Rabu, 9 Januari 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Rakyat Sabah Perlu Bangkit Memperjuangkan Hak

Posted: 09 Jan 2013 08:45 PM PST


KUALA LUMPUR: Gelombang Kebangkitan Rakyat terutama di kalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara, kata Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

"Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi signal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri.

Justeru, katanya walaupun, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari ini dilihat lebih tertumpu kepada Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah Bangkit yang dianjurkan Gegar perlu diberi tempat dan perhatian yang sewajarnya.

"Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak.

"Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya lagi.

Menruutnya, siapa yang tidak 'sakit' apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera.

"Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya.

"Siapa yang tidak 'bingung' melihat telatah kepimpinan negerinya yang mampu melihat setiap harta dan 'karun'nya diangkut serta dijual ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan," ujarnya.

Justeru, beliau menyeru seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya.

"Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala dan mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan masa kebangkitan rakyat secara besar-besaran," katanya.

Sehubungan itu, ujar Lahirul dalam Himpunan Sabah Bangkit yang diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat, Dewan Pemuda PAS negeri sekali lagi mengajak seluruh warga Sabah tanpa mengira peringkat umur, darjat, warna kulit, bangsa dan agama untuk terus bersama kebangkitan rakyat.

"Ini kalilah, berabis kita," tegasnya.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 09 Jan 2013 03:52 PM PST

Politik global: 5 isu utama

Daripada protes hingga ke obsesi dunia kiamat, 2012 berlalu sebagai tahun yang dramatik, dan boleh dihujahkan sebagai menyamai atau melebihi perkembangan tahun 2011, tahun kemuncak kebangkitan di dunia Asia Barat dan Afrika Utara. Berikut senarai lima isu besar politik seluruh dunia sepanjang tahun lalu.

5. Krisis Greece dan Kesatuan Eropah

Akibat perbelanjaan yang melebihi kemampuan, Greece akhirnya berdepan kegagalan membayar hutang yang dibuat untuk memenuhi keperluan negara. Greece kemudian terpaksa membuat pinjaman besar-besaran, bermula dengan AS$140 bilion pada 2010. Masalah yang lebih besar dihadapi ialah syarat reformasi yang perlu dilaksanakan untuk pinjaman dan penghapusan hutang. Greece kini mendedahkan jurang besar hal urus tadbir dan kemakmuran di Eropah, dan menjadi satu kisah kegagalan Kesatuan Eropah.

4. Konflik di Republik Demokratik Congo

Congo ialah sebuah negara besar di Afrika tengah, dan kaya dengan pelbagai sumber galian termasuk coltan, yang penting untuk alat popular zaman ini; telefon mobil dan juga alat elektronik lain, tetapi tanpa kerajaan yang efektif dan infrastruktur yang mencukupi. Lebih memburukkan keadaan, Congo juga menerima kesan daripada pembunuhan etnik melibatkan Hutu dan Tutsi di Rwanda yang bermula pada 2004. Negara kaya sumber tanpa kerajaan yang stabil ini kini mempertemukan kapitalis perompak, militia, dan pertembungan etnik.

3. Protes anti-Putin di Rusia

Tahun 2012 menyaksikan protes besar-besaran digerakkan di Rusia, dalam usaha bersepadu pembangkang menggugat pemerintahan Presiden Vladimir Putin, yang kembali menjadi presiden dan menjalankan dasar luar yang lebih tegas dalam berhadapan dengan AS dan Barat. Pemerintah Rusia melaksanakan beberapa peraturan baharu pada 2012, dalam menghadapi peningkatan tekanan daripada pembangkang. Tahun ini juga, Kremlin menghalau pertubuhan Agensi Bantuan Antarabangsa Amerika Syarikat, USAID, yang dikaitkan dengan bantuan kepada penentang rejim-rejim yang tidak sehaluan dengan nilai demokrasi dan pasaran bebas Barat.

2. AS dan China di Asia-Pasifik

AS menggerakkan kekuatan ketenteraannya ke Asia-Pasifik, menempatkan kapal-kapal pengangkut pesawat di perairan berdekatan perairan Jepun dan China dan memulakan penempatan tentera marin di Darwin, Australia. Semua ini berlatarbelakangkan peningkatan kuasa tentera China, termasuk permulaan operasi kapal pengangkut pesawat dan pertikaian di Laut China Selatan dan Laut China Timur yang semakin panas. Beijing malah menggunakan pengaruhnya terhadap Asean sehingga memperlihatkan ketidaksepakatan pertubuhan itu dengan lebih jelas, dan pada masa sama meningkatkan retorik dan mobilisasi aset ketenteraan dalam menghadapi pertikaian dengan Jepun.

1. Percaturan berhubung konflik Syria

Konflik di Syria mempertemukan kuasa besar AS, Rusia, dan kuasa-kuasa serantau pertengahan Perancis, Turki, Arab Saudi, Qatar, dan Iran. Konflik di Syria berkait dengan pelbagai perkembangan lain, seperti usaha rejim-rejim Arab memecahkan aliansi diketuai Iran di Asia Barat, keselamatan Israel, dan falsafah orde dunia dipegang Washington dan sekutu Barat menghadapi idea Moskow dan kuasa-kuasa baharu muncul. Syria menjadi medan persaingan yang lebih daripada sekadar politik, tetapi juga berkait idea tentang perkongsian kuasa dalam era baharu yang menyaksikan pengaruh AS sedang merosot secara relatif.

Biaqpila

Posted: 09 Jan 2013 03:48 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Salah "sekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, yang sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan. Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu lebih berani dan tulus membuka gate Kementah. Kalau Nik Aziz hanya buka setakat 25 jam, Zahid perlu membuka sampai 26 jam. Kerana saya yakin penyelewengan di Kementah lebih banyak berbanding di Kota Darulnaim.

Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.

Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai dan disalaputi kemesterian.  Beliau perlu utamakan apa yang bergeliwat di sekitar kementeriannya.


Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Undi Cina untuk Umno tidak akan mengubah kalaupun Zahid dan para pemimpin Umno lain melanyak dan memprajudiskan DAP. Bahkan cara itu menjadikan Cina lebih nekad untuk undi DAP.

Banyak masalah dan perkara yang Zahid perlu bnereskan. Isu-isu di sekeliling 'pinggan mangkuk makannya' masih 'berporah'. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd.

Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno.

Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak dan kelihatan semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian tersebut juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar?

Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab beliau harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu, tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotoran itu sampai peringkat najis mughalazah.

Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sebagai pemimpin. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) melibatkan komisyen ratusan juta ringgit, kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah?

Tindakan Zahid meminta ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap songsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifir dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya.

Zahid kena pastikan KP bersih dari rasuah dan penyelewengan. Kalau KP terikut-ikut sama dibumbui elemen-elemeh itu ia sesuatu merbahaya. Kalau di KP ada orang sanggup dan tergamak menerima rasuah, ibarat kata negara ini akan hancur luluh. Hari ini rasuah adalah musuh nombor satu negara yang perlu dibenteras habis-habisan.

Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak dalam anjung politik serta sekaligus menutup kesalahan Najib di KP itu.

Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib yang terlepas sangkar. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau 'mempolotkan' dia dengan najis?

Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Pintu taubat belum tertutup. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Puad Zarkasi, Khairy Jamaluddin yang tidak ada kerja itu, ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor 'dubuk parlimen' yang lompat parti.

Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para dubuk parlimen seakan kekeringan idea dan kehabis isu kini untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' (simpanan) di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seperti Zahid.

Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu.

Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember hingga ke hari kimat. Beranikah Zahid?

http://msomelayu.blogspot.com

DD

DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kejohanan Futsal Tertutup Parlimen Machang

Posted: 08 Jan 2013 07:18 PM PST


CERAMAH PRA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 1 JUTA ORANG KL112

Posted: 08 Jan 2013 07:17 PM PST





















Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan

Posted: 08 Jan 2013 07:14 PM PST


KUALA LUMPUR: "Insya Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Justeru, beliau mempersoalkan atas asas apa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Matahir Mohamad bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan.

Menurutnya, mungkin Mahathir tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.

"Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik.

"Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan.

Mahathir dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya menggemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga.

Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam.

"Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya," kata Idris.

Beliau berkata, Mahathir masih menggunakan taktik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya dengan memberi ingatan kepada generasi muda supaya mengenang jasa Umno kepada negara.

"Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80-an," ujarnya.

Katanya, Mahathir terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni.

"Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan.

"Selepas PRU12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negara akan menggemblengkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat," ujarnya.

PEMASANGAN BENDERA SEMPENA CERAMAH PRA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 1 JUTA ORANG KL112

Posted: 08 Jan 2013 07:14 PM PST







Pertandingan menulis dapat sambutan hangat

Posted: 08 Jan 2013 07:10 PM PST


KUALA LUMPUR: Sejak dilancarkan pada 4 Januari yang lalu, 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mendapat sambutan memberansangkan dan dijangka berterusan sehingga tarikh akhirnya. Pada hari pertama sahaja, pihak penganjur telah mula menerima penyertaan.

Sambutan ini belagi tawaran hadiah yang begitu lumayan iaitu hadiah utamanya wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 serta 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.

Peraduan ini meminta peserta menulis artikel berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;

"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini; mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran; dan mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.

Peraduan yang terbuka kepada semua warga Malaysia ini (berdasarkan syarat tertentu) berakhir pada 18 Januari 2013 ini. Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya dengan menghantar artikel mereka ke  emel budayaharakahdaily@gmail.com

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan.

Posted: 08 Jan 2013 07:09 PM PST




















Erat hubungan, Pemuda PAS lawan bolasepak dengan artis

Posted: 08 Jan 2013 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Setelah kejayaan mengadakan pertandingan futsal bersama kumpulan artis sebelum ini, Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menganjurkan program hampir sama.

Pada 5 Januari lalu, satu perlawanan bola sepak persahabatan dianjurkan Lajnah Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Pusat bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) yang melibatkan beberapa artis terkemuka.

Bertempat di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, pertembungan di antara kedua-dua pasukan begitu sengit, namun harmoni.

Menurut Pengarah DACS, Halim Ahmad, perlawanan pada malam itu berlangsung dalam suasana meriah dan santai, di mana ramai penyokong dan peminat artis turut menonton perlawanan tersebut.

"Kebanyakan exco pemuda menyertai perlawanan ini, termasuk Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan.  Selepas perlawanan, ada majlis bertukar-tukar cenderamata dan juga jamuan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Antara artis yang turut turun padang ialah Danny X-Faktor, Syed Aiman, Zahid AF, Fiq F, Fizo Omar dan beberapa artis lain.

Perlawanan bola sepak itu berakhir dengan Pemuda mengalahkan MACS 3-2.

Setuju kalimah Allah untuk tujuan dakwah - TG Nik Aziz

Posted: 08 Jan 2013 07:00 PM PST

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju kalimah 'Allah' digunakan oleh golongan bukan Islam, walaupun ianya menjadi 'hak' orang Islam.

Beliau berpendapat, penggunaan kalimah itu dikalangan bukan Islam memudahkan mereka mengenali agama suci itu dengan lebih mudah.

"Kita perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.

"Di mana ruang yang dibolehkan itu kita sama-sama bincang nanti,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian watikah perlantikan Ahli-Ahli PBT Negeri Kelantan, di sebuah hotel di sini, tengahari tadi.

Menurutnya, masyarakat di zaman jahiliah sejak awal lagi menggunakan kalimah itu walaupun mereka menyembah berhala.

Ditanya sekiranya PAS Pusat tidak bersetuju dengan pendapatnya itu, Tuan Guru berkata, beliau tidak menjadi masaalah.

Menurutnya, pada 12 Januari ini mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat akan diadakan di Kuala Lumpur dan akan turut menyentuh perkara itu.

"Waktu itu sekiranya anggota parti tidak bersetuju, saya akur, saya mesti ikut keputusan ramai, jika PAS Pusat ada hujahnya, saya menerimanya,"ujarnya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan masyarakat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat khususnya di Kelantan sudah biasa dengan sebutan Masya Allah, Alhamdulillah, Insya Allah.

Sambungnya, moga dengan cara itu mereka akan mendapat hidayah Allah untuk menerima Islam.

Pengikut