BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 01 Jun 2014 03:20 PM PDT Lelaki bernafsu binatang Posted: 01 Jun 2014 04:01 PM PDT Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal "nafsu" pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.
Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu -Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.
Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.
Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.
Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.
Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.
"Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.
"Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.
"Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan," katanya.
Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.
Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.
Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.
Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.
Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.
Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.
Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.
Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi | Mangsa rogol dendam lelaki Posted: 01 Jun 2014 04:01 AM PDT | Add caption |
KHAMIS lalu, akhbar melaporkan kes rogol yang melibatkan remaja bawah umur di Kelantan semakin membimbangkan dengan sejumlah 21 kes dilaporkan Januari lalu. Meskipun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding tahun lepas, nisbah laporan sebanyak empat kes sebulan merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, majoriti kes rogol yang dilaporkan melibatkan remaja bawah umur. Katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi mengekang gejala sosial seperti itu daripada terus berlarutan. Malah, pelbagai program bagi mendidik rakyat berhubung perkara itu juga perlu digiatkan. Terbaru, pada 20 Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh 38 lelaki secara bergilir-gilir. Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kuala Krai itu dirogol di sebuah rumah kosong yang terletak di Ketereh. Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang rakan lelaki pergi ke Ketereh untuk bertemu dengan seorang rakan wanita di sebuah rumah kayu kosong yang dikelilingi semak. Mangsa dan rakan lelakinya bertemu dengan seorang lagi lelaki yang membawa mereka ke rumah kosong tersebut. Belum sempat mereka beredar dari rumah tersebut, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama hampir 40 lelaki yang lain menghampiri mangsa dan rakannya. Mereka dibawa ke dalam sebuah bilik, ditampar dan dirogol secara bergilir-gilir sehingga pengsan sambil disaksikan rakan lelaki mereka. Katanya, apabila mangsa tersedar, rakan lelakinya memberitahu bahawa dia telah dipaksa untuk menyaksikan mangsa dan seorang lagi rakannya dirogol oleh 38 lelaki. Tinjauan mendapati, untuk memasuki kampung tersebut dan sampai ke lokasi kejadian perlu melalui kebun getah dan sawah. Susulan kejadian itu, seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan. BenciSementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, kejadian rogol dapat memberi kesan psikologi kepada mangsa dari segi mental, emosi, perlakuan dan sosial. "Kesan psikologi menjadi lebih serius sekiranya kejadian rogol ini berlaku secara kejam. "Daripada segi mental, ia menyebabkan kecelaruan mental akibat trauma kesan dirogol. Malah, mangsa rogol juga akan kerap membayangi peristiwa tersebut dan seringkali menunjukkan simptom seperti terkejut atau ketakutan," ujarnya. Tambahnya, kesan psikologi akan mengakibatkan emosi seseorang menjadi tidak stabil, tertekan, sedih, tidak puas hati, benci dan takut. "Perkara ini akan membawa kepada kemurungan atau emosi yang tidak terkawal seperti menjerit, histeria atau bertindak agresif. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang. "Mangsa akan berasa malu, hilang keyakinan diri dan fobia untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Malah, ia menyebabkan mangsa tidak mahu hadir ke sekolah, serta malu berjumpa rakan-rakan dan masyarakat. "Selain itu, mangsa juga akan menyimpan perasaan dendam terhadap kaum lelaki," jelasnya. Katanya, keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dan emosi bagi membantu mangsa rogol. "Selain itu, sesi kaunseling juga perlu diadakan bagi membantu mangsa memulihkan kembali keyakinan, meluahkan emosi yang terpendam dan membina semula personaliti dan jati dirinya. "Usaha menjejaki si perogol juga mesti dilakukan secara berterusan dan mengenakan hukuman terhadap si pelaku dapat meredakan perasaan tidak puas hati mangsa," beritahu beliau. | JAIS serbu majlis perkahwinan hindu Posted: 01 Jun 2014 03:15 AM PDT Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi. Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang. "Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan," kata sumber. | Kesal bogel depan anak Posted: 01 Jun 2014 03:01 AM PDT Bintang X-Men, Hugh Jackman, 45, mengakui bekerja keras membentuk tubuhnya supaya lebih sasa sebagai persediaan melakonkan babak bogel dalam sekuel X-Men: Days Of Future Past. Bagaimanapun, Jackman mengaku perasaan terujanya bertukar menjadi kurang selesa apabila terlupa menyuruh anaknya Ava, 8, dan Oscar, 14, menutup mata ketika babak itu. "Melihat kembali hasil lakonan saya adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi semua itu lenyap apabila saya sedar anak turut menyaksikan babak yang tidak sepatutnya mereka lihat. Saya terlupa meminta Ava menutup mata supaya tidak melihat adegan itu. "Sebaik melihat babak itu, Ava bertanya kenapa saya tidak memakai sebarang pakaian. Saya mengalami kesukaran mencari alasan kukuh buatnya," katanya. Memegang watak Wolverine dalam X-Men, Jackman yang berkahwin dengan Deborra-Lee Furness mengaku diet ketat dilakukan pada hari penggambaran bermula bukan idea yang baik. Katanya, dia pitam kerana terlalu dahaga. "Sesiapa yang menonton pasti tidak tahu penyebab kejadian itu berlaku. Penggambaran filem ini dijalankan setahun lalu. Pada 21 Mei, saya melakukan senaman tekan tubi selama sejam sebelum memulakan penggambaran. "Sebelum ke lokasi penggambaran, saya langsung tidak minum selama 24 jam, mengakibatkan saya sangat mengantuk pada jam 2 petang. Saya trauma dengan kejadian itu. Selepas ini saya akan menggubah cara diet saya," katanya. | Guan Eng dedah tiga sebab Dyana tewas di Teluk Intan Posted: 01 Jun 2014 01:01 AM PDT GEORGETOWN - DAP mendakwa terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu dalam PRK Parlimen Teluk Intan semalam.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, berdasarkan analisis awal, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca utama DAP kalah.
"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini, hari ini.
Beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.
Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.
Dalam PRK itu, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.
Menurut Guan Eng, DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan.
"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. - Bernama | 'Sapu' air mani guna jari atas permukaan faraj pasangan Posted: 31 May 2014 11:01 PM PDT Adakah akan terjadi kehamilan sekiranya saya menggosok permukaan faraj pasangan menggunakan jari yang berkemungkinan terdapat air mani? ZuhailiMuar, JohorAir yang keluar dari faraj atau air mani yang keluar dari zakar lelaki akan bercampur aduk dan membolehkan sperma berkeliaran masuk ke faraj apabila ia bertemu. Ini kerana, selagi ada punca air, selagi itu sperma itu mampu bergerak. Jadi, tidak hairan jika wanita yang masih dara boleh hamil jika air mani pasangan lelaki hanya dipancut di luar permukaan faraj kerana sperma ini mampu berenang selagi wujud bendalir biarpun sedikit. Sama juga situasi apabila air mani yang dirembeskan ke dalam mulut seseorang. Jika air mani bercampur air liur itu diletakkan di permukaan faraj, maka ia boleh menyebabkan kehamilan walaupun seseorang itu masih dara. Berdasarkan senario ini, jika jari anda terdapat air mani, adalah tidak mustahil pasangan anda untuk hamil.Pakar Sakit Tuan @ Harian Metro | Suspek rogol punyai kaitan keluarga Posted: 31 May 2014 09:01 PM PDT KOTA BHARU 30 Mei - Sebahagian suspek yang ditahan polis berhubung kes rogol dua pelajar oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini pada 20 Mei lalu mempunyai hubungan kekeluargaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng memberitahu, suspek tersebut termasuk tiga beranak yang ditahan di Ketereh semalam. Beliau berkata, kesemua suspek juga kebanyakannya tinggal di kampung yang sama. "Setakat ini seramai 14 suspek telah ditahan dan kebanyakan mereka terdiri daripada anak beranak, sepupu dan pertalian lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, polis berjaya menahan empat lagi suspek termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 17 tahun. Bapa yang berusia 38 tahun bersama dua anaknya itu ditahan di sekitar Ketereh pada pagi semalam manakala seorang lagi berusia 20-an, turut diberkas di kawasan berdekatan. Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang diberkas bagi membantu siasatan kes tersebut kepada 14 orang dan kesemua suspek tersebut kini ditahan reman. Yong Heng berkata, polis kini terus giat memburu suspek lain dan percaya mereka akan diberkas dalam tempoh terdekat. "Kita akan memburu saki-baki suspek terlibat untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya. Utusan | Jangan fikir 'nikmat' seks sahaja Posted: 31 May 2014 07:01 PM PDT SHAH ALAM- "Jangan fikirkan kenikmatan sahaja. Seeloknya, fikir keburukan terlebih dahulu sebelum kamu melakukan perkara tersebut," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman kepada seorang penghantar surat sebuah syarikat insurans yang melakukan kesalahan rogol terhadap gadis bawah umur, tiga tahun lalu. Menurut hakim, usia yang muda bukan menjadi faktor untuk lelaki itu melakukan perbuatan perbuatan itu. "Pada waktu kejadian, kamu berusia 19 tahun dan mampu berfikir lebih jauh terhadap kesan perbuatan yang dilakukan itu," katanya. Bagaimanapun, mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada sembilan tahun atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan Umar Abdullah Shani, 23, terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya. Mahkamah juga turut mengurangkan jumlah sebatan daripada tiga kepada satu sebatan. Umar dalam kandang pesalah kelihatan tunduk sewaktu Abdul Halim memberi nasihat kepadanya. Dia didakwa merogol seorang pelajar tingkatan empat yang pada ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 11 pagi pada 20 September 2011. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hidhir Mustapa. Sebelum ini, pada 8 April 2013, mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut.-SH. | Aksi ghairah Sharifah Sakinah bakal temui peminat - Micheal Ang Posted: 31 May 2014 06:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah drama Michael Ang pasti penonton tidak akan memberi persepsi negatif terhadap karya terbaharunya iaitu Racun Menantu yang mempunyai sedikit adegan kemban lakonan Sharifah Sakinah. Michael berkata, pengarahan dalam karya berkenaan yang menuntut Sharifah Sakinah beraksi ghairah ketika berkemban itu sekadar mahu menyampaikan cerita mengenai watak Sara yang cuba menggoda lelaki-lelaki yang dibencinya. "Memang ada unsur ghairah tetapi tidaklah keterlaluan. Ia nampak ghairah kerana Sakinah berkemban dan selebihnya dia lakonkan adegan yang mahu menggoda beberapa lelaki tanpa menunjukkan apa-apa aksi keterlaluan pun. "Saya percaya penonton zaman sekarang mampu berfikir secara bijak apabila menonton sesebuah karya itu," katanya. Michael ditemui pada majlis pelancaran tiga supertelefilem siaran Astro Box Office Movies iaitu Lai Krathong, Racun Menantu dan Penunggu Bayang di Hard Rock Cafe di sini pada Jumaat. Ketiga-tiga supertelefilem itu merupakan terbitan Dark Wave Productions Sdn Bhd. Racun Menantu memaparkan penderitaan seorang kanak-kanak iaitu Sara yang diculik dan kemudiannya dipaksa menjadi pelacur. Apabila dewasa, Sara membalas dendam terhadap lelaki yang mersokkannya. Karya yang menampilkan pelakon Zaidi Omar, Izreen Azminda, Helmi Moin dan Sakinah itu akan ditayangkan pada 6 Ogos depan. Dalam pada itu Penunggu Bayang yang juga karya Michael lakonan Hairul Azreen akan ditayangkan pada 23 Julai. Sementara itu dalam perkembangan yang sama karya pengarah Zul Huzaimi pula dapat disaksikan menerusi Lai Krathong yang mengisahkan mengenai cinta mendalam Che Yem (Zul) dan Su Fei (Dora Arina). Perasaan cinta Che Yem tidak dapat dilupakan selepas kematian Su Fei sehingga dia sanggup melakukan perbuatan syirik menghidupkan semula kekasihnya itu. "Saya tidak pernah melihat hantu di depan mata tetapi saya percaya adanya jin yang menganggu fikiran manusia. "Jadi saya menghasilkan cerita ini berdasarkan pengamatan saya bahawa manusia suka taksub dengan sesuatu perkara sehingga sanggup melakukan perkara-perkara syirik. "Jadi saya yakin kisah ini mampu memberi pengajaran kepada penonton," ujar Zul Huzaimi. Lai Krathong akan ditayangkan pada 18 Jun ini. Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Ruminah Sidek, Roy Azman, Shahrizal Jaszle, Elfira Loy dan Guntur Triyoga. Ketiga-tiga supertelefilem tersebut ditayangkan di Astro Box Office Movies menerusi saluran 130 bermula pukul 10 malam. | Piala Thomas: 'Saya bukan pengkhianat' - Izuan Ibrahim Posted: 31 May 2014 04:36 PM PDT NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai. Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun. Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut. Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian. Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini. Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan. Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia. Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005. Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan menurunkan ilmu kepada anak didik. Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu? Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017. Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan. Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012). Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?Izuan: Sebelum perlawanan akhir, saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun. Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini. Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis. Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan. | Sukma Perlis: Bumbung Dewan Badminton Pula Bocor Posted: 31 May 2014 04:31 PM PDT SELEPAS dihantui dengan kelewatan pembinaan Pusat Akuatik, tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, Perlis terus dirundung malang apabila bumbung Dewan Badminton yang baru sahaja siap dibina di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula bocor petang semalam. Kebocoran kecil itu dikesan di tiga tempat di sudut dewan tersebut berhampiran tempat duduk teres penonton namun ia tidak menjejaskan pertandingan yang sedang berjalan. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Azizan Ab Rahman dalam kenyataan hari ini berkata kejadian bumbung bocor itu dikesan pukul 4 petang semalam. "JKR mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Kebocoran ini selesai dibaiki pukul 6 petang pada hari sama," katanya. Menurut Azizan kebocoran itu dikategorikan sebagai kecacatan kecil berpunca dari air hujan yang memasuki ruang tepi bumbung yang terbuka akibat pemasangan kurang kemas oleh kontraktor. JKR membuat pemeriksaan selepas kebocoran dibaiki dan berpuas hati sambil berharap kejadian itu tidak berulang. Azizan berkata menurut kontrak, kontraktor bertanggungjawab membaiki sebarang kecacatan dan kerosakan bangunan dalam tempoh dua tahun setelah bangunan disiapkan. Sebelum ini, kontraktor bukan sahaja gagal menyiapkan Pusat Akuatik, yang terletak di kompleks sama, mengikut jadual tetapi bumbung kanvas terkoyak di kolam renang pada hari pertandingan. – BERNAMA | Piala FA: FELDA jumpa Pahang di perlawanan akhir Posted: 31 May 2014 04:26 PM PDT FELDA United mara ke final Piala FA 2014 dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila mencatatkan agregat 5-5 ke atas juara bertahan Kelantan selepas separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi. Pada separuh akhir kedua, kedua-dua pasukan itu terikat 2-2, manakala separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pada 6 Mei lalu turut menyaksikan keputusan seri 3-3. FELDA United * Putra Mahayiddin (m-20) * Forkey Doe (m-34) Kelantan * Khairul Izuan Rosli (m-28) * Edward Junior Wilson (m-45) FELDA UTD: Mohd Farizal Harun, Yaroslav Krushelnitskiy, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nasriq Baharom), Mohd Shukor Adan (kapten), Mohd Raimi Mohd Noor (Ahmad Syamim Yahya), Mohd Aizul Ridwan Razali, Mohd Syahid Zaidon, Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahayuddin, Makeche Ndumba (K. Thanaraj), Hasni ZaidiJamian.KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nazri Ahmad (NikMohd Shahrul Azim Abd Halim), Hussein Alaa Magsoosi, Tengku Hasbullah RajaHassan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), ZairulFitree Ishak (Faizul Nazlin Sayuti), Brendan Gan, Francis Forkey Doe, Mohd IzuanRosli. | Hoki Piala Dunia: Malaysia dibelasah 4-0 Posted: 31 May 2014 04:16 PM PDT KUALA LUMPUR 31 Mei - Pasukan negara cuba memberi tentangan sengit di awal permainan, namun kehebatan Australia selaku pilihan utama dan juara bertahan sukar digugat apabila membenam Malaysia 4-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda, sebentar tadi. Dua jaringan Glenn Turner pada minit ke-25 dan 54, selain gol menerusi Eddle Ockenden serta Jamle Dwyer, masing-masing di minit ke-50 dan 52 menghadiahkan kekalahan kepada anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam aksi pertama Kumpulan A. Selain Australia, pasukan negara yang menetapkan sasaran 10 terbaik pada kejohanan kali ini turut diletak bersama England, Belgium, India dan Sepanyol. - UTUSAN ONLINE | 300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang Posted: 31 May 2014 04:11 PM PDT KEMAMAN 31 Mei - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli. Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir. Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah. Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini. Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP. "Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE | (Video) Tangisan penyokong DAP selepas Dyana tumbang Posted: 31 May 2014 04:05 PM PDT Penyokong DAP nyata begitu kecewa dengan kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud dengan hanya 238 undi dan menangis secara terbuka. Kerusi Teluk Intan berjaya dirampas oleh Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mendapat 20,157 undi berbanding peguam muda itu yang mendapat 19,919 undi. | Dyana Sofya belum cukup mantap - Dr Asri Posted: 31 May 2014 04:01 PM PDT PETALING JAYA: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan. Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu FMT bahawa Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan. "Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi. "Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya." Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang. "Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang." Melalui pengamatannya yang melihat begitu ramai kaum Cina yang hadir di ceramah DAP, ia seperti suatu isyarat bahawa undi kaum Cina untuk Dyana. "Kaum Cina pada kebiasaanya tidak berminat mendengar ceramah politik. Tetapi melalui kehadiran mereka malam tadi, saya menjangkakan bahawa 70% sokongan kaum Cina adalah untuk Dyana." Beliau turut memuji kemahiran pihak pembangkang dalam berkempen, yang menurutnya, jauh lebih elok daripada BN. `Ceramah DAP meriah'"Mereka menggunakan pendekatan kempen presiden seperti di Amerika Syarikat. Ceramah DAP nampak meriah, seperti sebuah konsert. "DAP nampak lebih bersedia dengan menggunakan skrin besar dan sebagainya. Gerak tubuh (body language) calon DAP juga lebih baik," katanya. Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN. "Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik. "Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami. "Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu," katanya. Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman. "Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi," katanya. PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini. | |