nazri terhadap Shukri itu.

"Inikah sikap Jabatan Perdana Menteri kita? Apabila dibuat pengaduan, anda mengugut mereka," katanya.

Malaysiakini melaporkan, Nazri menyelar Shukri yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh pejabat Peguam Negara.

Nazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.

Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan.

Beliau mengkritik kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lalu yang menjelaskan bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," Shukri dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Masih ada rakyat merempat di sebalik pembangunan

Posted: 02 Apr 2012 05:00 PM PDT


GERIK, 2 April: Ketika arus pembangunan dikatakan menjadi tumpuan utama, masih ada di kalangan rakyat yang hidup merempat dengan penuh kedaifan dan kesusahan.

(Razman [baju puteh] mengunjungi Abd Rahim yang rumahnya merupakan satu bilik menumpang di belakang rumah orang lain)

Begitu juga ketika kerajaan mengatakan kenaikan harga gula tidak akan membebankan pengguna, ada rakyat yang hidupnya belum tentu dapat menikmati gula dalam minumannya.

Di Kampung Tawai, Gerik, Perak, Abd Rahim Hassan, 41, mendiami sebuah bilik di belakang rumah, bersama isteri dan dua orang anaknya.

Ruang bilik yang sempit menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga di belakang rumah orang tuanya yang tidak mempunyai dinding untuk keselesaan mereka.

Abd Rahim tidak mampu memiliki atau menyewa rumah dan tiada pekerjaan tetap.

Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembantu peniaga di pasar-pasar malam bagi menyara isteri dan dua orang anak  dengan pendapatan yang tidak menentu.

Malangnya, ketika hidupnya serba kekurangan, beban kemiskinan beliau menjadi semakin berat setelah terpaksa berhenti bekerja sejak tiga bulan lalu, kerana menghidapi penyakit injap jantung yang rosak.

Penyakit dialaminya menyebabkan beliau tidak mampu melakukan sebarang kerja dan sering mengalami keletihan, di samping terpaksa berulang-alik tiga kali seminggu untuk berjumpa doktor di Hospital Gerik.

(Inilah rupa rumah yang menjadi tempat Abd Rahim dan keluarganya menumpang)

Disebabkan tidak ada punca pendapatan untuk menanggung sara hidup mereka sekeluarga, isterinya Fadzlina Mat Yusof, 40, kini bekerja sebagai pencuci pejabat secara kontrak.

Gaji yang diterima sebanyak RM250 sebulan masih tidak mencukupi untuk membeli keperluan harian mereka, apatah lagi untuk anak-anak yang masih kecil.

Menurut Abd Rahim, sebelum menghidapi penyakit ini, beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak berputus asa berusaha untuk keluar dari kemiskinan hidup yang ditanggungnya selama ini.

Tetapi segala usahanya menjadi buntu kerana keuzurannya dan kini terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan dari gaji isterinya semata-mata.

Kesusahan yang ditanggung beliau mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Lenggong yang menziarahinya di rumah, dengan membawa beberapa bantuan berupa bekalan makanan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria ketika memberitahu Harakahdaily berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga ini tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, selain mempunyai ibu bapa yang sudah uzur.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.

Kepada sesiapa yang prihatin dan ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Abd Rahim di talian 012-532 8152 atau menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 0810-0062904-52-2.

Mengapa pengundi tidak tahu alamat ditukar?

Posted: 02 Apr 2012 04:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 April: "Bagaimanakah SPR boleh menukarkan tempat mengundi seseorang pemilih secara sembrono tanpa ada siasatan yang teliti terhadap borang permohonan seseorang pemilih," kata Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Sany Hamzan (gambar).

Sehubungan itu, tegasnya pihaknya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba melakukan perbuatan khianat dengan memindahkan seseorang pemilih berdaftar dari Dun atau kawasan Parlimen sedia ada ke Dun dan Parlimen yang lain tanpa pengetahuan pemilih tersebut.

Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," kata Zawawi kesal.

"Adakah ini satu cara penipuan secara halus yang cuba dilakukan oleh SPR untuk mempastikan kekalahan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang?" soal Mohd Sany.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meletakkan sepenuh kesalahan dan kelalaian ini ke pundak SPR sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas akses dan maklumat pemilih yang telah berdaftar.

Menurutnya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kemungkinan masih banyak lagi kes yang melibatkan pengundi berdaftar "dipindahkan dan dilenyapkan" tanpa pengetahuan mereka.

"Maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan kepada semua pemilih-pemilih yang telah berdaftar supaya menyemak semula status pengundian mereka dan membuat laporan polis sekiranya berlaku perubahan status tanpa disedari," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau mengingatkan Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan perlu memainkan peranan untuk membantu menyemak status pengundi di setiap Dun dan parlimen masing-masing.

Pihaknya juga, kata Sany 'menasihatkan' pihak SPR supaya lebih bertanggungjawab dan berintegriti di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka supaya tidak berlaku penipuan di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"SPR perlu menjadi pihak yang benar-benar berkecuali dan bukan menjadi 'budak suruhan' untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional," ujarnya lagi.

Tanah rizab Melayu di Kelantan kekal sejak 1930

Posted: 02 Apr 2012 04:58 PM PDT

KOTA BHARU, 2 Apr: Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka sewenang-wenangnya kepada bangsa lain.

Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris.

Sejak tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930.

"Tanah di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah bukan tanah rizab Melayu," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin.

Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Kelantan Trade Centre. Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof turut membentang kertas kerja.

Baru-baru ini akhbar milik Umno mendakwa Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada bukan Bumiputera sehingga melibatkan ribuan hektar asalnya berstatus tanah pertanian.

Malah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan mendakwa kerajaan Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada sebuah syarikat bukan Melayu di Mengkebang.

Bagaimanapun Husam menjelaskan tanah di daerah Mengkebang yang dimaksudkan pemimpin terbabit bukan tanah rizab Melayu yang digazet sejak 1930.

Sedangkan kata beliau tanah-tanah rizab Melayu di negeri-negeri lain semakin berkurangan kerana kerajaan BN tidak berminat menjaga kepentingan orang Melayu.

"Walhal menurut Enakmen Tanah Rizah Melayu secara jelas menyebut mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti di tempat lain menurut nilai harga tanah yang diambil," katanya.

Sementara itu Dr Nik Mohd Zain berkata, beberapa negeri di bawah BN tidak berminat mengganti kawasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk projek awam.

604 huffaz cipta rekod khat terpantas

Posted: 02 Apr 2012 04:57 PM PDT




(Para peserta tekun menulis khat di Kota Bharu)
KOTA BHARU, 2 April: Karnival Khat  berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book of Rekords apabila seramai 604 Huffaz telah berjaya menulis 604 muka surat al-Quran melalui tulisan khat terpantas selama sejam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, mewakili pihak berkenaan menyampaikan sijil tersebut kepada Yang Dipertua Alumni Maahad Muhammadi, Ustaz Muhammad Yunan.

Seramai 604 orang peserta yang terdiri dari pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan dan sekolah-sekolah tahfiz di Kelantan mengikuti program berkenaan yang bermula kira-kira 11.00 pagi.

(Datuk Takiyudin menulis khat sebagai gimik perasmian)

Karnival itu diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi dan Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).

Datuk Takiyuddin telah merasmikan program yang diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan itu.

Sebagai tanda majlis perasmian, beliau menulis 'bismillahirrahmanirrahim' juga teknik tulisan khat.

Takiyuddin ketika berucap merasmikan Seminar Seni Khat Kebangsaan (Seminar Haji Wan Solleh Fathi) berkata, seni khat warisan bangsa yang semakin pupus perlu digilap sentiasa agar ianya tidak hilang lenyap dek masa.

Menurutnya,  kerajaan Kelantan akan mempertahankan seni khat ini melalui latihan, seminar dan kursus kepada pelajar di sekolah masing-masing.

"Hasil tulisan khat ini akan ditempatkan di Muzium Islam, berhampiran Masjid Muhammadi,"ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga mengutamakan tulisan jawi.

Tambahnya, kerana itu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mempunyai unit tulisan jawi sendiri bagi memperbetulkan ejaan iklan yang dipohon melalui perlesenan.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohd Yusof Abu Bakar.

Seminar berkenaan diambil bersempena Haji Wan Solleh merupakan guru pertama seni khat Maahad Muhammadi (1940-1949).

Sementara itu, peserta dari Selangor Abdul Baki Abu Bakar memenangi hadiah RM3,000 setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis tulisan khat.

Tempat kedua RM2,000 disandang Mohd Fadhil juga dari Selangor, ketiga Mohd Zulfitri Mohd Sabri juga dari Selangor untuk kategori dewasa.

Manakala kategori remaja tempat pertama Mohd Yaziz Shamsuddin dari Terengganu mendapat wang tunai RM1,500, kedua, RM1,000 Mohd Nazri Mohd Rashid dari Selangor dan tempat ketiga RM500 dimenangi Mohd Afifuddin Sabri, RM500.


Tiga hadiah saguhati kategori dewasa mendapat RM400, manakala remaja RM200.

Ceramah Isu - Isu Semasa

Posted: 31 Mar 2012 04:48 PM PDT

Negara ini sudah berubah, kata Hadi kepada Kuan Yew

Posted: 31 Mar 2012 04:47 PM PDT





(Abdul Hadi menerima papan tanda penubuhan DHPP Taman Dato' Dr Tan Tiong Hong dari Mr Chan)

SELAYANG, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew bahawa masyarakat negara ini sudah berubah.

"Kalau dahulu mereka berpisah antara kaum-kaum, kini mereka sudah boleh bertemu dan bekerjasama. Buktinya pilihan raya 2008, mereka bersatu menolak BN," kata Abdul Hadi.

Beliau menceritakan perkara ini kepada masyarakat Cina Taman Daya, Kepong yang menyertai majlis hi tea bersama beliau petang tadi.

(Abdul Hadi berucap di Taman Daya, Selayang)

Lebih 300 masyarakat Cina, India dan Melayu tempatan menyertai majlis bersama beliau itu. Turut serta Tian Chua, Naib Presiden PKR.

Di majlis itu, beliau turut merasmikan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS cawangan Taman Datuk Dr Tan Tiong Hong.

Ia dibuat melalui penyerahan papan tanda dewan itu oleh Mr Chan, Pengerusinya.

Mr Chan mempunyai hubungan yang sentimental dengan Abdul Hadi sejak tahun 2004 lagi.
Ketika itu, kawasan perumahan beliau di Kepong Hulu (yang terletak bersebelahan Taman Daya) sentiasa sahaja berlaku banjir kilat akibat dari peparitan dan sungai tidak baik.

(Mr Chan berkata sesuatu kepada Abdul Hadi dengan diperhatikan bekas YDP PAS Selayang Haji Mohamad [kiri sekali] dan Zaidi, YDP PAS Selayang sekarang)


Abdul Hadi selaku ahli Parlimen telah membangkitkan perkara itu dan menyebabkan ia telah dibaiki.

Sejak itu, banjir kilat jarang berlaku di kawasan perumahan yang didiami Mr Chan.

Hari ini, Mr Chan adalah pihak yang paling gembira kerana hajat beliau untuk membawa Abdul Hadi ke kawasannya berhasil.

Dalam pertemuan hari ini, Abdul Hadi memberitahu, tiga bulan lalu beliau menemui Lee Kuan Yew di Singapura.


Ia sebagai kunjungan balas beliau ke atas kunjungan Lee terhadap beliau dan pemimpin PAS yang lain sebelum ini.
Abdul Hadi juga memberitahu hadirin, kekayaan negara ini adalah milik semua rakyatnya.

(Hasil lukisan kanak-kanak Taman Daya)

"Islam mengajar kami kena hidup bersatu padu. Kita mesti campur dengan semua orang kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.

"Ada bangsa yang tanam sayur, ada yang memotong getah, ada yang tanam padi dan ada yang berniaga dan ada juga yang jadi nelayan...kita semua perlu berkerjasama antara satu sama lain untuk keperluan kita bersama," kata beliau.

Beliau juga menolak hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh membuat pembangunan.

"Masalah yang kita hadapi sekarang adalah bagaimana mahu membuat pembangunan tanpa menipu rakyat.

"Kita sudah bagi peluang lebih 50 tahun kepada BN, banyak orang yang susah kerana pemerintahan mereka yang penuh tipu," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua yang hadir mengajak rakan-rakan mereka yang tidak hadir untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum ini.

Tian Chua dalam ucapannya juga membawa tema yang sama iaitu tipu.

Bagi beliau, BN terus kekal memerintah negara ini dengan cara tipu.

"Kali ini, ada lebih 390 buah rumah di negara ini yang mempunyai pengundi 100 orang lebih pada rumah berkenaan.


(Antara orang ramai yang memenuhi padang awam Taman Daya bagi mendengar ucapan pemimpin Pakatan)

"Nampaknya negara kita begitu miskin...sebuah rumah, lebih 100 orang rakyat tinggal di atasnya...lembu pun sudah tinggal di banglo," sindir beliau disambut tepukan gemuruh hadirin.

Tian Chua, anggota Parlimen Batu berkata demikian ketika memberitahu betapa BN cuba menipu dengan mendaftarkan lebih 100 orang di atas satu alamat yang sama.

"Sekarang Parlimen sedang bersidang. Atas meja kami ada satu rang undang-undang untuk memohon perbelanjaan tambahan.

"Bayangkan, kerajaan sudah terlebih belanja RM10 bilion dari bajet mereka tahun lalu," kata Tian Chua.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat bukannya gilakan kuasa sangat tetapi yang boleh menyelesaikan masalah negara sekarang adalah dengan sistem politik yang bebas dan telus.

Selain mendengar ucapan, orang ramai yang datang juga memeriksa tahap kesihatan mereka di samping menyemak nama mereka dalam daftar pemilih.

Pertandingan melukis dan mewarna di kalangan kanak-kanak juga diadakan.

Nik Aziz: Dari 'anak pondok' jadi menteri besar

Posted: 31 Mar 2012 04:46 PM PDT


KOTA BHARU, 31 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan  'menggunakan fikiran' ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.
"Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan 'fikiran'. Haatuu…. burhaanakum, bukannya 'haatuu….ISA'.  Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)

"Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok,  suatu masa dahulu.

"Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

"Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti  bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

"Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya.  Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

"Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang 'anak pondok' kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi.

Ramuan khas Cikgu Pa buat Najib banteras rasuah

Posted: 31 Mar 2012 04:46 PM PDT


KUALA TERENGGANU, 31 Mac: Terlupanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan ramuan paling utama dalam resipi membanteras rasuah negara merupakan sebab utama aktiviti rasuah di bawah pentadbirannya semakin meningkat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).

"Sebenarnya, tidaklah sukar sangat untuk membanteras rasuah. Ia mestilah dilakukan daripada atas ke bawah (topdown) dan bukannya bawah ke atas (bottom up). Atas ke bawah, bermaksud ia harus bermula daripada perdana menteri," kata Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan 'Cikgu Pa' kepada Harakahdaily hari ini.

Selain itu, pemimpin veteran PAS Terengganu itu berkata Najib juga memerlukan keberanian moral untuk bertindak untuk melepaskan kekuatan kuasa politiknya untuk membendung amalan rasuah dalam pentadbiran beliau.

"Dengan itu, segala rintangan yang berada di depan beliau akan runtuh. Beliau mungkin hanya memerlukan setahun saja untuk membersihkan rasuah di peringkat tertinggi," kata Cikgu Pa.

Berbicara mengenai cadangan supaya para menteri membuat deklarasi aset kepada perdana menteri sahaja, Cikgu Pa berpendapat cadangan tersebut tidak efektif kerana "apa ketakutan yang ada pada para menteri kerana masak bahawa orang yang mereka perlu membuat deklarasi aset sama-sama terlibat dengan aktiviti rasuah seperti mereka juga."

"Tiada jumlah deklarasi aset yang mencukupi untuk menghindarkan seseorang daripada melakukan dan makan rasuah. Perkara ini telah dilaksanakan sejak zaman Tun Abdul Razak. Untuk saya, benda ini hanyalah menyedapkan mata dan tidak efektif. Duit rasuah boleh diletakkan di bawah nama orang lain yang dipercayai," tambah Cikgu Pa.

Cikgu Pa, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak selaku sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977 dan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977 berkata pada pengamatan beliau, pentadbiran tiga perdana menteri Malaysia terawal, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn adalah lebih bersih berbanding dengan pengganti mereka.

Penyelesaian

Cikgu Pa berkata hanya cara spiritual sahaja boleh memerangi gejala rasuah.

"Menyemai ke dalam rakyat, nilai  kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat. Akauntabiliti bukan sahaja di dunia ini tetapi akan dibawa ke dunia lain," kata Cikgu Pa, sambil menambah bahawa integriti tidak akan lengkap tanpa elemen 'Takut kepada Tuhan."

"Ini juga adalah asas kepada sistem spiritual dan nilai Islam," tambah beliau.

Di bawah Najib, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus jatuh dari tangga 56 pada tahun 2010 ke tangga 60 pada 2011.

Menurut Transparency International Malaysia (TI-M), Malaysia hanya sekadar mencatatkan markah/skor hanya 4.3, rekod nilai terendah berbanding 5.32 pada 1996 dan sekaligus mencatatkan kejatuhan kali ketiga berturut-turut semenjak 2009.

Gempur hantar memo esok tuntut sambung pinjaman

Posted: 31 Mar 2012 04:45 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu di Mesir, esok.


"Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka," kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan  yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil, bebas dan telus serta menuntut Auku 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa dan menamatkan autonomi universiti dimansuhkan," tambah kenyataan itu.

Justeru, Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa.

Bagi Gempur, adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan himpunan Bersih.

Menurut Gempur lagi, kerajaan negeri sepatutnya menilai baik dan buruk keputusan menghentikan pinjman itu ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.

Sasterawan Negara ajak rakyat Johor tolak BN

Posted: 31 Mar 2012 04:45 PM PDT


JOHOR BAHARU, 31 Mac: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Johor mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya mengajak semua orang kampung, dan golongan yang teraniaya supaya bangkit mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat)," ujarnya.

A Samad berkata demikian dalam ucapannya di Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor dekat sini.

Program yang dianjurkan PAS Johor berjaya menghimpunkan ramai rakyat Johor, khususnya orang-orang Melayu, mengadu nasib bahawa mereka dianiaya oleh kerajaan Umno BN Johor.

Tegas A Samad, selaku golongan Sasterawan, beliau berkarya dengan puisi dan sajak, untuk mengajak rakyat Johor, supaya bangkit menolak kedangkalan Umno-BN.

Antara pengadu yang hadir adalah golongan nelayan di Penggerang, Kota Tinggi yang mengadu tanah rakyat akan diambil untuk projek Petronas Rapid.

Rakyat bangkit membantah kerana perkampungan nelayan merupakan perkampungan tradisi yang hendak diambil atas alasan pembangunan.

"Tanah kami hendak dirampas, semua hendak dipindahkan, masjid hendak dipindah, rumah, tanah, malah kubur pun hendak dipindahkan.

"Yang hidup teraniaya, yang sudah mati pun menjadi mangsa," ujar wakil nelayan Penggerang.

Hadir sama di majlis dialog tersebut ialah AJK. PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan panel peguam.

Banyak rasuah tidak didakwa jika BN terus berkuasa

Posted: 31 Mar 2012 04:44 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Lebih banyak kes rasuah tidak akan didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Hampir semua orang tahu (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang boleh kita harapkan dari kerajaan yang dipimpin parti yang dipanggil parti perasuah oleh Dr Mahathir dalam soal pendakwaan kes rasuah?" katanya.

Menurut Salahuddin, walaupun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti dipertanggungjawabkan kerana tidak melaksanakan pendakwaan ke atas kes rasuah yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi beliau tidak fikir Abdul Gani berani berbuat demikian tanpa persetujuan pemimpin atasannya.

"Seperti yang digambarkan dengan begitu terus-terang oleh bekas Ketua Hakim Negara (Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah) baru-baru ini, badan perundangan negara ini sangat takut kepada kuasa eksekutif.

"Sebab itulah, sukar dipercayai Abdul Gani berani bertindak sendirian tanpa dipersetujui oleh para pemimpin kerajaan Umno," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagi Salahuddin, pendakwaan selektif atau berpilih bukanlah perkara baru kerana bantahan dan protes rakyat terhadap perkara itu kedengaran begitu lantang sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sebab itulah, katanya, rakyat tidak terperanjat apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Beliau yakin, tidak ada penyelesaian lain kepada masalah itu melainkan dengan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang.

"Apa yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bukan untuk dianalisa dan dikupas. Tidak ada masa lagi untuk itu.

"Ia hanya memerlukan satu jawapan sahaja, pastikan Umno dan BN tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang," tegas beliau.

Menurut Salahuddin, Umno adalah "ibu segala masalah", dari kes rasuah hinggalah kepada pembantaian wang rakyat "tidak kiralah RM250 juta atau RM589 juta seperti yang difaraidkan oleh Umno kepada kroni-kroninya".

Mohd Shukri mendedahkan, pejabat Peguam Negara sering mendakwa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti .

Sementara itu itu,  Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar Peguam  Negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut  Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta  bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa  ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar  Peguam Negara. Peguam Negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk,  terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari Peguam Negara yang jujur yang akan bekerjasama  dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah,  kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi  bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi  yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani  untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat  dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat.  Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke  depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau  diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini,"  katanya.

Selain Mohd Shukri dan Rafizi, dua ahli panel lain wacana tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dan penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.

Ramalan muram Mahathir musnah keyakinan Najib?

Posted: 31 Mar 2012 04:44 PM PDT


Menjelang Pilihan raya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihan raya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.


Populariti Najib yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69 peratus berikutan peranan baru beliau sebagai "Santa Claus" dengan pemberian tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau "I help you, you help me". Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklum balas rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan kepada Barisan Nasional semenjak pilihan raya 2008.

Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihan raya Umum Ke-13 pada bulan Jun.

Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di mana momentum untuk pilihan raya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba kelihatan goyah.

Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?

Kelmarin, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir telah menyatakan bahawa "Tiada kemenangan yang mudah", dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihan raya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online:

"Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan".

Sehari sebelum itu, Umno telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni Umno tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui "Sudah berdekad, Umno "tidak membenarkan" golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti".

Kini Mahathir memberi sokongan kepada Umno bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, mencalonkan "calon yang bermutu", sama ada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Dengan keyakinan awal Umno untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka, mood pilihan raya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulang tahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan tarikh pilihan raya pada masa yang lebih lewat.

Lim Kit Siang ialah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

PM penakut umum awal tarikh pilihan raya

Posted: 31 Mar 2012 04:43 PM PDT


KOTA BHARU, 31 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) 'penakut' lantaran tidak berani mengisytiharkan lebih awal tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa sehingga kini tidak ada seorang pun daripada mantan PM itu yang memberitahu tarikh pilihan raya di Malaysia lebih awal.

Katanya, bukan Najib sahaja, bahkan semua PM Malaysia penakut untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya lebih awal walau pun sampai 'bab pilihan raya'.

"Maknanya, semua PM BN penakut belaka, sebab itu tidak berani memberitahu awal," ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi (MM) dan Pelancaran Buku Khas Biodata 100 Tokoh Guru MM di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini, petang semalam. (Gambar atas)

Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi.

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta tokoh guru dan mantan guru yang sejarahnya dimuatkan dalam buku khas itu.

Mandat BN menerajui Kerajaan Pusat berakhir pada April 2013.


Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang lalu, Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Najib mendakwa beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam waktu terdekat.

Selepas Pilihanraya Umum kedua belas (PRU-12) pada Mac 2008, terdapat spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya berakhir 2013.

Apakah benar kajian mendakwa bahawa keadaan menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India menyebabkan beliau lambat mengumumkan tarikh PRU13?

Najib tidak didera selepas BN kecundang di Putrajaya

Posted: 31 Mar 2012 04:43 PM PDT

KOTA BHARU, 31 Mac: Datuk Seri Najib Razak usah risau Pakatan Rakyat tidak akan mendera atau membalas dendam terhadapnya sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Kita tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan-rakan sekarang.

"Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad biar pun menyebabkan saya dipenjarakan, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya kita akan tanya Najib dengan berhemah dan bersopan tidak kasar biar pun sekarang mereka melakukan pelbagai perbuatan agresif dan kebudakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Kata beliau semasa berceramah di Johor keretanya dilontar dan ditendang kumpulan yang disyaki diupah Umno, begitu juga ketika Nurul Izah berceramah di tempat lain hampir terkena  tumbukan  samseng.

"Malah ketika saya datang ke sini tadi ada kumpulan budak-budak samseng diupah melontar batu terhadap kereta saya. Di Kelantan pun mereka berani buat begitu. Ini kerja-kerja orang bodoh yang tidak tahu duit mereka dirompak pemimpin Umno.

"Kamu ingat saya takut ke..  Ingat biar pun saya dipenjara sekali pun saya tetap lawan. Lawan tetap lawan," katanya memulakan ucapan membakar emosi puluhan ribu rakyat Kelantan yang berhimpun di Padang Perdana malam tadi.

Ribuan anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang menyahut cabaran sehingga ada yang menyebut kita akan lanyak mereka.

Difahamkan rombongan Anwar ketika melalui simpang tiga menghala ke Jalan Mahmood didatangi kumpulan pemuda samseng yang dipercayai diupah melontar batu terhdap kenderaannya.

Sebelum itu beliau berceramah di Pengkalan Kubur dan pada sebelah siang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Paloh, Gua Musang dan Guchil Kuala Krai.

Program ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Kemudian diikuti kuliah Maghrib oleh Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Selepas solat Isya' diadakan solat hajat.

Doa solat hajat yang dibaca Ustaz Mohamad begitu syahdu sehingga ramai yang sebak di dada. Malah orang ramai yang hadir ke pesta buku di Dewan Jubli Perak yang terletak bersebelah turut menadah tangan berdoa.  Ruang padang tempat ceramah begitu padat sehingga melimpah ke jalan raya.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan  Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS berkata, Kelantan menjadi pangkalan kepada kebangkitan rakyat di negara ini bagi menjejaki usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya rakyat Kelantan membuktikan sejak 1959 mereka sudah berani memilih parti yang berlambang bulan bintang  dan menolak parti kapal layar (Perikatan) hanya selepas dua tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Imam 'baling kasut' Islamkan 2 banduan dalam penjara

Posted: 28 Mar 2012 06:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Ibu bapa bisu tapi anak cemerlang

Posted: 28 Mar 2012 06:57 PM PDT


KOTA BHARU, 29 Mac: Nur Baiti Mohd Farid, 18, bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian tertinggi SPM tahun lalu dengan keputusan 9A, sebaliknya telah berjaya memecah rekod baru sekolah tempatnya belajar.


Sekolah Menengan Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, Pengkalan Chepa juga turut menempa sejarah baru apabila buat julung kalinya mencapat keputusan 100 peratus SPM.

(Gambar: Nur Baiti menerima sumbangan daripada Wan Ubaidah sambil disaksikan ibu bapanya.)

Namun latar belakang Nur Baiti yang begitu menarik, beliau bukan sahaja dari keluarga yang sederhana, ayahnya kerja buruh biasa, sebaliknya kedua ibu bapanya cacat pendengaran (bisu).

Kerana keistimewaan Nur Baiti ini, menarik minat anggota exco kerajaan negeri Wan Ubaidah Omar untuk menziarahi keluarga istimewa ini, semalam.

Turut menziarahi Baiti dan keluarganya, Mudir MTM, Ustaz Tajuddin Mamat, tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan, Nisa' Pengkalan Chepa serta lain-lain pimpinan.

Dengan menggunakan bahasa isyarat, ibu Baiti, Suria Abdul Rahman, 41, memberitahu beliau sering mendoakan semua anak-anaknya termasuk Baiti agar cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai Baiti begitu membanggakannya dan suami, Mohd Farid Abdul Rahman, 55.

Ubaidah ketika ditemui melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai Baiti.

"Dengan latarbelakang keluarga yang sederhana, mak dan ayah tidak mampu mendengar dan bercakap, ianya cukup mengujakan.

"Kita berharap ianya menjadi contoh pada pelajar lain terutama dari keluarga yang senang, mempunyai keluarga yang baik atau seumpamanya," ujarnya

Mohon lesen dahulu untuk miliki senjata api

Posted: 28 Mar 2012 06:57 PM PDT


KOTA BHARU, 29 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihati masyarakat di negara ini supaya memohon lesen terlebih dahulu untuk memiliki senjata api.

Katanya, memiliki senjata api tanpa lesen salah di sisi undang-undang negara, memandangkan alat berkenaan sama ada senapang atau pistol begitu bahaya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas acara latihan menembak anjuran Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) di Lapang Sasar, Padang Tembak, petang semalam. (Gambar)

Turut melakukan aktiviti itu timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Mat Nawi.

Menurutnya, orang Melayu di zaman dahulu menggunakan lembing, keris, kini telah bertukar kepada menembak kerana arus peredaran masa.

Tuan Guru seterusnya berkata,  zaman Rasullullah s.a.w. dahulu aktivitinya memanah, bagaimanapun bersesuaian dengan zaman moden ini.

"Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya khususnya anak lelaki, berenang, memanah dan menunggang kuda, jadi tidak salah aktiviti ini diteruskan, bagaimanapun jangan menggunakan pada jalan yang salah," ujarnya.

Beliau memberitahu meminati menembak sejak zaman muda, terutama senapang.

"Dengan adanya senapang kita bukan hanya dapat melepaskan minat kita sahaja, sebaliknya dapat membantu masyarakat menembak tupai," ujarnya.

Pakatan tetap tolak pelaksanaan GST

Posted: 28 Mar 2012 06:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap berpendirian menolak cadangan kerajaan untuk melaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak munasabah GST dilaksanakan dalam pada kadar pendapatan rakyat tidak meningkat.

"Alasan kita ialah orang yang tidak membayar cukai itu umumnya bawah kategori yang miskin. Apa yang dicadangkan BN ialah memperluas jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin.

"Selagi kadar pendapatan mereka tidak meningkat, tidak munasabah untuk melaksanakan sistem ini," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Justeru kata Ketua Pembangkang itu, bagi memastikan GST tidak dilaksanakan, rakyat mesti menolak BN pada Pilihan raya Umum ke-13.

"Maka Pakatan Rakyat tegas dengan pendirian kita menolak cadangan BN untuk melaksanakan GST dan caranya dengan tumbangkan BN," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, GST akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif.

Katanya, pelaksanaan GST akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu.

Firasat Tun Daim buat Umno kecut perut

Posted: 28 Mar 2012 06:56 PM PDT

RANTAU PANJANG, 28 Mac: Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat  parti itu semakin hilang pengaruh biar pun media tajaan mereka memberi gambaran sebaliknya.

Ini dapat dibuktikan apabila Umno terpaksa menggunakan pentas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengerah orang ramai hadir.

Di Kota Bharu ceramah Ketua Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh terpaksa diadakan jamuan bagi menarik orang ramai datang. Malah pada poster ceramah turut dipaparkan gambar Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terbaru di Kampung Paya Senang malam Isnin lalu disediakan jamuan nasi. Bagaimanapun kehadiran penduduk boleh dibilang dengan jari.

Timbalan Exco kerajaan negeri, Mohamad Awang (gambar) berkata, pemimpin Umno perlu mengakui hakikat yang berlaku sekarang kerana masa kehebatan mereka semakin berlalu.

"Malah kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang membayangkan Umno dan BN hanya mampu mempertahankan Pahang, Johor dan Melaka sahaja pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 amat mencabar sekali.

"Kenyataan bekas bendahari Umno itu sangat jelas dan boleh diterima oleh sesiapa sahaja. Keterbatasan keupayaan Umno kelihatan makin jelas sekarang. Ini membuat mereka semakin kecut perut.

"Kejatuhan empat negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan Kelantan pada PRU-12 merupakan permulaan episod yang menakutkan kerajaan BN," katanya yang juga Adun Gual Periuk di sini.

Menurutnya, bayangan dibuat Tun Daim tidak mampu ditolak begitu sahaja kerana beliau mengetahui selok-belok yang berlaku dalam Umno dan BN sejak dahulu sehingga sekarang.

Baru-baru ini ketika interview dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Daim dilaporkan memberitahu usaha Umno-BN mempertahankan Perak menjadi satu cabaran. Begitu juga mahu mengekalkan Terengganu dan Sabah Umno perlu bersatu.

Malah menurutnya BN hanya berupaya mengekalkan tiga negeri sahaja iaitu Johor, Pahang dan Melaka.

Proses bicara pengundi pos di Ketereh tercemar?

Posted: 28 Mar 2012 06:56 PM PDT

KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam semalam mencetus tidak puas hati pembantah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan borang A yang difotostep (salinan).

Pada perbicaraan hari pertama (kelmarin) pembantah mengesan tandatangan pemohon pengundi pos tidak sama dengan borang yang ada pada SPR.

Keadaan itu menyebabkan pengadil yang terdiri daripada Pengarah SPR Kelantan, Mohamad Mahmood dan dua lagi pegawai kanan SPR menerima bantahan dibuat.

"Bagaimanapun disebabkan tandatangan borang A yang ada pada pemohon tidak sama dengan borang dimiliki SPR menyebabkan taktik baru pula dikesan dengan menampilkan borang A yang difotostep semalam.

"Saya hairan bagaimana pengadil boleh menerima pakai borang yang hanya difotostep. Kemungkinannya taktik itu dibuat bagi mengelak pembantah dapat mengesan tandatangan yang berbeza.

"Malah semalam juga perbicaraan empat isteri anggota tentera yang tidak membawa borang asal ditunda seketika, tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba SPR memberitahu bantahan ditolak," kata Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood (gambar).

Menurutnya ditemui juga ada anggota tentera yang dikesan sudah bersara turut disenarai sebagai pengundi pos di Dun Kok Lanas.

Kata beliau 10 bekas tentera tersebut selepas disemak di kem tempat bertugas didapati sudah menamatkan perkhidmatan, namun muncul pula sebagai pengundi pos baru.

Pada perbicaraan semalam juga 10 isteri anggota tentera hanya memiliki borang A yang difotostep. Ekoran itu menyebabkan perbicaraan kes berkenaan ditunda.

Turut ditemui pembantah ada isteri anggota tentera yang bertugas di negeri lain termasuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga disenarai sebagai pengundi pos di Kem Desa Pahlawan.

Ada juga kes ditemui anggota tentera yang mengaku berpindah ke negeri lain disenarai sebagai pengundi pos baru.

Malah lebih meragukan apabila ditemui seorang pengundi bernama Rosli Abdul Rashid didapati mempunyai tempat mengundi di dua lokasi berlainan iaitu di Kem Desa Pahlawan dan Pangkal Kalong.

Nik Mahadi berkata, pada perbicaraan tiga hari itu ditemui 17 bekas anggota tentera yang sudah bersara disenarai sebagai pengundi pos baru.

"Saya amat berharap SPR menyelidik terlebih dahulu permohonan pengundi pos kerana sudah terbukti ada tentera yang sudah bersara disenarai semula sebagai pengundi pos.

"Begitu juga pengundi pos di kalangan isteri anggota tentera hendaklah dibuat secara telus kerana banyak kes mereka tidak pernah memohon mengundi pos.

"Persoalannya siapa yang memohon bagi pihaknya kalau bukan sindiket yang ada kaitan dengan parti pemerintah," katanya.

Bas TUDM

Isteri anggota tentera yang hadir pada perbicaraan hari ini dilihat datang dengan bas milik Tentera Udara Malaysia yang berpangkalan di Gong Kedak, Jertih.

Malah ramai suami (anggota tentera) mengasuh anak kecil ketika isteri memasuki bilik perbicaraan.

Difahamkan ada pihak yang membiayai kedatangan mereka biar pun tidak kelihatan wakil Umno berada di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Perbicaraan senarai pengundi pos bagi suku keempat itu membabitkan seramai 129 pemilih termasuk tiga pengundi awam.

Anak nafi SMS tawar bagi duit kepada pelajar

Posted: 27 Mar 2012 05:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menafikan khidmat pesanan ringkas SMS yang sedang tersebar kononnya mereka menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ianya sengaja dibuat oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangan Anak yang semakin lantang sejak akhir-akhir ini.

"Saya yakin sebaran SMS palsu ini dibuat dengan maksud mensabotaj dan menjatuhkan nama baik saya," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

SMS palsu itu antara lain berbunyi "ANAK, sebuah NGO prihatin berhasrat membantu pelajar cemerlang dlm bentuk wang ringgit. Boleh hubungi saya MAZLAN ALIMAN di 0137130103 atau 0137430757".

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mengabaikan dan tidak tertipu dengan kandungan SMS palsu yang disebarkan tersebut.

Solat Hajat Dan Ceramah Perdana

Posted: 27 Mar 2012 05:03 PM PDT

Orang Asli nafi Kelantan rampas tanah

Posted: 27 Mar 2012 05:02 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.

Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.

Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.

"Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.

"Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang," katanya pada sidang media di lobi parlimen (gambar).

Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh).

Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan.

Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau.

Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan.

Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai.

Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka.

"Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada," katanya.

Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan.

Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu.

Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka.

"Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri.

"Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia," katanya.

Pengikut