Rabu, 4 April 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 04 Apr 2012 03:48 PM PDT

RTM batal siaran debat Lynas

Posted: 04 Apr 2012 06:24 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel.

Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu.

"Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini.

Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai.

Turut dilampirkan bersama kenyataan itu adalah pautan untuk rakaman audio program Bicara Rakyat.

Pautannya adalah seperti berikut:

Nama fail: LynasPart1.mp3
Saiz fail: 19.9 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/s58vwn
Nama fail: LynasPart2.wav
Saiz fail: 18 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/0gb4ay

Nama fail: LynasPart3.mp3
Saiz fail: 29.1 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/3a0gze

Majlis Peguam Minta PM Perbetul Masalah Daftar Pemilih

Posted: 04 Apr 2012 06:23 AM PDT

SHAH ALAM : Majlis Peguam Malaysia menggesa Perdana Menteri membetulkan kelemahan yang wujud dalam pilihanraya seperti yang dilaporkan oleh Laporan Akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung masalah daftar pemilih dan melaksanakan semua cadangan yang dikemukan sebelum pilihanraya yang akan datang.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata pembentangan laporan akhir PSC itu sepatutnya menjadi kesempatan menyerlahkan kerja yang dilakukan dalam tempoh enam bulan lalu untuk menyiasat kelemahan dalam sistem pilihan raya , mengenal pasti amalan terbaik dari seluruh dunia, dan mencadangkan pelaksanaan penyelesaian yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses demokrasi.

"Badan Peguam Malaysia mengakui bahawa sesetengah daripada 22 cadangan PSC adalah positif, dan mewakili satu langkah ke arah yang betul, PSC telah terlepas peluang yang ideal untuk membuat syor yang komprehensif dan meluas untuk merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia untuk pilihanraya yang bebas dan adil," kata beliau dalam kenyataan medianya.

Menurut Lee, kelemahan yang paling penting laporan ini adalah kegagalan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan daftar pemilih.

"Ini adalah kebimbangan utama dan segera yang menimbulkan BERSIH 2.0. Langkah-langkah yang disyorkan oleh PSC berhubung dengan daftar pemilih tidak melahirkan kepercayaan dan keyakinan terhadap integriti dan ketepatan dalam senarai pemilih utama," katanya.

Menurut beliau, di India, pengemaskinian daftar pemilih adalah satu proses yang berterusan, dengan semakan yang dijalankan sebahagiannya dengan cara penghitungan dari rumah ke rumah.

Majlis Peguam juga kesal apabila Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti laporan akhir PSC.

"Prosedur bagi Jawatankuasa Pilihan Parlimen di bahagian-bahagian lain Komanwel mengadakan peruntukan bagi kemasukan pandangan minoriti di dalam laporan utama.

"Walau bagaimanapun, ini tidak dibenarkan oleh majoriti dalam PSC, dan penyediaan laporan minoriti adalah berpatutan untuk menggambarkan pandangan yang berbeza dan ketiadaan konsensus," ujarnya.

Fitnah Perkauman: Guan Eng Akan Saman Umno P. Pinang

Posted: 04 Apr 2012 06:22 AM PDT

GEORGE TOWN : Perjuangan Umno-Pulau Pinang terhadap tanah masjid semata-mata tanpa mempedulikan tanah bukan Islam dalam projek Bayan Mutiara disifatkan sebagai wajah sebenar Umno sebagai sebuah parti rasis.

Umno-Pulau Pinang juga adalah agen yang bertanggungjawab menyalakan api kebencian agama antara kaum di negeri ini dengan menyebarkan fitnah kononnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual tanah masjid dan sekolah seluas 102.6 ekar melalui tender terbuka kepada Ivory Property Group Bhd (Ivory).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kerja jahat Umno memburuk-burukan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

"BN tidak membuat apa-apa pemecahan sempadan ke atas geran tanah tersebut semasa mereka berkuasa.

"Sementara Ivory pula hanya akan membuat pecah sempadan selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP dan Pejabat Tanah untuk kelulusan.

"Apa yang peliknya, pelan baru dan pemecahan sempadan geran tanah tersebut belum lagi diserahkan oleh Ivory kepada pihak-pihak berkuasa, sedangkan UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?," soal Guan Eng.

Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, mengikut logik kefahaman UMNO, jika tanah masjid telah dilenyapkan akibat penjualan tanah kepada Ivory, maka tanah untuk tempat-tempat beribadat bukan Islam juga telah dilenyapkan.

Jika sedemikian rupa kefahaman pihak Umno, Guan Eng mempersoalkan mengapa parti perkauman itu hanya menggembar-gemburkan kehilangan tanah masjid sahaja.

"UMNO harus berasa malu jika mereka betul-betul tidak tahu mengenai syarat-syarat pihak berkuasa tempatan di mana setiap projek diwajibkan untuk memperuntukkan tanah untuk kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, jalan, taman, perumahan kos sederhana rendah, sekolah dan tempat-tempat beribadat bukan Islam.

"Adakah rakyat bukan Islam tidak penting untuk UMNO atau tidak berhak kepada tanah untuk tempat beribadat mereka? Kerajaan Negeri PR akan menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan UMNO, terutamanya kawasan parlimen Nibong Tebal, untuk memaklumkan pengundi bukan Islam bahawa UMNO tidak ragu-ragu untuk membiarkan kehilangan tanah bukan Islam."jelas Guan Eng dalam satu kenyataan medianya kepada TVSelangor.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Shaik Hussein Mydin Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian atas fitnah-fitnah sebelum ini.'

Sebelum itu, Shaik Hussein dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah menyerang Guan Eng dengan fitnah bahawa kerajaan negeri tidak menjual tanah 102.6 ekar melalui tender terbuka.

Shaik Hussein bagaimana pun tegar meneruskan fitnah itu walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju telah kemukakan bukti bahawa tanah tersebuat telah dijual secara tender terbuka.

Lidah rasmi mereka itu juga tidak melaporkan penafian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Timbalan Pengerusi Ivor, Datuk Seri Nazir Ariff berhubung isu ini.

"Kerana keengganan mereka, saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk menyaman kedua-dua surat khabar itu serta Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang atas fitnah mereka bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

"Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah bahawa saya telah menjual tanah masjid,"jelasnya.

Mangsa Banjir Di Klang Akan Terima Bantuan Tambahan RM500

Posted: 04 Apr 2012 06:20 AM PDT

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menambah bantuan yang sebelum ini dicadangkan RM300 kepada RM500 untuk satu isi rumah yang terlibat dengan banjir kilat di beberapa kawasan di Klang pada Jumaat 30 Mac lalu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Menurut Abdul Khalid terdapat dua kategori golongan yang mendapat bantuan tersebut iaitu bantuan dari pihak pejabat zakat dan bantuan dari mereka yang tidak menerima bantuan zakat.

"Mangsa yang layak mendapat bantuan zakat sebanyak RM300, Kerajaan Negeri akan menambah sebanyak RM300 menjadikannya RM600.

"Manakala bagi yang tidak menerima bantuan dari pejabat zakat, kerajaan negeri akan menambah lagi sebanyak RM200 lagi disamping RM300 yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum ini menjadikan mereka akan menerima sebanyak RM500.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menggesa Menteri Pendidikan dan Kerajaan Pusat memberikan bantuan kepada dua sekolah di daerah Klang yang mengalami kerosakan akibat banjir supaya sekolah terbabit dapat berfungsi semula.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali menyatakan sekolah terbabit menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa dan sesi pembelajaran akan terjejas jika tidak mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya.

Kerajaan Negeri juga turut bercadang memberikan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 kepada 2 buah sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir tersebut.

Selain itu, Abdul Khalid turut menafikan kenyataan yang di buat oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkaitan banjir kilat di Klang berpunya dari kesilapan Kerajaan Negeri.

" Banjir kilat berpunca daripada kunci air yang tidak berfungsi, ini merupakan tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah agensi milik Kerajaan Pusat," jelas Abdul Khalid lagi.

Banjir kilat pada Jumaat 30 Mac telah melanda di beberapa kawasan di daerah Klang dan mengakibatkan lebih 1000 penduduk mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda.

Lagi Tanah Rizab Melayu Di Tg Karang Di Gadai Umno

Posted: 04 Apr 2012 06:17 AM PDT

SHAH ALAM: Hutan Rizab Banjar Selatan yang terletak di Mukim Api-Api, Tanjung Karang musnah begitu sahaja apabila kerajaan negeri terdahulu menyerahkan tanah seluas 86 ekar itu kepada Api-api Aquaculture Sdn Bhd.

Hutan paya bakau bernombor PT 3797 yang merupakan kawasan pemampan semulajadi hakisan pantai itu telah diteroka bagi membolehkan aktiviti ternakan udang harimau dijalankan di kawasan terbabit.

Menurut Naib Yang Dipertua Pas Tanjung Katang, Misran Serman hari ini, projek ternakan udang harimau tersebut telah menyebabkan nelayan tempatan kehilangan pendapatan sampingan.

"Apabila pantai hutan paya bakau diteroka ia telah menyebabkan hidupan marin seperti mentarang dan kerang pupus di sini.

"Sepanjang pantai Selangor ini mempunyai benih kerang bermutu tinggi dan juga mentarang yang tiada di pantai-pantai negeri lain.

"Tetapi apabila pantai hutan paya bakau diteroka dijadikan tempat ternak udang ia menyebabkan kerang dan mentarang pupus di sini dan menjejaskan pendapatan nelayan pantai di sini," kata beliau.

Misran turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan warta yang telah dibuat oleh Jabatan Perhutanan.

"Kerajaan Negeri dahulu memang tak hormat agensi-agensi kerajaan dan ini terbukti dengan tindakan yang tidak menghiraukan kawasan tersebut yang telah diwartakan sebagai Hutan Rizab Banjar Selatan oleh Jabtan Perhutanan.

Sementara itu dalam isu yang sama, hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kepentingan Api-api Aquaculture Sdn Bhd dimonopoli oleh tiga pemegang syer bukan bumiputra.

"Saya dah buat carian di SSM, tiga pemegang syer syarikat Api-api Aquaculture bukan bumiputera.

"Saya nak tanya Umno, betulkan mereka ini jaga kepentingan Melayu? Betulkah mereka ini tak gadai tanah Melayu?

"Saya tanya Umno sebab pada masa itu, mereka yang mentadbir dan berkuasa di negeri Selangor ini.

"Umno kena ambil perhatian serius apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor dalam Sidang DUN baru-baru ini berhubung usaha memelihara tanah rizab melayu," katanya lagi.

Manakala hanya satu dari lima lembaga pengarahnya adalah bumiputra iaitu Abdul Wahab Bin Abdullah dan selebihnya berbangsa Cina.

Sehingga kini TVS masih belum memperolehi butiran lanjut berhubung ahli-ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.

Bagaimanapun menurut beberapa penduduk kampung yang namanya enggan didedahkan berkata tanah tersebut diperolehi melalui saluran politik ketika Umno menguasai kerajaan negeri.

Sebelum ini, tanah bernombor lot PT 115 yang terletak di Pekan Tanjung Karang milik kerajaan negeri telah dianugerahkan kepada Umno Bahagian Tanjung Karang.

Bagaimanapun, selepas itu Umno Tanjung Karang didakwa telah menjual tanah seluas 4370 meter persegi itu kepada Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd.

Tindakan tersebut sekaligus membolehkan parti itu memperolehi keuntungan 'atas angin' yang dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Kes ini sedang dalam pertimbangan dan pengumpulan bukti oleh PR untuk diketengahkan sedikit masa lagi.

PAS Dakwa 'Orang Najib' Terlibat Sindiket Daftar Warga Asing

Posted: 04 Apr 2012 06:11 AM PDT

SHAH ALAM: PAS hari ini mendedahkan terdapat 'pasukan khas' dalam pengambilan rakyat asing untuk menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan sementara menunggu pengesahan.

Beliau berkata kerajaan Umno-BN tidak boleh berdepan dengan politik terdesak. Oleh itu membawa warga asing untuk mengundi Umno-BN.

Sehubungan itu, Mahfuz mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul supaya boleh memanggil mereka yang terlibat.

Bagaimanapun, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu amat serius kerana melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Bagaimanapun, polis mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

Projek Vale: Nizar akui kebenaran surat sokongan

Posted: 04 Apr 2012 04:21 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

'Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar.'


IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.

"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Mohammad Nizar pada hari kedua persidangan Dun Perak di sini hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.

Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.

Zambry berkata soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.

"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Mohammad Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain… lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah menjadi isu," katanya.

Beliau menjelaskan Vale sebelum itu telah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.

"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya.

Selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Dis 2008, katanya.

Penjana pertumbuhan ekonomi

"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen
pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya.

Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan pakatan pembangkang itu, Zambry berkata dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar.

Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada Adun pembangkang yang terlibat dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini.

Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. Bernama

RCI IC perlu sebelum PRU13

Posted: 04 Apr 2012 04:20 AM PDT

RCI itu penting bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.


Sekitar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berlangsung.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Katanya, penubuhan itu perlu dilakukan segera memandangkan dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian IC kepada rakyat asing.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.

"Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

Politik terdesak

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tak mampu berhadapan dengan politik terdesak apabila menghadapi kebangkitan rakyat dengan membawa
warga asing dan memastikan mereka mengundi Umno-BN," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sekiranya RCI dibentuk, Mahfuz berkata beberapa individu lain juga perlu diheret dan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan mereka melakukan tugas kerja tersebut mengikut arahan yang diketuai Othman.

Mereka adalah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.

Beliau bimbang jika benar dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

"RCI sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU13…sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU13 tak boleh diadakan sama sekali," tegasnya.

Air terawat: Syabas diberi notis amaran

Posted: 04 Apr 2012 04:18 AM PDT

Jika Syabas gagal melaksanakan tanggungjawab itu maka kerajaan negeri berhak untuk menamatkan perjanjian konsesi, kata Menteri Besar Selangor.


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah menghantar notis amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana gagal membekalkan air terawat kepada para pengguna.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika Syabas gagal melaksanakan tanggungjawab itu maka kerajaan negeri berhak untuk menamatkan perjanjian konsesi.

"Setelah itu, kerajaan negeri akan mengambil alih fungsi Syabas untuk membekalkan air terawat ke seluruh Selangor," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini petang tadi.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 28 Mac lalu dimaklumkan bahawa Syabas gagal menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat kepada beberapa pemaju di Selangor hingga menyebabkan pelaksanaan projek-projek mereka terjejas.

"Tindakan Syabas jelas sekali bertentangan dengan terma yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani kerajaan Pusat,

Negeri dan syarikat konsesi pada 15 Disember 2004," katanya.

Katanya, kerajaan negeri memandang berat perkara itu dan jika kegagalan berkenaan terus berlaku maka ia dianggap sebagai satu pelanggaran terma terhadap perjanjian konsesi.

Menurut Abdul Khalid, notis amaran tersebut dihantar pada 29 Mac lalu.

Kes dakwaan tipu Pengarah NFC ditangguh sehingga Julai

Posted: 04 Apr 2012 04:16 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan perbicaraan kes dakwaan menipu ke atas Datuk Shamsubahrin Ismail dan menetapkan pendengaran kes berkenaan pada 16 hingga 27 Julai.

Penangguhan itu dibenarkan untuk membolehkan pendakwaan dan pembelaan menunggu keputusan permohonan oleh peguam Shahsubahrin untuk menggugurkan atau meringankan dakwaan.

Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abdul Razak Musa, memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah hari ini.

Abdul Razak berkata, pendakwaan memerlukan masa untuk mengesahkan transkrip SMS di antara Shamsubahrin dengan pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Peguam Shamsubahrin, Datuk Sallehuddin Saidin berkata anak guamnya itu telah memberikan kenyataan dan menyerahkan telefon bimbit serta salinan transkrip berkenaan kepada SPRM.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa permohonan untuk menggugur dan meringkan dakwaan itu telah dihantar kepada SPRM dan hakim memerlukan masa untuk menilainya.

Hakim Rozilah Salleh kemudiannya membenarkan penangguhan itu dan menetapkan kes berkenaan disebut pada 21 Mei.

Shamsubahrin, 45, memohon dibicarakan atas dua tuduhan menipun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau dituduh menipun Mohamad Salleh supaya menyerahkan dua cek bernilai lebih RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa menipu Mohamad Salleh pada 20 November 2011 dengan menjanjikan untuk menyedia "khidmat perundingan" untuk satu bayaran, walau mengetahui bahawa beliau tidak dapat menjalankannya.

Adun Kuala Nerang muflis : Speaker Kedah tunggu pengesahan Jabatan Insolvensi

Posted: 04 Apr 2012 04:09 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM

ALOR SETAR : Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan mendapatkan pengesahan rasmi daripada Jabatan Insolvensi mengenai status sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang mengumumkan dirinya muflis, malam tadi.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata pengesahan status tersebut penting bagi membolehkan beliau menentukan tindakan seterusnya berhubung perkara berkenaan.

"Selagi tiada pengesahan hitam putih daripada Jabatan Insolvensi, saya tidak dapat membuat sebarang pengumuman kerana tidak dapat memastikan kesahihan status sebenar Syed Sobri," katanya lapor Utusan Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 ahli dan pemimpin akar umbi UMNO bahagian itu di rumahnya malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim

Enterprise Sdn. Bhd., disenaraikan di papan kedua Bursa Malaysia pada masa itu.

Justeru, Abdul Isa berkata pihaknya akan menyegerakan urusan untuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Insolvensi berhubung status Syed Sobri kerana perkara tersebut merupakan keperluan mendesak.

Ditanya apakah perkara yang boleh berlaku ke atas Syed Sobri berikutan pengumuman muflis itu, beliau berkata, ADUN Kuala Nerang itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat jika Jabatan Insolvensi mengesahkannya bankrap tanpa dilepaskan.

'Calon kita memang calon nak menang'

Posted: 04 Apr 2012 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) mendakwa line up calon yang diketengahkan di negeri itu pada pilihan raya umum nanti bukan sahaja line up boleh menang tetapi juga 'menampakkan memang nak menang'.

"Calon yang kita kemukakan kali ini bukan setakat winable candidate malah orang tengok pun akan nampak yang kita memang nak menang," katanya ketika ditemui Harakahdaily, semalam.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata, setakat ini boleh dikatakan keseluruhan calon di negeri itu sudah selesai.

Ditanya tahap kesediaan PAS negeri itu berdepan pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Jun ini, Abdul Wahid berkata, ianya boleh dinilai dari manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

"Kita antara negeri paling awal dedah 10 manifesto awal kita berbanding negeri-negeri lain.

"Insya Allah kita bersedia," katanya lagi.

Sebelum ini PAS Terengganu melancarkan manifesto awalnya antara lain akan melaksanakan pengecualian cukai pintu rumah kediaman, mempertimbang semula permohonan tanah yang pernah diluluskan pada zaman PAS yang kemudian dibatalkan oleh kerajaan BN dan memberikan 20 meter padu bekalan air percuma kepada pengguna bermeter individu.

Mengulas soal peluang untuk PAS kembali semula memerintah negeri itu, Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata soal kalah menang adalah perkara kedua.

Lebih penting katanya, jentera PAS negeri itu perlu bekerja semaksima mungkin dan menggunakan segala ruang yang ada untuk memberi kemenangan kepada parti.

"Yang penting, gerak kerja kita biar puas hati dulu, lepas tu kita pakat-pakat doalah," katanya

Transformasi ekonomi masih gagal bantu Melayu

Posted: 04 Apr 2012 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR:

Usahawan Bumiputera didakwa masih terpinggir sehinggakan mereka gagal bersaing walaupun pelbagai dasar dilaksanakan termasuklah Program Transformasi Ekonomi.

Demikian tegas Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) dalam soalan tambahannya ketika sesi soal jawab pagi tadi.

Beliau turut mempersoalkan kerajaan apakah punca sebenar usahawan Melayu dilihat gagal bersaing dalam perniagaan mereka.

Sedangkan, katanya, dasar menggalakkan keusahawanan di kalangan Bumiputera pada awalnya bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Kini kerajaan sudah ada model ekonomi baru tetapi dalam kita berpindah dari satu dasar kepada satu dasar, orang Melayu masih dimain-mainkan seolah-olah mereka masih ketinggalan.

"Jadi kita mahu lihat apakah perlu orang Melayu keluar dari kotak perlindungan politik kepada 'premis' yang sihat," tegasnya.

Mujahid turut memuji pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang melaksanakan dasar tender terbuka, akhirnya ramai usahawan Melayu mendapat tender tersebut.

Tambahnya, ini adalah kajian menunjukkan tanpa perlindungan politik, orang Melayu masih boleh bersaing.

"Apakah perlu timbalan menteri buat satu kajian, apakah kita perlu keluar dari kepompong politik supaya orang Melayu maju dan mampu bersaing secara sihat," katanya.

Dalam soalan asal, Mujahid meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit beserta dengan peruntukan yang disediakan.

Menjawab soalan tambahan itu, Timbalan Menteri, Datuk Jacob Dungau Sagan menafikan dakwaan kerajaan mensisihkan usahawan Bumiputera sebaliknya menegaskan kerajaan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada Bumiputera yang mahu melibatkan diri dalam bidang usahawan.

PAS sedia sertai himpunan Bersih 3.0

Posted: 04 Apr 2012 04:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar) berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

"Kita akan menyertai perhimpunan itu selain terus memperjuangkan kandungan laporan minoriti," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi.

Bagaimanapun pendirian rasmi PAS berhubung perkara itu dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas esok.

Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut mereka, keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.

Himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Syed Mokhtar dapat projek kereta perisai RM7.55b?

Posted: 04 Apr 2012 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.

Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

Posted: 04 Apr 2012 12:57 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

Catatan seorang ahli dewan: Kecoh tentang laporan minoriti

Posted: 04 Apr 2012 12:49 AM PDT

Hari ini kecoh dewan sebab pada pukul 3.30 hari ini Tuan Speaker telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya. Tuan Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya dalam keadaan kekecohan di dewan petang tadi dan sebelumnya telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen untuk keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen.

Saya boleh angkat topi kepada Tuan Speaker kerana dapat melakukan semua keputusan tersebut dalam masa tak sampai 15 minit. Tapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi pada saat semua pihak menanti-nanti laporan JK untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita?

Sebenarnya Dewan telahpun kecoh sebelum berhenti rehat pukul 1 tengahari tadi apabila Speaker telah menolak usul awal dari pembangkang supaya minority report dibentangkan berserta dengan laporan JK kerana ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh anggota JK dari pembangkang yang berpendapat ia tidak menyentuh isu dasar tentang kepincangan SPR dari sudut Daftar Pemilih yang masih tempang.

Speaker bertugas sebelum rehat tengahari iaitu Pandikar Amin Mulia (gambar kiri) menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan minority report. Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belengu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan. Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak minority report.

Untuk pengetahuan pembaca minority report adalah istilah yang digunakan untuk laporan dari kalangan anggota sesebuah jawatankuasa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan majoriti dalam jawatankuasa tersebut. Ia diperakui sebagai satu laporan untuk merakamkan pandangan yang berbeza dalam sesebuah jawatankuasa.

Namun persoalan yang diperdebatkan ialah adakah perlu dibentangkan dalam mesyuarat penuh? Pastinya laporan minority report itu adalah pandangan anggota pembangkang dalam JK yang menyentuh persoalan daftar pemilih yang masih lagi dipertikaikan dari sudut pembersihan nama dari warga asing yang tidak diselesaikan dan dijelaskan.

Tujuan kami meminta untuk dibentangkan ialah supaya pandangan ini dirakamkan untuk diminitkan dalam dewan bahawa kami masih tidak berpuashati dengan laporan JK yang tidak menyelesaikan masalah pokok iaitu Daftar Pemilih.

Hanya waktu rehat sidang telah menyelamatkan keadaan apabila keputusan Speaker waktu itu ialah meneruskan perbahasan ahli tentang laporan JK tersebut tanpa menerima usul laporan minoriti dibentangkan bersama.

Semasa sesi bersidang selepas rehat, Ronald Kiandi bertugas. Kebetulan saya sempat menyapa beliau di cafeteria Parlimen dan kami berseloroh tentang bagaimana Pandikar Amin Mulia pagi tadi berada dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan, saya memberitahu Ronald Kiandi yang akan ambil alih sesi petang bahawa dia mesti bersiap sedia untuk mengawal keadaan kerana kami belum berpuas hati. Rupanya sapaan saya secara berseloroh terhadap beliau menjadi kenyataan apabila dia turut didesak seperti tengahari tadi untuk membenarkan minority report dibentangkan.

Semasa Ronald Kiandi berada dalam keadaan tertekan itu, Pandikar Amin masuk ke dewan lalu dengan gaya seorang "pendekar" ambil alih tempat Ronald Kiandi untuk mengawal keadaan. Malangnya tindakan "kependekaran" beliau itu hanya memburukkan lagi keadaan apabila Pandikar mengarahkan beberapa Ahli Parlimen keluar dewan.

Ketua Pembangkang berdiri untuk menyelamatkan keadaan dengan meminta Speaker supaya tidak menggunakan kuasanya dalam keadaan kekecohan ini hanya kerana ada pandangan dari ahli parlimen yang lain berhujah bahawa keputusan awalnya berlandaskan kepada kes awalan sudah tidak boleh diterima kerana ada kes yang membenarkan minoriti report dibentangkan.

Suasana semakin tegang dengan bunyi hiruk pikuk Ahli Parlimen di kedua-belah pihak sehingga kedengaran suara dari pembangkang "Leave the Chair, Leave the Chair!" (semacam menghalau keluar) terhadap Pandikar.

Dalam kekecohan itulah Pandikar terus meluluskan laporan dalam keadaan tidak ada sesiapa pun yang mendengar apa yang diucapkan, hanya bunyi penukul speaker yang kedengaran meminta semua diam.

Kekecohan berakhir dengan semua kami keluar dewan dan Ketua Pembangkang bersama pipimpinan PAS dan DAP serta PKR mengadakan sidang media dan semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim kerana ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam dewan tadi.

Sememangnya hari ini hari yang bersejarah apabila Speaker yang diarahkan keluar dewan setelah menggunakan kuasanya untuk memerintahkan beberapa ahli keluar hanya kerana menganggap Tuan Speaker tidak melakukan keadilan untuk mendengar pandangan dan hujahan pembangkang supaya minority report dibentangkan.

Baca: Penyata minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

*Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar atas) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Hasan Si Lebai Malang

Posted: 04 Apr 2012 12:36 AM PDT

MSO

Ala-ala Datuk T juga Hasan Akidah Murai tengok. Sebelum dedah video murtad beliau jaja ke hulu ke hilir kononnya beliau ada bukti berlaku permurtadan. Sudah acap kali Murai dengar dia nak dedah hari Isnin. Isnin lepas Isnin akhirnya dia dedah juga video tak sepertinya itu.

Hasan Akidah berharap dunia akan terkejut dengan pendedahan itu. Orang akan kata dia hebat dan dianggap sebagai pahlawan terbilang memperjuangkan Islam. Alih-alih tidak jadi apa-apa. Video yang hendak didedahkan hanya rakaman percakapan dan tidak dibenarkan siar. Kononnya untuk jaga keselamatan.

Kalau benar kenapa tak berani siar? Keselamatan kepada hotaknya, dedahlah. Kalau pun Hasan atau si membuat pengakuan itu ditembak, kan itu mati syahid? Semua orang Islam idamkan mati syahid. Pejuang Islam tidak gentar kepada mati syahid. Lainlah kalau apa yang hendak didedahkan itu perkara yang direka dan dibuat-buat. Kalau begitu jangan itu mati katak namanya.

Murai percaya apa didedahkan itu hanya rekaan Hasan semata-mata. Pakar motivasi pandai putar lidah dan mengetik bibir... Selagi Hasan tak siar keseluruhan orang tak percaya. Tengok apa jadi dengan nasib video Anwar main perempuan, tak ada siapa mempercayainya walaupun ia lebih 50 peratus mirip Anwar.

Rakyat negara ini sudah tahu dan mangli dengan penipuan eletronik begitu. Tektik Hasan memancing hati rakyat dengan isu video itu sudah basi. Terkilau ikan di air sudah tahu jantan bertinanya. Selalu si Hasan Akidah ini tertinggal keretapi.

Apakah Hasan Akidah belajar dengan Datuk T? Bagi Murai perjuangan Hasan tidak ke mana. Ia setakat birai rumahnya sahaja dan lasak dalam kamar tidur sahaja. Bak jalak kalah berlaga kokok berderai ekor bergeluamng tahi.

Apa yang beliau lakukan bukan menambah baik tetapi memburukkan keadaan. Bukan saja Pas parti yang dia nak sokong juga menjadi busuk. Hasan akan berkubur sebelum dia masuk keranda. Nasib Hasan Akidah tak ubah seperti Lebai Malang di hulu terlepas ke hilir terburai.

Murai: Baik Hasan tutup kedai dan berniaga gerai seperti dulu.

Shahidan enggan lepas jawatan

Posted: 04 Apr 2012 12:31 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Presiden KOAM bersuara mahu selesai masalah utama sebelum berundur

BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim belum membayangkan hasrat mahu melepaskan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berikutan kerusi panas itu turut menarik minat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. "Saya kini memberi tumpuan serius menyelesaikan beberapa masalah utama dihadapi KOM dan belum memikirkan mengenai pemilihan jawatan dalam kesatuan," katanya ketika ditemui di Kangar, semalam.

Dia menambah, KOM sedang memberi tumpuan menyiapkan senarai atlit dan jurulatih menghadapi Sukan SEA sebelum 15 April ini kerana pihaknya meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan terbabit.

"Sasaran kami ialah memungut sembilan pingat emas iaitu meningkat sedikit berbanding pencapaian tahun lalu. Jadi tumpuan saya lebih ke arah itu berbanding kedudukan jawatan dalam KOM," katanya.

Semalam, Presiden Persatuan Olahraga Johor, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor, mengesahkan persetujuan Tunku Mahkota Johor bertanding bagi jawatan berkenaan untuk menggantikan Shahidan yang 'sudah berkuasa' enam tahun lalu.

Beliau berkata, 12 daripada 15 persatuan olahraga negeri menyatakan sokongan mereka memilih Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden pada mesyuarat agung kesatuan pada Jun nanti. Persetujuan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu.

Shahidan pula berkata dia belum mendapat gambaran sebenar berhubung sokongan persatuan olahraga terhadap Tunku Mahkota Johor.-BeritaHarian

Dana Tabung Haji pun tidak terkecuali: Najib dituduh menjualnya kepada Robert Kuok

Posted: 04 Apr 2012 12:23 AM PDT


Korporat Malaysia mula kelihatan benar-benar kotor kerana gear pentadbiran Najib untuk pilihanraya umum ke-13 negara dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini, dengan tawaran melimpah-limpah dan diragui dikeluarkan hampir setiap minggu.

PU-13 dijangka terdapat banyak persaingan sengit, dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat dipercayai mempunyai peluang samarata untuk mengambil kerajaan persekutuan dari Umno-BN, yang telah memerintah negara selama 55 tahun.

Mengetahui perkara ini, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan, telah diketuk kerana melepaskan tawaran-mega bahawa penganalisis politik berkata jelas terlebih berharga dan bertujuan untuk membantu Umno-BN dan kroninya membuat wang. Contoh terkini termasuk RM7.1bilion konsesi jalan tol 60 tahun dan penjualan Lebuhraya Maju untuk RM1.5bil, mengaut bagi pemiliknya keuntungan sebanyak RM1.2bilion kerana majoriti kos dibiayai oleh geran kerajaan.

Tabung Haji also not spared

Kini kebimbangan terbaru ialah penjualan berupa dana haji ladang kelapa sawit Tabung Haji kepada syarikat yang dipercayai akan dikawal oleh orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok, bekas raja gula.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuntut penjelasan daripada Najib mengapa perjanjian yang dikatakan tergesa-gesa dan ditamatkan secara rahsia. Mereka percaya bahawa ia dikaitkan dengan IPO berharga Najib, penjualan saham Felda Global Ventures Holdings, yang telah jatuh teruk kerana bantahan daripada peneroka tanah sendiri.

"Ini adalah tindakan yang mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri mengapa aset yang begitu bernilai dijual dalam keadaan tergesa," Naib Presiden PAS Husam Musa dilaporkan berkata sedemikian oleh Harakahdaily pada hari Rabu.

Tindakan terdesak yang memanfaati Umno-BN tetapi membiarkan orang Melayu mengalami kemerosotan ekonomi

Kedua-dua Felda - skim penempatan tanah negara - dan Tabung Haji mempunyai kesan yang besar terhadap gaya hidup dan kesejahteraan kewangan masyarakat Melayu - pengundi terbesar di negara ini.

Peneroka Felda telah membantah IPO FGVH dengan kebimbangan bahawa Umno dan Najib hanya cuba untuk meraih keuntungan jangka pendek dan pada masa yang sama mendedahkan tanah mereka kepada kemungkinan tindakan pengambilalihan sekiranya penanam asing mendapat saham Felda di pasaran terbuka jika penyenaraian dibenarkan.

Bagi Tabung Haji, Husam berkata ladang kelapa sawitnya meliputi kawasan seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia, menghasilkan RM3juta sehari untuk Tabung Haji dan penyimpan utama – iaitu orang-orang Melayu setiap hari.

"Kami dimaklumkan bahawa penjualan ini telah dibuat secara tergesa-gesa untuk sebuah syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Robert Kuok," kata Husam, yang juga seorang ahli majlis eksekutif dalam kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP membentuk gabungan tiga pihak Pakatan Rakyat.

"Kami berpendapat bahawa ini adalah salah satu langkah terdesak BN untuk membuat wang daripada aset yang dimiliki oleh agensi itu atau perbadanan yang melibatkan kepentingan negara dan orang ramai. Dan ini mungkin langkah kedua kerana cubaan menyenaraikan mereka dalam FGVH terganggu. "

Pada umur 89, Kuok berada dalam senarai Forbes antara lelaki terkaya di dunia. Kerana kecewa dengan dasar perkauman-pilih kasih yang dipraktikkan oleh UMNO-BN, Kuok pergi ke Hong Kong dan China pada tahun 70-an dan berjaya besar. Majoriti kekayaannya datang daripada aset luar negara, tetapi beliau masih mengekalkan hubungan rapat dengan rejim pemerintah di Malaysia, membantu mereka untuk membuat tawaran dengan hubungan antarabangsa dan syarikat-syarikat yang stabil.

Bagi IPO Felda yang kontroversi, ini dipercayai idea penasihat rapat Najib Omar Mustapha, pengarah Petronas dimana orang dalaman Umno mengatakan bakal menjadi yang MB seterusnya atau Ketua Menteri Johor jikaNajib berjaya mendapatkan apa yang ia mahu dalam Umno .Malaysia Chronicle

SPR Akan Kenal Pasti Cadangan Yang Boleh Dilaksanakan

Posted: 04 Apr 2012 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan pihak terlibat yang menghasilkan input baik ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan di sini berkata, syor yang diperakukan jawatankuasa itu akan dikaji dengan lebih mendalam oleh SPR bagi mengenal pasti cadangan yang boleh dilaksana untuk jangka masa pendek dan panjang.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Selasa membentangkan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung isu berkenaan di Dewan Rakyat.

Laporan setebal 79 muka surat yang mengandungi 22 syor penambahbaikan prosespilihan raya itu diperoleh setelah mendapat pandangan daripada sesi pendengaran awam, maklum balas daripada anggota jawatankuasa, rumusan hasil penelitian semua jawatankuasa kecil serta pemerhatian semasa lawatan kerja ke United Kingdom, Jerman dan Denmark.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, daripada 22 syor berkenaan jawatankuasa yang dianggotai sembilan anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang itu telah mempersetujui 18 syor yang dikemukakan manakala empat lagi dipersetujui secara undian belah bahagian.

Syor-syor yang dipersetujui adalah memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos, pengundi luar kawasan, tarikh pembubaran Parlimen, kerajaan sementara, penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran termasuk akses media yang bebas dan saksama.

Selain itu, ia turut melibatkan pembersihan daftar pemilih yang berterusan, penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar, bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

Penggunaan alamat selain alamat bermastautin pada kad pengenalan sebagaialamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya juga turut dipersetujui dalam syor itu.

Pada pembentangan itu, jawatankuasa turut bersetuju dengan syor memperkasakan kedudukan, penstrukturan dan pengukuhan, pengasingan fungsi utama SPR, pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak, persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang, peruntukan dana kepada parti politik dan sistem pilihan raya.

Empat syor yang perlu melalui undian belah bahagian pula adalah memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media, membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun, memanjangkan tempoh berkempen dan kajian ke arah pendaftaran secara automatik. - BERNAMA

'Ustaz' urus janin

Posted: 04 Apr 2012 12:17 AM PDT

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa, Shanty Nur Shafee, Asmah Rusman, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Gaddafi Musli


KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan 'memancing' pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang 'ustaz' pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.

Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

MCA desak k'jaan batal projek Lynas

Posted: 04 Apr 2012 12:12 AM PDT

MALAYSIA KINI

MCA tampil dengan gesaan baru ke atas kerajaan supaya tidak membenarkan syarikat Lynas Corporation daripada terus mengusahakan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Dalam satu kenyataan semalam, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu bukan lagi soal keselamatan loji.

Sebaliknya, perkara itu merupakan hasrat majoriti rakyat yang menentang projek Lynas, kata Chua.

"Sebagai kerajaan yang responsif dan sensitif, yang menghormati pandangan rakyat, MCA menggesa kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek itu.

"Walau ada pandangan dan pendirian berbeza mengenai tahap keselamatan Lynas, pandangan umum adalah projek itu bukan sesuatu yang menghasilkan jumlah pekerjaan yang tinggi atau pelaburan kemahiran teknologi bernilai tinggi," katanya lagi.

Chua juga menegaskan, dengan huruf besar, bahawa loji itu tidak diperlukan oleh Pahang.

Tiada kompromi soal sisa

Tambahnya, ramai rakyat Malaysia, termasuk pemimpin parti itu dari Pahang, yang menyuarakan bantahan mereka ke atas loji berkenaan.

Pandangan seperti itu, kata Chua, turut dikongsi akvitis alam sekitar yang telah ditemui MCA.

Bagaimanapun, Chua menekankan bahawa perkara itu tidak bermakna MCA berpendapat bahawa loji itu tidak selamat.

Tanpa memberikan alasan dalam soal keselamatan itu, Chua berkata parti berkenaan "menentang keras" pemberian lesen sementara kepada Lynas, sekiranya syarikat itu gagal melupuskan hasil sisa tersebut ke luar negara.

"MCA tidak akan berkompromi dalam soal ini. Parti ini tidak akan berubah daripada pendiriannya untuk mendengar suara daripada akar umbi," katanya.

MCA merupakan parti komponen BN kedua yang telah menyatakan penentangan ke atas projek berkenaan selepas parti GERAKAN.

Kedua-dua parti itu bimbang dengan reaksi pengundi dalam isu berkenaan, dalam pilihan raya umum akan datang.

Phahrolrazi, Dr Ismail angkat jawatan exco Kedah esok

Posted: 04 Apr 2012 12:11 AM PDT

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau dan Datuk Dr Ismail Salleh akan menghadiri upacara angkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco kerajaan Kedah di Istana - satu langkah yang dilihat akan meredakan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri itu.

Upacara angkat sumpah jawatan exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi esok.

Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini berkata, surat jemputan tersebut telah diterima oleh pembantunya pada hari Ahad, dan diserahkan kepadanya pada hari Isnin.

Bagaimanapun, portfolio yang bakal diberi kepada ADUN Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu itu masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail timbalan pesuruhjaya dua PAS negeri, enggan dilantik semula Februari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS pusat kemudiannya campurtangan bagi menangani krisis kerajaan negeri Kedah itu dan mengarahkan Phahrolrazi, Dr Ismail menerima semula pelantikan exco.

Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan memantau pentadbiran dan menyelesaikan krisis politik tersebut untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Azizan juga sebelum itu dilaporkan berkata, kedua-dua exco tersebut masih berpeluang dilantik semula selepas tamat tempoh khidmat.

Nazri: Dataran Merdeka tidak diwarta untuk perhimpunan

Posted: 04 Apr 2012 12:09 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal menangani isu-isu utama.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis mengenai perkara itu.

Biaqpila

Posted: 04 Apr 2012 03:45 PM PDT


Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.

Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.

Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.

Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record.

Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib.

Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas?

Kita boleh masuk ke dalam bakul dan jujung sendiri. Kita boleh masuk ke dalam lif dan tekan sendiri, ia akan naik setinggi mana yang kita mahu. Tetapi kita tidak boleh hipkorit apa yang berlaku ke atas diri kita. Penilaian mutlak dan konkrit ke atas diri kita ialah dari rakyat. Kalau isteri kita memuji, kata kita hebat pun belum tentu benar, kerana perempuan dia boleh memuji dan memuja suami dengan pujian hebat apabila ia mempunyai sesuatu hajat.

Cekapkah Najib memimpin negara? Terpulang maklum kepada rakyat dan para penumpang. Untuk menilai seseorang itu cekap atau pun tidak ia harus memandu lebih separuh jarak perjalanan, baru kehebatannya teruji. Hari ini Najib hanya baru berlepas di garis awal perjalanan di mana baru peringkat membetulkan stering dan tempat duduk saja, jadi soal sampai atau tidak masih 'kabur mabur' lagi.

Dalam masa tenaga masih ada, sisa wang simpanan negara masih ada, Najib boleh memandu dan menggunakan wang untuk melatari pemanduannya. Tetapi cabaran sebenar ialah selepas lima tahun atau 10 tahun memimpin.

Hari ini pun rakyat sudah mengerti dan kenal cara pemanduan Najib yang tidak licin dan tersekat-sekat. Ada kalanya Najib keliru bila melihat papan tanda yang harus ditujunya. Beliau juga gagal melihat cermin belakang yang banyak meninggalkan iktibar. Penumpang belum berkata apa kerana mereka sedang 'mengeman' gula-gula dan membilang ringgit (RM500) yang Najib hulurkan untuk melekakan penumpang.

Najib tidak sedar dalam memandu dia banyak tersasar atau dipengaruhi oleh unsur-unsur di luar pemanduannya. Misalnya dia suka bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ini merbahayakan. Dia tidak boleh matikan handphone semasa memandu kerana disuruh berbuat begitu. Dia juga tidak boleh untuk tidak menjawab kerana kalau dibiarkan ia akan ditengking apabila pulang rumah nanti.

Lagi sewel dan sial ada kalanya Najib diganggu secara langsung apabila orang itu duduk di sebelahnya dan ikut sama memutar stering bersama Najib dan mengarahkan jalannya sendiri. Gangguan ke atas pemanduan Najib ini merbahaya.

Dalam kata lain Najib seorang pemandu yang dikawal, akan menggerakan kenderaan dibawanya menurut kuasa luar. Dia diremote oleh kuasa luar seorang yang sepatutnya berada di dapur rumahnya atau tukang menayarungkan stokin dikaki Najib. Bagaimana seorang pemandu yang dikawal untuk mengatakan dia seorang driver yang cekap, berprofesional?

Apabila Najib sudah memesan kepada penumpang agar jangan tukar driver di tengah jalan barang kali dia sudah dapat merasa keluh kesan penumpang yang bersunggut mengenai wibawa dia sebagai pemandu. Barang kali sudah ada tanda-tanda yang penumpang ingin menukar driver. Kalau tidak dia tidak akan memberi peringatan sebegitu.

Bagi pemandu yang mengerti dan tahu akan bahaya di depan mereka perlu malah wajib tukar driver. Mereka kena tukar Najib sebelum ia mengheret penumpang lebih jauh. Kalau dibiarkan sudah pasti Najib akan membawa mereka terjun gaung atau pun melanggar bukit. Sebenarnya bukan saja setakat driver tetapi kenderaan itu sendiri juga perlu ditukar kerana ia sudah terlalu lama, sudah 54 tahun dan sudah keletihan. Banyak perkakas dan mekanisme enjin rosak dan luruh. Bahkan nombor plat juga sudah tercabut...

Dalam pembentang itu juga Najib mendabit dada kononya dia tidak gentar untuk bersaing di pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana itu adalah pilihan demorkasi yang adil. Benarkah Najib berani untuk bersaing di pasaran bebas? Belawak kohong semuanya. Kalau benar bagaikan dikatakan Najib tidak akan kongkong media massa, beliau tidak akan kongkong polis, beliau tidak akan kongkong SPR, SPRM dan segala macam agensi.

Beliau akan lepas terbuka dan beri kebebasan secukupnya kepada agensi atau pun badan berkenaan seperti mana matlamat perwujudan dan penubuhannya. Dengan cara berlindung dan menjadi agensi kerajaan sebagai kubu Najib sebenarnya pengecut dan bacul campur munafik.

Sikap diam membisu beliau terhadap cabaran Anwar untuk berdebat menunjukkan dan mengenalkan kita siapa Najib sebenarnya. Kalau benar dia berani dan tidak gentar kepada pasaran idea babas dia akan sahut cabaran Anwar. Dia tidak perlu berdolak dalih dan mengatakan perdebatan itu membuang masa.

Bagi rakyat selagi Najib tidak sedia untuk menyahut cabaran itu, rakyat tidak akan mengikhtiraf Najib sebagai perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab. Katalah sejuta kali dia tidak gentar kepada pasaran idea, tetapi pembisuan itu akan diterjemahkan rakyat Najib takut dan kecut perut. Sebelum ini bukan main lagi dia mengangga mulut mengatakan Anwar akan demam kalau berdebatnya dengannya, tetapi hakikat hari ini yang bergerunyuk dan kesejukan bukan Anwar tetapi Najib.

http://msomelayu.blogspot.com/

sepang-kederang

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Atas pagar mula sokong Pakatan

Posted: 03 Apr 2012 06:25 PM PDT



Fokus IsuOleh Abd Shukur Harun
Pengundi 'atas pagar' (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.

Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:


+ Semakin ramainya golongan yang dikenal 'Atas Pagar' datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.

Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.

+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti  majlis ceramah PR.

+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.

+ Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.

+  Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.

Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0  itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.

Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.

Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan 'takut' rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.

Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.

Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan 'atas pagar' dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam  melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.

Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan 'mencengkam' golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku,  mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.

Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.

Golongan 'atas pagar' muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.

Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.

Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.

Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan 'Buku Jingga' yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku 'Negara Berkebajikan' yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan 'Buku Jingga'.

Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.

Apabila golongan 'Poros Tiga' ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting  ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.

Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan 'atas pagar' ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan 'menuju ke Putrajaya' akan lebih mudah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


UMNO Jangan Cuba Jadi Samseng!

Posted: 04 Apr 2012 01:52 AM PDT


Kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang cuba mengugut seorang surirumah yang menggantungkan bendera PAS. Adakah ini yang diajar oleh pemimpin mereka supaya melakukan politik samseng? Budaya bacul ini sepatutnya sudah tiada dalam era politik moden kerana politik samseng ini berlaku pada tahun 70-an yang dikenali pemuda tahan lasak.

Sekarang bukan lagi dikenali pemuda tahan lasak tapi dikenali sebagai pemuda mandom kerana menjadikan surirumah sebagai tempat melepaskan samseng. apa salah surirumah sehingga mengugut bunuh? Hebat sangatkah dengan ugutan bunuh itu? Mana pembela Melayu jika orang melayu pun sanggup dibunuh? Dangkal pemikiran seperti orang kurang waras.

Adakah bendera PAS itu haram dari sisi undang-undang? adakah hanya UMNO sahaja yang wujud dalam Melaka? Jika UMNO betul-betul anak jantan, bersainglah dalam ruang lingkup yang sihat dan bukannya cuba menujukkan samseng. Adakah budaya samseng ini diajar oleh zionis Israel? Pemimpin kenyang dan ahli bawah cuba tunjuk samseng.

Kenapa sakit hati sangat dengan penduduk yang menggantung bendera PAS? PAS tidak pernah mencabut atau mengugut rakyat atau surirumah untuk menanggalkan bendera yang digantung oleh ahli UMNO. Jika UMNO merasakan mereka tidak diterima oleh rakyat, maka mereka harus terima dengan hati terbuka mengapa rakyat tolak UMNO dan bukannya mengugut orang ramai.

Polis juga kena ambil serius kes seperti ini dan jangan asyik memantau ceramah Pakatan Rakyat tanpa buat kerja menyelesaikan masalah jenayah. Pertarungan politik hanya untuk parti dan pihak polis seharusnya tidak mencampuri urusan politik. Diharapkan pihak polis telus dalam menjalankan siasatan kerana pihak PAS tidak pernah menjadikan polis musuh sebaliknya mahukan polis melindungi orang ramai dari keganasan.

Pengikut