Rabu, 9 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 08 Jan 2013 01:03 PM PST

Duke of UMNO


UMAT ISLAM WAJIB TONTON VIDEO LAWAK NI...MENARIK..!!!

Posted: 08 Jan 2013 07:39 AM PST


Memang lawak! Tapi penuh dengan pengisian yang sangat berguna kepada seluruh umat Islam! Wajar sangat ditonton sampai habis...memang sangat menarik!

Aku tabik la pada budak-budak arab yang buat video ni... Budak-budak Pakatan Haram kat Malaysia ni sebok huru-harakan negara. Tapi budak-budak arab ni buat pahala ke seluruh dunia...kan?

Cuba tengok video kat bawah nihhh...memang best dan berilmu..!

PAHIT TAPI BENAR: BLOGGER Dr. MiM JAUH LEBIH MULIA BERBANDING PUAK PAKATAN HARAM..!!!

Posted: 08 Jan 2013 04:46 AM PST

Dr MiM

Saya menyambut baik tindakan blogger pro-UMNO, Dr. MiM, yang hari ini mengaku kesilapannya kerana mengandaikan Khalid Samad sebagai "Bishop" di dalam artikelnya yang terbit pada tahun 2010 yang lalu.

Sebagai rakan yang mengenali Dr. MiM secara peribadi, saya kagum dengan keberanian beliau mengaku kesilapannya dan sedia meminta maaf dari Khalid Samad secara terbuka meskipun tahu risiko akan disalak teruk oleh puak-puak Pakatan Haram.

Begitulah akhlak seorang ahli parti yang benar-benar menjiwai UMNO. Sanggup meminta maaf dan mengakui kesilapan sendiri. Tahniah Doc..! Beralah tidak semestinya mengaku kalah, kan?


Apapun, saya tertanya-tanya sama ada puak-puak blogger atau para pemimpin Pakatan Haram sanggup melakukan apa yang dilakukan oleh Dr. Novandri. Sebagaimana maklum, hidup puak-puak Pakatan Haram bergelumang dengan FITNAH setiap hari!

Misalnya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sering ditohmah dengan fitnah-fitnah jahat dan jijik oleh juak-juak yang tidak mengenal erti dosa itu. Meskipun dibuktikan tohmahan mereka itu tidak benar.

Salah satu fitnah yang pernah dilemparkan oleh juak-juak Pakatan Haram itu ialah apabila Datin Seri Rosmah dikatakan pernah bernikah dengan pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth.

Sebagaimana maklum, ketika itu memang kecoh mengenai dakwaan puak-puak "thoghut" itu mengenai isteri Perdana Menteri itu yang kononnya "dibeli" dari Farid Ismeth yang harga yang tinggi untuk dinikahi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

farid ismeth

Kita tidak berada di dalam keluarga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Jika kita sebahagian dari keluarga pasangan itu, sudah tentu huru-hara jadinya rumahtangga apabila fitnah yang begitu jahat dilemparkan sebegitu rupa.

Fitnah itu berlegar di kalangan juak-juak Pakatan Haram, khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sehingga ramai rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan fitnah tersebut.

Mungkin kerana Allah SWT itu Maha Adil, dakwaan itu telah berjaya dibuktikan sebagai FITNAH apabila Farid Ismeth sendiri telah mengaku dengan tegas bahawa Datin Seri Rosmah tidak pernah menjadi isterinya!

Persoalannya, pernahkah juak-juak Pakatan Haram itu meminta maaf atau mengakui dosa yang mereka lakukan kepada isteri Perdana Menteri itu?

Beranikah mereka bertindak seperti Dr. Novandri yang mengaku kesilapan sendiri dan meminta maaf kepada Khalid Samad?

Sebagaimana maklum, dosa puak-puak Pakatan Haram terhadap Datin Seri Rosmah itu tidak akan terpadam selagi mereka tidak memohon maaf kepada beliau dan beliau pula tidak memaafkan puak-puak jijik tersebut.

Jika minta maaf pun tidak, saya yakin bahawa mereka juga tidak akan membersihkan nama Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib meskipun mereka pernah menjejaskan imej pemimpin nombor satu negara itu di mata rakyat.

Tak mengapalah. Jika enggan memohon maaf di dunia, maka tanggunglah dosa-dosa fitnah tersebut di hari akhirat kelak.

Kita tahu bahawa dosa fitnah adalah merupakan salah satu dari 7 dosa besar disisi Allah SWT dan Rasulullah SAW pernah bersabda di mana mafhumnya mengatakan bahawa hukum fitnah itu adalah lebih teruk dari membunuh.

Jadi, fikir-fikirkanlah tentang perbezaan yang dimiliki oleh blogger pro-UMNO dengan juak-juak blogger Pakatan Haram dan para pemimpin mereka yang menjadikan fitnah sebagai "makanan ruji" seharian! Nauzubillahi min zalik…

Sumber: Mykmu.net

PEDASSS..!!! BUKTI SUARA ULAMA PAS TAK LAKU LAGI...!!!

Posted: 07 Jan 2013 10:17 PM PST


SAYA agak musykil dengan fahaman Islam yang dipegang oleh PAS di bawah Abdul Hadi Awang apabila parti itu mengambil keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Sebagaimana maklum, menggunakan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu hanya dibenarkan oleh Kerajaan BN untuk digunapakai di negeri Sabah dan Sarawak sahaja memandangkan kedua negeri itu mempunyai penganut Kristian yang agak ramai berbanding di Semenanjung.

Pun begitu, "Khalifah" Guan Eng cuba mencabar dasar Kerajaan BN itu apabila menggesa agar hak penggunaan kalimah "Allah" yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak itu turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sedangkan umat Islam lebih ramai di sini.


Selain itu, ketetapan di dalam perlembagaan negara memberikan hak eksklusif dan keistimewaan terhadap kepentingan Islam yang tidak boleh dicabar telah menetapkan bahawa kalimah "Allah" tidak dibenarkan digunakan di dalam Bible di Semenanjung.

Apa yang saya hairankan ialah pendirian PAS yang bersetuju dengan gesaan Guan Eng itu dan merelakan kalimah "Allah" tercemar hak eksklusifnya.

Lebih memeranjatkan saya, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan seluruh golongan ulama di dalam parti itu menentang penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung sebagaimana yang dikehendaki oleh Guan Eng.

Jadi, mengapa tiba-tiba saja PAS dan Abdul Hadi berpihak kepada Guan Eng dengan tidak mempedulikan fatwa dari Dewan Ulama serta Timbalan Mursyidul Am PAS itu?

Apakah suara golongan ulama di dalam PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS itu tidak laku lagi setelah parti itu bersahabat dengan "syaitan" yang bernama DAP dan PKR?

Apakah kerana demi "tahaluf siyasi" dengan DAP maka PAS sanggup mengenepikan soal Islam dan kepentingannya?

Misalnya, Timbalan Presiden PAS yang begitu sinonim dengan fahaman Syi'ah, Mat Sabu, menegaskan berkali-kali bahawa…
"PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan" – Mat Sabu.
Sedangkan Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din pula senada menegaskan bahawa…
"Kristian tidak berhak mengguna pakai kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan kepercayaan mereka" – Ustaz Harun Taib dan Ustaz Harun Din
 Begitu bongkak sekali PAS sejak "tidur sekatil" dengan DAP dan PKR. Suara dan fatwa golongan ulama di dalam parti itu langsung tidak lagi dihiraukan apatah lagi untuk dibawa ke dalam majlis syura untuk di ijtihad sesama mereka.

Pun begitu saya yakin bahawa sekiranya dibawa ke dalam majlis syura pun, Presiden dan Mursyidul Am PAS pasti menggunakan kuasa veto mereka untuk bersetuju dengan DAP atas dasar "tahaluf siyasi" mereka yang merugikan Islam dan kepentingannya.

PAS benar-benar berjaya "diubah" oleh DAP untuk menjadi parti sosialis liberal yang jauh lebih sekular berbanding Turki yang disekularkan oleh rakan Anwar, Erdogan. Masih lagikah rakyat mahu terus menyokong mereka?

Pada saya, mungkin PAS boleh menipu para penyokongnya yang tolol mengikut telunjuk mereka. Namun sangat mustahil bagi mereka untuk menipu rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, yang begitu jelas melihat PAS terpesong dari landasan Islam sebenar, kan?

Sumber: Mykmu.net

KHAS UNTUK ORANG MELAYU DAN ORANG UMNO KEDAH DARI BELOVED TUN M...

Posted: 07 Jan 2013 07:17 PM PST



Aku nak tanya, setinggi mana orang Kedah hormatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang mantan Perdana Menteri Malaysia yang begitu banyak berjasa, negarawan ulung yang sangat hebat di mata dunia...

Tak payah la aku puji Tun M lebih-lebih sangat. Aku rasa, semua orang akui segala jasa Tun M, khususnya di Kedah....

Jadi, aku siarkan ucapan dan rayuan Tun M kali ini untuk semua orang Kedah, khususnya kita yang mengaku menyokong UMNO secara dasar serta perjuangannya...

Tun M Rayu kita semua supaya bangkit menjadi "ORANG UMNO TULEN"! Macamana? Berani? Kalau hangpa hormat Tun M...maka dengar dan ikutlah saranannya...

LAWAK PAGI INI...PULUN KHALID PULUNNN..!!! HAHAHAHAAA..!!!

Posted: 07 Jan 2013 04:37 PM PST


Punya pulun nak tutup bangkai, Khalid "Gagap" ingat rakyat buta?

Dah berbau...busuk...jijikkkk... hanyir dah pun... lagi nak tutup?

Udah-udah la tuuuu...

Ngaku je la dia cuba selamatkan kroni sendiri...atau kroni Anwar Berahim?

Gitu la Pakatan Haram Selangor... nak sembunyi apa pun dah tak leh dahhh...

Semua dah terbongkarrrr...!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Jan 2013 11:50 AM PST

PEJUANG BANGSA


Bilionair rancang nak bina bandar di planet Marikh !!

Posted: 08 Jan 2013 10:30 AM PST




NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.
Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.
"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.
"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi


Polis P.Pinang guna K9 buru banduan lari ...

Posted: 08 Jan 2013 09:02 AM PST


Operasi memburu tujuh tahanan yang melarikan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth pada Isnin kini diperluas ke sempadan negeri Kedah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya juga menambah bilangan anggota polis yang terlibat dengan usaha itu kepada 220 orang berbanding 120, Isnin.

 Polis Pulau Pinang juga mendapatkan bantuan Pasukan Gerakan Am dan Unit Udara Bukit Aman bagi menjejaki tahanan terbabit, katanya kepada pemberita, di sini, Selasa. Menurut Abdul Rahim, bilangan anggota polis juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi melicinkan operasi.

 Tujuh penjenayah berkenaan adalah antara sembilan tahanan yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki mereka ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth, pukul 9 pagi Isnin.

 Kumpulan tahanan itu juga bertindak memukul empat polis pengiring sebelum menolak mereka keluar dari van tersebut. Dua tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian. - BERNAMA

Polis salahkan pihak hotel isu tarian seksi

Posted: 08 Jan 2013 07:40 AM PST

SHAH ALAM – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional.

"Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah menempah dewan dan makanan di situ," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial 'Facebook', memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri pegawai dan anggota JSJ IPD itu.

Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam.

"Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu, perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM (Polis Diraja Malaysia) sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahedi berkata polis memberkas seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis di Setia Alam, di sini, semalam.

"Baru-baru ini kami mendapat maklumat dari orang awam berkaitan wanita ini, hasil maklumat, pihak kami menjejaki wanita itu dan menahannya di satu kawasan perumahan di Setia Alam pada 7.45 malam.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan wanita itu, kami menemui sepasang 'uniform' polis dan tanda pangkat Inspektor pada uniform itu," katanya.

Hot ! Pakatan lawan titah Raja dalam isu Kalimah Allah !!

Posted: 08 Jan 2013 04:18 AM PST



Pendirian rasmi pakatan pembangkang bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan titah Sultan Selangor adalah keterlaluan, biadap dan tidak boleh diterima sama sekali. Majlis Pimpinan Tertinggi pakatan pembangkang hari ini mengumumkan pendirian mereka selang sejam selepas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan kenyataan media titah Sultan Selangor pagi tadi.

 Menurut Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, jelas dari keputusan PR tersebut matlamat tersirat mereka selama ini untuk menghina dan meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama yang memelihara kesucian Islam.

 "Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan PR khususnya Anwar yang secara terang dan terbuka menyanggah keputusan Tuanku Sultan dengan niat jahat,"katanya dalam satu kenyataan media petang Selasa.



 Jelas Ezam, Malaysia sebagai sebuah negara dan Selangor sebagai sebuah negeri selama ini stabil, kuat dan berdaulat kerana Institusi Raja terus berdiri kukuh melindungi Islam dan keharmonian agama-agama lain.

 "Justeru strategi melemahkan negara dan negeri ini mestilah dimulakan dgn meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama dan paksi terkuat bagi negara dan negeri,"ujarnya.

 Tambahnya lagi, tindakan biadap dan melampau pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh dibiarkan sama sekali apatah lagi ianya membabit soal agama Islam yang menjadi bidang kuasa Raja-Raja Melayu di dalam bernegara di Malaysia.

 "Segenap lapisan masyarakat yang cintakan negara dan negeri bangkit melawan musuh-musuh dan pengkhianat yang jelas menjadi alat kepada kuasa asing mahu meruntuhkan kekuatan Malaysia sebagai sebuah negarabangsa berdaulat di bawah payung Institusi Raja,"katanya.

 Menurut Ezam lagi, secara prinsipnya juga ketua pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan bersama dengan Menteri Besar, Exco yang datang dari parti yang jelas tidak selahuan dan menghormati sultan sebagai ketua negeri yang berdaulat. "Negeri ini (Selangor) negeri berdaulat dan tidak ada tempat bagi pemimpin-pemimpin seperti Anwar dan mereka yang bersama dengannya.-8/1/2013

Hot ! Pakatan sah gadai kalimah Allah untuk bukan Islam !!

Posted: 07 Jan 2013 11:00 PM PST


Akhirnya dah  terjawab PAS hari ini  menerusi Pakatan telah jual kalimah Allah untuk penganut Kristian demi undi . Itu pun ia akan terlaksana bila mana Pakatan menawan Putrajaya & Anwar Ibrahim menjadi PM .

Ketika ini , di bawah kerajaan BN yang diterajui UMNO.. kalimah Allah tetap dipertahankan kesuciannya  selaras dengan kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan yang menggesa ia  wajib dipertahankan setiap umat Islam .



Hot ! Penganjur sabotaj Majlis Polis melalui tarian seksi ???

Posted: 07 Jan 2013 09:38 PM PST





Apa dah jadi ni ??  GPB tak boleh menerima tarian seksi ini dipertontonkan dalam Majlis Malam Mesra Sekalung Budi Segunung Intan JSJ  IPD Shah Alam .  Adakah ini satu lagi sabotaj oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej polis ??

Isu ini turut mendapat respon oleh Ketua Polis Selangor yang turut tidak bersetuju perbuatan mungkar ini dibuat .



Malah beliau juga bertegas  akan mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang bertanggungjawab di atas kecuaian hingga memalukan imej PDRM .




Pemimpin PAS tak tahu wujud tabung Memali ..kah kah kah ..

Posted: 07 Jan 2013 08:30 PM PST



PAS hari ini mengambil sikap lepas tangan bersabit dakwaan pecah amanah Tabung Memali apabila pemimpinnya mendakwa 'tidak tahu menahu' tentang kewujudan tabung tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata beliau tidak terlibat dan enggan mengulas lanjut. Beliau juga mencabar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat agar membuat laporan polis.

"Silakan buat laporan. Saya tidak terlibat dan tidak tahu. "Kalau betul dia ada buktikan, sila nyatakan. Saya tidak tahu ia diwujudkan di Memali," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.



Hot ! Kalau DAP tak tahu kira undi, jangan jadi kerajaan !!

Posted: 07 Jan 2013 06:30 PM PST




- Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

"Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Rafizi tension isu rasuah RM 30ribu terpalit kepada PKR !!

Posted: 07 Jan 2013 05:30 PM PST




 PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu wang sogokan berjumlah RM30,000 yang dikatakan melibatkan pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada Selasa.
Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli berkata dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR pada Isnin, sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman sendiri akan memberi taklimat berhubung isu itu kepada pucuk pimpinan parti.
"Kita menjangkakan Selasa untuk parti mengeluarkan respon selepas mendengar penjelasan daripada pucuk pimpinan negeri terlebih dahulu," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Pada 3 Januari lalu, pembantu khas kepada Mansor yang juga merupakan kordinator program kepada ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebuah restoran bersama dua yang lain setelah mereka dipercayai cuba menyogok seorang kerani wanita supaya mengugurkan dakwaan gangguan seksual yang dikatakan dilakukan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di peringkat daerah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Ahad menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan korupsi.
Sementara itu Guan Eng pada Isnin mengumumkan beberapa pertukaran dan pelantikan baru melibatkan pegawai-pegawai daerah di Seberang Perai.
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Saodah Nawawi telah dilantik sebagai pegawai daerah Seberang Perai Utara yang baru.
Beliau mengantikan Jusni Ismail, yang dipindahkan sebagai pegawai daerah Seberang Perai Tengah yang baru.
Sebelum ini jawatan pegawai daerah Seberang Perai Tengah disandang oleh Roslan Yahaya.
Kesemua pelantikan itu berkuatkuasa serta merta.

    Hot ! Najib difitnah pencacai Anuwar diserang angin ahmar !!

    Posted: 07 Jan 2013 04:20 PM PST



    Fitnah terhadap Najib oleh pencacai-pencacai Anwar & pembangkang terus bertalu-talu menjelang PRU 13. Kali ini beliau difitnah telah diserang angin ahmar ( stroke )  oleh mereka , mungkin untuk tunjuk betapa makbulnya doa adik Nik Aziz iaitu  KO BN  berkesan hingga menyebabkan pemimpin No 1 negara ini jatuh sakit .

    Kantoinya pencacai-pencacai ini ialah kalau orang yang diserang angin ahmar ringan ke , beliau tak dibenarkan menaiki kapal terbang . Tapi di sini mengapa Najib boleh naik kapal terbang ke sana sini .

    Ini membuktikan pencacai2 ini kaki fitnah jahat !!




    DIMENSI

    Posted: 08 Jan 2013 11:23 AM PST

    DIMENSI


    Omegay: isu Kalimah - Mat Sabun main sabun lagi >:]

    Posted: 07 Jan 2013 04:25 PM PST

    Kalimah Allah : Bishop lega kenyataan Mat Sabu (Utusan)

    KUALA LUMPUR : Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

    Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.

    "Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.

    Ketua Gereja Katholik di Melaka dan Johor itu berkata, penganut Kristian di Semenanjung Malaysia merasakan pendirian Pas terhadap penggunaan kalimah Allah adalah satu langkah penting kepada mencari penyelesaian terhadap kontroversi yang timbul.

    "Pada saya, komunikasi di dalam Pas mungkin tidak sampai dan Ketua Penerangannya telah terkeliru," katanya.

    Kenyataan Mohamad itu bertentangan dengan pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman sebelum ini yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

    Mereka bertiga sepakat bahawa terjemahan God dalam kitab Bible untuk penganut Kristian harus digantikan dengan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagaimana dituntut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan Krismas baru-baru ini.

    klik sini

    Anuwar pandikutti sokong penggunaan kalimah oleh semua agama

    ...wally slipau hangguk2 jek

    p/s: bukti PAS dah tak percaye lagi dengan sokongan pengundi melayu terhadap parti mereka dan kini cubaan meraih sokongan pengundi bukan islam untuk terus hidup kehkehkeh >XD

    IPOHMALAY

    Posted: 08 Jan 2013 09:33 AM PST

    IPOHMALAY


    Air Percuma : Kerajaan Selangor Ternyata Tepati Janji!

    Posted: 08 Jan 2013 01:27 AM PST

    Ramalan krisis air 2014 telah dibuat sejak 2004 lagi. Maka Loji Air Langat II dirancang. Krisis air sehalus tali rafia di paip-paip pada 1998 dijadikan iktibar.

    Hari ini, kecoh di Twitter dampak krisis air mula dirasakan. Tetapi polemik akibat pertukaran pemerintahan negri Selangor dari BN ke PR menjadikan masyarakat naif menunding jari ke atas pihak-pihak yang mereka sebenarnya tidak pasti siapa.

    Empat tahun lalu, selepas mengambil alih Selangor, tanpa mempedulikan implikasi kewangan penyedia bekalan air, tanpa memberi bantuan kewangan sewajarnya kepada penyedia bekalan air, kerajaan Selangor memberi air percuma sebanyak 20 m³ kepada pengguna di Selangor setiap bulan. 

    Jumlah tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor mahu melingkupkan SYABAS, sebuah agensi yang dihidupkan oleh kerajaan Persekutuan usai krisis air 1998.

    Bukan itu sahaja, keengganan Kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Air Langat II menjadikan situasi semakin parah. Krisis air 2014 diramal berlaku lebih awal. Nampaknya telahpun mula mengambil tempat.

    Ulah kerajaan Selangor ke atas SYABAS ternyata memberi implikasi kepada penduduk Kuala Lumpur juga. Ini kerana SYABAS turut menjadi pembekal air kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Di mana justifikasi air percuma dengan apa yang telah berlaku sekarang.

    Rupa-rupanya, Kerajaan Selangor sangat bijak! Air percuma tetap dinikmati. Tetapi bukan di rumah, mengalir dari pili. Air percuma mereka adalah dari lori tangki. 

    Mungkin selepas ini mereka akan membeli ribuan lori tangki sama seperti isu pembelian lori sampah sebelum ini, demi memberi 'air percuma'.

    Dari sebuah negeri maju, Selangor mundur setapak demi setapak ke belakang. Puaslah hati penganut fahaman PR Selangor hari ini. Semoga Selangor menjadi negeri termundur sedikit masa lagi. Hasil apabila si tua kutuk menjadi penasihat ekonomi. Menjadi pengajaran bagi yang mahu mempelajari.


    Tiada ulasan:

    Pengikut