Rabu, 12 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Feb 2014 03:09 PM PST

Afidavit Najib perlu ditolak kerana kesalahan pada nama, kata bekas polis

Posted: 12 Feb 2014 01:25 AM PST

Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan percanggahan afidavit melibatkan perdana menteri dan isterinya selepas Mahkamah Rayuan menolak akuan berkanun (SD) miliknya, semalam.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur itu mendakwa, alasan penolakan SD ke atas Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai persamaan dengan afidavit Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan isterinya.

Semalam, panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam keputusan sebulat suara berkata, SD Mat Zain bukan kenyataan dalam mahkamah dan tidak boleh diterima.

"Tuduhan lain dalam SD itu wajar dipertikaikan," katanya ketika membacakan keputusan itu.

Mat Zain mendakwa keputusan semalam pada masa bermakna afidavit yang dikemukakan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang difailkan pada 2011 semasa perbicaraan kes liwat kedua Anwar, juga boleh dianggap tidak boleh diterima.

"Ada kecacatan tersembunyi dalam afidavit, di mana nama PM dalam afidavit berbeza dengan nama yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam daftar pemilih yang digunakan semasa majlis angkat sumpah PM pada 2009 dan 2013," kata Mat Zain dalam satu kenyataan hari ini.

"PM mengesahkan namanya sebagai Najib bin Tun Hj Abdul Razak dalam afidavitnya.

Bagaimanapun, dalam daftar pemilih dinyatakan sebagai Mohd Najib bin Abdul Razak. Manakala, semasa majlis angkat sumpah pula dinamakan sebagai Muhammad (Mohd) Najib bin Tun Hj Abdul Razak pada kedua-dua majlis. Rosmah juga mengesahkan nama suaminya sebagai Najib bin Tun Hj Abdul Razak dalam afidavit," katanya.

Selaras dengan keputusan ke atas SD tersebut, Mat Zain menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan sama ke atas afidavit bercanggah khususnya melibatkan Najib dan Rosmah.

"Penghakiman sama juga mesti diguna pakai walaupun hal tersebut melibatkan perdana menteri dan isterinya.

"Oleh itu, peguam negara wajib memberitahu mahkamah percanggahan dalam butiran melibatkan Najib dalam afidavit beliau dan isterinya dan juga dengan dokumen lain," katanya.

Bekas anggota polis itu mendakwa sudah membangkitkan isu percanggahan itu sejak 2011 kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika itu dan baru-baru ini kepada perdana menteri dan peguam negara.

"Ia sama ada afidavit PM dan isteri perlu diisytiharkan tidak boleh diterima oleh mahkamah kerana percanggahan dan mereka perlu dipanggil semula saksi, atau mereka mempertahankan afidavit masing-masing untuk membetulkan nama PM."

"Najib juga perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Agong jika namanya pada kad pengenalan adalah Najib dan bukannya Mohd Najib.

"Jika tidak, ia akan menjadi haram baginya untuk menjalankan fungsi perdana menteri jika sumpah beliau tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Pada 9 Januari 2012, Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Permohonan kedua Anwar untuk mengenepikan Shafee, berdasarkan SD Mat Zain ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Mat Zain mendakwa dalam akuan berkanunnya, bahawa Shafee dan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff membincangkan salah laku Gani di rumah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 20 Disember, Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar dan mengatakan SD itu tidak relevan kerana ia berkait dengan insiden mata lebam yang sudah diputuskan mahkamah sebelum ini.

Aziah berkata, SD itu hanya bukti yang dengar cakap dan Mat Zain tidak hadir ke mahkamah untuk menyatakan kebenaran.

Beliau berkata, terdapat beberapa kesilapan dalam SD seperti nombor kad pengenalan Mat Zain dihitamkan.

Anwar mencabar kesahihan pelantikan Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah. Tetapi, mahkamah menolak permohonannya pada 20 November lalu.

Guru tetap berdemonstrasi, janji Muhyiddin hanya penyedap hati

Posted: 12 Feb 2014 01:15 AM PST

OLEH MD IZWAN

Kumpulan guru anggap janji Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai janji kosong. Gambar fail.Kumpulan guru anggap janji Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai janji kosong. Gambar fail.

Keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati, kata Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Bagi SGMM, kita akan tetap meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 22 Februari, seperti yang sudah dirancang.

"Kita juga mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kumpulan pendesak guru tersebut merancang untuk mengadakan bantahan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.

SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka.

"Kita juga tidak mahu menteri mengeluarkan kenyataan demikian hanya untuk membatalkan hasrat kami berhimpun, bukannya memandang isu yang sebenar iaitu tentang sistem PBS.

"Pesan kami jangan jadikan ia langkah penyedap hati demi menghentikan perhimpunan," katanya.
Bantahan daripada bidang perguruan amat jarang diadakan dan perhimpunan kali ini menunjukkan warga pendidik semakin tidak berpuas hati terhadap sistem PBS.

Perhimpunan guru itu dikatakan akan tetap diadakan walaupun Putrajaya sudah berulang kali memberikan kaminan bahawa PBS adalah keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.

Mohd Nor Izzat berkata, pihaknya tidak menjangkakan ramai guru akan turut serta dalam perhimpunan itu kerana wujudnya sikap birokrasi kerajaan sehingga menyebabkan kebanyakan guru tidak berani menyatakan pandangan mereka.

"Seperti yang diketahui, guru seperti kami terikat dengan satu sistem birokrasi yang dilahirkan oleh kerajaan Malaysia daripada kementerian.

"Maknanya kebanyakan guru takut dan kami tidak letak harapan yang tinggi untuk ramai guru datang pada perhimpunan bantahan itu. Saya letak sasaran lebih daripada 10 guru sahaja, itu pun sudah cukup baik sebagai simbolik," katanya.

PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan.

Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan.

Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Selepas ia dilaksanakan, pelbagai kritikan dibuat oleh tokoh pendidik, termasuk bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz.

Ungku Aziz berpendapat, jika tiada tangan gatal yang mengusik dan merombak sistem pendidikan Malaysia sesuka hati, beliau yakin pendidikan negara tidak akan menjadi carca-marba seperti yang berlaku sekarang.

Putrajaya selepas ditekan mengumumkan untuk mengkaji semula sistem PBS secara menyeluruh

Bantah SPPBS, guru himpun di Putrajaya 22 Februari ini

Posted: 12 Feb 2014 01:02 AM PST

SPPBS
PUTRAJAYA : Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari ini membantah pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan yang dinamakan #Himpunan222MansuhPBS turut mengalu-alukan sokongan warga pendidik dan ibu bapa dari seluruh negara.

"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih ramai guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.

Difahamkan himpunan tersebut turut mendapat sokongan Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat.

Dalam pada itu, Izzat membantah kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Mary Yap bahawa SGMM mahukan SPPBS ditukar kepada sistem matrikulasi.

"Tindakan Mary Yap ini sangat memalukan kerana tidak mengikuti perkembangan kehendak SGMM yang mahu PBS dimansuhkan serta-merta.

"Jika beliau tidak tahu isu, lebih baik dapatkan nasihat pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia) sebelum mengeluarkan kenyataan yang memalukan diri," kata Izzat dalam kenyataan.

Izzat berkata, Mary Yap dilihat cuba mengalih perhatian supaya tumpuan SGMM dalam kempen mansuhkan PBS disalah erti.

"Sebagai Timbalan Menteri, beliau jangan menipu rakyat dengan memanipulasi cerita yang tidak pernah disebut oleh SGMM.

"Saya malu ada Timbalan Menteri yang suka putar belit dan cuba mengada-adakan cerita.

"Sekali lagi, jika beliau mahu tahu perkara sebenar, sila tunggu Himpunan 222 pada 22 Februari ini," tegasnya.

Kebebasan akhbar Malaysia merosot, lebih rendah dari Bangladesh & Myanmar

Posted: 12 Feb 2014 12:57 AM PST

RSF_reportKUALA LUMPUR : Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris merosot dua anak tangga, dari kedudukan 145 ke 147 dari 180 buah negara.

Kedudukan ini meletakkan Malaysia berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

RSF seperti dilaporkan Malaysiakini tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.

Badan pemantau itu bagaimanapun menyatakan ia dibuat berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis NGO, wartawan sendiri, dan pakar undang-undang.

Turut diambil kira, kes pencabulan terhadap kebebasan media seperti penapisan dan serangan terhadap wartawan.

PSM tak tanding PRK Kajang, sedia kerjasama lawan BN

Posted: 12 Feb 2014 12:55 AM PST

PSM
KAJANG : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam kenyataannya hari ini, PSM tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini.

"PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoritu rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.

"Kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca kepada pelbagai masalah di negara kita," kenyataan PSM dipetik.

Dalam pada itu PSM menyatakan berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan Pakatan Rakyat atas dasar saling hormat menghormati dan melawan Umno-BN.

Tambahnya, PSM komited membina gabungan dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-libeal dan kapitalisme di dalam dan luar negara.

"PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama.

"Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini," tegas kenyataan tersebut.

Lebih 1,000 perwakilan ke konvensyen Pakatan Rakyat 8 Mac

Posted: 12 Feb 2014 12:53 AM PST

Pakatan Rakyat

SHAH ALAM : Lebih 1,000 perwakilan dijangka hadir ke konvensyen Pakatan Rakyat kelima yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada 8 Mac ini.

Adun Cempaka, Ir Iskandar Abdul Samad dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja untuk konvensyen kali ini.

"Konvensyen tersebut akan diadakan pada 8 Mac depan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang," kata Iskandar pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

"Objektif konvensyen yang diadakan secara tahunan ini bertujuan mengumpulkan aktivis dan pemimpin Pakatan

"Pemilihan Selangor sebagai tuan rumah diputuskan dalam satu mesyuarat para pemimpin utama Pakatan Rakyat sebelum ini," tambahnya.

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim bertindak sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2 bagi Konvensyen Pakatan Rakyat kelima ini

Shafee ada kepentingan dalam kes Anwar – Latheefa Koya

Posted: 12 Feb 2014 12:52 AM PST

Latheefa_Koya
PUTRAJAYA : Biro Guaman & Undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kepentingan peribadi dalam kes rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang memutuskan melepas dan membebaskan Anwar .

Kata Latheefa, Shafee antara individu yang hadir ketika Saiful Bukhari Azlan bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediaman Perdana Menteri itu.

"Adalah jelas Shafee mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini," kata Latheefa.

Malah kata Latheefaa, Shafee pernah bertindak sebagai penasihat kepada Tun Dr Mahathir sewaktu pemecatan Anwar pada 1998.

Tindakan Shafee adalah pelanggaran etika profesional peguam seperti terkandung dalam peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Selain diketahui rapat dan pernah mewakili beberapa pemimpin Umno dalam kes mahkamah terdahulu, Shafee turut melakukan kesalahan serius sebelum ini apabila tidak membuat laporan tentang tuduhan yang ditimbulkannya terhadap Peguam Negara.

Shafee gagal melaporkan salahlaku Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung kes Pulau Batu Putih dan kes mata lebam Anwar seperti disebut dalam afidavid bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Abdul Taib Kata Umno Rasis?

Posted: 12 Feb 2014 12:43 AM PST

Oleh A Kadir Jasin

KALAU betul apa yang dilaporkan mengenai kenyataan (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.

Media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran kepada pengganti beliau agar "memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke Sarawak".

Ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan "politik rasis" Umno berkembang di Sarawak.

Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan Nasional Sarawak tidak perlu khuatir.

Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics).

Apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di bawah Mohd Najib Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi tuduhan yang sangat berat itu?

Kenyataan Abdul Taib yang dikatakan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional Sarawak pada 9 Feb. memberi gambaran jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya  perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapinya sekarang, membawa Umno ke Sarawak pastinya bukan keutamaan Mohd Najib. Secara peribadi saya tidak melihat wujud kewajaran atau kebijaksanaan bagi Umno bertapak di Sarawak.

Jadi apa perlunya Abdul Taib mengeluarkan amaran itu dan melemparkan tuduhan yang sangat berat dan menghina terhadap Umno?

Apakah ini cara beliau menghantar mesej kepada Putrajaya supaya tidak mengambil kesempatan daripada pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak? Kalau ia pun, mengapa sampai menuduh Umno rasis?

Kalau Umno masih berpegang kepada perjuangan kebangsaan Melayu, ia wajib dengan tegas dan terbuka membantah dan menyangkal tuduhan bahawa ia mengamalkan politik rasis.

Atau apakah Abdul Taib, seperti banyak orang bukan Melayu, turut tidak senang hati dasar Umno memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan?

Kalau benar Umno rasis kerana memperjuangkan hak orang Melayu, mengapa pula ramai ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya melihat Umno di bawah kepemimpinan Mohd Najib sebagai tidak cukup gigih dan lantang mempertahankan Melayu? Sebaliknya mereka melihat Mohd Najib sebagai terlalu berlembut dengan orang bukan Melayu.

Jadi apakah masalah Abdul Taib sebenarnya? Adakah cemuhannya terhadap Umno itu satu lagi manifestasi ketidakpuasan dan ketidakmesraan beliau dengan Mohd Najib yang dilihatnya sebagai tidak cukup lantang mempertahankan beliau daripada tuduhan salah guna kuasa dan rasuah sebaliknya mahu beliau berundur cepat?


Semua orang tahu bahawa Abdul Taib marah kepada Mohd Najib kerana membuat kenyataan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun 2011 bahawa beliau (Abdul Taib) akan bersara selepas pilihan raya itu.

Abdul Taib mungkin berundur sebagai KM, tetapi pengaruh beliau tidak akan berakhir serta-merta dan begitu saja, apatah lagi kalau beliau memilih untuk meneruskan kehadirannya dalam kehidupan seharian Sarawak melalui jawatan Yang di-Pertua Negeri.

Apa pun, Umno tidak ada pilihan melainkan menjawab tuduhan Abdul Taib bahawa ia mengamalkan politik perkauman.

Buat jangka masa pendek dan sederhana, Umno terpaksa terus menjalin perhubungan yang tertib dan bertamadun dengan parti-parti BN negeri, khususnya Parti Pesaka Bumiputera (PBB), kerana BN Sarawak adalah unik dan berlainan.

Tidak seperti di Semenanjung dan Sabah, parti-parti BN pusat tidak bertanding di Sarawak. BN Sarawak dianggotai sepenuhnya oleh parti-parti kaum dan suku kaum negeri.

Selepas ketegangan pada tahun-tahun awal keanggotaannya dalam Malaysia, Sarawak berubah menjadi  kubu BN sehingga dilabelkan sebagai "simpanan tetap" atau negeri penyelamat BN.

Sama ada Sarawak akan terus menjadi negeri "fixed deposit" BN bergantung pada siapa yang menggantikan Abdul Taib dan di atas kebijaksanaan kepemimpinan BN pusat, khususnya Umno, menjalin hubungan dengan negeri berautonomi itu. Wallahuaklam.http://kadirjasin.blogspot.com

Cadangan EGM MCA Diketahui Rabu

Posted: 12 Feb 2014 12:40 AM PST

MSTAR ONLINE

 

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti untuk mengkaji semula keputusan parti menolak pelantikan jawatan Kabinet akan diketahui pada Rabu selepas prosespenjumlahan tandatangan selesai.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ia telah mengadakan kempen pungutan tandatangan di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan untuk mendesak kepimpinan parti mengadakan EGM itu.

"Jumlah sebenar tandatangan yang kami perolehi hanya akan kami tahu pada pukul 12 tengah hari esok sebelum kami menghantarnya ke kepimpinan parti," katanya dalam sidang media di Wisma MCA di sini Selasa.

Menurut perlembagaan parti, EGM hanya boleh diadakan atas arahan presiden atau setelah mendapat sokongan dua pertiga anggota jawatankuasa pusat atau setelah mendapat persetujuan dua pertiga daripada perwakilan pusat.

Dalam mesyuarat tahunan parti pada 2011 dan 2012, MCA telah mengambil keputusan untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan sekiranya ia tidak menunjukkan prestasi yang baik semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013.

Pada EGM 20 Oktober tahun lepas, para perwakilan telah menolak satu usul untukmemansuhkan keputusan itu.

Semasa PRU-13, MCA hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri berbanding 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi dewan undangannegeri yang dimenanginya pada 2008.

Mah berkata, adalah penting bagi MCA untuk menyertai semula Kabinet untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam khususnya masyarakat Cina kerana ketiadaan wakil parti dalam kerajaan boleh menimbulkan banyak masalah.

"Kami risau mengenai parti kami, masyarakat Cina, maka ini adalah waktu terbaik untuk menyertai semula kabinet atau bersama dalam kerajaan," kata Mah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak. - BERNAMA

'Saya akan pertahan Dun Kelaboran'

Posted: 12 Feb 2014 12:35 AM PST


 

MOHD Zaki Ibrahim menjadi wakil rakyat di Dun Kelaboran sejak tahun 2004 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).

Ketika itu beliau bertanding menentang calon BN, Datuk Wan Johanis Wan Husin.

Pada PRU12, Mohd Zaki sekali lagi dipilih rakyat di Dun Kelaboran menjadi wakil rakyat mereka.

Pada PRU tersebut, beliau menentang calon BN, Wan Hanapi Wan Yaakob.

Sikap cakna Zaki berjaya memenangi hati rakyatnya apabila pada PRU 13, beliau sekali lagi diberi mandat untuk terus menjadi wakil rakyat di Dun Kelaboran buat penggal kali ketiga berturut-turut.

YB dipilih sekali lagi sebagai wakil rakyat Dun Kelaboran, bagaimana penerimaan rakyat yang tidak menyokong YB?

Selepas selesai pilihanraya semua rakyat sama ada Pas atau BN akan kembali bertaut dan mereka semua berlapang dada serta menerima saya sebagai wakil rakyat mereka terutama dalam urusan dengan jabatan atau agensi kerajaan negeri.
Ini antara keunikan rakyat Kelantan.

Pada PRU 13, ada kemerosotan undi majoriti, apa puncanya?

Punca kemerosotan undi (100 undi) pada PRU 13 yang lalu adalah disebabkan rakyat terpedaya dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rakyat disogok dengan duit di saat hampir pilihanraya dan dijanjikan akan diberi lagi BR1M dengan jumlah yang lebih kalau BN menang.

Keduanya adalah kaedah pengundian awal kepada anggota keselamatan yang memberi 'milage' pada BN.

Bagaimana YB menangani kemerosotan itu nanti?

Saya akan memberi kefahaman berterusan pada rakyat bahawa BR1M atau apa jua sumbangan kerajaan  adalah dari duit rakyat dan menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Ia bukan duit parti atau mana-mana pemimpin parti.

Keduanya, akan guna saluran tertentu agar pihak SPR mengubah kaedah pengundian awal yang memperlihatkan seperti mahu menakutkan pengundi yang terlibat serta tiada jaminan keselamatan tong undi kerana tidak melibatkan ejen parti menjaganya selama tiga  malam sebelum dikira.

Dun Kelaboran sebagai kubu kuat Pas sejak tahun 1999 lagi, bagaimana YB mempertahankan?

Ia, saya akan mempertahankan Dun Kelaboran ini agar tidak jatuh ke tangan BN.
Saya akan menambahbaikkan lagi program pemantapan Islam kepada masyarakat supaya memahami Islam secara menyeluruh.

Program kebajikan akan berjalan sepanjang masa bukan bermusim hanya pada pilihanraya saja. Pendekatan saya juga, saya mendekati pengundi sebagai rakan bukan sebagai musuh.

Apakah langkah masa pendek dan panjang YB untuk rakyat Dun Kelaboran apabila tiga penggal menjadi YB di Dun ini?

Program agama berjalan berterusan dan akan diperhebatkan lagi. Begitu juga program kebajikan akan berjalan sepanjang masa.

Selaku YB di Dun Kelaboran saya berusaha untuk menarik pelabur dalam membangunkan beberapa kawasan tertentu dalam Dun Kelaboran terutama pusat perniagaan yang boleh menjana peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tak masuk akal bersidang sehari

Posted: 12 Feb 2014 12:30 AM PST


SEREMBAN – Wakil rakyat pembangkang mendakwa Sidang Dun April ini tidak masuk akal kerana berlangsung hanya sehari.

Ketua pembangkang, Anthony Loke berkata, notis persidangan yang diterima wakil rakyat minggu lalu memaklumkan Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dun yang ke-13 akan berlangsung pada Jumaat, 11 April untuk istiadat perasmian, manakala 14 April pula untuk persidangan yang bermula jam 10 pagi.

"Pada 11 April itu, biasanya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir akan bertitah dan tiada sebarang agenda, perbahasan dan juga persidangan.

"Persidangan hanya akan dilakukan pada Isnin (14 April) dimana ada perbahasan titah ucapan diraja, sesi perbahasan soalan lisan dan bertulis serta sesi pergulungan oleh Menteri Besar," katanya.

Menurutnya, tempoh sehari yang diperuntukkan untuk persidangan kali ini nyata tidak cukup, malah tidak masuk akal.

"Sepanjang 10 tahun saya menjadi wakil rakyat di negeri ini, belum pernah Sidang Dun dilakukan sehari.

"Kita amat kecewa dengan perkara ini kerana Sidang Dun merupakan forum untuk membincangkan masalah rakyat. Hal ini menunjukkan Speaker dan kerajaan BN tidak serius terhadap persidangan serta masalah rakyat yang perlu dibahas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP negeri, di sini, kelmarin.

Loke turut menyifatkan, Sidang Dun negeri ini sebagai yang 'tercorot' berbanding sidangan Dun negeri lain.

"Sidang Dun kita bukan saja tidak mara ke depan, malah semakin teruk ke belakang berbanding di negeri lain. Dari segi agenda perjalanan persidangan Dun negeri ini amat teruk sekali.

"Ambil contoh di Selangor di mana Sidang Dun mereka berlangsung selama dua minggu. Di Melaka pula berlangsung selama empat hari tetapi di negeri ini yang wakil rakyatnya lebih ramai daripada Melaka hanya berlangsung selama sehari sahaja. Ia tidak logik dan tidak masuk akal," katanya.

Loke berkata, tindakan kerajaan BN itu seolah-olah tidak menggalakkan perbincangan masalah rakyat dalam persidangan Dun negeri.

PSM tolak tanding PRK Kajang

Posted: 12 Feb 2014 12:26 AM PST

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada Mac kerana baginya alasan PRK itu diadakan tidak munasabah.
  
Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim hari ini berkata, alasan PRK itu diadakan adalah satu amalan yang tidak baik kepada sistem demokrasi dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.
  
"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan hanya kerana anggota Dun Negeri (Dun) meletak jawatan tanpa sebab," katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di sini.
  
Nasir berkata, keputusan itu juga diambil selepas mendapat pandangan daripada anggota PSM dan menimbang saranan daripada pemimpin pakatan pembangkang.
  
Katanya PSM yang dianggap sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tidak berhasrat untuk memecah undi di PRK Dun Kajang, seperti yang pernah berlaku di Dun Kota Damansara dan Dun Semenyih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

PSM sebelum ini dilaporkan akan meletakkan calon mereka di Dun Kajang bagi memberi 'pengajaran' kepada PKR.
  
Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan berkata PSM tidak akan merestui mana-mana calon dan menyerahkan kepada pengundi di DunKajang untuk membuat keputusan.
  
"Buat masa ini, kami akan beri fokus kepada siri jelajah sahaja. Jika mereka minta bantuan, kami akan timbangkan. Tetapi buat masa ini, bantuan terbesar PSM ialah dengan tidak bertanding dan memecah undi," katanya.
  
Arutchelvan berkata PKR tidak memerlukan bantuan PSM untuk berkempen di PRK Dun Kajang kerana PSM hanya sebuah parti yang kecil dan tidak mempunyai sumber besar.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi PRK Dun Kajang.
  
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota Dun daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari.
  
PKR kemudian menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kerusi itu. - Bernama

Beri penerangan di Kajang, Anwar langgar akta mana?

Posted: 11 Feb 2014 04:33 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL 

KUALA LUMPUR: PKR menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan di bawah akta manakah kesalahan yang dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan kempen beliau di Kajang.

Jelas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran tidak ada sebarang perkara yang bertentangan undang-undang dilakukan oleh Anwar sepanjang beliau mengadakan penerangan.

Katanya, bukan suatu masalah kepada seseorang itu untuk memberi penerangan kepada rakyat sama ada berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) atau pun tidak.

"Apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak bertentang dengan perundangan, beliau hadir untuk memberi penerangan dan bukan berkempen.

"Bagi saya bukan satu kesalahan kalau kita hendak membuat penerangan sama ada berlakunya PRK atau pun tidak.

"Saya meminta agar SPR dan kerajaan memberi penjelasan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan di bawah undang-undang serta akta yang manakah telah beliau langgari," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang merupakan seorang peguam turut kesal apabila tindakan hanya dikenakan kepada Ketua Pembangkang dengan dakwaan Anwar telah berkempen sebelum hari penamaan calon.

"Pihak berkuasa mengambil tindakan mengatakan Anwar telah berkempen sebelum hari penamaan calon.

"Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) juga telah mula berkempen melalui media arus perdana kenapa tidak dikenakan tindakan. Kenapa perlu pilih kasih dalam soal ini," tegas beliau.

Ketika ditanya mengenai siasatan yang dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Naib Presiden PKR itu meminta pihak polis memberi penjelasan khusus berhubung dengan dakwaan tersebut.

Sebelum itu, pihak polis telah membuka tiga kertas siasatan terhadap Ketua Umum PKR berhubung tindakan beliau berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Kajang 11 Mac depan.

Perkara itu disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.

Bagaimanapun, Anwar membidasnya dengan tidak akan melayan dakwaan tidak berasas itu bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.

RM1.5 bilion manfaat migrasi bekalan air di Kelantan

Posted: 11 Feb 2014 04:32 PM PST

MOHD NOR YAHYA 

PASIR MAS: Kelantan dijangka mendapat manfaat sehingga RM1.5 bilion bagi membangunkan prasarana bekalan air hasil migrasi pengurusan bekalan air dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, PAAB difahamkan akan memperuntuk dana tersebut bagi meningkatkan bekalan air bersih di Kelantan.

"Kita agak ketinggalan lebih 10 tahun kerana tidak mendapat sebarang dana bagi membangunkan projek bekalan air.

"Bukan disebabkan kerajaan negeri gagal mengurus bekalan air, sebaliknya dana yang tidak disalurkan kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama," katanya pada Kempen Pemasangan Paip Bekalan Air Bersih Luar Bandar di Loji Rawatan Air Kelar dekat sini hari ini.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud dan Dr Ramli Mamat, Adun Kelaboran, Mohamed Zaki Ibrahim, wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun dan penghulu.

Kelantan hanya mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan pusat sebanyak RM600 juta pada 2000. Sejak 1990 sehingga 2000 kerajaan negeri terpaksa mencari dana sendiri.

Malah pada 1990 peruntukan bekalan air Kelantan utara yang diluluskan kerajaan pusat ditarik balik selepas Barisan Nasional bukan lagi mentadbir Kelantan.

Hanifa juga berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kini sedang meningkatkan liputan bekalan air bersih kepada rakyat di seluruh jajahan.

Katanya, tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta bagi membolehkan lebih ramai penduduk menikmati bekalan air bersih.

"Sehingga sekarang dianggar sebanyak 20,000 rumah terbabit dengan pemasangan paip projek bekalan air luar bandar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Bagaimanapun sehingga kini hanya kira-kira 5,000 pemohonan baru diterima AKSB bagi mendapat bekalan air bersih," katanya.

Menurutnya juga kempen tersebut hanya menawarkan bayaran RM50 bagi pemasangan paip ke rumah pengguna.

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohd Hanapi Mahmood berkata, kempen tersebut bertujuan meningkatkan lagi bilangan pengguna bagi membolehkan mereka menikmati bekalan air bersih.

Pinggirkan kelompok ekstremis - Kit Siang

Posted: 11 Feb 2014 04:29 PM PST

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Golongan moderat di negara ini perlu bersatu meminggirkan kelompok ekstremis serta pengkhianat negara yang hendak menimbulkan kekacauan perkauman dan keagamaan dengan cara mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Berucap pada forum "Legacy of Tunku Abdul Rahman" di Kolej New Era, Kajang, malam tadi, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah yakin sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik tidak mahu rusuhan kaum 13 Mei berlaku sekali lagi di negara ini.

Hasrat ini, ujarnya selaras dengan impian Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mahukan negara ini dilimpahi kasih-sayang, keamanan, keharmonian dan kemakmuran.

"Justeru itu golongan moderat di Malaysia, dalam BN mahu pun Pakatan Rakyat, (perlu) untuk bersatu dan meminggirkan ekstremis serta pengkhianat negara yang hendak menimbulkan kekacauan perkauman dan keagamaan dengan cara mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan; jika tidak, golongan moderat pasti akan tewas di tangan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda yang pasti akan membawa negara ini ke jurang kemusnahan," tegas beliau.

Forum itu diadakan bersempena ulang tahun ke-111 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Turut berucap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Menurut Kit Siang, Tunku Abdul Rahman sentiasa mahu dikenang sebagai "Perdana Menteri paling bahagia" bagi Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

"Namun kalau beliau masih hidup pada hari ini mungkin beliau akan menjadi manusia paling sedih dalam negara," ujarnya.

Menurut beliau, sejak sembilan bulan lalu, negara  dilanda pelbagai krisis nasional pada skala yang tidak pernah dialami oleh negara ini sepanjang lebih separuh abad usianya.

"Krisis pembinaan dan perpaduan negara; krisis ekonomi, seperti yang tercermin pada kenaikan harga barang dan kesulitan hidup kelompok berpendapatan rendah; krisis pendidikan yang menyaksikan kemerosotan mutu pendidikan; krisis keselamatan yang menjejaskan warganegara, pelabur dan pelawat; krisis urus tadbir, khususnya kegagalan membasmi rasuah," jelas Kit Siang.

Menurut beliau, negara kini menyaksikan jurang antara kaum dan agama paling lebar dalam sejarah disebabkan dua faktor iaitu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kempen secara sistematik dan berterusan oleh kelompok ekstremis kaum dan agama.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan penubuhan gerakan sivil yang berusaha menghidupkan dan mengembangkan gagasan kasih-sayang, keamanan, dan keharmonian yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman  sekaligus mematahkan rencana jahat pihak yang mahu mencetuskan ketegangan dan kekacauan demi matlamat politik.

NGO Pendidik sedia bersama guru bantah PBS 22 Feb

Posted: 11 Feb 2014 04:25 PM PST

SALMIYAH HARUN 

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) bersedia untuk bersama-sama guru menyatakan bantahan terhadap isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22 Febuari ini.

Pengerusinya, Normala Sudirman juga menyeru seluruh warga guru dan pendidik agar tidak gentar untuk turun menyatakan suara bantahan demi masa depan mereka dan pelajar-pelajar.

"Seru agar guru-guru semua berpakat-pakat turun ke himpunan itu nanti sebagai menzahirkan protes mereka dengan sistem yang banyak menyusahkan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Normala, isu beban tugas guru, kelemahan  akses internet untuk masukkan data yang telah disuarakan sebelum ini tidak dipedulikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Pelbagai usaha dan bantahan yang dibuat, namun kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan luahan hati guru. Dan inilah masanya untuk mereka meluahkan ketidapuasan hati mereka.

Bahkan katanya, tiada gunanya dasar pendidikan negara dianggap terbaik dan bertaraf dunia sedangkan masyarakat dan warga pendidik ini sendiri tidak mengiktiraf dasar ini.

Akibatnya, kata beliau pelajar pula dijadikan eksperimen untuk program-program dan dasar yang tidak konsisten dan bercelaru ini.

Tegas Normala, apabila sistem pendidikan ini menjadi 'cacamarba' akhirnya  telah memusnahkan nasib dan masa depan anak bangsa sendiri.

"Jangan memperjudikan harapan dan generasi masa hadapan untuk suatu dasar yang merugikan masa depan negara.

"Akhirnya ternyata KPM akan berdepan dengan amarah warga pendidik, masyarakat ,ibu bapa dan pelajar jika isu ini tidak ditangani secepat mungkin," ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)  akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya

Projek tenaga solar RM50 juta di Rantau Panjang

Posted: 11 Feb 2014 04:23 PM PST

 

YAAKUB DASAN 

RANTAU PANJANG: Pembangunan Koridor Wilayah Timur (ECER) memanfaatkan keadaan cuaca di Kelantan bagi membangunkan projek tenaga solar berskala besar.

Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam. 

Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata,
cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 megawat sebagai sumber tenaga alternatif.

"Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta yang dibangunkan dua fasa.

"Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini," katanya di sini.

Projek tersebut dibangunkan syarikat tempatan iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar berhampiran Bandar Baru Pasir Mas di Lubuk Jong.

Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal kuasa baru kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, projek tenaga solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya projek sumber tenaga alternatif terbaru di Kelantan.

"Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini semakin pesat membangun," ujarnya.

Najib tidak contohi sikap Tun Razak berjimat wang rakyat

Posted: 11 Feb 2014 04:15 PM PST

Pemimpin dahulu tidak salahgunakan kenderaan kerajaan untuk keluarga


KAJANG: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata pemimpin dahulu tidak suka bermewah dan tidak suka membazir seperti Tun Razak dan Tun Ghafar Baba.

Katanya, ia tidak sama dengan pemimpin sekarang yang suka membazirkan wang rakyat.

Katanya lagi, sambil mengimbas kembali kisah beliau di alam persekolahan, apabila beliau dan adik-beradik lelaki lain terpaksa mengayuh basikal setiap hari untuk ke sekolah walaupun bapanya menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka ketika itu.

"Masa ayah saya jadi Ketua Menteri, kami adik-beradik lelaki pergi ke Sekolah Tinggi Melaka dengan berbasikal setiap hari. Adik perempuan naik teksi walaupun ada kereta dan pemandu.

"Mak saya tanya ayah, mengapa tak pakai pemandu? Mengapa susahkan budak pergi sekolah naik teksi, naik basikal.

"Jawab ayah saya, itu kereta kerajaan dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Hanya untuk kegunaan urusan kerajaan," katanya ketika berucap di satu majlis di Dataran Prima Saujana, Kajang baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Batu Berendam mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mencontohi penjimatan ayahnya, Tun Razak yang enggan membina kolam renang di kediaman rasminya kerana ia melibatkan duit rakyat.

Sebaliknya amalan suka membazir Najib tidak sama dengan amalan Tun Razak dan ibunya, Tun Rahah.

Katanya, Najib bukan sahaja tidak perihatin dengan rakyat yang sedang mengadapi masalah kenaikan kos barang malah turut bercuti di luar negara ketika rakyat sibuk menghadapi bencana banjir.

"Ketika rakyat tengah susah, harga barang naik tetapi Najib dan Rosmah tidak prihatin. Mereka pergi bercuti guna jet kerajaan ke Australia dan Amerika, tetapi Tun Razak ketika perjalanan terakhir ke London untuk berubat tidak benarkan Tun Rahah ikut kerana tidak ada jumbo jet, kena beli tiket kapal terbang," katanya lagi.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA menambah Tun Rahah tidak pergi akhirnya kerana ingin jimat dan tidak mahu guna dana kerajaan.

"Tetapi, hari ini saya ingat kerajaan berhutang tinggi sejak Najib jadi Perdana Menteri. Ini disahkan Tun Dr Mahathir.

Tiga kapal terbang dan dua helikopter dibeli membabitkan kos penyelenggaraan RM14 juta untuk minyak dan RM174 juta untuk penyelenggaraan setahun. Sejak Najib jadi Perdana Menteri tidak pernah beliau menggunakan kapal terbang MAS," katanya lagi.

DUN Kajang: Kekalkan status quo, letak calon MCA

Posted: 11 Feb 2014 04:11 PM PST

Apa yang penting kini ialah MCA perlu berusaha tarik balik sokongan kaum Cina.

KAJANG: Kerusi DUN Kajang adalah milik MCA. Oleh itu Umno tidak berhak untuk mengambilnya semula dari MCA.

Menurut veteran MCA, Datuk Jimmy Lau, BN perlu kembalikan kerusi DUN Kajang kepada MCA pada PRK 23 Mac ini demi menebus kekalahan parti itu pada PRU yang lalu.

Katanya, semua pihak perlu lupakan kesilapan dan perkara yang sudah lepas.

Menurutnya, apa yang penting kini ialah MCA perlu berusaha tarik balik sokongan kaum Cina.

"Oleh itu, penting untuk BN meletakkan calon MCA di kawasan itu kerana undi masyarakat Cina amat penting untuk mendapatkan semula kepercayaan kaum itu kepada BN.

"Pada asalnya, kerusi kawasan itu memang milik MCA. Justeru, perlu dikembalikan kepada parti itu untuk elak salah faham," katanya kepada sebuah akhbar harian semalam.

Beliau diminta mengulas calon yang perlu diletakkan BN di Dun Kajang. Penamaan calon ialah pada 11 Mac depan.

Beliau berkata, jika MCA terpilih, mereka mungkin dapat buktikan usaha barisan kepimpinan baharu dapat mengubah undi BN.

"MCA perlu serius dan pada masa yang sama masyarakat kawasan itu juga diminta beri sokongan kepada calon BN.

"Calon MCA mestilah diyakini dapat berbakti kepada rakyat kawasan itu di samping setanding untuk menentang calon pembangkang," katanya.

Bekas timbalan presiden, Tan Sri Lim Ah Lek, juga bersetuju supaya BN meletakkan calon MCA di kawasan itu.

"Itu kawasan MCA dahulu, tetapi siapa calon terserah kepada pucuk pimpinan parti," katanya.

Tanda Harga: Peniaga Diberi Tempoh Hingga Akhir Bulan Ini

Posted: 11 Feb 2014 04:09 PM PST

MSTAR ONLINE

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pengguna boleh membuat aduan terhadap peniaga yang ingkar arahan itu supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga di pasar besar Kota Kinabalu dan pusat penjaja Inanam Point di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

"Ada barangan terpilih yang berbeza harga, tetapi peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga yang tidak munasabah kalau di luar musim kawalan harga sekalipun...(mereka) tidak boleh naik harga sewenang-wenang," katanya.

Beliau mengulas harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih yang berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan 'Price Watch' yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Isnin, barang keperluan itu merangkumibarang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan. - BERNAMA

BR1M 3.0 Akan Dikredit Dalam Akaun Penerima 22 Februari - PM

Posted: 11 Feb 2014 04:07 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebooknya pada Selasa, Najib berkata, bagi pemohon yang tiadaakaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. - BERNAMA

Kes Perbicaraan Rakyat M'sia Di Sweden: Hanya Mahkamah Agung Boleh Bebaskan Mereka Sementara Tunggu Perbicaraan

Posted: 11 Feb 2014 04:01 PM PST

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Peguam kepada rakyat Malaysia yang sedang ditahan reman di Sweden kerana didakwa memukul anak-anak mereka telah memfailkan permohonan di Mahkamah Agung untuk membenarkan anak guamnya dibebaskan semasa proses perbicaraan berlangsung.

Kristofer Stahre, yang mewakili Shalwati Nurshal, iaitu isteri kepada wakil Tourism Malaysia di Sweden berkata, hanya Mahkamah Agung Sweden sahaja yang berhak menentukan kebebasan Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin.

Undang-undang Sweden tidak memperuntukkan ikat jamin kepada mereka yang ditahan sementara menunggu perbicaraan.

"Saya telah pun mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Agung Sweden dan saya menjangkakan jawapan hujung minggu ini," kata Stahre dalam kiriman emel kepada pertanyaan mengenai status kedua-dua Shalwati dan Azizul.

Menurut Stahre, Shalwati dan suaminya Azizul buat masa ini akan terus ditahan reman melainkan Mahkamah Agung memutuskan sebaliknya.

Peguam Azizul, Jonas Tamm tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pasangan itu telah dicaj pada Isnin di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm atas tuduhan memukul anak-anak mereka yang dilihat sebagai mencabul integriti kanak-kanak berkenaan.

Sweden mempunyai undang-undang perlindungan kanak-kanak yang antara paling ketat di dunia.

Shalwati dan suaminya tidak mengaku salah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka dan kes mereka akan dibicarakan serentak pada 18 Februari depan dan perbicaraan dijangka mengambil masa 10 hari.

Kedua-dua mereka kini sudah 50 hari berada dalam tahanan reman sejak ditahan pada 18 Disember lalu.

Sementara itu di Kota Baru, saudara mara kepada keempat-empat anak pasangan Malaysia itu tidak membenarkan para wartawan menemuramah mereka.

Abang ipar, Shalwati, Nik Farid Nik Abdullah memberitahu para pemberita yang mengunjungi rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali, Melur, yang mereka tidak akan membenarkan pihak media menemuramah keempat-empat anak saudaranya itu. Bagaimanapun adalah difahamkan Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, tujuh, telah tidak ke sekolah pada Selasa selepas kedua-dua ibu-bapa mereka dicaj di mahkamah untuk mengelak daripada menjadi tumpuan ramai.

Selepas mereka dibawa kembali ke Malaysia, Aishah dan Ammar telah mendaftar di SMK Padang Kala manakala Adam dan Ariff pula mendaftar di SK Padang Kala.

PBSNT Terima Surat Perletakan Jawatan Irfan

Posted: 11 Feb 2014 03:59 PM PST

MSTAR ONLINE

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah menerima surat peletakan jawatan pemain pertahanan pasukan T-Team, Mohd Irfan Abdul Ghani.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, pihaknya akan meneliti surat itu dan mempertimbang tindakan susulan berasaskan kontrak pemain berkenaan dan juga peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya tidak pasti bila surat itu dihantar," katanya dalam sidang media, di sini Selasa.

Wan Ahmad Nizam juga mengakui beliau sudah dimaklumkan oleh T-Team mengenai hasrat Mohd Irfan mahu meninggalkan pasukan kelab yang berpangkalan di sini itu.

Pemain yang berasal dari Johor itu dilapor "hilang" selama beberapa hariselain gagal dihubungi selepas membuat kenyataan bercanggah dengan T-Team berhubung dakwaan pergaduhan membabitkan pemain import T-Team dan pegawai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ketika pertemuan di Stadium Larkin, Johor Baharu minggu lepas.

Sementara itu, Wan Ahmad Nizam menyifatkan pemain berusia 25 tahun berkenaan sebagai "pengecut" kerana menghilangkan diri begitu sahaja.

"Selepas dia membuat kenyataan di Johor tu, kita dah cek (periksa)... pakaian dia pun tak ada (rumah sewanya di sini telah dikosongkan).

"Maknanya dia sudah bersedia untuk melarikan diri dan saya rasa ini adalahsatu perkara yang tidak bagus," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam menyerahkan kepada Evaldo Rodrigues, pemain import T-Team yang terbabit dalam insiden berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut termasuk membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Pemain import ni ada undang-undang sendiri. Dia ada ejen dan sebagainya. Sebab itulah saya kata terserah kepada mereka. Dari segi PBSNT membawa perkara ini kepada FIFA mungkin sedikit terbatas kerana undang-undang FAM terlalu ketat.

"Bagaimanapun kita akan bawa kedua-dua perkara ini dalam mesyuarat T-Team selepas ini," katanya. - BERNAMA

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 12 Feb 2014 01:32 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:32 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 11 Feb 2014 01:12 PM PST

Duke of UMNO


PENGALAMAN MENARIK DI MASJID AL-AQSA, BATU TERGANTUNG.. SEBARKAN...

Posted: 11 Feb 2014 06:33 AM PST

Alhamdulillah, dua lokasi yang menjadi cita-cita saya untuk dilawati telah dimaqbulkan Allah SWT. Saya telah dijemput sebagai "dhuyuffur rahman" pada hujung tahun lalu. Itu bermakna saya pernah berada di Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi As-Shareef... dua lokasi idaman saya...

Cuma satu lagi saja lokasi impian saya yang belum dipenuhi... Masjid Al-Aqsa. Baru-baru ni saya ada terbaca mengenai catatan perjalanan seorang pendakwah terkenal, Ustaz Amin, ke Masjidil Aqsa. Memang menarik pengalaman beliau untuk dikongsi bersama...

Saya sebenarnya sedang mengumpul wang untuk ke sana. InsyaAllah, kalau dah cukup nanti, saya akan ke sana juga, bergantung pada izin dari Allah SWT. Doa-doakanlah ya... Sebelum saya dan rakan-rakan ke Masjid Al-Aqsa, kita ikuti pengalaman menarik Ustaz Amin ke sana di bawah...



PADA ketika menjejakkan kaki ke al-Quds ini, barang pertama yang saya ingin lihat ialah masjid al-Aqsa. Masjid yang digalakkan oleh Nabi saw untuk berusaha datang dan beribadah di dalamnya.

Selepas itu, yang ingin saya saksikan ialah batu tergantung seperti yang selalu diceramahkan oleh para ustaz di Malaysia. Saya nak saksikan sendiri keadaan batu tergantung ini.

Ketika saya menjejakkan kaki di dalam Kubbah as-Sakhra' Dome of Rock, mata saya terus mencari di manakan batu tergantung ini.

Sekeliling batu ini ditutup dengan kanvas untuk urusan baik pulih. Saya menyelak kanvas penutup dan saya saksikan batu bewarna putih, coklat dan kekuningan, tempat di mana Rasulullah saw diangkat ke langit untuk Mikraj.

Saya rasa terharu melihat batu ini kerana mempercayai peristiwa isra dan mikraj merupakan sebahagaian dari iman. Ia termasuk beriman kepada kitab iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh kitab (al-Quran).

Saya berjalan-jalan di keliling masjid as-Sakhra ini. Jaraknya antara al-Aqsa lebih kurang 400 meter.
Pada hari Jumaat ia menjadi tempat solat bagi orang perempuan.

Di satu tempat saya melihat ada satu kubah kecil. Kubah kecil ini terdapat satu lubang semuat lengan. Ia adalah satu lubang untuk kita memasukkan tangan dan menyentuh batu ini. Kita dapat menyentuh batu yang menyaksikan mikraj Nabi ini. Ada lekukan pada batu yang dikhususkan untuk kita memegang ini, lekukan ini sebesar tapak kaki. Pemandu kami menyatakan bahawa ia bekas tapak kaki Nabi saw.

GAMBAR: Wujudkan Batu Tergantung Di Masjidil Aqsa?
Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3 dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang di dalam gua ini.

1. 4 di dalam sakhra (2)
Di satu sudut terdapat lekukan semulajadi pada batu ini. Penjaga di sini memberi tahu, di sini ialah tempat Nabi sembahyang. Ketika Nabi mula masuk ke dalam gua ini, gua ini kecil dan batu ini melekuk untuk mengelakkan Nabi dari terhantuk pada batu di dalam gua ini. Walau bagaimana pun, lekukan batu ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadith Sahih.

5. dalam kubah
Di tengah-tengah gua ini terdapat satu lubang semuat badan naik ke atas batu. Orang di sini ada yang memberi tahu, dari bawah gua inilah Nabi mulai naik Mikraj ke langit.

Saya tidak melihat batu ini tergantung.

Jadi, kenapa orang banyak mengatakan batu ini tergantung?

Untuk menjawab soalan ini, saya telah bertemu dengan imam masjid al-Aqsa. Syeikh Yusuf Abu Sunainah untuk berbincang mengenainya.

Beliau ialah imam utama di al-Aqsa dan telah menjadi imam selama 29 tahun di sini. Beliau juga merupakan pensyarah di Jaamiah Ibrahimiah.

IMG_9414
Pertemuan kami dengan Syeikh hingga ke Maghrib.

Beliau menyatakan, mengenai batu tergantung tidak terdapat di mana-mana ayat al-Quran mahu pun hadith yang sahih, tetapi ramai para Ulama' yang menulis mengenainya.
Antaranya ialah,
Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya "Sirah 'an Fadail Bait al-Muqaddis.

Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya " al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah"

Catatan Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam.

Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya "Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil."
Kenapa ulama ini menulis seperti ini.

Mustahil mereka berbohong atau berkhayal.

Jadi ada tiga pendapat mengenai batu tergantung yang ditulis oleh para Ulama ini.

1. Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith yang sahih.

Bagi orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung, alhamdulillah, itu rezki mereka.

Tetapi untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta. Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti katanya :-
"menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa……"
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat.

Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.

Ia sama seperti istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti ini contohnya "masjid terapung." Ia tidak benar-benar terapung, tetapi istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan istimewanya masjid ini.

3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.

Ketiga-tiga pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.

Selain dari itu, ketika saya berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari Beirut.

Di sana kebanyakannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.

Perbahasan mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang.

Bagi kita yang menyaksikan, terpulanglah apa maknanya.

Walaupun dari sudut zahirnya ia tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa Mikraj ini.

1. aqsa
Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith.

As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi.

Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (al-Quran).

Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.

Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya.

Ustaz Muhammad bin Abdullah(www.ustazamin.com)

SADISSS..! ANWAR WAJIB JEMPUT ORANG KAJANG LAWAT "METROPOLITAN" PERMATANG PAUH..!!!

Posted: 11 Feb 2014 04:32 AM PST

Baru-baru ni Anwar Berahim berkempen PRK DUN Kajang kat sebuah dewan di Puchong (kawasan DAP la tuuu...macam la orang Puchong yang mengundi PRK Kajang tu...). Dalam dewan tu, dia ada sebut begini...

"Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

"Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

Saya rasa macam nak "muntah hijau" baca kenyataan Anwar Berahim tu.. Loya betul tekak! Korang percaya ke dengan apa yang anak arwah Pak Berahim kata tu? Meh sini saya nak cerita sikit yang sebetulnya...


"Sanggup hadapi risiko dalam politik, ya kerana tidak mahu mengorbankan rakyat"..??? Itu kata Anwar Berahim??? Uwweekkk..!!! Poyo habissss..!!!

Tak mahu korbankan rakyat atau tak mahu korbankan nafsu serakah mengejar dunia nak jadi PM? Dulu sempat jadi TPM saja.. lepas kantoi, dia merengek tagih simpati kawan-kawan rapat. Kawan-kawan rapat tu la yang jadi "pagar hidup" berdemo untuk dia tiap-tiap hari...

Ada yang kena tangkap sebab demo untuk dia. Ada yang koyak baju ditarik FRU. Ada yang basah kuyup kena sembur "water cannon". Malah ada yang kena sumbat dalam ISA gara-gara taktik Anwar raih simpati...

Sekarang ni mana perginya kawan-kawan rapat dia tu? Mana Ruslan Kassim, Marina Yussof, Chandra Muzaffar, Ruslan Kasim, Ezam Mohd Noor, Zul Noordin dan ramai lagi.. Mana perginya depa sekarang? Yang ada sekarang semuanya lapis-lapis baru yang "tak kenal" Anwar..!

Anwar sendiri mengorbankan rakyat demi mencapai nafsu serakah dia nak jadi PM. Rakyat dimanipulasi jadi "lembu" dan "kambing", dihambat berkeliaran siang malam di atas jalanraya. Anwar ada peduli tentang rakyat masa dia buat kacau? Itu pun lagi nak caya kat dia?

Kajang jadi "pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor"? Saya rasa, Khalid Berahim gelak sakan dengar kata-kata Anwar tu. Anwar memang tak cermin diri. Permatang Pauh tu jadi pemangkin ekonomi ke? "Maju" sangat la Permatang Pauh tu...Heh!

Khabarnya ADUN PKR Penanti, Kak Lela kita tu dah tension giler.. Sampai nak letak jawatan dibuatnya? Nak buat PRK lagi ke? Papan tanda tepi jalan pun tak boleh maintain.. bus stop pun macam tempat pembuangan sampah.. jalan pun lobang sana sini macam muka Saifuddin Nasution!

Tak caya? Itulah keadaan terkini Permatan Pauh, sebuah parlimen yang berwakil rakyatkan Anwar Berahim..! Tak caya tengok kat sini... Siap ada gambar lagi bebbb..!!!

RAKYAT SARAWAK PILIH ABANG JOE GANTI TAIB MAHMUD?

Posted: 11 Feb 2014 01:32 AM PST

Sekali je dapat shake hand dengan Abang Joe masa PRN 2011 hari tu.. jadi laaaa...
Masa saya buat liputan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, memang saya dah dengar nama Abang Joe. Masa tu puak Pakatan Haram dok sebok suruh Pehin Seri Taib Mahmud letak jawatan sebab dah lama mentadbir Sarawak...

Menurut pemerhatian saya selama lebih kurang 2 minggu di Bumi Kenyalang, rata-rata akar umbi memang suka pada Abang Joe dan mahu beliau dilantik jadi Ketua Menteri jika Pehin Seri letak jawatan di sana...

Memang ada disebut nama Adenan Satim, Awang Tengah dan Affendi Nawawi. Tapi nama-nama tu tak glamour di kalangan akar umbi dan rakyat Sarawak. "Sidak"nya lebih suka pada Abang Joe...

Itu menyebabkan saya lebih banyak mencungkil tentang siapa sebenarnya Abang Joe ni sedangkan nama Adenan Satim dikatakan sangat rapat dan dipercayai Pehin Seri.


Menurut mereka, Adenan Satim hanya glamour di kalangan "orang atas", tapi Abang Joe bukan saja disenangi "orang atas", malah "orang bawah" pun ramai yang suka pada kepimpinan dan keperibadiannya... sebab tu Abang Joe berjaya tewaskan Adenan Satim masa bertanding Timbalan Presiden PBB...

Dari sudut susur galur kepimpinan, Abang Joe ni adalah anak Yang DiPertua Negeri Sarawak (TYT) yang pertama, Tun Abang Haji Openg Abang Shapie. Maksudnya, keluarga Abang Joe ni memang bukan calang-calang dan antara yang disegani di negeri Sarawak laaa...

Saya tak cakap Abang Joe mesti jadi pengganti Pehin Seri Taib Mahmud. Tidak semestinya beliau. Tapi penganalisis politik di Sarawak memang menjangkakan Abang Joe sebagai Ketua Menteri selepas Pehin Seri... seolah-olah bersetuju dengan pengamatan saya tentang politik di Sarawak...

Cuma saya nak pesan sikit la kat pembangkang di Sarawak. Kalau betullah Abang Joe jadi Ketua Menteri nanti, jangan harap la nak dapat jajah Sarawak. Orang Sarawak memang favor habis kat Abang Joe... silap-silap kerusi Pakatan Haram pulak yang hilang nanti..heh!
Keputusan kaukus Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya adalah tidak relevan, kata seorang pemerhati politik.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata ini kerana Taib yang juga Presiden PBB sewajarnya memilih pemimpin paling kanan dalam parti sebagai pengganti.


"Berdasarkan kekananan dalam parti, Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) paling layak untuk memimpin negeri," kata Jeniri dalam temu bual dengan Bernama, di Kuching hari ini.




Berdasarkan keadaan itu juga adalah bijak bagi Taib menamakan Abang Johari sebagai penggantinya bagi mengelakkan perpecahan dalam parti dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri, katanya.


Jeniri berkata selain mempunyai rekod cemerlang sebagai menteri di Sarawak dan timbalan presiden PBB, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, merupakan pilihan rakyat kerana beliau dianggap kawan semua kaum.


Beliau juga membuktikan popularitinya apabila menewaskan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan Ketua Penerangan PBB Datuk Seri Adenan Satem bagi jawatan timbalan presiden dalam satu pemilihan parti.


Mengenai Adenan sebagai ketua menteri yang baharu, Jeniri berkata pemimpin itu merupakan sekutu yang dipercayai oleh Abdul Taib.


"Adenan pemimpin yang bijak tetapi negeri dan parti memerlukan pemimpin yang sihat. Saya bukan menentang Adenan sebagai ketua menteri, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan beliau memegang jawatan itu," katanya.


Jeniri juga percaya Taib akan bersara pada hujung bulan ini memandangkan ramai berpandangan beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu.


Jeniri juga tidak menyokong idea Taib melantik sama ada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu atau Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai pemangku ketua menteri.


"Langkah itu agak janggal. Beliau sepatutnya memberi ruang secukupnya kepada ketua menteri yang baharu bersedia menghadapi pilihan raya negeri pada 2016," katanya.


Taib, 78, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri hari ini beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian.


Sementara itu, Awang Tengah, seorang daripada tiga nama yang disebut oleh Taib, masih dianggap oleh rakyat sebagai "junior" untuk memegang jawatan tersebut manakala Jabu pula dikatakan sudah terkeluar daripada senarai.


Seorang bekas anggota MT PBB berkata perkara itu mungkin disebabkan Jabu daripada sayap Pesaka, namun ada kemungkinan Taib menamakan beliau selaku "individu berkecuali" untuk memangku jawatan ketua menteri ketika Taib bercuti selama tiga bulan.


Sebagai pemangku ketua menteri, Jabu akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Taib dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri yang baharu apabila penggal perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tamat pada 28 Februari ini, katanya.


"Susulan itu pilihan raya kecil untuk kerusi Balingian perlu diadakan kerana Taib mesti melepaskan kerusi dewan undangan negeri tersebut jika mahu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.


"Effendi pula perlu bertanding di kerusi itu kerana ketika ini beliau bukan anggota dewan undangan negeri (Adun) jika Taib mahu beliau jadi ketua menteri yang baharu," kata bekas anggota MT PBB itu lagi.


Effendi yang bersara daripada politik pada 2008 merupakan Adun di Sarawak dari 1991 hingga 1999, anggota parlimen Rejang (1999-2006) dan senator (2006-2012). - Bernama, 9 Februari, 2014.

P/s: Never underestimate your enemy, get close to them, know them and shoot them down! Heh!

KALAU NAK BODEK ANWAR PUN, JANGAN LA SAMPAI MENIPU..!!!

Posted: 10 Feb 2014 10:31 PM PST

Woooowww..!!! "Hebat" Anwar... Memang "hebaaaattt"... di kaca mata Pemuda PAS, Anwar memang "hebatttt"..! "Wakil Kerajaan Jepun" datang mengadap Anwar bebbb.. apa korang nak kat lagi..? Tak "hebat" ke lagu tu..???

Tapi peliknya, gambar orang Jepun yang datang tu tak macam wakil dari Kedutaan Jepun pun. Jauh sekali la mamat tu mewakili Kerajaan Jepun pun! Tiba-tiba saja Pemuda PAS kata mamat Jepun tu "wakil Kerajaan Jepun"... Rasanya Pemuda PAS lebih "hebat" dari Anwar kottt..???

Saya tak kisah la kalau Pemuda PAS nak bodek Anwar sekali pun. Memang tu je standard depa dari dulu... tukang kipas lipas... Tapi jangan la sampai "over" sangat... poyo pulak orang kata nanti... kan?

Kalau betul pun nak bodek ke.. nak kipas lipas ke... nak "aircond" ke.. nak "peti ais" ke.. takkan la sampai buat cerita bohong kot? Nak bodek boleh...tapi jangan la sampai menipu... buruk betul perangai macam tu.. Islam tak suruh pun buat lagu tuuuu...


Agak-agak la nak bodek pun... tak payah la sampai menipu lebai oiii..!
Sebetulnya, mamat Jepun yang datang tu ialah mewakili Yayasan Keamanan Sasakawa yang bernama Jiro Hanyu.. Yayasan tu la yang jemput Anwar hari tu... tapi Anwar kena halau balik dan tak jadi ke program anjuran Yayasan tu...

Actually, Yayasan tu tak tahu pun Anwar di block dari masuk ke Jepun. Sebab tu la Yayasan tu hantar wakil untuk mintak maaf kat Anwar... Lepas tu depa jemput Anwar semula untuk satu lagi program Yayasan tu hujung bulan ni...

Itu pun Anwar belum tentu lepas masuk ke Jepun. Wakil Yayasan tu kata depa akan cuba "kowtim" dengan Kerajaan Jepun. Kalau dibenarkan, maka lepas la Anwar masuk kali ni.. Tapi kalau tak lepas, kena halau la sekali lagi... heh!

Jadi, cerita Pemuda PAS tu tak betul laaa... sebar propaganda palsu, bohong dan poyo macam ni la yang saya tak berkenan ni.. buat malu kat orang non-muslim je bila Pemuda PAS buat perangai macam ni... nanti depa pandang serong kat Islam..kan?

Kesimpulannya, saya rasa kita kena hati-hati dengan maklumat dari PAS ni..khususnya Pemuda PAS.. sejak tidak dipimpin ulama, Pemuda PAS makin "senget" ke arah Anwar Berahim... nak lobi diri jadi "jambu" Anwar ke? Weiii... nabi tak mengaku umat woooo..!

KURANG AJAR..!!! LAGI PELAMPAU MENGHINA ISLAM..!!! NI KERJA RBA KE..???!!!

Posted: 10 Feb 2014 08:33 PM PST


Perhatian pada SKMM dan PDRM. Tengok betul-betul gambar di atas. Tak pasti sama ada akaun palsu yang dibuat-buat Red Bean Army atau akaun sebenar untuk cipta suasana kecoh antara kaum India dan bangsa Melayu, khususnya di ambang PKR DUN Kajang...

Tapi kata-kata budak ni memang melampau dan cuba mencetus kemarahan bangsa Melayu beragama Islam. Malah pemilik akaun tu jugak hina institusi DiRaja Melayu dan kesucian agama Islam. Lebih teruk, dia seolah-olah mengapi-apikan sentimen Kristian vs Islam di negara kita...

Harap SKMM dan PDRM cepat bertindak sebelum kekecohan tercetus. Kalau boleh ambil tindakan pada pihak Islam sebelum ni dengan pantas, kenapa pulak budak ni boleh dilambat-lambatkan? Atau memang nak tengok kekecohan tercetus, kot?

Sila rujuk kat bawah ni...









Nak tahu lebih lanjut, sila layari DI SINI sumber asalnya...

MACAMANA KITA NAK LAYAN CINA KAT MALAYSIA NI AGAKNYA?

Posted: 10 Feb 2014 06:32 PM PST


Saya sokong kenyataan Ustaz Fathul Bari ni bukan pasal dia orang UMNO atau saya pernah kenal baik bapanya, bekas Mufti Perlis, masa sekolah dulu. Tapi pasal kenyataannya itu benar dan tidak dapat dipertikai kebenarannya...

Kita marah pada Teresa, maka pada minah tu saja la, kan? Takkan kita nak marah kat Cina lain yang takde kena mengena pulak, kan? Jadi betul la tu... marah pada tempatnya.. bukan pada yang tak ada kena mengena..kan?

Saya tak rasa semua Cina tu serupa. Ada yang okay dan ada yang tak okay. Cuma sekarang ni memang lebih ramai yang tak okay...kan? PRU ke-13 hari tu dah terbukti... tapi kita tetap tak boleh hukum semua orang Cina itu serupa.. itu kurang adil namanya.. Islam tak ajar begitu...


Cuma.. saya mintak la.. hati-hati dengan golongan Cina sekarang ni. Ada yang boleh caya, dan ada yang tak boleh caya. Hari Raya Cina depa senyum bila pemimpin BN hulur angpow dan ucap Happy Chinese New Year.. balik rumah ramai pulak yang kutuk pemimpin BN tu "bodo"...kan?

Tapi tak semua begitu. Ada yang okay dan cakap terima kasih. Malah depa hargai pemberian tu. Tapi tak berapa ramailah... lebih kurang 10% je kot...

Kita tengok la angin masa PRK Kajang nanti. Kat situ boleh tengok perkembangan terkini sokongan orang Cina terhadap BN. Kat situ ada lebih kurang 48% pengundi Cina. Kita analisa trend undi depa nanti dan kita akan faham sejauh mana "hati budi" orang Cina yang terkini...

Bukan apa.. kita tak kisah depa nak undi atau sokong Pakatan Haram. Cuma jangan la menipu. Kalau sokong Pakatan Haram, mengaku saja terus terang, tak payah tipu-tipu, kami tak marah punya... Kalau tipu kami, katanya sokong BN tapi undi Pakatan Haram, maka jangan marah la kalau kami marah orang Cina tu, kan? Logik la kalau kami marah sebab kami ditipu...kan? Heh!

Jangan takut.. kami takkan zalim terhadap orang Cina kat Malaysia ni. Tapi kami kena adil sebab Islam suruh begitu. Kami ikut Islam. Berlaku adil maknanya "letakkan sesuatu kena pada tempatnya"... kalau kena tipu, rasanya apa yang paling "adil" untuk kami lakukan? Ada idea?

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Feb 2014 01:09 PM PST

Cucu Tok Selampit


YB Kuantan @fuziah99 Memang Muka Tak Malu, Menempek Di Majlis Orang Untuk Tumpang Nama

Posted: 10 Feb 2014 11:33 PM PST


Ini memang jenis muka tak tahu malu. Jenis muka tebal setebal getah sekerap. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, tanpa ada rasa malu dan bersalah telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ikhsan Mangsa Banjir bagi Daerah Kuantan yang mengalami banjir buruk baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan SUKPA, Indera Mahkota pagi tadi.

Kehadiran MP Kuantan di majlis berkenaan dengan mengedarkan borang pendaftaran parti PKR telah mengelirukan penerima sumbangan. Ramai penerima sedar bahawa sumbangan berkenaan tidak ada kena mengena dengan MP Kuantan itu ataupun PR atau PKR. Ianya dilacarkan di bawah pengurusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Biarlah pihak MKN menguruskan bantuan berkenaan. Yang YB sibuk-sibuk menempel buat apa? Kalau tak ada kerja sangat eloklah buat saja demo Anti Lynas sekali lagi.

Tidak Faham Kenapa Ketua Menteri Melaka Sampai Kena Tender Nombor MCM11 Sampai RM20,900!!!

Posted: 10 Feb 2014 08:42 PM PST


CTS boleh faham kalau korporat-korporat dan ahli perniagaan yang kaya raya membeli nombor pendaftaran kenderaan. Apa yang saya tidak faham apabila kakitangan Kerajaan dan wakil-wakil Rakyat berhabis duit untuk mendapatkan nombor yang mereka inginkan. Tidak salah kalau mereka menggunakan duit mereka sendiri, yang mungkin tabungan sedari kecil. Apa yang salahnya adalah persepsi Rakyat. 

Dalam Perdana Menteri menggalakkan dan menyuruh Rakyat berjimat cermat, Ketua Menteri Melaka sendiri membelanjakan RM20,900 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan MCM11. Kita faham kenapa nombor 11 dipilih kerana ini adalah nombor kesukaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Maafkan kerana terpaksa menegur, kerana yang hendak menjawab dengan macai-macai PR adalah kami yang di bawah ini.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Feb 2014 11:10 AM PST

PEJUANG BANGSA


GAMBAR PALING LAWAK & # MELETOP #PRKKAJANG KHAS DARI ANWAR !

Posted: 10 Feb 2014 09:30 PM PST



Terbaik LAKONAN  RAJA DRAMA KAJANG , Anwar Ibrahim ..memang pemimpin kelas Dunia !!

Boleh baca penuh khusyuk  akhbar Tamil tu .  Sepahtu buat lawak pun tak boleh buat macam ni ..haha..

Nallakarupan tentu tak terkejut  dengan lakonan Anwar bagi menarik undi pengundi India di Kajang...

Lepas ni akhbar CINA pulak dia baca ....haha

Hebat Sivaji Anwar The Boss main wayang .............

PEMUDA UMNO P.PINANG ZIARAH & HULUR SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN @RRafizal @BenBakarKP @Khairykj

Posted: 10 Feb 2014 08:31 PM PST


Hari ini  Pemuda UMNO Negeri P. Pinang diketuai Sdr Rafizal Abd Rahim  hadir ziarah keluarga mangsa kebakaran Ahad malam lepas.

Pemuda UMNO Negeri bersimpati dengan nasib mangsa kebakaran ini yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah dan harta benda musnah dijilat api .  Mereka turut mengulurkan sumbangan ikhlas bagi beban keluarga mangsa.

Kebajikan rakyat terutama orang Melayu P.Pinang  sentiasa menjadi fokus utama Pemuda UMNO Negeri walaupun di dalam parlimen Anwar Ibrahim .






PEMBOHONGAN MACAI KANTOI , BUKAN WAKIL KEDUTAAN JEPUN MINTA MAAF ANWAR

Posted: 10 Feb 2014 05:23 PM PST


OLEH : Dr MIM 


isunya mengenai kehadiran Jiro Hanyu, pengerusi Sasakawa Peace Foundation (SPF) yang bertemu dengan Anwar Ibrahim. 

1. Jiro Hanyu bukan mewakili kerajaan negara Jepun. Maka permintaan maaf beliau itu hanya mewakili organisasi SPF sahaja dan bukannya kerajaan negara matahari terbit tersebut.

2. Seperti yang telah diperincikan sebelum ini, kerajaan Jepun berhak mengusir sesiapa pun yang melanggar undang-undang negara tersebut.

3. Fakta ini telah diputar belit oleh macai-macai Pakatan pembangkang di dalam media sosial. kononnya kerajaan Jepun yang meminta maaf kepada Anwar Ibrahim.

4. Putar belit dan pembohongan macai-macai Pakatan pembangkang tidak mengejutkan kerana mereka memang pembohong tegar.

satira politik ultraman
5. Kronologi Anwar Ibrahim dilarang masuk ke negara matahari terbit sebenarnya amat mudah iaitu Anwar Ibrahim adalah bekas banduan dan kerana itu beliau perlu memohon visa untuk masuk ke negara Jepun. Itu sahaja. Tiada sebab lain. 

6. But of course, details tentang Anwar Ibrahim tidak memohon visa kerana bekas banduan, tidak dilaporkan oleh kedua-dua portal pembangkang, SorosKini MalaysiaKini dan The Malaysian Insider...typical sikap portal pembangkang. 

7. Satu lagi yang tidak dilaporkan oleh kedua-dua portal pembangkang itu ialahinsiden yang memalukan seluruh rakyat Malaysia apabila penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang membakar bendera Jepun di depan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.



8. Tindakan terkutuk itu bukan sahaja menjatuhkan imej negara Malaysia tetapi turut dikutuk oleh rakyat Malaysia yang berada di negara Jepun.

9. Dan sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang belum lagi meminta maaf di atas insiden memalukan itu. 

10. Yang ada cuma Shamsul Iskandar, Ketua AMK yang meminta maaf tetapi kepada pengawal Kedutaan Jepun!

Anda baca 2 laporan portal pembangkang SorosKini MalaysiaKini dan The Malaysian Insider. Sila baca dengan berhati-hati : 
The Sasakawa Peace Foundation (SPF) has apologised to PKR de facto leader Anwar Ibrahim, who was denied entry to Japan last month when he arrived to speak at an event. 
SPF chairperson Jiro Hany, who extended another invitation today, said he would do all he can to ensure that Anwar will be able to enter Japan this time, to participate in a forum on 'Democracy in Muslim world' slated for the end of this month. 
"I am the host responsible for guests to be comfortable and I am very responsible for the great embarrassment to … Anwar," Tokyo-based Jiro (left) told reporters today after a closed-door meeting between the duo in Damansara, Selangor. 
"I apologise to him and ask him that good relations between Anwar and my foundation will not be affected by the incident." 
Anwar accepted the invitation and said he "forgives" Japan for the incident. Immigration officials at Narita Airport had refused him entry to the country on Jan 19 because of his prior conviction. 
Jiro said the SPF had written to Japan's Foreign Affairs Ministry and Defence Ministry seeking an explanation. 
"Up to the present (time), I am not satisfied with their explanation," he said. 
If it is proven that Japan made a mistake, he said, the government should also apologise to Anwar. 
Anwar, asked if he still believes Putrajaya had a hand in the fiasco as he had earlier claimed, said he is over it. 
"Let's move on … this is just one experience. I will therefore accept his (Jiro) invitation to visit Japan on Feb 26," he said - AI

Laporan The Malaysian Insider : 
Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa (Sasakawa Peace Foundation), Jiro Hanyu bertemu secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi meminta maaf atas insiden larangan masuk ke Jepun Januari lalu. 
Jiro mengakui bertanggungjawab di atas insiden tersebut kerana selaku penganjur, mereka harus memastikan semua berjalan lancar. 
"Saya adalah penganjur, saya harus bertanggungjawab atas kemelut yang berlaku. 
"Saya bertanggungjawab ke atas insiden memalukan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Jiro dalam sidang media selepas bertemu Anwar secara tertutup di Hotel One World di Petaling Jaya, pagi ini. 
Dalam kontroversi pada 19 Januari itu, Anwar dihalang masuk oleh pihak imigresen Jepun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi. 
Pihak berkuasa Jepun memberi alasan Anwar tidak mendapatkan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana pernah dipenjarakan di Malaysia. 
Jiro berkata, pihaknya mendesak penjelasan daripada kerajaan Jepun terhadap kontroversi halangan tersebut. 
"Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang. 
"Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan," katanya. 
Sementara itu, Anwar menerima permohonan maaf tersebut dan berharap kedua-dua pihak dapat melupakan insiden yang berlaku itu. 
"Saya mahu melahirkan penghargaan kepada Jiro Hanyu yang sanggup datang dan meminta maaf serta pendirian mereka.
"Bagi saya, pandang ke depan. Ini hanya satu pengalaman," kata Anwar pada sidang media sama. 
Jiro berkata, beliau berharap insiden tersebut tidak akan menyebabkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun keruh. 
"Saya juga berharap hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun tidak akan menerima kesan," katanya seterusnya
Maka sekarang, isunya bukan Anwar Ibrahim 'memaafkan' negara Jepun.

Tetapi Anwar Ibrahim yang sepatutnya meminta maaf kepada negara Jepun kerana gagal membawa visa dan sekaligus dikatakan melanggar undang-undang negara tersebut serta tindakan penyokong-penyokong beliau yang membakar bendera Jepun.

Patutlah Anwar tidak mahu memanjangkan isu ini lagi?

Pengikut