Sabtu, 9 Julai 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2011 02:51 AM PDT















DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


INIIKAH MALAYSIA ????? NEGARAKU ?????

Posted: 09 Jul 2011 07:29 AM PDT

RAKYAT DIDAHULUKAN

Posted: 09 Jul 2011 06:18 AM PDT

SEBAGAI PEMIIMPIN, ANDA AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT NANTI..

Posted: 09 Jul 2011 05:47 AM PDT

Mangsa gas pemedih mata meninggal
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

ORANG BAIK DITANGKAP.....DI NEGARAKU MALAYSIA

Posted: 09 Jul 2011 01:20 AM PDT

Presiden PAS ditangkap
 
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.
Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SIASAH

Posted: 09 Jul 2011 03:18 PM PDT

Walaupun tanpa baju kuning warna pilihan gerakan Bersih, peserta himpunan tetap berhimpun di tengah-tengah ibu negara dan berarak menuju ke Stadium Merdeka.

Dilaporkan ribuan telah mendekati Stadium Merdeka termasuk Sasterawan Negara A Samad Said.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar gagal mendekati lokasi itu akibat halangan pihak keselamatan.

Satu kumpulan lagi kini bergerak ke Stadium Merdeka melalui laluan lain.

Puluhan ribu perserta dilaporkan berkumpul di beberapa tempat, paling ramai di sekitar Menara Maybank, bank yang warna rasminya kuning, dan meliputi stesen bas Puduraya.

Ramai peserta pada awalnya tidak mendapat maklumat tepat tentang lokasi berhimpun, tetapi sebahagian besar kemudian bergerak bersama ke Stadium Merdeka.

Peserta protes dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat kini menyampaikan maklumat melalui media sosial Facebook dan Twitter.

Pemimpin-pemimpin PR termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan lain-lain bertegas mengenakan baju kuning Bersih.

Perhimpunan kali ini menyaksikan rekod tangkapan pantas - sehingga pukul 3 petang tadi - pemimpin-pemimpin PR termasuk Abdul Hadi, Mohamad Sabu, Dr Dzulkifly Ahmad, dan Tian Chua tidak lama selepas mereka menyertai perarakan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar antara yang awal ditahan, di stesen KL Sentral.

Ketua Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga ditahan manakala Anwar pula cedera ringan dan pengawal peribadinya turut cedera.

Pada masa sama, pemimpin pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengetuai kumpulan anti-Bersih Patriot telah ditahan di Bukit Bintang. Patriot dilaporkan mengedarkan baju merah kepada orang ramai.

Tangkapan pemimpin-pemimpin ini dilihat sebagai usaha untuk menyukarkan aksi protes ini dengan menjadikannya tidak berketua.

Pihak FRU dilaporkan telah menahan orang ramai di sekitar stesen-stesen LRT seperti Kampung Baru sejak pagi tadi.

Sekitar jam 1 tengah hari tadi, dilaporkan hampir 500 orang telah ditahan atas alasan berkaitan dengan perhimpunan Bersih. Menurut polis, 672 telah ditahan sehingga pukul 2.30 petang tadi.

Sehingga kini, pemerintah kelihatan bimbang dengan persepsi kejayaan perhimpunan ini, mendorong pelbagai sekatan dilakukan.

Tekanan kuat pemerintah ini walau bagaimanapun dijangka mendatangkan impak negatif kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, seperti disuarakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Reaksi itu, sekiranya terjadi, menandakan Bersih 2.0 telah mencapai satu matlamatnya dalam perang persepsi dengan parti pemerintah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 09 Jul 2011 03:05 PM PDT

[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 6

Posted: 09 Jul 2011 01:08 PM PDT

[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 5

Posted: 09 Jul 2011 12:03 PM PDT

[Video] BERSIH 2.0 di Melbourne dan Auckland

Posted: 09 Jul 2011 11:00 AM PDT

Saya petik:

[TVS] Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing.

Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.

Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Video:

"10 Ribu" PATRIOT "Gegar" KL!!!

Posted: 09 Jul 2011 08:59 AM PDT






 P/s: Malaysia Kini dan portal berita lain menganggarkan peserta PATRIOT hanya sekitar 300 orang. Apabila mereka baca MK dakwa hanya 300 peserta yang hadir, jurublog pencacai dan media perdana melenting. Tidak mengapalah, saya naikkan jumlahnya 10 ribu. Moga-moga mereka dapat tidur lena apabila melihat angka 10 ribu!!! Seperkara lagi, banyak jurublog persoal, mengapa banyak sangat muka macam diimport dari India atau Bangladesh?

Cuba tengok:

BERSIH 2.0: 1667 Peserta Ditahan, Sekurang-kurangnya 50 Ribu yang Hadir

Posted: 09 Jul 2011 08:42 AM PDT

Perangkaan rasmi polis menyatakan sebanyak 1 667 orang ditangkap dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 hari ini - rekod paling besar pernah dicatatkan dalam sejarah negara. Jumlah yang ditangkap termasuklah wanita dan kanak-kanak lapor Keadilan Daily.

Dalam perhimpunan hari ini, polis bertindak ganas dengan menahan, menghalang, menangkap dan mencederakan peserta himpunan dan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa lokasi di ibu negara. Malah orang ramai termasuk pimpinan Pakatan Rakyat sendiri turut mengalami kecederaan akibat kekasaran polis. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh pasukan polis ketika beliau berada di sekitar KL Sentral.  Turut cedera, pengawal peribadi Anwar yang cuba melindungi Ketua Pembangkang itu.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad cedera di kepala selepas terkena tembakan balang (Canister) gas pemedih mata FRU. 


Antara yang ditangkap termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ditahan di KL Sentral. Selain itu Pengerusi Bersih, S Ambiga turut ditahan polis. Antara pimpinan Pakatan yang ditahan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Tangkapan dilapor dilakukan di sekitar Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka. Polis menjadikan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang sebagai tempat tahanan. 


Menurut KD, meskipun berdepan dengan tindakan ganas dan keras pihak berkuasa, ribuan peserta tidak berganjak untuk terus berhimpun di ibu negara. Sebahagian peserta perhimpunan, berjaya mengiringi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menuju ke Stadium Merdeka.

Meskipun yang lain berpecah kepada beberapa kumpulan akibat halangan polis, mereka berjaya bergabung di beberapa lokasi, misalnya di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank.  Lebih 10,000 peserta pula berhimpun di KLCC.

BERSIH dalam kenyataannya menyatakan himpunan ini berjaya mencapai matlamat dengan mengganggarkan sekurang-kurangnya 50,000 orang hadir dalam himpunan ini.

P/s: Bab mengira ini jangan tanya jurublog UMCO, RTM, TV3, Utusan & geng!

Perserta BERSIH 2.0 Meninggal Dunia kerana Sesak Nafas Gas Pemedih Mata Polis

Posted: 09 Jul 2011 08:13 AM PDT

Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59  meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini lapor Keadilan Daily.

Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setiawangsa, Rusni Malan.

Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika hambatan pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.

P/s: DCM mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat. 

Al fatihah!

[Video/Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 4

Posted: 09 Jul 2011 06:15 AM PDT


Video:



Jurublog UMCO mendakwa hanya orang Melayu menyertai BERSIH 2.0. Sila tonton video ini!
P/s: Adakah hanya 100 orang? atau 1000 orang? atau 10 000 orang? atau 100 000 ribu orang? Jangan tanya Utusan, TV3, RTM atau jurublog pencacai!

Najib kata penyokong BERSIH hanyalah "kumpulan kecil". Fuh! Ketua Polis Negara menyedapkan hati Najib dan menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa peserta BERSIH 2.0 hanya sekitar 6000. Walhal yang ditangkap sekitar 1500 orang. Cuba lihat gambar di atas! Buta mata, buta hati!. Blog pencacai lagilah, tajuk yang digunakan oleh mereka "Pembangkang Gagal!". Syok sendiri!

Boleh lenakah tidur malam ini atau malam esok dengan memutarbelitkan fakta BERSIH 2.0?

Bayangkan kalau:
LRT tidak disekat dan ditutup,
permit bas tidak dibekukan,
surat pekeliling tidak dikeluarkan kepada warga IPTA, kakitangan awam, JPA, dan agensi awam yang lain,
tiada sekatan jalan raya,
tiada usaha menakut-nakutkan rakyat,
tiada pemeriksaan di dalam kereta api dan bas ekpress,
dll?
 

[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 3

Posted: 09 Jul 2011 05:30 AM PDT

[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 2

Posted: 09 Jul 2011 05:00 AM PDT

Pak Samad Kata Agong Perkenan Terima Pestisyen, Polis Halang. Siapa yang Lebih Berkuasa? UMCO atau Agong?

Posted: 09 Jul 2011 04:00 AM PDT

Saya petik:

[MK] Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.
Katanya ketika menghdap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Sebab itu saya sertai (perwakilan itu) bagi menyerahkan memorandum," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya memutuskan untuk menangguhkan penyerahan memorandum kepada Seri Paduka. Kesediaan baginda untuk menerima memorandum itu tidak ditangani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya tetapi salah polis," jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.

DSAI & Khalid Samad Cedera

Posted: 09 Jul 2011 03:44 AM PDT

P/s: KPN menafikan DSAI tercedera angkara polis. Katanya, "Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar." Tidak malukah dia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini?

[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 1

Posted: 09 Jul 2011 03:07 AM PDT

[Gambar] BERSIH 2.0 di Melbourne Australia

Posted: 09 Jul 2011 02:37 AM PDT




Lebih kurang 2000 berhimpun menyokong Bersih 2.0 di Federation Square, Melbourne.

P/s: 1Dunia menyokong BERSIH 2.0!!!

Laporan Awal AFP/Kompas tentang BERSIH 2.0, Ambiga Rupa-rupanya Penerima Women of Courage 2009

Posted: 09 Jul 2011 02:35 AM PDT

BERSIH 2.0 LIVE: Suka Duka BERSIH 2.0 dengan Hampir 1500 Orang Ditahan Polis!

Posted: 09 Jul 2011 02:15 AM PDT


Pemimpin yang ditahan polis: Mahfuz, Salahuddin Ayop, Fuziah Salleh, Azmin, Khalid Jaafar, Mat Sabu, Tian Chua, Hadi Awang, Ambiga, Maria Chin. Anwar Ibrahim dilaporkan tercedera semasa di KL Sentral. Anak Anwar Nurul Izzah (tidak ditahan) dan Nurul Hana ditangkap. Dr Dzukelfly ditahan. Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai. Sivarasa dan Ngeh Kok Ham ditahan. Nurul Iman anak DSAI ditahan. GILA!!!


SUHAKAM:


Malaysia Kini:  

TERKINI:

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka. 

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.


4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini. 

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ. 

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.


3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lari mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka. 

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.


Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan. 

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.
3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang. 

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan cedera di lutut. 

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan ringan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk SAmbiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita. 

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai. 

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.


2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!". 
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!" tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.


2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.


1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak. 


1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka. Mereka berkemungkinan bertembung dengan kumpulan BERSIH 2.0. 

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.


1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.


1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. 

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: "Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan."

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.


1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita. 

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.



Kronologi penuh di sini.

Harakah Daily:

TERKINI:


MP Shah Alam, Khalid Samad dikejarkan ke PPUM setelah cedera di kepala terkena tembakan peluru gas pemedih mata
Dari Keadilandaily.. Perarakan diteruskan sedang melepasi Menara Sunway jalan Ampang

Seorang peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan bertugas


Ngeh Ko Ham dan Sivarasa ditahan oleh polis
Najwan Halimi: 20k berarak di Jalan Hang Jebat dipimpin oleh Chua Jui Meng, Hatta Ramli.

DAP: Bukit Bendera MP Liew Chin Tong and Kepong MP Tan Seng Giaw and thousand others seeking shelter at Tung Shin Hospital


DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.
Harakah Daily: Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong

Kronologi penuh di sini.

The Malaysian Insider (Terjemahan):

TERKINI:

Twitter- IGP Ismail Omar give breakdown of 1,401 arrests - 1,273 men, 115 women, 12 boys & 1 girl. 


Twitter- Police say that that a total of 924 people, including 49 women, arrested up to 3.30pm today.


Twitter: BERSIH - PKR confirms that Anwar Ibrahim's daughter Nurul Iman held by police.


Twitter- PKR says Anwar Ibrahim being taken on a stretcher to Hospital Pantai.

Twitter- Another Bersih group led by PAS' Husam Musa arrive at Stadium Merdeka. Crowd now totals some 1,000 people.


Twitter - PKR says Nurul Izzah not arrested, with her father Anwarrahim & mother Wan Azizah in hotel room.


Twitter - Police say 672 arrested, including 48 female up to 2.30pm.


Twitter: - Sivarasa leads crowd to sit down in front of Chinese maternity hospital in Jalan Pudu in stand off with riot police.


Twitter: BERSIH - National laureate A. Samad Said leads small group to link with crowd at Stadium Negara.


Twitter - Police arrest Umno Youth chief Khairy Jamaluddin & committee member Lokman Adam.


 Twitter- Anwar Ibrahim has returned to KL Sentral.


Twitter: - Crowd of 300 Patriot members marching down at one end of Jalan Bukit Bintang.


Twitter- PAS president Hadi Awang heading towards Menara Maybank, where water cannon & tear gas was fired.

Twitter: BERSIH - Some 300 have arrived outside Stadium Merdeka, waiting for more to assemble.


Twitter: PKR's Batu MP Tian Chua arrested by police.
 

Twitter: BERSIH - Bersih 2.0 leaders break through three lines of policemen in KL Sentral to head towards Stadium Merdeka.

Twitter: BERSIH - Heavy rain in Stadium Merdeka as policemen at barricades put on raincoats, seek shelter in police trucks.


Twitter: BERSIH - Police begin chasing Bersih supporters around Maybank HQ.


Twitter: Polis tembak meriam air di Menara Maybank - 10 ribu orang berarak ke Stadium Merdeka

Twitter:  BERSIH - 504 sudah ditahan - Mat Sabu turut ditahan.


Twitter: BERSIH - Orang ramai di sekitar Masjid India kibar belon kuning dan baju kuning.


Twitter: Khalid Jaafar turut ditahan.


Twitter: Presiden PAS tiba di Hilton KL.


Twitter: Pemimpin Bersih bersama pemimpin PR berada di Hilton KL untuk sidang media. Kehadiran polis yang banyak di luar hotel.


Twitter: Polis arah orang ramai tanpa tiket kereta api meninggalkan Stesen Kereta Api Lama.


Twitter: Polis berada di Stesen Kereta Api Lama, Orang ramai yang berada di situ dihalau oleh polis.

Twitter:  Sekitar pukul 10.20 pagi, polis telah menahan 5 lelaki, 3 perempuan di Sogo. Semua dibawa ke Pulapol Jalan Semarak.

Twitter: Hampir semua gerai ditutup di jalan Masjid India. Kedai di Jalan Bukit Bintang ditutup kecuali McDonalds & KFC. Pavilion & Lot 10

Twitter: Polis pakai pakaian biasa kelihatan di Stesen Monorail Maharalela.

Twitter: Polis memeriksa semua kenderaan memasuki KLCC.

Twitter: - Jalan masuk ke Midvalley dari Jalan Klang Lama ditutup, polis buat lencongan ke lebuh raya KL-Seremban.

Kronologi penuh di sini.

 TERKINI:


Pimpinan dap juga di jln pudu
Selepas sidang akhbar semua pemimpin akan bergerak ke Stadium Merdeka. Kami akan bersama rakyat. Bersedia untuk ditangkap utk tegakkan hak.
by zunarkartunis: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditangkap dan di bawa ke Pulapol Jalan Semarak.

Di tahan dlm truck polis.


Enjit-enjit semut siapa polis naik atas; enjit-enjit semut siapa Bersih kena cantas!
Saya sudah berjaya tiba di "forbidden city of KL.


by rafiziramli Elakkan dari turun di KL Sentral. Polis & SB berkeliaran & tangkapan rambang dilakukan. Pakcik2 PAS jgn pakai kopiah

Staronline: Polis sudah tangkap 236 orang termasuk 8 wanita.  (tjmhn)


Staronline: 13 ditahan di Masjik Jamek. (tjmhn)

Staronline: Banyak orang berkumpul berhampiran Masjid Negara. Banyak anggota polis di situ. Lebih banyak trak polis ditempatkkan di Istana Negara. (tjmhn)

Jalan mahameru dari bulatan pahang kenderaan berbaris panjang sbb ada sekatan

Jalan sekitar parlimen lengang, lencongan ke dataran merdeka ditutup.

Tangkapan secara rambang tlh bermula di KL Sentral pd jam 10.30 am..penumpang LRT dibawa terus ke dlm truck.

[RapidKL]10.15am - Station Hang Tuah (Aliran Ampang) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak akan berhenti di stesen berkenaan.

Tangkapan di KL Sentral sudah bermula.

Awal2 najib hentam Bersih kata ngo dan himpunan haram, tapi dia jemput guna stadium utk bersih berkumpul,mana ada kredibiliti?

Nik Nazmi: laporan: penangkapan oleh polis sudah bermula di Kg Baru. Org sedang makan ditarik ke dlm trak. @ Masjid India suasana tegang, polis ramai.

CheGu Bard: Jgn berada di 'hot spot' terlalu awal.. Hati2 elak tangkapan awal..elak sbarang keganasan,bukan tunjuk kuat tp prtegas tuntutan

P/s: DUNIA sedang menyaksikan ketakutan/kerakusan/kekerasan Regim BN hari ini. 

Senarai Terkini Jalan yang Ditutup Sekitar Kuala Lumpur

Posted: 08 Jul 2011 07:33 PM PDT

Yang berikut ialah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini:

1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru

2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban

3. Bulatan Sungai Besi

4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu

5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu

6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar

7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi

8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak

9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)

10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora

11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi

12. Bulatan Kampung Pandan

13. Jalan Selatan

14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang

15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang

16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92

17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng

18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton

19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor

20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda

21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)

22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang

23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo

24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng

25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC

26. Jalan Tun Razak/Perkeso

27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz

28. Jalan Tun Razak/Parking IJN

29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru

30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL

31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang

32. Bulatan Pahang

33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang

34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling

35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh

36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat

37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail

38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching

39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)

40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)

41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra

42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut

43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman

44. Jalan Mahameru/susur Parlimen

45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen

46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)

47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani

48. Jejambat Wisma Tani

49. Jalan Mahameru/susur Carcosa

50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers

51. Jalan Bangsar/Jalan Travers

52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)

53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara

54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan

55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)

56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra

57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman

58. Jalan Sulaiman (KTM)

[Gambar] BERSIH 2.0: Suasana KL Umpama Darurat

Posted: 08 Jul 2011 06:22 PM PDT

Bersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan

[MK] Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

"Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki," katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.

"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung," kata Nizar.

Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur.

"Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah.

"Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.

"Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya," kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.

Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.

Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.

"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami," katanya. -mkini

TERKINI!!

0640 hrs - Semua hotel yang digeledah malam tadi sudah dipenuhi dgn SB dan polis beruniform dan mereka menunggu di hadapan jalan bagi memastikan peserta Bersih tidak keluar (yang disyaki)

0710 hrs - Keseluruhan jalan masuk ke pusat bandaraya KL sudah ditutup KECUALI kenderaan polis yang meronda terutamanya di Jalan Raja Laut, Lebuhraya Mahameru, Jalan Bukit Bintang dan KLCC.

Laluan dari arah utara dikhabarkan sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta kerana sekatan jalan masih berkuat kuasa!

0738 hrs - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dikhabarkan sudah berada di sebuah lokasi di pusat bandaraya sambil makan sarapan pagi bersama dengan puluhan Sukad AMK yang bertugas.

0802 hrs - Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberitahu bahawa Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di Jalan Pudu telah ditutup laluan masuknya! Ini bermakna polis sudah berkawal di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Cochrane.

8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju Masjid Negara.

Geng kita sudah ramai yang berada dekat stesen ktmb yang lama. mereka masih cool dalam kedai mamat. polis sudah nampak gelabah. ayuh kawan, ada masa lagi. tolong dengar arahan dari pihak kita. jumpa kat sana nanti.











Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Dari Malaysia Kini

Posted: 08 Jul 2011 08:52 PM PDT


Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:
11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.
11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
NONE
10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.
10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.
NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.
10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.
10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.
10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.
NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
NONE9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.
Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini," kata anggota polis itu.
NONE9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

NONESepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini," kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

NONE"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman," kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

NONE8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.
[LAPORAN PENUH MENYUSUL]

Liputan Langsung BERSIH dari KL

Posted: 08 Jul 2011 08:46 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.
10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.
10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek -  7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.
8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

SEMAKIN DITAHAN IA TERIS MELANDA: PRESIDEN PAS

Posted: 08 Jul 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Julai:  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.
Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan,  ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.
Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.
Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.
Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.
Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya.
Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.
"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.
"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara.
Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini.
 

HIMPUNAN BERSIH :RAMAI SUDAH DITAHAN DI KL

Posted: 08 Jul 2011 08:35 PM PDT

11.35 pagi
Walaupun himpunan BERSIH dijangka jam 2.00 ptg ini di Stadium Merdeka, namun begitu sudah ramai yang ditahan polis secara rambang di beberapa lokasi di pusat bandar.  DPPNK difahamkan hampir 300 orang sudah di tahan termasuk beberapa orang Pemuda PAS Kedah.

walaupun berhadapan dengan sekatan jalanraya sedikit pun tidak mematahkan kemaraan rakyat yang ingin turut serta dalam Himpunan BERSIH kali ini.

Pengikut