Jumaat, 16 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 16 Nov 2012 03:09 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HORMATI ORANG2 TUA, DEPA NI BANYAK TRICK

Posted: 15 Nov 2012 04:12 PM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Nov 2012 07:49 PM PST

Anwar Ibrahim


Jelajah MerdekaRakyat, Teluk Ketapang, Terengganu 09/11/2012

Posted: 15 Nov 2012 11:34 AM PST

[VIDEO] Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan Selangor 13/11/2012

Posted: 15 Nov 2012 11:25 AM PST


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang 18 November 2012 (Ahad)

Posted: 15 Nov 2012 11:19 AM PST

1) 1.00 tghari – Majlis Sambutan Deepavali

Lokasi: Jalan Air Putih, Kuantan

2) 3.00 ptg – Bersama Masyarakat Orang Asal

Lokasi: Kampong Tasik Paya Bungor

3) 4.00 ptg – Santai & Ceramah di Simpang Jengka 6

4) 5.30 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Bandar Mentakab

5) 7.30 mlm – Ceramah di Kampong Penderas, Kuala Krau

6) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi : Simpang Kepayang, Bera

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

iv. YB Fauziah Salleh

v. YBhg Abbas Awang

Anwar Bidas Tindakan MPPP Roboh Rumah Warga Emas

Posted: 15 Nov 2012 03:32 AM PST

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas.

Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

“Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana ‘Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.

Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan.

[VIDEO] Perutusan Maal Hijrah Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Nov 2012 10:10 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 Nov 2012 11:13 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Isu Pertukaran Guru

Posted: 15 Nov 2012 12:02 AM PST



Aduanrakyat.com 15 Nov 2012 - Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru.

Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari.

Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana.

Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat.

Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Rayuan tidak tahulah sudah berapa kali. Merayu dan terus merayu. Begitu juga kepada rakan-rakan yang senasib dengan kami. Alasan dan kata-kata semangat di Kementerian pelbagai bentuk kadang kala saya dah boleh tahu skrip yang sentiasa mereka gunakan setiap kali rayuan dibuat.

Alasan yang mereka gunakan adalah tiada kekosongan, isu keselamatan, isu kesihatan dan sebagainya. Tetapi saya lebih tertarik dengan isu keselamatan. Adakah sampai isteri/suami atau anak-anak kita terancam baru boleh bertukar? Mungkin mati dibunuh atau sebagainya. Kenapakah pihak kementerian tidak memandang lebih serius perkara-perkara seperti ini.

Hari-hari di media cetak dan media elektronik sentiasa highlight pelbagai isu jenayah yang amat kritikal. Saya amat risau keselamatan keluarga saya di Perak. Seperti ada pepatah melayu mengatakan batuk ditimpa tangga baru nak beri peluang.

Selain itu pihak kementerian juga selalu mengatakan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah antara negeri-negeri yang amat susah untuk berlaku pertukaran terutama guru-guru j-Qaf.

Sampai bila perkara begini akan selesai. Hinggakan setiap kali pertukaran berlangsung, di paparan website kementerian akan tertera kekosongan untuk guru-guru ini bertukar ke negeri yang disebutkan tidak ada kekosongan. Seperti ibarat tunggu bulan jatuh ke riba.

Saya memohon Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia memandang serius perkara ini kerana ini adalah salah satu kebajikan para guru yang ingin mendidik anak bangsa.

Saya memohon maaf sekiranya email ini agak keterlaluan tetapi ini adalah luahan isi hati suami yang ingin hidup bersama-sama keluarga tercinta. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak cuma kami ingin mendapat sedikit feed back yang positif daripada pihak kementerian.

Lagipun bulan November ini pun telah diisytiharkan sebagai bulan keluarga oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Jadi bagaimana hendak mengukuhkan institusi keluarga kalau sorang di timur dan sorang dibarat.

Harap Maklum.

Sekadar luahan perasaan oleh seorang suami. Terima Kasih.

By: Nasir Terengganu

Tiada ulasan:

Pengikut