Jumaat, 16 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 16 Sep 2011 03:41 PM PDT


PETALING JAYA, 15 Sept – Pakatan Rakyat menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ,elepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk diambil alih oleh orang lain yang lebih layak, sebelum ekonomi negara merudum jatuh.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat dalam kenyataannya hari ini memengemukan syor itu kerana menyedari Najib, sejak memegang jawatan tersebut, telah gagal melaksanakan agenda "reformasi" beliau untuk menarik keluar Malaysia dari perangkap berpendapatan terbantut melalui Model Ekonomi Baru.

Kenyataan Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan itu dibuat secara bersama oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa.

Jawatankuasa Bajet Alternatif memberi gambaran analogi korporat, iaitu seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tidak akan memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan.

"Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan adalah sesuatu yang janggal, dan tidak diamalkan di mana-mana negara pun di dunia ini.

"Malah, menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang cekap dan baik," kata kenyataan itu.

Justeru, Pakatan Rakyat menyarankan supaya Najib menerima nasihat yang beliau sendiri berikan kepada Tun Abdullah Badawi pada 17 September 2008 supaya Perdana Menteri menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya (Najib).

"Sekarang, Najib kerap kali berdolak-dalik dalam membuat keputusan yang akhirnya mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit," kata kenyataan bersama itu yang memberi contoh kegagalan dasar penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak serta cukai perhidmatan 6 peratus untuk telefon prabayar.

Tambah kenyataan itu, ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan akan setia memberi jaminan menghormati dan mengangkat martabat kesemua negeri di dalam Persekutuan Malaysia jika memegang tampuk kuasa persekutuan pada pilihan raya akan datang.

"Sebagai salah satu contoh, Pakatan akan menjamin royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat," kata kenyataan itu.

Selain itu, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan juga menempelak langkah kerajaan Barisan Nasional yang terlalu lambat untuk mengiktiraf 16 Septembr sebagai Hari Malaysia, iaitu selepas 46 tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Itu pun setelah desakan dibuat oleh majoriti rakyat Malaysia, dan bukan inisiatif kerajaan BN.

"Jelas sekali ini adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah PRU 2008," kata kenyataan itu, mencerminkan kuasa rakyat yang mahu kerajaan bertindak adil mengikut keperluan rakyat. – Roketkini.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Sep 2011 03:28 PM PDT

Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua 'ISA'

Posted: 16 Sep 2011 05:23 AM PDT

Oleh Clara Chooi

GEORGE TOWN — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

"Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

"Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru," kata beliau pada sidang media hari ini.

Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA.

"Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan," kata beliau.

Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini.

"Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib," kata Lim lagi.

Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat.

"Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain," katanya lagi.

Suhakam: Najib perlu bentuk panel khas Parlimen jamin hak asasi

Posted: 16 Sep 2011 05:22 AM PDT

TERKINI

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Suhakam menggesa pentadbiran Najib menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai hak asasi manusia bagi memperkukuhkan proses demokrasi berparlimen selari dengan beberapa inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan semalam.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam mengharapkan komitmen berterusan Putrajaya dan tanpa henti ke arah perlindungan dan promosi hak asasi rakyat, yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

Sehubungan itu kata Hasmy, suruhanjaya berpuas hati dengan langkah terkini yang diambil oleh kerajaan dan ingin memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas keputusan yang penuh sejarah dan berani untuk melupuskan Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang terhad yang lain yang telah lama dituntut dan dinanti-nantikan rakyat, dan telah digesa secara berterusan pihaknya sejak lebih 10 tahun lalu.

"Pengumuman yang amat dialu-alukan ini tiba tepat pada masanya untuk semua rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia dan merupakan langkah positif ke arah peningkatan keseluruhan keadaan hak asasi manusia di negara ini.

"Ia merupakan semangat pendekatan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri sendiri dan selaras dengan ikrar untuk mengkaji semula secara komprehensif ISA apabila beliau memegang jawatan pada 2009," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Hasmy berkata Suhakam berharap pengumuman semalam akan dapat dilaksanakan secepat mungkin, dan dengan itu mengarak ke satu era baru untuk Malaysia dalam ia melangkah ke arah menjadi sebuah negara maju pada 2020 dan meletakkan ia di kalangan barisan negara-negara yang menghormati, melindungi dan mempromosi segala aspek hak asasi manusia secara bersungguh-sungguh dan konsisten.

"Selaras dengan hala tuju baru bagi negara ini, berdasarkan pengiktirafan realiti masa dan keperluan, aspirasi dan kebijaksanaan rakyat, Suhakam amatlah berharap agar Kerajaan akan mengadakan usaha baru yang lebih fokus ke arah penyertaan kepada instrumen-instrumen teras hak asasi manusia, yang mana Malaysia telah hanya ratifikasi tiga, dengan reservasi," kata beliau.

Katanya, dalam menggubal mana-mana undang-undang baru dan perlu yang berkaitan dengan keselamatan negara, Suhakam juga mahu kerajaan agar memastikan undang-undang ini bukan sahaja mematuhi Perlembagaan Persekutuan tetapi juga prinsip-prinsip dan norma-norma hak asasi manusia antarabangsa, khususnya sebagaimana yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, yang Malaysia berkewajipan untuk menegakkannya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim

Posted: 16 Sep 2011 05:20 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPURt — Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kelmarin mencabar tindakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim itu dengan mendakwa parti tersebut tidak dipimpin dengan telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan.

Abd Latif dimaklumkan mengenai pemecatan daripada jawatannya kelmarin manakala Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif pula dikenakan tindakan digantung keahlian.


Zaid Ibrahim

Sehubungan itu, kata Abd Latif, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya termasuk mendengar tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan sedangkan parti mendakwa memperjuangkan kesederhanaan, demokratik dan liberal.

Dalam surat terbuka yang dihantar kepada Zaid hari ini, Abd Latif berkata, "sejak kebelakangan ini, tindakan-tindakan parti tidak lagi telus dan telah beralih daripada objektif asas kewujudan, misalnya mempromosi dan menggalakkan isu-isu menyentuh kepentingan dan akan memastikan kepentingan orang ramai."

"Malah lebih penting, tindakan-tindakan dalam parti sendiri bertentangan dengan prinsip saya dan apa yang saya sentiasa perjuangkan," kata Abd Latif dalam surat itu yang salinannya dipanjangkan kepada media.

Malah dalam surat itu beliau mendakwa, pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk membawa perubahan dalam Kita tidak diterima dengan baik dan berhadapan dengan kecaman teruk daripada Zaid.

"Sesuatu yang mengejutkan apabila usaha saya mempromosikan anda (Zaid) di Melaka dan kerja saya secara sukarela selama sembilan bulan lalu bagi membangunkan parti Kita di peringkat pusat dan niat ikhlas saya dalam mempromosikan perubahan demi kepentingan parti, saya dilayan dengan e-mel khidmat saya ditamatkan (sebagai setiausaha pusat)," kata beliau yang turut mengedarkan salinan kandungan e-mel diterima daripada Zaid kelmarin.

E-mel itu antara lain menyebut, "oleh kerana saudara telah nampak jelas tidak dapat mengikuti arahan saya sebagai ketua parti dalam beberapa hal penting termasuk (tidak) memberitahu saya 'password' laman web parti, maka saya tidak ada jalan lain untuk menggugurkan saudara daripada jawatan setiausaha berkuat kuasa serta-merta. Sila serahkan kunci pejabat dan fail-fail tertentu kepada setiausaha kerja Masrum."

Dalam suratnya kepada Zaid, Abd Latif berkata, "pokoknya penamatan saya adalah ekoran kata laluan laman web sebagaimana dinyatakan dalam e-mel; e-mel anda menyebut bahawa tindakan menamatkan saya adalah disebabkan kegagalan mematuhi arahan anda dalam beberapa perkara, termasuk tidak memaklumkan ketua parti kata laluan kepada laman web parti."

Abd Latif berkata, isu laman web adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik dalam parti.

"Saya telah menerima e-mel daripada anda sehari sebelum penamatan khidmat saya, meminta agar menyerahkan kata laluan laman web dan butiran lain kepada anak anda. Saya telah memberikan respons sewajarnya pada pagi 14 September dengan memberikan pandangan saya mengapa saya harus dibenarkan terus menyimpan kata laluan laman web," katanya.

Dalam komen kepada The Malaysian Insider semalam, Muhammad Firdaus menyifatkan Zaid mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

"Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau," kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, "parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal."

Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.

"Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.

"Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad," katanya.

Tegas Masrum, "parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiausaha pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif tamat berkuat kuasa hari ini (kelmarin) untuk menambah kelicinan pentadbiran parti."

Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal." Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.

Negara perlukan akta halang kerajan zalimi rakyat

Posted: 16 Sep 2011 05:18 AM PDT

Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan langkah Najib itu membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa.

"Najib nampaknya sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya di dalam Umno bahawa beliau boleh kembali popular di kalangan rakyat seperti sebelum ini sehingga sanggup menghapuskan 'tangkal azimat' serta 'khurafat' Umno untuk terus berkuasa iaitu ISA," katanya.

Walaupun tidak teruja dengan pengumuman Najib itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah ditahan di bwah ISA itu tetap menganggap pengumuman Najib itu sebagai kemenangan kuasa rakyat yang menuntut penghapusan ISA.

"Tahniah kepada rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana ia tetap satu kemenangan apabila Najib sudah ke peringkat menyangka penghapusan ISA adalah penawar dan ubat kepada masalah imejnya yang merosot dan merudum kini," katanya.

Namun, Mahfuz yakin rakyat tetap tidak lupa betapa bengisnya Umno mempertahankan ISA yang menjadi selama ini merupakan alat mempertahankan kuasanya.

"Rakyat yang menentang ISA bukan sahaja difitnahkan oleh para pemimpin dan media Umno malah pihak polis diperalatkan untuk mengganasi mereka yang berhimpun secara aman untuk menentang ISA seperti yang berlaku dalam perhimpunan aman menentang ISA pada 1 Ogos 2009 lalu," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, kerajaan bukan sahaja mesti membebaskan semua tahanan ISA, membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada semua yang pernah menjadi mangsa ISA, malah kerajan juga mesti memohon maaf kepada rakyat yang diganasi dan difitnahkan secara tidak bertamadun kerana menuntut penghapusan ISA termasuk mereka yang diganasi dan difitnahkan ketika berhimpun secara aman dalam himpunan 1 Ogos 2009 itu.

Bukan setakat itu sahaja, kata beliau, kerajaan juga hendaklah memastikan pemansuhan total undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri untuk menahan tanpa bicara.

"Jika menteri masih diberi kuasa untuk menahan tanpa bicara, ia terdedah kepada manipulasi, penyalahgunaan kuasa dan menjadi alat memangsakan musuh-musuh politik kerajaan yang berkuasa.

"ISA dahulu pun diakwa digubal untuk menghadapi ancaman pengganas komunis tetapi akhirnya digunakan berkali-kali ke atas pembangkang yang dilihat mengancam kuasa Umno," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan apa perlunya kuasa menahan tanpa bicara jika kerajaan berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Kemunculan pengganas dan teroris boleh dikurangkan dan tidak akan berleluasa jika kerajaan berusaha untuk memaksimumkan keadilan dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tetapi, jika perjalanan dan pengendalian pilihan raya pun tidak bersih dan tidak adil, tidak ada jaminan teroris tidak akan wujud dan tidak ada gunanya akta yang menghalalkan penahanan tanpa bicara untuk menggantikan ISA kononnya untuk menghadapi teroris," katanya.

Beliau menggesa rakyat terus berjuang menuntut penghapusan apa jua undang-undang yang menghalalkan menteri bertindak sesuka hati menahan tanpa bicara.

"Bukan akta seperti itu yang boleh menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam tetapi yang diperlukan oleh negara ini ialah undang-undang yang menghalang kerajaan menzalimi rakyat kerana yang lebih banyak menzalimi rakyat negara ini bukannya pengganas atau teroris tetapi kerajaan sendiri," tegas Mahfuz.

Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi

Posted: 16 Sep 2011 05:16 AM PDT

Saleha

Mat Indera. Cetusan Idea Haji Mohamad Sabu Presiden Pas, satu Inovasi!, itulah pada pandangan saya. Ketika ini riuh rendah Kisah Mat Sabu dan Mat Indera diperkatakan. Ini mendatangkan keterujaan saya untuk mengetahuinya. Haji Mohamad Sabu saya tahu dia seorang Timbalan Presiden Pas masa kini yang mencetuskan kisah ini, tetapi siapa Mat Indera.

Cetusan idea Haji Mat Sabu membangkitkan reaksi daripada pelbagai pihak hingga kepada professor-professor. Mat Indera diceritakan menjadi orang penting dalam peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Saya mencari dari segenap sumber untuk mengetahui siapa Mat Indera. Macam-macam versi saya temui. Tetapi apa yang menarik, saya temui ialah fakta tentang pengkisahan ini. Fakta pada tanggapan sendiri bukan fakta umum, nanti Prof. Ramlah Adam murka kerana fakta sejarah hanya sejarahwan yang berhak menyatakannya. Mana mungkin rakyat bawahan yang berpendidikan rendah memandai-mandai tentang fakta sejarah.

Saya tidak ingin mengulas atau mentafsir tentang kisah ini tetapi saya ingin mengaitkan kisah ini dengan situasi sekarang, kerana ia tidak memerlukan pengkajian yang mendalam. Saya bukanlah orang berpendidikan tinggi yang membolehkan mengkaji sejarah secara mendalam. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih sesuai kerana tidak memerlukan fakta sejarah iaitu ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir, ada mulut bercakap, ada hati nukilkan yang tersirat menjadi tersurat.

Izinkan saya menyatakan fakta yang diperolehi dan menghubungkan dengan situasi sekarang. Fakta itu ialah Mat Indera mengetuai parti buruh dan kenapa parti buruh diminati.

Saya memperolehi fakta Mat Indera mengetuai parti buruh daripada ahkbar Sinar Harian 7 September 2011 muka surat 6 iaitu kenyataan daripada Baharom adik kepada Mat Indera, "Baharom memberitahu, ketika Mat Indera mengetuai Parti Buruh di Pelabuhan Muar, abangnya seorang yang disenangi pekerja buruh yang lain". Fakta kenapa parti buruh diminati. Saya perolehi dari akhbar Mingguan Malaysia m2 Ahad 11 September 2011 muka surat 2, "Penyebaran ini mendapat tempat di kalangan kesatuan sekerja berikutan tindakan majikan yang tidak mesra pekerja". Fakta inilah yang akan dihubungkan dengan situasi sekarang ini.

Penjawat awam Malaysia adalah buruh dan majikannya adalah kerajaan Malaysia. Buruh yang dimaksudkan ini bukan pegawai atasan kerana mereka adalah pembuat dasar bagi pihak kerajaan. Kumpulan sokongan adalah buruh kerana mereka sebagai perlaksana arahan. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak adil kepada kakitangan perkhidmatan lama. Kakitangan lama yang sampai tempoh bersara rata-rata berkhidmat lebih tiga puluh tahun. Ini adalah kerana kakitangan sokongan dalam perkhidmatan lama ada yang telah dinafikan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi walaupun mempunyai ijazah dan bersara ditahap kumpulan sokongan. Ini amatlah tidak adil jika seseorang berada di tempat tersebut.

Diberikan contoh di sini. Seorang rakan yang mempunyai kelulusan ijazah tetapi pihak kerajaan Malaysia tidak pernah memberi peluang menjawat jawatan dengan kelulusan ijazah walaupun beliau berpengalaman lebih tiga puluh tahun sehinggalah bersara ditahap kumpulan sokongan dengan gred yang sama disandang sewaktu mula.

Beliau berusaha menuntut ilmu tanpa mendapat apa-apa kemudahan dari pihak kerajaan. Sejak dari ijazah asas membawa ke ijazah sarjana. Kemudian beliau diterima dan mendaftar pula untuk ijazah doktor falsafah. Memandangkan kesukaran yang akan ditempuhi apabila menjadi penuntut Phd beliau telah bersara sebelum tempoh umur persaraan yang ditandatangani iaitu 58.

Beliau bersara pada gred sokongan dengan pencen lebih kurang seribu dan graduiti lebih kurang tujuh puluh ribu untuk perkhidmatan selama 32 tahun. Wang graduitinya untuk membeli rumah kos rendah pun tak lepas. Kalau pun ada pemilik flat kos rendah seksyen 3 Petaling Jaya Lama yang ingin menjualnya harga tidak kurang 90 ribu. Dengan wang itulah dia berjimat untuk meneruskan hidup disamping membiayai pengajiannya.

Suka juga dinyatakan kakitangan yang mendapat segala kemudahan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran bukan semuanya dengan niat untuk menuntut ilmu melainkan mereka sekadar merebut peluang yang tersedia lebih-lebih lagi yang dapat pergi keluar negara disamping dapat lari seketika daripada tugasan kerja dan apabila kembali status akademik lebih tinggi. Mereka dari kumpulan ini sekiranya tidak mendapat segala keistimewaan tidak akan bersusah payah meneruskan pengajian.

Berbalik rakan yang disebutkan di atas, beliau dengan perbelanjaan sendiri bersusah payah dan di tempat kerja pula ditekan oleh pegawai yang lebih atas selalunya yang lebih muda. Di tempat kerja berhempas pulas menjalankan kerja, di masa tidak bekerja ketika itulah diisi dengan menunut ilmu. Malangnya dia bersara pada gred rendah yang disandangnya sejak mula bertugas 32 tahun lalu. Di mana keadilannya. Pencapaian apa yang kerajaan Malaysia utamakan.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas yang melahirkan inovasi dengan mencetuskan isu Mat Indera. Cetusan ideanya bukan sekadar kajian sejarah Malaysia tetapi menjangkau kelain cabang yang untuk difikirkan oleh selain orang sejarah tetapi juga terhadap keadilan kerajaan Malaysia sebagai majikan kepada buruhnya penjawat awam perkhidmatan lama.

Oleh yang demikian bukan semua rakyat Malaysia seperti Prof. Ramlah Adam, Prof. Zainal Kling dan lain-lain yang mesra kerajaan Malaysia. Mereka ini sudah tentu mesra kerajaan Malaysia dengan nama sentiasa dijulang dan kedudukan usah nak cakap. Tetapi buruh kerajaan yang disebutkan di atas adalah kategori yang tidak dapat menjadi mesra kerajaan Malaysia.

Kerajaan akui ISA zalim - GMI

Posted: 16 Sep 2011 05:13 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.

"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.

"Perdana Menteri menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, dan rakyat mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka dan dinamik demokrasinya," kata beliau pada sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai kejayaan GMI, beliau juga berkata, pengumuman itu membuktikan ISA digunakan ke atas individu yang berbeza ideologi politik dengan kerajaan.

"Beliau (Najib) memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Ini jelas mengisyaratkan penahanan aktivis 10 reformasi atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan dengan bahan-bahan letupan merupakan satu kesilapan dan penyalahgunaan kuasa ISA," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray dan isterinya yang juga aktivis GMI, Norlaila Othman dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Masih ragu-ragu

Pengumuman itu yang dibacakan Najib dalam pengumuman khas malam tadi sempena hari Malaysia itu bagaimanapun masih diragui GMI.

Antara persoalan yang timbul mengenai segala peruntukan dalam ISA khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan kuasa yang digunakan polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?

"Kelihatannya perintah mahkamah dikecualikan untuk undang-undang berkenaan," katanya.

GMI juga mahu kerajaan menyatakan dengan jelas bila ISA akan betul-betul dimansuhkan dan semua tahanan akan dibebaskan.

"Berapa lamakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Jika memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana tempoh pertama kali PM sebutkan tentang keji semula ISA sehingga sekarang, maka jangan salahkan rakyat jika menganggap pengumuman ini sebagai umpan dan sandir\wara pilihan raua ke 13 serta survival politik BN," katanya.

Selain itu tegasnya, kerajaan harus menutup Kem Kamunting serta merta selepas membebaskan tahanan di dalamnya.

"Apa akan jadi dengan Kem Kamunting? Kem ini mesti ditutup dan dijadikan warisa dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan sebagai pengajaran kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di bawah ISA," tegasnya.

Najib juga katanya harus membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen akan datang.

Perkara tersebut turut disokong Nuridah yang meminta Najib membuktikan keikhlasannya untuk memasuhkan akta zalim itu.

"Kita minta kerajaan melihat gesaan -gesaan GMI ini dan membentangkan usul pemansuhan ISA ini ke Parlimen pada sesi terdekat ini kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ISA," katanya.

Minta pampasan

Sementara itu, GMI turut menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar papmpasan setara kepada tahanan ISA setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui tahanan dan keluarga mereka.

Selain itu, GMI mahu mereka yang terlibat dalam meyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.

"Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.

Norlaila yang turut meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa pula berkata, ianya perlu kerana banyak kes penceraian berlaku akibat suami ditahan ISA.

"Saya tuntut pampasan daripada kerajaan kerana adakah kerajaan sedar ada isteri meminta cerai apabila suami ditahan ISA dan tahanan yang keluar hilang pekerjaan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baru serta masih dianggap pengganas," katanya yang aktif berjuang dalam GMI selama tujuh tahun suaminya ditahan di Kem Kamunting.

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz

Posted: 16 Sep 2011 05:12 AM PDT

Atif Idris

MACHANG: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.

"ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.

"Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.

"Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina.

Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.

Perdana Menteri malam tadi mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Najib.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman kalau rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.

"Alim ulamak adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam," tambah beliau.

Menurutnya juga Nabi Muhammad saw memerdekakan manusia daripada syaitan kepada mentaati Allah SWT seperti sering disebut dalam permulaan solat setiap hari.

Katanya, Nabi Muhammad saw ialah penganjur kemerdekaan yang sebenar di dunia, berjuang memerdekakan umat Islam daripada gangguan nafsu syaitan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap sebelum itu berkata, kedatangan Islam ke alam dunia membawa mesej dan sifat kemerdekaan bagi menyeru manusia membebaskan diri daripada belenggu jahiliah serta syirik.

"Konsep kemerdekaan komprehensif dilaksanakan di Kelantan melalui dasar 'Membangun Bersama Islam' iaitu mengemudi manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT," katanya.

Beliau juga Pengerusi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kekantan dan Sambutan Hari Malaysia.

Sambutan kali ini disertai 75 kontinjen jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan beruniform dan sekolah.

Sementara itu kontinjen terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), naib johan UITM Machang, manakala tempat ketiga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

Kerangka sama perlu ada dalam akta baru ganti ISA

Posted: 16 Sep 2011 05:06 AM PDT


MEDAN - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang akan dimansuhkan, mempunyai kerangka serupa dalam menangani isu ekstremisme dan kawalan awal dalam isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ini disebabkan banyak isu sensitif yang boleh timbul, sekali gus mencetuskan perkara tidak diingini terutama daripada segi politik, agama dan kaum.

"Saya mengharapkan kalaulah ia (ISA) dihapuskan, apa yang digantikan tidak begitu longgar untuk melepaskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita masih perlu satu rangka undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dalam isu seperti ini.

"Singapura dan Amerika Syarikat pascatragedi 11 Sept masih ada perkara (undang-undang) yang ketat. Kalau tidak ia akan merosakkan apa yang kita bangunkan selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pelaksana Tugas Gabenor Sumatera Utara H. Gatot Pujo Nugroho di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, Malaysia masih dalam proses pembentukan negara bangsa dan akta pencegahan masih diperlukan berikutan polarisasi kaum yang masih wujud.- Utusan

Tindakan terdesak seorang anak bangsawan

Posted: 16 Sep 2011 05:04 AM PDT

Ooi Heng

Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini. Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang. Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian. Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman UMNO yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Dalam buku setebal lebih 300 halaman dan 25 bab yang disifatkan oleh penulis buku sebagai "menegur Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri", bukan bertujuan "mengkritik parti", secara jelas kritikan tersebut cuba mengasingkan Najib daripada UMNO. Khususnya dalam kritikan tajam terhadap tindak-tanduk Rosmah, penulis buku menyifatkan faktor Rosmah bakal menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang seperti mana faktor Khairy Jamaluddin semasa Pilihan Raya Umum 2008. Masih ingatkah serangan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa wujud campur tangan pentadbiran oleh sekumpulan "budak Tingkat 4" pada ketika itu? Persoalan seumpama juga dibangkitkan oleh Shahbudin Husin berhubung peranan dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan seorang anak bangsawan bergelar Najib.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinannya, masalah yang disebabkan oleh isterinya."

"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa."

"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan."

"UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya."

"… isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau."
Bayangkan, komen-komen sedemikian bukan datang daripada Pemuda KEADILAN atau Pemuda PAS, tetapi Pemuda UMNO. Bayangkan juga, bagaimana Pak Lah yang juga merupakan anak seorang ulama tumbang selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi UMNO masih berdiri angkuh memainkan segala isu yang bercanggah dengan prinsip dan dasar sebuah kerajaan yang adil dan saksama.

Dengan kata lain, tidak cukup sekadar menukar pemimpin. Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup. Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin UMNO tanpa menukarkan UMNO. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.

Syabas kepada Najib kerana membuat pengumuman pemansuhan ISA dan seumpamanya. Idea perubahan termaktub dalam Buku Jingga. Kini pelaksanaan Program 100 Hari Pertama oleh Pakatan Rakyat apabila mendapat mandat rakyat nampaknya diawalkan ekoran Najib terdesak untuk berbuat demikian. Tetapi pengumuman tersebut sekadar langkah awal berkaitan perubahan besar yang dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak.

Sama ada ahli Parlimen UMNO yang lain dan juga Perkasa memberi sokongan kepada usul kerajaan ekoran keperluan proses perundangan berhubung pengumuman-pengumuman berkaitan dimulakan masih tidak menentu. Dewan Rakyat akan bersidang pada 3 Oktober 2011. Empat hari pertama akan diperuntukkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga rang undang-undang sama ada yang melibatkan pindaan atau penggubalan akta baharu.

Melihat kepada perkembangan baru-baru ini. Kerajaan Persekutuan telah memperkenan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang begitu terserlah dalam konteks gerakan BERSIH 2.0 yang juga memperlihatkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran Najib yang disifatkan sebagai represif.

Bermula pada 7 Oktober 2011, Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012. Seterusnya, sidang dewan akan menumpu kepada perbahasan belanjawan sehingga 29 November 2011. Kalau jadual sidang dewan diikuti tanpa perubahan, dua hari terakhir sidang dewan yakni 30 November 2011 dan 1 Disember 2011 barulah dewan kembali menguruskan perkara rang undang-undang.

Maka persoalannya, dalam keadaan di mana peruntukan hari untuk urusan rang undang-undang sekadar enam hari secara keseluruhan, dapatkah usul-usul berkaitan dengan pengumuman Najib diuruskan secara menyeluruh dan memuaskan? Persoalan seterusnya, apabila tumpuan dewan adalah terhadap urusan Kerajaan Persekutuan ekoran pengumuman Najib, apakah urusan pembaharuan sistem pilihan raya bakal diketepikan?

Pengumuman semalam oleh Najib melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:

1.Perlembagaan Persekutuan;
2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
4.Akta Kediaman Terhad 1933;
5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Sesungguhnya, berikutan pemansuhan ISA dan ordinan darurat, Kerajaan Persekutuan patut mengemukakan usul meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mangsa tahanan tanpa bicara, malahan patut mengemukakan usul memberi pampasan kepada semua mangsa berkaitan. Masih ingatkah Najib bahawa terdapat kes Mahkamah menolak permohonan rayuan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussein yang hilang pampasan RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya?

Tanggal 7 April 2011, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian "Akta Pemansuhan Darurat" yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah (gambar kiri) ditolak dalam kamar. Serupa dengan sejarah kemerdekaan di mana UMNO "menyambut kemerdekaan" setelah tanah jajahan melalui fasa "orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British", kini tuntutan yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah dijadikan produk imej demokrasi seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat politiknya.

Melihat kepada bilangan hari dan bilangan usul yang perlu diuruskan oleh dewan, seorang Perdana Menteri yang berazam melakukan transformasi politik secara berimpak akan memanjangkan bilangan hari persidangan dewan, bukan memanggil pilihan raya umum.

Baca: Perutusan Khas PM sempena Hari Malaysia 2011

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Azmin Ali: Terus mara memastikan perubahan terlaksana

Posted: 16 Sep 2011 05:00 AM PDT

Azmin Ali

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh UMNO-BN sejak merdeka lagi.

Tanpa kegigihan perjuangan mereka yang sentiasa memberikan tekanan kepada Najib Razak (gambar kiri), pastinya Perdana Menteri tidak akan membuat kenyataan semalam untuk menamatkan darurat dan menyarankan untuk memansuhkan ISA. Semangat perjuangan rakyat telah menjadi sebahagian dari darah daging perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan ini dengan memasukkannya ke dalam Buku Jingga.

Justeru itu apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukanlah suatu kurnia kepada rakyat sempena Hari Malaysia, sebaliknya ia adalah hasil dari perjuangan getir. Maka tahniah yang sebenar adalah untuk para pejuang kebebasan dan hak asasi baik dari parti-parti politik mahupun dari NGO. Sebagaimana kita tidak memberikan tahniah kepada British kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh tersebut kita rayakan sebagai kemuncak kejayaan perjuagan menentang penjajahan.

Namun kita mengalu-alukan langkah yang diambil Perdana Menteri yang tentunya membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik.

Oleh kerana itu sejajar dengan pengumuman Najib semalam yang berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan menamatkan perintah darurat, kita menuntut agar:

1. Segera membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.
2. Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat TahananKamunting dan Simpang Renggam.
3. Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan siksaan terhadap para tahanan.

Kita juga perihatin dengan pengumuman Najib untuk menggubal dua akta baru yang dipayungi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Akta itu menurut Perdana Menteri bakal digunakan untuk memerangi keganasan dan aliran subversif. Kita berpandangan adalah penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Najib Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen kelak. Oleh itu kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.

Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata. Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan Tahanan Tanpa Bicara.

Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat dapat membedakan antara slogan dengan hakikat dan rakyat akan meneruskan perjuangan mereka sehingga segala hak dan kebebasan mereka dikembalikan sepenuhnya termasuk hak mereka untuk berhimpun secara aman untuk menjayakan demokrasi tulen.

Rakyat tidak menerima perubahan yang bersifat tempelan. Selagi pemerintahan UMNO-BN tidak menerima perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat, rakyat akan beranggapan bahawa tuntutan mereka belum dipenuhi. Demokrasi yang berwibawa dan sistem piliharaya yang adil dan bebas adalah sebahagian dari hak asasi dan kebebasan rakyat.

Parti Keadilan Rakyat juga mahu menegaskan bahawa kita tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh Najib sebagai bermakna selagi lidah rasmi Keadilan iaitu Suara Keadilan dihalang penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian DalamNegeri.

Rakyat akan menerima sekiranya pembaharuan yang dilakukan adalah benar-benar ikhlas, berdasarkan penghayatan kepada nilai-nilai murni demokrasi dan karamah insaniah dan tidak sebagai gimik politik.

Sekiranya Najib benar-benar menerima nilai-nilai ini beliau sebagai wakil kerajaan harus membuat kenyataan terbuka bahawa kerajaan sebelum ini telah melakukan pelbagai kezaliman di bawah undang-undang kuku besi ISA dan undang-undang drakonian lainnya. Pengakuan ini harus diikuti dengan permohohan maaf kepada mereka yang dizalimi dan kepada mereka yang sudah meninggal, permohonan maaf tersebut disampaikan kepada keluarga mereka.

Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dantidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan "political persecution". Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Najib kepada Anwar Ibrahim sekarang.

Jenteru itu sementara saya mengajak mengalu-alukan kenyataan positif yang dibuat oleh Perdana Menteri saya juga menyeru rakyat terus istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebebasan.

*Kenyataan media oleh Mohamed Azmin Ali (gambar kiri) selaku Timbalan Presiden PKR.

K'jaan diseru tubuh majlis perundingan kebangsaan

Posted: 16 Sep 2011 04:59 AM PDT

presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah penting penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat berhubung dua undang-undang baru mencegah keganasan dan aktiviti subversif.

NONE"Oleh itu, kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan, antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata.

"Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan tahanan tanpa bicara," tegas Azmin.

Penggubalan dua undang-undang baru itu adalah untuk menggantikan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 yang akan dimansuhkan, sepertimana yang diumumkan oleh perdana menteri dalam perutusan Hari Malaysia malam tadi.

Selain memansuhkan kedua-dua akta tersebut, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa, melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun.

Manakala kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul menamatkan penguatkuasaan tiga proklamasi darurat yang telah diisytiharkan dulu.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, langkah tersebut membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan "tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik."

Sejajar dengan pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang berhasrat memansuhkan ISA dan menamatkan perintah darurat, pihaknya menuntut agar:

1) Segera membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.

2) Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat Tahanan Kamunting dan Simpang Renggam.

3) Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan siksaan terhadap para tahanan.

Sambil menegaskan bahawa rakyat tidak menerima perubahan yang bersifat tempelan, Azmin juga menegaskan, selagi pemerintahan Umno-BN tidak menerima perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat, rakyat akan beranggapan bahawa tuntutan mereka belum dipenuhi.

"Demokrasi yang berwibawa dan sistem piliharaya yang adil dan bebas adalah sebahagian dari hak asasi dan kebebasan rakyat," tegasnya.

IGP jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis

Posted: 16 Sep 2011 04:57 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 berhubung
kebebasan berhimpun.

Beliau berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.

"Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

najib special address malaysia day 150911Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat.

"Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga...setuju kerana sudah lapuk," katanya.

Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat.- Bernama

Felda diarah segera baiki rumah uzur peneroka

Posted: 16 Sep 2011 04:55 AM PDT

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengarahkan Unit Perumahan agensi itu menyegerakan kerja membaik pulih rumah peneroka yang sudah uzur.

Beliau berkata pada masa kini terdapat kira-kira 2,000 permohonan berkaitan pembaikan rumah daripada peneroka Felda di seluruh negara dan sedang dalam proses.

isa samad interview 150509"Dalam mesyuarat baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersetuju agar Unit Perumahan Felda mempercepatkan proses permohonan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pegawai Felda sempena lawatannya ke kompleks Felda Umas di Tawau, Sabah.

Mohd Isa berkata setakat ini Felda memperuntukan sebanyak RM650 juta untuk membaik pulih kira-kira 23,000 rumah peneroka Felda di seluruh negara meliputi Felda di kawasan Sabah.

Katanya dalam soal kebajikan, termasuk daripada aspek bantuan kemudahan pembaikan rumah, tidak wujud layanan berbeza yang diberi sama ada kepada peneroka Felda di Sabah ataupun di Semenanjung.

Terdahulu, Pengurus Besar Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB), Hamdan Ismail berkata terdapat 14 Syarikat Kumpulan Felda beroperasi di Sabah dan sembilan daripadanya beroperasi di Tawau manakala selebihnya di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Felda Kalabakan dan Umas meliputi kawasan seluas 10,419.14 hektar dengan 7,400 penduduk.
--Bernama

'Gendang tari pilihan raya telah dipalu...'

Posted: 16 Sep 2011 04:52 AM PDT

Nasrudin Hassan
ULASAN Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata-mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi, biarpun Umno dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang-undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.

Sejurus mendengar pengisytiharan Datuk Seri Najib pada malam ini, hampir mengalir air mata saya mengenang penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami oleh bekas tahanan ISA sebelum ini. Alangkah jika ISA dimansuhkan sejak komunis menyerah diri dan membubarkan parti serta perjuangan mereka tempoh silam. Pastinya mereka tidak perlu menderita dan sengsara hanya kerana dendam politik sang pemerintah.

Datuk Seri Najib mesti mengotakan komitmennya dengan membentangkan secara rasmi kertas pemansuhan ISA ini di dalam Parlimen yang akan bersidang awal bulan depan dan disokong pula oleh keseluruhan ahli parlimen Umno dan BN sekaligus mengusulkan penutupan Kem Kemunting dengan membawa semua tahanan yang masih ada ke muka pengadilan untuk diadili mengikut proses undang-undang negara.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan kerajaan Umno dan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga mestilah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada semua mangsa-mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka yang terpaksa mengalami penderitaan dan trauma yang teruk akibat akta draconian ini.

Alhamdulillah, Sekali lagi saya lafazkan rasa syukur kepada Allah swt. berikutan komitmen yang diberi oleh Perdana Menteri untuk turut mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Subjek yang diumum dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan jurus-jurus kecil dari pelan induk Reformasi yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat khasnya melalui Buku Jingganya sebelum ini. Demikian juga apa yang ditawarkan oleh PAS menerusi Dokumen Negara Berkebajikan.

Tidak mengapalah siapa pun yang melaksanakannya asal ia membawa kebaikan kepada rakyat. Namun Kerajaan Umno dan BN mesti sedar dan insaf, bahawa masih terlalu banyak perkara yang perlu direformasikan secara menyeluruh. Tidak memadai Perdana Menteri pancing sokongan pengundi dengan hanya membuat beberapa perubahan atau pindaan yang bersifat jurus-jurus kecil sedang masaalah pokok masih tergantung diawangan.

Masalah pokok yang saya maksudkan di sini ialah pemulihan sistem demokrasi yang adil dan ketelusan sistem pengurusan pilihan raya. Tiada erti perubahan itu dilakukan sedang hak pengundi untuk mengundi secara adil, telus dan saksama ternafi atau dinafikan dengan pincangnya sistem demokrasi dan selewengnya pengurusan pilihanraya.

Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihan raya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh DPP (Dewan Pemuda PAS) Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri.

Ketelusan sistem pengurusan pilihan raya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut.

Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan BN.

Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua-dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut.

Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya. Justeru itu, berikan ruang secukup dan seadilnya untuk rakyat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan dan ugutan jua tanpa sebarang manipulasi.

Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, pengumuman Perdana Menteri malam tadi adalah isyarat gendang tari pilihan raya telah dipalu. Pemuda PAS secara asasnya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya di adakan pada bila-bila masa secara spiritual, mental, material dan fizikal.

Pembentangan belanjawan pada bulan hadapan juga pastinya akan dijadikan belanjawan pilihan raya seperti lazimnya dan akan banyaklah tawaran - tawaran dikemukakan kepada rakyat terutama rakyat marhaen dan menengah.

Kini DPP Malaysia telah memasuki gear lima untuk terus meluncur dengan persiapan dan gerakkerjanya ke arah memenangi pilihan raya umum ke-13, insyaallah.

Nasrudin Hassan adalah ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

S'gor medan sukar PRU depan

Posted: 16 Sep 2011 04:27 AM PDT

Selangor, dikatakan negeri terkaya di negara ini, merupakan permata berharga yang bakal menjadi rebutan di antara pembangkang dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, untuk memenangi negeri itu bukan tugas mudah, sama ada di pihak BN mahupun Pakatan PAS-PKR-DAP.

Berikutan desas desus bahawa pilihan raya umum bakal diadakan bila-bila masa, penganalisis turut memberi tumpuan pada Selangor dan meramalkan agak sukar bagi pembangkang mengekalkan negeri itu manakala BN akan berdepan tugas getir untuk menawannya semula.

Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata bukan lagi rahsia bahawa BN menumpukan banyak usaha untuk menawan semula negeri itu.

"Dengan landskap politik dinamik di Selangor, kini lebih maju dan moden dengan golongan muda menjadi pengundi, pastinya sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi undi. Saya percaya Konvensyen BN Selangor akan datang pada 17 September akan memberikan panduan mengenai bagaimana Umno bakal menghadapi cabaran itu.

"Walaupun terdapat banyak isu menyelubungi pentadbiran kerajaan negeri sekarang, persoalannya ialah adakah Umno berjaya meminimumkan isu yang melandanya di peringkat negeri? Adakah parti telah mengenal pasti panglima untuk mengetuai dan menyatukan pasukan?" katanya.

"Panglima" itu boleh jadi sama ada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar atau ketua pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman, dua pemimpin yang dilihat berupaya mengetuai Umno negeri.

Namun, kata Dr Sivamurugan, Umno juga boleh memilih seseorang di luar kelompok mereka iaitu "seseorang yang mampu menyatukan semua kumpulan".

Konvensyen akan datang, katanya mesti menumpukan kepada mengenai perlunya untuk bersatu demi untuk menawan semula negeri itu.

"Buat masa ini, jika anda minta saya nilai keadaannya, saya akan katanya masih 50-50. Bakal menyaksikan persaingan sengit sehingga ke akhir. Terdapat terlalu banyak kawasan "campuran".

Dr Sivamurugan berkata walaupun jentera BN Selangor dilihat bekerja dengan baik, hakikatnya ialah persaingan pasti sengit kerana ia perlu berdepan dengan "pendekatan populis" yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pimpinan PKR juga sudah memiliki semua jentera yang mereka tidak mempunyai akses langsung pada pilihan raya umum 2008, katanya.

"Ini merupakan perkara paling utama dan mencabar yang perlu dihadapi BN," katanya.

Tony Pua, Ketua Publisiti DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, berkata pada ketika ini kedudukannya ialah 53-47 yang memihak kepada pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa bimbang dengan pengundi India dan Melayu yang menurutnya memainkan peranan paling penting di kawasan separa bandar.

"Ia bukannya mudah. Kami berasa selesa di kawasan bandar tetapi bukan di kawasan separa bandar, misalnya di tempat-tempat seperti Hulu Selangor dan Kapar (di mana) 10 peratus (sokongan) boleh beralih ke mana-mana pihak," katanya.

Menjadikan Ijok sebagai contoh, Pua berkata 29 peratus pengundi adalah kaum India dan tanpa isu-isu mendesak seperti yang dibangkitkan oleh Hindraf, kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh terancam.

Ini amat mencabar bagi pakatan pembangkang di Selangor kerana BN telah melancarkan "serangan" untuk menawan semula negeri itu, katanya.

"Sebab itu kenapa kerusi dengan perbezaan undi yang kecil akan memainkan peranan amat penting. Di Ijok, kami menang dengan majoriti kurang 2,000 undi, Sekinchan dengan kurang daripada 200 undi, Teluk Datuk dengan kurang daripada 700 undi. Kerusi-kerusi yang kami menangi dengan kurang daripada 2,000 undi dianggap kerusi "berisiko". Ia akan menjadi ibu kepada semua pertarungan, memang tidak dapat disangkal," katanya.

"Pada 2008, lima hingga 10 kerusi kami kalah dengan kurang 2,000 undi. Terdapat kira-kira 10 hingga 12 kerusi yang kami anggap amat penting pada ketika ini," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Ong Kian Ming melihat senario kedua-dua belah pihak melancarkan strategi tarik tali, menunjukkan wujud kemungkinan pakatan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum 2013.

Di Pulau Pinang dan Kedah, beliau berkata kerajaan persekutuan dilihat lebih bertolak ansur. Sebagai contoh, perjanjian air dan pemerolehan aset air di Pulau Pinang dilihat lebih memihak kepada negeri. "Tetapi di Selangor, ia berbeza." katanya.

Negeri itu juga berdepan banyak tekanan politik termasuk senario Abdul Khalid didesak untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Bagaimanapun, BN juga tidak kalis masalah, satu daripadanya ialah mencari pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Umno Selangor.

"Tiada calon yang dapat diterima oleh semua orang," katanya.

Penganalisis politik Datuk Dr Denison Jayasooria sementara itu berkata cabaran besar bagi BN untuk menawan semula Selangor ialah bagaimana ia dapat menawarkan alternatif kepada Pakatan, termasuk pemimpin alternatif kepada Abdul Khalid.

"Apakah rangka kerja alternatif itu? Di manakan BN Selangor? Anda tidak nampak mereka. Khir sudah terkeluar.

"Siapakah akan jadi MB (BN) Selangor ? Mereka tiada pemimpin yang menyerlah. Di Kedah, mereka ada Datuk Muhkriz (Tun Mahathir) dan beberapa yang lain," katanya dan menurutnya BN patut mengetengahkan pemimpin berpotensi mereka untuk berdepan Abdul Khalid.

Penganalisis Norizan Sharif pula meramalkan akan berlaku pertandingan sengit di Selangor dengan tiada mana-mana parti mampu menang dengan majoriti dua pertiga.

"Setiap pihak, masing-masing boleh menang kira-kira 16 kerusi. Ini pada asasnya bermakna 32 daripada jumlah 56 kerusi negeri. Pertarungan sengit akan berlaku untuk baki 24 kerusi," katanya dan menurutnya jika BN dapat meningkatkan sokongan popularnya sebanyak 5 peratus, ia mempunyai peluang cerah untukmemenangi semula Selangor.

Norizan berkata beliau percaya tadbir urus dan kewibawaan pemimpin merupakan faktor penting untuk meraih undi.

"Apa yang membimbangkan ialah sekiranya rakyat sudah bosan dengan politik, mereka mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang. Jika ini berlaku, ia akan menjejaskan demokrasi kita."--Bernama

Pemuda PAS buat laporan pada Zainal Kling

Posted: 16 Sep 2011 04:26 AM PDT

Pemuda PAS hari ini membuat laopran polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut salinan repot yang dihantar kepada media, Pemuda PAS mendakwa kenyataan itu mengganggugugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah.

"Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain," laporan itu dipetik.

Kenyataan ini juga sekali gus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu.

Sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA

Posted: 16 Sep 2011 04:24 AM PDT

Abdul Rahim Sabri
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.

NONE"Semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang media di ibu negara.

Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar kanan, berbaju putih) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem dan keruntuhan rumah tangga.

"Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya.

Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959.

Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan".

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Enam tuntutan

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:

  • Semua "pemuka" yang terlibat dalam menyeksa tahanan ISA mesti di bawa pengadilan.
  • Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh perdana menteri dalam ucapannya bukan sekadar "servis bibir".
  • Kerajaan mestilah memansuhkan lain-lain undang-undang tanpa bicara seperti Akta Dadah Merbahaya.
  • Kerajaan melaksanakan kajian semula dengan segera dalam tempoh yang spesifik terhadap undang-undang yang menghadkan kebebasan rakyat dan media seperti Akta Polis dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
  • Kerajaan mesti patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti antipengganas dan melakar pelan jangka panjang dalam membangunkan mekanisme menanganinya keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan
  • Kerajaan mesti menangani dan mengesahkan International Covenant on Civil and Political Right (ICCCPR) dan Covention Against Torture dan Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).
Syed Ibrahim berkata GMI juga menyambut baik pengumuman Najib dan mengangapnya sebagai kejayaan ekoran kesedaran dan desakan pelbagai pihak selepas 10 tahun berkempen.

"GMI juga melihat perkembangan ini sebagai langkah paling berani Datuk Seri Mohd Najib sebagai perdana menteri yang tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu.

"Namun ini juga sebagai pembuktian dan pengesahan berlakunya kongkongan dan cengkaman ke atas rakyat selama ini," katanya.

Enam kekhuatiran

Selain itu, katanya, secara tersirat, perdana menteri dan kerajaan mengakui pencabulan dan kebebasan asasi yang berlaku di samping kuasa melampau polis dan menteri bawah ISA.

Berdasarkan perkembangan terbaru itu juga, pihaknya menzahirkan enam kekhuatiran dan kebimbangan berhubung pengumuman Najib itu, antaranya:

Adakah pemansuhan ISA menghapuskan segala peruntukan dalamnya, khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan wewenangan polis dan menteri dalam negeri? Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?

  • Mengapakah dua undang-undang baru tersebut digubal dengan peruntukan tanpa bicara sedangkan sudah wujud undang-undang untuk kesalahan keganasan umpananya Bab VIA Kanun Keseksaan?
  • Bilakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Pembentangan usul pemansuhan ISA sewajarnya dilakukan dalam sesi parlimen akan datang.
  • Adakah pemansuhan ISA membawa kepada pembebasan semua tahanan ISA?
  • Apakah kedudukan bekas tahanan ISA yang telah diusir sedangkan mereka penduduk tetap? Bolehkah mereka dibenarkan kembali?
  • Apa akan jadi dengan Kem Kamunting?

VIDEO | 5.18 mins

Najib sedari tiga realiti baru landskap politik, kata Saifuddin

Posted: 15 Sep 2011 09:52 PM PDT

TERKINI

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR ─ Langkah pemansuhan beberapa undang-undang dikritik rakyat dan menarik balik tiga proklamasi darurat merupakan mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif dan amalan budaya politik baru mengambil kira realiti semasa dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Saifuddin Abdulllah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata perkembangan terbaru juga menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas mahu mengamalkan demokrasi yang progresif dan matang dengan mengambil kira keseimbangan antara soal-soal keselamatan nasional dan kebebasan individu.

"Terbukti Perdana Menteri amat memahami tiga realiti baru yang sedang berlaku dalam masyarakat iaitu media baru sebagai gelanggang perkongsian; kemunculan kesedaran baru sosial dan transformasi, ketiga demokrasi, yang memerlukan transformasi politik dilaksanakam.

"Ucapan yang berani dan bersejarah, satu mercu tanda ke arah transformasi politik yang komprehensif," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini kepada The Malaysian Insider.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pengumuman semalam membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah.Pemimpin bukan politik ini menambah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu akta yang tidak Islamik selain menjejaskan hak asasi individu dan boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah, dan oleh itu tindakan memansukhkannya adalah tindakan yang amat islamik.

"Dalam masa yang sama menunjukkan semangat penghormatan hak rakyat yang tinggi oleh pihak pimpinan Perdana Menteri sekarang dalam isu ini," katanya lagi.

Kata beliau, sekian lama perjuangan agar akta itu dimansukhkan dan "hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan harapan dan impian rakyat ini."

"Itu satu penunaian hasrat rakyat yang besar untuk melihat sistem pengadilan negara yang lebih baik," kata beliau.

Tambah beliau, pengumuman malam tadi juga lebih berharga dari segala pemberian bonus dan kenaikan gaji kerana pemansuhan ini bererti mengembalikan hak asasi insani yang lebih berharga dari wang ringgit.

"Ini bererti ia sebuah hadiah daripada Perdana Menteri yang bermakna sempena Hari Malaysia," kata beliau lagi.

Malah katanya, pengumuman ini bererti usaha transformasi negara dan kesedaran kerajaan Perdana Menteri sekarang tentang perubahan situasi rakyat tidak boleh dianggap retorik politik semata, sebaliknya ia telah diterjemahkan dalam beberapa langkah yang berani dan bermakna.

"Rakyat yang insaf, tanpa mengira parti hendaklah berterima kasih kepada pengumuman ini. Kita hendaklah berpolitik secara matang, memuji apa yang patut dipuji, menyokong apa yang patut disokong, membantah apa yang patut dibantah, mengkritik apa yang patut dikritik," kata beliau.

Tahniah rakyat, teruskan perjuangan reformasi

Posted: 15 Sep 2011 09:49 PM PDT

Oleh Nasrudin Hassan

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta 'draconian'.

Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga Gerakan Mansuhkan ISA yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA.

Entah berapa banyak air mata mereka tumpah merintih dan munajat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa berdepan kezaliman sang penguasa. Semoga janji pemansuhan ini segera dikotakan.

Layaknya ia telah dimansuhkan sejak puluhan tahun yang lalu, setelah komunis tumpas dan menyerah diri lantaran semangat asal ISA diluluskan adalah untuk menangani pengganas komunis. Malangnya ISA digunakan untuk memenjara sosok dan minda pejuang dan ahli politik yang berbeza idealogi dengan pemerintah.

Gerakan Mansuhkan ISA sangat konsisten menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak dan memansuhkan ISA dan saya sangat teruja melihat kegigihan mereka tanpa tara dan mempeduli risiko apalagi penat dan lelah. Mereka menongkah keangkuhan pemerintah bercagarkan masa depan mereka, bukan sahaja untuk membebaskan anggota keluarga mereka yang terpenjara tetapi jua untuk memastikan kem Kemunting ditutup kekal agar tiada lagi yang menjadi mangsa kekejaman "Kem Guantanamo Malaysia" itu.

Kemenangan rakyat ini menjadi satu bukti bahawa rakyat mempunyai keupayaan bertindak yang berkesan dan mereka mesti bersatu mengembeling kekuatan agar mereka tidak hanya dijadikan kuda tunggangan atau kerbau yang dicucuk hidung sehingga mereka boleh diperlakukan apa sahaja oleh sang pemerintah.

Rakyat tidak perlu cepat tersilau dan terkesima dengan satu atau dua perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sementelah ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Justeru masih banyak perkara dan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemerintah demi kepentingan rakyat dan rakyat semestinya meneruskan kebangkitan mereka seperti:

— Gerakan Menuntut Royalti Petroleum yang digerakkan oleh rakyat Kelantan dan Terengganu

— Gerakan Mansuh AUKU yang digerakkan oleh Mahasiswa

— Bersih yang digerakkan oleh lebih 60 NGO yang menunutut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara dan termasuklah

— perubahan pada iklim sosial negara agar tidak disuburkan elemen yang merosakkan moral dan meruntuhkan akidah ummah

Rakyat mesti terus mengembeling keupayaan mereka, menyemarak semangat reformasi memulih setiap sendi dan saraf sistem pemerintahan negara agar perubahan yang dilakukan tidaklah hanya bersifat tempelan dan pancing undi tetapi perubahan menyeluruh yang membawa negara dan rakyat makmur, aman, harmoni dan sejahtera. Perubahan juga jangan hanya pada bentuk aktiviti, pendekatan dan agenda bertindak, tetapi juga perubahan mesti melibatkan sikap, akhlak dan cara berfikir.

Terima kasih dan tahniah tetap diberikan kepada YAB Perdana Menteri di atas langkah mengejut yang diambil oleh beliau sebagai ketua kerajaan, lantaran itulah tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan itulah jua yang menjadi desakan rakyat selama ini.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus menggerakkan agenda perubahan menyeluruh demi masa depan negara dan seluruh warganya terutama usaha untuk menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam. Jua didoakan petunjuk buat semua, khasnya pemimpin dan pemegang amanah pemerintahan negara agar melakukan banyak lagi perubahan positif khususnya yang telah menjadi tuntutan rakyat.

Kini rakyat sedang memerhati dengan tekun dan teliti, apakah YAB Perdana Menteri juga mempunyai keberanian untuk melakukan transformasi dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihan raya negara agar keadilan dan ketelusan dapat dilaksanakan dengan yakin dan hak pengundi dapat diberikan sepenuhnya tanpa sebarang manipulasi.

Antara yang menjadi fokus rakyat ialah penghapusan undi pos, dakwat kekal, akses media secara saksama, pemurnian daftar pemilih dan kaedah pengendalian hari mengundi.

Perkasa: Langkah Najib jangan sampai 'keris makan tuan'

Posted: 15 Sep 2011 09:48 PM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan "jangan keris makan tuan" ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.

Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.

"Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan.

Badan pendesak ini, kata Ibrahim, mengalu-alukan dan menyambut baik pemansuhan semua undang-undang darurat yang sudah tidak relevan.

"Tahniah Perkasa ucapkan kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54. Mengenai pemansuhan ISA dan diganti dengan undang-undang baru serta peralihan kuasa menahan untuk pencegahan, tempoh tahanan," katanya lagi.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

Posted: 15 Sep 2011 09:47 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan
16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat

Posted: 15 Sep 2011 09:46 PM PDT

Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan langkah Najib itu membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa.

"Najib nampaknya sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya di dalam Umno bahawa beliau boleh kembali popular di kalangan rakyat seperti sebelum ini sehingga sanggup menghapuskan 'tangkal azimat' serta 'khurafat' Umno untuk terus berkuasa iaitu ISA," katanya.

Walaupun tidak teruja dengan pengumuman Najib itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah ditahan di bwah ISA itu tetap menganggap pengumuman Najib itu sebagai kemenangan kuasa rakyat yang menuntut penghapusan ISA.

"Tahniah kepada rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana ia tetap satu kemenangan apabila Najib sudah ke peringkat menyangka penghapusan ISA adalah penawar dan ubat kepada masalah imejnya yang merosot dan merudum kini," katanya.

Namun, Mahfuz yakin rakyat tetap tidak lupa betapa bengisnya Umno mempertahankan ISA yang menjadi selama ini merupakan alat mempertahankan kuasanya.

"Rakyat yang menentang ISA bukan sahaja difitnahkan oleh para pemimpin dan media Umno malah pihak polis diperalatkan untuk mengganasi mereka yang berhimpun secara aman untuk menentang ISA seperti yang berlaku dalam perhimpunan aman menentang ISA pada 1 Ogos 2009 lalu," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, kerajaan bukan sahaja mesti membebaskan semua tahanan ISA, membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada semua yang pernah menjadi mangsa ISA, malah kerajan juga mesti memohon maaf kepada rakyat yang diganasi dan difitnahkan secara tidak bertamadun kerana menuntut penghapusan ISA termasuk mereka yang diganasi dan difitnahkan ketika berhimpun secara aman dalam himpunan 1 Ogos 2009 itu.

Bukan setakat itu sahaja, kata beliau, kerajaan juga hendaklah memastikan pemansuhan total undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri untuk menahan tanpa bicara.

"Jika menteri masih diberi kuasa untuk menahan tanpa bicara, ia terdedah kepada manipulasi, penyalahgunaan kuasa dan menjadi alat memangsakan musuh-musuh politik kerajaan yang berkuasa.

"ISA dahulu pun diakwa digubal untuk menghadapi ancaman pengganas komunis tetapi akhirnya digunakan berkali-kali ke atas pembangkang yang dilihat mengancam kuasa Umno," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan apa perlunya kuasa menahan tanpa bicara jika kerajaan berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Kemunculan pengganas dan teroris boleh dikurangkan dan tidak akan berleluasa jika kerajaan berusaha untuk memaksimumkan keadilan dan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Tetapi, jika perjalanan dan pengendalian pilihan raya pun tidak bersih dan tidak adil, tidak ada jaminan teroris tidak akan wujud dan tidak ada gunanya akta yang menghalalkan penahanan tanpa bicara untuk menggantikan ISA kononnya untuk menghadapi teroris," katanya.

Beliau menggesa rakyat terus berjuang menuntut penghapusan apa jua undang-undang yang menghalalkan menteri bertindak sesuka hati menahan tanpa bicara.

"Bukan akta seperti itu yang boleh menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam tetapi yang diperlukan oleh negara ini ialah undang-undang yang menghalang kerajaan menzalimi rakyat kerana yang lebih banyak menzalimi rakyat negara ini bukannya pengganas atau teroris tetapi kerajaan sendiri," tegas Mahfuz.

Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan

Posted: 15 Sep 2011 09:42 PM PDT

Aslani M

KOTA BHARU: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.

Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.

Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.

Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.

Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.

Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.

Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.

Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.

Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.

"Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.

"Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa," ujarnya.

Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.

Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.

Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.

Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.

Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.

"Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara," ujarnya.

Bung Mokhtar, Zizie sedia timang anak

Posted: 15 Sep 2011 09:40 PM PDT


PERKAHWINAN mereka pada 16 Disember, 2009 lalu sempat menimbulkan kontroversi. Namun masa berlalu, kini tiada lagi kontroversi. Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32, sebaliknya nyata sedang diulit kebahagiaan bersama suami tercinta, Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Sementelah, usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu.

Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini.

"Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak.

"Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tetapi itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini.

Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu.

"Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

Suami bukan penghalang

Menyentuh tentang suami, justeru pasti ada yang tertanya-tanya adakah itu faktor di sebalik kenapa Zizie tidak aktif berlakon sekarang ini.

Memulakan karier lakonan sejak usia belasan tahun lagi, sehingga kini sudah puluhan drama serta telefilem yang pernah dilakonkannya.

Bagaimanapun, setelah berkahwin boleh dikatakan kemunculan anak kepada pelakon Khaty Fauziah ini di kaca televisyen dilihat semakin kurang berbanding sebelum berumah tangga dahulu.

Justeru, adakah pelakon yang mula dikenali menerusi filem sulungnya, Kekasih Awal Dan Akhir itu sudah berhenti menjadi anak seni atau tidak lagi mendapat mendapat keizinan suami untuk bergelar pelakon.

Zizie bagaimanapun menjelaskan, dia tidak pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang yang telah menaikkan namanya.

KELUARGA besar. Zizie bersama sebahagian keluarganya.

" Saya masih lagi berpegang teguh kepada prinsip untuk tetap setia dengan dunia lakonan. Lagipun, inilah satu-satunya punca rezeki saya selama ini memandangkan saya telah berlakon sejak remaja lagi.

"Suami saya sendiri langsung tidak pernah menghalang dan tetap memberikan sokongan dan keizinan untuk saya terus berlakon. Namun, saya akui sejak berumah tangga ini waktu saya memang agak terbatas," jelas pemenang Aktres Harapan Festival Filem Malaysia Ke-11 (1994) menerusi filem sulungnya itu.

Tambah Zizie, jauh di lubuk hati dia sememangnya sangat rindu untuk berlakon kerana minatnya yang tidak pernah pudar dan dia sangat bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang sudi menawarkannya berlakon.

Menurutnya, walaupun suami tercinta masih lagi memberi keizinan untuk terus berlakon, tetapi ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana faktor masa atau watak yang diberikan kurang sesuai.

"Walaupun suami seorang berfikiran terbuka dan begitu memahami kerjaya saya sebagai anak seni, namun terlebih dahulu saya akan tetap berbincang dengan suami mengenai tawaran yang diterima.

"Mengenai watak pula kalau boleh saya mahu diberikan watak-watak yang sesuai dengan usia dan status saya sebagai seorang isteri. Misalnya watak seperti wanita korporat, berkerjaya ataupun watak seorang ibu," jelasnya.

ZIZIE melayan tetamu yang hadir ke majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri pada minggu lalu.

Menariknya, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini memberitahu suaminya juga adalah penggemar setia kepada drama atau telefilem yang dilakonkan dan tidak pernah ketinggalan untuk memberi sebarang komen mengenai lakonannya.

"Saya menganggap suami merupakan pengkritik utama saya dan akan menerima dengan hati terbuka sebarang komen yang diterima. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan satu panduan untuk saya lakukan yang lebih baik lagi selepas ini," ujarnya.

Ditanya mengenai aktivitinya sepanjang menjadi isteri kepada seorang wakil rakyat, Zizie menjelaskan dia lebih banyak menemani suaminya turun padang untuk beramah mesra dengan penduduk-penduduk di bawah parlimen suaminya itu.

"Saya lebih banyak menghabiskan masa di Sabah memandangkan suami saya perlu menjaga kawasan yang diwakilinya di Kinabatangan. Kalau ada sidang parlimen barulah saya akan pulang ke Kuala Lumpur.

"Memang saya mengaku pada mulanya agak kekok untuk bergelar isteri kepada Yang Berhormat, tetapi kini saya sudah semakin dapat membiasakan diri dan tidak kisah kalau terpaksa menemani suami melawat ke kampung yang terletak di pedalaman," ujarnya lagi.

Kasihan dengan Sam

Bayangkan diri menjadi kakak kepada seorang adik yang sama-sama menceburkan diri dalam dunia lakonan tetapi si adik langsung tidak meraih tawaran lakonan? Itulah yang pernah dialami Zizie dan adiknya, Shaheizy Sam suatu ketika dahulu.

MANJA. Pasangan bahagia ini tidak merancang zuriat.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Sam ketika ini adalah antara pelakon yang paling diminati ramai dan setiap filem lakonannya sering memberikan keuntungan kepada penerbit.

Sebagai seorang kakak, Zizie menyatakan yang dia sememangnya sangat bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh adiknya itu dan menyifatkan Sam adalah pelakon yang sangat berbakat.

"Dia sama seperti saya yang sudah mula berlakon ketika masih remaja lagi. Namun, dia agak kurang bernasib baik kerana bakat yang dimilikinya itu masih lagi tidak dipandang ketika itu.

"Sehinggakan saya pernah berasa kasihan melihatnya kerana tidak memiliki sebarang pekerjaan. Sedangkan dia mempunyai kesungguhan dan jiwa yang cukup mendalam terhadap bidang lakonan," luahnya.

Namun, kini selepas masing-masing sudah mencipta nama, Zizie bagaimanapun menegaskan adalah sesuatu perkara yang agak mustahil untuk dirinya bergandingan dengan Sam dalam sebuah produksi yang sama.

Ujarnya lagi, sepanjang dirinya dan Sam bergelar pelakon, hanya sekali sahaja mereka bergandingan bersama-sama iaitu menerusi filem yang berjudul Sama Tak Serupa pada tahun 1995.

"Saya sendiri sebenarnya tidak yakin untuk berlakon dengannya kerana kami berdua mempunyai sikap yang sama iaitu suka menyakat. Saya risau kalau kami tidak dapat mengawal sikap tersebut ketika di set penggambaran," katanya.

Meskipun begitu, menurut Zizie, Sam akan bekerjasama dengan dirinya itu menerusi sebuah filem.

"Filem belum berjudul itu bakal diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik saya iaitu BZ 2121 Production," ujar Zizie.- Kosmo

Sejarah diseleweng demi kepentingan pihak tertentu

Posted: 15 Sep 2011 09:39 PM PDT

Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan, kata Anwar.


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sejarah diselewengkan demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.

Menurut beliau, sudah sekian lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja sedangan tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan.

"Mereka ini walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyai matlamat yang sama, iaitu mahu tanah air kita merdeka dari penjajah," katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan ulang tahun ke 54 kemerdekaan dan Hari Malaysia hari ini.

Tegas beliau, "adalah suatu keangkuhan sekiranya kita menafikan sumbangan golongan tertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita.

"Jikalau kita jujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.T Sambanthan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British.

"Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat," tambahnya.

Menurutnya, fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah.

Anwar menegur para intelektual atau sarjana agar tidak dihinggapi penyakit "bebalisme," suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar.

Katanya, tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah.

Hisbul Muslimin

Ujar beliau, "sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai "bahaya dari gunung."

"Karya berjudul 'From Malayan Union to Singapore Separation' tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini," terang Anwar.

Anwar menegaskan negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dongengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu.

"Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini.

"Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan.

"Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah," tambahnya.

Menurutnya, polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi.

"Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul "Pengukir

Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato' Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British "Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme," tegas beliau.

Pengikut