Rabu, 15 Januari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Muzium di N.Sembilan lesu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Posted: 14 Jan 2014 03:41 PM PST


15 Jan 2014 - BARU-BARU ini, saya bersama-sama keluarga telah mengunjungi Muzium Lukut, berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apabila hampir sampai ke muzium itu, saya melihat tiada promosi atau tanda arah menunjukkan arah muzium tersebut.

Hanya pada jarak 100 meter atau kurang baru ada menunjukkan lokasinya. Itupun masih tanda arah lama dahulu. Setelah sampai, saya melihat lokasi dan pemandangan yang sama di dalam kawasan muzium.

Saya melihat landskap pemandangan muzium dicacatkan dengan padang permainan yang rosak dan membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Selepas itu, saya memasuki bangunan melihat sejarah Lukut dan sejarah Raja Jumaat yang sedikit sebanyak menyumbang sejarah di situ.

Saya dapati masih sama susun atur dan tidak banyak berubah. Terdapat kesan air akibat hujan kerana bumbung muzium bocor.

Entah apa sudah jadi dengan muzium ini. Saya malu dengan pelancong luar yang mengunjungi muzium tersebut.

Ada yang merungut pameran yang sama, keadaan selengaraan muzium yang tidak baik, tiada tarikan yang istimewa dan yang pasti pihak Jabatan Muzium seperti melupakan muzium ini.

RIFF HUSSAIN
Wangsa Maju

Tiada ulasan:

Pengikut