Idris Ahmad Posted: 31 May 2011 11:30 PM PDT Tarif Letrik Pemimpin Bn Main Silap Mata Posted: 31 May 2011 01:47 AM PDT Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011. Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk “Tiada Kenaikan Guna 300 kWj”. Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno. Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat “kesan berantai” kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka. Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through’ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan. "Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam. Filed under: Politik | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 31 May 2011 09:46 PM PDT Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar Posted: 31 May 2011 08:34 PM PDT Perhatian kepada peserta, perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada 3 hingga 5 Jun 2011. Unit Amal Negeri Sembilan akan menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan pada kadar yang berpatutan. Perkhidmatan on-call disediakan. Sila hubungi 013-2124086 , 017-4680125. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menjana Dana Tabung Aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan. Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com/ | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 31 May 2011 09:38 PM PDT ADUN MAHARANI PANTAU BANJIR DI JALAN MAJIDI MUAR Posted: 31 May 2011 04:05 AM PDT MASALAH PERPARITAN DALAM BANDAR MUAR Pagi ini, hari Selasa 31 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dihubungi oleh seorang peniaga Restoran Mui Soon di Jalan Petrie Muar. Beliau memaklumkan bahawa bahagian belakan restoran beliau dimasuki air akibat hujan lebat yang berulang dalam masa dua minggu ini. Parit di sepanjang Jalan Majidi di belakang restorannya juga dipenuhi air. Malam dan awal pagi ini hujan lebat dan ribut melanda beberapa tempat dalam DUN Maharani dan Bakri. YB Dr Mohammad bersama-sama AJK DUN Maharani telah bergegas ke tempat yang bermasalah dan mendapati parit di sepanjang Jalan Majidi dari simpang Jalan Sulaiman hingga ke bangunan Bank Rakyat lama dipenuhi air. Menurut peniaga di situ sudah 2 minggu air bertakung di situ. Daripada pemerhatian yang dibuat parit yang menghubungkan Jalan Majidi dari bangunan Bank Rakyat lama dan Bangunan Telekom lama tersumbat teruk. YB Dr Mohammad telah berjaya menghubungi Encik Nazri Abdul Rahman, jurutera Majlis Perbandaran Muar, walaupun beliau sangat sibuk pagi ini kerana masalah ribut yang berlaku malam tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan rumah rosak terkena ribut di kawasan Muar dan Bakri. Malahan rumah dan kawasan beliau juga terlibat sama. Encik Nazri di tempat kejadian bersama YB Dr Mohammad. Kelihatan En. Nazri sedang menghubungi kakitangannya di MPM untuk menyelesaikan masalah ini. Esok pagi dijangkakan kerja-kerja pemulihan akan dijalankan.Inilah tindakan dan gerakerja MPM yang harus dipuji. Sdr Hamidun, Pegawai khas ADUN sedang menerangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga di jalan Majidi. Orang ramai turut gembira dengan kehadiran YB Dr Mohammad dan Encik Nazri, Jurutera MPM, turun padang menyelesaikan masalah rakyat. Halaman kedai ini dinaiki apabila hujan lebat. Nampaknya masalah ini akan berakhir. Tuan Haji Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar turut turun padang membantu YB.'Inilah punca permasalahannya,' kata beliau. Cikgu Abdul Rahman Yanti bersama Sdr Hamidun menunjukkan parit yang bertakung air. Masalah ini perlu perhatian segera.......
'Parit ini tersumbat,' itulah agaknya kata Cikgu Abdul Rahman.
Ini lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi yang telah digali semula dan di pasang parit U oleh MPM tidak lam dulu dengan kos RM20,000.00. Tiada banjir di sini walaupun parit di Jalan Majidi dipenuhi air. Terima kasih MPM dan tindakan segera oleh Encik Nazri. | |
DPPK PARIT Posted: 31 May 2011 07:56 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 31 May 2011 07:46 PM PDT Nasib Penduduk Taman Tunku Tercemar Akibat Pembinaan Jalan Baru! Posted: 31 May 2011 01:32 AM PDT Penduduk Taman Tunku Tercemar Dengan Kotoran Jalan dan Ancaman Bajir Kilat
Penduduk Taman Tunku mengadu bahawa kawasan perumahan mereka tercemar dengan kekotoran debu jalanan dan juga ancaman banjir kilat. Baru-baru ini PAS Miri ada menerima aduan dari penduduk Taman Tunku, Miri berkenaan dengan perkara tersebut dibawah ini . Gambar Hiasan Plan Jalan Baru Taman Tunku
Surat aduan daripada Belia Taman tunku : 1. Tolong suruh kontraktor yang buat jalan baru di Taman Tunku/Taman Jelita untuk sentiasa membasahkan jalan tanah di mana lori lori angkat tanah menggunakannya supaya habuk tidak terbang. Rumah kami kotor, pakaian yang dijemur kotor, habuk masuk dalam rumah dan juga dapur. Mencemar alam sekitar.
Gambar Hiasan YB Lambir melawat longkang di Taman Tunku
2. Follow up sama ada parit sudah diclear (dibersih) supaya tidak tersumbat dan tidak berlaku banjir kilat. Ini adalah janji Ripin Lamat YB Lambir.
Kita berharap agar pihak yang berkenaan tolong ambil perhatian tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Tunku dengan segera. Jangan biarkan masalah penduduk tersebut berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian dan keselesaan mereka yang tinggal dalam kawasan tersebut. PAS Miri berharap pihak yang berkenaan bertindak segera mengatasi masalah tersebut. Utamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik.
English Version Taman Tunku Residents Contaminated By Dirt Road and the Threat of Flash Flooding Taman Tunku Residents has complained that their residential area contaminated with road dirt and flash flood threat. Recently PAS Miri has received complaints from residents of Taman Tunku, Miri regarding on the below matters. Complaints from Taman Tunku Youth: 1. Please ask the contractor for the new road in Taman Tunku / Taman Jelita to continually wet the dirt road where the trucks used to lift soil will not making the road dusty. Our house is dirty, dried clothes dirty, the dust flying in the house and the kitchen. Pollute the environment.
2. Follow up if the drain is clear (net) not blocked and there are no flash floods. This is the promise by Ripin Lamat YB Lambir. We hope that the relevant authorities concerned and please take note of the problems faced by the residents of Taman Tunku immediately. Do not let these people problems persist and obstruct their daily life and comfort of those living in the area. PAS Miri hope the authorities concerned to act quickly to resolve the issue. Give the priority to the people interests rather than the political interests. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 31 May 2011 07:31 PM PDT Selamat Bermuktamar Daripada Dewan Pemuda PAS Ampang Posted: 31 May 2011 08:32 AM PDT
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN AMPANG mengucapkan
"SELAMAT BERMUKTAMAR"
kepada semua pimpinan, para perwakilan, tetamu dan pemerhati pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 52 yang bakal berlangsung pada 1 ~ 2 Jun 2011 di Dewan MBSA, Shah Alam | |
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua Posted: 31 May 2011 07:14 PM PDT Selamat Bermuktamar Kali ke57 Posted: 31 May 2011 05:25 PM PDT | AL-FATIHAH ! BONDA SULTAN SELANGOR MANGKAT Posted: 31 May 2011 05:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei - Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.
Munir ketika dihubungi Bernama berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah. | PAS ganti Umno negara jadi lebih baik Posted: 31 May 2011 05:03 PM PDT SHAH ALAM, 31 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik.
Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini.
Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS.
Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi.
Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.
"Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin.
Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca.
Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.
"Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.
"Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi
Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu.
Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.
Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video.
Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.
Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka.
Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.
Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik. | Lawatan TG Nik Aziz di Tapak Tragedi Tanah Runtuh dan Penyampaian Sumbangan Posted: 31 May 2011 04:18 PM PDT | Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat Posted: 31 May 2011 04:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7%.
Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.
Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.
Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.
"Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.
Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas.
"Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?" soalnya.
Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari.
Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban.
Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan.
Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.
Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.
Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.
Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.
"Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran," ujarnya.
Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.
"Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat," katanya lagi. | Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah Posted: 31 May 2011 04:11 PM PDT Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.
"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.
Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.
Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.
"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.
'Betul, salah isu kedua'
Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.
Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.
"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.
"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.
"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.
"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya. | FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan Posted: 31 May 2011 04:07 PM PDT Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.
Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.
Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).
"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.
"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa.
Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.
"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.
Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. | FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan Posted: 31 May 2011 04:07 PM PDT Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.
azlanDalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.
Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).
"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.
"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa.
Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.
"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.
Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. | |
PAS LENGGONG Posted: 31 May 2011 07:06 PM PDT YAB Lim Guan Eng. Posted: 30 May 2011 09:10 PM PDT Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26hb Mei 2011: 3 sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPS, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang PR semestinya telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini. Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun. Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan. Pertama, PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidak adilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi. Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi. Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat. Walau bagaimanapun, sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa. Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang. Selain itu, penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada kedua- dua Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran. Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian. Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan. Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia. Tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti¨Crasuah. Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah Negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980-an. Dasar anti- rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan. Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti-rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat - bak kata pepatah "bunuh dua ekor burung dengan seketul batu" (pepatah barat 'kill two birds with one stone') dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang. | '5 kali cuba pujuk Nik Aziz' Posted: 30 May 2011 08:22 PM PDT Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.
Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.
"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.
Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".
Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.
Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.
Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
Peserta terkejut
Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).
Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.
Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini
Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.
Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.
Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 31 May 2011 03:17 PM PDT AL-FATIHAH ! BONDA SULTAN SELANGOR MANGKAT Posted: 30 May 2011 11:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei - Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.
Munir ketika dihubungi Bernama berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah. Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/05/bonda-sultan-selangor-mangkat.html#ixzz1Ntu2UNq7 | ARANG BATU CEO TNB PERSALAHKAN ! Posted: 30 May 2011 08:30 PM PDT Komen : Siapa suruh guna arangbatu, Pakatan Rakyat dah bantah dulu, kamu(BN) buat juga. Kamu hanya mengujudkan alasan agar kerugian dapat dikambinghitamkan. Yang sebenarnya BN tidak tahu berniaga, kalau berniaga nak untung hanya bila harga dinaikkan.
Che Khalib berkata pendapatan tahun kewangan 2011 syarikat "sudah pastinya rendah berbanding tahun sebelumnya" memandangkan syarikat masih membeli arang batu pada harga pasaran lebih tinggi kira-kira US$120/mt pada masa ini."Harga arang batu masih lagi pada US$85, padahal harga semasa ialah US$120. Jadi, pada asasnya, terdapat jurang US$35 untuk setiap tonne penggunaan yang kami perlu serapkan," kata beliau. Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Gas dan arang batu masing-masing merupakan 54.4 peratus dan 40.2 peratus daripada jumlah campuran penjanaan di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan TNB lepas.
Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal."Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
"IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996," katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.
Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.
Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.
Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
"Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
"Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun," ujarnya.
Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).
Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.
"Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani," ujarnya.
Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.
Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
"Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri," ujarnya. | BN TERDESAK LAGI , MAHU RAIH SOKONGAN INDIA MUSLIM ? Posted: 30 May 2011 08:22 PM PDT Presiden Kimma, Timbalan Presiden LDP Dilantik Senator
KUALA LUMPUR: Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader adalah antara enam senator yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin.
Mereka termasuk lima muka baru yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 20 Mei lepas. Tiga lagi ialah Pemangku Ketua Umno Labuan Datuk Yunus Kurus, Exco Wanita Umno Norliza Abdul Rahim dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Merbok Saiful Izham Ramli. Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dilantik semula untuk penggal kedua.
Dalam amanatnya kepada senator terbabit selepas upacara tersebut, Abu Zahar berkata mereka harus melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta mematuhi segala peraturan mesyuarat dan perlembagaan negara.
"Kita kena faham kedua-dua perkara itu dengan yakin. Jangan datang dewan tetapi tidak faham (peraturan) kerana ini akan membuang masa dewan," katanya. - BERNAMA | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 31 May 2011 03:09 PM PDT 'PEMANDU' YANG TAK PANDAI MEMANDU Posted: 31 May 2011 02:58 AM PDT 1. Sudah lama orang merungut pasal PEMANDU ni. Tapi nampaknya rungutan banyak pihak tidak dipedulikan langsung oleh JPM.
2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.
3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.
4. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!
5. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.
6. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.
6. Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?
7. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?
8. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.
9. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.
10. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan. 11. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?
12. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapa sebenarnya yang patut didengar? | BRAHIM KATAK NAK ANWAR DIGANTUNG Posted: 30 May 2011 11:34 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai. Kata Ahli Parlimen Pasir Mas (gambar) itu, tindakan menggantung Anwar selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan di perkhidmatan awam di sisi undang-undang. "Sebagai ahli Parlimen saya menyokong 101 peratus cadangan (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Datuk Seri Rais Yatim agar jawatan ketua pembangkang yang disandang Anwar digantung sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks dan perbincaan bela diri kes liwatnya selesai. "Ini kerana ia selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang yang mana semua orang sama sahaja," katanya dalam satu kenyataan. Dalam kenyataan itu, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa juga mempersoalkan "keistimewaan" yang ada pada Anwar sehingga tidak boleh sebarang tindakan diambil terhadapnya. "Tapi Anwar hebat kerana setakat ini beliau tidak mengamalkan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara, malah tiada sesiapa yang boleh menghalang Anwar membawa kes perbicaraannya ke ceramah-ceramah terbuka. "Amat luar biasa kebebasan yang ada pada Anwar, beliau boleh bergerak ke seluruh dunia... orang lain tidak perlu empat saksi tapi dalam kes Anwar mesti ada empat saksi, jika tidak ada empat saksi semua tuduhan adalah fitnah dan ini hujah penyokong Anwar," katanya. Tambah Ibrahim, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Anwar menyebabkan kedudukan pemimpin itu tidak boleh disentuh. "Pendirian Datuk Nik Aziz lagi luar biasa, beliau kata ia fitnah tapi tidak lihat video itu. "Kalau orang lain belum tentu benar atau tidak, kalau musuh beliau serang habis-habisan, kalau kena batang tubuh sendiri macam-macam alasan diberikan," katanya. | PKR AKAN CABAR RoS Posted: 30 May 2011 11:29 PM PDT (MI) KUALA LUMPUR, 31 Mei — PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan ini memberi kata dua parti itu akan dibatalkan pendaftaran berhubung satu kes disiplin ahlinya dipecat dua tahun lalu. Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga akan memohon semakan kehakiman ke atas keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah dan dilakukan dengan niat buruk. MENYUSUL LAGI | Tetamu khas antarabangsa: Bukti Dunia bersama PAS Posted: 30 May 2011 10:10 PM PDT Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar. Di antara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr.Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina. Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka. Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia. Di samping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 Jun 2011 jam 8 malam di Dewan MBSA. *Kenyataan media oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (gambar atas) selaku Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat. |
| SALIH YAAKOB TAMATKAN KOATA Posted: 30 May 2011 05:49 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mei — Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini. Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya. Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana. Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan. Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan. Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat. Salih mempunyai 11 orang anak. Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan. | |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 31 May 2011 03:06 PM PDT TARIF LETRIK: RAKYAT DIDAHULUKAN TANGGUNG KOS Posted: 31 May 2011 08:50 AM PDT Parti Islam Semalaysia (PAS) menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.
Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.
Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka. Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"
Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 31 May 2011 01:35 PM PDT Selamat Bermuktamar Daripada Dewan Pemuda PAS Ampang Posted: 31 May 2011 08:32 AM PDT
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN AMPANG mengucapkan
"SELAMAT BERMUKTAMAR"
kepada semua pimpinan, para perwakilan, tetamu dan pemerhati pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 52 yang bakal berlangsung pada 1 ~ 2 Jun 2011 di Dewan MBSA, Shah Alam | |
Dupahang's Weblog Posted: 31 May 2011 12:03 PM PDT Mengapa harga minyak, gula, elektrik naik? Posted: 31 May 2011 03:52 AM PDT Oleh http://kedahla.blogspot.com Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata. 1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain [...] | Gaji PM dan TPM & Menteri Yang Naikkan Minyak Untuk Rakyat Posted: 31 May 2011 03:47 AM PDT Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 1. Gaji Pokok RM18,000 – [...] | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 31 May 2011 12:01 PM PDT KERAJAAN NEGERI TERLIBAT DGN CERAMAH UMI HAFILDA Posted: 31 May 2011 03:27 AM PDT Tuesday, 31 May 2011 16:27 smnoor KEMAMAN - Tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman membina pentas bagi persiapan ceramah 'pelacur politik' Umi Hafilda di Kampung Dusun Nyior dekat sini, amat dikesali.. Ceramah bertajuk 'Bongkar' itu adalah anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, sebuah agensi kerajaan, bersama Penyelaras Umno DUN Chukai dan Penerangan Umno Bahagian Kemaman. (Gambar kanan - pekerja JKR sedang memasang pentas dan memotong rumput untuk ceramah Umi Hafilda) Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said kerana memperkudakan jabatan kerajaan dalam kerja-kerja politik Umno. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahmad Said, Menteri Besar, Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, yang tidak tahu langsung etika pengruusan dan hukum halal haram, "Jabatan kerajaan dibiayai oleh hasil cukai rakyat, bukan duit Umno........saya tak tahu Ahmad Said mengaji dimana, boleh campur adukkan belaka,"soalnya. Beliau yang menghubungi Buletinonline merasa hairan, bagaimana Umno Terengganu yang didakwa sebagai parti yang kuat dan hebat, memanggil Umni Hafilda yang dianggap sebagai 'pelacur politik' menyebarkan fitnah ke dalam masyarakat. Katanya, Ahmad Said yang 'kononnya' berbangga dengan kecemerlangan pencapaian pendidikan dikalangan pelajar Terengganu kini sedang memanggil seseorang yang akan meracun pemikiran rakyat dengan kata-kata lucah dan kotor. | PENYELEWENGAN KERAJAAN UMNO Posted: 30 May 2011 06:10 PM PDT Monday, 30 May 2011 23:56 Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi diberi amanah memerintah negeri Terengganu kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah urus yang telah dilakukan. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said tidak membawa manfaat langsung kepada rakyat. "kalau kita biarkan dengan puak-puak ni (Umno dan BN), dengan cara rampas tanah, dengan kerja kontrek dengan penyelewengan dengan harga tidak berpatutan, "buat zoo, buka (pulau) bebas cukai, buat Taman Burung, buat benda macam-macam, benda yang tidak mendapatkan (mendatangkan) faedah langsung kepada rakyat."tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga di Kampung Teluk Pasu, dekat sini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mendedahkan, tindakan terbaru Ahmad Said ialah membeli radio Manis FM yang menurutnya dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Katanya, stesyen radio tersebut dibeli dengan harga RM7 juta dan Ahmad Said telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM4 juta. Sebelum itu, Wahid berkata kerajaan negeri Terengganu telah membeli pakaian sekolah daripada China dengan harga lima kali lebih mahal dari harga tempatan. Katanya, satu set pakaian sekolah seumpamanya boleh dibeli dengan harga RM30, namun kerajaan membelinya dengan harga RM150. "Untuk beli baju 53, 300 set pakaian sekolah dari negeri China dengan harga RM7.995 juta, jatuh (harga) atas satu set pakaian sekolah (itu) RM150, "saya (pergi) tanya orang (jual) di pasar, orang kedai kain baju, satu set baju sekolah berapa harganya? Dia (peniaga) kata RM30 (pun sudah) mahal,"jelas Wahid. Beliau mendakwa terdapat unsur penyelewengan dalam pembelian pakaian sekolah tersebut apabila kontrak yang bernilai hampir RM8 juta itu diberikan kepada pembekal secara runding terus, tanpa melalui proses 'tender' "benda (perkara) ini dibincang dalam Jawatankuasa Kira-kira Kewangan negeri Terengganu, kes beli baju sekolah ini, tidak ikut tender tidak ikut peraturan, nilainya hampir RM8 jura, pakai 'sign' (tandatangan) surat begitu sahaja,"ujarnya. | |
PAS Posted: 31 May 2011 11:58 AM PDT Posted: 31 May 2011 07:28 AM PDT PENDERITAAN KELUARGA KAK MUNAH PERLUKAN PERHATIAN . Written by Abu Hafi
KUALA KANGSAR: Keluarga Munah Bt Mohd Zainal Abidin dan suaminya Idris Bin Hashim yang dulunya mampu melalui kehidupan secara sederhana kini terpaksa bergantung harap kepada bantuan orang ramai.Ini kerana suaminya tidak lagi dapat kemana-mana setelah menjalani rawatan penyakit lemah jantung di institut Jantung Negara (IJN). Selain itu,beliau juga mengalami penyakit buah pinggang dan masih terus menjalani rawatan susulan di pusat dialisis Taiping.Katanya, setelah mengalami penyakit lemah jantung dan buah pinggang tersebut,beliau tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai pegawai keselamatan di Sekolah Ulu Kenas. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana kerap tercungap-cungap dalam melaksanakan tugasnya. Suaminya dahulu mampu menyara keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan ditampung dengan pendapatan kak Munah RM270 sebulan, kini hanya tinggal RM270 sahaja sebagai taruhan untuk mereka meneruskan kehidupan. Amat memeritkan lagi,mereka terpaksa menanggung 4 orang anaknya yang masih remaja,manakala anaknya yang sulong baru tamat pengajian dan berhasrat untuk memulakan perniagaan.Justeru itu, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kuala Kangsar diketuai oleh saudara Yasir Bin Ismail telah membuat kunjungan ke rumah tersebut bersamaYDP Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Al- His Bin Raja Yaakob dan Haji Jamil selaku penduduk setempat. Kunjungan tersebut adalah untuk melihat sendiri penderitaan yang dilalui oleh keluarga Kak Munah.Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pemuda DPPK Kuala Kangsar saudara Khomaini Bin Zulkifli serta Bendahari DPPK Kuala Kangsar saudara Abu Hafi Bin Ibrahim. Dalam lawatan tersebut Lajnah Kebajikan DPPK Kuala Kangsar telah menghulurkan buah tangan dan sumbangan kepada keluarga Kak Munah bagi meringankan bebanan menanggung kos kehidupan. Mereka yang bersimpati dengan penderitaan keluarga Kak Munah boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada atau hubungi Saudara Yasir di talian 017-5748421 atau melalui akaun DEWAN PEMUDA PAS KUALA KANGSAR di RHB BANK; 25818700006353. Apabila sudah memasukkan wang, maklumkan perkara itu ke talian 017-4210608. | Posted: 31 May 2011 03:21 AM PDT Kenaikan Kadar Tarif Elektrik
Kadar tarif elektrik akan naik sebanyak 7.12% di seluruh Semenanjung Malaysia bermula esok (1 Jun 2011).Dengan itu, purata kadar tarif lama iaitu 31.31 sen per kilowatt jam (kWh) akan meningkat kepada 33.53 sen. Tapi kadar baru ini hanya dikenakan kepada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300kWh setiap bulan. Pengguna yang dibawah 300kWh setiap bulan akan menikmati kadar tarif lama, iaitu sekitar 21.8 sen ke 33.4 sen. Faktor kenaikan kadar tarif elektrik ini disebabkan oleh kenaikan harga gas sebanyak RM3, iaitu dari RM10.70 setiap MMBtu kepada RM13.70 setiap MMBtu. Kadar gas akan meningkat setiap 6 bulan bermula esok sehingga 2015, jadi ada kemungkinan besar setiap 6 bulan kadar baru tarif elektrik akan dikenakan. Jadi lepas ni, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat menjimatkan bil elektrik dan elakkan penggunaan elektrik yang sia-sia. Antara lain penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau ialah: 1. Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik. 2. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj. 3. Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan. 4. Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri. 5. Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006. 6. Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan | |
Batu Gajah Mari Posted: 31 May 2011 11:39 AM PDT Sekitar Retreat PAS Kawasan Batu Gajah Posted: 31 May 2011 03:07 AM PDT | Tetamu khas antarabangsa : Bukti dunia bersama PAS Posted: 31 May 2011 02:41 AM PDT
Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar
Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,
Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.
Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.
Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,
Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.
Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB Ketua Lajnah Antarabangsa | Himpun belia: Pakatan mara, Umno cemas Posted: 30 May 2011 09:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia yang tidak sampai 100,000 kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya. Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu. "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno. Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya. "Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka. "Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup. "Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya. Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya. Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini. Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka. Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang. "Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar. "Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia. "Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita. "Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya.HD
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 31 May 2011 09:52 AM PDT PEMIMPIN PAS memimpin harmoni dan kesejahteraan di antara pelbagai kelompok agama Posted: 31 May 2011 07:03 AM PDT 140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor Ahmad Azri Saufi | SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.
Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali. (Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)
Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.
Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.
Program ini diadakan di Selangor yang sentiasa dicetuskan dengan isu agama.
Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.
Pendamai antara agama Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi. (Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)
Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.
Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.
Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.
Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya. |
| |
i n t a n h i j a u Posted: 31 May 2011 07:09 AM PDT KEBAKARAN BESAR DI KAMPUNG TERENGGANU, TELUK INTAN Posted: 30 May 2011 11:18 PM PDT
TELUK INTAN, 31 Mei - Akibat kecuaian bermain api, menyebabkan kebakaran besar berlaku di Kg. Terengganu, Mukim Durian Sebatang dekat sini petang semalam. Kebakaran yang bermula kira-kira 2.30 petang itu telah memusnahkan 18 buah rumah yang terdiri daripada 14 keluarga Melayu dan 4 keluarga Cina.
Beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan telah sempat sampai ke tempat kebakaran. Antaranya Tuan Hj. Mohamad Akram Mohd. Ayub, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohd. Rizal Mohd. Ayub dan Sdr. Mohamad Ameer, ahli jawatankuasa PAS Kawasan. | YB Anuar dan Hj. Akram. |
| YB Anuar bersama seorang petugas Zon Selatan Sungai Buaya Selangor yang memberikan sumbangan. |
ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin juga turut segera mengunjungi ke tempat kejadian sejurus tiba dari Ipoh kira-kira jam 5.00 petang. Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran juga sempat mengunjungi tempat pemindahan mangsa kebakaran di Dewan Bandaran Teluk Intan pada sebelah malamnya.
Pagi tadi, atas dasar keprihatinan akan masalah rakyat, YB Anuar Sudin sekali lagi melawat tempat kebakaran bagi meninjau serta bertemu penduduk di sana. Kelihatan, wajah berupa kejutan dan sayu masih lagi menyelubungi penduduk kampung. Hasil tinjauan, masih ramai lagi penduduk yang cuba mencari sebarang harta yang masih boleh diselamatkan. Turut hadir sama ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki dan Tuan Hj. Mohamad Akram. | Beberapa orang mangsa kebakaran sedang mencari barangan yang masih terselamat di rumah mereka yang telah musnah. |
| Mashaf al Qur'an yang cuba diselamatkan dari sebuah rumah. |
| Surau ini terselamat walaupun rumah di sekelilingnya musnah terbakar. |
Kemudian, YB Anuar telah bergegas pula ke Dewan Bandaran Teluk Intan di mana sebahagian besar mangsa kebakaran ditempatkan di sana sebagai tempat penginapan sementara. Menurut seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kemungkinan hari ini atau esok, mangsa-mangsa akan ditempatkan di beberapa lokasi penempatan seperti di Kompleks Rumah Guru dekat Pasar Besar, Rumah Pangsa JKR di Jalan Laksamana dan beberapa tempat lagi. | YB Anuar sibuk menguruskan sumbangan air gau. |
| YB Anuar bertanya khabar dengan seorang penduduk kampung, Hj. Amiruddin Shamsuddin, 63. |
Sebanyak 24 kotak air Gau telah disumbangkan oleh YB Anuar Sudin sebagai sumbangan awal kepada semua mangsa. Air tersebut telah digunakan sebagai minuman harian mangsa. PAS Teluk Intan juga akan menyumbang makan pagi kepada mangsa.
Menurut ADUN Changkat Jong, beliau telah berbincang dengan MP Teluk Intan, Sdr. Manogaran untuk mewujudkan Tabung Mangsa Kebakaran Kg. Terengganu atas nama Pakatan Rakyat. | Sdr. Ameer menyantuni seorang mangsa kebakaran, warga emas tionghua. |
| Mangsa kebakaran sedang menikmati makan tengah hari. |
| YB Anuar bergambar bersama beberapa orang petugas. |
| Beginilah suasana penginapan sementara mangsa kebakaran di Dewan Bandaran. |
Menurut Tn. Hj. Akram selaku Ketua Lujnah Kebajikan, pihak PAS Teluk Intan sendiri telah berusaha mengunpulkan pakaian terpakai dan baru, wang tunai serta apa sahaja barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran.
Beliau berharap kepada orang ramai yang berminat menyumbang agar menghubungi beliau sendiri melalui nombor 019-5586104 atau ADUN Changkat Jong 019-9135875.
intanhijau.blogspot.com | SATU LAGI BERITA GEMBIRA : TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK SETIAP ENAM BULAN... Posted: 30 May 2011 06:50 PM PDT
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam. | TARIF ELEKTRIK NAIK : ORANG UMNO JANGAN BIMBANG, ANDA TIDAK KENA Posted: 30 May 2011 07:52 AM PDT Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 31 May 2011 03:31 AM PDT TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS Posted: 30 May 2011 07:18 PM PDT TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS KENYATAAN MEDIA LAJNAH ANTARABANGSA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 28 Jamadil Akhir 1432 H | 31 MEI 2011
Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar
Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.
Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.
Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.
Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat | |
PAS TAMBUN Posted: 31 May 2011 01:47 AM PDT MARI BEZAKAN HIMPUNAN YANG BESAR.. Posted: 30 May 2011 10:10 AM PDT Himpunan ratusan ribu..bersih d Kuala Lumpur.. Ini ialah himpunan puluhan ribu sahaja.. di mesir Ini ialah himpunan ratusan ribu.. di mesir Ini ialah himpunan 1 juta .. putra jaya.. KP : Kalau betul le himpunan sabtu lepas berjaya mengumpul 1 juta belia, tak kan 1 gambar pemandangan dari udara pun tak berjaya di rakam..
| |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 31 May 2011 01:30 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 31 May 2011 01:06 AM PDT Pas bantu sampaikan penerangan berkenaan penindasan UMNO terhadap rakyat Posted: 31 May 2011 01:00 AM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.
Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir.
Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter .
Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data".
" PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ".
PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau.
mohd hafez sabri | Percayakah anda ? Mubarak tiada aset di luar negara. Posted: 31 May 2011 12:41 AM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Pecayakah anda bila Peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar) menyatakan bahawa bekas pemimpin Mesir itu mempunyai kekayaan tidak lebih daripada AS$1 juta (RM3 juta) dan beliau tidak memiliki aset di luar negara. Farid el-Deeb yang mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan CNN, semalam juga berkata, bekas Presiden itu menafikan terlibat dengan rasuah dan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan rakyat yang membawa kepada penyingkirannya pada Februari lepas. "Beliau sangat sedih dan kesal kerana beliau tidak pernah terbayang akan menghadapi tuduhan seperti itu. "kekayaannya hanya berjumlah kira-kira enam juta pound Mesir (RM3 juta) yang disimpan hasil bekerja selama 62 tahun," kata Deeb. . | PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis Posted: 31 May 2011 12:40 AM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.
Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.
Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.
"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.
"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis," kata Rafizi kepada wartawan hari ini. | Kami bayar sewa bangunan, tegas PKR Posted: 31 May 2011 12:30 AM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu membuat pembayaran sewa bangunan yang memempatkan ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak timbul dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.
Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar.
"Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya.
Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu.
Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.
Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar.
Malaysiakini/- | Bonda Sultan Selangor Dikebumi Selepas Asar Posted: 31 May 2011 12:00 AM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 31 MEI : Jenazah bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mangkat pagi tadi sedang dalam proses untuk dimandikan.
Krew TV Selangor, wartawan Nur Atiqah Abd Samad dan jurukamera Mohd Asfarizan Muliana yang membuat liputan di Istana Alam Shah, melaporkan sebaik sahaja dimandikan, jenazah Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah akan dibawa ke Makam Diraja Shah Alam untuk dikebumikan.
Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Asar.
Setakat ini hanya kaum kerabat yang hadir memberikan penghormatan yang terakhir kepada allahyarhamah.
Turut kelihatan EXCO- EXCO negeri Selangor, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan pegawai- pegawai Majlis Perbandaran Klang.
Allahyarhamah disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Ampang Puteri pagi tadi, kira- kira jam 9 pagi.
Tv Selangor/- | Harakah dan impian kuasai Putrajaya Posted: 30 May 2011 11:30 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN. Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?
Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?
Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?
Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.
Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?
Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?
Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.
Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.
Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.
Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!
Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.
Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.
Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.
Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.
Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.
Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."
Harakahdaily/- Oleh : Ahmad Lutfi Othman
| Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai Posted: 30 May 2011 11:28 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara. Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan. Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi. Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna. Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu. Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor. Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS. Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan. Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna. Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya. Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat. Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana. Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah. Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan. Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat. Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa. Harakahdaily/-
|
| Bonda Sultan Selangor, Raja Saidatul Ihsan mangkat Posted: 30 May 2011 11:18 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 31 Mei – Bonda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi. Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar. | Penduduk Jepun mahu PM baru Posted: 30 May 2011 09:20 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO - Sebanyak 70 peratus daripada penduduk Jepun mahu Perdana Menteri, Naoto Kan digantikan selepas beliau dilihat gagal mengendalikan bencana yang melanda negara itu, menurut tinjauan akhbar tempatan, semalam.
Namun, hampir setengah daripada jumlah peratusan itu turut berpendapat beliau harus kekal dengan jawatannya dan mengawasi krisis di negara itu sehingga ianya selesai sebelum meletak jawatan.
Selain itu, hampir tiga per empat daripada responden dalam tinjauan mengatakan kerajaan Jepun tidak cekap dalam menangani krisis di loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak selepas dilanda gempa bumi berkekuatan 9.0 pada skala Richter, 11 Mac lalu.
Undian terbaru ini dijangka menambahkan lagi tekanan ke atas Kan yang terpaksa mengendali krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun itu dan beliau kemungkinan berdepan undi tidak percaya, minggu ini.
Sinar Harian/- | ‘Rejim Gaddafi bakal berakhir’ Posted: 30 May 2011 09:00 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
LETUPAN daripada serangan udara mengakibatkan asap tebal di kawasan Tajura, 30 kilometer dari timur Tripoli.
NATO yakin operasi di Libya berjaya
VARNA (Bulgaria): Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata rejim Muammar Gaddafi hampir sampai ke penghujung hayatnya.
Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen berkata demikian semalam ketika presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dalam perjalanan ke Libya bagi memujuk Gaddafi berundur dan ketika NATO meningkatkan serangannya terhadap Tripoli.
Britain berkata kelmarin ia akan buat pertama kali dalam kempen menyerang Libya menggunakan bom pemusnah kubu bagi memberi mesej kepada Gaddafi agar berundur. "Operasi kami di Libya sudah mencapai matlamatnya ... kami sudah mengurangkan keupayaan Gaddafi untuk membunuh rakyatnya sendiri," Rasmussen memberitahu satu forum NATO di sini semalam.
"Pemerintahan zalim Gaddafi hampir berakhir. Beliau kini semakin disisih bukan saja di luar negara tetapi di negaranya sendiri."
Britain dan beberapa negara anggota NATO sedang meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya bagi memecahkan kebuntuan yang menyaksikan Gaddafi terus berkuasa walaupun ditentang pemberontak yang dibantu serangan udara NATO sejak beberapa minggu lalu.
Gaddafi yang menafikan menyerang orang awam, berkata tentera beliau terpaksa bertindak untuk melawan pemberontak dan militan al-Qaeda. Pemimpin Afrika Selatan, Zuma yang mewakili Kesatuan Afrika tiba di Tripoli semalam, lawatan keduanya sejak tentangan terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi dicabar bagi mengusahakan gencatan senjata.
Lawatan Zuma sebelum ini tidak membuahkan sebarang hasil berikutan Gaddafi enggan berundur, manakala pemimpin pemberontak meletakkan syarat pengunduran itu sebelum bersetuju untuk diadakan gencatan senjata.
Menteri luar Gaddafi mengadakan perbincangan dengan bekas menteri Britain, Lord David Trefgarne di Tunisia, Sabtu lalu, kata seorang bekas duta ke Libya yang terbabit sama dalam perbincangan itu.
Bagaimanapun bekas duta yang tidak dinamakan itu enggan mengulas mengenai butiran perbincangan.
Britain berkata bom Enhanced Paveway III – setiap satu seberat satu tan berupaya menembus bumbung atau dinding bangunan yang diperkukuhkan.
"Kami bukan mahu menyasarkan individu yang rapat dengan Gaddafi tetapi kami mahu menghantar mesej jelas kepada mereka," Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox berkata dalam satu kenyataan kelmarin.
"Gaddafi mungkin tidak mahu mendengar tetapi mereka di keliling beliau harus bijak mendengar."
NATO berkata tindakannya dilakukan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam daripada diserang tentera Gaddafi. Namun, tindakan semakin agresif NATO memberi petanda badan itu mungkin akhirnya akan mengerah tentera ke bumi Libya.
Ahad lalu, rangkaian televisyen antarabangsa, Al Jazeera menunjukkan rakaman video kehadiran tentera asing – kemungkinan Britain di Misrata, bandar dikuasai pemberontak.
Britain dan Perancis sebelum ini berkata pihaknya akan meningkatkan pembabitan masing-masing di Libya dengan mengerah helikopter tempur untuk menyerang tentera Gaddafi. – Reuters | Rakyat pendapatan rendah tidak selamat Posted: 30 May 2011 08:30 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.
Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.
"Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.
"Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna," katanya.
Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).
Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.
"Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.
Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
"Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.
"Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.
Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.
Sinar Harian/- | Kemboja rujuk konflik sempadan ke ICJ Posted: 30 May 2011 08:20 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
THE HAGUE: Kemboja memulakan proses perundangannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mendapatkan perintah pengunduran serta-merta tentera Thailand dari kawasan kuil purba di Preah Vihear, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Hor Namhong, berkata Kemboja meminta ICJ segera menetapkan langkah mempertahankan keamanan serta mengelak meningkatnya konflik bersenjata di situ.
"Kemboja meminta mahkamah melaksanakan langkah menghalang sebarang tindakan pemusnahan kuil serta kawasan sekitarnya," katanya.
Hor memberi keterangan di depan 16 hakim yang bersidang di The Hague, semalam.
AFP | Penculik ancam pancung budak Posted: 30 May 2011 08:00 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
ZAMBOANGA CITY: Penculik di Basilan semalam mengancam memancung seorang tebusan mereka - budak lelaki berusia 16 tahun yang dilarikan di Lamitan pada 19 Mei lalu - kecuali keluarganya membayar wang tebusan.
Kakak mangsa, Janet Sebastian Tahil, berkata penculik menuntut bayaran sebanyak 2.5 juta peso (RM174,197) bagi membebaskan Nico Sebastian.
Nico dilaporkan hilang sejak pergi ke rumah kawannya pada 19 Mei lalu.
Pegawai polis Lamitan berkata, penculik terbabit membenarkan Nico bercakap dengan ibunya pada 26 Mei lalu dan dia merayu diselamatkan.
Kata Janet, penculik itu memberi mereka tempoh tiga hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.
"Jika tidak, Nico akan dipancung dan kepalanya akan dipos kepada kami," katanya.
AP | Pakatan Rakyat mara, Umno cemas Posted: 30 May 2011 07:45 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia, kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.
Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.
Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.
"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.
"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.
"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian
Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya.
Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.
Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.
Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka.
Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang.
"Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar.
"Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia.
"Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita.
"Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya.
Harakahdaily/- | Inter juara Piala Itali Posted: 30 May 2011 07:40 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
ROME: Inter Milan menewaskan Palermo 3-1 di Stadio Olimpico semalam untuk merangkul gelaran Piala Itali sekali gus menyelamatkan aksi hambar mereka sepanjang kempen musim ini.
Samuel Eto'o muncul wira Inter apabila menjaringkan dua gol untuk menambah koleksi jaringannya kepada 37 gol dalam semua pertandingan musim ini sekali gus mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan satu gol.
"Dalam bola sepak, apa yang paling penting ialah menang. Tanpa kemenangan, rekod saya tidak akan memberi sebarang makna," kata ketua pasukan Cameroon itu.
Bagi jurulatih Inter, Leonardo, ia adalah trofi pertama yang berjaya diraihnya selepas membimbing pasukan itu.
"Ini adalah keputusan yang sangat memuaskan bagi saya serta Inter selepas melalui musim yang turun naik," kata pengendali dari Brazil itu.
"Menamatkan musim ini dengan dua trofi sememangnya satu keputusan yang amat menakjubkan," katanya merujuk kepada saingan Kelab Piala Dunia yang dimenangi Inter pada Disember lalu ketika di bawah kendalian Rafael Benitez.
Ezequiel Munoz menyumbat gol pada lewat permainan untuk menghidupkan semula harapan Palermo, namun Diego Milito mengesahkan kemenangan buat Inter pada masa kecederaan. - AFP "Kami sudah melakukan yang terbaik tapi ia masih belum mencukupi. Jelas pasukan yang lebih berpengalaman memenangi saingan ini," kata jurulatih Palermo, Delio Rossi.
Pemain tengah Palermo, Giulio Migliaccio berkata: "Kami wajar untuk berasa bangga meskipun kalah kerana sudah memberikan segala-galanya, namun lawan ternyata mempunyai barisan pemain lebih hebat."
AFP | Maut ditumbuk lepas minta bayaran Posted: 30 May 2011 07:20 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
AMPANG: Hanya kerana menuntut bayaran minuman RM30, seorang lelaki berusia 49 tahun maut apabila ditumbuk bertubi-tubi seorang lelaki warga Britain.
Sebelum itu, lelaki terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 1 pagi apabila seorang pelanggan wanita dipercayai warga Thailand menikmati minuman di restoran berkenaan.
"Wanita terbabit memesan minuman keras dan selepas meminumnya, dia mahu meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat bayaran.
"Bagaimanapun, tindakan wanita itu cuba dihalang mangsa, malah turut memujuknya supaya membayar minuman berkenaan. Ketika itu, wanita terbabit dalam keadaan mabuk," katanya.
Menurutnya, wanita berusia 20-an itu berdegil dan mahu terus beredar.
"Bengang dengan tindakan wanita itu, mangsa menarik tangannya untuk dibawa berjumpa pemilik restoran berkenaan.
"Malangnya, dalam pergelutan itu, seorang lelaki warga asing tiba-tiba menghampiri mereka dan menumbuk muka mangsa," katanya.
Beliau berkata, lelaki terbabit menumbuk mangsa bertubi-tubi beberapa minit walaupun mangsa menjerit dan meminta suspek berhenti menumbuknya.
"Lelaki terbabit hanya berhenti menumbuk mangsa selepas mendapati muka mangsa berdarah dan tidak bergerak.
"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian," katanya.
Sumber berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, suspek direman enam hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. | Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis Posted: 30 May 2011 07:00 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.
Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. "Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah," kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer.
AFP | Lori 'ditelan' lubang besar Posted: 30 May 2011 06:40 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China
CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .
Agensi | Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan? Posted: 30 May 2011 06:30 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna," katanya.
Malaysiakini/- | Wira Barca berpesta Posted: 30 May 2011 06:20 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BARCELONA - Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu.
Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh hampir 100,000 penyokong mereka di jalan-jalan utama di Barcelona sebe- lum mereka sekali lagi berpesta di Stadium Nou Camp.
PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin.
Terdahulu, Barcelona mengesahkan kejuaraann Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.
Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Barcelona dalam tempoh tiga tahun dan yang keempat secara keseluruhannya selepas berjaya memenanginya pada 1992, 2006 dan 2009.
Pesta barisan pemain skuad The Catalan bermula sejak mereka berlepas pulang ke Sepanyol dari London semalam apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dihiasi warna rasmi kelab tersebut dan gambar kesemua pemain.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang El Prat, barisan pemain Barcelona menaiki sebuah bas dua tingkat dan dibawa berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol.
Tiba sahaja di Stadium Nou Camp, lebih kurang 100,000 penyokong setia skuad The Catalan telah menunggu kehadiran wira-wira mereka termasuklah tiga pemain yang menjaringkan gol pada aksi final kelmarin iaitu Lionel Messi, David Villa dan Pedro.
Diiringi dengan percikan bunga api dan muzik 'rock', barisan pemain Barcelona diperkenalkan seorang demi seorang sebelum kelibat jurulatih, Pep Guardiola dan penolongnya, Tito Vilanova dilihat membawa trofi Liga Juara-Juara ke tengah padang.
Selepas ucapan ringkas daripada kapten, Carles Puyol dan Guardiola, Messi tampil menggegarkan arena Nou Camp dengan ucapannya.
"Tidak banyak yang saya ingin perkatakan selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua (penyokong-penyokong Barcelona) yang selama ini telah banyak menyo- kong kami (Barcelona).
"Diharapkan, lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang." kata Messi dalam ucapannnya itu.
Wira-wira Barcelona akan terus meraikan kejayaan tersebut apabila dijangka hadir menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Shakira yang juga teman wanita kepada pemain pertahanan, Gerrard Pique di Stadium Olympic, Ahad ini.
Reuters
| Pakar ekonomi: Harga makanan akan turut naik Posted: 30 May 2011 06:00 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
Malaysiakini/- | Isteri maut dirempuh Pajero Posted: 30 May 2011 05:49 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147.5, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru di sini semalam.
ANGGOTA polis berkawal di lokasi Saw Ping mati akibat dirempuh Pajero dekat Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa dikatakan telah dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Persona ketika berada di lorong kiri menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak ke lorong kanan.
Menurut sumber, ketika kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang berada di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh tubuh Ong Saw Ping, 36, menyebabkan wanita itu mati di tempat kejadian.
Suaminya, Tan Ee Siang, 37, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.
"Suami mangsa yang turut tercampak mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital. Dia bernasib baik kerana tercampak agak jauh dari isterinya yang mati dirempuh Pajero tersebut," kata sumber itu. | PRU 13, lambat atau cepat BN tetap jadi pembangkang. Posted: 30 May 2011 05:09 PM PDT 28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.Perkembangan mutakhir menunjuk kemungkinan besar tidak akan berlakunya pembubaran parlimen yang memberi laluan kepada PRU ke 13 berlangsung dalam masa terdekat. Alasan pertama saya ialah langkah yang diambil dengan pengumuman pihak kerajaan yang tidak menaikkan harga minyak dilihat tidak memberi kesan positif untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Walapun ianya dinafikan oleh pemimpin BN sebagai satu langkah yang diambil bagi mengelakkan BN semakin ditolak oleh rakyat, namun sangat jelas langkah tersebut adalah langkah yang ada kaitan dengan meredakan kemarahan rakyat kepada BN. Tetapi rakyat Malaysia nampaknya sudah matang dan mereka tetap memahami padah sedang menunggu kalau BN menang pasti harga yang ditangguhkan akan dinaikkan juga.. Juga tiadanya jaminan minyak tidak di naikkan dalam tempoh tertentu semakin menjadikan penangguhan itu semakin tidak populer . Apalagi sudah ada yang memahami sepatutnya harga diturunkan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Realitinya isu tersebut yang di tegaskan oleh pimpinan PR adalah kesilapan dan kepincangan pengurusan kewangan negara oleh pemimpin BN menyebabkan isu itu memojokkan BN kekandang orang salah bahawa BN mesti di tolak dan dihukum. Selain itu kenaikan tarif elektik yang telah diumumkan semalam dan tindakan mengapungkan harga gas asli merupakan langkah yang juga menyebabkan BN semakin tidak populer . Kenaikan tarif elektrik akan dirasai oleh rakyat sekitar sebulan dari sekarang. Kenaikan itu bagi saya tetap menjadi isu besar kepada rakyat dan ianya memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain akan berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana kenaikan tarif elektrik. Himpunan sejuta belia juga tidak memberi jaminan besar kepada Najib supaya kumpulan itu akan bersamanya bagi pertahankan Putrajaya. Kehadiran yang sangat kecil ternyata mengecewakan Najib walapun dia cuba menyogok belia dengan berbagai tawaran manis yang tidak tahu kesudahannya. Tambahan pula tidak semudah itu untuk menyeret golongan belia bagi mempertahan kejahatan dan kepincangan yang selama ini dilakukan oleh BN selama memerintah negara. Mereka adalah kelompok yang matang dan punya pendidikan serta terdedah kepada dunia maklumat media baru yang sentiasa panas, benar dan segar. Selain itu pergolakan dalam batang tubuh BN termasuk UMNO semakin hari semakin panas walaupun mereka menangguh mesyuarat agung tahunan mereka . Persaiangan merebut jawatan tetap berlaku dan kegusaran sesetengah ketua bahagian kalau mereka tidak dicalonkan menambahkan lagi kekusutan dalam batang tubuh UMNO. Media pro UMNO juga menyiarkan beberapa pergolakan dalam dalam UMNO yang nampaknya tidak dapat di tutup lagi antaranya seperti yang berlaku pada UMNO Sabah sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Namun ianya cuba diredakan oleh Salleh Keruak yang menafikan wujud perang dingin antara pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO Sabah dengan katanya semua bersatu di bawah Pengerusi UMNO yang juga Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Begitu juga dalam keghairahan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang bertiup berita pergolakan yang berlaku dalam parti Gerakan sehingga Timbalan Presiden nya, Ko Youn menafikan ada usaha untuk menyingkir Presiden Parti, Tsu Koon. Ko Youn juga cuba menafikan dakwaan semakin ramai tidak berpuas hati dengan Tsu Koon. Serangan kepada pimpinan PR dari segenap penjuru dengan pelbagai senjata termasuk dengan cara yang diharamkan selama ini oleh Islam dan undang-undang negara nampak nya tidak memberi kesan yang terbaik. Bayangkan Malaysia sudah menjadi negara porno bila penayangan video lucah oleh trio Datuk T yang pada mulanya melibatkan individu terpilih telah bertukar kepada sebaran di youtube . Paling memalukan bila ianya diedarkan dimerata tempat pada waktu ini. Akhbar dan media pecacai BN juga sudah bertukar sama menjadi media porno dengan memberi liputan meluas kepada isu tersebut. Serangan bertalu-talu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, DS. Anwar, dan pimpinan PR yang lain nampaknya membawa impak kepada kesepakatan PR yang lebih utuh. Sedang apa yang diharapkan PR berpecah seperti isu PAS cerai DAP, UMNO bersatu dengan PAS dan sebagainya namun semuanya gagal. Malang sekali semuanya itu masih tidak berpihak kepada BN. Malah rakyat semakin benci kepada BN akibat dari perbuatan tidak bermoral pemimpin UMNO bagi mengaibkan pimpinan PR. Isu negara Kristian juga tidak menjadi walaupun kemuncaknya raja katak sudah bertukar menjadi panglima perang salib. Ibrahim Ali yang lebih sudu dari kuah itu nampaknya menjadi alat untuk menarik sokongan melayu kepada UMNO walaupun dengan ucapan yang mengancam keselamatan negara. Kesimpulannya banyak perkara yang saya huraikan diatas menggambarkan pecutan akhir yang cuba dilakukan oleh Najib sebelum mengumumkan tarikh PRU 13 semacam gagal semuanya, walaupun masih tidak dinafikan masih ada penyokong tegar BN yang terhibur dan percaya semuanya. Kerana itu bagi saya Najib tidak akan mengumumkan tarikh dalam tempoh terdekat namun Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti yang dikehendaki oleh Muhyiddin supaya PRU diadakan dalam tempoh terdekat. Apalagi PAS yang akan bermuktamar pada hujung minggu ini nampaknya melonjakkan kedudukan PAS sebagai parti yang diperhatikan khusus oleh orang Islam dan Melayu. Pemilihan pucuk kepimpinan parti PAS sempena muktamar kali ini bagi saya menyebabkan ia nya menjadi perhatian ramai dan menyebabkan PAS semakin dikenali. BN nampaknya gusar dengan kekuatan dan keutuhan perpaduan dalam PAS yang memilih tanpa mengeluarkan wang jutaan ringgit seperti yang berlaku dalam batang tubuh UMNO. Perwakilan memilih berdasarkan siapa yang layak bukannya siapa yang bagi lebih diberi makan dan habuan. Pimpinan PAS yang akan terpilih bagi sesi 2011-2013 pada hujung minggu ini adalah mereka yang dipilih menjadi "Panglima Perang" bagi menngalahkan UMNO dan BN sekaligus merelisasikan hasrat besar PR menawan Putrajaya. Selain itu muktamar PAS pasti akan bergema dengan perbahasan dari awal hingga akhir termasuk bagi semua sayap parti mengenai persiapan pilihanraya yang pastinya akan melonjakkan semangat jihad seluruh petugas parti bagi memastikan BN akan jadi pembangkang selepas PRU 13. Rakyat juga seluruhnya sudah bersedia untuk jatuhkan BN dan meletakkannya kekerusi pembangkang. Kalimat ini saya cadangkan diulang sebanyak mungkin oleh pemimpin PR supaya ia terpahat dan menjadi moto PRU akan datang. Kerana itu lambat atau cepat adalah sesuatu perkara yang kita cuma jangkakan. Tetapi hasrat besar PR untuk berada di Putrajaya dan meletakan BN ke kerusi pembangkang mesti direalisasikan. Ianya hanyalah boleh direalisasikan dengan keraja kuat secara berterusan oleh semua petugas PR tanpa rasa penat dan lelah. Ingatlah inilah peluang yang terbaik untuk kita pastikan Malaysia di selamatkan dari kemusnahan dalam segala bidang kesan dari dosa dan kepincangan pemerintahan BN lebih 50 tahun. Kenyataan Media, DRS. KHALIL IDHAM LIM, PARIT BUNTAR, 31 Mei 2011. | Kawal pembaziran, rasuah sebelum minta rakyat tanggung beban- Saifuddin Posted: 30 May 2011 02:05 AM PDT 27 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.
"Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.
"Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat," kata Saifuddin.
"Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran," ujarnya kepada keadilandaily.com..
Saifuddin dalam pada itu turut menangkis kenyataan Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.
"Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.
"Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.
Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.
Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.
Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri.
Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu.
Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan. | Saifuddin : PAS Cukup Kuat, Anwar Bukan Faktor Posted: 30 May 2011 02:00 AM PDT 27 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 30 MEI: Reputasi dan kredibiliti pimpinan yang menjadi tunjang dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan antara parti terawal di Malaysia, tidak mudah dipengaruhi atau diganggu gugat oleh elemen luar, menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Ini kerana, ketokohan dan disiplin yang diterapkan dalam jiwa setiap ahli parti itu menjadikannya sebagai sebuah entiti yang matang dan tidak gentar dilanda badai.
Meskipun bergabung di bawah satu nama yang menyatukan parti tersebut bersama PKR dan DAP di bawah satu wadah perjuangan yang sama, namun menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, masing-masing menghormati sejarah perjuangan setiap parti terutama PAS, yang jauh lebih berpengalaman.
Kenyataan Saifuddin itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa PKR dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai faktor wujudnya pembahagian puak dalam PAS seperti yang dibangkitkan pihak pro Umno-Barisan Nasional mutakhir ini.
"Suatu parti (PAS) yang matang tidak boleh dipengaruhi mana-mana elemen yang dikaitkan dengan elemen luar apatah lagi dengan pengaruh Anwar Ibrahim.
"Tidak pernah menjadi amalan Anwar atau parti Keadilan sendiri untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga parti lain," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor.
Menjelang Muktamar PAS ke-57 hujung minggu ini, media pro Umno-BN dilihat sering kali menuding jari ke arah Anwar dan PKR sebagai faktor wujudnya puak 'erdogan' dalam parti yang ditubuhkan sejak 31 Mei 1955 itu.
Malah ada pihak yang turut berani mempersoalkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Ketua Pembangkang dari tuduhan liwat kedua dan rakaman video seks selain menyifatkan beliau meletakkan PAS dalam bahaya.
PAS sebelum ini menolak tanggapan kononnya wujud dua kumpulan dalam barisan kepimpinan parti Islam itu yakni persaingan antara pihak pro Anwar dengan golongan ulama yang dilihat 'berpengaruh'.
Malah PAS menegaskan yang wujud hanyalah kelainan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan ahli dan rakyat dalam parti itu.
Saifuddin kemudiannya menegaskan bahawa asas penubuhan yang didokong setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat juga berbeza, sekaligus tidak mengganggu atau mempengaruhi perkembangan setiap parti.
Jelasnya lagi, fokus utama Pakatan Rakyat adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang semakin tidak relevan kepada masyarakat majmuk negara ini termasuk menjaga kepentingan bersama.
"Asas kerjasama dalam Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional adalah musuh utama. Jadi kita tidak bercakap asas parti. Mustahil parti PAS, DAP dan Keadilan boleh disatukan dengan polisi yang sama.
"Tetapi atas nama Pakatan Rakyat kita ada satu persamaan iaitu musuh kita yang satu (BN) dan kita memperjuangkan prinsip keadilan sejagat. Jadi siapa pun kepimpinan yang dipilih oleh PAS, saya yakin kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan hanya diperkuatkan dan tidak akan terjejas sama sekali," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, calon Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kecaman media terutama akhbar Utusan Malaysia mengenai ulasan Nik Aziz terhadap pemfitnah Anwar perlu diabaikan.
Ini kerana menurut beliau laporan yang disiarkan hanya bertujuan untuk memburukkan imej penasihat parti itu.
"Tidak perlu komen sebab (laporan) seperti tidak siuman. Tak perlu ulas," katanya.
Tv Selangor/- | |
PAS TELUK INTAN Posted: 30 May 2011 11:44 PM PDT RAKYAT PENENTU KEPADA PERUBAHAN NEGARA Posted: 30 May 2011 05:57 AM PDT Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13. Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang. Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti. "Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata. "Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,". Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum. keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang. AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik. "Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,". Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik. "AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,". Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan. Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13. "Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,". | |
Peghelih La... Posted: 30 May 2011 11:12 PM PDT Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan Posted: 30 May 2011 06:52 AM PDT Malaysiakini melaporkan: Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.
| Info Rakyat 8 Posted: 30 May 2011 01:54 AM PDT KLIK DI FOTO.. SEBARKAN
| Muktamar ke-57 PAS: gandakan persiapan memperkuatkan parti Posted: 30 May 2011 01:48 AM PDT Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Meskipun Muktamar PAS ke-57 belum memulakan tirai secara rasminya 1 hingga 5 Jun ini, namun aspirasi perjuangan dari muktamar yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-56 di Kelantan 13 Jun 2010 membawa makna yang sangat besar dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Peringatan dalam lafaz penggulungan yang disematkan Ustaz Hadi membungkam semangat juang yang tinggi para perwakilan dan ahli PAS untuk sama berikrar memperkukuhkan parti bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari tangan BN.
Laungan Ustaz Hadi "Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," mempersona seluruh perwakilan yang menyahut dengan laungan Takbirr "Allahukahbar" ketika itu.
Kelangsungan ucapan Ustaz Hadi membawa kepada pelan bertindak yang telah disenaraikan dalam ucapan dasarnya dan dijalankan gerak kerjanya itu sepanjang tahun 2010 hingga 2011.Perjalanan penuh berliku PAS mengharugi pasca Muktamar 56 membawa satu dampak baru kepada parti ini untuk melakar perjalanan Muktamar ke-57 Jun ini dengan wajah yang jauh meyakinkan.
Setelah ucapan dasar dihadam dan diperbahaskan oleh perwakilan yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari bukan Islam, gagasan "Islam Adil Untuk Semua" telah diterjemahkan pasca Muktamar ke-56 untuk menjadi santapan dalam menggerakkan strategi.
Lihat sahaja pada pilihan raya umum Negeri Sarawak (PRN) pada dua bulan lalu yang memberikan satu suntikan kuat kepada PAS yang mampu memberi saingan sengit kepada BN di sana termasuk hampir menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro.
Sambutan masyarakat bukan Islam dari kaum Dayak, Iban dan sebagainya di sarawak membuktikan PAS boleh diterima dengan idea 'Islam Adil Untuk Semua' yang disematkan Ustaz Hadi pada muktamar lalu di Kelantan.
Idea yang sangat baik disampaikan Ustaz Hadi ini sedikit sebanyak telah dilunaskan dengan pendekatan-pendekatan yang telah digariskan setiap dewan, dan PAS Pusat untuk memastikan gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 bertambah mantap.
Kesan dari gerak kerja memantapkan sokongan, PAS berjaya menjadi 'pesaing sengit' dalam setiap pilihan raya yang dihadapi, lebih-lebih lagi di Sarawak dengan BN sendiri terasa kehadiran PAS 'mengugat' PBB di sana.
Yang pentingnya, pelan bertindak harus digariskan lagi dan perlu sama-sama juga digarab dalam Muktamar ke-57 untuk memfokuskan usaha menarik undi tradisi PAS iaitu dikalangan orang Melayu Islam sementara meneruskan kerjasama dengan bukan Islam.
Benar seperti kata Adun Titi Serong, Drs Idham Lim Abdullah, PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan terus 'serangan' kepada musuh iaitu Umno/BN.
PAS juga harus melaksanakan beberapa inisiatif baru yang mensasarkan segmen pengundi seperti golongan belia, wanita dan warga emas.
Usaha mendaftar ahli baru (Gempa) yang dicanangkan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam Muktamar ke-56 yang lalu harus dibincangkan semula dalam Muktamar ke-57 dengan memfokuskan kepada sejauhmana pencapaiannya dan sejauhmana golongan sasar dapat didekati sayap parti ini.
Apakah gerakan Gempa yang mensasarkan kira-kira 2.2 juta golongan muda yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar telah tercapai, ianya harus dibincangkan.
Demikian juga di peringatan Muslimat PAS dimana dalam muktamar yang lalu, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh mendambakan ahlinya istiqamah membantu parti dalam menggerakkan massa apakah kesan besarnya dan bagaimana hasilnya.
Malah harus juga diingatbakan bagaimana gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar lalu dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.
Hanya dengan dasar Islam yang syumul, dan keadilan yang dijanjikan oleh Islam, sesebuah gerakan itu akan menuju ke mercunya dengan pengertian yang sebenar.
Paling penting, muktamar yang juga akan terselit di dalamnya agenda memilih kepimpinan baru sessi 2011-2013 tridak harus menjadi ladang yang mencetuskan permusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku dalam Umno-BN
Sebaliknya pemilihan kali ini harus menjadi satu lapangan melahirkan kepimpinan yang berjiwa besar, ukhuwwah yang mantap yang boleh merencana satu pelan bertindak dan melaksanakan pelan itu ke arah menjadikan PAS parti 'Menggantikan Umno'.
(Penulis adalah Wartawan Kanan Harakah) | |