Jumaat, 16 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 16 Nov 2012 03:50 PM PST

3 Anggota Polis Didakwa di Mahkamah Atas Tuduhan Merogol Pembantu Kedai Warga Indonesia

Posted: 16 Nov 2012 12:35 AM PST

[MK] Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tuduhan berniat bersama untuk merogol.

Hakim Nabishah Ibrahim membaca pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk tuduhan merogol dan Seksyen 377(c) untuk tuduhan melakukan seks luar tabii.

Ketiga-tiga anggota polis tersebut - Sin Mat Lazim, 33; Syahiran Ramli, 21;  dan Remy Anak Pana, 21 - yang ditahan selama tujuh hari yang berakhir hari ini, minta dibicarakan.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.Sejak jam 8 pagi tadi, ramai wartawan telah berkumpul di bangunan mahkamah, menunggu ketibaan suspek.

Mereka akhirnya tiba pada jam 2.15 petang, dan diiringi tiga anggota polis. Ketiga-tiganya memakai pakaian lokap berwarna oren dan menutup muka mereka dengan baju mereka.

Sebaik sahaja ternampak ketiga-tiga mereka, kumpulan jurukamera bergegas untuk merakam gambar.

Pemangku Ketua Pengarah Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah turut hadir di mahkamah. Kira-kira 30 'penyokong' dalam uniform polis dan pakaian biasa turut hadir.

Mufti Perak Sentiasa Bertaubat untuk Kesalahan yang Sama, Kesalahan yang Sengaja Dibuat?

Posted: 15 Nov 2012 05:54 PM PST

Rata-rata pembaca DCM mengetahui isu pokok sehingga mendorong Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (KDUPP), Datuk Harun Taib meminta Mufti Perak,  Tan Sri Harussani  Zakaria  bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.

Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Mufti Perak yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari tentang kebebasan beragama. Lanjut baca di sini.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," kata KDUPP selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat seperti yang dilaporkan oleh SH.

"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak.  Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.

"Kita tidak ambil berat, kita anggap biasa sahaja, saya tidak mahu bicara soal ini, tanya benda lain seperti (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) buat, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat," katanya.

Bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh KDUPP , Mufti Perak seperti yang dipetik oleh SH berkata, "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." 

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh tuan mufti di atas, pelbagai persoalan bermain di minda kita. Dalam kenyataan yang dibuat KDUPP, beliau meminta tuan mufti bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam. 

 Cuba renungkan semula persoalan-persoalan ini. Apakah kita bertaubat untuk mengulangi kesilapan yang sama walhal kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan tersebut? Apakah erti taubat apabila kita berjanji kepada Allah untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat, namun dalam masa yang sama kita mengulangi kesilapan tersebut secara sengaja? Adakah menyokong atau mempertahankan pihak yang menghina/memperlekeh  hudud dan menentang negara Islam itu sesuatu yang tidak disengajakan?

[Video] Ketua Pemdua Pas Isytihar Harta, Hanya Ada Simpanan RM9 Ribu dan Terima Elaun RM2800

Posted: 15 Nov 2012 05:25 PM PST

[SH] KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

P/s: Cuba minta Khairy Jamaluddin isytihar harta! 

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Nov 2012 03:26 PM PST

433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer

Posted: 16 Nov 2012 03:24 PM PST

Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.

Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.

"RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.

"Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.

"Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.

"Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.

"Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku.

Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.

"Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.

"Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya.

Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan.

Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD

Posted: 16 Nov 2012 03:06 PM PST

Kit Siang: Anwar PM jika kuasai Putrajaya

ROSMIZA KASIM dan SAPINAH ABD GHANI
17 November 2012

 

KOTA BHARU - Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Muktamar Tahunan Pas Kali ke-58 sedang berlangsung di sini.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar juga berucap pada himpunan malam tadi.

Kit Siang berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Himpunan malam tadi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong.

Awal Januari lalu, PR pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Harakahdaily melaporkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi malam tadi.

Mohd Nahrawi juga  pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

"Saya dah lama nak menyertai Pas, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih Pas," katanya.

Cukuplah politik Malaysia 'disyaitani manusia', kata Hadi

Posted: 16 Nov 2012 03:03 PM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan.

Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.

"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia.

"ALLAh menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya.

Oleh itu katanya, Pas sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat akan mengembleng usaha bersama gagasan pembangkang itu bagi memastikan agenda mentabir Putrajaya akan tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Abdul Hadi kemudiannya menggariskan empat resolusi untuk memantapkan jentera parti itu menjelang PRU13 bagi menghadapi musuh tradisi mereka, Umno-Barisan Nasional.

"Tindakan Pertama: Petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN.

Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar Presiden.

Muktamar kali ini bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, di sini, hari ini.
"Tindakan Kedua: Petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing (Parlimen atau DUN) menghadapi musuh yang amat licik," kata Abdul Hadi.

Ujarnya lagi, petugas Pas juga hendaklah bersedia "menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno."

Jelasnya, sikap orang muda pada hari ini amatlah berbeza dengan generasi terdahulu.

"Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi Facebook, blog, SMS dan lain-lain," katanya.

Sementara tindakan keempat pula ialah memastikan Pas memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan Pas dengan keutamaan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada 2008 (24 kerusi).

"... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," tambah Abdul Hadi lagi.

SPA masih tunggu laporan kes khalwat KP Kesihatan

Posted: 16 Nov 2012 02:58 PM PST

SINAR HARIAN

 

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian dan jabatan berkaitan.

"Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 November di Sabah) akan ada satu mesyuarat. Jadi apa bentuk 
tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat," katanya pada sidang akhbar sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini hari ini.

Kelmarin, Dr Hasan, 56 dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Mak nyah jaja tubuh dicekup

Posted: 16 Nov 2012 02:53 PM PST

AHMAD ISMADI ISMAIL

 

 

AMPANG - Sambutan Maal Hijrah 1434H dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, yang membuat rondaan pencegahan kira-kira jam 5 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, mak nyah terbabit cuba lari setelah terserempak van dinaiki pegawai penguatkuasa agama.

"Ada di antara mereka cedera ringan kerana terjatuh ketika berlari menaiki tangga sebuah rumah kedai. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 38 tahun itu berjaya dicekup," katanya.

Difahamkan, mak nyah berkenaan mengenakan bayaran serendah RM50 untuk setiap pelanggan.

Salah seorang mak nyah memberi alasan sukar mendapat pekerjaan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan sepertinya menyebabkan dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mak nyah berusia 26 tahun itu dipercayai pernah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sebelum ini.

Operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM1,000 atau 6 bulan penjara.

Dalam operasi berasingan yang turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), seramai 50 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di Bukit Langat dan Bukit Permai, di sini.

Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam.

Kesemua mereka juga wajib mengikut sesi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 25 November ini.

Jangan sandiwara, Umno-BN mesti henti hubungan dagang dengan Israel

Posted: 16 Nov 2012 02:57 AM PST


Sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut.

Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan Umno-BN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palestin melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang .

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov

Posted: 16 Nov 2012 02:55 AM PST


Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Peserta 'Himpunan Hijau' yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia.

"Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan.

"Kita serah memorandum kepada Perdana Menteri 26 November bagi membantah pengabaian alam sekitar," katanya ketika dihubungi.

Jelas Clement, selain Himpunan Hijau, turut bersama menyertai perjalanan jauh kempen 'Langkah Hijau' itu ialah aktivis anti sianida dari Bukit Koman, aktivis alam sekitar dari Teluk Rubiah, Perak dan aktivis anti insenarator Cameron Highlands.

"Turut bersama kita ialah aktivis dari Murum dan Baram, Sarawak. Tanah mereka diambil untuk pembinaan empangan," jelas Clement.

"Semakin ramai menyokong dan sekarang pula musim cuti sekolah. Mereka yang nak ikut sama sangat digalakkan," katanya.

Kempen 'Langkah Hijau' kini memasuki hari ketiga sejak pelancarannya di Kuantan Isnin lalu. Konvoi itu kini dalam perjalanan ke Maran dari Seri Jaya.

Mereka berjalan antara jam 5 hingga 10 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari.

Maklumat perjalanan, lokasi hentian dan aktiviti sepanjang 14 hari kempen 'Langkah Lestari' boleh dilayari di sini.

Bung Mokhtar hadir taklimat kes rasuah Scorpene minggu depan

Posted: 16 Nov 2012 02:49 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dari Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaannya untuk hadir pada taklimat Scorpene yang dijadual diadakan di Parlimen Khamis depan.

"Tiada masalah untuk hadir mendengar taklimat. Sekiranya dijemput dan saya punya masa, apa salahnya, saya akan hadir," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Menurut Bung Mokhtar, beliau tidak meletakkan sebarang halangan dan sedia menyambut ketibaan peguam dari Perancis itu di Parlimen.

"Saya tiada sebarang halangan dan masalah untuk itu," jelasnya.

Pada 29 Oktober lalu, dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua Ahli Parlimen, termasuk dari BN hadir ke taklimat kes rasuah pembelian kapal selam itu.

Katanya, beliau tidak melihat sebarang halangan untuk peguam tersebut hadir ke Parlimen jika Umno BN tidak berniat menyekatnya.

"Halangan untuk ahli bukan parlimen mengadakan sidang media hanya di ruang sidang media di lobi Parlimen, jadi sepatutnya tiada masalah untuk taklimat dibuat di sana," katanya.

IKRAM, JKR Diminta Buat Kajian Tanah Runtuh Di Ampang

Posted: 16 Nov 2012 02:43 AM PST


AMPANG : Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan melakukan kajian terperinci mengenai runtuhan tanah di kawasan berhampiran Menara Tinjau, Bukit Ampang.

Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang ditemui ketika lawatan di tempat kejadian pagi tadi berkata, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil.

"Laporan IKRAM mungkin dapat disediakan dalam tempoh seminggu, sementara laporan JKR mungkin ambil masa lebih lagi," ujar beliau.

Sebelum ini, menurut Ronnie, menara tinjau tersebut ditutup sejak awal tahun berikutan arahan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Turut ditutup ialah sebuah restoran makanan barat yang terletak bersebelahan menara tersebut.

"Kajian dan tinjauan MPKj mendapati kawasan cerun berkenaan bahaya, tidak selamat dan hari ini terbukti benar.

"Ia satu kesilapan juga oleh Kerajaan Negeri terdahulu membenarkan pembangunan di kawasan cerun kelas keempat ini.

"Sekarang, tiada pembangunan dibenarkan Kerajaan Negeri di kawasan kelas keempat, kelas ketiga pula boleh tapi dikenakan syarat yang ketat," tegasnya.

Kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku lewat petang semalam menyebabkan Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara.

Sementara itu, Ronnie memberitahu jalan akan mula dibuka selewat-lewatnya 7 malam ini.

Beliau juga mengarahkan pihak MPKj untuk melakukan pemantauan 24 jam di kawasan kejadian.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak berhenti di kawasan kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping mengelakkan kesesakan," jelas Ronnie.

PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi

Posted: 16 Nov 2012 02:36 AM PST


(Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar)

KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN.

Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis.

"Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan.

"Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi," tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58.

Yang pertama, kata Ahli Parlimen Marang itu,  PAS akan membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan.

"Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan," terang beliau.

Abdul Hadi turut menyatakan bahawa PAS berhasrat membetulkan perlaksanaan ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah.

Yang ketiga, PAS, katanya akan membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat.

"Keempat - menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar," kata Abdul Hadi.

Ini sekaligus, katanya akan menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan "kartel‟ yang bertindak menekan rakyat.

Tolak pemerintahan rasis Umno BN – Anwar

Posted: 16 Nov 2012 12:50 AM PST

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH : Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan sistem perkauman sempit dan jumud sehingga mengabaikan kepentingan sebenar agama.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkauman adalah sebahagian dari assabiyah yang membawa keruntuhan hubungan sesama Islam jika dijadikan landasan dalam pentadbiran negara.

"Ia tidak akan memberi keadilan dan menyimpang dari hakikat sebenar. Perjuangan adalah untuk suku masing-masing. Manakala suku lain yang turut memerlukan pembelaan tidak akan menikmati keadilan tersebut," katanya ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Taman Pauh Idaman, dekat sini semalam.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, prejudis dan rasis yang melampau telah menjadi sebahagian dari rutin pemimpin negara.

Katanya, jika amalan ini berterusan, ia mampu meruntuhkan hubungan rakyat.

Anwar berkata, sistem pemerintahan sekarang wajar diubah segera bagi menyelamatkan masyarakat menjadi mangsa kerakusan pemimpin berkuasa.

Beliau turut membidas media milik Umno BN yang tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kenyataannya berkenaan kebebasan beragama yang diputar belit.

"Kenyataan Nurul Izzah (menjelaskan) dia bersekolah di Assunta. Terdapat salib di sekolahnya ketika itu. Namun beliau tidak pernah terpengaruh dengan agama tersebut.

"Ia tetap dengan agama Islam yang menjadi pegangannya. Beliau juga begitu yakin dengan agama yang dianutinya tanpa menggugat akidah walaupun ia berada di sekolah yang mempunyai salib.

"Kenyataan ini tidak disiarkan oleh media milik Umno BN. Mereka sebaliknya memutar belitkan sebahagian dari kenyataan yang tidak lengkap untuk kepentingan politik sempit yang menjadi amalan," jelas Anwar.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abul Malik Kassim dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan.

Ingatkan k'jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida

Posted: 16 Nov 2012 12:47 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.

"Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.

"Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?" soalnya.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.

Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan.

"Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman," kata Zuraida.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Baru-baru ini, Robengah didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur

Posted: 16 Nov 2012 12:45 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.

Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.

"Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri," katanya ketika dihubungi.

Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.

Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan.

Ekoran itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri.

"Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13," kata Rafizi.

KASE Terima Lebih 100 Aduan Saman AES

Posted: 16 Nov 2012 12:41 AM PST


 SHAH ALAM: Kaunter penerimaan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibuka Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) kini menerima lebih 100 aduan daripada pengguna jalanraya yang menjadi mangsa.

Penasihat Undang-Undang KASE, Zulhazmi Sharif berkata, kaunter yang dibuka sejak 21 November lalu menerima banyak aduan daripada pengguna jalanraya di seluruh negara yang menerima surat saman melalui kamera AES.

Katanya, beliau bersama Jawatankuasa KASE akan membuat pengumuman dalam jangka masa terdekat bagi memberitahu tindakan seterusnya yang akan diambil bagi membantu penerima saman tersebut.

"Setakat ini kaunter aduan masih dibuka dan kita belum membuat pecahan mengikut negeri dan kita akan membuat pengumuman berkaitannya pada minggu hadapan kerana kes.

"Ini kerana tarikh paling awal ke mahkamah melibatkan penerima saman itu adalah pada 7 Disember 2012 dan kita akan mengagihkan peguam-peguam kita bagi membantu mereka," katanya kepada TVSelangor hari ini.

Sementara itu, kaunter yang dibuka dua minggu sekali bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang itu bertujuan memudahkan orang awam yang menerima saman AES mendapatkan nasihat dan khidmat peguam yang diberikan secara percuma.

"Di Selangor sendiri terdapat belasan orang yang menerima saman AES dan dimaklumkan hanya dua kawasan di Selangor yang mempunyai kamera itu iaitu di kawasan Kajang.

"Lebih mengejutkan, terdapat seorang pengguna jalanraya menerima tiga saman AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) kerana ia merupakan laluan hariannya," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menyatakan sepasukan peguam disediakan jika penerima saman AES bersetuju ke mahkamah dan perkhidmatan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS (JUHAM) akan disediakan kepada mereka yang terlibat.

Senator Australia buat laporan polis terhadap BH, NST, Utusan

Posted: 16 Nov 2012 12:37 AM PST

Ini kerana mereka telah melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis.

PETALING JAYA: Senator Australia, Nick Xenophon hari ini hadir ke Balai Polis Travers, Kuala Lumpur membuat laporan terhadap akhbar Berita Harian (BH), News Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia kerana melabelkannya sebagai anti-Islam dan penyokong kumpulan pasangan sejenis.

Senator bebas itu yang tiba di Malaysia sejak semalam membuat laporan polis kira-kira 11 pagi tadi menyifatkan laporan terbabit sebagai palsu, tidak benar, dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang senator sehingga menimbulkan ketakutan sekiranya menjadi mangsa keadaan.

"Senator Nick mahu pihak berkuasa menyiasat kes ini di bawah undang-undang jenayah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah," kata wakil peguam Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi.
Menurut Amer, Nick kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberikan keterangan kes terhadap laporan polisnya pagi tadi.

Nick dijemput oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi salah satu anggota badan pemerhati luar bagi memantau Perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu.

Utusan dalam laporannya 1 Mei lalu mendakwa Nick mengecam Islam sebagai sebuah organisasi jenayah yang berselindung disebalik kepercayaan agama.

Dakwaan itu dipetik Utusan melalui satu ucapan Nick pada 17 November 2009.

Manakala NST menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bebas-Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut menyifatkan Nick sebagai peyokong kumpulan LGBT.

Namun NST kemudiannya menarik balik laporan tersebut dan memohon maaf 3 Mei lalu.

Melampau batas

Walaupun pengakuan dan permohonan maaf dikemukakan NST, namun Amer menegaskan isu itu melampau batas kerana menjejaskan nama baik Nick sebagai seorang wakil rakyat.

"Nick sibuk menjalankan tugasnya di Australia. Baru sekarang berkesempatan untuk datang ke Malaysia dan membuat laporan polis walaupun artikel itu disiarkan Mei lalu," katanya.

Nick dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini bagi menghadiri sidang Parlimen Australia Isnin minggu depan.

Sementara itu, Amer berkata pihaknya akan meneruskan niat untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar berkenaan dalam masa terdekat.

Sabotaj bukan faktor utama BN kalah PRU12

Posted: 16 Nov 2012 12:35 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil iktibar kekalahan sebelum ini, bertitik tolak daripada kemenangan majoriti pada 2004.

Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun berkata, perolehan undi majoriti itu berdasarkan kepercayaan kepada calon untuk meneruskan agenda memartabatkan kepentingan rakyat.

Namun katanya, kemenangan selesa itu membuatkan segelintir pemimpin mula lalai dan mengabaikan kebajikan rakyat yang mengharapkan perubahan.

"Kemenangan majoriti pada PRU11 itu mengakibatkan ada calon yang menang lupa diri, sombong dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi terhadap hak rakyat.

"Senario itu menyebabkan kekalahan pada PRU12 mungkin kerana ahli parti cuba mengurangkan undi majoriti sebagai pengajaran kepada calon terbabit.

"Kekalahan tersebut sia-sia kerana kita (BN) kehilangan banyak hak dalam pentadbiran negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang menyatakan kekalahan Umno pada PRU12 kerana faktor sabotaj dalam kalangan ahli parti antara punca menjejaskan peluang BN untuk menang.

Koon Mun berkata, beliau tidak menolak faktor sabotaj antara punca kekalahan parti tetapi banyak lagi perkara  yang perlu diperhalusi melibatkan peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk memastikan kemenangan.

Perkara tersebut turut dipersetujui Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro yang berpendapat, BN perlu bangkit selepas berdepan 'tsunami' pada PRU12 dengan memfokuskan perpaduan sesama ahli parti.

"Saya yakin pilihan raya akan datang nanti, kita semua sudah bersedia. Kekalahan lalu telah mematangkan kita agar mengetepikan kepentingan peribadi untuk mengutamakan kekuatan parti dalam usaha merampas semula negeri jajahan pembangkang.

"Saya percaya usul Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kesedaran akan peranan masing-masing," katanya,

Sementara itu, Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus berkata, sekarang ini beliau yakin masalah sabotaj bukan lagi kekangan utama kerana semangat parti sudah berada di tahap tinggi menjelang pilihan raya.

"Rakyat sudah mula sedar apabila berdepan banyak keperitan sepanjang pemerintahan PR dan kita yakin Umno akan dapat merampas kembali negeri yang jatuh ke tangan PR," katanya.

Abdul Hadi: Saya puas hati dengan 'Harakah', 'Harakahdaily'

Posted: 16 Nov 2012 12:32 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak editorial 'Harakah' distruktur semula bagi menterjemahkan aspirasi sebenar PAS. – Gambar oleh Saw Siow Feng

 

KOTA BARU – Walaupun Dewan Pemuda PAS telah mengemukakan usul untuk merombak semula struktur editorial lidah rasmi PAS, Harakah dan Harakahdaily, Presiden PAS hari ini nyata memberikan pandangan berbeza berhubung perkara itu kerana berpuas hati dengan keupayaan organ rasmi parti Islam tersebut.

"Sekarang, saya puas hati atas keupayaan mereka (Harakah, Harakahdaily).

"Kita orang Islam tiada yang sempurna, saya pun tak sempurna, orang boleh kritik saya ... cuma kita terima teguran dan nasihat daripada semua pihak," kata Abdul Hadi kepada pemberita.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika Muktamar Pemuda PAS semalam menegaskan, lidah rasmi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga turut menyiarkan berita yang memalukan apabila menjadikan isu perbalahan antara PAS dan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa sebagai berita mereka.

"Harakah merupakan lidah rasmi parti dan setiap berita yang keluar merupakan kenyataan rasmi parti tetapi kini ia tidak berfungsi dengan baik.

"Sebagai contoh, ketika krisis melanda parti ini melibatkan Hasan dan Nasharuddin, berita tersebut dijadikan muka depan akhbar dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia patut disembunyikan daripada pengetahuan umum mengenai krisis kepimpinan yang melanda parti tetapi sebaliknya berlaku," katanya ketika membentangkan usul di Muktamar Pemuda PAS ke-53 semalam.

Sehubungan itu, Kamaruzzaman turut mendesak supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal isi kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily, termasuk penstrukturan semula editorial akhbar berkenaan.

"Menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhan, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak editorial Harakah distruktur semula bagi menterjemahkan aspirasi sebenar PAS.

"PAS Pusat perlu membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya lagi.

Selepas usul berkenaan disokong dan diluluskan hampir 600 perwakilan, wartawan Harakah dan Harakahdaily dilihat terus meninggalkan muktamar yang ketika itu masih lagi berlangsung.

Hampir 1,000 berdemo di hadapan kedutaan AS bantah serangan Gaza

Posted: 16 Nov 2012 12:29 AM PST

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantah serangan Israel ke atas Gaza, dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) dan Aqsa Syarif.

Mereka berhimpun di hadapan kedutaan AS selepas solat Jumaat, diketuai oleh timbalan presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Hatta Mohamad Shaharom.

Dr Hatta kemudiannya menghantar memorandum dan diterima oleh wakil duta AS ke Malaysia, Paul W. Jones.

"Serangan Israel ke atas Gaza adalah tidak berperikemanusiaan. Serangan ini hanyalah bertujuan mahu terus berperang dan rakyat Palestin di Gaza menderita di tangan rejim Israel.

"Kami mahu Amerika untuk tidak berat sebelah dengan terus menyokong Israel dan menjadi lebih jujur untuk menyelesaikan konflik di Palestin," menurut kenyataan bersama ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) dalam memorandum tersebut.

Mereka kemudian berdemonstrasi sambil melaungkan takbir dan dikawal oleh pihak polis di sekitar Jalan Tun Razak.

Hadi: 'Pas tidak pernah tersasar landasan'

Posted: 16 Nov 2012 12:24 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara sinis menyindir mereka yang mendakwa parti itu sebagai tersasar dari landasannya sebagai "mereka yang tidak memahami bahasa al-Quran" ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar ke-58 parti itu hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang terus-terusan menyelar parti itu kononnya tergelincir daripada wadah perjuangan Islam hakikatnya terpengaruh dengan bahasa asing  "welfare state" yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit.

"Muktamar yang lalu kita kemukakan tema: Membangun Negara Berkebajikan. Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka, bahawa Pas sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam," kata Abdul Hadi mengundang riuh sidang hadirin di dalam Dewan.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini mengundang kontroversi apabila secara terbuka mengkritik parti Islam itu yang dilihat mendahului kuasa berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam dalam impiannya menuju ke Putrajaya.

Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula berkata, perjuangan Pas tidak lagi menepati kehendak Islam  sejak bekerjasama dengan DAP.

Pandangan sama turut dizahirkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa Pas dikuasai oleh golongan parasit.

Kritikan-kritikan itu kemudiannya dibidas oleh Abdul Hadi sambil berkata, dalam permuafakatannya bersama Pakatan Rakyat terutama DAP, ia berlaku kerana keterbukaan parti itu yang dibarisi kepimpinan ulama yang menunjangi kerjasama baik dengan parti komponen Pakatan yang lain.

"Pas menjadi gerakan Islam terawal yang berpeluang memerintah melalui sistem demokrasi seawal 1959, kerajaan campuran 1970- an, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah 1990 dan 1999, Pakatan Rakyat 2008, di mana sikap keterbukaan para ulama Pas lah yang membuka ruang Pas melaksanakan ijtihad Tahaluf Siyasi dalam arus politik tanahair kita sehingga membolehkan Pas berhubung dan bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang terdiri dari 40% rakyat di negara kita ini," jelas Abdul Hadi.

Perpaduan yang dijalin dalam Pakatan Rakyat kata Abdul Hadi, tidak mungkin dapat dipraktikkan oleh Umno-Barisan Nasional menerusi slogan 1Malaysia.

"Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita," katanya.

"Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman. Inilah yang menjadi teras perjuangan Pas, setelah kita melihat Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit, dan terkini rasuah politik RM40 juta di Sabah, salah guna kuasa, ketidakadilan dalam masyarakat dan sebagainya," tambahnya lagi.

Bahkan menurut Abdul Hadi, "Umno juga gagal memperkasakan orang Melayu dengan Islam, selain dari gagal menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada rakyat, dengan membiarkan orang Islam dalam negara ini dicabar dan diperkotak-katikkan dengan hujah yang biadap oleh pimpinan MCA yang menjadi sekutu rapat Umno dalam Barisan Nasional."

PAS tawarkan memperbaiki ekonomi dalam usaha tarik sokongan pengundi

Posted: 16 Nov 2012 12:23 AM PST

TERKINI

Oleh Mohd Farhan Darwis

Abdul Hadi berkata perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit. – Gambar oleh Saw Siow Feng

 

KOTA BARUv – PAS hari ini dilihat memberikan fokus untuk memperbaiki ekonomi dalam meneruskan perjuangan mereka membentuk negara berkebajikan seperti dilaungkan sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ucapan dasar Muktamar PAS ke-58, hari ini menegaskan hanya ekonomi dan negara berkebajikan yang berkonsep adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia pelbagai kaum.

"Perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1 Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud di negara kita.

"Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap negara berkebajikan PAS, mengatakan PAS menyeleweng dari matlamat asal.

"Anggapan salah itu adalah kerana mereka tidak memahami bahasa Al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing 'welfare state' yang mentafsir kebajikan sempit," kata Abdul Hadi sewaktu ucapan dasarnya di hadapan hampir 1,200 perwakilan dari seluruh negara.

Ketika ucapan dasarnya itu juga sewaktu Muktamar Tahunan ke-58 PAS yang bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan", Abdul Hadi turut menyentuh berkenaan struktur ekonomi negara yang menurutnya "membarahkan politik menipu dan ekonomi berpusing kekayaan".

"Hakikat inilah yang kita lihat berlaku di negara kita. Negara yang kaya dengan hasil bumi, akan muflis sekiranya terus berada di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Melaksanakan transformasi ekonomi ala BN untuk setanding dengan negara kaya Barat juga bukanlah ukuran yang rakyat inginkan, nilai ringgit yang ada pula menyusut sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi makna," tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Turut disentuh Abdul Hadi juga adalah berkenaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menurutnya terdapat banyak kekeliruan dan kecelaruan didalamnya.

Abdul Hadi dalam sidang medianya selepas ucapan dasarnya berkata isu berkaitan hudud tidak lagi berbangkit memandangkan persetujuan telah pun disepakati oleh PR.

"Hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu ... kami sudah adakan dialog sejak 1990 ... isu ini sudah selesai, kami setuju untuk tidak bersetuju."

Beliau turut menjelaskan dengan jaminan negara berkebajikan tersebut tidak akan membebankan rakyat sebaliknya golongan yang kurang berkemampuan akan ditampung melalui dana yang dikutip daripada mereka yang berada.

"Kita tidak membebankan rakyat dengan cukai, kita akan tampung dengan mereka yang berada," katanya lagi.

Antara isu lain yang disentuh veteran PAS itu adalah Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang yang mana PAS menurutnya tidak pernah menolak pembangunan.

"Kita tidak menolak projek ekonomi seperti ini, tetapi PAS menolak kezaliman di atas nama pengambil alihan tanah secara tidak adil, pemusnahan ekologi kawasan perikanan, yang seterusnya menjejaskan mata pencarian hidup rakyat sendiri.

"Projek seperti Kilang Penapisan dan Petrokimia di Pengerang, Johor sepatutnya dilaksanakan tanpa melibatkan pemindahan 25,000 penduduk yang menghuni selama puluhan tahun di 10 buah kampung tradisi, melibatkan pemindahan lebih dari 10 buah sekolah, masjid dan sebagainya," katanya.

Posted: 16 Nov 2012 12:11 AM PST

Posted by admin on November 16th, 2012

Kekecewaan yang dipendam oleh akar umbi PAS dalam hubungan terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat telah di nyatakan secara terbuka.Dewan Ulama menegaskan bahawa dalam menegakkan agenda hudud mereka bersedia mengeluarkan pemimpin yang "mengelirukan" ahli.

Ketua Dewan Datuk Harun Taib mengisytiharkan bahawa PAS akan berpegang teguh pada rancangannya untuk melaksanakan undang-undang hudud walaupun menerima pandangan yang bertentangan dari luar parti.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri mempunyai peranan menangani kekeliruan di kalangan ahli-ahli baru yang mana mempercayai bahawa hudud bukan satu perkara yang perlu dibincangkan dalam Pakatan.

"Ada yang keliru, mereka merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud kerana Malaysia sebuah negara berbilang kaum.

"Ini berlaku kerana ahli-ahli yang gagal memahami Tarbiyah usaha parti (memupuk dan pengukuhan)," kata Harun ketika merasmikan perhimpunan agung Dewan Ulama di sini, Khamis.

Ucapan beliau dibacakan oleh Dewan Undangan Negeri naib ketua Dr Mahfudz Mohamad.

Harun berkata memperjuangkan hudud adalah sebahagian daripada agenda parti untuk dilaksanakan di negara ini.

"Jenayah utama seperti kecurian, rompakan dan seks haram menjadi masalah yang serius mempengaruhi rakyat. hudud mesti dilaksanakan untuk menyelesaikannya, "katanya.

Kemudian, pada sidang akhbar, Harun menegaskan bahawa PAS akan memastikan bahawa hudud akan dilaksanakan jika mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

Menurut beliau, Pakatan telah bersetuju bahawa bukan sahaja hudud tetapi juga undang-undang Syariah akan dilaksanakan jika PAS mempunyai majoriti di Parlimen.

Harun berkata Pengerusi DAP Karpal Singh menentang hudud kerana kegagalan untuk menghadiri dialog yang dianjurkan oleh PAS.

Mengenai laporan akhbar bahawa Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria telah meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk bertaubat dalam kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama, Harun berkata bahawa Harussani perlu bertaubat untuk tidak menyokong perjuangan Islam.

Sayap Belia juga menyokong hudud dan menyandarkan sokongan kepada kepimpinan ulama dan meminta PAS untuk menunjangi kepimpinan Pakatan Rakyat.

Perwakilan Johor, Mohd Faizal Khalid mengkritik kepimpinan Belia kerana gagal untuk bercakap menentang pemimpin Pakatan yang melakukan kesalahan.

"Sayap sepatutnya menjadi sebuah kumpulan tekanan yang menyokong untuk perubahan tetapi kita tidak mendengar sebarang kritikan dari mereka menentang kerajaan Pakatan," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda Nasrudin Hassan pada Muktamar, Khamis.

Perwakilan Pulau Pinang Hasbul Wizar berkata PAS harus menjadi parti dominan dalam Pakatan.

Perwakilan Selangor Sharhan Humaizi Halim berkata bahawa negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu ditadbir mengikut model Islam.

Perwakilan Pahang Fadli Ibrahim berkata, kepimpinan ulama perlu dikekalkan kerana "mereka telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya umum lalu".

Beliau berkata bahawa "kuman, ular dan racun" harus disingkirkan dari parti.

Atlet wanita rupanya lelaki

Posted: 16 Nov 2012 12:09 AM PST

KL TODAY

Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya.

Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu.

Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut.

Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.

Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.

"Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik.

"Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya.

Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri.

Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini.- Agensi

Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan

Posted: 16 Nov 2012 12:05 AM PST

KL TODAY

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti.

Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

"Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri.

"Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat," katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari.

"Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin.

"Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno," katanya lagi.

Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan.

"Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan," kata Mohsin lagi.

Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, "hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno".

Posted: 16 Nov 2012 12:03 AM PST

Posted by admin on November 16th, 2012

Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai 'Zul Yahya' semasa berada dalam siasatan polis.Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.

Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana 'Zul Yahya', tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.

"Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa 'Zul Yahya'. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu," kata Asiah ketika dihubungi.

Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.

Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.

Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.

Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.

"Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan," jelasnya.

"Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan," kata Asiah.

Ngapa orang marah AES?

Posted: 15 Nov 2012 08:23 PM PST

AKHIR sekali Selangor pun bersikap seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain melarang kamera AES dipacak di tanah yang dikuasainya hinggalah ada keputusan yang lain  dari Pakatan.
Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi.

Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan  di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik.

Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu  supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?

Semua  setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan semuanya, ia disapu sama oleh saudagar.

Seperti undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang  keledar yang melobi kerajaan mengadakan peraturan itu.

Sistem yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak  dulu lagi, rakyat rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan.

Cukai yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi satu penindasan.

Denda AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat. Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat.

AES samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah.

Bukan rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas.

Dalam mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2 kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya. Ia dihalalkan.

Alat itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada sekatan polis.  Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali dirakam.

Kerajaan fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat kerana mengambil duit itu dikira menindas.

Katakanlah pesalah AES itu    dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka  dipercayai oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut  dan kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju.

Apabla denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kembar dalam kandungan hilang di malam hari

Posted: 15 Nov 2012 11:27 PM PST



16 Nov 2012 – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Warna Warni Majlis Perasmian Muktamar Pas ke 58

Posted: 16 Nov 2012 02:32 AM PST
















X-Presi Anak Muda.

Posted: 16 Nov 2012 02:24 AM PST




PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi

Posted: 16 Nov 2012 02:22 AM PST


(Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar)

KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN.

Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis.

"Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan.

"Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi," tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58.

Yang pertama, kata Ahli Parlimen Marang itu,  PAS akan membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan.

"Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan," terang beliau.

Abdul Hadi turut menyatakan bahawa PAS berhasrat membetulkan perlaksanaan ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah.

Yang ketiga, PAS, katanya akan membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat.

"Keempat - menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar," kata Abdul Hadi.

Ini sekaligus, katanya akan menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan "kartel‟ yang bertindak menekan rakyat.

Siap hadapi 'taufan wang' - Presiden PAS

Posted: 16 Nov 2012 02:21 AM PST


(Para tetamu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS ke 58 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan)

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti melakukan tindakan secara terancang bagi melawan serangan "taufan wang" yang bakal digunakan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN.

"Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno BN. Teguhlah dengan jemaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.

Dewan Putik penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara untuk mengikut dan menyertai muktamar terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Terdahulu, Ustaz Hadi menerima tabik hormat dari pasukan Unit Amal serta dipersembahkan dengan kawad kaki dari Briged Amal.


Persiapan rapi


Ustaz Hadi turut meminta ahli membuat persediaan rapi menjaga Parlimen atau Dun masing-masing bagi menghadapi musuh yang amat licik.

Tambah beliau, petugas juga perlu bersedia menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno.

"Sikap orang muda sekarang amat berbeza dengan generasi terdahulu. Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain," katanya.


Kerusi





Selain itu katanya, PAS juga harus memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan kepada parti itu dengan keutamaan mempertahankan semua kerusi Parlimen yang telah dimenangi dalam PRU 2008 (24 kerusi).

"Kerusi parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi PAS di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," katanya lagi.

Justeru tegasnya,  media parti seperti Harakah dan Harakahdaily bersama-sama jentera penerangan parti mesti bertindak membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan.

"Tempoh yang ada ini wajar dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat pencapaian pemerintahan kerajaan kita kepada ahli-ahli kita, yang kemudiannya akan menyampaikannya kepada rakyat yang menjadi pengundi senyap dalam pilihanraya. Konsep mendahulukan kebijaksanaan daripada kemusnahan atau kemarahan hendaklah diutamakan," katanya.

Memandangkan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang melibatkan perang siber, persiapannya bukan lagi seperti pilihan raya yang pernah dilalui sebelum sebelum ini.

Sebaliknya, petugas di semua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini.

"Kerjasama penerangan dan ICT perlu diperkukuhkan segera untuk menghadapi PRU-13 ini dengan mewujudkan satu urusetia berkaitan media baru sebagaimana yang diresolusikan dalam Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada tahun lepas.

"Saya menyeru kepada semua pimpinan PAS terutamanya yang terlibat dengan Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya disemua peringkat melihat potensi ICT dan Media Baru ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kempen dan dakwah melalui laman sesawang, youtube, facebook, twitter, webtv, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak," katanya.

Ambil iktibar ucapan dasar Presiden PAS - Wan Azizah

Posted: 16 Nov 2012 02:17 AM PST

PENGKALAN CHEPA: Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail (gambar) mengambil iktibar dari ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memberikan gambaran yang luas merangkumi semua aspek.

Beliau berkata, Tuan Guru Abdul Hadi banyak menyentuh isu-isu semasa yang sepatutnya ditangani oleh semua pihak khususnya membabitkan pergolakan umat Islam di luar negara.

"Misalnya isu Palestin yang semakin bergolak, Filipina dan Rohingya," katanya ketika ditemui di khemah perkarangan Putik.

Beliau turut memberi sokongan terhadap seruan Presiden PAS yang mengajak para petugas PAS serta Pakatan Rakyat agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.

"Sama-sama kita akan dapat kemenangan, kita akan ubah kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan hari ini," katanya.

Wan Azizah juga memuji penegasan Abdul Hadi berhubung konsep Negara Berkebajikan yang menyifatkan konsep itu merangkumi aspek perpaduan yang akan membawa negara ini ke arah yang lebih adil dan saksama.

Bahkan, jelasnya, konsep ini turut diketengahkan di peringkat Pakatan Rakyat dan sudah mempunyai mekanisma bagaimana hendak mentadbir negara dalam konsep yang dibawa oleh PAS.

Arahan Presiden kepada pimpinan dan ahli PAS

Posted: 16 Nov 2012 02:16 AM PST

KOTA BHARU: Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan pimpinan parti itu.

Tujuh arahan tersebut ialah:

1. Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

3. Menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.

7. Marilah pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN.

Putik pacu kemenangan tuju Putrajaya

Posted: 16 Nov 2012 02:15 AM PST

KOTA BHARU: Hampir 2000 perwakilan dan pemerhati memenuhi dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) bagi mengikuti Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58.

Seawal pagi lagi Putik telah dibanjiri ahli-ahli PAS yang datang dari segenap pelusuk dengan satu tekad dan semangat bersama untuk menawan Putrajaya pada PRU-13 tidak lama lagi.

Mereka mula memenuhi kawasan Putik seawal jam 7 pagi bagi  memanfaatkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang terakhir sebelum PRU yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Sebagai acara pembukaan Muktamar kali ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diiringi Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Siti Zailah Yusoff memeriksa perbarisan Unit Amal dan Bridged Muslimat di perkarangan Putik.

Kehadiran pimpinan utama Pas turut disambut mesra para ahli PAS termasuk para perwakilan dan pemerhati.

Seperti kebiasaan terdapat gerai- gerai jualan seperti cenderamata, gerai makanan dan pakaian turut memeriahkan muktamar kali ini.

Sebaik selesai menyampaikan ucapan dasar, Abdul Hadi berkesempatan merasmikan pameran agensi kerajaan negeri.

Sebanyak 34 'booth' agensi kerajaan mengambil bahagian dalam pameran tersebut.

Muktamar kali ini turut menyediakan jamuan rakyat kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Saya puas hati dengan Harakah - Presiden

Posted: 16 Nov 2012 02:15 AM PST

KOTA BHARU: Disebalik kritikan yang dilemparkan kepada Harakah khususnya oleh Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulamak dalam muktamar kedua-dua dewan itu semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut membuat penjelasan.

Beliau yang ditanya wartawan berhubung perkara itu berkata, PAS bersedia menerima segala teguran yang dibuat mana-mana pihak terhadap lidah rasmi parti itu.

"Kita orang Islam diajar tiada yang sempurna, yang sempurna Tuhanyang satu. Saya pun tak sempurna orang boleh kritik.

"Dalam masa yang sama kita menerima nasihat dari semua pihak," katanya.

Bagaimanapun bagi beliau, peranan Harakah membawa suara parti setakat ini boleh dibanggakan walaupun berdepan tekanan dan kekangan dari pelbagai sudut.

"Sehingga ini saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily.

"Kita kena faham bahawa Harakah berada dalam persimpangan, untuk ahli parti dan pada masa yang sama  perlu sebarkan maklumat kepada umum. Jadi inilah yang menjadi dilema," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas usul yang dibawa Dewan Pemuda PAS Wilayah semalam yang mahu PAS membuat rombakan semula sidang editorial lidah rasmi parti itu kerana didakwa perjuangannya telah terpesong dari matlamat penubuhan asal.

Dalam usul itu juga, mereka mahu PAS menubuhkan satu jawatankuasa penapis bagi membuat saringan terhadap berita-berita yang dilaporkan.

Terdahulu sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pagi tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kesemua jentera penarangan PAS iaitu Harakah, Harakahdaily dan Lajnah Penerangan, perlu terus diperkasakan dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Beliau juga berbangga dengan wartawan dan petugas penerangan kerana sanggup dan setia bertugas dengan parti walaupun berpeluang mendapat lebih jika berkerja dengan organisasi lain.

Ditanya adakah PAS akan membuat pengstrukturan semula sidang editorial Harakah seperti desakan dalam usul Dewan Pemuda semalam itu, beliau berkata perkara itu akan dibincang dahulu secara dalaman.

"Itu masalah dalaman parti, jadi kita akan bincang di peringkat dalaman," katanya.

Semua nama calon PAS sudah disahkan

Posted: 16 Nov 2012 02:14 AM PST

(Sidang media selepas majlis perasmian muktamar)

PENGKALAN CHEPA: Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan semua nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, senarai nama tersebut sudah diteliti dan Majlis Syura Ulama sudah menapis nama-nama yang layak.

"Semua nama calon mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

"Semua nama sudah diserah kepada pusat dan Majlis Syura sudah luluskan nama-nama yang layak bertanding, dan yang layak digugurkan," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS, di Putik hari ini.

Beliau turut menegaskan, PAS menekankan calon boleh menang, termasuk calon muslimat.

"Semua nama diluluskan Majlis Syura Ulama tapi untuk menentukan dia bertanding, kena lihat kepada akar umbi.

"Kita bukan sahaja nak letak calon tapi mahu calon boleh menang," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Ustaz Hadi menegaskan calon hanya akan diumumkan selepas tarikh pilihan raya diketahui.

"Kebiasaannya PAS umum calon bila tahu tarikh pilihan raya, lepas itu kita tetapkan hari, sehari atau dua hari sebelum penamaan calon.

"Jadi kita minta PM umum awal pilihan raya supaya kita boleh umum calon," katanya.

Muktamar tahunan PAS kali ke-58 ini dihadiri 1116 perwakilan daripada 183 kawasan.

Adun bebas Perak: Habis madu sepah dibuang

Posted: 16 Nov 2012 02:12 AM PST


IPOH: Habis madu sepah dibuang. Mungkin peribahasa itu yang sesuai untuk menceritakan nasib empat Adun Bebas di Perak yang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Pakatan sebelum ini.

Kalau sebelum ini jasa mereka sangat diperlukan, Adun yang sudah berpangkat datuk pun tidak mendapat kerusi untuk bertanding.

Ekoran itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sudah menjangkakan akan berlaku pelbagai pergolakan di dalam Komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di ambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 ini.

Terkini adalah perkembangan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Jelapang yang disandang oleh Datuk Hee Yit Foong setelah 'melompat' parti dari DAP menjadi ADUN Bebas pada tahun 2009.

Datuk Hee yang telah menyuarakan hasratnya mempertahankan kerusi tersebut atas tiket BN atau MCA telah mendapat bantahan keras dari Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Hee itu, samada telah mendapat restu Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir atau tidak, dengan segera mendapat maklumbalas Datuk Seri Chua yang menafikan kedudukan kerusi DUN Jelapang yang sebelum ini ditandingi oleh MCA.

Namun sehingga kini Datuk Seri Zambry masih membisu seribu bahasa.

"Persoalannya apakah kedudukan Datuk Hee pada PRU 13 nanti? Apakah pendirian Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi BN Perak? Adakah juga Datuk Hee akan bertanding atas tiket Bebas pada PRU 13 nanti.

"Bagaimana pula tentang kerusi DUN Bebas yang lain di DUN Behrang, Changkat Jering dan Malim Nawar?" soal Ketua Penerangan PAS Perak, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar).

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS Perak mencabar Datuk Seri Zambry menjelaskan kedudukan ADUN-ADUN Bebas tersebut yang menjadi 'faktor utama' dan 'kuasa ketiga' terhadap rampasan kuasa Negeri Perak yang dipilih rakyat.

"Kami ingin melihat samada Datuk Seri Zambry akan menamakan mereka untuk bertanding atas tiket BN pada PRU 13 nanti atau pun bertanding atas tiket Bebas bagi membuktikan mereka masih releven buat rakyat yang telah memilih mereka.

"Kami merasakan 'ujian besar' buat Datuk Seri Zambry sama ada 'menerima' atau 'menolak' ADUN-ADUN Bebas tersebut pada PRU 13 nanti!" katanya.

Ketua Pemuda PAS hanya ada RM9,000 dalam simpanan

Posted: 16 Nov 2012 02:12 AM PST


KUALA LUMPUR: Mengotakan janji, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam mengisytiharkan hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar Pemuda PAS semalam.

Nasrudin, 42 mengisytiharkan bahawa beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.

Daripada RM2,800 pendapatan beliau, RM2,500 ialah gaji yang diperolehi bertugas sepenuh masa sebagai Ketua Pemuda PAS dan RM300 hasil daripada sewa rumah.

Ayah kepada enam anak turut memperincikan perbelanjaan sebulan beliau – di mana RM530 dan RM1,400 dibayar untuk pinjaman rumah dan kereta.

"Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan. Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," kata beliau.

Sebelum muktamar, Pemuda PAS telah membuat pengumuman bahawa semua exconya, termasuk mereka yang tidak bertanding di PRU13 akan mengisytiharkan harta.

Cadangan tersebut disokong oleh PAS Pahang dan Selangor, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Semasa perasminan Muktamar Pemuda, Timbalan Presiden Mohamad Sabu telah memberi komitmen untuk memastikan cadangan itu bertukar menjadi realiti.

Mat Sabu berkata deklarasi asset adalah wajib bagi semua calon yang bertanding di PRU13

Setiausaha Agung PAS terima Anugerah Tokoh Pemuda

Posted: 15 Nov 2012 05:11 PM PST


KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali diberi anugerah khas Tokoh Pemuda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-53 kali ini.

Mustafa yang pernah menyandang jawatan Ketua Dewan Pemuda, diberi anugerah tersebut berdasarkan komitmen beliau dengan perjuangan parti sehingga kini.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi.

Mustafa menyandang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1987 sebelum dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat dari tahun 1987 hingga 1997.

Beliau kemudian dipilih sebagai Naib Preseiden PAS Pusat pada 1997 hingga 2005.

Beliau juga dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 2005 sehingga tahun 2009 serta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sejak 1997 sehingga 2009. 

Kini beliau diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dari tahun 1982 sehingga 1990. 

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Adun Pengkalan Berangan dari tahun 1999 hingga 2004. 

Pada zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999-2004 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) dan menjawat portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia dari tahun 1999-2004.

Sementara itu, beberapa lagi anugerah turut disampaikan sempena muktamar pemuda malam tadi.

Anugerah Pejuang Rakyat dibuat khusus bagi menghargai jasa dan pengorbanan individu yang telah memperjuangkan hak rakyat segaligus terlibat dalam mencorak politik tanah air.

Lima orang yang telah dipilih menerima anugerah ini. Antaranya Pengerusi Yayasan Amal Haji Hussin Ismail diatas jasanya mengemudi Yayasan Amal membantu misi kemanusiaan di luar negara.

Selain beliau, Puan Norlaila Othman yang merupakan isteri kepada salah seorang bekas tahanan ISA, juga diberi anugerah pejuang rakyat ekoran perjuangannya yang berterus menentang akta zalim itu.

Tiga lagi yang menerima anugerah itu ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama BERSIH), Nazri Deraman (Pengerusi NGO Royalti) dan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (Presiden Anak).

Warna warni muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia

Posted: 15 Nov 2012 05:11 PM PST


































PAS siap untuk PRU13 atau muktamar tahun depan?

Posted: 15 Nov 2012 04:52 PM PST



KOTA BHARU: Muktamar PAS ke 58 iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 bakal bermula pagi ini dengan kira-kira 1,000 perwakilan dan beribu-ribu pemerhati akan memenuhi Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan Ucapan Dasar yang bakal menentukan halatuju PAS dan seterusnya merasmikan muktamar kali ini.

Muktamar ini diadakan selepas ketiga-tiga sayap PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda selesai mengadakan muktamar masing-masing.

Kira-kira 700 perwakilan yang menyertai muktamar bagi setiap dewan telah menyesaikan agenda masing-masing malam tadi dan petang semalam.

Muktamar Dewan Ulamak menjadi tumpuan media selepas menampakkan keghairahan mereka berbanding sebelum ini apabila perbahasan yang sangat hidup berlangsung.

Penegasan demi penegasan yang dibuat pemimpin dan perwakilan Dewan Ulamak menampakkan kesediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang bersama rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat pula mendapat pujian dari Presiden PAS, TG Abdul Hadi apabila beliau sangat bangga dengan pencapaian mereka. Ekoran itu, TG Abdul Hadi memberikan harapan lebih ramai calon muslimat akan dicalonkan kali ini.

Dewan Pemuda juga memberikan sesuatu yang membanggakan. Namun, ia sedikit ralat apabila muktamar ini merekodkan serangan dengan menumpulkan senjata sendiri apabila meluluskan usul mempertikaikan organ PAS iaitu Harakah menjelang pilihan raya ini.

Padahal ia boleh dilakukan melalui mekanisme dalaman PAS bukan melalui muktamar terbuka.

Muktamar penuh PAS ini akan berjalan selama tiga hari mulai pagi ini sehinggalah Ahad, 18 November.

Ia akan menentukan halatuju PAS selepas ini. Jika tumpuan perbincangan diberikan kepada persiapan hadapi pilihan raya, PAS akan bersedia sepenuhnya hadapi PRU -13 nanti.

Namun jika perwakilan saling menyerang sesama sendiri, ini bermakna mereka lebih mempersiapkan diri untuk menghadapi muktamar PAS tahun depan yang bakal mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.

Malam ini akan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu yang bakal menghimpunkan semua pimpinan utama dan penyokong PAS, PKR dan DAP.

Ia perhimpunan siri kedua selepas himpunan berlangsung dengan jayanya di Senawang, Seremban Negeri Sembilan sebelum ini.

Ulama lulus usul wujud Audit Syariat

Posted: 15 Nov 2012 04:51 PM PST


KOTA BHARU: Dewan Ulamak menerima usul dengan meminta ulama diberi peranan dalam pentadbiran kerajaan di negeri yang diperintah PAS bagi mengelakkan pentadbirannya tergelincir daripada matlamat asal perjuangan.

Usul tersebut diterima selepas dibahas oleh tiga wakil urusan ulama kawasan.  Usul itu dibawa Urusan Ulama Pulau Pinang dan disokong Urusan Ulamak Pokok Sena. Turut disokong wakil Urusan Ulama Batu Gajah, Perak.

Wakil Urusan Ulama Perak berkata, usul berkenaan bukan menggambarkan ulama mahukan jawatan dalam kerajaan semata-mata.

Mohd Azuddin Ibrahim dari Pendang  ketika menyokong usul tersebut menegaskan jangan biarkan Umno bertapak di negara ini dan hendak dihumbangkan ke Laut China Selatan dan dihalau ke Gunung Tahan.

Manakala usul diterima tanpa dibahas dibawa Urusan Ulamak PAS Kemaman dan Shah Alam antara lain menyebut, menyedari PAS satu gerakan mendaulatkan kalimah Allah berdasar al Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qias tidak akan berubah dan terus dipertahankan.

"Maka Dewan Ulamak hendaklah menjadi benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada mana-mana pegangan fikrah al Hadammah  yang boleh merosakkan fikrah parti," kata pembawa usul berkenaan.

Usul Urusan Ulama Wilayah Persekutuan pula diluluskan dengan dua kali pengundian dilakukan pengerusi tetap. Kali pertama usul berkenaan ditolak apabila dibantah Urusan Ulama Melaka memandangkan PAS telah ada Ilham dan KUIZM.

Katanya, usul berkenaan dianggap tidak perlu kerana ia membabitkan kos yang tinggi, jadi kita perlu perkasakan apa yang sedia ada.

Wakil Urusan Ulamak Wilayah Persekutuan sekali lagi tampil bagi mempertahan usul berkenaan kerana baginya  kemampuan ulama sekarang mula dipersoalkan sesetengah pihak.

"Maka menyedari keperluan semasa bagi memperkasakan ulama supaya lebih dihormati dan perlu diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Akademi Latihan.

"Wilayah mahu memantapkan lagi kepemimpinan ulama dan ditakuti tercicir di medan dakwah dan jihad," katanya.

Sebelum itu Urusan Ulamak Shah Alam sokong dengan lantang tidak mahu fahaman syiah menular dalam PAS kerana ia melibatkan soal aqidah yang tidak boleh dibuat main-main.

Urusan Ulama Kuantan pula menyokong 100 peratus usul dibentang Urusan Ulamak Wilayah dengan membawa usul perlu diwujudkan audit syariat kerana ia bertepatan dengan perkembangan semasa. Aqidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diauditkan.

"Jangan ada pemimpin di atas mencemarkan aqidah ahli Sunnah wal Jammah. Jangan pilih calon yang popularkan sahaja, sedangkan solat jemaah di masjid pun tidak kelihatan, tidak datang solat Subuh berjemaah.

"Pilihlah pemimpin yang popular dekat dengan Allah dan bukan hanya popular di kalangan manusia sahaja. Presiden kita biar pun tidak popular di kalangan manusia, namun kita yakin lebih dekat dengan Allah Taala," ujarnya.

Bagaimanapun PAS Lenggong mahu usul itu dimantapkan sedikit memandangkan audit syariat sebenarnya sudah berjalan dengan peraturan yang dikuatkuasa dalam PAS sekarang.

Katanya, mahu Majlis Syura Ulama perlu diperkasakan lagi kerana tidak mahu orang yang sama diberi lebih banyak bebanan.

Menurutnya Audit Syariat sepatutnya dilaksanakan kerajaan seperti yang telah dilaksanakan di Terengganu, namun malangnya hayat usia kerajaan tidak panjang.

Muslimat diingat jangan tolak calon muslimat

Posted: 15 Nov 2012 04:50 PM PST


(Perwakilan Dewan Muslimat dari Perak)

KOTA BHARU: Dewan Muslimat diingatkan tidak menolak muslimat untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum nanti.

Perwakilan Perak Hasnah Abdul Samad berkata, orang pertama perlu menyokong muslimat menjadi calon adalah muslimat itu sendiri.

"Muslimat sendiri jangan tolak muslimat untuk jadi calon, macam mana orang lain nak yakin dengan kita, sedangkan muslimat sendiri tolak calonnya," tegasnya.

Hasnah turut menyindir kerajaan Umno BN yang masih tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

"Pilihan raya sudah berdegar-degar, tapi pilihan raya tak datang-datang," katanya dengan loghat Perak turut diselangi ketawa perwakilan.

Beliau turut mencabar Muslimat agar mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang kini dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Exco Wanita! Tempat 'lelaki' itu perlu diganti oleh wanita. Siapa wanita itu? Ya, wanita itu adalah Muslimat PAS," laungnya dengan penuh bersemangat mengundang tepukan gemuruh perwakilan.

Beliau yang berucap pada sesi penggulungan turut mencuri perhatian Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail kerana ucapannya yang penuh bersemangat.

"Masyallah rasa macam esok nak pilihan raya dah. Tahniah Perak," kata Fatimah Ismail sebaik sahaja perwakilan Perak selesai berucap. 

Isu calon, Harakah, Syria hangatkan muktamar Dewan Ulamak

Posted: 15 Nov 2012 04:49 PM PST


(Para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak)

KOTA BHARU: Wakil Urusan Ulama Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin bimbang golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya memandangkan sekarang menjadi "trend" bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS.

Sedangkan katanya, mereka tidak pernah menjadi proses tarbiah dalam parti, namun kemungkinan lebih mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti.

"Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan," katanya.

Merungkai isu berkenaan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Puisat, Dr Khairuddin Ahmad Razali berkata, soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat.

Menurutnya selain kelayakan dari segi syaksiah banyak aspek lain yang menjadi pertimbangan, namun ia lebih bersifat strategi yang tidak boleh diumumkan secara terbuka.

Kata beliiau juga setiap kali pilihan raya Dewan Ulamak menghantar antara 20 hingga 25 peratus senarai calon dari kalangan ulama atau bertaraf ulama.

Bagaimanapun sudah menjadi prinsip dalam Dewan Ulama, mana-mana pihak yang meminta untuk disenaraikan sebagai calon akan diketepikan.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfudz Mohamad berkata, pernah berlaku ada pihak yang meminta untuk dicalonkan ditolak, kemudian dia membawa diri menyertai parti lain.

"Dalam kes yang berlaku itu akhirnya parti terbabit juga menyingkirkan orang berkenaan. Jadi keputusan awal kita menolak hasratnya menjadi calon terjawab dengan sendiri," ujarnya ketika menjawab persoalan serupa.

Mengenai isu Syria Dr Khairuddin berkata, PAS sudah mengambil pendekatan tidak menyokong Presiden Bashar Assad, dan tidak mahu pihak luar ikut campur tangan dalaman negara berkenaan.

"Sebelum ini kita pernah menjemput wakil Ikhwan Muslimin Syria datang pada program yang kita anjurkan di sini dan mereka menjelaskan apa yang berlaku di sana.

"Dan buat masa ini kita tangguh ziarah rasmi ke sana disebabkan keadaan di sana tidak mengizinkan," katanya.

Mengenai penyaluran maklumat melalui media baru, katanya laman web rasmi milik Dewan Ulamak dikunjungi hampir 2,000 pengunjung sehari hari.

Malah katanya isu-isu serupa juga disiarkan dalam Harakahdaily dan Harakah cetak.

Bagaimanapun isu-isu yang dijawab Dewan Ulamak belum keluar secara meluas dalam Harakah cetak dan berharap ia dapat diatasi selepas ini.

"Berita-berita yang keluar dalam web ulama jarang tidak masuk dalam harakahdaily, cuma Harakah cetak hanya 30 peratus sahaja yang dipetik.

"Kita cadang untuk masukkan dalam Harakah cetak. Harapan ulama untuk berita-berita dalam Harakah cetak dipetik terus petik daripada laman web ulama," ujarnya.

Lebihkan kritik, kurangkan puji

Posted: 15 Nov 2012 04:49 PM PST

KOTA BHARU: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, muktamar adalah medan untuk perwakilan memberi kritikan membina demi memperbaiki kelemahan yang masih ada dalam Dewan Pemuda PAS.

Justeru katanya, para perwakilan digalakkan menggunakan runag perbahasan muktamar yang singkat ini untuk melebihkan kritik berbanding memuji kejayaan yang telah dilakukan.

Menurutnya, apa yang dibimbangi, pujian akan membuatkan pimpinan, jentera dan ahli pemuda berasa selesa dan merasakan tidak perlu bekerja kuat lagi.

"Saya harap para perwakilan kita pada perbahasan hari ini melebihkan kritik berbanding memuji," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi perbahasan pagi berehat tengah hari tadi.

Sementara itu beliau turut memuji kematangan para pewakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan pagi ini.

Beliau berpendapat isu yang dibangkitkan pada muktamar kali ini menunjukkan kematangan dewan pemuda PAS itu sendiri.

"Saya cukup berpuas hati dengan kualiti perbahasan dari paewakilan hari ini.

"Walaupun ada dikalangan mereka ini masih baru, tetapi kita dapat melihat kematangan mereka,' katanya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 kali ini meyaksikan hampir 1000 penyertaan dari perwakilan dan pemerhati.

Mengulas kritikan-kritikan yang dibangkitkan perwakilan pula, Nik Abduh berkata pihak kepimpinan pemuda menerimanya secara terbuka dan akan membincangkannya kemudian.

Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak

Posted: 15 Nov 2012 04:49 PM PST


(Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak)

KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.
"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.
Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan al-Hadis.
Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini.  Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ustaz Harun turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.
"Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya.
Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.
Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.
Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.
Jihad Ulamak Haraki, katanya,  tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.
"Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau.

Tahaluf siyasi kejayaan besar PAS dalam Pakatan

Posted: 15 Nov 2012 04:48 PM PST

KOTA BHARU: Keputusan ijtihad Majlis Syura Ulamak untuk mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dilihat satu kejayaan besar dalam gerakan politik PAS setakat ini.

Ianya bukan sahaja bersifat kejayaan politik, malah juga kejayaan dari sudut mengangkat perjuangan Islam PAS diterima bersama-sama dengan parti politik lain yang majoriti ahlinya bukan Islam.

Perkara itu dinyatakan wakil PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim (gambar) ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada muktamar dewan itu hari ini.

"Inilah satu kejayaan besar ulamak-ulamak dalam PAS. Islam yang diperjuangkan oleh PAS dilihat oleh PKR dan DAP bahawa tiada pendekatan terbaik untuk menentukan corak pemerintahan negara selain corak pemerintahan Islam yang ditunkan Allah swt," katanya.

Syarhan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak juga berkata, sejak PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP, Islam dilihat semakin difahami oleh orang-orang bukan Islam.

"Hari ini dengan selogan PAS untuk semua, telah berjaya memecah tembok pemisah antara dengan orang bukan Islam.

"Ada orang-orang tua India sudah mula memegang bendera PAS. Ada anak-anak muda bukan Islam pakai baju gambar Tok Guru di dada mereka," katanya.

Namun begitu katanya, ia tidak bermakna usaha untuk memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam itu cukup sekadar itu sahaja malah harus diperkasakan.

"Pada masa yang sama, kita tidak boleh meminggirkan bangsa-bangsa lain kerana kita bukan parti yang memperjuangkan satu bangsa," jelas beliau lagi.

PAS pada waktu ini jelasnya sedang berdepan dengan pengkhianatan dari parti lawan yang sedang "meracuni" pemikiran rakyat agar  benci kepada Islam yang dibawa PAS.

Merka juga katanya sedang meracuni pemikiran orang Melayu dengan momokan bahawa hanya Umno sahaja yang mampu membela agama Islam.

Jesteru katanya, penerangan berterusan dan dakwah kepada bukan Islam harus diteruskan dengan pendekatan yang lebih lunak.

Calon winable dan jelas fikrah

Sementara itu beliau turut menekankan betapa pentingnya calon yang akal bertanding pada Pilihan Raya Umum nanti, bukan sahaja calon boleh menang, tetapi juga calon yang mempunyai jiwa tarbiyah yang tinggi dan jelas fikrahnya.

Setakat boleh menang katanya belum mencukupi kerana cabaran selepas menang mungkin lebih besar perlu dihadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita mahu mereka mempunyai jiwa tarbiyah yang mantap dan kita tidak mahu pemuda yang celaru fikrah," katanya.

Pengikut