Ahad, 14 April 2013

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Bukan nak lawan Utusan Malaysia tapi mahu ....

Posted: 14 Apr 2013 01:16 AM PDT

Oleh H FANSURI

“Saya difahamkan daripada seorang profesor, BN peruntukkan hampir RM10 juta untuk sisipan Utusan Malaysia dalam minggu kempen PRU13,"  kata Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman

 Dari satu sisi, contoh kecil ini, menurutnya, membuktikan penyebaran bahan bercetak masih penting dan relevan untuk mempengaruhi pengundi.“Walaupun media baru seperti Facebook, Twitter, Blog cukup popular, tapi jangan abaikan bahan bercetak,” katanya lagi.

Tambahnya, peruntukan BN itu bukan hanya untuk Utusan tetapi juga meliputi pelbagai makalah lain lagi, sama ada yang bersifat rasmi atas nama dan logo BN, seperti menjelaskan "manifesto ciplakan" itu, dan juga menyamar untuk memfitnah Pakatan, yang banyak disebarkan terus ke rumah pengundi.

 

Itu yang boleh kita dengar daripada pelbagai sumber mengenai cerita-cerita Umno, BN mengguna media pada hari ini. Khabar seperti ini membuatkan beliau terfikir tentang kepentingan bahan-bahan bercetak.

“Walaupun Pakatan mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam media baru, misalnya klip video Youtube, tetapi saya kira pengundi Melayu, terutama di kawasan kampung tradisi dan tanah rancangan, masih bergantung rapat dengan informasi daripada TV dan akhbar, dan di situlah kawasan yang bakal ditandingi PAS,"  katanya lagi.

Pagi Isnin lalu, 8 April,  Ahmad Lutfi bertemu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din untuk melancarkan dana penerbitan (bahan bercetak) KAMI bersempena langkah persediaan sebagai bahan kempen dalam PRU13.

Difahamkan Dr Haron menyokong usaha berkenaan, terutama untuk menyebarluaskan maklumat dan informasi bermanfaat, sekali gus dapat menyanggah fitnah yang berleluasa. Beliau menyeru sumbangan semampu mungkin dapat disalurkan bagi meneruskan usaha jihad menegakkan kebenaran.

Majlis sederhana dan santai itu dibuat di kediaman Dr Haron, di Bandar Baru Bangi. Kata Arif Atan, wartawan Harakah, yang turut bersama Ahmad Lutfi, sambil minum teh O panas dan menjamah martabak yang rangup, Dr Haron kelihatan cukup prihatin dengan gerakerja penerangan PRU13, khususnya melibatkan bahan bercetak, dan mengharapkan usaha KAMI itu mendapat sokongan ramai. 


Sebenarnya Ahmad Lutfi sudahpun menjelajah banyak negeri bagi mengedarkan secara percuma sisipan lapan halaman Bangkit. Walaupun jumlahnya tidaklah dapat menampung permintaan akar umbi, selain dikembarkan dalam naskhah Harakah, namun ia dianggap memadai bagi memperkenalkan bahan penerbitan yang sesuai untuk berkempen agar pengundi mendapat perspektif lebih jelas.

"Dana yang terkumpul masih kecil dan hanya mampu mengongkosi lebih kurang 10,000 Bangkit. Secara jujur, bagi saya, bilangan sebanyak itu hanya untuk satu kawasan Parlimen sahaja. Kita perlukan lebih banyak sokongan kewangan bagi memastikan Bangkit dapat mengetuk rumah setiap pengundi di kawasan pilihan raya yang menjadi target.

"KAMI juga mempunyai beberapa bahan penerbitan lain, ada berbentuk buku mini dan ada juga berbentuk poster, yang dikira perlu diagihkan pada waktu kempen PRU13 ini. Cuma misi ini tersekat disebabkan halangan kewangan," tambah Ahmad Lutfi dalam pertemuan dengannya di pejabat editorial Harakah, petang Isnin lalu.

Kesediaan Dr Haron untuk sama-sama mempromosi dana penerbitan KAMI itu amat disanjung tinggi Ahmad Lutfi. "Tak tahulah sama ada gambar saya ini dapat menarik minat penyumbang," kata Timbalan Pengerusi Harakah itu, menunjukkan bunting yang mempamerkan wajahnya, sambil ketawa kecil, seperti diceritakan kembali oleh Ahmad Lutfi.


"Kita perlu sedar bahawa ada pengundi dan pembaca yang masih setia dan selesa membaca laporan bercetak ini,” kata seorang pemerhati politik, seorang pensyarah. "Yang penting, bagi saya, biar semaju mana pun kaedah komunikasi, kita jangan remehkan apa jua pendekatan, termasuk akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya."

"Tapi janganlah sampai kita sesak nafas berdepan cabaran hebat daripada akhbar dan siaran TV yang ditaja BN itu. Utusan, Berita Harian, The Star, NST memang media talibarut BN yang mendapat sokongan sepenuhnya kewangan BN semasa kempen PRU13 ini dan ada juga akhbar-akhbar ini yang diedarkan percuma. Itu kerja mereka, yang mustahak bagaimana dengan Pakatan Rakyat?" pensyarah politik itu bertanya lanjut, menandakan kerisauannya kemungkinan pengundi tidak mendapat informasi lengkap.


"Kalau Utusan dikatakan dapat RM10 juta untuk sisipan khas, bagaimana pula dengan akhbar lain, dan juga TV3 yang hebat berkempen, dengan klip video lagu-lagu propaganda di tengah waktu puncak?" tanya saya pula kepada Ahmad Lutfi.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah menjawab dengan tersenyum: "RM10 juta itu setakat lekat di celah gigih sahaja, sikit aja tu."

Secara peribadi, saya lebih melihat pengaruh besar akhbar The Star. Ada laporan menyebut bahawa sebanyak 24 peratus daripada pembaca The Star terdiri daripada kaum India meskipun kaum itu hanya 7.5 peratus sahaja jumlahnya dinisbahkan kepada penduduk negara ini.

Saya menekankan soal pengundi India ini disebabkan ada pihak mengatakan sokongan mereka kepada Pakatan mungkin mengalami kemerosotan. Justeru, usaha mendekati masyarakat India, termasuk melalui bahan-bahan penerbitan, tidak boleh dipandang ringan.

Namun, yang kekal jadi tanda soal,  apakah kita ingin manfaatkan setiap ringgit yang ada bagi menyebarluaskan risalah kempen ke tempat pedalaman yang masih juga tandus daripada aliran maklumat di internet itu?

Dan jangan "terlepas pandang" bahawa dalam wilayah kota raya sendiri, masih ramai pengundi yang tidak sempat mengikuti perkembangan semasa melalui media baru dan mereka perlu didekati secara bersemuka, sambil menghulurkan bahan bacaan.

Untuk bersama-sama  menjayakan kempen penerbitan KAMI ini, sumbangan orang-ramai dialu-alukan dan boleh disalur ke akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.

PRU13: Titik perubahan sebenar

Posted: 14 Apr 2013 01:13 AM PDT

Oleh Hafizul Faiz

Kehangatan gelombang PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) hampir dirasai di seluruh lapisan masyarakat, yang kecil mahupun yang besar, yang tua dan muda, yang tahu dan tidak tahu, atau yang baru atau lama.

Untuk mereka yang lahir pada tahun 1991 dan 1992, fatrah ini barangkali sangat istimewa, pertama kali mengundi dan mungkin pertama kali menukar kerajaan sedia ada. Gelombang PRU13 ternyata telah banyak menghasilkan kesan yang sangat baik.

Daripada sikap tidak peduli kepada peduli, tidak tahu kepada tahu, begitu juga sikap boikot pilihan raya kepada berfikir semula untuk mendaftar sebagai pengundi. Di mana-mana pihak, mahupun di sebelah kerajaan yang pernah memerintah kerana khuatir akan kalah buat kali pertama, atau pihak pembangkang selama ini sebagai ejen kemenangan untuk menaiki takhta kerajaan, masing-masing sedang digasak hebat dengan gelombang PRU13 yang sebarannya melangkaui umur dan batas tempat.

Simulasi PRU13 boleh dicatur dengan menilai, mengkaji, dan menganalisa corak gelombang ini. Gelombang yang tiada siapa boleh sekat dan tiada siapa yang mampu mengawalnya. Kecanggihan teknologi dan maklumat, media sosial yang bebas terbuka, juga suasana dan mood rakyat yang lewat ini, seperti cenderung untuk menggalas konsep sebenar demokrasi yang selama ini dirosakkan dengan ideologi-ideologi simpang. Maka, PRU13 boleh diperhati corak yang dibentuk kerana ia (walaupun tidak tepat) merupakan kelogikan yang boleh diterima. Apabila gelombang ini semakin disahut, disebut dan disambung-sambung, ini menandakan bahawa masa depan untuk sesebuah parti yang digagas gelombang ini cerah dan perlu bersiap dia menggalas masa depan yang lebih berat. Kemenangan itu suatu pintu baru kepada sebuah kehidupan.

Perbincangan pasti berkisarkan dengan nuansa fikir anak muda, gelombang yang disahut positif dan juga perancangan sedia ada. Bekas kerajaan, BN (Barisan Nasional) sewajarnya bakal tumbang jika masih berada di dalam perasaan selesa dengan kewujudan gelombang ini. PRU13 dan gelombangnya telah mencelikkan mata anak-anak muda dengan kelajuan maklumat disebar dan kecanggihan program direka. Sebelum ini, barangkali ada anak muda yang tidak tahu apa itu pilihan raya dan bagaimana prosesnya. Bahkan, masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya dijalankan, parlimen perlu dibubarkan. Namun, gelombang PRU13 telah menyerap ke semua lapisan masyarakat. Kajian mendapati, suatu sumber yang paling memainkan peranan ialah media sosial. Media soaiallah yang menyebar maklumat, mempertemukan manusia dan menerangkan kenapa perlu pilih ini dan itu. Seperkara, media sosial tidak dipadam datanya dan tidak boleh dikawal orang-orang tertentu.

PRU13: Titik Perubahan

Pengharapan jika pengundi muda, dengan populasi yang kian bertambah dan ramalan yang wajar, memanfaatkan PRU13 sebagai platform perubahan dengan mengubah tampuk pemerintahan supaya Malaysia ini kembali mendokong gagasan sebenar demokrasi. Turning point bererti suatu titik yang telah mengubah sesuatu, antara garisan atau kejadian dan tragedi. Dan inilah, PRU13 yang disifatkan sebagai pilihan raya terhangat setakat ini. Kebijakan berfikir dan kewajaran menerima sesuatu pendapat merupakan faktor utama kenapa pengundi muda adalah kelompok terbesar yang akan membuat perubahan.

Mahu tidak mahu, fikiran manusia berpaksikan logik dan kecenderungannya ialah kebenaran. Fikiran siapapun pasti menuju kepada kebenaran. Jika masih menuju kepada sebuah keburukan, ia bukan lagi berpaksikan logik melainkan ada objektif tertentu dan rasukan nafsu berkepentingan. Kelogikan ini menjadikan orang muda menimbang, membanding dan menganalisa apakah kepentingan sesuatu undi. Satu undi, satu nyawa.

Ini kalilah, perubahan itu mesti disegerakan, disepadukan dengan kebijakan dan masa depan yang lebih cerah, menimbangtara barisan pemimpin yang berwibawa dan menyayangi sistem dengan usaha memperbaikinya.

Maka PRU13 sebagai suatu titik perubahan yang bakal didominasi pengundi muda yang berfikir berpaksikan logik.

Perangi politik fitnah habis-habisan

Posted: 14 Apr 2013 01:11 AM PDT

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)  menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .

Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU  ke 13 ini adalah “ibu segala pilihanraya” tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.

Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi  tentera upahan untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.

Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.

Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.

Tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama ialah menimbulkan kecurigaan . Cukup orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambilkira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.

Kelonggaran undang-undang sivil inilah yang sedang diesploitasi. Oleh kerana  enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan maka siapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat.

Kami sudah berkali-kali menegaskan bahawa politik murahan dan tidak bertamadun ini sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbinya.

Akan tetapi jelas pihak berkuasa maseh menunjukkan sikap tidak mengendahkan gejala ini. Sebab itu , nampaknya jenayah qazaf terus dilakukan tanpa khuatir kerana mereka terlepas dari didakwa.

Kini kami menyarankan rakyat bangkit untuk memberi mesej jelas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai .

Kami menegaskan jika politik fitnah dan lucah ini yang bermula sejak 1998 tidak dibenteras , budaya ini akan dilihat sebagai  wajah politik Malaysia yang sangat memalukan.

Kami berpendapat hanya dengan mengguna pendekatan pengemblengan rakyat, gejala ini akan dapat dihapuskan. Keputusan rakyat merubah penguasa dalam PRU ke 13 sahaja yang dapat memberi jawapan muktamad untuk menghentikan politik murahan seperti ini.

* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah presiden TERAS

Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, Ulama tak winnable?

Posted: 14 Apr 2013 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.

Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut.

Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.

Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.

Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.

Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.

"Ya. Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno. Bagi Umno, itu adalah luar biasa. Kini mereka terpaksa mencatur semula. Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya. Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi," kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

"Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor. Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih. Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka," kata sumber itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut:

"Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.

"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding," tegas beliau.

Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.

"Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.

"Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu?

"Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.

"Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir," kata sumber Umno tersebut.

Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 14 Apr 2013 01:35 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:35 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


ANWAR SEBAGAI IDOLA KU

Posted: 14 Apr 2013 09:42 AM PDT

TERENGGANU : ANAK MUDA TOLAK BN.

Posted: 13 Apr 2013 05:29 PM PDT

AKU INGIN BEBAS

Posted: 14 Apr 2013 01:31 PM PDT

  Mungkinkah ini adalah hari perbarisan penghormatan terakhir buat mereka!...

KUALA LUMPUR: Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding. Nama beliau juga sudah mendapat 'gap order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.

Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut.

Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.

Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.

Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.

Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.

"Ya. Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno. Bagi Umno, itu adalah luar biasa. Kini mereka terpaksa mencatur semula. Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya. Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi," kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

"Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor. Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih. Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka," kata sumber itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut:

"Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman. Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.

"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding," tegas beliau.

Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.

"Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya. Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.

"Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu?

"Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.

"Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir," kata sumber Umno tersebut.

Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?

"Ada perjanjian," kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH PERDANA

Posted: 13 Apr 2013 11:18 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BBQ SANTAI PRU 13 : ANAK MUDA SG. PERGAM SEMANGAT MAHU BERUBAH

Posted: 14 Apr 2013 01:15 AM PDT

SAMSENG : DAKWA DIPUKUL PEMIMPIN KANAN UMNO !

Posted: 14 Apr 2013 12:33 AM PDT

POLITIK LUCAH DAN KOTOR :: NGO BANTAH BUDAYA INI !

Posted: 14 Apr 2013 12:17 AM PDT

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 13 Apr 2013 07:55 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Panas! SURAU KAMPUNG CHANTEK DIJADIKAN BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT?

Posted: 13 Apr 2013 05:36 AM PDT


Kosong atau tidak,Surau adalah merupakan tempat untuk orang Islam melakukan ibadat,bukannya untuk tujuan lain.Aku pun tak faham,kenapa Surau di Kampung Chantek ni dijadikan sebagai "bilik gerakan"puak-puak PR.Kenapa cetek benar pemikiran korang ni ye.
Bimbang dengan situasi ini,seorang hamba Allah telah membuat laporan kepada pihak POLIS bagi mengambil tindakan segera.Begitu terdesak sekali mereka.Bilik gerakan ini juga berfungsi sebagai Unit Khas & Strategi PKR.Walaupun surau itu milik persendirian,kena hormatlah ye..janganlah bawa hal politik ke dalam surau atau tempat ibadah..

(Breaking News) PAS Taman Kemuning,Banting REBAH??

Posted: 12 Apr 2013 11:07 PM PDT


Macam-macam hal yang kita dengar tentang permasalahan yang berlaku antara pimpinan PAS dan PKR akhir-akhir ini.Bermula dengan dengan isu tuduh-menuduh isu penyebaran video seks kedua-dua pemimpin ini.Si Azmin tuduh Mustafa,Mustafa tuduh Azmin.nampakbsangat kepincangan yang berlaku dalam parti ini..yang gelak besar,DAP.
Permasalahan mereka berdua ini,aku rasakan telah merebak ke Kuala Langat.
Betul atau tidak atau secara kebetulan bendera PAS di Taman Kemuning,Banting rebah menyembah ke bumi.Seolah-olah berkuburnya PAS dikawasan tersebut..Tapi aku yakin,mereka iaitu penyokong-penyokong PAS pis pus dan Parti kencing rakyat akan kata ni semua UMNO yang buat..
Tapi sebelum tuduh tu,korang kena fikir,hubungan Dollah Sani dengan Hasnol camne???

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Gambar Petugas Parti

Posted: 13 Apr 2013 07:44 AM PDT

Mereka sedang berehat kerana penat melakukan kerja-kerja merayu undi kepada rakan-rakan mereka di Dun NFC agaknya …….. Sumber : FB Pakatan Rakyat Supporters

Pengikut