Tarikh pilihan raya umum akan datang, menurut seorang teman, tidak perlu didebatkan. Memang selamanya, selagi sistem sedia ada dikekalkan, ia menjadi kelebihan buat parti pemerintah, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.
Dan prosedur itu sebenarnya tidaklah sangat mencacatkan proses demokrasi, malah dalam keadaan tertentu boleh menguntungkan rakyat. Hayat sesebuah kerajaan boleh dipendekkan tanpa terikat dengan tempoh masa tertentu.
"Yang penting, parti-parti politik harus sentiasa mengkoreksi diri, menilai prestasi, mengambil berat persepsi pengundi. Dan sebaik-baiknya, terutama ketika penggal pemerintahan sudah melewati separuh masa kedua, lakukanlah kajian separuh penggal.
"Jangan remehkan kritikan pesaing, ambil berat rasa tak puas hati rakyat walaupun dalam isu yang nampak kecil, dan cuba selesaikan," tambahnya, mengulas kolum saya sebelum ini.
"Usah lupa menghidu dan mengesan strategi licik-jahat Umno, yang akan mengerah dan mengeksploitasi apa juga sumber dan kemudahan kerajaan. Taktik lama memperalatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mustahil akan digunakan kembali, mungkin dalam pendekatan berbeda," tegasnya, dengan nada serius dan bersungguh-sungguh.
Beliau ternyata risau jika pengalaman lampau, terutama membabitkan senarai daftar pemilih, yang memeritkan pembangkang tidak diambil iktibar.
Rakan saya itu, bekas wartawan berpengalaman, sempat menegur: "Masih ada pemimpin Pakatan Rakyat, malah yang bertaraf ahli Parlimen mahupun Adun, apatah lagi di peringkat ketua kawasan atau bahagian parti, seperti bermentaliti pembangkang lagi. Pembabitan mereka dalam komuniti setempat kurang menonjol. Ada yang semacam malu-malu lagi untuk ke depan menggerakkan masyarakat."
Membicarakan hal sama, seorang lagi kawan, yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok Umno Selangor, menelefon saya: "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."
"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."
"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.
"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.
"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.
"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.
Pakatan Rakyat, meskipun turut menguasai sumber dan kemudahan di empat negeri, tentunya tidak bersedia terjebak dalam perangkap politik wang yang terbukti telah menjerumuskan Umno-BN selama ini.
Rasuah politik jika sudah dimulakan pasti tidak akan menemui titik nokhtahnya. Ia terkepung dalam "lingkaran syaitan", wabaknya segera berjangkit dan boleh menikam diri.
Dipercayai majoriti rakyat tidak mudah lagi tersilau dengan umpan murahan itu. Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri, Najib Razak, seperti terkejut mengapa bantuan kerajaan pusat yang dihulurkan kepada golongan tidak berkemampuan jarang dihargai sedangkan pakej bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lebih kecil nilainya sering disebut-sebut.
Najib dan pemimpin BN tidak perlu pening kepala mencari jawapannya. Kunci kata adalah keikhlasan dan ketelusan. Bersainglah secara sihat untuk menabur bakti dan jangan rendahkan daya intelektual rakyat.
Saya sukar melupakan dialog seorang pemandu teksi warga emas, dalam perjalanan mendapatkan rawatan susulan di HUKM, Cheras. "Pilihan raya akan datang, jangan sokong BN tau! Mereka rampas duit kita RM1,000, tapi dia derma hanya RM10 dan sembang kuat untuk beritahu semua orang," ujarnya, dalam nada sedikit lucu tetapi jelas bukan bergurau.
Selang beberapa minggu kemudian, pemandu teksi lain turut berkongsi idea yang hampir sama!
Rakyat dapat memahami bagaimana sesebuah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dilihat gagal menjalankan tugas memenuhi amanah dengan lebih efektif kerana kekangan yang dikenakan kerajaan pusat, terutama dari segi peruntukan kewangan dan projek pembangunan.
Konsep federalisme memang menggariskan dengan jelas dalam Perlembagaan tentang senarai negeri dan pusat, namun ada sebahagiannya tidak dihormati pemimpin kerajaan pusat, atau dilaksanakan secara tidak adil kepada negeri yang diperintah Pakatan.
Namun demikian, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan usaha berterusan mengotakan janji seperti diungkapkan dalam manifesto pilihan raya. Wakil rakyat bersama pemimpin parti mesti bersikap proaktif di tengah masyarakat, menjadi penggerak di medan depan.
Rakyat mahu melihat perbedaan dan nasib mereka dibela. Mereka sudah muak dan jelak dengan stail kehidupan majoriti YB Umno-BN. Elemen politik baru perlu dipraktikkan.
Gaya politik baru yang muncul pada 1999 dan menyerlah ketika pilihan raya umum ke-12 bukan lagi fenomena sementara atau sekadar bermusim. Ia semakin merata dan mula menyelinap ke segala pelosok tanahair.
Peningkatan tahap pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, terutama dengan pembudayaan ruang siber di kalangan masyarakat, telah mempercepatkan lagi proses pendemokrasian dan kematangan berpolitik rakyatnya, termasuk di negara kita.
Terdapat pengkaji yang melihat gaya politik baru ini "tenggelam dan timbul" dalam tiga pilihan raya umum terdekat, iaitu muncul pada 1999, tenggelam pada 2004 dan kembali timbul pada 2008.
Justeru, ada yang bimbang, dalam pilihan raya seterusnya ia akan tenggelam semula. Mungkin gaya lama yang sarat dengan sentimen perkauman, politik adu-domba, retorik "keselamatan dan pembangunan" dominan kembali?
Soalnya, apakah aktivis dan penggerak Pakatan Rakyat hanya menunggu "nasib baik" dalam pusingan seterusnya itu, tanpa berusaha keras dan tersusun bagi mempengaruhi budaya politik masyarakat Malaysia?
Ini berikutan budaya dan tradisi masyarakat bukanlah sesuatu yang bersifat tegar, sebaliknya ia adalah lebih bersifat fleksibel iaitu ia boleh dicipta, diubahsuai, diubahsuai semula dan malah boleh dihapuskan.
Menurut Kamus Sains Politik (DBP), istilah budaya politik ditakrifkan sebagai: "Sifat dan oreintasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang."
Manakala ada sarjana yang mendefinisikan sosialisasi politik sebagai cara atau kaedah kita menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan. Ia suatu proses yang berterusan, bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup, bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.
Proses sosialisasi politik dicorakkan oleh peranan keluarga dan juga masyarakat dari pelbagai status dan kelas, selain alam pendidikan yang mempunyai impak besar. Kuasa baru dalam dunia sosialisasi politik ialah media alternatif atau ruang siber. Ia seterusnya mencetuskan ruang awam yang membuka laluan kepada perdebatan sihat tanpa saringan yang mengongkong. Media tradisi sudah kehilangan sengatnya. Kawalan maklumat tidak berkesan lagi.
Saya mahu menekankan bahawa persaingan politik dan gerakan mengembangkan pengaruh semakin terbuka di negara ini. Sepatutnya tiada pihak yang berasa rendah diri dan tertinggal jauh di belakang.
Fenomena BN menang percuma sebelum bertanding sudah berlalu. "Padang permainan" menjadi semakin rata. Meskipun proses pilihan raya masih tempang dan perlu dilakukan perubahan menyeluruh melalui tuntutan lebih agresif, namun penguasaan BN tidak sekebal mana. Sentimen perkauman bukan lagi senjata ajaib untuk menumpaskan pembangkang.
Terpulang kepada setiap "peserta" untuk melakukan persiapan sebaiknya. Jika ada masalah menghimpit, pasti tersedia jalan keluar. Yang penting adalah daya kreatif dan tekun mencari formula penyelesaian.
Harus diingat, propaganda keterlaluan media yang memperbodohkan audien, seperti terbukti menimpa BN pada 2008, hanya memakan tuan. Promosi berlebihan, yang cuba menutup salahlaku dan penyelewengan, boleh menimbulkan dampak negatif.
Namun begitu, media baru masih terbatas jangkauannya, lagipun ia bukan lagi monopoli golongan "reformasi". Mendemokrasikan maklumat perlu melalui pelbagai kaedah yang inovatif. Amat malang jika segalanya tersangkut dan terbantut pada sistem penyampaian yang bercelaru dan tidak efisyen. Dengan itu persepsi rakyat terus gagal untuk diperbetulkan.
Tidak seperti jentera Umno-BN yang cukup bergantung kepada wang, sehingga Najib tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen selagi dana politik belum terisi sepenuhnya, bagaimanapun bagi Pakatan, tanpa peruntukan yang memadai, ia juga boleh merencatkan laluan ke Putrajaya.
Misi menggantikan sebuah kerajaan yang bertapak lebih 50 tahun - apatah lagi dalam kedudukan yang hegemonik seperti BN - menuntut persiapan serapinya. Pengalaman perit memerintah beberapa kerajaan negeri, yang sentiasa ditindas kerajaan pusat, sudah cukup untuk menggerakkan persediaan itu.
Yang lebih diharapkan ialah perubahan pada sikap, mentaliti, tanggapan dan budaya politik setiap pendokong Pakatan bagi memikul tanggungjawab lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan selanjutnya terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, atas tuduhan memiliki dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, dua tahun lalu.
"Saya tidak boleh nak komen. Ini proses biasa, maknanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan buat siasatan dan hantar (laporan) kepada (pejabat) Peguam Negara.
Mohamad Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Khir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Ulasan:-Akhirnya Datuk Seri Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.Adakah ini hanya perkara biasa?Banyak kemungkinannya.......
i)Pertamanya,Selangor sekarang sudah ada ramai Tokoh Besar.Dan kebetulan pula Khir Toyo ni kan pilihan DR Mahathir.Jadi bila bos sudah tiada,anak buah juga tidak lagi bertaring.
ii)Selangor ni negeri kaya,jadi ramailah yang minat nak jadi MBnya.Mana lah tahu dapat kaut juga sesikit!
iii)Dengar cerita Datuk Noh Omar pun minat juga nak jadi MB Selangor ni?Entah-entah dia yang buat planning ni agaknya?
iv)Ini mungkin juga petanda yang PRU 13 sudah semakin hampir.Betul ke?
You are subscribed to email updates from PULAU TAWAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M
Dengan peningkatan tarif air di Johor antara tertinggi di Malaysia dan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Tidakkah kerajaan Johor ingin mengikuti langkah kerajaan Selangor?
Kerajaan Selangor tawar beli semua syarikat konsesi air
SHAH ALAM 6 Dis. - Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli keempat-empat konsesi utama bagi melaksanakan program penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dalam masa tiga minggu daripada sekarang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, ia dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 3 Disember yang membenarkan kerajaan negeri membeli kesemua konsesi tersebut.
"Ekoran itu kita akan mengemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
"Antara kandungan tawaran itu nanti ialah tawaran-tawaran daripada kerajaan negeri serta perkara yang mesti dipersetujui bersama dengan syarikat-syarikt konsesi air,"' ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.
Empat pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd., (Splash) and Konsortium ABASS.
Abdul Khalid menambah, pihaknya juga akan memaklumkan kepada kementerian berkenaan mengenai usaha untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air. - Utusan
SENAI– Siasatan secara terperinci perlu dilakukan terhadap teks ucapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan isu ketuanan Melayu sebelum mengenakan sebarang tindakan kepadanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani yang juga Pengerusi Penerangan Pas Bahagian Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, mereka yang menuduh Dr Wan Azizah perlu memahami keseluruhan isi ucapan itu daripada terus kenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurutnya, perlaksanaan ISA tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya jika kesalahan itu masih boleh disiasat dan sekiranya didapati memang bersalah, tindakan undang-undang boleh digunakan.
"Jangan mudah gunakan ISA kerana ia kelihatan menzalimi seseorang tanpa usul periksa. Jangan buat rakyat keliru fungsi ISA yang sebenarnya.
"Takkanlah baru cakap sahaja dah kena tindakan ISA. Siasatlah betul-betul dan jika memang benar Presiden PKR itu bersalah, gunakan saluran yang sepatutnya untuk kenakan tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.
Mohamad berkata, masyarakat perlu memahami perlaksanaan ISA yang sebenarnya, kesalahan apa dan ciri bagaimana seseorang itu boleh dikenakan tindakan tanpa dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu.
Sementara itu, Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin ketika diminta mengulas perkara yang sama turut menyarankan supaya pihak tertentu menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
'Serahkan kepada polis untuk buat kerja dan mereka boleh siasat dengan menggunakan akta sesuai tanpa terus guna ISA. Jangan tuduh dan menghakimi tanpa siasat kalau tiada bukti kukuh," katanya.
Kelmarin, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam satu kenyataan secara wawancara dengan UMNO-online.com menyarankan ISA dikenakan terhadap Dr Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan ketuanan Melayu semasa Kongres Nasional PKR, Sabtu lalu.
Beliau berpendapat, ISA perlu dilakukan oleh pemain-pemain utama dalam PKR, DAP atau Pas yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap kaum itu.
Jelasnya, perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh dipinda malah terlarang untuk diperkatakan.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1432 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.
Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur." (Al Furqan: 62)
Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.
Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.
Sempena Maal Hiurah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.
Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.
Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: "Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman." (Ar Rum: 47).
Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada PAS Perak sempena Maal Hijrah 1432 H.
41 kematian dilaporkan akibat daripada kebakaran yang tidak mampu ditangani oleh rejim Zionis. Dilaporkan kebakaran tersebut yang melanda hutan Mount Carmel telah memusnahkan sebanyak 10 000 ekar hutan dan memaksa 17 000 penduduk dipindahkan.
Isreal mengaku tidak mampu menangani bencana kebakaran tersebut dan telah meminta bantuan antarabangsa.
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata kebakaran dahsyat di utara Israel itu adalah 'serangan daripada Allah'.
MaranDaily menjemput semua yang menyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli PAS, DAP, PKR, Yang Benci UMNO-BN, Yang Berminat Untuk Berjuang hak2 Rakyat dan Yang Benci Penyelewengan/ Korupsi/ Kronisme/ dan Yang benci apa2 yang buruk... datanglan bersama PR di:
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS NEGERI PAHANG
Anjuran : Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang Pas Kawasan Maran
pada: 19 Disember 2010 (aHAD)
Masa: 2.30ptg-5.00ptg
Tempat: PEKAN SRI JAYA
Tunjukkan sokongan anda untukkeadilan sejagat... moh kita beramai2 beri sokongan kepada perjuangan Islam... bawa ahli keluarga bersama....
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik MatPejabat Menteri Besar Kelantan.Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nizar sedang memberi pandangan berkaitan kilang tanpa lesen proses tahi ayam di Bt 14 Trong."Itu jahatnya MIC, tak mahu tolong penduduk."kata Nizar.
Chong mengadu kepada Nizar ,kilang haram ,tanpa ada papan tanda syarikat."Kita pun tadak tau punya ini kilang sapa?kata Kwan Loong kepada Nizar.Kwan Loong juga beritahu T.Murugiah datang untuk jual ubat.
Nizar melawat kilang haram memproses tahi ayam.Bau sangat busuk sehingga sampai ke beberapa kilometer di kampung berhampiran. Kita balik rumah muntah-muntah .
Seorang penduduk beritahu Nizar ,semasa T.Murugiah lawat kilang,disembur ubat bau."Itu Rosli YB Trong pun tak mahu tolong"kata penduduk India ahli MIC .
Pada 5 Disember lalu DS Nizar bersama pimpinan PAS Kawasan diketuai Setiausaha Kawasan,Fadhil Idris ,Ketua Penerangan Cikgu Din dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional,Basher Ahmad telah melawat kilang memproses tahi ayam tanpa lesen.
Kilang memproses tahi ayam ini baru beroperasi dua bulan.Kilang tanpa papan tanda syarikat,memproses tahi ayam sehingga menjejaskan kesihatan penduduk.
Pemilik kilang Ong Soon Ping pula memberi andaian ladang berdekatan yang menggunakan baja tahi ayam sebagai punca bau,bukan kilang beliau.
"Macamana TNB boleh bekal elektrik kepada kilang seperti in?kata Nizar .
Sementara itu Morgan seorang orang MIC menyatakan T.Murugiah melawat kilang haram ini bukan menyelesaikan masalah penduduk,tetapi jual ubat hilang bau tahi ayam.
"Esok ,saya akan jumpa T.Mrugiah"kata Nizar kepada penduduk."Kita minta mereka jawab,sebelum kita guna saluran undang-undang"jelas Nizar.
Inilah yang dinamakan kecil-kecil cili api. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Amal N.Sembilan yang diketuai Pengarah Amal Negeri Sdr. Izamri Med yang telah memenangi 5 anugerah Pertandingan di Jambori Amal Pusat pada 3 hingga 5 Disember 2010 di Sg.Udang, Melaka iaitu Modul Kawad Kaki, Nasyid, Pandu Arah, Briged Komanden Terbaik dan Komanden Terbaik.
ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi membuat pendedahan mengejutkan di Sidang DUN apabila mendakwa sebanyak 1280.5 hektar Tanah Simpanan Melayu hilang atau tidak berganti apabila berlaku pengubahan status Simpanan Melayu kepada Pegangan Bebas (free hold).
Menurutnya, Tanah Simpanan Melayu yang terdapat ialah sebanyak 870,105.80 hektar. Daripada jumlah tersebut sebanyak 4845.22 hektar ditukar status ke free hold untuk perumahan.
"Sepatutnya tanah tersebut diswapping (tukar ganti) dengan keluasan yang sama, tetapi yang diganti cuma 3564.72 hektar, bermakna berlaku kehilangan Tanah Simpanan Melayu sebanyak 1280.5 hektar," ujarnya.
Dalam isu yang sama beliau turut mendedahkan mengenai peratus peruntukan kadar perumahan yang diselewengkan dari maksud asal yang berlaku di bawah kerajaan lalu.
"Sepatutnya mengikut syarat yang ditetapkan, 30 peratus adalah untuk Bumiputera dan 70 peratus adalah terbuka tapi berlaku 'lepas pandang' (kerajaan lalu) 30 peratus untuk jualan Bumiputera manakala 70 peratus untuk bukan Bumiputera," terangnya.
Kesilapan tersebut berlaku dalam tempoh yang lama dan hanya dibetulkan oleh kerajaan sekarang.
Ketua Pembangkang YB. Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) yang kelihatan tidak berpuashati bangun mendapatkan penjelasan.
Dato' Ir. Phahrolrazi menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti yang jelas di mana butiran tersebut tercatat dalam syarat perjanjian yang diberikan kepada pemaju dan beliau bersedia untuk mendedahkan bukti tersebut.
Menjawab soalan YB. Dr. Cheah Soon Hai (BN-Derga) yang mendakwa 30 kuota jualan rumah untuk Bumiputera sukar untuk dibeli oleh Bumiputera, Dato' Ir. Phahrolrazi menafikan dakwaan tersebut.
"Teorinya macam tu lah, tapi bila Bumiputera pi tanya pemaju nak beli rumah semua dah habis," ujarnya.
KELANTAN dan Kedah memiliki kelebihan psikologi apabila turun berdepan lawan masing-masing pada saingan separuh akhir kedua Kejohanan Bola Sepak PUNCAK Piala Emas Raja-Raja hari ini untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir pada 11 Disember ini.
Kelantan membawa bekalan selesa ke Kuala Terengganu selepas menumpaskan skuad Penyu itu 3-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu, minggu lepas.
Kedah pula mempunyai gelanggang sendiri untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyekat kebangkitan Johor selepas menumpaskan skuad selatan tanah air itu 3-1 di Stadium Larkin, minggu lepas.
Dengan kelebihan 3-0, Kelantan seharusnya tidak hilang fokus manakala Terengganu berdepan tugas sukar mencipta keajaiban memburu sekurang-kurangnya empat gol atau lebih biarpun bermain di laman sendiri di Kuala Terengganu.
Kelantan boleh menghela nafas lega dan mampu untuk tidak menurunkan kesebelasan utama dengan tujuan merehatkan pemain tonggak bagi menghadapi lawan sekiranya mara ke perlawanan akhir nanti.
Dengan gawang mereka nampak selamat di tangan Mohd. Shahrizan Ismail, jurulatih Zahasmi Ismail berpuas hati dengan jentera pertahanannya yang dikemudi Sharudi Aziz selain Sani Nawi, Shafiq Haikal dan Nik Mohd. Shahrul Azim.
Jentera tengah Kelantan dilihat semakin ampuh dengan peningkatan prestasi Mohd. Ezrie Shafizie, Rosairul Asrul, Izuan Salahuddin serta Khairan Ezuan Razali.
Dua nama yang menjadi sebutan dalam skuad Kelantan kini, Ramzul Zahidi Adenan dan Aris Zaidi, penjaring dua gol ketika menentang Terengganu minggu lepas, bakal terus menjadi duri buat Terengganu.
Pada satu lagi separuh akhir, Kedah yang berazam mahu menebus kekecewaan kalah di final tahun lepas, dijangka tidak berdepan tugas sukar mempertahankan hasil tuaian di Stadium Larkin di Johor Bahru sebelum ini.
Jurulatih Kedah, Mohamad Ramlee mengharapkan pemainnya terus mempamerkan konsistensi.
Minggu ini memang banyak perkara yang menarik. Bermula dengan Konvensyen MB pada Isnin 29hb, usul undi tidak percaya kepada Menteri Kerja Raya pada Rabu 1hb dan kemuncaknya Ahad 5hb bersama rakyat membantah penswastaan air.
Walaupun tidak dapat saya hadir Konvensyen tersebut, saya ikuti perjalanannya dari jauh semasa menghadiri sesi Parlimen. Ianya merupakan langkah pertama ke arah penyelerasan kerajaan-kerajaan Negeri di bawah PR dan insyaAllah akan membantu memantapkan lagi kedudukan kerajaan-kerajaan tersebut. Keadaan dan suasana di kesemua empat Negeri berbeza dan oleh itu sudah pasti akan terdapat perbezaan dalam sudut perlaksanaan, namun prinsipnya tetap sama. Yang agak menggelikan hati, timbul isu kononnya kerajaan Kedah ingin menuntut balik Pulau Pinang. Kalau ya pun, biarlah selesai dulu tuntutan 'kerajaan Selangor ke atas Wilayah Persekutuan'. Dahlah beli dengan harga murah, bila dah dapat sombong pula! Setelah kalah 10 dari 11 kerusi Parlimen, lantik Menteri Wilayah dari BN juga. Dasar muka tidak tahu malu. Lepas tu pandai pula komen pasal kerajaan Negeri Selangor.
Begitu juga dengan soal harga air di Kedah. Ada yang berkata, Kedah pun naik harga air! Kenapa hanya yang di Selangor dibuat bantahan. Ni jenis makhluk yang tidak faham dan tidak mahu faham. Di Selangor ianya diswastakan. Kenaikkan harga bukan kerana rugi tetapi kerana sudah tercatat sebegitu dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN Selangor dulu. Kerajaaan pengkhianat yang menjual hak rakyat Selangor kepada pihak swasta, iaitu tuan Bendahari UMNO Selangor. Kalau harga dinaikkan yang untung dia, yang merana rakyat. Gaji RM425 ribu sebulan tak cukup lagi ke sampai nak naikkan harga air sebanyak 37%? Eh, dengan gaji sebanyak itu, maknanya dia terima dalam sebulan bersamaan seseorang yang bergaji RM2 ribu terima dalam tempoh hampr 20 tahun tahu tak? Tetapi juak-juak UMNO masih sokong kerana dapat 'merasa' imbuhan 'upah jadi bodoh' darinya. Juak-juak UMNO memang sentiasa sahaja sanggup.
Walaubagaimanapun, di Kedah, air tidak diswastakan. Harga air dinaikkan kerana sudah mula rugi. Kalau bayar lebih pun, bukan masuk poket swasta, sebaliknya kembali kepada kerajaan. Itu beza yang tidak dapat difahami dan tidak mahu difahami juak-juak UMNO ini.
Soal usul potong gaji Menteri Kerja Raya, memang telah menjadi kecoh dewan seketika. Tetapi apa lagi yang mampu kita lakukan sedangkan beliau, memilih pilihan lambat dan mahal dalam isu hospital Shah Alam. Apabila di retender, harga bertambah dan pada masa yang sama tempoh siap kerja adalah 30 bulan dari tarikh terima surat tawaran. Tender baru dipanggil! Sedangkan ada tawaran diskaun 3 Juta dan tempoh siap 18 bulan yang dikemukakan oleh sub-kontraktor yang sediada. Persoalannya sekarang mengapa Menteri pilih pilihan lambat dan mahal? Siapa yang akan mendapat tender yang baru, siapa yang akan untung? Rakyat? Memang patutlah dipotong gaji.
Berkenaan projek Istana Negara dan sebagainya Menteri diam dan tidak menjawab kerana dia tak boleh jawab. Hanya ada segelintir pencacai UMNO yang lebih hebat dari Menteri, minta saya kemukakan bukti. Sungguh kelakar. Kalau Menteri pun sudah mengaku perkara sebenarnya, hendak berdolak dalih dengan meminta bukti buat apa? Hiiish, pencacai UMNO ni, kalau ingin bodek pun, tengoklah dulu tempatnya.
Walaubagaimanapun, yang terhebat bagi saya, ialah berita dalam akhbar The Star pada 4 Disember, Menteri Besar (lanun) Perak menjawab persoalan mengapa Ibunya sendiri diberi tanah, beliau menjelaskan begini:
"The owner of the piece of land, occupied by 100 hardcore poor families, including his mother, had approached the State Government with an offer to sell it".
Terjemahan – " Pemilik tanah yang diduduki 100 keluarga miskin tegar, termasuk ibunya, telah membuat tawaran untuk menjualnya ke kerajaan negeri".
Wah, tak disangka, seorang MB Perak ibunya duduk di kawasan setingan dan merupakan seorang miskin tegar. Untuk makluman yang tidak tahu, MB sekarang sebelum ini adalah ahli Exco pada zaman Tajol Rosli menjadi MB. Sekiranya benar, adakah wajar seorang anak membenarkan ibunya sendiri berada dalam keadaan sebegitu sambil dia menjadai Exco kerajaan dan sekarang MB? Tidak bolehkah dia sebagai seorang anak memberi wang kepada ibunya sendiri setiap bulan supaya terkeluar dari keadaan sebegitu? Takkan perlu tunggu jadi MB baru boleh tolong ibu? Ini namanya anak yang tidak guna - kalau benarlah apa yang diceritakan. Atau ianya hanya satu alasan yang diberi tanpa memikirkan implikasi dari penjelasan itu? Biasalah orang UMNO, kuat menipu.
Namun wajarlah juga kalau difikirkan. Orang yang menipu atau khianat ibu sendiri sudah pasti mampu menipu atau mengkhianati rakyat negeri Perak dengan merampas kuasa sebegitu rupa dan mentadbir negeri dengan keadaan menindas.
Saya akan sambung dengan menceritakan pengalaman semasa demo air tempohari pada petang ini insyaAllah. Disamping itu, selamat beristirehat sempena cuti Awal Muharam pada hari ini.
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.
Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.
Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.
Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.
Perutusan Maal Hijrah menjelang 1 Muharam 1432H bersamaan 7 Disember 2010
Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, Saudara-saudari muslimin-muslimat dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati dan dikasihi sekelian.
Pada 7hb December, 2010 maka genaplah setahun untuk menyambut tahun1432H.
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah. "Hijrah" menurut pengertinya berpindah dari sesuatu/tempat yang buruk/baik menuju ke sesuatu/tempat yang baik/lebih baik, karena kita tidak menyukai sesuatu/tempat tersebut. Jadi inilah masa untuk kita memikir apakah pilihan terbaik buat kita dalam menentukan siapa yang lebih baik memberi kebajikan yang kita harapkan selama ini. Buatlah pilihan yang tepat agar kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari sekarang.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Dengan ini PAS Miri mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada seluruh rakyat Malaysia semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat selalu.
PAS Miri wishes a Happy New Year! Maal Hijrah 1432H to All Malaysian citizens
Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,
To all Malaysian citizens, every year we celebrate our important day for Muslim. Maal Hijrah, which is also called Awal Muharram, is an important day for Muslim. It falls on the first day of Muharram on every Muslim calendar year, which is the first day on Muslim calendar.The meaning of Maal Hijrah in English is migration. On this day,Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah onthe year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self onself achievement. We hope Malaysian citizen can make a good choice from bad government to a better government, this is also parts of hijrah so don't let down your right to choose a wrong direction. So let's go for a good change.
"Awal" means beginning in English and Muharram is the first month of Muslim calendar. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the New Year for all Muslim. Thisday has become an important religious day for all muslim. Almost all the masjid@mosque will have solat sunat.
Wish everyone Maal Hijrah and may this year be better than the last.May our dreams, desires, and wishes are true and may we all be inhealthy under the blessing of The Almighty; The Most Gracious and The Most Merciful. PAS Miri wishes all Malaysians a Happy Maal Hijrah 1432H
Corruption And Abuse of Power – Irrefutable Evidence Against Taib. Exclusive! Sunday, December 5th, 2010 GMT
Land from the people - profit to the Chief Minister
Certain people in high places are given to alleging that the facts which have been published in Sarawak Report may not be true. Yet, the allegations we have published have been verifiable and documented. Likewise, available to the Malaysian Anti-Corruption Commission in the government's own register of companies, is the following irrefutable information. The company Mesti Bersatu is a major shareholder in Delta Padi Sdn Bhd, a venture that has caused shocking devastation on the mainly Melanau island of Pulau Bruit. Also documented and verifiable is the fact that the Sarawak government has handed large tracts of land in Sungai Lengan on Pulau Bruit at minimal cost (RM78,000 for 100 hectares) to Delta Padi Sdn Bhd to develop a rice project, for which laughable levels of compensation have been offered to the Native Customary Landowners of the area. Pristine Mangrove forests have been destroyed over the past four years and the waters of the region have been polluted. Environmentalists are concerned that the development is now illegally encroaching also on the National Park on the island.
The Chief Minister's shareholding is stated in the Register of Companies
Mesti Bersatu, which is such a large shareholder in this enterprise, belongs to the Chief Minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud and members of his family. His name is printed in black and white as a key shareholder in the Register of Companies for all to see. This means that as the Head of Government he has been handing the land and development opportunities to himself. Mesti Bersatu's two partners in Delta Padi are Taib's business crony Hii Yu Peng and the organisation Pelita, which belongs to Sarawak's Land Custody and Development Authority (LCDA), of which Chief Minister Taib Mahmud is also the Chairman! This is all in black and white – there can be no argument. It should be observed that the Sarawak Government has given these grants of valuable land to Delta Padi thanks to specific decisions by the Planning & Resources Minister and, of course, the Chairman of the LCDA. These key decision-making positions when it comes to the granting of land are both occupied by the Chief Minister, Abdul Taib Mahmud. Therefore, Taib has particularly used his position of direct authority over these departments to hand himself cheap land, which he had alienated from the native people. This is a clear case of conflict of interest, abuse of power and corruption. Not just public land but also public money has been channelled into the Chief Minister's company However, it has not just land that Taib has been handing to himself through to Delta Padi Sdn Bhd. Both state and federal government money is also evidently being poured into supporting the venture, of which he and his family are such major shareholders. These resources will have been made available thanks, of course, to the decisions of Sarawak's Finance Minister. Sarawak's Finance Minister is also Abdul Taib Mahmud. This is another clear case of conflict of interest, abuse of power and corruption. In an announcement to the news agency Bernama in 2004, the Minister James Masing explained the Sarawak Government's policy towards the project – a policy that is spearheaded by the Chief Minister, Finance Minister, Land & Resources Minister and Chairman of the LCDA, who are all Abdul Taib Mahmud. The report quotes Masing: '"Since Sarawak is basically in its early stage of rice production, subsidy must be provided for it to succeed." He [Masing] said his ministry would act as the main co-ordinator between the various state and federal agencies and ministries involved in order for it to succeed. He said under Phase One of its proposed development, a sum of RM19 million was needed for its irrigation system and he hoped the Federal Ministry of Agriculture could make the fund available soon. Masing said it had been estimated that about RM75 million was needed for the granary overall development………. On the Delta Padi Plantation, he said since its inception seven years ago, a sum of RM18 million had been spent in its development. It had also invested RM8 million on its own rice milling facility the biggest in the country …. Masing said the state government would assist Delta Padi in dealing with its main rat and bird problems and in looking for more markets for its rice. He urged the national rice board or BERNAS to lend a helping hand". [James Masing, Bernama 18/10/2004]
No proof? The Chief Minister and his family own Mesti Bersatu
Corruption Progress and Development? - 6 years after Taib took their land and stripped their forest these locals are left destitute. The above information is all verifyable to the Malaysian Government and the MACC through the Register of Companies, their own official documents and ministerial announcements. The government auditors will be well-placed also to assess just how much Federal and State money has in total been poured into helping Delta Padi develop the project, in which the Chief Minister and his family hold a such a major shareholder interest. In this context they might like to consider how little of those substantial millions have been spent in assisting the desperately poor Melanau and Iban populations of the area who have lost their fishing and hunting grounds and are suffering flooding and pollution as a result of the degradations and plantations on their Native Customary Lands? So what is not true? Therefore Sarawak Report would like to enquire on what basis BN commentators care to suggest that our accusations might be untrue and on what basis the MACC is refusing to investigate the State of Sarawak's Chief Minister for abusing his powers to enrich himself and his family?
Former Mangrove Island - stripped by Taib Perhaps it is because it would appear that the members of the BN party have a highly undeveloped understanding of what forms corrupt practice? In an interview recorded last week, Taib's political ally, YB Karim Hamza, attempted to justify the Sarawak State Government's current White Paper proposals to clamp down on media outlets like Sarawak Report, with a series of statements that have caused hilarity throughout Malaysia and abroad. While complaining that the reports on Taib's wealth are not proven, Hamza's simultaneously sought to justify it! It would surely be "unfair" he argued for the Chief Minister not to be able to take up the "opportunities" provided by his office for example to buy "cheap land" if someone were to offer it to him? Hamza further articulated at length how public office is regarded by himself and fellow BN members not as an opportunity to serve the community, but as an opportunity to get into business at the same time and to make money from the "connections" that arise. Mixing politics and business in such a way is essentially the dictionary definition of political corruption and Hamza has openly admitted to approving it. In the interview, which can be heard on Radio Free Sarawak via it's website http://www.radiofreesarawak.org/ he frequently declares that it would not be "fair" if only businessmen and not politicians could be wealthy and "fly around in jets" and asserts that the families of politicians must of course be advantaged by using their resulting 'network' of connections. He also slanderously implied that Prime Ministers in the UK and USA do the same and are "all filthy rich".
Taib took the 'opportunity' to make millions, but what was in it for the Melanau voters of Pulau Bruit? Since Abdul Taib Mahmud, who receives a modest official salary appropriate to the concept of public service, is clearly wealthy beyond imagination; since he puts endless government contracts the way of his family; since he demands large sums of money and shares from any business that seeks to gain a licence to operate in Sarawak and since he also flies around constantly in private jets, we can only conclude that the Chief Minister agrees one hundred percent with Hamza's justifications of corruption. Favours to Delta Padi from Taib's government departments It is clear that Mesti Bersatu's involvement in the Delta Padi project forms one of the 'business opportunities' of the sort that YB Karim Hamza was referring to. Crony business tycoon Hii Yu Peng evidently provided the Chief Minister with an 'opportunity' to take a stake in his venture to turn the Native Customary Rights Lands on the pristine island of Bruit into a paddy project. Mr Hii Yu Peng has of course put in most of the private capital into the venture, true to the pattern of all Taib's dealings with local towkeys in search of land and licences, which he totally controls. Indeed it is extremely unlikely that the Taib family company Mesti Bersatu has contributed a single penny to Delta Paddy in return for the quarter of all the shares that they have acquired. A further quarter of the shares are in the hands of the state agency Pelitia, most likely pending a suitable time for their 'privatisation' into the Taib family clutches, after the need for more state funding has passed (keep reading Sarawak Report for further evidence on this practice). In return for this private investment by Hii, the State Government and in particular the LCDA department of which Taib is Chairman, has granted an eye-watering level of 'opportunities' to Delta Padi. These 'opportunities' also noticeably escalated in the aftermath of the incorporation of Mesti Bersatu in May 2007 and its involvement in the Delta Padi project.
Carving up Pulau Bruit - the map is wrongly labelled as Delta Padi does not belong to Jaya Tiasa, it belongs to Taib Sarawak Reports researches have now identified the following plots mainly in Pulau Bruit, as having been handed to Delta: 3 plots in Sungai Lengan, Sibu (acquired 2005 – 2010) amounting to 100 hectares for a bargain basement RM78,000 6 plots in Batang Lebaan, Sibu (acquired 2007) amounting to 2,000 for RM2.5 million 2 plots in Sungai Buloh (acquired 1999) amounting to around 300 hectares for nothing. 4 plots in Serendeng Sarikei (acquired 2009 and 2010) amounting to 1,000 hectares for a give-away RM700,000 2 plots in Tulai Meradong (acquired 2008) amounting to about 400 hectares for RM310,000 4 plots in Paloh (acquired 2000-2005) amounting to around 7,700 hectares between 1998-2008 for roughly RM 2.75 million 1 plot in Mukah (2008) of 5,000 hectares for RM 2.5 million.
Coming to court The recent extension of the lands handed to the Delta Padi venture has now sparked a legal action by 8 Native Iban villages, who will be represented by the human rights lawyer and PKR leader of Sarawak Baru Bian. Mr Bian will most likely be surprised to discover that he is to be challenging the Chief Minister himself in this civil case, as locals were misleadingly informed that the company behind the Delta Padi project was Rimbunam Hijau, presumably in a mishandled attempt to hide Taib's involvement. Sarawak Report is wondering when such civil cases against the Chief Minister will finally give way to more appropriate criminal cases in the Federal Courts of Malaysia, given the evidence of this and numerous other cases of corruption by BN in Sarawak?
PS: Beginilah nasib rakyat Sarawak yang bertuankan Bn, hampir seluruh tanah di Sarawak dikuasai oleh pemimpin Bn yang tamak dan haloba, mereka langsung tidak memperdulikan nasib rakyat Sarawak yang tidak mempunyai tanah dan tempat tinggal, semuanya dikaut oleh pemimpin yang rasuah dan menyalahguna kuasa. Sekarang tiba masanya rakyat Sarawak sedar dari lamunan mimpi dan bangun serta bersedia untuk menukar kerajaan yang teruk kepada kerajaan yang memberi kebajikan untuk semua rakyat Sarawak. Bah mari kita berubah dan berhijrah dari kerajaan Bn ke kerajaan PAS dan PAKATAN Rakyat. Selamat berhijrah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Hijratur Rasul 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010Masehi.Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam.
Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT. Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.
Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini.Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas.
Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan Hijratur Rasul ini tidak disuruh oleh Nabi s.a.w. tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi s.a.w. dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1 Muharam 1432 bersamaan 7 Disember 2010
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
KOTA BHARU – Bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli Amengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana memberikan bonus RM200,000 dan kesal dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwanya tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.
"Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak mendapat bonus sedangkan kami berada dalam skuad utama.
"Pada masa yang sama, saya mendapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu tetapi saya berharap Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa akan dapat menyelesaikannya selepas pulang daripada luar negara nanti," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Difahamkan, pembayaran bonus mengambil kira persembahan dan gaji pokok pemain yang rata-rata dipercayai antara RM3,000 hingga RM20,000.
Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap tanpa sebarang masalah membabitkan pemain, bagaimanapun sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia beberapa tonggak dikatakan akan berhijrah ke pasukan lain.
Dua pemain iaitu Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan, bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Syed Adney masih belum diketahui biarpun desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN kerana tidak sanggup melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam kepimpinanan BN, kata Timbalan Presiden sapp, Datuk Eric Mojimbun.
Tegasnya, teguran yang dibuat oleh parti-parti kecil dalam BN khususnya, SAPP, langsung tidak diambil peduli oleh mereka, walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju ke arah landasan yang betul.
"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan, kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis induksi ahli-ahli baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pagi tadi.
Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi.
Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya di Sabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.
Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), kad pengenalan palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa sehingga sehingga kini masalah tersebut masih tergantung.
"Perjuangan SAPP semata-mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.
Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali laporan media baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia.
"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya, siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin Umno di Semenanjung yang suka membazir dan menggunakan peruntukan yang berlebihan untuk kroni-kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentunya kita di Sabah kerana pembangunan tidak sampai.
Kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan di pedalaman yang penduduknya merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.
Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan Umno yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan di situ.
Katanya, cukuplah Umno bertapak di situ selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan Umno selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan di mata, ber 'Raja' di mulut dan ber 'Sultan' di hati".
Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata di peringkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP kerana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat di Sabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka. -Mail Mathew
RAKYAT TIDAK TERBEBAN DENGAN KENAIKAN PETROL DAN BARANG,
YANG RAKYAT TERBEBAN IALAH MENANGGUNG BN
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga Petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair sebanyak 5 sen menjadikan RON95 kini RM 1.90 sen seliter, diesel kepada RM1.80 sen seliter dan LPG menjadi RM 1.90 sekilogram manakala gula menjadi RM 2.10 sekilogram dengan kenaikan sebanyak RM0.20.
Dengan kenaikan ini maka lengkaplah pesta kenaikan harga barang yang diusahakan kerajaan BN. Dua hari sudah, kerajaan menaikkan harga Petrol RON97 sebanyak 15 sen tidak sampai dua bulan kenaikan sebanyak 5 sen.
Seperti biasa, kerajaan menggunakan ayat penyelarasan semula serta mengurangkan perbelanjaan negara. Dikatakan, kenaikan ini mampu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak RM 1.18 bilion serta mengimbangi defisit kewangan negara. Kerajaan menyatakan tidak mampu menampung subsidi kepada rakyat dengan harga lama, maka dengan sebab itu harga petrol dan barang keperluan terpaksa dinaikkan. Lebih menyakitkan hati, sesetengah pemimpin negara menyatakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan harga petrol Malaysia masih rendah berbanding dengan negara jiran yang lain.
Faktanya, kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat. Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula. Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.
Jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak. Namun malang bagi rakyat Malaysia, kerana tidak berhak menikmati kekayaan hasil bumi yang kaya ini. Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain. Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa? Mengapa rakyat perlu menjadi korban hanya semata-mata kerajaan tidak mampu menampung subsidi negara. Seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil bagi 'membela' rakyat. Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat.
Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan. Soal kenaikan gaji, elaun tambahan, gaji minimum tidak pernah menjadi perhatian utama kerajaan. Rakyat kini bukan sekadar tidak terbeban dengan kenaikan harga barang, tetapi tidak mampu menampung beban menanggung BN.
Disediakan oleh
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).
Ketika mengumumkan perkara itu di Istana Balai Besar di sini malam tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuat kuasa 2 Disember lalu.
Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
Mohd Aiseri juga mengumunkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato'' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Tengku Razaleigh, 73, Ahli Parlimen Gua Musang dan ketua Umno bahagian itu, adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
"Menjunjung titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenan menarik balik darjah kebesaran dan anugerah kedua-dua individu itu," kata beliau dipetik Bernama.
Menurut Mohd Aiseri, mereka yang terbabit dalam penarikan balik darjah kebesaran itu telah dimaklumkan melalui surat serahan tangan sehari selepas itu.
Beliau berkata, penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak baginda Sultan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.
Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyingung perasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 September lepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.
Yaacob pula mewakili anak guamnya dalam mengemukakan saman terhadap pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas.
The Malaysian Insider pagi semalam melaporkan Sultan Kelantan telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui.
Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" kelmarin mengesahkan Istana Kelantan telah memutuskan untuk menarik balik dua pingat dengan salah satunya D.K., yang dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
Tengku Razaleigh telah digugurkan daripada keanggotaan Majlis Perajaan Negeri (MPN) September lalu.
Laman web mengenai darjah kebesaran menyebut D.K. dizahirkan pada 1916 dan dianugerahkan kepada Kerabat Diraja serta kepada orang-orang yang bertaraf tinggi dan ternama yang telah membuat jasa kebaktian yang cemerlang kepada Kelantan.
Keanggotaan darjah kebesaran ini adalah juga dianugerahkan kepada Raja-raja dan Kerabat Diraja dari luar negara.
Darjah kebesaran ini mempunyai satu peringkat sahaja.
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan
Kepada:
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Yang Dipertuan Agong, Malaysia
Daripada: Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 2010
Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,
Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,
Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,
Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;
Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)
Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.
3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.
4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri
Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.
5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.
Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.
Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.
Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.
Tiada sambutan dan syok sendiri sahaja. Kenapa hanya 150 orang (versi Berita Hairan la). Katanya GAPS ni adalah gabungan lebih 50 NGO termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor, Gerakan Belia 4B Selangor, GPMS Selangor, Kesatuaan Pelajar Melayu Selangor termasuk persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu. WOW!!! Tak boleh ke mengatasi atau seramai demontrasi bantah penswastaan air anjuran Pakatan Rakyat?
PS : Memang mereka ni suka meniru tapi kecut, orang lain nak demo, konon mereka pun nak demo, tapi orang lain berani mereka takut kene sembur, maklum tak biasa susah, dah kenyang perut dengan kesenangan, nanti kena lokap polis lagi susah tak dapat kontrek dan projek...mereka ni mana fikir masalah kesusahan rakyat...
Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Lebih 150 ahli Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka pada jam 11 pagi, sebelum bersurai atas nasihat polis, semalam.
KUALA LUMPUR: Para peserta perhimpunan aman anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantah kenaikan tarif air hari ini dikasari oleh anggota polis sehingga ramai yang cedera, pengsan dan ada terlantar di hospital untuk menerima rawatan.
Di antara yang cedera dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur ialah isteri Dr Badrul Amin Bahron, penyelaras kempen anti kenaikan tarif air.
Isterinya, Zumrah Husni, 45 tahun, jatuh pengsan ketika cuba membantu seorang demonstran yang cedera di kaki.
Ketika dihubungi FMT petang tadi, Dr Badrul berkata, ketika kejadian kelam kabut itu berlaku, isteri saya cuba untuk menyelamatkan seorang lagi peserta lelaki yang kini turut berada di hospital akibat patah kaki.
Menurut beliau, isterinya masih dirawat di hospital dan masih dalam keadaan lemah.
Patah kaki kanan
Dr Badrul berkata, seorang peserta demonstrasi Azami Ismail berusia 51 tahun patah kaki kanan dan sedang di rawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Tambah Badrul Amin, pihaknya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Khalid ke Istana Negara tetapi sebaliknya bertindak kejam terhadap para demonstran.
"Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.
nak bersurai pun kena serbu...apalah PDRM
"Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.
"Tetapi secara tiba-tiba dalam proses bersurai itu polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari," katanya.
p/s : Dalam keadaan kelam kabut pun masih tetap mahu menolong insan lain yang cedera, tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri walaupun akhirnya diri sendiri turut pengsan. Tahniah
Ini negara-negara pengeluar minyak.. nak kata apa wei!?
Harga ini pada 30May 2008, sekarang pun tak naik-naik lagi.. Malaysia dari 2008 - 2010 berapa kali naik weh!?
mari tanya mereka ape kes?
Konon rakyat didahulukan, dalam kes kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula langsung tak mahu ambil kesah pasal rakyat. Antara tindakan PM Najib dan rakan-rakan UmnoBN ialah :
1. MEMEKAK KAN TELINGA (lambat laun rakyat akan terima terutama melayu)
2. MEMBUTAKAN MATA (buat-buat tak nampak kesusahan masyarakat bawahan, jangan bertemu akar umbi, nanti tak boleh jawab)
3. MEMBISU DAN MENGELENTONG ISU TERSEBUT (isu ini jangan keluar dalam akhbar, TV atau media maya, tutup rapat dari pengetahuan rakyat, kalau nak keluar gunakan istilah lunak seperti tarik subsisi, pelarasan harga atau seragamkan harga)
Akibat takut rakyat bangkit, PM langsung tak jawab dalam konvensyen BN...pening Ismail sabri...atau ini konspirasi nak pecat menteri tersebut...
Komen : PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 menyokong 100% penguasaan semula sumber air Negeri Selangor. Pulangkan semula hak rakyat. Kita tidak perlukan CEO gaji sampai RM5 juta setahun.
Kerajaan Selangor tawar beli semua syarikat konsesi air
SHAH ALAM 6 Dis. - Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli keempat-empat konsesi utama bagi melaksanakan program penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dalam masa tiga minggu daripada sekarang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, ia dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 3 Disember yang membenarkan kerajaan negeri membeli kesemua konsesi tersebut. "Ekoran itu kita akan mengemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. "Antara kandungan tawaran itu nanti ialah tawaran-tawaran daripada kerajaan negeri serta perkara yang mesti dipersetujui bersama dengan syarikat-syarikt konsesi air,"' ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.
Empat pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd., (Splash) and Konsortium ABASS.
Abdul Khalid menambah, pihaknya juga akan memaklumkan kepada kementerian
berkenaan mengenai usaha untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta
pendirian kerajaan negeri berhubung isu air. - Utusan
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN kerana tidak sanggup melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam kepimpinanan BN, kata Timbalan Presiden sapp, Datuk Eric Mojimbun. Tegasnya, teguran yang dibuat oleh parti-parti kecil dalam BN khususnya, SAPP, langsung tidak diambil peduli oleh mereka, walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju ke arah landasan yang betul. "Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan, kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis induksi ahli-ahli baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pagi tadi. Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi. Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya di Sabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN. Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), kad pengenalan palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa sehingga sehingga kini masalah tersebut masih tergantung.
"Perjuangan SAPP semata-mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric. Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali laporan media baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia. "Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya, siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin Umno di Semenanjung yang suka membazir dan menggunakan peruntukan yang berlebihan untuk kroni-kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa? Sudah tentunya kita di Sabah kerana pembangunan tidak sampai. Kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan di pedalaman yang penduduknya merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur. Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan Umno yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan di situ. Katanya, cukuplah Umno bertapak di situ selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan Umno selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan di mata, ber 'Raja' di mulut dan ber 'Sultan' di hati". Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata di peringkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP kerana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat di Sabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka. -Mail Mathew
Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu...
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.
Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.
"Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC)," kata beliau.
MEMORANDUM DITANDATANGANI 150,000 PENYOKONG KERAJAAN SELANGOR DISERAH KEPADA YANG di-PERTUAN AGONG Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda berhubung isu pengambilalihan industri air oleh Kerajaan Selangor dari syarikat konsesi yang telah tertangguh lebih dua tahun lalu di Istana Negara, hari ini, Beliau menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman yang menerimanya bagi pihak Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 2.15 petang. Memorandum itu disokong 150,000 rakyat Selangor yang menandatangani memorandum berkenaan.
Memorandum Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan
Kepada: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Yang Dipertuan Agong, Malaysia
Daripada: Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
2010
Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,
Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,
Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,
Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;
Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)
Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.
3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.
4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri
Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.
5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.
Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.
Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.
Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewengan kerajaan BN akan terbongkar sehingga beliau mengingatkan pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang. Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak. Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui. Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita. Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini
Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media Umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato' Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi. Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar. Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden Umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan. Tetapi zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin Umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya
SHAH ALAM 6 Dis. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 hanya dengan harga RM3.5, dua tahun lalu.
Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin. – Utusan
Komen : Bukan sekadar di pinggiran, cuma sebagai Timbalan .
Nik Aziz tetap sokong Anwar
KOTA BHARU 5 Dis. -Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menyokong cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini biarpun Dewan Ulama Pas membantah.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang menjadi warganegara layak menjadi Timbalan Perdana Menteri asalkan ia tidak bercanggah dengan Islam.
"Saya nak sebut begini sekadar nak jadi timbalan tidak jadi masalah, syaratnya tidak bertentangan dengan Islam. Nak buat apa Cina, Melayu dan India, rakyat Malaysia ada kad pengenalan boleh jadi ahli Parlimen.
"Semua boleh mengundi, apa lagi boleh jadi ahli Parlimen tidak ada tentangan dalam Perlembagaan. Sekarang pun ada yang menjadi menteri dalam Barisan Nasional (BN).
"Baki lagi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri mesti diputuskan oleh jawatankuasa peringkat pusat pula," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan pelbagai pihak yang menentang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Komen : Asal anak Kelantan, dikutip jadi senator sebab rakyat Kelantan tak mahu sengkokol dengan penyokong judi bola ini. patutlah beria-ia hentam pentadbiran Kelantan. elok disenarai pendek sebagai anak Kelantan derhaka.
Ekspo: Husam cabar Awang Adek kemuka bukti
KOTA BHARU, 5 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang mendakwa sejumlah RM10 juta wang negeri dibelanja bagi kegunaan Ekspo Cheng Ho yang diadakan baru-baru ini.
Husam berharap Awang Adek dapat membuktikan sejumlah wang tersebut dan sekiranya ia tidak dapat dibuktikan beliau akan mengambil tindakan seterusnya.
"Saya hairan macam mana dia dapat angka tersebut dan bagi pihak kerajaan penganjuran ekspo tersebut amat berjaya dan adalah jahil sekiranya beliau mengatakan hanya sebagai pameran sejarah semata-mata dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negeri," ujar beliau.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis Pecah Tanah Dataran Rakyat di Bandar Baru Tunjong yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Konvensyen Kelantatan Trade Centre hari ini.
Beliau juga berkata kedatangan Setiausaha Agung Asean, Dr Surin membuktikan kejayaan Ekspo Cheng Ho dan begitu juga kedatangan pelbagai lapisan pedangan dari negara China dan pendedahan media asing khususnya dari negara China membolehkan Kelantan dikenali ramai dan akan menarik pelabur dari benua tersebut.
Sementara itu, Tuan Guru berharap pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjung dapat menamakan satu jalan dalam bandar tersebut dengan nama 'Jalan Haji Cheng Ho' bagi meraikan hubungan baik antara masyarakat Islam Kelantan dan masyarakat Cina Islam dan bukan Islam.
Dataran Rakyat yang berkeluasan 6.591 ekar bagi pembinaan sejumlah 460 unit lot-lot bangunan perniagaan, pihak pemaju turut menyediakan proses pembiayaan skim pembiayaan mudah bagi Bumiputera dalam mendapatkan lot-lot bangunan tersebut.
Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan Oleh Mohd Sayuti Omar SEMASA penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru-baru ini saya tersapa Mustapa Mohamed dan bercakap beberapa patah dengannya. Kebetulan pada masa itu peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun lewat berhampiran kami bercakap. Mustapa begitu terpandang Hafarizam - dengan gaya tersendirinya (gopoh takut) menyapa Hafarizam dengan penuh hormat. Mustapa memang sangat menghormati orang yang ada kuasa dan kedudukan.
"Ini peguam negara?" kata Mustapa memperkenalkan Harfarizam kepada saya sambil menempuk-nepuk bahu Hafarizam. Saya sudah kenal peguam muda ini sewaktu dia mengurus dan menyelesaikan kes petisyen dibuat oleh bekas calon BN yang kalah di Kulim Bandar Baru, Abdul Aziz Sheikh Kadir. Kes itu diselesaikan diluar mahkamah dengan Aziz menarik balik petisyen dan ahli Parlimen Kulim Bandar - Baru kekal sebagai wakilnya. Adalah terma-terma tertentu menyebabkan petisyen itu ditarik balik dan mengekalkan ahli Parlimen berkenaan di Parlimen.
Saya tidak mengambil berat atas apa yang Mustapa katakan itu. Bagi saya sesiapa pun sama saja, apa lagi saya tidak ada apa-apa kepentingan dan keperluan untuk menghormati peguam Umno itu berlebih-lebih. Saya tidak perlu sampai menunduk dan bersujud sahwi kepadanya atau sesiapa sesama manusia. Cuma saya mengatakan, "sekejap tengok sini saya nak ambil gambar," dan saya memetik punat kamera, sreehhhh shup.
Mustapa sebagai orang Umno No 1 Kelantan seronok dapat bergambar dengan Hafarizam. Baginya samalah dapat bergambar dengan Abdul Ghani Petail. Saya percaya kalau umur Umno panjang peguam muda yang katanya sudah bertaraf jutawan ini (kerana mengendalikan kes-kes Umno ini) akan jadi peguam negara. Beliau juga katanya anak didik dan rapat dengan Ketua Hakim Negara hari ini.
Sebenarnya kerja dilakukan Hafarizam samalah dengan kawan saya lakukan. Kendalikan kes mahkamah berhubung petisyen pilihan raya di seluruh negara. Tetapi kerana kawan saya mengambil kes di pihak pembangkang, (Pas) maka tidaklah ia mepunyai wang yang banyak. Ada kalanya kerja atau perkhidmatannya tidak dibayar langsung ataupun hanya diberi sebungkus tapai saja.
Apabila membaca kenyataan dan pandangan Hafarizam berhubung isu ketuanan Melayu yang meletus ekoran ucapan dasar Dr Wan Azizah Ismail dalam kongres PKR tempoh hari, saya tidak nampak peguam ini berkelayakan untuk jadi peguam negara. Saya tidak arif mengenai undang-undang seperti beliau.
Tetapi apabila beliau mengatakan kenyataan itu sebagai mencabar hak keistimewaan Melayu dan raja-raja sehingga perlu ditahan di bawah ISA, menyebabkan saya konfius sejauh mana kealiman peguam muda ini terhadap perlembagaan dan undang-undang. Saya rasa peguam ini belum cukup matang dan tidak khatam membaca perlembagaan negara.
Saya dan mereka tidak bersentimen dengan Umno tidak nampak kenyataan Azizah itu menyentuh soal hak keisitimewaan orang Melayu apa lagi hendak membuang hak keistimewaan Melayu termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu. Kenyataan atau ucapan Azizah itu sudah diputar belitkan dan diberikan nafas baru dan pentafsiran yang silap. Saya tidak fikir kalau orang tidak faham teks ucapan itu kerana tingginya bahasa dipakai Azizah. Kerana itu ia sengaja diputar belitkan.
Apakah ucapan Azizah hari itu, saya petik dan turunkan ucapan di bawah tajuk kecil "Bangsa Bermaruah" dari point 27 hingga 32: Saudara saudari sidang kongres;
Saya, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai tuan. Kitab al Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi tuan dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain. Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikan kepada insan lain).
Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu.
28. Sebenarnya dalam tradisi orang Melayu mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Mari kita merenung sejenak beberapa ungkapann pantun klasik di bawah;
Tenang tenang air laut Sampan kolek mudir ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasanya nak junjung.
Kapal belajar dari Arakan, Ambil gaji jadi jemdui, Mati ikan kerana umpan, Mati saya kerana budi.
Pisang emas di bawa belayar, Masa sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati.
29. Justeru itu konsep ketuanan Melayu wajib dibakulsampahkan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah. Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.
30. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan.
Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, daif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi hanya dibayar RM 9.50 untuk kerja mereka selama sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu.
31. Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan. Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini.
Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli ini dalam kerangka keupayaan kita.
32. Semua ini membuktikan bahawa para pemimpin UMNO buan berjuang untuk membela orang Melayu. Parti ini hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu . Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai "parti rakyat". Maka itu, KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat.
Cuba perhati dan hayati betuk-betul teks ucapan Azizah itu. Apakah di situ bermaksud ia ingin menghakiskan hak keistimewaan orang Melayu atau menyentuh langsung perlembagaan negara?
Di dalam perlembagaan Melayu tidak ada perkataan ketuanan Melayu. Malahan konsep ketuanan Melayu yang diperagakan Umno itu tidak ada. Ini disahkan sendiri oleh ahli sejarah Prof Dr Emeritus Khoo Kay Kim dan juga pakar-pakar perlembagaan yang tidak berkepentingan serta peguam yang berdiri atas necara keadilan.
Bukan saja Kay Kim , sesiapa yang tahu membaca perlembagaan negara juga tidak akan menemui perkataan ketuanan Melayu itu. Adalah satu kesilapan dan khilaf besar kalau Hafarizam dan sesiapa cuba hendak merangkulkan ketuanan Melayu itu sebagai hak keistimewaan Melayu seperti mana termaktub dalam Perkara 152 dan 153 dalam perlembagaan negara. Tindakan cuba mentafsirkan ketuanan Melayu merangkumi Perkara itu adalah tidak tepat dan dibuat oleh mereka yang cuba mengeksploit perkara itu dengan tujuan tertentu dan satu pemfitnahan kubra.
Saya setuju kalau sesiapa saja, tidak kira Umno, Pas dan PKR yang ingin menghakiskan hak keitimewaan orang Melayu mereka perlu ditentang. Usahkan Azizah, kalau Najib Razak sendiri perlu ditentang. Sebab itulah bila Umno menajakan projek untuk meminda perlembagaan bagi menghakiskan imuniti Raja-raja dulu kita tentang habis-habisan. Tetapi soal ini di sini apakah kenyataan Azizah itu membawa hakikat demikian?
Saya berharap peguam itu mentafsir semula pemahamannya mengenai slogan ketuanan Melayu dan tidak mudah mengaitkan kenyataan Azizah itu sebagai hendak membakulsampah Perkara 152 dan 153 atau Raja-raja Melayu. Tiada kenyataan baik rasmi atau tidak mengenai hal itu. Di dalam teks ucapan beliau tempoh hari pun tidak ada menyebut perkara itu baik secara nyata atau tersirat.
Jadi apa yang berlaku Hafarizam atau Umno memperkatakan apa yang tidak dikatakan Azizah dan PKR. Ertinya ketuanan Melayu itu hanya slogan dari luar perlembagaan dan ciptaan Umno semata-mata. Ertinya mereka memperjuangkan perkara yang tidak wujud dan menjadi intipati perlembagaan yang perlu kita hormat dan pertahankan.
Ketuanan Melayu adalah slogan yang sama dengan hantu yang menakutkan Hafarizam dan Umno. Mereka sebenarnya sangat lemah bila takut kepada apa yang tidak wujud. Percayalah dalam dunia serba celik dan terbuka ini orang bukan mudah untuk dimomokkan dengan bayangan atau pun ilusi. Orang hari ini melihat kepada realiti.
Ayuh janganlah membuat khianat sesama sendiri. Kalau hendak jatuhkan Azizah atau kucar kacirkan PKR gunalah jalan lain yang halal atau lebih profesional. Jangan menjatuhkan keburukan dengan keburukan yang dihalalkan. Berdepanlah dengan mereka dalam medan demokrasi terbuka. Di situ nanti kebenaran akan menjelma dan diketahui siapa yang benar dan siapa yang haprak dan hapak!
Ingatlah firman ini; Di dalam hati mereka terdapat penyakit, lalau ditambah Allah penyakit dan mereka menerima azab yang pedih kerana sebelum ini selalu mereka berbohong. - Al Baqarah 10.
JAWAPAN MENTERI; UNTUK MAKLUMAN YANG BERHORMAT KESEMUA HASIL PERJUDIAN TERSEBUT DIMASUKKAN SEBAGAI HASIL KE DALAM KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN.HASIL DALAM KUMPULAN WANG YANG DISATUKAN INI DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER PERBELANJAAN MENGURUS DAN MEMBANGUN NEGARA TANPA DISASARKAN KEPADA SESETENGAH GOLONGAN SAHAJA.
JELAS BAPA JUDI DALAM NEGARA DALAH KERAJAAN BN !!!
DALAM SOALAN JAWAPAN BERTULIS DIPARLIMEN ,KAK LAH TELAH MEMINTA KERAJAAN MEMBERI PENJELASAN TENTANG PENDAPATAN NEGARA KITA SEJAK TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010 DARI SUMBER PENDAPATAN HASIL DARI LESEN JUDI YANG DIKELUARKAN.JAWAPAN OLEH MENTERI KEWANGAN MENYATAKAN BAHAWA TAHUN 2000 BERJUMLAH RM 1,958,380,415.89 TAHUN 2001 BERJUMLAH RM 1,972,252,986.48 TAHUN 2002 BERJUMLAH RM1,922,115,807.15 TAHUN 2003 BERJUMLAH RM 1,797,401,240.15 TAHUN 2004 BERJUMLAH RM 1,849.176,119.10 TAHUN 2005 BERJUMLAH RM 1,984,615,754.74 TAHUN 2006 BERJUMLAH RM 2,266,814,152.52 TAHUN 2007 BERJUMLAH RM 2,416,963,021.54 TAHUN 2008 BERJUMLAH RM 2,561,892,892.66 TAHUN 2009 BERJUMLAH RM 2,606,378,658.57 TAHUN 2010 BERJUMLAH RM 1,952,406,090.08 SEHINGGA 30 HB SEPT 2010
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010.Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.
Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini.
Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.
Pemuda Puchong dan seluruh kepimpinan PAS Puchong turut serta dalam demonstrasi aman bantah kenaikan tarif Air di Masjid Negara, Kuala Lumpur Semalam.
Menurut laporan harakahdaily lebih kurang 15 ribu rakyat bersama-sama turun menyatakan bantahan mereka. Polis bersama FRU serta ditambah dengan tenaga bantuan dari PGA menghidangkan para peserta-peserta bantahan itu dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Polis juga menahan lebih kurang 50 peserta bantahan ini. NKP Dewan Pumuda juga beserta seorang lagi Pemuda juga turut ditahan dikawasan masjid. Namun dalam jam 6.12 petang itu juga mereka dibebaskan setelah ditahan dan diambil keterangan di Markas Briged Polis PGA, Cheras.
Tahniah bagi semua ahli PAS Puchong yang turun dan tahniah juga pada Jabatan Amal Puchong yang bertugas mengawal keselamatan.
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan - Al Ajiba, Lagu Tema Maal Hijrah
Petikan lirik lagu tema Maal Hijrah bukan semata-mata lirik lagu sahaja. Semangat di sebalik lirik tersebut semalam dizahirkan di hadapan Masjid Negara.
5 Disember 2010, barangkali satu lagi tarikh bersejarah yang menandakan kebangkitan semula anak muda dan rakyat jelata menuntut hak mereka. Umpama suatu kisah Maal Hijrah, suatu kisah peperangan di antara rakyat dan penguat kuasa Negara, kami menyaksikan bagaimana pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, mengancam dan menindas mereka tanpa perasaan.
Bagaikan sudah dirasuk semangat jahat, pihak polis mengejar, memukul dan mengherdik rakyat yang telah berhimpun secara aman untuk melahirkan bantahan terhadap usaha-usaha menswastakan air.
Kami bagai tidak percaya melihat polis berbaris rapi di perkarangan Masjid Negara tidak berani untuk menapak di perkarangan tanah suci itu.
Bagaikan robot tidak berakal mereka berbaris dan menunggu rakyat untuk menapak keluar supaya boleh dibaham dengan baton-baton FRU dan kasut-kasut polis yang berat.
Di dalam Masjid Negara kelihatan rakyat pelbagai agama dan bangsa mengambil perlindungan daripada kekejaman Polis. Sesungguhnya kami telah meyaksikan apa itu pengorbanan, apa itu perjuangan, apa itu persaudaraan, dan perpaduan di dalam rumah suci itu.
Penguatkuasa telah menembak air beracun, dan gas pemedih mata untuk memecahkan perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa, namun mereka hanya mampu sehingga ke perkarangan Masjid Negara.
Satu pihak dilindungi Kerajaan Persekutuan (termasuk eksekutif, kehakiman dan legislatif) dan satu lagi pihak berlindung di rumah Tuhan.
Laungan kalimah "Allahhu Akhbar!", "Hidup Rakyat!", "Mahasiswa sudah bangkit!" bergema di perkarangan tanah suci itu. Laungan-laugan yang menerima sambutan daripada satu generasi rakyat Malaysia yang sudah menjangkau jauh daripada sifat perkauman, korupsi dan kezaliman.
Mereka bersatu demi Negara, demi masa depan anak cucu-cucu mereka. Pada perhatian kami, tidak ada yang lebih patriotik daripada mereka yang berani bertembung dengan apparatus Negara yang zalim lagi kejam. Terasa seperti satu kisah perjuangan untuk kemerdekaan yang berlaku di hadapan mata.
Pada perkiraan kami, Polis telah melakukan sesuatu yang sangat bertentangan dengan kehendak rakyat dan parti pemerintah akan menanggung akibat kesilapan besar pihak Polis ini.
Selama ini kami fikir Barisan Nasional masih mampu untuk memperbetulkan kesilapannya, tetapi semalam kami sendiri menyaksikan rakyat yang langsung tidak menyebut Barisan Nasional, kemudiannya menyumpah-serapah parti yang telah lama berkuasa itu setelah diprovokasi keras oleh pihak Polis.
Ada juga yang menangis dan menyumpah pegawai-pegawai Polis Di-Raja Malaysia yang bagai tidak berakal dan mekanikal.
Barangkali sumpahan rakyat sudah berkesan? Adakah pihak Polis sudah tidak boleh bezakan baik dan buruk? Apakah kenaikan harga air tidak akan membebankan pihak Polis?
Apakah gaji dan jumlah rasuah yang diperas oleh mereka menyebabkan mereka tidak merasa keperitan kenaikan harga air? Mengapa mereka tidak menyertai rakyat dalam perjuangan? Sanggup mereka mengkhianati sumpah mereka untuk menjaga rakyat.
Apakah Polis Di Raja Malaysia mengharapkan orang ramai menghormatinya sedangkan mereka langsung tidak menghormati rakyat? Menembak sesuka hati, memukul sesuka hati, memeras wang sesuka hati, bagaimana rakyat mahu hormat?
Polis harus ingat, mereka milik rakyat, mereka berketuanan rakyat, bukan Perdana Menteri, bukan Ketua Polis, tetapi rakyat. Oleh yang sedemikian mereka harus menghormati rakyat, bukan dengan menembak gas pemedih mata, bukan dengan meriam air, bukan dengan memeras rasuah, tetapi dengan memberi perlindungan kepada rakyat, menjaga keselamatan rakyat, dan bersama perjuangan rakyat.
Kami percaya Polis Di Raja Malaysia bukan Polis Singapura, bukan juga Polis Israel, dan juga bukan Polis Myanmar. Mereka harus menyedari bahawa mereka bukan lawan dalam perjuangan ini, mereka juga mangsa kerakusan pihak-pihak yang korup dan tidak segan merampas hak rakyat. Tempat anda dalah bersama rakyat, jangan jadi tali barut mana-mana pihak yang tidak parwah akan masa depan Negara.
Anda juga minum air, anda juga punyai keluarga, anda juga berakal seperti kami, anda juga merasakan sakit kenaikan harga barang, jangan khianati kami, jangan zalimi kami.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meyambut maal hijrah kepada semua muslimin dan selamat menghayati maal hijrah kepada rakan-rakan yang lain.
Masih terngiang2 lagi di benak fikiran penulis, Umno dengan para blogger gerombolannya menuduh kerajaan negeri Kelantan lepas tangan dan tidak membantu sukan bola khusus di negeri Kelantan...
Dakwa mereka lagi, Umnolah yang banyak berjasa menyumbang itu dan ini kepada pasukan bola Kelantan..Najib dan Anuar Musa diangkat menjadi hero setelah Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim yg lalu...
Tak cukup dengan itu, dipolitiknya isu bola ini ketahap yg menjijikkan..piala diarak di dalam kempen Umno semasa berlangsung Pilihan Raya Kecil Galas, konon kemenangan Kelantan adalah dari sumbangan Umno...
Hari ini, bekas penyerang Kelantan sendiri mengakui kerajaan negeri Kelantan telah berjasa kepada mereka dengan sumbangan bonus sebanyak RM200,000..dlm masa yg sama melahirkan kekesalan terhadap presiden KAFA yang telah memungkiri janjinya sebelum ini...fikir2kan..
AKMAL RIZAL PUJI KERAJAAN PAS KELANTAN & KESAL DENGAN KAFA
KOTA BHARU – Bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli Amengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana memberikan bonus RM200,000 dan kesal dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwanya tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.
"Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak mendapat bonus sedangkan kami berada dalam skuad utama.
"Pada masa yang sama, saya mendapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu tetapi saya berharap Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa akan dapat menyelesaikannya selepas pulang daripada luar negara nanti," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Difahamkan, pembayaran bonus mengambil kira persembahan dan gaji pokok pemain yang rata-rata dipercayai antara RM3,000 hingga RM20,000.
Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap tanpa sebarang masalah membabitkan pemain, bagaimanapun sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia beberapa tonggak dikatakan akan berhijrah ke pasukan lain.
Dua pemain iaitu Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan, bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Syed Adney masih belum diketahui biarpun desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.
Tengku Razaleigh Hamzah semasa sidang akhbar mengenai penarikan dua darjah kebesaran beliau di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama
Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambil menegaskan, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Tengku Razaleigh mahu Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan supaya campur tangan untuk menangani masalah tersebut. "Saya setia kepada Sultan Ismail. Kalau ikut Perlembagaan ada tiga sebab yang boleh menyebabkan Pemangku Sultan ditabalkan jadi Sultan, yang pertama Sultan sedia ada mangkat, Sultan turun takhta dan ketiga Sultan meninggalkan negeri selama 12 bulan tanpa sebab munasabah," kata beliau ketika sidang media di sini. Ia sidang akhbar pertama selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada Tengku Razaleih berkuat kuasa 2 Disember lalu. Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V. "Kalau ikut Perlembagaan ada, memang begitu tapi saya tidak tahu sekiranya ada pindaan baru yang dibuat. "Kalau ada sesiapa yang boleh pinda Perlembagaan saya rasa tiada Sultan yang akan kekal," tambah Tengku Razaleigh lagi. Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menegaskan bahawa Tuanku Ismail Petra adalah Sultan Kelantan yang sah selepas Sultan Yahya Perta mangkat. "Sultan Ismail adalah Sultan yang sah yang ditabalkan selepas Sultan Yahya Petra mangkat ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong. "Sultan Ismail sudah beransur pulih dan doktor juga mengatakan baginda boleh buat keputusan. "Sultan Ismail adalah Sultan yang masih ada," katanya. Tengku Razaleigh berkata kini Kelantan seolah-olah mempunyai dua Sultan sehingga menyebakan rakyat keliru. "Sekarang Kelantan ada dua Sultan, rakyat jadi bingung, saya sendiri pun keliru. "Rakyat masih lagi berkelakuan baik dan sabar tapi timbul kegelisahan tentang apa yang berlaku," katanya. Menurut Tengku Razaleigh, sekiranya krisis yang berlaku tidak dapat diselesaikan kemungkinan besar ia akan memberikan kepada terhadap institusi diraja di negeri-negeri lain. "Kalau situasi di Kelantan berterusan dan berlaku di mana-mana, ia boleh menimbulkan huru-hara, kalau Sultan boleh dibuang dengan senang inikan pula dibuang oleh pemangku. "Ia kemungkinan boleh terjadi di negeri-negeri lain juga, kestabilan boleh tergugat. "Jadi Majlis Raja-raja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Kelantan) perlu campur tangan dalam perkara ini. Ini sesuatu yang serius," katanya. Tambah Tengku Razaleigh lagi, masalah akan timbul dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya kedudukan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan tidak sah. "Sekarang ini Yang di-Pertuan Agong adalah Terengganu, selepas ini Kedah dan kemudian Kelantan. Kalau tidak diselesaikan ia akan menimbulkan masalah," katanya. Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang dikeluarkan Sultan Ismail Perta tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut perlembagaan. Kenyataan bertarikh 27 November lalu diedarkan supaya dapat memberikan gambaran sebenar kedudukan Sultan Ismali Petra. "Inilah titah beta kepada rakyat Kelantan dan kepada seluruh duni. Peristiwa dan perkembangan sejak mutakhir ini telah menimbulkan beberapa keraguan terhadap darjat dan taraf diri serta kedudukan beta. Maka dengan ini beta menjelaskan kedudukan sebenar. "Beta adalah Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Iman. Ini adalah hak beta menurut perlembagaan dan perjanjian-perjanjian yang dicapai antara kerajaan British di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan di bawah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Kedudukan beta sebagai Sultan adalah hak peribadi beta untuk menjadi pemerintah dan raja yang berdaulat sehingga akhir hanya beta," kata Sultan Ismail Petra dalam kenyataan itu. Dalam kenyataan itu turut tertulis tiada mana-mana pihak dan sesiapa yang boleh mendakwa menjadi Sultan. "Beta tidak kehilangan keupayaan untuk terus menjadi Sultan dan pemerintah yang berdaulat bagi negeri Kelantan Darul Naim untuk terus menjalankan tugas Perlembagaan beta menurut hak Perlembagaan. "Dengan demikian maka beta dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada mana-mana pihak dan sesiapa pun selain daripada beta yang boleh mendakwa menjadi Sultan dengan menderhaka kepada beta dan tradisi serta adat dan melanggar hak-hak sejarah para waris raja yang kini sudah merupakan bahagian yang mutlak dalam Perlembagaan Kelantan," kata Sultan Ismail Petra lagi. Mengenai dua pingat yang dilucutkan, Tengku Razaleigh berkata, ia bukan menjadi persoalan yang besar kerana yang penting adalah rakyat bukan darjah kebesaran. "Sebenarnya soal penarikan pingat yang diberikan bukan menjadi persoalan yang penting, apalah saya kalau tidak ada darjat kebesaran. "Rakyat pun tidak persoalkan, ia bukan masalah. Saya tidak beri pandangan serius pun kerana saya sudah 30 tahun dapat darjah kebesaran tetapi saya tidak pernah gunakan pun. "Ramai yang sudah pun, bagi saya tidak penting kerana yang penting adalah sumbangan kepada rakyat," katanya. Malam tadi, Istana Kelantan mengesahkan Sultan Muhammad V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I). Ketika mengumumkan perkara itu di Istana Balai Besar di sini malam tadi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuat kuasa 2 Disember lalu. Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja. Mohd Aiseri juga mengumunkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato'' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Tengku Razaleigh, 73, yang juga ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyingung perasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 September lepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.
JAKARTA: Amnesty International menganggarkan sekurang-kurangnya 10, 000 tahanan dan 6.000 pelarian dirotan setiap tahun di Malaysia. Pemerintah Malaysia mengatakan hukuman rotan sah dan efektif untuk menghentikan tindakan jenayah. Namun Amnesty mengatakan hukuman rotan di negara itu sudah masuk kategori kejam dan tidak berperikemanusiaan yang membuat pesalah mengalami trauma secara fizikal dan psikiologi.
Itulah sebabnya, mereka meminta hukuman rotan dihentikan. "Di Malaysia, pemerintah secara berkala mencederakan para tahanan dengan tongkat rotan dengan kecepatan 160 kilometer sejam. Rotan itu membuat luka dan meninggalkan bekas luka kekal," ungkap Amnesty Internasional dalam laporannya. Dianggarkan terjadi hingga 1, 200 hukuman rotan di setiap penjara sebulan. Hukum rotan dikenakan kepada pesalah dadah, pelaku kekerasan seksual dan pendatang haram. Pada mulanya menurut Amnesty International, hukum rotan dipraktikkan oleh pemerintah kolonial Inggeris pada abad ke-19, yang kemudian dipertahankan oleh pemerintah Malaysia. "Hukum rotan ini adalah peninggalan masa lalu," kata pegiat Amnesty Sam Zarifi. "Kebanyakan yang terkena hukuman ini adalah para pendatang haram," tambahnya. Beberapa laporan menyebutkan, kebanyakan orang yang terkena hukuman rotan ini terus dihantar pulang.
Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya "sukar" kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa. Bulan lalu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN boleh memperoleh balik satu dua negeri tetapi kemungkinan tidak majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru Tengku Razaleigh (gambar) mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar. Kini wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan. "Susah saya nak kata kerana saya bukan ahli nujum, saya juga tiada maklumat. "Tapi, pada pemerhatian saya bukan senang nak menang... kalau kita tengok di Galas, bukan senang untuk kita menang. "Keadaan sekarang sudah berubah dan bukan senang rakyat nak bagi sokongan kepada BN," kata beliau pada sidang media di sini. Pemimpin veteran Umno itu juga menegaskan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan kayu ukuran bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak. "Kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukan petanda lampu hijau bahawa rakyat sudah kembali kepada BN. "Kalau kita lihat kemenangan di Batu Sapi bukan kerana BN dapat sokongan tapi kerana pengundi tidak suka kepada parti lain selain bersimpati terhadap calon BN yang bertanding," kata Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang. Tambah beliau, rakyat negara ini masih belum "gembira" terhadap kepimpinan Najib ekoran berlaku banyak birokrasi dan amalan rasuah di bawah pemerintahan beliau. "Rakyat tidak berapa gembira, rakyat lihat perkembangan yang berlaku jadi mereka tidak gembira. "Jadi, saya rasa masih perlu banyak dilakukan BN sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat kerana rakyat tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan birokasi yang berlaku," katanya. DUN Galas menyaksikan BN merampas semula kerusi tersebut daripada PAS apabila Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed. Di Batu Sapi Linda Tsen berjaya mengekalkan kerusi tersebut.
PILIHAN Raya Umum ke-13 sudah semakin hampir. Ramai yang menjangkakannya berlangsung bulan Mac atau April 2011.
Mac dipilih kerana ia bertepatan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang sudah cukup tempoh lima tahun.
Barisan Nasional nampaknya tidak berani untuk bargain. BN tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengekalkan kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri yang lalu.
BN jelas bimbang, jika hasilnya tidak baik, ia akan menjejaskan peluang BN untuk terus berkuasa di Kerajaan Pusat.
Lalu disebut-sebut pilihan raya Sarawak harus diadakan serentak dengan pilihan raya di peringkat federal.
Lagi pun dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, Umno menangguhkan pemilihannya dalam tempoh 18 bulan, menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-13.
Penangguhan dibuat kerana Umno bakal menghadapi pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi parti secara terus menerusi cawangan dan bahagian. Mekanisme pemilihan seakan-akan sama dengan cara Parti KeADILan Rakyat, baru-baru ini.
Maka sudah tentu pemilihan secara ini, akan mencetuskan ketegangan, bantahan dan krisis di kalangan pemimpin yang bertanding.
Ketegangan dan krisis ini kebiasaannya membawa perpecahan. Oleh itu, Umno mengambil keputusan menangguhkan pemilihan bagi mengelakkan perpecahan dalamannya, diambil kesempatan oleh musuh politik.
Apa pun Pakatan Rakyat tidak harus berpandukan kepada penangguhan perhimpunan Umno. Pakatan Rakyat juga Jangan menunggu, jangan berharap Umno-BN masih memerlukan masa untuk bersedia menghadapi PRU.
Memang sebagai sebuah entiti politik Umno-BN masih belum bersedia kerana mereka mempunyai banyak masalah dalaman.
Walau tidak sedia bagaimanapun mereka, Umno-BN tetap akan dibantu dengan media dan jentera-jentera kerajaan. Masalah dalaman mereka boleh ditutup dan ditampung oleh jentera kerajaan.
Justeru dalam PRU ini, Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan parti komponen BN, tetapi jentera kerajaan dan media yang akan dipergunakan untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.
Harus diperingatkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, usah dipercayai pegawai kerajaan negeri seratus peratus, kerana sebahagian besar mereka adalah balaci-balaci Umno-BN, yang mungkin melakukan sabotaj semasa PRU nanti.
Walaupun dari segi perbandingan, pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat diberi kepujian kerana lebih cekap dan telus daripada kerajaan negeri pimpinan BN, namun semua itu tidak banyak diketahui rakyat.
Pagi petang siang malam media tali barut Umno-BN dipergunakan sepenuhnya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Tiada yang baik dari Pakatan Rakyat, semuanya buruk dari sisi media Umno-BN.
Mereka bukan sahaja memfitnah Pakatan Rakyat, malah berusaha keras untuk memecahbelahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP dengan menimbulkan pelbagai isu sensitif.
Isu-isu sensitif ini dilontar, sama ada berpunca daripada kelemahan Pakatan Rakyat dan juga berpunca daripada manipulasi media di atas kenyataan pemimpin tertentu.
Di atas kesempatan yang diambil media talibarut Umno-BN ini, jelas mereka berjaya memalitkan persepsi buruk kalangan tertentu terhadap Pakatan Rakyat.
Dalam soal politik, Umno-BN nampaknya seakan-akan berjaya memalit persepsi buruk bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kestabilan politik, tidak bersatu padu dan tidak mempunyai polisi yang jelas. Rakyat yang 'beriman' kepada media massa akan mempercayainya, walaupun hakikat sebenarnya tidak begitu.
Begitu juga dalam soal ekonomi, Umno-BN mempunyai kelemahan yang cukup besar. Mereka gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik, penuh dengan rasuah dan ketirisan serta salah laku.
Namun, menerusi manipulasi media talibarut, ada kalangan rakyat yang terpedaya sehingga mempercayai bahawa ekonomi negara sedang pulih dari kemelesetan.
Inilah masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat sebenarnya. Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berkredibiliti, telus, transparen dan memerintah dengan adil, tetapi kebanyakan rakyat tidak mengetahuinya.
Kita harus disedari, persepsi sebegini amat berbahaya. Sebabnya orang yang menjadi ahli kepada parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat tidak ramai berbanding orang yang di luar sana.
Dalam erti kata lain pengundi atas pagar memainkan peranan amat penting dalam PRU ke-13. Mana-mana parti yang dapat 'catch' minda mereka, menerapkan persepsi baik, parti itulah yang akan diundi menerajui negara.
Persepsi ini adalah fenomena sementara yang boleh memberikan impak yang besar. Walaupun mungkin pengundi atas pagar sudah mengetahui Umno-BN mempunyai puluhan salahlaku, tetapi mungkin hanya dengan satu kebaikan sahaja, boleh menenggelamkan puluhan kesalahan Umno-BN.
Setakat ini berdasarkan kajian yang dibuat Merdeka Centre, trend rakyat yang cenderung terhadap Pakatan Rakyat dan BN masih 50:50. Ianya adalah paras berbahaya bagi kedua-dua pihak.
Tetapi harus diingat bahawa sokongan terhadap BN boleh menokok kerana ada kalangan rakyat yang cenderung kepada stail kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kerana ada tinjauan yang mengatakan populariti Najib menokok sehingga 70 peratus.
Walaupun Najib tidak banyak berbeza berbanding bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun ada persepsi yang cenderung bahawa Najib lebih baik daripada Mahathir dan Abdullah.
Oleh itu, ada penganalisis yang menjangkakan bahawa keyakinan pengundi terhadap populariti Najib, boleh memberi kelebihan kepada Umno-BN, walaupun kebanyakan rakyat cenderung menolak Umno-BN.
Persepsi baik terhadap Najib ini amat membahayakan Pakatan Rakyat. Najib dilihat baik kerana beliau tidak sekeras pendekatan Mahathir dan tidak selembap cara Abdullah.
Pakatan Rakyat juga harus memperhalusi beberapa kesan daripada keputusan pilihan raya kecil seperti di Bagan Pinang, Manek Urai, Hulu Selangor dan Galas.
Sebabnya ada andaian yang mengatakan terdapatnya fakta yang jelas bahawa ada di sekitar 5-7 peratus orang Melayu 'sudah kembali' menyokong BN. Angka-angka ini tidak semestinya accurate. Namun, ia cukup untuk dijadikan garis panduan yang kritikal.
Harus dikaji juga bagaimana trend kaum India dan Cina, supaya jika penurunan undi dari kalangan Melayu misalnya, dapat ditampung.
Ada juga tinjauan yang membimbangkan dari kalangan pengundi-pengundi muda. Dikhabarkan wujud pertambahan sekitar 10-20 peratus pengundi baru.
Trend pengundi-pengundi baru ini sukar dijangka. Mereka barangkali tidak menganggotai parti politik, atau mungkin juga tidak minat politik.
Selalunya sokongan golongan muda ini bersandarkan kepada populariti personaliti tertentu. Kuasa politik bukan sahaja harus disandarkan kepada akidah dan komitmen perjuangan, perlu diketengahkan bakal-bakal pemimpin atau personaliti tertentu yang dikenalpasti boleh menarik sokongan pengundi baru.
Pada hemat penulis, inilah di antara rangka program penting yang harus diperhalusi Pakatan Rakyat pada konvensyen kedua yang akan diadakan pada 19 Disember 2010 di Pulau Pinang.
Persediaan yang rapi harus dibuat bagi menghadapi pilihan raya. Masing-masing pemimpin harus merendahkan ego mereka, mengetepikan kepentingan peribadi dan meletakkan matlamat menumbangkan BN sebagai yang paling utama.
Harus dibincangkan bagaimana Pakatan Rakyat menangani fitnah. Bagaimana Pakatan Rakyat boleh mengelak daripada menimbulkan isu-isu yang kontroversial, yang boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Oleh itu, jangan sesekali dijadikan konvensyen nanti sebagai 'funfair' untuk menghimpunkan ahli dan penyokong mendengar yang positif sahaja mengenai Pakatan Rakyat.
Ambillah kesempatan untuk bermuhasabah diri, ambillah peluang untuk memperkukuhkan kesatuan, agar mendapat kepercayaan majoriti rakyat untuk menerajui negara selepas PRU ke-13 nanti.
Para pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri sudah mula berbincang mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Menurut sumber, perbincangan itu di kalangan pemimpin dimulakan sejak beberapa minggu lalu dan dijangka selesai awal tahun depan.
Pakatan Rakyat merupakan gabungan PAS, PKR dan DAP dibentuk bagi menghadapi pilihanraya umum 2008 dan memenangi 81 kerusi Parlimen. "Memang perbincangan mengenai pembahagian kerusi sudah dibuat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi belum selesai. "Mereka berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi tetapi berpegang kepada persetujuan 2008 iaitu jika kerusi PAS, ia kekal kepada PAS. "Mengikut persefahaman 2008, kerusi majoriti pengundi Melayu akan ditandingi oleh calon PAS. kerusi majoriti Cina untuk DAP manakala kawasan bercampur terutama di bandar merupakan milik PKR," katanya. Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu, berapa kerusi Parlimen yang kini diwakili PKR akan ditandingi oleh PAS dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, salah satu kerusi tersebut ialah Parlimen Machang di Kelantan yang kini diwakili oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. "PAS mahu bertanding di kerusi itu dengan alasan Machang merupakan kerusi tradisi PAS. Penyokong PAS mahu kerusi itu ditandingi oleh calon mereka. "Kerusi itu ditandingi oleh Saifuddin kerana ketika waktu itu beliau setiausaha pengurus besar Yayasan Tok Kenali yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. "Satu perkara lagi kerana PAS meragui mengenai jentera pilihanraya PKR di Machang kerana dalam pilihanraya umum lalu, petugas PAS lebih ramai dari petugas PKR," katanya. Sementara itu difahamkan PAS juga mahu mengambll semula kerusi parimen Dungun yang ditandingi ketua AMK, Shamsul iskandar Md Akin dalam pilihanraya umum lalu.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara. Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara. "Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini hari ini. Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang. Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam. Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 Nov lepas kira-kira 10.30 malam. Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu. Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam.
Perutusan Hijratur Rasul 1432 Hijrah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Hijratur Rasul 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT. Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam. Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan Hijratur Rasul ini tidak disuruh oleh Nabi s.a.w. tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi s.a.w. dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1 Muharam 1432 bersamaan 7 Disember 2010
Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu. Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya. "Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. "Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni. "Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja. "Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah. Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd Noor diletak di posisi tinggi dalam Umno Selangor dikatakan sebagai balas budi selepas beliau berjaya mengaibkan bekas ketuanya dengan pelbagai tuduhan.
Sumber Umno memberitahu, kehadiran Ezam di Perhubungan Umno Selangor direstui pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, kini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin PKR terbabit. "Ezam disebut-sebut sebagai tokoh Umno di Selangor kerana tiada tokoh lain lagi yang dipercayai Najib, lagi pun Datuk Seri Noh Omar lebih perlu diperlukan Najib di peringkat persekutuan.
"Jadi dalam projek menawan Selangor daripada Pakatan Rakyat, tugas besar diletakkan kepada Ezam kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam PKR," katanya di sini.
Difahamkan nama Ezam dijulang berikutan bekas Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah atas tuduhan isu rasuah.
Hari ini, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mendapat dua lot tanah dengan cara yang meragukan.
Lot banglo itu dibeli dengan harga RM3.5 juta pada 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, sedangkan hartanah tersebut dibeli syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 2004.
Sumber Umno terbabit memberitahu kemungkinan Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Selangor dalam masa terdekat bagi membantu Noh.
"Tidak dapat dinafikan Najib akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjelang pilhan raya nanti bagi memberi peluang kepada Noh dan Ezam merangka strategi merampas Selangor.
"Selangor cukup penting kepada BN memandangkan sumber ekonominya boleh membantu menguatkan Umno," katanya.
Sumber lain pula mendakwa Umno dan BN Selangor akan menggunakan pengundi pos bagi membolehkan projek merampas negeri terbabit benar-benar menjadi kenyataan.
Katanya, pengundi pos bukan lagi di kalangan anggota polis dan tentera, sebaliknya anggota Rela juga akan disenaraikan sebagai pengundi pos di Selangor.
Menurutnya, biar pun perkara itu dinafikan berkali-kali kerajaan, namun proses menyerapkan anggota Rela sebagai pengundi sedang dilakukan secara sulit.
"Perkara itu berjaya dilakukan di Terengganu pada 2004 apabila peratusan keluar mengundi begitu luar biasa sekali sehingga ada yang mencecah 95 peratus," katanya.
Penganalisis politik tempatan mendakwa usaha Noh melenyapkan karier politik Khir kini semakin menjadi kenyataan apabila kes rasuahnya dihadap ke mahkamah.
Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan SSDE? SSDE adalah nama singkatan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'..gerakan atau kumpulan yg menggelarkan diri sebagai SSDE ini diilhamkan oleh Umno Selangor...
Penulis petik salah satu kenyataan yang diambil di dalam blog pro-Umno:
Spy kagum dengan semangat yang ditunjukkan Umno Selangor yang diterajui oleh DS Khir, Datuk Noh dan juga kepimpinan lainnya yang berkerjasama dengan seluruh jentera maya termasuk bloggers dan portal KMU bagi melakukan gerak saraf menghentam kerajaan PR.
Gelombang SSDE yang terhasil bermula dari isu pasir telah berjaya mengucar kacirkan dan mendedahkan perilaku sumbang kerajaan PR yang diterajui oleh Khalid Ibrahim.
Ya...gerakan ini diterajui oleh pemimpin2 Umno Selangor dan dibantu oleh barisan bloggernya...nampaknya misi SSDE utk menyelamatkan Selangor hampir berjaya..
Permulaannya, ketua misi SSDE iaitu Dr Khir Toyo didakwa ke mahkamah..dilaporkan juga ada beberapa lagi 'jerung' yang bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah..mereka inilah penjanayah, perompak harta rakyat selama dibawah pemerintahan kerajaan Umno/BN yg lalu..
Inilah keberkesanan SSDE..semoga Selangor berjaya dibersihkan dari pemimpin2 seperti ini..bersama gerakkan misi Selamatkan Selangor Darul Ehsan...harap2 blogger Umno tak sakit hati..;)
Akhir kalam, sama ada mereka berjaya disabitkan kesalahan, atau terlepas dari pertuduhan, sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam...
Dana Pendidikan PAS mensasarkan untuk mengumpul RM1 juta bagi membantu pembiayaan para pelajar dan prasarana sekolah agama rakyat (SAR). Timbalan Pengerusi Lembaga Amanahnya, Datuk Abu Bakar Chik berkata, objektif penubuhan dana itu untuk membantu SAR dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti. Ini, katanya kerana walaupun negara telah lebih setengah abad mencapai kemerdekaan tetapi urusan pendidikan Islam masih menjadi tanggungjawab rakyat. Menurutnya, tidak ketinggalan kedaifan prasarana SAR serta tidak ada pembelaan terhadap sekolah pondok. Justeru, ujarnya dana itu juga bertujuan membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan kebajikan guru dan pelajar serta pelaksanaan program berorientasikan pendidikan. "Dana Pendidikan PAS ini akan dikawal selia oleh Lembaga Pemegang Amanah (LPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS sementara pengurusannya diamanahkan kepada Lembaga Pengurusa Dana (LPD) yang dianggotai oleh profesional berkelayakan di dalam parti," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, memulakan langkah bagi pengumpulan dana, satu program dengan konsep makan malam bersama Mursyidul Am dan Presiden PAS akan diadakan pada 29 Januari depan di Shah Alam. "Kami mensasarkan untuk mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat serta para penyumbang untuk mengumpul RM1 juta bersempena dengan program makan malam itu," ujarnya yang turut disertai pengarah program, Dr Azman Ibrahim. Tambahnya, dengan dana RM1 juta yang diizinkan Allah dapat dikumpulkan dengan sokongan dan dukungan para penyumbang, LPD akan mula mengorak langkah bagi melaksanakan pelan tindakan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan. "Kepada Allah kami berserah dan memohon semoga diberkati setiap usaha dan sumbangan yang disumbangkan demi untuk kebaikan bersama," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
Tindakan yang sedang dikenakan ke atas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi gambaran lebih jelas kepada jangkaan pilihan raya umum awal dan memberi peluang Umno meletakkan muka baharu di Selangor.
Perkembangan ini membuka peluang kepada Umno untuk membersihkan imej parti itu di Selangor dan meletakkan calon yang lebih muda dan muka baharu di negeri yang dirampas Pakatan Rakyat pada 2008 itu.
Kes Khir memberi gambaran bahawa pemerintah serius memerangi rasuah, tanpa mengira kedudukan.
Ini akan membolehkan Umno kelihatan lebih bersih dalam pilihan raya umum akan datang, berdepan dengan PR yang sedikit terjejas akibat pergeseran dalaman dan pelbagai masalah lain, terutama yang dicetuskan kempen Umno.
Tindakan terhadap Khir juga memberi kesan positif terhadap kumpulan pesaingnya dalam Umno Selangor, yang ada antaranya mempersalahkan bekas menteri besar itu dalam kekalahan pada pilihan raya umum 2008.
Pesaing Khir tidak mahu beliau berperanan dalam dalam Selangor, terutama sekiranya Umno berjaya merampas negeri kaya itu.
Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk Abah Suhaib di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan.Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Titiwangsa kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Best ke Bah" tanya Suhaib kepada ayahnya. "Boleh lah....tapi kita sampai dah lewat, orang pun dah berapa ramai...tapi sempat gak tengok bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis.." terang Abah (Mat Sah) panjang lebar.
Biar lambat asalkan hadir.... walaupun lewat, kami masih bernasib baik kerana masih sempat menyaksikan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang Ahad.
Abah menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA seperti beliau. Bagi tahanan 7 tahun, peristiwa tadi hanyalah satu aksi kecil dari pelbagai aksi ganas polis kepada mereka yang ditahan 60 hari di Police Remand Center di K.L
Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......
Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi.Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
hari Ahad.Demo air SYABAS ni rasanya agak "mild" kerana sepatutnya, lebih ramai penduduk Selangor yang turun ke K.L untuk menyatakan tidak redhanya mereka dengan harga air yang bakal naik tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan , dimanakah pengguna air Selangor yang lain. Mungkin juga mereka tidak mengetahui mengenai isu air ini atau takut ditahan polis atau amat khuatir ditahan dibawah ISA....Terlalu banyak kemungkinan ketidakhadiran itu...
Walau apa pun, tahniah diucapkan pada semua yang telah menghadiri DEMo tersebut. Sebenarnya, penyampaian memo oleh MB pada YDP Agung bukanlah perkara utama.Perkara yang paling penting ialah rakyat memberi pesanan ringkas kepada kroni penguasa ISA @ penguasa UMNO/BN supaya lebih berperikemanusiaan dan perihatin dengan keperluan asas rakyat .Kenaikan barangan asas seperti gula, petrol,diesel amat berat untuk ditelan,dan pastinya kenaikan harga air bakal mengundang kesengsaraan yang lebih kepada orang ramai.
"Buat apalah susah-susah berdemo kerana air paip..." saya terdengar seseorang berkata demikian.Mungkin rakyat negara ini terutama di Selangor, ramai yang hidup senang dan tidak kisah dengan kenaikan 37 peratus tersebut.....Namun, tidak salah untuk mengambil tahu,kenapa MB Selangor beria-ia benar untuk menyekat kenaikan tersebut.....
Jika bukan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, siapa lagi???
Parti Islam Semalaysia Pas mendakwaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewingan kerajaan BN akan terbongkar sehingga beliau mengingatkan pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.
Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak.
Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang.i. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewingan umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui.
Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita. Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini
Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato' Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi.Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar.
Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin umno.
Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan.
Tetapi zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya
"Yang ditunggu sudah tiba" Itulah ungkapan dari rakan MR dalam telefon tadi semasa teruja memberitahu bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu telah secara resmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC dan menyerahkan kepada Timbalannya Datuk G.Palanivel manakala Datuk S. Subramaniam sebagai Timbalan Presiden.
Seharusnya masyarakat India Negara ini tidak merayakan atau berwail-wail-wail berhubung pengunduran DS S.Samy Vellu kerana beliau bukannya dewa untuk kekal selama-lamanya sebagai Presiden MIC.
Samy Vellu akhirnya sedar bahawa kuasa ini berada di tangan rakyat. Kaum India negara ini juga seharusnya sedar bahawa suara mereka sudah didengar dan mereka seharusnya kembali menyokong MIC dan menguburkan Hindraf yang tidak mampu membawa apa-apa harapan kepada mereka. Hanyalah nyanyian-nyanyian kosong yang hanya sedap didengar seperti dalam filem Tamil tetapi realitinya tidak ada.
Usahlah membazir masa menunggu wang pampasan RM1juta seorang daripada Kerajaan Inggeris seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Hindraf itu, kerana hakikatnya ia adalah janji pemimpin berlidah biawak yang sanggup berbohong untuk mengutip dana bagi kepentingan peribadi mereka.
Realitinya, mereka harus bersatu berjuang bersama MIC kerana bukan sahaja perjuangan MIC telah terbukti menaikkan kaum mereka tetapi telah memerdekakan mereka dari taraf paria kepada taraf Datuk, Tan Seri dan Tun. Hasil perjuangan MIC juga mereka sudah ada bandar sendiri, LittleIndia di Brickfield sama seperti China Town di New York dan Canada.
Kepada DS S.Samy Vellu, MR mengucapkan SELAMAT BERSARA DARI DUNIA POLITIK dan isikanlah persaraan tuan dengan aktiviti-avtiviti yang tuan suka dan tidak dapat melakukannya dahulu.
Paling utama dan penting jangan pula tuan komen atau mengeritik successor tuan seperti Tunku mengeritik Che Det, Che Det mengeritik Pak Lah/ Najib dan Lim Kheng Yaik mengeritik Khoh Tsu Khoon. Rehat lah sepuas-puas hati tuan.
Adun Teratai, Jenice Lee Yin Ha antara pemimpin muda DAP yang dipilih masyarakat untuk membawa hala tuju dan perubahan. Bukan sahaja terbuka, tetapi melihat politik baru memerlukan PAS sebagai rakan strategik untuk bekerjasama. Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan Harakah, NYZA AYOB dan SALMIYAH HARUN menelusuri pandangan beliau tentang hubungan PAS-DAP yang kian segar dan dibimbangi Umno-BN, dalam satu interbiu
Tertarik dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. DAP dan PAS terpaksa bekerjasama atas kehendak rakyat pada waktu itu. Ini berlaku di Perak sehingga terbentuknya Pakatan Rakyat. Bagaimana YB melihat perkembangan ini, sedangkan PAS-DAP sukar duduk semeja sebelum 2008?
JENICE LEE: Sebelum 2008 kita tidak boleh duduk bersama tetapi yang penting kita sudah bekerjasama. Sebagai contoh di kawasan parlimen Pandan kita sudah bekerjasama menubuh satu gabungan DAP, KeADILan dan PAS. Kita juga telah melancar program bersama-sama contohnya pendaftaran pengundi dan program Bersih. Kita memang sudah bekerjasama di kalangan akar umbi walaupun di kalangan pemimpin parti masing-masing nampak seperti tidak bekerjasama. Pada masa itu, kerjasama daripada segi taktik dan strategi saja... sebab ada silap faham antara DAP dan PAS. Mungkin pada masa itu tidak bekerjasama adalah sesuai. Tetapi selepas PRU 12 kita nampak rakyat boleh terima dan kita boleh berkawan baik dalam banyak aspek. Jadi kita boleh bergabung bersama.
DAP pernah meninggalkan Barisan Alternatif (BA) sebelum itu, gara-gara pelbagai tuduhan atas kerjasama dengan PAS, antaranya. Apa yang tak kena, pada pandangan YB tentang hubungan PAS-DAP waktu itu?
Pada waktu itu, daripada segi kertas undi nampak kurang dan ahli akar umbi juga bertanya kenapa bekerjasama dengan PAS dan kenapa kita kalah dalam beberapa kerusi? Pada masa itu kaum Cina misalnya tidak dapat terima apakah itu PAS. Timbul difikiran mereka apakah PAS hanya mengutamakan pengundi Islam sahaja? Begitu juga di kalangan pengundi Melayu mereka tertanya-tanya apakah yang pemimpin DAP lakukan. Apakah perjuangan untuk orang Cina sahaja atau DAP hendak mengambil kuasa? Pada masa itu boleh dikatakan tidak sesuai untuk kita bekerjasama. Ketika itu ahli-ahli DAP ramai yang mendesak agar DAP berpecah daripada BA supaya kita (DAP) boleh mengekalkan kerusi yang ada. Situasi itu menyebabkan DAP terpaksa membuat pilihan. Tetapi sekarang rakyat makin faham dan kita tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PAS atau KeADILan. Boleh dikatakan keadaan ini 'natural develoment'. Walau bagaimana pun, kita di kalangan (peringkat) akar umbi sudah pun bekerjasama sebelum 2008 lagi.
Baik... Isu 'Negara Islam' sering menjadi 'hantu' yang menakutkan beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Bagaimana YB melihat isu ini memberi kesan buruk kepada pengaruh DAP?
Sebahagiannya ada memberikan kesan buruk. Sebab kita mempunyai tradisi dan budaya masing-masing. Kita boleh terima kalau Islam itu 'moderate' dan tidak terlalu agresif seperti terorist atau Taliban. Perkara seperti ini menakutkan orang ramai termasuk orang Islam sendiri. Jika agama digunakan untuk 'dictatorship' kita tidak boleh terima sebab kita selalu fikir negara kita sekular. Kita boleh terima apa-apa agama tetapi daripada segi imej hendaklah agak 'moderate' dan sekular boleh diterima orang ramai. Ini kerana mereka takut kehidpan mereka terancam dan harus ditukar kerana harus menerima agama ini. Sebenarnya kita ingin menganjurkan satu dialog bagi membolehkan antara kaum dan agama memahami. Tetapi apabila kita ingin cuba buat di kalangan 'civil society', selalu dihentikan oleh BN sebab BN tidak mahu kita faham antara satu sama lain.
Selepas PRU 2008, hubungan PAS-DAP cukup intim dan sihat sekali sehingga ke hari ini. Apa yang mendorong DAP boleh menerima dasar-dasar PAS yang sebelum ini cukup menakutkan DAP?
Ada beberapa perkara yang menakutkan kami seperti hukuman hudud. Kita sudah ada banyak kes, mangsa difitnah dan dihukum. Jadi, jika ini dijalankan mengikut hukum hudud, bagaimana kita boleh sifatkan itu sebagai keadilan? Kita boleh terima jika hukuman lain dikenakan dan bukan dengan potong tangan. Tetapi, daripada segi ekonomi Islam, saya dapat terima kerana segala keuntungan dikongsi bersama, itu memang bagus. Saya rasa ini untuk menjaga mereka yang berpendapatan rendah serta memelihara keharmonian.
Pendapat YB sendiri, tentang Islam yang diperjuangkan PAS sekarang? Bagaimana?
Pada pandangan saya di dalam PAS terdapat dua bahagian. Satu bahagian dia sekular dan moderate dan satu bahagian lagi mempunyai pandangan berlainan. Saya berharap jika kita ingin mendekati hati semua rakyat tidak kira bangsa, kaum atau agama, jalan sekular itu harus diutamakan. Sebab dalam negara kita bukan hanya satu kaum dan agama. Ada pelbagai kaum dan agama termasuk Iban dan Kadazan. Jika kita hanya memilih jalan ekstrim, kita mungkin tidak dapat undi dan hanya mendapat sebahagian undi. Sekarang ini kita mempunyai banyak informasi dalam globalisasi. Semua rakyat boleh akses bagaimana rakyat negara lain memajukan negara mereka. Jika kita masih kekalkan minda kita dalam aspek yang kecil, sukarlah untuk kita memimpin seluruh negara. Kenapa negara kita boleh maju begitu cepat pada tahun 70an? Ini kerana kita dapat menerima apa-apa agama dan budaya pada masa itu. Selepas 80an keadaan berubah. Saya rasa jika kita ingin menjadikan sebuah negara maju, polisi dilaksanakan haruslah 'moderate'.
Sebelum DAP-PAS bekerjasama, apa persepsi YB terhadap PAS walaupun sama-sama pembangkang...
Secara peribadi, saya memang tidak mempunyai masalah daripada segi kerjasama ini. Tetapi mungkin orang ramai tidak faham. Sebab jika kita lihat media, terutama media berbahasa Cina melaporkan berkenaan orang Cina dan agama Budha atau Kristian. Akhbar berbahasa Melayu pula lebih menonjolkan masyarakat Melayu dan Islam. Media sepatutnya memainkan peranan penting menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Jika ia dapat digabungkan, ia membawa mesej jelas kepada rakyat. Tetapi saya melihat media Cina amat dinamik selepas PRU ke-12. Laporannya telah menunjukkan masyarakat berbilang kaum. Akhbar berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris agak lambat sedikit.
Kejutan beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membaca surah al-Quran sehingga menimbulkan kontroversi dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Situasi ini membuka lembaran baru politik Malaysia. Apa reaksi YB ketika itu?
Bagi saya ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Saya boleh pergi ke masjid, ke gereja atau ke tokong. Saya rasa sebagai ahli politik saya mewakil semua agama. Saya selalu cakap kepada orang ramai, walaupun saya berbangsa Cina, saya selalu mengatakan saya berbangsa Malaysia. Sebab saya lahir di sini. Kenapa kita perlu ada perbezaan bangsa dan agama? Bagi saya jika kita asingkan seperti Islam untuk Islam sahaja dan Kristian untuk Kristian sahaja, 10 tahun atau 100 tahun pun orang tidak akan faham. Itulah punca orang tidak faham dan akan timbul konflik. Sebagai contoh orang Islam dan Yahudi tidak makan babi manakala orang Hindu tidak makan lembu. Jadi kita kena faham perkara ini. Isu seperti membaca surah al-Quran ini tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada DAP.
Ramadan lalu, timbul isu "Guan Eng ganti doa Agung" dan "YB Teo masuk surau". Ini percubaan Umno-BN nak laga-lagakan PAS-DAP. Nak burukkan PAS pada mata orang Islam. Apa reaksi masyarakat Cina terhadap isu ini?
Saya sendiri sudah berapa kali masuk masjid dan surau termasuk bekerjasama dengan sekolah agama. Saya rasa langsung tidak timbul masalah. Hanya sesetengah pihak sahaja mempolitikkan perkara ini. Jika saya ingin menjadi seorang muslim, saya haruslah memahami tentang Islam. Barulah saya boleh masuk Islam. Begitu juga dengan Kristian. Jika saya tidak mengetahui dan memahami, bagaimana saya boleh menjadi pengikut agama tersebut. Isu doa untuk Lim Guan Eng timbul kerana Umno yang manipulasi. suatu ketika dahulu sewaktu Teresa Kok ditahan ISA, saya juga bekerjasama dengan masjid melakukan solat hajat. Sebab saya rasa untuk semua agama, sembahyang dan doa itu 'blessing' tidak mengira kaum. Bagi saya jika seseorang itu berbakti kepada masyarakat, tidak ada salahnya untuk kita mendoakan untuknya. Perkara ini hanya dipolitikkan BN sahaja.
YB ada mengatakan YB turut masuk ke masjid dan surau. YB sendiri juga terpalit dengan isu "merasmikan musabaqah al-quran" di Dun Teratai. Apa yang Umno cuba bangkitkan terhadap YB dalam isu ini?
Pada masa itu memang ada kain rentang yang mengajak orang ramai menyertai musabaqah tersebut. Umno melalui surat khabar rasminya Utusan Melayu ambil gambar kain rentang itu serta menimbulkan persoalan bagaimana bukan Melayu boleh merasmikan program musabaqah? Kononnya dia hendak 'provoke' tetapi tidak menjadi kerana saya rasa orang ramai sudah faham. Saya bagi sumbangan dan saya harapkan masyarakat menyertai program tersebut. Umno juga ada hantar "SB" mereka dan ada yang merakamkan program tersebut. Memang tidak timbul isu cuma Umno sahaja menjadikannya satu isu bagi menunjukkan kehebatan mereka dalam membela Islam.
Adakah YB bersetuju generasi muda seperti YB Teo Ning Ching, YB Nga Kor Ming, YB Tony Pua dan lain-lain, lebih terbuka dan boleh menerima PAS berbanding beberapa pemimpin tertinggi DAP sebelum ini? Kenapa?
Dalam satu parti, terdapat pelbagai pemikiran dan pandangan. Sebab kita generasi baru dan generasi reformasi, saya berpendapat sebagai rakyat Malaysia saya tidak mempunyai sebarang masalah. Mungkin seorang dua sahaja dalam parti tidak boleh terima. Tetapi Lim Kit Siang sendiri baik dengan Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat) serta Anwar Ibrahim. Saya rasa kerjasama mereka lebih efisyen. Seperti isu pemimpin DAP masuk ke surau, Nik Aziz juga mengeluarkan kenyataan perkara tersebut tidak menimbulkan masalah. Sebagai contoh apa yang berlaku pada Dato' Seri Nizar (Jamaluddin) di Perak, kita juga membantu beliau dalam kemelut tersebut.
Tapi PAS juga terus terusan dituduh 'Boneka DAP' dan ia semacam sukar ditangkis... YB rasa macama mana?
Akhbar Melayu mengatakan PAS boneka DAP. Akhbar berbahasa Cina pula mengatakan DAP anak suruhan KeADILan. Sebab itu saya katakan media yang memainkan peranan penting membangkitkan perkara seperti ini. Akbar cuba 'brainwash' orang ramai. Saya rasa untuk mengatasi perkara ini, akhbar alternatif seperti Harakah perlu memainkan peranan ini supaya mereka tahu pihak mana yang benar.
Apa harapan saudari terhadap hubungna PAS-DAP yang kian utuh, initp dan mesra bagi iklim politik baru yang segar di negara ini pada masa depan?
Pada masa ini kita dalam formula satu budaya Pakatan Rakyat. BN sudah mempunyai satu budaya iaitu kronisma dan koropsi. Budaya parti itu 'duit boleh melakukan apa sahaja'. Tapi di kalangan Pakatan Rakyat apa yang saya pentingkan ialah 'filosophy' politik. Adakah pemimpin kita faham halatuju kita dan cara-cara kita hendak menjadi kerajaan. Walaupun pembangkang, kita (PR) mempunyai hala tuju yang jelas untuk rakyat. Adakah kita bersedia apabila dilantik sebagai YB, kita membawa 'filosophy' untuk Pakatan Rakyat?
Tok Jib dan Tok Din seakan membaca naluri rakyat bahawa kenaikan harga barangan keperluan utama tidak akan mencetuskan kegusaran rakyat. Lima sen atau lima duit kata orang utara tidak nampak membebankan rakyat, lantaran itu mereka tergamak melemparkan batu kepada rakyat.
Tok Jib anggap dirinya bijak dan rakyat tidak menyedarinya kerana menaikkan harga bahan bakar itu lima sen sahaja tiap kali. Sebelum inipun sudah dinaikkan lima sen bagi harga petrol RON95, Diesel dan Gas petroleum cecair (LPG) mungklin tidak ramai digunakan rakyat kecuali peniaga dan tokeh.
Namun gula dinaikkan 20 sen adalah kononnya bagi mengelakkan rakyat memakan benda manis yang akhirnya akan terdedah pada kencing manis. Namun kenaikan pada kali ini adalah bukti jelas kerajaan UBN pimpinan Tok Jib mulai menzalimi rakyat marhaen.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus sambil melahirkan rasa terkejut dan menyifatkan sebagai 'gila' berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya. Harga Petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel juga 5 sen menjadikan RM1.80 seliter, begitu juga LPG juga menjadi RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen ke paras RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ia bagi menyelaraskan subsidi. Kelmarin, petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.
Ia terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.
"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat. Rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya.
Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang. Kesan kenaikkan itu juga akan memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.
"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat."
Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail SabriYaakob. Beliau berkata kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini. "Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan. "Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi memandangkan gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini, Isnin. Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan. "Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagimenangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna,"katanya. Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan. Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1. Ismail Sabri berkata anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut. "Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai-kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa. "Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. -
darah sape gomen isap? darah Tan Sri Rozali yang gaji setengah juta tu ke?
Beza Ron95 dan 97
"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.
RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?
Persoalannya kini... Bila GOMEN tarik subsidi yang sememangnya hak kita minyak apa kita pakai tak rugi duit kita..?
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.
Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.
Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.
Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.
Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.
"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.
"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.
Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.
Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.