1. Malaysia is blessed with a climate and soil that enables trees to take root and grow very fast. Our success in the plantation industry is due to this. The trees we grow, rubber, oil palm tree and cocoa are foreign to Malaysia yet they grow better here than in the countries of their origins.
2. However, the success of our plantation industry has totally affected out thinking. We know that by planting trees in perfect rows, with the trees separated from each other by a specific distance, we maximise the potential for growth and render the extraction of the latex or the fruits easier and more efficiently. We miss none of the trees when we tap rubber or bring down the fruits.
3. But forest trees do not grow in rows. They are scattered haphazardly. It is this which gives the forest their special appearance or character.
You are subscribed to email updates from Che Det To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sedang Husin menaiki keretapi Putra, terlihat seorang muda memberi tempat duduknya kepada seorang wanita mengandung.
Ini mengingatkan Husin kepada satu peristiwa masa zaman muda dulu semasa baru kerja. Kereta belum ada, maka sana sini naik bas mini. Harga murah saja 50 sen. Taklah sampai beringgit-ringgit seperti naik keretapi sekarang. Stau station pun RM1 lebih.
Bas mini merupakan kenderaaan untuk graduan baru kerja yang belum rasa bonus pertama untuk deposit beli kereta. Nak minta pinjam dari orang tua, malu pasal bertekad nak mula berdikari konon. Memang mahu mulakan hidup bersusah dahulu.
Masa waktu pergi dan balik kerja, bas mini begitu penuh hingga sendat. Lain pula orang yang bergantung di luar bas. Pasal harga murah, semua terima keadaan kurang selesa ini.
Yang hairannya, naik bas mini dulu lebih mudah dapat duduk kerusi dari naik keretapi sekarang. Aircon takda, hanya angin dari tingkap yang terbuka. Dulu dalam bas boleh hisap rokok.
Biar Husin mulakan cerita kisah beri tempat duduk atas bas mini.
Satu hari dalam perjalanan pulang dari kerja atas bas mini, naiklah seorang wanita Tionghua muda yang sedang mengandung. Orangnya agak lawa, biasalah Cina putih dan memakai gown mengandung.
Selalu orang bangun kasikan kerusi tapi wanita ini tak segan untuk minta. Dengan sopan dia meminta dari seorang lelaki muda yang sedang duduk.
"Incik, bolehkah saya minta tempat duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni ...".
Lelaki yang sedang hisap rokok itu terus bangun berikan tempat duduknya.
Wanita itu berkata lagi kepada lelaki itu, "Incik, boleh tak matikan rokok. Saya tak kisah, tapi budak di dalam ni ..."
Orang kaki lados feed-up bila disuruh berenti rokok. Tapi pasal timbang rasa dia matikan juga putung rokok tersebut dan buang keluar tingkap.
Boring aje dia. Banyak sangat cekadak pompuan Cina ini. Dah kasi kerusi, tahan aku nak merokok, katanya dalam hati.
Dalam bersempit-sempit, tiba ada penumpang terlanggar gown wanita ini dalam bergegas untuk turun bas. Terselak gown dia hingga terdedah pangkal pahanya yang putih melepak sexy.
Lalu lelaki itu terus tunduk dan bisik pada wanita tersebut.
"Puan ... boleh tak puan tutup skirt tu. Saya tak apa, tetapi budak di dalam seluar saya ni tak boleh ..."
Cilaka ... Cina mengandung pun dia boleh teransang.
Kalau sistem keretapi yang ada sudah susah nak dapat tempat duduk, macam mana pula bila terbina sistem keretapi RM40 billion kelak.
Husin dah biasa pergi balik naik subway di banyak bandaraya luar negara. Apa pula kerenah nanti.
Pemimpin ultra kiasu yang pernah 'menyerang' saya suatu ketika dahulu mengenai perdebatan anak luar nikah, masih tidak mahu menerima hakikat bahawa sekolah vernakular adalah antara punca kepada kemerosotan atau kelemahan tahap penguasaan bahasa kebangsaan kalangan pelajar bukan Melayu. Lebih berat lagi katanya, bahasa bukanlah punca polarisasi antara hari ini. Puncanya adalah datang daripada ketidakadilan dasar Umno (Barisan Nasional) yang memerintah kerajaan. Pendek kata, pada mereka aspek bahasa dan sekolah perkauman bukanlah penyumbang utama.
Beliau mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) baharu-baharu ini. Cadangan saya, kalau kita menolak sesuatu fakta, maka kemukakan fakta baharu atau buat kajian baharu untuk membidas kajian terdahulu. Ini tidak, cakap seperti orang tidak sekolah. Elok juga kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan kajian yang serupa, jika tidak yakin dengan kajian sebelum ini. Jangan terlalu menyalahkan orang lain.
Menyalahkan kerajaan Umno (BN) dan sistem pendidikan menengah kebangsaan yang didakwa gagal memandaikan anak bangsanya menguasai bahasa negara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Ultra kiasu tetap ultra kiasu. Adakah beliau tidak sedar bahawa beliau juga produk sekolah menengah kebangsaan. Jika dari kecil beliau mendapat pendidikan sekolah rendah Cina, kemudian belajar di sekolah menengah Cina, masuk universiti Cina, saya yakin, beliau tidak akan mampu bercakap bahasa Melayu seperti adanya sekarang.
Ultra kiasu ini turut menyalahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah tidak membolehkan pelajar-pelajar vernakular menguasai bahasa kebangsaan. Sudah tentu dalam hal ini mereka merujuk kepada guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu. Jika begitulah keadaannya, saya cadangkan kita biarlah guru Cina mengajar bahasa Melayu. Kita mahu lihat, berjaya atau tidak mereka memandaikan anak bangsanya.
Fakta perlu diiringi dengan penyelidikan (R&D). Paling tidakpun, pergilah buat tinjauan di sekolah vernakular. Uji kebolehan berbahasa mereka. Sila anjurkan pertandingan pidato atau bercerita. Biar kita pakat-pakat dengar bagaimana pelajar sekolah ini berhujah dalam bahasa Melayu. Jangan terlalu menegakkan benang basah.
Berapa ramai ahli politik dan ahli perniagaan Cina apabila disoal dalam bahasa Melayu, terus tiba-tiba beralih kepada bahasa Inggeris atau bahasa ibunda. Jelas-jelas menunjukkan bahawa mereka tidak boleh berbahasa kebangsaan. Sebenarnya, jika dibanci ramai ahli-ahli parti ultra kiasu yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Bagi mereka agenda nasional tidak penting, yang penting agenda bangsa.
Ultra kiasu berhujah lagi, apa guna menguasai dan lulus bahasa Melayu, jika akhirnya nanti mereka tidak dapat masuk dalam sektor perkhidmatan awam yang rata-rata dibolot oleh Melayu (80 peratus)? Justeru, orang Cina terpaksa menumpukan bahasa yang mempunyai nilai komersial seperti Inggeris dan ibunda. Ultra kiasu sengaja memejam mata bahawa produk sekolah vernakular turut lemah dalam Inggeris. Mereka sengaja tidak mahu membuat kajian kenapa orang Cina tidak berminat menyertai sektor perkhidmatan awam dan berapa ramai telah dilantik memegang jawatan tinggi, tetapi asyik menuding jari kepada kerajaan.
Bagi mereka yang cerdik dan membuat kajian, sosialisasi seseorang itu yang menentukan kemahiran berbahasa dan tahap perpaduan kaum. Jika sosialisasinya perkauman, maka perkaumanlah jawapannya. Parti ultra kiasu janganlah nak menunjuk hebat, cubalah bertanding di kawasan majoriti Melayu dan berkempenlah dalam bahasa Melayu, kita mahu lihat, sejauhmana ahli-ahlinya boleh pergi jauh dengan bahasa kebangsaan ini.
Bagaimana pelajar sekolah vernakular boleh menguasai bahasa Melayu jika hanya diajar tiga kali seminggu, yakni lebih kurang 2 jam seminggu. Kerajaan cuba menambah masa P&P bahasa Melayu di sekolah vernakular tetapi ditolak mentah-mentah oleh Dong Jiao Zong. Hujah mereka mudah, melebihkan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Mandarin. Hari ini mereka menuntut supaya diberikan layanan samarata dan sama rasa, tetapi kurikulum langsung tidak boleh disentuh, apatah lagi mahu menyerahkan bangunan, tanah dan pentadbiran sekolah.
Keadaan akan menjadi lebih gawat lagi apabila baharu-baharu ini Presiden MCA mengumumkan bahawa MCA akan menandatangani Memorandum of Cooperation (MoC) dengan 7 universiti Taiwan melalui Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) and Koperasi Jaya Diri (Kojadi). Universiti tersebur adalah The Chinese Culture University, Feng Chia University, MingDao University, TransWorld University, I-Shou Univesity, the National Taipei University of Technology, and the National Taiwan University of Science and Technology. Menurut presiden ultra kiasu itu, perkara ini perlu dilakukan kerana hanya 1peratus peratus sahaja pelajar-pelajar Cina daripada keseluruhan 86,000 pelajar-pelajar vokasional di negara ini.
Persoalannya, adakah angka ini benar? Jika benar, adakah bilangan yang sedikit ini disebabkan oleh dasar kerajaan atau memang orang Cina itu sendiri tidak mahu memasuki vokasional tempatan, maka peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mencinakan lagi orang Cina dengan menghantar mereka ke Negara China. Kenapa perlu ke Taiwan? Tidak ada negeri lain lagikah untuk dikunjungi? Pergilah ke negeri berdekatan, untuk menjimatkan belanja seperti Thailand yang tidak kurang membangunnya atau sekurang-kurangnya ke Korea Selatan. Hebatkan sangatkah Taiwan dalam bidang vokasional? Sebelum ini saya telah sebut, lebih baik pelajar Cina didedahkan dengan persekitaran di luar lingkungan bangsanya, barulah tidak menjadi ultra kiasu.
Alasan kedua katanya adalah selari dengan Progran Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah kepimpinan Perdana Menteri untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran. Dalam jangka masa 10 tahun, negara memerlukan 30 juta peluang pekerjaan, 40 peratus daripadanya adalah pekerja mahir. Ditanya sama ada sijil tersebut akan diiktiraf oleh kerajaan atau tidak, senang sahaja jawapan presiden ultra kiasu ini, itu kerja MCA untuk memastikan ia diiktiraf berdasarkan kejayaan beliau mendesak kerajaan mengiktiraf beberapa universiti di China.
Persoalan saya, adakah dengan berada di negara China, mereka akan mempunyai jati diri Malaysia yang kukuh. Apakah agenda mereka di sebalik semua ini, kalau bukan untuk melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu bagi memperkasa agenda bangsa berbanding agenda nasional? Kita amat bimbang jika agenda bangsa terlalu banyak ditonjolkan polarisasi akan semakin meluas, walaupun gagasan 1Malaysia itu yang dijadikan hujah utama dalam mewujudkan perpaduan antara kaum.
Terbaharu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mencadangkan penubuhan Kolej Kadazan Dusun dan Murut atau Kolej KDM di Sabah. Satu lagi agenda bangsa. Tidak lama lagi selepas itu, tidak mustahil setiap parti komponen BN berasaskan etnik, akan menyuarakan perkara yang sama atas alasan "untuk menjaga bangsanya dalam mencapai matlamat gagasan 1Malaysia".
Bayang di negara kita mempunyai lebih daripada 50 jenis etnik. Jika setiap etnik, mahukan institusi pengajian sendiri, apa akan jadi dengan sistem pendidikan Malaysia pada masa akan datang? Tidak perlu ditanya kepada setiap etnik untuk mendapatkan persetujuan, kerana sudah pasti mereka akan bersetuju. Inilah akibatnya apabila kita membenarkan universiti berasaskan kaum dan parti-parti politik perkauman beroperasi. Sepatutnya perlembagaanlah yang menjadi terma rujukan dalam melakukan apa jua perkara, terutama soal pendidikan nasional, yang menjadi tunggak pembinaan negara bangsa. Ini tidak, dalam kepala kita hanya ada agenda bangsa.
Seperti ultra kiasu yang lain, alasan penubuhan kolej tersebut adalah untuk memajukan masyarakat kaum itu, bersama kaum lain, di bawah konsep 1Malaysia dan juga membawa semangat mengukuhkan perpaduan, supaya tidak ada kaum yang akan merasa terpinggir. Sekali lagi gagasan 1Malaysia menjadi batu galasannya. Malangnya sungguh gagasan ini, dipergunakan untuk mendapatkan sama rata dan sama rasa, bukannya untuk mendapatkan keadilan, kerana makna keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Ditakdirkan nanti, jika diluluskan kolej ini, kaum Iban, Melanau, Dayak dan sebagainya di Sarawak akan meminta diwujudkan kolej atau universiti yang sama. Bayangkan selepas ini, jika orang Asli mendesak kerajaan menubuhkan universiti orang Asli. Sudah tentu pening kepala kita dibuatnya, sebab dari segi hak, mereka lebih berhak. Selepas itu, diikuti minoriti Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan bersatu menuntut kerajaan menubuhkan Universiti Siam atas alasan 1Malaysia! Tidakkah haru-biru sistem pendidikan negara kita?
Kewujudan kolej atau universiti hendaklah berdasarkan kepada keperluan bukannya tuntutan. Lambakan universiti berdasarkan tuntutan hanya akan menjejaskan kualiti pendidikan. Cukuplah dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang sedia ada. Sama-samalah kita memperkasa dan memperkuatkannya.
Perlu diingat, semua ini bermula apabila kita meluluskan universiti yang dipunyai oleh MCA, Gerakan, MIC dan NGO-NGO perkauman yang ada. Akibatnya, sudah tentu ada bangsa merasa terpinggir, apatah mereka adalah bumiputera yang sepatunya mempunyai lebih hak. Sedangkan yang lain, bukan bumiputera, bukan sahaja mendapat universiti sendiri malahan idea universiti merdeka telah pun menjadi realiti.
Fahamkah kita apakah maksud universiti itu sebenarnya? Di luar negara, tidak ada universiti berasaskan etnik. Jika adapun adalah 'kerusi' atau pusat kajian etnik tertentu. Cuma di negara kita amat pelik dan memelikkan, kenapa universiti berasaskan etnik atau parti politik diwujudkan? Saya cadangkan supaya 'kerusi' atau pusat kajian etnik-etnik diwujudkan di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang sediakan ada, daripada mewujudkan kolej atau universiti khusus untuk kaum tertentu. Dalam pada itu, masih belum terlambat untuk mengambilalih dan menyerapkan universiti berasaskan parti politik atau NGO perkauman ke dalam pendidikan nasional.
Saya merayu kepada bumiputera Sabah dan Sarawak, janganlah bertindak seperti parti ultra kiasu. Perkauman ultra kiasu hanya akan meruntuhkan negara. Kerajaan pula janganlah terlalu melayan tuntutan ini. Jika beginilah keadaannya, IPTA yang lain akan terjejas teruk pada masa akan datang kerana tidak dapat bersaing dengan IPTS yang sudah tentu lebih gagah dari segi kewangannya dan mendapat sokongan serta dokongan rangkaian antarabangsa.
Setiap kaum akan bermati-matian membantu dan mempertahankan universiti bangsa mereka sendiri. Saya yakin, sudah pasti kekuatan ultra kiasu jauh melebihi kekuatan kerajaan kerana kekuatan kewangan mereka lebih besar. Apatah lagi jika derma mereka di universiti ultra kiasu dikecualikan atau boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Universiti mereka sudah menjadi kaya raya.
Saya amat yakin, sebahagian besar cukai-cukai telahpun dialirkan ke sana dan akan dialirkan seterusnya. Ini sudah pasti akan meninggalkan kesan terhadap pendapatan negara. Akhirnya, siapa yang akan rugi? Kedudukan IPTA sudah tentu akan terjejas. Peruntukannya terhad dan perlu dikongsi dengan IPTA yang lain. Berbanding dengan universiti perkauman mereka terus mendapat dana demi dana. Lebih beruntung lagi, kadang kala tanah dan beberapa prasarana lain diberikan secara percuma oleh kerajaan. Tidak perlulah saya sebut nama universiti ultra kiasu tersebut.
Selain itu, masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan menjadi semakin suram. Maklum sahajalah, pada mereka bahasa Melayu tidak ada nilai komersial. Buat setakat ini hanya subjek teras sahaja yang diajar dalam bahasa Melayu seperti Kenegaraan Malaysia dan Hubungan Etnik, selebih semuanya diajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Ke manakah arah tuju pendidikan negara kita menjelang 2020 nanti? Apakah kita akan berjaya membina sebuah negara bangsa dan masyarakat idaman?
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.
"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.
Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.
"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.
Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.
"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.
"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.
sumber utusan
GHOSTWRITER : "DAH LAMA AKU KATA PAS ALAT DAP UNTUK PECAHKAN UNDI MAJORITI MELAYU"
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli UMNO diminta memberi tumpuan terhadap usaha menguatkan jentera pilihan raya parti, bukannya pemilihan di peringkat bahagian yang akan diadakan tidak lama lagi. Baca lagi...
Zahid Exposes DAP's Plan To Name Malay Candidates In General Election
ALOR GAJAH, May 22 (Bernama) -- Umno vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has exposed a plan by the DAP to name Malay candidates in several states in the next general election. He said DAP was now identifying suitable Malays to contest seats in states like Perak, Melaka and Negeri Sembilan. "They're taking measures to ensure that the candidates (Malays) would be accepted by voters," he told reporters after opening the Masjid Tanah Umno divisional meeting here Sunday. Ahmad Zahid, who is Defence Minister, said DAP planned to name Malay electoral candidates in Perak in hopes of conquering the state and naming one of its own as menteri besar. "This is because the Perak constitution forbids non-Malay from becoming menteri besar. For this reason, the DAP is planning to name a Malay candidate to contest a state seat so that eventually a DAP menteri besar could be sworn in," he said. In other states, he said, DAP was likely to name Malay candidates in Malay-majority constituencies and in areas where Barisan Nasional (BN) fielded non-Malay candidates. Ahmad Zahid described the strategy as something that could be plausibly executed by DAP. He noted that DAP had started a blogsite in Malay after using mainly English and Mandarin to reach out to the people all this while. "We've managed to sniff out the plan which is concocted without the knowledge of PAS and PKR (Parti Keadilan Rakyat). I'd like to remind PAS and PKR not to become a mere tool of the DAP," he said. Ahmad Zahid also reminded members of Umno and other BN component parties to be wary of the DAP's ploy. "We shouldn't remain complacent in the face of DAP's actions. I'd like to urge Malays not to associate themselves with the DAP, whether by becoming their candidates or partners under Pakatan Rakyat," he added.
tunku : if dap fields malay candidates than pas should field chinese or indian candidates in non malays area.would dap allow that?for me those malays who associate themselves with dap are not malays at heart and some even not malay like lim guan eng's political secretary, zairil. pkr as we know is not a malay party but for pas they should be careful of dap's plan.they should disassociate themselves with dap for the sake of the malays.this is how dap plan to rule malaysia,first they uses pas and pkr then they field all their people so that they have absolute power.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Benar kata orang, kayu juga yang menumbangkan batang kayu. Tanpa hulu kapak, mata kapak tak mungkin boleh menumbangkan sebatang pokok. Begitulah ibaratnya jika orang Melayu sendiri menjadi alat dan perkakas kepada orang lain kerana mendapat sedikit kemewahan dan kuasa.
DAP walaupun keahliannya adalah 'multi racial' tetapi hakikatnya ia didominasikan oleh kaum Cina. Ianya sama seperti parti Gerakan. Namun hari ini, DAP merasakan sudah sampai masanya parti itu menarik orang Melayu menyertai 'perjuangannya' walaupun di dalam Pakatan Pembangkang orang Melayu sudah sedia ada di dalam PKR dan PAS. Mengapa pula DAP beriya-iya mahu manarik orang Melayu menyertainya sedangkan tugas hakikinya adalah 'menyedut' semua undi Cina di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina?
DAP tetap dikenali sebagai parti cauvinis Cina. Bagaimana parti yang menyerang H hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mempersendakan Islam sebagai agama Persekutuan ini mahu maraih sokongan orang Melayu pula. Tidak cukupkah sokongan orang Melayu di dalam PAS dan PKR melalui semangat 'Pakatan Rakyat'?
Naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari beriya-iya mahu menarik sokongan orang Melayu kepada DAP.
Kedua-duanya mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, Dengan sebab itu DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini. Kononnya ianya satu medium bagi orang Melayu mengenali DAP lebih dekat dengan manangkis dakwaan UMNO sebagai mengamal politik perkauman.
Dalam masa yang sama mempertahan serangan daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.
Selain itu Roketkini yang berbahasa pengantarnya Bahasa Melayu menumpukan perhatian kepada masyarakat Melayu di luar bandar bagi memberi mereka kesempatan berforum, berbincang dalam beberapa isu dalam Bahasa Malaysia. Benar-benar DAP sudah mengambil pendekatan licik dan cerdik dalam menghambat hati pengundi-pengundi Melayu yang lazimnya selama ini menolak DAP.
Perkembangan keputusan PRU ke 13, menunjukkan hati orang Melayu tidak sekeras dulu lagi. Kerjasama pakatan pembangkang telah berjaya menumbangkan parti pemerintah di lima negeri. Ianya adalah hasil bantu membantu dan tolong menolong persis kerjasama BN antara UMNO, MCA dan MIC. Orang Melayu sudah boleh 'tergamak' memangkah DAP begitu juga penyokong DAP sudah 'rela' memangkah PAS ,yang dikira mustahil satu ketika dulu.
Lebih menarik, apabila DAP berjaya menjadi parti terbanyak di dalam Pakatan Pembangkang iaitu memperolehi undi popular dengan 18 kerusi berbanding 7 dan 6 kerusi yang diperolehi oleh PKR dan PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dalam PRU ke 12 lalu. Wajarkah parti yang paling sedikit seperti PAS dipilih menjawat jawatan Menteri Besar di Perak. Dari segi perkiraan politik ianya tidak adil apabila majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti hanya kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mewajibkan MB mestinya seorang Melayu dan beragama Islam dan mendapat perkenan Tunku Sultan.
Wajar bagi DAP memboikot upacara angkat sumpah MB Perak kerana 'ketidak adilan' itu. Mereka rupanya terlepas pandang tentang beberapa perkara penting di dalam politik ,perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh beberapa negeri di Malaysia. Kali ini mereka sudah faham. Mana lebih mudah mempunyai MB daripada parti komponen atau daripada parti sendiri?
DAP sudah tentu berangan-angan akan menguasai Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor dalam pilihanraya yang akan datang. Perlukah DAP masih mahu 'berketuakan' Melayu daripada parti lain atau pun Melayu daripada partinya sendiri.
Roketkini bukan sekadar mahu memberi maklumat kepada pengundi Melayu tetapi satu proses menapis pemimpin-pemimpin Melayu yang boleh 'dipatungkan' mengetuai negeri-negeri yang mempunyai sekatan khususnya negeri-negeri beraja.
Bagi saya langkah ini adalah langkah persediaan DAP yang bijak dan licik. Mereka bersungguh-sungguh seperti mana mereka bersungguh-sungguh mendaftar pengundi-pengundi baru. Bagi mereka peluang bukan datang selalu. Ketika perpecahan Melayu yang kritikal inilah masa terbaik ,bukan sahaja meraih sokongan Melayu tetapi dalam masa yang sama meracik-racik orang Melayu kepada 4 buah parti sekarang. Yang terbaru adalah DAP.
Apakah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO sedar jiwa dan hati nurani, bahawa, pasukan PAS+DAP+PKR+KITA+PSM sedang melekeh dan menjahanamkan Negara ini melalui:
1. Blog-blog mereka 2. Twitter penyamun tarbus mereka 3. Facebook pelacur karya mereka 4. Akhbar tabloid yang bersepah di pasaran 5. Media tidak berlesen yang dikepalai oleh mangkuk-mangkuk ayun mereka
Semasa Pak Sedaro menukil mesej Revolusi 13 yang diberitakan oleh Haprak Daily, gamaknya tiada gerakan Transformasi 13 dilaksana secara tekun oleh UMNO. UMNO masih GAGAL menjawab:
1. Isu-isu tempatan yang sifatnya amat dekat dengan rakyat dan pengundi. 2. Isu-isu setempat yang lebih sentimental dan emosi sifatnya dengan pengundi UTAMA. 3. Maklum balas secara pidato terbuka di pentas-pentas politik untuk memberi kenyataan balas secara langsung kepada pengundi. 4. Menjalin hubungan dengan 1000 bloggers Pejuang Rakyat Barisan Nasional UMNO yang saban hari menjadi "paria" di Bumi Sendiri?
Apakah UMNO khasnya Setiausaha Kerja, Abdol Raouf masih sibuk menebeng muka belakang Presiden UMNO, Setiausaha Agung Adnan Mansor, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, tidak bijaksana mengurus perihal ini.
Blog dan Laman sesawang politikus UMNO hanya bahan berita kerana melapor aktiviti masing-masing, mempopularkan diri sendiri, atau kerana sibuk KPI dan meritokrasi UMNO mungkin. Lagi buruk apabila laman sesawang pemimpin UMNO terus bersawang kerana tidak pernah update! Dalam bab penguasaan politik Negara Bangsa, tiada KPi atau NKRA atau Benchmarking sebagai Hall Marking politik!
Yang ada ialah gerakan Min Chong Yuen Thong partai-partai politik. Buletin Warkah Bumi Melayu mesti digerak semula. 1 Bumi 1 Melayu ialah slogan mentakrif 1 Malaysia secara ilmiah. 1 Bumi Melayu bermakna Bangsa Teras dan Kaum-kaum lain bersama.
Jika UMNO tidak berlari, maka Tsunami Transformasi 13 mungkin menjadi milik Peliwat Buku Jinggay. Marilah kita BERSATU kerana SETIA BERGANDING BAHU ialah asas Negara ini MERDEKA.
Rupo-rupo ehh, begitu rendah kedudukan kultus fikrah para pendidik Politeknik. Pak Sedaro ambik kajian kes, pensyarah Politeknik Port Dickson yang dikobar sedang dilamun jendela Nasionalisme dan Patriotisme dek kerana dipaksa ikuti kursus oleh Pengarah Politeknik PD, kurang lebih minggu lepas.
Nampak bonar bonak dan baning mereka ini. Pak Sedaro dimaklumkan bahawo andai mauduk fikir dan keletah pensyarah-pensyarah ini masih demikian lakunya, maka amat rendahlah martabat ilmu mereka. Baik yang tuo mahu pon yang mudo, memanglah ramai mudo yang nyombong dan paloi "ibarat kato pepatah, berajo di mato, bersultan di hati".
Bilomano pensyarah ini berhujah, tidak langsung memberi perspektif sebagai seorang ahli ilmu. Yang nampak ialah teknik berfikir anak-anak merdeka yang baru sudah Master, yang baru sibuk menjolok PhD, penuh retorika dan falasi dalam perbahasan. Tidak boleh memberi rasional dan ta'akulan kritikal dalam banyak perkara. Apalagi bila disabit soal isu-isu semasa yang melibatkan perkara pokok dan genting kepada Negara Bangsa. Apakah amalan mengambil sikap pesimis, bongkak, "beta" pada perkara furuq dan ranting, serta sanggup menjadi "keldai adu domba", merupakan kualiti pensyarah Politeknik di Malaysia?
Patutlah golongan pensyarah ini mudah saja diperdaya pembangkang. Fikiran hanya sehala. IQ saja tinggi tapi EQ di bawah par.
Apakah juga ini merupakan protes senyap yang membunuh kualiti para akademia, dek kerana sikap berat sebelah dan ketidakadilan dalam perjawatan di Politeknik telah menjadi santapan bengis mereka? Difahamkan ada pensyarah yang sudah berkhidmat begitu lama, hingga tinggal 2 tahun untuk pencen tetapi masih ditakuk DS41? Kasihan-kasihan.
Apakah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran BUTA MATA, BUTA HATI, BUTA AKAL dalam bab ini? Pemisahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak memberi makna kepada pensyarah Politeknik? Satu subjek yang mesti diselesai segera oleh YAB Menteri Pelajaran dalam isu ini.
Sedarkah kalian bahawa Politeknik ialah wawasan Dasar Pandang Ke Timur. Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Pengerusi Majlis Pengajian Tinggi di tahun 1971, antara legasi ilmu yang ditinggalkan ialah MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional dan Politeknik. Sebab itulah, bila mana Dr. Mahathir menang 1974, maka beliau diminta menduduki kerusi Menteri Pelajaran, yang akhirnya mengupas kembali Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak.
Apakah pensyarah Politeknik seluruh Malaysia "sedar" sejarah Penyata-Penyata ini? Apakah kelangsungan yang diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Pada tahun 1974 juga, program The Ship Of South East Asian Youth Program dimulakan oleh Cabinet Office of Japan dengan kapal MV Nippon Maru. Inilah kesan Dasar Pandang Ke Timur yang disahut oleh Jepun secara terbalik. Kumpulan pelajar yang pertama (rasmi) melanjut pelajaran ke Jepun, ke Politeknik termasyhur di sana antaranya hari ini YB Timbalan Menteri MITI, Mukhriz Mahathir. Kemudian dipanjangkan ke Korea Selatan. Apakah pensyarah Politeknik terkesan?
Inilah taraf ilmu pensyarah Politeknik. Sebelum nasi jadi bubur, ada baiknya Pengarah Politeknik PD, KP Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti ambil perhatian serius, serta YAB Menteri juga perlu ambil perhatian dalam bab SPP ini...
Kita tidak mahu dilihat, "habis madu, sepah dibuang."
Alhamdulillah, selesai sudah Umno Bahagian Jempol bersidang. Pemilihan G7 pun ceria dan harmoni. Walaupun perut masing-masing dah kebulur, tapi para sahabat perwakilan cawangan ke bahagian begitu sabar menunggu hingga persidangan disempurnakan.
Terima kasih kepada YB Datuk Ahmad Maslan kerana sudi hadir merasmikan persidangan Umno Bahagian Jempol.
Namun begitu, ese cukup serabut melihat dan menengok gelagat para perwakilan tertentu yang tak buat cukup 'homework' sebelum bercakap di dalam persidangan sama ada menyokong usul mahupun mencadangkan usul.
Secara seriusnya, kedapatan perwakilan yang berucap macam budak sekolah rendah & insult my inteligence bagi yang mendengarnya. Sangat merimaskan dan meloyakan.
Pakcik-pakcik...ese tau pakcik-pakcik kurang pendidikan. Tapi kena ingat, masa ni la, kita nak buat usul atau tambah usul yang baik dan bernas untuk kejayaan parti dalam PRU 13 yang akan datang. Bukan nak bermadah pujangga dan sebagainya. Tolong ye pakcik-pakcik yang menyangka dirinya hebat. Nak berucap tak salah, tapi buat homework dulu. Buat nota. Buat kajian. Jangan ambil masa orang lain nak berucap.
Tadi Dato' Lilah, Ketua Bahagian Jempol berucap sebelum persidangan tamat. Ese macam biasa, mendengar dengan teliti. Mencari isi yang boleh difikirkan. Handal orang tua ni berucap. Sepatah-sepatah. Dalam dan penuh makna sepertimana biasa. Diceritakan juga hubungannya dengan YAB Dato' Menteri Besar. Bagi ese yang mendengar, ada nilai ucapan. Maknanya, ahli mesyuarat kerajaan Negeri Sembilan mesti jadi orang tengah memperbaiki hubungan di antara keduanya.
Tapi bangkit pula YB Adun Palong yang paloi, terus mencabar dan mengganggu semasa Dato' Lilah berucap. Apalah punya paloi YB Palong nih. Sebelum tu masa dia berucap, Dato' Lilah tak ganggu dia pun. YB Palong ni masa berucap pulak asyik merapu tak tentu arah. Seriously, he is the biggest 'thing' on the earth that insult my intelligence. Langsung takde isi ucapan. Langsung tak buat homework. Totally, what a failure to Dun Palong at all.
Ese tak peduli pun kot ya YB Palong ni pengampu nombor 2 kepada YAB Dato' MB selepas Ketua Bahagian Rasah. Tapi bila twitter pun disebutnya twister, nampak sangat gila kepalang bodohnya.
Yang ese amik pusing, masa diberikan peluang berucap, berucaplah dengan bijaksana bukan dengan kebodohan melulu yang teramat. Bukan buat ucapan melalui cerita-cerita bingai YB Palong tuh. Tolonglah ya.
Harapnya, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan notice berkaitan perkara ini. Buat apa 'simpan' pengampu yang bingai. Lebih baik 'kutip' spesis yang bijaksana dalam tindakan.
Harapnya Adun Palong Paloi lagi bingai ni tak terpilih lagi dalam PRU Ke-13 akan datang. Kalau tak nanti, ado pulak simpanan tetap Parlimen Jempol terlepas ke tangan Pandy Kutty Romen(PKR la...siapa lagi).
Satu hal lagi, Pengerusi Tetap tampak macam tak tetap pendirian. Ontah apo ko namo eh duk atas pentas tapi takleh nak control mesyuarat. Bagi ese, seseorang pengerusi tetap yang menyelia perjalanan mesyuarat, harus paham dan jelas peraturan dan tertib mesyuarat. Bukan terpinga-pinga tak tentu arah.
Semoga segala yang berlaku ini jadi iktibar. Sebagai orang mudo, ese memang marah bona atas perilaku Adun Palong yang paloi, tapi marah lagi ese pado peliwat tegar negara yang tak habis-habis dengan skandal. Muak dan bosan terlampau dengan 'Makhluk Anugerah Tuhan untuk Jijah' tu.
Bak kata Bung Nuar, "Yang blakang nan sompit tuh la sodap", tapi nak cover line punya hal, dio pusing cakap, "Tapi sodap laie China Doll."
Takziah kepada mangsa yang terlibat dalam Tragedi Tanah Runtuh di Kuala Langat Selangor dan tahniah juga kepada kerajaan negeri Selangor yang akan menyumbangkan sebanyak RM1000 kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Kenyataan Khalid Gagap MB Sleangor:
"Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini"
RM1000 Untuk setiap keluarga Mangsa Yang terlibat!!!
Gomo bukan nak mempertikaikan wang yang di berikan kepada mangsa yang terlibat namun Gomo tidak berpuas hati sama sekali dengan jumlah amaun RM1000 yang akan di berikan kepada keluarga mangsa Kejadian Tanah Runtuh. Kenapa hanya RM1000?
Teoh Beng Hock yang mati BUNUH DIRI di berikan dana oleh kerajaan Selangor yang di anggarkan sekitar RM300 Ribu yang tidak lagi termasuk dengan kos Pakar Forensik yang di import dari Thailand.
Teoh Beng Hock RM300 Ribu yang mana mati pun akibat BUNUH DIRI dan bukan nya di timpa bencana sebagaimana yang berlaku ke atas mangsa kejadian Tanah Runtuh ini.
Kugan penjenayah yang MATI ketika di dalam tahanam Polis di berikan sebanyak RM30 Ribu kepada keluarga mangsa bagi menguruskan pengebumian si mati. RM30 Ribu hanya untuk seorang PENJENAYAH!!!
Apa sudah berlaku? Kenapa bila tang Melayu, bila bab orang Islam maka RM1000 sudah memadai bagi kerajaan PR Selangor membantu?
Jelas lah di sini orang Melayu tidak lah penting dalam apa yang Pakatan Rakyat perjuangankan. Mereka PR hanya mementingkan Undi Kaum Cina dan India sahaja. tergolek Tergadai Melayu pun siapa yang kisah kerana Melayu Totok UMNO.
Barangkali dalam nada Pemimpin PR lebih elok mereka menjaga Kaum Cina dan India dari menjaga Orang Melayu yang mudah Lupa.
Psssttt...RM1000, fuh tu pun melayu masih mudah di tipu.....
Kelantan Darul Naim merupakan negeri kelahiran Gomo, walaupun Gomo lahir di Kelantan dan membesar di Johor Bahru namun dalam badan ni tetap darah Kelantan yang mengalir, keluarga Gomo masih ramai di Kelantan malah Gomo pulang ke Pasir Puteh bila ada kesempatan. Tiap apa sahaja yang berlaku dalam negeri Kelantan pasti Gomo pun nak ambil kisah apatah lagi dengan pentadbiran PAS yang selama 20 tahun telah Gagal membangunkan Kelantan.
Gomo menerima emel dari seorang yang bernama Che Omar yang menetap di Kelantan berhubung isu jambatan yang di bina oleh Kerajaan Pusat (BN) PAS sibuk dalam kempen nya mencerca bahawa Kerajaan BN sapu duit Rakyat dengan membina Jambatan, malah di katakan pulak buat Jambatan tapi tak siap siap lagi sampaikan rakyat terpaksa menanggung akibat dari kesesakkan yang berlaku.
Apakah itu satu mentaliti pemimpin PAS yang baik buat Rakyat? Apakah ini merupakan satu permainan Politik Kotor PAS dalam menafikan apa yang telah di bangunkan oleh Kerajaan BN buat Rakyat Kelantan?
Che Omar turut mengirimkan beberapa keping Gambar kepada Gomo yang mana jelas menunjukkan satu perbedaan ketara di antara apa yang di janjikan Kerajaan BN dan juga kerajaan PAS Kelantan.
Gambar di Atas merupakan gambar Jambatan yang di bina oleh kerajaan Pusat (BN) yang hampir siap dan akan di gunakan oleh Rakyat Kelantan termasukklah pemimpin PAS yang membantah pembinaan Jambatan ini.
Gambar ini pula merupakan Batu Asas di Palekbang yang pernah satu ketika lalu Nik Ajis MB Kelantan menjanjikan Jambatan Baru buat rakyat dari Palekbang ke kg Cina dan Tuanku Sultan mencemar duli meletakkan Batu Asas ini sebagai tanda Kerajaan PAS akan membina jambatan.
Tapi sampai sekarang batu Asas ni dah macam Tugu Peringatan pulak. tak di buat langsung Jambatan yang di janjikan. Apa Nik Ajis sudah Nyayok dan Lupa? Kalau Nik Ajis lupa bagaimana pula dengan pimpinan PAS lain? Pun turut lupa?
Gomo harap rakyat Negeri Kelantan sedarlah diri tu, Kerajaan PAS membohongi anda dah bertahun lamanya. Buat gapo bui undi ko Kerajaan Pelawok? Pelawok kot tu, pelawok kot ni habis belako keno pelawok ko PAS.
20 Tahun lebih doh Cukup cukup lah tu, tukar pulok kito cari hok molek buat Rakyat!!!
Psssttt....Gila batu asas jadi tugu dah...mampos!!!
Ni lah dia Menteri Besar Selangor yang di pilih oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Haram. Bagaimana hal yang sekecil macam tu pun boleh salah? MB Selangor bukannya ketua kampung pun. Takkan benda macam ni boleh tak tahu?
Semalam si Khalid Gagap tak turun melawat mangsa tanah runtuh di Hulu Langat. Hari ini pun tidak si Gagap MB Selangor melawat lokasi kejadian tapi malam ini Khalid sanggup turun ke Bukit Antarabangsa mengadakan ceramah FITNAH BN.
Semalam waktu kejadian tanah runtuh yang bersusah payah adalah agensi kerajaan dan juga UMNO Hulu Langat. Di mana jentera Pakatan Rakyat Selangor?
Kalau macam ni lah sikap seorang Menteri Besar alamatnya Bungkus negeri Selangor kalau di beri peluang Sepenggal lagi.
Gomo akan update ceramah PKR malam ini Live menerusi Tweeter. So sapa yang berkesempatan sila layan Tweeter Papa Gomo yang juga ada dalam Blogg Papa ni di ruangan atas sebelah kanan.
Khalid Gagap, Azmin Gay Jamban, Mak Lampir akan menyampaikan ceramah mengutuk apa yant di lakukan BN kerana mereka puak PR malu dengan apa yang BN sumbangkan buat rakyat Malaysia.
KHALID GAGAP, HULU LANGAT KAU KATA HULU SELANGOR. TANAH FELCRA KAU CAKAP TANAH FELDA. KAU NI BINGAI LAH KHALID GAGAP. BINGAI!!!
Psssttt . . . . Ni nak jadi kerajaan Malaysia? Habis jahanam beb.
Published with Blogger-droid v1.6.7
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DAP akan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan wakil parti itu boleh menjadi Menteri Besar jika mereka memperolehi jumlah kerusi melebehi parti lain seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP sudah pun mengenal pasti orang Melayu yang bersesuaian untuk dijadikan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.
"DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi DUN terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, calon-calon yang dipilih itu adalah mereka yang boleh diterima orange ramai.
"Gerakan untuk mencari calon Melayu itu sudah dilakukan oleh DAP, dan mereka juga sudah mengenalpasti beberapa kawasan untuk menempatkan calon-calon mereka di kalangan orang Melayu," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.
Menurutnya apa yang dlakukan oleh DAP itu adalah untuk memastikan dapat menguasai negeri tertentu seperti Perak kerana yakin bahawa parti itu mampu memperolehi jumlah kerusi berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Apa yang berlaku di Perak, walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang banyak tetapi wakil mereka tidak boleh menjadi Menteri Besar.
"Perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi Menteri Besar, sebab itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi DUN supaya akhirnya Menteri Besar itu dari DAP," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, selain itu DAP juga merancang untuk meletakkan calon Melayu di kawasan pengundi majoriti Melayu, di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu dari parti komponen di kawasan berkenaan.
"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR, sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP, mereka perlu sedar, mereka kini dipergunakan untuk kepentingan politik DAP" katanya.
Beliau menasihatkan ahli UMNO dan parti komponen BN sentiasa peka dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya DAP.
Zahid mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi pengkhianat dan sanggup menjadi tali barut kepada DAP kerana terpedaya dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pembangkang yang akhirnya merugikan orang Melayu sendiri. -MediaUMNO.
"Saya pergi ke tempat kejadian, menyaksikan pasukan penyelamat bekerja dengan keras. Saya nampak empat kaki... ia adalah mayat dua budak lelaki yang terperangkap serta tertimbus dihempap tanah dan dinding konkrit besar. Ia adalah tragedi yang amat menyedihkan".
Demikian luahan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan tinjauannya ke tempat kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat dekat sini, malam kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tiba di tempat kejadian jam 11 malam.
"Hati saya sudah pun berada di tempat kejadian tragik di Hulu Langat itu," katanya yang menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa.
Muhyiddin berkata, kerajaan sedang menangani keadaan dan akan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh itu sebagai sokongan kepada mereka dalam menghadapi tragedi berkenaan.
Ketika melawat tempat kejadian malam kelmarin, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban.
Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung sepenuhnya kos perubatan mangsa yang cedera dan segala keperluan pengebumian mangsa yang meninggal dunia.
emm... mana mb selangor ekk.. aku dengar semalam dia pi melawat bukit antarabangsa tempat azmin ali, apa hal pi melawat bukit antarabangsa, tanah runtuh di hulu langat.... ntah laa.
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi Isnin.
Difahamkan beliau mengalami tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.
Menurut sumber terdekat dengan beliau, Zaki mengalami serangan jantung sebanyak dua kali pagi tadi.
Beliau dikatakan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba di rumah dan kali kedua ketika berada di Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
"Saya mendapat panggilan telefon daripada pengawal peribadi beliau (Tun Zaki) yang mengesahkan beliau kini berada dalam kritikal.
"Isteri beliau turut berada di sisinya kini," kata sumber itu kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan.
Zaki, 64, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008 dan beliau merupakan pengerusi pertama bagi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak penubuhannya pada 16 Februari 2009.
Beliau dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College, Johor Baharu.
Pada 1969, beliau telah melanjutkan pengajian di Lincoln's Inn, London dan dianugerahkan Barrister-at-Law.
Beliau merupakan anak bekas Ketua Hakim Negara (1966-1974), Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed.
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Nik Sazlina Mohd Zain dan mempunyai 4 anak iaitu Dzofrain Azmi, Razif Azmi, Azri Azmi dan Azfar Azmi. (Sumber mstar online)
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
JAUHKAN DIRI DARI MENDEKATI SIFAT SYAITAN ATAU IBLIS...
Kalau terlibat dengan politik sudah tentu macam-macam kita dengar kerenah orang politik. Di negara ini ada dua kaum besar iaitu Melayu dan Cina.DAP dan MCA adalah dua parti mewakili orang Cina terbesar. Manakala Umno dan Pas adalah dua parti terbesar mewakili melayu.
Jika dilihat dari feel perangai dan bahasa orang politik sudah tentu berbeza dan tidak macam orang kebanyakan. Mereka buat atau bercakap lsesuatu lebih kepada mempunyai kepertingan masing-masing. Mereka mahukan kepada pengaruh politik supaya mereka dipilih oleh rakyat setiap kali pilihan raya sekaligus pangkat dan kuasa akan terhapus jika mereka kalah dalam pilihan raya.
Selain dari mahu menang, pemimpin parti juga mahu menegakkan kebenaran parti masing2. Cara pas lebih kepada mengambil pendekatan agama untok mendapatkan pengaruh kuasa politik. Agama Islam dilihat sekarang sudah menjadi alat politik pas sedangkan islam bukan untok pas sahaja islam untok manusia didunia ini. Cara bercakap tokoh-tokoh pas yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya.
Mereka berhujah banyak menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi lebih kearah mengikut kehendak mereka. Gaya dan bahasa mereka semasa berhujah pun kadang kala sudah bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Berceramah penuh dengan kata-kata kesat dan fitnah diawal dan diakhir ucapan sahaja kelihatan baik. Kumpulan pas seperti ini lebih suka menapilkan diri mereka supaya orang percaya mereka lebih berilmu dan bertakwa sebab itu lah mereka mengkafirkan sesama islam pun orang islam lain boleh mempercayai mereka. Amalan syaitan dan iblis yang angkuh, bongkah, takbur dan riak jelas kita dengar melalui bahasa mereka ketika berceramah sedangkan syaitan dan iblis dinerakakan oleh Allah disebabkan perkara tersebut. Mereka membelakangkan ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' dilarang sama sekali memaki hamun dan kemusnahan orang, sedangkan berhala sekali pun Allah larang sebagaimana terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.
Kita tidak heranlah apa-apa pun dalam politik. Kerana mahu kepada pengaruh bukan melayu Nik Aziz sanggup mengepalai kumupan 11 menentang perpaduan sesama melayu dan islam di negara ini. Melalui fatwa-fatwa menggelirukanlah oleh Nik Azizlah Kelantan dapat diperintah oleh pas hingga hari ini. Kerana mahu menjahanam Umnolah Nik Aziz sanggup menyebelahi DAP bila kerajaan UmnoBN berhadapan dengan krisis agama di negara ini. Kerana terlalu gila kepada kuasalah Nik Aziz sanggup menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan mendoakan pemimpin Umno pecah perut. Kerana gila kepada kuasalah Khalid Samad berceramah dalam gereja menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam.
Kerana politik juga UmnoBN bertungkuslumus memberitahu rakyat kemungkaran pas dan pembangkang di negara ini. Tetapi kita semua kena tahu itu juga merupakan tanggongjawab kerajaan UmnoBN bagi mempastikan negara ini tetap aman supaya rakyat dapat hidup mencari rezeki dan beramal ibadat. Kerajaan terpaksa menggunakan berjuta2 duit rakyat dalam mengatasi karenah2 dan gaji/elaun wakil2 rakyat yang tidak berkerja, tidakkah ini pembaziran dan bebanan kepada kerajaan? ada juga orang islam mengatakan kalau tidak kerana tokoh2 pas dan PKR mengkianati fikiran orang melayu sudah tentu islam di bawah pemerintahan Umno lebih kuat lagi di negara ini.
Sepatutnya kita kena tanya dimana amalan tokoh2 islam pas sebenarnya?, adakah isi kandungan dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah,ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran,ayat 10 surah Al-Hujuraat, surah Al-imran ayat 1o3 dan ayat 112 untok orang-orang umno sahaja yang mereka anggap kafir itu? Sepatutnya Pas perjuanglah apa yang Umno tidak buat bersabit dengan kekuatan islam dan menyokong Umno apa yang Umno buat untok kekuatan islam dengan benar2 berpadukan Al-quraan dan hadis mengikut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya dan menjauhi segala larangannya bukan dengan cara apa yang mereka lakukan hari ini dengan menghukum sesuka hati orang yang mengucap dua kalimah syahadat lain sebagai golongan tidak islamik dan tidak layak masuk syurga semata tidak mengikut parti mereka.
Orang Pas tidak boleh menerima Qada' dan Qadar apabila saja kalah dalam sesuatu pilihanraya, kalau menang semua baik dan bagus kalau kalah maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan pengundi pun dianggap hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.
Kalau kita buat dalam keadaan tahu kalau kita sedikit sebanyak dianugerahkan Allah ada ilmu tetapi kita menggunakannya(ilmu) bagi kekeliruan orang untok kepertingan kita dan kumpulan kita maka orang jenis inilah Allah kata lebih awal akan dicampakan ke api neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat tetapi mereka buat. Sebab itulah Nik Aziz menggeluarkan macam-macam fatwa bagi membolehkan mereka buat. Kalau kita tengok disini Umno lebih kepada apa yang mereka lakukan sebab mereka tidak tahu, tetapi sebaliknya apa yang Pas lakukan mereka lebih tahu berbanding Umno tetapi kerana mahu jatuhkan Umno dan gila kepada kuasa Pas sanggup lakukan lebih daripada kejahatan Umno maknanya melalui fahami penulis melalui ayat-ayat Al-Quraan dan hadis diatas maka Paslah didahulukan oleh Allah dihumban ke api neraka bukannya Umno.
Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.
Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. "Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil. "Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya," kata beliau.
Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam. Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara. Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini. Sambung bacaan anda di sini...
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim di bawah ini. Bahkan sememangnya kita berharap agar pihak berkuasa mendedahkan segera siapakah pelaku di dalam video seks yang telah menjadi isu nasional ketika ini. Namun demikian, sekiranya terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan lelaki di dalam klip video tersebut, soalnya sejauh mana para pengikutnya yang taasub akan sanggup kembali ke pangkal jalan? Atau pendedahan tersebut hanya menjadi sia-sia? Sesuatu harus dilakukan ke pada para pengikut taasub Anwar Ibrahim, yakni para pengikutnya yang masih berdegil dan keras kepala terdapat segala bukti yang terang lagi bersuluh. Denga kata lain, para pengikut tegarnya seperti orang kanan Anwar Ibrahim perlulah dihukum dan diadili sama, kerana terbukti selama ini merekalah yang menjadi penyokong kuat dan bersekongkol dengan manusia yang membawa sebesar-besar fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Kerajaan wajib bertindak tegas ke atas mereka ini. Jangan biarkan mereka lari bertempiaran Wallahualam. Baca berita di bawah :
JERANTUT 22 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menyahut cabaran pihak tertentu berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya. Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika polis belum mendedahkan siapa pelakunya walaupun mendapat pengesahan ketulenan video tersebut dari luar negara, ketua pembangkang itu perlu tampil menyahut cabaran tersebut. "Namun dia (Anwar) masih menafikan segala pendedahan berkenaan serta menganggap itu perbuatan konspirasi untuk menjatuhkan maruah dan parti yang diketuainya. "Sekarang ini, video tersebut tersebar dan rakyat sudah tahu menyebabkan mereka sentiasa tertanya bila lagi pihak berkenaan mendedahkan pelakunya," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan parti KITA, di Kampung Batu Balai, dekat sini semalam. - Utusan
Mohd. Anwar Mohd. Nor (duduk, tiga dari kiri) bersama barisan exco baru Persatuan Golf Malaysia di Melaka, semalam.
MELAKA - Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dipilih sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang baru selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Robin Loh dengan kelebihan satu undi dalam mesyuarat agung tahun persatuan itu di Melaka, semalam.
Anwar memperoleh 150 undi manakala Robin mendapat 149 undi dengan dua undi rosak.
Seramai 301 perwakilan membuang undi.
Selain presiden, jawatan lain turut menyaksikan persaingan sengit dengan dua jawatan Naib Presiden dimenangi penyandangnya, Datuk Mohd. Yaacob Mohd. Kassim selepas meraih 151 undi dan Low Teck San (146 undi).
Datuk Zulkifli Ismail juga berjaya mempertahankan jawatan Setiausaha Kehormat yang disandangnya selepas mendapat 180 undi berbanding 121 undi oleh pencabarnya, Nor Afendi Mohd. Razlan.
Jawatan Bendahari Kehormat juga menyaksikan penyandangnya, Andrew Bryan Perera mengekalkan jawatan itu menerusi 180 undi yang diperolehnya bagi menewaskan Chow Chee Keong (124 undi).
Anwar pada sidang akhbar selepas pemilihan itu berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan semua badan dalam sukan itu untuk membawa sukan golf ke satu tahap baru.
"Dalam mesyuarat ini, beberapa isu dibangkitkan dan kita akan meletakkan semua itu dapat perancangan strategik kita terutama pembangunan remaja," katanya.
Sementara itu, Robin menggesa semua ahli merapatkan kembali hubungan bagi memastikan MGA terus maju ke hadapan.
Beliau juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada barisan kepimpinan baru persatuan itu demi kemajuan berterusan sukan golf di negara ini.
Al Fatihah kepada semua mangsa yang telah selamat dikebumikan pada Ahad 22 Mei 2011...
Berita baiknya : PM umum bahawa kerajaan akan bantu bina semula sepenuhnya rumah anak yatim tersebut meskipun didapati tidak berdaftar dengan Kementerian Wanita Datuk Seri Shahrizat.
Inilah wajah menteri kewangan paling bingai, bahalol, bodoh dan paling tak guna.
Setelah sekian lama memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, Anu War Ibrahim baru menyedari bahawa IPP MENYUSAHKAN RAKYAT. Itu pun setelah dia ditendang keluar daripada kerajaan.
Kini, Si Anu meroyan lagi. Seperti orang yang meroyan kehilangan anak yang dilahirkan, Anu War juga sama. Dia kini MEROYAN DENGAN MENYEBUT IPP...IPP. Kepala hotak Pak Berahim la Nuar woi. Siapa yang luluskan IPP bekal tenaga kepada TNB kalau bukan ENGKAU SEBAGAI MENTERI KEWANGAN?
Kalau dulu sampai sekarang Samy Vellu dipersalahkan setiap kali kenaikkan tol, kenapa engkau sebagai menteri yang bertanggungjawab ketika tu tak boleh dipersalahkan sebab IPP menyusahkan rakyat?
Bab kegagalan Anu War sebagai Menteri Kewangan bukan ini sahaja. Masa Anu War jadi Menteri Kewanganlah dia bagi kontrak kepada kroni dia, SPANCO untuk uruskan kenderaan Kerajaan sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak kerajaan. Kontraknya bukan sekejap beb, hingga tahun 2019! Ini bukan kroni ke NUAR!!!
Kor Ming terkejut terima soalan 'cepu mas' wartawan
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Ming menerima 'kejutan'di sidang medianya sendiri, melibatkan perjanjian kontrak penyewaankereta rasmi kerajaan, semalam.
Beliau sebelum itu meminta kerajaan mengkaji semula pemberiaankontrak bernilai RM200,000 untuk tempoh 25 tahun dengan sebuah syarikatdan ingin tahu kenapa kontrak yang dilakukan tanpa tender terbuka.
Menurutnya, penrjanjian itu untuk menyewa 9,138 kereta bagikegunaan rasmi kerajaan seharusnya dilakukan secara tender terbuka,tetapi dibuat secara rundingan terus.
"Mengikut jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kerajaan melantik syarikat itu bagi pengswastaan kereta salon kerajaan mulai 1 Janurai 1994 hingga 2019.Syarikat itu bertanggungjawab membekal, menyeleggara dan membaikikereta yang dipajak oleh kerajaan dan kerajaan akan membayar sewasetiap bulan.
Kor MIng mendakwa kos penyelenggaraan sebuah kereta terbabitdianggarkan sehingga RM18,000 untuk tempoh setahun dan memyifatkannya'amat tidak masuk akal.'
Seorang wartawan kemudian bertanya Kor Ming siapakah Menteri Kewangan pada tahun 1994 dan kenapa itu masih diteruskan.
Apabila Kor Ming tidak menjawab soalan itu, segera wartawan ituberkata Menteri Kewangan ketika itu ialah Datuk Seri Anwar IBrahim,Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang dan Anwar perlu memberipenjelasan.
Terkejut dengan kenyataan wartawan itu, Kor Ming berkata siasatanharus dilakukan terhadap kontrak itu dan semua pihak termasuk yangterlibat, termasuk Anwar mesti disiasat.
Sumber: Sinar Harian, Disember 3hb 2009
Tak payah dok bohong lagi Nuar. Ngaku je engkau SEORANG LOSER. Tak payah taichi2 lagi nak salahkan orang lain. Buat pengakuan kepada rakyat Malaysia mengenai betapa KORUPNYA ENGKAU MASA BERKUASA. Lepas tu mintak maaf. Semoga rakyat Malaysia dapat maafkan kau dengan dosa-dosa kau yang selewengkan duit rakyat.
*Jangan lupa buat pengakuan pasal video tu sekali. Kasi setel ini kes la macha. Takkan nak tangguh sampai 50 kali macam kes liwat!
Walaupun berita ni berita semalam, tapi aku rasa ramai yang tak terbaca. Jadi, aku repeat balik untuk dikongsi pembaca Mymassa.
Bagi rakyat Selangor yang tak tau apa-apa mungkin akan merasakan mereka mempunyai MB yang sangat mulia kerana sanggup membatalkan seminar di luar negara demi rakyat negerinya. Sebenarnya, Khalid Gagap yang sebelum ini berjaya mengabui mata rakyat dengan SEMINAR LUAR NEGARA terkantoi kerana seminar yang bakal dihadirinya TAHAP DR. AZIZAN PUNYA SEMINAR JE. Tak sampai tahap FADZILAH KAMSAH pun. ASPEN INSTITUTE, tempat melancong paling cocok untuk orang bertubuh ala-ala Beruang Polar sebab kat situ sangat sejuk.
Akhirnya niat jahat Khalid Ibrahim terkantoi dengan berlakunya Tragedi Tanah Runtuh. Yang lebih menyedihkan, tempat si gagap ni buat lawatan adalah tempat YANG DIASASKAN OLEH AHLI ILLUMINATI (ASPEN INSTITUTE).
The Aspen Institute was founded in 1949, by Aldous Huxley, and John Maynard Hutchins, in commemoration of the 200th birthday of German philosopher and author of Faust, and a member of the Illuminati, Goethe.
Illuminati dengan kedatangan DAJAL memang tak boleh dipisahkan. Kepada yang masih terpinga-pinga, digalakkan untuk buat research sikit pasal puak-puak ni.
Kesimpulannya, kepada pemuja P-Gay-R yang selalu tuduh PM dan TPM selalu keluar negara sebab nak habiskan duit negara, pemimpin P-Gay-R lebih teruk sebab sekurang-kurangnya pemimpin BN keluar negara bawak balik pelaburan. Tapi pemimpin P-Gay-R melancong ke luar negara guna duit rakyat, tapi habuk pun tarak. Semua kerja tarik pelaburan semuanya AGENSI KERAJAAN PUSAT yang buat seperti MIDA dan MITI. Contoh kaki melancong yang guna duit rakyat.
Cilakak punya Pakatan Rasuah. Tajuk kata nak jumpe bakal pelabur. Haram satu pun takde gambar bakal pelabur. Bakal GIGOLO ada la.
*Pakatan Rasuah guna taktik pencuri kambing menjerit PENCURI....PENCURI...PENCURI sambil tunjuk kat orang lain. Dengan harapan, orang ramai kejar individu yang ditunjuk olehnya dan dia terselamat. ART OF DIVERSION.Selamat kat dunia je Khalid woi. Tunggulah masuk 6kaki bawah tanah!
- Artikel di atas bersumberkan blog unspinner (http://theunspinners.blogspot.com/)
Jika dokumen yang didedahkan oleh Rahimi Osman (bekas pembantu khas Anwar Ibrahim) ini adalah satu dakwaan yang palsu, maka mengapa tidak Rahimi Osman disaman oleh peguam yang mewakili Anwar Ibrahim? Terbukti bahawa Anwar pakar putar belit tidak boleh lagi berselindung di sebalik penafian, penafian dan penafian. Cukuplah, letaklah jawatan.
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela Melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.
2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.
3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5. Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.
6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.
9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
"Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," tulis beliau di laman twitter malam ini.
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.
Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.
Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti.
Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN.
"Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti.
"Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum.
'5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan.
"5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya.
Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding.
Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat.
"Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat.
"Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya.
Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap.
The Elders tajaan Soros : Marry Robinson, Jimmy Carter, Nelson Mandela, Kofi Anan dan Desmond Tutu
AIDCNews
Melalui pendedahan Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia" [klik di sini] mengesahkan tiga tokoh Yahudi yang membantu penjenamaan semula imej Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004. Mereka adalah George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.
Tokoh yang mula-mula membawa Anwar ke luar negara adalah George Soros. Hasil jaringan George Soros, Anwar telah ditempatkan ke United Kingdom, menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony's College, Oxford.
St Anthony College merupakan salah satu kolej di bawah Universiti Oxford yang dipengerusikan oleh rangkaian Soros bernama Christopher Patten.
Christopher Pattern terlibat dalam dalam dua organisasi tajaan Soros iaitu ECFR (European Council on Foreign Relations) dan ICG (International Crisis Group). Klik di sini dan di sini
Menyorot kembali sejarah politik Malaysia, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia mengalami krisis ekonomi terburuk pada tahun 1997. Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menamakan George Soros, sebagai spekulator matawang asing yang meranapkan ekonomi Malaysia.
Krisis ekonomi Malaysia 1997 dirancang secara teliti oleh Soros dan Anwar semakin jelas apabila Bank Dunia dan IMF telah melantik Anwar sebagai "Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank" semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini
Bukan lagi rahsia, Soros sangat berpengaruh di Bank Dunia dan IMF melalui proksi-proksinya iaitu James Wolfensohn (Presiden Bank Dunia) dan Michel Camdessus (CEO IMF) dan kedua-dua individu ini orang yang bertanggungjawab melantik Anwar di Bank Dunia dan IMF.
Ramalan Soros yang mengatakan Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia meleset apabila pada 2 September 1998, Dr Mahathir telah memecat keahlian UMNO Anwar sekali gus tergugur jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Soros turut mengecam kerajaan Malaysia di atas pemecatan Anwar itu dan bekerjasama dengan Al Gore meniupkan gelombang reformasi untuk menumbangkan Dr Mahathir. Tetapi usaha Soros dan Al Gore itu menemui kegagalan.
Anwar kemudiannya merengkok di dalam penjara setelah didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya mendapatkan pengakuan palsu daripada Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar untuk melindungi skandal seksnya bersama Shamsida Taharin dan aktiviti liwatnya terbongkar.
Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, ramai yang tertanya-tanya, kenapa tokoh yang pertama dilawati Anwar adalah Desmond Tutu dan Nelson Mandela di Afrika Selatan.
Teka-teki itu terjawab, apabila laman web larouchepac.com mendedahkan Desmond Tutu dan Nelson Mandela merupakan rangkaian Soros dalam organisasi pro Zionis yang dinamakan The Elders. Klik di sini
The Elders juga organisasi yang ditaja oleh Soros. Selain Desmond Tutu, Mary Robinson juga merupakan salah seorang daripada ahlinya.
Paderi Desmond Tutu, Presiden The Elders
Soros telah mengunakan rangkaiannya di United Kingdom untuk membawa Anwar ke negara tersebut. The Elders yang diketuai oleh Desmond Tutu dan Marry Robinson pula membawa Anwar berjumpa semula dengan Al Gore untuk mengadakan perbincangan masa depan Anwar di London.
Soros dan David Rockefeller (dari kiri no 3 dan 4) dalam keluarga besar keluarga Yahudi Rothschild
ECFR yang merupakan cawangan CFR (Council on Foreign Relations), Amerika Syarikat seterusnya membawa Anwar ke Amerika Syarikat dan dilantik menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins.
CFR adalah pertubuhan sulit tajaan Yahudi Rothschild dan Rockefeer yang di belakangnya juga turut didalangi oleh Soros.-AIDC
Pisau kata " dengan orang kampung Anwar boleh gebang bohong sana sini,ni bukti kaitan dengan yahudi"
Bukti tindakan Tun Mahathir menolak cadangan Anwar yang terlalu mahukan bantuan IMF satu langkah bijak. Anwar ketika itu melihat jika negara terjebak dengan berhutang kepada IMF maka ia adalah satu peluang untuk beliau menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini kita tidak tahu sejauh manakah manakah maksud Anwar sebagai pengadai dan pengkhianat. Melihat kesan yang berlaku terhadap Greece makanya ini adalah bukti bahawa manusia brengset seperti Anwar sanggup mengadai negara semata mata mahukan pangkat dan tahta tanpa mengira kepentingan seluruh rakyat di negara ini.
Didalam pendedahan Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review bertajuk "British Empire Tool To Recolonize Malaysia" [klik di sini], Anwar mempertahankan tindakan beliau yang mahu melaksanakan perjanjian bersama IMF.
Anwar's Policies Anwar makes no effort to hide his intention to stop industrial and infrastructural development in Malaysia, and throughout the developing sector generally. Immediately after being ousted in 1998, Anwar told the Asian Wall Street Journal that developing countries should stop "pointing a finger at speculators and put their houses in order first," by ending their "ambitious plans for outlandish projects." In response to a public question from this writer in 2005, Anwar defended his effort to impose IMF austerity and free-trade dictates on Malaysia, despite the fact that such policies subsequently destroyed the economies of Malaysia's neighbors. The IMF policies were "beneficial," he said, in trying to stop the major infrastructure projects of the Mahathir government,
Kosmo - Greece jual pulau bayar hutang IMF
MANTAN Presiden Indonesia, Suharto menandatangani dokumen perjanjian IMF sambil diperhatikan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus di Jakarta pada 15 Januari 1998.
NAMA IMF di Malaysia hangat diperkatakan pada 1997 hingga 1998, tahun di mana banyak negara di Asia mengalami kegawatan ekonomi.
Pada masa itu, agensi kewangan berkenaan tampil untuk memberi bantuan berbilion dolar kepada negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand dengan harapan dapat menyelesaikan masalah mereka.
Misi utamanya ialah untuk memberi bantuan kewangan kepada negara yang mengalami krisis kewangan atau penurunan nilai mata wang secara mengejut.
Bagaimanapun, Malaysia tidak berminat untuk meminjam daripada IMF kerana tidak mahu badan itu campur tangan dalam dasar-dasar ekonomi negara.
Lagipun, sejak ditubuhkan pada tahun 1945, jarang negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka.
Sebaliknya, status quo yang mencerminkan negara kaya bertambah kaya dan negara miskin semakin tersepit lebih jelas.
Dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada, mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF.
GREECE negara yang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik terpaksa menanggung akibat berhutang dengan IMF.
Malah, menurut laporan akhbar sebelum ini, mereka mempunyai hak suara dalam semua proses membuat cadangan dan keputusan penting.
Dalam sisi yang lain, selepas gawat melanda Asia pada 1998 dan AS pula dilanda masalah sama 10 tahun selepas itu, kini negara-negara Eropah berdepan dengan kemelut ekonomi yang meruncing.
Bermula dengan Greece, negara yang indah dengan pulau dan penempatan persisiran laut itu menjadi negara pertama di Eropah yang menerima pinjaman sebanyak AS$155 bilion (RM333.5 bilion), diikuti Ireland dan Portugal.
Lantaran gawat juga, pemerintah Greece mula menjual pulau-pulau di negara itu sejak tahun lalu untuk membayar balik hutang negara yang mencecah puluhan bilion euro.
Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi paling popular di Greece. Semuanya sebagai usaha mengumpul modal untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan mewah.
Usaha itu terpaksa diambil selepas negara berkenaan semakin terdesak mengumpul dana setelah menerima pakej penyelamatan IMF.-Kosmo
Petikan daripada AIDC
Dalam masa yang sama Anwar turut memuji prestasi dirinya sebagai Menteri Kewangan terbaik dari tahun 1991 hingga 1997 kerana dapat menguruskan ekonomi yang baik dan mendakwa kerana pemecatannya sebagai Menteri Kewangan maka ekonomi Malaysia semakin merudum.
Kata Anwar "Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas"
Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya(chetdet.co.cc), "ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 8.5% dari 1987 dan bukannya 10% dari 1991. Mula merosot pada tahun 1997 di waktu Anwar sebagai Menteri Kewangan melaksana "ubat" IMF tanpa IMF. Memang Anwar ditangkap semasa krisis hampir berakhir. Kerana kegagalannya MTEN ditubuh untuk ambil alih tugas memulih semula kewangan dan ekonomi negara, jauh sebelum dia ditangkap"
Menurut sejarah, Anwar dilantik menteri kewangan pada tahun 1991 untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin.
Pada tahun 1993, Bank Negara dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM9,300 juta akibat urusniaga pertukaran matawang asing. Ketika itu Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen menyelar Anwar sebagai Menteri Kewangan yang tidak pandai menguruskan ekonomi hingga bank negara mengalami kerugian besar.
Krisis ekonomi yang paling teruk yang gagal ditangani oleh Anwar adalah pada tahun 1997, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi akibat serangan spekulator matawang. Ekonomi Malaysia mengalami defisit matawang lebih dari 6 persen dari GDP.
Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri menamakan George Soros sebagai 'penyangak matawang' yang merundumkan ekonomi Malaysia.
Seperti yang diperkatakan oleh Dr Mahathir sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema "IMF tanpa IMF".
Anwar telah dilantik sebagai "Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank" semasa mesyuarat tahunan IMF-World Bank yang diadakan di Hong Kong pada 23-25 September 1997. Klik di sini
Anwar dilantik oleh kawan baiknya, Michel Camdessus yang merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IMF.
Menurut Dr Mahathir kaedah Anwar mengikut telunjuk IMF untuk mengatasi kemelestan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 bakal merosakkan negara. Ekoran daripada itu Dr Mahathir melantik semula bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang "dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi".
Pelantikan Tun Daim sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Pengerusi MTEN yang menguruskan ekonomi Malaysia pada 24 Jun 1998 sebagai mengambilalih kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan.
Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam artikelnya bertajuk "Malaysia's Anwar Ibrahim: Wolfowitz's Knife in Asia's Back" mendedahkan serangan spekulator, George Soros yang merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah konspirasi di antara Soros dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
Semalam adalah hari pembohongan besar yang dilakukan oleh haprak pakatan.Mereka menghebohkan kononnya minyak akan naik 30sen.Menimbulkan keresahan dan menyusahkan rakyat.
Inilah kerja pakatan,tidak lebih daripada membuat fitnah dan menyebarkan berita yang tidak benar.Pakatan haprak lebih tahu daripada pak menteri kononnya minyak akan naik,sedangkan perkara ini masih didalam peringkat kajian.
Semalam Pisau berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Ismail Sabri ,Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Seberang Jaya . Soalan yang pertama di tanya adalah mengenai isu minyak RON 95.
Heboh di media kononnya kerajaan akan menaikkan RON95, sana sini bercakap mengenai ini.Isu yang sensitif ini begitu menghambat perhatian rakyat untuk mengetahui bila minyak akan dinaikkan apabila Pak Menteri berkata akan membuat kajian semula mengenai harga RON 95.
Namun menurut Datu Seri Ismail Sabri, pihak kementerian dan kerajaan tidak akan sewenang wenangnya menaikkan harga minyak .Kerajaan lebih berhati hati dalam isu kenaikan harga minyak terutamanya RON95 kerana minyak jenis ini menjadi kegunaan hampir 90% rakyat dinegara ini. Katanya desakan daripada Pemuda Umno seluruh negara dan beberapa Menteri termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi diambil kira.
Setiap 6 bulan,kerajaan akan membuat kajian semula harga barangan kawalan dan minyak yang disubsidi.Justeru kali terakhir harga minyak dinaikkan 5 sen pada bulan Desember 2010.Katanya pihak kementerian akan mengkaji beberapa cara untuk mengelakkan agar harga RON95 naik yang semua orang tahu begitu membebankan rakyat.Barangkali minyak tak akan naik turun tidak kata beliau.
Apabila Datuk Seri Najib berkata rakyat kecanduan subsidi,ternyata ia adalah benar sama sekali.Malah Tun Mahathir pernah berkata sampai bila kita harus disubsidi dan diberi tongkat.
Terjemahan MySinchew:
Pertama kali Najib umpamakan subsidi minyak sebagai candu yang menggemparkan, kerana rakyat di negara kita telah puluhan tahun gunakan bantuan subsidi; adakah subsidi itu bermakna kita telah hisap candu selama puluhan tahun juga?
Candu juga dinamakan Opium, dihisap untuk kesihatan panjang umur, jika digunakan berlebihan, ia akan memudaratkan pengguna dan pengguna candu akan alami penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian. Pada akhir zaman Mancuria ramai orang-orang China menghidap candu, dan telah dinamakan penyakit Lelaki Timur.
Jika subsidi itu dikatakan Candu, bermakna ekonomi negara ini telah diracuni lama, ia perlu lalui pencegahan yang amat pahit dan kesakitan untuk membuangnya, keluarkan toksin dalam badan, baru dapat pemulihan anggota badan itu. Adakah candu dan ketagihan ini dapat dibendung, itu kena lihat keazaman bagaimana rakyat di negara kita atasinya.
Kerana subsidi rakyat negara kita dapat berkembang dengan jayanya dan bersemangat tinggi, apabila ubat candu ini telah menjadi kebiasaan di dalam badan kita, rakyat semakin tidak cukup-cukup dan sentiasa mahu lebih banyak subsidi, sehinggakan telah berlaku subsidi berlebihan, menyebabkan diri itu menjadi malas, semangat meredum, persaingan dan produktiviti semakin menurun.
Sebab itu tarik balik subsidi itu akan memberi ruangan kepada negara ini tingkatkan ekonomi dan dalam jangka panjang ia memberi banyak manfaat, dan ia boleh elakkan kebergantungan rakyat pada subsidi, dengan itu ia akan memotivasikan kreativiti rakyat negara ini.
Tetapi yang meracun ekonomi negara bukan hanya Candu sahaja, ia termasuk juga tongkat, polisi mendukung dan lain-lain subsidi.
Bekas perdana menteri kita Mahathir pernah menggunakan isu budaya tongkat kritik orang-orang Melayu yang sudah kebiasaan mengharapkan bantuan pihak kerajaan; jika kita lama gunakan tongkat akhirnya nanti kita tidak boleh berjalan kaki lagi, apabila melalui jalan berliku dan berlubang, dikhuatiri orang lain yang akan mendukung kita untuk bergerak.
Berapa ramai yang sedar betapa kehidupan sekarang ini susah tetapi tidak sesusah orang dahulu? Susah macam mana pun kereta di rumah paling kurang ada 2,motor sampai 2-3 buah. Susah macam mana pun makan chicken chop,sebulan sekali dapat gaji bawak anak bini makan KFC,Pizza Hut.Dapat gaji handphone tukar beli mahal mahal.Susah susah pun pi tengok wayang jugak layan cerita Nur Kasih.Susah susah pun kat rumah ada laptop ada internet.Ada home theater.
Buat khawarij pulak minyak naik macam mana pun depa tambah bini,pi SPA tutuh sana sini. Minyak naik macam mana pun depa beli jugak kaset ceramah maki hamun,habiskan duit kayakan pemimpin dengan derma dalam setiap ceramah. Minyak naik depa tukaq sport rim baru jugak.Pasang tinted baru, tukar radio baru.
Jom kita bezakan Malaysia dengan negara pengeluar minyak contohnya sepertiVenezuela yang mengeluarkan 2.4 billion tong sehari iaitu 4 kali ganda dari Malaysia tetapi 37% rakyatnya masih hidup dibawah paras kemiskinan.
Tidak dinafikan minyak dinegara kita mahal,tetapi jika dilihat dari segi peratusan kadar kemiskinan amat rendah. Jika kadar subsidi diturunkan lebih banyak manfaat dan menguntungkan rakyat dan lebih banyak rakyat dapat keluar dari kemiskinan.
Kita disajikan dengan hujah hujah yang hanya menyerlahkan kebodohan diri sendiri,bercakap seolah olah mereka tahu semua hal,subsidi dikurangkan dikatakan diberikan kepada kroni kerajaan sedangkan tidak ada satu pun dibuktikan secara berfakta dan tuntas.Perbandingan harga minyak,kdnk,inflasi dan pendapatan rakyat oleh haprak pakatan yang dibuat seolah olah penjawat awam yang sama sama membuat keputusan seolah bodoh bodoh belaka.Mereka saja yang bijak,mereka saja ada ubat segala penyelesaian.
Haprak pembohong nombor satu negara seperti Anwar dan gerembolan pemimpin pakatan mengunakan hujah kononnya IPP tidak harus menerima subsidi.Tahukah anda sebahagian besar syarikat IPP yang diluluskan adalah hasil air tangan Anwar semasa beliau menjadi menteri kewangan,kroni kroni Anwar ramai yang terlibat mengaut laba daripada IPP ini.Beliau memperbodohkan rakyat kerana menyedari perjanjian dengan IPP tidak boleh ditukar dalam tempoh tertentu.
Terkini Datuk Idris Jala baru baru ini berkata kontrak dan pemberian subsidi bersama IPP akan dikaji semula.Satu lagi penyelesaian yang dibuat oleh kerajaan atas kepentingan rakyat.
Yang membutakan mata kita adalah tohmahan haprak pakatan,mereka memberi pelbagai hujah dan alasan untuk terus mendapat subsidi,sebenarnya semua orang mahu dapat subsidi kerajaan,maklumlah benda free.
Tetapi jika difikirkan secara logik adakah kerajaan BN dengan sengaja mahu memperjudikan kepentingan politik dengan mengurangkan subsidi kepada rakyat. Adakah kerajaan BN apabila berkuasa dengan sengaja mahu menekan rakyat walau pun menyedari rakyat pasti akan menongkah arus dan membantah.
Di sini kita dapat melihat pengorbanan kerajaan BN mementingkan kepentingan rakyat dan negera daripada kepentingan survival politik mereka.Hujah dan dalil dari haprak pakatan begitu bombastik,kononnya ada 1001 penyelesaian mengenai masaalah subsidi tetapi sebenarnya ia lebih kepada kosmetik pemasaran menjual jenama politik mereka tanpa memikirkan baik buruk dimasa hadapan.
Lambat laun minyak tetap akan naik,minyak bukan makin bertambah tetapi makin berkurangan.Perkiraan politik dunia harus diambil berat.Tidak kira siapa yang memerintah dinegara ini yang pasti kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan.
Politik perut sudah mula dicanang diseluruh negara,Untung nasib perut sekarang ini menjadi percaturan politik gampangan pakatan.Mereka sudah mula menjanjikan bulan dan bintang.Ubat sakit perut dijanjikan kononnya dapat memulihkan kembali perut rakyat. Ekonomi Perut Terjajah: sini
Nak membantah tidak menjadi masaalah,tetapi bantahlah secara bijak bukan termakan dengan segala hujah hujah murahan yang bodoh daripada pemimpin pakatan.Cakap memang senang nak laksanakan belum tentu boleh buat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini ada mengumumkan akan melaksanakan akta anti persaingan untuk mengawal harga barang yang naik secara tidak munasabah. Dalam mengawal selia harga barangan Pisau berpendapat kerajaan harus melihat supply chain ,orang tengah,pemborong dan peruncit yang menjadi punca harga barang melonjak secara mendadak dan tidak munasabah.
Kalau Gula naik SEKILO 20 SEN,takkan teh tarik yang guna gula tak sampai beberapa gram segelas naik jugak 20 sen.Perkara ini sama juga kepada harga minyak,naik sepuloh sen seliter tetapi kos harga barang naik berpuluh sen.Yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah adalah pemborong dan peruncit.Mengapa perkara ini kita gagal untuk kenal pasti?
Cadangan kepada pihak kementerian agar menambah pegawai peguatkuasa di seluruh negara ,sekarang ini 2 ribu pegawai untuk pantau seluruh negara tidak mencukupi,tambah lagi pegawai agar dapat bertindak tegas terhadap pemborong dan peniaga yang naikkan harga barang secara melampau.
Gunalah kuasa sebagai pembeli,kalau harga barang naik kita ramai ramai boikot,permintaan sesuatu barang menjadi kurang sudah tentu harga akan menjadi murah.Sekarang ini yang berkuasa menaikkan harga barang sesuka hati adalah pemborong dan peruncit. Mengapa kita tidak nampak siapa dalang sebenar disebalik kenaikan harga barang.
Pisau kata " memang barang naik, ada pihak yang untung,pemborong dan peruncit,rakyat lupa mereka ada kuasa sebagai pembeli"
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan