Apa celop gaji Ketua Pemuda PAS standard cikgu Taska? Ke ada akaun lain lagi yang Nasruddin belum istiharkan?
Memang patutlah Nasruddin Hassan dihentam kromo oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS. Dah la layu... nak menipu pun tak pandai.. Hahaha :D
Dibawah ulasan dari blogger RBF:
Pertama, orang yang jujur dan tiada apa yang hendak diselindungkan dia akan mulakan pengisytiharan itu dengan membaca Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Pas kan parti islam dan KP Pas pun selalu pakai serban atas kepala, kenapa takut nak sebut tiga perkataan itu ?
Kedua, dia telah membuka rahsia Pas yang selama ini memberitahu orang ramai kononnya perjuangan mereka ikhlas dan tidak dibayar dengan wang ringgit apabila mengumumkan dia dibayar elaun RM 2500.00 sebulan sebagai Ketua Pemuda Pas. RM 2500 atau RM 250, hatta RM 25 sekali pun yang penting perjuangan dalam Pas dibayar. Selama ini mereka menuduh orang-orang Umno bergerak semuanya dengan duit dan perjuangan Umno adalah perjuangan duit. Nah ! Sekarang siapa yang berjuang dengan dibalas wang ringgit ? Ahli-ahli Pas dibawah dan pendengar-pendengar ceramah Pas diminta untuk berkorban serta menyumbang itu dan ini kononnya untuk perjuangan islam. Rupa-rupanya ada juga elaun untuk pemimpin atasan. Jika Ketua Pemuda menerima elaun RM 2500.00 sebulan, berapa pula elaun yang diterima mursyidul am, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung ?
Ketiga, dia mengumumkan pendapatannya RM 2500 hasil dari elaun yang dibayar Pas dan RM 300 kutipan sewa rumah. Kenapa tidak diumumkan berapa bayaran yang diterimanya setiap kali turun berceramah atau pendapatannya bulanannya dari hasil ceramah ? Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang Pas mereka akan dibayar setiap kali turun berceramah hasil kutipan derma dari orang ramai di tempat ceramah.
Keempat, jumlah pendapatan bulanannya RM 2800, anak enam orang, bayaran ansuran kereta RM 1400 sebulan dan bayaran rumah RM 530 sebulan. Logikkah seorang bapa yang mempunyai enam anak mampu membayar ansuran keretanya separuh atau 50 peratus dari pendapatan bulanannya ? Gaji RM 2800, bayar kereta RM 1400 + bayar rumah RM 530 maka jumlahnya RM 1930, manakala baki pendapatannya RM 870 sebulan. Bolehkah seorang bapa memelihara enam anak dengan baki gajinya RM 870 sebulan ? Itu belum dikira lagi kos minyak kereta, penyelenggaraan kereta, turun demo sana-sini dan sebagainya. Ada ke bank yang boleh beri pinjaman kenderaan untuk bayaran ansuran bulanannya mencecah 50 peratus dari pendapatan peminjam yang hanya RM 2800 sebulan ?
Mungkin bank kohilal kot ?
Kita tak payah fikir panjang-panjang atau banyak-banyak, pengumuman KP Pas tentang jumlah bayaran ansuran bulanan kenderaannya (RM 1400) sudah cukup untuk kita anggarkan atau baca jumlah pendapatan dia.
Berdasarkan pengalaman saya, biasanya bank mengambil kira 1/3 daripada jumlah pendapatan kasar atau sesetengah bank ambil kira 1/3 dari jumlah pendapatan bersih bulanan seseorang pemimjam untuk bayaran ansuran bulanan.
Dalam kes KP Pas ini kita katakan bank mengambil kira pendapatan kasarnya. Jika dia katakan RM 1400 sebulan bayaran ansuran kenderaannya. Maka sudah tentu gajinya RM 4200 sebulan. Sedangkan dia umum gajinya RM 2800. Kalau saya salah dan ada rakan-rakan pembaca yang bekerja dalam industri bank boleh tolongkan betulkan saya dalam hal ini.
Mungkin penyokong-penyokong Pas akan berkata, ahhhhhh RM 1400 sahaja bezanya jika nak dibandingkan dengan apa yang pemimpin-pemimpin Umno rembat......
Entah kat mana lagi Nasruddin Hassan nak letak mukanya sebagai Ketua Dewan pemuda PAS Pusat setelah dihentam tanpa berlapik oleh seorang perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS berikutan kelesuan sayap parti itu.
Teguran keras itu datangnya dari perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh yang mengkritik ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS yang disifatkannya tidak mempunyai idea baru dalam membantu menambah sokongan generasi muda kepada PAS.
Perwakilan itu juga menemplak sikap berdiam diri Nasruddin yang membisu dengan kelemahan urus tadbir Kerajaan Negeri yang diperintah PR seolah-olah kesemua pemimpin PR di negeri-negeri itu maksum dan terkecuali dari melakukan kesilapan.
Malu dan terkedu jadinya para pemimpin Pemuda PAS yang lain melihat ketua mereka dihentam sedemikian rupa sehingga menarik perhatian pelbagai media.
Sebelumnya sudah beberapa kali pimpinan tertinggi PAS memberi arahan terbuka melarang para perwakilan daripada menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kepimpinan parti.
Kita harap perwakilan PAS yang masih mempunyai telur ini tidak akan mengalami nasib buruk sama seperti bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali yang dipecat hanya kerana membuat teguran terbuka.
Imbas kembali satu peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas yang melibatkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu, beliau juga pernah termalu sendiri apabila didapati menipu dan memesongkan fakta semasa berdebat dengan Ustaz Fathul Bari berhubung isu hudud PAS.
Dalam perdebatan itu, Nasruddin telah menipu khalayak umum dengan mendakwa pemimpin utama DAP, Karpal Singh telah bersetuju untuk berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud PAS.
Karpal yang berang dengan pembohongan Ketua Dewan Pemuda PAS itu kemudiannya tampil menafikan dakwaan Nasruddin sebaliknya tetap tegas dengan pendiriannya menolak hudud PAS mahupun Negara Islam ala PAS.
Akibatnya, PAS menanggung aib yang tidak sedikit disebabkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin kanan partinya.
Imej PAS makin merudum bukan sahaja dikalangan ramai pengundi Melayu Islam malah pengikut PAS sendiri pun semakin malu-malu kucing untuk mengaku Nasruddin itu adalah pemimpin mereka.
Dari dua peristiwa di atas, mengukuhkan andaian ramai pemerhati politik yang melihat Nasruddin tidak memiliki kredibiliti untuk menjadi pemimpin masa depan untuk PAS.
Beliau tidak berupaya untuk menerajui dan mengangkat martabat sayap pemuda PAS itu untuk pergi jauh ke hadapan.
Tapi kalau setakat untuk meningkat imej ahli PAS sebagai pak turut merangkap balaci untuk tujuan demonstrasi jalanan serta penjaga parking di ceramah-ceramah PR, rasanya Nasruddin telah berjaya melakukannya melalui Unit Amal PAS.
Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara menolak usul mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan BERSIH 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat dalam menuntut pilihan raya yang bersih.
Keputusan itu dibuat setelah mendengar perbahasan daripada seluruh perwakilan pemuda PAS yang hadir dan hanya segelintir sahaja yang bersetuju untuk mengadakan himpunan itu.
"Maka dewan Pemuda PAS sebulat suara untuk menolak usul bagi mengadakan Himpunan Bersih 4.0," kata Timbalan Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari.
Perbahasan usul tersebut dibangkang oleh perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini yang meminta agar himpunan itu ditangguhkan.
Katanya, perhimpunan tersebut akan mengganggu tumpuan jentera parti bagi melakukan persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
"Minta usul agar BERSIH 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrajaya.
Malah usul beliau itu turut dipersertujui hampir keseluruhan perwakilan yang hadir bagi tidak mengadakan himpunan tersebut.
Himpunan haram BERSIH 2.0 dan 3.0 yang berlangsung di ibu negara anjuran pertubuhan badan bukan kerajaan pro pembangkang telah mencetuskan keadaan huru-hara sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan kerugian perniagaan.
Ratusan turut ditangkap dan termasuk kepimpinan utama parti pembangkang dan telah didakwa di mahkamah. -Antarapos
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini Khamis.
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.
"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.
Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota ParlimenLembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?', di Subang Jaya pada 3 Nov.
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.
"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah…ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya.
Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) berlangsung pada hari ini 16 Nov sehingga 18 Nov 2012. Program bermula jam 10 pagi hingga 8 malam bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
Kembalinya Karnival Kerjaya Pemuda BN ini pastinya memberi berita baik kepada mereka yang mencari pekerjaan.
Antara aktiviti yang diadakan pada BN Youth Job Fair 2012 ini ialah ceramah kerjaya, klinik resume dan temuduga turut diadakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.
Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 17 Nov.
Selain daripada itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke BN Youth Job Fair bagi merealisasikan kerjaya impian masing-masing.
Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.
Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.
Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).
Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar.
Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.
Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.
Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.
Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu "Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya. Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan."
Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR. Katanya, "Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli."
Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi "tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain."
Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.
Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi. Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya. Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal.
Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas. Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan? Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata? Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.
PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa. Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.
Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka. Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.
The 58th Muktamar PAS which began today is held in a very calm manner. However, it looks too quite for a party which is preparing themselves to head to 'war' for the coming GE. All Youth, Muslimah as well as Ulama representatives, seems to be too cautious in presenting their motions. This is not surprising considering that PAS is now in a tough spot. Their biggest dilemma would be to take care of their allies as well as their own supporters, when these two groups obviously have two separate opinions. A few issues which could deter PAS's supporters's trust to the party and could crush PAS in PR would be Hudud, freedom of religion for Muslims, PAS-DAP-PKR's cooperation, Election seats' distribution as well as the Prime Minister's post. The two things which PAS is really scared about would be if representatives began to ask about DAP's sincerity as well as how 'pure' Anwar Ibrahim is. When the fact is, this is few of the main problems which PAS face considering how far they derailed from their original mission. Most representatives are hoping that this Muktamar would explain all of those doubts and to gain back the trust in PAS so that the party would go back to its original objectives. Realizing that they are far from their real fight, this Muktamar stressed that hudud would still be implemented if PR wins and the party would gain majority votes in the Parliament and it will be approved. For that, PAS's Ulama Council Chief, Datuk Harun Taib said, "Our coalition has agreed that not just hudud, even Islamic syariah will be implemented when we managed to gain rakyat's trust in leading Malaysia, but the Islamic syariah will only be implemented according to principals of democracy." For PAS members who are still blurry about this, this is just as same as saying that the implementation of hudud by PR would depend on DAP and PKR, not solely on PAS. In other words, there is no guarantee that it will be implemented, or to be precise, it will never be implemented due to the type of society we have in this country, as well as PAS's attitude in following the democratic system. Thus, if PAS supporters really want drastic changes which is Islamic if PR rules, then they should stop hoping. In terms of hudud, Harun Taib also reminded supporters that there is a probability that they would gain majority in the Parliament which would depend on the number of seats which they have competed during the election as well of number of seats they might win. When we talk about probability, it is not impossible that things might go the other way around. So, if PAS really want their motions to be implemented, they do not have any other options but to ensure that they really compete and win more seats than PKR and DAP. This is what worries PAS, their capability in winning more seats than their allies. If PAs fails, then PR's ruling system would definitely bring the aspiration of DAP's 'Malaysian-Malaysia' as well as PKR's liberal and plural where PAS's hudud or even their Islamic nation will turn to dust, probably Islam as the official religion which UMNO has been defending all these while might even turn to ashes. But sadly, those worries were pushed aside by Ulama, Youth as well as Muslimah PAS. Even though leaders of PAS in Muktamar are exited to face the GE, but they know that the party do not really share the same excitement. That is why, PAS's 58th Muktamar becomes a bit boring because it does not have that fighting sense like they had in their previous years. All of their worries which they might offend DAP seems to obvious. The conclusion, PAS supporters need to accept the fact that their leaders are forcing them to accept two probabilities if PR wins the coming GE which are: 1. If PAS becomes the majority in Parliament, the party still cannot guarantee that hudud will be implemented. 2. If PAS becomes the minority in Parliament, hudud will certainly not be implemented because this country will officially declared as a Secular country and Islam would no longer be the official religion.
PAS had no comment on Nurul Azzah Anwar's statement on no compulsion on religion for Malays and the subject was not even raised by the party's youth, muslimat and ulamak wings at their respective assembly on Thursday. This means PAS is playing safe to protect its position in the unregistered and unholy alliance with PKR and DAP, objective is to get votes from every side. PAS is cooling down and playing to the gallery to protect its interests while at the same time emphasizing its objective for a theology state, thus satisfying its grass-root members and supporters while same time pacify DAP. DAP has been against the theology state and implementation of Hudud laws as reflected through the party strongman Karpal Singh as the party 'owners' Lim Kit Siang and sons and cousins keep a distance and remain quiet so as not to 'rock' the volatile political relationship with PAS and PKR. PAS assembly is being watched closely by its partners DAP and PKR as they analyse the party's direction and the unspoken intend and the subtlety in speeches and debates. DAP is a chauvinistic party that does not trust any other and PAS is one party DAP is very wary because of its ideology and philosophy. Besides being chauvinistic, DAP is also a 'Christian' body where its secretary-general Lim Guan Eng and cousins in Perak do not hide their disdain on Islam and Muslims. But for political mileage and benefits, they hide their hatred and accommodate Malays and Muslims like its old predecessor PAP headed by Lee Kuan Yew in the 50s and 60s. And as far as PAS is concern, DAP would be watching closely any 'hindrance or voice of dissatisfaction among PAS members' and the party leaders would try every means to accommodate any with the sole aim of adding the numbers needed to take over the government at state or federal level. DAP's aim is nothing but to deny the ruling Barisan Nasional (BN) the majority or take over the government, which objective is shared by the three parties in PR. Thus, PAS assembly is being watched closely as this will determine whether their co-operation will strengthen or weaken. With the general election around the corner, DAP cannot afford to lose any kind of relationship because the effect is far reaching, particularly so when the Chinese-based party is on an aggressive recruitment drive to get Malays to join and support it. PAS is DAP's alternative to get additional support in terms of seats – parliamentary and state – to make up the numbers as the party seems to lose trust in PKR, the party that is now being viewed as party comprising liars and cheaters, unethical leaders devoid of ideology and philosophy
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ni khutbah solat jumaat di masjid sg buloh n mungkin juga seluruh selangor, khatib mengulas isu tidak ada paksaan dlm beragama seperti yg diucapkan oleh mp lembah pantai. Kesimpulan n pemahaman saya 1. Khatib membenarkan kenyataan nurul izzah dgn hujah agama beserta sebab turunnya ayat tersebut. 2. Khatib mengatakan kebebasan beragama diperlukan utk melahirkan ummah yg berilmu. 3. Khatib tidak menyentuh langsung bahawa ayat tersebut HANYA terpakai kepada org kafir. Allahuaklam. Harap sahabat2 dlm 1 agenda menilai perkara ini supaya ianya dapat dibawa kepada pihak berwajib. Tq Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pajero Sport ini berharga RM 150 ribu. Kalau setakat gaji tak sampai RM 3 000 jangan la mimpi nak pakai kereta ini. Minyak kuat, road tax dan insurance pun mahal.
Nak berpolitik lagi, nak jaga pemuda Pas satu Malaysia. mana cukup ooooiiii
Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang terlalu 'rakus' mewujudkan lebih 40 kursus di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menjadi antara punca institusi pengajian tinggi itu berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.
Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tawaran kursus yang terlalu banyak dipercayai bagi tujuan komersial memberi kesan negatif kepada pentadbiran dan pengurusan kolej universiti berkenaan selepas jumlah pelajar memasukinya tidak mencapai sasaran.
"Kuin perlu menyediakan segala keperluan termasuk prasarana, pensyarah dan membayar gaji kakitangan tetapi apabila jumlah kemasukan pelajar tidak mencapai sasaran, kolej universiti itulah yang terpaksa menanggung kos pentadbiran serta pengurusan.
"Bahkan apabila banyak sangat perkara nak urus, maka akan timbul banyak kekurangan disebabkan kelemahan pentadbiran daripada kerajaan negeri sendiri," katanya. Pas masih berangan-angan nak mentadbir negara pula. Fikir lah kalau sebuah kolej pun gagal, macam mana pula pentadbiran negeri? Kedah semakin mundur di bawah Pas, bandar Alor Setar semakin kotor. sampah, jalan raya, longkang , perparitan rumput dan semua yang terpikul di atas kerajaan negeri menjadi semakin tidak terurus. Apa yang Pas tahu ialah menyita rumah yang tidak menjelaskan cukai pintu. Langsung tak wujud sifat sebuah kerajaan berkebajikan apa lagi kalau disebut kerajaan Islam, jauh panggang dari api.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah Pemimpin PKR memberi gelaran MONYET kepada penjawat awam, kini tiba giliran penulis di Portal Suara Pakatan Rakyat pula menghina dan menggelarkan generasi baru Felda sebagai BODOH MACAM LEMBU! Mymassa letakkan artikel yang ditulis dalam Portal berkenaan untuk dinilai sendiri oleh pembaca MyMassa tentang betapa dangkalnya pemikiran penulis berkenaan!
GENERASI BARU FELDA BODOH MACAM LEMBU Suara Pakatan Rakyat- November 13, 2012
TANPA pengetahuan banyak pihak, PAS Shah Alam telah menghantar 2 pemerhati untuk meninjau program Himpunan Generasi Baru Felda di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara, Sabtu minggu lepas.
Penulis fikir tidak ada yang peduli kerana program itu untuk generasi muda Felda yang sekarang kita tahu semuanya bersatu dibawah ANAK pimpinan Mazlan Aliman
Seorang itu penulis lihat sangat kurus dan seorang itu berjanggut.
Yang mengejutkan dari laporan tersebut seperti dibentangkan semalam, lebih 10,000 orang yang hadir ke program tersebut, dengan majoriti daripada mereka adalah peneroka Felda dan anak-anak mereka yang dibawa dari merata penempatan Felda dalam negara ke Shah Alam.
Kebanyakkan yang datang adalah budak-budak, ada diantaranya masih bersekolah lagi pun.
Tapi penulis tak nampak sebarang masalah disitu kerana dah nama pun himpunan generasi baru felda. Cuma masalahnya disitu, kenapa jumlah kehadiran itu berlawanan dengan kenyataan Mazlan Aliman yang mendakwa semua generasi muda Felda berada dibelakangnya dan ANAK?
Tak mengapalah, penulis tinggalkan perkara itu sementara, penulis lebih berminat nak berkongsi laporan oleh pemerhati itu tadi.
Tujuan program tersebut dikatakan untuk 'merasmikan' pemberian durian runtuh sebanyak RM 5,000 bagi generasi kedua Felda ini – seolah-olah sebelum ini tidak ada yang tahu mengenai perkara tersebut sehingga perlu nak diadakan program besar-besaran seumpama itu.
Terus terang, RM 5,000 itu pada penulis tidaklah sebanyak mana, setengah bulan gaji saja. Sudahlah tidak sebanyak mana, ia masih perlu dibahagi-bahagikan dengan adik beradik yang lain.
Kebetulan atau apa, tidak ada peneroka Felda yang penulis tahu mempunyai anak kurang daripada 3 orang. Jiran penulis juga adalah anak kepada peneroka Felda dan beliau adalah anak sulong dari 12 orang!!
Jadi RM 5,000 dibahagikan kepada 12 orang, berapa saja yang dapat tu, RM 416? Apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak itu. Dalam kes penulis, sekali minum di Coffee House dengan 2 ke 3 orang kawan, dah habis atau silap-silap, tak cukup.
Tapi agak mengejutkan penulis, jumlah yang tidak seberapa inilah yang dikejar-kejar sangat generasi baru Felda. Laporan dari pemerhati menyebut, budak-budak muda Felda ini begitu 'teruja' dengan pemberian tersebut.
Memang kebulur duit betul.
Penulis sangka ramai di kalangan generasi baru Felda ini sudah maju, malah ada yang dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat Felda sendiri, tapi sekarang apa sudah jadi? Wang tidak seberapa itu (RM 5,000) disambut, diarak macam orang tak pernah tengok duit.
Malah, Mazlan Aliman dalam laporan baru-baru ini menyebut, sebahagian besar dikalangan generasi kedua Felda ini yang sanggup bergaduh dan bermasam muka sesama adik beradik kerana berebutkan RM 5,000 ini!!!
Bodoh macam lembu, duit tak berapa nak banyak pun, boleh bawak bergaduh adik beradik.
Dalam masa yang sama juga, penulis lihat ada masalah yang lebih besar dari wang RM 5,000 itu. Ia berkenaan dengan projek perumahan untuk generasi kedua Felda, sebuah banglo bernilai RM 70,000 sahaja.
Jika dilaksanakan, ia akan jadi jauh lebih bahaya dari wang tersebut. Dalam suasana harga hartanah yang tinggi sekarang, penjualan rumah dengan serendah itu, boleh merosakkan pemikiran rakyat, tidak terkecuali generasi kedua Felda ini.
Memanglah kalau nak diikutkan mentaliti mereka tidak jauh beza dengan kambing atau lembu, tapi undi mereka itu tetap dengan nilai tersendiri.
Pakatan Rakyat pada penulis perlu berbuat sesuatu bagi menyaingi perkara ini.
Penulis tahu, kerajaan Selangor telah memperuntukkan 50 ekar tanah untuk tujuan tersebut di empat kawasan Felda di negeri tersebut iaitu, Felda iaitu Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Gedangsa dan Suharto seperti yang diumumkan Pengerusi Sekretariat Task Force Felda Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hujung bulan lepas.
Bagaimanapun, pengumuman saja tidak cukup kerana penulis dimaklumkan sehingga kini tidak ada perancangan, pelan atau yang seumpama dengannya telah disediakan bagi tujuan pembinaan 200 buah rumah tersebut, malah tambah mengejutkan, rumah contoh pun tidak ada lagi!!
Macam mana projek yang dijangka bermula awal tahun depan masih tidak ada pelan dan rumah contoh?
Kadang-kadang, inilah masalah Pakatan Rakyat yang penulis nampak. Inisiatif dan idea itu ada, tapi perlaksanaan itu yang lemah. Ada diantaranya sudah diadakan majlis perasmian, tapi apa yang dirasmikan itu masih tidak nampak sampai sekarang.
Ini baru di Selangor, bagaimana dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain? Masa kian suntuk, tidak ada masa untuk berlengah lagi, perlu diselesaikan segera.
Anak Felda menyokong PM!
Penulis tersebut mempertikaikan durian runtuh sebanyak RM5000 yang diterima oleh setiap keluarga Peneroka Felda. Penulis itu juga mengatakan duit tersebut tidak mencukupi dan hanya berupa setengah bulan gaji? dan sewenang-wenangnya menuduh anak-anak Felda kebulur akan duit RM5000 itu!
Penulis itu juga mengambil contoh yang MyMassa kira tidak berasas apabila mengatakan duit RM5000 tersebut tidak mencukupi jika dibelanjakan di COFFEE HOUSE. Di sini jelas menunjukkan penulis tersebut sendiri berfikiran BODOH MACAM LEMBU! MyMassa yakin anak-anak peneroka generasi baru Felda tidaklah berfikiran seperti penulis itu. Mereka pasti menggunakan duit tersebut untuk kegunaan yang lebih bermanfaat.
Hari demi hari, Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat memperlihatkan wajah mereka yang sebenar tanpa mereka sedari. Mereka seolah-olah membuka pekung di dada. Memanggil dan memberi gelaran seperti MONYET dan BODOH MACAM LEMBU adalah sifat golongan primitif. Budaya seperti ini bukanlah contoh yang baik untuk dijadikan ikutan. Justeru, rakyat Malaysia harus menolak bulat-bulat kepimpinan sebegini kerana ia akan menghancurkan budaya dan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam Bangsa Malaysia!
#Pakatan dah mula kecut tengok sokongan keluarga Peneroka Felda kepada PM!
SHAH ALAM, 15 Nov (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan supaya Islam tidak dicampuradukkan dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan masyarakat Melayu.
Baginda bertitah, kebelakangan ini kesucian Islam dinodai apabila hukum-hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan.
Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat Al-Quran melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya, titah baginda di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu malam. "Ayat-ayat Al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri," titah baginda.
Justeru, baginda menyeru supaya orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan Islam. "Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam terdahulu," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah jika orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukar agama atau murtad, maka pepatah Melayu lama `Tidak Melayu hilang di dunia' tidak boleh digunapakai lagi kerana bangsa Melayu akan lenyap dari muka bumi ini.
"Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah mendefinasikan dengan jelas ciri orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, bertutur Bahasa Melayu dan beragama Islam.
"Jika satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu," titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Agama Islam dan pelindung kepada kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor, baginda bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa untuk menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.
Sultan Sharafuddin turut bertitah sudah tiba masanya umat Islam khususnya orang Melayu di Selangor supaya berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor 1434/2012 kepada Hakim Rayuan Syarie Persekutuan Datuk Johdi Toha, yang menerima wang tunai RM20,000, sijil penghargaan, trofi, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.
Anugerah Pertubuhan/Badan Dakwah Sukarela Selangor dimenangi oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor; Anugerah Tokoh Saudara Kita pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Taufiq Yap Yun Hin; Tokoh Aktivis Masyarakat Setiausaha PERKIM Selangor Harun Hasan.
Tokoh Keluarga Mithali dianugerahkan kepada pasangan Mohd Yaakop Zakaria, ahli perniagaan dan isterinya, Rusnah Jamali seorang guru.
Baginda turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tengku Idris Shah kepada 12 pelajar cemerlang sekolah rendah dan menengah – BERNAMA
Sultan Selangor Yang Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah berkali-kali bertitah mengenai hal ini. Sultan sebagai pelindung dan Ketua Agama Islam, ternyata kecewa dan MURKA dengan tindakan Nurul Izzah yang sesuka hati menafsir ayat dan mengeluarkan kenyataan yang menyesatkan dan memurtadkan.
Mari MyMassa ingatkan apa yang disajakkan Nurul Izzah semasa forum di GEREJA "Islamic State: Which version? Whose responsbility?
Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk daripada kesesatan, maka sesiapa yang kufur dengan taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia berpegang kepada tali yang teguh, yang tiada akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(256)
Allah adalah Wali bagi orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan-kegelapan kepada Cahaya, sedangkan orang-orang kafir, wali-wali mereka adalah taghut, mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari Cahaya kepada kegelapan-kegelapan, mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" (257)
Tafsiran Nurul Izzah ialah
Nilah akibat berguru tanpa pedoman, berguru dengan pemikiran Liberal, berguru dengan bapa yang sesat, plural dan liberal.
BAWAK BERTAUBATLAH NURUL IZZAH MASIH BELUM TERLAMBAT!
Cikgu Zainol merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah. Beliau juga merupakan penulis buku Air mata Memali yang telah diharamkan oleh Pas.Beliau banyak menyimpan dan mengetahui rahsia mengenai Pas Kedah dan Pas Pusat. Dalam video yang MyMassa muatkan di atas, Cikgu Non jelas menghentam Kepimpinan PAS Pusat. Antara point-point penting yang Cikgu Non sebut ialah:
1) ISU MEMALI- Kezaliman Pimpinan PAS
Apabila Peristiwa Memali berlaku, Kepimpinan PAS Pusat telah menubuhkan Tabung Memali, dengan niat untuk membantu anak yatim dan balu-balu khusus untuk pendidikan mereka. Apabila tabung itu telah wujud, duit telah dikumpul berjuta-juta. Duit itu tidak diselenggarakan dengan adil.
Kepimpinan PAS zalim kerana menipu Ahli-ahli PAS untuk mengutip derma Tabung Memali.
Kepimpinan PAS zalim kerana tidak menguruskan kewangan yang diberikan oleh Parlimen.
Kepimpinan PAS Pusat langsung tidak pedulikan isu Tabung Memali ini.
2) ISU HUDUD- Penipuan Pimpinan PAS
Pada 18 Disember 2009, 3 orang pemimpin iaitu Presiden PAS, Haji Hadi, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menandatangani satu persafahaman dan antara yang dipersetujui apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang HUDUD dan Negara Islam.
Kepimpinan PAS jelas menipu ahli PAS kerana membuat sesuatu tanpa pengetahuan rakyat.
Kenapa Ahli PAS perlu bincang pasal Hudud kalau Presiden dah tandatangan takkan laksanakan Hudud?
Cikgu Non juga menempelak Pimpinan PAS dengan mengatakan apa guna Ahli PAS berjuang hari ini sekiranya jika menang kelak Islam diketepikan dan yang menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Timbalannya itu nanti ialah Lim Kit Siang.
Apa yang MyMassa ingin katakan kepada Ahli PAS, bukalah mata. Anda semua hanyalah kuda tunggangan DAP dan PKR. Anda semua digunakan oleh Anuar Ibrahim yang liberal semata-mata ingin mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Jika dalam permainan catur, PAS dan ahli-ahlinya hanyalah bidak yang dibiarkan terkorban awal dalam strategi memenangi pihak lawan.
Sekumpulan remaja bergotong-royong membersihkan sampah-sarap yang menyekat aliran air tali air Kampung Bukit Changgang di Dengkil, Selangor.
Aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal, terusan atau ban yang tidak disenggara dengan baik dan kelemahan pengurusan sampah didakwa antara penyebab utama banjir buruk di kawasan Bukit Changgang, Kuala Langat dan Dengkil, Sepang dekat sini.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, perkara itu dikenal pasti pihaknya berdasarkan maklumat dan tinjauan yang dilakukan di sekitar kawasan yang dilanda banjir sejak sembilan hari lalu.
"Kita tidak nafikan banjir berlaku akibat perubahan cuaca di luar jangkaan dan fenomena air pasang besar yang sedang berlaku. Tetapi ia dapat dikawal sekiranya langkah-langkah sepatutnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak berkuasa tempatan.
"Di Dengkil dan Bukit Changgang misalnya, banjir semakin buruk apabila terusan pecah dan ia kemungkinan besar disebabkan penyenggaraan yang tidak baik selain aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal yang berlaku di situ," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian banjir di Dengkil dan Bukit Changgang di sini yang disifatkan sebagai terburuk dengan mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan lebih 1,000 orang.
Menurut Mohd. Zin, selain masalah ban pecah dan aktiviti perlombongan pasir, kelemahan pengurusan sampah hingga menyebabkan sistem saliran terganggu ketika banjir memburukkan lagi keadaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan pantas membaiki terusan yang pecah dan menyenggara infrastruktur di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) agar keadaan yang berlaku dapat dikawal.
"BN Selangor sebenarnya telah beberapa kali membangkitkan perkara itu sebelum ini dan kami berharap masalah tersebut dipandang serius oleh kerajaan negeri memandangkan banjir yang berlaku memberi kesan dan kesengsaraan kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Zin memberitahu, pihaknya juga telah meminta bantuan Jabatan Perparitan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut selain memberikan bantuan khas kepada mangsa banjir di Sepang dan kawasan lain yang terjejas.
"Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui 1Malaysia Development Berhad dan semua pihak serta agensi yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sepang dan Kuala Langat," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN, beliau memberitahu, antara yang banyak ditimbulkan selain daripada masalah infrastruktur ialah kenaikan harga rumah yang mendadak di Selangor.
Ujar beliau, BN Selangor meneliti masalah itu dengan serius dan menganggapnya berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri mengurus dan mengawal isu perumahan dengan baik dan berkesan serta gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat .
"Kami kesal dengan tuduhan kononnya Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah sedangkan segala hal berkaitan dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sepatutnya, kerajaan negeri lebih dulu perlu berusaha menyediakan rumah yang mampu dimiliki untuk rakyat," katanya.
Menurut Mohd. Zin, sikap kerajaan negeri yang lebih berminat dalam urusan korporat hingga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diwujudkan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik turut dijadikan alat bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat, juga amat dikesali.
"Jika corak pemerintahan sebegini berterusan, tidak mustahil akan timbul kembali penempatan setinggan di Selangor pada masa akan datang," ujar beliau.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (depan tiga dari kiri) mengaminkan doa awal tahun yang dibaca imam masjid negeri sewaktu berkenan hadir di majlis ambang maal hijrah dan pelancaran sambutan maal hijrah 1434H peringkat negeri selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam tadi.
Terlebih dahulu sukacita beta mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negeri Selangor dan beta berharap kita dapat menyambut tahun baru Islam ini dengan penuh azam dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan orang Melayu serta mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.
Di kesempatan ini, beta berkenan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada umat Melayu berikutan isu berhubung kebebasan beragama yang telah ditimbulkan baru-baru ini.
Sebagai ketua agama Islam dan pelindung kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor, beta bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.
Sudah sampai masanya umat Islam khususnya orang Melayu di negeri ini, berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka, supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah SWT.
Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah menetapkan dengan jelas definisi orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan adalah :-
Pertama: Mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, Kedua: Bertutur bahasa Melayu dan Ketiga: Beragama Islam
Jika salah satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah lagi ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan. Ini menjelaskan bahawa agama Islam lebih tinggi kedudukannya berbanding agama-agama lain. Perlembagaan juga menetapkan kedudukan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dilindungi.
Sekiranya orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama Islam yang maha suci ini (murtad), maka pepatah Melayu lama Tidak Melayu hilang di dunia" tidak boleh diguna pakai lagi kerana bangsa Melayu terhakis dan akan lenyap daripada muka bumi ini.
Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan agama Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu.
Kebelakangan ini, beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan. Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya. Ayat-ayat al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri.
Di sini beta mengingatkan supaya jangan dicampuradukkan agama dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecah belahkan masyarakat. Sebaliknya beta menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini.
Akhir sekali sebagai orang Islam, yakinlah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan malapetaka yang dahsyat seperti yang berlaku di zaman silam.
Surah Al-Anfal, ayat 25, Allah berfirman yang maksudnya; "Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab siksaNya".
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Selangor yang kita kasihi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT serta dijauhkan dari malapetaka. Beta juga berdoa semoga rakyat yang berbilang kaum di negeri ini dapat hidup bersatu padu, aman damai, dan negeri Selangor akan terus maju, makmur dan sejahtera.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Najib memang cool di majlis penutup 1malaysia bike week yang di adakan di putrajaya 12 haribulan lepas... cerita dan lagi gambar mengenai program 1malaysia bike week klik sini.
Bandingkan dengan anwar, muka cuak naik moto, haahaahaahaa.........
Berikut ucapan PM semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah semalam di PICC. Seperti yang disiarkan Utusan Malaysia. Ada perkataan yang menarik dihayati tentang perpaduan yang mungkin terjadi sekali lagi seperti ucapa beliau di bawah.
Pergaduhan Aus dan Khazraj dapat didamaikan oleh Rasulullah saw berkat Islam dan hari ini jika Islam benar-benar dihayati sudah tentu umat Islam juga akan dapat bersatu dan berpadu.
Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca blog panglima. Semoga tahun baru membawa 1001 rahmat dan berkat Insya Allah...
Bina kekuatan ummah - PM
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAHpengarang@utusan.com.my
NAJIB Tun Razak ketika menyertai majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Turut sama Abdullah Ahmad Badawi dan Jamil Khir Baharom. - BERNAMA
PUTRAJAYA 15 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar demi membina perpaduan serta kekuatan ummah sempena sambutan Maal Hijrah 1434H tahun ini.
Perdana Menteri berkata, persaudaraan yang tercipta di antara kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa hijrah itu perlu dijadikan pengajaran tentang bagaimana mereka membina sebuah ikatan perpaduan yang tulen.
Sehubungan itu, Najib menyarankan umat Islam menyingkirkan sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persamaan untuk memupuk perpaduan dan mengukukuhkan persaudaraan.
"Perpaduan ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil berlaku kerana telah dibuktikan dalam peristiwa hijrah itu sendiri.
"Suatu yang indah daripada sifat mulia kaum Muhajirin ialah mereka menerima dan bersyukur apa yang ada kerana mereka tidak membawa apa-apa sebab mereka berhijrah, sementara kaum Ansar sanggup menerima dan bersama, membantu kaum Muhajirin sebagai saudara mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk, Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.
Najib turut menegaskan bahawa perpaduan itu memerlukan pengorbanan; keikhlasan dan semangat penerimaan yang mendalam; mencari kebaikan bukan keburukan serta kesempurnaan bukan kecacatan; sentiasa meraikan ; memuji; menasihati; menegur; dan jauh sekali meminggir, memaki, menghina atau pun menfitnah.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, terdapat beberapa syarat perlu dijadikan landasan untuk memastikan hijrah dalam konteks transformasi pemikiran sikap, amal, peribadi dan pentadbiran negara mencapai kejayaan.
"Antaranya, menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dan ikutan kerana sesungguhnya Rasulullah insan yang cukup sempurna dari segi akhlak, kepimpinan, pemikiran dan pendekatan harus jadi ikutan kepada semua.
"Seterusnya berpandukan pada prinsip wasatiyyah yakni seimbang, adil, saksama dan tidak melampau untuk mencapai objektif kecemerlangan," katanya.
Selain itu, Najib berkata, transformasi juga mesti dilakukan secara inklusif yakni melibatkan rakyat di setiap peringkat sebagaimana dalam peristiwa hijrah.
"Semua mempunyai peranan masing-masing, golongan tua dan muda, lelaki dan wanita, termasuk juga masyarakat bukan Islam," katanya.
Beliau turut memberitahu transformasi juga mesti bersifat dinamik dan stabil apabila melakukan perubahan iaitu dengan mengekalkan nilai-nilai murni seperti akidah, syariah dan akhlak mulia.
Tegas beliau, bukanlah transformasi namanya jika perubahan itu membawa kepada kemudaratam keruntuhan akidah, seperti isu hangat yang diperkatakan sekarang melibatkan penggunaan ayat 256 Surah Al-Baqarah.
"Ini menimbulkan kekeliruan akidah yang amat serius dalam masyarakat kita, yang ini mesti dibetulkan dan tidak boleh dibenarkan fahaman liberalisme seperti itu menular dalam masyarakat," katanya.
Gambar Ketua Mujahidin Hamas yang mati dibom tentera Israel Ahmad Jabari yang diperolehi dari video berita Zionis Israel dan orang awam yang merakamkannya.
Mari kita hadiahkan Al Fatihah kepada beliau dan semua pejuang Islam yang telah meninggal di mana sahaja.
Gambar rakaman video disiar oleh Israel beberapa detik sebelum pengeboman
Apa kata kita mula elak dari beli produk Cocal Cola dan Mc Donalds atau minum di Starbucks untuk menunjukkan bantahan ?
Sebentar tadi panglima sempat merayau ke laman web rasmi PAS menjenguk laporan Muktamar Pas yang sedang berlangsung namun agak pelik apabila mendapati laman web tersebut tidak berfungsi apabila ingin membuka link.
Sebelum ini pada persepsi panglima, Pas mampu memiliki kemampuan menguruskan IT yang baik dan uruskan dahulu benda yang mudah ini. Jangan dikejar perkara besar jika perkara kecil pun gagal dilaksanakan.
Kegagalan pentadbiran Kelantan dan kekalutan di negeri lain bawah Pakatan wajar menjadi iktibar kepada rakyat bahawa Pakatan belum mampu lagi untuk memegang kerajaan. Mereka mungkin bagus membuat kritikan namun apabila diberi peluang mentadbir kerajaan mereka inilah juga yang gagal melaksanakan apa yang disebut di dalam ucapan atau ceramah yang mereka lontarkan.
Ini baru satu di antara beribu petunjuk bahawa Pas masih jauh dari layak menerajui Kerajaan Persekutuan. Sifat warak yang dilihat tidak menjamin mampu menguruskan negara mengikut apa yang diharapkan oeh agama. Seperti kisah sahabat Nabi Abu Zal Al Ghifari yang ditolak menjawat jawatan oleh Nabi saw walaupun ia seorang pemuda yang warak, wajar menjadi pedoman kita.
Walau pun kita sedar tugas menjadi pemimpin sukar dilaksana namun mencuba menyempurnakannya adalah wasilah mencapai kejayaan.
Kepada pihak IT PAS sila betulkan secepat yang mungkin atau ia akan menjadi bukti kelemahan yang ada yang wajar dinilai semula oleh rakyat jelata.
Sham Kamikaze mengongsikan bahan di bawah ini di facebook beliau.
Di antara jasa Coca-Cola & Mc Donalds.....
Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak 1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada Zionis.
Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel.
Pada 11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca-Cola telah menjadi tuan rumah dan juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis Eagle Star Awards Gala.
Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan "Friends of Israel" untuk menaja syarahan yang diberikan oleh wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota.
Pada bulan Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51% dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut Galilee.
McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme.
Melalui Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel".
Ini hanyalah sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim Zionis Israel.
Pada saat ini, Gaza sedang diserang bertalu-talu dengan muntahan bom dan peluru Israel yang telah mengorbankan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Jadi, terpulang kepada anda samada terus mahu memberikan sokongan kepada mereka atau pun sebaliknya....
Banyak perkara yang dilakukan sebenarnya menampakkan bahawa Mursi bukan orang yang boleh diharap untuk kemenangan Islam bahkan dia dilihat seolah boneka kepada Barat.
Mujur kuasa Allah telah menyekat manusia bernama Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri Malaysia yang turut beria-ia ingin menerima dana pinjaman dari IMF sebelum dipecat. Selain pernah dilantik oleh IMF sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia yang disandangnya pada Mac 1998 meskipun mendakwa tidak mahu menerima dana kewangan IMF seperti laporan AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/?p=20216
Sedangkan jelas IMF membawa bersama berbagai syarat yang akan menjadikan kita hamba kepadanya.
Baca nukilan dari rakan FB ini tentang siapa sebenarnya Mursi :
1. Revolusi Mesir atau mana-mana revolusi di negara arab atau lebih dikenali sebagai Arab Spring boleh dikatakan sebagai sia-sia sahaja. Kenapa? Lihat situasi Mesir pada waktu ini. Tahukah anda bahawa Mesir sudah membuka kedutaan di Israel?
2. Mengapa ini terjadi? Lihat dari sudut ekonomi. Huru-hara yang berlaku kerana arab spring telah membawa kepada kejatuhan ekonomi yang sangat besar. Selepas kembali aman (masih tidak sepenuhnya), Mesir memerlukan wang yang besar untuk membangunkan kembali negara mereka.
3. Nak tak nak, Mesir memerlukan pinjaman daripada IMF. Tetapi, kita semua perlu tahu ada syarat-syaratnya untuk IMF mengeluarkan pinjaman, apatah lagi dengan negara Islam seperti Mesir. Mereka semestinya mahu mengawal polisi negara Mesir. Bila ini berlaku, maka kita akan melihat bagaimana sampai bab kewangan Mesir pun dikawal oleh IMF.
4. Mungkin ada tangan halus dalam IMF yang mahukan Mesir menjalinkan hubungan dengan Israel. Kemudian, berdasarkan maklumat daripada sahabat saya yang merupakan seorang penganalisis, Amerika dan Israel sedang menjadikan Mesir sebagai proksi untuk menjatuhkan penggaruh China dan Russia.
5. Sebab itu katanya, mufti Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataan bahawa Russia ialah musuh no 1 umat Islam padahal terdapat Amerika dan Israel yang sebenarnya harus menduduki takhta itu.
6. Sebab itu tak hairanlah kalau Presiden Mesir yang baru, Mursi menghantarkan surat kepada Israel sehingga mengatakan bahawa Israel ialah sahabat. Hari ini, Mesir membuka kedutaan di Israel.
Saya tidak nampak Utusan Malaysia tersalah lapor mengenai berita utamanya, Melayu bebas pilih agama? berhubung pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai, dalam satu forum anjuran gereja bertajuk, "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" Saya juga membaca berita yang sama dalam laman web ultra kiasu, Malaysiakini.
Untuk menerangkan tajuk yang sebegini besar, biarkanlah para sarjana dan ahli agama dalam bidang yang menunjukkan pandai, bukannya ahli politik yang cetek ilmunya, yang tidak ada latar belakang agama. Akhirnya, siapa yang terperangkap! Tidak perlulah bersikap defensif apabila berita itu disensasikan. Kita yang gatal mulut.
Jika kita berilmu dan memahami sensitiviti budaya politik Melayu, serta mahir dalam menafsirkan ayat al-Quran, sudah tentu perkara ini tidak berlaku. Saranan saya, jika tidak faham, bertanya. Tetapi jangan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahu menunjukkan kita Muslim yang moderat. Kita adalah Muslim fundamental, yakni berpegang kepada ajaran Islam sebenar.
Inilah akibatnya apabila berpolitik bukan kerana mahu menegakkan kesucian agama, tetapi berpolitik untuk mendapatkan undi atau matlamat menghalalkan cara. Teguran ini buat semua parti politik yang majoritinya orang Islam.
Kita terlalu mahu menjaga hati orang lain, sedangkan hati sesama sendiri dihiris, terhiris dan menghiris. Orang bukan Islam bersorakan gembira mendengar kenyataan demi kenyataan kita untuk menjaga dan melindungi hati mereka.
Apa yang saya faham, ayat tidak ada paksaan dalam beragama, dalam surah al-Baqarah: 256, adalah ditujukan kepada orang bukan Islam, walaupun semua ayat dalam al-Quran ditujukan kepada semua manusia. Kita tidak boleh paksa bukan Islam memeluk Islam, kecuali atas kerelaan mereka.
Misalnya, dahulu saya tidak Islam, walaupun saya cenderung terhadap Islam, orang Islam masih tidak boleh paksa saya memeluk Islam, kecuali atas kerelaan saya sendiri. Bila ada kerelaan dan keikhlasan, ketika itu orang Islam boleh membantu untuk proses pengislaman seterusnya. Pendek kata, tidak ada unsur paksaan, kecuali dalam kes-kes tertentu dalam zaman dahulu.
Perlu diingat, setelah saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri, maka saya tidak boleh keluar daripada Islam atau murtad sewenang-wenang kerana saya telah memilih Islam. Islam terlalu suci dan mulia, sebab itu kita tidak boleh menyalahkan Islam dan keluar Islam setelah memeluk Islam. Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila 'dirasakan' sukar untuk diamalkan.
Soalan sebeginilah yang selalu dipertanyakan, kenapa agama Islam begitu rigid dan tidak adil? Boleh masuk Islam tetapi tidak boleh keluar? Kenapa tidak ikut seperti Indonesia atau India, tidak perlu memeluk Islam untuk mengahwini bukan Islam?
Perlu saya jelaskan, selain daripada tidak boleh mempermainkan agama Islam seperti kedai kopi, orang (agama) Islam turut dilindungi oleh Perlembagaan. Baca Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu yang membawa erti beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, makna sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam).
Di negara Arab, mungkin ada Arab Kristian atau Arab Yahudi dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup, kecuali mereka murtad tanpa pengetahuan seperti yang berlaku dalam beberapa kes. Inilah perlindungan dalam Perlembagaan yang tidak ada dalam negara lain hatta dalam negara majoriti Islam, kecuali negara kita. Sebab itulah saya agak sukar untuk menerima pendapat jahil yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.
Justeru, kedudukan Islam mesti dipertahankan bermati-matian daripada dicerobohi oleh orang lain, kerana ada perlindungan. Dalam hal ini, saya boleh berterima kasih kepada Suruhanjaya Reid dan jawatan kuasanya atas perlindungan ini.
Perlindungan ini bukanlah bermakna hak bukan Islam diketepikan. Ia juga bukan bermakna, agama Islam dan umatnya tidak boleh disentuh atau ditegur. Hakikatnya kedudukan Islam begitu istimewa dalam Perlembagaan, sehinggakan, orang bukan Islam tidak boleh berdakyah agama mereka kepada orang Islam, perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Maka, tidak hairanlah kita begitu sensitif perkara berhubung penggunaan kalimah Allah, Injil versi Melayu dan sebagainya. Kenapa baharu sekarang dibangkitkan?
Menurut pemahaman saya, ternyata ultra kiasu Melayu tersebut tidak sensitif atau tidak faham budaya politik negara ini. Mungkin dia baru setahun jagung menceburi bidang politik sehingga menyebabkan beliau mudah atau sengaja tersasul.
Kadang-kadang terlalu berlagak pandai pun tidak boleh juga. Tidak mengapa kita nampak bodoh seketika, asalkan tidak merugikan Islam. Saya amat bimbang dengan umat Islam hari ini, masing-masing hendak menunjuk pandai. Mereka tidak sedar bahawa 'kepandaian' mereka itu sebenarnya boleh menjahanamkan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan agama lain atau pluralisme. Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.
Oleh kerana Ahli Parlimen ini bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obses dalam membincang isu-isu ini kerana boleh membahayakan diri sendiri. Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.
Kenyataan akhbar beliau yang disiarkan sehari kemudian agak sukar untuk diterima. Jika Utusan tersalah siar, saman sajalah, habis cerita. Saya lihat Ahli Parlimen yang baru sepenggal ini terlebih semangat, mula menggelabah daripada 'diserang' bertubi-tubi. Saya ingatkan bapanya membahaskan apa yang benar, apa yang salah, tetapi nampaknya tidak, beliau terus mempertahankan anaknya.
Dalam laporan akhbar, Ahli Parlimen tersebut dipetik menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Apa maksud kata-kata ini? Tidakkah ia membawa maksud seperti yang dilaporkan. Orang Melayu juga bebas memilih agamanya. Lebih menyedihkan, Ahli Parlimen Shah Alam pun menyokong hujah beliau. Saya harap tidak berlaku taksub kepartian. Bincanglah mana yang benar, mana yang salah. Bukan cuba untuk menutup kesalahan orang lain. Jika salah, ditegur dan dilentur. Ini tidak, asyik menyalahkan Utusan Malaysia sebagai tali barut UMNO. Apa sahaja yang Utusan laporkan mesti UMNO. Politik jenis apakah ini?
Kata Ahli Parlimen itu lagi, "seperti saya yang bersekolah di Assunta (sekolah menengah) dengan salib yang besar di dalam dewan dan nyanyian penganut Katholik tidak mempengaruhi saya." Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama sambil berkata: "Saya sudah tentu terikat kepada pandangan semasa." Kepada soalan berhubung hak komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), beliau mengakui sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik, terdapat batasannya.
Kenyataan ini sukar untuk diterima, apa "pandangan semasa" yang dimaksudkan? Islam tertakluk kepada al-Quran, Hadis dan ijmak para ulama. Dalam kes ayat 256 Surah Al-baqarah, tafsirannya begitu jelas. Begitu juga soal mengharamkan LBGT? Kalau ada yang tidak mengharamkannya pun, paling kurang semua agama tidak setuju dengan perlakuan ini. Saya tidak nafikan hak LGBT, tetapi apa yang tersirat di sebalik perjuangan mereka jika bukan untuk mempropagandakan dan menghalalkan aktiviti ini agar diterima sebagai umum.
Ulama mana yang dirujuk kepada Ahli Parlimen itu dalam memberikan tafsiran mengenai Islam. Setelah membaca akhbar Sinar Harian, beliau hanya merujuk kepada bekas mufti Perlis, setelah isu ini disensasikan. Kenapa bekas mufti tersebut tidak rujuk sebelum kenyataan dikeluarkan?
Nasihat saya, kalau tidak faham, rujuklah 'ulama' dalam PKR yang menghadiri majlis al-Arqam itu. Menteri Besar Kelantan pun tidak berani memberikan komen ke atas kenyataan tersebut.
Saya cadangkan Ahli Parlimen tersebut mengamalkan budaya merujuk pakar jika ingin mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Bukan menunjuk pandai terlebih dahulu. Kemudian apabila sudah terjebak baharulah ulama dirujuk.
Akhirnya, saya nasihatkan Ahli Parlimen tersebut tidak perlu kesal jika ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau seolah-olah beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Persoalan saya, kenapa memberikan ruang untuk kenyataan kita disalahertikan. Ini bermakna, kenyataan tersebut tidak jelas, membawa makna tersurat dan tersirat. Perlu diingatkan juga, berita daripada akhbar dan portal pembangkang pun tidak kurang juga memutar belitkan berita-berita lawannya.
Berikut disiarkan terjemahan transkrip yang disiarkan Malaysiakini, berkaitan dengan sessi soal jawab bersama Nurul Izzah di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November.
Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.
Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?
Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.
Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.
Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.
Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini. (Hadirin ketawa)
Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?
Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak.. (Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri. Tetapi…
(Loceng dibunyikan)
Moderator: Okay…satu minit lagi.
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama. (Hadirin bersorak)
Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.
(Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.) (Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).
Sekumpulan remaja bergotong-royong membersihkan sampah-sarap yang menyekat aliran air tali air Kampung Bukit Changgang di Dengkil, Selangor.
Aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal, terusan atau ban yang tidak disenggara dengan baik dan kelemahan pengurusan sampah didakwa antara penyebab utama banjir buruk di kawasan Bukit Changgang, Kuala Langat dan Dengkil, Sepang dekat sini.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, perkara itu dikenal pasti pihaknya berdasarkan maklumat dan tinjauan yang dilakukan di sekitar kawasan yang dilanda banjir sejak sembilan hari lalu.
"Kita tidak nafikan banjir berlaku akibat perubahan cuaca di luar jangkaan dan fenomena air pasang besar yang sedang berlaku. Tetapi ia dapat dikawal sekiranya langkah-langkah sepatutnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak berkuasa tempatan.
"Di Dengkil dan Bukit Changgang misalnya, banjir semakin buruk apabila terusan pecah dan ia kemungkinan besar disebabkan penyenggaraan yang tidak baik selain aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal yang berlaku di situ," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian banjir di Dengkil dan Bukit Changgang di sini yang disifatkan sebagai terburuk dengan mencatatkan jumlah mangsa dipindahkan lebih 1,000 orang.
Menurut Mohd. Zin, selain masalah ban pecah dan aktiviti perlombongan pasir, kelemahan pengurusan sampah hingga menyebabkan sistem saliran terganggu ketika banjir memburukkan lagi keadaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan pantas membaiki terusan yang pecah dan menyenggara infrastruktur di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) agar keadaan yang berlaku dapat dikawal.
"BN Selangor sebenarnya telah beberapa kali membangkitkan perkara itu sebelum ini dan kami berharap masalah tersebut dipandang serius oleh kerajaan negeri memandangkan banjir yang berlaku memberi kesan dan kesengsaraan kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Zin memberitahu, pihaknya juga telah meminta bantuan Jabatan Perparitan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut selain memberikan bantuan khas kepada mangsa banjir di Sepang dan kawasan lain yang terjejas.
"Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui 1Malaysia Development Berhad dan semua pihak serta agensi yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sepang dan Kuala Langat," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN, beliau memberitahu, antara yang banyak ditimbulkan selain daripada masalah infrastruktur ialah kenaikan harga rumah yang mendadak di Selangor.
Ujar beliau, BN Selangor meneliti masalah itu dengan serius dan menganggapnya berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri mengurus dan mengawal isu perumahan dengan baik dan berkesan serta gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat .
"Kami kesal dengan tuduhan kononnya Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah sedangkan segala hal berkaitan dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sepatutnya, kerajaan negeri lebih dulu perlu berusaha menyediakan rumah yang mampu dimiliki untuk rakyat," katanya.
Menurut Mohd. Zin, sikap kerajaan negeri yang lebih berminat dalam urusan korporat hingga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diwujudkan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik turut dijadikan alat bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat, juga amat dikesali.
"Jika corak pemerintahan sebegini berterusan, tidak mustahil akan timbul kembali penempatan setinggan di Selangor pada masa akan datang," ujar beliau.-UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DAP hari ini menarik nafas lega apabila segala arahan yang diberikan sudah terlaksana.PAS sebagai parti tunggangan telah menjalankan tugas dengan baik untuk membantu DAP parti terkuat dan paling banyak kerusi bertanding didalam pakatan.Karpal,Kit Siang dan Guan Eng tersenyum lebar. Teresa Kok,Anthony Loke,Ng Wei Aik dan ramai lagi ultrakiasu dan avengelist ber-yam seng bermegah mereka dengan adanya ratusan ribu anjing diseluruh negara.
Anwar,Nurul Izzah dan barisan LGBT turut bergumbira memanjatkan kesyukuran...
Muktamar kali ini sekali lagi Khawarij PAS bertahaluf siyasi(persefahaman politik) istilah yang diguna pakai ternyata benar benar memperbodohkan penyokong sendiri.Dalam masa mereka menjaja agama,akidah dan hukum Allah sebagai produk politik,mereka tetap menganjingkan diri sebagai suruhan DAP dan PKR.
Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP dan PKR.
Awal awal lagi pemimpin khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri,sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri.
Tindakan pre ampitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.
Ijtihad tunggangan DAP sudah diperbaharui,Muktamar tahun lepas puak munafik ini terlalu memikirkan tahaluf mereka dengan harapan mendapat keredhaan Lim Kit Siang,Guan Eng dan Karpal.
Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.
"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur'an dan al-Hadis membenarkan Tahaaluf Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.
Harun Taib kata untuk mencapai matlamat politik Islam mereka bertahaluf dengan 2 parti yang ternyata liberal,pluralisme,LGBT dan secara terang menentang prinsip perjuangan parti PAS. Apa jenis tahaluf yang PAS harapkan. Bodohnya penyokong PAS ini mereka sendiri gagal untuk berfikir mana mungkin nak menjadi parti paling kuat didalam pakatan sedangkan sasaran PAS hanya untuk bertanding 30 kerusi sahaja selebihnya DAP dan PKR menguasai semasa PRU13 nanti.
Ini umpama lancapan politik yang sekadar memuaskan diri sendiri. Bukan saja PAS bohong kepada umat Islam mereka juga bohong kepada diri sendiri. Buktinya ini dokumen sulit yang ahli PAS dan penyokongnya tidak tahu bahawa PAS tidak akan sama sekali memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat federal.
Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.Maknanya apa yang Harun Taib dan para pemimpin PAS laungkan bertahaluf siyasi kononnya demi kemenangan Islam adalah pembohongan semata mata .Ijtihad Besar sudah lama dibuat,muktamar kali ini hanya sekadar memperbaharui dan memperingatkan ahlinya bahawa mereka sudah lama buang prinsip perjuangan.
Ijtihad Besar untuk tidak memasukan persoalan negara Islan dan perlaksanaan hudud.
Ini punca kenyataan Nurul Izzah membolehkan melayu murtad dipandang enteng oleh para pemimpin PAS.
Pisau kata "Orang melayu PAS ni bila dengar perkataan atau istilah yang berbunyi arab dia akan kata dah betul la tu"
Tun M - Kali pertama saya berasa sakit dalam dada adalah kira-kira sebulan sebelum mengalami serangan jantung pada 1989. Bagaimanapun waktu itu, saya tidak mengendahkannya. Saya berada di Genting Highlands bagi menghadiri perjumpaan alumni Kolej Perubatan King Edward VII. Ramai rakan sekelas dan anak-anak mereka hadir serta bergembira. Saya sedang memerhatikan mereka apabila beberapa orang anak muda menarik saya ke lantai tarian. Sewaktu menari, saya berasa sesak nafas dan sakit dada, tetapi kesakitan itu hilang apabila saya duduk. Keesokannya, saya menunggang kuda dan sekali lagi berasa sesak nafas dan sakit dada. Saya tidak mahu menerima keadaan itu sebagai tanda-tanda serangan jantung, jadi saya tidak memberitahu sesiapa dan berharap masalah itu akan berlalu sendiri. Walaupun kita seorang doctor dan tahu tanda-tanda penyakit, kita lazimnya enggan mengaku yang kita mungkin ada masalah berkenaan.
Ketika itu, saya tidak membuat pemeriksaan kesihatan berjadual. Saya cuma ingat pernah sekali menjalani pemeriksaan rapi di London atas nasihat doktor apabila mengalami sedikit masalah tekanan darah. Ia benar-benar mengganggu sebab pemeriksaan itu mengambil masa yang lama dan saya dipaksa mengguna mesin pengukur denyutan jantung, iaitu ECG yang membonjol di pinggang saya. Lebih-lebih lagi apabila menghadiri satu majlis makan malam dengan membawa mesin itu sehingga nampak seolah-olah saya menyelitkan pistol di pinggang.
Sebulan selepas perjumpaan di Genting Highlands, saya bersama-sama Hasmah dan suami Marina makan malam di sebuah restoran Thai di The Mall bagi meraikan hari jadi Mokhzani walaupun dia sendiri tidak hadir. Kami sepatutnya berempat, tetapi Marina juga tidak dapat datang. Jadi yang ada hanya Hasmah, Didier (bekas suami Marina) dan saya. Bagaimanapun, kami sudah menempah makanan untuk empat orang dan saya akhirnya makan bahagian yang sepatutnya dimakan oleh Marina – mungkin disebabkan kesempitan hidup pada zaman perang menyebabkaan saya tidak suka membazir makanan. Apabila kami sampai di rumah, saya mula rasa sakit di dada dan kesukaran bernafas seperti sebelumnya. Kali ini, kesakitan itu tidak reda. Saya cuba baring dan duduk, tetapi masih berasa sakit. Hasmah menelefon seorang pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur, iaitu Dr Jimmy Eapen. Beliau rakan sekelas saya di Kolej Perubatan. Hasmah memberitahunya tanda-tanda masalah yang saya hadapi dan Jimmy datang serta-merta. Beliau membuat diagnosis yang saya mengalami serangan jantung, tetapi beliau perlu pulang ke rumah untuk mengambil mesin ECG mudah alih. Apabila mesin itu mengesahkan yang ia memang serangan jantung, saya serta-merta dibawa ke hospital. Saya fikir saya boleh berjalan, tetapi mereka mendesak supaya saya menggunakan kerusi roda.
Saya sepatutnya sudah tahu yang ia adalah serangan jantung kerana tanda-tandanya memang jelas. Sakit dada dan sesak nafas yang saya alami ketika menari dan menunggang kuda sebelum itu menepati tanda-tanda serangan jantung. Serangan jantung juga boleh dicetuskan oleh kebimbangan mengenai perjalanan yang jauh atau terlalu banyak makan. Memang pada malam di restoran Thai itu saya makan berlebihan. Saya sepatutnya tidak mengabaikan kesakitan kali pertama dan segera menerima hakikat yang saya sebenarnya mengalami serangan jantung.
Saya dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam 17 Januari 1989. Di sana, Datuk Dr Robaayah Zambahari mengesahkan yang saya diserang sakit jantung dan memberikan satu suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Beliau kemudian memberitahu Hasmah agar menghubungi semua anggota keluarga kami dan ini menyebabkan kami sedar betapa seriusnya keadaan waktu itu. Beliau juga menghubungi Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku.
Selepas selesai pemeriksaan biasa, mereka memutuskan bahawa saya perlu menjalani ujian angiogram, iaitu pemeriksaan radiografi ke saluran jantung sejurus selepas disuntik bahan radiolegap ke saluran darah. Kebetulan, Dr Simon Stertzer, pakar jantung dari California berada di rantau ini lalu beliau diminta hadir ketika ujian angiogram dijalankan. Dr Stertzer dan Dr Robaayah merumuskan bahawa saya mengalami serangan jantung yang memerlukan pembedahan. Mereka memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr Rozali Wathooth telah berjaya melakukan pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Tan Sri Dr Yahya Awang. Saya tahu Dr Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.
Sebagai seorang doktor, saya maklum risiko pembedahan tersebut. Saya sedar kemungkinan yang saya tidak akan selamat daripada pembedahan kerana waktu itu ia bukanlah prosedur biasa. Orang ramai masih takut untuk membenarkan doktor membelah dada mereka dan melakukan sesuatu ke atas jantung mereka. Saya meyakinkan diri bahawa kalau memang sudah ditakdirkan saya akan mati, apa yang boleh saya lakukan. Saya menyerahkannya kepada Allah SWT dan kemahiran pakar bedah. Bunyinya mungkin agak dramatik sekarang kerana ramai pesakit yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung. Namun sebaik sahaja saya menerima hakikat kematian, saya berasa cukup tenang.
Saya berehat selama empat hari sebelum menjalani angiogram yang mengesahkan bahawa saya memerlukan pembedahan. Dr Stertzer sekali lagi memberi pilihan kalau saya mahu menjalani pembedahan di California, Amerika Syarikat walaupun beliau sendiri mengakui yang Dr Yahya juga sama cekap dengan mana-mana pakar bedah di Amerika. Apabila tinggal saya dan Hasmah di dalam bilik, saya meminta Hasmah memanggil Dr Yahya. Sebaik sahaja Dr Yahya masuk, tanpa banyak bicara saya terus memberitahunya yang saya mahu beliau melakukan pembedahan. Saya kenal rapat dengan ayah beliau, Dr Awang yang juga adalah seorang doktor yang baik dan menjadi Ahli Parlimen serentak dengan saya pada 1964-69. Sewaktu saya diserang sakit jantung, Dr Awang sudah pun menjadi Gabenor Pulau Pinang.
Kemasukan ke hospital menghalang saya daripada menghadiri mesyuarat mingguan kabinet setiap Rabu. Doktor juga memberi amaran yang saya tidak boleh menerima pelawat, dan Hasmah memutuskan yang beliau sendiri akan memantau arahan itu. Ramai orang datang dan mendesak agar dibenarkan menjenguk saya, tetapi Hasmah sangat tegas. Beliau hanya membenarkan beberapa orang sahaja mengintai saya dari luar bilik ketika saya terbaring kerana diberi ubat pelali. Ada satu pilihan raya kecil waktu itu dan khabar angin tersebar luas mangatakan saya sakit tenat. Malah ada yang berkata bahawa saya sudah mati. Hasmah tidak pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa. Dr Robaayah menawarkan untuk memberi beliau ubat tidur pada malam pertama saya dimasukkan ke hospital, tetapi beliau bertekad untuk berjaga bagi memastikan tidak ada sesiapa datang mengganggu saya.
Pada malam sebelum pembedahan, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew membuat panggilan telefon kira-kira jam 10. Beliau amat bimbang dan bercakap dengan Hasmah kerana waktu itu saya sudah pun diberikan ubat sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan. Lee meminta Hasmah supaya memujuk saya menangguhkan pembedahan sebab beliau ada menyediakan sepasukan ahli perubatan untuk terbang ke Kuala Lumpur. Pakar bedah terkemuka, Dr Victor Chang, seorang rakyat Singapura menetap di Australia dicadangkan untuk melakukan pembedahan itu. Menurut Lee, Dr Chang mempunyai pengalaman cukup luas setelah melakukan lebih 1,000 pembedahan jantung. Lee kemudian bertanya Hasmah siapa yang akan membedah saya. Hasmah menyebut nama Dr Yahya yang Lee tidak pernah dengar, dan Hasmah memberitahunya bahawa saya sudah pun membuat keputusan dan ahli keluarga bersetuju dengan saya. Hasmah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan berjanji akan menghubunginya apabila pembedahan selesai. Hasmah tahu bahawa sekali saya sudah membuat keputusan, saya tidak akan mengubahnya. Apa yang saya ketahui kemudian adalah Lee bukan sahaja menghubungi Hasmah, malah beliau turut meminta Tun Daim Zainuddin agar memujuk Hasmah. Walaupun kami mempunyai banyak perbezaan pendapat untuk sekian lama, saya amat menghargai sikap ambil berat beliau itu.
Tiga anak lelaki kami berada di luar Kuala Lumpur ketika itu manakala Marina pula di Singapura. Ineza, anak perempuan Marina sedang tidur di dalam buaian di bilik kami. Dalam tergesa-gesa hendak membawa saya ke hospital, Hasmah hampir meninggalkan cucu kami terkunci di dalam bilik. Nasib baik pada saat akhir Hasmah teringat lalu memindahkan buaian Ineza ke biliknya. Marina dan Mokhzani yang ketika itu berada di Miri terbang pulang keesokannya. Mukhriz pula di Boston manakala Mirzan di Philadelphia, Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka sempat pulang sehari sebelum pembedahan. Sejurus sebelum pembedahan, pihak hospital membawa masuk Hasmah dan anak-anak kami seorang demi seorang untuk mencium saya. Itulah kali pertama saya melihat Hasmah menangis.
Masalahnya sebagai doktor, kita tahu apa yang akan dilakukan ke atas kita sewaktu pembedahan. Dalam pembedahan jantung, mereka akan menghentikan fungsi jantung dan paru-paru serta mengalirkan darah kita melalui mesin jantung dan paru-paru. Saya kurang senang dengan kaedah itu, terutama kerana prosedur tersebut masih baru dan peralatan yang digunakan tidaklah secanggih hari ini. Tun Hussein Onn menjalani pembedahan pintasan koronari di London dan beliau tidak pulih sepenuhnya selepas itu. Seorang lagi orang kenamaan yang turut menjalani pembedahan seperti itu ialah Datuk Jaafar Hassan, bekas Menteri Besar Perlis. Beliau meninggai dunia tidak lama kemudian. Saya bertanya Dr Yahya bagaimana beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan gergaji elektrik. "Terima kasih banyak-banyak," jawab saya, sambil menambah: "Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi."
Mereka mengangkat saya ke atas troli dan menolak ke dewan bedah. Saya masih dapat melihat samar-samar siling hospital sewaktu melalui koridor dan memasuki ruang tara bersebelahan dewan bedah. Saya dapat mendengar kata-kata perangsang daripada pakar bius yang sedang membius saya. Kemudian saya diangkat ke atas meja bedah dan disuruh mengira ke belakang bermula angka 10. Apabila sedar, saya sudah berada di bilik pemulihan. Dari aspek itu, pembedahan moden adalah satu ketakjudan.
Pembedahan mengambil masa kira-kira enam jam walaupun saya berasa tidak lebih dua saat sahaja. Keluarga sayalah yang terpaksa menunggu penuh debaran. Doktor mengambil urat dari kedua-dua kaki saya untuk membuat lima saluran pintasan. Dr Yahya dan Dr Rozali serta pembantu-pembantu mereka melakukannya dengan baik sekali dan tidak berlaku sebarang kerumitan. Hari ini, pembedahan terbuka seperti itu tidak diperlukan sangat kerana teknik angioplasti, iaitu perluasan semula saluran darah yang berpenyakit atau rosak dengan menggunakan sejenis dawai, lebih mudah dan kurang berbahaya. Selain itu, kawalan pemakanan dan senaman boleh mengurangkan kemungkinan berlaku aterosklerosis di mana saluran darah ke jantung menjadi sempit dan memungkinkan serangan jantung. Ada pihak berpendapat bahawa amalan pemakanan yang sihat boleh menyembuhan aterosklerosis, dan inilah yang sedang saya cuba amalkan sekarang.
*sumber petikan buku 'Doktor Umum'(Doctor in The House) , Pisau sarankan anda beli buku tersebut untuk baca selanjutnya.
AIDCNews - 14/11/12 – Berikut disiarkan terjemahan transkrip yang disiarkan Malaysiakini, berkaitan dengan sessi soal jawab bersama Nurul Izzah di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November.
Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.
Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?
Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.
Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.
Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.
Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk. Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini. (Hadirin ketawa)
Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?
Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak.. (Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam. Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri. Tetapi…
(Loceng dibunyikan)
Moderator: Okay…satu minit lagi.
(Hadirin ketawa)
Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama. (Hadirin bersorak)
Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya. (Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.) (Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).
Kita semua tahu dalang disebalik Arab Spring adalah Amerika,CIA menggunakan beberapa NGO seperti IIT,IRI dan NDI melakukan doktrin mengikut acuan dan kehendak Amerika.Mana mana negara yang dilihat masih tidak tunduk kepada Amerika kesemuanya akan ditumbangkan.
Begitu juga berlaku di negara kita,IRI dan NDI memainkan peranan secara langsung dalam merangka strategi,melatih dan juga bantuan kewangan kepada pembangkang di Malaysia. Yang terkini SUARAM turut didedahkan menerima jutaan ringgit untuk melakukan propaganda jahat untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menjatuhkan kerajaan BN yang semua orang tahu tidak akan tunduk dengan kehendak Amerika.
Bukti didepan mata apabila haprak pakatan melancarkan Bersih sampai melaungkan mahukan revolusi seperi di Dataran Tahrir.Syukur alhamdulilah Allah melindungi Malaysia daripada niat jahat haprak pakatan.
Banyak ceramah diseluruh negara barisan kepimpinan haprak pakatan mahukan Arab Spring berlaku di Malaysia,hasutan ,pembohongan yang diulang ulang untuk membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan.Kesemua ini dirancang rapi hinggakan semasa hari pembuangan undi pada PRU13 nanti belum pun keputusan diumumkan mereka akan melancarkan satu serangan untuk menolak proses pengiraan undi kononnya kesemua ini adalah pembohongan dan penipuan.
Berdasarkan maklumat daripada majlis pimpinan tertinggi pakatan ,mereka menyedari pakatan haprak akan kalah pada PRU13 sebagai langkah preamptive awal awal lagi mereka memainkan sentimen kononnya proses pilihanraya Malaysia tidak bersih dan berlaku penipuan maka halal untuk mereka turun ke jalan raya melakukan revolusi. Terkini IslahPerlis mendedahkan rakaman berita Mat Sabu membuat lawatan ke Syiria.Sebuah kerajaan Syiah diberi sokongan sepenuhnya oleh PAS Malaysia yang mewakilkan Mat Sabu. Adalah amat pelik dalam masa Mat Sabu dan juga pakatan rakyat menyokong Arab Spring di Tunisia,Mesir,Yemen dan Bahrain tetapi di Syiria mereka tidak sokong malah menyalahkan pihak barat.
Puncanya disebabkan kebangkitan penentangan ini datangnya dari Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang menentang Basyar Asad yang berfahaman Syiah Alawiyah Nusayriyah. Jelas sekali Mat Sabu seorang syiah sanggup datang dari jauh ke Damsyik untuk memberi sokongan kepada satu kerajaan Syiah yang sekarang ini telah membunuh ribuan Umat Islam secara terang terangan. Apakah sunni yang didalam PAS kesemuanya buta dan tuli? Timbalan Presiden PAS mewakili partinya menyokong Syiah secara terang terangan.
Video subtitle berbahasa Melayu
Mat Sabu menyokong Bashar Al Assad seorang pemimpin syiah yang menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah .
Surah Al-Ikhlas diubah dengan meletakkan namanya
Pisau kata "bila Hj Hadi tumbang,Mat sabu naik ..maka 100% syiah akan kuasai PAS selepas ni.."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apa yang dilakukan oleh pemuda pemuda PAS ini? Mengangkat tangan dan membuat cross finger. Budaya mana yang mereka ambil? Tindakan yang sama mereka lakukan sebelum ini dalam demo royalti minyak (baca sini).
Nik Aziz pun turut sama buat cross finger.
Apakah mereka tahu apakah itu yang dimaksudkan dengan cross finger? Menurut Charles Panati, dalam bukuExtraordinary Origins ofEveryday Things, cross finger adalah budaya yang bermula pada zaman awal Kristian di Eropah. Seorang sahabat akan meletakkan salah satu jarinya (telunjuk atau tengah) di atas tangan sahabatnya yang lain sebagai tanda hajat dan perpaduan.
Gabungan dua jari itu membentuk satu titik tengah yang dipanggil sebagai benign spirits. Atau sesuatu hasrat dan permintaan itu disematkan di persimpangan jari yang berbentuk salib. Apakah ulama PAS tidak tahu tentang perkara ini? Meniru sesuatu perbuatan yang akhirnya boleh mencemarkan akidah umat Islam di negara ini.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan perlu segera membetulkan keadaan sebelum umat Islam di negara ini terus dipesongkan oleh mereka di atas. Sesudah orang Melayu dibenar untuk kebebasan agama oleh Naib Presiden PKR, Artikel 153 dipertikaikan oleh Irene Fernandez dan kini Pemuda PAS pula cuba bawa budaya songsangkan akidah umat Islam di negara ini.
Beranikah perwakilan PAS membetulkan keadaan ini dalam perbahasan mereka?
Sudah bosan untuk mencari tempat bekerja? Nak kahwin tapi tiada kerja tetap untuk diterima oleh bakal mentua? Mahu kumpul wang beli kereta? BN Youth Job Fair sekali lagi akan menemui anda dengan menawarkan pekerjaan kepada golongan muda yang masih menganggur.
Lokasi: Dewan Tun Razak 1, PWTCTarikh: 16 November 2012 sehingga 18 November 2012. Waktu: 10 pagi hingga 8 malam.
Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussein pada 17 November (Sabtu). Dan apa yang Keris nak pesan, jika kamu datang hari ini, jangan lepaskan peluang untuk menyertai bengkel kerjaya, penyediaan RESUME yang betul serta tips menghadapi temuduga.
Dalam erti kata lain, sekiranya anda mahu memohon kerja selepas habis BN Youth Job Fair ini, anda telah disediakan dengan ilmu-ilmu menghadapi temuduga.
Hari ini boleh dimanfaatkan olehh para pelajar IPTA dan IPTS sebagai persediaan mereka kelak selepas habis belajar. Bukan sahaja peluang pekerjaan di sini malahan ilmu juga dapat dipelajari.
Untuk pengetahuan para pencari pekerjaan, inilah senarai mereka yang terlibat dengan BN Youth Job Fair 2012 ini :
Swasta
My-Partners Sdn Bhd
Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank)
Malayan Banking Berhad
SRG Asia Pacific Sdn Bhd
OCBC Bank (M) Berhad
Honda Malaysia Sdn Bhd
AIA AFG Takaful Bhd.
Brandt International Sdn Bhd
Permanis Sdn Bhd
UTS Marketing Solutions Sdn Bhd
Westports Malaysia Sdn Bhd
Golden Scoop Sdn Bhd (Baskin Robbins)
CIMB Group
Affin Bank Berhad
Agensi Pekerjaan Aspiration Sdn Bhd
DreamEDGE
Kolej WIT Sdn Bhd
Top Glove Sdn Bhd
Tim Bodycare Training Centre
KL Airport Services Sdn Bhd
S P Setia Berhad
Integrated Logistics Solutions Sdn Bhd
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Agensi Pekerjaan Allstaff Outsourcing Sdn Bhd
Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)
Kontena Nasional Berhad
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
HD Marketing & Distribution Sdn Bhd (Haagen-Dazs)
Perodua Sales Sdn Bhd
Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
Public Mutual Berhad
Johawaki Holdings Sdn Bhd
Open University Malaysia
MNRB Holdings Berhad
Northern Corridor Implementation Authority
Habib Jewels Sdn Bhd
Malaysia Airports Holdings Berhad
Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd
PadiBeras Nasional Berhad (Bernas)
Keretapi Tanah Melayu Berhad
SilTerra Malaysia Sdn Bhd
Felda Global Ventures Holdings Berhad
YR Retail Sdn Bhd
Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd
Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd
88DB Malaysia Sdn Bhd
Celcom Axiata Berhad
HumanTech Services Sdn Bhd
Scicom Academy Sdn Bhd
TM Info-Media Sdn Bhd
Vads Business Process Sdn Bhd
Malaysia Building Society Berhad
KLIA Premier Holdings Sdn Bhd
Bank Islam Malaysia Berhad
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Parkson Corporation Sdn Bhd
MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd
P&A Smart Solution (M) Sdn Bhd
Dynamique Partners
Malaysian Airline System Berhad
Boustead Holdings Berhad
Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd
Macy Home Furnishings Sdn Bhd
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Sarawak Energy Berhad
Travex International College
Karisma Merdu Sdn Bhd
Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd
Inspire Precious Metal Sdn Bhd
SME Corporation Malaysia
MY E.G. Services Berhad
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Banyan Padu Sdn Bhd
GoSocial Sdn Bhd
JobsDB.com
RedTone
Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (ASTRO)
Kareer.com.my
KL FM from RTM
Star Publications (Malaysia) Berhad
Maha Mas Medic Services Sdn Bhd
7 ELEVEN MALAYSIA SDN BHD
AmAire Auto Sdn Bhd
Inter-Excel Advisory Sdn Bhd
Mark & Chermayne Group
Automobile Association of Malaysia
AIVORIA GROUP SDN BHD
Felcra Training & Consulting Sdn Bhd
UMW Corporation Sdn Bhd
AEON Co. (M) Bhd
Proton
Perak Hydro Renewable Enbergy Corporation Sdn Bhd
Education (M) Flight Academy Sdn Bhd
JW United Corporation Sdn Bhd
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd
United Young Millionaires
Langkawi International Spa Academy (LISA)
Mydin Mohamed Holdings Berhad
Iskandar Malaysia
UEM Group
PLUS Malaysia Berhad
UEM Land Holdings Berhad
UEM Builders Berhad
Opus Group Berhad
Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA)
Faber Group Berhad
Kualiti Alam Sdn Bhd
Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL)
Boustead Holdings Berhad
Applied Agricultural Resources Sdn Bhd
Boustead Advisory and Consultancy Services Sdn Bhd
Boustead Anwarsyukur Estate Agency Sdn Bhd
Boustead Bulking Sdn Bhd
Boustead Eldred Sdn Bhd
Boustead Estates Agency Sdn Bhd
Boustead Gradient Sdn Bhd
Boustead Heah Joo Seang Sdn Bhd
Boustead Kanowit Oil Mill Sdn Bhd
Boustead Pelita Kanowit Sdn Bhd
Boustead Pelita Tinjar Sdn Bhd
Boustead Plantations Berhad
Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd
Boustead Sedili Sdn Bhd
Boustead Segaria Sdn Bhd
Boustead Solandra Sdn Bhd
Boustead Sutera Sdn Bhd
Boustead Trunkline Sdn Bhd
P.T. Anam Koto
P.T. Dendymarker Indah Lestari
P.T. Boustead Indonesia Management
Consultancy Services
Boustead REIT Managers Sdn Bhd
Boustead Construction Sdn Bhd
Boustead Curve Sdn Bhd
Boustead Hotels & Resorts Sdn Bhd
Boustead DCP Sdn Bhd
Boustead Properties Berhad
Boustead Realty Sdn Bhd
Boustead Balau Sdn Bhd
Boustead Weld Court Sdn Bhd
Boustead Weld Quay Sdn Bhd
Damansara Entertainment Centre Sdn Bhd
Jernih Rezeki Sdn Bhd
Mutiara Rini Sdn Bhd
Pavilion Entertainment Centre (M) Sdn Bhd
Pharmaniaga Berhad
Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd
Pharmaniaga Manufacturing Berhad
Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd
Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd
Pharmaniaga Biomedical Sdn Bhd
PT Millennium Pharmacon International TBK
Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd
Atlas Defence Technologies Sdn Bhd
BHIC Bofors Asia Sdn Bhd
BHIC Defence Technologies Sdn Bhd
BHIC Petroleum Sdn Bhd
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd
Boustead Yacht Sdn Bhd
Dominion Defence & Industries Sdn Bhd
Naval Defence Communication System Sdn Bhd
PSC Tema Shipyard Ltd
Wavemaster Langkawi Yacht Centre Sdn Bhd
BYO Marine Sdn Bhd
BHIC Electronics and Technologies Sdn Bhd
BHIC Navaltech Sdn Bhd
Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd
Contraves Advanced Devices Sdn Bhd
Atlas Hall Sdn Bhd
MHS Aviation Berhad
UAC Berhad
Boustead Sissons Paints Sdn Bhd
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd
Boustead Engineering Sdn Bhd
Boustead Building Materials Sdn Bhd
Boustead Global Trade Network Sdn Bhd
Boustead Travel Services Sdn Bhd
Boustead Shipping Agencies Sdn Bhd
Cargo Freight Shipping Sdn Bhd
Bestari Marine Sdn Bhd
AB Shipping Pte Ltd
Boustead Shipping Agencies (B) Sdn Bhd
AFFIN Bank Berhad
AFFIN Fund Management Berhad
AFFIN Holdings Berhad
AFFIN Insurance Brokers Sdn Bhd
AFFIN Investment Bank Berhad
AFFIN Islamic Bank Berhad
AFFIN Moneybrokers Sdn Bhd
AXA AFFIN General Insurance Berhad
AXA AFFIN Life Insurance Berhad
Boustead Credit Sdn Bhd
The University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd
Kao (Malaysia) Sdn Bhd
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd
Asia Smart Cards Centre (M) Sdn Bhd
Drew Ameroid (Malaysia) Sdn Bhd
Tenaga Nasional Berhad
TNB Integrated Learning Solution (ILSAS)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
ICT
JCORP
KPJ Healthcare
Puspatri
Kulim Bhd
KPJ IUC
Agensi Kerajaan
GEMS Malaysia Sdn Bhd
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia WP Kuala Lumpur / Putrajaya
Career Academy
Energy Academy
Association of Hotel
Malaysia Green & Clean
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Skim Latihan Automotif Amanjaya
AADK
JPAM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Akademi Binaan Malaysia (Selangor) Sdn Bhd
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
MARA
1. Bahagian Komunikasi Korporat MARA 2. Bahagian Sumber Manusia MARA 3. Bahagian Pendidikan Tinggi MARA 4. Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA 5. Bahagian Pembangunan Usahawan MARA 6. Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan MARA 7. Bahagian Pembangunan Pelaburan & Subsidi MARA 8. Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA 9. GIATMARA 10. Universiti Kuala Lumpur 11. Glocal Link (M) Sdn Bhd 12. Pelaburan MARA Bhd
MOA
1. Jabatan Pertanian (DOA) 2. Jabatan Perikanan (DOF) 3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) 4. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 6. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 7. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 8. Agrobank 9. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 10. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 11. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) 12. TEKUN Nasional
KPDNKK
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 3. Bank Rakyat 4. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 5. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 6. Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 7. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
LEMBAGA TABUNG HAJI
1. TH Properties Sdn Bhd 2. TH Travel & Services Sdn Bhd 3. TH Global Services Sdn Bhd 4. TH Plantations Berhad 5. Theta Edge Bhd 6. Bank Islam Malaysia Berhad 7. BIMB Holdings Sdn Bhd 8. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
PAS sangat berani mengambil risiko dalam perjuangan Islamnya.
Cubalah perhatikan siapa di sekeliling PAS. Kata orang, kalau nak kenal seseorang itu, lihatlah siapa yang digaulinya atau siapa kawan di sekelilingnya.
Di sekeliling PAS ada DAP yang sedia untuk dilangkah mayatnya jika PAS cuba laksanakan hukum Islam.
Keliling PAS juga ada Anwar anak beranak yang tak mungkin akan tunduk mendengar dan menurut cara PAS untuk mendaulatkan Islam.
Keliling PAS juga ada manusia seperti Irene Farnandez, Ambiga dan segala mak datuk pejuang hak asasi dan kebebasan yang melampaui batas norma-norma kehidupan sebagai manusia normal. Pejuang LGBT, pluralisma, pejuang samarata sama rasa, semua ada.
Kepimpinan PAS sendiri pun sudah diresapi oleh pemimpin-pemimpin yang lebih liberal otaknya dan lebih sekular dari UMNO.
Pendek kata segala jenis pemikiran mungkar, kumpulan anti Islam dan anti perlembagaan yang mempertahankan klausa hak istimewa melayu dan kesucian Islam di Malaysia hari ini, hampir semuanya sudah dijadikan rakankongsi perjuangan oleh PAS.
PAS sudah boleh bersekongkol, menerima dan bertolarensi dengan segala ideologi dan pemikiran yang sama sekali bertentangan dengan apa yang selama ini dijunjung oleh PAS.
PAS tidak henti-henti berkata mahu menjunjung Islam dan menyeru rakyat menjauhi UMNO yang khurafat, tetapi batang tubuh PAS sendiri sudah tidak tersamak lagi dengan segala pengaruh dan ideologi yang bertentangan dengan amalan Islam.
PAS secara tidak disedari sudah semakin liberal. PAS semakin dayus dan tidak mampu lagi berpegang kepada prinsip Islam dan kebenaran yang ingin dibawa. PAS tidak berani lagi untuk bertegas dengan hak dan kebenaran. PAS secara teknikalnya sudah berhenti dari mendakwahkan kebenaran.
Saidatina Aishah r.h berkata, "Ada sekali Rasululullah saw masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwuduk baginda masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang baginda bersabda. Baginda duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah: "Hai manusia! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu. Setelah berkhutbah baginda pun turun dari mimbar. (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Para ulamak dan umarak PAS seharusnya memikirkan betul-betul berapa kalikah mereka telah melanggari hukum Allah swt. Mereka harus ketahui mengapa cubaan mereka hendak membaiki umat gagal dan mengapa doa-doa mereka ditolak Allah swt? Adakah mereka menyemai benih kemajuan dalam amalan Islam atau pun mereka sedang menyemai benih kemerosotan?
Diberitakan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat, dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, maka mereka tidak akan lagi dipandang Allah."
Para mufassir PAS yang hebat dan alim, silalah mendalami lagi hadis-hadis yang dibentangkan di atas. Dan, selepas itu fahamilah maksud ayat-ayat suci berikut, jika Allah swt masih membuka hati-hati kamu untuk menerima kebenaran.
"Barngsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya (asy-syura 42:30)
"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang(duniawi) maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir (dari rahmat Allah)."
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan Akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mukmin, maka dia adalah orang yang usahanya dibalasi dengan baik"(alIsra 17:18-19)
Malaysia mampu mewujudkan pertumbuhan yang mapan berikutan ekonominya yang seimbang daripada pelbagai aspek kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde.
Beliau berkata, pelbagai sektor turut memainkan peranan bagi memastikan ekonomi negara tumbuh secara berterusan.
"Malaysia mempunyai objektif jangka pendek dan misi jangka panjang yang jelas dengan mengenalpasti sektor ekonomi yang akan menjana pertumbuhan pada masa akan datang.
"Ekonomi Malaysia adalah lebih seimbang. Bukan sahaja daripada sudut eksportnya, malah pelaburan dan penggunaan yang tinggi mewujudkan permintaan berterusan di negara ini," katanya selepas menghadiri sidang media di sini hari ini.
Christine Lagarde menjawab soalan pemberi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur. Hadir pada sidang akhbar itu Zeti Akhtar Aziz
Kebanyakan peminat-peminat beliau sudah biasa menyaksikan beliau dengan fesyen-fesyen yang super pelik.
Tapi kali ini mereka berpeluang untuk melihat lebih 'pelik' dari Lady Gaga ketika beliau sedang meninggalkan hotel di Buenos Aires dalam keadaan tidak memakai bra dengan sedikit payudaranya terlihat.
Ketika bertemu dengan peminat-peminat dalam konsert jelajah Amerika Selatannya, penhibur antarabangsa ini hanya memakai baju bertali halus tanpa bra sambil menandatangani autograf peminatnya.
SEREMBAN: Akibat bimbang rahsia suaminya merogol seorang amah terbongkar, seorang wanita bertindak membuat laporan palsu mendakwa pembantu warga asingitu mencuri barang kemas miliknya.
Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yang mempunyai permit kerja diserahkan wanita berusia 54 tahun itu kepada polis di Rembau kerana didakwa mencuri di rumahnya di Rasah Kemayan, di sini.
Sumber berkata, sebaik laporan polis diterima, penyiasatan mendapati amah itu bukan saja dirogol, malah turut didera lelaki durajan berusia 64 tahun itu.
"Hasil siasatan mendapati, amah itu dipaksa bekerja di dua rumah majikannya, di Rembau dan Rasah Kemayan.
"Bagaimanapun, sebaik semua penhuni rumah tidur, suspek mengambil kesempatan merogol remaja berkenaan," katanya kepada wartawan di sini, semalam.
Kata sumber, gadis itu mendakwa dia baru tiga bulan bekerja di rumah pasangan itu.
"Sejak bekerja di rumah itu, gadis tersebut mendakwa dia sudah beberapa kali dirogol sebelum kejadia itu akhirnya disedari isteri suspek.
"Isteri suspek yang dipercayai mahu menutup kejadian itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Rembau sebelum menghubungi pihak polis dan menuduh gadis terbabit mencuri beberapa barang kemas miliknya selain tidak mempunyai permit," katanya.
Katanya, polis melakukan siasatan lanjut dan terkejut apabila gadis mendedahkan dia sebenarnya menjadi mangsa rogol majikannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.
"Polis akan menyiasat dakwaan mangsa dan memaklumkan kepada pihak keduataan. Wakil kedutaan dipanggil dan dan datang berjumpa dengan pegawai penyiasat kelmarin.
"Susulan itu, polis menahan suspek terbabit dan dia direman tujuh hari sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Polis juga akan mendapatkan laporan perubatan mangsa," katanya.
KOTA BHARU - Gara-gara termakan pujuk rayu wanita Indonesia, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang berusia antara lapan hingga 11 tahun sejak hampir dua tahun lalu.
Isteri malang tersebut, Rosnah Mohamad Nor, 42, memberitahu, suaminya sebelum ini merupakan seorang yang bertanggungjawab namun berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada tahun 2006.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halamannya atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai 'Ani'.
"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor tetapi saya membuat keputusan membawa anak-anak pulang ke kampung saya di Kampung Jejuluk, Pasir Mas manakala suami menetap di Klang kerana bekerja sebagai jurukimpal paip gas di Pelabuhan Klang.
"Selepas menjalin hubungan dengan wanita berkenaan pada awal tahun 2006, suami saya tidak menghiraukan tanggungjawabnya kepada keluarga dan tidak menghubungi kami. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya ketika ditemui di sini semalam.
* Muka brader tu macam muka pelakon Hollywood, Danny Trejo lah!
KOTA BHARU - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut bertaubat kerana didakwa tidak menyokong perjuangan Islam.
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.
"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini, hari ini.
Sambil mengelak pertanyaan berkaitan Nurul Izzah, Harun tetap mempertahankan kenyataan pemimpin PKR itu yang disifatkan "biasa sahaja."
"Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil," katanya.
"Kita tidak ambil berat, kita anggap biasa sahaja, saya tidak mahu bicara soal ini, tanya benda lain seperti (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) buat, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat," katanya.
SETELAH dua kali gagal menghadirkan diri dalam majlis rasmi kerana perlu menjalani rawatan di hospital, akhirnya model, Novi Amalia tampil buat pertama kalinya di depan umum.
Malah, Novi tampak segar dan tidak lagi seperti orang sakit jiwa ketika di tahan atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mencederakan orang awam bulan lalu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya. Di kesempatan ini saya meminta mana-mana pihak yang mempunyai gambar bogel saya sewaktu saya tidak sedarkan dahulu, supaya menghapuskan gambar tersebut.
"Saya mahu meminta baru dan melupakan segala kesilapan lalu saya dan saya berharap tidak lagi melihat gambar yang memalukan itu," katanya.
GEORGE TOWN - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor, di sini Khamis lepas.
Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.
"Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana 'Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat' sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.
Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan.- Bernama
PUCHONG: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa lelaki dikenalinya serta beberapa lagi lelaki selepas dia dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota, Ahad lalu.
Difahamkan, budak perempuan itu ke rumah rakan perempuannya di Puchong Perdana, tetapi berlaku perselisihan faham menyebabkan dia keluar dan menghubungi seorang rakan lelakinya berusia 20-an yang tinggal berhampiran.
Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila dia bukan saja diperkosa lelaki itu, malah beberapa lagi rakan lelaki berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dibawa ke rumah lelaki berkenaan terlebih dulu, sebelum dibawa berjumpa beberapa lagi lelaki, juga berusia awal 20-an.
"Dia dibawa menunggang motosikal ke ibu kota dan beberapa jam kemudian, mereka pulang ke rumah lelaki terbabit kerana kepenatan.
"Lelaki itu menyuruh mangsa tidur di rumah berkenaan dan berjanji menghantarnya pulang esok dan budak perempuan itu tidur dalam sebuah bilik berasingan," katanya.
Menurut sumber, seorang lelaki menyuruhnya membuka pintu bilik dengan alasan mahu mengambil bantal.
"Sebaik membuka pintu, mereka masuk ke dalam bilik lalu memegang mangsa, meraba tubuhnya sebelum memperkosanya bergilir-gilir," katanya.
Katanya, mangsa berjaya menyusup keluar selepas suspek kepenatan sebelum meminta bantuan seorang rakan dan membuat laporan polis, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan kejadian.
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas menyifatkan usaha untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih penting berbanding membincangkan soal kebebasan agama yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Harun Taib mengakui ada beberapa pihak termasuk wartawan mahu isu kebebasan agama dibangkitkan pada muktamar kali ini.
Namun beliau menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.
"Ada yang mencadangkan isu kebebasan agama yang disampaikan rakan kita dijadikan topik utama, kita tidak ada masa hal bincang pasal tu. Kita fikir bagaimana nak gulingkan BN secara terperinci dan teratur," ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Pas Dewan Ulama di sini, pagi ini.
Ucaptama disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
* Sudah terang lagi bersuluh...PAS perguna agama untuk politik dan tumbangkan BN, agama? Itu sekadar topeng!
Ariel Winter, pelakon 14 tahun yang melakonkan watak Alex Dunphy dalam "Modern Family" kini sedang berdepan masalah keluarga apabila dia kantoi bersetubuh dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun.
Pada mulanya, Ariel Winter telah diambil daripada jagaan ibunya selepas terdapat dakwaan bahawa ibunya melakukan kesalahan penderaan fizikal dan lisan, termasuk menampar, memukul, menolak dan penghinaan peribadi terhadap anak perempuannya itu.
Tetapi sekarang, ibu Winter, Chrystal Workman mahu membalas dendam dengan memberitahu bahawa semua dakwaan ke atasnya adalah tidak benar serta memfailkan kes terhadap teman lelaki anak perempuannya iaitu pelakon Cameron Palatas kerana telah menjalin hubungan seks dengan Ariel Winter.
Chrystal Workman memberitahu bahawa dia memfailkan laporan kes itu dengan Jabatan LA County Sheriff "kerana di sisi undang-undang dia (Cameron Palatas) adalah seorang dewasa dan jika dia mahu untuk melibatkan diri dalam tingkah laku orang dewasa dengan minor, dia juga perlu bersedia menderita (dipenjara) akibat tindakan dan kesalahannya."
KECEWA! itulah keluhan yang dapat diungkapkan penyerang Harimau Malaya, Safee Sali apabila kesilapan pasukan memakan diri dan hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, beliau menyifatkan kesilapan yang berlaku adalah tanggungjawab pasukan dan perlu dijadikan pengajaran di masa depan.
"Memang sedikit mengecewakan kerana jaringan saya tidak membantu untuk mencatat kemenangan yang dinantikan oleh peminat.
"Tapi, saya tetap berfikiran positif dan optimis rakan sepasukan mampu bangkit pada kejohanan sebenar nanti," kata Safee ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Hong Kong.
Dalam perlawanan itu, Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong selepas meraih dua kekalahan berturut-turut - kecundang di tangan Vietnam (0-1) dan kemudiannya diaibkan Thailand (0-2).
Tambah Safee: "Kami masih ada baki persahabatan berdepan Bangladesh. Dan itu peluang bagi kami mengkaji semula kelemahan yang timbul."
"Apa-apa pun, saya tetap yakin dengan pasukan Malaysia dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap pemain," katanya yang turut memberitahu mereka bakal ke Pulau Pangkor bagi mengembalikan semula semangat pemain negara.
Safee yang juga penyerang kelab Pelita Jaya turut menjelaskan bahawa beliau perlu menanam suntikan moral kepada rakan-rakan terutamannya selepas berdepan tekanan dari pelbagai pihak berikutan kekalahan terbaru ini.
"Saya perlu bantu pasukan menaikkan kembali semangat pemain selepas kepenatan mengharungi dua persahabatan.
"Selain itu, saya juga menyeru rakan-rakan sepasukan agar terus bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan yang ada," ujarnya lagi.
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mahu seluruh ahli sayap itu menjadi ejen pencorak masa depan - ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih sejahtera selain menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) "jihad" menggalas amanah rakyat.
Berucap menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Ke-53 sayap itu di sini malam tadi, beliau berkata, Pemuda Pas harus meneruskan tugas memimpin kebangkitan anak muda khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Lebih 1,000 perwakilan dan pemerhati dilihat hadir pada malam ini. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said serta wakil Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda Sosialis DAP.
Perwakilan membahaskan ucapannya hari ini.
"Muktamar tahun ini berlangsung tatkala kita berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-13. Seluruh Pemuda Pas perlu menjadikan gerak kerja dalam PRU ke-13 ini sebagai jihad dan ibadah untuk menggalas amanah dan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, demi mendapatkan keredhaan ALLAH.
"Maka di atas tuntutan ini, tibalah masanya kita memperkukuhkan komitmen memimpin kebangkitan anak muda dengan membawa gagasan 'mencorak masa depan' sebagai tema Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-53, bertepatan dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan sebagai asas pembentukan sebuah negara yang lebih sejahtera dan diredhai oleh ALLAH SWT," katanya.
Menurut Nasrudin lagi, komitmen untuk mencorak masa depan masyarakat dan negara ke arah lebih baik bukan lagi satu pilihan, tetapi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap anggota Pemuda.
Justeru katanya, dalam mencapai matlamat itu Pemuda Pas pada sesi ini telah membuat penilaian terhadap aktiviti mereka berdasarkan hala tuju yang ditetapkan sebelum ini khususnya dalam mendekati anak muda.
Menurut beliau, antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah kejayaan Pemuda Pas menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda serta berjaya memposisikan diri dalam hubungan media baru.
Pemuda juga jelas beliau, berjaya menampilkan Pas sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat serta memposisikannya sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, jelas beliau, dalam bab membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara, ia masih di tahap kurang memuaskan.
"Sudah pasti, banyak pencapaian yang boleh dibanggakan dan tidak kurang juga banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang tempoh perjalanan sesi Dewan Pemuda Pas Pusat kali ini.
"Pencapaian dan muhasabah tersebut telah direkodkan dan akan dibentangkan secara terperinci melalui Buku Laporan Aktiviti Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan dipersoal dan diperbahas oleh para perwakilan di dalam muktamar ini," katanya.
Bagi menjadi ejen pencorak masa depan juga jelasnya, beberapa anjakan pemikiran di pringkat pemuda perlu dibuat terlebih dahulu agar lebih mudah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Nasrudin turut menggesa Pemuda Pas memainkan peranan bersungguh-sungguh kali ini memandangkan bukan sahaja masyarakat, malah negara kian rosak dibawah pemerintahan Umno BN sekarang.
SHAH ALAM – Umno mengutuk sekeras-kerasnya kejadian membabitkan tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita warga Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini dan mahu tindakan setimpal dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang telah melakukan kesalahan termasuk anggota badan beruniform atau sebaliknya.
Menurutnya, Umno turut kesal dengan demonstrasi yang berlaku di Jakarta sehingga bendera Malaysia dibakar dan Duta Besar Malaysia di negara tersebut didesak untuk meninggalkan Indonesia.
"Berkaitan hubungan Malaysia-Indonesia, Umno mengharapkan insiden yang berlaku ini tidak melarat hingga mengakibatkan jalinan akrab yang terjalin terjejas.
"Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kerana kerajaan tidak mengambil mudah kejadian rogol atau apa sahaja perlakuan jenayah yang berlaku dalam negara," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kejadian rogol tersebut, Tengku Adnan berkata, pihak berkuasa sudah mengambil tindakan segera dengan menahan reman ketiga-tiga anggota polis tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Janganlah ada pihak memandang remeh hubungan kedua-dua negara kerana desas-desus mengatakan Umno menganggap Indonesia hanyalah jiran biasa sedangkan sebenarnya tidak," katanya.
Katanya, Umno juga meminta semua pihak agar tidak memandang negatif kepada pihak polis lantaran ada segelintir individu yang bersikap buruk dan mengaibkan imej polis.
KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam "khurafat Umno".
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."
"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain, selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ke-52 di sini, malam tadi.
Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam sebenar kepada rakyat di negara ini.
"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.
"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan khurafat Umno.
"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang seperti ini," kata Abdul Hadi lagi.
Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini.
"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.
"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, "kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."
"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.
"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang selaras dengan perkembangan semasa," katanya.
Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.
Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain."
Mengacarakan rancangan Sexophone Trans TV, Chantal Della Concetta menjadi pakar dalam membicarakan mengenai hubungan seks.
Salah satu topik yang sering dibincangkan dalam rancangan itu adalah posisi-posisi seks yang paling digemarinya.
Menurut janda satu anak itu, ada beberapa posisi seks yang paling mengasyikan untuk perempuan.
"Posisi yang membuat perempuan klimaks ialaha missionary, woman on top, dan doggy style. Bisa dikatakan gaya seperti itu G-Spot-nya kena," katanya, ketika ditemui di Unicorn, Kemang, Jakarta Selatan, Rabu lepas.
Berbicara soal seks, menurut Chantal, bukanlah hal yang terlarang. Saling bertukar fikiran atau pengalaman boleh menjadi sesuatu yang positif.
Perkara inilah yang beliau bawakan di dalam program yang diacarakannya.
"Saya tidak menganggu urusan orang lain, apalagi urusan bilik tidur mereka. Di dalam rancangan itu, kita hanya berkongsikan pengalaman," jelasnya.
Sumber: Tabloid Bintang Foto: FHM
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Salam tahun baru hijrah. Semoga tahun baru ini membawa seribu rahmat kepada umat Islam di Malaysia. Bersatulah untuk menempuh jutaan cabaran di masa hadapan. Banyak musuh-musuh Islam yang sedang berusaha untuk menghancurkan kita.
Memalukan - Muktamar Pas gagal bincang soal kegagalan pemerintahan pas di dua buah negeri, tafsiran sesat Nurul Izzah dalam soal mempermudahkan orang Melayu Malaysia menjadi murtad dan penentangan terhadap polisi bersama PR oleh ERP dan Tenaganita.
Sakit hati apabila mengetahui ura-ura Ahli Lembaga Pengarah Catholic High School, SJKC Yak Chee dan National Autism Society Of Malaysia (NASOM) ingin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin, untuk berbincang mengenai tambahan sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru di Puchong. Bukan sedikit yang diminta. Sebanyak 10 buah sekolah beraliran Cina yang diperlukan lagi di Puchong! Untuk apa?!
CTS mengharapkan TS Muhyiddin Yassin tidak akan melayan permintaan yang bagi CTS "permintaan naik lemak" dan bersifat ingin mengugut Kerajaan memerintah kerana Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. Beberapa faktor di bawah harus diambilkira oleh TS Muhyiddin untuk tidak melayan permintaan keterlaluan kaum Cina penyokong DAP terutama di Puchong ini:
1. Puchong merupakan kawasan kuat DAP. Sebanyak mana budi yang ditabur di situ, masyarakat Cina Puchong tidak akan sekali-kali mengundi Barisan Nasional. Apabila mereka (masyarakat Cina Puchong) berkehendakkan bantuan, Kerajaan BN yang dicari. Apabila tiba waktu mengundi, parti Chauvinism DAPig juga yang mereka undi. Berdasarkan semakan CTS ke atas "war room" BN Selangor, Puchong masih lagi merupakan kawasan hitam untuk BN. Untuk apa TS Muhyiddin membantu Rakyat Cina Puchong yang rata-ratanya penyokong DAP dan tidak sedikitpun menghargai jasa-jasa BN? Lebih baik ditumpukan kepada kawasan masyarakat Cina yang kuat menyokong BN selama ini. Hatipun tak sakit.
2. Buat masa sekarang terdapat 4 buah sekolah beraliran Cina di Puchong dengan kapasiti 12,000 murid pada satu-satu masa. Tidak cukupkah sekolah beraliran Cina sebanyak 4 buah. Kenapa diperlukan tambahan sebanyak 10 buah lagi? Untuk mewujudkan satu Wilayah Cina yang menebal identiti kecinaannya di Puchong? Atau untuk mewujudkan sebuah negara kecil komunis Cina di Puchong?
3. Pembangkang melaungkan satu bangsa, satu agama dan satu identiti untuk semua Rakyat Malaysia. Pembangkang mahukan hak sama rata bagi setiap warga negara. Namun tindakan juak-juak penyokong pembangkang di kalangan kaum Cina di Puchong langsung tidak menampakkan usaha ke arah itu. Kenapa Masyarakat Cina terutama di Puchong menolak Sekolah Kebangsaan yang antara terbaik infrastruktur di dunia yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran? Apa motif mereka untuk membina lebih banyak Sekolah Cina?
CTS bukan rasis dan posting ini bukan tulisan berbentuk perkauman. Namun CTS sudah banyak bersabar dan jelak dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal berunsur perkauman seperti Dong Zong yang keterlaluan mencabar hak kaum peribumi. Sudah-sudahlah Kerajaan berbudi dengan penyokong-penyokong DAP di Puchong ini. Sudah diberi betis, hendak paha. Ini susahnya kalau kaum Melayu Islam tidak bersatu. Ini susahnya kalau Kerajaan tidak sekuat seperti mana di zaman Tun Dr Mahathir!
Pasti umum mengetahui apakah struktur di atas? Ini adalah batu asas (bukan batu nisan) projek lebuhraya yang dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh ulama-ulama (kononnya). Adakah duit kutipan untuk pembinaan lebuhraya ini yang dikatakan sudah menjejah jutaan ringgit masih ada lagi? Apakah duit di dalam akaun berkenaan dikawal selia mengikut tatacara dan prinsip perakaunan yang betul dan diaudit bagi memastikan ketelusannya?
Selepas 6 bulan ... CTS ulangi, selepas 6 BULAN, berapa peratuskah sudah siap lebuhraya yang dijanjikan oleh ulama yang tidak menipu, tidak berjanji kosong dan lidah tidak bercabang. Apakah jangkaan 3 tahun lebuhraya berkenaan akan siap akan menepati jangkaan? Sekarang sudah tinggal dua setengah tahun. Dulu bukan main berlakon depan Rakyat. Buat solat sunat, baca doa, bawak jentolak 2 3 bijik. Buat muka minta belas kasihan. Ini sajakah hasilnya?
Adakah ini yang dikatakan janji ulama? Rakyat Kelantan sedang memerhati secara serius janji ulama-ulama di Negeri Che Siti Wan Kembang ini. Adalah diharapkan selepas ini tiada orang memandang rendah JANJI ULAMA. Selamat bermuktamar buat juak-juak PAS. Nikmati hidangan dan penginapan yang disediakan. Tidak perlu bercakap mengenai Islam di dalam Muktamar berkenaan. Adakah anda mahu disisihkan seperti Ustaz Nasaruddin Md Isa? Duduk diam-diam cukup macam saudara kita di bawah semasa mendengar ucapan pembukaan sayap Pemuda oleh Mat Sabu. Siap berdengkur lagi!
Muktamar Pas, enggan membahas kenyataan Nurul Izzah. Malah Dewan Ulama parti itu menganggap, kenyataan Naib Presiden PKR itu, hanya perkara kecil.
Sayang, kenyataan yang begitu jelas daripada Nurul Izzah, bahawa kebebasan agama perlu juga untuk kaum melayu, yang sememangnya beragama islam. Bagaimana Pas boleh menganggap, bahawa kaum melayu yang islam boleh diberi kebebasan memilih agama.
Namun yang menghiarankan, Ucapan Perasmian Presiden Parti itu bagi Dewan Muslimat, menuduh Umno mengamalkan kurafat. Satu tuduhan yang diada-adakan, sedangkan kenyataan Nurul Izzah sungguh memberi cabaran kepada agama islam sendiri.
Mufti Perak Datuk Harussani malah menganggap, kenyataan Nurul Izzah itu tergolong dalam dosa-dosa besar, atas sebab itu, mufti itu meminta Nurul bertaubat kepada Allah Subhanawata.
Mukatamar Pas kali ini, telah memperjelas kedudukan Parti yang mengatasnamakan islam itu, sebenarnya hanya parti biasa.
Kecenderungan parti itu merebut tampuk pemerintahan dalam negara terserlah melalui muktamar kali ini. Bermula pada muktamar kali ini, rakyat yang menyokong parti itu, perlu memahami, bahawa Pas bukan lagi parti yang berlandaskan islam, sebaliknya sama dengan parti-parti yang terdaftar dalam negara.
Jika sebelum ini Pas menuduh Umno sebagai parti kafir, kini jolokan itu boleh juga dijenamakan kepada Pas.
Pada PRU-13 akan datang, rakyat yang boleh mengundi, perlu faham dan megerti, bahawa parti mana yang mampu mentadbir negara dengan baik adalah parti yang perlu didokong, bukan parti yang penuh retorik dan senantiasa berubah-ubah prinsipnya.
Bayangkan Pas sanggup mengubah prinsip perjuangannya semata-mata untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR bagi memenuhi cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.
Tidak menghairankan, jika Pas dan sekutunya DAP dan PKR diberi mandat berkuasa di peringkat persekutuan, tidak mustahil pakatan itu akan melaksanakan kenyataan Nurul Izzah, bahawa dalam negara ini akan berlaku kebebasan beragama untuk semua kaum termasuk kaum melayu.
AKIBAT cinta, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman sanggup merampas wanita yang masih berstatus isteri orang.
Kebetulan isteri orang itu, adalah kakitangan Kementerian Kesihatan sendiri.
DR Hassan didapati berkhalwat di sebuah bilik hotel Pullman Putrajaya kira-kira 2.18 pagi Rabu. Beliau dengan pasangannya dihadapkan ke mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis dan kedua-duanya mengaku salah. Dr hassan didenda RM3,000 manakala pasangannya didenda RM2,900.
Moral kepada perbuatan ini, Cinta mengatasi batas-batas agama dan peradaban. Cinta tidak mengira sesiapa, cinta boleh menjerumuskan seseorang tidak kira siapa, kedudukan atau status seseorang itu.
Apa kah perbuatan Ketua Pengarah ini mempengaruhi kedudukan dalam Kementerian? kalau dilihat daripada peradaban dan budaya apa lagi kalau dinilai daripada segi agama, Dr Hassan perlu diambil tindakan salah laku oleh pihak kementerian.
Adalah lebih terhormat bagi beliau, sebelum tindakan diambil, adalah lebih baik beliau meletakan jawatan, demi memelihara imej kementerian dan Kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan