Isnin, 23 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 23 May 2011 03:25 PM PDT

Angkatan Belia Islam Malaysia, Abim, yang mencecah usia 40 tahun pada tahun ini berdepan kemelut dalaman ekoran sokongan kuat gerakan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat, PKR, yang juga bekas pemimpin kumpulan bukan kerajaan itu.

Sokongan untuk Anwar, pada masa kritikan yang semakin meningkat berhubung pendiriannya berhubung isu-isu Islam dan Melayu, dilihat telah menjadi punca beberapa bekas pemimpin kumpulan itu disisihkan.

Abim kini dilihat meminggirkan bekas pemimpinnya seperti Dr Yusri Mohamad dan Prof Datuk Dr Sidek Baba yang kritikal dengan Anwar kini, walaupun kuat menyokong bekas timbalan perdana menteri itu satu ketika dulu.

Abim, bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) saling berkaitan dan biasa dirujuk sebagai secara popular sebagai Abim ekoran perkaitan rapat itu.

Secara umumnya, aktivis yang bergerak dalam PKPIM di kampus kemudian menyertai Abim dan selepas itu bergerak dalam Wadah.

Yusri, bekas presiden Abim yang kini bergiat dalam Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menjadi tokoh paling vokal mengkritik Anwar yang didakwa menunjukkan sikap menyokong pluralisme agama yang dibawa Barat.

Satu kes yang mengejutkan pertubuhan itu ialah satu rakaman audio perdebatan Anwar dengan ahli-ahli Abim yang disebarkan oleh laman web anti-Anwar, di anwaraidc.com.

Pendirian Anwar dipersoalkan dengan lebih kuat ekoran satu ucapannya di London School of Economics pada 2010, menyaksikan Anwar mengemukakan hujah yang boleh dibaca sebagai menyokong pandangan menyamakan agama-agama yang berbeza.

Anwar juga dikritik kerana tidak memberikan pandangan yang jelas berhubung isu murtad Lina Joy dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian Katolik yang ditentang kuat Pembela dan aktivis-aktivis seperti Dr Mohd Farid Mohd Shahran.

Ucapan Anwar itu dinilai sebagai mengemukakan tafsiran yang bertentangan dengan Islam dan cuba mengambil hati Barat untuk menguatkan lagi sokongan kepada beliau.

Sikap Anwar itu turut mengundang kritikan terhadap PAS yang bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat, gabungan pembangkang yang dilihat semakin mengabaikan Islam.

Menurut sumber, ekoran sikap kritikal tersebut, kedua-dua Yusri dan Sidek tidak dijemput ke satu majlis besar untuk memperingati 40 tahun pertubuhan itu baru-baru ini.
Ekoran sikap kritikal terhadap Anwar, ada suara yang mengaitkan kedua-dua mereka sebagai cuba merapatkan diri dengan parti pemerintah, malah ada yang mendakwa mereka dibeli.

Tokoh yang kuat mempertahankan Anwar kini termasuk Dr Siddiq Fadzil, akademik yang kini memgang jawatan presiden di pusat pengajian tinggi Islam ditubuhkan Abim, Kolej Dar al-Hikmah.

Anwar masih mempunyai pengaruh kuat terhadap Abim, yang dilihat sesetengah pihak sebagai tanda menunjukkan pergantungan pertubuhan itu untuk mendapat manfaat daripada kuasa politik presiden keduanya itu, selain hubungan persahabatan peribadi.

Aktivis Abim menjadi pendokong kuat Anwar ketika beliau di dalam Umno. Menjelang 1998, pemuda Umno yang dikuasai Anwar memainkan peranan aktif dalam membawa agenda Anwar, termasuk mengkritik perdana menteri ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad dan amalan "kolusi, kronisme dan nepotisme."

Semasa Anwar menjadi timbalan perdana menteri, menjelang tahun 1998, Sidek yang ketika itu merupakan orang Anwar yang berpengaruh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, melaksanakan agenda yang termasuk mengekang kumpulan pelajar yang dikaitkan dengan PAS.

Beliau dilihat sebagai antara tokoh yang bakal ditempatkan di kedudukan tinggi sekiranya Anwar berjaya menjadi perdana menteri dalam masa terdekat.

Antara jawatan yang disebut-sebut bakal dipegang tokoh itu ialah ketua menteri Melaka.

UIAM ketika era kegemilangan Anwar merupakan kubu kuat kem Anwar, tempat bergiat pemimpin pelajar seperti ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Mohamad Ezam Mohd Noor yang kini telah meninggalkan Anwar.

Pemimpin pelajar kem Anwar walau bagaimanapun tidak semuanya terus bersama Anwar.

Seorang bekas presiden PKPIM, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyertai Umno dan kini bergiat aktif bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa.

Asyraf pada Pilihan Raya Umum ke-12 bertanding di Parlimen Tumpat menentang orang kuat Anwar, Datuk Kamaruddin Jaffar dari PAS.

Jaringan ahli dan bekas ahli Abim kini masih menjadi pendokong dan penyokong penting Anwar sehingga ke hari ini, termasuk dalam PKR yang diwakili antaranya oleh Mustaffa Kamil Ayub dan Dr Muhammad Nur Manuty.

Muhammad Nur yang berlatar belakang akademik dan agamawan menjadi pembela utama Anwar dan PKR dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian Katolik.

Abim merupakan kumpulan paling aktif membela Anwar pada awal beliau dipecat daripada Umno dan kemudian menubuhkan Parti Keadilan Nasional, PKN.

Jaringan yang dikenali "orang Abim" walau bagaimanapun semakin merosot dalam PKR ekoran peningkatan pengaruh ahli bukan Muslim dan berfahaman liberal, serta agenda Anwar yang semakin liberal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 23 May 2011 03:13 PM PDT

Bagi sesiapa yang masih kabur tentang fungsi dan peranan IPP, sila baca artikel berita di bawah ini. Selain mengetahui fungsinya, anda juga akan mengetahui bagaimana syarikat ini dapat mengayakan kroni parti pemerintah.

[KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.

"Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.

"Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya," ujarnya.

Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.

Idea tersebut yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.

Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.

"Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.

"Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.

"Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air," ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.

Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.

"Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.

"Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP," ujarnya.

Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.

Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bilion diperuntukkan sebagai subsidi kepada syarikat berkenaan iaitu menyamai 65 peratus dari pendapatan TNB sendiri.

Dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik.

Kerajaan menerusi TNB terpaksa membeli tenaga elektrik dari IPP meskipun mempunyai 40 peratus kapasiti simpanan berjumlah 19,000 MW. Kos TNB adalah 25 hingga 30 peratus lebih murah berbanding IPP yang menikmati pulangan IRR 20 hingga 25 peratus.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017.

 P/s: Nampak betapa lahanatnya puak-puak ini "mentedarah" duit negara sehingga sanggup menggelarkan rakyat marhen sebagai penagih candu subsidi. Dalam diam, mereka dan kroni mereka menibai duit rakyat berbilion-bilion setahun!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut