Pakatan Rakyat |
Posted: 11 Jan 2013 03:33 PM PST | 10 Kontroversi Najib: Rakyat diseru ke KL112 – KPRU Posted: 11 Jan 2013 03:27 PM PST | Jangan Takut Sertai HKR 112, Tangkap Siapa Yang Cuba Halang & Provoke Posted: 11 Jan 2013 03:17 AM PST KELAB GREENBOC Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan Kuala Lumpur: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti. Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad. "Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya. Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain. Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi. "Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka. Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara. "Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti. "Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya. Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO. - Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali. - Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong. - Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang. - KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman - Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal. LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI
| Macam Mana Bangunan Belum Siap Boleh Beroperasi? Posted: 11 Jan 2013 03:02 AM PST MSO Sebuah bangunan yang terletak di simpang lampu isyarat di Danau Kota, Setapak menjadi tanda tanya kerana walaupun ia masih belum siap sepenuhnya tetapi telah beroperasi. Bangunan itu merupakan kompleks beli belah baru di kawasan ini yang menempatkan sebuah pasar raya dan ratusan kedai termasuk gelanggang makanan berbagai jenis makanan dan lain-lain. Ia mula beroperasi sejak tahun lepas lagi. Bahagian bawah bangunan itu sudah siap sepenuhnya tetapi yang menjadi persoalan ialah pembinaan di bahagian atas masih dalam proses. Pada hakikatnya bangunan itu masih belum siap sepenuhnya.Persoalannya macam mana bangunan itu dibenarkan operasi sedang pada hakikatnya ia masih belum siap sepenuhnya. Bahagian atas bangunan berkenaan sedang dalam proses pembinaan rumah kediaman berupa kondominum. Apakah memang ada peraturan membolehkan mana-mana bangunan yang belum siap beroperasi? Persoalan ini timbul kerana melihat keadaan bangunan berkenaan yang dalam proses pembinaan itu boleh mendatangkan merbahaya kepada orang ramai. Walaupun pemasangan jaring dan pagar dibuat bagi mengelakkan peralatan binaan seperti batu, besi, kayu, keluli dan sebagainya jatuh, tetapi ia tidak menjamin keselamatan. Bila-bila masa saja peralatan pembinaan itu boleh jatuh dan menimpa kepala sesiapa saja, termasuk taukeh bangunan itu sendiri!Bukan itu saja persekitaran bangunan itu juga dikotori dengan habuk dan debu yang menganggu persekitaran dan kesihatan kerana pembinaan itu. Adalah diharap pihak DBKL memberi penjelasan mengenai status bangunan ini apakah ia beroperasi dengan ada kebenaran atau sebaliknya. Sepanjang pengetahuan saya, keadaan seperti ini; bangunan belum siap tetapi sudah diguna pakai adalah pertama kali ditemui di di kawasan ini. Sekiranya memang ada kebenaran atau peraturan untuk berbuat begitu diharap DBKL perlu menampalkan notis penjelasan mengenainya agar tidak menimbulkan persoalan kepada orang ramai dan orang ramai juga boleh berwaspada menghadapi apa-apa musibah. Kalaulah memang ada kebenaran mungkin ia boleh dikaji semua keadaan keadaannya tidak begitu kondusif. Pengunjung pusat membeli belah itu seharusnya diberitahu bahawa pembinaan di bahagian atasnya masih dalam proses. Mungkin pembinaan itu berasingan dengan bangunan menempatkan pusat membeli belah itu,tetapi ia bersambungan menyebabkan orang akan menganggap ia adalah banguan sama. Keadaan yang kelihatan hari ini juga mencacatkan dan buruk dan seolah sistem pembinaan di negara ini masih di tahap belum tamadun. | Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan Posted: 11 Jan 2013 02:53 AM PST MALAYSIA KINI Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta. Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu. Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!" Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur. Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu. | NGO kesal polis halang Himpunan Aman Bangkit Sabah Posted: 11 Jan 2013 02:50 AM PST Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun telah mengeluarkan kenyataan yang melarang rakyat Sabah untuk terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polis atau mana-mana jabatan yang berkaitan. Hal ini menyebabkan perhimpunan ini bersalahan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Namun pihak penganjur iaitu Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR), berpendirian akan meneruskan himpunan biarpun mendapat halangan daripada pihak polis. Hal ini kerana pihak penganjur memberi jaminan bahawa perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Pihak penganjur juga menafikan kenyataan Ketua Polis Kota Kinabalu yang mengatakan tiada permohonan dibuat oleh penganjur. Walhal pihak penganjur telah cuba menghantar surat pemakluman dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima suarat berkenaan. Penganjur bagaimanapun telah menghantar surat pemakluman tersebut melalui pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting. Semasa hadir ke Balai Karamunting, Penganjur diminta mengisi borang yang menuntut agar penganjur memberikan butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan. Pihak GEGAR menganggap prosedur ini sebagai satu usaha yang ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun. Hal ini kerana Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit ini adalah inisiatif rakyat yang tidak terlibat dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan. GEGAR yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini. GEGAR juga berpandangan, biarpun tanpa akta ini, peserta himpunan sudah cukup matang untuk menentukan suasana perhimpunan. Namun pihak GEGAR mengalu-alukan kehadiran pihak Polis untuk menjaga dan mengawal keselamatan orang awam. Sekali lagi GEGAR memberi jaminan bahawa himpunan ini akan berlangsung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, himpunan ini akan diteruskan atas dasar melaksanakan hak asasi rakyat yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sekian. Terima kasih Yang Benar | 50,000 aktivis R berjalan dari KLCC tuntut royalti Posted: 11 Jan 2013 02:47 AM PST KOTA BHARU : Kira-kira 50,000 aktivis royalti dari lima negeri pengeluar minyak menyertai Walk For Royalty (W4-R) pada Sabtu ini bermula dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Stadium Merdeka. Perhimpunan di KLCC itu akan bermula jam 11 pagi sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dengan berjalan kaki, 45 minit kemudian. Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, lebih 22,000 aktivis datang dari Kelantan. Manakala selebihnya dari Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Mereka akan memakai baju berlogo R dan berwarna merah. "Kami akan pastikan W4-R berjalan secara aman tanpa diadakan perarakan. Kami akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat. "R menghormati segala arahan polis supaya tidak diadakan perarakan atau demontrasi di sepanjang laluan dari KLCC ke stadium," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur. Sementara itu, Harakahdaily melaporkan R akan menyerah memorandum kepada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di KLCC kira-kira jam 2.30 petang, hari ini. Nazri juga berkata, rombongan Cyling For Royalty (C4-R) sekarang berada di Bentong Pahang dan acara pelepasan dari Greenwood ke KLCC diadakan jam 8 pagi. Katanya, orang ramai dijemput hadir pada program berkenaan bagi memberi sokongan kepada perjuangan anak-anak muda dari Kelantan menuntut royalti. C4-R berlepas dari Kota Bharu 1 Januari lalu disertai 10 anak muda, diketuai Jeming Hassan. Mereka mengayuh basikal sejauh lebih 600 km merentasi Terengganu dan Pahang. | KEADILAN kumpul nama pengguna saman Syabas Posted: 11 Jan 2013 02:45 AM PST Oleh: Sidiqin Omar PETALING JAYA : KEADILAN akan menubuhkan pasukan peguam untuk menyaman Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Holdings Berhad atas kegagalan menguruskan khidmat air seperti dalam konsesi, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Mulai hari ini, KEADILAN akan mengumpul seberapa ramai penduduk, peniaga dan pihak yang ingin menuntut pampasan dari Syabas dan Puncak Niaga untuk turut bersama dalam tindakan saman. "Saman akan dikendalikan Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, (diketuai) peguam Latheefa Koya," kata Rafizi pada sidang media ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Katanya tindakan diambil kerana penduduk di kawasan Pandan, Ampang dan Bandar Tun Razak terjejas teruk dengan masalah air yang berlarutan lebih dua minggu. "KEADILAN juga akan menggerakkan 'Kempen Potong Gaji Rozali' atas kegagalan mengurus Syabas yang menyusahkan rakyat," katanya. Tambah Rafizi, Laporan Tahunan Puncak Niaga Holdings Berhad bagi tahun berahir 31 Disember 2011 menyatakan pengarah eksekutif Puncak Niaga menerima pakej gaji berjumlah RM 17.25 juta setahun. "KEADILAN menuntut supaya RM10 juta dipotong dari gaji (Rozali) serta merta dan disumbangkan ke dalam tabung untuk memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat dengan masalah air. Sepatutnya Tan Sri Rozali sendiri turun padang melihat kesusahan pengguna air," kata Rafizi. Beliau turut memberi amaran kemungkinan tindakan lebih drastik dibuat KEADILAN, termasuk mendedahkan jumlah pendapatan dan kekayaan pengarah eksekutif Syabas jika langkah penyelesaian tidak diambil. "Itu 'kepakaran' kami. Kroni (Umno-BN) ini tak suka kehidupan peribadi mereka dibongkar. Saya (setakat ini) hanya diarahkan untuk melakukan ini (tindakan saman)," tegas Rafizi. | Md Isa: Khidmat bakti Mubarak diperlukan bantu BN dapat mandat PRU 13 Posted: 11 Jan 2013 02:44 AM PST SINAR HARIAN KANGAR - Khidmat bakti anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) diperlukan untuk membantu Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Beliau berkata walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat namun mereka masih berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat setempat. "Dengan pengaruh yang ada, mereka sudah pasti berkeupayaan meyakinkan rakyat untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada calon-calon BN," katanya pada perasmian mesyuarat agung Mubarak Cawangan Perlis ke-10 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan setiausaha politiknya, Azali Abas. Menteri Besar berkata sebagai seorang ahli politik, khidmat bakti mereka kepada parti, bangsa, agama dan negara akan tetap berterusan hingga ke akhir hayat. Yang Dipertua Mubarak Perlis Datuk Selamat Saad dalam ucapannya memberi jaminan pihaknya akan membantu calon-calon BN pada PRU-13 kerana ia merupakan satu tanggungjawab. "Bagaimanapun kami tidak mahu "lebih laju daripada lajak" kerana kami akan berbuat demikian sekiranya menerima pelawaan daripada parti dan kepimpinan negeri," katanya.- Bernama | Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot? Posted: 11 Jan 2013 02:42 AM PST Oleh: Aedi Asri PETALING JAYA: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak. "(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham. "Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan. "KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik. "KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV," katanya lagi. | Himpunan #KL112 esok wajib patuh 27 syarat Posted: 11 Jan 2013 02:39 AM PST
KUALA LUMPUR - Dua puluh tujuh syarat telah dipersetujui di antara pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) dan pihak polis bagi memastikan buat julung kalinya perhimpunan yang membabitkan protes terhadap kerajaan, berjalan aman esok. Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ia merupakan persetujuan bersama selepas perbincangan teliti dibuat dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wango, ACP Zainuddin Ahmad pada petang semalam. Syarat-syarat yang dipersetujui antara polis dan penganjur adalah: - Pihak penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian himpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain - Penganjur dan peserta perhimpunan tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam - Penganjur hendaklah memastikan dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis - Penganjur dan peserta juga hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam - Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau kerosakan kepada harta atau alam sekitar - Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya - Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan - Penganjur juga mesti lah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang ditetapkan - Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736 - Penganjur dan peserta himpunan dikehendaki patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh pihak polis pada setiap masa bagi menentukan suasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang serta semua peserta himpunan yang mempunyai kepentingan terjamin - Penganjur dan peserta juga hendaklah menahan diri daripada melakukan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan - Penganjur dan peserta dikehendaki menentukan tidak berlaku sebarang perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan - Membawa senjata atau barang-barang yang boleh memudaratkan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam, atau kerosakan kepada harta juga turut dilarang di samping memastikan penganjur dan peserta berhimpun secara aman - Pengajur juga hendaklah menentukan tiada protes jalanan - Penganjur dan peserta perhimpunan juga dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalu lintas - Syarat-syarat yang dikenakan termasuk juga penganjur mestilah menentukan semua peserta perhimpunan berada di dalam Stadium Merdeka semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti masjid dan tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan - Pengajur juga hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di atas bahu jalan, kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela - Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka) - Penganjur hendaklah memastikan para peserta pehimpunan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa berarak ke Stadium Merdeka - Penganjur juga hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalu lintas - Penganjur juga dikehendaki memastikan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di bawa ke tempat perhimpunan - Pengajur juga bertanggungjawab menentukan semua syarat dan ekartan yang telah dipersetujui dimaklum kepada semua peserta perhimpunan - Pengajur juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan - Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung - Penganjur juga hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu "The Merdeka Heritage Trust" dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendak lah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka ini dikekalkan dari permulaan hingga akhir perhimpunan - Jika berlaku limpahan dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagi menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta - Pengajur hendaklah menentukan plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai mengikut syarat kedua Sementara itu, jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini mengingatkan para peserta himpunan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas pada malam ini dan esok. | Nombor telefon untuk bantuan guaman jika ditangkap polis Posted: 11 Jan 2013 02:34 AM PST KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyediakan khidmat bantuan guaman bagi memudahkan orang ramai yang ditahan polis mendapatkan bantuan mereka sepanjang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok. Orang ramai boleh menghubungi atau mengirim pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon berikut mengikut lokasi yang ditetapkan: (Brickfileds) Nalini: 019-3758912 | Himpunan di Sabah diteruskan meski polis halang Posted: 11 Jan 2013 02:32 AM PST SABAH : Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) akan tetap mengadakan himpunan di negeri itu esok meskipun dihalang polis, kata Koordinatornya, Hariyadie Karmin. "GEGAR berpendirian akan meneruskan himpunan biarpun mendapat halangan daripada pihak Polis. "Penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah," katanya dalam kenyataan media. Himpunan bertempat di Taman Chong Thien Vun, jam 2.00 petang akan diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur padatarikh yang sama. Semalam, Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun melarang rakyat Sabah terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit, Sabtu ini. Bagaimanapun, Hariyadie menafikan kenyataan Jauteh bahawa penganjur tidak membuat sebarang permohonan untuk menganjurkan himpunan berkenaan. "Penganjur cuba menghantar surat pemakluman dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima surat berkenaan. Penganjur bagaimanapun menghantar surat pemakluman tersebut melalui Pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting," katanya. Menurutnya, semasa hadir ke balai tersebut, pihaknya diminta memberi butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan. "GEGAR menganggap prosedur ini ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun. GEGAR percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini," ujarnya. Namun katanya, GEGAR mengalu-alukan kehadiran polis untuk mengawal keselamatan orang awam serta memberi jaminan himpunan ini akan berlansung dengan aman. | Pemandu Teksi: KL112 peluang tambah pendapatan Posted: 11 Jan 2013 02:30 AM PST Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi boleh mendapat pendapatan lebih semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 berlangsung. "Ramai orang ada di Kuala Lumpur esok, bermakna pemandu teksi ada peluang untuk tambah pendapatan," katanya kepada Keadilandaily. Beliau hairan dengan kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Syahrir Abdul Aziz kononnya pendapatan pemandu teksi terjejas jika himpunan diteruskan. "Bayangkan kalau sejuta orang datang ke Kuala Lumpur. Bohonglah kalau kata pendapatan terjejas. Bertambah, adalah," tegasnya. Malah beliau mengalu-alukan saranan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 untuk mengguna kenderaan awam termasuk teksi untuk ke lapan lokasi yang ditetapkan. Amran juga terkejut alasan Petekma, kononnya Himpunan #KL112 punca kesesakan lalu lintas, sedangkan sebelum ini turut diadakan himpunan besar di ibu kota seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan malam tahun baru. "Mana-mana pemandu teksi mesti faham situasi. Katakanlah dia tahu ada himpunan di sesuatu tempat, dia mesti cekap melihat kesesakan lalulintas. Ini perkara biasa," katanya. Justeru, beliau sendiri memberi komitmen menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan antara jam 2 hingga 5 petang esok. "Setahun ada 365 hari bukan? Esok, kita macam cutilah," kata Amran yang akan turun ke Stadium Merdeka bersama rakan-rakannya. | Pengarah Rela: Kad ahli ditarik, elaun dihentikan jika sertai perhimpunan esok Posted: 11 Jan 2013 02:24 AM PST SINAR HARIAN MELAKA - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menarik balik kad keahlian dan menghentikan elaun terhadap mana-mana anggotanya yang dianggarkan lebih daripada tiga juta orang sekiranya mereka menyertai perhimpunan yang didalangi pembangkang di Kuala Lumpur esok. Ketua pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tegas itu wajar dilaksanakan ekoran perhimpunan tersebut adalah bertentangan dengan misi Rela dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. "Rela walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menjaga keamanan dan keselamatan perhimpunan esok, namun kira-kira 3,000 anggotanya dari Selangor dan Wilayah Persekutuan sedia diturunkan sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela ke-41 Tahun di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan Sungai Udang di sini hari ini. Terdahulu dalam ucapan perasmian sambutan majlis tersebut, beliau berkata lima strategi utama dirangka bagi memperkasa dan memartabatkan pasukan sukarelawan itu pada tahun ini. Beliau berkata antara strategi tersebut termasuk memantapkan pengurusan pasukan, menstruktur semula pasukan, mengemas kini semua arahan dan peraturan secara lebih objektif serta berhemah dan berkualiti. Katanya Rela turut menyasarkan penyertaan 20,000 anggota remaja baru berusia antara 18 hingga 25 tahun di bawah Skuad Muda Rela (SMR) pada tahun ini. "Strategi ini bertujuan menyahut seruan kerajaan yang memfokuskan perpaduan kaum, generasi Y dan kepentingan alam siber melalui pemantapan Unit Media Rela (UMR) dan Unit Skuad Rela (USR)," katanya. Pada perkembangan lain katanya Rela telah mempersiapkan anggotanya dengan pelbagai kursus dan latihan kawalan keselamatan yang efektif sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Mustafa berkata persediaan tersebut sebagai usaha membantu meringankan beban agensi keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin sepanjang proses pilihan raya tersebut. Beliau berkata antara kursus yang telah dilaksanakan termasuk kawalan orang ramai, kawalan keselamatan dan kawalan trafik khususnya di tempat penamaan calon dan pembuangan undi.- Bernama | Suhakam: Hormatilah hak berhimpun Posted: 10 Jan 2013 08:53 PM PST KL TODAY Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan kesediaan pihak polis untuk memudahcarakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 seperti yang umumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, pihaknya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara pihak polis dan penganjur himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpun dilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan dijalankan ini. Katanya, Suhakam juga mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam memastikan personel polis memaparkan nama dan nombor badan semasa menjalankan operasi mereka sepertimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya berdasarkan dapatan inkuri awam terdahulu berkenaan dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak penguatkuasa. "Walaupun Suruhanjaya mengambil maklum bahawa wakil media yang akan menghadiri perhimpunan tersebut akan diberi tag pengenalan khas yang dikeluarkan oleh pihak polis selain daripada tag rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan, ia berharap agar wakil media yang tidak memilik tag pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, memandangkan hal ini boleh mempengaruhi imej polis dan negara, Suhakam berharap agar pihak polis akan menjalankan tugas mereka secara profesional dan mencontohi amalan terbaik pihak polis di negara lain seterusnya menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu. "Suruhanjaya yakin bahawa dengan adanya sikap positif yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan polis, pihak polis boleh dan akan merealisasikan harapan masyarakat awam," ujarnya. Pada masa sama, kata beliau pihaknya juga menyeru agar pihak penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah mempromosi satu perhimpunan yang aman. Sementara itu, keputusan akhir tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (#HKR112) akan diumumkan jam 11 hari ini. Ahli jawatankuasanya, Tian Chua dalam Twitternya berkata, jawatankuasa penganjur akan bermesyuarat pagi ini bagi membuat keputusan akhir itu."Jawatankuasa penganjur akan mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS jam 11 hari ini bagi memaklumkan keputusan akhir kami," kata Tian Chua. Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan di pindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana muatannya lebih sesuai. | Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan? Posted: 10 Jan 2013 08:35 PM PST
Garis Panduan Penyediaan Banner Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, "hukumnya" akan menjadi persamaan seperti di bawah ini :
Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain? Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan. Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Di dalam ucapan pemimpin Barisan Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini nanti, mungkin akan ada sedikit "nasihat", "amanat" dan "peringatan" untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin? PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua? | Pampasan RM207b: 'Saya tak halal dunia akhirat' Posted: 10 Jan 2013 08:25 PM PST DETIK DAILY Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tentang wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946 Wartawan Harakah, MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR menemuramah Pak Hashim Yaakob, 112, iaitu bekas buruh paksa pada tahun 1942 hingga 1946 di kediamannya baru-baru ini. Sejak bila pakcik jadi buruh paksa? Pakcik mula jadi buruh pada tahun 1942. (Pada ketika itu) pakcik baru berumur 20an. pakcik pulang ke Malaysia pada tahun 1946 diambil oleh wakil negara ketika itu. Sehari pakcik diberi gaji RM3 saja untuk sehari, setiap bulan mereka akan bagi (kepada) kami. Bagaimana teruk dan deritanya menjadi buruh paksa Jepun? Mula-mula jadi buruh paksa, pakcik bersama kumpulan kira-kira 32 orang terpaksa berjalan kaki selama 16 hari daripada Padang Besar ke Timunta. Pakcik pergi (ketika itu) di peringkat ketiga bermakna ada orang sudah dahulu menjadi buruh paksa. Kami dipukul oleh pihak Jepun jika tidak mendengar perintah dan arahan daripada mereka. Namun Jepun tidak mengasari kami jika patuh dengan arahan yang diberikan. Sepanjang pakcik menjadi buruh paksa, Jepun tak pernah pukul pakcik. Macam-macam kerja yang kami kena buat, bukan sahaja landasan kereta api. Bagaimana dengan aspek makanan dan kesihatan buruh paksa? Jepun sediakan makanan untuk kami 5 kali sehari disetiap di tempat-tempat tertentu di sepanjang perjalanan. Ada pekerja yang menyediakan makanan. Mereka juga ada sediakan perubatan dan doktor untuk merawat kami. Pakcik pulang dengan selamat, bagaimana pula buruh paksa yang lain? Pakcik diambil pulang oleh pihak Malaysia bersama dua orang lagi, yang lain semua mati di sana. Ramai yang mati disepanjang perjalanan untuk menyiapkan landasan itu. Kalau ada buruh yang sakit atau mati, Jepun akan tinggalkan mereka (begitu sahaja) dan teruskan perjalanan. Apabila balik ke Malaysia, ada apa-apa janji dan bantuan daripada kerajaan? Selepas pulang daripada Siam sehingga sekarang tak ada langsung pembelaan atau janji daripada kerajaan. Tak ada sapa yang jumpa pakcik dan maklumkan apa-apa kepada pakcik. Satu sen pun pakcik tak dapat daripada kerajaan. Pakcik tahu tak Jepun sudah membayar pampasan RM207 billion kepada kerajaan untuk diberikan kepada buruh-buruh paksa? Pakcik langsung tidak tahu, sampailah Datuk (Seri) Nizar datang melawat saya dan maklumkan tentang pampasan. Pakcik sangat terkejut kerana tidak tahu menahu. Apa perasaan pakcik apabila mendapat tahu Jepun sudah beri pampasan sedangkan pakcik tak dapat apa-apa? Rasa terkilan kerana langsung tidak diberi tahu sedangkan Datuk Nizar kata kerajaan Jepun sudah beri pampasan itu pada tahun 2004, sekarang dah 2012. Pakcik rasa duit pampasan itu hak pakcik? Ya, sudah tentu. Bukan hak pakcik saja, itu hak semua bekas-bekas buruh paksa. Kami sudah menderita bertahun-tahun dizalimi Jepun. Saya harap kerajaan bagi tau kepada rakyat Malaysia (tentang pampasan itu) dan memberi secepat mungkin kepada buruh-buruh atau warisnya. Saya secara peribadi tidak halal dunia akhirat kalau kerajaan tak bagi duit itu kerana itu hak saya. Itu bukan hak mereka, itu hak kami! Pakcik sangat sokong. Syukur alhamdulillah kerana PAS telah memperjuangkan hak pakcik dan buruh paksa lain. Kalau tidak, sampai bila pakcik tak tahu kerajaan Jepun ada bagi pampasan. | Ayuh wanita lakukan perubahan – Abby Posted: 10 Jan 2013 08:20 PM PST KUALA LUMPUR: Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi menyeru seluruh kaum wanita di Malaysia khasnya wanita Melayu untuk sama-sama melakar perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka akan berjalan tidak lama lagi. Perubahan harus dilakukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus diperintah oleh parti yang tidak memberi keadilan dan menindas rakyat, katanya. Sebagai seorang bekas penggiat seni dan memiliki peminat, beliau tidak mahu rakyat terus bersekongkol dengan kerajaan Umno-BN yang membina minda masyarakat untuk menolak Islam secara halus. Beliau yang ditemui pada 8 Januari lalu berkata, sejak dahulu rakyat Malaysia dimomokkan dengan fahaman yang salah iaitu memisahkan antara agama dan politik. Malah kata beliau, kaum wanita di Malaysia terus hanyut dengan politik sempit Umno-BN yang tidak mendaulatkan Islam. Tambah beliau, dogma itu menyebabkan rakyat tidak melihat Islam secara keseluruhan sebagai amalan hidup dan tidak memperjuangkan Islam yang sebenar di Malaysia. Akhirnya kata beliau, apa yang berlaku rakyat hidup dengan mengambil Islam secara 'suku-suku' yang menyebabkan runtuhnya akhlak dan moral. Begitu juga dalam dunia seni, masyarakat artis sebelum ini didogmakan dengan fahaman kononnya PAS sesat. Namun, setelah beliau menyertai PAS selepas perubahan berlaku dalam hidupnya, beliau melihat bahawa tanggapan itu sangat menyimpang. Lebih dari itu, Umno-BN sendirilah sebenarnya yang merosakkan Islam dengan memutarbelitkan fakta yang sebenar dengan menggunakan media-- media milik mereka. Sehubungan itu, beliau mengharapkan kaum wanita di Malaysia ini melakar perubahan pada PRU13 dengan memilih kerajaan baharu Pakatan Rakyat. | PENGUSAHA RUMPAI SEMPORNA PERLU PELANTAR BARU Posted: 10 Jan 2013 08:11 PM PST
| Pesawah Tanjong Karang Kecewa Benih Padi Mahal Dan Tidak Berkualiti Posted: 10 Jan 2013 04:03 PM PST TANJONG KARANG : Petani Sawah Sempadan di sini, kecewa apabila harga benih padi yang dibekalkan untuk mereka didakwa mahal dan kurang berkualiti. Harga sedemikian tidak mendatangkan keuntungan kepada pesawah kerana harga jualan padi masih tidak meningkat. Dakwanya, harga kilang bagi 20kg benih padi jenis CL2 hanya RM28 sahaja. Ini bermakna harga racun berkuantiti 30 mililiter (ml) yang termasuk dalam pakej benih padi tersebut adalah terlalu mahal iaitu RM87. "Satu petak sawah yang berkeluasan tiga ekar memerlukan sebanyak lapan beg benih padi 20kg dan jika dikira kos keseluruhan bagi penanaman padi adalah terlalu tinggi dan tidak langsung menguntungkan pesawah," katanya yang tinggal di Blok C, Sawah Sempadan. Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani didakwa memberikan kuota pemprosesan subsidi benih padi sebanyak 80,000 tan metrik setahun kepada Syarikat Seri Merbok Sdn Bhd yang didakwa dimiliki oleh Datuk Rais Zainuddin iaitu bekas ahli Exco Negeri Sembilan dan Syarikat Haji Mohd Noor yang didakwa memiliki hubungan rapat dengan menterinya, Datuk Seri Noh Omar. Dalam pada itu, Penyelaras DUN Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, harga berkaitan padi ini sepatutnya dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan bukannya mengambil jalan mudah untuk diswastakan dan akhirnya menekan pesawah dengan pelbagai masalah. "Harga benih padi mahal, belum tentu semua benih padi ini akan membesar dan pesawah terpaksa menanggung kos membeli racun bagi membendung masalah haiwan perosak seperti tikus dan siput yang memakan benih padi," katanya lagi. Seorang lagi pesawah, Sahril Salimon, 28, menuntut supaya harga benih padi dapat dikurangkan lagi bagi menampung kos penanaman padi yang semakin meningkat. Sahril mendakwa, harga jualan benih padi patut dipantau kerana terdapat segelintir pihak menaikkan harga sesuka hati dan pesawah berhak mendapat tahu harga sebenar benih padi yang dikeluarkan pekilang iaitu Seri Merbok Sdn Bhd. | Keahlian Isa dalam KPF terbatal Posted: 10 Jan 2013 03:53 PM PST Hakim, Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman empat peneroka Felda Jengka di Pahang, yang memohon perintah deklarasi dan pengisytiharan bahawa keputusan atau perintah yang diberikan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jun tahun lalu. Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa sebagai ahli KPF dengan kos RM3,000. Mahkamah berpendapat, terdapat kesilapan dalam keputusan SKM yang mengekalkan keahlian Mohd Isa sebagai ahli KPF sedangkan beliau sememangnya tidak mempunyai hak untuk menjadi ahli koperasi sejak awal lagi. Peguam yang mewakili empat peneroka itu, Mohamad Hanipa Maidin berkata, mahkamah bersetuju bahawa keputusan dibuat suruhanjaya tersebut adalah tidak wajar dan diberikan perintah mandamus untuk keahlian Isa dibatalkan. "Beliau (Mohd Isa) tidak layak menjadi Pengerusi KPF selepas keahlian sebagai ahli KPF terbatal, atau dalam erti kata lain, beliau tidak boleh menjadi Pengerusi KPF seperti yang dicadangkan sebelum ini," katanya kepada media. Beliau berkata, dalam permohonan mereka tegaskan hanya peneroka felda, isteri, anak, serta pekerja tetap Felda layak jadi ahli koperasi itu. Pada 12 Jun tahun lalu, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan di mahkamah tersebut bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lalu, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak punyai apa-apa kesan. Empat peneroka tersebut adalah Abdul Talib Ali; Abdul Mubin Abdul Rahman; Abdul Razak Mohammad; dan Muhamad Noor Atan. Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah mandamus supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF. Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda. Mereka berkata, Mohd Isa adalah Pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan. | AirAsia dinobat syarikat terbaik pengurusan di Asia Posted: 10 Jan 2013 03:49 PM PST Majalah yang beribu pejabat di London, Euromoney, menamakan AirAsia Bhd sebagai syarikat terbaik pengurusannya di Malaysia dan syarikat terbaik pengurusannya di Asia dalam sektor Penerbangan/Syarikat Penerbangan. Pungutan suara Asia 2013 yang dijalankan oleh majalah itu didasarkan kepada jawapan yang diterima daripada sebanyak 130 penganalisis ekuiti terkemuka di bank-bank pelaburan dan firma penyelidikan terbesar di rantau Asia Pasifik, yang mencalonkan sejumlah 207 syarikat. "Kami amat berbangga dengan perakuan yang telah diberikan oleh Euromoney kepada kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes, dalam satu kenyataan semalam. Penganalisis diminta menamakan syarikat yang paling mengagumkan berdasarkan beberapa faktor termasuk, antara lain, kemudahan pengurusan, ketelusan perakaunan dan prosedur tadbir urus korporat. Sementara itu, kenyataan itu menyebut Editor Euromoney, Clive Horwood, sebagai berkata bahawa keputusan pungutan suara tahun ini menunjukkan bahawa penganalisis masih memberi tumpuan kepada gearan berhemah, ketelusan, tadbir urus yang baik dan penzahiran strategi yang jelas. Ini merupakan penarafan tahunan ke-14 Syarikat Terbaik Pengurusan dan Tadbir Urusnya di Asia yang disiarkan oleh Euromoney. Sementara itu, AirAsia merancang melancarkan sebuah syarikat | |||
Posted: 11 Jan 2013 03:32 PM PST Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tuadi kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu! Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya. Pemuda : Saya amat tidak faham...?? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!! Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada? Pemuda : Ya....! Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya? Pemuda : Tak boleh pak imam...!!! Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR! Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...? Pemuda : Kulit dan daging....!!!?? Pemuda : Sakit dan pedih....!!!? Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!! Pemuda : Allahuakbar! DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |