tunku Posted: 24 Aug 2014 03:37 AM PDT Kelantan Umno Gears Up For Pengkalan Kubor By-election Posted: 23 Aug 2014 04:00 PM PDT Kelantan Umno has started making preparation for the Pengkalan Kubor state by-election following the death of incumbent Datuk Noor Zahidi Omar Wednesday. Its chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said he would meet with the committee members of the four Umno divisions concerned on the matter. "I will present all reports on the Pengkalan Kubor state seat to the Umno president and deputy president tomorrow night. I will present the same report before the Umno supreme council on Friday. "Starting from Saturday, the party machinery will go all out," he told reporters after chairing the State Umno Liaison Committee meeting here Saturday. Noor Zahidi, 57, died of liver cancer at a hospital in Guangzhou, China at 5.45am, on Wednesday. The deceased was a three-term State Assemblyman for Pengkalan Kubur. At the last general election, he beat PKR candidate Saharun Ibrahim and independent Izat Bukhary Ismail Bukhary with a 1,736-vote majority. So far the Election Commission has yet to announce the date of the by-election. | Selangor MB crisis: Khalid hits back at former colleagues over ‘stingy’ label Posted: 23 Aug 2014 08:46 AM PDT Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has hit back at former PKR colleagues for labelling him "stingy". Khalid said the state had always placed emphasis on allocations that mattered most. "Of course, there is no point if a state is rich but (does) not give back to the people. "To me, the most important thing is education, and the state has never once compromised on this," he said after attending an alumni dinner at Chung Hua secondary school, Saturday night. Khalid said the state had allocated RM3mil annually for Chinese schools and that RM500,000 was given yearly to the Chung Hua school for development of infrastructure and the betterment of students. He also pointed out that the restructuring of the state's water industry would benefit Selangor residents. | |
Politik Harian Posted: 24 Aug 2014 03:29 AM PDT Lagi Kerja-Kerja Membabitkan MRT Mengancam Nyawa Orang Ramai Posted: 23 Aug 2014 11:57 PM PDT Seolah-olah dah menjadi trend tiba-tiba apabila berlaku lagi kejadian yang melibatkan kerja-kerja pembinaan MRT yang mengancam keselamatan awam. Kali ini ia berlaku di tengah-tengah jalan raya dan nyaris mencipta kecederaan & kematian. Kejadian dilaporkan berlaku hari ini di hadapan stesen minyak Petron & Petronas Jalan Cheras berhampiran bulatan Cheras Baru (Tesco Cheras). Seminggu yang lepas kejadian runtuhan pembinaan MRT berlaku dan mengakibatkan 3 orang pekerjanya mati di tempat kejadian. Rasa-rasanya lepas ni apa pula nak terjadi membabitkan pembinaan MRT?
| |
anakbukitgantang says Posted: 24 Aug 2014 03:16 AM PDT Hukum berkabung # MH 17 Posted: 23 Aug 2014 08:56 PM PDT Terlalu ramai ulama mee maggi segera yang muncul di fb dan whatsapp memberikan fatwa tentang hukum berkabung sempena tragedi MH 17.
Malah dalam keterujaan mereka memberikan fatwa "HARAM" mereka lupa bahawa suatu masa dulu geng mereka kufur kerana meniru upacara ugama kuffar dengan menyalakan lilin dalam candle light vigil.
Baca penerangan dari blog ugama Tahu, Faham dan Amal tentang hukum berkabung yg DIHARUSKAN (dibenarkan) dalam ugama Islam VS. hukum HARAM menyertai candle light vigil kerana ianya menyalahi hukum hakam ugama.
Candle Light Vigil Haram disertai umat Islam. Umat Islam yang menyertai Candle Light Vigil wajib memperbaharui dua kalimah syahadah.
ISU: Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil 'moment of silence' (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna "kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta'rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
| Ingat yer Candle Ligit Vigil HARAM disertai umat Islam! |
Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an.
Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
| Lilit kepada pada songkok atau pakaian hitam semasa Perak Berkabung bagi kemangkatan Sultan Perak TIDAK BERTENTANGAN dengan syarak |
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662 Wallahu a'lam. Jawapan Dr Mohd Farid Mohd Shahran :Isu berkabung dan tafakkur. Tiada nas yang boleh sabitkan haram. Hatta berkabung pakai hitam untuk dikatakan sbagai tasyabbuh pun tidak tepat sebab kata Dr Wahbah Az Zuhaili menyatakan 4 mazhab setuju wanita berkabung digalakkan pakai hitam. Qiyaslah. Jawapan Ustaz Ayman Al Akiti : Fatwa Bahtsul Masa'il fmmp NU tahun 2008 pun memutuskan berkabung dengan trend yang ada sekarang ini tiada masalah. Bahkan mazhab Hanafi mensunatkan pakaian hitam. Masalah tasyabbuh bil kuffar pun ada batas-batasnya, selagi tidak redha kufur tiada masalah. Dalam Durr al Muhtar, ada sebut yang Nabi sendiri pernah pakai selipar rahib-rahib yahudi di Madinah. Sebab itu Ibn Hajar membahagikan pembahagian tasyabbuh kepada tafashil. Jawapan Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim : Isu BerkabungKalau mengikut pandangan mereka yg mentafsirkan bahawa apa-apa yang Nabi SAW tidak buat, sesat dan masuk neraka, maka 'Berkabung Negara' akan termasuk dalam perkara yang bid'ah yang sesat. Kalau kita mentafsirkannya berdasarkan bagaimana ulama-ulama Ahlussunnah yang melihat sesuatu itu berdasarkan 5 hukum, dan hukum kias, mereka berpegang bahawa sesuatu yang Nabi SAW buat boleh diklasifikasikan perkara yang wajib dan mustahab dan harus.Dalam ertikata, ada yang kita mesti ikut Nabi, iaitu perkara wajib, kalau tak buat tak sah sesuatu itu. Pada kedudukan tersebut, haram meninggalkan perbuatan tersebut jika dilakukan dengan sengaja. Manakala perkara mustahab atau sunat ialah perbuatan yang berpahala kalau diikut, tapi tak berdosa kalau tidak lakukan. Kalu melakukan secara bertentangan, termasuk 'mukhalafah al-sunnah', maka hukumnya makruh. Manakala perkara harus, tiada dalil menyuruh, dan tiada juga dalil pula melarang dan mengharamkannya. Sebab tiadanya dalil bukan melambangkan haram sesuatu perkara itu. Untuk haramkan perlu kepada dalil. Jadi, bila berkabung sudah menjadi 'adat' yang diterima bagi semua negara, maka perlaksanaannya itu yang perlu diperhatikan dengan asas-asas berikut:
1. Tidak mengamalkan amalan agama lain. 2. Tidak berupa tasyabbuh kepada amalan agama.
Oleh itu;
I. amalan bendera separuh tiang adalah harus sebab bukan amalan agama. Tetapi adat semasa sesuatu negara menunjukkan kesedihan.
Ii. Manakala tafakur di dalam Islam dibenarkan untuk mengingati kebesaran Allah dan pengajaran sesuatu peristiwa. Tapi tafakur yang dianjurkan, saya syorkan gantikan dengan bacaan al-fatihah dan sedekahkan kpd si mati.
Iii. Pakai baju gelap, dalam kes isteri kematian suami, digalakkan pakai baju gelap. Dalam konteks negara kita, pakai hitam bukan budaya kita berkabung, tetapi budaya majlis berkabung raja-raja Melayu yang sudah diterima. Apapun maksud umum berkabung, makruh memanjangkan tempoh berkabung. Sebab itu, sunnahnya ucapan takziah sekitar 3 hari selepas kematian, kecuali kalau seseorang bermusafir. Jadi, meletakkan sehari sahaja hari berkabung sudah memadai memandangkan peristiwa ini sudah lama berlaku. Wallahu ta'ala a'lam. Sumber : https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/711158358951891Jawapan Dr Luqman : Isu berkabung bagi saya tidak lebih dari adat istiadat. Selama mana tiada tasyabbuh dengan kafir adalah harus. Jika melawani apa-apa sunnah yang hukumnya sunat, jatuh jadi makruh, sebagaimana juga adat istiadat yang biasa dilakukan di istana dan sebagainya. Jawapan Ustaz Salman al Maskuri :
Rujuk : http://darulilmi.org/2014/08/22/hukum-diam-bertafakur-sebentar-utk-menghormati-jenazah/ Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan. Antara hujjah mereka: Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang: قوموا إلى سيدكم " Berdirilah untuk pemimpin kamu" Hadis sahih Bukhari. Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya. Nabi saw berdiri utk jenazah: مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا " Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan " itu jenazah yahudi." Nabi saw menjawab " bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati)." Hadis sahih Bukhari. Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut. Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang. Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق "اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه " Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka." Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan. (Fatwa ulama kerajaan Mesir). Wallahua'lam bissowab. | |
bumiyang Posted: 24 Aug 2014 03:15 AM PDT |
The Unspinners Posted: 23 Aug 2014 11:30 PM PDT Bontot la Rafizi!!! Kecek besa ... rupanyai takut dibogelkan??? Posted: 23 Aug 2014 10:30 PM PDT Bontotlah Rafizi. Cakap punya gah tapi naib presiden PKR ni takut nak hadapi PRN. Baca berikut: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-gesa-khalid-tidak-susahkan-rakyat-selangor-dengan-pembubaran-dun UMNO yg tak kuat pun dia tak berani hadapi. Takut ditelanjangkan kaaa mung Rafizi bengung???? | JIjah boleh bawa KIPAS ke forum "test" kebolehannya nak jadi MB Posted: 23 Aug 2014 08:33 PM PDT SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Mazli Saring percaya berita palsu yang disebarkan mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor dilakukan oleh ahli PKR sendiri. "Saya yakin yang membuat kenyataan ini adalah daripada PKR. Saya bukan menuduh tetapi melihat kepada krisis yang berlaku; tidak mustahil daripada PKR. "Sejak pemilihan PKR pelbagai fitnah dibuat bukan sahaja yang dilaporkan media," ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam. Beliau membuat laporan polis kerana bimbang fitnah yang dibuat seolah-olah cuba melaga-lagakan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan Selangor. "Menteri besar dilantik dan mendapat perkenan sultan. Kalau nak tukar menteri besar pun tunggulah habis penggal, jangan sekarang, sekerat jalan dah nak tukar. "Rakyat sekarang merasai apa yang lebih baik daripada pemerintahan BN terdahulu. Saya selaku anak Selangor menyeru pihak terbabit berhenti menyebarkan berita tidak betul ini demi keharmonian bersama," katanya. -------------------------- Sambil itu, PASMEB juga cabar Datin Wan Azizah untuk terima cabaran dan hadhir ke satu forum terbuka untuk bentangkan rancangan pentadbiran beliau dan cara beliau akan selesaikan masaalah-masaalah Selangor yang disebut. Kata mereka, Wan Azizah mahu di "test". Mereka tak sebut tapi dijangka Wan Azizah dibenarkan bawa kipas untuk bantu sejukkan beliau bila kepanasan. Rasanya Wan Azizah tak akan terima sebab dia bukan tahu cara tadbir dan selesaikan masaalah Selangor. Dia hanya retorik dan tak faham pun masaalah rakyat. Tanya rakyat permatang Pauh apa dibuat di sana? Tanya rakyat Kajang berapa kali dia ke sana selesaikan masaalaah? Dia hanya sibuk nak berpolitik dan ikut si jubur | Rafizi takut lapor ke polis dokumen Langkah Kajang Posted: 23 Aug 2014 06:26 PM PDT Kalaulah betul.palsu, buatlah laporan polis. Kenapa tak buat? Takut??* Biasalah Rafizi, suruh dedah tak ada bukti. Cuma teori2 bodohnya dan putarbelit. Tapi bukti tak kluo. | PPS "Polis DAP" tak perlu undang-undang Posted: 23 Aug 2014 09:19 AM PDT PPS raja jalan di penang hingga tak perlu pakai helmet ? | Hadi dirasuah KETUM dengan jawatan dalam Ulamak Sedunia? Posted: 23 Aug 2014 02:28 AM PDT Selama beberapa minggu kita difahamkan Haji Hadi menolak KIPAS dari menjadi MB Selangor atas sokongan kepada TSKI. Rupanya ada cerita ... Tak dapat sogok wang, sogok pink form, kontrak, PLC dll. Ada kala sogok perempuan. Ada pula jawatan dalam parti atau kerajaan. Pertama kali dengar sogok guna jawaran dalam persatuan ulama. Memang pakar Anwsr Ibrahim dalam bab rasuah dan sogok. Dulu UMNO dotosakkan dengan rasuah, kini PAS pun dibeli hingga Ulamak hilang kuasa dengsn rasush dalam PAS. Akhurnya ulamsk pun.dapat dirasuahnya. Harap ada yg dalam PAS bertanya, jika Anwar hormat ulama, kenapa tak ikut cakap ulamak dan berhenti lakukan zina bisexual???? | Unit Amal PAS tak bantu penuhkan Kongres PKR? Posted: 22 Aug 2014 11:36 PM PDT Selalunya PKR akan ajak Pak Lebai pak turut PAS untuk datang ke Kongres PKR untuk bantu memenuhi hadhirin. Turut bantu penuhkan kerusi adalah Unit Amal PAS. Nampaknya kali ini.tidak ada orang PAS yg datang melainkan Khalid Samad, kata Cucu Tok Selampit berikut: http://khairulryezal.blogspot.com/2014/08/apa-ni-takkan-hanya-yb-khalidsamad.html?m=1 Dari gambar, nampaknya Presiden dan Timbalan PAS pun tak datang. PAS nampaknya seolah2 tak setuju kasi satu nama. Mereka dah jangka PKR dan DAP mahu lawan Sultan. Sebab kedegilan tak mahu kasi 3 cadangan, Sultsn boleh masuk campur dan bubarkan DUN. Saari Sungop tgh konar kata tak sokong KIPAS tapi hanya tolak TSKI. Berlakunlah apa sekali pun... PAS adalah parti u turn dan parti anwar semalaysia. | |
oyabun Posted: 23 Aug 2014 11:27 PM PDT Inilah politik murahan Pakatan Rakyat yang HARAM...!!! 'Warga tentera macam hamba abdi, penumpang MH17 istimewa pula' - PKR? Posted: 23 Aug 2014 09:32 AM PDT Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam. "Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi. "Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya. "Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17. "Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali. "Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini. 'Beri penjelasan' Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu. "Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya? Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu. Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan. Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka. Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor. Wasabi Oyabun.. | |
sekupangdua Posted: 23 Aug 2014 11:13 PM PDT #MH17 RBA DAN BOSS @ TUAN / TAUKEH MEMANG HARAM JADAH@ Posted: 23 Aug 2014 10:34 PM PDT Betapa terkutuknya dan kejinya perbuatan RBA. Untuk menghina dan mengaibkan negara malah lebih tepat lagi untuk diihat bagaimana kerajaan mengamalkan double standard menghina semua jenazah yg diadakan upacara menyambut dengan tujuan penghormatan negara malah bagi seluruh dunia melihat betapa negara amat perihatin dengan rakyat malah dunia patut menerima ianya sebagai tindakan betapa seriusnya kita terhadap perbuatan terkutuk oleh penganas di sempadan ukrine dan rusia yg wajib dihukum dan dipertanggung jawabkan. Penyebaran fitnah RBA melalui FB dan rangkaian Whatapps menular rata-rata secara senyap... pertikaian cara kita bertafakur, juga berkabung yg kononnya dilihat menyonsang dan lari dari akidah. Apa sahaja yg boleh dikaitkan terutamanya memburukan usaha meredakan perasaan sedih rakyat dilebelkan sebagai kufur dan kurafat. Yang pastinya segala usaha dilakukan merujuk kepada yg arif. Mufti, Ulama, Jabatan Ugama Islam dan banyak lagi. Bukan sahaja semasa menerima jenazah malah ianya bermula dari pencarian dilokasi nahas, mengenal pasti mayat, mengkafan, malah solat jenazah, Solat ghaib dan banyak lagi. Semuanya merujuk melalui yg arif dan mereka yg memang sepatutnya tahu hukum hakam dalam Agama... Susah sangat kah diminta untuk membaca atau sodakah ummul kitab @ Alfatihah kepada tuntutan seperti tertera dalam Islam. Rajin pulak RBA nie buat spekulasi dan menjadikan pemikiran rakyat supaya meragui tentang apa yg kerajaan buat sebagai penghormatan ini? Peliknya masa inilah ada soal hasutan memfitnah dan seolah dilihat songsang. Hasad ini boleh kita lihat bila artikel yg si tambah dengan beberapa rujukan. Malah yg terkini kononnya datang dari salah seorang balu mangsa yg terkorban lahat datu tanpa meletakan nama pengadu. Untuk dilihat macam begitu benar sanggup mereka meletakan gambar dari peristiwa serangan pengganas di lahat datu tempohari... Tidak kah sebenarnya mereka (isteri dan saudara mara peristiwa lahat datu) pastinya turut simpati? Palint tidak sudah tentu mereka juga merasakan kesedihan dengan peristiwa #MH17 dan #MH 370. Bagi mereka dapat juga melihat wajah arwah dan fizikal mereka dan pastinya mayat mangsa akan diuruskan dikebumikan di halaman kampung masing-masing. Mereka juga tentu simpati bagaimana bencana #MH17 hasilnya memang sukar. Hanya seorang mangsa di johor kembali dengan fizikal yg hampir sempurna. Sebaliknya bagaimana pula mereka yg lain kembali dalam bentuk cebisan mayat yg hancur dan reput dan tidak sama sekali boleh dikenali. Apatah lagi wajah dan anggota badan yg berkecai dan dinilaikan melalui ujian DNA sahaja... Mana mungkin mangsa #MH17 kembali sebagaimana kesayangan mereka. Bagi mereka yg sebagai balu kepada yg terkorban... pastinya mereka juga turut merasakan pekara yg sama. Sedih dengan kematian kesayangan mereka. Mana myngkin mempertikaikan... kerana mereka juga merasa keadaan yg sama... malah tentunya mereka juga dapat merasakan kesedihan bagaimana mangsa menerima mayat yg tak dapat dilihat kali akhir kerana keadaan mayat tersebut. Kenapa masa ini lantang mengkritik dan mah aibkan rakyat serta kerajaan. Sedangkan kita tahu mereka (RBA & Puak tokeh RBA) sebelum ini senyap dengan segala kurafat dan songsangnya pada diri mereka sendiri, Bagaimana pula mereka yg cukup jelas dan terang sebagai umat islam yg memegang lilin dan tunduk mengikut upacara agama kafir. Bagaimana isu pemimpin utama bang non, Stopa dan lain-lain tak diserang bila cukup jelas melakukan zina, korupsi, berebut kuasa di selangor dan lain-lain. Kenapa tak dipertikaikan perbuatan sebegini Kenapa pula sebelahi komunis dan mahu Chin Peng serta pengganas komunis supaya diberi penghormatan tertinggi dari segi kerakyatan, penempatan khusus, pahlawan negara, keistimewaan malah tak lupa juga pengkhianat negara ini diminta supaya dikelaskan sebagai pejuang negara. Kononnya mereka menentang british sebagai penjajah. Kenapa tak diserang mereka yg juga sekutu menjadikan negara huru hara dengan pelbagai demonstrasi haram, cubaan gulingkan kerajaan, menghina dan memperlekehkan mangsa serangan pengganas di Sabah. Kenapa tak keluar artikel berantai seperti sekarang? Apakah org lain juga boleh pertikaikan pekara yg sama di lahat datu? Leftenan adnan, kanang (para 9 renjer), major rashid(para 9 melayu), aznan (makenise / black hawk down @bakhara) dan banyak lagi pejuang yg terkorban sebelum ini demi pertahan kan negara? Tetapi yg sebenarnya... RBA bandit siber didikan pembangkang yg suka mak bapak dema menghina pulak yg berleluasa mencerca dan meletakan seolah aib kpada mangsa... Sudah lupakah korang tentang chin peng dan komunis yg juga menjadi pengganas yg mereka mahu di beri penghargaan? Apa pun yg pasti RBA dan taukeh nya pembangkang memang layak dianugerah single Finger dan Haram Jadah! Elok la pak mak atau saudara dema yg jadi mangsa... | |
Panglima Perang Cyber Posted: 23 Aug 2014 11:10 PM PDT 12 NGO Mahu @Khalid_Ibrahim Kekal MB Selangor Posted: 23 Aug 2014 09:29 PM PDT 12 NGO mahu Khalid kekal MB Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN pengarang@utusan.com.my Gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan bergandingan tangan sebagai tanda sokongan penuh terhadap Abdul Khalid Ibrahim semasa mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA AdvertisementSHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah nama Angkatan Rakyat Selangor (Aras) menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mengekalkan jawatan sehingga tamat penggal pentadbirannya. Mereka yang terdiri daripada anak jati Selangor turut mengecam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat amat terdesak untuk menjadi pemimpin sehingga menyebabkan kemelut politik berlaku di negeri ini. Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, mereka berpendapat pentadbiran kerajaan negeri sentiasa berjalan baik, teratur dan melengkapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dan seharusnya tidak digantikan dengan orang lain. Menurutnya, kepimpinan Abdul Khalid yang membudayakan konsep ketulusan, kejujuran, integriti serta menolak sekeras-kerasnya amalan nepotisme, kronisme dan rasuah perlu diteruskan. "Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak. Sejak beliau mentadbir negeri ini pada 2008, banyak perubahan bukan saja dari segi material tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik di alam pentadbiran kerajaan negeri dilakukan. "Ini harus diwarisi, kalau tidak negeri kita, negara kita akan hancur dan kita tidak mempunyai masa depan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid di Pusat Rekreasi Antan Bantura di sini hari ini. Antara NGO yang bergabung di bawah Aras adalah Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Bugis Selangor dan Persatuan Bekas Polis. Sementara itu, Pengerusi GRABS, Faisal Idris mempersoalkan tindakan PKR mahu menukarkan Abdul Khalid sedangkan Menteri Besar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pentadbiran selain tidak dapat dibuktikan bersalah. "Kenapa perlu ditukar? Pas sendiri sudah sebut Abdul Khalid tiada salah dan tidak dibuktikan bersalah. Ini sesuatu yang anda perlu lihat. "Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR pula adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140821/po_01/12-NGO-mahu-Khalid-kekal-MB#ixzz3BHT2FCG7 © Utusan Melayu (M) Bhd | Nik Amar Kalau Boleh Mahu Dua Adun PAS Belot PKR Dipecat !!! Posted: 23 Aug 2014 08:48 PM PDT
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.
Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti. ..........
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.
Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.
"Pentingnya kepatuhan kepada pemimpin. Dua orang yang lompat itu melanggar adab disiplin jemaah, kalau saya ada kuasa saya pecat 2 orang ini.
"Apa lebihnya kita kepada Presiden dan PAS Pusat sehingga membuat keputusan mendahului jemaah kita sendiri. Jika dalam tentera kalau ingkar arahan ketua, akan ditembak," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut hari ini.
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.
Sebelum ini, Mohd Amar menggariskan beberapa intipati yang perlu dipegang Pemuda PAS dalam usaha menjadi golongan pelapis negara antaranya, keikhlasan dalam perjuangan, kepatuhan kepada pemimpin dan meletakkan kepentingan jemaah melebihi perkara lain.
"Jika kita masuk PAS kerana mengejar kepentingan peribadi maka kita tidak akan kekal lama, sebab itu kita perlu ikhlas dalam perjuangan. Jika tidak, kita akan menjadi rosak bahkan lebih teruk daripada parti UMNO. Ketaatan dan kepatuhan pemimpin, tidak bermakna setiap pemimpin itu maksum kerana masing-masing ada kekurangannya juga. Namun tegurlah pemimpin di dalam forum atau mesyuarat,"
"Kita juga perlu meletakkan jemaah melebihi perkara lain. Jemaah dahulu barulah Pakatan Rakyat (PR). Bila kita duduk dalam PR, seolah-olah PAS ini tiada. Sekiranya mendahulukan PR daripada parti sendiri, kamu ini (mewakili parti) siapa?" tegas beliau.
Sumber | Gambar Majlis Pengebumian Jenazah Ketua Pramugara #MH17 Mohd Ghaffar di Ampang Posted: 23 Aug 2014 08:09 PM PDT Solat Jenazah Mohd Ghafar Ketua Pramugara di Masjid Bukit Indah, Ampang - Gambar NST Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu Gambar Allahyarham ketika bertugas yang dimuatnaik dalam FB beliau oleh anaknya - Gambar Harian Metro Jiran-jiran Allahyarham yang datang menghantar ke perkuburan Antara yang hadir memberikan penghormatan
Saudara mara Allahyarham di perkuburan - Sumber twitter @Beeha3
Tiba tepat jam 11.03 pagi - gambar dan info dari Tweet @Beeha3
Penghormatan negara kepada mangsa MH17 bukti mereka tidak meninggal dengan sia-sia
| Piala Malaysia 2014: @PDRMsia bukti status, Pahang dikejutkan Felda | Berita Harian Posted: 23 Aug 2014 04:00 PM PDT
AHAD, 24 OGOS 2014 - 12:20AM
KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, PDRM membuktikan status tampil dari divisyen dua negara tidak menghalang mereka bergelar pasukan tunggal meraih sembilan mata penuh berakhir pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia, malam tadi.
Tanpa Dollah Salleh yang membantu mereka menjulang trofi Liga Perdana, Jun lalu, PDRM yang ketika ini dibimbing Azman Adnan mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas membelasah T-Team 4-1 di Stadium Tuanku Rahman Paroi.
Kemenangan itu menyaksikan mereka menjadi satu-satunya pasukan yang merakam tiga kemenangan sekali gus memimpin Kumpulan D.
PDRM membuka tirai jaringan menerusi penyerang kebangsaan, Bobby Gonzalez seawal minit ke-12 sebelum pemain import, Ali Ashfaq meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-24 untuk selesa mendahului 2-0 tamat babak pertama.
Memasuki babak kedua, Bobby membuktikan ketajamannya dengan menjaring gol kedua peribadinya pada minit ke-67 sebelum gol keempat dilengkapkan Chad Souza pada minit ke-84.
Dan ketika perlawanan hampir berkesudahan tanpa tambahan jaringan, penyerang import T-Team, Jimmy Mulisa menjaring gol sagu hati pelawat dua minit sebelum permainan tamat.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, juara 32 kali Selangor mencatat kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia dengan menewaskan Sime Darby 2-0.
Gol Selangor dijaringkan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-18 sebelum Hazwan Bakri meledak gol pada minit ke-34.
Impian Pahang catat tiga kemenangan lebur
Dalam aksi Kumpulan A, penyandang juara Pahang dikejutkan di laman sendiri dengan kekalahan 3-2 kepada pasukan berstatus kelab, FELDA United.
Ketinggalan menerusi jaringan Edward Junior Wilson seawal minit ke-17, Pahang bangkit menyamakan kedudukan menerusi Azammudin Akil pada minit ke-23 sebelum di depan hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-59.
Namun kelebihan Pahang tidak lama selepas Edward sekali lagi membuktikan ketajamannya dengan meledak gol kedua peribadi pada minit ke-64 sebelum Shukor Adan menjadi wira Felda menerusi jaringan pada minit ke-77.
Kemenangan meletakkan Felda selaku pendahulu Kumpulan A selepas mengumpul tujuh mata.
Pada satu lagi aksi Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim (JDT) II kembali bernyawa selepas menundukkan Lions XII 2-1 yang juga kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia kali ini.
Gol JDT II dijaringkan Shafiq Shaharudin pada minit ke-21 dan Fandi Ahmad (m81) dengan gol tunggal Lions XII dijaringkan Hafiz Sujad pada minit ke-51.
Perak tumbang di tempat lawan, kekal teraju Kumpulan B
Dalam aksi Kumpulan B, tuan rumah Terengganu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perak.
Mendahului 1-0 berakhir babak pertama menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-29, Perak kembali menyamakan kedudukan menerusi Mohd Nazri Mohd Kamal pada minit ke-42 sebelum Norfarhan Mohammad menjaring gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-m50.
Pada satu lagi aksi Kumpulan B, Sarawak kecundang 1-2 kepada Kedah dengan gol jaringan pemain import, Billy Mehmet pada masa kecederaan babak kedua menafikan harapan tuan rumah untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata.
Ketinggalan menerusi jaringan Mohamad Farhan Roslan pada minit ke-32, Sarawak menyamakan kedudukan menerusi Ryan Griffiths pada minit ke-50 namun gagal mencari tambahan gol.
JDT bukti wibawa, Kelantan raih kemenangan kedua
Dalam aksi Kumpulan C, satu lagi calon juara yang juga juara Liga Super, JDT turut mencatat kemenangan di laman lawan selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1.
Gol JDT diledakkan Amri Yahyah pada minit ke-13 diikuti gol Safiq Rahim, seminit kemudian. P.Pinang berjaya merapatkan jurang menerusi gol Lee Gil Hoon pada minit ke-65.
Namun belumpun reda sorakan penyokong tuan rumah, gawang mereka sekali robek menerusi pemain import JDT, Pereira Diaz, dua minit kemudian.
Pada aksi Kumpulan C di Stadium Shah Alam, ATM yang mengharap kemenangan pertama selepas dua kali mencatat seri tumbang 3-0 kepada Kelantan dengan kesemua jaringan diledakkan pada babak kedua.
Kelantan yang memburu kemenangan kedua berturut-turut terpaksa menunggu sehingga minit ke-51 menerusi gol penyerang import, Francis Forkey Doe sebelum kapten, Mohd Badhri Radzi membuktikan ketajamannya dengan meledak dua gol pada minit ke-60 dan 89.
Sent from my iPhone | Ulama Dunia Tolak Wahabi - Tauhid Tiga Serangkai - Utusan Malaysia Posted: 23 Aug 2014 09:35 AM PDT Baca dan sebarkan. Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya? Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini: *Al 'Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar. Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu. Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al 'Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut. *Al Muhaddith al 'Allamah Sheikh Salamah al Qudha'i al 'Azzami al Syafi'i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati'ah fi Raddi b'ad al bida' al Syai'ah. Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al 'Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a. *Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini. Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw. *Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu'ah. Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah. Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah. *Prof. Dr. Muhammad Sa'id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur. *Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani' al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai. Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk 'al Fath al Mubin fi Bara'at al Muwahhidin min 'Aqaid al Musyabbihin. *Al 'Allamah Abu Abdullah 'Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin. Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman. *Al 'Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi'i, ulama besar Mekah. Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih Allah Taala 'an al Tasybih. *Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya. *Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ. Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu. *Al 'Allamah Muhammad al 'Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram. Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara'ah al Asy'ariyyin min 'Aqaid al Mukhalifin. *Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar. Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008. Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi'ah fi Bayan Khata' al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid). *Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani. Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima. Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3BESgxbTn © Utusan Melayu (M) Bhd
| Silap Faham Wahabi - Hadis Jariyah Berkenaan Allah Di Langit - Penjelasan oleh Syed Faiz Al Aydrus Posted: 23 Aug 2014 08:28 AM PDT
Harap dapat disebarkan ....
"berkata al-Qadhi 'Iyadh : tidak ada khilaf antara kaum muslimin seluruhnya, baik ulama fiqih, dan ulama Hadits, dan ulama Tauhid, dan Mujtahid dan Muqallid, bahwa makna dhohir yang datang dengan menyebutkan Allah taala di langit seperti firman-Nya "adakah kamu merasa aman dengan yang (berkuasa) di langit ….dan seterusnya"dan seumpama nya, bukanlah maksud sebagaimana dhohir nya, tetapi dita'wilkan menurut semua kaum muslimin". Maksudnya : Sebagai penguat sekaligus rujukan terhadap apa yang telah diuraikan oleh Imam Nawawi, beliau menampilkan pernyataan al-Qadhi 'Iyadh tentang kata "fis sama' " yang ada dalam al-Quran, al-Qadhi 'Iyadh berkata : tidak ada khilaf atau telah Ijma' semua Ulama bahwa makna dhohir dari ayat yang menunjukkan Allah di atas langit bukan maksud dhohir nya, tetapi dita'wilkan menurut semua Ulama, artinya Ijma' wajib Ta'wil nash-nash Mutasyabihat, baik dengan Ta'wil Ijmali (Tafwidh) atau dengan Ta'wil Tafsili, dan memahami dan beriman dengan makna dhohir sebagaimana Manhaj Salafi Wahabi berarti telah melangkahi Ijma' danmelangkahi pemahaman Ulama demi pemahaman sendiri, dan dari uraian di atas dapatlah dipastikan bahwa tidak ada satu pun Ulama Salaf dan Khalaf yang berdalil dengan Hadits jariyah seperti cara berdalil nya Salafi Wahabi, tidak ada satupun Ulama Salaf atau Khalaf yang mengatakan bahwa Hadits Jariyah adalah dalil Allah bersemayam di atas langit, na'uzubillah
Baca seterusnya :
http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2012/11/penjelasan-hadis-jariyah-di-tanya.html?m=1
Sent from my iPhone
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 23 Aug 2014 11:09 PM PDT TOK NAJIB...TENGOKLAH 50 RIBU AHLI PKR DATANG KONGRES PKR!!! Posted: 23 Aug 2014 06:21 PM PDT
Tu dia rakyat dianggarkan 50 ribu ahli PKR seluruh negara tidak termasuk delegasi PKR dari Turki, Israel, Ostolia, Amerika, United Kingdom, Bangladesh, India dan paling ramai dari Singapore, Taiwan, Hong Kong, Macau, Republik China dan Mongolia hadir beramai-ramai ke Kongres Nasional PKR ke 10 Sabtu semalam.
Kehadiran yang penuh sesak ini sudah pasti mengemparkan penduduk seantero dunia tentang kehebatan seorang anugerah Tuhan. Macam ni BN kena kerja lebih kuat lagi!
SHAH ALAM 23 Ogos - Sambutan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-10 di Stadium Melawati hambar apabila tidak sampai setengah dewan itu dipenuhi dengan perwakilan parti dari seluruh negara.
Malah sewaktu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasarnya, terdapat banyak kerusi kosong di bahagian tengah dan depan dewan manakala ruang tempat duduk belakang kelihatan lengang.
Suasana lengang semakin terasa apabila perwakilan dan pemerhati kongres dilihat mula meninggalkan stadium lebih awal selepas konvensyen ditangguhkan pada pukul 1 petang.
Jumlah perwakilan dan pemerhati juga semakin berkurangan pada sesi kedua yang diadakan selepas rehat tengah hari.
Perbahasan pula dipenuhi dengan 'bodekan' dan kata pujian kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah seawal perbahasan pertama wakil dari Kuala Lumpur sehingga pembentangan wakil terakhir.
Beberapa pemimpin tertinggi parti pakatan pembangkang turut hadir termasuk Anwar; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Presiden Pas, Muhammad Sabu; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.
| Selepas tengahari ramai delegasi cabut kerana pergi open house raya...apa kelas dengar ko membebel Nuar dan Jijah laki bini oi |
Ketika membacakan teks ucapan dasar Presiden awal pagi tadi, Wan Azizah turut menyelar pentadbiran Khalid yang menyimpan dana negeri sehingga mengabaikan rakyat selain memberi saranan kepada Abdul Khalid untuk mentadbir negeri termasuk masalah denggi.
Wan Azizah yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang kini juga berdepan isu pelupusan sisa pepejal dan sampah tidak selesai sejak dilantik pada April lalu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140824/po_03/Kongres-Nasional-PKR-ke-10-hambar#ixzz3BGc3q5iY © Utusan Melayu (M) Bhd
Dikala rakyat bersedih serta berkabung dengan pemulangan dan pengembumian mangsa-mangsa tragedi MH17, Wan Jijah tak habis-habis mengutuk kerajaan dan melobi sang suami serta mengangkat dirinya...poyo kan?
Nampaknya kalau beribu-ribu yang datang kongres PKR macam ni, ada harapan kot Wan Jijah jadi Menteri Besau Selangor tu?
Kerusi yang banyak-banyak kat dewan tu sebenarnya diisi oleh makhluk-makhluk halus yang suka pada lambang mata dajjal dan hanya Anwar saja nampak kelibat makhluk-makhluk halus tersebut.
| MH17, WAHAI DS NAJIB, KETAHUILAH BERTAFAKUR CARA DI BAWAH INI HARAM & BERDOSA BESAR Posted: 23 Aug 2014 04:37 PM PDT | YANG MANA SATU: SEKEJAP IKUT KRISTIAN, KEMUDIAN IKUT HINDU, AKHIR TUNJUK MUSLIM |
Isu Tafakur dan Berkabung MH17 oleh kerajaan telah dimanipulasi oleh pembangkang Malaysia kononnya DS Najib telah mengajak rakyat Malaysia melakukan perkara yg menyalahi hukum syarak.
Bagaimana dengan 3 imej di bawah. Kenapa PAS dan Ularmak-Ularmak PKR tidak berani mengatakan ianya perbuatan HARAM yang dilakukan oleh pemimpin mereka?!! Sesungguhnya mereka sudah bercampur-aduk antara najis dan tahi, sehingga tidak tahu membezakannya.
| ANWAR DIASAP BADANNYA, DICAP DAHINYA SEDANG MENGAMALKAN AJARAN BUKAN ISLAM |
| BERTAFAKUR DENGAN PENUH TAWADDUK DAN FATANAH |
| BERTAFAKUR TAFAKUR PENUH SYAHDU |
| |
Belantan Posted: 23 Aug 2014 11:02 PM PDT Kesal memfitnah, Nurul Izzah mohon maaf kepada Raja Nong Chik? Posted: 23 Aug 2014 08:50 AM PDT Nurul Izzah menangis sewaktu membuat kenyataan memohon maaf kepada Raja Nong Chik
Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain, selesai selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. "Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu. Nurul Izzah berkata, terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lalu, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya. Terdahulu, peguam M. Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik berkata, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan berdasarkan terma penyelesaian yang dipersetujui, dan defendan pertama (Nurul Izzah) akan membacakan kenyataan maaf beliau di mahkamah terbuka. - BERNAMA Peguam Edmund Bon mewakili Nurul Izzah dan peguam A. Lourdes Abishegam yang mewakili Mkini Dotcom Sdn. Bhd., pemilik portal berita Malaysiakini serta wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong juga mengesahkan penyelesaian kes itu. M. Reza turut memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya akan menarik balik saman terhadap wartawan Malaysiakini berikutan defendan kedua (Mkini Dotcom) akan menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu di laman sesawang Malaysiakini dalam tempoh tujuh hari. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed merekodkan penghakiman persetujuan tanpa sebarang perintah kos dan memerintahkan defendan kedua menyiarkan kenyataan maaf itu. Sebelum prosiding itu berakhir, Hakim Nik Hasmat mengucapkan tahniah kepada pihak berkenaan yang menyelesaikan kes berkenaan secara baik. Pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail di sini, iaitu sehari sebelum PRU-13. Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah diterbitkan dalam laman sesawang Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lalu. Beliau mendakwa, penerbitan kenyataan itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk. Sementara itu, di luar mahkamah, Raja Nong Chik memaklumkan pemberita bahawa beliau bersyukur kerana akhirnya kes berkenaan dapat diselesaikan. "Alhamdulillah, setelah hampir setahun kes ini dapat diselesaikan dan sempena bulan yang baik ini (bulan Syawal), saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes dan meminta pampasan. "Saya juga berpendapat kita harus bersatu kerana negara kita kini dalam suasana berkabung sempena memperingati tragedi MH17," katanya. Suara Politik Belantan | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 23 Aug 2014 09:29 PM PDT |
tok gajah Posted: 23 Aug 2014 09:24 PM PDT PAS tidak yakin kemampuan PKR menawan N1 DUN Pengkalan Kubur Posted: 23 Aug 2014 08:00 PM PDT Beri peluang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubur SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.
Pade pandangan Tok sangat setuju dengan cadangan PAS supaye PKR berundur dan memberi peluang kepade PAS untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubur, Kelantan tu. Pandangan Tok ni hanye lah berdasar kan dengan keadaan yang nampak kucar-kacir dalam PKR tu.
Peranan yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim untuk memartabat kan isteri nye sebagai Menteri Besar Selangor sedikit sebanyak telah mendatangkan gambaran terhadap PKR am nye dan PR khusus nye. Kini di Selangor sedang kecuh apebile Datuk Khalid di arahkan supaye mengosongkan kerusi Menteri Besar.
Keadaan semakin parah apebile Datuk Khalib di tendang keluar dari PKR kerane kedegilan nye untuk mengosongkan kerusi MB Selangor. PAS yang pade mule nye berdiri teguh di belakang Datuk Khalid juge akhirnye terpakse berundur juge setelah diberi amaran oleh DAP dan PKR.
Tok yakin rakyat di Kelantan telah menyaksikan betape buruk nye keadaan Pakatan Rakyat di Selangor tu. Tok haraf rakyat Kelantan yang sememang nye bijak ini akan terus memilih Barisan Nasional terutame nye UMNO untuk meneruskan kesenambungan pemerintahan UBN yang tiade tandingan nye di bumi Malaysia ini.
| |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 23 Aug 2014 09:13 PM PDT |
PenangWasabi Posted: 23 Aug 2014 09:09 PM PDT NURUL IZZAH ANWAR MENANGIS SEWAKTU MEMBUAT KENYATAAN MEMOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK? Posted: 22 Aug 2014 10:23 PM PDT Berikut Permohonan Maaf Nurul Izzah: " Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk "Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin's Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million". " Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau." " Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas,". Penang Wasabi.. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 23 Aug 2014 03:22 PM PDT Proton: Foto PCC warna hijau berlegar di laman sosial! Posted: 23 Aug 2014 09:44 AM PDT Pagi tadi saya menerima beberapa pesanan peribadi di Facebook mengenai foto di atas. Pada mulanya saya tidak berani untuk mendedahkannya. Namun setelah ia mulai tersebar di laman web dan laman sosial, saya membuat keputusan untuk kongsikannya bersama anda. Inilah rupa sebenar model P2-30A atau Proton Compact Car (PCC) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. PCC adalah model Proton yang menggunakan gaya rekaan terbaru yang lebih menarik dan berbeza dengan model-model sebelumnya. Walapun dalam keadaan gambar yang begini kita masih dapat melihat perincian pada gaya rekaan tersebut. Maklumat terbaru yang diterima, berkemungkinan pra-pelancaran (soft launch) model ini akan dibuat sebelum akhir bulan ini. Apa pendapat anda? * Akhirnya PCC menunjukkan rupanya, menarik kan? Saya rasa ini mungkin versi 1.6 Premium. | 'Warga tentera mcm hamba abdi, penumpang MH17 istimewa pula' -PKR Posted: 23 Aug 2014 05:35 AM PDT Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam. "Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi. "Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya. "Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17. "Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali. "Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini. 'Beri penjelasan'Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu. "Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu. Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan. Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka. Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor. | Sharnaaz artis taraf lubang jamban - Azwan Ali Posted: 23 Aug 2014 12:01 AM PDT SELEBRITI penuh kontroversi Azwan Ali tidak penah sunyi cerita-cerita panas. Baru-baru ini, sedang rakyat Malaysia memberi penghormatan menyambut kepulangan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat MH17, Azwan sekali lagi dikritik kerana berselfie sewaktu orang sekelilingnya sedang sedih. Mana tidaknya perbuatan Azwan ini seperti dilihat mahu meraih publisiti semata. Malah ramai peminat di Twitter merasa perbuatannya mengudang kemarahan orang lain dan sepatutnya Azwan lebih memahami keaadaan sekeliling. Dalam masa yang sama, Sharnaaz Ahmad turut menyela perbuatan Azwan sebagai memalukan. Entah apa yang difikir Azwan pada masa itu, kalau mahu berselfie biarlah kena tempat dan waktunya. Harap kejadiaan ini dapat memberi satu pengajaran kepada artis lain juga. Mungkin bagi Azwan, dia ada hak untuk buat tindakan begitu kerana tidak menganggu sesiapa. Tetapi umum menilai, tindakan kurang bijak beliau boleh membuatkan orang lain tidak senang dan berasa meluat. | Aksi kurang ajar lucah remaja perempuan malukan ibu bapanya Posted: 22 Aug 2014 11:00 PM PDT Kadang-kadang takut juga kami tengok tahap daring budak-budak zaman sekarang. Semua benda nak dikongsikan di Status Facebook. Ada yang tunjuk gambar dalam bilik dengan kekasih, ada tu pula muat naik gambar tangan berlumuran darah baru lepas kena toreh dengan pisau sebagai bukti cubaan bunuh diri sebab marahkan pakwe. Adik ini pula lain ceritanya. Selamba saja dia mengaku bahawa dia tak ada niat nak sambung belajar pun tapi buat sebab semak dengan perangai ayah dia. Agak kalau ayah dia baca apa perasaan orang tua tu? Ok tak payah tengok status yang dia muat naik pun tak apa, cuba bagi ayah dia tengok pula gambar anak dia ni tunjuk lurah dada dan hisap rokok Winston di atas. Mungkin masa tu baru budak ni akan faham erti penyesalan. | Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah: "Dah mati, mati je la" Posted: 22 Aug 2014 10:01 PM PDT Kurang ajar, biadap dan tidak bertimbang rasa adalah gelaran yang paling sesuai untuk gadis ini. Dia mempertikaikan doa Al-Fatihah yang disedekahkan kepada mangsa nahas MH17. "dapat apa klau al-fatihah untk MH17? ad ke najib bagi duit kt korong emmm pelik2.. dah mati, mati je la aduii takpayah nak beriye sngt la weiii" tulisnya di dalam aplikasi Weechat. Betullah kata orang bijak pandai, 'jika tiada benda baik hendak diperkatakan, lebih baik diam'. Mesej ini untuk ramai lagi diluar sana yang mempunyai penyakit hati sama seperti gadis ini. | Tak dapat seks, lelaki mengadu kepada polis Posted: 22 Aug 2014 09:00 PM PDT Montana (Amerika Syarikat): Seorang lelaki, William McDaniel, 53, ditangkap kelmarin selepas didakwa memanggil polis untuk mengadu berkenaan seorang pelacur enggan mengadakan seks dengannya. Menurut polis, McDaniel mengunjungi pusat pelacuran di Butte, Montana dan memberikan seorang wanita wang AS$350 (RM1,120) supaya menari untuknya. Bagaimanapun, tarian itu dihentikan tiba-tiba apabila McDaniel menjadi agresif cuba memeluk wanita itu. Marah kerana penari itu menolak kehendaknya, lelaki berkenaan menelefon 911 untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita itu tidak mahu mengadakan seks dengannya. Polis yang tiba di tempat kejadian menahan McDaniel atas tuduhan melanggan pelacur. - Agensi | Sakit di kemaluan ketika kencing rungkai rahsia jijik Posted: 22 Aug 2014 08:00 PM PDT Kuala Lumpur: Kesakitan pada kemaluan seorang kanak- kanak berusia tujuh tahun terungkai selepas pemeriksaan doktor mengesahkan dia menjadi mangsa rogol di ibu kota, kelmarin. Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kebiasaannya dihantar ke rumah pengasuh selepas pulang dari sekolah ketika ibu bapanya bekerja. Sumber polis berkata, kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa mengadu sakit ketika membuang air kepada ibunya. "Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak menyangka buruk, namun selepas mangsa beberapa kali mengadu sakit, dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan," katanya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa bengkak selain ada pendarahan. "Mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut," katanya. | Shamsul dakwa wujud politik wang dalam pemilihan Posted: 22 Aug 2014 07:00 PM PDT Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menyelar golongan berpengaruh dalam PKR yang didakwanya cuba memecah-belah Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak. Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa "suara sumbang" oleh golongan yang disifatkan sebagai "panglima PKR" itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat. "Di dalam krisis menteri besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada di antara panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan Pakatan Rakyat. "Ini adalah bisikan syaitan! Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat. "Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh. "Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini. Sanggup hilang kuasaBeliau yang baru dilantik ke jawatan naib presiden PKR bagaimanapun lega kerana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah termakan dengan bisikan itu. Bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan pihak tertentu yang sanggup kehilangan kuasa di Selangor atau sanggup membiarkan sehingga DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru. "Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar. Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dewan negeri dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap," katanya. Shamsul menegaskan krisis itu sebahagian besarnya berpunca daripada sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyukarkan keadaan. Beliau antara lainnya membangkitkan sikap "tiada komitmen kepada proses musyawarah dan displin untuk mematuhi keputusan yang dicapai". "Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat. "Pergantungan kepada penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarkan lagi keadaan," katanya. Oleh sebab itulah Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa pemimpin gabungan parti bertemu Khalid unntuk mencari penyelesaian, katanya. | Pas terpaksa terima MB wanita Posted: 22 Aug 2014 06:30 PM PDT KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR. Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit. Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira. "Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti. "Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi," katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam. Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah 'ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas). Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali. "Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi. "Wilayah 'ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham," katanya. Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar. Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri. Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita. "Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita," katanya. | UMNO akan kalah semua kerusi kalau bubar DUN - Zuraida Posted: 22 Aug 2014 06:00 PM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan. Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini. Keyakinannya itu berdasarkan bacaannya bahawa pembubaran DUN itu mustahil akan berlaku kerana presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti dari 30 orang ADUN. "Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor. "Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN). "Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor," katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat. Beliau juga menasihati para perwajkilan agar tidak menghiraukan sebarang spekulasi berhubung pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru. Menurutnya, ada cakap-cakap yang mendakwa sultan Selangor meminta satu lagi nama alternatif untuk dicalonkan sebagai menteri besar. "Janganlah dengar spekulasi di luar. Ada yang kata sultan tak terima orang perempuan, sultan tak terima Wan Azizah dan nak ada dua nama. "Kalau sultan betul-betul tolak, kita tolak. Kita ganti dengan nama kedua. Tak jadi isu," katanya lagi. Isu sokongan Wan Azizah Sementara itu, ucapan lima orang perwakilan dalam perbahasan ucapan dasar ketua wanita sebelum itu antara lainnya menumpukan isu sokongan pada wanita untuk dilantik ke jawatan utama. Ia merujuk kepada polemik yang timbul berhubung rancangan agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan dengan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Antaranya, wakil Sarawak, Nurhanim Mokhsen yang berkata, wanita kini bukan hanya berperanan sebagai sayap kanan parti, tetapi kini mampu menjadi penggerak setanding dengan kaum lelaki. "Wanita tak harus memencil diri. Wanita tak boleh berpegang dengan andaian kuno iaitu wanita itu lemah dan di dapur dan hanya hayun buaian dan sebagainya. "Hari ini wanita segandingan dengan kaum Adam dan boleh memimpin rumah tangga, masyarakat, mampu menerajui negeri malah wanita mampu menjadi perdana menteri, Insha-Allah," katanya. | Shamsul: 'Syaitan' mahu PKR keluar Pakatan Posted: 22 Aug 2014 05:30 PM PDT Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menyelar golongan berpengaruh dalam PKR yang didakwanya cuba memecah-belah Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak. Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa "suara sumbang" oleh golongan yang disifatkan sebagai "panglima PKR" itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat. "Di dalam krisis menteri besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada di antara panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan Pakatan Rakyat. "Ini adalah bisikan syaitan! Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat. "Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh. "Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini. Sanggup hilang kuasaBeliau yang baru dilantik ke jawatan naib presiden PKR bagaimanapun lega kerana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah termakan dengan bisikan itu. Bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan pihak tertentu yang sanggup kehilangan kuasa di Selangor atau sanggup membiarkan sehingga DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru. "Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar. Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dewan negeri dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap," katanya. Shamsul menegaskan krisis itu sebahagian besarnya berpunca daripada sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyukarkan keadaan. Beliau antara lainnya membangkitkan sikap "tiada komitmen kepada proses musyawarah dan displin untuk mematuhi keputusan yang dicapai". "Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat. "Pergantungan kepada penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarkan lagi keadaan," katanya. Oleh sebab itulah Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa pemimpin gabungan parti bertemu Khalid unntuk mencari penyelesaian, katanya. | Exco baru AMK boikot ucapan sulung Nik Nazmi Posted: 22 Aug 2014 05:00 PM PDT Seramai 16 exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru dipilih bertindak meninggalkan dewan persidangan sebelum ketua baru mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan sulungnya dalam Kongres AMK lewat petang ini. Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari. Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu. "Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi. "Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya. Bagaimanapun, Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata beliau optimis dan yakin perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh segera jika semua pihak dalam AMK duduk berbincang. "Saya menunggu arahan Nik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya menerima keputusan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti). Tetapi selepas ini kita mahu pemilihan lebih cermat, baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya. Terima keputusanSementara itu, Nik Nazmi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya. "Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan. Dalam ucapan penggulungannya sebelum itu, Nik Nazmi menegaskan antara lainnya mempertegaskan sokongan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya AMK tidak akan membiarkan Anwar dipenjara sekali lagi atas tuduhan liwat yang dianggapnya "tuduhan jahat yang jelas bermotif politik". "Kita akan sama-sama bangkit untuk menggerakkan masyarakat dan menghumban Umno-BN ke dalam tog sampah sejarah sebagai parti yang tidak bermaruah," katanya dalam ucapan sulungnya itu. Beliau berkata pihaknya akan menentang tekanan politik kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Tian Chua sekaligus menolak penindasan terhadap masyarakat sivil dan kezaliman. Beliau juga bertekad untuk memberi fokus 100 hari pertama bermula hari ini untuk menggariskan dasar AMK pada penggal ini termasuk memperkasakan cabang yang lemah. | Nafsu seks pelik dan gila seorang wanita Posted: 22 Aug 2014 03:38 PM PDT | Shari Knight |
Albuquerque (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu. Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley. Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan. Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan. Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya. Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari. Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan. Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 23 Aug 2014 02:01 PM PDT Ahli PKR Mabuk Ketum Kot? Dulu Kata Lahad Datu Sandiwara, Kini Di Kongres PKR Bersimpati Pulak! Posted: 23 Aug 2014 09:54 AM PDT Laksamana (B) Imran Abdul Hamid semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17. Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.
Apa yang Imran terlupa adalah beliau pernah menghina anggota-anggota tentera yang gugur di Lahad Datu dengan mengatakan tragedi di Lahad Datu adalah sandiwara Kerajaan. Hakikat yang sebenar, setiap perwira Negara yang terkorban di dalam tragedi Lahad Datu telah diberikan penghormatan tentera ketika pengurusan jenazah-jenazah mereka dahulu. Malah balu-balu anggota tentera yang terkorban di Lahad Datu telah dijaga kebajikan mereka dan diberi pampasan yang setimpal. Imran mungkin terlupa dulu beliau berkata Lahad Datu hanya sandiwara, sekarang pertikai istiadat mangsa MH17 lebih dari Lahad Datu. Agaknya, semalam beliau mabuk ketum kot?
| Apa Ni? Takkan Hanya YB @KhalidSamad Hadir Kongres PKR 2014? Mana Presiden Atau Timbalan PAS? Posted: 22 Aug 2014 08:08 PM PDT Apa sudah jadi? DAP hantar Penasihat Seumur Hidup Sampai Mati, Lim Kit Siang. PAS sebagai parti bersekutu tidak berdaftar PR hantar siapa? Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad. Siapa beliau dalam hiraki kepimpinan PAS? Hanya AJK biasa. Mana Presiden DS Haji Hadi Awang, mana puppet Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Mat Sabu? Sibuk berkabung lagikah? Hebat sungguh YB Khalid Samad di mata Anwar Ibrahim sehingga beliau menjadi wakil PAS sewaktu Perasmian Kongres PKR 2014? | |
Apa Yang Tersirat Posted: 23 Aug 2014 01:27 PM PDT Kemelut MB Selangor: Eloknya Sultan Panggil 15 ADUN Pas Untuk Pengesahan Posted: 23 Aug 2014 12:49 AM PDT SULTAN Selangor jangan bergantung kepada dakwaan Wan Azizah Wan Ismail, bahawa beliau mendapat sokongan dua ADUN Pas- Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin Morib; kerana setakat ini 13 DUN Pas belum menyatakan sokongan terbuka atau hitam putih ke atas isteri Anwar itu.
Sebelum ini Pas dengan keras menolak Wan Azizah, namun ekoran pembelotan dua ADUNnya seperti dakwaan Wan Azizah, parti terpaksa melakukan pusingan U, terpaksa juga menyokong Wan Azizah namun dalam masa yang sama menamakan Azmin Ali sebagai alternatif. Azmin Ali kemudian menolak cadangan itu.
Asas penolakan Azmin, kerana menyokong ketetapan parti; namun jauh disudut itu, dia tahu jika dia akur dengan cadangan Pas itu, keadaannya akan ikut jejak Khalid Ibrahim-dipecat daripada PKR.
Anwar dalam melaksanakan keinginannya untuk merealisasikan agar isterinya menjadi MB Selangor; akan melakukan apa sahaja; kerana harapan beliau, jika masuk penjara nanti; sekurang-kurangnya isterinya dapat mempergunakan imunisasi kedudukan sebagai MB untuk berdepan pemenjaraan suaminya.
PKR-DAP mempuyai 29 kerusi dalam DUN Selangor manakala Pas 15 dan BN 12; jika Sultan yakin bahawa sokongan dua ADUN Pas itu ada unsur permainan; maka baginda maklmum, bahawa Wan Azizah bukannya mendapat sokongan benar, akan tetapi akibat manipulasi atau ada unsur paksaan. Jika ada unsur paksaan, maka perlantikan Wan Azizah, tiada akan bertahan lama, kerana mungkin sahaja berlaku undi tidak percaya, maka berlaku lagi krisis politik di negeri itu. Untuk mengelak krisis politik Selangor berterusan, maka pilihan berikutnya adalah membubarkan DUN; Sultan boleh menitahkan Khalid agar membuarkan DUN untuk membolehkan krisis politik Selangor dibereskan once for all. | |
waadat Posted: 23 Aug 2014 01:02 PM PDT Tahniah TG Hj Hadi naib presiden ulama dunia Posted: 23 Aug 2014 05:35 AM PDT Pertama-tamanya Demang ucapkan syukur alhamdulillah dan tahniah pada TG Hj Hadi Awang atas lantikan sebagai naib presiden ulama dunia yang diadakan di Turkey semalam. Demang anggap ia 'permulaan' yang baik untuk perjuangan yang lebih besar. Demang sedar ada sesetengah pihak memandang sinis lantikan tersebut kerana PAS sekarang dilihat hanya pak turut pada PKR (baca: Parti Keluarga anwaR) dan DAP. Namun setakat manakah kita membantu beliau dalam berhadapan dengan puak Anwarinas dalam PAS? Bagi Demang majoriti ahli tulen dalam PAS hanya celik semangat buta strategi. Kebanyakannya hanya tahu melenting apabila ada perkara yang menyakiti hati namun tidak tahu bagaimana untuk memenangi seluruh permainan. Lebih teruk lagi apabila kebanyakan penyokong PAS adalah manusia lurus bendul yang amat mudah dieksploitasi oleh individu-individu yang tersepit. Mudah cakap, kebanyakan dalam PAS tiada jati diri sehingga tidak mampu memahami bahawa Islam itu agama dan Melayu itu bangsa. Akhirnya malu mengaku sebagai berbangsa Melayu atas alasan Melayu tidak semestinya Islam. Kesinambungan daripada malu mengaku Melayu ini ialah malu berketuakan raja-raja Melayu dan membuka jalan pada penubuhan negara republik yang diimpikan DAP. Akhirnya apabila sistem kesultanan yang berkesinambungan daripada sistem khalifah Islam lenyap barulah terkebil-kebil menggigit jari. Barangkali ramai yang marah dengan Demang namun jika teguran begini pun tidak mahu diterima, bagaimana mahu berjuang? Mari kita lihat satu strategi halus DAP melalui PKR iaitu menjana motto ABU = Asal Bukan UMNO. Amat malang apabila ada juga yang mengaku ahli PAS melagu-lagukan skrip ABU tanpa sedar ia boleh membawa pada kerosakan teruk pada hati mereka. Apa maksud 'asal bukan UMNO'? Ia bermaksud, apa sahaja dihalalkan asalkan ia bukan UMNO. Ertinya, babi pun halal kerana babi bukanlah UMNO! Adakah Islam mengajar perjuangan yang begitu? Bolehkah dicampuradukkan yang betul dan yang batil? Berbalik pada tajuk Demang tadi iaitu ucapan tahniah pada TG Haji Hadi Awang, Demang fikir inilah masanya PAS dibersihkan daripada makhluk-makhluk asing yang menyamar sebagai ahli PAS padahal mereka sebenarnya berjuang semata-mata kerana hendak menghapuskan UMNO. Mereka tidak peduli sangat apa yang akan berlaku selepas UMNO ditumbangkan. Bahkan mereka tidak pedulipun pada perjuangan Islam yang diasaskan para pemimpin PAS yang asal. Yang penting, 'asal bukan UMNO'. PAS perlu mulakan semula perjuangan menegakkan Islam bukannya perjuangan memusnahkan UMNO. Nampak macam sama tetapi memang besar bezanya. * rupa-rupanya bukan Demang sahaja bawa isu pembersihan Anwarinas dalam PAS. Lihat http://santauberapi.blogspot.com/2014/08/dua-adun-syaitan-pengkhianat-enggan.html | |
1MalAySia BlogPoLitik Posted: 23 Aug 2014 09:09 AM PDT DUN Selangor bubar UMNO dapat telur Posted: 22 Aug 2014 09:56 AM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini. "Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor."Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN)."Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor," katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.
Nota : Super yakin betul Ketua Wanita PKR sehingga tak sedar rakyat pun dah meluat dengan pergolakan politik yg segaja dibuat oleh PKR dari pemilihan DUN Kajang yg tak sepatut diadakan hinggalah pergolakkan MB Selangor. Sedar diri lah Kak Zuraidah. | |