Isnin, 15 Ogos 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 15 Aug 2011 04:02 PM PDT

Apabila TG Nik Aziz ulas isu azan, ada pencacai umnongok yang cakap TG Nik Aziz tua nak mampos. Di sini dah terserlah kebodohan dan kejahilan puak ni.

Sebagai rujukan:

Blog Umno Cakap Nik Aziz Tua Kutuk Nak Mampos?

Umno Dan BN Pembela Islam? Siapa Tua Kutuk Nak Mampos?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA2IOgZcsSB3CoTjq3sMeMqIUHgLyjQ6PLuunrBtwl_FwQ6NB6Bdh8iI1A_h6CE1h5NkoMZkHtrl4nwduR10ejvnyDdNzFJ6M3bSsatmI7KJNhRJt5RfzZE4R9pBR8A5zX1ZXR_7ifrSO0/s1600/DSCN1540.JPG

pekeliling

http://www.malaysiandigest.com/images/newfolder/hasan%20ahmad.jpg

Mufti Pulau Pinang


GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Kerabu bersuara:

Mufti kena berani! bukan macam ustaz Umno, ajak berjumpa dan berbincang terus kecut!

Sembang kat belakang bab agama dan isu semasa macam nak bergegar KLCC
Berani untuk berhujjah macam ni digalakan macam Islam

Ada fakta yang bernas! ada dalil yang menyokong sesuatu perkara

Bukan macam puak umno, pemimpin cakap merapu macam penyanyi karaoke box!

Datang je isu, terus ulas. Macam orang bodoh, padahal taraf menteri!

Apa kata blog umno? mufti tua nak mampos? kita tunggu apa kata mereka

Video lucah bersepah dalam blog, nak ulas isu agama? pppuuihhhh!
Umno yang nak mampos!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DIALOG RAKYAT

Posted: 15 Aug 2011 03:46 PM PDT

Konspirasi Singkir Najib ! :Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno

Posted: 15 Aug 2011 03:27 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT

KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengenai 'ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak' dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.

Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.

Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato' Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.

Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.

Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.

"Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah," ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.

Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.

"Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan," kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.

Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.

Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.

Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI

Posted: 15 Aug 2011 03:21 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka.

Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful?

Beberapa ekor pencacai ini merasa terlalu hina apabila DS Anwar tidak melayan mereka sejak dari dulu lagi. Mereka lebih merasa hina apabila semua program ceramah mereka untuk memburukkan DS Anwar tidak berjaya mempengaruhi rakyat, bahkan rakyat semakin Linkmenyokong Ketua Umum PKR tersebut. Sebab itu, mereka sanggup jadi pencacai untuk hadir ke mahkamah demi Najib.

Tidak perlu panggil beberapa ekor pencacai ini ke mahkamah kerana watak penting di dalam kes tersebut adalah Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Cukuplah dengan mereka ini sahaja untuk kita ketahui kebenarannya nanti. Jika watak penting ini takut atau gentar untuk menjadi saksi, tidak lojik untuk kita dengar cerita dari pencacai `tukang karut' yang mahu mencari makan ini. Lepas ini kita akan tahu siapa lebih `jantan' samada Najib atau Rosmah atau kedua-duanya `betina' belaka./wfauzdin.blogspot.com

Seorang rentung, 3 cedera dalam kebakaran

Posted: 15 Aug 2011 03:19 PM PDT

BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang lelaki rentung manakala tiga lagi rakannya cedera setelah Proton Wira yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam kemalangan di Kampung Jerus, Bukit Abal di Pasir Puteh, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya, berkata mangsa yang rentung selepas kereta itu terbakar dalam kejadian 10.58 malam itu dikenali sebagai Tuan Mohd Shamsul Tuan Yahya, 35, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh.

"Mangsa adalah pemandu kereta berkenaan yang terperangkap selepas kereta itu terbakar manakala tiga lagi rakannya bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya di sini, hari ini.

Kaharuddin berkata mereka yang cedera itu dikenali Mohamad Ikram Ismail, 27, yang merupakan pemandu Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Mohamad Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18, seorang mekanik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Abal, Zuraidi Zakaria, 17.

Katanya siasatan mendapati kereta berkenaan yang datang dari arah Pasir Puteh dikatakan cuba mengelak kenderaan lain yang mahu memasuki simpang.

Katanya pemandu kereta berkenaan kemudiannya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik ke cerun jalan yang kemudiannya terbakar.

"Bomba bersama lima anggota tiba tidak lama selepas itu dan api yang begitu marak menyukarkan kerja menyelamat," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala rakannya itu juga turut dihantar ke hospital yang sama untuk menerima rawatan.

Seorang saksi, Juhaili Abu, 42, berkata beliau melihat kereta berkenaan hilang kawalan lalu terjunam ke cerun jalan berkenaan.

"Saya terdengar satu letupan yang kuat sebelum melihat api membakar kereta berkenaan dan orang ramai cuba memberikan bantuan," katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata kesemua mereka yang berasal dari Kampung Bukit Abal itu hendak ke Kampung Pak Badol untuk mencari kedai makan.

Sambutan merdeka sebaiknya dianjur NGO, parti politik dan sukarelawan

Posted: 15 Aug 2011 03:06 PM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penganjuran sambutan hari kemerdekaan sebaik-baiknya dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik atau badan-badan sukarelawan, dan tidak hanya dilaksanakan oleh kerajaan semata-mata, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, ini kerana sambutan hari kemerdekaan adalah satu acara di mana semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik berhimpun meraikan sambutan itu.

"Malangnya di tanah air kita, tidak semua berpendapat sedemikian. Mereka lebih membenarkan program-program merdeka ini dan nasionalisme ini dikendalikan oleh kerajaan," katanya ketika ditemuramah Radio 24, di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan ke-54 berkata, walaupun begitu ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk mengendalikan program dan acara sambutan kemerdekaan serta acara nasionalisme lain memandangkan sambutannya perlu direalisasikan dengan baik.

Dalam pada itu, Rais berkata, sambutan kemerdekaan tahun ini akan memberi penekanan kepada acara pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis, pejabat dan rumah berbanding acara lain.

"Dulu kita beri bendera untuk kereta dan sebagainya tapi tahun ini kita tidak buat begitu kita terus landaskan pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis dan rumah-rumah," katanya.

Mengulas mengenai kemunculan media-media baru yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, Rais berkata, ia jelas menunjukkan bahawa sambutan terhadap media cetak semakin berkurangan.

Bagaimanapun beliau berkata, ia hanya sementara memandangkan trend semasa yang melihat pengguna gemar mendapatkan maklumat menerusi media baru akan berubah kepada cara tradisional di mana media cetak akan kembali mendapat perhatian.

"Dunia media pada hari ini di seluruh dunia sedang melalui satu zaman transisi dengan lain perkataan pelbagai media sedang diuji keberkesanannya, penggunaannya dan tahap-tahap yang boleh diterima sebagai penjalin kemanusiaan," katanya.

Jawatankuasa Pemilihan Parlimen

Posted: 15 Aug 2011 02:55 PM PDT



NAJIB Tun Razak dihadiahkan cenderamata berupa gambar ayahandanya ketika menjadi Perdana Menteri yang dirakamkan jurufoto Bernama. Najib berada di Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama media. Hadir sama isterinya, Rosmah Mansor (kanan) dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong. – BERNAMA


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya dan anggota Kabinet tidak rela menjadi Perdana Menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan menubuhkan kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan BN.

"Jangan ada sesiapa yang salah anggap kononnya kita tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen yang kuasanya terletak pada tangan rakyat.

"Ini adalah pendirian kerajaan dan inilah juga respons kerajaan terhadap pertikaian yang tercetus baru-baru ini," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut, Najib berkata, persetujuan itu bukan perkara baru sebaliknya ia merupakan proses bagi meneruskan tradisi demokrasi berparlimen.

Jelasnya, dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa bakal kerajaan dan dengan segala dasar yang dilaksanakan, BN tidak takut untuk menyerahkan nasib parti itu kepada rakyat.

"Kalau nasib sabut kita timbullah, kalau batu sebaliknya. Tetapi apa yang penting sekali komitmen kita di sini adalah untuk mengabdikan diri kepada rakyat. Kita merupakan kerajaan yang memperjuang dan membela nasib rakyat.

"Kita merupakan kerajaan yang membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan mendahulukan rakyat itu adalah sesuatu yang dihayati oleh kita," tegasnya.

Perbicaraan Kes Anwar diganggu Kumpulan Gerakan Anti Liwat.

Posted: 15 Aug 2011 05:30 AM PDT

KL POS

KUALA LUMPUR- Perbicaraan Kes Liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan hari ini setelah selesai menyoalsiasat beberapa saksi yang dikemukakan beliau termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Sementara itu, sekumpulan berpakaian baju kuning yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Anti Liwat dilihat berkumpul di luar Mahkamah.

Mereka dikatakan mendesak agar pihak mahkamah tidak melayan lagi sebarang karenah pihak Anwar dan mempercepatkan perbicaraan ini sehingga selesai.

DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan

Posted: 15 Aug 2011 04:07 AM PDT

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

"Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum.

"Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan "kompak nasional yang baru", yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

"Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional," kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

Posted: 15 Aug 2011 04:04 AM PDT

Mujahid Yusof
Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media
yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu 'larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok
pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan 'rempah ratus' menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.
Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu 'mengganggu' suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.

Kerakusan media 'membelasah' pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu 'meminggirkan Islam' dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu "Pengharaman Poco-Poco" Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar'ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari'e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit.

Mujahid Yusof Rawa , MP Parit Buntar, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional

Utusan putar belit fakta berita Nasrudin

Posted: 15 Aug 2011 04:02 AM PDT

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood mengingatkan Utusan Malaysia supaya tidak masuk ke dalam katogeri golongan fasik hanya semata-mata mahu menyebarkan berita yang tidak sahih dan bohong.

Berhubung dengan tajuk berita 'Nasrudin terus desak pimpinan PAS' menampakkan kedangkalan Utusan Malaysia yang sengaja memutar belit fakta dengan menyorokkan berita yang benar.

Ini kerana katanya, kenyataan Nasarudin merupakan perkara biasa dan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, beliau membuat kenyataan yang adil dan itulah sifat Pemuda yang tegas.

Menurut beliau, Utusan jangan dianggap sebagai pengadu domba dengan menyiarkan berita yang tidak benar dan paling jelas menabur fitnah.

Beliau memetik maksud firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.

Katanya, laporan Utusan Malaysia itu bertujuan melaga-lagakan pimpinan PAS disamping mahu memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Islam.

"PAS tidak pernah mengecam exco Hal Ehwal Agama, Adat istiadat dan Infrastruktur, Datuk Dr Hasan Mohd Ali serta Nasrudin itu sendiri, manakala dalam bab akidah PAS tetap pertahankan," tegasnya.

Ini membuktikan kata beliau, dalam PAS dibenarkan bersuara di mana PAS mengambil keputusan untuk mendengar kedua-dua pihak membuat penjelasan.

"Sebagai satu parti dalam komponen yang bakal memimpin negara, kita mendengar semua pihak dan tidak menjatuhkan hukuman tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu," tegas Dr Mariah (gambar).

Berhubung pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama katanya, jika Jais ada bukti dan melakukan pendakwaan PAS akan sokong dan bukan hanya cakap daripada laporan akhbar yang belum sahih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja terkilan dengan laporan Utusan Malaysia yang sentiasa tidak tepat dan sering sensasikan berita untuk menarik pembeli.

"Tajuk UM sering menimbulkan kemarahan orang, kalau orang yang membeli dan membaca tidak tahu cerita sebenar mereka akan terpengaruh dengan maklumat tersebut," katanya.

Menurut beliau, isu Jais yang dibesar-besarkan adalah bertujuan politik untuk menggambarkan seolah-olah Islam itu sudah tercabar dan tergugat kedudukannya.

"Saya dapat maklumat NGO di Selangor lebih kurang 200 orang hadir dalam satu malumat selepas Jais membuat pemeriksaan DUMC. Dalam taklimat itu mereka diminta menandatangani satu memo mengecam Menteri Besar Selangor," katanya.

Beliau menegaskan sudah tentu ada tangan di luar daripada proses yang sah untuk mempolitikkan isu Jais dan sudah terbukti bahawa Utusan Malaysia memainkan isu ini.

Berkenaan isu murtad kata beliau, Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah membawa perkara itu dalam sidang Parlimen.

Bagaimanapun tegasnya, kedua-dua cadangan itu tidak disokong oleh Umno dan itu menunjukkan bahawa PAS telah menengahkan isu murtad sejak dulu lagi.

Bukan Islam lebih faham bila berkawan dengan PAS

Posted: 15 Aug 2011 03:58 AM PDT

Fakhri Ali

TASEK GELUGOR: Hubungan dengan PAS sejak kemenangan Pilihan raya Umum tahun 2008, banyak mengajar masyarakat bukan Islam, khususnya dalam DAP untuk mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam.

Demikian dinyatakan oleh Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim, ketika menyampaikan ceramah bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di Markas PAS Padang Menora malam tadi.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini pemikiran bukan Islam banyak diracuni oleh MCA dan Gerakan dengan membuat pelbagai dakwaan yang menakutkan, tetapi kini setelah menjadi rakan dengan PAS, bukan Islam telah banyak memahami Islam yang sebenarnya.

"Kerana berkawan dengan PAS jugalah, majlis berbuka puasa turut dianjurkan oleh pemimpin DAP seperti Lydia Kok di Berapit, Bukit Mertajam bagi meraikan sauadara-saudara Islam yang berpuasa.

"Dulu kita tidak diajar untuk memahami unsur-unsur baik dan harmoni ini. Kini, pemimpin di kalangan DAP bukan saja boleh turut sama untuk berbuka puasa bersama-sama seperti mana yang sering dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga berjaya memahami konsep hubungan baik tersebut.

"Hubungan baik ini juga tidak berjaya diresapi oleh pimpinan MCA dan Gerakan, walaupun mereka telah sekian lama berkawan dengan Umno. Oleh kerana itu jugalah, kita melihat kecelaruan sentiasa ada dalam komponen parti tersebut," tegasnya lagi.

Turut hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Pinang Pinang, Yusni Mat Piah.

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno

Posted: 15 Aug 2011 03:55 AM PDT

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

"Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

"Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

"Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai," jelasnya.

Persenda Negaraku di YouTube

Posted: 15 Aug 2011 03:53 AM PDT


KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube.

Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali.

Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik.

"Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian.

"Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia," katanya kepada Kosmo!.

Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap 'kreatif tidak bertempat' segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut. - Kosmo

Pertanyaan sesi Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan

Posted: 15 Aug 2011 03:50 AM PDT

Ooi Heng

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 (2011) berkemungkinan besar merupakan sesi Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU Ke-13) diadakan. Mengikut takwim Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersidang mulai 3 Oktober 2011 sementara Perdana Menteri (PM) merangkap Menteri Kewangan Najib Razak akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada petang 7 Oktober 2011.

Ramai yang menjangkakan bahawa Belanjawan akan datang merupakan "belanjawan pilihan raya" di mana pelbagai "gula-gula PRU Ke-13" akan diumumkan untuk menawan hati para pengundi. Belanjawan pilihan raya lumrahnya juga dianggap sebagai mempunyai kecenderungan bersifat populis. PM sendiri, seawal bulan Mei tahun ini, sebelum gelombang tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya menguningkan sebahagian besar halaman Facebook sebelum dan selepas perhimpunan besar-besaran BERSIH 2.0 pada 9 Julai, telah menyatakan bahawa Belanjawan 2012 "adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi", seakan-akan cadangan yang dibentangkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) berhubung pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) telah diterima pakai dan kuota Bumiputera yang termaktub dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) semenjak tahun 1970 telah dimansuhkan. Seolah-olah sifat inklusif telah mencorakkan keseluruhan langkah-langkah transformasi dan memanfaatkan segenap rakyat jelata tanpa dipengaruhi faktor-faktor seperti politik naungan, budaya rent-seeking dan perbezaan etnik.

Tatkala itu, agensi penarafan Standard & Poor (S&P) masih belum menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat daripada AAA kepada AA+, trend jualan saham masih belum menyaksikan pasaran saham sedunia, serantau dan dalam negara jatuh secara drastik melibatkan kehangusan nilai berpuluh-puluh bilion, bank pelaburan Goldman Sachs masih belum mengkaji semula dan menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini dan tahun depan.

Tatkala itu juga, PM masih mimpikan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan mencapai sasaran 6% tahun ini. Dasar "rasionalisasi subsidi" Kerajaan UMNO-BN yang pro-korporat dan membebankan rakyat masih mendominasi dunia buzzword dan hangat dipertahankan oleh ahli politik, badan pemikir dan ahli akademik yang tidak tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2300 atau secara purata RM1500.

Selepas Buku Jingga Pakatan Rakyat (Pakatan) menyarankan untuk "merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat", dan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, kini, Najib sebagai "anak seorang PM" yang berlatar belakangkan golongan bangsawan dan menjalani kehidupan mewah sedang berbicara tentang bagaimana kerajaan "akan terus menyediakan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat antaranya seperti pemberian subsidi minyak, makanan, bil perubatan", lantas memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) baharu dan ketujuh iaitu "Perangi Kos Kehidupan". Kakitangan kerajaan pula diberikan bonus setengah bulan atau sekurang-kurangnya RM500 pada bulan Ramadhan setelah tiga tahun berturut-turut tidak diberikan bonus.

Ciplak atau kebetulan? Buku Jingga Pakatan juga menjanjikan pemberian RM500 yang didakwa ahli politik dan badan pemikir kerajaan kononnya akan membangkrupkan negara! Buku Jingga "mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa." Kalau begitu, apakah pemberian bonus, gula-gula pilihan raya dan subsidi berbentuk insentif kepada syarikat kroni oleh kerajaan tidak membangkrupkan negara? Kalau begitu, apakah pemberian "duit raya" sejumlah RM42.6 juta kepada seramai 112,635 peneroka akan membangkrupkan FELDA?

Tentu tidak! Sebab pemberian-pemberian sedemikian bukan punca kepada kelembapan ekonomi negara. Yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi ialah masalah struktur seperti yang dibangkitkan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli (gambar kiri) dalam kenyataannya bertajuk "Prestasi ekonomi mutakhir menjadi petanda kegagalan dasar ekonomi Najib" pada 10 Ogos 2011, bahawa setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang menelan pelaburan RM142 bilion, yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), lantas "membuktikan bahawa sasaran 92 peratus pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai".

Yang menjadi penghalang kepada transformasi ekonomi dan negara ialah budaya berbau monopolistik seperti yang dibangkitkan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam kenyataannya bertajuk "Pakatan Malaysia Airlines dan AirAsia: Berbau monopolistik atau selamatkan ekonomi negara?" pada 12 Ogos 2011, yakni wacana baharu di sebalik penggubalan Akta Persaingan 2010 yang diluluskan pada bulan Mei 2010 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 adalah bahawa, negara perlu memainkan peranan untuk menyediakan suasana persekitaran ekonomi yang menggalakkan persaingan yang sihat untuk membangunkan ekonomi negara dan bukannya menggalakkan amalan berbau monopolistik yang membantutkan semangat persaingan kompetitif. Tetapi sehingga hari ini kita masih menyaksikan realiti yang sebaliknya dalam banyak kes.

Apabila diteliti Belanjawan Negara yang dikemukakan semenjak Najib, anak seorang bangsawan, memegang jawatan Menteri Kewangan, trend projek mega yang bersifat membazir dan pro-kroni besar serta kekurangan ketelusan yang sewajarnya dalam kebanyakan tatakelola dan urusan kewangan masih mencorakkan kerangka pengurusan dan pembangunan ekonomi. Lantaran itu, defisit fiskal tahun ini yang disasarkan pada 5.4% oleh anak seorang bangsawan pasti menghampakan rakyat yang prihatin terhadap status kewangan negara. Dalam konteks ini juga, dakwaan wang zakat digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan ekoran ketidaktelusan pentadbiran wang zakat masih tidak dijawab sepenuhnya.

Begitu juga, kemelut yang melanda Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd, yang melibatkan pekerja Dawama tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan seumpamanya, masih menanti-nanti jawapan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan "anak seorang PM dan bangsawan" berhubung pertanyaan-pertanyaan berkisar sekitar nisbah agihan perkongsian keuntungan tidak masuk akal iaitu 80:20 (Dawama-DBP) untuk judul umum dan 70:30 untuk buku teks.

Banyak isu dan persoalan yang menanti jawapan kementerian-kementerian berkaitan dalam siding Parlimen akan datang. Jangan pula wakil rakyat terlupa kepentingan isu-isu berkaitan kerana terlalu asyik dengan soal sama ada diri mereka akan menjadi calon pada PRU Ke-13.

Semasa bulan Merdeka tahun 2009, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen merayu kepada rakyat bahawa "semua parti korup negara-negara seperti Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan telah digantikan, hal ini wajar seterusnya berlaku di Malaysia". Kini menjelang kemerdekaan tahun ini, Sasterawan Negara A. Samad Said (gambar kiri) pula menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda bahawa, "Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka", semasa beliau merasmikan kempen 'Jom Baca Media Alternatif' pada 8 Ogos 2011. 【Baca: A.Samad: Sudah tiba waktunya untuk "regime change"

Tarikh akhir menghantar soalan Parlimen untuk sidang Dewan Rakyat bulan Oktober nanti ialah 9 September 2011, saya sedang merenungkan persoalan ini: Apakah reaksi anak seorang PM dan bangsawan, apabila beliau diajukan dengan soalan parlimen berikut.

"Minta Menteri menyatakan usaha kerajaan untuk meyakinkan Generasi 709 termasuk Pak Samad, bahawa masih belum tiba masanya kerajaan ini ditukar."

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

DAP tetap bersama PAS, PKR

Posted: 15 Aug 2011 03:45 AM PDT

DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina tetapi sebuah parti yang berjuang untuk kepentingan semua.


PETALING JAYA: DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 bagi mengembalikan hak warga negara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Penasihat Lim Kit Siang berkata, DAP berjuang untuk membawa perubahan fundamental bagi membuka langkah memajukan sumber guna tenaga dan kemahiran bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan maju.

"DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina. Tetapi sebuah parti Malaysia yang berjuang untuk kepentingan semua, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan atau Orang Asli sebagai rakyat biasa yang mempunyai hak sama rata," kata beliau.

Lim berkata, para pemimpin DAP telah bertungkus lumus dan melakukan banyak pengorbanan hanya kerana berpegang teguh dengan perjuangan politik mereka sejak 45 tahun yang lampau.

"Mereka (para pemimpin DAP) pernah didakwa dan dianiaya di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang paling lama empat tahun sembilan bulan) dan dipenjara.

"Mereka juga dibatalkan sebagai ahli Parlimen dan diharamkan dari memegang jawatan selama lima tahun kerana bertegas dalam perkara-perkara prinsip, berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia yang melangkaui sempadan bangsa dan agama.

"Setelah membuat pengorbanan dan melalui kesengsaraan ini tidak mungkin DAP dapat menggantikan MCA dalam Barisan Nasional.

Oleh itu, persoalan DAP menyertai BN tidak timbul," tegas Ahli Parlimen Ipoh Timor itu.

Lim berkata demikian dalam blognya hari ini berhubung undangan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin agar DAP menyertai BN.

Mengulas perkara ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, besar kemungkinan DAP tidak akan menyertai BN memandangkan DAP boleh menonjolkan dirinya sebagai jaguh apabila berada "di luar" kerajaan.

Komen Nazri disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily semalam dan beliau menambah, Perikatan (kini BN) pada 1969 lalu mengundang Gerakan menyertai Perikatan apabila parti itu menang di Pulau Pinang.

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal

Posted: 15 Aug 2011 03:41 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

'Peneroka dapat hutang, bukan pendapatan'

Posted: 15 Aug 2011 03:31 AM PDT

Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin.


palm oil palm kelapa sawit 201107Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta.

Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula.

"Ini kenyataan yang sangat bercanggah. Apa yang nyata peneroka bukan ada pendapatan tapi dibebani hutang," kata Rebin yang menjelaskan bahawa peneroka berkenaan menanggung hutang tersebbut melalui bayaran "sara hidup" yang diterima daripada Felda setiap bulan.

Penyelidik di Sekretariat Task Force Selangor itu juga berkata, peneroka berkenaan akan menerima bayaran tersebut sehinggalah tanaman mereka membuahkan hasil.

Bayaran yang semakin meningkat itu, bermula dengan bayaran RM1,000 sebulan sebagai permulaan untuk tahun pertama, akan terkumpul dan membebankan peneroka apabila proses tanaman semula mengalami kelewatan, kata Rebin lagi.

Jelasnya, bayaran tersebut mula dibuat kepada peneroka sejak tanaman getah atau kelapa sawit ditebang untuk program tanaman semula.

palm oil plantation 111005Ini menyebabkan peneroka terpaksa bergantung kepada pinjaman berkenaan dan ada di antara golongan itu yang didakwa menanggung hutang sehingga RM92,000 – hanya dalam tempoh lapan tahun.

"Jadi macam mana (Najib) boleh kata pendapatan peneroka meningkat? Peneroka yang sebenarnya ada pendapatan sekitar RM3,000 sebulan adalah yang tanam semula secara persendirian.

"Peneroka inilah yang sering dikatakan tak kenang budi, yang keluar dari rancangan Felda dan kemudiannya dianaktirikan.

"Kumpulan inilah yang berjaya tapi PM kata peneroka ada pendapatan, ini tak betul," kata Rebin lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Golongan peneroka yang mengambil tindakan untuk menjalankan tanam semula secara persendirian itu bagaimanapun didakwa terus menerima ugutan daripada pengurus Felda dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan masing-masing.

Rebin berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan peneroka 'persendirian' itu semakin berkurangan seperti yang dikesan di Felda Palong 9, Negeri Sembilan.

"Di Palong 9 (Negeri Sembilan) ada program tanam semula melibatkan seramai 250 orang peneroka. Yang tanam sendiri ada 15 orang. Pada permulaannya ada 80 orang, tapi setelah diugut, akhirnya bilangan mereka berkurangan.

"Ugutannya, tidak dapat bantuan sekolah, bantuan hari raya dan insentif tertentu yang ditawarkan Felda. Mereka ini kononnya boleh disingkir jadi bila dengar disingkir, dia takut.

NONE"Mereka juga dimomokkan bahawa tidak dapat sara hidup, walhal sara hidup itu sebenarnya hutang," katanya lagi.

Tekanan seperti itu memaksa peneroka mengambil tindakan mahkamah ke atas Felda – sebanyak lapan kes setakat ini termasuk dari kumpulan peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan – yang kebanyakannya dilihat memihak kepada peneroka.

Terbaru ialah kes saman RM344 juta yang dikemukakan oleh 711 peneroka dari tanah rancangan Jengka, berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah melibatkan kadar perahan minyak sawit.

DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN

Posted: 15 Aug 2011 03:30 AM PDT

Susan Loone
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

NONE"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Sistem p'raya cuba dikotorkan, dakwa Mahfuz

Posted: 15 Aug 2011 03:26 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff tidak wajar mempertahankan sistem sedia ada dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada daftar pemilih yang bersih di dunia ini, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu dikira memalukan dan tidak wajar" dikeluarkan oleh seorang yang mengetuai sebuah badan bebas.

NONE"Yang (beliau) sepatutnya melihat persoalan-persoalan untuk memastikan daftar pemilihan dan proses sistem pilihan raya dapat berjalan dengan baik dan telus.

"Bukan kita membawa isu-isu yang tidak ada di dunia ini, (iaitu) daftar pemilih yang bersih seperti yang didakwanya," katanya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa pada masa ini terdapat pihak yang cuba "mengotorkan" sistem pilihan raya dan daftar pemilih.

"Jadi, bukan isu tidak ada (di) dunia daftar pemilih yang bersih. Itu satu persoalan yang lain.

"Dan saya sangat mempersoalkan apakah rakyat di negara maju yang lain begitu dungu sehingga tidak dapat mengesan daftar pemilih yang bersih," katanya.

Sementara itu, mengulas projek pemutihan rakyat asing yang sedang giat dijalankan, Mahfuz mendakwa terdapat usaha memberikan kerakyatan kepada bangsa asing untuk kepentingan politik BN.

"Saya menganggap bahawa perbuatan memberi warga asing taraf kerakyatan sampai ke peringkat menjadi pengundi, menunjukkan SPR dan kerajaan tidak patriotik terhadap negara kita.

"Ini sangat merbahaya, apabila sifat patriotik itu sudah tidak ada, sehingga sanggup menjual dan menggadai masa depan, kedaulatan dan keselamatan negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penubuhan sebuah badan bebas yang diletakkan di bawah parlimen untuk memilih dan merombak suruhanjaya tersebut.

Katanya, badan bebas tersebut bertanggungjawab untuk memilih individu yang kredibel dan wibawa untuk mengendalikan SPR dan memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih.

VIDEO | 6.02 min

AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz

Posted: 15 Aug 2011 03:17 AM PDT

Abdul Rahim Sabri Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

NONESelain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

azlanSehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya. Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

NONEDi bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

azlanBagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

KERANDA DAN BATU NISANKAH UNTUK SAIFUDDIN?

Posted: 15 Aug 2011 12:05 AM PDT

Oleh: HAJI MELAYU

Bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah itu dianggap sebagai satu daripada Trojan horse pembangkang bukanlah perkara baru. Telah lama orang bercakap mengenainya dan ia semakin dirasakan benar apabila anggapan itu disokong oleh beberapa kenyataan atau tindakan Saidfuddin sendiri.

Terkini ialah apabila Saifuddin sekali lagi menunjukkan bahawa dia tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno dalam membandingkan perhimpunan BERSIH 2.0

dengan rusuhan di kota London

.

Kebanyakan pemimpin UMNO, dengan rasminya burung belatuknya, memang sekata bahawa BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang terjadi di London.

"Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," itu yang ditegaskan oleh Saifuddin dalam satu forum anjuran ABIM di Kajang semalam.

Dalam forum yang sama, Saifuddin malah menganggap kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain.

Dengan kenyataan itu, Saifuddin sebenarnya turut mengambil pendirian berbeza daripada bosnya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, kelmarinberkata parti-parti gabungannya bersependapat bahawa rusuhan di London membuktikan bahawa tindakan keras kerajaan ke atas peserta BERSIH 2.0 adalah wajar.

Dalam budaya politik UMNO/BN, apabila anda memberi pendapat yang bertentangan dengan 'akidah dan amalan' pemimpin-pemimpin utama anda, maka kemungkinan untuk anda menjerut tali ke leher sendiri amatlah cerah.

Saifuddin sendiri tentu tahu risiko yang menantinya, lebih-lebih lagi dalam saat-saat di mana negara dipercayai akan menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh yang tidak begitu lama lagi.

Dengan lain bahasa, Saifuddin mempertaruhkan kerusinya apabila membuat kenyataan-kenyataan seperti itu.

Bagaimanapun bagi mereka yang menghargai keberanian dan kebebasan memberikan pendapat, pandangan Saifuddin selayak-layaknya dialu-alukan. UMNO/BN sepatutnya memberi lebih banyak tempat dan ruang kepada pemimpin seperti ini.

Tetapi percayalah, berdasarkan pengamatan saya perkara seperti itu tidak berlaku. Apa yang selalunya disediakan oleh UMNO/BN kepada pemimpin seperti Saifuddin ialah keranda dan batu nisan.

Hanya 4 kerusi lagi untuk tumbangkan BN Negeri Sembilan !

Posted: 15 Aug 2011 12:01 AM PDT

DETIK DAILY

PAKATAN Rakyat hanya memerlukan tambahan empat lagi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Negeri Sembilan dalam PRU13 tak lama lagi.

Tambahan empat kerusi bukanlah sesuatu yang sukar, bagaimanapun ia tidak boleh dipandang mudah, tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Katanya, apa yang penting Pakatan mampu mempertahankan kerusi yang sedia ada di kawasan bandar dan menyusun strategi untuk menarik sokongan masyarakat di Felda dan kampung.

"Pada saya persiapan kali ini (PRU-13) adalah lebih baik daripada Pilihan Raya Umum 2008. Kita harap dengan perkembangan yang ada PAS akan mencatat keputusan yang lebih memberangsangkan," katanya.

Mohamad Taufek yang juga Adun Paroi yakin Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dari segi bilangan kerusi, Pakatan Rakyat kini menguasai 15, berbanding BN hanya 21. Beliau mendakwa, lokasi Negeri Sembilan yang terletak di pinggir Lembah Kelang sepatutnya tahap pencapaian ekonominya, jauh lebih baik.

Tetapi, katanya, kerajaan Umno-BN yang ada gagal meningkatkan ekonomi rakyat dengan hanya mengutip pendapatan negeri sekitar RM300 juta setahun. Jumlah ini, dakwa Mohamad Taufek hanya cukup untuk perbelanjaan pengurusan dan inilah isu yang akan diketengahkan kepada rakyat.

SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?

Posted: 14 Aug 2011 11:57 PM PDT

PASPB


Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah :-

1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?


3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

SofiWahab

DAP sedih dengan perkauman Perkasa

Posted: 14 Aug 2011 11:48 PM PDT

KUALA LUMPUR – DAP sedih kerana masih ada segelintir ekstremis mahu menghancurkan keharmonian rakyat Malaysia dengan ancaman dan ugutan serius.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok berkata, ugutan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali terhadap Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan terhadap DAP yang kononnya terlibat dalam 'konspirasi Kristian,' adalah tidak wajar.

"Tuduhan Ibrahim terhadap DAP hanya berdasarkan rasa emosi, bukan dengan fakta yang kukuh. Konspirasi itu juga fitnah besar.

"DAP sedih dengan kenyataan itu dan menegaskan bahawa kami tidak pernah sama sekali membelakangi kepentingan semua kaum, agama, budaya mahu pun bahasa mana-mana masyarakat di Malaysia," katanya.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menegaskan keahlian penganut Kristian di dalam DAP adalah yang paling sedikit berbanding penganut Hindu dan Buddha serta kepercayaan kaum Cina.

"Ini adalah kerana Kristian bukan agama popular dalam keahlian DAP. Jadi, macam mana DAP boleh mengadakan konspirasi seperti apa yang Ibrahim tuduh itu?" kata Exco Kanan Kerajaan Selangor itu yang juga beragama Kristian.

Semalam, media melaporkan Ibrahim mengugut akan mengambil tindakan dan "kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa" jika kerajaan tidak menyelesaikan isu 'konspirasi Kristian' selain menuduh perhimpunan aman Bersih 2.0 lalu sebagai tidak sah dan mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam rakaman video seks.

Justeru, Teresa mempersoalkan kenapa Ibrahim kerap membangkitkan isu-isu sensitif bertujuan memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia.

"Kalau mahu cari publisiti murah pun, janganlah sampai membangkitkan kemarahan antara kaum dan agama," katanya.

Jelasnya, sejak penubuhan Perkasa, kenyataan dan tindakannya amat agresif dan bersifat mengelirukan rakyat Malaysia, tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Beliau memberi contoh pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru anjuran Perkasa 19 Jun lalu, Ibrahim telah menghentam perhimpunan Bersih dengan membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreevenasan dan menggambarkannya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya."

"Adakah kekerasan sebegini melambangkan 'perjuangan' Perkasa? Adakah Perkasa mewakili semua orang Melayu di Malaysia?" kata Teresa.

Klip video serang Asyraf ditonton hampir tiga juta orang

Posted: 14 Aug 2011 11:43 PM PDT


LONDON — Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kemudian menyamun seorang pelajar Malaysia, Mohd Asyraf Haziq Rossli di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini merupakan klip video 'single' mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.

"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.

Asyraf (gambar), 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan, berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain David Cameron, yang telah menonton filem itu, menyifatkan serangan terhadap pelajar Malaysia tersebut sebagai satu kutukan menyakitkan dan meluatkan.

Sambil menyifatkan rusuhan itu sebagai jenayah, tulen dan mudah, Cameron mengumumkan beberapa langkah bertujuan membawa dalang serangan tersebut ke muka pengadilan.

Tangkapan pertama berkaitan dengan serangan itu dan samun terhadap Asyraf telah dibuat.

Reese Donovan, berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di East London, didakwa merompak telefon bimbit jenis Nokia dan PSP jenis Sony Asyraf.

Donovan adalah salah seorang anggota kumpulan remaja lelaki yang berpura-pura membantu pelajar Malaysia itu yang telah jatuh di mana giginya patah serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh.

Klip video itu menunjukkan Donovan bukan menolong Asyraf tetapi mengambil barang-barangnya dari beg sandang di belakangnya yang dikatakan semuanya bernilai 300 pound.

Asyraf sedang berbasikal apabila beliau diserang oleh sekumpulan budak-budak lelaki dan basikalnya dicuri oleh mereka yang berumur tidak lebih 12 tahun.

Dalam reaksi terhadap seorang rakyat asing di Britain, rakyat negara ini mengkritik tindakan ganas dan samun itu terhadap mangsa tersebut.

Sebuah laman web diwujudkan "Let's Do Something Nice For Asyraf Haziq" (Marilah Buat Sesuatu Yang Baik untuk Asyraf Haziq) bagi memungut sumbangan wang untuk pelajar berkenaan.

Satu mesej di laman web itu mengumumkan bahawa hampir 4,000 pound telah dipungut untuk Asyraf.

Umno, DEB dan Melayu Tanjung

Posted: 14 Aug 2011 11:42 PM PDT

Ahmad Tajdid

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad.

Laporan Bernama itu memang menarik untuk diulas. Apatah lagi apabila ia berkaitan dengan nasib Melayu dan Bumiputera.

Sebelum DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Pulau Mutiara itu, Umno dan sekutu BN-nya telah mentadbir negeri itu lebih dari lima dekad. Dengan wakil yang ramai dalam kerajaan negeri dan diberi kerusi Timbalan Ketua Menteri, Exco kanan dan Exco negeri, Umno masih gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu Tanjung.

Kegagalan Umno-BN ini nampaknya tidak menginsafkan Rahmad dan kongres yang dipimpinnya. Mereka tetap mahukan orang Melayu di negeri itu meletakkan harapan kepada parti yang selama ini telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Tanpa mahu mengulas lanjut, diperturunkan kembali artikel berhubung nasib Melayu Tanjung bertajuk "UDA khianati DEB dan Melayu Tanjung" yang pernah disiarkan Harakah untuk renungan Rahmad, anggota KMPP dan Melayu Tanjung seluruhnya:

TIDAK banyak yang diperkatakan tentang nasib Melayu Tanjung (yang menetap di bahagian pulau, Pulau Pinang) ketika negeri itu ditadbir BN. Selama lebih lima dekad, topik perbincangan tentang Melayu Tanjung hanya berkisar tentang boria dan nasi kandar. Jarang perbincangan tentang nasib Melayu Tanjung dipaparkan media kerana ia perkara sensitif yang dikhuatiri meletakkan BN di 'kandang orang salah'.

Hanya setelah Pulau Pinang beralih angin kepada Pakatan Rakyat, nasib Melayu Tanjung mula diperkatakan umum. Kerisauan berkisar tentang kerajaan negeri pimpinan DAP yang kononnya banyak mengetepikan kepentingan Melayu Tanjung. Benarkah dakwaan itu?

Wakil Harakah, AHMAD TAJDID dan MOHD SABRI SAID menemubual aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong, MOHD SALEH YAHYA bagi membongkar punca sebenar proses marginalisasi Melayu Tanjung khususnya isu pembangunan di penempatan Melayu di Tanjung Tokong. Pertemuan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2011.

---------

BAGI Mohd Saleh antara pihak yang patut dipertanggungjawabkan terhadap nasib Melayu Tanjung yang semakin terpinggir adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Malah UDA yang ditubuhkan atas semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal berfungsi sebagai agensi yang diberi tanggung jawab menyusun dan menempatkan semula Melayu di kawasan bandar.

UDA ditubuhkan pada tahun 1971 di atas semangat DEB manakala Tanjung Tokong adalah antara projek terawalnya. Kepentingan Tanjung Tokong dalam pelasanaan DEB, jelasnya dilihat apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Husein sendiri turun padang melawat perkampungan itu pada 10 April 1972.

"Beliau sendiri mengumumkan rancangan kerajaan yang terbesar di sini.
Projek disasarkan selama 20 tahun dan menjelang 1990 dijangka selesai. Malangnya yang sebaliknya berlaku," ujarnya.

Menurut Saleh, sepanjang tempoh itu, sejumlah 37 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dengan sengaja menggagalkan rancangan asal Tun Razak dan mengubah kampung asal Tanjung Tokong menjadi kampung yang kucar-kacir susun aturnya.

"Tanah diperolehi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan harga tukar syarat yang minima. Tujuannya untuk memulih, memperbaharui dan membangunkan semula kampung tradisi itu supaya sesuai dengan pola penghidupan di bandar.

"Selepas 37 tahun Kampung Warisan Melayu yang berusia 200 tahun lebih telah ditukar oleh UDA menjadi kawasan setinggan. Semuanya berpunca daripada pengabaian, penyelewengan dan pengkhianatan UDA. Agensi dan GLC yang dipertanggungjawabkan telah mengkhianati DEB dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurut beliau, Tanjung Tokong sebenarnya boleh dipulihkan tetapi sengaja ditinggalkan kerana motif keuntungan. Apabila nilai tanah melambung, penduduk asal kampung itu dianggap tidak layak tinggal lagi di tapak asal dan perlu dipindahkan.

"Mereka dipaksa pindah kerana tanah itu mahu dibangunkan untuk projek komersial sedangkan pembangunan yang dirancang tidak dibuat untuk mereka," kesal beliau.

Baginya, UDA telah melupakan tanggung jawab sosial untuk membantu Melayu Tanjung kerana badan itu telah diresapi unsur komersil dan kronisme.

"Kini UDA lebih menumpukan projek komersil yang memberi keuntungan dengan melupakan tanggung jawab sosialnya yang asal. GLC itu hanya bercakap dan bercakap sahaja. Hakikatnya projek untuk orang Melayu tidak ada.

"Tapak gerai penjaja untuk rakyat juga akan dilenyapkan bagi membina projek rumah kedai berharga jutaan ringgit. Sedangkan rakyat menuntut rumah kerana penduduk yang tidak berumah ramai bilangannya," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan, tambahnya sejak 1990 hingga kini, penduduk asal Tanjung Tokong dianggap sebagai antipembangunan, sedangkan UDA langsung tidak mempedulikan pembangunan di kampung itu.

"Penduduk dibiarkan membina rumah sesuka hati. Jadi stuktur dan susun atur kampung yang pada mulanya tersusun dibiarkan rosak dengan sengaja tanpa mengadakan peluang perumahan untuk rakyat yang terperangkap dalam trauma Melayu terpinggir," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan UDA memanfaatkan kawasan tebus guna tanah seluas 54 ekar bagi projek penempatan penduduk sedangkan kawasan itu diperolehi atas alasan untuk membangunkan Kampung Tanjung Tokong.
"Nyata UDA tidak sama sekali membuat apa pun projek perumahan rakyat di atas tanah tebus guna tersebut hingga kini," katanya.

Kini tambahnya, timbul pula isu baru apabila cadangan kawasan penempatan semula gerai penjaja Tanjong Tokong hendak dilenyapkan bagi memberi laluan kepada projek rumah kedai berharga jutaan ringgit.

Penduduk asal Tanjung Tokong, katanya mahukan perumahan dan kompleks niaga yang selaras dengan keupayaan mereka, bukannya projek rumah kedai yang tidak mampu dimiliki.

Beliau juga kesal dengan tindakan UDA mengisytiharkan tanah milik penduduk sebagai kawasan setinggan dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah yang telah diduduki sekian lama.

"Tanah Kampung Tanjung Tokong kini bernilai ratusan juta ringgit dan bertaraf 'prime area' dengan harga RM400 hingga RM500 sekaki persegi.
"Langkah mengisytiharkan seluruh kawasan Tanjung Tokong sebagai kawasan setinggan bertujuan mengelakkan UDA daripada membayar sebarang pampasan kepada penduduk," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk asal Tanjung Tokong mahukan perkampungan mereka dijadikan 'kampung warisan' kerana ia wujud sebelum kedatangan penjajah British.

"Sepanjang penglibatan UDA selama 37 tahun, ia langsung mengetepikan keperluan rakyat yang paling asasi. Sehingga kini Tanjong Tokong masih tidak mempunyai pasar, pejabat Pos, dewan orang ramai dan padang awam. Penduduk berniaga di atas jalan raya.

"Sebelumnya ada pasar, selepas penglibatan UDA ditiadakan. Itulah kejayaan terbesar UDA menghilangkan keperluan asasi penduduk," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar tanah tapak gerai Tanjong Tokong di kawasan tanah tebus guna laut di hadapan Masjid Qarwa diperuntukkan untuk pembangunan perumahan rakyat di bawah RMK10 dengan segala keperluan asas.

Menurut beliau, kini terdapat 1,500 kelamin yang tidak berumah di Tanjung Tokong.

UDA jelasnya, perlu memulangkan sebahagian tanah yang diperolehi dengan percuma kepada rakyat. Biarkan kerajaan melaksanakan sepenuhnya projek perumahan di bawah RMK-10.

"Jika peruntukan diberi kepada UDA mungkin akan disapu oleh kroni dan projek belum tentu terlaksana," ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mampu melaksanakan projek perumahan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan UDA.

"Kerajaan perlu melaksanakan fungsi sosial dengan agresif di sini kerana pembangunan komersial yang mengetepikan peluang rakyat untuk terlibat sangat ketara.

"Rakyat yang telah terpinggir daripada arus pembangunan perdana kini akan dipinggirkan lagi dari kawasan asal penempatan mereka," jelasnya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Malam Munajat PAS Cawangan Tmn Cempaka

Posted: 14 Aug 2011 10:36 PM PDT



13 Ogos: "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Demikian pepatah Melayu yang tak lekang dek zaman. Menggambarkan peri penting cara didikan dan asuhan yang perlu diberikan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Atas maksud itu, PAS Cawangan Taman Cempaka menganjurkan "Malam Munajat" bagi mendidik rohani para Pemuda PAS Cawangan Tmn Cempaka.


Solat dan munajat diimamkan oleh al-fadhil Ust Rizal bermula seawal jam 4 pagi.



Aktiviti diteruskan dengan bersahur beramai-ramai.



Yang muda makan bersama yang tua. Ukhuwah terjalin.



Solat subuh berjemaah.



Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Musa, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka.





Pengikut