Peghelih La... Posted: 23 May 2011 11:45 PM PDT Info Rakyat 7 Posted: 23 May 2011 01:22 AM PDT Klik Di Foto Untuk Imej Besar
SEBARKAN WAHAI SAHABAT...... | Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin Posted: 23 May 2011 01:12 AM PDT Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu. 2.Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata. 3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan. 4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu. 5.Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer. 6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu. 7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9). 8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu. 9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.. 10. Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | |
Salam Perjuangan Posted: 23 May 2011 11:29 PM PDT |
PULAU TAWAR Posted: 23 May 2011 11:19 PM PDT Kedudukan terbaik abad ini..... Posted: 23 May 2011 09:05 AM PDT Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
(sumber dari http://depakataakukata.blogspot.com/)
| Apa yang terjadi kepada mereka? Posted: 23 May 2011 08:51 AM PDT Beberapa tahun(tak sampai pun!) yang lalu,terdapat satu kes KECURIAN ENJIN JET dari TUDM Malaysia.Mungkin kes itu sekarang tidak lagi dalam perhatian orang ramai,lebih-lebih lagi Melayu.Sebab Melayu kan MUDAH LUPA!
Pernahkah kita terfikir apa yang berlaku kepada mereka yang dilapor atau dituduh mencuri ENJIN kapal terbang tersebut?Apa yang telah terjadi kepada mereka?
Cerita dari BH Online....
Sarjan Tharmendran kekal bebas dari tahanan TUDM
2011/05/23 PUTRAJAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, yang ditangkap dan ditahan oleh TUDM kerana gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL) kini kekal bebas dari tahanan.
Keputusan itu berikutan tindakan TUDM menarik balik permohonan bagi memfailkan notis rayuan melebehi tempoh masa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penahanan Tharmendran itu tidak sah di sisi undang-undang. Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, hari ini membatalkan permohonan TUDM selepas Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan mahkamah mengenai penarikan balik permohonan itu. Dua hakim lain dalam panel ialah Hakim Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Pada 25 November tahun lalu, Tharmendran, 43, ditahan lima pegawai dari Jabatan arah Provos Marshal TUDM di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 atas tuduhan bersuhabat mencuri dua enjin jet milik TUDM.
Pada hari berikutnya, Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan daripada Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Di luar mahkamah, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Tharmendran, memberitahu pemberita bahawa penahahan anak guamnya berakhir berikutan penarikan permohonan oleh TUDM. Sementara itu, Manoj memberitahu Tharmendran sudah kembali bertugas.
Bagaimanapun, Tharmendran masih berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan bersuhabat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang milik TUDM. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 23 May 2011 09:18 PM PDT |
MTD N24 Bemban Posted: 23 May 2011 09:13 PM PDT MATAHARI BETUL-BETUL DI ATAS KAABAH Posted: 23 May 2011 01:27 AM PDT Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama). [Istiwa A'zam] Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH… — Bilakah Istiwa A'zam berlaku? Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada: * 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan * 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang. [istiwamatahari] Ihsan Falak Online — Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat? Sebelum * Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul. * Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen. * Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata. * Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas. * Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung. * Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas. Ketika peristiwa ini berlaku: * Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut. * Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas) * Tandakan arah qiblat. Selepas. * Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat. * Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini. * Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat. Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH… | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 23 May 2011 09:11 PM PDT Lintah darah perlu digulingkan:Nizar Posted: 23 May 2011 06:42 AM PDT SHAH ALAM 23 MEI : Suara golongan pekerja tidak akan didengari dengan hanya merayu perubahan sebaliknya memerlukan langkah yang lebih proaktif untuk menggulingkan pemerintahan lintah darat yang hanya tahu memeras wang rakyat demi memenuhkan kantung peribadi.
Justeru mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggesa rakyat untuk bangkit menuntut hak masing-masing yang tidak pernah tertunai di bawah pemerintahan Umno-BN.
"Apa yang perlu kita laksanakan hari ini ialah berubah dan buat undang-undang baru, kita perlu tinggalkan undang-undang kejam, zalim yang jelas menindas hak pekerja dan kaedahnya mudah, kita mesti menuju ke Putrajaya, tidak ada cara lain.
"Jadi tidak dapat tidak, kita semua kena berjalan menuju ke Putrajaya dan nyahkan Umno-BN dari bumi ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam semalam.
Tambahnya lagi, kombinasi antara golongan buruh dengan sebuah kerajaan adalah formula utama dalam memacu perkembangan negara.
Mengulas lanjut kepentingan ini, Nizar menggesa semua buruh memainkan peranan penting dalam mengekang amalan korup yang selama ini membelenggu negara.
"Buruh boleh menyelamatkan kewangan, dan bila kerajaan itu kaya setelah berjaya menambahkan hasil maka sudah tentu boleh dikembalikan kepada rakyat yang purata besarnya adalah golongan buruh,"jelas Nizar.
Objektif program yang menggabungkan kerajaan Pakatan Rakyat dan kumpulan Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini antara lain membicarakan isu gaji minima yang gagal dilaksanakan di negara ini sehingga mengheret buruh untuk terus menjadi mangsa dalam senario ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos sara hidup.
Dalam pada itu, Pengarah Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga, Abdullah Sani Abdul Hamid turut menggesa rakyat bangkit menyuarakan hak mereka kerana kerajaan Najib Razak hanya akan takut melakukan kezaliman dengan melihat kebangkitan rakyat.
"Penekanan dan serangan-serangan rakyat terhadap Umno-BN, kerajaan pada hari ini menunda hasrat mereka menaikan harga minyak RON 95, tetapi percayalah dengan kongres ini, kita mampu bendung kezaliman dan penindasan terhadap seluruh kaum buruh yang ada di negara ini,"katanya.
"Hari ini tuntutan kaum buruh akan dilaksanakan yang mana telah pun diwartakan dalam Buku Jingga yang akan menobatkan pekerja kelas satu di negara ini,"tambah beliau lagi.
Melihat kepada kesungguhan dan kekuatan agenda Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga, bekas presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata pihaknya dan kesatuan pekerja di Malaysia akan turut serta dalam perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya sekaligus merealiasikan impian para buruh yang sekian lama tertindas dibawah pemerintahan Umno-BN.
"Kita akan bagi sokongan penuh kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kita sudah tidak boleh amalkan konsep tampal sulam, semuanya harus dirombak,undang-undang yang menekan harus dimansuhkan dan wujudkan undang-undang baru sesuai dengan golongan pekerja di Malaysia ini,"katanya.
Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' ini, antara lain dibarisi panelis Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr.Abu Hassan Hasbullah.
Sekurang-kurangnya 2,000 peserta hadir dengan baju serba jingga memenuhi ruang dewan. | |
Rembau Hari Ini Posted: 23 May 2011 07:47 PM PDT |
PAS Kawasan Pekan Posted: 23 May 2011 07:47 PM PDT Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak Posted: 23 May 2011 03:35 AM PDT sumber : Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.
Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.
Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.
Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.
Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.
"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.
Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.
Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.
DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.
Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.
Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.
DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.
Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.
Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.
"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.
Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.
Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.
DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau. |
| |
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua Posted: 23 May 2011 07:40 PM PDT DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal Posted: 23 May 2011 06:37 PM PDT PURATOS MALAYSIA SDN BHDNature of BusinessThe Puratos Group manufactures & distributes innovative ingredients and tailor made solutions to the bakery, patisserie and chocolate sectors. Certified To:ISO 9001:2008, HACCP, HALAL? PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.
Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
| DYM Sultan Mencemar Duli Ke Madrasah At Taqwa Posted: 23 May 2011 05:39 PM PDT | Tragedi Madrasah At Taqwa Part II Posted: 23 May 2011 05:27 PM PDT | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 23 May 2011 07:32 PM PDT Ahli Parlimen Padang Terap Berceramah Di Dungun 25 Mei Posted: 23 May 2011 09:43 AM PDT DUNGUN, 24 Mei Selasa - Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah, Y.B. Ustaz Mohd Nasir Zakaria akan bengandingan bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dalam siri ceramah umum yang disusun oleh Lajnah Penerangan DUN Sura.
Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, memberitahu ceramah yang dijadualkan pada 25 Mei, Rabu akan diadakan di Jalan Bunga Raya, Lorong 2.
" Penduduk sekitar DUN Sura pastinya ingin mengetahui isu-isu semasa yang berlaku khususnya di utara tanahair dan ianya akan dikupas oleh Y.B. Ustaz Nasir dalam ceramah tersebut, " ujar Encik Mohd Yusof.
" Selain itu, Ustaz Azman dan Ustaz Wan Hassan dijangka akan menyentuh isu-isu semasa lain dalam konteks negeri Terengganu dan Malaysia amnya, " tambah beliau lagi.
Beliau turut mengajak seluruh warga DUN Sura khususnya tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mengambil peluang untuk mengikuti maklumat terkini daripada para penceramah yang telah diundang tersebut.
| |
Khalid Samad Posted: 23 May 2011 07:18 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 23 May 2011 03:34 PM PDT SYAHID 16 ORANG DI BATU 14 Posted: 23 May 2011 01:57 AM PDT Enam belas yang terkorban ialah: 1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14 3) Dzahir Haziq M. Muin, 11 4) Ahmad Lokman Hakim, 11 5) Farid Ibrahim, 34 6) Mohd Azret Azahari, 8 7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11 8) Zahid Assawal Zamri, 19 9) Mohd Mustakim Mamat, 12 10) Mohd Naerzein M. Nor, 8 11) Mohd Aiman Abdullah, 10 12) Shahrul Nurimran Adnan, 9 13) Mohd Zaid Azahari, 14 14) Mohd Imal Fahad, 9 15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9 16) Mohd Hazim Sapri, 10 Anak yatim maut tertimbus syahid
SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid. "Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya," katanya. Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam. Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan. Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah. "Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni," katanya. -SH | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 23 May 2011 03:24 PM PDT “Perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim”, Aziz Bari Posted: 22 May 2011 10:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perlembagaan negara wajar dikekalkan meskipun undang-undang paling tinggi itu tidak lengkap sepenuhnya manakala Muslim wajar menerima hakikat mereka "perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim", kata pakar perlembagaan Prof Dr A Aziz Bari. "Mereka tiada pilihan," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam reaksinya berhubung maklum balas pembaca mengenai tulisan terbitan The Malaysian Insider malam tadi. Katanya, melihat pada komen-komen daripada para pembaca mereka kelihatan tidak gembira dengan pandangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda manakala kerajaan pula tidak sewajarnya memberi hak-hak secara meluas kepada bukan Muslim, antaranya memegang jawatan dalam kerajaan. Pandangan itu dilontarkan pada Wacana Membina Negara Sejahtera anjuran Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia, yang antara lain bertujuan menyuntik semangat kepada masyarakat tentang aspirasi dan impian menuju negara Islam. Pada wacana itu, beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. .... | "MASA SAYA TARIK ADIK BATU MENIMPA KEPALA ADIK" Posted: 22 May 2011 06:17 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik. "Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata."
Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.
Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). "Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik," katanya. Jenazah Mohd Riezman dijumpai sekitar jam 11.30 malam. | KAKI 2 MANGSA SELAMAT DIKEBUMIKAN Posted: 22 May 2011 05:47 PM PDT Kaki 2 mangsa yang tragedi tanah runtuh selamat dikebumikan lewat petang semalam. Kaki seorang mangsa tragedi tanah runtuh yang tersepit dan tertimbus dari paras pinggang terpaksa dipotong di tempat kejadian bagi menyelamatkan nyawanya yang ketika itu sudah lemah akibat terlalu lama menanggung kesakitan. Mangsa, Zulkhairi Aminuddin, 13, terpaksa mengharungi keadaan mengerikan itu selepas kaki kirinya didapati hancur dan mula bertukar menjadi kebiruan. Menurut sumber hospital, pasukan perubatan yang ditugaskan terpaksa membuat keputusan sukar itu bagi menyelamatkan nyawa mangsa yang semakin lemah akibat kehilangan banyak darah. "Sebaik menemui mangsa di lokasi runtuhan, kami diarah melihat keadaan mangsa terlebih dulu dan mendapati lebih 90 peratus kakinya dalam keadaan parah. "Kami terpaksa memotong kaki mangsa sehingga paras lutut di kawasan kejadian dan memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang (HA) bagi rawatan lanjut," katanya. Mangsa kini masih berada dalam keadaan lemah dan masih dirawat di ICU HA. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Erwan Zakaria, 33, juga kehilangan kaki kanan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan dalaman yang dikhuatiri mengancam nyawanya. Sumber itu berkata, selepas dikeluarkan dari runtuhan tanah, Mohd Erwan dikejarkan ke HA dan menjalani pembedahan selama kira-kira empat jam oleh sekumpulan doktor pakar tulang sebelum ditempatkan di ICU bagi rawatan lanjut. "Kaki Mohd Erwan tidak hancur tetapi mengalami pendarahan dan kecederaan dalaman yang serius akibat tersepit terlalu lama dan tidak dapat diselamatkan. "Sekiranya kakinya dibiarkan dan hanya diberikan rawatan, kami bimbang ia akan dijangkiti kuman sehingga menjadi busuk seterusnya mengancam nyawa," katanya. | |
PAS Bandar Seri Putra Posted: 23 May 2011 03:10 PM PDT HANYA 'MEMBELA' PEMIMPIN, BUKAN MEMBELA MELAYU Posted: 23 May 2011 07:28 AM PDT KENYATAAN MEDIA : Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara(MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno.
Fakta sebenar, bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau mendakwa Melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela Melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang melayu. 2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata. 3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan. 4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu. 5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer. 6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu. 7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9). 8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu. 9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.. 10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS | KAJI KONSESI IPP, BUKAN NAIK TARIF ELEKTRIK Posted: 23 May 2011 07:21 AM PDT DARI: BULETINONLINE.NET Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.
Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan Jun depan. Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah. "Sudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri lebih baik untuk rakyat. "Berdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama. Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowatt. "Harga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. "Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP mengaut keuntungan yang besar lebih awal," katanya lagi. Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB yang terpaksa menanggung beban. "Akibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap. "Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun. "Justeru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi," katanya. Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas. "Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia)," katanya lagi | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang Posted: 23 May 2011 03:05 PM PDT Insentif guru untuk sebilangan kecil sahaja dikesali Posted: 23 May 2011 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman (gambar) menyatakan rasa kesal terhadap kerajaan pusat mengenai insentif yang akan diberikan kepada guru yang hanya menyenangkan sebilangan kecil guru sahaja.
Beliau juga merupakan bekas guru melihat insentif kenaikan pangkat bagi guru-guru seperti yang diumumkan Najib sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan bahawa ia hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Normala, yang diwawancara Harakah menjelaskan pekara ini begitu menyedihkan kerana insentif guru bukan kepada golongan ratusan ribu guru biasa yang bertungkus-lumus di dalam bilik darjah yang berkelulusan diploma pada Gred DGA 32 ke bawah.
"Alasan pelaksanaan kenaikan pangkat, gaji, atau elaun secara berperingkat dilaksanakan kerana membabitkan perbelanjaan besar tidak boleh diterima kerana mengapa kerajaan terlalu 'berkira' untuk memberi pengiktirafan kepada golongan pendidik yang banyak berjasa kepada generasi masa depan negara sedangkan dalam masa yang sama kita melihat dengan mudah RM111 juta diberikan kepada projek Permata Negara dan projek-projek lain atas nama kononnya kepentingan anak bangsa," soal beliau.
Sehubungan itu, beliau menyatakan tidak dinafikan terdapat beberapa kesatuan guru dan pihak NGO tidak berpuas hati dengan pemberian 'insentif terpilih' ini yang hanya diberikan kepada golongan siswazah sahaja seolah-olah menafikan khidmat golongan berkelulusan diploma.
Justeru itu, beliau menyeru golongan guru supaya bangkit dalam mempertahankan hak dan kebajikan yang kian diabaikan serta memantapkan jati diri selaku pendidik daripada aspek pembangunan rohani dan jasmani.
"Beranilah menyuarakan pendapat melalui "lisan dan mata pena" demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki hala tuju yang jelas," seru beliau.
Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang itu juga turut bersetuju mengenai pengumuman insentif kepada guru itu adalah satu idea terdesak kerajaan kerana Umno-BN bimbang dengan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang akan memberikan imbuhan RM500 kepada para pendidik di seluruh Malaysia.
"Tawaran Buku Jingga ini belum termasuk semakan dan penyelarasan gaji dan perkhidmatan yang kita percaya akan dilakukan dengan cara yang lebih adil, saksama dan telus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari apabila kita berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU ke-13 nanti," katanya lagi.
harakahdaily.net Afiq Hizami, Pelatih UKM | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 23 May 2011 01:19 PM PDT Menjawab Tuduhan Khairy Jamaluddin Posted: 22 May 2011 10:48 PM PDT Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin. Beliau menyebut Melayu terbela di bawah Umno. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan bangsa Cina dan India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu. Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela melayu.1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu. 2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela Melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata. 3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan. 4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu. 5. Macam mana Melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer. 6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu. 7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9). 8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu. 9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.. 10.Menyalahguna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya Melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
| Utusan Malaysia Bukan Mewakili Orang Melayu Posted: 22 May 2011 10:43 PM PDT Parti Islam Semalaysia tidak akan menyahut seruan PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan yang kononnya akhbar orang Melayu. Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.
Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu. Pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah. Terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei 2011. Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar. Tetapi Alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam.
Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang. Rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.
Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah. Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini.
| |
Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong Posted: 23 May 2011 01:12 PM PDT Takziah kepada mangsa kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat Posted: 22 May 2011 09:43 PM PDT Dengan nama Allah Taala yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam kepada Junjungan Baginda Rasullullah S.A.W Malaysia , hujung minggu baru berlalu ini digemparkan dengan kejadian petaka alam yang mengakibatkan tanah runtuh di Hulu Langat. Asbab daripada turunnya hujan lebat menyebabkan keadaan tanah berubah dan tidak stabil lalu runtuh ke bumi. Dalam banyak-banyak tempat dan kediaman , ditakdirkan kejadian alam itu bertukar menjadi tragedi bencana kepada Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. Ramai terkorban , ada yang dapat diselamatkan. Begitulah ketentuan ilahi , selaras dengan mafhum firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang mengingatkan kita yang masih tinggal ini , bahawa ajal dan maut tidak sekali kali akan lewat ataupun cepat sesaat daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Alhamdulillah, semua pihak termasuk keselamatan , sukarelawan dan Kerajaan Negeri Selangor turun padang membantu dan menyalurkan sumbangan kepada semua yang terlibat. Kepada mangsa-mangsa yang terselamat , bantuan berterusan mestilah terus dihulurkan , terutama bagi mereka melepasi saat trauma dan genting ketika ini. Kepada roh anak-anak yang terkorban , kita sama-sama doakan agar mereka ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan solehin serta roh mereka mendapat Rahmat Allah Taala. Al - Fatihah ...... Dewan Pemuda PAS Puchong | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 23 May 2011 01:07 PM PDT Program Ibu & Guru Jasamu Dikenang Posted: 22 May 2011 06:31 AM PDT 21 Mei, Sg Layar - Program Khas untuk para ibu dan warga pendidik - Ibu dan Guru Jasamu Dikenang
anugerah guru lelaki
anugerah untuk cikgu cina
Cikgu Ong juga antara penerima anugerah
guru kaun india tidaak dilupakan
penerima anugerah ibu dari keturunan india
tokoh ibu dari kaum tionghua
Ustaz Ramli Shafie, Mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Yan dengan ceramah motivasi yang menarik
Pak Long yang sentiasa dinanti oleh ramai peminat
Kehadiran Adik Muhamad Amirul Munir Azlin, Juara Program Realiti TV1 Adik-adikku
orang ramai membanjiri dataran Surau Al Islah, Sg layar | |
Batu Gajah Mari Posted: 23 May 2011 11:17 AM PDT Khairy oh Khairy Posted: 23 May 2011 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.
Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.
Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.
"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.
"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.
Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".
Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.
Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.
"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.
"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,
"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.
Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13. | |
Dupahang's Weblog Posted: 23 May 2011 11:12 AM PDT PEMILIHAN kepimpinan Pas – Ulama atau Erdogan Posted: 22 May 2011 10:02 PM PDT Ulasan majal UM terhadap Muktamar PAS Utusan masih berminat dalam percaturan Muktamar ke 57 PAS yang bakal berlangsung pada 2 dan 7 Jun 2011. Ulama atau Erdogan Oleh Noraini Abd. Razak PEMILIHAN pucuk kepimpinan Pas 2009 berlangsung ketika pembangkang masih meraikan keterujaan mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-12. Ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi [...] | Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda Posted: 22 May 2011 09:30 PM PDT Harakahdaily (GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini ) KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan. Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda [...] | GAMBAR 2 tagedi tanah runtuh Posted: 22 May 2011 09:26 PM PDT https://pinkturtle2.wordpress.com A general view shows a landslide that half buried an orphanage house in Hulu Langat outside Kuala Lumpur May 21, 2011. An avalanche of mud smashed into an orphanage in Malaysia killing at least five children, police said, after heavy monsoon rains lashed the capital Kuala Lumpur and surrounding areas on Saturday. Survivors of [...] | Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib Posted: 22 May 2011 09:21 PM PDT https://pinkturtle2.wordpress.com Wikileaks dedah 19 'aktor pengaruh' dalam kitar politik Najib KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 23 May 2011 11:07 AM PDT Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak Posted: 22 May 2011 06:53 PM PDT BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin. Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. "Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat. Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam. Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard ( gambar bawah). Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina. Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran. "Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan. Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti. Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan. "Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi. Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini. Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak. | Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan Posted: 22 May 2011 06:52 PM PDT KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.
Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.
"Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.
"Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,"ujarnya.
Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.
Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.
Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.
"Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita",ujarnya. | 15k sertai majlis Ipon 10k Pemuda Posted: 22 May 2011 06:52 PM PDT KOTA BHARU, 22 Mei: Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu. Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu. ( GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir) Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana. Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok. Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri. Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man. ( GAMBAR: Muslimat turut serta) Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan. Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu. Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood. Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat. Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat. " Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,"ujarnya. ( GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan) Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat. Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah. "Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,"ujarnya. Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat. Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka. | |
PAS KAWASAN KENINGAU Posted: 23 May 2011 11:05 AM PDT KETUA PENERANGAN PAS SABAH ANGGAP PEMECATAN AZMAN BUKTI UMNO SABAH BERGOLAK BESAR Posted: 22 May 2011 10:04 PM PDT Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman,mengganggap pengguguran Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau,Azman Hj.Ruslan sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah berkuatkuasa 29 April lalu berpunca daripada krisis dalam parti Umno Sabah di bawah pimpinan Dato'Sri Panglima Musa Hj.Aman. Krisis dalam yang sedang berlaku dalam UMNO sampai dikemuncaknya dan sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sedar dan bangkit untuk menolak UMNO dan parti kompenan nya yang lain di Sabah ini. Rakyat Sabah perlu sedar tentang isu ini.Umno sudah lama memerintah Sabah dan prasarana serta infranstruktur rakyat masih di tahap yang sederhana berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pengguguran Azman yang dibantah oleh pimpinan Umno Keningau dilihat serius kerana Badan Perhubungan Umno negeri hanya menjadi "penonton setia"kepada pemecatan Azman tersebut. Hisammuddin menjelaskan bahawa corak dan layanan UMNO kepada pimpinan mereka sendiri begitu teruk, apatah lagi layanan kepada rakyat. "Kenapa YB Musa Aman,Ketua Menteri Sabah dan YB Sairin Karno yang juga wakil rakyat Liawan membisu seribu bahasa apabila Khairy memecat Azman",soal Hisammuddin. "Perkara ini sememang menyedarkan kita bahawa UMNO perlu ditukar untuk pilihanraya ke-13 ini dengan Pas dan Pakatan rakyat",luah Hisammuddin yang juga merupakan YDP Pas Kawasan Keningau. | CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM SABAH GAMES (SAGA V)DI KENINGAU Posted: 22 May 2011 09:59 PM PDT .Program Sukan SAGA (SABAH GAMES V )yang akan berlangsung di Keningau bakal berdepan dengan masalah infranstruktur dan prasarana yang tidak menepati standard.Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah. Dalam tinjauan Pas Sabah,prasarana yang dibina hampir terbengkalai di samping, ada tempat seperti sekolah-sekolah yang dijadikan venue perlawanan SAGA V,tidak disalurkan peruntukan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Hisammuddin,turut menyokong gesaan Pegawai Daerah keningau,Tuan AmatMohd Yusof,supaya kontraktor mempercepatkan proses pembaikian di Kompleks Sukan Keningau memandangkan upacara SAGA V akan diadakan pada 6 Jun depan. Upacara sukan terulung di Sabah itu memilih Daerah Keningau untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada kali ini. Pada tinjuan Pas Sabah,setakat ini pembinaan dalaman dan luaran Kompleks sukan Keningau masih belum siap sepenuhnya dan jelas berlaku kebimbangan di kalangan masyarakat Keningau yang sudah pun bersedia menyambut tetamu dan orang ramai dari luar bersempena temasya tersebut. Hisammuddin, yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau melahirkan kebimbangan campur tangan politik dan pembahagian tender projek-projek sempena SABAH GAMES tidak diuruskan dengan baik sehingga akan memberi kesan kepada prestasi atlet-atlet dalam temasya itu. Lebih membimbangkan lagi,sejauh mana ketahanan bangunan dan prasarana yang dibangunkan kerana merujuk kepada laporan akhbar Sabah Times peruntukan pembinaan venue sukan SAGA-V ini dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah sebanyak RM 12 juta. "Inilah contoh terbaik kalau projek rakyat ini diagihkan kepada kroni-kroni yang akhirnya akan menghasilkan projek "instant noodles" ibarat "bagaikan mee maggi,sedap dimasak, sedap dimakan",kata Hisammuddin. " Ada juga desas desus "kontraktor memboikot"kerana projek-projek bernilai tinggi diserahkan kepada kroni pimpinan Umno Sabah",luah beliau lagi. | |
ansarullah Posted: 23 May 2011 11:02 AM PDT |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 23 May 2011 09:45 AM PDT KJ SEMAKIN 'BIJAK' BERPOLITIK Posted: 23 May 2011 06:52 AM PDT | KJ mencapai kemuncak karier politik di zaman Pak Lah menjadi PM | 20 Jamadil Akhir 1432 H | 23 Mei 2011
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan. Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan. "Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. Tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin. Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 : "Walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan". Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan. Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif. "Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Soalan saya... - Kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun?
- Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?
Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13. - Harakahdaily | Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam Posted: 23 May 2011 06:49 AM PDT Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.
Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.
"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.
"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.
Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.
Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.
"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.
"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.
Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.
"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.
Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.
"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 23 May 2011 09:42 AM PDT Isyarat Anak Muda Dari Stadium Posted: 22 May 2011 09:55 AM PDT Sudah separuh akhir kedua Piala FA berlalu. Namun cerita pertarungan dua pasukan tetangga itu masih hangat diperbualkan, khususnya di Terengganu. Anak-anak muda dan para peminat bolasepak negeri ini seakan masih belum puas mengulang-ulangi cerita kejayaan manis pasukan mereka. Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin lalu, pasukan tuan rumah berjaya menundukkan pasukan pelawat dengan dua jaringan tanpa balas. Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, beberapa hari sebelumnya, Terengganu mempamerkan persembahan mengagumkan apabila bangkit mengalahkan pasukan tuan rumah 3-2 setelah ketinggalan 2-0 pada babak pertama.
Dengan kemenangan pada perlawanan timbal balas itu, Terengganu berjaya mengalahkan Pahang dengan agregat 5-2. Ia sekali gus mengesahkan tiket untuk Terengganu ke perlawanan akhir Piala FA bertemu satu lagi pasukan tetangga, Kelantan, pada 11 Jun nanti.
Ia dianggap catatan sejarah buat Terengganu. Kejayaan malam itu mengakhiri penantian selama tujuh tahun untuk kembali beraksi di final Piala FA setelah buat kali terakhir layak pada edisi 2004, di mana Terengganu tewas 3-0 kepada Perak.
Tidak syak lagi kemaraan ke pentas final kali ini menyemarakkan semangat khalayak peminat sukan, khususnya para penyokong bolasepak Terengganu. Turut dibuakkan ialah 'sentimen' kewilayahan yang kini bertukar ke arah kenegerian.
Sebelum ini cakap-cakap mereka banyak membungakan kebanggaan atas sentimen Pantai Timur. Mereka bangga, entah atas asas apa, bahawa arena bolasepak negara seakan dikuasai negeri-negeri Pantai Timur, apabila pentas separuh akhir Piala FA dikuasai ketiga-tiga negerinya – Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hanya Selangor yang mampu mengisi satu lagi slot separuh akhir itu.
Kini, kebanggaan itu beransur diresapi sentimen kenegerian. Setelah sah Terengganu bakal bertemu Kelantan, dua pasukan yang secara tradisinya 'bermusuhan', para penyokong masing-masing sudah mula menyebarkan perang psikologi terhadap lawan.
Sejauh manakah pertembungan di luar padang itu bakal menggegarkan gelanggang pertarungan sebenar bulan depan, hanya Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui.
Namun seperkara yang agak unik dan sedikit terkeluar daripada kebiasaan orang berseteru ialah wujudnya keadaan saling berbangga dengan tabiat dan gelagat para penyokong kedua-dua pasukan.
Tidak sukar dibaca komen-komen para penyokong Terengganu di media baru, terutama menerusi laman sosial facebook, yang memuji-muji tindakan sebahagian penyokong bolasepak Kelantan mengadakan solat berjamaah di atas padang sementara menunggu perlawanan bermula.
Gambar-gambar para pemuda berpakaian merah-putih mendirikan solat, termasuk sebahagian lain di celah bangunan dan di tepi stadium, dijadikan bahan perbincangan. Mereka memuji ketaatan rakan-rakan seperjuangan mereka terhadap perintah Allah.
Malah tidak sedikit antara mereka mengaitkan perubahan fenomena penghayatan memenuhi tuntutan agama di kalangan penyokong pasukan bolasepak Kelantan kini sebagai hasil tarbiyah dan keberkatan pemerintahan ulama di negeri itu.
"Nampak gaya kita (penyokong pasukan Terengganu) pun kena buat gitu jugok (bersolat sebelum perlawanan), baru berkat pasukan kita," baca salah satu komen.
Nampak di situ sudah ada unsur-unsur politik? Ya, tidak dapat disangkal lagi betapa sentimen politik turut bersemadi kukuh dalam jiwa anak-anak muda itu, walau pun mereka dianggap khalayak yang taksub dengan agenda sukan.
Sebab itu tidak sukar juga dilihat komen-komen positif penyokong pasukan Kelantan terhadap rakan-rakan mereka di belah Terengganu pula. Antara yang menarik perhatian mereka ialah apabila ada kelibat bendera hijau-putih di celah-celah keriuhan stadium meraikan kejayaan pasukan Terengganu.
Secara logiknya, hanya penyokong tegar PAS yang akan tergamak mengibarkan bendera parti mereka di tempat sebegitu. Mereka bagaikan sudah tidak dapat menahan runtunan jiwa menzahirkan pendirian politik, lalu mengambil kesempatan mempamerkannya di stadium.
Apa yang berlaku dalam stadium di Kuala Terengganu malam itu bukan suatu yang luar biasa. Difahamkan kelibat penyokong pasukan Terengganu dan Kelantan menjulang syiar parti Islam itu di tengah-tengah sorakan penyokong bolasepak sudah semakin melumrah.
Namun, ruapan sentimen politik yang terluah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin lalu bukan setakat kibaran bendera 'bulan'. Ia malah telah melangkaui persefahaman biasa bahawa soal memilih parti adalah hak masing-masing.
Anak-anak muda di dalam stadium malam itu dikatakan telah menzahirkan sikap politik mereka secara serius. Manakan tidak apabila mereka sanggup menyorak dan mengejek rakan yang menaikkan bendera Umno?
Dikatakan di saat mereka bersorak-sorai kegirangan meraikan jaringan gol oleh pasukan Terengganu, sebilangan mereka mengibarkan bendera PAS. Namun sorakan mereka serta-merta bertukar cemuhan dan ejekan tatkala ada seorang yang menaikkan bendera parti Melayu itu.
Nasib baik yang mengambil sikap melawan arus itu rakan penyokong pasukan yang sama. Dapat dibayangkan betapa suasana akan lebih gamat dan hangat sekiranya yang menaikkan bendera Umno itu penyokong pasukan lawan.
Babak itu belum cukup menjadi bahan tawa dan 'hiburan tanpa dirancang' di kalangan penyokong. Apa yang menimpa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said bahkan jauh lebih memalukan.
Dikatakan kehadirannya ke tepi padang meraikan para pemain turut menjadi bahan sorakan dan cemuhan penonton. Para penyokong Terengganu sendiri seakan 'tidak mengalu-alukan' kelibat pemimpin Umno itu.
Malah, ada antara yang berada berdekatan kumpulan yang bersorakan itu mengatakan, kedengaran tidak sedikit suara kutukan bersifat peribadi terhadap Ahmad, termasuk "Mat Said bodoh", dan sebagainya.
Cemuhan mereka itu mungkin agak keterlaluan dan tidak boleh dijadikan kebanggaan buat parti disokong mereka. Bagaimana pun jika sikap penyokong itu diambilkira, agak ketara maruah Umno tidak ada tempat di kalangan mereka.
Sikap sama mereka tunjukkan di luar stadium. Kibaran bendera PAS mengiringi kegirangan mereka meraikan kejayaan pasukan Terengganu.
Ada kereta dibaluti bendera 'bulan'. Ada penunggang menyelimuti badan mereka dengan bendera sama. Malah ada yang mengiringi kibaran bendera itu dengan laungan keramat 'Allahu Akbar'.
Sayugia diingati bahawa sebahagian amat besar penyokong yang hadir ke stadium malam itu ialah kalangan anak-anak muda. Umur mereka antara akhir belasan tahun hingga awal 40-an.
Di dunia politik, kumpulan usia ini membentuk kelompok terbesar pengundi. Dalam perkiraan lebih luas, kelompok usia mereka ini juga yang memainkan peranan besar mencorakkan perubahan politik dunia mutakhir ini.
Jika luahan sikap politik anak-anak muda di stadium malam itu dijadikan isyarat, itu bermakna gelombang menolak Umno sudah semakin menyemarak dalam masyarakat, khususnya di Terengganu. Ia satu reaksi positif untuk slogan 'PAS Ganti Umno'.
Baca dari sumber Facebook OraNg MUDE geNg KITE | |